“Macam mana cara nak buat duit online tanpa perlu keluarkan sebarang modal langsung?”
Bukan orang Malaysia je yang suka tanyakan soalan macam ni. Malahan, orang yang duk kat oversea pun ada yang suka tanya soalan ni.
Persoalannya, adakah kita perlu keluar modal untuk buat duit? … atau boleh ke kita buat duit tanpa perlu keluar sebarang kos langsung? Hmm…
Ikut logik akal. Kos untuk langgan perkhidmatan internet tu sendiri bukannya percuma. Kemudian, untuk memudahkan kita bekerja, kita perlu ada sekurang-kurangnya sebuah laptop.
Ipad, tab, smartphone ni semua mengarut je. Memang tak sesuai untuk buat kerja-kerja secara online. Dari pengalaman saya sendiri, akan ada ketikanya kita perlu guna perisian-perisian seperti adobe photoshop, photoscape dan sebagainya untuk tujuan edit gambar.
Untuk memudahkan kita buat kerja-kerja tu, laptop atau komputer adalah opsyen terbaik. Semua ini melibatkan kos untuk kita miliki. Anda boleh cuba install program-program ni semua dalam gadget yang anda miliki tu. Tengoklah sama ada ianya boleh support ataupun tidak.
Ini semua baru persediaan sebelum kita nak mula buat duit online. Lepas dah ada internet dengan laptop, barulah kita move on ke fasa yang seterusnya.
Setakat waktu catatan ni saya buat, terdapat sekurang-kurangnya 5 cara bagaimana anda boleh buat duit di internet tanpa memerlukan anda keluar modal langsung.
Pertama, melalui program affliate. Ini cara yang paling saya recommend dan yang saya sendiri lakukan untuk buat duit secara online. Syukur Alhamdulillah, setakat hari ni menerusi program affiliate, rezeki sentiasa masuk. Banyak atau sikit sahaja.
Untuk tahun 2016 ni, target saya nak buat promosi untuk produk-produk di Lazada dengan lebih agresif. Selama ni asyik tengok orang lain dapat duit sampai ribu-ribu dengan Lazada, teringin jugak nak jadi macam diorang.
Kedua, menerusi program dropship. Peranan kita adalah selaku ejen pemasaran yang memasarkan produk orang lain. Bila ada pelanggan yang minat nak beli, kita belikan on behalf pelanggan tersebut dan pemilik produk yang akan uruskan dari segi penghantaran produk kepada pembeli itu tadi.
Ketiga, menjual perkhidmatan atau servis. Jualkan sesuatu yang memang kita PAKAR dan minat nak buat. Kalau dalam situasi saya, saya juga ada tawarkan servis penulisan artikel advertorial ataupun artikel promosi untuk produk-produk mahupun servis milik pelanggan saya.
Istimewanya dengan jual perkhidmatan ni, anda boleh ceburi pasaran antarabangsa dan menjual perkhidmatan yang anda ingin tawarkan dalam matawang USD. Dengan ini, anda tak perlu susah payah nak ke luar negara untuk bekerja di sana. Dari Malaysia sahaja pun boleh bekerja dan dibayar dalam matawang USD.
Laman web Rahsia Fiverr ini ada penerangan yang lebih mendalam tentang bagaimana cara nak jual perkhidmatan anda dalam matawang USD di laman web Fiverr. Bacalah.
Keempat, bekerja secara online sebagai seorang freelancer. Freelancer ni maksudnya adalah pekerja bebas. Kiranya, kalau anda rasa macam anda perlu bekerja, anda kerjalah. Kalau tak nak kerja, pun tak ada masalah. Anda boleh mohon pekerjaan dilaman web seperti freelancer.com, upwork.com dan sebagainya.
Penerangan yang saya berikan ni memang pendek-pendek sahaja. Untuk penerangan yang lebih mendalam, anda boleh baca disini.
Kelima, sertai program pengiklanan sebagai publisher. Atau nama lainnya sebagai seorang tukang siar iklan.
Program pengiklanan macam Nuffnang ni memang terbukti boleh buat duit. Cuma ia agak perlahan. Melainkan anda memiliki sebuah laman web yang memang mempunyai jumlah pelawat yang sangat ramai.
Sesiapa yang ada kelebihan dan memang pakar dalam bab-bab memviralkan laman web sendiri, program ni memang sesuai untuk anda ceburi. Ibaratnya seperti anda memperolehi duit free dari internet.
Jadi, berbalik kepada persoalan asal…
“Boleh atau tidak buat duit online tanpa sebarang modal?”
Setakat hari ini, saya tak pernah jumpa lagi. Mungkin juga sebenarnya MUSTAHIL untuk buat duit tanpa modal langsung.
Kebanyakkan yang saya pernah jumpa, semuanya nak JUALKAN kepada kita sesuatu. Sama ada ebook, audio, software, ataupun mungkin video tutorial.
Ya… sebelum nak buat duit online tanpa modal, kena belajar dulu cara-cara untuk buat duit tanpa modal. Eh… bukan ke untuk belajar juga perlu keluar modal? Kat celah mana yang tanpa modalnya tu?
The post Boleh ke buat duit online tanpa keluar modal langsung appeared first on Blog Sabree Hussin.