Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

$
0
0

Tahukah anda, laman web Lazada sebenarnya ada membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen affiliate atau nama lainnya ejen promosi?

 

Khas buat mereka yang suka kongsi-kongsi link, tak kiralah sama ada nak kongsi link di blog, laman web, facebook, twitter dan mana-mana tempat lain yang boleh kongsi link, program affiliate lazada ini boleh jadi amat sesuai untuk anda.

 

Kerjanya juga tidaklah sesukar mana. Hanya perlu dapatkan link promosi dan mula promosi. Itu sahaja. Apabila ada pelanggan yang buat belian menerusi link anda, maka dari situ anda akan terima upah.

laman_buat_duit_lazada

Kadar upah yang paling tinggi boleh diperolehi ialah 12%. Sekarang, cubalah bayangkan jika anda berjaya menjual produk yang agak mahal, sebagai contoh produk yang berharga RM2,000 dan komisyen anda pula adalah sebanyak 12%.

 

Berapa agaknya pendapatan yang boleh anda perolehi dari Lazada? Jawapannya ialah RM240. Kalau tanya saya, ianya cukup lumayan, dengan mengambil kira bebanan kerja yang perlu kita lakukan yang sangatlah minima.

 

Walaubagaimana, kebiasaannya peratus komisyen yang saya terima adalah sekitar 6% sahaja. Sebenarnya, ia bergantung juga kepada jenis produk atau ketagori produk yang berjaya dijual.

 

“Bagaimana cara nak join program affiliate Lazada?”

 

Sebenarnya, pada saat catatan ini dibuat, terdapat dua cara bagaimana anda boleh jadi seorang ejen affiliate bagi laman web Lazada. Sila teruskan pembacaan ya.

 

(1) Menerusi platform yang dibangunkan oleh HasOffers.com

Sebelum ni, kalau kita nak jadi ejen affiliate berdaftar untuk Lazada, kita akan dapatkan akaun dengan pihak HasOffers.com

 

Sama la dengan saya. Saya pun ada buka satu akaun dengan hasoffers. Bawah ni pula adalah screenshot komisyen dari Lazada yang dapat saya hasilkan untuk bulan Januari 2016.

bukti_komisyen_lazada

Tak ada la banyak mana. Buat masa sekarang ni, dalam sebulan Alhamdulillah, saya dapat maintain dalam 10 sales minimum. Memang ada banyak benda kena buat dan memang kena usaha dengan lebih keras lagi untuk dapatkan income yang lebih baik dengan Program Affiliate Lazada ni.

 

Komisyen (pay out) yang anda dapat lihat diatas adalah dalam matawang USD. Pihak HasOffers akan menukarkan (convert) kepada matawang RM pada hari invoice dikeluarkan. Jadi, siapa-siapa yang terasa nak buat duit dalam matawang USD, ha… kat sinilah tempatnya.

 

Tak perlu susah payah nak keluar negara. Hanya dari keselesaan rumah anda, hanya semudah mendaftar sebagai ejen affiliate untuk Lazada, anda dah boleh jana pendapatan dalam matawang USD. Cool kan?

 

(2) Sertai program affiliate Lazada menerusi Involve Asia

buat_duit_dengan_involveasia

Involve Asia dah pun dibangunkan sejak dari tahun 2014 lagi. Namun, mungkin sebab kurangnya publisiti, jadi agak ramai yang tak tau tentang kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada platform ni.

 

Saya sendiri baru tau tentang laman web ini sekitar pertengahan tahun 2015, dan cuma baru-baru ni saya mula aktif mempromosikan produk-produk merchant yang bekerjasama dengan Involve Asia.

komisyen_lazada_dengan_involveasia

 

Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun dengan Involve Asia.

 

Kalau anda lihat pada screenshot diatas, menerusi Involve Asia, anda bukan sahaja boleh mempromosikan produk-produk di Lazada, malahan boleh juga promosikan laman web enjin carian hotel Trivago dan turut dibayar komisyen.

 

Komisyennya adalah dalam matawang RM dan ia lebih mudah. Kenapa saya kata lebih mudah? Sebab dalam laman web utama Lazada, matawang yang digunakan juga adalah dalam nilai RM.

 

Saya rasa agak rumit bila transaksi dalam RM, kemudian komisyen ditukar dalam matawang USD, tak lama lepas tu bila nak bayar komisyen, kena convert semula ke RM. Dalam pengiraan saya, lebih mudah kalau awal-awal lagi menggunakan matawang RM atau satu jenis matawang sahaja.

 

Jadi lepas ni, anda nak buat yang mana satu?

 

Saya akan buat kedua-duanya sekali. Rasanya, kalau dapat bayaran dari kedua-dua program, ia lebih menyeronokkan dan lebih mengujakan. Bukankah begitu?

 

Jika anda sependapat dengan saya, bermakna kita geng! Jom sedut lebih banyak komisyen dari laman web Lazada.

 

 

The post Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Trending Articles