Saya bukanlah seorang usahawan perfume yang berjaya. Tetapi, perfume adalah salah satu produk yang saya pernah jual secara online. Modalnya? Hanya menggunakan ayat-ayat iklan semata-mata. Saya guna kaedah dropship. Nak kata ayat iklan yang saya hasilkan untuk jual perfume tu power sangat pun tak jugak, mungkin dah rezeki saya, dapat juga sales beberapa botol sampailah satu tahap, saya rasa bosan jual perfume ni.
Kemudian saya move on dan fokus buat benda lain. Apa yang tinggal pada saya sekarang ni ialah sedikit pengalaman dan ilmu copywriting yang saya pernah amalkan khusus untuk jual perfume. [Lihat koleksi perfume disini]
Memandangkan, beberapa hari kebelakangan ini, saya dapati ada banyak juga carian yang di buat di blog ini, yang mencari “ayat iklan perfume”, jadi saya rasa ada baiknya saya kongsikan beberapa input dalam blog ini. Teknik ini sesuai diamalkan oleh jurujual online yang masih newbie sahaja. Kalau yang dah pro tu, mungkin tak perlu dah kot. Anda pasti sudah ada teknik tersendiri!
Baiklah, produk yang kita nak jual ialah Perfume, atau fragrance, atau minyak wangi. Matlamat kita pada waktu ini pula adalah untuk mencipta ayat-ayat iklan bagi menarik perhatian pengguna internet supaya beri perhatian kepada tawaran kita, dan seterusnya menjadi salah seorang pembeli.
Apa yang perlu kita buat pada peringkat permulaan?
Dalam proses untuk menghasilkan ayat iklan, saya suka gunakan kaedah tanyakan soalan. Cuba letakkan diri anda sebagai seorang pelanggan atau pengguna. Sebagai seorang pengguna, apakah ciri-ciri yang anda mahukan mesti ada pada minyak wangi pilihan anda?
Memandangkan setiap orang ada citarasa yang berbeza, jadi senaraian yang bakal dihasilkan mungkin akan jadi agak panjang. Anda perlu ada pen dan kertas untuk mula mencatit. Kalau tak ada idea sangat, cuba mula dengan diri anda sendiri. Lihat di meja solek anda, apa jenama minyak wangi yang anda pernah beli sebelum ini. Apa yang buatkan anda tertarik untuk beli minyak wangi yang spesifik tu?
Mungkin hasil daripada proses brainstorm ini, anda akan senaraikan beberapa poin antaranya
(1) Ikut sunnah Nabi SAW
Bagi orang lelaki, hukumnya sunat memakai wangi-wangian terutama sekali apabila ingin mengerjakan solat berjemaah di masjid.
(2) Botol kecik
Senang disimpan dalam poket
(3) Bau tahan lama
Dapat jimatkan penggunaan, dengan menggunakan beberapa titis atau semburan baunya dapat bertahan lama.
(4) Botol yang cantik
Sesuai untuk dijadikan hadiah, sama ada door gift atau hadiah sempena hari lahir.
(5) Bau yang menepati selera
Memandangkan minyak wangi ni ada macam-macam jenis bau, pasti ada satu jenis bau yang disukai oleh pelanggan tersebut
Bagi sesetengah orang, penggunaan minyak wangi bukan sekadar untuk memberi aroma atau bau-bauan semata-mata. Tetapi, ia mempunyai fungsi dan peranan yang lebih besar lagi. Sebagai contoh
(i) Minyak wangi sebagai alat meningkatkan keyakinan diri
Terutama sekali untuk individu yang kerjanya perlu banyak berinteraksi dengan orang lain, seperti seorang executive yang kerap berjumpa dengan klien atau menghadiri sesi mesyuarat. Tampil dengan haruman yang menyenangkan sudah pasti memberi lebih keselesaan kepada diri dan juga kepada klien berbanding berbau asap ataupun berbau peluh.
(ii) Minyak wangi sebagai alat menyembunyikan kecacatan
Jika anda adalah seorang yang secara semulajadi seorang yang banyak berpeluh, badan anda juga akan mudah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk itu, anda perlu hilangkan bau busuk tersebut dengan semburan minyak wangi. Ia juga untuk keselesaan anda, dan juga orang disekeliling anda.
(iii) Minyak wangi sebagai alat untuk menarik perhatian jantina berbeza
Ya, zaman sekarang ni memang ada minyak wangi yang dicipta khusus untuk memikat lelaki atau untuk memikat wanita. Anda boleh klik disini untuk lihat contoh.
Ok cukup. Senaraian ini memang boleh dipanjangkan lagi. Tapi saya tak akan tulis semua. Cukup beberapa contoh yang saya berikan dan anda boleh juga gunakan contoh yang anda sendiri telah hasilkan ya.
Seterusnya adalah untuk mempersembahkan iklan anda kepada sasaran pelanggan anda. Soalan yang mungkin anda nak jawab ialah, “dalam bentuk yang bagaimana patut aku persembahkan iklan mengenai perfume yang aku jual ni?”
Cadangan 1: Persembahkan dalam bentuk penceritaan
Cerita yang menarik, mudah untuk menarik perhatian bakal pelanggan. Cerita yang sedap dibaca, mudah untuk meresap ke dalam jiwa pelanggan. Jadi, cipta suatu kisah atau cerita yang masuk akal, menarik, dan mudah untuk dibaca.
Sebagai contoh, jika anda nak kata yang perfume yang anda jual tu memang tahan lama, anda boleh gunakan contoh-contoh cerita seperti
i. “Rasa sayang pulak nak basuh baju yang di pakai semalam. Bau wangi perfume masih kuat lagi. Rasa-rasanya kalau tak basuh pun, orang bukan tau kot baju ni sebenarnya dah pakai. Dulu sebelum pakai perfume ni, tak ada pun bau dia tahan lama macam ni.”
ii. “Tadi sebelum main futsal, saya sembur dulu dengan perfume ni. Saja nak tengok sejauh mana ketahanan dia. Lepas habis main, dalam 30 minit lepas tu, walaupun dah peluh gila-gila, wangi perfume tu masih ada! Memang terbaik la.”
iii. “Biasanya saya akan sembur perfume pada waktu pagi je. Petang semalam sebelum balik, ada seorang akak tu tegur, wanginya perfume… Saya senyum je, sebabnya mana ada saya sembur perfume. Wangi pun harap perfume yang sembur pagi tu je la… Memang bagus perfume ni, tahan lama.”
Tiga contoh ayat kat atas ni sebenarnya di sasarkan kepada 3 golongan pembaca yang berbeza. Golongan pertama ialah wanita atau lelaki secara umum, golongan kedua adalah untuk mereka yang kerap atau aktif bersukan, manakala golongan ketiga ialah untuk mereka yang kerja di pejabat.
Ok selesai. Apa yang saya nak sampaikan ialah, ceritakan keistimewaan produk perfume anda tu dalam bentuk cerita.
Cadangan 2: Persembahkan dalam bentuk berita
Berita lebih kurang sama dengan cerita, namun ia lebih straight forward. Mungkin anda nak beritahu kepada bakal pelanggan anda bahawa selebriti tertentu juga adalah pengguna perfume yang anda jual dan beliau telahpun dilantik sebagai duta.
Cadangan 3: Gambarkan secara dramatik kenapa pelanggan perlu dapatkan perfume yang anda jual
Secara dramatik atau secara berlebih-lebihan.
Mungkin anda ingin gambarkan bahawa mereka yang tak pakai perfume langsung ni, adakalanya berbau busuk seperti bau sampah, tetapi dia tak perasan pun. Hanya orang sekeliling sahaja yang perasan. Itu pun tak ada siapa yang nak tegur, semata-mata nak jaga air muka orang yang tak pakai perfume tu.
Kawan-kawan sedikit demi sedikit mula menjauhkan diri kerana tak tahan dengan bau badan yang kurang menyenangkan. Ya, bau macam sampah memang agak keterlaluan, namun memang itulah motif kita apabila menghasilkan ayat iklan. Kita nak hasilkan kesan yang dramatik.
Cadangan 4: Cipta suatu keadaan dimana pelanggan berada dalam situasi yang kurang baik kerana tidak menggunakan perfume yang anda jual
Boleh juga tunjukkan dalam bentuk kartun, animasi bergambar, bagaimana seorang executive gagal mendapatkan persetujuan dari klien kerana executive tersebut mempunyai masalah badan berbau. Klien kurang senang apabila berurusan dengan executive tersebut. Ini contoh je.
Cadangan 5: Senaraikan ciri-ciri produk dan kelebihan produk kepada pelanggan
Ini saya percaya dah biasa anda lakukan. Ini adalah teknik paling asas dalam penghasilan iklan, iaitu dengan menyenaraikan ciri-ciri dan kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengguna.
Baik. Pada tahap ini, seharusnya anda dah selesai buat satu set iklan. In fact, menggunakan teknik-teknik yang saya nyatakan kat atas ni, anda sepatutnya sudah ada lebih daripada 3 set iklan yang berbeza.
Langkah seterusnya adalah untuk memastikan ada orang yang baca iklan anda. Jika anda menulis di FB personal, anda perlu mula like dan komen di wall mereka-mereka yang anda sasarkan untuk lihat iklan anda. Bukan komen yang berunsurkan iklan, tetapi komen sesuatu yang ada kaitan dengan status update sasaran pelanggan anda hasilkan.
Jika anda siarkan iklan di FB Fanpage, boleh guna FBAds.
… dan jika anda siarkan di blog, bolehlah optimasikan posting anda dengan teknik SEO, mula buat blogwalking, dan ping artikel anda.
Itu sahaja dari saya.
Ilmu copywriting tu sangat luas. Lain orang lain tekniknya. Salah satu buku yang bagus untuk anda baca ialah Rahsia Jurus Pemikat Jualan. Buku ini ada sentuh banyak perkara tentang copywriting yang anda patut tahu dan kuasai.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. Cara lain yang anda boleh cuba ialah “contohi” atau “tiru dan edit” iklan-iklan perfume penjual lain. Kat sini ada macam-macam koleksi perfume yang anda boleh contohi. Ada yang disertakan dengan ayat iklan, ada yang tak. Pandai-pandailah pilih dan baca satu per satu ya.
The post Cara bina Ayat Iklan untuk promosi produk Perfume appeared first on Blog Sabree Hussin.