Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Perkhidmatan Penulisan Review Bagi Meningkatkan Jualan Produk dan Servis

$
0
0

Salah satu perkara yang akan membuatkan pelanggan rasa berbelah bahagi dan berat hati untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah entiti perniagaan ialah apabila tiada tempat rujukan untuk bakal pelanggan mendapatkan maklumat lanjut tentang produk tersebut.

Proses jual beli secara online adalah berbeza dengan proses jual beli secara offline.

Dalam transaksi online, pelanggan

1. Tak dapat melihat siapa jurujual, justeru bakal pelanggan tidak dapat membuat penilaian sendiri sama ada seseorang jurujual itu boleh dipercayai atau tidak.

2. Pelanggan juga tak dapat melihat produk.

 

Jual beli secara online banyak melibatkan element of trust. Sejauh mana anda boleh dipercayai?

 

Saya percaya, ada ramai yang tak ada masalah untuk setup perniagaan mereka. Lebih-lebih lagi, perniagaan yang dibina berdasarkan konsep perniagaan online. Saya percaya, semua orang boleh lakukannya. Prosesnya juga tidaklah sesukar mana.

Anda hanya perlukan

1. Sebuah laman web.

Boleh gunakan laman web dari blogspot, atau jika anda tidak mahu guna laman web, boleh gunakan sahaja laman web facebook.

2. Gambar-gambar produk

3. Serba sedikit pengenalan dan latar belakang mengenai produk

 

perniagaan_yang_sempur

Walaupun prosesnya begitu mudah, akan tetapi, bukan semua orang berupaya untuk menghasilkan jualan. Anda masih lagi perlu berusaha keras bagi menarik trafik atau pelawat yang berkualiti, dan mempunyai kuasa membeli, barulah produk yang anda promosikan mampu terjual.

 

Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan bagi menarik potential buyer ke halaman jualan produk anda.

Kaedah pengiklanan berbayar & kaedah percuma.

 

Kaedah pengiklanan berbayar

Cara yang popular ialah menggunakan platform pengiklanan seperti Google Adwords ataupun Facebook Advertising (FB Ads)

Antara Google Ads ataupun FB Ads, mana satu yang lebih baik dan memberi pulangan yang lebih lumayan?

Pada saya, saya akan syorkan beriklan menggunakan Google Ads.

Walaubagaimanapun, tak kiralah sama ada Google Ads ataupun FB Ads, satu masalah dengan dua-dua kaedah pengiklanan ni ialah, ianya untuk jangka masa pendek, dan ia kurang sesuai untuk para peniaga yang tidak mempunyai bajet pengiklanan yang khusus atau mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak.

Konsep pengiklanan ini mudah sahaja sebenarnya.

Selagi anda ada duit, dan sanggup terus menerus membayar kepada Google Ads dan FB Ads, selagi itu iklan anda akan disiarkan. Apabila anda kehabisan bajet, atau anda dah tak mampu untuk membayar kepada pihak google ataupun FB, maka pada saat itu iklan anda akan berhenti disiarkan.

 

Bukan semua iklan berbayar itu menjadi dan akan convert kepada sales

Ramai sebenarnya yang beranggapan, bila mereka guna iklan berbayar, mereka akan dapat tarik lebih ramai trafik atau pelawat ke laman jualan mereka, dan seterusnya, kesemua pelawat yang masuk ke laman jualan mereka akan ditukarkan kepada jualan.

ANDA SALAH!

Salah seorang pakar dalam bidang penulisan iklan, Claude C Hopkins (menulis buku berjudul Scientific Advertising pada tahun 1923) menyarankan para pengiklan untuk menyediakan lebih daripada sebuah iklan dalam satu-satu masa.

Kemudian, lakukan split testing, bagi melihat iklan yang mana satu yang betul-betul perform dan lebih convert kepada sales.

Maknanya?

Anda bukan sahaja memerlukan bajet untuk kempen iklan utama anda, malah pada masa yang sama, anda juga memerlukan bajet untuk melakukan split testing bagi mengetahui iklan yang mana satu yang patut anda fokuskan.

Contohnya,

Situasi pertama

Anda ada bajet sebanyak RM500.

Cara biasa yang dilakukan oleh peniaga yang kurang berpengalaman ialah, dia akan hasilkan satu iklan, kemudian dia menggunakan keseluruhan RM500 untuk dibayar kepada syarikat pengiklanan.

Jika nasib baik, iklan itu menarik, maka dia mungkin akan untung.

Tetapi, jika dia kurang bernasib baik, tersalah target audience, risikonya ialah dia akan kerugian RM500 itu tadi.

Situasi kedua

Bagi peniaga yang berpengalaman, keadaan dan tindakan mereka mungkin sedikit berbeza.

Sekurang-kurangnya, dia akan sediakan 3 set iklan yang berbeza.

Daripada bajet pengiklanan yang dia miliki, RM300 diperuntukkan untuk tujuan iklan, yang mana setiap satu iklan di set kepada RM100.

Selepas satu sela masa tertentu, analisa dibuat.

Daripada ketiga-tiga iklan itu tadi, mana satu yang

  • Banyak menghasilkan jualan?
  • Langsung tak ada jualan?
  • Langsung tak ada respons

Dengan adanya maklumat-maklumat ini, peniaga itu tadi boleh cancel dua iklan yang tak beri sebarang manfaat, dan hanya fokus pada iklan yang benar-benar convert kepada sales sahaja.

… dan baki RM200 itu tadi, boleh digunakan sebagai bajet untuk memastikan iklan yang sentiasa memberi sales terus berjalan.

Dengan ini, keuntungan daripada aktiviti pengiklanan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

 

Untuk tujuan penerangan, saya dah pun simplify contoh diatas.

Hakikatnya, bukan semua peniaga ada modal untuk beriklan cara diatas. Maka sebab itu, sebahagian daripada mereka menggunakan kaedah pengiklanan tanpa kos.

 

Kaedah pengiklanan tanpa kos

Sebenarnya, walaupun anda tak membelanjakan wang ringgit, anda tetap perlu membayar sesuatu. Dalam bentuk masa dan tenaga anda.

Ok kaedah pengiklanan tanpa kos adalah seperti anda menulis di laman sosial, penulisan di blog dan sebagainya. Kaedah pengiklanan seperti ini sememangnya berkesan! Walaubagaimanapun, ianya sangat time consuming! Jika anda ada banyak masa, silakan.

Anda memang memerlukan masa yang banyak untuk

1. Mencari konten bagi disiarkan sama ada di wall FB ataupun di laman web anda

2. Mencari tajuk yang catchy dan menarik minat bakal pelanggan

3. Mempelajari selok belok dan teknik-teknik penulisan yang boleh menghasilkan jualan

4. Memahami apa itu teknik pemasaran SEO

5. Menulis sebuah artikel yang lengkap

 

Hakikatnya?

Tak semua orang ada masa untuk buat semua ini.

Apa kata kalau saya beritahu anda, terdapat satu lagi cara dimana anda tak perlu berbelanja mahal untuk tujuan pengiklanan, dan pada masa yang sama, iklan anda akan tetap masuk ke halaman web google dan berterusan menghasilkan jualan untuk produk dan servis yang anda tawarkan.

 

Ok… bagaimana caranya?

.

..

Outsource!

 

Untuk makluman para pembaca sekalian, jika ada yang masih belum tahu, saya juga menawarkan perkhidmatan penulisan artikel review ataupun servis advertorial, bagi memperkenalkan perniagaan anda kepada target market anda.

Berikut pula adalah antara perniagaan dan syarikat yang pernah mendapatkan perkhidmatan advertorial dari saya.

 

1) Pusat Rawatan Islam Al Qayyum

Klik: Pengalaman sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Qayyum

pusat rawatan islam al qayyum

 

2) KLezBike

Klik: Perkhidmatan sewa motor Harley Davidson dengan KLezBike

cari_motor_harley_davidson

 

3) Homestay Solehah Dungun

Klik: Homestay Solehah Dungun – Destinasi Penginapan PILIHAN di Dungun

homestay_dungun_solehah_homestay

 

4) Ebook Teknik Sannin

Klik: Review lengkap tenik sannin v2

review_teknik_sannin

 

5) Laman web Advertorial.my

Klik: Review dan pengalaman menggunakan servis advertorial.my

review_advertorialmy

.

..

Baiklah, apa yang saya paparkan diatas ini ialah sebahagian daripada artikel review ataupun advertorial yang pernah saya hasilkan untuk klien saya dalam blog ini.

Boleh kata setiap yang saya tulis, tersenarai di laman web carian google, dan kesannya? Selagi artikel tersebut masih wujud, selagi itulah perniagaan mereka ini mendapat promosi berterusan dari saya. Ada antara artikel-artikel review dan advertorial milik klien mendapat kedudukan tempat pertama di page google.

Yang BEST nya, klien ini tak perlu bayar mahal-mahal kepada google untuk masukkan iklan tentang perniagaan mereka di page pertama google.

.

..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berkesan ke kaedah pengiklanan menggunakan advertorial ini?

Kalau setakat masuk ke page pertama google, tetapi tak ada sales, pun tak ada gunanya jugak. Betul tak? Bukankah sesuatu perniagaan itu matlamatnya adalah untuk memaksimakan keuntungan dan menjimatkan perbelanjaan?

 

Secara peribadi, ada artikel advertorial yang saya sendiri tak dapat nak semak sama ada ianya convert kepada sales atau tidak. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang dijalankan secara offline.

Contohnya seperti homestay, perniagaan sewa motor, pusat rawatan Islam dan sebagainya. Lazimnya, pelanggan akan terus berurusan dengan pemilik perniagaan tanpa perlu melalui saya.

Akan tetapi, untuk perniagaan yang dilakukan secara online, dan pada masa yang sama, pemilik perniagaan turut mengesyorkan saya untuk jadi ejen (affiliate) kepada perniagaan mereka, yang ini saya boleh semak sejauh mana keberkesanannya.

Sebagai contoh

 

1. Laman web ToneXpress

Klik: Tonexpress

apa itu tone express

 

Artikel review ToneXpress ini dihasilkan pada 9 September 2014 dan sehingga hari ini, artikel tersebut masih lagi tersenarai di page pertama google bagi carian kata kunci “review Tonexpress”.

Siapa yang akan memerlukan review ini? Siapa yang akan baca artikel advertorial ni?

Sudah tentu mereka yang baru pertama kali dengar tentang ToneXpress. Mereka yang berminat nak join tetapi masih lagi belum yakin dan teragak-agak nak sertai.

Hingga catatan ini saya tulis, artikel advertorial yang saya hasilkan telahpun menghasilkan sekurang-kurangnya 43 jualan secara automatik!

Ini buktinya

komisyen_tonexpress

 

Contoh yang lain.

2) Sistem autoresponder PERCUMA emelmatik

klik: Laman web utama emelmatik

review_autoresponder_emelmatik

 

Artikel review tentang sistem autoresponder ini ditulis pada 27 April 2014.

Sasaran pembaca bagi artikel advertorial ini ialah mereka yang masih belum buat keputusan untuk memilih autoresponder yang sesuai untuk kegunaan perniagaan dan aktiviti pemasaran mereka.

sistem_autoresponder_percuma_emelmatik_baguske

Daripada artikel advertorial yang saya hasilkan, 7 jualan telah pun berjaya dihasilkan.

Walaubagaimanapun, amount ini mungkin tidak tepat.

Ini kerana saya masih tidak mengambil kira pelanggan yang membuat belian terus kepada pemilik produk ataupun yang tidak membeli menerusi link affiliate saya.

 

Fungsi artikel review/ advertorial

Artikel review dihasilkan bukan sekadar untuk menghasilkan jualan.

Sebaliknya, fungsi artikel review adalah lebih besar dari itu. Ia sebenarnya sangat-sangat membantu bakal pelanggan untuk membuat keputusan sama ada ingin teruskan dengan pembelian ataupun sebaliknya.

.

..

Buat pembaca sekalian yang memiliki perniagaan sendiri dan memerlukan perkhidmatan artikel review dari saya, anda boleh hubungi saya menerusi pautan ini ataupun boleh emelkan pada saya di sabreehussin@gmail.com

 

The post Perkhidmatan Penulisan Review Bagi Meningkatkan Jualan Produk dan Servis appeared first on Blog Sabree Hussin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Trending Articles