Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda

$
0
0

Outsource. Kenapa anda perlu pilih untuk outsource sebahagian atau beberapa proses yang perlu dilakukan oleh perniagaan anda? Untuk sebahagian usahawan, mereka kurang selesa untuk outsource proses perniagaan mereka. Mereka rasakan, jika mereka outsource, rahsia perniagaan mereka akan terbongkar dan orang akan tiru apa yang mereka buat.

 

Walaubagaimanapun, bagi yang dah biasa outsource, pada mereka ini adalah tindakan paling bijak yang patut dilakukan untuk bisnes mereka. Ada banyak sebab kenapa anda patut outsource perniagaan anda, yang mana akan saya bincangkan dalam artikel ini. Anda tak akan sempat untuk buat semua perkara dalam satu masa.

Outsourcing word cloud concept

 

Lagi kompleks perniagaan anda, lagi banyak kerja yang perlu dilakukan. Ini bermakna anda pasti akan perlukan kemahiran luar untuk lakukan apa yang anda tak tau atau tak bagus. Baiklah, mari saya perincikan

10 sebab atau alasan kenapa anda patut memilih untuk outsource

 

1. Adakalanya ia lebih murah apabila anda outsource

Pada tahun 2010, saya bekerja untuk outsource company. Kepakaran syarikat ini adalah dalam bidang pengurusan pelanggan, ataupun customer service. Pada waktu tu, kami diberi projek untuk menguruskan pelanggan dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia Berhad.

 

Bagaimana dengan strategi outsourcing, dapat menjimatkan kos operasi perniagaan syarikat Air Asia?

Untuk menjadi satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia perlu bijak mengatur strategi dan mengawal kos operasi agar tidak beroperasi dalam keadaan rugi, walaupun mereka menawarkan tiket penerbangan dengan harga yang murah.

 

Salah satu tindakan mereka ialah dengan outsource bahagian khidmat pelanggan, dan dengan ini

1. Syarikat tersebut tak perlu menyediakan ofis, kelengkapan pejabat, komputer, sistem, software dan peralatan

 

2. Tak perlu keluar bajet untuk latihan dan pembangunan staf.

Kerja dalam bidang customer servis ini sangat stress sebenarnya. Kita ibarat punching bag jika pelanggan menghadapi masalah ataupun terdapat masalah teknikal pada operasi syarikat. Lazimnya, jika staf baru masuk, mereka cuma boleh bertahan 3 bulan sahaja.  Kadang-kadang staf yang nampak tough diluar, lembik didalam.

2 bulan yang pertama adalah untuk training. Jika bulan keempat staf tersebut dah berhenti, tender resignation letter, atau AWOL, kan sia-sia pelaburan syarikat untuk beri training kepada staf. Nampak tak?

 

3. Menggaji staf adalah MAHAL

Kena fikir tentang gaji, elaun, socso, benefit, EPF dan sebagainya. Tetapi dengan strategi outsource, syarikat tak perlu fikir itu semua. Hanya perlu keluar bajet untuk bayar syarikat outsource untuk deliver hasil yang dimahukan, dan itu sahaja

 

2. Ada ramai individu yang sanggup untuk bekerja dengan bayaran yang MURAH

Dalam contoh ini, saya akan berikan contoh laman web Fiverr

buat_duit_fiverr

 

Di laman web Fiverr, anda boleh temui ramai freelancer ataupun pekerja bebas yang sanggup untuk buat hampir apa sahaja untuk anda dengan kadar bayaran yang sangat murah. Iaitu USD5 sahaja untuk satu tugasan. Untuk mereka yang tinggal di negara yang kadar tukaran matawangnya adalah rendah berbanding USD, memperolehi income dalam matawang USD adalah sangat bernilai untuk mereka.

 

Dilaman web fiver anda bukan sahaja boleh membeli ataupun mendapatkan servis, malahan pada masa yang sama, anda juga boleh menjual servis anda. Rujukan dan panduan untuk anda menjual servis anda di laman web fiverr boleh dapatkan disini.

 

buat_duit_dalam_matawang_usd

Pada masa catatan ini saya tulis, kadar tukaran matawang adalah seperti diatas. Jika anda ada sumber pendapatan yang dibayar dalam matawang USD, inilah masa untuk anda nikmati kuasa membeli yang lebih besar di Malaysia.

 

3. Pinjam kredibiliti

Saya akan ambil contoh, jika anda mendapatkan servis advertorial. Untuk pengetahuan anda, saya juga menawarkan khidmat advertorial untuk memberi publisiti kepada perniagaan yang anda sedang lakukan.

software_bina_laman_web

 

Advertorial ini adalah sesuatu yang anda boleh lakukan sendiri. Itu saya tak nafikan, dan saya percaya semua orang yang tahu menulis, boleh menghasilkan advertorial mereka sendiri. Tetapi, apa yang membezakan antara advertorial yang dihasilkan oleh individu A dengan individu B adalah kredibiliti.

Sebagai contoh, A mendapatkan khidmat advertorial dari akhbar online Harian Metro.

B pula buat sendiri dan publish dilaman web blogspot sahaja.

Dalam contoh ini, dah tentu advertorial milik A lebih berkredibiliti berbanding advertorial dari B.

 

Cuma kalau anda dapatkan servis dari Harian Metro, MAHAL la yang anda kena bayar. Kalau nak lebih jimat, dapatkan dari saya disini.

 

4. Anda boleh beri tumpuan dan fokus pada kerja-kerja yang anda boleh lakukan dengan baik

Memang jarang saya jumpa ada individu yang serba boleh. Kalau ada sekalipun, pasti ada yang tak berapa sempurna. Dia boleh buat lima benda dalam satu masa. Tapi dari kelima-lima tugasan tu, pasti ada dua atau tiga yang dia kurang mahir.

 

Apabila anda outsource, anda boleh berikan tumpuan dan fokus untuk lakukan kerja-kerja yang anda sangat mahir untuk buat. Apa dia yang anda mahir?

1. Mungkin anda sangat mahir untuk menganalisis pasaran dan membaca graf

2. Anda sangat mahir beri latihan dan mengajar

3. Anda lebih suka bina networking, dapatkan new project dan new business

 

Jadi kan lagi baik anda buat benda-benda yang anda memang bagus, daripada anda stuck untuk buat kerja-kerja yang anda tak patut buat.

 

5. Anda boleh buat lebih dari satu kerja dalam satu masa

Bila anda outsource, anda akan ada lebihan masa. Dari mana masa tu datang? Masa tu datangnya daripada allocation masa yang anda letakkan untuk siapkan tugasan tertentu. Sekarang anda dah tak perlu buat tugasan tu, sebab anda dah outsource benda tu. Jadi masa tersebut anda boleh gunakan untuk suatu yang lebih produktif.

 

6. Perbezaan budaya

Even dalam Malaysia, kita ada perbezaan dari segi budaya, gaya bahasa, dan tutur kata. Itu memang ada.

 

7. Apa skil yang anda miliki?

Saya boleh menulis, tapi saya failed bab-bab design. Ada orang dia pandai bercakap. Bagi dia microphone, dan dia boleh bercakap dari jam 8:00 pagi hingga jam 11:00 pagi tanpa berhenti. Kita bagi dia laptop untuk dia menulis, dia keras. Tiba-tiba dia blank dan dia tak tau apa benda yang dia patut tulis. Everything sounds so wrong…

 

8. Kualiti kerja

Kerja-kerja yang selalunya saya akan outsource ialah kerja-kerja design. Bukannya saya tak mampu nak buat, tetapi dari segi kualiti kerja, saya percaya ada lagi ramai yang mampu untuk hasilkan design yang lebih baik daripada yang saya boleh buat.

 

Saya tak ada masalah untuk buat kerja-kerja yang memerlukan kemahiran untuk menulis. Sebab ini memang kerja saya. Iaitu menulis. Bila sampai bab-bab design, maaf. Itu saya terpaksa outsource. Saya serahkan kerja ini kepada orang lain yang lebih pakar dari saya.

 

Untuk menghasilkan design yang menarik, saya bukan sahaja perlukan ilmu, malahan saya perlu juga invest untuk dapatkan software tertentu yang tak kurang mahalnya.

 

9. Anda tak perlu ada ofis, peralatan, software khas dan sebagainya

Ini seperti yang saya terangkan dalam strategi bisnes Air Asia sebelum ni.

 

10. Biarkan orang lain yang buatkan apa yang anda tak pandai dan tak suka buat

Jadi anda boleh fokus untuk buat benda-benda yang anda suka buat, umpamanya… pergi bercuti, tidur, atau memancing. Ini adalah outsource tahap tinggi, yang mana usahawan seperti ini akan outsource semua benda dan semua operasi perniagaan dijalankan oleh freelancer. Adakah ianya mustahil untuk dilakukan? Oh… tak mustahil.

 

Mengupah freelancer ataupun strategi outsource ini umpama anda menggaji pekerja anda, tetapi ia lebih menjimatkan. Apapun strategi anda, sama ada perlu melibatkan outsourcing ataupun tidak, yang penting anda buatlah yang terbaik. Semoga perniagaan anda dapat berkembang dengan baik. In Shaa Allah.

 

The post 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda appeared first on Blog Sabree Hussin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Trending Articles