Sepanjang tahun 2016 – 2017 ni, saya telah beberapa kali berurusan dengan pemilik Bisnes Homestay. Kebiasaannya, mereka ni memang berminat untuk dapatkan perkhidmatan pengiklanan dari saya.
Ini antara iklan homestay yang pernah saya siarkan dalam blog ni.
- Homestay Solehah Dungun – Destinasi penginapan pilihan di Dungun
- Homestay Langkawi berdekatan dengan Airport Langkawi yang jimat dan selesa
- Homestay di Langkawi Padang Matsirat – Homestay pilihan apabila bercuti di Langkawi
- Homestay Melaka Casa Indah – Pengalaman bercuti bersama keluarga
- Homestay Seri Manjung – Homestay Bajet Al-Qarni menawarkan perkhidmatan yang selesa pada harga jimat
Sekiranya, anda juga berminat untuk iklankan bisnes homestay anda di blog ini, anda juga boleh hubungi saya.
In Shaa Allah, jika anda dapatkan perkhidmatan iklan ni dari saya, saya akan lakukan yang terbaik supaya iklan tersebut dapat masuk ke halaman pertama google bagi kata kunci yang disasarkan. Apabila iklan tersebut dah berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci tertentu, anda dah tak perlu lagi nak keluar duit untuk tujuan pengiklanan menggunakan Google Adwords bagi kata kunci tersebut.
Walaupun begitu, suka untuk saya ingatkan kat sini, perniagaan homestay ini adalah satu perniagaan yang agak kompetitif. Ada banyak laman web yang bersaing untuk masuk ke halaman pertama. Maka atas sebab tu, tak mustahil ramai pengendali bisnes ni lebih banyak guna khidmat iklan adwords.
Dalam satu-satu kawasan yang ada bisnes homestay, selalunya disitu juga akan terdapat beberapa lagi pengendali homestay. Persoalannya ialah, bagaimana anda dapat pastikan homestay anda sentiasa jadi pilihan utama pengunjung berbanding homestay milik orang lain?
Soalan kedua, bagaimana nak letakkan harga yang lebih mahal berbanding homestay-homestay lain, dan pada masa yang sama, pengunjung masih tetap akan pilih homestay anda, malahan mereka gembira bayar harga premium tersebut berbanding pesaing anda yang menawarkan pakej homestay bajet!
Apa yang kerap berlaku, pengusaha bisnes homestay “seolah-olah terpaksa ikut harga pasaran”. Kalau orang lain letak harga RM180 semalam, kita pun macam terpaksa ikut harga tu.
Lebih memburukkan keadaan lagi, ada yang bersaing dari segi harga, dengan menawarkan caj RM170, RM175, RM178, dan apa-apa nilai yang lebih rendah berbanding RM180.
Bab bersaing harga ni, bukannya hanya berlaku dalam bisnes homestay sahaja. Malahan, dalam mana-mana bidang juga ada persaingan harga. Masing-masing berlawan-lawan harga untuk berikan harga yang paling murah.
Tetapi, dengan harga yang murah tu,
(1) Adakah dapat menjamin pelanggan akan memilih anda setiap masa?
(2) Adakah dengan memberi harga murah dapat memberi keuntungan kepada anda?
(3) Adakah dengan menjadi yang paling murah dapat menjamin keselesaan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan?
Sebagai pelanggan, sudah tentu mereka suka harga murah. Mereka suka diskaun. Itu kalau cerita bab harga.
Tetapi, kalau cerita dari segi pengalaman penginapan, keselesaan, kebersihan, kemudahan, dan sebagainya, pelanggan juga mahukan semuanya berada di tahap paling baik.
Kalau keuntungan tak cukup untuk maintain bisnes ni, macam mana kita nak sediakan segala kemudahan bagi menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan kepada bakal penyewa?
Maka atas sebab itu, saya berpendapat, adalah lebih baik kita bersaing dari segi memberi perkhidmatan yang PALING BAIK dari segi kualiti, berbanding fokus sangat pada harga.
Apabila dapat tugasan mempromosikan bisnes homestay milik pelanggan saya, biasanya ada beberapa laman web yang saya akan rujuk, bagi mengetahui tahap persaingan bisnes tersebut. Antaranya ialah
(1) Laman web mudah.my
(2) Laman web AirBNB
(3) Google.com/ Google.com.my
Saya rasa tiga tempat ini dah cukup untuk cari, kat mana boleh dapat perkhidmatan homestay disesuatu tempat atau kawasan.
Jika anda juga seorang pemilik bisnes homestay, mungkin anda boleh buat serba sedikit pembacaan dan kajian, apa yang pesaing anda tawarkan yang mungkin anda tidak tawarkan. Lihat juga dari segi tawaran perkhidmatan dan caj yang mereka kenakan.
Anda juga boleh gunakan laman web AirBNB untuk iklankan bisnes Homestay anda. Jika anda tak pasti, atau tak tau macam mana prosedurnya, anda boleh baca di laman web ini.
Senarai kelengkapan yang anda boleh sediakan di Homestay milik anda
Senarai ini merupakan cadangan yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sediakan di homestay milik anda. Malahan, dengan menyediakan kelengkapan ini, anda boleh jadikan ia sebagai selling point bagi menarik pengunjung untuk menyewa di tempat anda.
(1) Wifi
Sambungan internet wifi ni PENTING sebabnya, dewasa ini boleh dikatakan semua orang guna smartphone berbanding phone biasa.
Bila ada sambungan wifi yang stabil dan kuat, orang macam saya nak buat kerja pun senang. Ini bermakna, homestay anda berpotensi untuk dikunjungi oleh orang yang dalam trip bisnes, dan tidak terhad kepada mereka yang nak bercuti semata.
(2) Penapis Air
Sekarang ni kan ada dua jenama yang popular, iaitu Coway dan juga Cuckoo. Semasa saya menginap di Sabah, apartment yang saya sewa, bukan sahaja menyediakan wifi malahan ada juga penapis air ini. Rasa berbaloi dengan harga yang dibayar, dan kalau nak datang sekali lagi dan menyewa disitu pun rasa tak rugi.
(3) Kolam mandi untuk kanak-kanak
Saya pernah beli kolam mandi jenama Bestway. Dari segi kualiti dan ketahanan, ianya agak bagus. Kalau ada kolam macam ni, budak-budak suka la.
Biasanya kalau menginap di hotel, boleh mandi kat swimming pool. Tapi kalau di homestay, mana ada swimming pool, jadi bolehlah guna kolam air ni sebagai ganti.
(4) Set pemanggang
Bila dah berkumpul ramai-ramai sesama ahli keluarga atau kawan-kawan, salah satu acara yang best ialah buat acara panggang memanggang.
Tapi, tak banyak homestay yang sediakan kemudahan seperti ini. Saya rasa kalau anda dapat sediakan, mesti dapat jadikan ini sebagai daya penarik.
Saya ada tengok pemanggang jenis mudah alih di jual di Lazada. Harganya pun tak begitu mahal. Boleh dapat dengan harga bawah RM100. Anda boleh klik sini untuk lihat.
Benda ni ada macam-macam jenis. Boleh cuba search “portable Barbeque“.
(5) Kelengkapan untuk solat
Sebagai contoh, telekung, sejadah, tasbih, Al-Quran, surah yasin dan sebagainya. Jika bakal penyewa adalah muslim, bolehlah sediakan barang-barang ni. Tetapi, kalau bakal penyewa adalah non-muslim, boleh bawa keluar dulu.
(6) Mini library
Saya rasa, homestay yang ada mini library ni pun sangat best. Mungkin sebab saya ni jenis yang suka membaca, jadi kalau ada buku, saya akan rasa lebih seronok menginap disitu. Boleh utamakan buku-buku yang berkaitan dengan negeri anda, tempat-tempat menarik tertentu, sejarah dan sebagainya. Selebihnya, terpulanglah nak letak buku apa.
(7) Kerusi urut
Kali pertama saya jumpa, homestay yang ada kerusi urut ni ialah semasa saya menginap di Homestay Casa Indah Melaka.
Sepanjang saya baca, iklan-iklan tentang homestay, sama ada di laman web mudah, laman web AirBNB, ataupun mana-mana laman web yang saya jumpa di google, tak ada lagi yang sediakan kerusi urut seperti ini.
Bila ada kerusi urut ni, bestnya lepas penat mandi laut, boleh legakan sikit rasa sengal-sengal badan akibat dipukul ombak.
(8) Aroma theraphy
Saya pernah baca dalam salah satu homestay yang diiklankan di AirBNB, pemilik homestay tu amat menekankan tentang wangian yang digunakan di kediaman miliknya.
Dengan adanya terapi wangian ini, pengunjung akan rasa lebih selesa, tenang dan dapat berehat dengan secukupnya.
(9) Set Playstation
Set Playstation ini memang tak ada lagi yang letak di homestay. Tetapi, jika sediakan set playstation ni, dapatlah menarik pengunjung yang ada anak-anak untuk menginap ditempat anda.
Kalau ada playstation, mungkin pengunjung akan habiskan masa di rumah sahaja.
(10) DVD Player
Kadang-kadang, kat tv tak ada rancangan yang menarik. Jadi, kalau ada set DVD player, bolehlah dijadikan hiburan dirumah.
Sekarang ni, kebanyakkan DVD player, boleh juga guna USB drive. Jadi untuk mak yang nak hiburkan anaknya, bolehlah cucuk pendrive dan pasang Didi and friends.
(11) Siaran Astro
Kalau dapat full package pun bagus juga. Tapi kebiasaannya pemilik homestay akan sediakan siaran dari njoi sahaja. Ok la, daripada langsung tak ada.
(12) Tikar untuk piknik
Kalau homestay anda dekat dengan kawasan pantai, ini satu kemudahan yang bagus untuk anda sediakan. Bila anda ada sediakan tikar macam ni, waktu petang bolehlah penyewa anda berpiknik di pantai. Mereka mungkin tak bawa tikar sendiri, tapi kalau anda ada sediakan, bolehlah mereka pergi lepak di tepi pantai.
Apa yang saya senaraikan disini, adalah untuk tujuan cadangan sahaja. Sebahagiannya adalah daripada pengalaman saya sendiri.
Saya rasa, kalau anda dapat sediakan barang-barang ni di homestay milik anda, ianya memang sangat awesome.
Walaupun begitu, saya syorkan anda buat begini. Setelah anda sediakan kelengkapan basic untuk homestay anda, jadikan barang-barang ni sebagai add on.
Contohnya, kalau sewa semalaman caj sewanya ialah RM200 sahaja. Tetapi kalau nak tambah kelengkapan lain, jadikan ia sebagai add on, seperti
Tambah sewa Playstation – RM50 semalaman
Tambah sewa set BBQ – RM30
… dan seterusnya.
Ikut pada kesesuaian.
Pada masa yang sama, anda juga perlu ambil kira kos untuk maintain sesuatu barang tersebut. Sesetengah barang kan mudah atau boleh rosak.
Contohnya, set playstation. Ia boleh rosak jika pengguna terlalu kasar. Maka, kena siap sedia dengan manual penggunaan, dan kena pastikan juga kadar sewa tu termasuk sekali sebarang caj yang mungkin timbul untuk repair barang tersebut, atau untuk beli baru.
Apapun, ini semua adalah cadangan semata-mata. Jika berguna, bolehlah ikuti cadangan tersebut.
The post Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris appeared first on Blog Sabree Hussin.