Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Review dan Idea Komprehensif untuk jana pendapatan dengan Program Adhance

$
0
0

Program Adhance

 

Saya rasa, program ini, kalau dibuat dengan serius, ia ada potensi untuk dijadikan sumber pendapatan yang ke… erm… entahlah. Saya pun tak kira ada berapa banyak program yang saya join. Yang pasti, program ini adalah salah satu daripada banyak-banyak program buat duit yang saya sertai.

 

Bukan semua program buat duit yang ada di internet tu saya akan join. Ia bergantung kepada jenis program, apa produk ataupun servis yang nak dipromosikan. Sebagai contoh, dalam program adhance ni, kita akan mempromosikan laman web carian kerja Maukerja.MY

laman-web-maukerja

Anda boleh klik sini untuk ke laman web maukerja.

 

Sambil kita mempromosikan peluang-peluang kerja kosong yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat yang menggunakan khidmat laman web maukerja ni, sambil tu kita dapatlah kumpulkan serba sedikit pendapatan.

 

Sebenarnya, menerusi program adhance ini, ada beberapa perkara yang kita bakal capai, antaranya

  1. Kita bantu syarikat yang memerlukan pekerja untuk dapatkan calon pekerja yang sesuai
  2. Kita bantu individu yang masih belum ada kerja untuk dapatkan kerja
  3. Kita bantu individu yang inginkan kerja yang lebih baik untuk bertukar kerja

 

Sambil kita buat 3 perkara tu, kita juga akan dapat manfaat dalam bentuk komisen. Sebelum terlupa, ini pula adalah carta top 10 bagi mereka yang memang aktif mempromosikan peluang kerja di laman web Maukerja.my

Hanya mempromosikan laman web carian kerja maukerja.my ada yang berjaya hasilkan pendapatan sehingga RM18 ribu. Wah… kira ok sangat dah ni kan. Ada ke laman web carian kerja lain yang boleh offer peluang penjanaan pendapatan seperti mana yang ditawarkan dalam program adhance ni?

 

Belum tentu lagi kan. Jadi, bagi mereka yang masih belum sertai lagi, bolehlah daftar secara percuma sahaja dulu disini. Program ini adalah percuma untuk disertai, dan yang bestnya, anda boleh jana pendapatan sampai ribu-ribu ringgit setiap bulan.

 

Ya, dengan syarat anda buat marketing.

promosi-laman-web-maukerja

Peluang buat duit dalam bidang marketing atau pemasaran ni, saya kira memang tak akan habis. Setiap hari, pasti ada sahaja syarikat yang memerlukan khidmat ejen pemasaran yang bagus, untuk bantu mereka buat pemasaran lalu menghasilkan jualan.

 

Jika anda adalah orangnya, yang memang ada pengetahuan dalam bidang pemasaran ni, tunggu apa lagi? Sertailah program ini.

 

Bagaimana nak buat duit yang banyak menerusi program ini?

Pada pandangan saya, kalau nak buat banyak duit menerusi program ini, anda perlukan sekurang-kurangnya 4 perkara.

  1. Laman web atau blog sendiri
  2. Akaun facebook
  3. Akaun Twitter
  4. Akaun sistem autoresponder

 

Apabila keempat-empat perkara ini, digunakan dengan sebaiknya, maka In Shaa Allah pendapatan anda dalam program ini juga akan meningkat.

 

(1) Laman web atau blog sendiri

Beli nama domain dan langgan hosting.

Salah satu tempat yang biasa saya pilih untuk beli domain dan hosting ialah di netkl network. Pihak netkl, pada saya, menawarkan pakej yang tak terlalu mahal walaupun bukan yang paling murah.

 

Cuba dapatkan nama-nama domain yang nampak unik dan catchy, contohnya seperti kerjaswasta, jawatankosongswasta dan sebagainya. Memandangkan nama-nama ini mungkin dah ada yang beli, anda boleh cari nama domain yang menggunakan extension .my

 

Biasanya .my ni masih banyak yang belum dibeli, tetapi harganya agak mahal.

 

Kemudian, bila dah dapat domain dan hosting, masukkan konten yang relevan dengan niche kerja dan kerjaya. Teruskan buat sharing di laman web tersebut sampailah laman web anda tu nanti menjadi salah satu laman web yang mempunyai authoriti apabila membincangkan topik pekerjaan atau kerjaya.

 

Cuba buat sampai laman web anda jadi one stop center bagi mereka yang inginkan maklumat tertentu mengenai kerjaya tertentu, ataupun menjadi tempat rujukan, kalau-kalau mereka ada masalah tentang kerja.

 

(2) Akaun sistem autoresponder

Salah satu sistem autoresponder yang saya guna adalah autoresponder percuma emelmatik. Boleh dapatkan kat sini.

sistem-autoresponder-percuma

Bagi laman web yang dibina menggunakan sistem wordpress, kita boleh pasang plugin yang boleh hasilkan pop up. Pop up ni, kita letaklah borang opt in.

 

Contoh borang opt in adalah macam kat bawah ni.

sistem_autoresponder_percuma

Apabila pelawat laman web anda tu masukkan nama dan alamat emel mereka, secara automatik data mereka akan disimpan dalam sistem autoresponder.

 

Bila dah ada data seperti nama dan alamat emel mereka, pada bila-bila masa, anda boleh hantar emel (broadcast) kepada mereka untuk memaklukan tentang peluang kerja yang baru.

 

Sekiranya ada antara subscriber anda yang mengisi borang permohonan kerja, disitu anda akan dapat komisen.

 

(3) Akaun facebook dan twitter

Facebook dan Twitter ni bagus untuk dapatkan trafik segera. Untuk hasil yang lebih memberangsangkan, mungkin boleh gunakan FBAds untuk capai lebih ramai orang untuk tengok iklan kita. Boleh juga kalau cuma nak buat posting biasa tanpa bayar apa-apa. Cuma ia mungkin akan ambil masa yang agak lama untuk orang perasan iklan kita.

 

Selain itu, bagi mereka yang tak ada modal nak buat iklan, mungkin anda boleh sertai group-group percuma yang berkaitan dengan mencari kerja kosong, dan post iklan disitu. Anda mungkin akan dapat calon pekerja yang minat nak mohon pekerjaan dari laman web maukerja.my dari group percuma ini.

 

Bagaimana nak tingkatkan lagi pendapatan dengan program adhance?

Pada saya, ini satu ciri yang paling best yang ada pada program ini. Lihat screenshot kat bawah ni.

Salah seorang ahli adhance yang berdaftar menerusi link saya (ini adalah link saya) telah berjaya dapatkan 4 orang yang berminat untuk memohon kerja di laman web maukerja.my

 

Upah terkumpul yang diterima setakat ini adalah RM2.55

 

Daripada jumlah tersebut, saya menerima 15%, atau bersamaan dengan RM0.38

 

Nampak tak? Ini bermakna dalam program ini, saya ada pilihan sama ada nak buat duit dengan cara mempromosikan laman web carian kerja maukerja.my, ataupun saya juga boleh fokus untuk dapatkan seberapa banyak ejen berdaftar menerusi link saya.

 

Apabila mereka berjaya buat duit dari program ini, saya akan menerima 15% daripada komisen yang berjaya mereka jana. Jangan risau, sebabnya komisen ini langsung tidak mengurangkan komisen ahli tersebut.

 

Baiklah.

 

Sekiranya anda rasa program ini baik dan sesuai untuk anda, bolehlah daftar segera menerusi pautan ini. Selamat mencuba dan saya doakan semoga anda juga berjaya dapat komisen.

 

 

The post Review dan Idea Komprehensif untuk jana pendapatan dengan Program Adhance appeared first on Blog Sabree Hussin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Trending Articles