Tahun 2017 akan menutup tirainya tak lama lagi. Ada banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan sebahagiannya saya abadikan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup saya.
Bila saya imbas semula, saya rasa tahun ini, saya banyak menginap di homestay atau guesthouse berbanding menginap di hotel, terutama sekali apabila saya perlu travel atas urusan kerja.
Sebahagian daripada pengalaman saya menginap di homestay-homestay ini semua, saya catatkan dalam blog saya, sebagai rujukan buat pembaca blog ini.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Maklumlah, kat luar sana tu, memang ada terlalu banyak homestay yang boleh dipilih. Kadang-kadang, kita tak tau…
1. Apa yang ada dekat homestay tu?
2. Bagus ke tidak homestay tu?
3. Kenapa perlu pilih untuk menginap di homestay tersebut berbanding homestay lain yang ada disekelilingnya
Bila saya buat catatan tentang homestay yang saya pernah menginap sebelum ini di blog saya, secara tak langsung, ia juga dapat bantu pemilik homestay tersebut untuk dapatkan lebih ramai pengunjung.
Sebagai pengguna biasa, ada kalanya saya juga perlu baca review terlebih dulu, sebelum buat keputusan untuk buat tempahan di mana-mana homestay. Kalau ada review, saya lebih yakin untuk menginap di situ.
Tak kisahlah sama ada review tersebut positif atau negatif, yang penting ada review. Kalau boleh saya tak nak ada sebarang kejutan, apabila kita dah tempah homestay tersebut, dan pada hari kejadian, masa nak check in, rupa-rupanya harap gambar je lawa, tapi ruang dalaman, hancur…
Apa pun, jika ada yang minat nak ikuti pengalaman saya menginap di homestay sepanjang tahun 2017 ni, anda boleh baca posting-posting dibawah ini.
1. Homestay Melaka CASA Indah – Pengalaman bercuti bersama keluarga
2. Homestay Tangkak pilihan saya dengan kadar sewa bawah RM200
3. SilaTiga Guesthouse KL – Homestay di Wangsa Maju yang PERFECT (Paling best setakat ni)
4. Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson
5. Pengalaman menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay
Perhatian buat para pemilik homestay. Saya amat galakkan untuk anda layan setiap guest yang anda terima dengan sebaik-baiknya. Manalah tahu, ada dalam kalangan guest anda tu adalah seorang penulis blog yang aktif macam saya (ehem).
Saya rasa, banyak kali juga saya berikan free marketing kepada homestay-homestay ni semua. Lagi satu, apabila artikel yang saya tulis telah tersenarai di muka surat hadapan enjin carian google, ini juga akan memudahkan pengguna internet untuk mengetahui kewujudan anda dan bisnes anda.
Anda juga yang untung besar. Guest akan terus berhubung dengan anda untuk urusan tempahan, tanpa melalui saya. Keuntungan anda simpan 100%!
Setiap kali saya check in di mana-mana homestay, satu persoalan yang kerap bermain dalam fikiran saya ialah…
1. “Kenapa orang pilih untuk menginap di Homestay? Kenapa tak pilih hotel sahaja?”
2. “Orang yang bagaimana yang akan memilih untuk menginap di homestay?”
3. “Adakah orang-orang kaya akan menginap di homestay? Atau hanya orang yang berpendapatan sekian-sekian sahaja yang akan pilih homestay?”
Saya cuba cari jawapan untuk setiap persoalan-persoalan yang timbul. Saya buat pembacaan. Saya buat pemerhatian sendiri. Saya tanya pendapat orang lain yang biasa travel. Saya juga ada interview beberapa pemilik homestay.
Semuanya bertujuan untuk mencari jawapan yang possible dan yang mungkin logik, kenapa orang pilih untuk menginap di homestay berbanding lain-lain tempat penginapan?
Sekarang ini, dengan wujudnya laman web Airbnb yang makin popular di negara kita, saya boleh katakan bisnes homestay akan jadi salah satu bisnes yang makin popular di masa akan datang.
Daripada sewakan rumah secara bulanan, dan berdepan dengan masalah rumah rosak, penyewa liat nak bayar sewa on time, isu perundangan dan sebagainya, tak mustahil satu hari nanti, orang lebih suka untuk jadikan rumahnya sebagai homestay atau guesthouse.
Yang penting, ada permintaan, dan sebagai pemilik, anda bijak mengatur strategi bagi membuat pemasaran homestay milik anda.
Saya akan senaraikan, beberapa sebab yang LOGIK, kenapa pengunjung sekarang ni, lebih memilih homestay berbanding lain-lain jenis tempat penginapan. Ini antaranya.
(1) Faktor keselesaan
Kalau tak selesa, mustahil orang akan pilih untuk menginap di homestay? Setuju? Jadi faktor keselesaan, adalah satu faktor yang penting.
(2) Faktor keselamatan
Kadang-kadang saya rasa lebih selamat kalau menginap di homestay berbanding hotel. Situasi dia begini, saya pernah menginap di sebuah hotel bajet di Mersing satu masa dulu. Masalahnya ialah, tak ada tempat parking yang khas.
Saya terpaksa parking didepan kedai, atau parking ditepi-tepi jalan. Sepanjang malam, saya rasa risau dengan keselamatan kenderaan saya tu. Bimbang juga kalau-kalau cermin kena pecah, atau kereta kena curi.
Tetapi, kalau menginap di homestay, In Shaa Allah lebih selamat. Ada tempat parking khusus. Sesetengah rumah, ada anjung (porch) yang kita boleh guna untuk letak kereta.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini semasa menginap di homestay di Tangkak, Johor.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ini pula semasa menginap di Homestay Casa Indah Melaka. Dua buah kereta boleh parking dalam anjung. Rasa lebih selamat dan tenang untuk tidur malam, berbanding kalau cuma parking tepi-tepi jalan.
(3) Ruang yang lebih luas
Ini satu lagi kelebihan menginap di homestay. Kebanyakkan homestay yang saya pergi, ada 3 buah bilik. Setiap bilik, boleh memuatkan sebuah keluarga. Kalau tiga buah bilik, ada tiga keluarga.
Kemudian dekat ruang tamu juga ada ruang yang besar. Boleh gunakan ruang tamu untuk tidur. Berbanding kalau menginap di hotel, dengan ruang yang agak terhad. Kalau nak bercuti dalam jumlah yang ramai, kita terpaksa ambil beberapa buah bilik.
Dengan ruang yang lebih luas, pasti banyak penjimatan yang boleh kita nikmati. Kalau nak menginap lebih dari satu malam, juga tak rasa begitu terbeban.
(4) Masa check in yang fleksibel
Biasanya check in time ialah pukul 2 atau 3 petang.
Check out pula pukul 12 tengahari.
TETAPI, dari pengalaman saya, kita boleh bincang dengan pemilik rumah, kalau-kalau nak masuk awal, atau nak keluar lewat sedikit. Kalau pada hari tu, tak ada pengunjung lain, dan tak menyusahkan pemilik rumah, kita boleh check in ikut masa kita dan ianya agak fleksibel.
(5) Lokasi yang strategik
Untuk bina sebuah hotel, selalunya ia memerlukan ruang tapak yang besar. Sebaliknya, untuk bina sebuah rumah, ia tak perlukan keluasan tapak yang begitu besar.
Itu sebabnya, jika anda lihat di laman web Airbnb ini, anda akan temui banyak juga homestay dan guesthouse dibina di kawasan yang agak terpencil, sangat dekat dengan kawasan tarikan pengunjung, tempat percutian dan sebagainya.
Lokasinya boleh jadi lebih baik berbanding hotel.
Oleh sebab homestay biasanya terletak di kawasan kediaman penduduk, jadi dekat kawasan sekitarnya kita boleh lihat ada kemudahan seperti kedai runcit, dobi, tempat makan, warung, cybercafe dan banyak lagi.
(6) Rekabentuk yang unik
Kita tak akan jumpa, homestay yang exactly the same dengan homestay lain dari segi susun atur, reka bentuk dan sebagainya.
Setiap homestay akan menawarkan pengalaman penginapan yang unik. Ini berbeza dengan bilik-bilik hotel, yang mana kalau diperhatikan, hampir setiap bilik susun aturnya lebih kurang sama sahaja.
(7) Ada banyak kemudahan asas dibawah satu bumbung
Dalam sebuah rumah, biasanya kita boleh jumpa kemudahan asas seperti ruang makan yang selesa, set sofa, TV dengan pelbagai saluran, ada kemudahan wifi, seterika, ruang masak dan macam-macam lagi.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Guesthouse di Wangsa Maju tempat saya menginap sebelum ni, siap ada menyediakan mesin basuh dan mesin pengering pakaian.
Lepas basuh baju, boleh terus keringkan kemudian baju yang sama boleh dipakai semula.
(8) Lebih privasi dan tak perlu berkongsi
Bila kita menginap di homestay, bermakna kita akan sewa satu rumah. Namun, jika anda sewa homestay menerusi Airbnb, kena semak jugak sama ada tawaran sewa tu adalah untuk sewa satu rumah atau cuma sewa bilik ya.
Kita andaikan yang anda akan sewa satu rumah. Bermakna, segala kemudahan yang ada dalam rumah tu, adalah hak anda. Tak perlu nak kongsi-kongsi dengan orang lain.
Saya ambil contoh, sambungan internet wifi. Kalau sewa hotel, kita kena share penggunaan internet dengan penghuni lain, dan ini menjadikan sambungan akan jadi perlahan. Sebaliknya, kalau sewa homestay, kita boleh nikmati sambungan internet dengan kelajuan penuh!
Best kan.
(9) Rasa seperti berada di rumah sendiri
Bagi sesetengah orang, perasaan selesa seperti berada di rumah sendiri, mungkin tak begitu penting. Tetapi, jangan anda tak tau, memang ada orang yang begini.
Dia nak rasa selamat macam berada di rumah sendiri.
Dia nak rasa tenang seperti berada di rumah sendiri.
Dia nak rasa bebas seperti berada di rumah sendiri.
(10) Boleh menyediakan makanan sendiri
Walaupun selama saya menginap di homestay, saya tak pernah masak sendiri, tapi bagi saya ini adalah salah satu sebab yang penting, kenapa saya suka menginap di homestay.
Kita boleh menyediakan makanan sendiri. Bila boleh masak, ia lebih jimat berbanding makan diluar. Sesetengah orang, dia memang tak boleh makan diluar, atas sebab kesihatan, alergik dan sebagainya. Justeru, bila boleh sediakan makanan sendiri, ia satu bonus untuk dirinya.
Apabila kita tahu, jawapan yang tepat, kenapa orang pilih untuk menginap di homestay, secara tak langsung akan membuatkan kita lebih bersedia dan dapat menyediakan perkhidmatan yang first class kepada tetamu.
Boleh jadi, tetamu yang datang ke tempat anda, ada kehendak yang berbeza, berbanding apa yang anda mampu sediakan. Apa salahnya bertanya. Sebelum tetamu datang, boleh tanya soalan yang simple seperti
“Ada sebarang keperluan yang boleh saya sediakan untuk keselesaan tuan nanti?”
Mungkin tetamu tu perlukan bantal tambahan.
Mungkin dia perlukan kuali yang besar.
Mungkin perlukan toto.
Mungkin dia perlukan kipas berdiri dan bukannya kipas siling dan sebagainya.
Ataupun, kalau tetamu tu tak ada sebarang special needs sekalipun, soalan ini boleh ditanyakan bagi menunjukkan anda adalah seorang host yang mesra dan prihatin terhadap keperluan bakal penginap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
The post Kenapa pengunjung memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel? appeared first on Blog Sabree Hussin.