Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Program Affiliate Shopee – Cara join beserta dengan BUKTI Pendapatan

$
0
0

Adakah anda sedang mencari cara untuk menyertai Program Affiliate Shopee? Jika Ya, anda berada ditempat yang betul.

 

Sila teruskan pembacaan.

 

Pada bulan Mac 2018, laman web Involve Asia telah mengumumkan bahawa Shopee telah melancarkan program affiliate melalui platform yang dibangunkan oleh pihak Involve Asia.

program-affiliate-marketing-shopee

InvolveAsia is proud to announce the addition and availability of Shopee’s Affiliate Program on its platform. The marketplace joins the likes of many other ecommerce stores in the region choosing InvolveAsia to manage its affiliate channel and increase category growth, customer base, and earned media value in InvolveAsia’s growing list of publishers from all verticals.

 

Shopee diasaskan pada tahun 2014 di Singapura dan dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun 2015 diikuti oleh semua negara-negara Asean [rujukan: Ebook Bisnes Shopee]

 

Selepas tiga tahun dilancarkan, pada tahun 2018 barulah program affiliate Shopee dilancarkan di Malaysia. Saya menjangkakan pihak Shopee akan memperkenalkan platform affiliate milik mereka sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh pihak Lazada Malaysia, namun sebaliknya mereka menggunakan teknologi sedia ada yang dikendalikan oleh Involve Asia.

 

Dengan ini, kita boleh katakan terdapat dua cara untuk buat duit di laman web dan apps Shopee. Pertama, sebagai penjual atau seller, dan cara kedua adalah sebagai ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual di Shopee.

 

Buat duit sebagai seller di Shopee – Anda boleh pilih sama ada nak jadi seorang penjual yang memegang dan menyimpan stok sendiri ataupun kalau tak berani ambil risiko, boleh gunakan kaedah dropship. Kedua-dua kaedah ini ada kelebihannya yang tersendiri.

 

Sekiranya anda bimbang salah langkah atau mahukan tunjuk ajar secara langkah demi langkah macam mana nak jadi penjual di Shopee, saya syorkan anda download dan baca ebook Panduan Bisnes Shopee ini.

 

Matlamat artikel ini adalah untuk bincangkan cara buat duit sebagai ejen affiliate Shopee. Justeru, saya akan fokus pada topik itu sahaja.

 

Bagaimana cara nak join Program Affiliate Shopee?

Bagi mereka yang sebelum ini pernah mendaftar sebagai affiliate melalui Involve Asia, anda boleh terus mula buat promosi dan dapatkan link affiliate di member area.

program-affiliate-involve-asia

Namun, bagi mereka yang masih baru dan belum pernah daftar, anda boleh buat pendaftaran melalui pautan ini.

 

Setelah anda klik pada pautan tersebut, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

cara-nak-buat-duit-dengan-shopee

Isikan borang diatas selengkapnya.

 

Pada bahagian Publisher Type…

Oleh kerana saya adalah seorang penulis blog dan lebih selesa membuat kerja pemasaran melalui blog, maka saya set disitu publisher type sebagai content.

 

Jika anda seorang yang aktif di media sosial, sama ada Youtube, Facebook, Twitter dan sebagainya, dan bakal menggunakan platform tersebut dalam kerja pemasaran, maka anda boleh set kepada Influencer.

 

Klik pada setuju pada terma dan syarat, dan tunggu permohonan anda untuk sertai Involve Asia diluluskan. Selesai satu perkara, seterusnya kita lihat pada bahagian yang lebih serius.

 

Struktur Komisen Program Affiliate Shopee

Maklumat ini saya perolehi dari laman web Involve Asia. Sebenarnya anda juga boleh perolehi maklumat ini dari laman web yang sama.

 

Rujuk screenshot dibawah.

komisen-affiliate-shopee

Setiap produk yang dijual di Shopee bakal memberikan komisen yang berbeza mengikut kategori.

Produk Digital komisennya ialah 4.9%

Barangan Elektronik 2.10%

Fesyen, Gaya Hidup & FMCG (Fast Moving Consumer Goods) 4.90%

Kecantikan dan kesihatan 7.00%

 

Sebenarnya saya kurang pasti, apa yang dimaksudkan dengan cap RM120 ini. In Shaa Allah selepas saya dapat maklumat tersebut, saya akan update posting ini.

 

Apa yang saya faham, cap RM120 tu bermaksud, kalau kita promosikan produk berharga RM300 dan berjaya dapat jualan, komisen kita adalah dihadkan setakat harga RM120 sahaja, dan bukannya harga penuh barangan tersebut.

 

Contohnya, kita berjaya jual smartphone harga RM1,000. Komisen yang bakal kita perolehi adalah sebanyak 2.10%.

 

Namun, untuk pengiraan komisen, kita hanya dapat sekadar 2.10% dari RM120, dan bukannya 2.10% dari RM1,000 yang bersamaan dengan harga smartphone tadi.

 

Kenapa macam ni? Saya tak ada jawapannya. Tapi mungkin kita boleh anggap ianya diatur sebegini rupa bagi memastikan kelangsungan program affiliate ini. Kalau bagi komisen yang tinggi kepada affiliate, pihak Shopee MUNGKIN terpaksa memperkenalkan atau menaikkan yuran (fees) kepada para peniaga yang berjaya beroleh jualan.

 

Atau mungkin komisen kepada affiliate dianggap sebagai kos yang Shopee perlu bayar (sebagai kos pemasaran) dan jika kos terlalu tinggi, silap haribulan mereka terpaksa batalkan program-program seperti Shopee Free Shipping Program yang menjadikan platform ini menarik untuk para seller.

 

Tak suka pening-pening kepala urus jualan, tapi masih nak buat duit dengan Shopee?

Program affiliate memang PERFECT untuk mereka yang malas nak fikir tentang urusan jual beli di Shopee. Kalau jadi seller, anda kena uruskan tempahan, bagi yang baru bermula kena pos barang ke pos laju, dan kena pastikan pelanggan benar-benar puas hati dengan barangan yang diterima.

 

Tetapi, kalau jadi affiliate, kita tak perlu nak fikir itu semua.

 

Kemahiran paling ASAS sebagai seorang affiliate adalah bawa masuk trafik untuk masuk ke laman web atau apps jualan Shopee melalui link affiliate. Seterusnya pelawat yang masuk ke website ini bebas untuk buat apa sahaja.

 

Sama ada nak beli, sekadar nak tengok-tengok, atau apa sahaja. Kita tak perlu risau sangat dengan bab-bab teknikal. Cuma anda kena pastikan, setiap kali buat promosi tentang produk di Shopee, kena masukkan link affiliate.

 

Cara dapatkan link Affiliate Shopee?

Mudah sahaja.

 

Login ke member area Involve Asia.

 

Klik pada Browse Merchant (saya tandakan dengan kotak merah) dan seterusnya cari Shopee.

link-affiliate-shopee

Lihat screenshot diatas.

 

Tekan klik pada Generate Link.

link-generated-for-shopee

Sekali lagi tekan butang Generate.

 

Pada kotak Generated Link adalah link affiliate yang anda perlu promosikan.

 

Ini adalah link asal (milik saya) yang terhasil.

https://invol.co/aff_m?offer_id=100126&aff_id=2059&source=deeplink_generator

 

Memandangkan link tersebut terlalu panjang, maka saya pendekkan dengan menekan tick pada kotak Shorten Link. Ini link saya yang baru.

https://invol.co/clgo5y

 

Link yang baru nampak lebih kemas, bukan?

 

Kemudian saya tukar link tersebut menggunakan plugin Pretty Link, daripada link asal https://invol.co/clgo5y menjadi https://www.sabreehussin.com/shopeeMY

 

Tujuannya adalah untuk memudahkan saya lakukan perubahan andaikata link affiliate tersebut sudah tak berfungsi. Saya bukan hanya gunakan satu blog untuk tujuan pemasaran.

 

Saya guna beberapa blog, dan link tersebut saya masukkan dalam beberapa artikel yang saya tulis. Andai kata link tersebut sudah tak berfungsi, saya tak perlu nak edit setiap artikel yang ada diselitkan dengan link tersebut.

 

Sebaliknya saya hanya perlu update link yang rosak kepada yang baru melalui dashboard Pretty Link sahaja. (Maaflah kalau penerangan saya agak teknikal dan bahasa agak jargon. Kalau anda biasa baca perkongsian saya tentang blogging dan sebagainya, pasti anda boleh faham apa yang saya sampaikan)

 

Bukti komisen hasil mempromosikan laman web Shopee

Sebenarnya walaupun program ini dah lama dilancarkan dan saya sebagai ahli Involve Asia boleh promosikan website Shopee sejak dari 2018 lagi, namun saya tidak berbuat demikian.

 

Alasannya ialah, saya agak frust dengan program ini, sebab dari masa ke masa, program ini dihentikan dan tak lama lepas tu disambung semula.

 

Kadang-kadang tak perasan, link affiliate Shopee sudah tak aktif. Ya, kena selalu semak. Cuma geram jugak, bila orang klik link affiliate Shopee kita, tiba-tiba dibawak ke blank page dan tertulis “offer isn’t active”.

 

Benda ni masih berlaku, cuma mungkin dah tak begitu kerap.

 

Saya berjaya dapat komisen, cuma tak banyak. Maklumlah, promosi pun macam nak tak nak je.

 

Bulan May 2019

komisen-shopee-may2019

Komisen RM5.10

 

Bulan Jun 2019

komisyen-shopee-jun2019

Komisen RM7.00

 

Bulan Julai 2019

komisyen-shopee-julai2019

Komisen RM1.47 + RM4.70

 

Ada jugak komisen yang kena REJECT. Yang tu tak payah tunjuk la kan haha buat sakit hati je.

 

Komisen yang kena reject ini boleh berlaku atas beberapa sebab, contohnya

  1. Pembeli batalkan tempahan
  2. Pembeli tak bayar
  3. Pembeli minta refund
  4. Fraud booking

 

Apa yang bagusnya bila join program affiliate melalui Involve Asia?

Program affiliate Shopee bukanlah satu-satunya laman web ecommerce yang boleh kita promosikan. Ada banyak lagi.

 

Anda boleh klik ke browse merchants untuk tengok senarai merchant atau syarikat yang anda boleh promosikan disitu. Saya juga ada buat screenshot dibawah.

ecommerce-business

Nama-nama yang popular selain Shopee, juga ada disitu.

 

Ada Lazada, Kinokuniya, Qoo10, dan MrDIY pun ada.

 

Selain kumpul komisen dari Shopee, pada masa yang sama, anda juga boleh kumpul komisen dari Lazada. Buat dua benda sekali jalan.

Lazada dan Shopee mungkin adalah pesaing.

 

Tapi kelebihan sebagai affiliate, kita boleh promosikan kedua-duanya sekali, dan berikan pilihan kepada pengguna internet untuk buat pilihan, nak beli dari mana?

 

Kalau pengguna tu fikir beli dari Shopee lebih untung, kita akan dapat komisen affiliate.

Jika pengguna tu rasa lebih selesa nak beli dari Lazada, kita masih dapat komisen.

 

Biasanya ini berlaku apabila kita buat laman web atau artikel yang memberikan perbandingan harga antara Shopee dengan Lazada.

 

Pembaca atau pelawat akan klik pada kedua-dua link affiliate kita untuk bezakan tawaran. Waktu ini, kalau dia buat pembelian, tak kisahlah sama ada di Shopee mahupun di Lazada, kita tetap akan dapat komisen.

 

Baiklah, saya harap penerangan saya tak begitu complicated.

 

Kalau anda rasa minat nak join sebagai affiliate Shopee, boleh berbuat demikian dengan mengisi maklumat anda di sini.

 

Selamat mencuba dan semoga anda berjaya!

 

Ada banyak sangat produk yang dijual di Shopee. Tak kan satu produk pun anda tak boleh jual? Mustahil tu 🙂 Melainkan anda macam saya satu ketika dulu, tak buat marketing langsung lepas dah jadi affiliate.

 

Sebab tu sales sendu je.

 

 

The post Program Affiliate Shopee – Cara join beserta dengan BUKTI Pendapatan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 595

Trending Articles