Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Panduan buat duit dengan Affiliate untuk orang yang baru bermula

$
0
0

Soalan:

Salam… kalau saya baru nak berjinak-jinak dengan affiliate, ebook apa terbaik boleh beli? Sebab kat pasaran ada banyak pilihan…

 

Ada ke ebook yang TERBAIK? Wujud ke ebook sedemikian? Jom kita bincangkan topik ini secara ilmiah. In Shaa Allah, saya akan bawakan beberapa contoh ataupun produk-produk yang mengajar tentang affiliate dalam pos ini.

 

Kursus Affiliate – Rahman Basri

kursus_affiliate

Panduan ni dalam bentuk video. Jadi, untuk mereka yang jenis yang tak suka membaca boleh rujuk panduan ini untuk belajar macam mana nak buat duit dengan program affiliate. Hanya perlu tekan play dan lihat langkah demi langkah bagaimana Rahman Basri menyediakan kempen pemasaran untuk buat duit dengan affiliate.

 

Kalau rasa kurang faham, boleh tekan rewind dan tonton semula dari awal. Dari segi penerangan yang diberikan, ianya memang diterangkan secara step by step. Produk ini sesuai untuk orang yang baru nak bermula.

 

Untuk pengetahuan anda, dalam video ini, anda akan diterangkan dengan lebih mendalam bagaimana nak buat duit melalui pemasaran affiliate menggunakan channel pemasaran emel. Bermula dari pembinaan laman web squeeze page, setup akaun autoresponder dan juga strategi untuk dapatkan leads.

 

Berminat nak dapatkan panduan ini boleh klik sini.

 

Pakar Affiliate – Patric Chan & Zamri Nanyan

panduan_affiliate

Dalam pakej Pakar Affiliate ni, ada video, ada audio dan ada jugak file dalam bentuk ebook atau pdf.

 

Anda akan belajar macam mana nak buat duit dalam pasaran tempatan dan juga pasaran luar negara.

 

Ambil contoh Patric Chan sendiri, beliau memang aktif mempromosikan produk-produk di pasaran luar. Pelanggan beliau juga tidak terhad semata-mata kat Malaysia sahaja.

 

Dalam panduan ini, anda juga akan belajar dengan lebih mendalam tentang teknik pemasaran emel.

 

Berminat nak dapatkan info lanjut boleh klik sini.

 

FB Affiliate Income – Cikgu Hafis

affiliate_facebook

Anda nak buat duit dengan program affiliate, dan pada masa yang sama anda hanya ingin fokus pada kaedah pemasaran di Facebook sahaja? Maka inilah panduannya.

 

Cikgu Hafis adalah antara Internet Marketer yang berjaya memperoleh hasil yang bagus dalam pemasaran affiliate walaupun hanya menggunakan medium Facebook. Ada cara percuma dan ada juga cara yang memerlukan anda menggunakan FBAds.

 

Kalau nak belajar dari dia, boleh klik sini. Satu kelebihan dan keistimewaan produk ini ialah ia didatangkan bersamanya real case study bagaimana beliau buat marketing.

 

Kitab Teknik SEO Merah Jambu – Encik Titan @ Ahmad Faizal

panduan_affiliate

Ebook ni menerangkan teknik pemasaran menggunakan kaedah Search Engine Optimization.

 

Kalau tengok sekali imbas nampak macam tak ada kena mengena dengan program affiliate, tetapi bila anda dah kuasai teknik pemasaran search engine, tak ada lagi yang menghalang anda untuk buat duit dengan penuh bergaya menerusi program affiliate.

 

Jika anda minat menulis, suka baca blog, berminat nak buat blog sendiri dan jadikan blog anda sebagai mesin buat duit, ini panduannya. Boleh dapatkan kat sini. Kadang-kadang bila saya pening dan blur sekejap, macam mana nak hasilkan artikel yang boleh dapat kedudukan yang bagus di search engine, saya juga akan buka kitab ni semula.

 

Rahsia Klikjer – Mohd Fairiz

buat_duit_dengan_blog

Panduan ini menerangkan bagaimana kaedahnya untuk buat duit menerusi program affiliate klikjer hanya dengan bermodalkan satu blog personal sahaja.

 

Panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar, bagaimana penulis buat duit menerusi platform affiliate klikjer dan mempromosikan pelbagai produk di klikjer. Medium promosinya pula ialah blog personal.

 

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, perlu combine juga dengan teknik pemasaran emel bagi tujuan follow up prospek yang berminat dengan tawaran produk affiliate tertentu.

 

Kalau anda nak tau, satu kelebihan klikjer ialah komisyen yang ditawarkan antara yang tertinggi! Kebiasaannya ialah 70% komisyen. Jadi bayangkan, jika produk harga RM100, hanya perlu buat satu jualan, kita dah boleh untung RM70.

 

Panduan ini boleh dapatkan disini.

 

Jurnal Pemasaran Affiliate – Sabree Hussin

buat duit dengan affiliate

Ebook saya sendiri.

 

Based on true story dan teknik sebenar yang saya sendiri gunakan untuk buat duit dengan program affiliate. In Shaa Allah, jika ikut step dan apa yang saya tunjukkan, setakat nak dapat RM100++ komisyen affiliate setiap bulan bukan sesuatu yang mustahil.

 

Saya boleh buat, dan saya percaya anda juga boleh buat. Antara teknik yang anda akan pelajari ialah teknik pemasaran emel, facebook marketing, youtube marketing, blog marketing, SEO dan ebook marketing.

 

“Nampak tak trend setiap ebook yang saya senaraikan ni?”

Boleh dikatakan setiap ebook dan panduan ditulis dan disediakan berdasarkan kepada pengalaman sebenar penulis panduan tersebut.

 

Jika penulis adalah seorang yang memang pakar dalam kerja-kerja pemasaran menggunakan teknik pemasaran emel, dia tak akan tulis secara details tentang kaedah pemasaran SEO. Bukan bermaksud dia tak tau macam mana nak jadikan teknik SEO sebagai medium atau senjata utama pemasaran, tetapi dia sendiri tak pakai sangat teknik SEO.

 

Samalah juga dengan mereka yang HEBAT dalam teknik SEO. Walaupun penulis tak menceritakan secara detail, bagaimana nak gunakan emel sebagai medium pemasaran, namun tak bererti orang tersebut langsung tak tau apa-apa dengan teknik pemasaran emel.

 

Setiap orang ada keadah pemasaran yang tersendiri

Ikut selera dan citarasa masing-masing.

 

Tak perlu nak jadi pakar dalam kesemua kaedah pemasaran. Kalau boleh jadi pakar dalam semua perkara, itu satu BONUS. Tetapi, untuk orang baru, nak jadi pakar dalam semua perkara, bagi saya secara peribadi ianya sangat membuang masa.

 

Motif kita adalah nak buat duit dengan program affiliate. Bukannya nak jadi pakar dalam kaedah pemasaran tertentu, ataupun nak jadi seorang professor serba tahu. At the end of the day, apa yang lebih penting sekali ialah adakah anda mampu untuk menukarkan kepakaran anda kepada RM ataupun USD?

 

Jadi kat sini, tanyalah pada diri anda sendiri. Daripada banyak-banyak teknik pemasaran yang wujud atas dunia ini, sama ada YouTube Marketing, FB Marketing, Article Marketing, Blog Marketing, Social Media Marketing, Email Marketing dan sebagainya, mana satu yang kena dengan cara dan citarasa anda?

 

Adakah anda selesa buat pemasaran menggunakan medium video untuk di muat naik ke laman web Youtube? Anda ada kemahiran dan kepakaran nak buat video? Anda ada software yang boleh memudahkan kerja-kerja pembikinan video untuk dimuat naik ke Youtube?

 

Atau selama ni anda hanya bergantung harap pada video yang orang lain sediakan semata-mata? Ataupun cuma mampu ciplak orang lain punya video, edit lebih kurang lepas tu jadikan video sendiri? Untuk long term, kaedah ini akan beri implikasi yang buruk kepada diri kita sendiri bro…

 

Atau anda seperti saya, tak ada masalah untuk buat marketing dengan menggunakan email marketing, tetapi lebih selesa untuk menulis di blog. Menulis di blog, saya boleh tulis sepanjang mana yang saya suka. Berbanding dengan platform emel. Mana ada orang nak baca emel panjang-panjang siap dengan gambar-gambar lagi tu.

 

Jadi sekarang ni, daripada anda pening-pening kepala nak cari ebook ataupun panduan yang terbaik, apa kata anda tanya pada diri anda sendiri, dalam banyak-banyak kaedah pemasaran, kaedah yang mana satu yang anda minat nak belajar dengan lebih mendalam?

 

Dah dapat?

 

Pilih cikgu yang sesuai.

 

Kemudian, BELILAH panduan yang cikgu tu dah hasilkan.

 

Lepas dah beli? Terus praktikkan. Kalau tak faham, tanya balik cikgu tu. In Shaa Allah, anda juga boleh buat duit dengan program affiliate.

 

Ok dah pergi beli mana-mana satu panduan yang saya dah senaraikan kat atas tu. 😀

 

Ps: Kalau saya adalah newbie, dan saya tak pernah tau apa benda affiliate tu sebenarnya, saya akan beli semua panduan-panduan ni.

 

The post Panduan buat duit dengan Affiliate untuk orang yang baru bermula appeared first on Blog Sabree Hussin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 590

Trending Articles