Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji

$
0
0

Kali ini saya nak kongsikan pula tentang sebuah buku yang saya baca baru-baru ini. Buku yang saya maksudkan ialah buku berjudul Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji yang ditulis oleh Zulkifli Musa.

buat-duit-tanpa kerja-makan-gaji

 

Buku ini diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 2009 oleh True Wealth Publishing.

 

Walaupun sekarang ni kita dah berada di tahun 2016, dan telah berlalu 7 tahun, namun dari segi konten dan pengisian dalam buku ini masih lagi banyak yang relevan dengan keadaan kita sekarang.

 

In fact, mungkin tak salah kalau saya katakan, trend untuk buat duit tanpa perlu bekerja dengan orang lain dah menjadi satu pilihan ramai orang. Cuma mungkin yang membezakan antara satu sama lain ialah, sama ada ianya dilakukan secara sepenuh masa ataupun separuh masa (part time).

 

Untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan cara hidup bekerja sendiri (self employed) adalah lebih selamat jika ia dilakukan secara part time terlebih dahulu. Nanti, bila pendapatan dari kerja-kerja tersebut dah menyamai atau dah melebihi pendapatan yang diperolehi daripada bekerja dengan majikan, maka pada saat itu bolehlah buat keputusan yang lebih drastik, iaitu untuk berhenti kerja makan gaji dan fokus sahaja untuk bekerja sendiri.

 

Apa yang nak ditakutkan? Asalkan apa yang kita lakukan itu halal, dan tak melanggar undang-undang Malaysia, buat sahajalah dengan penuh yakin. Cuba anda lihat bos anda. Adakah beliau makan gaji, atau sebenarnya beliau tidak makan gaji, sebaliknya meraih pendapatan melalui perniagaan yang dilakukannya.

 

Oh, saya bukan kata tentang manager anda, atau supervisor anda. Kalau dengan istilah bos anda terus terbayangkan dua individu ini, anda dah silap. Anda patut lihat lebih ke atas lagi. Bos yang sebenar adalah mereka yang memiliki syarikat dan perniagaan syarikat tersebut. Boleh jadi anda sendiri tak kenal siapa dia ni, sebabnya most of the time, dia tidak berada di pejabat dan mungkin sedang sibuk menghabiskan masa bermain golf dan bercuti di serata dunia.

 

Ok kembali kepada perbincangan mengenai buku ini. Buku ini dipecahkan kepada tiga bahagian, dan mari kita lihat isi kandungan buku ini:

 

Bahagian I

Bab 1 Kerjaya Ideal: Antara Persepsi Dan Realiti
Bab 2 Banyak Cara Orang Buat Duit
Bab 3 Masalah Kerja Makan Gaji
Bab 4 Carilah Kebebasan Anda
Bab 5 Kuiz – Apa Sebab Mahu Berhenti Kerja?

 

Apa itu kerjaya yang ideal, dan bagaimana dikatakan sesebuah kerjaya itu ideal buat kita? Sudah tentu setiap orang mempunyai takrifan dan pandangan yang berbeza. Kalau dari segi jadual kerja misalnya, bukan semua orang mampu untuk bekerja dalam waktu yang sama.

 

Ada orang lebih selesa untuk bekerja di waktu malam, ada yang lebih suka bekerja di waktu petang dan sebagainya. Namun, sistem penjadualan waktu kerja biasanya diseragamkan untuk semua kakitangan, dan seterusnya akan ada la staf yang masuk lambat, ambil cuti dan sebagainya. Kenapa ya? Adakah sebab waktu kerja tak cukup ideal? Kalau dah tau tak cukup ideal, kenapa tak cari kerja lain? Kan…

 

Ada la tu sebab-sebabnya yang kita tak tau. Buku ini mengupas serba sedikit mengenai topik tersebut.

 

Bahagian II

Bab 6 20 Idea Buat Duit
Bab 7 Bagaimana Hendak Bermula?
Bab 8 Strategi Pertahanan Dan Serangan Anda
Bab 9 Antara Burger McDonald’s Dan Sistem McDonald’s
Bab 10 Sumber Maklumat Dan Informasi Anda

 

Dalam bab 6, anda akan didedahkan dengan 20 idea buat duit yang anda boleh lakukan tanpa memerlukan anda kerja makan gaji. Daripada 20 senarai yang kongsikan oleh penulis, sebahagian daripadanya memang saya sendiri pernah cuba dan ada antaranya yang saya masih lagi lakukan sampai sekarang. Kenapa? Mudah sahaja, sebab ia memang terbukti boleh buat duit.

 

Antaranya ialah

2. Fotografi

Ok… saya tak pernah caj sebarang bayaran untuk kerja-kerja fotografi yang saya lakukan ha ha. Namun, realitinya, jika anda mempunyai kemahiran dan mempunyai peralatan untuk kerja-kerja fotografi, anda sememangnya boleh buat duit yang lumayan. Jangan hadkan fotografi setakat pada kerja-kerja mengambil gambar ketika majlis kahwin semata, sebabnya bidang ini sangat luas. Anda boleh baca lagi banyak tentang bagaimana nak buat duit dalam bidang fotografi disini.

bisnes-fotografi

 

4. Blogging

Macam yang saya sedang lakukan sekarang. Saya juga menulis blog secara aktif. Ehem ehem. Ada la beberapa blog yang saya tulis, dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menyumbangkan hasil kepada saya. Kiranya tak adalah saya menulis suka-suka, dan In Shaa Allah mudah-mudahan Allah limpahkan lagi rezeki melalui jalan penulisan di blog ni.

 

7. Menulis ebook

Tulis ebook sebenarnya tidaklah sesukar mana. Apa yang lebih mencabar selepas menulis ebook ialah untuk mendapatkan pelanggan yang “berani” untuk membeli ebook yang kita tulis. Ya, saya juga ada menulis ebook dan menjual ebook tersebut.

 

8. Jualan lelong secara dalam talian (online)

Ebay! Saya belajar secara serius untuk menjual melalui ebay apabila saya beli ebook yang mengajar cara-cara untuk menjalankan bisnes mainan hanya di ebay. Ok… yang ni saya gagal buat sebarang sales ha ha. Yang tak berapa syok dengan ebay ni ialah dia ada banyak sangat fees (yuran) nak kena bayar. Untung tak besar mana pun. Sekarang ni, saya lebih selesa mempromosikan produk-produk di laman web Lazada.

 

20. Membina laman web/ blog

Bina laman web sebenarnya sangatlah senang, dengan syarat kita dah ada template, software, theme dan sebagainya. Boleh caj sekitar RM50 – RM300 untuk satu projek yang simple.

 

Kesemua sekali ada 20 idea bagaimana anda boleh mula buat duit tanpa makan gaji. Namun, kalau anda perasan, dari kesemua 20 senarai tu, apa yang saya pernah cuba sendiri hanya 5 sahaja. Bermakna, masih ada 15 lagi idea yang anda patut cuba (atau saya patut cuba ha ha)

 

bekerja_sebagai_seorang_translator Selain itu, penulis ada juga cerita tentang potensi pendapatan apabila bekerja dalam bidang penterjemahan.

 

Bercakap mengenai bidang penterjemahan ni, saya teringat tentang satu panduan khusus untuk mengajar bagaimana nak buat kerja-kerja penterjemahan secara online. Boleh klik sini kalau betul-betul minat nak belajar.

 

Bahagian III

Bab 11 Apa Lagi Alasan Anda?
Bab 12 5 Cabaran Utama
Bab 13 5 Petanda Awal Kejayaan
Bab 14 Dengan Kebebasan Wujudnya Tanggungjawab
Bab 15 Bukan Semuanya Indah Belaka, Tapi…
Bab 16 Hidup ini Satu Pilihan

 

Setengah orang percaya, yang hidup ini terlalu singkat. Hari semalam dah pun berlalu meninggalkan kita, dan hari esok belum pasti ia akan menemui kita. Apa yang kita ada hanyalah HARI INI, yang kita sedang laluinya. Kalau hari esok tidak datang kepada kita, maka bila lagi kita nak merealisasikan impian-impian kita?

 

Bekerja makan gaji ni… satu hari nanti kita pasti akan berhenti juga. Sama ada berhenti sebab dah sampai usia persaraan, ataupun sebab nak pencen awal. Apapun, hidup ini satu pilihan. Kalau kita tak buat pilihan, maka orang lain yang akan buatkan pilihan untuk kita.

 

Baiklah, buku ini boleh dibeli secara online sama ada menerusi laman web MPHOnline. Selamat membaca 😀

 

 

The post Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji appeared first on Blog Sabree Hussin.


Pesara Jutawan

$
0
0

Jangan papa di usia tua anda. Ia merupakan 90 peratus kemungkinan bahawa anda tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk persaraan anda. Pertama sekali, kos kehidupan telah mendahului pencen. Kedua, 90 peratus para pencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM100,000 di dalam akaun mereka apabila mereka bersara. Malah, 76 peratus mempunyai kurang daripada RM50,000 di dalam akaun mereka.

Lebih teruk lagi, 38 peratus para pekerja tidak dilindungi oleh pencen ataupun KWSP! Dengan kata lain, sebilangan besar penduduk Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka. Zaman keemasan mereka akan bertukar menjadi sebuah penjara dan anda berkemungkinan menjadi seorang daripada mereka! – dari buku Pesara Jutawan hasil tulisan Azizi Ali.

 

Inilah dia buku yang saya maksudkan. Buku ini patut dijadikan salah satu bacaan wajib, sekiranya anda berkira-kira untuk bersara sebagai seorang jutawan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.

 

pesara-jutawan-azizi-aliMembaca statistik yang diberikan oleh Azizi Ali, pasti akan buatkan kita tak senang duduk dan menyemak kembali, berapa agaknya baki akaun yang terdapat dalam KWSP.

 

Mungkinkah sebelum ini, kita pernah buat pengeluaran dari akaun dua misalnya untuk membuat pembelian rumah? Kalau ada… no wonder la Azizi Ali kata, 90% mempunyai kurang dari RM100,000 dalam akaun KWSP.

 

Maka amat beruntunglah buat yang masih berbaki 10% itu tadi. Adakah yang berbaki 10% itu bakal bersara sebagai seorang jutawan? Hmm belum tentu lagi.

 

Ini dia kandungan buku ini yang pastinya akan membuka minda anda.

 

BAHAGIAN PERTAMA

Bab 1 – Lima penyelesaian untuk merapatkan jurang
Bab 2 – Sejarah ringkas mengenai persaraan
Bab 3 – Empat pembohongan mengenai persaraan
Bab 4 – Tiga halangan persaraan
bab 5 – Matlamat-matlamat lain yang bersaing

 

Sudahkah anda bersiap sedia untuk bersara? Keputusan untuk bersara bukannya satu keputusan yang kecil. Ya, mungkin anda belum merancang untuk bersara dalam masa terdekat. Untuk apa bersara? Nak buat apa lepas bersara? Sedangkan pada waktu ini, anda masih lagi kuat dan masih muda lagi. Lagipun, kalau bersara sekarang, nanti siapa pula yang nak bayarkan hutang-hutang, rumah, kereta dan sebagainya? Maka selepas berhujah sedemikian, kita pun mula kembali kepada rutin harian hidup kita.

 

Sedar tak sedar, hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi tempoh perkhidmatan kita masih berbaki. Lebih parah lagi, kita cuma ada kurang dari 5 tahun untuk bersara, dan hingga ke saat ini, kita masih belum ada sebarang perancangan yang konkrit untuk memastikan kita dapat bersara dengan selesa ketika mencapai usia persaraan nanti! Ini satu perkara yang membimbangkan, bukan?

 

Dalam bab 1, kita akan lihat apa dia 5 perkara yang boleh kita lakukan bagi memastikan kita dapat bersara dengan aman dan tenang. Saya suka perkara nombor 3, iaitu bina sumber pendapatan kedua. (oh banyak betul buku yang saya baca, masing-masing pasti akan mengesyorkan kita untuk bina sumber pendapatan kedua).

 

Sumber pendapatan kedua inilah yang bakal menyelamatkan kita. Duit gaji dari kerja makan gaji tak cukup? Tak ada masalah… kan masih ada lagi sumber pendapatan kedua. Pendapatan dari sumber kedua ini bolehlah kita gunakan bagi memastikan dana untuk sepanjang tempoh persaraan kita mencukupi. Paling baik jika pendapatan tersebut terus masuk dan terus bertambah.

panduan-bersara

Anda tak tau bagaimana nak bina sumber pendapatan kedua? Saya cadangkan anda buat bisnes ini. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

 

BAHAGIAN KEDUA

Bab 6 – Empat tonggak simpanan persaraan
Bab 7 – Mengapa wang itu adalah sebegitu banyak
Bab 8 – Bagaimana untuk mengira dana persaraan anda
Bab 9 – 10 langkah untuk menyimpan bagi persaraan anda
Bab 10 – Jika anda telah berada dalam keadaan yang runcing
Bab 11 – Di mana anda melabur wang anda?

 

Apabila membaca buku ini, satu perkara yang terlintas di fikiran saya ialah,

“… yang sebenarnya, bukannya bila masanya kita patut bersara, tetapi berapa kosnya untuk bersara?!” 

 

Katakanlah, dengan cara hidup sederhana, kita memerlukan RM9 juta untuk bersara dengan selesa, dan ditakdirkan tuhan, kita dah pun memiliki wang simpanan dalam bentuk tunai sebegitu banyak. Apa lagi yang nak ditunggu-tunggu lagi? Bukankah ini masanya untuk kita bersara dan menikmati hidup ini dengan sebaik-baiknya?

(1) Mereka yang suka melancong, boleh melancong ke mana sahaja

(2) Mereka yang ingin luangkan masa bersama keluarga, inilah masanya untuk berbuat demikian

(3) Mereka yang nak tumpukan seluruh tenaga untuk beribadah, sekaranglah waktunya

 

Dalam bab 8, kita akan baca tentang “Bagaimana untuk mengira dana persaraan anda”. Berapa banyak yang kita perlukan selepas bersara, amat berkait rapat dengan apa aktiviti harian yang kita mahu lakukan selepas dah bersara kelak.

 

Ada orang mungkin perlu banyak, dan ada orang mungkin tak begitu memerlukan wang yang banyak. Formulanya ialah, kita kena tahu berapa banyak yang kita perlukan, dan mula membuat simpanan, ataupun pelaburan, bagi memastikan kita dapat capai jumlah yang diperlukan tersebut.

 

Anda bacalah buku ini untuk tahu bagaimana kaedah pengiraannya.

 

BAHAGIAN KETIGA

Bab 12 – Penyelesaian-penyelesaian dunia sebenar
Bab 13 – Tiang kelima
Bab 14 – Isu-isu lain
Bab 15 – Bersiap sedia untuk persaraan

 

BAHAGIAN KEEMPAT

Bab 16 – Penutup

 

Dalam bahagian ketiga dan keempat, ia lebih menjurus kepada perbincangan dalam realiti hidup sebenar. Setiap orang mempunyai keadaan dan kondisi yang berbeza, dan satu formula ataupun satu tips tak akan mungkin dapat memuaskan semua pihak.

 

Walaubagaimanapun, dalam bab 12 iaitu penyelesaian-penyelesaian dunia sebenar pasti dapat memberi anda beberapa idea yang praktikal untuk anda laksanakan.

 

Dalam bab 15 pula, anda akan baca tentang beberapa strategi sekiranya anda

(1) Masih mempunyai 20 tahun lagi sebelum persaraan

(2) Mempunyai antara 10 hingga 20 tahun lagi sebelum persaraan

(3) Mempunyai 5 hingga 10 tahun lagi sebelum persaraan

(4) Mempunyai kurang dari lima tahun lagi sebelum bersara

(5) Telah bersara

 

… setiap satu fasa mempunyai strategi dan pendekatan yang berbeza. Mempunyai dana persaraan yang mencukupi itu memang penting, dan pada masa yang sama, mempunyai strategi penjanaan pendapatan ketika telah bersara juga tak kurang pentingnya. Ini bagi mengelakkan kita kehabisan sumber kewangan sebelum kita dipanggil menghadap Yang Maha Esa.

 

Kalau anda berminat nak dapatkan buku ini secara online, bolehlah buat tempahan di laman web bookplanet ini. Selamat membaca dan semoga bertambah-tambah ilmu kewangan anda.

 

 

The post Pesara Jutawan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Boleh percaya ke dengan sistem AutoDownline Tone Excel?

$
0
0

Topik kali ini masih lagi berkisarkan tentang sistem autodownline Tone Excel. Bagi mereka yang dah nampak peluang, saya pasti mereka dah ambil kesempatan ini untuk jadi pengguna seberapa awal yang boleh. Namun, buat mereka yang masih lagi teragak-agak, dan masih belum yakin, ha… ni saya nak share perkembangan sistem ini untuk bulan Mac 2016.

 

Untuk makluman anda, pada waktu ini saya menggunakan sistem AutoDownline Tone Excel seperti gambar yang dibawah ini.

bisnes_tone_excel_free_downline

Sebenarnya saya juga ada menggunakan sistem autodownline yang lain, selain daripada ini. Namun, sistem ini adalah yang paling kerap dan banyak saya gunakan. Kaedah saya, saya fokus pada satu sistem dulu, nanti bila sistem tersebut dah berjaya, dan dah boleh bergerak sendiri secara automatik, masa tu barulah saya fikirkan untuk kembangkan sistem yang lain pulak.

 

Kat bawah ni pula adalah screenshot terbaru daripada penggunaan sistem AutoDownline ni.

autodownline-tone-excel-penipu

Seperti yang anda dapat lihat, yang saya tandakan dengan bulat-bulat diatas ialah ID ADL (ID AutoDownLine) saya iaitu 43375. Ya, masih lagi seperti bulan-bulan sebelumnya, saya telah menghadiahkan downline (dalam bentuk spillover) kepada ahli-ahli berdaftar dibawah saya.

 

Bulan Mac ni juga nampaknya ada pertambahan subscriber yang saya perolehi menerusi sistem AutoDownLine ini. Jika situasi dan keadaan ini berterusan, boleh jadi tak mustahil untuk saya capai target saya, iaitu untuk dapatkan sekurang-kurangnya seorang subscriber (downline) dalam masa sebulan. Semuanya dengan menggunakan sistem autodownline sahaja.

“Sejak bila saya mula jadi peminat sistem AutoDownline Tone Excel seperti ini?”

Boleh jadi awal tahun 2016 itu hari. Azam tahun ni, semua benda saya nak fokus secara online dan secara automatik. Tak ada lagi dah nak bersusah payah nak jumpa prospek, pergi preview, pergi pejabat pos untuk hantar simkad ataupun nak buat coaching bagai.

 

Apa yang saya nampak, semua ini boleh dilakukan apabila menggunakan sistem autodownline seperti ini. Anda nak tau apa lagi kelebihan menggunakan sistem autodownline? Ok… ringkasnya, ini kelebihan menggunakan sistem ini.

(1) Ada fungsi Spill-Over From Upline untuk dapat downline secara percuma. Orang yang tak pandai buat marketing, atau dalam peringkat pembelajaran, pun boleh dapat income. Sambil belajar, sambil tu sistem autodownline dah pun bekerja untuk anda.

 

(2) Anda tak perlu bertemu dengan prospek. Cara saya, saya tulis artikel tentang Tone Excel dan saya sertakan bersama link sistem autodownline ini. Seterusnya, saya hanya perlu promosikan artikel tersebut dan prospek yang baca dengan automatik akan join team ini.

 

(3) Saya tak perlu nak berkejar-kejar ke pos laju untuk hantar simkad. Semua ini admin akan buatkan.

 

(4) Tak perlu buat follow up kepada prospek. Ya, sistem autodownline akan bantu buat kerja-kerja follow up. Walaubagaimanapun, saya syorkan anda juga perlu ada sistem untuk follow up andai kata prospek masih tak nak join.

 

(5)Cukup masa, pihak Tone Excel akan bayar komisyen ke akaun bank kita.

 

(6) Tak perlu buat kerja-kerja support. Kalau prospek kita ada sebarang pertanyaan, dia akan tanya pada admin sistem autodownline, ataupun dia akan bertanya kepada pihak pengurusan Tone Excel terus.

 

Ok… sekarang boleh saya tau. Daripada keenam-enam kelebihan yang saya sebutkan kat atas ni, mana satu yang menarik bagi anda? Anda suka kelebihan yang mana satu? (Jawab dalam hati je pun tak apa)

 

“Apa jadi selepas saya dah penuh 10 orang downline di level 1?”

Sistem AutoDownline ini hanya membenarkan setiap orang mempunyai 10 orang downline sahaja kepada penggunanya. Namun, peraturan ini hanya terpakai kepada pengguna sistem autodownline ini sahaja.

 

Hakikatnya, pihak HQ Tone Excel tidak meletakkan sebarang sekatan pun untuk mendaftarkan seberapa banyak subscriber yang anda mahukan di level 1. Sekali lagi saya ulang supaya anda benar-benar faham,

(1) Anda boleh ada berapa banyak pun yang anda suka sebagai downline anda di level 1. Nak ada 1,000 orang downline pun tak ada masalah.

(2) Had sebanyak 10 orang downline di level 1 hanya untuk para pengguna sistem autodownline sahaja

 

Downline yang kesebelas, seterusnya akan di “spillover” kepada downline yang berada di level 1, menjadikan downline tersebut sebagai downline level 2 kita. Untuk para pengguna sistem autodownline Tone Excel, anda hanya dibenarkan mempunyai 100 orang downline sahaja di level 2.

 

Sebagai pengguna sistem autodownline ini, anda akan mempunyai struktur downline seperti berikut

Level 1 = 10 orang

Level 2 – 100 orang

Level 3 = 1,000 orang

 

Namun anda tak perlu khuatir apa-apa. Jika anda dapat penuhkan ketiga-tiga level seperti ini, anda masih lagi berupaya untuk mendapatkan pendapatan sebanyak 4 angka setiap bulan secara pasif. In Shaa Allah.

 

“Persoalannya sekarang ni ialah, bukannya boleh berjaya ke guna sistem ini? Sebaliknya, bila sistem ini akan bantu penuhkan downline untuk kita?”

 

Masanya pasti akan tiba, cepat atau lambat sahaja.

 

Dalam situasi saya, jika saya terus menerus menggunakan sistem ini, downline ke sebelas yang saya perolehi dan seterusnya, mereka akan dimasukkan ke level 2 dan juga level 3. Dalam situasi ini, inilah yang dikatakan berlakunya spillover.

 

Tengok gambar kat bawah ni. 43375 adalah ID ADL saya. Kedua-dua downline saya ni, dah pun menerima downline secara automatik dari saya kerana wujudnya kesan spillover. Inilah yang dikatakan, tak buat marketing pun masih ada peluang dapat downline.

bagus-ke-sistem-autodownline-toneexcel

Sebaliknya, jika tanpa menggunakan sistem autodownline ini, belum tentu lagi anda akan dapat downline secara percuma, kalau anda tak lakukan kerja-kerja pemasaran sendiri.

 

“Saya rasa macam berminat la pulak, ok apa saya perlu buat kalau saya nak join?”

Wow serius ke ni? Ok ok… kalau anda benar-benar serius nak jadi ahli Team AutoDownline menerusi rangkaian saya, anda hanya perlu klik sini dan daftar secara percuma dulu. Selepas itu, barulah anda upgrade sebagai ahli VIP.

 

Sambil-sambil tu, anda boleh juga baca artikel dibawah

Klik untuk baca: Macam mana cara nak join Team Autodownline Tone Excel?

 

“Apa tindakan anda seterusnya?”

BUKTI telah pun saya berikan kepada anda. Sistem ini memang berkesan dan ia sememangnya membantu. Bukan sahaja membantu saya, malahan ia membantu ahli-ahli di bawah rangkaian saya.

 

Ingat! Untuk berjaya dalam bisnes seperti ini, yang menggunakan konsep network marketing, paling penting adalah ahli dibawah kita perlu BERJAYA TERLEBIH DAHULU, barulah kita sebagai upline pun boleh berjaya.

 

Kalau anda kata bisnes ini hanya mengkayakan orang atas sahaja, anda silap. Well, not totally wrong, tetapi cara anda berfikir itu kurang tepat.

 

Saya lebih suka untuk lihat bisnes ini seperti ini,

Upline (Orang atas) yang kaya adalah upline yang berjaya membantu dan menjadikan ahli dibawahnya kaya! 

 

Apa keputusan anda seterusnya? Apa tindakan anda seterusnya? Yes, anda memang tak rugi apa-apa kalau anda tak join. Anda hanya TERLEPAS PELUANG untuk bersama-sama kami dalam membina pendapatan pasif menerusi sistem yang cukup mudah ini.

 

Kalau anda memang dah ada pelan dan perancangan lain, saya faham kenapa anda perlu menolak. Mungkin sebab anda nak fokus pada perancangan asal anda. Itu bagus. Namun, kalau anda masih tak ada apa-apa pelan dan perancangan jangka panjang, tahniah! Anda dah berjaya buat saya konfius. Kenapa anda tak ambil sahaja peluang ini?

 

Mungkin anda nak tunggu 2 atau 5 tahun lagi. Namun, kalau anda bertindak sekarang, 2 atau 5 tahun lagi adalah masa untuk anda menuai hasilnya. Bukannya baru nak berhempas pulas dan mula dari bawah.

 

Apa pun, semua terpulang pada anda. Saya syorkan anda join sekarang, dan pastikan anda join menerusi link ini untuk memastikan anda juga akan dapat spillover dari saya.

 

KLIK SINI UNTUK JOIN

 

 

 

The post Boleh percaya ke dengan sistem AutoDownline Tone Excel? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Sesuai ke untuk golongan student join Tone Excel sebagai bisnes part time?

$
0
0

“Apakah bisnes yang sesuai untuk dijalankan oleh golongan pelajar sebagai bisnes part time?”

 

Ada banyak. In fact, ada macam-macam bentuk bisnes yang sesuai dijalankan oleh golongan pelajar, tanpa perlu risau bisnes tersebut akan mengganggu masa belajar.

 

Masa belajar, kita belajar betul-betul. Masa buat ulangkaji, berikan fokus yang tak berbelah bahagi. Masa free time? Ha… come on la, jangan nak kata, bila jadi student ni langsung tak ada free time. Tak kan 24 jam sentiasa sibuk dengan assignment, discussion, exam, quiz dan bla bla bla tu semua.

 

Pasti akan ada masa terluang punya. Masa zaman-zaman saya belajar dulu, ini antara perkara yang biasa dilakukan oleh golongan student bila dia ada masa terluang.

(1) Pergi tengok wayang

(2) Dating

(3) Jalan-jalan, makan angin

(4) Lepak-lepak

(5) Layan movie kat laptop

 

Yes. Understood. Masa anda, itu hak anda untuk anda buat apa sahaja yang anda suka. Untuk release tension katanya, kan? Sebenarnya, pada waktu-waktu terluang macam ni, jika anda benar-benar ada kemahuan, ia boleh dimanfaatkan untuk buat bisnes secara part time.

promosi_tone_excel

Bisnes Tone Excel, masih lagi dalam kategori bisnes yang senang jika anda ingin jalankan. Saya katakan ianya sebagai “senang” lebih-lebih lagi apabila anda tahu bagaimana nak memanfaatkan sistem autodownline yang saya akui, agak kerap jugak saya cerita pasal sistem tersebut dalam blog ni.

Baca juga: Boleh percaya ke dengan sistem AutoDownline Tone Excel?

 

Bisnes ini jadi terlalu mudah hampir-hampir ia hilang “cabarannya” ha ha.

 

Buat para pelajar yang asyik duk mencari, apa dia bisnes yang boleh dijalankan secara part time tu, bolehlah mula untuk pertimbangkan untuk jalankan bisnes ni.

 

… atau kalau nak terus mencari, ianya juga terpulang kepada anda.

 

Namun tak salah untuk anda mencuba sendiri perniagaan ini. Of course anda perlu buat keputusan yang begitu besar, setelah anda mempertimbangkan baik buruk perniagaan ini dan apakah dia impaknya kepada diri anda sendiri.

 

Some people will succeed, some people don’t.

 

Bukan semua orang akan berjaya bila join bisnes ni. Jadi, tak perlu hairan kalau anda akan dengar dua (atau mungkin tiga) pendapat yang berbeza tentang bisnes ni.

(1) Satu pendapat dari orang yang dah berjaya

(2) Satu lagi pendapat dari orang yang kecewa

(3) Satu lagi pendapat dari orang yang tak tahu apa-apa

 

Nak dengar dari pendapat yang mana satu, ianya juga terpulang kepada anda. Seorang pelajar, seharusnya bukan hanya menghabiskan masa dalam bilik kuliah semata-mata. Pelajar sekarang, di zaman IT dan media sosial ini patut lebih terkedepan dan bijak menyaring maklumat.

 

Ok…

 

Rasanya cukuplah dulu kot. Entri ni saya taipkan sekitar jam 1:00 pagi. Serius, waktu ini mata pun dah terasa berat. Kalau nak tau lebih lanjut tentang bisnes Tone Excel dan bagaimana nak jalankan ia menggunakan teknik autodownline, baca je la post-post saya yang sebelum ni ya.

 

 

The post Sesuai ke untuk golongan student join Tone Excel sebagai bisnes part time? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Apa yang anda perlu tahu tentang sistem autodownline Tone Excel

$
0
0

Dalam post pada kali ini, saya akan berikan pencerahan dan penjelasan kepada beberapa persoalan tentang sistem autodownline Tone Excel.

 

Ini adalah sistem autodownline yang saya sendiri gunakan. Jadi, penjelasan dan penerangan yang bakal saya kongsikan dalam post kali ini adalah lebih kepada perkongsian pengalaman dari saya sendiri.

 

Memandangkan masih lagi terdapat mereka yang

(1) Tak faham

(2) Kurang faham

(3) Buat-buat tak faham

(4) Tak faham-faham

(5) Tak boleh nak faham

(6) Tak nak faham atau malas nak faham

(7) Sengaja cakap tak faham

 

… maka dalam post kali ini, saya nak mudahkan anda untuk dapatkan maklumat yang mungkin membantu anda untuk jadi lebih faham. Bila dah faham, maka bolehlah buat keputusan yang wajar dan tepat.

bisnes_tone_excel_free_downline

 

(1) Kenapa rupa laman web Team AutoDownLine ini begitu ringkas. Betul ke boleh dapat downline?

Ya, memang sangat ringkas. Jika anda tunjukkan page ini kepada mereka yang tak pernah kenal apa itu Tone Excel, boleh jadi nak klik dan bukak laman web ini pun mereka tak sudi buat. Kalau ada yang sudi klik pun, mungkin mereka tak tau, apa benda sebenarnya laman web ini.

 

Saya pernah jumpa, ada juga orang yang tak tau apa kaitan laman web team Autodownline ini dengan bisnes Tone Excel. Senang kata, hanya mereka yang pernah dengar tentang Tone Excel sahaja yang tau apa sebenarnya fungsi laman web ini. Adakah ini menjadi satu masalah buat anda?

 

Sebenarnya ini tidak seharusnya menjadi suatu masalah yang besar sangat pun. Sebabnya, setelah anda klik pada Sign Up Now & Join Our Team, anda akan dapat akses ke member area. Seterusnya

(1) Anda dapat lihat, di member area ada penerangan tentang Tone Excel

(2) Anda juga akan dapat emel-emel follow up dari sistem ini yang menceritakan tentang Tone Excel

(3) Sebagai opsyen tambahan, anda juga boleh sertai group FB Team AutoDownline

 

Dari situ sahaja anda sepatutnya dapat mengetahui dengan lebih jelas, apa sebenarnya bisnes Tone Excel ini. Dengan syarat anda bacalah penerangan-penerangan yang diberikan tu. Kalau tak baca, saya pun tak boleh nak tolong.

 

Untuk mendapatkan prospek untuk mendaftar di laman web AutoDownline, memang tak cukup sekadar memberikan link kepada mereka. Anda masih perlu berikan serba sedikit introduction dan penerangan ringkas tentang Tone Excel kepada mereka. Bila mereka dah faham, dan dah dapatkan gambaran apa itu Tone Excel, dan bagaimana dengan menggunakan sistem autodownline dapat memudahkan mereka menjalankan bisnes ini, barulah anda sertakan link untuk buat pendaftaran.

 

Ini cara yang saya sendiri gunakan, dan ianya BERHASIL.

 

(2) Berapa upah yang saya akan dapat kalau promosikan laman web Team Autodownline ni?

Tiada upah. Laman web autodownline Tone Excel ini membantu anda untuk mendapatkan pelanggan melalui penggunaan aplikasi (software). Kita sebagai pengguna laman web ini sebenarnya buat duit dengan simkad Tone Excel.

 

Anda boleh memiliki 1,000 orang downline di laman web Team AutoDownline, namun kalau tak ada seorang pun yang upgrade kepada VIP member, iaitu dengan cara menjadi pengguna simkad Tone Excel, bermakna tiada income untuk anda. Sebab itu, penting untuk kita lakukan kerja-kerja follow up sekali sekala.

 

(3) Bagaimana jika ada downline saya yang upgrade kepada VIP member? Berapa pula upah yang saya akan perolehi?

Upahnya adalah sama seperti struktur komisyen yang dibayar oleh Tone Excel. Jika downline tersebut upgrade sebagai VIP member, dan menjadi downline anda di level 1 di Tone Excel, maka barulah anda akan dibayar komisyen.

 

Komisyen penajaan adalah sebanyak RM20 untuk setiap penajaan.

 

(4) Siapa pula yang akan bayar komisyen tersebut?

Pihak Tone Excel.

 

(5) Apa pula kelebihan sistem autodownline ni sebenarnya?

Dengan menyertai Team AutoDownline, anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti berikut

(1) Anda akan memperoleh downline secara PERCUMA dengan adanya fungsi Spillover From Upline

(2) Anda tak perlu buat kerja-kerja pengeposan, support, pengaktifan simkad dan sebagainya, sebabnya kerja-kerja remeh ini akan dilakukan oleh admin Team AutoDownline

(3) Kerja-kerja pemasaran hanya perlu dilakukan secara online sahaja. Anda tak perlu bertemu dengan prospek untuk menerangkan tentang apa itu Tone Excel.

 

(6) Kalau saya join Tone Excel tanpa melalui Team AutoDownline boleh ke?

Mestilah boleh. Namun anda tidak akan dapat menikmati kelebihan-kelebihan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Dari pemerhatian saya, mereka yang tak mempunyai team seperti Team AutoDownline ni, lambat laun mereka akan kehabisan prospek, dan rangkaian mereka akan stop berkembang.

 

Macam manapun, kalau nak pergi lebih jauh, kena buat promosi secara online dan dapatkan pelanggan seramai mungkin dari seluruh Malaysia. Masalah yang biasa akan timbul ialah, tak tau macam mana nak bina laman web, promosi di Facebook profile sendiri tak ada siapa yang layan, anda perlu bersaing dengan individu lain yang dah lama buat marketing secara online, serta banyak lagi.

 

(7) Kalau saya dah join Tone Excel, dan saya tidak mempunyai sistem autodownline lagi, boleh ke saya dapatkan sistem AutoDownline saya sendiri?

Boleh. Namun untuk pengetahuan anda, Team AutoDownline mengalu-alukan penyertaan dari mereka yang sebelum ini tak pernah menjadi ahli Tone Excel, ataupun mereka-mereka yang pernah join, tapi simkad mereka dah expired.

 

Jadi, untuk active user TE, saya cuma boleh beri anda beberapa idea, antaranya

(I) Join Team AutoDownline menggunakan nama ahli keluarga lain yang masih belum menjadi ahli TE, atau

(II) Join apabila simkad TE anda yang sekarang ini dah expired, atau

(III) Anda dapatkan sistem autodownline lain yang anda boleh dapatkan disini.
Klik untuk baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

(8) Betul ke boleh dapat downline secara percuma apabila guna sistem autodownline ni?

YA MEMANG BETUL. Anda boleh lihat bukti dibawah. Ini adalah screenshot akaun Autodownline milik saya.

autodownline-tone-excel-penipu

43375 adalah id UNIK milik saya. Ia dikenali sebagai ID ADL (atau singkatan bagi ID AutoDownLine).

 

Jika anda dapat perhatikan screenshot diatas, yang saya tandakan dengan bulat-bulat berwarna merah, itu semua adalah daripada kerja-kerja pemasaran yang saya lakukan. Boleh dikatakan semua yang menjadi downline di level 1 saya, menerima spillover dari saya. Mereka mendapat downline secara percuma daripada kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan.

 

Walaupun mereka tak buat sebarang promosi lagi, namun mereka dah dapat downline dari saya. Bukankah ini sangat membantu?

 

(9) Saya dah pernah join sistem macam ni, tapi kenapa sampai sekarang saya masih tak dapat downline percuma tu? Sistem Autodownline ni menipu ke?

Ini soalan yang sangat bagus! Pertamanya, saya nak terangkan kepada anda, bagaimana spillover from upline ini boleh berlaku ya.

 

Setiap pengguna sistem autodownline ini, hanya dibenarkan untuk memiliki struktur downline seperti berikut

Level 1 = 10 orang

Level 2 = 100 orang

Level 3 = 1,000 orang

Ataupun dalam bahasa sistem binarinya, ia menggunakan prinsip 3 x 10 matrix. Setiap orang hanya boleh memiliki 3 level sahaja, dan setiap level hanya dibenarkan mempunyai 10 orang direct downline di level 1.

 

Spillover hanya akan berlaku apabila upline anda mempunyai lebihan downline. Dalam situasi saya, memandangkan saya mempunyai lebihan downline, maka sistem autodownline akan bantu susunkan downline yang lebih itu tadi kepada mereka yang masih belum ada downline.

 

Seperti yang dapat lihat, untuk bulan Mac 2016 ini, saya mempunyai lebihan downline seramai 13 orang. Disebabkan level 1 saya dah penuh, kesemua 3 orang ini mengalami spillover dan disusun sebagai downline saya di level 2 dan level 3. Bermakna, mereka yang berada di level 1 dan level 2 saya, mereka mendapat downline secara PERCUMA dari saya.

 

Walaubagaimanapun, saya terpaksa beritahu anda satu berita yang kurang menggembirakan. Sama ada anda akan menikmati spillover ini ataupun tidak, ia sebenarnya sangat bergantung kepada betapa serius upline anda buat marketing, dan berapa agresif dia buat kerja-kerja pemasaran.

 

Selalunya, jika anda join dengan upline yang memang duk senyap dan tak buat kerja langsung, boleh jadi dia sendiri pun masih tak cukup downline di level 1. Sistem akan penuhkan downline di level 1 dulu, kemudian barulah akan susun ke level seterusnya, menjadikan ia spillover.

 

Dalam situasi ini, anda perlu pilih upline betul-betul. Anda perlu berhati-hati ketika memilih upline. Anda patut pilih upline yang memang aktif buat kerja. Barulah anda akan dapat spillover tersebut.

 

Hakikatnya, jika anda lihat pada screenshot diatas, saya sendiri tidak menerima sebarang spillover dari upline saya! Saya pun tak tau apa yang upline saya sedang buat, sehingga menjadikan sistem ini begitu tak adil pada saya ho ho. Saya terlalu sibuk buat marketing, dan tak pedulikan apa yang upline saya sedang buat.

 

Saya percaya, dia ada alasan tersendiri kenapa tak beri saya sebarang spillover. Mungkin dia dah berhenti buat marketing, agaknya. Namun anda tak perlu risau, jika anda sertai menerusi rangkaian saya, saya dah pun setup beberapa sistem yang boleh menjalankan kempen-kempen pemasaran secara automatik. Memang saya setup sistem tersebut supaya dapat berjalan sendiri, walaupun saya dah stop buat marketing.

 

Kalau orang lain, mungkin mereka akan stop dapat downline bila mereka stop buat marketing. Tapi saya tak. Saya dah buat sesuatu supaya saya akan terus dapat prospek walaupun dah berhenti buat marketing. Rahsianya? Saya dah pernah tulis banyak kali dalam blog ni. Anda carilah sendiri kalau benar-benar minat nak tau.

 

(10) Kalau saya join tapi tak nak buat marketing langsung, agak-agak saya akan dapat downline tak?

Dengan mengambil kira prestasi dan outcome yang terhasil daripada pengalaman saya sendiri menggunakan sistem autodownline ni, saya yakin dan percaya, anda pasti akan dapat downline. Dengan syarat anda join menerusi link ini.

 

Saya tak dapat jamin, yang anda akan dapat downline kalau anda join dengan team lain, atau menerusi upline lain. Sudah tentu saya tak boleh nak komen tentang cara kerja orang lain, sebab saya tak kenal orang tu dan saya tak tau macam mana cara dia bekerja. Tapi, sudah pasti, saya boleh beri jaminan atas hasil kerja saya sendiri.

 

Ya, anda memang boleh dapat downline walaupun anda tak buat marketing langsung. TETAPI… boleh saya tahu kenapa anda tak nak buat marketing langsung ye?

 

Jika anda menganggap ini sebagai satu bisnes yang boleh dijadikan sumber pendapatan kedua, ataupun sumber pendapatan pasif untuk anda satu hari nanti, anda sepatutnya berusaha dengan sehabis baik untuk majukannya. Sikap tak nak buat apa-apa, dan cuma nak untung atas angin ni, pada saya hanya akan membunuh bisnes anda sendiri.

 

Ya, anda memang akan dapat downline secara percuma kerana adanya fungsi spillover from upline tu. Tetapi, lambatlah. Bisnes ni, jadi lebih seronok bila kita buat sendiri, kita usahakan dan kita lalui susah payah membangunkan dan memulakan bisnes ini dari bawah.

 

Jika anda join, tapi anda tak nak buat marketing, kelihatan seperti anda tak faham dan tak minat dengan bisnes ni. Kalau anda tak minat dengan bisnes ni, sebenarnya anda tak perlu join pun. Ada banyak lagi bisnes lain yang anda boleh ceburi diluar sana.

 

Saya join bisnes ni (dengan Team AutoDownline) bukannya sebab saya nak kan spillover from upline semata-mata, tetapi sebab saya nak bantu seberapa ramai yang boleh, yang menjadi downline saya untuk dapat sama-sama saya merasai income dengan Tone Excel. Anda mungkin orang seterusnya yang saya akan bantu.

 

Namun, pada masa yang sama, anda juga perlu bantu diri anda sendiri. Anda akan lebih berjaya, apabila anda berusaha sendiri, dan pada masa yang sama, anda menerima support dari orang lain (dalam contoh ini, saya la orang yang akan bantu anda tu). TETAPI, kalau anda seratus peratus mengharapkan orang lain bantu anda tanpa anda berikan sebarang usaha sendiri, saya rasa itu satu benda yang langsung tak patut.

 

Bisnes ini sepatutnya membina dan membangunkan karekter diri anda menjadikan anda seorang yang hebat. Bukannya menjadikan anda seorang yang pemalas bertambah-tambah malas. Itupun kalau anda faham apa yang saya cuba sampaikan.

 

“Untuk menjadi seorang upline yang kaya, saya perlu pastikan downline saya kaya dulu…” Ini prinsip yang saya pegang dalam bisnes ni. Mahukah anda dibantu? Itu persoalannya.

 

Ok la, jom daftar sebagai ahli Team Autodownline disini. Banyak sangat cerita, tetapi hasilnya tak ada, pun tak best juga, kan.

 

The post Apa yang anda perlu tahu tentang sistem autodownline Tone Excel appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana cara nak pilih produk apa yang ada permintaan untuk dijual secara online?

$
0
0

Ada terlalu banyak produk yang kita boleh jual, jika kita memilih untuk berniaga secara online sahaja. Apa yang buatkan meniaga secara online ini begitu menarik ialah, kita tak perlu mempunyai atau memegang stok produk tersebut untuk mula meniaga.

 

Sudah tentu ini berbeza sama sekali jika kita berniaga secara offline. Kita kena ada modal, dan paling penting, kita kena ada produk yang nak diniagakan. Produk perlu ada dalam tangan untuk kita tunjukkan kepada bakal pelanggan kita.

 

Realititnya, apabila kita berniaga secara online sahaja, perkara yang paling utama bukanlah untuk mempunyai stok produk yang nak diniagakan dalam tangan, sebaliknya yang lebih utama ialah mendapatkan tempahan untuk sesuatu produk terlebih dahulu. Bila dah ada tempahan, barulah kita hubungi pihak supplier untuk bekalkan produk tersebut.

tambah_jualan

 

Sebab tu saya kata, kalau tak ada simpan stok pun masih boleh berniaga! Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan risiko untuk alami kerugian, memandangkan barang yang bakal kita dapatkan dari pihak supplier nanti, adalah barang-barang yang memang sudah ada pemiliknya.

 

Sebenarnya, benda yang sama yang saya praktikkan dalam bisnes simkad Tone Excel saya. Ya, pada hari ini, saya dah tak memegang walau satu keping pun simkad Tone Excel. Hanya apabila ada permintaan, dan pelanggan tersebut dah buat bayaran kepada saya, barulah saya akan hubungi pihak supplier saya untuk bekalkan simkad tersebut.

 

Bagaimana kalau pelanggan tersebut nak jumpa saya dan dapatkan simkad secara by hand? Mudah sahaja. Saya akan cakap terus terang yang saya tak simpan simkad. Kalau dia sanggup susah payah nak jumpa saya, saya rasa baik dia beli je simkad di HQ, sebabnya tempat saya tinggal bukannya jauh sangat dengan HQ Tone Excel. Ok ok… cerita kali ni, bukannya tentang Tone Excel.

 

Sebabnya dalam post kali ini, saya ingin kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, bagaimana cara untuk kita kenal pasti, apa dia produk yang mempunyai permintaan di pasaran yang boleh kita promosikan dan jual. Kalau anda dah sedia nak tau, sila teruskan pembacaan.

 

“Bagaimana untuk tahu, produk apa yang ada banyak permintaan dari laman web Facebook?”

Laman web Facebook juga sebenarnya boleh dijadikan satu laman web media sosial rujukan untuk kita mengetahui apa produk yang mempunyai permintaan.

 

Bagaimana caranya? Ini cara yang saya sendiri gunakan. Mungkin cara ini juga anda boleh praktikkan untuk mengesan apa produk yang bagus untuk anda promosikan.

 

Ringkasnya, apa yang perlu anda buat ialah

(1) Buat beberapa akaun dengan Facebook dengan identiti yang berbeza. Orang kata buat Fake Account. Buatlah akaun untuk profile sebagai seorang lelaki, seorang wanita, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan. Pastikan usia adalah sekitar 25 – 38 tahun. Untuk set usia, kena pilih tarikh lahir yang sesuai.

(2) Add rakan-rakan seperti biasa

(3) PENTING: Perhatikan, apa iklan yang keluar di newsfeed anda. Pada peringkat ini, anda akan dapat lihat terdapat iklan yang berbeza, untuk akaun FB seorang lelaki dengan akaun FB milik seorang wanita. Ini adalah kerana, pengiklan akan target kelompok yang berbeza untuk produk yang berbeza.

(4) Perhatikan iklan-iklan yang dipaparkan. Bagaimana dengan respon para audiens? Adakah mereka komen “minat” “saya nak” “PM” atau ada yang beri nombor telefon dalam komen? Ini semua adalah signal yang produk tersebut memang ada permintaan.

(5) Lihat pada iklan berbayar ya, bukannya iklan percuma. Nak tau iklan berbayar atau tidak, ia akan tulis perkataan sponsored. Contohnya macam kat bawah ni.

produk-hot-facebook

Iklan seperti ini, biasanya memang agak mustahil untuk muncul di wall news feed seorang lelaki. Tetapi kalau pengguna akaun tersebut adalah wanita, maka iklan seperti ini memang boleh muncul.

 

Bila berniaga secara online ni, terutama di Facebook, apa produknya tidaklah begitu penting. Yang penting ada permintaan. Lagipun, bila kita berniaga menggunakan Fanpage, orang bukannya tahu sama ada admin fanpage tu lelaki ke perempuan. Ok faham dah kan? Nak penerangan yang lebih clean and clear?

Klik sini untuk baca: Produk hot di Facebook

 

“Bagaimana nak tau, buku apa yang ada banyak permintaan sekarang ni?”

Salah satu produk yang saya jual secara online (atau patut saya katakan promosikan) adalah buku. Baiklah, buku ni sebenarnya ada banyak dah laman web yang jual buku secara online. The best part is, kita boleh pinjam sahaja info yang mereka biasanya memang akan siarkan di laman web mereka.

 

Contohnya kat laman web ini.

senarai-buku-bestseller

Kita boleh bandingkan dengan lain-lain laman web jika inginkan lebih kepastian. Memandangkan data ini adalah berdasarkan kepada jumlah order ataupun jualan yang berjaya dihasilkan oleh laman web bookcafe ini sahaja.

 

Daripada senaraian kat atas tu, dapat kita lihat salah satu buku yang banyak orang beli ialah buku berjudul 40 kisah palsu tetapi masyhur.

 

Last but not least, saya nak tunjukkan kepada anda semua satu lagi laman web untuk kita mengesan apa dia produk-produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dan boleh kita promosikan secara online sahaja.

 

Ini dia laman web yang saya maksudkan, iaitu lelong.my

produk-laku-di-lelong

Ada produk yang berjaya dijual hingga ribuan unit banyaknya.

 

Ini merupakan satu signal yang bagus, sebabnya ia menunjukkan pada satu-satu masa, produk tersebut berjaya dijual dengan kuantiti yang agak banyak. Baiklah, mana nak dapat supplier untuk produk-produk ini?

 

Begini….

 

Memandangkan ceritanya agak panjang, jadi saya akan tulis lain kali. In Shaa Allah, kalau ada kesempatan nanti saya akan tulis dalam blog ni.

 

 

 

The post Bagaimana cara nak pilih produk apa yang ada permintaan untuk dijual secara online? appeared first on Blog Sabree Hussin.

10 perkara yang membuatkan kerja makan gaji memang BEST!

$
0
0

Saya suka kerja makan gaji. Saya belajar macam-macam perkara yang antaranya telah menjadi suatu “pengalaman terbaik” dalam hidup saya ketika saya kerja makan gaji. Walaupun kehidupan saya kini agak berbeza, berbanding ketika hidup makan gaji dulu, namun saya sebenarnya patut berterima kasih kepada perjalanan hidup saya yang lalu, untuk berada di mana saya berada sekarang.

 

Anda rasa kerja makan gaji ni tak best? Oh nanti dulu. Kerja makan gaji ni sebenarnya best. Kalau ada yang rasa kerja makan gaji ni tak best, anda sama ada

(1) Salah pilih company

(2) Salah pilih kerja atau bidang kerja

(3) Salah pilih kawan

bekerja_dari_rumah

Jika rasa tak best yang lahir tu, muncul daripada salah satu faktor tu, itu bukannya penanda bahawa anda tak suka kerja makan gaji. Sebenarnya anda hanya tak sukakan kerja yang anda lakukan sekarang. Berhenti, dan cari kerja lain. Anda mungkin akan dapati, rasa tak suka dan tak seronok yang anda rasakan sebelum ni, mungkin bukannya sebab anda tak suka makan gaji, sebaliknya anda cuma tak berapa ngam dengan bos, atau dengan rakan sekerja. Itu sahaja.

 

Memandangkan tajuk artikel kali ni pun adalah tentang perkara-perkara yang best tentang kerja makan gaji, maka jom saya kongsikan pendapat saya kepada anda. Nak tau apa yang best sangat tu, jomlah teruskan pembacaan.

 

(1) Pendapatan anda lebih terjamin

Kalau dalam offer letter tertulis gaji anda sebanyak RM3,500, maka tak kiralah apa yang berlaku sekalipun, anda akan tetap dapat jumlah tersebut. Masalah ekonomi? Tak apa, biar majikan anda yang fikirkan, mana nak cari dana untuk bayar gaji anda. Asalkan anda buat kerja anda dengan baik, pendapatan anda lebih terjamin.

 

Sudah tentu perkara seperti ini tidak dinikmati oleh mereka yang buat bisnes atau bekerja sendiri. Adakala pendapatan mereka tak menentu, dan tak mustahil ada bulan-bulan tertentu yang mereka langsung tak ada pendapatan.

 

Pendapatan anda di usia persaraan juga akan lebih terjamin.

panduan-bersara

Syarikat lazimnya akan membuat caruman KWSP bagi pihak anda sehingga 13% daripada gaji anda. Dengan adanya tabungan ini, anda akan mempunyai dana ketika persaraan nanti. Ada juga yang menjadi seorang pesara jutawan ketika telah bersara, lebih-lebih lagi mereka yang memang tinggi gajinya.

 

(2) Pembangunan diri dan kerjaya

Banyak syarikat, yang menghargai para pekerjanya akan menyediakan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran, skil dan tahap kepandaian para pekerjanya.

 

Saya pernah kerja on contract basis. Kontrak hanya setahun, dan selepas setahun pihak pengurusan akan buat review sama ada nak sambung atau nak tamatkan kontrak saya. Ok… kalau kerja jenis kontrak ni, dari pengalaman kerja saya sendiri, memang tak ada latihan-latihan ini. Satu-satunya latihan yang saya terima adalah on job training, itupun masa mula-mula diterima bekerja dulu.

 

Saya juga pernah kerja dalam syarikat lain sebagai permanent staff. Pengalaman kerja kali ini, memang lebih mengujakan. Ada banyak program-program latihan yang saya sebagai staf kena join. The best part is, dapat belajar kemahiran baru secara percuma, dapat travel percuma, penginapan percuma, dan makan sedap pun percuma.

 

(3) Peluang kenaikkan pangkat

Biasanya, apabila kita menunjukkan komitmen kita terhadap tugas dan tanggungjawab dalam syarikat, peluang untuk kita dinaikkan pangkat adalah lebih luas. Proses kenaikkan pangkat adalah berbeza-beza mengikut syarikat.

 

Ada syarikat, mereka mengutamakan perkara-perkara seperti pengalaman kerja, senioriti, komitmen, kecekapan dan sebagainya. Namun, ada juga syarikat yang amalkan kronisme, kaki kipas, kaki bodek, kaki politik pejabat untuk dinaikkan pangkat.

 

Tak kisahlah apa polisi sekalipun yang diguna pakai, realitinya, bila kerja makan gaji dengan syarikat yang sedang berkembang, kita juga berpeluang untuk berkembang dalam syarikat tersebut dan peluang untuk naik pangkat itu pasti akan datang.

 

Kalau syarikat tempat kita berkhidmat tak naikkan pangkat kita, kita boleh berhenti dan minta kerja dengan syarikat lain yang berkaitan dengan industri yang sama. Dengan pengalaman yang kita ada, kita boleh minta jawatan yang lebih baik di syarikat yang baru.

 

(4) Boleh travel secara percuma

Ini biasa berlaku untuk mereka yang bekerja dengan syarikat yang mempunyai cawangan diseluruh negara. Walaupun bukan semua orang ada peluang tersebut, namun sudah pasti ada jawatan-jawatan tertentu yang berpeluang untuk bekerja di luar pejabat. Jika perlu outstation, maknanya ini adalah peluang untuk bercuti secara percuma.

 

Masa saya bekerja dulu, saya hanya sempat travel ke Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan sahaja. Semua ini adalah atas “urusan kerja”. Ha ha

 

(5) Dapat diskaun ataupun staff price untuk mendapatkan produk-produk keluaran syarikat

Lagi besar syarikat tempat kita bekerja, maknanya lagi baaaaaaanyak diskaun yang kita boleh dapat. Kalau nak shopping, antara soalan wajib yang saya akan tanyakan ialah

“Ada staff price tak?”

“Ada diskaun untuk XXX staf tak?”

 

Kalau jawapannya ada, dan biasanya memang ada, barulah saya akan shopping kat situ.

 

(6) Kemudahan rawatan percuma dan cuti berbayar

Pada hari ini, kos rawatan untuk penyakit yang biasa-biasa, seperti demam misalnya, dengan mudah boleh mencecah RM50 – RM70. Mahal ke mahal? Tak tau la anda fikir macam mana, pada saya, jumlah tersebut agak mahal.

 

Namun, mujurlah ada klinik panel, jadi satu sen pun kita tak perlu nak bayar. The best part is, sesetengah syarikat akan mengeluarkan medical card bukan sahaja kepada pekerjanya, tetapi kepada pasangan sekali. Siapa kata tak best tu, mungkin sebab dia tak pernah dapat kot benefit ni.

 

Kalau tak sihat, boleh ambik medical leave dan gaji kita tak kena tolak pun. Ataupun, kalau tak nak MC, boleh je gunakan annual leave yang kita ada tu. Walaupun kita bercuti, gaji tetap jalan macam biasa. Ok la tu kan.

 

(7) Bonus tahunan

Ini sememangnya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Berapa banyak agaknya bonus yang akan syarikat berikan kepada para pekerjanya.

 

Adakah sebulan gaji, dua bulan gaji, atau mungkin lebih dari itu? Wah! Boleh guna duit bonus ni untuk beli rumah, beli kereta, bayar hutang kad kredit dan macam-macam lagi.

 

(8) Peluang untuk bina jaringan kenalan (networking)

Rasanya, masa zaman saya kerja makan gaji dulu, kerap jugak saya gunakan nama syarikat tempat saya bekerja untuk berkenalan dengan pegawai-pegawai kerajaan, CEO syarikat dan sebagainya. ha ha

 

(dah bos saya yang ajar skil ni, saya just follow apa yang my bos ajarkan je)

 

Dalam situasi ini, saya meminjam kredibiliti yang telahpun dimiliki oleh syarikat tempat saya bekerja. Hanya perlu yakin dan perkenalkan diri.

Saya Sabree dari XXX. Nice to meet you, sir!

 

Asalkan kita YAKIN orang tak pertikaikan pun siapa kita dan apa jawatan kita dalam syarikat. Walhal kita ni sebenarnya cuma executive biasa je pun.

 

(9) Lebih mudah untuk meyakinkan pihak bank untuk dapatkan pembiayaan

Setengah orang kata, campak je slip gaji untuk 6 bulan, (sesetengahnya 3 bulan sahaja) dah boleh apply untuk mohon personal loan ataupun mohon kad kredit. Itu pentingnya ada slip gaji. Berbeza dengan mereka yang tak ada slip gaji, proses untuk memohon pembiayaan memang agak leceh.

Baca juga: Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit? 

 

(10) Belajar dari pengalaman urus bisnes bernilai ribuan, puluhan ribu, ratusan ribu hingga jutaan ringgit

Setiap syarikat sudah tentu ada bisnesnya. Sebagai staf, kita mungkin tak akan belajar semua perkara, namun jika kita rajin bertanya, dan rajin bergaul dengan semua peringkat, saya percaya sedikit sebanyak kita akan dapat belajar daripada cara kerja dan pengoperasian bisnes yang dijalankan.

 

Contohnya, bagaimana McD mengendalikan seluruh rangkaian restorannya? Bagaimana syarikat kurier beroperasi sehingga mereka mampu menghantar barang milik pelanggan dalam masa yang begitu pantas? Bagaimana syarikat telekomunikasi berupaya untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan sangat cepat? Bagaimana syarikat ini yang beroperasi secara online sahaja boleh untung begitu lumayan?

 

Pengalaman adalah bekal terbaik, selepas ilmu apabila kita dah berhenti kerja kelak dan ingin memulakan perniagaan kita sendiri. Tak kiralah besar mana saiz perniagaan yang kita bakal jalankan nanti. Walaupun ia hanyalah perniagaan online, namun dengan pengalaman yang kita ada, ia pasti akan memberi kita sumbangan yang begitu besar.

 

Semua perkara ini, kita akan perolehi sewaktu kita kerja makan gaji. Masalah-masalah itu, biasalah. Hidup memang begitulah. Bila ada masalah, barulah ada cabaran hidup, kan. Apa pun, terima kasih kerana baca perkongsian saya ini. Secara ringkas, inilah sebab-sebabnya kenapa saya katakan kerja makan gaji ini begitu best.

 

Lain orang maka lainlah pengalaman kerjanya. Pengalaman kerja anda bagaimana ya?

 

 

The post 10 perkara yang membuatkan kerja makan gaji memang BEST! appeared first on Blog Sabree Hussin.

Apa untungnya dengan menjadi ahli Jobdirumah?

$
0
0

“Jobdirumah ni boleh dipercayai ke? … atau sebenarnya laman web jobdirumah ni ada mengandungi unsur-unsur penipuan yang sengaja disembunyikan atau yang tak diketahui oleh orang lain?”

 

Seingat saya, topik tentang jobdirumah ni betul ke tak, scam atau boleh dipercayai, saya dah pernah cover sebelum ni dalam blog ni. Jadi, jika ada mana-mana pembaca dan pelawat blog ni yang masih ada lagi pertanyaan berhubung isu tersebut, boleh baca artikel saya yang kat bawah ni ya.

Klik untuk baca: Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…

bekerja_dari_rumah

 

Dalam catatan kali ni, saya cuma nak cerita tentang apa untungnya kalau anda jadi ahli laman web Jobdirumah.

 

Saya percaya, mereka yang menyertai laman web Jobdirumah, masing-masing menanam harapan untuk dapat bekerja dari rumah. Maknanya, bukan saja-saja join, atau join sebab nak jadi kaya dengan cepat, sebaliknya sebab nak bekerja, dan dibayar mengikut hasil kerja yang disiapkan.

 

Bila kita kata bekerja ni, faham-faham je la. Tak semestinya kita akan sentiasa dapat kerja-kerja yang kita suka setiap masa. Adakalanya, kerja yang ada kita tak berapa suka dan tak berapa selesa nak buat. Tapi, kalau dah nama pun kerja, macam mana pun dah tentu kita kena buat dan siapkan jugak.

 

Jadi beginilah lebih kurang dalam situasi bekerja dari rumah. Istimewanya, bila bekerja secara online ni, kita ada pilihan sama ada nak terima sesuatu pekerjaan itu ataupun tidak. Kalau rasa kerja tu macam susah, dan macam kurang sesuai, kita ada pilihan untuk tak payah ambik kerja tu.

 

Tapi… janganlah sampai semua kerja kita rasa tak nak cuba. Kalau semua kerja kita terus anggap susah, dan tak ada satu kerja pun yang kita apply, macam mana nak buat duit nanti? Sudah tentu, setiap pekerjaan yang diiklankan, memerlukan kita lakukan sesuatu yang berbeza.

 

Sebagai contoh, kerja data entry. Ada tugasan yang memerlukan kita untuk mencari data seperti maklumat syarikat. Ada tugasan yang memerlukan kita untuk mencari maklumat sesi pembelajaran dan sebagainya. Tak akan ada yang sama dalam setiap pekerjaan.

 

Dalam konsep bekerja dari rumah ini, asasnya lebih kurang sama. Namun, dengan siapa yang kita akan bekerja itu sahaja yang akan berbeza.

 

Perkara yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan kerja setelah menjadi ahli jobdirumah…

(1) Setiap hari, pihak jobdirumah akan menghantar emel notifikasi tentang senarai kerja yang terbaru yang diiklankan di portal kerja.

Dari situ, kita boleh lihat mana-mana jenis pekerjaan yang kita rasa senang untuk dibuat. Sebenarnya kan, antara kerja yang cukup popular ialah seperti kerja data entry, penterjemahan, penulisan artikel, penulisan semula artikel, carian maklumat dan sebagainya. Jadi, pilihlah mana-mana satu kategori yang sesuai dengan kita.

 

(2) Sebelum apply kerja tersebut, pastikan anda benar-benar faham apa yang dimahukan oleh majikan

Ini bagi memastikan yang kita tak salah pilih kerja, dan untuk memastikan pihak majikan akan bayar hasil kerja kita. Iye la… kalau kita buat kerja tak betul, memang kita tak layak nak dapat sebarang bayaran.

 

(3) Apply kerja tersebut

Kebanyakkan laman web portal kerja menggunakan konsep bidding untuk kita dapat sesuatu pekerjaan. Apa itu sistem bidding dan bagaimana nak bid, ada diceritakan dalam panduan ini. Jadi rasanya tak perlulah saya nak tulis panjang-panjang.

 

(4) Siapkan tugasan yang berjaya kita menangi menerusi sistem bid itu tadi

Bila dah dapat kerja yang kita nak tu, apa tunggu lagi? Buatlah dengan seberapa baik dan sepantas yang boleh. Siap cepat, nanti boleh apply kerja lain pulak.

 

Bukan semuanya mudah belaka ya…

Kalau semuanya begitu mudah, maka anda pastinya tak perlu nak berguru dan tak perlu nak susah payah belajar dari laman web jobdirumah ni. Bila anda dah cuba apply kerja nanti, anda mungkin akan dapati, sebenarnya ianya bukanlah semudah yang disangka-sangkakan.

 

Ada beberapa teknik-teknik rahsia yang anda perlu tahu, barulah anda mudah untuk diterima kerja.

contoh-data-entry

Ini adalah salah satu contoh job data entry yang saya apply, namun sayang, kena reject. Pihak majikan ada hak untuk terima saya atau tidak bagi bekerja dengan diorang. Tak semestinya mereka wajib ambik saya bekerja.

 

Apa alternatif yang ada untuk bekerja dengan jobdirumah?

Jika anda tak isah bekerja dalam bidang jualan, maka saya ingin cadangkan anda join sebagai affiliate yang mempromosikan produk panduan bekerja dari rumah oleh jobdirumah ini.

 

Saya juga adalah salah seorang affiliate yang buat masa ini, masih lagi menerima bayaran komisyen dari pihak jobdirumah. Jumlah komisyen yang saya terima memang tak sampai 4 angka lagi, namun Alhamdulillah, ada juga sekitar 3 angka.

cara-buat-untung-jobdirumah

 

Berapa banyak yang anda boleh dapat dengan menjadi ejen affiliate jobdirumah? Itu semua bergantung kepada betapa berkesannya kempen pemasaran yang anda jalankan tu. Kalau kempen yang anda buat tu bagus, ramai prospek yang suka seterusnya berjaya membuatkan mereka membeli panduan tersebut, maka anda akan dapat banyak komisyen.

 

Untuk setiap jualan yang terhasil, komisyennya adalah RM25. Jadi, kalau dalam sehari boleh dapat 3 sales, bermakna anda dah boleh dapat RM75.

 

Kalau setiap hari dapat RM75 dan konsisten selama sebulan? Wow… jumlahnya dah mencapai RM2,000++ tau. (ok saya pun tak pernah lagi capai pendapatan sebanyak tu ho ho)

 

Apa pun, kalau anda nak jadi ejen affiliate, dan jana pendapatan menerusi komisyen, setidak-tidaknya anda juga perlu tahu, apa dia yang terkandung dalam Panduan Jobdirumah itu tadi. Saya juga join sebagai ahli terlebih dahulu, kemudian barulah saya tau macam mana nak promosikan panduan ini.

 

Walaupun sebenarnya kita boleh mula buat promosi tanpa jadi ahli terlebih dahulu, namun sebaik-baiknya kita jadi ahli dulu. Siapa tahu, nanti kalau anda prospek yang tanya, panduan ni bagus ke tidak, sekurang-kurangnya anda tau nak jawab apa dekat prospek tu.

 

Ok la, kalau anda perlukan maklumat yang lebih panjang tentang jobdirumah ni, lengkap dengan testimoni dan pengakuan jujur ahli-ahli lain, anda klik sini la ya. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

The post Apa untungnya dengan menjadi ahli Jobdirumah? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time

$
0
0

“Adakah anda masih mencari-cari pekerjaan yang mudah, yang boleh dilakukan secara online sahaja dan boleh dilakukan secara part time hanya dari rumah?”

 

Dalam catatan kali ini saya nak kongsikan tentang sebuah laman web yang menawarkan pekerjaan yang begitu mudah dan yang bestnya anda akan dibayar dalam matawang USD.

 

Oh nanti dulu! Jika anda membayangkan pekerjaan ini bakal membayar anda dengan satu jumlah yang besar, sedangkan tugasan yang perlu dilakukan pun mudah-mudah belaka, maka anda telah tersalah tafsir sama sekali. Jom saya tunjukkan pada anda bukti upah yang sedang saya kumpulkan dalam “akaun gaji” saya.

bukti-kerja-dari-rumah

Seperti yang anda semua dapat perhatikan, jumlah bayaran yang saya terima adalah dalam range USD0.05 – USD0.10

 

Untuk mengetahui berapa nilainya dalam matawang ringgit Malaysia, kita perlu darabkan dengan 4, memandangkan kadar tukaran matawang RM – USD adalah lebih kurang RM4 bersamaan dengan USD1.

 

Dalam satu-satu masa, biasanya akan ada lebih kurang 40++ job yang boleh kita selesaikan, dan sekiranya anda berjaya menyiapkan tugasan tersebut, seperti yang dimahukan oleh pihak majikan, maka anda akan menerima upah seperti yang dijanjikan. Anda boleh lihat senarai tugasan terlebih dahulu dan pilihlah mana-mana satu yang mungkin sesuai untuk anda. Hint dia ialah, hanya apply job yang anda yakin mampu untuk siapkan sahaja.

senarai-kerja-part-time-dari-rumah

Bayaran (payment) yang akan anda terima adalah bergantung kepada tahap kesukaran sesuatu pekerjaan tersebut. Kalau kerja tersebut agak mencabar, ataupun memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan, maka bayarannya juga akan lebih tinggi berbanding kerja-kerja lain yang ada.

 

“2 contoh kerja dari rumah yang sangat senang untuk dilakukan”

Disebabkan ada yang fikir, kerja dari rumah ni semua susah-susah belaka, sampaikan ada yang dah beli panduan jobdirumah tapi masih tak mula bekerja lagi sampai sekarang, jadi saya nak tunjukkan antara contoh-contoh kerja yang saya sendiri lakukan.

 

Saya juga memilih kerja… dan kebiasaannya saya akan pilih kerja-kerja yang mudah sahaja. Rasionalnya? Kalau kerja tu mudah, saya boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Apa gunanya buat kerja yang agak mencabar (walaupun upahnya lebih tinggi) namun masa untuk menyiapkan kerja tersebut lebih panjang. Tenaga pun nak kena guna lebih. Saya rasa macam kurang berbaloi.

 

Jom lihat contoh pekerjaan yang sempat saya screenshot untuk anda lihat.

 

(1) Buka laman web dan baca kandungan laman web tersebut

contoh-kerja-dari-rumah-yang-senang

Dalam contoh yang kat atas ni, tugas kita mudah sahaja. Hanya perlu buka link yang diberikan dan stay pada laman web tersebut untuk beberapa minit. (1 minit)

 

Sebagai membuktikan yang kita dah siapkan tugasan tersebut, kita perlu berikan bukti seperti apa link url bagi laman web yang kita perlu klik tersebut dan juga perlu nyatakan apa dia page lain (subpage) yang terdapat pada laman web tersebut.

 

Upah untuk tugasan seperti ini ialah sebanyak USD0.07

 

Sebenarnya kalau tak baca kandungan laman web ini pun tak apa. Hanya perlu klik dan biarkan selama beberapa minit. Sambil-sambil tu boleh buat kerja lain. Kemudian boleh buka semula page tersebut dan berikan bukti seperti yang dimahukan.

 

(2) Kerja like page Facebook

“Mahukah anda mendapat bayaran setiap kali anda tekan like pada facebook fanpage milik orang lain?” 

 

Ya, anda boleh dapat bayaran. Ini salah satu contoh job yang membayar anda untuk tekan like pada fb fanpage.

kerja-part-time-like-fb-fanpage

Dalam tugasan ini, hanya dua perkara yang anda perlu lakukan. Pertama, pergi ke fb fanpage milik majikan. Kedua, tekan like. Itu sahaja yang anda perlu lakukan.

 

Sebagai bukti yang anda telah siapkan tugasan ini, anda akan diminta untuk berikan nama yang anda gunakan pada FB Profile anda, alamat url FB profile anda dan juga bilangan like terkini setelah anda tekan like. Itu sahaja.

 

Jadi, dah nampak kan? Siapa yang kata nak kerja dari rumah tu susah? Kalau anda yang pilih kerja yang susah-susah, memang akan terasa susah la jadinya.

 

Saya tahu anda ni hebat orangnya. Latar belakang anda juga memang hebat dan mungkin, in real world, anda memiliki resume yang super hebat. However, in this digital world, semua tu tak penting pun. Tak salah untuk anda mula dari bawah. Biasakan dulu dengan kerja-kerja yang mudah-mudah dahulu, sebelum nak terus buat kerja yang susah.

 

Jangan kata anda tak tau, kat mana nak dapatkan kerja-kerja yang senang macam ni, sebabnya kalau anda cakap macam tu, nampak sangat yang anda ni masih tak study lagi panduan yang dah dibeli tu.

 

Kalau anda belum pernah beli lagi, saya faham kalau anda agak blur dan masih tak tau, mana nak cari pekerjaan macam ni. Jadi, saranan saya, berbelanjalah untuk dapatkan panduan kat bawah ni. Anggaplah ini seperti satu pelaburan ilmu, untuk menjadikan anda lebih pandai, dan bila anda dah jadi makin pandai kelak, lagi banyak yang anda boleh hasilkan.

panduan-jobdirumah

Alright, rasanya itu je la kot yang saya nak share pada kali ini. Jadi lepas ni, pandai-pandai la anda buat keputusan, sama ada nak buat duit dari rumah atau pun tidak.

 

Baca jugak artikel-artikel saya yang sebelum ni:

(1) Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda

(2) Contoh-contoh tugasan dan kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah

(3) Laman web dapatkan job dari rumah yang tak kenakan sebarang yuran

 

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. Semoga bermanfaat untuk anda dan ekonomi anda.

 

 

The post Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time appeared first on Blog Sabree Hussin.

Komisyen Affiliate Lazada March 2016

$
0
0

Saya nak cerita panjang-panjang pasal program affiliate Lazada ni pun sebenarnya saya tak reti sangat. Bila orang tanya saya, apa yang istimewa sangat dengan laman web Lazada ni… saya jadi speechless. Apa yang saya dapat lihat, laman web Lazada ni terdapat terlalu banyak rangkaian produk yang boleh dipromosikan.

 

Mungkin inilah dia istimewanya dengan laman web ini.

lazada_official_page

 

Saya rasa macam semua benda ada jual kat laman web ini. Cakap je nak produk apa? Aksesori kereta, ipad, smartphone, mesin ais krim, mesin basuh, perabot, makanan kucing dan macam-macam lagi.

 

Jika anda ingin menjadi affiliate bagi laman web Lazada, saya percaya anda juga akan jadi seperti saya. Tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan. Apa yang akan habis dulu mungkin adalah tenaga dan motivasi ha ha

 

Ada satu masa tu, saya sendiri kehabisan idea. Tak tau dah macam mana nak promosikan produk yang dijual di laman web lazada ni. Kebetulan masa tu pulak saya masih belum pernah merasa walau satu sen pun bayaran komisyen dari Lazada. Rasa macam nak give up pun ada.

 

Apa pun itu semua pengalaman.

bukti-komisyen-lazada

 

Atas ni ialah invois yang dijana oleh sistem Lazada. Apa pun terima kasih Lazada kerana menawarkan program affiliate untuk penulis blog seperti saya. Sebenarnya program affiliate ini boleh disertai oleh semua orang, tak kira sama ada anda adalah seorang blogger ataupun bukan. Asalkan anda sanggup untuk mencuba dan berusaha, saya percaya anda juga boleh berjaya. Ya, anda juga boleh dapat komisyen dari Lazada.

 

Bayaran komisyen ini merupakan komisyen pertama yang saya terima dari Lazada. Bayarannya pun dah saya terima dalam akaun Maybank saya.

pendapatan-dengan-lazada

Bila dah mula dapat bayaran macam ni, barulah rasa betul-betul bersemangat nak promosikan produk-produk dalam laman web Lazada ni secara all out.

 

Benda memang boleh buat duit, tak perlu nak malu-malu nak promosikan. Kalau ada antara pembaca dan pelawat blog ni yang berminat nak mendaftar sebagai ejen affiliate bagi lazada, boleh baca post saya sebelum ni.

Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Sebenarnya sebelum ini pun saya ada beberapa kali menulis tentang Lazada dan bagaimana nak buat duit dengan laman web ini. Jadi, jika anda berminat nak tau macam mana caranya nak buat duit dengan program affiliate Lazada ni, bolehlah cari artikel-artikel lama yang saya dah siarkan dalam blog ni.

 

Baca, fahamkan, kalau ada benda nak kena beli sila beli tanpa syak wasangka, dan terus buat duit. In Shaa Allah.

 

Sebagai permulaan, RM114.42 adalah komisyen yang saya terima dari program ini. Mudah-mudahan jumlah ini akan bertambah dan terus bertambah menjadi 4 atau 5 angka di masa akan datang.

 

Kalau anda nak shopping, bolehlah shopping secara online sahaja di laman web Lazada ni ya.

 

 

The post Komisyen Affiliate Lazada March 2016 appeared first on Blog Sabree Hussin.

Promosi topup yang pernah dan akan dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel

$
0
0

Salah satu keistimewaan yang dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel ialah promosi-promosi topup yang dijalankan dari masa ke masa. Baiklah, pada waktu catatan ini saya tulis, promosi topup dari Tone Excel yang terbaru ialah PERCUMA DATA.

 

Anda buat tambah nilai, dan anda akan menerima data secara PERCUMA sahaja. Lihat jadual dibawah ni ya.

toneexcel-free-data

 

Apabila anda topup RM30, maka anda akan terima data percuma sebanyak 1.5GB

Apabila anda topup RM50, maka anda akan terima data percuma sebanyak 1.5GB dan juga kredit percuma sebanyak RM10.

 

Promosi-promosi seperti ini dah tentu sangat baik untuk kita ketengahkan untuk diberitahu kepada prospek kita supaya bertukar kepada simkad Tone Excel. Daripada jadual kat atas ini, sebenarnya kita dah boleh buat bajet, berapa banyak data yang kita perlukan dalam sebulan, dan berapa ringgit yang perlu kita topup. Anda mungkin dah tak perlu langgan sebarang data lagi lepas ni, dan boleh nikmati data percuma sahaja selepas ini.

 

Promosi topup sebelumnya…

 

Topup RM30 FREE 1GB data

promosi_tone_excel

Sepanjang saya menjadi pengguna simkad Tone Excel ini, saya sempat melalui beberapa siri-siri promosi topup. Sebelum ini, kalau anda lakukan tambah nilai sebanyak RM30, anda akan menerima data percuma sebanyak 1GB.

 

Nampaknya, pada hari ini, jika kita topup jumlah yang sama, kita akan dapat tambahan data percuma sebanyak 500MB menjadikan data percuma keseluruhan yang bakal diperolehi adalah sebanyak 1.5GB.

 

Semasa promosi ini diperkenalkan, boleh kata ramai juga yang bertukar kepada simkad Tone Excel untuk menikmati promosi data percuma ini.

 

Topup RM30 FREE RM10, Topup RM50 Free RM20

tune talk tone excel bonus topup

Promosi ini pun sebenarnya dah ditamatkan. Seingat saya, pengguna talian Tune Talk sama ada yang menggunakan simkad Tune Talk biasa, Simkad Tone Excel, mahupun simkad Tone Plus sahaja yang menikmati promosi sebegini. Tak ada lagi mana-mana syarikat telco yang sanggup memberikan topup percuma setiap kali kita lakukan tambah nilai.

 

Dulu sebelum saya bertukar ke simkad Tone Excel, saya ada pengalaman yang kurang best sebenarnya dengan syarikat telco yang lama.

 

Apa yang saya lalui, setiap kali saya lakukan tambah nilai, ada-ada sahaja yang potong kredit saya. Ia dilakukan oleh servis 4 nombor oleh third party yang saya sendiri tak pasti bila masa entah saya mendaftar untuk mendapatkan servis mereka ni. Memang kurang ajar. Kita susah payah topup, mereka senang-senang je tolak kredit kita.

 

Apa yang saya pelik, sebagai salah satu gergasi dalam bidang telco, seolah-olah mereka tak ada kuasa untuk lindungi pelanggan-pelanggan mereka sendiri daripada kena scam sebegini. Tapi itu cerita lama. Sekarang ni saya dah ucapkan selamat tinggal dah pun dengan talian mereka. Saya dah jumpa yang lebih baik, dan yang membayar saya komisyen. Rasanya dah tak ada sebab untuk saya stay dengan syarikat telco mereka.

 

Jadikan promosi-promosi seperti ini sebagai selling point ketika berkongsi kelebihan simkad Tone Excel

Kalau dah tak tau sangat nak cerita apa dekat prospek, ha… apa kata anda cerita tentang promosi topup yang dijalankan oleh syarikat. Nah saya dah berikan anda contoh 3 promosi topup yang pernah dijalankan oleh pihak syarikat sebelum ini.

 

Sebagai contoh, pada awal-awal saya join dulu, promosinya ialah topup RM30 dapat free kredit RM10. Bila dah nama pun promosi, maka tak lama lepas tu ia pun ditamatkan dan digantikan dengan promosi lain.

 

Saya masih ingat lagi pada waktu tu, memang agak ramai juga yang bising-bising bila promosi free topup ni ditamatkan. Namun penggantinya, iaitu topup RM30 free 1GB data sebenarnya lebih baik. Kenapa saya kata ianya lebih baik?

 

Kalau kita lihat trend sekarang ni, pengguna smartphone semakin bertambah dan rata-rata mereka memerlukan lebih banyak data berbanding kredit air time. Walaupun sebelum ni promosi yang dijalankan nampak lebih menarik, iaitu free RM10 namun seterusnya ia akan digunakan semula untuk beli data.

 

Apabila promosi ini digantikan dengan free data, setidak-tidaknya pengguna masih lagi mempunyai kredit sebanyak RM30 dan dapat data secara percuma sahaja. Apa jadi kalau data tak mencukupi? Anda ada pilihan, sama ada langgan data, atau buat tambah nilai sebanyak RM30 sekali lagi.

 

Pilihan kedua pun sebenarnya ramai yang pilih sebabnya pengguna Tone Excel ini akan memperolehi komisyen yang lebih tinggi apabila mereka topup RM60 dan keatas. Bab komisyen dan strukturnya In Shaa Allah akan saya sentuh di lain masa untuk siri artikel mengenai Tone Excel ini.

 

Promosi topup yang TERBARU nampaknya lebih menarik (dan memang itu yang kita harapkan dan yang kita mahu lihat)

 

Promosi terbaru selalunya pasti akan lebih baik berbanding promosi yang terdahulu! Jadi, kalau ada yang kata “ala… ini semua cuma promosi dan akan ditamatkan pada bila-bila masa” maka untuk individu seperti ini bolehlah kita katakan pada mereka,

 

Ya, tempoh promosi selalunya memang tak akan lama. Akan ada had masa dia. Malahan perkara ini adalah common practise bagi mana-mana syarikat telco. Tak ada tempoh promosi yang dibuka sepanjang tahun atau selama-lamanya. Jika ada, maknanya itu bukannya promosi.

 

Walaubagaimanapun, kalau ikut pada trend sebelum ini, setiap kali promosi tertentu tamat, ia akan digantikan dengan promosi lain yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi, kalau anda dah sedia nak bertukar ke simkad Tone Excel, sekarang ni la masanya.

 

Jadi, buat pengguna baru… pandanglah ke hadapan. Setiap masa keperluan kita pasti akan berubah. Jika promosi ini digantikan dengan promosi yang lain, saya percaya ianya pasti lebih baik berbanding yang sebelum ini.

 

Apa tunggu lagi? Jadikan sim ini sebagai sim anda pada hari ini juga. Sertai saya bersama Team AutoDownline untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang pastinya tak terdapat pada lain-lain rangkaian.

 

Klik sini untuk daftar secara percuma.

 

Nak baca artikel lain tentang Tone Excel? Klik sini.

 

 

The post Promosi topup yang pernah dan akan dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel appeared first on Blog Sabree Hussin.

8 Kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh para pengguna simkad Tone Excel

$
0
0

“Apa kelebihan dan keistimewaan menggunakan simkad Tone Excel ni? Betul-betul ada kelebihan ke?”

 

Ini soalan yang kita kena clear terlebih dahulu, sebelum nak mula memperkenalkan dan memasarkan simkad ini kepada orang lain. Kita nak ajak orang lain jadi pengguna simkad ini, tapi kita sendiri masih tak jelas dengan kelebihan simkad ni… ah macam ni memang jammed.

 

Jadi, dalam post kali ini, saya nak ajak anda semua untuk buat ulangkaji bagi mengetengahkan kepada anda semua, apa dia kelebihan menggunakan simkad ini. Bila kita nak cerita kat orang lain tentang kelebihan simkad ini, cukup sebenarnya dengan kita menceritakan tentang 8 kelebihan ini. Ia sudah cukup memadai.

 

Realitinya, memang ada banyak lagi kelebihan yang bakal diperolehi. Namun, saya berpendapat tak perlu nak senaraikan semua sekali. Cukup sebenarnya kita kongsikan kepada prospek kita satu atau dua kelebihan yang berupaya untuk membuatkan mereka berasa teruja.

 

(1) Kredit PERCUMA bernilai RM30

“Berapa harga simkad Tone Excel ni?”

Simkad Tone Excel ni harganya ialah RM90 sahaja.

Cukai GST sebanyak 6% menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM95.40. Kalau dulu, sebelum GST harganya cumalah RM90 sahaja.

Pertambahan sebanyak RM5.40 adalah untuk GST dan ia dikutip oleh Kerajaan Malaysia. Kita tunggulah di masa akan datang, mungkin waktu tu bila kerajaan dah hapuskan cukai GST, mungkin waktu tu kos untuk mendapatkan sim ini akan jadi lagi rendah. Wallahua’lam.

 

simkad-tunetalk-toneexcel-2

Apabila anda mengaktifkan simkad ini buat kali pertama, anda akan menerima kredit PERCUMA bernilai RM30.

 

Tempoh validity kredit PERCUMA bernilai RM30 ini adalah selama 30 hari. Jadi, jika penggunaan topup anda adalah kurang dari RM30, boleh jadi anda tak perlu lakukan sebarang tambah nilai pada bulan pertama.

 

Anda hanya perlu guna kredit percuma yang diberikan kepada anda, itu sahaja.

 

Bukan itu sahaja…

toneexcel-free-data

Anda bukan sahaja akan menerima kredit percuma bernilai RM30, malahan anda juga sebenarnya akan menerima data percuma sebanyak 1.5 GB apabila simkad ini diaktifkan. Ini adalah promosi yang sedang berjalan, pada ketika catatan ini saya hasilkan.

 

Dengan menjadi pengguna simkad ini, anda menerima kredit percuma bernilai RM30 dan pada masa yang sama, anda juga memperoleh data percuma.

 

(2) Cash back sebanyak 3% apabila anda melakukan tambah nilai

Setiap kali anda topup, anda akan dapat balik beberapa peratus daripada jumlah topup yang anda lakukan dalam bentuk wang tunai! Lihat jadual dibawah

keistimewaan-toneexcel

Apabila topup sebanyak RM60, cash back yang diterima adalah sebanyak RM1.80

 

Asalkan jumlah topup terkumpul yang anda lakukan pada bulan tersebut adalah sebanyak RM30 (minima) maka anda layak untuk menerima cash back sebanyak 3%.

 

Ini bermakna lagi banyak anda topup, maka lagi banyak cash back yang anda bakal terima. Keistimewaan ini hanya dinikmati buat mereka yang menggunakan simkad Tone Excel dan juga simkad Tone Plus sahaja. Jika anda menggunakan simkad Tune Talk biasa, anda tak akan menerima kelebihan ini.

 

Jika anda menggunakan simkad dari syarikat telco lain, anda juga tak akan dapat kelebihan seperti ini. Inilah keunikkan yang anda perolehi daripada penggunaan simkad ini.

 

Cuba bayangkan jika anda konsisten topup RM100 setiap bulan… Ya, anda akan menerima cash back sebanyak RM3. Ini hanya akan berlaku apabila anda menggunakan simkad Tone Excel. Jika anda menggunakan simkad selain daripada simkad Tone Excel ini, jangan harap anda akan terima sebarang cash back.

 

(3) Insurans Kemalangan (PA Insurance) bernilai RM100, 000 PERCUMA

Adakah penggunaan topup anda adalah sebanyak RM50.00 dan keatas setiap bulan?

 

Jika jawapan anda adalah YA, maka anda sebenarnya layak untuk menikmati perlindungan insurans kemalangan secara PERCUMA sahaja. Ya, tak perlu bayar apa-apa. Ini kelebihan dan keistimewaan yang diberikan buat pelanggan dan pengguna talian Tune talk yang melakukan tambah nilai setiap bulan sebanyak RM50.

 

(4) Promosi kredit PERCUMA dan DATA Percuma apabila anda topup

Ok… masih ada lagi yang percuma. Jika anda suka benda-benda percuma, ini dia satu lagi benda percuma untuk anda. Setiap kali anda topup, anda akan terima kredit percuma dan juga data percuma.

 

Ini adalah promosi TERKINI yang dijalankan oleh pihak syarikat ketika catatan ini saya tulis.

toneexcel-free-data

Jika anda topup RM30, anda akan perolehi data percuma sebanyak 1.5GB

Jika anda topup RM50, anda akan terima kredit tambahan percuma sebanyak RM10 dan juga data sebanyak 1.5GB

 

Berbaloi bukan? Pada hari ini, saya perasan ada beberapa syarikat telco yang menawarkan data percuma setiap kali pelanggan melakukan tambah nilai. Berita baiknya ialah, buat pengguna simkad Tone Excel, anda juga dapat nikmati data percuma. Wah… nampaknya syarikat Tone Excel juga tak mahu ketinggalan dan sudi untuk berikan promosi yang best ini kepada para pelanggannya.

 

(5) Sambil menggunakan simkad Tone Excel, sambil kumpul mata ganjaran BIG Point

Apa kegunaan mata ganjaran BIG Point ni? Pada dasarnya, mata ganjaran ini boleh ditukarkan dengan barangan-barangan yang dijual oleh Tune Group. Antaranya?

Tiket kapal terbang Air Asia, smartphone, tiket wayang dan segala produk yang dijual oleh Tune Group

 

Jika anda baru sahaja menggunakan talian ini, mungkin BIG Point yang anda kumpul masih belum cukup banyak. Namun, bagaimana kalau anda telah menggunakan talian ini untuk satu tempoh masa yang agak lama? 10 tahun misalnya? Pada waktu itu, mungkin BIG Point yang anda miliki dah cukup untuk ditukarkan dengan tiket kapal terbang Air Asia mahupun smartphone paling canggih yang ada di pasaran.

 

(6) Special diskaun untuk penginapan di Tune Hotel

Diskaun yang bakal anda perolehi selaku pengguna simkad Tone Excel ialah sebanyak 30%

 

Mudahnya begini… kalau caj penginapan yang perlu anda bayar ialah sebanyak RM100, maka sebagai pengguna simkad Tone Excel ini, anda hanya perlu bayar RM70 sahaja. Sebab ada diskaun sebanyak 30%.

 

Walaubagaimanapun, anda perlu buat tempahan awal, dan sebarang tempahan perlulah melalui HQ Tone Excel. Beberapa terma dan syarat juga perlu dipatuhi sebelum anda berhasrat untuk membuat tempahan. Kalau anda perlu maklumat lanjut macam mana nak buat tempahan hotel ni, boleh baca di pautan ini.

 

(7) Boleh kekalkan nombor sedia ada anda

Nombor anda adalah hak milik anda. Mungkin anda kurang gemar menggunakan lebih daripada satu nombor telefon dalam satu-satu masa. Bukan apa… bimbang nanti kalau-kalau ada yang terlepas pandang dan terlupa nak topup. Betul tak?

 

Jadi, salah satu penyelesaian yang lebih praktikal ialah, jadikan talian ini sebagai talian utama anda dan pakailah satu nombor sahaja. Dengan ini, anda pasti tidak akan terlupa untuk topup, dan lazimnya setiap bulan memang anda akan topup, kan?

 

(8) Peluang untuk bina pendapatan tambahan dengan Tone Excel

Sengaja saya letakkan poin ini dibahagian akhir sekali, supaya anda tahu, kelebihan simkad ini bukan semata-mata hanya pada fungsi untuk buat duit semata-mata.

 

bisnes_tone_excel_free_downline

 

Satu perkara yang membuatkan saya tertarik untuk jadi pengguna sim ini adalah kerana dengan sim ini, kita boleh buat duit. Itu sahaja. Sekarang ni, nilai duit makin jatuh, dan duit pula makin susah untuk dicari. Strategi untuk selalu berjimat perlu dijalankan seiring dengan strategi untuk menghasilkan pendapatan tambahan.

 

Saya sentiasa menyokong ideologi dan pendapat segelintir pihak yang menyeru untuk kita sama-sama amalkan sikap berjimat cermat. Namun berjimat sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kewangan, masalah hutang, masalah tak cukup makan dan sebagainya.

 

Pada masa yang sama, tetap perlu ada satu mekanisme khas untuk jana pendapatan. Pada hari ini, boleh kata hampir setiap orang menggunakan handphone. Even budak-budak sekolah pun guna handphone. Saya sendiri tak pasti, ada berapa juta handphone di Malaysia ni.

 

Pengguna handphone yang sudi dan bersedia untuk buat duit menerusi Tone Excel, saya alu-alukan untuk sertai rangkaian saya menerusi Team Autodownline. Klik sini untuk daftar PERCUMA.

 

Sistem ini telah pun saya uji sendiri dan TERBUKTI ianya praktikal dan saya sendiri dah bantu beberapa orang downline dibawah saya untuk mendapat downline secara PERCUMA dengan adanya fungsi spill over from upline.

 

Jadi, buat mereka yang teringin nak buat duit dengan Tone Excel, namun dalam hati masih ada perasaan bimbang kalau-kalau tak berjaya dapat downline walaupun seorang, bolehlah join saya.

 

Baiklah, rasanya dah cukup panjang perkongsian saya kali ini. Jika anda msih lagi setia membaca hingga ke baris ini, ini tips yang anda boleh gunakan.

 

Apabila anda ingin bercerita tentang simkad ini, fokuslah pada kelebihan yang bakal dinikmati oleh bakal pelanggan. Kelebihan ada banyak, namun anda perlu bijak memilih kelebihan yang mana satu yang mungkin paling terkesan dalam jiwa dan sanubari prospek anda tu.

 

Hmm… mungkin dalam banyak-banyak tu, prospek lebih suka pada kredit percuma dan data percuma! Jadi, banyakkanlah berkongsi tentang kelebihan tersebut.

 

Jika anda berjumpa prospek yang lebih kurang sama gaya pemikiran seperti saya, maka anda bolehlah berikan penerangan yang lebih tentang pelan penjanaan pendapatan. Fokus penerangan anda tentang bagaimana dengan menjadi pengguna simkad Tone Excel ini, anda boleh jana pendapatan tambahan… hingga boleh menggantikan pendapatan utama anda.

 

Baca juga artikel-artikel lain tentang Tone Excel disini.

 

 

The post 8 Kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh para pengguna simkad Tone Excel appeared first on Blog Sabree Hussin.

Ahli Tone Excel berpeluang menikmati 3 kali gaji dalam sebulan

$
0
0

Jika anda masih lagi mencari-cari sumber pendapatan tambahan dan sampai sekarang masih belum lagi menemui walau satu pun yang sesuai, mungkin anda patut pertimbangkan untuk menyertai syarikat Tone Excel. Kenapa?

 

Kali ini kita cerita bab duit pula. Tahukah anda, setiap ahli Tone Excel yang aktif menaja dan rajin buat kerja, mereka akan menikmati bayaran komisyen (gaji) sebanyak 3 kali dalam masa sebulan! 

 

Ya, komisyen akan dibayar 3 kali dalam sebulan buat mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Ok mari lihat jadual dibawah.

gaji-toneexcel

Komisyen yang pertama adalah komisyen yang diberi nama Fast Track komisyen

Komisyen dibayar kepada ahli-ahli Tone Excel yang berjaya mendapatkan pelanggan baru untuk menjadi ahli dan pengguna simkad Tone Excel. Untuk setiap ahli baru yang berjaya diperolehi, bayaran yang akan diberikan oleh syarikat kepada anda adalah berjumlah RM20.

 

Anda rasa susah nak dapatkan ahli baru?

 

Sebenarnya bukan anda seorang sahaja yang rasa perkara ini sukar. Ada raaaaamai lagi yang merasakan perkara yang sama. Namun, kunci kejayaan dalam bisnes ini ialah TERUSKAN BERUSAHA. Tak kisahlah sama ada susah ke, senang ke yang penting jalan terus. Teruskan buat promosi.

 

Pasti akan ada prospek yang akan menjadi pelanggan anda jika anda terus lakukan pemasaran. Namun, jika anda berhenti sekarang, maka alamatnya memang confirm anda akan gagal terus.

 

Baiklah, sila berikan perhatian kepada jadual kat atas tu. Kemudian FAHAMKAN.

 

Sekiranya anda lakukan penajaan antara 1hb hingga 15hb, komisyen anda akan dibayar pada hujung bulan, pada bulan yang sama.

Sekiranya anda lakukan penajaan antara 16hb hingga penghujung bulan (sama ada 28hb, 29hb, 30hb atau 31hb) maka komisyen anda akan dibayar pada 10hb bulan seterusnya.

 

Komisyen Fast Track ini akan dibayar kepada anda tak kira walau berapa jumlah yang berjaya anda kumpul. Kalau kata anda hanya berjaya dapat 1 sales sahaja pun, anda tetap akan dibayar. Satu perkara yang anda perlu tahu, untuk setiap transaksi, yuran sebanyak RM3 per transaksi akan dikenakan. Contohnya macam yang saya kena dibawah ni:

komisyen-toneexcel

Sebab tu seperti yang anda boleh lihat, jumlah yang saya perolehi ialah sebanyak RM17 sahaja. Maksudnya dah kena tolak dengan RM3 yuran pemprosesan. Jadi, kalau komisyen anda kurang RM3 tu, tak perlulah anda terkejut ya.

 

Komisyen seterusnya adalah komisyen topup. Sila lihat jadual dibawah

komisyen-topup-toneexcel

Komisyen topup akan dibayar pada setiap 21hb bulan berikutnya.

 

Maksudnya untuk bulan April ni misalnya, komisyen topup rangkaian anda dari 1hb hingga 31hb April akan dikumpulkan dan dikira terlebih dahulu. Kemudian jumlah komisyen yang layak dibayar kepada anda akan dibayar pada 21hb bulan berikutnya, iaitu pada 21hb May 2016.

 

Walaubagaimanapun, ada waktu-waktu tertentu, pihak Tone Excel akan membayar komisyen ini lebih awal berbanding tarikh yang dicadangkan. Kalau ikut pengalaman yang lalu, pihak TE akan bayar lebih awal jika pada bulan tersebut ada perayaan-perayaan tertentu, seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya. Jadi dengan duit komisyen yang dibayar awal tu, bolehlah digunakan sebagai duit belanja sempena musim perayaan.

 

Baiklah, dapat 3 kali gaji dalam sebulan, not bad kan?

 

Apa pun, jika anda berminat untuk jadi pengguna simkad ini, bolehlah ke laman web Autodownline ini dan dapatkan akaun anda secara percuma sahaja dulu. Fahamkan bagaimana sistem autodownline ini berfungsi dan pada masa yang sama, boleh belajar tentang selok belok perniagaan simkad Tone Excel ini disini.

 

Kenapa sistem AutoDonwline Tone Excel?

bisnes_tone_excel_free_downline

Ya kenapa mesti join Team AutoDownline? Bagi memudahkan saya bantu anda untuk dapatkan prospek yang berpotensi untuk menjadi downline anda di rangkaian ini, maka cara TERBAIK adalah dengan menjadi ahli menerusi team Autodownline ini.

 

Saya dah pun uji sendiri sistem ini dan terbukti ia bakal memudahkan dan membantu semua pihak. Anda boleh dapatkan akaun anda secara percuma sahaja disini.

 

Teruskan follow perkongsian dalam blog ni dan In Shaa Allah nanti saya akan tunjukkan pada anda bukti yang menerusi sistem Autodownline ini, saya telah pun mendapatkan downline secara percuma sahaja untuk downline level 1 saya. Berminat nak tengok buktinya?

 

 

The post Ahli Tone Excel berpeluang menikmati 3 kali gaji dalam sebulan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Isu sama ada bisnes Tone Excel patuh syariah dan sekitar kisah bata

$
0
0

Beberapa hari kebelakangan ini, secara tiba-tiba dan dengan tak semena-mena, artikel yang pernah saya tulis sebelum ini berhubung isu patuh syariah atau tidak perniagaan Tone Excel mendapat jumlah view yang agak tinggi berbanding kebiasaan. Bukan itu sahaja, malahan jumlah trafik yang masuk ke laman blog saya ni juga tiba-tiba meningkat secara mendadak!

 

Mula-mula saya ingatkan ada hamba Allah yang dah bantu viralkan blog saya ni… (Alhamdulillah). Rupa-rupanya bukan sebab itu. Sebenarnya blog saya ni menerima tempias daripada topik yang di viralkan oleh para pengguna FB.

tone-excel-halal-atau-haram

Anda boleh ikuti kupasan penuh di fanpage Muamalat.MY menerusi pautan ini. Ok saya tak pasti sama ada artikel tersebut akan terus berada disitu atau sebaliknya. Kita sedia maklum, apa-apa yang kita post di laman media sosial biasanya agak sukar untuk dikekalkan.

 

Lebih-lebih lagi kalau yang kita tulis itu tidak selari dengan apa yang difikirkan oleh sekelompok kumpulan yang ramai ataupun dapat dihadam oleh sekumpulan manusia yang tidak mempunyai ilmu tentangnya.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, syarikat Tone Excel Sdn Bhd memang masih belum mengumumkan kewujudan sebarang panel syariah bagi menyelia tata kelola perjalanan syarikat dan perniagaan yang mereka jalankan. Artikel ini saya tulis pada tahun 2016!

 

Isu tentang panel syariah ni bukannya perkara baru. In fact, sejak saya menjadi pengguna simkad ini dari tahun 2013 lagi, antara rejection yang agak popular daripada kalangan prospek ialah

“Aku tak nak join sebab Tone Excel tak ada panel syariah…”

 

Adakah penolakkan dari prospek seperti ini akan melemahkan saya? Sudah tentu TIDAK. Memandangkan topik mengenai Fiqh Muamalat adalah salah satu subjek wajib semasa di Universiti, maka rejection seperti ini sudah tentu saya tahu bagaimana untuk menjawabnya.

 

Dalam situasi saya, saya ada sedikit ilmu tentangnya. Bagaimana pula untuk mereka (ejen) yang tak ada ilmu tentang perniagaan Islam dan pada masa yang sama mendapat prospek yang menolak untuk menjadi ahli dan pengguna simkad ini, dengan alasan “tak ada panel syariah” dan pada masa yang sama prospek itu tadi pun zero dalam bab-bab sistem kewangan Islam. Ha… pening tak?

 

Saya pun pening. Baca slow-slow dan cubalah buat-buat faham ya. Saya pernah jumpa prospek yang menolak untuk menjadi pengguna simkad ini, yang menggunakan angle syariah dan beliau sememangnya mempunyai pengetahuan tentang bidang syariah, dan pada ketika yang lain, saya juga pernah bertemu prospek yang turut menggunakan angle patuh syariah sebagai alasan tak nak join, namun pada masa yang sama prospek itu juga sebenarnya tak tau apa-apa pun tentang bidang fiqh muamalat ni. Ha ha

 

Maka dari situ, apabila saya berhadapan dengan situasi yang hampir sama, iaitu menerima penolakkan seperti ini, saya tidak akan terus tergesa-gesa memberikan sebarang jawapan, sebaliknya saya akan cuba dapatkan serba sedikit latar belakang prospek tersebut. Caranya? Tanyalah soalan-soalan seperti

(1) Pada pendapat tuan, adakah konsep bisnes Tone Excel ni tidak patuh syariah?

(2) Apa yang buatkan tuan berkata sedemikian?

(3) Di bahagian mana menurut pendapat tuan model perniagaan ini bermasalah?

 

Biasanya, jika prospek tersebut mampu untuk menyebut istilah-istilah seperti riba (dalam konteks yang betul), maisir, dan gharar, maka In Shaa Allah, dihadapan anda adalah seorang prospek yang benar-benar mempunyai pengetahuan tentang urusan dunia dan akhiratnya. Jika dia tidak menjadi downline anda sekalipun, In Shaa Allah dia akan jadi seorang sahabat yang baik untuk anda.

 

Sudah tentulah individu seperti ini, kita perlu approach dengan kaedah yang istimewa juga. Bukannya dengan membuat perumpamaan kereta kancil dengan kereta Alza yang dihasilkan oleh syarikat yang sama, bata biasa dengan bata yang diperbuat daripada emas, dan sebagainya.

 

At this point of time, saya rasa adalah lebih baik menggunakan pendekatan diam berbanding terus melontarkan hujah yang entah apa-apa. ha ha

 

Oh nanti sekejap. Saya tak boleh diam diri. Saya tak sepatutnya amalkan pendekatan diam diri jika saya tahu sesuatu. Saya ada ramai kenalan yang menjalankan perniagaan ini yang mungkin memerlukan input dari saya. Saya ada pelawat dan pembaca blog yang mungkin tercari-cari informasi tentang perkara ini… dan yang paling PENTING, saya juga ada RANGKAIAN yang saya dah bina since 2013, yang mungkin terasa defenceless dan seolah-olah kehabisan hujah untuk berkata-kata.

 

Mari kita kupas sedikit demi sedikit isu ini.

 

(1) Tone Excel Sdn Bhd tiada panel syariah

Setakat catatan ini saya hasilkan pihak Tone Excel memang masih belum appoint mana-mana individu sebagai panel syariah untuk menyelia tata kelola perjalanan syarikat, pelan pemasaran dan perniagaan yang dijalankan. Saya ada tulis dalam artikel saya sebelum ini berjudul Pengenalan kepada simkad Tone Excel, bahawa syarikat ini telahpun beroperasi sejak dari tahun 2010 lagi. Baru-baru ini, syarikat telah pun menyambut ulangtahun mereka yang ke enam.

 

Timbul juga tanda tanya, tak kan dah 6 tahun beroperasi, sampai sekarang masih tak dapat nak lantik mana-mana ilmuwan, sarjana, ustaz dan sebagainya sebagai penasihat syariah? Jawapan bagi persoalan ini hanya mereka yang berada dalam lingkungan pengurusan sahaja yang tahu.

 

Apa yang berlaku sekarang ini, patutnya dapat dilihat sebagai suatu SIGNAL yang sangat jelas bahawa kita, sebagai pengguna dan juga ahli amat menyambut baik dan mengalu-alukan sekiranya ada usaha daripada pihak syarikat untuk mendapatkan penasihat Syariah. As simple as that.

 

Isu yang akan timbul apabila tiada penasihat syariah, ialah setiap orang akan mengemukakan hujah sendiri berhubung halal atau haram, patuh syariah atau tidak patuh syariah, dan semua hujah-hujah ini adalah terpulang kepada kefahaman individu tersebut terhadap agamanya.

 

Maka tak peliklah kalau keluar hujah-hujah mengenai kereta Alza dibandingkan dengan kereta kancil, bata emas dibandingkan dengan bata biasa, pelukis profesional dibandingkan dengan pelukis jalanan yang tak dikenali. Bila ada panel syariah, mereka inilah yang akan mengkaji pelan pemasaran, tata kelola dan sebagainya. Bukannya orang awam yang mungkin langsung tak ada ilmu langsung tentang perkara ini.

 

Maka tak mustahil, mereka-mereka yang sebelum ini menolak secara total akan dilembutkan hatinya untuk jadi pengguna simkad ini selepas ini. Ho ho

 

Apa kata kita rehat sekejap dan tonton video dibawah ini. Terdapat sedikit penerangan dan ulasan daripada Ustaz Abdul Shukor Bin Hj Abdul Samah. Beliau merupakan seorang pendakwah bebas.

 

Ulasan ini juga berpandukan kepada kajian pematuhan Syariah berdasarkan 8 Fakta Penting MLM Patuh Syariah oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Saya turut ingin mengesyorkan anda membaca buku beliau berjudul Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan.

 

Adakah dengan video ini dah cukup untuk mengatakan perniagaan ini patuh Syariah?

Sudah tentu ada pihak yang akan kata YA, dan ada pihak yang akan kata TIDAK. Masing-masing akan datang dengan hujah mereka sendiri dan disokong oleh pelbagai contoh-contoh.

 

Ok tak apa. Kita ambil peluang ini untuk belajar. Kot-kot sebelum ini kita tak begitu menjaga aspek halal haram dari mana datangnya sumber pendapatan kita tu, maka hari ini kita belajarlah ya.

 

(2) Apa yang ditawarkan oleh pengguna sim Tone Excel turut ditawarkan oleh sim Tune Talk biasa dengan caj yang lebih MURAH

sistem_autodownline_toneexcel

Aha… betul tu. In fact, bila kita masukkan simkad Tone Excel ni ke dalam phone kita, nama yang akan keluar pun Tune Talk, bukannya Tone Excel. Namun, untuk mengatakan yang semua kelebihan yang ada pada Tone Excel semuanya ada pada Tune Talk adalah kurang tepat.

 

Eksklusif buat pengguna sim Tone Excel, ini adalah kelebihan tambahan yang bakal anda perolehi (yang tak dinikmati oleh pengguna simkad Tune Talk biasa) :

(i) Cash back 3% daripada nilai topup

(ii) Komisyen Topup dari rangkaian

(iii) Keahlian dalam Komuniti WOW Referral Program

 

Kebiasaannya, mereka yang berminat untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel ini adalah mereka yang ingin jana pendapatan. Ini adalah prioriti UTAMA kemudian barulah diikuti dengan keutamaan lain, seperti nak dapatkan data percuma, kredit percuma, cash back dan sebagainya.

laman-web-toneexcel-2016

 

Bagi menikmati kelebihan-kelebihan seperti komisyen topup, komisyen fast track, bonus akhir tahun dan sebagainya, sudah tentulah ia memerlukan suatu usaha daripada pihak ahli tersebut. Usaha tersebut adalah dalam bentuk iklan, promosi, penerangan, penulisan dan sebagainya.

 

Sim Tune Talk biasa ada kelebihannya. Manakala sim Tone Excel sudah tentu ada lebih banyak lagi kelebihannya. Saya biasa juga jumpa prospek yang kata, tak minat nak jadi pengguna sim Tone Excel sebab tak pandai nak cari-cari orang. Seolah-olah menggambarkan, elemen cari orang adalah menjadi satu perkara wajib buat pula bila jadi pengguna simkad ini.

 

Hakikatnya, kalau tak nak buat marketing, tak nak buat promosi pun tak ada masalah. Anda hanya akan terlepas peluang untuk jadikan handphone anda sebagai alat untuk menjana pendapatan, itu sahaja. Dalam situasi ini, untuk orang yang tak nak berusaha untuk dapatkan pelanggan, saya beranggapan adalah lebih baik mereka tukar je simkad lain yang lebih murah.

 

Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri. Sebagai contoh, saya ada beberapa kenalan yang TAK KISAH untuk jadi pengguna sahaja, dengan alasan mereka nak bantu saya berniaga. At least dia tahu, bila dia topup, beberapa percent akan dapat kepada saya. Bagi dia, ia lebih baik berbanding keuntungan topup itu 100% hanya dikutip dan dinikmati oleh segolongan kumpulan tertentu sahaja.

 

(3) PA Insurans bernilai RM100,000 adalah HARAM kerana ia adalah insurans konvensional?  

Ada sesetengah pihak yang melihat kewujudan pelan perlindungan insurans PA Insurance ini sebagai suatu masalah. Ada juga pihak yang menggunakan poin ini dengan niat jahat untuk mengelirukan orang lain. Ada juga segolongan pihak yang dengan sesuka hati mengatakan pendapatan yang diperolehi oleh ahli-ahli Tone Excel adalah haram kerana mempromosikan pelan insurans ini.

 

Orang ni memang ada macam-macam ragam.

 

Insurans percuma ini diberikan kepada para pengguna yang melakukan tambah nilai terkumpul sekurang-kurangnya RM50 setiap bulan. Pengguna boleh topup RM50 sekaligus ataupun boleh juga topup sikit-sikit, asalkan jumlahnya cukup RM50. Perlindungan ini hanya akan bermula pada hari ke 60. Tentang terma dan syarat perlindungan insurans ni bolehlah dibaca disini.

 

Saya sendiri sebenarnya tak promote sangat hal-hal berkaitan insurans ni. Lebih-lebih lagi bila ianya adalah insurans konvensional dan bukannya takaful. Akan tetapi, apabila memperkenalkan simkad ini kepada bakal pengguna, sudah tentu saya perlu menyebutkan tentang kewujudan perlindungan insurans ini. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan informasi yang secukupnya kepada bakal pelanggan ataupun prospek.

 

Saya petik artikel dibawah ini dari laman web Zaharuddin.Net

a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.

 

Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).

 

Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa “Dimaafkan yang berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya” (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

 

Artikel asal membicarakan tentang penggunaan kad kredit dan sekitar isu syariah dalam penggunaan kad kredit. Salah satunya ialah tentang insurans percuma yang ditawarkan kepada pengguna, sekiranya menggunakan kad kredit tersebut. Dalam situasi ini, kewujudan insurans percuma itu tadi adalah sebagai penarik golongan tertentu untuk menjadi pengguna kad kredit tersebut.

 

Begitu juga halnya dengan insurans percuma yang ditawarkan kepada pengguna simkad Tone Excel ini. Sebagai pengguna, kita tidak membayar apa-apa kepada syarikat insurans. Justeru, kita tidak membeli sebarang insurans, sebaliknya ianya diberikan secara percuma sahaja sebagai hadiah kepada kita.

 

Boleh jadi sebagai penghargaan kerana menjadi pengguna dan pelanggan. Apa yang pasti, sebelum saya bertukar kepada sim Tone Excel, jumlah topup peribadi saya ialah RM30 sahaja. Selepas saya menjadi pengguna Tone Excel, jumlah topup saya juga tidak berubah. Masih lagi RM30.

 

Buat mereka yang penggunaan topupnya melebihi RM50, jika anda bertukar kepada simkad TE ini, most likely, anda juga tidak akan menambahkan kadar penggunaan anda. Anda masih akan tetap topup dalam kadar yang lebih kurang sama juga. Jujurnya, saya tak pernah jumpa lagi, ada orang yang topup RM50 semata-mata sebab nak dapatkan insurans ni. Mungkin ada orang sebegini, mungkin tiada. Yang pasti, saya tak pernah jumpa. Tapi, kalau yang topup RM60 sebab nak dapatkan komisyen yang lebih tinggi, ini biasa saya nampak.

 

Sekali lagi, saya nak mengajak anda untuk dapatkan buku Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan sebagai peneman dan penyuluh jalan jika anda masih samar-samar lagi dalam bab halal haram dalam sistem kewangan kita ni. Cuma kalau boleh, janganlah dengan sewenang-wenangnya terus nak jatuhkan hukum haram tanpa ada ilmu.

 

(4) Dari segi penggunaan, pengguna sim Tone Excel perlu bayar lebih berbanding pengguna sim Tune Talk Biasa

Situasi kita di Malaysia, saya tak pernah dengar lagi ada undang-undang tertentu yang meletakkan syarat supaya syarikat telco meletakkan harga siling dan harga lantai bagi perkhidmatan mereka.

 

Sebagai contoh, setiap syarikat telco atau penyedia perkhidmatan mesti tawarkan caj panggilan tak lebih daripada 20 sen per minit, ataupun

Setiap syarikat telco atau penyedia perkhidmatan tak dibenarkan untuk mengenakan caj SMS melebihan 5 sen per SMS

Pelan data tak boleh dijual dengan harga lebih tinggi dari RM38 untuk 1GB dan tak boleh tawar dengan harga lebih murah berbanding RM28. Bagi percuma pun tak boleh.

 

Ya, semua ini TAK ADA. Bermakna, terpulang kepada syarikat-syarikat telco untuk menawarkan pelan perkhidmatan mereka mengikut kajian pasaran dan kelompok pengguna sasaran yang mereka mahu sasarkan. Boleh jadi atas sebab ini jugalah kita dapat lihat, ada telco yang boleh bagi data murah, tapi call tak berapa murah. Ada yang tawarkan panggilan murah, tapi pelan datanya tak begitu menarik. Tak kurang juga ada syarikat telco yang menawarkan pelan data yang tersangat AWESOME, seperti data sehingga 7GB, panggilan unlimited dengan kos serendah RM70 per month, tapi bila keluar dari lembah klang, line telefon pula memerlukan banyak kesabaran.

 

Perhubungan antara Tone Excel dan Tune Talk diikat menerusi satu perjanjian. Perhubungan mereka bukannya anak syarikat seperti yang berlaku pada syarikat ONEXOX dengan XOX.

 

Apa yang berlaku antara Tone Excel dengan Tune Talk boleh jadi adalah seperti ini:

Tone Excel membeli perkhidmatan dari Tune Talk dengan satu kadar tertentu. Dari kadar tertentu tersebut, ianya di mark up mengikut peratusan tertentu dan dijual semula kepada end user iaitu pengguna. Maka atas sebab itu, kita dapat menyaksikan terdapat perbezaan yang ketara dari segi caj penggunaan antara sim TE dengan sim TT biasa.

 

Perbezaan inilah yang akan jadi keuntungan syarikat, yang seterusnya digunakan semula untuk membayar ahli-ahlinya yang gigih memperkenalkan simkad ini kepada orang ramai.

 

(5) Ahli Tone Excel TIDAK mencarum dalam pelan pelaburan mahupun membeli saham syarikat

Sebagai ahli, bayaran yang kita terima adalah hasil daripada memperkenalkan (baca sebagai menjual) simkad TE ini kepada pelanggan. Jika ramai pelanggan yang kita perkenalkan, maka banyak jugalah komisyen yang bakal kita perolehi.

 

Baca juga: Ahli Tone Excel berpeluang menikmati 3 kali gaji dalam sebulan

 

Sebarang aktiviti pelaburan yang dilakukan oleh syarikat, hasilnya tidaklah dikongsikan kepada pengguna dan ahli. Kita tidak mendapat sebarang share daripada urusniaga dan pelaburan syarikat, melainkan komisyen yang diterima ialah komisyen topup dan juga komisyen fast track sahaja.

 

Jika pihak pengurusan ada melabur dalam mana-mana pelaburan hartanah, saham ataupun kaunter yang tidak patuh syariah, tidaklah menjadi kewajipan kita untuk membuat kajian hingga ke tahap itu. Sama seperti kita tak kaji pun dimana Umobile, Digi, Maxis mahupun Celcom melabur. Tak perlulah nak memberat-beratkan urusan kita sampai ke tahap begitu sekali.

 

Namun salah ke kalau nak kaji sampai ke tahap itu? Silakanlah. Mungkin anda memang jenis yang ada banyak masa terluang.

 

(6) Saya perlu tutup artikel ini…

Pada mulanya saya menghadapi masalah untuk memulakan penulisan artikel ini. Kemudian, selepas saya mula menulis, tiba-tiba saya dapati saya menghadapi masalah yang baru, iaitu saya tak tau macam mana nak tutup artikel ini. Baiklah, saya ingat saya nak kongsikan satu cerita ini.

 

Kisahnya begini…

 

Semasa saya kecil dulu, saya cuma tahu sebagai seorang Muslim,

(1) Kita patut bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah

(2) Kita wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalaman

(3) Berpuasa di bulan Ramadhan

(4) Membayar zakat

(5) Menunaikan haji bagi yang mampu

 

Kemudian, bila saya dah besar sedikit, saya mula tahu, Islam yang saya amalkan selama ini mungkin terdapat sedikit kelainan dari segi praktis berbanding Islam yang diamalkan oleh saudara-saudara kita yang berada di negara lain. Oh, dari situ saya tau, rupa-rupanya kelainan ini kerana negara yang berbeza mengikut Mazhab yang berbeza. Ada 4 Mazhab besar iaitu Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Ahmadi.

 

Kemudian, bila pergaulan saya mulai meluas, saya temui pula cebisan-cebisan penganut Islam yang mendakwa golongan tertentu sebagai Wahabi, Salafi, Sunni, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Muktazilah, Khawarij dan sebagainya.

 

Saya jadi pening.

 

Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa umat Islam boleh terpecah-pecah sebegini? Saya tak ada jawapannya. Allah SWT lebih mengetahuiNya.

 

Baiklah, dikesempatan ini saya nak mengajak para pembaca sekalian supaya TAMBAHKAN ILMU & BANYAKKAN MEMBACA.

 

Sampai bila nak ambik pendekatan

“Oh saya bukan pakar dalam bidang ini, jadi saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara ini”

“Serahkan pada yang ahlinya, kita cuma orang awam sahaja…”

 

Apa yang sepatutnya? Kita juga perlu mendalami ilmu ini. Biar tak pakar, jangan sampai langsung tak tau apa-apa. Perbezaan pendapat itu biasalah. Seperti mana kita tak wajib mengikut pendapat orang lain, kita juga tak boleh memaksa orang lain untuk mengikut pendapat kita. Lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya mempunyai hujah yang benar, dan kedua-duanya berada di landasan yang benar.

 

Pendirian saya, kalau nak berdebat, biarlah saya beri anda berita gembira siap-siap. Saya tak pandai nak berdebat. In fact, biarlah saya mengalah sebelum proses perdebatan itu bermula.

 

Saya nak berniaga. Dan sebagai peniaga, saya nak jemput dan mengajak anda untuk menjadi ahli dan pengguna sim ini menerusi rangkaian saya, iaitu rangkaian AutoDownline.

bisnes_tone_excel_free_downline

Anda boleh dapatkan akaun keahlian anda secara percuma sahaja dengan menekan pautan ini.

 

Perbezaan pandangan dan pendapat, saya raikan. Namun, buat mereka-mereka yang sekadar bercakap untuk menangguk di air keruh dan semata-mata sebab nak promosikan simkad kalian, alahai…

 

 

 

The post Isu sama ada bisnes Tone Excel patuh syariah dan sekitar kisah bata appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bisnes Air Balang dan Kisah Suami Unggul bukan Suami Tunggul

$
0
0

Baru-baru ni saya ada terima emel notifikasi dari pihak Klikjer yang mengatakan pada bulan April 2016 ni, ada dua buah buku elektronik (ebook) baru yang dilancarkan. Memandangkan saya juga adalah salah seorang ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual menerusi platform klikjer, saya anggap ni sebagai satu berita baik.

 

Manalah tau, ada peluang nak tambah dan naikkan lagi pendapatan dari platform klikjer ni. Dari pemerhatian dan pengalaman saya, nak buat duit dengan Klikjer ni sebenarnya tidaklah sesukar mana. Nak naikkan income tu yang lebih mencabar. Saya percaya, kalau kita konsisten mempromosikan produk-produk di klikjer setiap hari, setakat nak dapat komisyen RM100 minima tu bukanlah satu perkara yang mustahil.

 

Ada dua buah ebook baru yang dilancarkan. Ebook pertama berjudul Bisnes Air Balang.

 

bisnes-air-bulan-puasa

Memandangkan lagi beberapa bulan sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan, maka dengan terbitnya ebook Panduan Bisnes Air Balang ni adalah pada masa yang sangat baik.

 

Kenapa pulak sangat baik?

 

Lazimnya, masa bulan puasa, bulan raya hinggalah ke selepas hari raya, kita memang akan perlu guna lebih banyak duit berbanding hari-hari lain.

 

Ada satu perkara yang saya kira cukup ironi. Bulan puasa kan sepatutnya adalah bulannya dimana kita belajar menahan dan mengekang nafsu kita. Namun, kelihatannya ia tak berlaku seperti yang sepatutnya. Tengok sahaja situasi di bazar-bazar ramadhan. Tengok setiap pengunjung yang datang, berapa banyak juadah berbuka puasa yang mereka beli? 

 

Ah… mungkin mereka ni nak bersedekah, ataupun mereka sengaja beli lebih untuk diberikan kepada orang lain. Kan menyediakan juadah untuk berbuka kepada orang yang berpuasa tu besar ganjarannya.

 

Nafsu bila beli air balang. Lebih-lebih lagi bila ada gerai yang cukup bijak dari segi presentation. Air yang dijual nampak sangat sedap walaupun pada waktu tu, kita tak pernah rasa langsung air tersebut. Yang penting nampak sedap, barulah pengunjung berminat nak beli. Sedap tak sedap itu jatuh perkara nombor dua. Sudah tentu, kalau air yang dijual tu tak sedap, pengunjung yang sama akan beli sekali sahaja. Sebaliknya kalau air yang dijual tu memang cukup sedap, menepati citarasa pembeli, nah… kat situ usahawan air balang tersebut dah berjaya dapat repeat customer yang mungkin akan follow peniaga tersebut tak kira walau dimana dia berniaga.

 

Apabila saya membaca laman web Panduan Bisnes Air Balang ni, buatkan saya terfikir… “Bisnes air balang ni cuma sesuai untuk bulan puasa je ke?” Apa tidaknya… dari segi latar tempat dan masa, penulis lebih menekankan tentang strategi dan pengalaman beliau berniaga di bazar ramadhan.

 

“Bagaimana penulis berjaya kaut untung sehingga RM7,000 dalam masa sebulan berniaga di bazar ramadhan?”

Ok… kita buat pengiraan mudah. Katakanlah kita berpuasa selama sebulan, ataupun bersamaan dengan 30 hari (atau mungkin 29 hari sahaja bergantung pada anak bulan).

 

Lazimnya peniaga di bazar ramadhan tak akan berniaga 30 hari FULL. Mesti ada cuti. Sesetengah peniaga di tapak bazar ramadhan, 4 hari sebelum raya tu memang dah tak berniaga. Ini masanya untuk mereka membuat persiapan untuk hari raya pulak. Selama ni dia sibuk berniaga kan… kali ini masa untuk mereka siapkan apa-apa yang perlu.

 

Jadi, kalau penulis ni kata dia boleh dapat RM7,000 dalam masa sebulan berniaga, dan beliau hanya berniaga 26 hari sahaja, bermakna secara purata, untung yang berjaya dijana ialah sekitar RM270 +/- sehari. Berapa pula modal pusingan untuk jalankan bisnes air balang di bazar ramadhan?

 

Modal pusingan adalah sekitar RM100 – RM200. Itupun ada hari-hari tertentu, tak perlu pun keluar modal langsung, sebabnya bahan mentah sebelum ini masih lagi boleh digunakan. Bahan mentah yang saya maksudkan ialah seperti stok buah-buahan, gula, air, bahan perisa dan sebagainya. Ada dinyatakan secara terperinci dalam panduan ini.

 

Keuntungan seperti ini mungkin tak akan dapat dicapai, sekiranya anda menjual juadah lain, selain daripada air balang. Jadi buat usahawan dan bakal usahawan sekalian, bacalah ebook ini. Mungkin ada banyak ilmu baru yang bakal anda pelajari dari rakan usahawan, yang memang dah berpengalaman berniaga di bazar ramadhan.

 

Ebook Suami Unggul oleh Dr HM Tuah Iskandar

review-ebook-suami-unggul

 

Adakah anda mengesan terdapat perubahan yang ketara yang berlaku terhadap suami anda selepas sekian lama anda berkahwin?

 

Boleh jadi, perubahan ini berpunca dari satu hal yang anda sedia maklum apa sebabnya, namun anda tak tau bagaimana cara untuk menanganinya.

 

Dr Tuah ada solusinya.

“Panduan menangani suami bermasalah, dari tunggul menjadi unggul.”

 

Satu perkara yang baik tentang karya-karya Dr Tuah ni ialah, ianya selalu dijual dengan harga yang tak begitu mahal. Orang kata harga mampu milik. Kenapa nak bayar lebih, kan? Yang pentingkan masalah pembaca dapat diselesaikan, bukannya semata-mata nak kaut keuntungan sahaja.

 

Ebook Dr Tuah yang ni boleh dimuat turun disini.

 

Baiklah sampai sini dulu perkongsian saya untuk kali ini. Minat ke nak baca ebook-ebook ni semua? Kalau minat, kliklah pada link-link yang saya dah sediakan tu. Semoga bermanfaat!

 

 

The post Bisnes Air Balang dan Kisah Suami Unggul bukan Suami Tunggul appeared first on Blog Sabree Hussin.


Bilakah masa paling sesuai untuk buat duit di Internet?

$
0
0

Pada setiap bulan, sekitar tarikh 20hb hingga ke hujung bulan, sama ada bulan tersebut berakhir dengan 29hb, 30hb atau 31hb, ia merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat mereka yang buat duit dengan cara berniaga di internet.

 

Pada tarikh 20hb – 31hb ni, lazimnya adalah tarikh para pekerja dapat gaji. Ada yang dapat awal, dan ada yang dapat lambat. Siapa yang kerja kerajaan, biasanya mereka akan dapat gaji dulu, berbanding dengan mereka yang kerja swasta.

 

Ini waktu-waktu yang kritikal! Pada waktu inilah, sepatutnya kita bersiap sedia untuk tadah duit mereka.

senang-buat-duit-lazada

 

Kat internet tu, sebenarnya ada banyak duit-duit yang tersembunyi. Well tak semua tersembunyi. Ada yang diletakkan betul-betul kat depan mata kita. Tapi masalahnya ramai yang TAK PERASAN. Kalau ada yang perasan pulak, masalahnya ialah, tak tau atau tak pandai nak ambik duit tu.

 

Screenshot diatas adalah sebahagian transaksi yang saya perolehi sehingga 24hb. Tanpa perlu bersusah payah nak menjual, tak perlu nak buka kedai, tak ada jumpa orang, dan semua tu dilakukan hanya dari rumah sahaja. Asalkan ada laptop, ada internet, dah boleh buat duit.

 

… dan dengan ilmu, strategi serta pengalaman. Apabila semua ini diadun dengan baik, maka akan terhasillah pendapatan seperti ini. Ini yang orang kata, buat duit dari internet. Adakah ianya mustahil? Tidak. Saya dah buktikan, yang ia sememangnya boleh dilakukan. Adakah ia lumayan?

 

Ya memang cukup lumayan. Namun anda kena bagi masa dan usaha yang mencukupi sebelum berangan nak rasa pendapatan yang lumayan. Sedangkan orang yang bekerja di pejabat pun perlu bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari, kemudian ditambah dengan overtime baru layak untuk merasa pendapatan yang lumayan, apakah yang buatkan anda fikir bekerja di rumah, dengan bantuan sambungan internet adalah berbeza?

 

Tarikh 21hb – 30hb adalah tarikh orang dapat gaji. Masa ini, mereka akan shopping pelbagai barangan keperluan, tak kiralah sama ada makanan untuk kucing, kabinet baru, katil, sofa, barangan dapur dan sebagainya. Barangan dapur misalnya, ia adalah perbelanjaan WAJIB yang mesti dilakukan pada setiap bulan.

 

Kemudian pada tarikh 1hb -10hb, waktu ini masih lagi dikira sebagai awal-awal bulan. Duit gaji masih ada lagi. Mood untuk shopping masih ada. Mungkin jumlah dan kuantiti yang ingin dibeli tak begitu banyak, kerana mengambil kira gaji lambat lagi, namun orang tetap akan berbelanja pada tarikh ini.

 

Seterusnya, pada tarikh 11hb – 20hb. Biasanya orang memang tak shopping. Melainkan kalau ianya benar-benar perlu. Waktu ini, sesetengah orang dah kehabisan duit tunai. Cash memang dah tak ada. Kalau mereka nak berbelanja jugak, mereka terpaksa guna kad kredit. Mujurlah laman web ini memang menerima kad kredit. Jadi mereka boleh berbelanja dengan senang hati.

 

Lagipun tinggal beberapa hari lagi gaji akan masuk. Jadi mereka tak perlu risau dan khuatir sangat kalau nak berbelanja. Kalau beli barang pakai kad kredit sekalipun, boleh bayar balik bila duit gaji dah masuk.

 

Kitaran hidup dan perbelanjaan kita kat Malaysia ni lebih kurang begini. Hakikatnya, setiap hari pasti manusia akan berbelanja. Mereka pasti akan shopping. Cuma kita sahaja yang perlu tahu, apa agaknya barangan yang mereka akan beli.

 

Adakah mereka akan beli panduan untuk bekerja dari rumah, yang akan mengajar mereka cara-cara nak bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer? Supaya lepas ni, mereka dapat bekerja dari rumah secara sambilan, dan dapat duit lebih untuk shopping?

 

… ataupun, mereka sedang mempertimbangkan untuk beli beberapa barangan keperluan yang dijual di tesco online, dan jimatkan tenaga dan kos pengangkutan untuk ke Tesco.

 

Fikir.

 

Cuba fikirkan. Bagaimana pola perbelanjaan masyarakat kita di Malaysia. Berita baiknya, kita sebenarnya tak perlu pergi terlalu jauh, sampai ke bulan untuk dapatkan jawapan bagi persoalan ini. Most likely, dengan melihat cara hidup keluarga kita sendiri, bagaimana keluarga kita berbelanja, ia sebenarnya tak jauh beza dengan masyarakat kita secara umumnya di negara kita.

 

Sekarang masa untuk kita kutip dan ambik seberapa banyak duit yang boleh di internet. Nak ambik banyak-banyak, atau cuma nak ambik sedikit sahaja, itu terpulang pada anda. Lain orang lain keperluannya. Jika keperluan anda banyak, maka anda ambiklah sebanyak-banyaknya.

 

Adakah saya ada sebut sebelum ni, yang pendapatan yang anda akan perolehi adalah dalam matawang USD? Hmm mungkin saya pernah sebut sebelum ni. Itupun mungkin dalam artikel-artikel terdahulu.

 

Apa pun, jika anda minat nak buat duit macam ni, boleh cuba daftar disini. Jika permohonan anda berjaya disahkan, saranan saya, hargai peluang tersebut. Gunakan peluang ini untuk buat duit dengan sebanyak-banyaknya. Biar ada lebih, jangan kurang!  

 

 

 

The post Bilakah masa paling sesuai untuk buat duit di Internet? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship

$
0
0

Bagaimana nak buat duit di internet dengan menggunakan konsep perniagaan dropship? Ada yang masih belum tahu caranya, dan minat nak belajar ke?

 

Boleh. Jom belajar. Sebelum tu, kena sediakan pengerasnya. Tak mahal pun. RM10 sahaja.  Anda boleh klik link ini untuk buat tempahan dan semak harga.

 

Buat-Duit-Dropship-panduan-menjana-pendapatan-dengan-dropshipApa yang anda akan dapat dengan RM10 tu? Ini dia yang anda akan dapat…

 

Sebuah panduan, yang anda boleh jadikan rujukan yang akan mengajar anda cara-cara untuk mengendalikan perniagaan menggunakan konsep dropship.

 

Konsep buat duit dengan dropship ni, seperti yang ramai sedia maklum, adalah konsep perniagaan tanpa modal dan tanpa perlu menyimpan stok.

 

Dalam bisnes dropship, modal utama kita hanyalah gambar produk dan ayat-ayat promosi tentang sesuatu produk yang ingin kita jual. Sebagai contoh, kalau pada waktu ini, anda ingin mendapatkan pembeli untuk produk Apple iPhone Refurbished set, apa yang anda perlukan adalah gambar produk, dan juga deskripsi mengenai produk. Itu sahaja.

 

Sekiranya anda berjaya mendapatkan prospek yang berminat untuk menjadi pembeli, prospek tersebut akan membuat bayaran kepada anda, lalu dengan duit yang prospek bayar tu tadi, anda buat pembelian kepada pihak pembekal. Seterusnya, pembekal yang akan uruskan penghantaran produk tersebut kepada pembeli yang berurusan dengan anda itu tadi.

 

Apa yang anda akan pelajari menerusi panduan ni. Mari kita lihat antara kandungan yang dimuatkan dalam buku Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship ini.

 

Isi Kandungan

Prakata
Pengenalan
9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan
Apa itu Dropship?

 

1. Kelebihan & Kekurangan Dropship
Kelebihan Dropship
Kekurangan Dropship

 

2. Bagaimana Sistem Dropship Beroperasi? 

Langkah 1: Pelanggan membuat pembelian secara online
Langkah 2: Ejen dropship membuat pesanan kepada pembekal
Langkah 3: Pembekal membungkus produk dan mengirimnya kepada pelanggan
Langkah 4: Ejen dropship memaklumkan kepada pelanggan mengenai kiriman produk

 

3. Bagaimana Memilih Produk yang sesuai hendak dijual

Google trends
Tahap persaingan
Contoh
Harga produk adakah berpatutan?
Pilihan: Adakah kepelbagaian aksesori
Berat produk: Adakah mengirimnya mudah?
Trend Semasa: Adakah kadar Turn-Over rendah?
Produk sukar didapati di kedai biasa

 

4. Bagaimana mencari pembekal yang baik ?

Lokasi pembekal di pusat bandar
Boleh mengambil pesanan melalui emel
Pekerja yang cekap dan fokus industri
Tenaga sokongan yang berdedikasi
Sistem yang teratur dan efisien
Melabur dalam teknologi

 

5. Bagaimana menjayakan jualan produk kita 

Tambah nilai pada produk tanpa kos tambahan
Tambah nilai pada perniagaan dropship kita
Pamerkan daya yang kreatif lagi inovatif

 

6. Mengapa pentingnya khidmat pelanggan

Senario 1
Senario 2
Apakah maksud khidmat pelanggan

 

7. Bagaimana menentukan platform mana yang hendak digunakan

 

8. Sudah bersedia hendak bermula: Apakah komitmen yang diperlukan?

Melabur masa
Melabur wang

 

9. Strategi pengurusan

Sekiranya pembekal tersilap menghantar pesanan
Senario
Akui kesilapan
Tebus kesilapan terhadap pelanggan
Pastikan pihak pembekal menanggung kos pemulangan dan penghantaran semula produk
Penting
Mengurus inventori dan pelbagai pembekal
Ambil produk yang sama daripada beberapa pembekal
Pilihlah produk yang hendak dijual secara bijak
Periksa sama ada stok produk masih ada ataupun tidak
Mengendalikan pesanan produk yang kehabisan stok
Cara berhubung

 

Berusaha dan terus semangat berusaha!
Fokus pada usaha pemasaran
Tambah nilai
Khususkan produk
Berikan khidmat terbaik kepada pelanggan
Rancang perspektif bisnes bagi jangka masa panjang
Langkah paling penting

 

Buku berjudul Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship ini dijual dengan harga serendah RM9.90 sahaja secara online menerusi laman web Bookcafe. Tahukah anda, untuk versi ebook, yang ditulis oleh penulis lain, panduan seperti ini boleh mencecah harga begitu tinggi, sehingga mencecah RM50 – RM100.

 

Tetapi, dengan mendapatkan buku panduan ini, yang dijual di laman web bookcafe, anda boleh jimatkan berpuluh-puluh ringgit wang anda. Bayangkan, dengan pelaburan yang tak sampai RM10, untuk mendapatkan ilmu berniaga menggunakan kaedah dropship, anda boleh memulakan empayar perniagaan online anda.

 

Menarik, kan.

 

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau serius nak buat duit, dapatkanlah panduan ini sekarang. Sama ada anda kunjungi mana-mana kedai buku berhampiran anda, ataupun anda juga boleh beli sahaja secara online. Pilihlah mana-mana satu opsyen yang mudah untuk anda.

 

Yang penting, anda bertindak. Tambah ilmu dulu, barulah tambah wang saku!

 

The post Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship appeared first on Blog Sabree Hussin.

Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber

$
0
0

Mungkin ramai yang masih belum tahu lagi, yang sebenarnya kereta yang anda miliki tu, boleh dijadikan mesin untuk buat duit.

 

Cara yang biasa dilakukan adalah dengan menyewakan kenderaan tersebut. Walaubagaimanapun, cara ini mungkin dilihat agak berisiko. Apa tidaknya, jika kita ada 10 orang penyewa, bermakna akan ada 10 orang pemandu, yang mana setiap satu mempunyai gaya dan cara pemanduan yang berbeza.

 

Kalau kita dapat penyewa yang pandai menjaga kereta, maka kereta kita selamat. Tetapi, kalau kita dapat penyewa yang kurang berdisiplin, pada waktu tu kenderaan kita terdedah untuk mengalami risiko kerosakkan, sama ada berpunca daripada kecuaian pemandu, atau disebabkan kemalangan jalan raya.

 

panduan-buat-duit-dengan-uber-dimalaysia Saya sendiri, tak akan dengan sewenang-wenangnya membenarkan orang lain untuk pandu kereta saya sendiri. Amat besar risikonya. Melainkan saya betul-betul kenal orang yang nak pandu kereta saya tu, dan saya tau betul cara pemanduannya, ha… pada waktu barulah saya akan pertimbangkan untuk beri dia pandu kereta saya.

 

Jika anda juga seperti ini, bermakna kaedah sewa kereta bukan cara yang sesuai untuk anda. Walaubagaimanapun, ia bukannya suatu penamat. Masih ada cara lagi untuk anda buat duit dengan kereta anda. Mungkin anda perlu dengar dulu, bagaimana dengan menyertai Uber, sebagai seorang pemandu Uber, anda boleh buat duit dengan kereta anda.

 

Persoalannya ialah, bagaimana untuk kita, orang biasa seperti kita akan dapat buat duit dengan menjadi salah seorang pemandu Uber?

 

Penjelasan yang lebih terperinci anda boleh dapatkan dalam buku berjudul “Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber” yang ditulis oleh Mazli Badu.

 

Apa yang dimuatkan dalam buku berjudul Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber ini? Mari kita lihat

 

Prakata
Pengenalan
100 Ribu pemandu Uber diperlukan

Bahagian 1
Mengenal potensi diri
Mengenali Uber
Konsep Savvy Consumer dan Smart Driver
Kod promosi Uber dan Daya Penariknya
Bagaimana Uber Buat Duit Untuk Kita
Buat Duit Menerusi Komisen Referral Uber

 

Bahagian 2
Langkah Pertama

Keperluan dan Kelengkapan Uber Parners
– Kereta tidak mengira jenama yang tidak melebihi 8 tahun
– Lesen memandu kelas D
– Perlindungan insurans/takaful kenderaan dan diri sendiri
– Memiliki telefon pintar (smartphone) dan applikasi Uber

Mematuhi syarat-syarat Uber
– Berusia 21 tahun keatas
– Tiada rekod saman tertunggak

Mendaftar dengan Uber
– Selanjutnya sila ikuti langkah-langkah berikut

Menghadiri taklimat
– Memilih kategori kereta dan kadar tambang
– Caj pembatalan dan penalti keatas penumpang
– Merancang sasaran pendapatan
– Perediaan mental dan fizikal
– Memperkaya ilmu pemanduan dan pembaikan kerosakan kecil
– Pertanyaan lanjut mengenai Uber

Penutup
Bibliografi

 

Berapa harga buku panduan ini, dan dimana ia boleh diperolehi?

 

Buku panduan “Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber” turut dijual secara online di laman web Bookcafe dengan harga serendah RM9.90 sahaja. Buku ini juga dijual di kedai-kedai buku berhampiran, yang turut menjual buku-buku keluaran PTS.

laman-web-bookcafe

 

Kalau anda lebih suka cara yang mudah dan selesa, tanpa perlu ke mana-mana, maka boleh dapatkan buku ini secara online di laman web bookcafe disini.

 

Ataupun, kalau anda lebih suka belek-belek buku ni terlebih dahulu, bolehlah ke kedai buku berhampiran anda untuk mendapatkan buku ini. Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda, dan selamat menyertai Uber!

 

 

 

The post Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber appeared first on Blog Sabree Hussin.

Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar

$
0
0

“Jika anda dibayar sebanyak RM5.00 untuk setiap lead yang anda berjaya perolehi, adakah anda akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk hasilkan lebih banyak duit dalam program affiliate Pay Per Lead ini?”

 

Apa beza antara program affiliate Pay Per Lead (PPL) dengan Pay Per Sale (PPS)? Ini bezanya:

PPL: Anda akan dibayar komisen sekiranya terdapat prospek yang mendaftar masuk ke dalam sistem database yang disediakan oleh pihak pengendali program. Tujuan prospek mendaftar masuk ke sistem database boleh jadi disebabkan kerana ingin dapatkan maklumat lanjut, ingin download hadiah percuma, kupon diskaun dan sebagainya.

Prospek tersebut TAK PERLU buat sebarang pembelian.

 

PPS: Anda hanya akan dibayar komisen sekiranya prospek yang anda bawa masuk MEMBUAT PEMBELIAN. Jika prospek tersebut tidak membuat sebarang pembelian, maka tiada sebarang komisen yang akan diberikan.

 

Apa BUKTI yang program affiliate Pay Per Lead ini akan membayar sebanyak RM5.00 untuk setiap lead yang berjaya diperolehi? Ini dia buktinya:

program-affiliate-payperlead-malaysia

 

Seperti yang anda boleh lihat, pada jadual diatas adalah senarai lead yang berjaya saya perolehi. Untuk setiap lead yang saya perolehi, saya dibayar RM5. Jika anda perasan, ada juga yang mencatatkan bayaran sebanyak RM0.00

 

Maksudnya?

Lead yang saya perolehi tidak menepati kehendak pengendali program.

 

Lazimnya, program affiliate jenis Pay Per Lead, mereka inginkan lead atau prospek yang bakal menjadi pembeli. Bermula dengan prospek melakukan pendaftaran secara PERCUMA terlebih dahulu, kemudian pihak pengendali program akan menghubungi prospek tersebut menerusi beberapa siri emel promosi, dengan harapan prospek tersebut akan melakukan pembelian.

 

Walaubagaimanapun, untuk program affiliate Pay Per Lead yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia ini, sasaran mereka adalah untuk mendapatkan ejen affiliate.

 

program-affiliate-involve-asia

Seorang ejen affiliate yang diperolehi mungkin tidak akan membuat sebarang pembelian produk menerusi pihak Involve Asia. Jadi, ini bukan caranya bagi pihak Involve Asia untuk cover semula kos pemasaran mereka.

 

Namun apabila difikirkan semula, sebenarnya seorang affiliate, yang betul-betul serius nak buat duit, pastinya akan berikan lebih banyak keuntungan kepada pihak Involve Asia. Seorang affiliate yang serius, akan terus menerus membuat kerja-kerja pemasaran dan seterusnya akan memberi lebih banyak keuntungan berbanding prospek jenis one time buyer.

 

Anda berminat nak sertai program affiliate Pay Per Lead ini?

Klik sini untuk pendaftaran.

 

Proses pendaftaran sehingga berjaya memperolehi keahlian mungkin agak sukar. Anda perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak pengendali program, iaitu pihak Involve Asia.

 

Contohnya, anda perlu mempunyai laman web anda sendiri, dan anda juga perlu mempunyai bilangan pelawat atau trafik tertentu yang mengunjungi laman web anda. Jika bilangan trafik ke laman web anda terlalu sedikit, atau mungkin anda langsung tidak mempunyai sebarang laman web, boleh jadi peluang untuk anda menyertai program affiliate ini akan jadi sangat rendah.

 

Apa pun, cuba sahaja. Mungkin ada rezeki, ini peluang anda untuk buat duit menerusi platform Involve Asia ini.

 

 

The post Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bayaran upah Program eRezeki Jun 2016

$
0
0

Pernah tak anda dengar tentang program bekerja dari rumah erezeki? Program erezeki ini sebenarnya adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi meningkatkan pendapatan mereka dengan melakukan kerja-kerja dalam talian, atau kerja-kerja secara digital.

 

Individu yang berminat untuk menyertai program erezeki ini, perlulah mempunyai komputer dan juga sambungan internet bagi memudahkan mereka untuk melakukan kerja-kerja digital hanya dari rumah sahaja. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai komputer ataupun internet, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat erezeki berhampiran anda untuk melakukan tugasan-tugasan (job) disana.

 

Satu kelebihan buat mereka yang buat kerja di pusat erezeki, anda boleh dapatkan latihan dan boleh tanya terus pada instructor yang berada disana. Dalam situasi saya, saya tak pernah lagi berkunjung ke mana-mana pusat erezeki. Semuanya saya buat sendiri. Daftar sendiri, belajar sendiri, dan buat kerja pun sendiri-sendiri.

 

Mana-mana yang saya tak faham, saya kena pandai-pandai sendiri untuk cari jawapannya. Mujurlah saya ada serba sedikit pengalaman buat kerja-kerja dalam talian ni, itu pun sebab sebelum ini saya pernah jadi ahli Jobdirumah dan ada juga pengalaman bekerja dari rumah, jadi boleh dikatakan tugasan-tugasan yang ditawarkan menerusi program erezeki ini bukanlah sesuatu yang begitu asing.

 

Ini bayaran upah yang saya terima dari program erezeki ini.

buat-duit-dengan-erezeki

Bayaran dibuat terus ke akaun bank milik saya. Ini adalah bayaran kali pertama yang saya terima dari program erezeki ini. Biasalah, benda yang kali pertama ni, selalunya memang saya tak akan buat dengan serius. Saya lebih suka amalkan tunggu dan lihat. Fasa-fasa pertama ni saya anggap ia sebagai satu eksperimen.

 

Hanya apabila ia benar-benar TERBUKTI membayar, barulah saya akan buat betul-betul. Dalam kes program erezeki ni, nampaknya mereka memang betul-betul membayar. Jadi kat situ, bolehlah saya luangkan lagi banyak masa untuk buat kerja-kerja yang ditawarkan.

 

Ini contoh kerja-kerja yang ditawarkan dalam program erezeki

program-erezeki

Saya nak cerita serba sedikit tentang kategori-kategori kerja yang ditawarkan secara ringkas sahaja.

Collecting Data – Untuk kerja ini, kita akan diberikan senarai laman web dan dari laman web tersebut kita diminta untuk mengumpul maklumat-maklumat tertentu. Sebagai contoh, kita perlu dapatkan info tentang senarai nama peguam yang berkhidmat di firma guaman tertentu.

Dalam situasi tersebut, kita akan diberi senarai laman web beberapa firma guaman, dan dari situ kita perlu kumpul nama-nama peguam yang ada. Kerja ini ada ala-ala kerja data entry.

 

Categorizing Data – Ini salah satu kerja yang agak senang tapi leceh. Pada masa yang sama, ia perlukan serba sedikit pengetahuan yang baik tentang tatacara perniagaan secara online menggunakan sistem ecommerce. Kalau anda tak pasti, bagaimana sistem ecommerce, anda boleh lihat laman web Lazada ini.

Dengan menggunakan sistem ecommerce ini, setiap produk perlu disusun mengikut kategori yang tepat. Tugas kita ialah untuk menyemak produk-produk yang disenaraikan di laman web ecommerce dan kita perlu pastikan produk tersebut diletakkan pada kategori yang betul.

 

Content Monitoring – Dalam kategori ini, kita akan bertindak sebagai seorang mederator yang akan menyemak setiap posting yang dilakukan oleh pengguna laman sosial. Sama ada laman sosial twitter, Facebook, Instagram atau lain-lain.

Ada kriteria tertentu yang kita perlu semak. Mana-mana posting yang tak sepatutnya di post di media sosial, atau yang tidak relevan dengan mana-mana syarikat tertentu, kita akan tandakan posting tersebut.

 

Buat masa ni, kebanyakkan kerja yang ditawarkan adalah dalam bahasa Inggeris. Bayaran upah untuk setiap kerja juga tidaklah begitu lumayan. Ia dibayar dalam kadar sen-sen sahaja. Sesuai dengan bentuk pekerjaan yang tidaklah sesukar mana, jadi pada pendapat saya, bayarannya adalah setimpal.

 

Walaupun kebanyakkan tugasan yang ditawarkan tidaklah sesukar mana, namun boleh dikatakan kebanyakkan tugasan yang disenaraikan agak leceh dan memerlukan masa yang agak panjang juga untuk disiapakan. Kerja senang tapi makan masa.

 

Sebab tu, saya lebih fokus untuk beri keutamaan pada kerja-kerja lain sebelum ni. Apa pun, program erezeki ini memang terbukti membayar ahlinya. Dengan syarat, anda kena buat kerja. Tak ada pendapatan tetap yang akan anda perolehi, sebabnya upah adalah berdasarkan kepada berapa banyak tugasan yang anda mampu untuk siapkan.

 

Apa pun, jika anda minat untuk mendaftar ke program ini, boleh ke laman web erezeki. Selamat mendaftar dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan program ini.

 

bekerja_dari_rumah

Kalau anda rasa, bekerja dalam program erezeki ni masih tak cukup, boleh cuba Jobdirumah jugak. Apa pun, saya syorkan anda cuba dulu, biasakan dengan persekitaran bekerja dari rumah, dan jika anda selesa, barulah buat secara serius. Atau mungkin kalau nak buat secara full time pun boleh!

 

 

The post Bayaran upah Program eRezeki Jun 2016 appeared first on Blog Sabree Hussin.

Viewing all 590 articles
Browse latest View live