Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

$
0
0

“Ada ke pengunjung blog ni yang berminat atau menyimpan hasrat nak menceburi perniagaan dalam perusahaan dobi?”

 

Ala… nak buka kedai dobi la. Ada ke yang merancang untuk jadi usahawan kedai dobi ya. So, apa pendapat anda mengenai perniagaan dobi ni? Boleh untung ke? Ada potensi untuk dijadikan perniagaan pilihan ke atau tidak?

 

Beberapa hari yang lalu, disebabkan saya ada sedikit masa terluang, jadi saya buat sedikit pembacaan mengenai perniagaan dobi. “Rasa ingin tahu” buatkan saya tergerak hati untuk dapatkan maklumat tentang perniagaan ini.

 

Manalah tahu, satu hari nanti saya nak tukar bidang atau nak tukar jenis perniagaan. Dengan adanya beberapa maklumat ini, setidak-tidaknya nanti tak adalah saya teraba-raba atau terbuat keputusan yang silap. Sebab siapa tahu, mungkin keputusan saya untuk buka kedai dobi adalah satu keputusan yang tak sepatutnya dilakukan.

 

panduan-bisnes-dobi Tak apa. Itu cerita di lain masa. Pada hari ini, saya cuma nak kongsikan beberapa perkara mengenai perniagaan kedai dobi kepada anda.

 

Anggaplah info yang saya muatkan dalam blogpost ini adalah sebagai permulaan, untuk anda dapatkan lebih banyak info ditempat lain.

 

Apa yang saya tulis dalam ni, tak semestinya betul. Ia tidak mencerminkan industri atau bidang perusahaan dobi ini secara keseluruhan. Satu lagi yang perlu saya tekankan disini, saya menulis sebagai seorang pemerhati, bukannya selaku seorang yang sedang atau pernah menceburkan diri dalam perniagaan dobi.

 

Jadi, dah tentu akan ada beberapa perkara mengenai bisnes dobi yang mungkin kurang tepat ataupun hanya benar mengikut sangkaan peribadi saya semata-mata. Ok dah, itu bab penafian. Kalau tak buat penafian siap-siap, bimbang nanti ada yang fikir saya adalah seorang yang pakar dalam bidang perusahaan dobi pulak. Tak sanggup saya nak mengecewakan bakal-bakal usahawan dobi, dengan tidak menjawab ataupun langsung tak membalas emel pertanyaan yang dihantar nanti.

 

“Bila disebutkan bisnes kedai dobi, apa konsep pertama yang terlintas di fikiran anda?” 

 

(1) Kedai dobi layan diri self service 

bisnes-kedai-dobi

Saya terjumpa iklan mengenai kedai dobi ini ketika sedang mencari maklumat di google. Jika anda menetap di Kulim, Kedah maka anda bolehlah singgah ke kedai dobi layan diri ini bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Serba sedikit maklumat yang diberikan mengenai perusahaan kedai dobi ini

Nama kedai: SF Mama Laundry

Emel: sf_mamalaundry65@yahoo.com

Dobi layan diri 24 jam pertama di Kulim.

(Coin Laundry) Harga cucian serendah RM:4.50/9Kg. Sabun & softerner percuma. Siap cuci dan kering dalam masa 1 jam.
Lokasi. No. 212, Jln. Kota Kenari 3, Tmn. Kota Kenari Kulim.
Hp: 0194515452.

 

Apa kelebihan buka kedai dobi jenis layan diri seperti ini?

(1) Operasi boleh dijalankan 24 jam

(2) Tenaga kerja yang minima dan kita tak perlu upah ramai pekerja untuk jaga tempat ni. Lagipun pelanggan akan cuci sendiri.

(3) Pendapatan akan tetap masuk walaupun kita tak berada di premis perniagaan

 

Aha… memang ada kelebihan buka kedai dobi seperti ini. Kalau ada kelebihan, mesti ada kekurangan juga. Betul tak?

 

Kekurangan konsep kedai dobi jenis layan diri?

(1) Anda pernah nampak kedai dobi seperti ini penuh orang? Saya tak pernah nampak lagi.

(2) Untuk pelanggan yang tak pandai dan takut nak mencuba mesin cucian layan diri seperti ini, memang tak akan masuk ke kedai dobi seperti ini.

(3) Anda yakin pelanggan anda tak akan merosakkan mesin cucian dalam kedai anda?

(4) Setengah orang tak akan bazirkan masa selama sejam semata-mata untuk ke kedai dobi dan cuci baju.

(5) Kalau saya, saya tak sanggup nak bawa pakaian kotor turun lif, masuk dalam kereta kemudian bawa ke kedai dobi layan diri

(6) Sebab kat rumah saya ada mesin basuh. Mungkin kalau orang yang tak ada mesin basuh sesuai la cuci pakaian kat sini.

 

(2) Kedai Dobi perkhidmatan

Seingat saya, kali pertama saya lihat konsep kedai dobi jenis layan diri adalah di kaca tv. Itupun dalam cerita Mr Bean. Seingat saya, sebelum ni memang tak pernah ada konsep seperti ini diperkenalkan dan dipopularkan di negara kita.

 

Mungkin bermula hujung tahun 2013 atau mungkin awal tahun 2014 baru konsep dobi layan diri ini mula diperkenalkan. Sebelum ini, kebanyakkan perniagaan kedai dobi adalah jenis dobi perkhidmatan.

bisnes_kedai_dobi

Contohnya, perniagaan Dobi EZ Smart Laundry ini.

 

“Pernah tak anda fikir, dari sudut perspektif seorang pelanggan, kenapa agaknya mereka memilih untuk hantar pakaian mereka ke kedai dobi, sedangkan mereka boleh cuci sendiri?”

 

Bila kita faham, macam mana cara dan corak pemikiran bakal-bakal pelanggan kita, dari situ barulah kita boleh nampak sama ada perniagaan dobi yang bakal kita buka tu nanti akan menguntungkan ataupun sebaliknya. Saya setuju dengan penulis buku The Psychology of Selling, Brian Tracy bahawa kita kena faham psikologi pelanggan terlebih dahulu barulah mudah untuk kita lakukan jualan.

 

(1) Pelanggan tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mencuci 

Sesetengah jenis fabrik, adalah tidak sesuai untuk dicuci menggunakan air. Ia perlu dicuci menggunakan kaedah dry cleaning, dan kat mana mereka boleh dapatkan perkhidmatan tersebut? Jika anda jawab, di kedai dobi, sila berikan 10 markah kepada diri anda sendiri.

 

Bukan itu sahaja, sesetengah jenis fabrik agak sukar untuk dicuci. Lebih-lebih lagi jika kain yang mempunyai banyak bulu-bulu, manik-manik, mutiara dan macam-macam lagi. Memang agak sukar untuk dicuci, melainkan orang tersebut mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang cucian.

 

Mereka tau macam mana nak mencuci pakaian tersebut tanpa merosakkan pakai tersebut.

 

(2) Pelanggan tak ada masa untuk lakukan cucian

Cubalah anda buka almari pakaian anda. Adakah pakaian anda terdiri daripada satu warna sahaja, ataupun terdiri daripada pelbagai warna?

 

Pakaian berwarna ni, satu masalah paling leceh ialah warnanya boleh luntur apabila dibasuh. Apabila kita nak uruskan pakaian seperti ini, kita perlu mengasingkan pakaian yang berwarna terang, warna gelap dengan yang warna putih.

 

Basuh secara berasingan, bilas pun asing-asing. Saya rasa ini sangat membuang masa. Lebih senang kalau kita suruh orang lain yang buatkan untuk kita.

 

(3) Baju terlalu banyak untuk dicuci

Biasanya untuk orang yang memang jenis sentiasa sibuk. Memang tak ada masa nak cuci pakaian sendiri. Baju yang di pakai dikumpul dalam baldi, dan tahu-tahu dah penuh satu baldi. Kalau nak basuh sendiri, mesti akan ambik masa yang panjang, jadi lebih baik hantar ke dobi.

 

Biasanya kalau timbang dalam kilogram pun dalam sekitar RM7 – RM12 bergantung kepada perkhidmatan yang diinginkan.

 

(4) Tak ada tempat untuk sidai selepas dah dicuci

Terutama sekali kalau pelanggan kita tinggal dirumah kongsi. Zaman sekarang ni, agak susah nak cari rumah sewa. Kalau ada pun, kebanyakkannya kita cuma boleh sewa bilik sahaja. Bila kita sewa bilik, ruang untuk kita buat kerja-kerja penyucian ni memang agak terhad.

 

Jadi, kalau tak nak pening-pening kepala, pakaian lebih mudah hantar ke dobi untuk dicuci. Tak kiralah sama ada hantar ke dobi jenis layan diri atau jenis perkhidmatan.

 

(5) Tempat tak sesuai untuk cuci pakaian

Lebih kurang macam poin sebelum ni. Kalau poin yang sebelum ni, tak ada tempat untuk sidai, kita masih boleh cuci, cuma tempat untuk sidai baju kita tu yang tak ada. Kali ini, jangan kata nak sidai, nak mencuci pun tak boleh.

 

(6) Mencuci sendiri sangat susah nak sangat membazir masa

Anda tau macam mana nak cuci karpet? Cuci comforter? Saya rasa la kan, kalaulah saya ditugaskan untuk cuci karpet, boleh jadi saya akan habiskan sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk mencuci sahaja. Itu belum masuk part pengeringan lagi.

 

Kalau cara pengeringan dah salah, akibatnya karpet akan mengeluarkan bau yang busuk. Ah… dah kena cuci semula.

 

(7) Selepas cuci perlu lipat dan gosok

Setakat hari ini, saya masih belum pernah jumpa lagi mana-mana mesin basuh yang boleh cuci dan bila dah siap cuci dia terus lipat pakaian tersebut. Ataupun mesin basuh yang mampu menggosok pakaian apabila baju siap cuci, siap dikeringkan, dan secara automatik ia boleh gosok pakaian tersebut.

 

Saya tak jumpa lagi mesin seperti itu. Tak taulah kalau mesin macam ni dah wujud. Entah berapa harganya. Adakah ia lebih murah berbanding kita dapatkan perkhidmatan cucian di kedai dobi?

 

Apa yang saya tahu, melipat dan menggosok pakaian adalah servis tambahan yang boleh ditawarkan oleh pemilik perniagaan dobi. Selain buat duit dengan mencuci pakaian pelanggan, anda juga boleh buat duit dengan menggosok dan melipat pakaian mereka.

 

(8) Pakaian perlu sedia untuk diguna semula dalam tempoh masa 24 jam

Keadaan cuaca di Kuala Lumpur di sekitar bulan Februari ini adakalanya tak menentu. Kadang-kadang matahari memancar dengan sangat terik di waktu pagi, namun hujan turun pula dengan lebatnya di sebelah petang.

 

Jika anda mempunyai pakaian tertentu yang perlu dibasuh, dan ingin diguna pada hari yang sama, adakah anda akan ambil risiko untuk basuh sendiri (dan mungkin pakaian tersebut tak kering) atau anda lebih rela tak basuh pakaian tersebut.

 

Baiklah, seperti yang anda lihat. Sekurang-kurangnya terdapat 8 sebab kenapa pelanggan perlu dapatkan khidmat daripada kedai dobi untuk uruskan pakaian-pakaian kotor mereka. Sekiranya anda dapat menghidu, terdapatnya keperluan yang tak dipenuhi disesuatu kawasan yang boleh anda kenalpasti, maka boleh jadi ini adalah peluang terbaik anda untuk buka perniagaan dobi disitu.

 

Dari banyak-banyak panduan yang saya baca mengenai perniagaan kedai dobi ini, faktor paling penting sekali yang banyak dibincangkan ialah LOKASI.

 

Sebenarnya, dobi jenis perkhidmatan dan juga dobi jenis layan diri, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri. Bukan semua tempat sesuai untuk buka kedai dobi. Dengan kenaikkan kos sara hidup, dan pendapatan yang tak meningkat, setengah orang berpendapat basuh sendiri adalah lebih jimat. Jadi individu seperti ini mungkin tak akan melangkah masuk ke kedai dobi walau sekalipun.

 

Memandangkan topik pemilihan lokasi kedai dobi itu sendiri ada banyak sangat yang boleh dibincangkan, jadi saya fikir adalah lebih elok saya tulis tentang topik tersebut di lain masa. Panjang sangat dah ni.

 

Sementara ini, anda bolehlah muat turun Panduan Bisnes Kedai Dobi yang ditulis oleh pemilik kedai dobi EZ Smart laundry ini.

 

Belajar terus dari pengalaman orang yang berniaga, anda pasti akan dapat belajar lebih banyak perkara. Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, bakal-bakal usahawan dobi.

 

Berapa ya harga mesin basuh (washing machine) yang bagus sekarang ni? Anda boleh lihat harga mesin basuh dari pelbagai jenama disini. Buat perbandingan harga dengan kedai berdekatan anda.

 

 

The post Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki! appeared first on Blog Sabree Hussin.


Program Affiliate Trivago: Buat duit dalam niche pelancongan dan percutian

$
0
0

“Adakah anda mempunyai laman web atau laman blog yang kandungannya banyak bertumpu kepada hal-hal berkaitan percutian ataupun pelancongan?”

 

Jika jawapan anda adalah YA… maka anda adalah orang yang sangat sesuai untuk buat duit menerusi program affiliate Trivago ini. Saya juga sedang mengumpul komisyen dari program ini, dan dalam post ini saya akan terangkan pada anda bagaimana caranya agar anda juga boleh lakukan perkara yang sama.

 

Apa sebenarnya Trivago?

Iklan tentang Trivago bukan sahaja boleh dilihat di internet, malahan mereka juga aktif mengiklankan servis mereka di televisyen. Saya pasti, anda pasti pernah tertengok iklan Trivago ini di tv.

 

Trivago adalah servis enjin carian (search engine) khusus untuk memberi anda maklumat tentang hotel yang mana satu yang anda boleh tempah yang memberikan anda harga dan tawaran yang terbaik.

 

Sebagai contoh, jika anda ingin bercuti ke Tioman dan memilih untuk mendapatkan bilik di Paya Beach Spa & Dive Resort.

pulau-tioman

Jika anda bernasib baik, anda sebenarnya boleh dapatkan bilik yang sama dengan harga yang lebih murah dan menjimatkan lengkap dengan extra deal. Namun, agak sukar untuk mengetahui jika terdapat tawaran lain sekiranya kita tak tau, kat laman web tempahan mana lagi yang ada tawaran yang sama?

 

Maka, kat sini jika anda menggunakan khidmat dari laman web Trivago, anda boleh tahu senarai laman web tempahan yang anda boleh berurusan.

buat_tempahan_hotel_trivago

Seperti yang anda boleh lihat, sebenarnya anda boleh berurusan dengan beberapa laman web, antaranya Expedia, AirAsiaGo, Hotels.com, dan Booking.com. Setiap nama-nama yang disebutkan ini menawarkan harga yang berbeza dan pakej juga berlainan.

 

Dari laman web Trivago ini sendiri, anda boleh lihat senarai tersebut dan pilihlah mana-mana satu tawaran yang mungkin terbaik di mata anda.

 

Seterusnya anda hanya perlu klik BEST OFFER yang anda lihat dan bolehlah terus berurusan dengan pengendali laman web tempahan tersebut. Kalau cara tradisional, anda perlu buka laman web tempahan satu per satu, namun dengan adanya servis ini, ianya tak perlu lagi. Bukan satu laman web, iaitu laman web Trivago sahaja dah mencukupi.

 

Selain itu, pengguna laman web Trivago juga boleh baca review dan feedback daripada pengunjung-pengunjung sebelum ini. Ini contohnya.

trivago-review-hotel

Sebenarnya mudah sahaja nak gunakan perkhidmatan ini. Anda boleh ke laman web Trivago dan lihat sendiri bagaimana ianya berfungsi.

Baca juga: Bagaimana cara MUDAH buat perbandingan harga dan pakej untuk hotel pilihan?

 

Baiklah, sekarang ni saya nak kongsikan pula cara bagaimana anda boleh buat duit sebagai ejen affiliate yang mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Trivago ini. Sebelum tu, bawah ni pula adalah screenshot income yang saya sedang kumpul hasil daripada mempromosikan laman web ini.

bukti_komisyen_trivago

Seperti yang anda boleh lihat, komisyen diatas adalah bercampur dengan komisyen daripada Lazada 😀 Nanti saya bagitahu apa sebabnya.

 

Cara paling senang untuk daftar sebagai ejen affiliate Trivago

Komisyen yang saya terima dari mempromosikan laman web Trivago adalah sebanyak RM0.42 sahaja. Betul tu, 42 sen sahaja. Tak banyak mana pun.

 

Namun, untuk pengetahuan anda, kerjayanya sangatlah mudah. Anda akan menerima bayaran komisyen apabila

(1) Pengunjung menekan klik pada link URL Trivago anda

(2) Pengunjung membuat carian hotel

(3) Pengunjung tersebut keluar dari laman web tersebut

 

Tak kiralah sama ada pengunjung tersebut buat tempahan atau tidak, anda tetap akan menerima bayaran upahnya. Dikenali sebagai komisyen affiliate.

 

Setakat waktu catatan ini saya tulis, program affiliate Trivago ini menggunakan konsep CPA ataupun ringkasan bagi Cost Per Action.

 

Ejen affiliate akan menerima upah apabila pengunjung yang di bawa (di refer) melakukan aktiviti (action) tertentu. Dalam situasi ini, aktiviti tersebut ialah perkara nombor (1) hingga (3) seperti di atas.

 

Bagaimana nak mula daftar sebagai ejen dan mula buat duit?

Baiklah. Saya pasti anda mula berminat nak kumpul komisyen dari laman web ini juga, betul tak? Cari paling mudah untuk jadi ahli atau ejen affiliate adalah dengan melalui laman web Involve Asia.

 

Anda klik pada link tersebut, isikan borang yang terpapar di skrin anda dan tunggu akaun anda diaktifkan. Sejurus permohonan anda diterima, anda boleh mula mempromosikan laman web Trivago ini.

 

Sebenarnya, melalui platform Involve Asia, anda bukan sahaja boleh mempromosikan laman web Trivago malahan ada banyak lagi. Salah satunya ialah laman web Lazada.

 

Sebab tu seperti yang anda boleh lihat, pada screenshot income diatas, ada tertulis income sebanyak RM3.58 dari Lazada juga.

 

Baiklah, jom daftar sekarang dan join saya untuk kita sama-sama kumpul seberapa banyak komisyen yang boleh dari program ini. Boleh klik sini untuk daftar sekarang.

 

Saya doakan semoga anda juga berjaya!

 

The post Program Affiliate Trivago: Buat duit dalam niche pelancongan dan percutian appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?

$
0
0

“Saya nak buka bisnes kedai runcit tapi saya tak ada modal…”

“Saya dah lama merancang nak buka perniagaan kedai dobi, tapi sayang… modal saya tak ada…”

 

Kalaulah faktor modal bukannya menjadi faktor penghalang UTAMA, saya kira pasti dah ramai bakal-bakal usahawan yang lahir di bumi Malaysia ini. Bidang perniagaan pasti bukan hanya terhad kepada individu-individu yang ada modal sahaja, sebaliknya semua orang boleh mula berniaga.

 

Akan tetapi, realitinya tak begitu. Ada banyak perniagaan, yang tak berjaya dilancarkan atas faktor modal. Ada kedai runcit yang tak jadi dibuka dan kekal diatas kertas kerana tak ada modal. Ada perusahaan dobi yang tak berpeluang untuk berkhidmat kepada masyarakat, juga kerana ketiadaan modal.

bisnes_kedai_dobi
Imej: Perniagaan dobi milik Dobi EZ Smart Laundry

 

“Saya dah cuba macam-macam untuk dapatkan modal untuk perniagaan yang bakal saya buka ni… semuanya tak berjaya. Saya dah cuba buat pinjaman dari TEKUN, Amanah Ikhtiar, dan SME Bank pun dah pernah mintak. Semua tak berjaya. Semuanya mintak saya berikan sekurang-kurangnya 6 bulan penyata akaun..! Tolonglah saya…” 

 

Kita tukar kepada mode acadamic sekejap. Izinkan saya berkongsi tentang salah satu topik yang saya pelajari dalam subjek Banking & Financial Institution semasa di UiTM Shah Alam dulu. Saya rasa anda perlu tahu perkara ini, supaya anda tak cepat kecewa kalau permohonan loan anda kena reject dengan pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman dan pembiayaan.

 

Konsep 5 C ketika memohon atau memberi pinjaman untuk perniagaan atau apa-apa tujuan

(1) Capacity. Merujuk kepada keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik hutang yang dipinjam. Jika hutang untuk tujuan perniagaan, pihak pemberi hutang ingin lihat bagaimana anda ingin bayar semula jumlah yang dipinjam itu tadi.

 

Pihak bank ingin lihat cash flow daripada perniagaan yang anda jalankan. Dari situ mereka dapat lihat sama ada anda akan ada keupayaan untuk bayar balik atau tidak. Selain itu, pihak bank juga akan lihat sejarah hidup anda dalam berhutang. Pernah tak anda ada masalah bayar hutang sebelum ini, jika pernah maka bank agak susah untuk beri anda hutang.

 

(2) Capital. Merujuk kepada modal sendiri yang anda keluarkan. Sebagai contoh, kalau anda ingin buka perniagaan kedai dobi dan perniagaan tu pula memerlukan modal sebanyak RM50,000.

 

Daripada RM50,000 yang diperlukan tu tadi, berapa banyak dari duit sendiri yang anda keluarkan? Jika modal sendiri ialah sebanyak RM40,000 dan pembiayaan dari bank ialah RM10,000 maka anda mempunyai kebarangkalian yang lebih cerah untuk dapat pinjaman, bergantung kepada pertimbangan pihak bank.

 

Yang jadi masalah adalah apabila, bisnes perlu modal RM50,000 dan anda pun buat pinjaman RM50,000 jugak. Bisnes anda 100% dimulakan dengan berhutang dengan pihak bank, ini adalah satu risiko yang begitu besar kepada pihak bank. Saya tak pelik kalau permohonan anda ditolak.

 

(3) Collateral. Merujuk kepada cagaran sekiranya bisnes anda ada masalah. Bank tak peduli pun sama ada bisnes anda akan maju atau lingkup. Apa yang dia nak tau, anda boleh bayar balik hutang, itu sahaja.

 

Katakanlah, anda hutang sebanyak RM10,000 dan bisnes anda lingkup. Tak ada pelanggan. Disebabkan sebelum ini anda pernah keluar modal sendiri sebanyak RM40,000 dan pastinya daripada RM40,000 tu, anda ada beli barang-barang yang boleh dijual semula dan ada nilai, maka, bank akan lihat perkara ini sebagai jaminan yang anda pasti boleh bayar semula baki pinjaman anda.

 

Contoh, untuk perniagaan runcit, barang-barang seperti rak kedai, chiller, peti ais, mesin penimbang, komputer dan sebagainya, semua ini boleh dijual semula secara second hand untuk memperoleh cash. Duit cash tu boleh bayar kembali loan.

 

(4) Conditions. Merujuk kepada apa tujuan loan tersebut diminta. Untuk besarkan kedai, untuk beli mesin basuh yang baru supaya dapat proses lebih banyak tempahan, untuk buka cawangan baru dan sebagainya.

 

Akan tetapi, kalau tujuan loan adalah untuk start a new business, yang tak tentu lagi nak berjaya, memang agak sukar untuk diluluskan.

 

(5) Characters. Merujuk kepada diri anda sendiri selaku pemohon. Adakah anda adalah jenis yang boleh dipercayai untuk bayar balik hutang yang dipinjam tu nanti? Agak sukar untuk menilai keperibadian seseorang, sama ada dia betul-betul akan bertanggungjawab untuk bayar balik hutangnya ataupun tidak.

 

Sebab itu, sesetengah loan ambil masa yang panjang untuk diluluskan. Permohonan ditolak berulang kali, akhirnya buat permohonan yang kali ke sebelas, barulah diterima.

 

Seseorang pernah menasihati saya, kalau nak jumpa pegawai yang incharge bahagian loan, kena pakai lawa-lawa, kemas-kemas. Pakailah macam nak pergi ke pejabat, berbaju kemeja, siap bertali leher, walaupun anda nak buat loan untuk perniagaan membela kambing sekalipun.

 

Ok dah. Jadi, ringkasnya, tujuan pihak bank mintak macam-macam dokumen, minta penyata akaun 6 bulan misalnya, adalah semata-mata untuk memastikan yang anda adalah individu yang boleh dipercayai dan memiliki kemampuan untuk bayar semula hutang. Let’s move on.

 

“Kalau macam ni, susahlah saya nak mula meniaga! Macam mana saya nak dapatkan modal kalau bank tak nak bagi pinjam.. tak ada cara lain ke?”

 

Apa yang saya nak kongsikan dengan anda lepas ni, iaitu strategi-strategi untuk kumpul modal bagi menjalankan perniagaan adalah cetusan idea semata-mata. Ya, mungkin akan ada satu dua idea yang nampak bodoh dan langsung tak sesuai dengan anda.

 

Jadi, saranan saya, anda ikutlah mana-mana satu yang sesuai dan relevan dengan situasi anda. Sedia? Ok jom kita lihat apa lagi pilihan yang anda ada.

 

(1) Terus kerja dengan majikan dan kumpul modal dari duit gaji

Ya, asingkan sebahagian daripada duit gaji anda untuk dimasukkan ke dalam tabung modal perniagaan. Jika anda merasakan gaji anda terlalu rendah untuk tujuan ini, cubalah berbincang dengan majikan anda untuk dapatkan kenaikkan gaji. Ataupun, anda pindah sahaja kerja lain yang boleh berikan anda gaji yang lebih baik.

Baca juga: Lahirnya Seorang Jutawan: Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan

 

(2) Buat kerja tambahan khusus untuk kumpul modal

Ok… kenaikkan gaji selalunya hanya akan kita perolehi setahun sekali. Jarang berlaku, kita jumpa majikan, bincang-bincang sekejap terus dapat persetujuan untuk kenaikkan gaji.

 

Jadi nampaknya, anda perlu buat kerja tambahan. Kalau anda pandai dalam hal-hal berkaitan dengan online, mungkin saya boleh cadangkan untuk anda jadi seorang freelancer dan boleh belajar macam mana nak jadi seorang freelancer disini.

 

(3) Buat bisnes lain dulu yang tak memerlukan modal yang besar untuk dijadikan modal perniagaan utama anda

Sebenarnya, tak ada sebarang paksaan dan bukannya jadi satu kewajipan pun untuk anda jalankan bisnes anda tu sekarang juga. Betul?

 

Apa kata, anda mulakan bisnes lain dulu yang tak memerlukan modal yang begitu besar. Bisnes yang anda boleh mulakan dengan menggunakan duit anda sendiri sebagai modal. Tak perlu nak pinjam sampai puluhan ribu dari pihak bank.

 

Antaranya

(i) Bisnes jual ais krim

(ii) Bisnes jual simkad Tone Excel

(iii) Bisnes jual simkad ONEXOX

 

(4) Buat pinjaman peribadi semasa anda mempunyai slip gaji

Jika gaji anda sekitar RM3,000 dan keatas, besar kemungkinan anda layak untuk buat pinjaman peribadi sehingga RM20,000++

 

Ini anda kena rujuk pada pihak bank. Dokumen yang diperlukan adalah slip gaji, slip caruman KWSP. Ataupun, anda pergi sahaja ke mana-mana kiosk RHB Easy untuk lihat berapa banyak yang anda layak untuk buat pinjaman peribadi. Kiosk seperti ini ada di stesen-stesen LRT terpilih, di shopping mall dan sebagainya.

 

Bila dah tau, berapa banyak yang anda layak meminjam, bolehlah anda teruskan dengan langkah seterusnya, sama ada nak pinjam atau tidak. Tak wajib untuk terima dan anda boleh tolak kalau tak mahu.

 

Saya pun selalu buat macam ni dulu. Sengaja nak semak berapa banyak saya layak buat pinjaman peribadi. Pegawai tu pun biasanya tak ada masalah nak layan kita, walaupun kita bukan nak buat pinjaman. Nampak sangat diorang ni pun tengah bosan sebenarnya.

 

(5) Buat kad kredit

Kad kredit ni, kalau anda pandai guna ia akan jadi senjata yang sangat berguna untuk anda. Bergantung kepada tangga gaji anda, anda boleh miliki sehingga 2 kad kredit.

 

Katakanlah, setiap satu mempunyai kredit limit sebanyak RM5,000. Dua kad kredit, anda dah ada RM10,000. Kad kredit ni bagusnya ialah, kalau anda tak pakai, anda tak perlu bayar.

 

(6) Tuntut semula hutang-hutang yang anda pernah berikan

Anda pernah pinjamkan duit anda kepada sesiapa sebelum ni? Ini masanya untuk anda mintak balik. Anda lebih memerlukan duit tu pada waktu ini.

 

(7) Buat perkongsian perniagaan

Berkongsilah. Kalau anda rasakan kesemua kaedah yang saya katakan kat atas ni terlalu berisiko untuk anda. Ya la… nak buat pinjaman, nak urus perniagaan sendiri-sendiri sangatlah berisiko. Aha… sekarang anda bercakap mengenai risiko. Bank pun mempunyai pendapat yang sama, iaitu RISIKO, sebab tu mereka meletakkan macam-macam syarat.

 

Ajaklah dua, tiga orang untuk sama-sama tanam modal dalam perniagaan anda itu. Draf satu perjanjian dengan mereka, para pelabur untuk kebaikkan bersama.

 

Tak perlu letak nama mereka sebagai pemilik syarikat pun tak apa. Yang penting, anda berjanji untuk berkongsi hasil perniagaan secara adil dan saksama.

 

(8) Buat pinjaman bank selepas 6 – 12 bulan beroperasi untuk beli semula share rakan niaga 

Sekarang syarikat dan perniagaan anda telah pun berjalan. Anda dah pun memiliki sebuah perniagaan yang cemerlang, dan perasan tak, anda kini dah pun mempunyai penyata bank yang mempunyai cash flow yang sangat cantik!

 

Mungkin ini masa untuk anda cuba sekali lagi untuk buat pinjaman bank! Lulus je pinjaman tu, anda gunakan ia untuk beli balik (buy back) share rakan-rakan niaga anda.

 

(9) Guna konsep consignment

Konsep consignment ni lebih kurang macam kat pasaraya-pasaraya besar seperti Aeon misalnya. Dalam satu bumbung, ada banyak vendor yang mewakili pelbagai jenama. Kalau sesuai, buatlah kaedah seperti ini.

 

(10) Meniagalah secara online sahaja

Ini cara perniagaan zaman sekarang. Orang berniaga secara online sahaja. Persoalannya sekarang, pernah tak anda fikirkan, bagaimana nak menjadikan perniagaan yang bakal anda jalankan tu sebagai suatu perniagaan yang boleh dijalankan secara online sahaja? Kedai runcit online misalnya.

 

Contohnya macam laman web Lazada dan juga laman web bookcafe ini. Mungkin ada sesuatu yang anda boleh pelajari dari sudut pengoperasian perniagaan secara dalam talian sahaja.

 

(11) Anda ada barang kemas?

Oh hampir saya terlupa. Jika anda mempunyai simpanan barang kemas, ya inilah masanya untuk mengunjungi Ar Rahnu berhampiran anda untuk mendapatkan pembiayaan segera. Anda boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai barang kemas tersebut.

 

Ia mungkin tak cukup, namun sangat membantu. Tapi jangan lupa untuk tebus semula!

 

(12) Lain-lain daripada ini… Anda ada pendapat lain yang boleh dikongsikan?

Apa yang saya kongsikan dalam ni, lebih menjurus kepada apa yang saya sendiri lakukan untuk memastikan apa yang saya rancang, dan apa yang saya impikan menjadi kenyataan. Ya, ia bukan yang terbaik, namun ianya membantu saya merealisasikan matlamat dan impian saya untuk memiliki perniagaan sendiri.

 

Anda mungkin ada idea dan pandangan yang lebih baik dari ini. Apa kata anda pula kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga bermanfaat.

 

 

The post Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan

$
0
0

Aspek mengenai kewangan dan pengurusan kewangan memang agak mengelirukan. Terlalu banyak perkara yang perlu anda ketahui tentang wang, termasuklah aspek pengurusan kewangan peribadi, simpanan, pelaburan, insurans dan banyak lagi.

 

Disebalik semua itu, pernahkah anda fikirkan… adakah wang yang berada di tangan anda itu HALAL? Atau sebenarnya, ianya HARAM. Mungkin ramai yang tak sedar, wang yang berada dalam akaun bank, ataupun yang berada dalam wallet kita, rupa-rupanya nampak sahaja seperti ianya halal, namun ia dah dicemari dengan sesuatu yang haram!

 

(Oh bila saya sebut tentang haram, saya tak maksudkan seekor bab* ya.)

 

halal-dan-haram-dalam-islam Ya, saya tahu, ia agak mengelirukan. Sebab itu anda WAJIB baca buku ini.

 

Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan

 

Cara kita memperoleh, mengurus dan membelanjakan wang kita perlulah betul dan mengikut syariat Islam. Barulah kehidupan kita ini akan lebih berkat.

 

Apa beza antara wang yang Halal dan juga wang yang haram? Sebenarnya ianya agak sukar untuk dibezakan. Kalaulah ada perbezaan yang nyata, seperti mana wang yang haram itu rasanya lebih pahit atau lebih panas berbanding wang yang halal, kan itu bagus. Jadi, dengan serta merta, apabila kita memperoleh wang yang haram, kita boleh segera melupuskannya mengikut kaedah yang digariskan oleh syarak.

 

Sudah tentu ia tidak sebegitu mudah. Hakikatnya, kita memerlukan ilmu tentang kewangan dan konsep kewangan islam itu sendiri untuk kita dapat mengetahui sama ada ianya halal atau sebaliknya.

 

Nah, buku Wang, Anda & Islam ada jawapannya.

 

Bab 1 Mengapa perlu tahu tentang halal dan haram dalam kewangan
Bahagian Pertama: Dalil dan Nas
Bahagian Kedua: Zuhud dan Salah Faham

 

Bab 2 Pengenalan kepada Ilmu Fiqh Mu’amalat
Bahagian Pertama: Kaedah asas dalam Fiqh Mu’amalat
Bahagian Kedua: Kontrak-kontrak dalam Mu’amalat Islam
Bahagian Ketiga: Rukun dan syarat jual beli dalam Islam

 

Bab 3 Unsur dan elemen haram dalam kewangan

 

Bab 4 Riba dan hukumannya
Bahagian Pertama: Erti Riba
Bahagian Kedua: Jenis Riba
Bahagian Ketiga: Hukuman riba dalam Islam
Bahagian Keempat: Riba dan bentuknya dalam konteks semasa
(1) Riba dalam pinjaman
(2) Riba dalam akaun simpanan dan pelaburan
(3) Riba dalam kad kredit
(4) Riba dalam insurans konvensional
(5) Riba dalam jual beli perhiasan emas dan perak

 

Bab 5 Gharar dan Judi
Bahagian Pertama: Pengertian gharar dan dalil pengharaman
Bahagian Kedua: Jenis gharar dan tempat berlakunya
Bahagian Ketiga: Gharar dan judi dalam bentuk semasa

 

Bab 6 Perbezaan Perbankan Islam dan Konvensional
Bahagian Pertama: Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum Syariah
Bahagian Kedua: Tugasan majlis penasihat Syariah
Bahagian Ketiga: Proses pengesahan halal perbankan Islam dan Takaful
Bahagian Keempat: Produk perbankan Islam
Bahagian Kelima: Contoh dan bentuk produk kewangan Islam
Bahagian Keenam: Produk Takaful (Insurans Islam)

 

Bab 7 Unsur haram dalam Perniagaan dan Kerjaya semasa
Bahagian Pertama: Kerjaya peguam dan pegawai pemasaran produk pinjaman riba
Bahagian Kedua: Menipu dalam pendapatan harta
Bahagian Ketiga: Fahami rasuah dan kesan buruknya

 

Bab 8 Isu-isu Perbankan dan Takaful
Bahagian Pertama: Isu modal bercampur
Bahagian Kedua: Adakah perbankan Islam mahal dan zalim?
Bahagian Ketiga: Penasihat Syariah dan pertembungan kepentingan
Bahagian Keempat: Terima logo halal atau Islam tanpa kaji
Bahagian Kelima: Ubah lafaz akad bagi halalkan riba
Bahagian Keenam: Pinjaman kakitangan
Bahagian Ketujuh: Caj perkhidmatan dalam pinjaman (qardhul hasan)
Bahagian Kelapan: Denda lambat bayar di bank Islam mirip konvensional?
Bahagian Kesembilan: Status pemilikan aset sebelum menjual
Bahagian Kesepuluh: Membeli aset yang dilelong
Bahagian Kesebelas: Rumah terbengkalai, bank Islam tuntut bayaran: Wajarkah?
Bahagian Keduabelas: Daruratkah jika bank Islam tolak permohonan?

 

Bab 9 Harta haram dan cara mengurusnya
Bahagian Pertama: Cara melupus
Bahagian Kedua: Sedekah dengan harta haram
Bahagian Ketiga: Menggunakan harta haram untuk membina masjid
Bahagian Keempat: Adakah harta haram dapat dibersihkan dengan zakat sahaja?
Bahagian Kelima: Cara melupus wang haram daripada pelaburan haram

 

Bab 10 Hutang menurut Islam

 

Bab 11 Isu Syariah dalam jualan langsung (Multi Level Marketing)
Bahagian Pertama: Pengertian MLM
Bahagian Kedua: Para ‘Ustaz’ dan MLM
Bahagian Ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM
Bahagian Keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM
Bahagian Kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah
Bahagian Keenam: Fatwa majlis ulama Indonesia berkenaan MLM

 

Bab 12 Beberapa Isu Kewangan dan Pelaburan Semasa
Bahagian Pertama: Pelaburan Swisscash
Bahagian Kedua: ABB Fund, Eaidex, Winlifund dan Arabic Fund: Kajian Kes
Bahagian Ketiga: Pelaburan mata wang Dinar Iraq
Bahagian Keempat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bahagian Kelima: Beberapa bentuk urusniaga saham dan hukum Syariah
Bahagian Keenam: Hukum urusniaga dengan syarikat Yahudi: Makan, beli, jual
Bahagian Ketujuh: Hukum gaji penjawat awam
Bahagian Kelapan: Rakan hidang makanan daripada hasil haram
Bahagian Kesembilan: Hukum forex trading dan leverage
Bahagian Kesepuluh: Menuntut kembali hutang yang dihalalkan
Bahagian Kesebelas: Hukum bekerja di institusi kewangan konvensional

 

Itu antara yang anda akan pelajari daripada buku ini. Baiklah, siapa yang patut beli dan baca buku berjudul Wang, Anda & Islam ini?

 

Setelah saya meneliti dan membaca isi kandungan buku ini, saya berpendapat jika anda

(1) Pelajar universiti yang mengambil jurusan Kewangan Islam

(2) Ejen Insurans & Takaful

(3) Peguam

(4) Penasihat kewangan

(5) Pelabur saham

(6) Pelabur Forex

(7) Ahli dan usahawan MLM

(8) Jurujual produk kewangan

(9) Pekerja dalam sektor awam & swasta

(10) Semua orang yang beragama Islam

 

Jika anda beragama Islam, anda WAJIB mengetahui aspek-aspek tentang judi, gharar, dan riba yang sering berlegar dalam kehidupan seharian kita. Ya, memang agak sukar untuk kita elakkan diri daripada terlibat dengan elemen-elemen haram ni, namun ia akan jadi super susah untuk kita elak, kalau kita langsung tak ada ilmu tentang kesemua perkara yang disebutkan ini.

 

Islam telah menggariskan kepada kita cara hidup yang selamat. Namun, adakalanya salah kita sendiri dalam membuat pilihan, yang menjerumuskan diri kita dalam kesulitan hidup.

 

Baiklah, buku ini boleh didapatkan di laman web Bookcafe. Buat tempahan dan dapatkan senaskhah hari ini juga. Pastikan wang anda BERSIH, In Shaa Allah hidup kita akan lebih barakah.

 

Wallahua’lam

 

The post Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?

$
0
0

Salah satu iklan dari laman web Lazada yang menarik perhatian saya ialah iklan mengenai smartphone Iphone seperti dibawah ini.

 

apple-iphone-refurbished Secara jelas, ianya tertulis disitu FACTORY REFURBISHED Apple. Ia dijual dengan harga yang begitu menjimatkan.

 

Daripada harga asal RM1,199 ia dijual dengan harga RM690 sahaja. Satu penjimatan sebanyak RM509, dan ini bersamaan dengan diskaun sebanyak 58%.

 

Malahan, kalau anda klik pada pautan ini, anda akan dapat lihat ada banyak lagi penjual yang menawarkan harga yang lebih rendah.

 

Baiklah, bagaimana dan kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Apa sebenarnya set Apple Refurbished ni? Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini, ada dua buah laman web yang saya jadikan rujukan.

(1) Laman web Apple

(2) Laman web Amanz

 

Apa benda sebenarnya set refurbished ni?

Dalam konteks produk Apple Iphone ini, ia merupakan produk yang mengalami proses pengubahsuaian semula akibat masalah teknikal pada produk yang kemudiannya ia dikembalikan semula kepada pihak pengilang untuk diperbetulkan.

 

Produk yang melalui proses pengubahsuaian semula

(1) Telah diuji sepenuhnya

(2) Bahagian yang bermasalah telahpun digantikan dengan spare part yang baru

(3) Telah melalui proses pembersihan dan pemeriksaan

(4) Telah dipakejkan semula

(5) Mempunyai operating software yang original

(6) Mempunyai nombor siri pada set yang diubahsuai

(7) Perlu melalui proses pengesahan kualiti sebelum dipek semula sebagai set refurbished

 

Ini bermakna, dengan mendapatkan Apple Iphone refurbished set, anda akan menikmati kelebihan seperti berikut

(1) Penjimatan yang sangat banyak

(2) Memiliki produk Iphone yang telah melalui proses pemeriksaan dan ujian berulang kali

(3) Produk beroperasi sepenuhnya dengan baik

(4) Produk beroperasi seperti produk yang baru, kerana bahagian yang bermasalah telah digantikan dengan spare part original dari Apple.

 

Baiklah, atas ni adalah maklumat yang saya perolehi dari laman web rasmi Apple. Itu untuk situasi di luar negara, namun situasi dan keadaan bagi produk Apple Iphone Refurbished Set ini agak berbeza jika di negara kita.

 

Menurut laman web Amanz, jika di Malaysia

(1) Set refurbished masih lagi dikira set Apple Iphone yang original. Ia didatangkan dengan motherboard yang original, sebab tu ia boleh beroperasi menerusi sistem iOS dan bukan sistem android seperti barangan tiruan.

(2) Bahagian yang mungkin bukan original ialah seperti bateri, body, casing dan juga aksesori. Ianya adalah produk keluaran third party, yang mungkin dari segi ketahanannya ia amat berbeza dengan yang dikeluarkan oleh pihak Apple.

(3) Sekiranya iphone ini rosak atau bermasalah setelah beberapa lama kita gunakan, kita tak boleh nak claim warranty kat Apple Store sebaliknya ia perlu dirujuk kepada pihak penjual.

Apple-iphone-refurbished-bagus-ke

Seperti yang mungkin anda boleh lihat pada gambar diatas, kebanyakkan produk Apple Iphone Refurbished ini hanya memiliki Local Supplier Warranty dan bukan Local Manufacturer Warranty.

 

Anda keliru antara Local Manufacturer Warranty dengan Local Supplier Warranty? Baca artikel dibawah.

Klik untuk baca: Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Local Supplier Warranty? 

 

“Jadi, patut ke saya beli set refurbished ni?”

 

Jawapannya 100% terserah kepada anda. Tak ada siapa yang akan tahu kalau anda beli set refurbished. Anda dapat jimatkan banyak wang, dan pada masa yang sama, anda dapat menggayakan set iPhone anda. Yang pasti, tak ada siapa yang akan tahu yang anda sebenarnya menggunakan set refurbished kalau bukan anda sendiri yang bagitahu.

 

Apa pun, saranan saya, sebelum beli bolehlah dapatkan maklumat tentang seller terlebih dahulu. Ini untuk memudahkan anda untuk berurusan dengan penjual, sekiranya terjadi sebarang masalah terhadap produk yang dibeli.

 

Itu sahaja. Nak bandingkan harga dan nak lihat lain-lain tawaran, boleh tekan pautan ini.

 

The post Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi

$
0
0

“Tidak perlu bingung, semuanya jelas dan lengkap disini. Ditambah dengan contoh analisis pembiayaan bisnes dobi dan kisah-kisah kejayaan penuh inspirasi para pengusaha dobi.”

 

Jika anda ingin membuka kedai dobi anda sendiri, mungkin saya boleh cadangkan untuk anda baca buku berjudul Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi ini. Buku ini ditulis oleh Rizem Aizid, dan saya percaya, ianya berlatar belakangkan masyarakat yang tinggal di negara jiran kita iaitu Indonesia.

 

panduan-perniagaan-dobi Penulis buku ini, iaitu Rizem Aizid adalah berasal dari Jawa Timur.

 

Ada banyak juga contoh-contoh yang diberikan dalam buku ini, yang berlatar belakangkan perniagaan dobi di Indonesia.

 

Mujurlah, dari segi budaya dan cara hidup, antara di negara jiran dengan negara kita, ianya tidak begitu jauh beza.

 

Dari aspek pemakaian juga ia tidaklah begitu besar perbezaannya. Walaupun ia lebih banyak menceritakan aspek perniagaan dobi di Indonesia, namun sebenarnya ada banyak yang kita boleh adaptasikan untuk perniagaan yang bakal kita jalankan di negara kita.

 

Bab 1 adalah tentang pengenalan bagi perniagaan dobi secara keseluruhan. Bagaimana dengan perkembangan industri fesyen, telah membuka banyak peluang perniagaan baru, terutama sekali pada pengusaha dobi. Seperti yang mungkin anda sedia maklum, pakaian dari jenis kain tertentu, mempunyai cara yang tertentu juga untuk proses pencucian dan proses pembersihan.

 

Bab 2: Mengenali Perniagaan Dobi
(A) Meninjau prospek perniagaan dobi
(B) Menjadi ejen dobi
(C) Jenis-jenis perkhidmatan dobi
(D) Persiapan awal yang perlu dilakukan dalam perniagaan dobi

 

Ada ke yang masih belum kenal, bagaimana perniagaan kedai dobi dijalankan? Buku ini ada jawapannya. Apa yang menarik dalam bab 2 ini ialah selain kita dapat mengetahui apa dia potensi keuntungan yang boleh dicapai dalam perniagaan dobi, kita juga didedahkan dengan konsep Ejen Dobi.

 

Apa benda ejen dobi ni? Ringkasnya, anda menjadi orang tengah, yang menghubungkan antara pelanggan dengan kedai atau pengusaha dobi. Peranan anda ialah untuk menjadi perantara antara pelanggan dengan kedai dobi, dan untuk mendapatkan keuntungan, anda sama ada mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan ataupun kepada kedai dobi.

 

Jika anda mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan, ini akan menjadikan kos cucian lebih mahal, manakala jika anda mengenakan caj perkhidmatan kepada kedai dobi, ini akan mengurangkan margin keuntungan kedai dobi. Apa pun, pilihlah jalan tengah yang lebih adil dan saksama. Dengan menjadi ejen dobi, anda boleh belajar banyak perkara tentang perusahaan dobi, tanpa perlu bekerja secara sepenuh masa di kedai-kedai dobi. Bagus juga, kan?

 

Bab 3: Tips-tips Untuk Memulakan Perniagaan Dobi
(A) Modal perniagaan
(B) Lokasi perniagaan
(C) Sasaran pengguna
(D) Sumber Tenaga Manusia yang diperlukan
(E) Peralatan dan kelengkapan yang diperlukan

 

Masuk bab 3, kita dah masuk ke bab yang lebih serius. Macam mana nak tau sama ada kita benar-benar serius atau tidak untuk memulakan perniagaan dobi? Mudah sahaja, kita lihat dari segi persediaan.

(1) Sudahkah anda bersiap sedia dengan modal untuk buka kedai dobi?

Baca juga: Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?

(2) Sudahkah anda mengenalpasti cadangan lokasi yang sesuai untuk buka kedai dobi anda?

(3) Anda patut dah tau siapa yang akan jadi pelanggan anda, walaupun pada waktu tu anda masih belum buka kedai dobi anda lagi.

 

Salah satu cara, untuk melihat sama ada sesebuah lokasi itu bagus atau tidak untuk buka kedai dobi ialah, terdapatnya kedai dobi sedia ada disitu.

 

Bab 4: Analisis Kos Perniagaan Dobi
(A) Analisis perniagaan dobi jika terletak dirumah dan melibatkan unsur pinjaman
(B) Kos operasi
(C) Gaji pekerja
(D) Contoh senarai harga dobi
(E) Anggaran keuntungan yang diperoleh dari perniagaan dobi
(F) Pulangan semula pelaburan dan keuntungan margin

 

Adakah anda telah bersiap sedia dan telah fikir masak-masak untuk menjalankan perniagaan dobi anda? Maka, tak boleh tidak, anda perlu ambil kira dan ambil tahu, segala jenis kos-kos yang perlu anda tanggung apabila menjalankan perniagaan dobi.

 

Jenis ataupun konsep dobi yang berbeza, kosnya juga berbeza. Sudah tentu, dobi yang menggunakan konsep layan diri, dari segi kos operasinya tak sama seperti dobi yang menggunakan konsep dobi perkhidmatan.

 

Bab 5: Kunci Kejayaan Perniagaan Dobi
(A) Pemasaran
(B) Strategi pemasaran melalui emel
(C) Memberikan penawaran lebih
(D) Promosi
(E) Perkhidmatan
(F) Pengelolaan Pengurusan dan Kewangan

 

Dalam bab 5, kita andaikan bahawa bisnes dobi anda telahpun bermula dan berjalan. Persoalannya ialah, bagaimana nak melipatgandakan keuntungan daripada perniagaan dobi anda tu?

 

Jawapannya adalah dengan cara melakukan pemasaran. Idea-idea pemasaran yang diketengahkan dalam buku ini banyak yang boleh dipraktikkan. Saya suka pada bahagian pemasaran melalui email.

 

Pada pendapat saya secara peribadi, jika anda ingin menggunakan kaedah pemasaran menggunakan emel, anda patut tahu cara-cara untuk menggunakan sistem autoresponder. Untuk kos penggunaan yang lebih jimat dan ekonomi, anda boleh guna servis yang disediakan oleh sistem autoresponder emelmatik. Saya juga adalah salah seorang pengguna sistem autoresponder ini.

 

Apa yang perlu anda lakukan ialah tawarkan pelanggan untuk menjadi ahli dan minta alamat emel pelanggan tersebut. Kemudian, anda hanya perlu key in alamat emel pelanggan ke dalam sistem autoresponder menggunakan konsep single opt in. Ataupun, boleh juga minta pelanggan yang key in sendiri nama dan alamat mereka menggunakan konsep double opt in.

 

Apa yang penting, dipihak anda, anda tawarkanlah apa-apa hadiah yang bernilai untuk mengumpan pelanggan itu tadi untuk memberikan nama dan alamat emel mereka. Contohnya, free cucian untuk pakaian 500 gram kebawah jika mendaftar menjadi ahli.

 

Bila dah dapat nama dan alamat emel pelanggan, kerja pemasaran akan jadi lebih mudah. Jika kita nak hubungi pelanggan secara pukal, anda hanya perlu log in ke akaun autoresponder dan broadcast sahaja mesej yang hendak disampaikan.

 

Dengan cara ini, anda juga boleh kekal berhubung dengan pelanggan, sama ada untuk mengucapkan selamat tahun baru, selamat hari raya, atau untuk memaklumkan tentang promosi terbaru di kedai dobi anda.

 

Bab 6: Proses Pencucian Dobi
(A) Bahan-bahan yang diperlukan
(B) Proses pencucian
(C) Cara mencuci kotoran degil yang melekat pada pakaian

 

Ini pun salah satu bab yang penting dalam buku ini. Bagaimana proses untuk melakukan kerja-kerja pencucian.

 

Bab 7: Teknik-teknik mencuci berdasarkan jenis pakaian
(A) Teknik mencuci stoking
(B) Teknik mencuci kebaya
(C) Teknik mencuci cadar katil
(D) Teknik mencuci permaidani
(E) Teknik mencuci topi

 

Dalam bab ni, anda akan pelajari bagaimana untuk jenis pakaian yang berbeza, ia memerlukan teknik mencuci yang berbeza juga. Bermakna, kalau ada 10 jenis pakaian ataupun jenis kain yang berbeza fabriknya, maka anda mungkin akan perlukan 10 teknik pencucian yang berbeza.

 

Wah! Ini sangat memakan masa yang lama. No wonder orang lebih suka hantar ke kedai dobi daripada cuci sendiri.

 

Bab 8: Kisah Kejayaan Pengusaha Dobi
(A) Rumah Cuci Rani
(B) Clean and Dry
(C) Washmatic

 

Buku ini turut memuatkan sebahagian kisah-kisah kejayaan daripada pengusaha dobi dari kawasan yang berbeza. Setiap satunya mempunyai pengalaman yang berbeza tentunya. Jika anda ingin baca pengalaman perniagaan Kedai Dobi EZ Smart laundry, anda boleh tekan pautan ini.

bisnes_kedai_dobi

Buku Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi ini dijual dengan harga RM10.00 sahaja. Bolehlah cari kedai-kedai buku berhampiran anda. Atau jika ingin membuat pesanan secara online, anda boleh ke laman web Al-Hidayah Publication.

 

Klik sini untuk lihat sama ada stok buku ini masih ada.

 

Buku ini sesuai dibaca oleh

(1) Mereka yang merancang untuk membuka kedai dobi

(2) Usahawan yang dah sedia mempunyai perniagaan dobi sendiri

(3) Bakal usahawan yang masih tak tau nak buat bisnes apa

 

Satu perkara yang saya suka dengan buku-buku yang diterbitkan oleh Al Hidayah Publication ialah, kebanyakkannya harganya murah-murah belaka. Walaubagaimanapun, buku ini diterbitkan oleh Ar-Risalah Product Sdn Bhd.

 

Selamat membaca, dan semoga pengetahuan anda tentang perniagaan dobi akan bertambah baik lepas baca buku ini.

 

Jika anda lebih suka baca ebook, anda boleh muat turun ebook Panduan Bisnes Dobi disini.

 

 

The post Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi appeared first on Blog Sabree Hussin.

Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”

$
0
0

China bukan sahaja terkenal dengan Tembok Besarnya, tetapi juga merupakan antara negara ekonomi terbesar di dunia sehingga ada yang menggelarnya sebagai “kilang atau syurga dunia”. Lambakan barangan di seluruh dunia yang menggunakan tag ‘Made In China’ membuktikan kuasa ekonominya. 

 

panduan_borong_dichinaMemborong di China memang nampak mudah, namun tidak semudah itu jika persediaan rapi tidak dibuat. Cukup modal, fasih dalam bahasa mereka mahupun bahasa Inggeris bukan penentu kejayaan anda memborong di sana. Banyak lagi faktor lain yang sering dipandang ringan oleh para pemborong.

 

Buku ini mendedahkan beberapa faktor yang sering menjadi punca kegagalan memborong di China. Tip-tip memborong turut disertakan sebagai panduan dan yang lebih best, senarai tempat borong mengikut jenis barang juga didedahkan.

 

Apa pun, pastikan semua keperluan dan persediaan dibereskan sebelum menjejakkan kaki ke China. Takut-takut nanti hasilnya tak seberapa, penat aje yang dapat! – sinopsis buku Borong di China: “Ingat Senang ke?”

 

Ini dia salah satu buku yang WAJIB anda baca sekiranya anda berhasrat untuk ke Negara China bagi tujuan memborong barangan yang dijual disana untuk dijual semula di negara kita. Buku terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd ini dijual dengan harga RM14 sahaja. Ya, cukup murah dan saya pasti anda mampu untuk mendapatkannya.

 

Apa yang lebih menarik sekali ialah, selain harganya yang murah, isi kandungan juga begitu mantap dan bermanfaat untuk mereka-mereka yang bakal mengikuti ekspedisi memborong ke China. Jom kita lihat apa isi kandungan buku ini.

Baca juga: Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca?

 

CHINA: APA YANG PERLU ANDA TAHU?
Fakta pantas tentang China
Guangzhou – bandar Pemborongan Utama
Mata Wang China
Sindiket Wang Palsu
Pengurup Wang
Format Tarikh
Kod Telefon
Pertukaran Masa
Kenapa Perlu ke China?
Persoalan Mengenai Borong ke China

 

Sebelum terus ke topik macam mana nak jadi kaya sebagai seorang usahawan borong, kita pelajari terlebih dahulu serba sedikit tentang Negara China. Suasana dan cuaca di China adalah sedikit berbeza berbanding kita di Malaysia.

 

Dari segi Time Zone, ianya juga berbeza.

 

BAGAIMANA MAHU KE CHINA?
Tempahan Hotel
Visa

 

Sudah tentu, anda memerlukan tempat penginapan apabila berada di China nanti. Sebagai usahawan borong, most likely, kebanyakkan aktiviti anda akan lebih banyak dihabiskan di Guangzhou. Jadi, anda boleh menggunakan servis dari trivago ini untuk melihat tawaran hotel terbaik untuk anda.

 

Penulis juga ada berkongsi kepada kita maklumat tentang hotel yang cukup popular dari kalangan pemborong, iaitu Hotel Clivia.

clivia hotelsumber gambar: http://ariqtravellog.blogspot.my

Seterusnya, perkara yang anda perlu ambil berat ialah mengenai travel document untuk ke China. Ya, anda perlu ada passport dan juga VISA. Kalau anda tak tau macam mana prosedur untuk dapatkan VISA, buku ini ada ceritakan macam mana caranya.

 

GUANGZHOU: KOTA METROPOLITAN
Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun
Restoran Makanan Halal
Sekatan Media Sosial
Tempat-tempat Menarik di Guangzhou

 

Bagi yang beragama Islam, di sekitar Guanzhou sebenarnya terdapat banyak lokasi-lokasi pilihan dan restoran yang menyediakan makanan halal. Kat sini juga ada beberapa restoran makanan halal seperti

(1) Restoran Cina Muslim

(2) Restoran Arab

(3) Restoran Turki

(4) Restoran Indonesia

(5) Restoran Pakistan

 

Pilih sahaja mana-mana satu yang menepati selera anda. Jika anda tak pasti, sama ada penjual makanan tersebut beragama Islam atau bukan, anda boleh beri lafaz salam dan lihat bagaimana responsnya.

 

Sepanjang ekspedisi borong di China ni, anda pastinya tidak akan terasa terganggu, sebab media-media sosial seperti Facebook tidak dapat di akses dari sana. Namun begitu, anda masih dapat berkomunikasi menggunakan aplikasi seperti wechat, kakaotalk, QQ dan sebagainya.

 

KEJAYAAN & KEGAGALAN PEMBORONGAN KE CHINA
Faktor Cuaca Dan Musim
Faktor Persediaan
Faktor Pengurusan Masa
Faktor Matlamat & Objektif Yang Jelas
Faktor Pengangkutan
Faktor Kesesuaian Waktu Memborong
Faktor Kajian Lokasi Pemborongan
Faktor Penguasaan Teknik Urus Niaga Pemborongan
Faktor Teknik Pembayaran
Faktor Pembungkusan Barangan
Faktor Penghantaran Barang
Faktor Penghantaran Melalui Shipping: Biar Lambat Asalkan Murah

 

Jika anda beranggapan, anda boleh melakukan aktiviti borong pada bila-bila masa mengikur kesukaan hati anda, anda dah silap besar. Realitinya, terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi sama ada ekspedisi borong anda itu nanti akan membuahkan hasil, atau membuatkan anda kerugian besar.

 

Dalam bab Kejayaan dan Kegagalan Pemborongan ke China ini, anda akan didedahkan senarai tempat borong, bagi memborong produk-produk tertentu. Jika anda ada senarai ini, kerja-kerja borong anda akan jadi lebih mudah dan teratur. Anda juga akan lebih mudah merancang perjalanan dan pergerakkan anda sepanjang berada di Guangzhou.

 

RAHSIA KEJAYAAN PEMBORONGAN MELALUI KAJIAN PASARAN
Kajian Pasaran
Kajian Permintaan
Kajian Harga
Kajian Fizikal Produk: Pilihan Warna
Kaedah Permulaan Kuantiti
Kaedah Pengiraan Harga
Kaedah Tukaran Wang
Kualiti Barang

 

Adakalanya, kita akan mudah rambang mata bila melihat sendiri barang-barang yang boleh diborong. Semuanya cantik-cantik belaka, dan harganya juga murah. Beli murah dalam kuantiti yang banyak, kemudian jualkan semula dengan 2 atau tiga kali ganda lebih tinggi harganya.

 

Namun anda perlu faham satu perkara, menjual semula barangan yang diborong tidaklah semudah memborong barang tersebut. Nak beli senang, nak jual balik, itu kita kena lihat beberapa faktor. Antaranya ialah, adakah produk yang bakal diborong itu mempunyai permintaan di pasaran tempatan?

 

Ketepikan faktor emosi kita. Buatlah kajian dan jangan mudah terpengaruh dengan betapa cantiknya barang yang ada di depan mata. Buat kajian pasaran, dan boronglah produk-produk yang ada permintaan sahaja.

 

KEJAYAAN PEMASARAN
Kaedah Perniagaan
Apa Itu 4P?
Produk
Price (Harga)
Place (Tempat)
Promosi Pemasaran

 

Dalam bab Kejayaan Pemasaran, anda akan mengetahui beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjual semula produk-produk yang dah dibeli. Setiap hari yang berlalu, tanpa ada sebarang jualan adalah kos bagi perniagaan.

 

MOTIVASI KEJAYAAN
Tanda Berjaya Dalam Perniagaan
Punca Hilang Pelanggan?
Siapa Anda Lima Tahun Akan Datang?
Kenali Sahabat Di Sekeliling Anda
Kejayaan dan Kegagalan Anda Bermula Disini!

 

Adakah semua yang pernah ke China dan memborong barang dari sana akan dijamin akan menjadi seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan? Belum tentu, setuju? Pengalaman dan kejayaan kali pertama memborong di China akan jadi penanda aras sama ada anda akan kesana lagi untuk terus memborong. Mungkin kali ini, dengan jumlah yang lebih besar.

 

Buku ini sesuai dibaca oleh

(1) Bakal-bakal usahawan borong

(2) Individu yang dah biasa ke China untuk memborong tetapi inginkan pandangan baru

(3) Mereka yang merancang untuk melancong ke China

 

Untuk buat tempahan buku ini, mudah sahaja. Saya syorkan anda buat tempahan secara online sahaja disini.

 

Selain pergi ke Negara China untuk tujuan memborong, anda juga ada alternatif lain, iaitu beli sahaja barangan yang hendak diborong secara online. Untuk rujukan boleh muat turun ebook ini.

 

 

The post Borong Di China: “Ingat Senang Ke?” appeared first on Blog Sabree Hussin.

PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi

$
0
0

Selepas kejatuhan ekonomi, ramai orang mula menyedari di sebalik kejatuhan yang tidak diduga, rupa-rupanya ada “benda” yang tidak tergugat. “Benda” itu adalah emas. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat dan ketika nilai matawang menyusut, emas dengan senyap bergerak melawan arus. Nilainya secara perlahan-lahan mula naik.

 

Negara-negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas. Begitu juga bagi mereka yang pernah beringat ketika ekonomi cemerlang sebelumnya, mereka dapati pelaburan mereka yang selama ini “tidur” tiba-tiba bangkit menunjukkan belang walaupun mereka sebenarnya tidak pernah berniat melabur dengan cara membeli emas.

 

pelaburan-emas-saat-sukami Kini, emas menunjukkan kehebatannya dan manusia kembali “memburunya”. Namun, seperti pelaburan-pelaburan lain yang pernah cemerlang pada masa lalu, adakah kita yakin yang emas benar-benar memberikan keuntungan kepada kita?

 

Ataupun adakah sekali lagi kita hanyut bersama-sama leburnya pelaburan kita yang gagal?

 

Buku ini membincangkan peranan emas dalam membantu kita merancang pelaburan pada masa hadapan. Buku ini juga disyorkan kepada mereka yang berminat mahu melibatkan diri dalam pelaburan emas. Buku ini mengupas mengenai:

(1) Aspek fizikal emas dan kaedah menentukan ketulenan emas
(2) Kaedah penentuan harga emas
(3) Bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia
(4) Pembekal pelaburan emas di Malaysia
(5) Perancangan, risiko dan strategi pelaburan emas
(6) Penipuan dalam pelaburan emas

 

Buat para pelabur dan bakal-bakal pelabur logam berharga sekalian, buku ini adalah salah satu buku tentang emas yang anda patut miliki dan baca. Jom saya kongsikan secara ringkas, apa yang anda akan pelajari dan perolehi setelah baca buku ini.

 

Buku ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Anda boleh baca dari muka surat ke satu muka surat, ataupun jika mahu, anda juga boleh terus langkau ke muka surat atau pun baca bab-bab yang anda ingin baca sahaja.

 

Lebih-lebih lagi jika anda sememangnya sedang bergiat aktif dalam pelaburan emas, anda mungkin akan dapati apa yang bakal anda baca pada bahagian satu lebih kepada satu bentuk ulangkaji.

 

BAHAGIAN 1
Bab 1 Pengenalan
Bab 2 Sifat-sifat Emas
Bab 3 Kegunaan-kegunaan Emas
Bab 4 Sumber-sumber Emas
Bab 5 Ukuran Timbangan Emas
Bab 6 Jenis-jenis Emas
Bab 7 Kaedah Menentukan Ketulenan Emas

 

Bahagian 1 adalah lebih kepada bab pengenalan kepada kita tentang  apa sebenarnya emas dan kenapa ia begitu berharga. Dengan mengetahui mengenai sifat-sifat emas, In Shaa Allah bukan mudah untuk kita tertipu dengan membeli logam yang sebenarnya bukan emas.

 

Jika selama ini anda menyangka yang emas hanya berguna untuk dibuat barang kemas dan sebagai instrumen pelaburan, bermakna anda dah silap. Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan emas. Permintaan terhadap emas turut datang dari bidang perubatan, perindustrian, aeroangkasa, sukan, elektronik dan nanoteknologi. Disebabkan permintaan terhadap emas yang seringkali melebihi penawaran, maka kita dapat lihat harga emas sentiasa mencatatkan kenaikkan untuk jangka masa panjang.

 

BAHAGIAN 2
Bab 8 Kaedah Penentuan Harga Emas
Bab 9 Bentuk-bentuk Pelaburan Emas di Malaysia
Bab 10 Pembekal-pembekal Pelaburan Emas di Malaysia

 

kaedah-penentuan-harga-emas

Laman web seperti GoldPrice.org dan juga kitco.com boleh dijadikan rujukan sekiranya anda ingin mengetahui berapa harga emas semasa. Ini satu cara mudah untuk tahu pergerakkan dan perubahan yang berlaku terhadap harga emas dunia hanya dengan memerhati pada pergerakkan graf.

 

Namun, mungkin ada antara anda yang minat nak mengetahui dengan lebih lanjut, apa sebenarnya faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan pada harga emas? Dalam bab 8, ianya diceritakan secara ringkas, bagaimana sebenarnya harga emas ditentukan. Ianya menggunakan Kaedah London Fix. Nak tau apa benda sebenarnya Kaedah London Fix, ia diceritakan dalam bab 8 buku pelaburan emas ini.

 

Sebenarnya terdapat lebih daripada satu cara bagaimana nak melabur dalam emas. In fact, dalam buku Azizi Ali berjudul Masa Untuk Emas juga ada diceritakan pelbagai bentuk pelaburan yang boleh kita lakukan. Dalam buku ini, penulis menceritakan empat bentuk pelaburan yang boleh kita sertai, antaranya

(1) Emas Fizikal

(2) Dinar Emas

(3) Akaun Pelaburan Emas

(4) Barang Kemas

 

Memandangkan emas adalah pelaburan jangka masa panjang, maka buatlah pilihan sewajarnya untuk melabur dalam mana-mana satu bentuk pelaburan.

 

Dalam Bab 10 buku pelaburan emas: kaedah, pendekatan dan strategi ini menceritakan tentang pembekal pelaburan emas yang anda boleh sertai. Kalau anda tak pasti nak join syarikat mana, bolehlah sertai syarikat Power Gold. Saya juga adalah salah seorang ahli Power Gold. Nama Power Gold tidak dimasukkan dalam buku ini, mungkin kerana sewaktu buku ini ditulis, nama Power Gold masih belum popular lagi.

 

BAHAGIAN 3
Bab 11 Perancangan Sebelum Melabur
Bab 12 Risiko Pelaburan Emas
Bab 13 Strategi Pelaburan Emas

 

Jika anda mengambil buku ini, baca, fahamkan kemudian barulah anda mula melabur, bermakna anda adalah seorang pelabur yang bijak merancang dalam aktiviti pelaburan anda. Mendapatkan ilmu yang secukupnya, itu juga adalah salah satu perancangan dalam pelaburan.

 

Seperti yang mungkin anda telah sedia maklum, pelaburan dalam logam emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Ini bermakna, untuk benar-benar lihat hasilnya, ia perlukan masa sekurang-kurangnya setahun. Bermakna, jika anda beli emas hari ini, dan mengharapkan perubahan harga yang ketara dalam masa kurang dari enam bulan, maka anda mungkin akan kecewa.

 

Harga emas akan berubah dari masa ke masa. Namun, dari segi nilai, logam ini tetap bernilai. Atas sebab ini juga, adalah amat disarankan untuk kita semua menjadikan emas sebagai penambat kekayaan kita, ataupun penyimpan kekayaan kita.

 

Justeru, untuk simpanan jangka masa panjang, seperti simpanan untuk persaraan, haji, beli rumah, pembiayaan kos pendidikan anak-anak, adalah disarankan untuk kita simpan dalam bentuk emas. Ini kerana nilai emas akan tetap terjamin, walaupun bertahun-tahun masa berlalu.

 

Ini berbeza kalau kita simpan wang tunai. Wang tunai RM50 pada hari ini, (tahun 2016), nilainya tak sama seperti RM50 pada tahun 1996. Lihat sahaja, dengan wang RM50 berapa banyak yang boleh kita beli sekarang berbanding pada tahun 1996. Itulah nilai wang tunai kita pada hari ini.

 

Seperti kebanyakkan instrumen-instrumen pelaburan lain, melabur dalam emas juga ada risikonya. Kalau ada yang kata, melabur dalam emas ni langsung tak ada risiko, boleh jadi dia sedang berhalusinasi ataupun dia sendiri masih belum belajar sampai habis tentang topik pelaburan emas. Memang sangat digalakkan untuk baca buku ini.

 

Pelaburan emas juga ada risikonya. Risiko dalam pelaburan adalah seperti risiko

Fizikal, kimia. kecairan, kebakaran, harga pasaran, susut harga, kewangan, penipuan, kecurian dan tak terduga.

 

Setiap satunya diterangkan dengan lebih terperinci dalam buku pelaburan emas ini.

 

BAHAGIAN 4
Bab 14 Penipuan dalam Pelaburan Emas
Bab 15 Pengiraan Zakat

 

Dalam bahagian ini, kita akan dapat lihat bentuk-bentuk penipuan yang sering berselindung di sebalik nama pelaburan emas. Satu perkara yang anda perlu faham ialah, melabur dalam emas, kita tak akan dapat nikmati sebarang dividen, bonus dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika kita melabur dalam emas fizikal. Ibarat kita beli barang kemas, kemudian simpan dalam peti besi, mana ada kita dapat sebarang bonus atau dividen.

 

Jadi, jika anda temui mana-mana skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan dividen dan bonus, dan anda LANGSUNG TAK FAHAM bagaimana dividen dan bonus boleh diberikan kepada anda, baik anda lari jauh-jauh dari skim sedemikian.

 

Baiklah, topik mengenai zakat dan penyucian harta juga tak kurang pentingnya. Terdapat kaedah yang berbeza untuk menentukan berapa banyak yang perlu dibayar untuk tujuan zakat bagi emas yang dijadikan barangan perhiasan dan juga emas yang dijadikan instrumen pelaburan. Bacalah bab ini, dan anda akan lebih faham bagaimana cara pengiraannya.

 

Selain 4 bahagian ini, anda juga ada dibekalkan dengan lampiran-lampiran tambahan seperti berikut

Lampiran 1 Kegunaan-kegunaan Emas

Lampiran 2 Trend Permintaan Berbanding Pengeluaran Emas

Lampiran 3 Cara Wang Kertas Dicipta

Lampiran 4 Beberapa Contoh Syiling Emas bagi Pelaburan

Lampiran 5 Beberapa Contoh Bar Emas bagi Pelaburan

Lampiran 6 Kaedah Penentuan Ketumpatan dan Kualiti Emas

 

Buku Pelaburan Emas, Kaedah, Pendekatan dan Strategi ini adalah tulisan Saat Sukami dan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing.

 

Anda boleh dapatkan buku ini sama ada secara online, ataupun boleh kunjungi mana-mana kedai buku berhampiran anda. Harganya juga murah sahaja, iaitu RM18.00 sahaja untuk semenanjung Malaysia dan RM20.00 bagi Sabah dan Sarawak.

 

Selamat membaca buku ini, dan selamat mendalami ilmu pelaburan emas! Melaburlah dengan ilmu, melaburlah dengan strategi, dan melaburlah dengan penuh keyakinan.

 

 

The post PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi appeared first on Blog Sabree Hussin.


8 Perkara yang menjadikan pelaburan hartanah kurang menarik berbanding pelaburan emas

$
0
0

Apabila kita membaca buku tentang topik pelaburan emas, penulis yang menulis buku tersebut dengan bersungguh-sungguh akan mengatakan yang pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang terbaik.

 

Seandainya kita baca buku tentang pelaburan saham, penulis buku tersebut akan membuktikan kepada kita bahawa pelaburan sahamlah adalah pelaburan yang terbaik.

 

Begitulah juga halnya jika kita membaca buku dalam topik pelaburan hartanah. Penulis buku tersebut lazimnya juga akan mengemukakan hujah-hujah beserta dengan real case study untuk menyakinkan anda bahawa pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling hebat.

 

Kalau semua penulis, yang mewakili bentuk pelaburan yang berbeza, masing-masing mengatakan pelaburan yang mereka tulis dalam buku mereka itu adalah pelaburan yang terbaik, macam mana kita nak pastikan, mana satu yang benar-benar terbaik untuk kita juga? Ah… pening dah.

gold

 

Satu perkara yang bagus, bila kita banyakkan baca buku-buku tentang pelaburan ni ialah, kadang-kadang kita akan jumpa the so called kelemahan tentang pelaburan tertentu dalam buku pelaburan lain, yang tak ada kena mengena dengan pelaburan yang dikatakan mempunyai kelemahan itu.

 

Keliru ke? Macam ni maksud saya. Kalau kita cuma baca buku tentang pelaburan hartanah, kadang-kadang kita susah nak nampak apa kekurangan dan kelemahan pelaburan hartanah, dan penulis juga ada yang skip topik tersebut. Tetapi, saya dapati, bila saya baca buku tentang pelaburan emas, ada penulis yang membandingkan antara pelaburan emas dengan pelaburan hartanah, dan ternyata ada ketikanya melabur dalam emas adalah lebih baik berbanding melabur dalam hartanah.

 

Bermakna, ada serba sedikit kelemahan pada hartanah yang mungkin selama ini kita tak perasan pun, tetapi lepas baca buku pelaburan lain, baru kita nampak… “oh ini kelemahan dia rupanya.”

 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan hasil pembacaan saya tentang beberapa perkara yang menjadikan pelaburan hartanah adalah kurang menarik apabila dibandingkan dengan pelaburan terhadap emas.

 

(1) Sangat dipengaruhi oleh faktor Lokasi

Nilai hartanah sangat dipengaruhi oleh faktor lokasi hartanah tersebut. Ada hartanah di lokasi tertentu akan memberikan pulangan yang begitu lumayan kepada kita, terutama sekali apabila hartanah tersebut terletak dikawasan yang

Mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, ada banyak peluang pekerjaan, ada banyak kemudahan seperti tempat shopping, terletak di kawasan bandar atau kawasan tumpuan orang ramai

 

Sebaliknya, jika hartanah kita terletak dikawasan yang agak jauh di pedalaman, ia mungkin akan beri pulangan yang kurang memberangsangkan. Ini bermakna, kita “tekpaksa” buat kajian yang menyeluruh dan teliti sebelum mula melabur untuk miliki mana-mana hartanah.

 

(2) Pelaburan tambahan akan dilakukan di lokasi yang berbeza

Selalunya begitulah. Kalau pelaburan terletak di kawasan yang HOT, ia amat mudah sold out ataupun jika tak sold out sekalipun, harganya agak tinggi. Jadi, untuk memaksimakan keuntungan, perlu melabur di lokasi yang berbeza.

 

Lokasi berbeza, sudah tentu segalanya berbeza dari lokasi tempat pelaburan yang awal. Bermakna, kita perlu lakukan kajian atau research tambahan.

 

(3) Perlukan pemantauan yang rapi

Baiklah, sebenarnya bukan pelaburan hartanah sahaja yang memerlukan pemantauan yang rapi, sebaliknya semua jenis pelaburan memerlukan pemantauan. Dalam kes pelaburan hartanah, jika hartanah kita terletak di lokasi yang berbeza, dan setiap satunya agak jauh dari kita, kita sangat-sangat perlu beri pemantauan yang lebih.

 

Jika tidak, tak mustahil untuk pelaburan kita tu musnah begitu sahaja.

 

(4) Modal yang tinggi

Ini sebab kenapa sampai sekarang, masih ramai lagi yang tak mempunyai hartanah sendiri. Jangan kata nak buat pelaburan, even hartanah untuk kegunaan sendiri seperti rumah kediaman sendiri pun masih ramai yang belum ada.

 

Realitinya ramai yang tak mampu atau belum mampu nak beli rumah sendiri. Kita sekurang-kurangnya perlu siap sedia dengan duit pendahuluan (downpayment) sebanyak 10% daripada harga rumah yang ingin kita duduki. Andaikan harga rumah ialah RM300,000 bermakna kita perlu ada sekurang-kurangnya RM30,000.

 

Ada ke duit sebanyak tu? Kalau nak kumpul duit, berapa lama baru boleh cukup duit sebanyak tu dalam akaun kita ya? Cakaplah, walau banyak mana kebaikkan melabur dalam pelaburan hartanah, kalau duit adalah penghalang, dan kita masih tak buat sesuatu untuk kumpul modal, bermakna sampai bila-bila kita tak akan melabur dalam hartanah.  

 

Sebaliknya, dalam pelaburan emas, kita boleh mula dengan membeli 1 gram emas kita yang pertama. Kos untuk pelaburan juga lebih murah, dan bergantung kepada harga emas semasa, biasanya 1 gram emas masih lagi dibawah RM200.

 

(5) Hartanah bukan pelaburan yang mudah cair

Terdapat sekurang-kurangnya dua cara bagaimana pelaburan hartanah yang kita miliki dapat menghasilkan pendapatan kepada kita. Cara tersebut adalah apabila nilai hartanah yang kita miliki mencatatkan kenaikkan dari segi nilai pasaran dan kita jual hartanah tersebut. Manakala cara kedua adalah dengan menyewakan hartanah yang kita miliki untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan dari penyewa.

 

Walaubagaimanapun, jika memilih untuk nikmati pulangan dalam cara yang pertama, iaitu jual semula hartanah dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga beli, ia bukan satu proses yang mudah. Ia mungkin akan ambil masa yang agak lama untuk dapatkan pembeli.

 

Berbeza dengan pelaburan emas. Kita boleh jualkan semula emas yang kita beli kepada syarikat yang sama kita beli emas tersebut. Contohnya, syarikat Power Gold ada buy back policy yang mana mereka akan beli semula emas yang dibeli oleh ahlinya jika ahli berhasrat untuk berbuat demikian. Kalau pelaburan hartanah, belum tentu pihak pemaju sanggup untuk beli semula hartanah yang mereka dah jual kepada kita.

 

(6) Hartanah memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi

Salah satu cara untuk mendapatkan lebih penjimatan ialah apabila kita melabur untuk dapatkan rumah lelong. Rumah lelong selalunya boleh dibeli dengan harga dibawah harga pasaran, ataupun harga diskaun.

 

Walaubagaimanapun, kita perlu sediakan bajet yang agak tinggi jika rumah tersebut terdapat kerosakkan yang memerlukan dijalankan penyelenggaraan.

 

(7) Cabaran untuk mencari penyewa yang “mampu” dengan harga yang kita tawarkan

Bukan mudah untuk cari penyewa. Jika anda baca buku berjudul bagaimana menjadi tuan rumah jutawan, anda akan dapati, selaku pemilik hartanah, proses untuk mendapatkan penyewa yang hebat, yang mampu bayar sewa rumah kita dan berdisiplin bukan satu perkara yang mudah.

 

Jika tak berhati-hati, anda mungkin akan dapat penyewa yang menjadikan kita rugi daripada kita dapat buat untung dan jadi lebih kaya.

 

(8) Tidak boleh dialihkan jika berlaku peperangan

Peperangan. Atau sekurang-kurangnya berlaku pergolakkan dalam negara yang memaksa kita untuk meninggalkan negara buat sementara dan mencari perlindungan di negara jiran, atau mana-mana negara yang sudi memberi perlindungan kepada kita.

 

Rumah tak boleh dialihkan. Apatah lagi untuk dibawa bersama dalam pelayaran kita mencari tempat perlindungan. Namun berbeza halnya dengan emas. Ia boleh dibawa kemana-mana, dan nilainya diiktiraf di seluruh dunia. Perkara yang sama berlaku kepada dua buah negara yang pernah melalui fasa perang, iaitu Vietnam dan juga Kemboja. Mereka meninggalkan negara mereka dengan apa yang mampu dicapai sahaja, dan antara barang berharga yang mereka bawa keluar ialah emas.

 

Pada masa ini, mungkin kita masih belum ada kemampuan untuk melabur dalam hartanah. Namun, ini bukan bermakna kita tak perlu ambil tahu langsung mengenai pelaburan ini. Sebaliknya, pada waktu kita belum cukup modal ni, kita boleh kumpul dulu ilmu-ilmu pelaburan, disamping kita kumpul modal.

 

Supaya bila kita dah ada modal kelak, kita boleh terus melabur dalam pelaburan hartanah dengan yakin. Buat masa ini, mungkin kita boleh melabur dalam pelaburan emas dahulu. Bila dah cukup modal, kita jualkan pelaburan emas kita tu tadi, dan mula berkecimpung pula dalam pelaburan hartanah.

 

Apapun, sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, berkenal dan berkawanlah dulu dengan ilmu pelaburan hartanah ya.

 

Rujukan:

(1) PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi
(2) Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan
(3) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong
(4) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

 

The post 8 Perkara yang menjadikan pelaburan hartanah kurang menarik berbanding pelaburan emas appeared first on Blog Sabree Hussin.

7 Cara Mudah untuk menjadikan kita lebih kaya pada tahun 2016

$
0
0

Saya rasa anda nak jadi lebih kaya pada tahun 2016 ni. Betul tak? Macam mana saya boleh tahu? Mudah. Sebabnya anda berminat nak baca artikel ini.

 

Kalau anda tak minat nak baca artikel ini, saya kira anda mungkin ada beberapa sebab. Antaranya, anda mungkin memang dah kaya, ataupun anda memang tak merancang untuk jadi lebih kaya berbanding sebelum ini. Jika anda termasuk dalam kelompok kedua-dua kumpulan yang saya sebutkan ini, anda memang tak ada keperluan pun nak baca perkongsian saya ini.

 

beg_penuh_dengan_duit

Anda teruskan dengan cara hidup pilihan anda, dan saya teruskan dengan cara saya. Masing-masing boleh bergembira dengan pilihan dan haluan hidup masing-masing. See… mudahkan? Tak perlu gaduh dan perjalanan hidup kita pun akan jadi lebih mudah.

 

Wahai kawan-kawanku yang ingin memperbaiki kehidupan diri, dan ingin jadi kaya sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perkongsian ini untuk kalian. Baca, dan mana-mana satu yang anda rasakan baik untuk anda, anda ambil dan praktikkan. Mana yang tak sesuai, tinggalkan sahaja. In Shaa Allah, jika anda tak berjaya jadi jutawan sekalipun, anda pasti boleh jadi lebih kaya berbanding sebelum ini jika anda praktikkan.

 

Jom lihat, apa yang anda boleh lakukan untuk jadi lebih kaya berbanding sebelumnya, pada tahun 2016 ini.

 

(1) Pilih hobi yang boleh dijadikan mesin penjanaan pendapatan tambahan

Hobi adalah sesuatu yang kita akan rasa seronok bila kita lakukan dimasa lapang kita. Ada orang, mereka sanggup berhabis wang ringgit semata-mata kerana melayan hobi. Kadang-kadang kita pun sampai tak faham, kenapalah wujud orang-orang yang tak sayang duit macam ni. Mereka berbelanja sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk kumpul mainan star wars?!

 

Sesetengah orang pula, mereka ada yang sanggup menghabiskan masa hingga berjam-jam lamanya untuk melayan hobi masing-masing, walaupun mereka tak menerima sebarang bayaran pun. Orang yang ada minat dan hobi yang berbeza memang tak boleh terima, kalau ada yang sanggup habiskan masa berjam-jam lamanya untuk buat sesuatu yang tak ada sebarang penghasilan.

 

Baiklah, jadi kat sini, kita boleh lihat hobi itu adalah

(A) Sesuatu yang menyeronokkan si pelakunya

(B) Orang yang melakukannya sanggup untuk keluar belanja tak kira walau besar mana

(C) Kalau tak ada sebarang bayaran pun dia tetap akan lakukannya

 

Aha… dapat sesuatu? Memandangkan kita sebenarnya boleh pilih, apa hobi yang kita mahu lakukan, kenapa tidak kita pilih sesuatu hobi yang boleh memberikan kita pulangan atau yang boleh membantu kita jana pendapatan tambahan.

 

Dalam situasi saya, saya suka membaca. Jadi, hobi saya adalah membaca. Saya rasa seronok membaca dan mengikuti penulisan individu-individu dan tokoh-tokoh yang memang pakar dalam bidang masing-masing, untuk saya dapatkan sedikit ilmu mereka.

 

Untuk saya tambahkan pendapatan menerusi hobi saya ini, selepas saya selesai baca buku-buku mereka, saya akan promosikan buku-buku mereka pula. Melalui platform yang dibangunkan oleh Bookcafe.com.my saya boleh teruskan minat saya membaca dan pada masa yang sama, saya boleh buat duit pula dengan program affiliate mereka.

bukti-komisyen-bookcafe

 

Tak perlu susah payah nak jadi penulis buku, sebabnya hanya dengan menjadi ejen affiliate, ada beribu-ribu buah buku yang sedia untuk dipromosikan di laman web bookcafe. Awal-awal tu, mungkin kita akan rasa susah sikit nak dapatkan sales, namun itu perkara biasalah. Lama kelamaan, bila kita konsisten berkongsi, In Shaa Allah, sales akan masuk sendiri secara automatik tanpa dapat dihalang lagi.

 

(2) Bina dan kuasai kemahiran baru

Bila ada peluang, belajarlah sesuatu yang baru. Siapa tahu, apa yang kita pelajari tu nanti, kita akan dapat manfaatkan di kemudian hari. Azizi Ali pernah menulis dalam bukunya berjudul Lahirnya Seorang Jutawan, jika kita adalah seorang pekerja, di syarikat-syarikat tertentu, kita sentiasa diberi peluang untuk mengikuti latihan untuk kuasai kemahiran-kemahiran baru.

 

Secara percuma pulak tu. Malahan, sepanjang tempoh latihan itu dijalankan, gaji kita sebagai pekerja tetap dibayar seperti biasa. Kita bukan sahaja dapat latihan secara percuma, malahan kita dibayar untuk mengikuti latihan tersebut. Sangat untung.

 

(3) Hargai masa terluang dengan aktiviti yang memberi nilai tambah pada diri

Apa yang anda lakukan ketika ada masa terluang? Ok… kurangkan berangan-angan, dan banyakkan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan nilai tambah pada diri. Belajar kemahiran baru, seperti belajar macam mana nak jadi seorang pelabur. Belajarlah ilmu tentang pelaburan emas, pelaburan saham dan macam-macam lagi ilmu buat duit yang lain.

 

Ada terlalu banyak perkara baru yang kita boleh pelajari. Hanya perlu kita cari dan kena ada kesanggupan untuk belajar. Silapnya kita ialah, kita lebih suka habiskan masa di media sosial daripada nak luangkan masa untuk buat duit dan belajar sesuatu yang baru.

 

(4) Sentiasa melihat peluang dan bertindak sewajarnya

Peluang akan sentiasa muncul didepan kita. Namun, bukan semua orang yang terlihat peluang akan bertindak untuk menjadikan peluang tersebut suatu kenyataan.

 

Ramai yang tahu, mereka boleh mulakan kerjaya dalam bidang telekomunikasi hanya dengan menyertai syarikat Tone Excel, namun berapa ramai yang akan ambil peluang ini?

 

Mungkin juga dalam satu masa sepanjang kehidupan anda, anda pernah mendengar tentang peluang untuk bekerja hanya dari rumah sebagai seorang pekerja bebas, namun berapa ramai yang ambil peluang ini? Anda tak tau macam mana ianya dilakukan? Itu bukan satu masalah besar, sebabnya anda boleh belajar dari pengasas program Jobdirumah ini.

 

(5) Ubah tabiat buruk dan tinggalkan terus selama-lamanya

Macam mana baik seseorang tu, pasti ada satu atau dua tabiat buruk yang dimiliki. Anda suka berhutang? Anda suka beli barang guna kad kredit.

 

Ini satu tabiat buruk yang perlu dihapuskan. Hapuskan ia selama-lamanya, kerana untuk jangka masa panjang, tabiat seperti ini hanya akan menyusahkan kita daripada menjadikan kita lebih kaya.

 

(6) Belajar untuk menjual

Sedarkah anda, yang sebenarnya kerjaya sebagai seorang jurujual sebenarnya menawarkan anda peluang untuk jana pendapatan yang lumayan dan tanpa ada had batasan? Buku The Psychology of Selling ini adalah salah satu buku tentang jualan yang anda patut baca.

 

Ilmu-ilmu jualan yang saya kumpul dan pelajari dari pelbagai sumber, banyak yang telah membantu saya untuk buat lebih banyak duit secara online. Contohnya dibawah ini.

cara-buat-untung-jobdirumah

 

Ini “hasil” daripada pelaburan ilmu yang saya lakukan. Bukan calang-calang ilmu, sebaliknya ilmu menjual. Ada masa-masa tertentu, begitu mudah untuk buat untung dengan program jobdirumah sehinggakan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, boleh dapat terus tiga sales.

 

Ok la kan. Hasil macam ni, siapa yang nak bagi? … kalau bukan kita yang kena usahakan sendiri.

 

(7) Bersyukur dengan kurniaan dari Allah SWT

Apapun, tak kiralah apa tahap kita berada sekarang, perlu sentiasa panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Kita masih hidup, bermakna kita masih ada masa. Kita masih ada peluang untuk berusaha dengan lebih baik.

 

Kita masih ada kesempatan untuk perbetul semua kesalahan diri kita dan baiki mana-mana yang kurang. Hidup kalau hanya statik, dan tiada perubahan yang positif, itu bukan kehidupan namanya. Walaupun dari segi usia, kita nampak adanya pertambahan, namun dalamannya, orang sebegini “dah meninggal” sejak hari pertama dia buat keputusan untuk tak nak berubah.

 

Bersyukurlah. Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7, maksudnya

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

 

Ajaibnya, bila kita selalu panjatkan kesyukuran atas nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, rezeki kita pun makin bertambah banyak dengan derasnya.

 

Nah… lihat kembali 7 perkara yang saya kongsikan ini. Semuanya bukannya susah sangat pun untuk dilakukan. Ia hanya memerlukan sedikit komitmen dari anda, untuk melakukan sedikit perubahan kecil, yang saya percaya di masa akan datang, akan beri anda impak yang cukup besar.

 

Selamat mencuba, dan semoga kejayaan menjadi milik anda. Wallahua’lam.

 

 

The post 7 Cara Mudah untuk menjadikan kita lebih kaya pada tahun 2016 appeared first on Blog Sabree Hussin.

Jawatan kosong pegawai pemasaran online Jobdirumah.com

$
0
0

“Tahukah anda, yang sebenarnya pihak Jobdirumah sentiasa membuka peluang untuk mana-mana individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemasaran secara online untuk menjadi pegawai pemasar online untuk pihak Jobdirumah?

 

Klik sini untuk ke laman web utama Jobdirumah.

laman_web_utama_jobdirumah

 

Tawaran ini pula sentiasa dibuka untuk sepanjang tahun, dan yang menariknya kita boleh jana pendapatan tanpa had apabila menjadi pegawai pemasaran untuk pihak Jobdirumah. Walaubagaimanapun, setiap orang akan memperoleh pendapatan yang berbeza, bergantung kepada prestasi kerja.

 

Ya… pendapatan anda adalah sangat berkait rapat dengan berapa banyak jualan yang anda boleh hasilkan. Formulanya mudah sahaja, lagi banyak sales yang anda boleh hasilkan, maka akan lagi banyak juga pendapatan yang anda boleh perolehi.

 

Berapa upahnya?

Anda akan dibayar komisyen untuk setiap jualan yang berjaya anda hasilkan. Komisyennya adalah 50% daripada harga jual program latihan Jobdirumah ini. Seperti yang anda boleh lihat di laman web utama Jobdirumah, pakej latihan dari rumah bersama Jobdirumah ini dijual dengan harga RM50 sahaja.

 

Bermakna, sekiranya anda berjaya mendapatkan pelanggan baru yang berminat nak mengikuti program latihan ini, anda akan memperoleh 50% daripada RM50 itu tadi. Mudahnya, upah anda adalah sebanyak RM25 untuk setiap jualan. Saya kira, upahnya agak lumayan untuk kerja-kerja promosi yang mudah, hanya perlu dilakukan secara online sahaja.

 

Ya. Saya juga adalah salah seorang pegawai pemasar online untuk Jobdirumah. Sehingga ke hari ini, boleh kata hampir setiap bulan juga pihak jobdirumah membayar komisyen kepada saya. Jumlahnya sahaja yang tak menentu, ada ketikanya banyak, dan pernah juga saya dapat sedikit sahaja. Senang cerita, ikut pada berapa banyak sales yang telah berjaya dihasilkan.

 

Bagaimana cara terbaik untuk jadi pegawai pemasaran untuk jobdirumah?

Anda hanya perlu ke laman web Jobdirumah dan daftar sebagai affiliate. Kemudian anda dah boleh mula mempromosikan panduan ini.

 

Akan tetapi, agak sukar untuk buat sales kalau anda sendiri masih belum pernah lihat konten dan isi kandungan panduan ini. Sebaik-baiknya, anda download dulu panduan ini disini kemudian barulah mula lancarkan kempen-kempen pemasaran anda.

 

Buat apa yang memang anda dah sedia tahu macam mana nak buat. Macam tu, saya kira anda akan ada peluang yang lebih cerah untuk dapatkan banyak-banyak sales dari panduan ini.

cara-buat-untung-jobdirumah

 

Ada hari-hari tertentu, saya boleh dapat 3 sales dalam masa kurang dari 24 jam. Kalau ada hari-hari yang begini baik, dah tentu ada juga hari yang kurang memberangsangkan. Satu sales pun tak masuk langsung.

 

Ini lumrah kalau bekerja dalam bidang jualan. Ada masa jualan kita tinggi, dan ada masa jualan kita jatuh. Anda yang minat nak kerja dalam bahagian pemasaran seperti ini, saya percaya anda juga dah sedia maklum perkara-perkara macam ni.

 

Apa pun, saya percaya anda juga boleh buat duit dengan program ini jika dilakukan dengan betul. Paling penting, baca lah dulu panduan ini sebelum anda merancang untuk buat pemasaran secara all out. Hanya orang yang pernah baca panduan ini sahaja yang tau apa kelebihan dan kekuatan panduan ini.

 

Anda boleh baca kat sini.

 

 

The post Jawatan kosong pegawai pemasaran online Jobdirumah.com appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

$
0
0

Sekiranya anda adalah salah seorang pemegang kad kredit, rasanya ada baiknya juga kalau anda dapatkan buku ini dan jadikan buku ini sebagai panduan. Anggaplah buku ini ibarat sebuah manual yang akan menyelamatkan diri anda daripada tersilap berbelanja hingga menyusahkan diri anda sendiri kelak.

 

Buku ini berjudul Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya. Buku ini diterbitkan oleh TrueWealth Sdn Bhd dan penulisnya pula adalah Othman Kasim.

 

hutang kad kredit Pernah nampak tak buku tentang Kad Kredit ni kat mana-mana? Kalau pernah nampak bagus. Ambil dan baca buku tersebut.

 

Harga buku ni pun tak begitu mahal. Hanya RM29.90 untuk Semenanjung dan RM32.90 bagi Sabah dan Sarawak. Disebabkan harganya yang tak terlalu mahal, tanpa berlengah saya pun beli buku ini.

 

Kalau anda masih tak pasti, sama ada buku ini untuk anda atau pun tidak, jom saya kongsikan serba sedikit ataupun ringkasan mengenai buku Kad Kredit Fahami Kekuatan dan Aplikasikan Kelebihannya untuk anda.

 

Untuk makluman anda, buku ini diterbitkan pada tahun 2011, dan ia mengandungi 93 muka surat sahaja. Jadi, anda boleh habis baca buku ini dalam masa sehari sahaja, jika anda dapat membaca tanpa ada sebarang gangguan.

 

Bab 1 Sejarah Kad Kredit

 

Kad kredit sebenarnya mempunyai sejarah yang agak panjang. Menurut penulis buku ini, kad kredit sebenarnya telah digunakan 3,000 tahun yang lalu di Assyria, Babylon dan Mesir. Mungkin dari segi bentuk, ianya berbeza dengan bentuk kad kredit yang ada dalam dompet kita sekarang. Namun dari segi fungsi, ianya sama sahaja.

 

Dalam bab ini juga, anda akan dapat mengetahui jenis-jenis kad yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran selain kad kredit. Kad tersebut ialah kad debit, kad caj dan juga kad kredit.

 

Kad caj mempunyai sedikit persamaan dengan kad kredit. Persamaan itu adalah dari segi penggunaan sahaja. Namun, sebagai pemegang kad caj, anda perlu menyelesaikan keseluruhan hutang yang ada tanpa meninggalkan baki. Pemegang kad caj juga tidak menikmati faedah pembayaran minimum sahaja, yang mana berbeza dengan pemegang kad kredit. Bagi mereka yang tak suka berhutang, maka penggunaan kad caj adalah lebih sesuai dengan individu seperti ini.

 

Dalam bab 1 ini juga anda akan mengetahui mengenai yuran dan caj yang dikenakan kepada pemegang kad, dan cara pengiraan interest kad kredit.

 

Bab 2 Hutang dan Masalah

 

Ada dua jenis hutang yang anda perlu tahu. Hutang yang baik (good debt) dan juga hutang yang tidak baik (bad debt). Good debt adalah hutang yang akan menjadikan anda lebih kaya, kerana dengan berhutang, anda menambahkan aliran masuk wang ke dalam poket anda, manakala hutang jenis bad debt mengakibatkan hidup anda makin bertambah sengsara.

 

Anda tak akan ada masalah hutang, jika anda berhutang untuk membeli aset yang menjana lebihan pendapatan untuk anda. Akan tetapi, buruk padahnya kalau anda berhutang semata-mata untuk membeli barangan yang tak menjana apa-apa pendapatan tambahan, sebaliknya mengakibatkan anda terpaksa keluar belanja lebih besar.

 

“Macam mana nak tau sama ada hutang yang kita buat tu dalam kategori hutang yang baik atau hutang yang tidak baik?”

Lihat pada barangan yang anda beli dengan berhutang tu. Semenjak anda beli, adakah ia memberi anda sebarang duit atau anda terpaksa berhabis duit sebab barang tersebut.

 

Jadi, fikirlah dengan baik-baik apabila menggunakan kad kredit. Jangan terlalu seronok berbelanja menggunakan kad kredit. Tau la, anda boleh dapat diskaun kalau berbelanja menggunakan kad kredit disini.

 

Bab 3 Kad Kredit Sebagai Lawan

 

Masa bila agaknya kad kredit akan menjadi lawan anda? Ya, masa anda GAGAL UNTUK BAYAR HUTANG KAD KREDIT.

Baca juga:

(1) Cara TERBAIK Langsaikan Hutang Kad Kredit? 

(2) Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak ada duit

(3) Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit?

 

Walaupun ada rasakan seperti anda bermasalah nak bayar hutang kad kredit, namun harapan masih ada lagi. Jangan cepat putus asa, dan usahakan juga untuk bayar hutang ni.

 

Bab 4 Kad Kredit Sebagai Kawan

 

Kalau dalam bab sebelumnya, kita akan didedahkan bagaimana kad kredit boleh menjadi musuh kita, kali ini dalam bab seterusnya, kita akan lihat bagaimana cara penggunaan kad kredit yang sebenarnya. Cara penggunaan yang lebih berhemah, yang dah tentu memberi lebih banyak kelebihan kepada kita.

Baca juga: Kelebihan memiliki dan menggunakan kad kredit

 

Bab 5 Tanggungjawab Anda Untuk Berkawan Dengan Kad Kredit

 

Sepatutnya beginilah. Tanggungjawab kita sepatutnya adalah untuk kenal dulu bagaimana cara untuk guna kad kredit. Bukannya gunakan kad ini mengikut sesedap rasa kita. Kalau tak tau, macam mana cara nak guna kad kredit dengan betul, ha… carilah buku Kad Kredit Fahami Kekuatan dan Aplikasikan Kelebihannya ini dan baca.

 

Bab 6 Faedah Penggunaan Kad Kredit Kepada Peniaga

 

Adakah anda seorang usahawan ataupun peniaga? Jika jawapan anda adalah ya, pasti anda sendiri pernah menggunakan kad kredit sebagai wang pendahuluan untuk dijadikan modal perniagaan. Betul tak? Bagaimana rasanya? Mudah bukan. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang CEPAT dapat pusing modal. Memang tak ada masalah dan tak perlu risau sangat nak guna kad kredit.

 

Sebaliknya, jika perniagaan anda memerlukan lebih daripada 30 hari untuk pusing modal, agak bahaya untuk guna kad kredit dalam perniagaan anda.

 

Tahukah anda, premis perniagaan yang boleh menerima kaedah bayaran menggunakan kad kredit berpotensi untuk mendapat jualan yang lebih tinggi berbanding perniagaan yang hanya menerima bayaran dalam bentuk wang tunai semata-mata? Penjelasannya ada dalam bab ini.

 

Bab 7 Pihak Berkuasa Menggalakkan Penggunaan Kad Kredit

 

Kad kredit bukanlah suatu yang buruk yang perlu diboikot sama sekali. Apa yang jadi masalah ialah, pengguna itu sendiri yang menggunakan kad kredit dengan cara yang tak berhemah. Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah ilmu dan cara penggunaan kad kredit yang betul, bukannya menentang ataupun menghapuskan terus kad kredit.

 

Sebenarnya kad ini banyak memudahkan urusan harian kita. Namun menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan ia secara berhemah. Jika tak yakin dapat guna dengan baik, jangan mohon kad kredit. Itu lagi bagus.

 

Bab 8 Langkah-langkah Menyelesaikan Hutang Kad Kredit

 

Dalam bab langkah-langkah menyelesaikan hutang kad kredit ni, kita akan belajar macam mana teknik terbaik untuk selesaikan hutang kad kredit. Kalau anda ada lebih dari satu kad kredit, bermakna anda perlu satu teknik khas supaya hutang anda dapat diselesaikan dengan lebih pantas.

 

Bab 9 Epilog & Bab 10 Kesimpulan 

 

Sampai di penghujung bab. In Shaa Allah, dengan pembacaan buku ini, anda akan lebih memahami sifat-sifat hutang kad kredit dan bagaimana untuk menjadi in control dan bukannya menjadi seseorang yang di control oleh kad kredit.

 

Siapa yang dah pernah beli buku ni dan dah baca ulang-ulang kali, kita geng!

 

Ps: Kalau tak silap saya, buku ni masih belum dijual di laman web bookcafe. Kalau tak, saya boleh cadangkan untuk beli kat situ je.

 

The post Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya appeared first on Blog Sabree Hussin.

Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru

$
0
0

“Strategi Pelaburan Yang Praktikal Dan Komprehensif Untuk Individu Berpendapatan Sederhana”

 

Menarik buku ni. Selama ni yang saya tahu, kalau nak melabur dalam bidang hartanah, kita perlu ada modal yang besar, which is, hanya orang-orang yang ada pendapatan yang besar sahaja yang boleh lakukan. Kalau individu yang berpendapatan sederhana, bagaimana?

 

buku-panduan-pelaburan-hartanah Secara tak sengaja, saya terjumpa buku ini. Buku yang diberi nama Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru adalah hasil tulisan Wendy Koh dan diterbitkan oleh TrueWealth Publishing.

 

Saya difahamkan yang buku ini sebenarnya adalah versi terjemahan untuk buku yang diterbitkan dalam bahasa inggeris berjudul The Millionaire Real Estate School for Beginners: A Practical Step-by-Step Investment Strategy for an Average Wage Earner.

 

Bermakna, kalau anda tak jumpa yang versi Bahasa Melayu, seperti dalam gambar ini, atau anda lebih selesa dan lebih berselera dengan bahan bacaan yang berbahasa Inggeris, bolehlah dapatkan versi bahasa Inggeris tu. Buku ini ditulis berdasarkan persekitaran urusan jual beli hartanah di Malaysia, jadi memang patut dijadikan salah satu rujukan yang penting untuk para pelabur dan bakal pelabur hartanah.

 

“Apa yang bakal anda pelajari daripada buku Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru ini?”

 

Bab 1 Memilih Hartanah Anda
Pelbagai jenis hartanah yang ada

 

Kita akan mula mengenali pelaburan hartanah dengan melihat pelbagai jenis hartanah yang terdapat di pasaran. Ia bukannya terhad hanya pada rumah teres ataupun rumah jenis apartment semata-mata. Sebaliknya ada banyak lagi. Untuk makluman semua, sebenarnya kita boleh memilih untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan kita dengan melabur dalam

(1) Rumah Pangsa, Apartment dan kondominium

(2) Suit berservis

(3) Rumah teres setingkat atau dua tingkat

(4) Rumah bandar

(5) Rumah banglo

(6) Tanah Kosong

(7) Kilang dan gudang

(8) Unit pejabat dan Rumah Kedai

 

Kalau kita lihat dari senarai diatas, opsyen nombor (1) hingga (6), kita melabur untuk mendapatkan bangunan yang tujuannya adalah untuk dijadikan rumah kediaman. Manakala opsyen yang ke (7) dan ke (8), pelaburan kita terhadap hartanah lebih kepada untuk mendapatkan penyewa yang menjalankan perniagaan.

 

Kesemuanya boleh buat duit. Sama ada banyak atau sikit, cepat atau lambat, tepat atau salah lokasi hartanah tersebut.

 

Untuk setiap jenis hartanah yang berbeza, saya dapati, kita akan berjumpa dengan karekter bakal penyewa yang berbeza juga. Sebagai contoh

Rumah pangsa dan apartment biasanya akan disewa oleh individu yang berpendapatan rendah. Jadi, agak sukar untuk meletakkan sewa yang mahal kerana mungkin penyewa akan hadapi kesukaran untuk bayar sewa. Dewasa ini, kawasan rumah pangsa dan apartment mula diduduki juga oleh bangsa asing seperti dari Vietnam, Nepal, Indonesia dan yang paling kontroversi sekarang ni, Bangladesh. Dari segi kebersihan, ia mungkin agak mengecewakan.

 

Rumah banglo mungkin lebih sesuai untuk dijadikan homestay. Ataupun dijadikan guesthouse untuk syarikat korporat menjalankan aktiviti dan sebagainya.

 

Unit pejabat dan rumah kedai. Penyewa akan menyewa tempat-tempat seperti ini, dengan syarat sewanya berpatutan, dan menguntungkan.

 

Ada tak yang berminat nak melabur untuk dapatkan hartanah dalam bentuk kilang dan gudang?

 

Bab 2 Cara-cara Berbeza Memperoleh Hartanah Dan Proses-proses Yang Terlibat 
Pembelian terus daripada pemaju-pemaju
Sub-Jualan
Jualan Lelong

 

Pada saya, bab 2 ni agak “memeningkan kepala”. Lebih-lebih lagi, dalam bab ini kita akan belajar serba sedikit istilah-istilah perundangan yang melibatkan transaksi jual beli harta tanah.

 

Sebagai contoh, untuk pembelian terus daripada pemaju-pemaju, sedikit sebanyak kita perlu tahu mengenai Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. 

 

Memandangkan pelaburan hartanah melibatkan nilai transaksi yang begitu besar, ada yang boleh mencecah jutaan ringgit, sebaik-sebaiknya kita sebagai pelabur ataupun bakal pelabur mengambil inisiatif untuk membuat sedikit semakan terhadap pemaju. Antara yang kita nak tau ialah sama ada pemaju mempunyai reputasi yang baik berdasarkan projek-projek perumahan yang telah lalu.

 

Saya masih ingat lagi, pada satu hari saya ke ekspo pameran hartanah di PWTC. Kat situ memang ada banyak rumah-rumah dan projek perumahan sama ada yang sedang atau bakal dijalankan dipamerkan. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah ayat ini…

… tempoh pajakan 99 tahun

 

Masa tu saya memang tak tau apa-apa tentang maksud ayat tersebut. Ok fine, status tanah tu ialah pajakan (leasehold) dan bukannya pegangan bebas (freehold). Tetapi, apa maksud dia? Saya cuba tanya kepada pegawai kat situ, tapi nampaknya saya tak memperoleh jawapan yang betul-betul menyakinkan. Terasa seolah-olah macam ada benda yang nak disembunyikan pulak.

 

Ok berita baiknya ialah, topik mengenai status pajakan ini ada dimuatkan dalam buku Akademi Jutawan Hartanah ini.

 

“Apa dia 3 cara berbeza untuk memiliki hartanah?”

Jawapannya ialah melalui

(1) Pembelian terus dari pemaju
(2) Pembelian melalui pasaran kedua atau sub-sale
(3) Pembelian melalui lelongan

 

Membaca perkongsian dari Wendy Koh ini, membuatkan saya terfikir, sebenarnya bukan mudah untuk memiliki hartanah. Walaupun kebanyakkan urusan kita boleh serahkan kepada pihak peguam, namun serba sedikit, sebagai pemilik pelaburan, kita juga perlu tahu beberapa perkara.

 

Sekiranya pembelian melalui kaedah lelongan. Hartanah yang dibeli bukan sahaja berisiko untuk mempunyai kerosakkan dan perlukan kos pembaikkan yang tinggi, malahan boleh jadi juga hartanah yang dibeli itu bukan hartanah yang kosong. Boleh jadi hartanah itu masih didiami oleh pembeli asal, ataupun terdapat penyewa yang tinggal di dalamnya. Menjadi tanggungjawab anda untuk melakukan tindakan yang bersesuaian dengan peruntukkan undang-undang untuk mengosongkan rumah tersebut.

Tak apa, topik ini mungkin kita boleh bincangkan lagi di lain masa.

 

Bab 3 Mengumpul Dana Untuk Deposit-deposit

 

Kalau berbisnes, kita perlu dana sebagai modal perniagaan. Kalau melabur dalam hartanah, kita juga perlukan dana untuk mendapatkan hartanah kita yang pertama atau yang ke seterusnya. Persoalannya ialah, bagaimana cara nak kumpul modal bagi membiayai kos untuk deposit?

 

Ia bermula dengan perancangan yang mantap. Ya, sekarang ini mungkin kita masih belum ada kemampuan untuk melabur dalam pelaburan hartanah. Namun, tak salah rasanya kalau bermula dari sekarang, kita belajar serba sedikit tentang pelaburan ini dan pada masa yang sama, kita menabung sedikit demi sedikit untuk mencukupkan duit bagi mengumpul deposit.

 

Tak ada ilmu dalam pelaburan hartanah? Tak ada masalah. Saya syorkan anda baca buku ini

(1) Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru

(2) Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan

(3) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

(4) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

 

Ada banyak lagi buku-buku tentang hartanah yang bagus-bagus ada diluar sana. Ambil masa untuk baca.

 

Bab 4 Menjana Wang Daripada Pelaburan Anda
Membeli untuk menjual
Beli dan pegang

 

Ok… dah ada hartanah, mestilah kita nak buat duit kan. Tak kan kita nak biarkan macam tu je, betul tak? Lainlah kalau hartanah yang kita beli tu untuk dijadikan rumah kediaman kita.

 

Membeli untuk menjual. Hartanah tersebut dibeli dengan harga yang lebih rendah dan apabila nilai hartanah tersebut naik, kita jual semula mengikut harga pasaran yang telah meningkat.

 

Beli dan pegang. Hartanah yang dibeli, dipegang untuk satu tempoh masa. Dalam tempoh masa tersebut, hartanah tersebut disewakan, supaya ia menghasilkan pendapatan dalam bentuk wang sewa. Kemudian, bila masanya sesuai, barulah anda ambil tindakan seterusnya. Sama ada nak jual, ataupun nak terus nikmati pendapatan dalam bentuk duit sewa.

 

“… tapi, strategi yang mana satu yang bagus kalau nak buat duit?”

Kedua-dua strategi ini bagus dan ada kelebihannya. Jawapan klise adalah, “ia bergantung kepada strategi pelaburan anda.” Ha ha

 

Untuk memudahkan kefahaman, penulis ada berikan dua contoh berdasarkan situasi sebenar. Antara beli rumah teres dua tingkat dengan beli apartment di lokasi yang sama. Jika strategi kita ialah untuk beli dan jual, rumah jenis teres dua tingkat adalah lebih menguntungkan. Manakala, jika kita lebih suka beli dan pegang, maka rumah jenis apartment akan beri aliran tunai yang positif kepada kita berbanding rumah jenis teres. Kenapa boleh jadi macam ni? Panjang penjelasan dia. Baik baca buku ini ya.

 

Bab 5 Mengelakkan Kesilapan Lazim Apabila Memperoleh Hartanah

 

Dalam apa jenis pelaburan sekalipun, memang kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau kesilapan yang kita lakukan itu adalah kesilapan yang unik, yang tak ada orang lain buat kesilapan tu melainkan kitalah yang pertama, saya kira itu masih boleh dimaafkan.

 

Tetapi, kalau kesilapan itu adalah kesilapan yang LAZIM, maka ini perkara lain. Memang patut pun kita salahkan diri sendiri kalau kesilapan itu kita lakukan. Siapa suruh kita tak bersiap sedia dan tak cari ilmu sebelum nak mula melabur, betul tak?

 

Dalam pelaburan hartanah, sudah tentu terdapat risiko. Dalam situasi ini, risiko kita adalah sama ada

(a) Kehilangan duit deposit

(b) Pulangan tak seperti yang diharapkan ataupun langsung tak ada pulangan ataupun RUGI

 

Kalau tak nak lalui perkara macam ni, kenalah banyakkan membaca ataupun setidak-tidaknya bertanyalah pada yang pakar.

 

Bab 6 Kesimpulan

 

Buku ini sebenarnya tak tebal mana pun. Hanya mengandungi 93 muka surat, lebih kurang. Ia  sarat dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan asas yang anda perlu tahu mengenai pelaburan hartanah.

 

Walaupun pelaburan hartanah itu nampak MAHAL, dan mempunyai risiko yang tinggi, especially untuk mereka yang berpendapatan sederhana, namun realitinya ialah, pelaburan hartanah terbukti sebagai pelaburan yang menjana kekayaan kepada para pelaburnya, apabila dilakukan dengan betul.

 

Saya tak dapat nak cerita semua tentang pelaburan hartanah dalam ni. In fact, saya percaya adalah lebih baik anda dapatkan buku ini, Akademi Pelaburan Hartanah Untuk Pelabur Baru dan baca sendiri. Harganya juga tidaklah begitu mahal. Hanya RM29.90 sahaja untuk ilmu tentang hartanah tanpa perlu susah payah datang ke kelas.

 

Kalau nak beli secara online, boleh beli di laman web bookplanet. Atau anda boleh juga kunjungi mana-mana kedai buku berhampiran anda.

 

Alright, nanti saya review buku lain pulak.

 

The post Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru appeared first on Blog Sabree Hussin.

40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

$
0
0

Dalam urusan jual beli hartanah, ia akan melibatkan urusan dan proses perundangan yang agak rumit. Mujurlah, dalam setiap urusniaga, kita boleh dapatkan khidmat peguam sebagai pemudah cara dalam transaksi tersebut.

 

Jika tidak, mungkin kita semua terpaksa “study” sendiri banyak terma-terma berkaitan perundangan dan perlu bersiap sedia untuk jadi peguam segera apabila ingin membeli hartanah. Sudah tentu, ini akan melambatkan dan menyukarkan lagi urusan jual beli, kerana setiap orang yang tak mempunyai latar belakang undang-undang mungkin akan memberi interpretasi yang berbeza terhadap sesuatu proses yang terlibat mengikut kefahaman masing-masing sebagai orang awam.

 

Mujurlah ia tak seharusnya begitu. Segala proses berkaitan perundangan akan dipermudahkan dengan bantuan peguam.

 

tanya-peguam-hartanah Namun, adakah kita patut meletakkan 100% kepercayaan kepada peguam tanpa perlu kita ambil tahu langsung tentang urusan yang dijalankan?

 

Bukankah pelaburan tersebut adalah pelaburan kita. Bukankah setidak-tidaknya, kita perlu ambil tahu, apa sebenarnya yang sedang berlaku terhadap hartanah yang kita sedang dapatkan.

 

40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

 

Nak tanya peguam tentang hartanah, tapi tak tau nak tanya apa. Kalau tanya sebarangan, nanti nampak sangat pulak bodohnya kita ni. Apa pun, ego dan maruah diri perlu dijaga. Bukankah itu sifat semulajadi kita sebagai manusia biasa.

 

Jangan risau. Buku ini akan menyelamatkan anda, dan In Shaa Allah akan bantu anda untuk kelihatan seperti pakar, kalaupun sebenarnya anda masih lagi agak baru dalam hal-hal berkaitan perundangan dalam pelaburan hartanah. Walaupun bukan pakar, at least daripada soalan-soalan yang bakal kita tanyakan, ia dapat menonjolkan diri kita sebagai seorang yang ada pengetahuan yang baik tentang aspek perundangan dalam pelaburan hartanah! 

 

Mari kita lihat isi kandungan yang bakal anda baca dari buku ini.

(1) Siapakah Peguam Hartanah?

(2) Bagaimana untuk saya memeriksa kredibiliti seorang peguam?

(3) Apakah fungsi seorang peguam dalam sesuatu transaksi hartanah pemaju perumahan?

(4) Berapakah bayaran yang dikenakan oleh peguam untuk transaksi hartanah?

(5) Bolehkah saya mendapat sebarang diskaun untuk yuran guaman?

(6) Apakah disbursmen?

(7) Apakah bayaran lain yang boleh peguam saya kenakan ke atas saya?

(8) Apakah duti setem?

(9) Bagaimanakah duti setem dikira?

(10) Adakah terdapat pengecualian dari membayar duti setem?

 

Atas ini adalah 10 soalan pertama yang anda boleh baca dalam buku 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia ini. Anda nak cuba teka atau nak cuba cari jawapannya?

 

Fungsi seorang peguam hartanah di dalam sesuatu transaksi hartanah adalah untuk bertindak sebagai pemudahcara dalam proses pindahmilik sebarang hartanah dari satu pihak ke satu pihak yang lain. Antara fungsi seorang peguam di dalam transaksi hartanah termasuk

(a) Mendraf Perjanjian Jual Beli

(b) Mendapat kelulusan pemaju perumahan untuk Perjanjian Jual Beli yang telah di draf itu

(c) Menerangkan klausa-klausa di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut kepada pembeli

(d) Mematikan setem hasil untuk mengesahkan Perjanjian Jual Beli tersebut

(e) Membayar duti setem bagi pihak pembeli

(f) Mendaftar dokumen-dokumen di pejabat tanah

(g) Berinteraksi dengan pemaju perumahan dan bank bagi pihak pembeli

(h) Menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pembeli dengan pemaju perumahan atau bank

(i) Memastikan setiap pihak mempunyai sesalinan perjanjian jual beli dan dokumen-dokumen lain

(j) Memberitahu semua pihak, sama ada kepada pembeli atau bank pembeli tentang apa-apa bayaran yang perlu dibuat kepada pihak pemaju

(k) menerima bayaran bagi pihak pemaju perumahan dan menyerahkan bayaran tersebut kepada mereka

(l) Bertindak sebagai pemegang pertaruhan

(m) Menyerahkan surat hakmilik yang telah dipindahmilik dengan sah kepada pembeli

 

Perkara (a) hingga (m) ini hanya sebahagian daripada tugas-tugas seorang peguam kepada anak guamnya.

 

Tentang disbursmen pula. Ia adalah bentuk bayaran yang perlu kita jelaskan kepada peguam untuk apa-apa kerja dan perkhidmatan yang perlu dilakukan oleh peguam bagi pihak kita.

Disbursmen ialah bayaran bagi setiap dokumen yang dilengkapkan oleh peguam bagi pihak anda dan difailkan untuk menyempurnakan sesuatu transaksi hartanah.

 

Ok. Jom kita tengok soalan lain yang boleh kita tanyakan kepada pihak peguam kita.

(11) Bagaimanakah rupa inbois dari firma guaman?

(12) Apakah cukai servis dan apakah semua peguam perlu mengutip cukai servis?

(13) Apakah cara yang boleh saya gunakan untuk membayar peguam saya?

(14) Siapakah yang membayar peguam-peguam dalam transaksi hartanah?

(15) Bolehkah pemaju perumahan mensyaratkan saya untuk menggunakan peguam mereka?

(16) Sekiranya saya membayar peguam panel pemaju perumahan, peguam itu bertindak bagi pihak siapa dalam transaksi tersebut?

(17) Sekiranya peguam tersebut dibayar oleh pemaju perumahan, adakah hak saya terpelihara dalam transaksi tersebut?

(18) Bolehkah saya melantik peguam saya sendiri jika membeli dari pemaju perumahan?

(19) Bagaimanakah saya dapat memastikan bahawa peguam saya melakukan tugasnya?

(20) Apakah perlindungan yang saya ada sekiranya peguam saya melakukan apa-apa kesalahan?

(21) Apakah insurans pampasan gantirugi profesional?

(22) Bolehkah saya menukar peguam saya ketika transaksi berjalan?

(23) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya firma guaman yang saya lantik mengendalikan transaksi hartanah saya ditutup

(24) Apakah soalan-soalan lain yang patut saya tanya kepada peguam saya?

(25) Ada berapa banyak jenis hartanah dibawah undang-undang?

(26) Apakah Perjanjian Jual Beli?

(27) Berapa lamakah hubungan saya dengan pemaju perumahan?

(28) Apakah jabatan-jabatan kerajaan yang mengendalikan transaksi hartanah di Malaysia?

(29) Apakah perbezaan antara Cukai Pintu dengan Cukai Tanah?

(30) Bagaimanakah untuk saya membatalkan pembelian hartanah?

(31) Apakah kesannya jika saya membatalkan transaksi pembelian hartanah?

(32) Apakah remedi yang boleh saya tuntut sekiranya pemaju perumahan melakukan apa-apa kesalahan?

(33) Berapa lamakah masa untuk sesuatu transaksi hartanah selesai?

(34) Apakah perbezaan antara Perjanjian Jual Beli untuk Kediaman Di Atas Tanah dan Hartanah yang akan Dipecahbahagi?

(35) Siapakah pihak-pihak yang akan terlibat dalam sesuatu transaksi hartanah?

(36) Siapakah pemaju perumahan?

(37) Siapakah yang mengawal selia pemaju perumahan?

(38) Apakah maklumat yang boleh diiklankan oleh pemaju perumahan?

(39) Sekiranya saya seorang warga asing, bolehkah saya membeli hartanah di Malaysia?

(40) Adakah skim Malaysia Rumah Keduaku mempunyai sebarang kaitan dengan pembelian hartanah oleh seorang warga asing?

 

Peraan tak, kat atas ni ada beberapa soalan yang saya boldkan seperti ini. Itu maknanya, ia adalah bahagian yang PENTING dan WAJIB TAHU.

 

Boleh jadi, anda juga pernah terlintas untuk bertanyakan soalan-soalan seperti di atas, cuma tak tau bagaimana cara untuk tanyakan soalan-soalan tersebut, ada ke?

 

Jadi saranan saya, selepas saya dah habis baca buku 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia ni, setiap orang yang bakal membeli hartanah sama ada untuk kediaman sendiri ataupun untuk tujuan pelaburan memang WAJIB baca buku ini.

 

Untuk memudahkan anda, saya syorkan anda dapatkan sahaja secara online dengan menekan klik pada pautan ini. Buku ini dijual dengan harga RM29.90 sahaja.

 

Ok selesai bab perundangan. In Shaa Allah, di lain masa saya akan kongsikan buku lain pula berkaitan dengan pelaburan hartanah yang patut anda baca dan miliki.i

 

Oh ya, sebelum saya terlupa, setiap soalan yang ditanyakan juga disertakan dengan jawapan. Jadi, untuk situasi hartanah anda, mungkin jawapannya tidak sama seperti yang dinyatakan dalam buku ini. Menjadi tanggungjawab anda untuk bertanya kepada peguam anda untuk dapatkan kepastian dan penjelasan yang lebih tepat.

 

Selamat membaca buku 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia dan semoga bermanfaat.

 

 

The post 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia appeared first on Blog Sabree Hussin.

Banner Iklan Lazada akhirnya convert kepada sales juga!

$
0
0

Mula-mula ada rasa macam nak give up. Lepas tu saya mula mempersoalkan keberkesanan menyiarkan banner iklan dari Lazada di blog saya. Berkesan ke? Boleh ke convert kepada sales?

 

Hampir-hampir saya buang iklan tersebut, lalu saya teringat kata-kata Brian Tracy dalam bukunya, The Psychology of Selling edisi Bahasa Melayu.

 

Masalah lazim buat para jurujual ialah, terlalu cepat menyerah kalah dan kurang berusaha. Bila tak nampak hasil, terus rasa nak berhenti. Walhal sepatutnya pada ketika ini, kita perlu pelbagaikan lagi strategi pemasaran agar mendapatkan kesan yang kita inginkan.

komisyen_lazada

Atas ni antara komisyen yang lekat pada bulan ni.

 

Kebiasaannya saya akan gunakan fungsi deeplink untuk mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada. Cuma beberapa hari atau mungkin beberapa minggu yang lepas saya nak cuba sesuatu yang baru. Kali ini saya nak cuba buat jualan hanya dengan menyiarkan banner iklan dari lazada.

 

apple-iphone-refurbishedSalah satu contoh banner iklan yang anda boleh lihat adalah seperti di sebelah ini.

 

Seperti yang anda lihat, iklan tersebut adalah mengenai Apple Iphone Refurbished Set.

 

Kalau anda masih belum tahu, apa yang dimaksudkan dengan set refurbished ni, boleh baca artikel berikut ya.

Klik untuk baca: Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?

 

Memandangkan hanya dengan siarkan iklan dari Lazada pun boleh masuk sales, maka nampaknya “terpaksalah” saya biarkan lama sikit banner tersebut dalam blog ni. Manalah tahu, musim-musim orang dapat gaji ni, akan ada banyak lagi sales yang bakal melekat.

 

“Orang kita memang tak minat buat duit kalau income dia sen-sen ke?”

Seperti yang kalian boleh perhatikan, komisyen dari Lazada ni sebenarnya bukannya tinggi sangat pun. Ya, sen-sen sahaja.

 

Contohnya macam kat screenshot diatas. Saya hanya captured 3 sales terkini yang diperolehi sahaja. Jumlahnya ialah

$0.96 + $0.55 + $0.64 = $2.15

 

Oh nanti dulu. Kita kena convert kepada matawang RM terlebih dahulu. Andaikan, pada hari ini kadar tukaran matawang RM kepada USD ialah RM4.20 bersamaan dengan USD1.

 

Jadi,

$2.15 x RM4.20 = RM9.03

 

Boleh dapat sepinggan nasi ayam dengan teh ais. Ini contoh kalau dapat 3 sales sahaja, bagaimana pula kalau dapat banyak sales? Ha… kiralah sendiri.

 

“Macam mana nak join program affiliate Lazada?”

Good question. Nampaknya anda dah mula tunjuk minat untuk buat duit jugak dari program ni kan. Baik, memandangkan saya dah pernah tulis tentang cara-cara nak join program affiliate Lazada dalam blog ini, saya tak akan tulis untuk kali kedua.

 

Saya bagi anda link, dan saya harap anda dapat luangkan masa untuk baca ya.

Baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Memang seronok bila dapat komisyen. Tapi, saya tak naklah cuma seronok sorang-sorang. Kalau boleh, saya nak kongsikan kegembiraan ini bersama dengan anda. Apa kata anda pun join sebagai affiliate dan mula buat duit sekarang.

 

Mana tau, lepas ni anda mungkin akan dapat lebih banyak sales dari saya. Bukankah itu lebih awesome?

 

 

The post Banner Iklan Lazada akhirnya convert kepada sales juga! appeared first on Blog Sabree Hussin.


7 Kesilapan Lazim yang biasa dilakukan oleh orang yang berhutang

$
0
0

Hutang. Ada yang baik dan ada yang lebih baik jangan dibuat. Hutang yang baik, menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan lebih sempurna, manakala hutang yang tidak baik, hanya menjanjikan masa depan yang suram kepada kita.

 

Pilihan ditangan kita. Wajarkah kita berhutang untuk mendapatkan sesuatu perkara? Adakah perkara tersebut benar-benar worth it dan bernilai tinggi untuk kita korbankan kebebasan hidup kita di masa hadapan semata-mata untuk menjadi hamba hutang.

 

Fikir-fikirkanlah, dan buatlah keputusan yang terbaik. Kali ini, saya nak share antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh para peminjam. Beringat sebelum kena. Jangan sampai bila dah jadi, baru nak menyesal tak sudah. Masa tu, dah agak terlewat ya.

 

(1) Buat pinjaman untuk beli liabiliti

Maksud liabiliti adalah sesuatu yang menyebabkan duit keluar dari poket kita. Ini salah satu contoh yang tidak baik untuk kita. Sebagai contoh, berhutang sebab nak beli smartphone Apple Iphone.

apple-iphone-refurbished

 

Smartphone ni sebenarnya tak beri apa-apa nilai tambah kepada kita. Sebaliknya, setiap bulan kita kena keluar duit untuk beli topup. Inilah contoh liabiliti. Ia menyebabkan duit keluar dari poket kita.

 

(2) Tidak semak sama ada pinjaman tersebut menggunakan kaedah konvensional atau sistem kewangan islam

Apa beza antara kaedah pinjaman berdasarkan sistem kewangan konvensional dengan sistem kewangan islam? Bezanya adalah dari segi kontrak pinjaman tersebut. Dalam sistem kewangan konvensional, wujud elemen riba, manakala dalam konteks kewangan Islam, ianya bebas daripada riba.

 

Dah nampak kenapa hati selalu tak tenang, dan hutang pula asyik datang menimpa-nimpa seolah-olah tak pernah habis? Boleh jadi kerana tiadanya keberkatan.

Baca juga: Riba Dalam Urusniaga Jual Beli dan Hutang

 

(3) Sandarkan pinjaman pada aset yang tak kukuh

“Saya nak pinjam sebanyak RM10,000 dan bayaran balik saya akan bayar semula menggunakan duit komisyen dari Lazada.”

 

Pada mulanya, idea seperti ini memang nampak bernas. Ia seolah-olah anda menggunakan sumber kedua, yang tak ada kena mengena dengan pendapatan utama untuk bayar balik hutang yang dibuat. Jadi, walaupun berhutang ia pasti tidak terlalu menjejaskan kedudukan kewangan anda.

 

Namun, anda pasti ke aset yang anda jadikan sandaran itu benar-benar kukuh? Adakah komisyen yang bakal masuk itu nanti jumlah sentiasa konsisten? Atau adakah anda pasti anda akan dapat komisyen setiap bulan?

 

Dalam contoh ini saya gunakan contoh komisyen dari Lazada. Untuk situasi orang lain, mungkin ada yang sandarkan dengan income yang masuk dari duit sewa. Sama juga halnya. Adakah anda yakin, penyewa anda akan tetap dan kekal menyewa di rumah sewa milik anda?

 

(4) Meminjam terlalu banyak melebihi jumlah yang diperlukan

“Biar lebih, jangan kurang?”

 

Dalam konteks membuat pinjaman, pinjaman berlebihan hanya akan menyusahkan kita kembali.

 

(5) Habiskan semua duit pinjaman

Satu perkara yang kita semua perlu ambil perhatian yang serius ialah, duit yang dipinjam bukanlah percuma. Ia perlu dipulangkan semula dan setiap sen yang dipinjam perlu dibayar balik beserta dengan bunganya.

 

Jadi, sebelum nak habiskan semua duit yang dipinjam untuk tujuan yang tak ada kena mengena dengan tujuan asal kenapa duit tersebut dipinjam, adalah lebih baik fikirkan semula. Lebih baik pulangkan semula duit lebihan itu tadi kepada pihak yang memberi pinjaman.

 

(6) Hanya bayar minimum

Ini biasa berlaku dalam hutang kad kredit. Jangan sesekali hanya bayar minimum. Bayar lebih. Kalau mampu, buatlah full settlement. Hutang kad kredit adalah hutang yang tinggi kadar interestnya.

 

Jika anda hanya bayar minimum, bermakna akan jadi lagi panjang tempoh bayaran balik.

Baca juga: Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

 

(7) Tak ada strategi dan perancangan yang kukuh untuk buat bayaran balik

Apa yang perlu kita fikirkan sebagai peminjam ialah, “Macam mana nak bayar balik?”

 

Adalah lebih baik, kita tahu dengan jelas, macam mana nak buat bayaran balik, sebelum kita memandai-mandai nak buat sebarang pinjaman. Adakah melalui perniagaan yang kita jalankan, ataupun melalui upah kerja-kerja sambilan yang kita jalankan di masa terluang.

 

Zaman sekarang ni memang cukup susah nak cari individu yang betul-betul bebas hutang. Mungkin hanya kanak-kanak sahaja yang tak mempunyai hutang. Itu pun kita tak tau lagi, sampai bila kanak-kanak tersebut akan bebas hutang.

 

Boleh jadi, apabila kanak-kanak tersebut dewasa kelak, dia bakal mewarisi hutang kedua ibu dan bapanya.

 

 

The post 7 Kesilapan Lazim yang biasa dilakukan oleh orang yang berhutang appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang

$
0
0

Perhatian buat pemilik blog! Jika anda mempunyai laman blog dan anda masih lagi belum mempunyai pelan ataupun perancangan untuk memiliki sistem yang boleh membantu anda mempunyai pendapatan pasif, saya rasa anda perlu baca perkongsian ini.

 

Perkongsian ini adalah mengenai sebuah syarikat pengiklanan yang memang tak asing lagi. Saya percaya, anda pasti pernah dengar nama ini, NUFFNANG. Persoalannya, sudahkah anda memaksimakan program pengiklanan ini untuk kebaikkan anda.

buat-duit-nuffnang

 

Ringkasnya, dengan program pengiklanan ini, anda boleh buat duit! Berapa banyak yang bakal dihasilkan, itu bergantung kepada anda sendiri. Buat duit dengan menulis blog memerlukan  usaha yang keras dan berterusan. Ia tak akan menunjukkan hasil dengan begitu pantas, let say dalam tempoh 24 jam misalnya.

 

Cara raih pendapatan dengan Nuffnang? Peranan kita sebagai pemilik blog adalah untuk menyiarkan iklan dari Nuffnang. Jika anda masih belum tahu, bagaimana rupa bentuk iklan-iklan dari Nuffnang, anda boleh baca post saya sebelum ini.

Klik sini untuk baca: Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang

 

Jujurnya, jika anda adalah jenis yang tak kisah dengan income sen-sen, sanggup bersabar dan paling penting tak terlalu mengharapkan pendapatan dari Nuffnang, maka program ini sesuai untuk anda. Ia mungkin akan ambil masa yang agak panjang untuk pendapatan anda mencecah tiga angka, lebih-lebih lagi jika laman web anda tidak mempunyai bilangan trafik yang tinggi.

 

Ini adalah contoh pendapatan yang mungkin anda akan perolehi

cara-raih-pendapatan-dengan-nuffnang

Lihat pada bahagian Amount. Itu adalah kadar upah yang bakal dibayar kepada pemilik laman blog. Jika bilangan trafik tinggi, maka In Shaa Allah, tinggi jugalah pendapatan dari Nuffnang yang boleh dihasilkan.

 

Walaubagaimanapun, jumlah ini masih belum muktamad. Seperti yang anda adpat lihat, status iklan ini masih lagi on going. Bermakna ia akan terus bertambah dari masa ke masa.

 

Sebagai pemilik blog ini, sebenarnya saya tak perlu buat apa-apa sangat pun. Hanya perlu menulis di blog seperti biasa. Income dari Nuffnang ini akan terus bergerak sendiri, dan jika cukup amaun yang dibenarkan untuk cash out, saya dah boleh dapat bayarannya.

 

Kalau anda masih belum pernah jadi publisher untuk Nuffnang, dan anda minat nak jadi publisher, bolehlah dapatkan akaun publisher anda disini.

 

 

The post Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana sistem AutoDownline mampu memudahkan kerja-kerja pemasaran Tone Excel anda?

$
0
0

Kewujudan pelbagai sistem-sistem autodownline yang terdapat di internet sememangnya berupaya untuk bantu memudahkan kerja-kerja pemasaran bisnes simkad Tone Excel kita. Persoalannya, sudahkah anda menjadi salah seorang pengguna sistem autodownline ini?

 

Jika anda masih belum pernah menggunakan sistem apa-apa sistem autodownline sebelum ini, mungkin anda berminat untuk baca post saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

Untuk sesetengah orang, mereka “kurang percaya” dan “tak berapa yakin” dengan penggunaan sistem-sistem seperti ini. Mungkin sebab penerangan tentang cara penggunaan sistem ini yang agak kurang, ataupun mungkin sebab mereka lebih suka dan terbiasa dengan cara yang biasa digunakan.

 

Apa pun, dengan adanya sistem autodownline seperti ini, pengguna dan juga penggiat bisnes Tone Excel kini mempunyai alternatif untuk mempromosikan bisnes mereka dengan cara yang lebih pelbagai. Jadi, tak adalah kita hanya fix pada satu cara sahaja. Kalau cara kita tak berapa berhasil, mungkin cara lain akan beri kita kesan yang positif. Siapa tahu, kan?

 

Ini salah satu sistem autodownline Tone Excel yang saya sendiri gunakan. Jika anda klik sini, anda akan dibawa ke laman web sistem autodownline tersebut. Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

bisnes_tone_excel_free_downline

Memandangkan ini adalah sistem yang lebih kerap saya gunakan, maka dalam perkongsian kali ini, saya akan lebih bercerita tentang sistem downline jenis ini berbanding lain-lain sistem. Baiklah, pasti ada nak tau, dari segi apa dan bagaimana sistem yang begini ringkas dan mudah dapat bantu anda dalam mengembangkan bisnes Tone Excel anda, betul tak? Jom saya terangkan.

 

(1) Konsep kerja berpasukan “team work” dalam sistem AutoDownline

Setiap pengguna sistem ini hanya dibenarkan untuk mempunyai 10 orang downline sahaja di level 1. Bermakna, kalau seseorang itu dah mempunyai 10 orang downline, maka downline yang ke 11 akan di susun di level 2. Jadi, downline yang pertama, yang berada di level 1, akan menerima downline yang ke-11 dari kita.

 

Apa yang berlaku sebenarnya ialah downline kita yang di level 1 itu tadi mendapat “spill-over from upline”. Walaupun dia tak buat promosi, tak buat iklan, tak buat pemasaran dan sebagainya, dengan adanya fungsi “spillover from upline” ini, dia juga akan dapat downline secara automatik.

 

Dengan menggunakan sistem ini, sebenarnya upline juga ada peluang untuk dapat downline dari downline level 1 yang masih belum upgrade sebagai VIP member. Setiap pengguna baru ada masa selama 30 hari untuk upgrade sebagai VIP member. Jika dalam tempoh 30 hari tu, dia tak upgrade, akaunnya di sistem AutoDownline akan dibatalkan, dan setiap downline yang diperolehi menerusi sistem autodownline semuanya akan di transfer kepada upline yang telah upgrade sebagai VIP member.

 

Baiklah, saya syorkan anda baca post saya sebelum ini untuk melihat bagaimana konsep spill over ini berfungsi.

Klik sini untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

 

Walaubagaimanapun, suka untuk saya ingatkan, kesan sedemikian mungkin akan anda dapat saksikan hanya apabila anda sertai menerusi upline yang memang aktif buat promosi. Kalau anda join dengan upline yang agak slow, mungkin anda tak akan dapat rasa kesan spill over tu tadi.

 

(2) Anda tak perlu susah payah nak cipta sistem baru atau laman web promosi baru

Kos untuk mewujudkan sistem seperti ini bukannya murah. Jika anda tak mempunyai kepakaran, anda “terpaksa” mengupah programmer untuk buat kerja-kerja pembinaan laman web ini untuk anda.

 

Kos upah juga bukannya murah. Dengan mudah, anda boleh terbang RM500 – RM1,000 semata-mata untuk menyediakan laman web seperti ini, yang dilengkapi dengan fungsi autodownline.

 

(3) Tak perlu simpan stok simkad, buku panduan dan lain-lain merchandise

Anda tak perlu risau tentang stok, kerana pengendali bagi laman web sistem Autodownline ini adalah seorang yang berpangkat branch dan beliau memiliki stok simkad yang banyak. Jika ada pelanggan yang berminat nak beli simkad, boleh buat tempahan dari pengendali laman web autodownline ini, iaitu Shamsudin Zakaria.

 

Selain daripada simkad, anda juga boleh dapatkan stok buku-buku panduan dan juga merchandise Tone Excel.

 

(4) Anda boleh fokus kepada kerja-kerja promosi dan pemasaran

Ada sebab kenapa perniagaan ini digelar Network Marketing. Ia adalah gabungan dari dua perkataan, iaitu Networking (jaringan) dan juga Marketing (pemasaran). Mudahnya, dalam bisnes ni, fokus kita adalah untuk membina rangkaian dan kenalan dan pada masa yang sama, kita memasarkan produk syarikat kepada rangkaian dan juga kenalan baru yang kita temui tersebut.

 

Namun demikian, kerja-kerja pemasaran kita mungkin akan jadi “slow” kalau kita terpaksa buat kerja-kerja lain seperti kerja-kerja admin, penghantaran, support dan sebagainya. Saya syorkan, anda outsource sahaja kerja-kerja seperti ini kepada team AutoDownline.

 

Dengan demikian kita boleh fokus kepada kerja-kerja lain yang boleh mendatangkan income berbanding kerja-kerja yang langsung tak beri kita duit.

 

(5) Anda boleh sebarkan iklan-iklan anda di serata laman web yang anda mampu capai

Sekarang anda sudah tak lagi disibukkan dengan urusan-urusan dan hal-hal berkaitan admin dan juga support. Anda boleh go full force untuk kerja-kerja pemasaran.

 

Bayangkan, jika dalam masa sehari anda mampu untuk hasilkan 10 iklan dan siarkan iklan anda tersebut di internet, dalam masa sebulan, anda akan ada 10 iklan yang bekerja untuk anda. Kalau anda konsisten buat semua ini dalam masa setahun, wah… dah tentu akan ada banyak iklan-iklan yang mewakili diri anda tersebar di internet.

 

Ini apa yang saya sendiri rasakan sekarang ini. Saya dapati, dengan menggunakan sistem ini, saya dah tak perlu lagi simpan stok, terkejar-kejar nak ke pejabat pos sebab nak pos satu atau dua simkad dan sebagainya. Saya boleh fokus untuk buat kerja-kerja pemasaran sahaja.

 

Masa lain yang terluang, saya boleh gunakan untuk promosikan produk lain. Oh… jika anda biasa baca blog ini, anda patut tahu, saya bukan jual simkad Tone Excel sahaja. Saya juga ada jual macam-macam produk. Anda boleh lihat laman web ini untuk mengetahui apa lagi yang saya promosikan.

 

Baiklah, semoga perkongsian ringkas saya ini dapat bantu beri pencerahan kepada anda. Jika anda masih belum sertai sebagai pengguna Tone Excel, bolehlah klik sini untuk dapatkan starter pack anda.

 

The post Bagaimana sistem AutoDownline mampu memudahkan kerja-kerja pemasaran Tone Excel anda? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana cara nak dapatkan prospek 100% dari Facebook?

$
0
0

Soalan ini pernah ditanyakan kepada saya. Saya pun tak tau, sama ada yang bertanya ni benar-benar serius tak tau macam mana nak dapatkan prospek dari Facebook, atau sebenarnya dia sedang bosan dan tak tau nak tanya apa pada saya.

 

“Macam mana cara nak dapatkan prospek dari Facebook 100%?”

 

Soalan ini memang nampak mudah. Namun, nak jawab dengan lengkap… fuh agak mencabar. Apa pun, pada asasnya, jika tujuan kita adalah untuk dapatkan prospek dari Facebook, sudah tentulah kerja-kerja pemasaran yang kita lakukan juga perlu dilakukan di laman web Facebook.

Pemasaran_fb

 

Sangatlah tak beretika, jika ada seseorang yang berkata,

(1) Saya berjaya jana 4 angka dalam masa 3 hari hanya dengan melakukan pemasaran di Facebook, sedangkan pada masa yang sama, dia juga sebenarnya buat marketing kepada ribuan emel list subscriber yang dimiliki

 

(2) Saya mampu raih komisyen affiliate secara konsisten setiap bulan hanya dengan buat promosi di media sosial, walhal dia sebenarnya menggunakan kaedah pemasaran SEO.

 

Kedua-dua ini adalah contoh yang agak tak patut dan kejam. Ianya misleading dan buatkan orang percaya, yang laman web Facebook tu mempunyai keajaiban yang sangat-sangat hebat. Sebenarnya bukan begitu. Ada ketikanya anda perlu gabungkan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada laman web FB dengan lain-lain mekanisme pemasaran yang ada.

 

bisnes-lumayan-facebook

Sekiranya pada waktu ini, anda memerlukan panduan yang khusus dan menyeluruh mengenai pemasaran di Facebook, boleh lihat panduan terbaru ini. Panduan ini akan mengajar anda cara-cara untuk mendapatkan produk yang hot dan mempunyai demand yang tinggi di Facebook. Klik sini untuk lihat penerangan yang lebih lanjut.

 

Baik, kita kembali kepada topik asal, iaitu “macam mana nak cari prospek di facebook?” Jawapannya adalah dengan mengetahui, dimana prospek kita selalu lepak di Facebook. Dari apa yang saya perhatikan, prospek kita akan suka lepak di

(1) Facebook Fanpage

(2) Facebook Group

 

Dua tempat ini memang tempat lepak yang famous. Sekarang anda dah tau, kat mana prospek kita akan selalu pergi, jadi kat situlah anda perlu “serang” mereka.

 

Saya sendiri, suka lepak dia page milik Rafizi Ramli. Saya tak pernah post apa-apa kat page tersebut, hanya baca sahaja. Saya dapati page tersebut agak aktif dan ramai juga yang selalu komen dan share apa-apa yang di update disitu.

 

Ha, sekarang pandai-pandailah anda atur strategi macam mana nak buat marketing kat page tu. Ingat, buat marketing bukannya 100% dengan cara buat iklan. Pengiklanan adalah salah satu daripada kaedah pemasaran. Namun, untuk buat pemasaran, seseorang itu tak semestinya hanya perlu bergantung seratus peratus kepada iklan semata-mata. Faham?

 

Selain daripada fanpage, FB Group juga antara tempat yang best untuk pengguna FB habiskan masa secara online. Saya bukan tengah cerita pasal group iklan semata-mata, tetapi group yang mempunyai tujuan tersendiri. Contohnya group untuk mencari jodoh, group untuk berkongsi pengalaman melancong dan macam-macam lagilah.

 

Joinlah group-group seperti ini dan buatlah pemasaran di sana. Sekali lagi, bila saya kata buatlah pemasaran disana, saya bukan maksudkan buatlah iklan disana. Jika anda masih lagi keliru, apa itu pengiklanan, dan apa itu pemasaran, saya rasa anda patut luangkan masa untuk dalami subjek ini jika ada masa lapang.

 

Selain dua ni, ada juga personal-personal profile yang mempunyai bilangan pengunjung yang ramai. Terutama sekali jika pemilik akaun tersebut adalah seorang selebriti ataupun seorang public figure. Kat situ pun boleh dapat prospek juga.

 

Bagaimana kalau saya baru nak bermula dengan pemasaran di Facebook?

pemasaran-menggunakan-facebook

Saya berpendapat, anda patut mulakan dengan menjual produk yang memang diperlukan oleh rakan-rakan dalam friendlist anda. Contohnya, tudung. Kalau dalam friendlist ramai kawan perempuan, dan kita pulak memang kenal semua kawan-kawan kita tu, mulalah dengan menjual sesuatu yang memang mereka gunakan.

 

Kita boleh lihat album gambar kawan-kawan kita. Apa jenis pakaian yang mereka biasa guna. Apa jenama tudung yang mereka biasa pakai. Adakah mereka jenis peminat tudung bawal atau peminat shawl dan sebagainya. Bila kita dah tahu maklumat-maklumat ini, barulah kita mulakan langkah pertama kita untuk berniaga.

 

Sebenarnya, saya setuju dengan saudara Afiq, kalau nak berniaga, juallah produk yang confirm laku dan ada permintaan, walaupun pada hakikatnya kita tak berapa suka produk tu. Apa yang kita suka sebenarnya tak begitu penting, sebab apa yang lebih penting ialah, bakal pelanggan kita suka dengan apa yang kita jual. Kan mereka juga yang akan menyumbangkan duit pada kita.

 

Apa lah gunanya, kita syok sendiri jual macam-macam produk, namun hakikatnya, kawan-kawan dalam list kita langsung tak berkenan pun dengan apa yang kita tawarkan. Syok sendiri, dan syok sendiri tak akan menjadikan kita lebih kaya!

 

Bila anda dah berjaya buat banyak-banyak sales nanti, bolehlah shopping kat laman web ini pulak ye 😀

 

 

The post Bagaimana cara nak dapatkan prospek 100% dari Facebook? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bekerja dari rumah sebagai pilihan selepas usia persaraan

$
0
0

Saya sempat membaca buku tulisan Azizi Ali berjudul Pesara Jutawan. Tapi buat masa ni, saya masih belum ada kesempatan untuk menulis review tentang buku ini. In Shaa Allah, saya akan cuba usahakan dalam masa terdekat.

 

pesara-jutawan-azizi-ali Sebenarnya, idea tentang persaraan adalah suatu perkara yang dipopularkan di era perindustrian sahaja! Sedangkan, sebelum ini tiada istilah persaraan dan setiap orang bekerja selagi terdaya.

 

Jadi memang langsung tak pelik kalau kita dapat lihat ada antara kita yang masih bekerja walaupun telah mencecah usia wajib bersara. Cuma apa yang biasa berlaku ialah, kita tak boleh sambung perkhidmatan di tempat yang sama, sebaliknya perlu cari kerja lain.

 

Antara kerja-kerja yang memang agak popular adalah seperti bekerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan, peniaga di tapak pasar malam dan sebagainya. Oh maafkan saya… saya akui, bahawa jaringan kenalan saya memang kebanyakkannya adalah individu yang biasa-biasa sahaja.

 

Saya tak nafikan, di luar sana juga wujud para pesara yang setelah mencecah usia persaraan masih lagi menyandang jawatan-jawatan penting seperti sebagai pengarah syarikat, konsultan, malah ada juga yang menjadi Perdana Menteri.

 

Bekerja dari rumah – Pilihan Alternatif seorang pesara

Sekiranya anda tak tau, bagaimana cara-cara nak bekerja dari rumah, mungkin pendedahan di laman web Jobdirumah ini dapat membantu membuka minda anda.

 

Pada hari ini, sebenarnya terdapat terlalu banyak pilihan pekerjaan yang boleh kita lakukan hanya dari rumah. Pada masa yang sama, anda juga boleh pilih sama ada ingin bekerja untuk majikan dari negara luar ataupun majikan dari syarikat tempatan, ataupun mungkin orang perseorangan.

 

Dari segi bayaran pula, ia sama ada dibayar mengikut

(1) Bilangan projek yang berjaya disiapkan

(2) Bilangan jam yang diperuntukkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan

(3) Bilangan jualan (sales) yang berjaya dihasilkan

 

Namun demikian, sekiranya anda membayangkan untuk bekerja dari rumah secara online sahaja, realitinya, ia bukannya untuk semua orang. Ya, bukan semua orang boleh dan berupaya untuk melakukan kerja-kerja seperti ini. Sekurang-kurangnya anda memerlukan kemahiran, skil dan sedikit penguasaan terhadap pengendalian komputer dan juga sistem komputer yang berkaitan.

 

Sekiranya anda serius nak pelajari, mungkin ia akan mengambil sedikit masa anda untuk pelajari kaedah-kaedahnya. Walaubagaimanapun, jika anda adalah seseorang yang biasa menggunakan komputer semasa masih berkhidmat, anda mungkin akan dapati kerja-kerja dari rumah sebenarnya tidaklah sesukar seperti mana anda masih bekerja satu ketika dahulu.

 

Jika sebelum ini, anda bekerja hanya untuk seorang majikan, kali ini anda mungkin akan bekerja untuk beberapa orang majikan dalam satu-satu masa sebagai seorang freelance. Dari pemerhatian saya, jika di negara luar seperti di US, Canada, UK dan sebagainya, konsep bekerja dari rumah memang agak popular. Apa yang saya perhatikan, trend seperti ini juga mula berkembang dan mula mendapat tempat di negara kita.

 

Golongan pesara juga perlukan wang untuk perbelanjaan

Walaupun sudah bersara, namun itu tak bermakna kita akan perlukan sedikit wang sahaja untuk perbelanjaan harian kita. BELUM TENTU. Malahan tidak mustahil, jika apabila telah bersara, kita akan membelanjakan lebih banyak wang dalam sehari, jika dibandingkan ketika masih bekerja.

 

Jika masih bekerja, kebanyakkan masa kita (lebih kurang 8 -10 jam) adalah dihabiskan di pejabat untuk bekerja. Pada waktu itu, kita mungkin sedang fokus untuk menyiapkan kerja-kerja yang ditugaskan kepada kita. Kita langsung tak ada terfikir untuk buat sebarang pembelian atau berbelanja.

panduan-bersara

 

Namun, situasi selepas bersara adalah berbeza sama sekali. Anda akan ada extra free time selama 8 – 10 jam, yang mungkin masa tersebut akan anda gunakan dengan sebaik-baiknya untuk keluar makan angin, melancong dan berbelanja.

 

Atau anda mungkin akan seronok berbelanja secara online di laman web ini. Almaklumlah, kat laman web tersebut, ada banyak produk yang best dan ada diskaun pulak tu. Lagipun, anda tak perlu keluar rumah untuk shopping, hanya tunggu barangan yang ditempah di hantar oleh syarikat kurier terus ke rumah anda. Wah… ini akan menjadikan anda lebih seronok untuk terus shopping!

 

Sebenarnya tak salah pun kalau anda suka shopping. Cuma ia akan jadi satu masalah, jika anda terputus sumber pendapatan, namun pada masa yang sama, anda tidak kawal perbelanjaan mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda masih lagi ingin mengekalkan cara hidup yang serba mewah, sama seperti ketika masih mempunyai pendapatan tetap, saya syorkan anda lakukan kerja-kerja seperti freelancing ketika ada masa terluang.

 

Setidak-tidaknya, anda tak akan rasa terlalu bosan, bila tak tau nak buat apa. Mungkin, dengan bekerja dari rumah semasa zaman persaraan anda, anda akan temui cabaran yang lebih menyeronokkan!

 

The post Bekerja dari rumah sebagai pilihan selepas usia persaraan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Viewing all 590 articles
Browse latest View live