Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Nak jadi pelabur EMAS mesti kena beli emas

$
0
0

Selesai baca dua buah buku tentang pelaburan emas, iaitu Masa untuk emas dan juga Magnet Emas Magnet Kekayaan. Apa yang dapat disimpulkan ialah, kalau kita betul-betul serius nak jadi pelabur emas, WAJIB beli emas.

 

Bila saya katakan wajib beli emas, saya maksudkan dengan emas fizikal. Formula mudahnya ialah, bila “Beli emas mesti wajib dapat emas.”

 

review_buku_masa_untuk_emasBukannya hanya dapat sijil emas, akaun emas, bayar dulu tapi emas dapat kemudian dan sebagainya. Semua ini adalah bentuk-bentuk pelaburan emas yang wujud, seperti yang dibincangkan oleh Azizi Ali dalam buku beliau berjudul Masa Untuk Emas.

 

Satu dunia mengiktiraf logam emas sebagai sejenis logam yang sangat berharga. Kita boleh beli emas di Kelantan dan menjualkannya semula di Johor. Malahan, kita juga boleh beli emas di Terengganu dan kemudian kita jualkan semula di negara luar seperti di India atau Sri Lanka misalnya.

 

Walaupun emas itu datangnya dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk jongkong, kepingan, syiling dan barangan kemas, namun selagi namanya emas, selagi itu ia diiktiraf di seluruh dunia dan diterima pakai di seluruh dunia.

 

Semasa era peperangan Vietnam satu masa dulu, rakyat Vietnam yang lari keluar dari negara tersebut keluar bersama-sama dengan emas. Mereka tahu, matawang mereka hampir tidak berguna dan langsung tak bernilai jika dibawa ke luar negara.

 

Sama ada mereka perlu ikut kadar tukaran matawang, yang mungkin tak berpihak pada mereka, ataupun mungkin matawang mereka akan langsung tak diterima pakai. Tetapi, dengan emas, satu dunia tahu apa nilainya dan berapa nilainya. Dengan syarat ianya adalah emas tulen.

 

Bagaimana buat duit dengan emas? Pelabur emas dapat buat duit dengan emas apabila mereka berjaya menjual emas yang mereka miliki dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga yang mereka beli sebelum ini.

 

Emas dalam bentuk fizikalnya, ia tidak memberi sebarang faedah, bonus, interest mahupun sebarang pulangan. Lihatlah barang kemas yang anda miliki. Sejak anda beli hingga sekarang, adakah ia menghasilkan sebarang bonus, faedah, mahupun interest kepada anda sepanjang anda memilikinya?

 

Jawapannya dah tentulah TIDAK.

 

“Tetapi saya pernah jumpa pelan pelaburan emas yang menawarkan pulangan dalam bentuk bonus, hibah setiap bulan dalam jumlah peratusan tertentu. Macam mana tu?”

 

Ya. Saya pun pernah jumpa. Sekali pandang, nampak memang sungguh menarik, kan. Saya pasti, ramai yang akan terliur untuk sertai pelaburan sedemikian. Nampak senang betul nak buat duit dengan emas.

 

Saranan saya, sebelum anda sertai mana-mana pelaburan emas, anda rujuk dulu pelan pelaburan tersebut, adakah ianya menepati parameter pelaburan emas ini.

 

Kalau ianya menepati syarak dan masih lagi dalam landasan yang betul dalam parameter pelaburan emas, maka OK. Jika tidak, silalah lari jauh-jauh.

 

Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah. Terutama sekali apabila anda beli emas, dan dapat emas. Anda yang simpan stok emas tersebut, bukannya bank mahupun pengendali program pelaburan terbabit.

 

Harga emas memang tak dinafikan ada naik dan ada turun, bergantung pada apa yang berlaku di US. Emas tak seperti pelaburan saham, yang mana jika harga jatuh, saham-saham yang kita pegang akan jadi tak bernilai langsung.

 

Sebaliknya, dengan emas, jika harga jatuh sekalipun, dan jadi lebih rendah berbanding harga beli sebelum ini, kerugian hanya akan dirasai apabila anda menjual emas tersebut. Selagi anda masih pegang emas tu, tak kisahlah harga turun atau jatuh banyak mana sekalipun, anda masih tak rugi apa-apa.

 

Walaupun harga emas akan jatuh, namun satu masa nanti ia juga akan naik kembali. Itulah untungnya mempunyai emas dalam bentuk fizikal buat para pelabur emas.

 

Saya difahamkan, bentuk pelaburan seperti akaun emas ataupun sijil emas, dari jenis yang kita tak pegang emas dalam tangan, ia akan ikut turun naik harga emas. Jika harga jatuh melepasi harga kita beli sebelum ini, kita akan alami kerugian pada waktu itu juga, dan tak mustahil sijil emas yang kita miliki tu akan hilang nilainya akibat kejatuhan nilai emas.

 

Maka, sebab itu, kalau nak jadi pelabur emas, kenalah pegang emas fizikal. Walaupun ia tak beri bonus, dividen, faedah dan sebagainya, ia lebih rendah risiko berbanding pelaburan keatas emas kertas.

 

 

The post Nak jadi pelabur EMAS mesti kena beli emas appeared first on Blog Sabree Hussin.


Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe

$
0
0

“Kalau ada golongan pelajar yang ingin buat duit tambahan secara online, apakah program yang sesuai untuk diceburi oleh mereka?”

 

Ada banyak sebenarnya. Cuma tak taulah sama ada anda akan berminat ataupun tidak. Apa pun, suka untuk saya ingatkan, tak ada jalan mudah ataupun jalan pintas untuk buat duit online.

 

Selalunya, mereka yang sibuk mengejar jalan pintas ni akan berakhir dengan ditipu ataupun bakal menjadi jalan pintas untuk orang lain buat duit. Saya harap anda tak akan jadi mangsa penipuan.

 

Saya sedang meniliti laman web Bookcafe sebenarnya, dan kalau ada yang masih belum tahu, laman web ini sebenarnya menawarkan sekurang-kurangnya dua peluang atau dua cara untuk bantu individu yang berminat untuk buat duit online.

buat_duit_dengan_bookcafe

 

Ya… golongan yang masih belajar pun digalakkan untuk turut serta.

 

Bookcafe adalah laman web jualan buku secara dalam talian. Ibarat seperti kedai buku MPH, Popular, Borders dan sebagainya, yang perniagaan utamanya adalah menjual pelbagai jenis buku, namun ia dijual secara online sahaja.

 

Buku dan golongan pelajar. Rasanya memang dah kena sangat ni. Masa zaman saya jadi pelajar dulu, boleh kata agak banyak juga buku-buku yang saya baca bagi mengisi masa lapang dan menambahkan lagi kefahaman tentang subjek yang saya pelajari.

 

Masa zaman saya dulu, masih belum ada program sebegini di lancarkan. Kalau saya buat recommendation untuk baca buku tertentu kepada kawan-kawan mahupun kenalan saya, saya tak akan menerima sebarang bayaran. Namun sekarang ni, situasinya dah berubah. Jika saya buat recommendation untuk judul-judul buku tertentu, dan orang tu pula buat pembelian, saya akan dapat bayaran dalam bentuk komisyen.

 

Baiklah, tentang peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama bookcafe ini, sebenarnya ada dua cara.

 

Cara pertama adalah menerusi program dropship. Untuk program dropship, ada bayaran yang akan dikenakan. Anda boleh baca dilaman web Bookcafe untuk mengetahui berapakah caj yang bakal dikenakan.

buat_duit_dengan_bookcafe

 

Harga yuran untuk menjadi ejen dropship mungkin akan diubah dari masa ke masa oleh pihak pengurusan. Ringkasnya, sebagai ejen dropship anda hanya perlu uruskan dari segi pemasaran sahaja. Pelanggan akan buat tempahan dari anda dan pihak syarikat yang akan uruskan dari segi penghantaran.

 

Sebagai ejen dropship, anda akan mendapat harga yang lebih murah berbanding harga pasaran bagi judul buku yang dijual. Ini bermakna, di masa akan datang, jika anda ingin beli buku dengan harga yang lebih murah, maka anda memang patut join sebagai ejen dropship.

 

Boleh anggap ini sebagai membership yang memberikan anda kelebihan untuk beli buku dengan harga diskaun. Biasanya kad keahlian cuma beri poin atau diskaun dalam 10%, tetapi sebagai ejen dropship, diskaun yang diberikan sehingga 35%.

 

Untuk yang memang serius nak buat duit, bolehlah join sebagai ejen dropship dan buat bayaran yuran.

 

Cara kedua, sebagai ejen affiliate Bookcafe.

program_affiliate_bookcafe

 

Sebagai ejen affiliate, cara kerja kita lebih santai. Walaupun kita masih lagi perlu fokus pada aktiviti pemasaran, namun bezanya ialah kita tak perlu nak uruskan pelanggan dan tak perlu nak ambil tempahan. Kerja kita lebih mudah dan santai.

 

Anda hanya perlu bercerita mengenai produk atau buku tertentu yang ingin anda promosikan, kemudian berikan link untuk buat tempahan.

 

review_buku_masa_untuk_emasSebagai contoh, saya sedang mempromosikan buku tulisan Azizi Ali berjudul Masa Untuk Emas.

 

Saya hanya perlu ceritakan serba sedikit mengenai buku ini, kemudian saya hanya perlu sertakan link ini [http://www.sabreehussin.com/masa-emas] dan jika ada pelanggan yang buat pembelian menerusi link saya tu tadi, saya akan dibayar komisyen.

 

Saya tak perlu tahu siapa pelanggan tersebut, berapa yang dibayar, di mana buku perlu dihantar dan sebagainya.

 

Disebabkan tugasannya yang begitu mudah, ringkas dan sangat relaks, jadi bayarannya juga tidaklah begitu tinggi. Untuk setiap jualan yang terhasil, komisyennya ialah 5% sahaja.

 

Andaikata buku ni berharga RM40 senaskhah, maka komisyen saya ialah sebanyak RM2.00 sahaja.

 

Ya… memang nampak sedikit. Namun, tahukah anda di laman web Bookcafe terdapat beratus-ratus buah buku yang anda boleh promosikan dalam satu-satu masa. Menerusi program affiliate ini, anda tak perlu keluar modal, tak perlu simpan stok, tak perlu buka kedai, tak perlu urus pelanggan, sebaliknya hanya perlu fokus pada kerja-kerja pemasaran dan anda akan dibayar komisyen sekiranya anda berjaya hasilkan jualan.

 

Baiklah, apa tunggu lagi. Daftarlah sebagai ejen dropship ataupun sebagai ejen affiliate dan mulakan kerja-kerja promosi anda.

 

Siapa tahu, mungkin bulan ni anda akan berjaya buat duit.

 

Oh satu lagi, biasanya golongan pelajar ni mudah untuk dapatkan buku-buku di pusat sumber atau di perpustakaan. Jadi, anda boleh baca buku-buku ini secara percuma sahaja, dan mula mempromosikannya. Tak perlu beli pun buku-buku tu semua sebab anda boleh pinjam sahaja.

 

Lepas ini, membaca buku bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya sebagai jalan untuk buat duit online.

 

 

The post Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe appeared first on Blog Sabree Hussin.

5 Masalah yang akan dilalui oleh pemilik kucing dan penyelesaiannya

$
0
0

Adakah anda merupakan peminat kucing? Jika anda adalah salah seorang peminat kucing, saya percaya anda akan berhadapan dengan salah satu dari masalah-masalah yang bakal saya sebutkan ini.

 

Bela kucing bukanlah satu perkara yang mudah dan murah. Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang tak minat nak bela kucing. Komitmennya agak tinggi, dan hampir sama macam kita nak bela orang. Ada macam-macam masalah berkaitan dengan kucing yang kita akan hadapi.

 

Dalam perkongsian kali ini, saya nak kongsikan 5 sahaja masalah berkaitan kucing dan apa dia penyelesaian yang saya sendiri ambil. Mungkin ada satu atau dua penyelesaian yang saya kongsikan dalam blog ini akan berguna untuk anda juga.

 

Masalah kucing perlu ditinggalkan dirumah untuk beberapa hari

Bila ada bela kucing ni memang akan terasa payah sikit kalau nak jalan jauh. Kalau setakat yang boleh balik hari tu tak ada masalah sangat. Waktu pagi tu atau masa sebelum keluar rumah, kita boleh penuhkan bekas makanan untuk kucing-kucing ni dengan makanan.

 

Tetapi, kalau perjalanan jauh dan kita kena tinggalkan rumah 3 – 4 hari maka ianya agak susah sikit. Setengah kucing ni, bila kita penuhkan bekas makanan dia dengan makanan, dia akan habiskan pada hari tu jugak.

 

bekas_makanan_kucing_automatik

Kadang-kadang tu, kalau ikut kita punya bajet, makanan yang kita tinggalkan cukup untuk 3 hari. Tapi sesetengah kucing ni, bila dia nampak makanan ada banyak, dia akan makan, makan dan terus makan. Baru masuk hari kedua, makanan dah habis.

 

Mungkin dia ingat, kita akan balik dan bagi dia makanan. Jadi, kalau makanan dia habis sebelum kita balik, kan kesian kat si meow kita tu kan. Jadi, untuk masalah-masalah macam ni, bolehlah gunakan food dispenser macam dalam gambar ni.

 

Makanan akan diisikan secara automatik ke dalam bekas makanan si kucing tu. Tetapi, kalau dalam tempoh masa anda tak ada tu, anda ada seseorang yang boleh tolong tengok-tengokkan kucing-kucing anda tu nanti tak ada masalah.

 

Sesetengah pemilik kucing akan hantar kucing tu ke mana-mana boarding service. Kalau ada bajet ok la, tapi kalau tak berkemampuan, bolehlah dapatkan food dispenser ni. Lagi jimat.

 

Masalah kucing kerap buang air

Kucing yang kuat makan, maka dia juga biasanya akan kerap buang air, sama ada air besar ataupun kencing… dan ini tentunya akan meningkatkan perbelanjaan untuk beli pasir.

 

cat-toilet-training-kit-by-citikittyJadi, macam mana cara nak jimatkan duit untuk beli pasir untuk kucing?

 

Salah satu caranya ialah dengan melatih kucing tu tadi untuk berak ataupun kencing di mangkuk tandas.

 

Anda boleh cuba dengan CitiKitty Cat Toilet Training Kit ini. Bila kucing anda dah pandai buang air dalam toilet, maka lepas ni dah tak perlu lagi beli pasir untuk dia.

 

Kita cuma perlu flush sahaja najis dia.

 

Masalah kucing suka mencakar

Salah satu tabiat kucing ialah ia memang sangat suka mencakar. Masalahnya ialah, kalau dibiarkan, kucing akan mencakar dekat sofa, almari, kerusi, karpet dan mungkin kat kaki kita.

 

Kita tak boleh nak buang tabiat kucing tu, tetapi kita boleh sediakan tempat khas untuk kucing-kucing kita mencakar.

scratching-board-cat-kitten-claw-scratch-post-scratcher-sculpture

Tempat mencakar ni disediakan sekali dengan serbuk catnip. Kucing memang suka dengan catnip, jadi taburkan sikit catnip pada scrathing board ni dan letakkan pada tempat kita nak kucing kita mencakar.Awal-awal tu memang agak susah sikit nak ajar kucing tu untuk mencakar kat scratching board ni, tapi lama-lama dia akan pandai jugak.

 

Selesai masalah kucing suka mencakar.

 

four-paws-cat-and-kitten-repellentCara lain ialah dengan menggunakan spray Four Paws Cat and Kitten Repellent ni.

 

Sesuai dengan namanya, repellent, saya pasti anda juga boleh agak apa fungsi spray ni.

 

Kalau catnip dalam bentuk spray adalah untuk kita suruh kucing pergi ke tempat yang kita nak mereka semua ni pergi, tetapi kalau repellent macam ni, kita akan spray ke tempat yang kita tak nak kucing-kucing kita pergi.

 

Contohnya macam kat sofa, pasu bunga, almari pakaian kita dan sebagainya.

 

Anda patut lebih tahu, kat mana di sudut rumah anda yang anda tak mahu kucing-kucing datang melepak.

 

Jika perlu, potong je la kuku kucing kita tu. Lebih-lebih lagi kalau kucing tu kita bela untuk indoor sahaja.

 

safe-pet-dog-puppy-cat-claw-nail-plier-scissor-clipper-tool-file-grater-small

Kalau nak potong kuku kucing tu, gunakan pemotong kuku khas macam kat gambar ni. Pemotong kuku ni khas untuk potong kuku haiwan yang kita bela macam anjing dan kucing.

 

Kalau guna yang biasa kita guna untuk potong kuku sendiri tak berasa sesuai. Nanti pecah pulak kuku dia.

 

Masalah rumah berbau bila bela kucing

Ini satu lagi masalah yang saya percaya semua pemilik kucing akan lalui. Rumah jadi berbau. Walaupun bukan keseluruhan rumah akan berbau, namun cukup untuk membuatkan tetamu yang datang rasa kurang selesa.

 

Untuk mereka yang bela kucing, dan sepanjang masa kucing tu berada dalam rumah, perkara pertama yang anda perlu ambil berat ialah tempat kucing-kucing anda buang air.

 

catit-hooded-cat-pan-pink

kalau pakai jenis macam yang dalam gambar ni, bau busuk tu dapatla dikurangkan sedikit. Nama dia Catit Hooded Cat Pan. Bau akan terperangkap kat dalam bekas ni je.

 

Kalau anda perasan dekat bahagian atas ada lapisan berwarna hitam. Benda tu sebenarnya ialah karbon. Untuk memerangkap bau jugak fungsinya.

 

Masalah kucing suka menggigit tangan

Ini pun satu masalah yang tak best. Setengah kucing ni jenis yang memang hiper active. Kita cuma dapat pegang dan belai-belai dia sekejap je, lepas tu dia terus menggigit. Ok macam mana nak selesaikan masalah macam ni?

 

Saya ada seekor kucing yang jenis suka menggit macam ni. Pening jugak dan tak tau macam mana nak handle kucing macam ni. Ada satu masa tu, saya terpaksa pakai sarung tangan semata-mata nak belai kucing ni.

 

Asalnya saya tak merancang pun nak bela kucing bila saya pindah ke KL ni. Lagipun saya tinggal di rumah jenis apartment, jadi memang tak berapa sesuai nak bela kucing. Tapi satu hari tu, saya terjumpa dengan seekor anak kucing yang dalam keadaan lemah, lapar dan cedera di bahagian kaki.

 

Tak sampai hati. Isteri saya ambik kucing tu dan kami jaga sampai sekarang. Inilah kucing pertama yang saya bela bila duk kat KL ni. Bila kucing ni dah besar sikit, dan dah mula sihat, baru kita tau yang kucing ni ada tabiat suka menggigit.

 

Puas saya tanya macam-macam orang yang bela kucing. Ada yang kata sebab kucing tu baru nak tumbuh gigi, ada yang kata kucing tu perlu dimarah atau cakap “NO” untuk buat dia stop menggigit. Namun kat saya, semua tu kurang berkesan.

 

Satu hari tu, saya ke pet shop dan perasan ada kucing for adoption. Free adoption. Saya pun ambik kucing tu, buat jadi kawan untuk kucing yang suka menggigit tu. Alhamdulillah, lepas dapat kawan, dia dah tak gigit saya lagi. Dia gigit kawan dia pulak ha ha

 

ok… apa yang saya dapat simpulkan, kucing ni suka main. Cara dia main pulak memang agak kasar untuk kita. Dia akan menggigit, mencakar, melompat dan sebagainya. Kita memang tak dapatlah nak layan permainan dia yang macam tu.

 

Jadi cara terbaik yang saya boleh buat ialah dengan carikan dia kawan. Ok… selesai masalah.

 

Sebenarnya, selain 5 jenis masalah ni, ada banyak lagi masalah-masalah lain. Itu kita cerita lain kali lah ye.

 

 

The post 5 Masalah yang akan dilalui oleh pemilik kucing dan penyelesaiannya appeared first on Blog Sabree Hussin.

Mari Menjana Pendapatan Pasif Bersama Saya

$
0
0

“Macam mana cara nak close sales simkad Tone Excel menerusi Facebook dan juga secara offline?”

 

Cara nak close sales… Ini adalah soalan yang paling kerap saya terima daripada rakan-rakan yang baru join Tone Excel mahupun yang dah lama join Tone Excel namun masih belum beroleh sebarang hasil.

 

Perkongsian kali ini adalah daripada pengalaman rakan saya dalam perniagaan Tone Excel, tuan Abdul Nashar. Ikuti perkongsian beliau, dan In Shaa Allah persoalan anda pasti akan terjawab akhirnya.

bersama_yazid_daud

bersama tuan Yazid Daud

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya abdul nashar bin aminuddin berasal dari alor setar. Mungkin ada diantara anda pernah mendengar bisnes berkenaan tone excel atau mungkin juga ini pertama kali anda tahu. Baiklah kepada mereka yang dah join tahniah saya ucapkan dan kepada yang belum sertai disebabkan belum tahu dan belum pernah terdengar dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi bagaimana dan sebab saya join bisnes tone excel.

 

Selama bekerja hampir 7 tahun seperti orang lain, saya juga ingin menambah pendapatan sampingan. Pelbagai bisnes saya lakukan belajar buat dan menjual songkok, berniaga goreng pisang dan keropok lekor di jalanan, menjual buku buku, produk kesihatan dan kecantikan berbagai jenama saya cuba jual baik secara offline atau online. Kebanyakan yang saya buat separuh jalan dan ada modal terbakar begitu saja. Tapi itu semua pengalaman dalam hidup saya yang lalu. Alhamdulillah kini saya focus menjual produk kesihatan iaitu produk gluastacol dan bisnes simkad tone excel sahaja.

 

Ok berbalik kepada bagaimana saya boleh join tone excel ini kisahnya. Pada bulan September 2013 saya telah menerima permintaan menjadi rakan lalu saya approved permintan tersebut. Rupanya baru saya mengerti dalam bisnes jualan tak kan tercapai dengan hanya terus menjual tetapi ia terbina dengan kepercayaan dan sudah pasti memerlukan masa.

 

Hampir 4 bulan saya follow fb beliau akhirnya pada 29.01.2014 saya menyertai bisnes tone excel. Pada masa tu harga sekeping simkad berharga rm80 sekarang sudah rm95.40 termasuk GST.

 

Kemudian saya aktif promosi dalam fb group dan fb profail sendiri. Selain itu saya juga melakukan pengiklanan secara advertorial di beberapa blog. Promosi secara offline juga dilakukan kepada ahli keluarga,saudara mara dan kepada rakan rakan sekerja. Alhamdulillah hampir 2 tahun pelbagai cara dilakukan mengikut kemampuan saya, saya akui pendapatan dalam bisnes tone excel tidaklah sehebat rakan rakan saya, yang mana dengan pendapatan mereka miliki membolehkan mereka membeli barangan yang ingin dimiliki dan dapat melancong.

 

Insya Allah tahun 2016 ni saya akan meneruskan lagi serta mempelbagaikan medium supaya bisnes ini dapat diketahui orang ramai dan membantu mereka supaya masalah kewangan mereka dapat diringankan.Itu tekad saya.

 

Ok itu sedikit coretan saya bagaimana saya boleh terlibat dalam bisnes tone excel. Sekarang saya akan menceritakan sebab utama saya menyertai bisnes tone excel ni.

 

Antara sebab tersebut ialah saya belum lagi mempunyai pendapatan pasif. Ya boleh dikatakan ramai dikalangan kita sekarang hanya mempunyai sumber pendapatan aktif saja. Andaikata anda sakit bagaimana hendak menyara keluarga dengan keadaan kita yang sakit dan tidak boleh bekerja. Alangkah baiknya jika anda mempunyai pendapatan pasif, anda sakit ke, anda tidak boleh bekerja ke hatta anda meninggal dunia pun pendapatan dari tone excel ini membantu ahli keluarga anda dari segi komitmen kewangan.

 

Anda cuba renungkan jika tiada apa anda tinggalkan selepas ketiadaan anda kelak?

 

Komisyen tambah nilai yang tinggi iaitu sekitar 6% ke 10% dari nilai topap dan tidak perlu menjual topap adalah perkara yang menyenangkan kita. Mereka (pelanggan) hanya membeli topap di kedai biasa mereka beli tanpa kita perlu menjual. Saya pernah menjadi ejen jualan topap, memang laku. Cuma komisyennya hanya 2% ke 4% saja dari nilai topap, tambahan pula kadang kadang rasa terganggu mereka membeli waktu yang mungkin kita sedang berehat atau pada waktu tengah malam. Belum kira yang berhutang lagi. Aduh memang memeningkan dah la untung sikit modal pula sangkut.

 

Rasanya dengan modal RM100 adalah dalam kemampuan semua orang untuk memulakan bisnes tone excel. Kadang saya rasa kesian kerana ada sesetengah dari mereka sanggup meminjam dengan jumlah pinjaman yang besar untuk memulakan sesebuah perniagaan.Cukup berbahaya kerana mereka tidak lagi biasa menjual. Silap-silap boleh menyebabkan mereka muflis.

 

Bertindak adalah penentu siapa diri kita 3, 5, 10 tahun akan datang. Kalau anda berfikir teruskan jika berfikir itu boleh menyelesaikan kemelut masalah kewangan anda. Kalau tidak berminat tidak mengapa saya tidak boleh memaksa tapi bagi saya RM100 tu ibarat melabur tak miskin berjimat tak kaya.

 

Whatapps/sms ke 011-15009250 atau layari web abdulnashar.com untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengikuti fanpage saya Nashar Tone Excel. Like page tersebut untuk mengikut tip tip dalam bisnes tone excel serta perkembangan aktiviti saya dalam bisnes tone excel. Mana tahu jika nasib anda baik berminat menyertai masa tu mungkin saya tengah buat tawaran istimewa.

 

.

..

“Saya” dalam artikel diatas adalah merujuk kepada tuan Abdul Nashar. Jika anda menetap disekitar Alor Setar dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Tone Excel bolehlah berhubung dengan beliau.

 

The post Mari Menjana Pendapatan Pasif Bersama Saya appeared first on Blog Sabree Hussin.

5 SEBAB UTAMA Anda Perlu Bertukar Ke TUNE TALK TONE EXCEL

$
0
0

Kenapa mesti bertukar kepada menjadi pengguna talian prepaid Tune Talk Tone Excel? Kenapa? Atas sebab apa? Why..?

 

Pastinya, setiap perkara pasti ada sebab dan alasannya. Ia tak akan berlaku tanpa tujuan dan tanpa sebab musabab yang boleh diterima oleh logik akal.

 

Saya percaya, kat luar sana masih ramai lagi yang masih belum lagi bertukar kepada talian Tune Talk yang dikuasakan oleh simkad Tone Excel. Mereka mungkin dah banyak kali dengar tentang Tone Excel, kisah-kisah kejayaan individu yang menjadikan Tone Excel sebagai kerjaya, namun sampai ke hari ini, hati mereka masih belum terbuka untuk menjadi salah seorang pengguna.

 

Its okay. Tak ada paksaan pun untuk memaksa anda menjadi pengguna. Sebagai pengguna, kuasa untuk memilih seratus peratus ada di tangan anda. Baru-baru ini, rakan seperjuangan saya dalam perniagaan Tone Excel ini, tuan Abdul Nashar ada berkongsikan dengan saya 5 sebab kenapa sebagai pengguna handphone, anda patut bertukar ke talian ini.

 

Jadi dalam perkongsian dari tuan Abdul Nashar kali ini, mari kita lihat, apa sebab-sebab yang membuatkan anda patut menjadi salah seorang pengguna simkad Tone Excel ni.

sistem_autodownline_toneexcel

(1) Anda akan memperolehi cash back sebanyak 3% daripada nilai topup yang anda lakukan

Buat masa catatan ini ditulis, hanya syarikat Tone Excel sahaja yang menawarkan cash back seperti ini kepada penggunanya. Oh pengguna Tone Plus juga dapat nikmati kelebihan yang sama, dan seperti yang anda sedia maklum TE dan TP sebenarnya lebih kurang sama dan seperti adik beradik sebenarnya.

 

Mungkin ada yang merasakan, 3% itu tidaklah tinggi mana. Ia hanya diberikan secara bersyarat, iaitu hanya kepada mereka yang lakukan tambah nilai sebanyak RM30 minima setiap bulan. Baiklah, nilai 3% ini memberi nilai yang berbeza bagi individu dan pengguna handphone yang berbeza.

 

Mereka yang setiap bulan topup RM30 sahaja, nilai 3% itu hanyalah sebanyak RM0.90

Mereka yang topup setiap bulan sebanyak RM60, nilai 3% itu adalah bersamaan dengan RM1.80

Jika seseorang tu biasanya topup RM100 setiap bulan, nilai 3% itu adalah sebanyak RM3

Bayangkan jika anda jenis yang topup sebanyak RM1,000 setiap bulan? Berapa pula nilai 3% tu tadi? Ia kini bernilai RM30

 

Walaupun hanya 3%, namun ia memberi pengertian dan nilai yang berbeza bagi individu yang lakukan tambah nilai dalam angka yang berbeza. Telco lain, belum ada lagi yang bagi cash back kepada penggunanya seperti yang dipraktikkan oleh Tone Excel. Saya tak tau kenapa. Saya tau syarikat telco menjana keuntungan jutaan ringgit dan ada yang mencecah sehingga billion ringgit setiap tahun, namun untuk berkongsi hatta sekadar 3% kepada para pengguna setianya… mereka tak sanggup.

 

Namun jika anda menjadi pengguna simkad Tone Excel, anda “terpaksa” terima imbuhan dalam bentuk cash back sebanyak 3% ini untuk setiap kali anda lakukan tambah nilai.

 

Baik mungkin anda tak kisah pasal cashback ni kita ke sebab kedua, iaitu

 

(2) Peluang jana pendapatan Pasif yang boleh diwariskan

Baik. Kita cerita bab yang agak sensitif sikit. Kita cerita tentang kematian. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Sama ada suka atau tidak, setuju ataupun tak, ini hukum alam.

 

Andai kata, anda ditakdirkan tak panjang umur. Sudahkah anda menyediakan tabungan khas untuk waris yang ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan? Jawapan yang biasa saya terima ialah ADA.

 

Walaubagaimanapun, jawapan yang jarang-jarang sekali kita dengar ialah, adakah duit dalam tabung tersebut akan makin berkurangan setelah digunakan ataupun ia akan berkurang sedikit apabila digunakan, namun akan bertambah kembali setiap bulan dan ada peningkatan pula tu. Seolah-olah seperti ada yang tolong tambahkan kembali duit dalam tabung tersebut.

 

Menarik, kan? Nak tau macam mana boleh jadi macam ni?

 

(3) Sebagai pengguna, anda juga boleh memulakan kerjaya dalam bidang telekomunikasi!

Tahukah anda, berapa sebenarnya kos untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel sekaligus melayakkan anda untuk menjadi seorang usahawan dalam bisnes telekomunikasi ini?

 

Tak sampai RM100 pun. Dengan modal dalam lingkungan RM100 setiap orang mampu memulakan bisnes ini. Ianya satu nilai yang boleh dikumpulkan dan boleh diperolehi.

 

Jika sekarang ni anda katakan yang anda masih belum mampu, tak ada masalah. Kumpul duit. Sambil kumpul duit, belajar tentang simkad Tone Excel. Berkenal-kenalan dengan mereka yang buat bisnes ni, dan belajar dari mereka yang berpengalaman. Baca blog saya ni pun ok!

 

(4) Komisyen Topup yang lebih tinggi berbanding bisnes jual topup

Apa kaitan antara bisnes Tone Excel dengan bisnes jual topup?

 

Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, sebelum kemunculan Tone Excel, bagi orang biasa macam kita, satu-satunya cara untuk kita buat duit dengan perniagaan dalam bidang telekomunikasi ini ialah dengan menjual topup.

 

Adakah jual topup ni laris? Saya boleh katakan sangat laris. Ini ikut pengalaman saya sendiri menjual di kedai runcit dan menjual di kampus. Namun, walaupun kita menguruskan nilai transaksi yang besar, namun dari segi keuntungan, ianya tak seberapa.

 

Untung jual topup (dalam bentuk komisyen) ialah dalam anggaran 2 – 5% sahaja. Kita perlu sediakan modal sendiri, buat promosi sendiri, handle pelanggan, tenangkan pelanggan disaat topup tak masuk atau lambat masuk… macam-macam hal. Ada kalanya saya rasakan ianya memang tak begitu berbaloi. Namun, disebabkan adanya permintaan dan kesukaran untuk mendapatkan topup, nak tak nak kena teruskan juga.

 

Berbeza dengan Tone Excel. Kita tak jual topup, namun setiap kali pelanggan (atau dikenali sebagai downline) kita topup, kita akan dapat komisyen daripada tambah nilai mereka. Sama ada dalam lingkungan 6 – 10%. Ya… lagi banyak daripada bisnes jual topup kan. Tapi anda jangan salah faham, saya bukan nak katakan yang bisnes Tone Excel ini lebih baik, sebaliknya saya ingin tunjukkan yang dari segi komisyen, kita boleh dapat lebih banyak. Itu sahaja.

 

(5) Ganjaran yang setimpal dengan usaha dan pencapaian anda!

Jika di sektor awam kawan saya pernah bercerita pekerja yang mendapat anugerah cemerlang akan diraikan dalam suatu majlis dan diberi ganjaran. Ganjaran pula diberi dalam bentuk sijil simpanan premium BSN RM1000, ada juga dia bercerita orang-orang lama mendapat kenaikan gaji.

 

Untung kan? Jangan risau dalam tone excel juga anda akan diraikan jika anda berusaha. Kebiasaanya mereka yang aktif akan dijemput menghadiri majlis makan malam bersama pengurusan syarikat setahun sekali. Jika anda rajin menaja anda boleh dapatkan bonus setahun sekali pada awal tahun iaitu pada bulan Januari. Terdapat juga pakej umrah, pakej pelancongan ke luar negara (siap duit poket lagi). Jika bernasib baik anda dapat juga hadiah cabutan bertuah. Boleh tahan juga hadiah cabutan bertuahnya.

 

Bertindak adalah penentu hidup anda. Ini adalah kata-kata keramat yang saya pegang dari dulu sampai sekarang. Kita boleh habiskan masa berjam-jam untuk menceritakan segala perkara yang best-best mengenai Tone Excel, namun jika tiada tindakan, maka tiadalah penghasilan. Setuju?

 

Jadi, apa kata anda ke laman web ini untuk lakukan pendaftaran. Masih kurang faham dan anda mahukan penerangan secara face to face atau whatsapp?

 

Anda boleh hubungi whatapps/sms ke no 011-15009250. Boleh bercakap dan berkomunikasi terus dengan tuan Abdul Nashar!

 

 

 

The post 5 SEBAB UTAMA Anda Perlu Bertukar Ke TUNE TALK TONE EXCEL appeared first on Blog Sabree Hussin.

3 Pesanan Puan Ainon Mohd khusus untuk orang muda yang baru hendak belajar berniaga

$
0
0

Siapa dia Puan Ainon Mohd yang saya maksudkan dalam tajuk artikel ni? Sebahagian pembaca dan pelawat mungkin ada yang mengenali siapa dia Ainon Mohd dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengar nama tersebut.

 

siapa_ainon_mohdBaiklah, kalau anda nak tau wanita dalam gambar inilah Puan Ainon.

 

Puan Ainon Mohd adalah seorang penulis dan juga seorang usahawan. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.

 

Memandangkan saya juga adalah salah seorang yang aktif mempromosikan buku-buku di laman web Bookcafe, yang kebanyakkannya diterbitkan oleh PTS Publication sendiri, jadi nama beliau memang tak asing lagi bagi saya.

 

Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian adalah tentang nasihat yang pernah dikongsikan oleh beliau dalam wall FB milik beliau, yang mana saya kira ianya amat bertepatan dengan persekitaran dan jiwa anak muda yang inginkan lebih cabaran dengan menceburi bidang perniagaan. Ringkasnya, 3 perkara yang beliau kongsikan ialah

(1) Pilih produk yang pasaran sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu pula besar

(2) Pilih produk yang permintaannya sentiasa tinggi sepanjang masa

(3) Jangan sibuk-sibuk hendak menjadi pengeluar produk baru

 

Anda nak tau sesuatu yang lebih menarik yang saya perolehi daripada nasihat-nasihat ini? Jom teruskan bacaan.

 

“Jika seseorang tu baru mula nak belajar berniaga, jenis bisnes yang bagaimanakah yang sesuai untuk diceburi?”

 

Pada hari ini, di zaman informasi dan teknologi seperti sekarang ni, kita mempunyai pelbagai pilihan perniagaan yang boleh kita ceburi sebagai bentuk perniagaan pertama kita. Hanya tinggal terpulang pada diri kita sahaja nak pilih perniagaan yang macam mana?

 

Sama ada nak buat perniagaan yang boleh dijalankan hanya menerusi bantuan komputer dan internet sahaja seperti konsep perniagaan dropship, program affiliate atau mungkin program referral seperti Program Keahlian Tone Excel?

 

Ataupun anda lebih cenderung untuk memulakan perniagaan offline anda seperti perniagaan kedai runcit, berniaga burger di pasar malam, meniaga ais krim, buka warung kecil-kecilan, bisnes trading dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan walaupun anda adalah orang yang masih baru dalam bidang perniagaan, asalkan anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya.

 

Tak kira apa bidang atau perniagaan sekalipun, saya dapati ketiga-tiga nasihat ini masih lagi terpakai dan berguna bagi mengelakkan seseorang itu memilih perniagaan yang silap lalu berisiko untuk menanggung kerugian yang tinggi.

 

and you know what… nasihat ini juga terpakai untuk mereka yang menceburi perniagaan simkad Tone Excel seperti yang saya dan ramai lagi-lagi usahawan simkad Tone Excel yang lain. Mari kita perhalusi satu per satu nasihat yang diberikan ini.

promosi_tone_excel

(1) Pilih produk yang pasaran sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu pula besar

Adakah anda tahu, berapa ramai penduduk di Malaysia? Hmm… jawapannya adalah kira-kira 30 juta orang. Jumlah ini masih lagi belum termasuk warga asing yang kini bekerja dan tinggal di Malaysia. Sudah tentu, 30 juta orang ini bukan suatu jumlah yang kecil.

 

Daripada ramai-ramai ini, agak-agaknya berapa ramai yang ada menggunakan handphone? Zaman sekarang ni, even budak sekolah pun ada pakai handphone. Lebih BEST lagi, mereka bukan sekadar guna satu handphone semata-mata, malahan ada juga yang menggunakan 2 atau 3 handphone.

 

Kalau yang pakai satu handphone sahaja pula, boleh jadi handphone tersebut jenis yang boleh masukkan dua simkad. Ok, jadi apa yang boleh kita katakan mengenai fenomena ini?

 

PASARAN. Sasaran bagi produk simkad Tone Excel ini ialah pengguna handphone di Malaysia itu sendiri, yang jumlahnya sangatlah raaaaaamai. Poin ini sahaja dah menepati saranan yang pertama iaitu dapatkan pasaran yang dah sedia ada dan pasaran tersebut luas.

 

(2) Pilih produk yang permintaannya sentiasa tinggi sepanjang masa 

Ya… memang orang tak akan beli simkad Tone Excel sepanjang masa. Saya setuju. Tetapi, usahawan Tone Excel bukan sahaja buat duit dengan menjual simkad, tetapi turut buat duit dengan hasil pembelian topup oleh pengguna simkad Tone Excel yang kita dapatkan.

 

Secara purata, pengguna handphone akan lakukan tambah nilai sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bergantung juga kepada penggunaan, dan selalunya orang memang agak jarang untuk berhenti beli topup.

 

Dengan tone excel anda tak perlu menjual topap pun masih dapat komisyen topap tersebut. Komisyen nya boleh tahan juga sekitar 6%-10% dari nilai topap mereka yang mendaftar simkad melalui simkad kita.

 

(3) Jangan sibuk-sibuk hendak menjadi pengeluar produk baru 

Memang sangatlah untung jika kita ada mempunyai produk sendiri. Mungkin ada yang membayangkan dirinya akan jadi seperti Dato’ Vida yang juga merupakan pengasas syarikat Vida Beauty yang dikenali ramai dengan produknya iaitu Qu Puteh.

 

Namun, adakah semua orang yang memperkenalkan produk yang baru, akan berkesudahan dengan mencapai kejayaan seperti beliau? I don’t think so. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, semangat yang tinggi, kesabaran dan yang paling kritikal, kena ada modal yang sangat besar untuk tujuan pemasaran dan penjenamaan. Sanggup ke?

 

Itu kalau kita cerita tentang bidang kecantikan. Kita berbalik kepada bidang komunikasi. Kos untuk memulakan perniagaan dalam bidang komunikasi adalah sangat tinggi. Jika kita tak ada jutaan ringgit, jangan haraplah boleh setup syarikat telekomunikasi kita sendiri.

 

Syarikat Tune Talk pun hanya menjadi MVNO (Mobile Virtual Network  Operator) dan bukannya berdiri sendiri sebagai syarikat telekomunikasi. Mungkin ia memerlukan modal yang amat tinggi jika syarikat tune talk ingin mempunyai infrastruktur telekomunikasi nya sendiri.

 

Dengan terwujudnya syarikat telco Tune Talk, maka dari sini muncul pula syarikat Tone Excel yang menjalinkan usahasama untuk menjadi marketing force yang memasarkan talian Tune Talk, lantas membuka dan menyediakan peluang perniagaan berasaskan telekomunikasi kepada orang ramai.

 

Modal yang diperlukan? Tak sampai RM100. Hanya serendah RM95.40 sahaja, dan anda hanya perlu beli satu simkad sahaja sudah mencukupi.

 

Bersesuaian dengan pesan Puan Ainon Mohd di atas saya turut ingin sarankan anda menceburi perniagaan simkad tone excel kerana pasarannya yang besar dan sedia ada, permintaan topap yang tinggi dan modal untuk anda yang baru hendak belajar berniaga hanya sekitar RM100 saja.

 

Jika anda berminat atau ingin tahu lebih lanjut mengenai perniagaan simkad tone excel ni boleh layari web www.abdulnashar.com. Dan jika anda sudah bersedia dan ingin terus memulakan perniagaan simkad tone excel boleh terus hubungi no ni 011-15009250.

 

The post 3 Pesanan Puan Ainon Mohd khusus untuk orang muda yang baru hendak belajar berniaga appeared first on Blog Sabree Hussin.

Adakalanya kita perlu banyak berkongsi untuk capai lebih banyak impian yang dihajati

$
0
0

Maksudnya..? Mudah. Kita kena fokus untuk banyakkan MEMBERI sebelum fikir untuk MENERIMA dengan sebanyak-banyaknya.

 

Dan ini juga bermaksud, kita kena selalu tanyakan pada diri kita “Apa benda yang aku boleh beri? Apa benda yang aku boleh suumbangkan?”

 

Sebelum kita nak dahulukan soalan biasa seperti “Apa aku akan dapat lepas ni?”“kalau aku buat sekian-sekian, apa yang ko nak bagi kat aku?”

buat_duit_dengan_involveasia

Saya ada sesuatu yang saya nak kongsikan pada anda. Ya… andalah. Anda yang sedang baca perkongsian saya ni. Perkongsian kali ini adalah berfokuskan tentang kaedah buat duit online.

 

Saya nak mulakan dengan laman web yang baru sahaja saya buat screenshot seperti kat atas tu.

 

(1) Involve Asia [www.involve.asia]

Apa yang istimewanya dengan laman web ini? Banyak istimewa dan kelebihan yang terdapat pada laman web ini. Dengan kaedah dan ilmu yang betul, saya percaya anda juga boleh jadi lebih kaya dan berjaya sekiranya anda menjadi affiliate atau publisher di laman web tersebut.

 

Laman web ini menghimpunkan banyak merchant yang memang tak asing lagi. Antaranya adalah seperti

1. Lazada Malaysia

2. Trivago

3. Zalora

4. Cameralah

… dan banyak lagi.

 

Dengan mendaftar di laman web ini sebagai salah seorang publisher, anda berpeluang untuk mempromosikan ribuan produk yang tersenarai dalam rangkaian merchant yang bekerjasama dengan Involve Asia.

 

(2) Laman web Tone Excel Auto Network [www.teautonetwork.com]

sistem_autonetwork_toneexcel

Ini adalah laman web yang dilengkapi dengan fungsi program affiliate dan juga sistem autodownline untuk bantu memudahkan anda untuk mempromosikan program referral Tune Talk Tone Excel.

 

Ramai orang yang bersusah payah mencari dan mendapatkan “ayat-ayat power yang kononnya akan membantu mereka untuk close deal dalam program Tone Excel ni”. Walaubagaimanapun, mempunyai set ayat-ayat power semata-mata masih belum cukup lagi untuk menyakinkan prospek untuk menjadi pengguna dan menyertai Tone Excel.

 

Kali ini, apa kata anda sarankan prospek anda untuk sertai TE dan pada masa yang sama menjadi pengguna laman web TE Autonetwork ini.

 

Kelebihannya? Jika prospek anda menjadi pengguna VIP di laman web AutoNetwork, anda akan menerima bayaran sebanyak RM5 untuk setiap pengguna baru. Komisyen dibayar sehingga 3 level, lebih kurang macam Tone Excel juga.

kelebihan_teautonetwork

Ini simulasi pengiraan komisyen yang bakal diterima oleh pengguna VIP laman web TEAutoNetwork ini. Dengan bayaran sebanyak RM20, anda boleh mula mempromosikan laman web ini, dan anda akan menerima bayaran sehingga ke 3 level.

 

Sistem ini menggunakan matriks 30 x 30 yang mana setiap orang hanya perlu mendapatkan 30 pelanggan atau pengguna baru sahaja. Selebihnya akan dimasukkan (autodownline) kepada mereka yang berada di level 2.

 

Simple je konsep ini. Semua orang boleh faham. Lebih-lebih lagi yang memang dah join Tone Excel, patutnya lagi mudah nak faham.

.

..

Jadi bagaimana? Adakah apa yang saya kongsikan adalah sesuatu yang baru, dan anda belum pernah tahu pasal benda-benda ni semua?

 

 

The post Adakalanya kita perlu banyak berkongsi untuk capai lebih banyak impian yang dihajati appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana cara MUDAH buat perbandingan harga dan pakej untuk hotel pilihan?

$
0
0

“Bagaimana cara anda membuat tempahan hotel? Adakah anda akan terus buat tempahan, atau adakah anda akan buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan untuk hotel pilihan anda?”

 

Sedarkah anda, untuk bilik yang sama dari hotel yang sama, adakalanya anda akan dapati harga yang berbeza akan ditawarkan. Persoalannya ialah, mengapa bayar lebih sedangkan untuk bilik yang sama, yang exactly the same, anda sebenarnya boleh bayar dengan kos yang lebih jimat.

 

Walaubagaimanapun, ramai yang terpaksa bayar lebih mahal sedangkan alternatif yang lebih murah ada disediakan.

 

Jika anda “ter”bayar lebih mahal, ia bukan salah anda. Mungkin informasi dan cara-cara untuk dapatkan perbandingan harga sukar untuk diperolehi. Kalau benda yang kita tak tau, semua perkara memang kita akan rasa susah!

 

Mari saya perkenalkan, laman web enjin carian khusus untuk buat carian Best Deal untuk hotel. Sila layari laman web Trivago Malaysia.

Trivago_malaysia

Jika anda ingin mendapatkan best deal dan tawaran harga terendah beserta dengan review serta feedback mengenai hotel yang anda ingin tempah, anda boleh dapatkan kesemua maklumat tersebut dengan menggunakan servis dari Trivago.

 

Sebagai contoh, jika anda ingin bercuti ke Pulau Tioman dan merancang untuk menginap di Kampung Paya. Kat sini, salah satu resort yang agak terkenal ialah Paya Beach Spa & Dive Resort.

bercuti_ke_tioman_paya_resort

Cara tradisional untuk buat tempahan bilik bagi resort ini ialah dengan menghubungi terus pihak pengurusan resort. Cara ini juga boleh digunakan, namun adakalanya anda akan terlepas promosi-promosi yang dijalankan oleh ejen tempahan dan sekaligus terlepas potongan harga dan tawaran diskaun.

 

Ya… Ada ketikanya, anda akan dapat harga dan tawaran yang lebih murah apabila buat tempahan menerusi ejen daripada buat tempahan terus dari pengurusan resort.

 

Tetapi, dengan adanya servis dari laman web Trivago, anda kini boleh buat perbandingan harga dan melihat sendiri pakej-pakej yang ditawarkan.

buat_tempahan_hotel_trivago

Dengan bantuan laman web Trivago ini, anda boleh terus buat perbandingan harga serta perbandingan pakej seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tempahan online seperti di booking.com, expedia.com, airasiago.com dan hotels.com

 

Kalau sebelum ini, anda mungkin terpaksa buat perbandingan satu per satu dan perlu buka laman web mereka satu per satu, namun kini tidak perlu lagi. Dari paparan yang kita boleh lihat di Trivago sahaja, kita dah boleh lihat mana satu tawaran yang paling menarik.

 

Dah jumpa? Selepas dah jumpa, terus sahaja proceed dengan tempahan. Cara ini, bukan sahaja dapat menjimatkan masa anda, malahan pada masa yang sama ia juga dapat menjimatkan wang anda.

 

Jadi, duit lebihan tu tadi, bolehlah dibelanjakan ketika anda bercuti nanti.

 

Adakah anda merancang untuk pergi bercuti dalam masa terdekat ni? Cubalah layari laman web Trivago ini dan buat perbandingan harga. Anda mungkin akan temui bilik yang nampak mewah dan eksklusif tetapi hanya perlu bayar murah sahaja.

 

Bonus! Siap dengan breakfast pulak tu.

 

 

 

 

The post Bagaimana cara MUDAH buat perbandingan harga dan pakej untuk hotel pilihan? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Bisnes part time yang sesuai untuk pelajar universiti?

$
0
0

Boleh kata hampir setiap hari, pasti ada je geng-geng student universiti yang mencari-cari info dan cara macam mana nak tambahkan pendapatan, sama ada melalui kerja part time dari rumah ataupun menerusi jalan perniagaan.

 

Ya… bisnes. Bisnes ni memerlukan proses pembelajaran yang berterusan kerana dari situ, barulah kita akan perolehi pengalaman yang luas. Tak ada orang yang tiba-tiba buat bisnes terus jadi HEBAT. Amat jarang kita dengar. Kebanyakkan sesi temubual yang melibatkan golongan usahawan, pasti ada antara mereka yang akan lalui zaman-zaman gelap dan zaman kejatuhan masing-masing.

 

Sama ada kena tipu, bisnes GAGAL, syarikat supplier gulung tikar tanpa sebab yang jelas dan sebagainya. Akhirnya, tinggallah dirinya sebagai usahawan dibiarkan terkongtang kanting untuk mencari haluan hidup. Anehnya, walau sesukar mana sekalipun, tetap kejayaan diraih dipenghujung cerita.

 

Ok… kita nak cerita pasal golongan pelajar universiti. Apa bisnes nak buat bila ada masa lapang supaya boleh tambahkan serba sedikit duit poket?

buat_duit_dengan_involveasia

Saya cadangkan anda belajar buat bisnes yang menggunakan konsep affiliate marketing. Sebelum ni, saya pernah syorkan untuk kalian menjadi ejen promosi untuk laman web Bookcafe.

Baca: Peluang buat duit online untuk golongan pelajar bersama Bookcafe

 

Dari pengalaman saya sendiri, promosi buku-buku dan bahan ilmiah agak kurang rancak. Saya tak tau kenapa. Mungkin sebab masyarakat kita kurang membaca. Atau mungkin masyarakat kita kurang gemar membeli buku.

 

Tetapi, bila saya promosi barangan seperti mesin senaman, barangan untuk haiwan peliharaan dan macam-macam lagi produk yang terdapat di laman web Lazada, saya dapati potensi untuk buat lebih banyak duit lebih cerah.

 

Sebelum ni, saya promosikan produk-produk lazada menggunakan platform affiliate yang disediakan oleh pihak hasoffers.com namun kali ini, saya dapati kita juga boleh promosikan produk-produk di Lazada dengan menjadi ejen berdaftar ataupun publisher dengan syarikat Involve Asia.

 

Boleh klik sini untuk mendaftar.

buat_duit_lazada

Atas ni pula adalah statistik dan pencapaian saya dalam program ni. Dalam masa 7 hari saya mula buat promosi, dah ada RM1.25

 

Maksudnya, menerusi program dan platform ni, memang kita ada peluang untuk buat duit. Baiklah, saya nak sentuh sedikit tentang kaedah ataupun cara bagaimana nak hasilkan pendapatan daripada program ini?

 

Kat luar sana, terdapat macam-macam cara yang pernah dibincangkan untuk membantu para usahawan untuk dapatkan pendapatan secara online. Sama ada pemasaran menggunakan media sosial, pemasaran menggunakan emel, laman web mahupun blog. Anda boleh pilih mana-mana satu kaedah pemasaran yang bersesuaian dengan jiwa anda.

 

Dalam situasi saya, saya memilih untuk fokuskan pada platform blog sahaja. Untuk pengetahuan anda, jumlah yang berjaya dicapai itu adalah daripada pemasaran menggunakan medium blog.

 

Kerjanya pun sangat mudah. Saya hanya perlu menulis artikel promosi tentang produk tertentu yang saya ingin promosikan dan kemudian saya tukan butang PUBLISH. Bila ada masa, barulah saya akan promosikan blog saya tu, dan kalau saya rasa agak sibuk, saya biarkan sahaja.

 

buat_duit_dengan_menulisBila semak balik baki komisyen, ia jarang mengecewakan. Pasti ada pertambahan. Sama ada sekadar sen-sen, atau mungkin lebih banyak dari itu.

 

…dan saya percaya, kerja-kerja menulis artikel promosi seperti ini, kita boleh lakukan secara part time sahaja. Ia tak sepatutnya mengganggu masa dan komitmen anda selaku seorang pelajar.

 

Disebabkan kerja-kerja penulisan memang TERBUKTI boleh memberikan pulangan kepada penulisnya, maka terhasillah panduan khas untuk mengajar cara-cara bagaimana nak buat duit hanya dengan menulis.

 

Panduan ini diberi nama Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan dengan Menulis.

 

Saya rasa, kalau para pelajar buat dengan betul, buat dengan penuh komitmen dan istiqomah, anda juga boleh berjaya buat duit. Cubalah dulu, kemudian baru kata boleh berjaya atau tidak.

 

Lagipun, apa yang saya sarankan ni, bukannya memerlukan anda keluar duit langsung pun.

 

 

 

The post Bisnes part time yang sesuai untuk pelajar universiti? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Berapa kali perlu bercerita tentang Tone Excel kepada orang yang sama?

$
0
0

“Pernah tak anda terfikir, berapa kali anda perlu bercerita tentang Tone Excel pada ORANG YANG SAMA sebelum individu tersebut bersetuju untuk join sebagai ahli dan menjadi downline anda?”

 

Jeng… jeng… berminat nak tau? Ok kalau macam tu, saya harap anda dapat luangkan masa dan baca perkongsian saya ni dari mula sampai habis.

 

the_psychology_of_sellingSebelum tu, saya nak kongsikan dulu pada anda, salah satu buku mengenai jualan yang saya pernah beli dan baca satu masa dulu. Buku ini bukan sahaja memberi inspirasi malahan pada masa yang sama, ia sangat-sangat membantu untuk mengajar saya cara-cara sebenar untuk buat jualan.

 

Buku yang saya maksudkan ialah buku The Psychology of Selling karya Brian Tracy.

 

Ada juga versi yang alih bahasa, dikenali dengan judul Psikologi Menjual. Saya tak pasti sama ada buku ini masih ada lagi dijual di pasaran atau tidak. Sebelum ni saya pernah nampak buku ini dijual di laman web bookcafe, tapi sekarang ni mungkin dah kehabisan stok.

 

Kelemahan paling BESAR yang ada pada usahawan dan jurujual yang masih baru ialah “Follow Up”. Setuju? Anda telah bersusah payah memperkenalkan simkad Tone Excel kepada prospek anda, persoalannya ialah, apa yang anda lakukan selepas itu?

 

Adakah prospek anda akan terus setuju untuk join selepas anda perkenalkan simkad ini kepada mereka? Ok… kebiasaannya ialah “TIDAK”. Maka atas sebab ini jugalah saya akan terima emel dari mereka yang mengenali diri saya dan antara perkara paling kerap yang mereka akan kongsikan dengan saya ialah

 

“Saya dah buat promosi di Facebook, dan dah kongsikan peluang ni kepada ramai orang, tetapi masih tak ada yang berminat… apa yang perlu saya buat?”

 

Bagaimana anda tahu sama ada prospek anda tu berminat ataupun tidak? Inilah masalahnya. Selalunya kita tak tau pun sama ada prospek kita tu berminat ataupun tidak. Kita lebih banyak buat assumption, ataupun andaian sendiri yang mereka ni tak berminat.

 

“Kalau dah mereka (prospek) tak respons, maknanya mereka tak berminat la… kalau tak sebab apa lagi?”

 

TAK SEMESTINYA.

 

Perkara yang sama yang dibincangkan dalam buku The psychology of Selling. Alkisahnya, seorang jurujual memperkenalkan sebuah produk kepada bakal pelanggan. Pada pertemuan kali pertama, jurujual tersebut menerangkan dengan penuh semangat tentang kelebihan dan keistimewaan produk tersebut.

 

Tiba peringkat untuk mendapatkan pesanan, seperti biasa, prospek akan kata “saya akan fikir dulu”. Kadang-kadang, prospek akan kata, saya akan tanya pada suami dulu, saya kena bincang dengan famili dulu dan sebagainya.

 

Sebagai jurujual yang baik, sudah tentu beliau tak mahu menjejaskan reputasi dirinya. Jurujual tersebut pun memberi masa kepada prospek itu tadi untuk fikirkan terlebih dahulu mengenai tawaran produk. Dengan andaian (ah… sekali lagi assumption) prospek itu tadi akan pulang ke rumah, berbincang dengan suami, ahli keluarga atau kenalan, dan akan hubungi kita semula dengan membawa berita gembira.

 

Oh… syoknya kalau ia benar-benar berlaku.

 

Hakikatnya? Ia tidak begitu.

sistem_autonetwork_toneexcel

Prospek anda LANGSUNG TAK PERNAH FIKIRKAN TAWARAN ANDA. Sebaik sahaja anda melepaskan prospek anda pergi, ketika itu juga dia akan LUPAKAN terus tawaran anda dan mereka akan kembali memikirkan tentang masalah hidup mereka yang lebih penting berbanding produk ataupun perkhidmatan anda.

 

Lagipun, sebab apa dia nak fikirkan tentang anda? Dia ada lebih banyak masalah yang menanti untuk diselesaikan. Lebih baik dia fikirkan masalahnya sendiri daripada nak fikir tentang anda.

 

Letakkan diri anda sebagai seorang prospek. Satu hari, di sebuah shopping mall, anda disapa oleh seorang jurujual yang ingin menawarkan anda pakej rawatan rambut misalnya.

 

Sebelum jurujual tu buka mulut lagi, anda dah tahu apa jawapan yang nak diberikan untuk “lari” daripada jurujual tersebut. Biasanya, kita akan menolak sesuatu tawaran yang sangat berguna kepada kita sebab kita tak ada duit ataupun sebab kita benar-benar tak ada masa. Itu sahaja. Kalau lain-lain dari sebab tu, itu cuma alasan.

 

Katakanlah, anda berjaya untuk melepaskan diri dari jurujual tersebut dengan mengatakan yang anda akan “fikirkan dahulu” dan akan buat keputusan selepas dah beli barang yang anda nak beli terlebih dahulu, saya percaya, perkara berikut akan berlaku, iaitu

(1) Selepas beberapa langkah, anda akan berhenti berfikir mengenai tawaran jurujual tersebut

(2) Anda akan terus lupa apa yang jurujual tu ceritakan selepas beberapa minit berlalu

(3) Anda akan cuba mengelak daripada terpaksa guna laluan yang sama dan bertembung kembali dengan jurujual tersebut

 

Betul tak?

 

“Adakah anda menyangka, situasinya akan banyak berbeza sekiranya anda buat pemasaran secara online dan bukannya secara offline?”

 

Jawapannya ialah “TAK JAUH BEZA”.

 

Kerja-kerja FOLLOW UP adalah perkara wajib yang perlu kita lakukan dalam sebarang aktiviti jualan. Cuma yang membezakan antara setiap usahawan dengan usahawan yang lain ialah kaedah yang diguna pakai untuk buat follow up dan untuk pastikan prospek kita tak lupa mengenai tawaran yang kita berikan.

 

Sebagai contoh,

 

(1) Jika anda adalah usahawan yang menggunakan medium blog

Sama seperti saya. Untuk memastikan prospek tidak lupa mengenai tawaran saya, saya akan menulis mengenai tawaran saya secara berulang-ulang kali dalam blog. Sudah tentu, cara penulisan akan saya pelbagaikan bagi mengelakkan pembaca rasa boring dengan corak penyampaian yang sama.

 

(2) Jika anda adalah usahawan yang menggunakan medium Facbook

Ini kategori yang paling banyak. Cara yang popular ialah, selepas mereka join Tone Excel, mereka hanya post tentang Tone Excel di wall masing-masing. Walaupun tak ada orang klik like, tak ada yang komen, mereka tetap istiqomah dengan rutin seperti ini. Masalah dengan kaedah ini ialah, ia kurang targetted dan seolah-olah macam kita syok sendiri tapi tak ada orang nak support kita pun.

 

Cara yang lebih versatile ialah dengan mewujudkan group khas di Facebook. Mana-mana prospek yang dah di approach, kita minta kebenaran dari dia untuk kita masukkan dalam group khas. Dekat situ, kita boleh cerita tentang Tone Excel semahu-mahunya tanpa ada gangguan dari orang lain. Sesekali, kita boleh tag nama kawan atau prospek kita yang kita dah dapatkan persetujuan mereka untuk di add masuk dalam group.

 

(3) Promosi secara automatik menggunakan sistem autoresponder

Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu langgan perkhidmatan sistem autoresponder terlebih dahulu. Saya sarankan, anda dapatkan akaun dengan sistem autoresponder emelmatik.

 

Pihak emelmatik menawarkan pelan penggunaan secara percuma selama 365 hari. Gunakan masa ini dengan sebaik-baiknya. Kaedah ini juga sinonim dengan nama pemasaran emel, yang mana setelah anda berjaya kumpul senarai nama dan emel prospek yang mungkin berminat untuk menjadi ahli Tone Excel, anda boleh mula lakukan follow up secara automatik kepada mereka.

 

Mudah sahaja. Anda hanya perlu siap sedia dengan set emel follow up yang akan dihantar secara automatik kepada mereka yang dah pernah berikan nama dan alamat emel mereka. Jika ada sebarang emel balas, anda hanya perlu balas emel tersebut. Itu sahaja.

 

Jadi, kita berbalik kepada persoalan yang saya kemukakan di awal-awal entri ini, iaitu mengenai “berapa kali perlu kita kongsikan atau follow up kepada orang yang sama?”

 

Menurut Brian Tracy, dari segi statistik kejayaan menghasilkan jualan, kita perlu lakukan sekurang-kurangnya 5 pertemuan dengan bakal pelanggan sebelum mereka benar-benar bersetuju dan yakin untuk jadi pelanggan anda.

 

5 kali adalah magic number yang anda perlu ingat. Tak semestinya anda perlu jumpa lama-lama, atau perlu terangkan lama-lama. Kadang-kadang cukup sekadar bertanya khabar dan ucapkan selamat tinggal. Ia memerlukan masa kurang dari 5 minit dan yang kita lebih pentingkan ialah impak daripada perbuatan tersebut.

 

Bagaimana pula kalau kita nak fokus pada pemasaran online?

 

Dari pengalaman saya sendiri, formulanya SAMA. Kita perlu lakukan follow up terhadap orang yang sama sekurang-kurangnya 5 kali.

 

Kalau anda menggunakan khidmat daripada sistem autoresponder, boleh buat lebih daripada lima kali dan semua ini boleh dilakukan secara automatik. Biar buat lebih, jangan buat kurang.

 

Mungkin, kebanyakkan yang join Tone Excel ni, pada asalnya bukanlah seorang yang mempunyai bisnes minded. Mereka pun tak pernah terfikir untuk jadi seorang usahawan sebelum ini, namun disebabkan diajak oleh kawan-kawan mahupun kenalan, mereka jadi berminat.

 

Tahniah saya ucapkan kerana buat keputusan yang begini besar. Saranan saya, belajarlah bagaimana nak jadi seorang usahawan. Take your time dan memang kena banyak korbankan masa untuk belajar sesuatu yang baru. Jadilah usahawan yang berilmu, itu lebih seronok berbanding sekadar jadi usahawan yang mengikut kehendak nafsu.

 

Buatlah follow up kepada prospek anda sekurang-kurangnya 5 kali, dan saya harapkan semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan juga post ini kepada rakan-rakan anda jika ianya bermanfaat.

 

Wallahua’lam

 

 

The post Berapa kali perlu bercerita tentang Tone Excel kepada orang yang sama? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Jangan Kata Abang Tak Payung – Bahruddin Bekri

$
0
0

Kita tukar mode pembacaan kepada mode yang lebih santai dan happy… Bila melihat kepada senarai buku yang ada dalam simpanan saya, kadang-kadang boleh buat diri ni terasa stress pun ada.

 

Sesekali, nak juga baca sesuatu yang lebih ringan. Asyik baca tentang emas, rumah lelong, hartanah, dan sebagainya… Owh boleh jammed kepala otak. Lebih terasa jammed lagi bila memikirkan yang saya cuma boleh membaca tapi tak dapat nak praktikkan sangat ilmu yang diperolehi atas sebab masih belum ada modal.

 

Fuh… lagilah kena banyakkan bersabar.

 

jangan_kata_abang_tak_payung_bahruddin_bekri#JANGANKATAABANGTAKPAYUNG

 

Tagline “jangan kata tak payung” pernah hits satu ketika dulu. Sekarang pun masih ada orang guna lagi tagline macam ni, cuma dah agak kurang.

 

So, bila penulis buku ni, Bahruddin Bekri menggunakan tagline tersebut sebagai tajuk bukunya, memang haruslah ia menarik perhatian mereka-mereka yang terbiasa atau sekurang-kurangnya pernah dengar tagline ni.

 

Termasuk la saya ha ha

 

Buku ni isteri saya yang beli. Saya tumpang baca je. Tabik kepada penulis buku ni, yang berjaya menghasilkan sebuah buku yang bolehlah saya kategorikan sebagai “anti-depression”. Siapa kata kerja sebagai seorang penulis ni tak letih? Tak stress? Tak rasa depression?

 

Setiap waktu, kita kena perah idea untuk dapatkan karya penulisan yang kadang-kadang kita rasa macam bajet best, dan kadang-kadang kita sendiri rasa tak nak mengaku, yang karya tersebut adalah our own baby!

 

Tapi penulis buku Jangan kata abang tak payung ni, dah membuatkan saya tersedar sesuatu. Menulis biarlah ikhlas dari hati. Ya… kadang-kadang memang hasil penulisan kita seolah-olah terlebih bagus, dan kadang-kadang langsung macam bangang pun anda. Biarlah. Dah memang itu paling ikhlas yang kita dapat hasilkan.

 

Bukankah cetusan idea dan ilham itu adalah anugerah dari tuhan? Ianya adalah rezeki yang tak ternilai harganya buat mereka-mereka yang bekerja dalam bidang penulisan. Kita menyampaikan, dan terpulang kepada pembaca sama ada nak mengambilnya atau nak membuangnya. Yang penting tugas kita adalah untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam bentuk penulisan.

 

Ok. Buku ni sebenarnya adalah himpunan status update oleh penulis tu sendiri. Ha… siapa kata status FB kita tu tak ada nilai? See… penulis ni dah buktikan, hasil daripada conteng-conteng kat wall FB sendiri pun boleh dibukukan dan boleh dijadikan duit.

 

Sebab tu, bila saya kongsikan dalam blog ni, yang dari menulis kita boleh hasilkan pendapatan sehingga RM1,000 setiap bulan, ia bukannya perkara main-main.

 

Buku ni, asalnya isteri saya beli kat kedai buku. Kalau tak silap saya, kat MPH Aeon Maluri. Tapi sekarang, boleh beli secara online sahaja.

 

Anda boleh klik sini kalau nak beli buku ni secara online sahaja. Laman jualan ialah di Bookcafe. Boleh dapatkan tawaran diskaun, promosi dan macam-macam lagi kalau beli secara online, dan mungkin anda akan dapat jimat lebih banyak.

 

 

 

The post Jangan Kata Abang Tak Payung – Bahruddin Bekri appeared first on Blog Sabree Hussin.

Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

$
0
0

Tahukah anda, laman web Lazada sebenarnya ada membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen affiliate atau nama lainnya ejen promosi?

 

Khas buat mereka yang suka kongsi-kongsi link, tak kiralah sama ada nak kongsi link di blog, laman web, facebook, twitter dan mana-mana tempat lain yang boleh kongsi link, program affiliate lazada ini boleh jadi amat sesuai untuk anda.

 

Kerjanya juga tidaklah sesukar mana. Hanya perlu dapatkan link promosi dan mula promosi. Itu sahaja. Apabila ada pelanggan yang buat belian menerusi link anda, maka dari situ anda akan terima upah.

laman_buat_duit_lazada

Kadar upah yang paling tinggi boleh diperolehi ialah 12%. Sekarang, cubalah bayangkan jika anda berjaya menjual produk yang agak mahal, sebagai contoh produk yang berharga RM2,000 dan komisyen anda pula adalah sebanyak 12%.

 

Berapa agaknya pendapatan yang boleh anda perolehi dari Lazada? Jawapannya ialah RM240. Kalau tanya saya, ianya cukup lumayan, dengan mengambil kira bebanan kerja yang perlu kita lakukan yang sangatlah minima.

 

Walaubagaimana, kebiasaannya peratus komisyen yang saya terima adalah sekitar 6% sahaja. Sebenarnya, ia bergantung juga kepada jenis produk atau ketagori produk yang berjaya dijual.

 

“Bagaimana cara nak join program affiliate Lazada?”

 

Sebenarnya, pada saat catatan ini dibuat, terdapat dua cara bagaimana anda boleh jadi seorang ejen affiliate bagi laman web Lazada. Sila teruskan pembacaan ya.

 

(1) Menerusi platform yang dibangunkan oleh HasOffers.com

Sebelum ni, kalau kita nak jadi ejen affiliate berdaftar untuk Lazada, kita akan dapatkan akaun dengan pihak HasOffers.com

 

Sama la dengan saya. Saya pun ada buka satu akaun dengan hasoffers. Bawah ni pula adalah screenshot komisyen dari Lazada yang dapat saya hasilkan untuk bulan Januari 2016.

bukti_komisyen_lazada

Tak ada la banyak mana. Buat masa sekarang ni, dalam sebulan Alhamdulillah, saya dapat maintain dalam 10 sales minimum. Memang ada banyak benda kena buat dan memang kena usaha dengan lebih keras lagi untuk dapatkan income yang lebih baik dengan Program Affiliate Lazada ni.

 

Komisyen (pay out) yang anda dapat lihat diatas adalah dalam matawang USD. Pihak HasOffers akan menukarkan (convert) kepada matawang RM pada hari invoice dikeluarkan. Jadi, siapa-siapa yang terasa nak buat duit dalam matawang USD, ha… kat sinilah tempatnya.

 

Tak perlu susah payah nak keluar negara. Hanya dari keselesaan rumah anda, hanya semudah mendaftar sebagai ejen affiliate untuk Lazada, anda dah boleh jana pendapatan dalam matawang USD. Cool kan?

 

(2) Sertai program affiliate Lazada menerusi Involve Asia

buat_duit_dengan_involveasia

Involve Asia dah pun dibangunkan sejak dari tahun 2014 lagi. Namun, mungkin sebab kurangnya publisiti, jadi agak ramai yang tak tau tentang kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada platform ni.

 

Saya sendiri baru tau tentang laman web ini sekitar pertengahan tahun 2015, dan cuma baru-baru ni saya mula aktif mempromosikan produk-produk merchant yang bekerjasama dengan Involve Asia.

komisyen_lazada_dengan_involveasia

 

Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun dengan Involve Asia.

 

Kalau anda lihat pada screenshot diatas, menerusi Involve Asia, anda bukan sahaja boleh mempromosikan produk-produk di Lazada, malahan boleh juga promosikan laman web enjin carian hotel Trivago dan turut dibayar komisyen.

 

Komisyennya adalah dalam matawang RM dan ia lebih mudah. Kenapa saya kata lebih mudah? Sebab dalam laman web utama Lazada, matawang yang digunakan juga adalah dalam nilai RM.

 

Saya rasa agak rumit bila transaksi dalam RM, kemudian komisyen ditukar dalam matawang USD, tak lama lepas tu bila nak bayar komisyen, kena convert semula ke RM. Dalam pengiraan saya, lebih mudah kalau awal-awal lagi menggunakan matawang RM atau satu jenis matawang sahaja.

 

Jadi lepas ni, anda nak buat yang mana satu?

 

Saya akan buat kedua-duanya sekali. Rasanya, kalau dapat bayaran dari kedua-dua program, ia lebih menyeronokkan dan lebih mengujakan. Bukankah begitu?

 

Jika anda sependapat dengan saya, bermakna kita geng! Jom sedut lebih banyak komisyen dari laman web Lazada.

 

 

The post Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit?

$
0
0

Hutang kad kredit… ah… we comeback to this topic again… kan bagus kalau hutang-hutang ni boleh hilang, lesap dan terhapus dengan sendirinya secara magis. Sayangnya, kebanyakkan dari kita bukanlah “individu terpilih” yang dapat menikmati privileges seperti hutang dikecualikan daripada perlu dibayar.

 

Soalan ni agak kerap muncul dalam hidup saya.

 

“Bagus ke buat pinjaman bank semata-mata untuk bayar baki hutang kad kredit yang masih tertunggak?”

 

Saya beri amaran siap-siap. Kalau anda baca perkongsian saya ni dari mula sampai habis, saya jamin anda akan perolehi sesuatu manfaat. Namun AWAS! Jika anda mengharapkan jawapan clear cut, dalam bentuk YA atau TIDAK, anda tak akan temuinya disini.

 

Hei… saya tak tau bagaimana keadaan dan kedudukan kewangan anda. Berapa baik ataupun berapa buruk. Tak mungkin saya boleh beri jawapan yang sama kepada setiap orang. Apa yang boleh saya kongsikan disini ialah secebis idea untuk memandu anda bagi buat keputusan yang terbaik untuk anda. How’s that sound? Good? Are we ready to go?

hutang_kad_kredit

Kebiasaannya, kita memang tak cari bank untuk buat pinjaman peribadi bagi tujuan melupuskan hutang kad kredit. JARANG BERLAKU. Sebaliknya, yang biasa berlaku ialah kita “ditawarkan” untuk mendapatkan pinjaman peribadi tersebut.

 

Situasi ini biasa berlaku.

 

Selamat petang En Sabree, nama saya Fatin dari HSBC boleh kita bercakap sekejap? Saya ada berita baik yang nak dikongsikan dengan Encik kalau encik izinkan…

 

Perbualan ini akan berkesudahan dan menjurus kearah pihak bank menawarkan pelan ansuran mudah ataupun pakej pinjaman peribadi bagi melangsaikan hutang kad kredit yang kita tanggung. Amazing. Baik betul pihak bank ni sebab nak tolong ringankan beban kita daripada terpaksa bayar minimum payment kad kredit yang mahal nak mampus setiap bulan.

 

Bayar tak pernah missed, tapi hutang tak jugak berkurang. Ni la masalah dengan kad kredit kalau kita cuma bayar minimum payment semata-mata.

 

Tahukah anda, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk habis bayar hutang kad kredit yang berjumlah RM3,000 sahaja, lebih-lebih lagi apabila anda

(1) Cuma bayar minimum payment sebanyak RM150 setiap bulan

(2) Interest rate yang dikenakan ialah 18%

(3) Anda tak pernah lewat bayar

(4) Anda tak menambah hutang dan tak buat transaksi baru

(5) Kadar interest tidak berubah

 

4 tahun 8 bulan bro… ia bukan tempoh masa yang pendek tau… ia bersamaan dengan 56 bulan, dan dalam tempoh tu jika anda hanya bayar minimum payment sahaja ialah RM150 sahaja, secara total anda akan membayar sebanyak RM8,400

 

Bagus, kan? Walhal hutang asal anda hanyalah sebanyak RM3,000

 

Dah ada kad kredit, tak akan nak ambil hutang peribadi (personal loan) lagi

Bank adalah sebuah entiti perniagaan. Produknya ialah produk berasaskan servis kewangan. Pendapatan terbesar bank adalah disumbangkan daripada pinjaman yang ditawarkan kepada para pelanggannya.

 

Lagi ramai yang berhutang dengan Bank, lagi tinggi keuntungan yang bank boleh hasilkan.

Lagi besar jumlah yang dipinjamkan oleh Bank, lagi tinggi keuntungan yang bank boleh hasilkan. 

Lagi lama dan lagi panjang tempoh bayaran balik, lagi tinggi keuntungan yang bank boleh hasilkan.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua orang akan “ditawarkan” untuk ambik personal loan. Hanya mereka-mereka yang mempunyai jadual bayaran balik yang cantik sahaja yang akan ditawarkan dengan pakej pinjaman ni. Kalau jenis yang selalu lambat bayar, bayar tak cukup, bayar pun sangkut-sangkut, biasanya memang tak akan dapat.

 

Kalau dapat offer macam ni pun, selalunya ditawarkan oleh Bank lain. Contohnya, kad kredit dikeluarkan oleh HSBC Bank, tetapi loan ditawarkan oleh Alliance Bank. Jarang berlaku, tapi tak mustahil untuk dapat. Biasa yang saya dapat, kalau kad dikeluarkan oleh HSBC, maka pihak HSBC juga yang akan tawarkan pakej personal loan ni.

 

Situasi:

“Amat jarang individu yang dah ada hutang kad kredit, akan apply dekat bank yang sama untuk tambah hutang melalui pinjaman peribadi.” 

 

Jarang sekali. Secara peribadi, saya sendiri dah cukup puas dengan ada hutang kad kredit. Rasa serik dah nak tambah hutang lagi.

 

Tetapi, pihak bank ada pendapat dan perancangan yang berbeza untuk buat lebih banyak duit dan buat lebih banyak untung. Lebih-lebih lagi kalau dia dapat pelanggan yang hebat, yang sering bayar hutang on time. Sudah tentu bank nak buat lebih banyak duit dari pelanggan seperti ini.

 

Maka, bermulalah strategi pihak bank untuk mengumpan pelanggan ini tadi untuk ambil pakej personal loan yang lain pula.

 

“Sebagai menghargai encik sebagai pelanggan kami, kami ingin tawarkan pakej pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan kadar interest serendah 3% sahaja setahun…” 

 

Tapi saya nak buat apa dengan duit ni? Saya dah ada hutang dah. Hutang kad kredit saya pun masih tak habis-habis lagi sampai sekarang.

 

“Oh, encik boleh gunakan wang ini untuk bayar balik baki hutang kad kredit. Encik tahukan, interest untuk kad kredit adalah berkali ganda lebih tinggi, iaitu sebanyak 18% berbanding pakej pinjaman peribadi ini. Gunakan duit ini untuk langsaikan hutang kad kredit encik…”

 

Apa akan jadi seterusnya?

Aha… ia sebenarnya adalah idea yang sangat hebat dan LICIK. Antara 18% dengan 3%, sudah terang lagi bersuluh, sudah tentu yang 3% itu lebih jimat dan murah. Kita patut ambil pakej loan tersebut untuk langsaikan segera hutang kad kredit.

 

Kita boleh jimat kos yang perlu bayar hanya untuk interest. Ding ding ding! Tiba-tiba diri terasa bijak pada ketika itu, sebab kita nampak satu peluang dan pintu keluar yang amat bersinar-sinar.

 

Anda perlu AMBIL BERAT terhadap perkara-perkara berikut!

Secara peribadi, saya melihat tindakan untuk ambil personal loan yang interest rate lebih rendah untuk menyelesaikan hutang kad kredit yang interestnya sangat tinggi adalah satu tindakan yang WAJAR. Anda boleh jimat sebanyak 15% dari segi interest dengan menganggap interest kad kredit sebanyak 18% setahun, manakala personal loan sebanyak 3% sahaja.

 

Saya harap anda dapat berikan perhatian juga pada perkara-perkara berikut seandainya ia berlaku pada anda.

 

(1) Hutang kad kredit RM3,000 sahaja, tetapi loan yang diluluskan ialah sebanyak RM8,000!

Yeay! Sekarang anda dah ada duit lebih dalam akaun bank anda. Lepas tolak baki hutang kad kredit sebanyak RM3,000 anda masih ada lagi baki sebanyak RM5,000.

 

Campur dengan duit simpanan yang mungkin memang ada dalam akaun saving anda, tambah tolak darab bahagi, anda mungkin akan nampak jumlah yang BESAR dalam akaun bank anda. Let say… ada RM7,487.32 misalnya.

 

Apa nak buat lepas ni? Dah lama anda tak lihat jumlah sebanyak ni berada dalam akaun saving anda. Patutkah anda servis kereta? Tukar tayar? Tukar sportrim? Atau bawa keluarga pergi bercuti?

 

Ini perangkap yang pertama! Hati-hatilah. Saya tak tau, bagaimana anda akan uruskan baki pinjaman yang sebanyak RM5,000 tu. Anda mungkin ada keinginan terpendam yang dah lama anda nak capai, yang mana tak ada siapa boleh halang keinginan anda tu. Saranan saya, hati-hatilah.

 

Kalau tanya saya, saya akan kata. Pulangkan sahaja baki duit tu semula kepada bank. Bincang betul-betul dengan pegawai yang menawarkan pelan pinjaman tu tadi.

 

Sebaik-baiknya, pinjam amount yang cukup-cukup untuk selesaikan hutang kad kredit sahaja. Jangan pinjam lebih, melainkan ada syarat kena buat pinjaman minimum sebanyak RM8 ribu tu tadi.

 

(2) Apa jadi dengan kad kredit anda?

Anda kini dah BEBAS DARI HUTANG KAD KREDIT.

 

Setiap kali log in ke member area, untuk melihat status kad kredit yang menunjukkan baki hutang sebanyak RM0.00 memang betul-betul menyeronokkan dan mengujakan. Namun ini tak bermakna anda dah bebas hutang.

 

Nope! Anda memang dah bebas dari belenggu hutang kad kredit, namun pada masa ini anda dah ada hutang yang baru, iaitu hutang peribadi sebanyak RM8,000. Masih ingat lagi?

 

Walaupun mungkin kadar bayaran balik adalah sama atau lebih rendah, namun tempoh bayaran balik adalah sedikit lebih panjang. Namun tak menjadi masalah, sebabnya interest yang dikenakan adalah lebih rendah.

 

Persoalannya sekarang ialah, apa jadi dengan kad kredit anda tu? Adakah anda akan cancel kad kredit tersebut, atau anda akan potong menjadi kepingan kecil dan tanam serpihan kad kredit tersebut dilokasi rahsia?

 

Ataupun anda masih akan simpan kad tersebut untuk kegunaan di masa kecemasaran? Saya percaya, majoriti akan simpan kad tersebut sebagai back up dikala kecemasan.

 

Kad kredit tersebut adalah ibarat bom jangka yang akan dan boleh meletup pada bila-bila masa. Hanya menantikan masa dan situasi yang sesuai sahaja, ia akan kembali beraksi dan mengumpul hutang yang baru.

 

Bermula dengan kecemasan-kecemasan kecil dengan nilai dibawah RM50… akhirnya jumlah terkumpul naik sehingga mencecah 4 angka semula. TAHNIAH. Kini anda mempunyai hutang kad kredit, dan pada masa sama, hutang personal loan pun masih belum habis bayar.

 

Bank memang faham benar dengan pelanggan-pelanggannya. Ini memang cara mereka buat duit. Memang susah nak menahan rasa gatal untuk membeli bila kita tahu kita ada duit yang boleh digunakan. Ah… guna kad kredit sahaja.

 

Laman web Lazada misalnya. Setiap masa ada sahaja barang murah, ada sahaja potongan harga, ada sahaja diskaun khas untuk pemegang kad tertentu. Ada sahaja kecemasan atau emergency yang kita akan tengok di laman web ini.

teknik_promosi_lazada

Adakah situasi yang sama akan berlaku kepada anda? Saya harap tidak. Saya harap situasi anda akan jadi lebih baik. Lebih-lebih lagi lepas anda baca perkongsian saya ni. Sepatutnya, anda dapat buat keputusan dan tindakan yang lebih bijak, dan sedikit sebanyak boleh tahu apa dia game plan yang akan dikenakan kepada anda.

 

Tetapi… kalau dah tau apa yang bakal berlaku, kemudian anda tetap TERKENA… ah… saya tak tau la nak kata apa lagi.

 

 

The post Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

$
0
0

“Sistem autodownline TERBAIK adalah sistem yang digunakan, dipromosikan dan menggunakan konsep yang mudah difahami serta ringkas.”

 

Well… at least itulah pendapat saya. Ada sistem autodownline yang saya sendiri susah nak faham, dan hampir mustahil untuk diterangkan kepada prospek. Sistem macam ni walaupun kononnya sangat canggih dan bersifat futuristicbetter kita abaikan sahaja.

 

Lebih baik, kita fokus sahaja untuk gunakan sistem-sistem yang mudah untuk difahami.

 

“Adakah anda memerlukan sistem autodownline untuk memperkenal dan mempromosikan peluang bisnes yang terdapat pada Program Keahlian Tone Excel?”

 

Sebenarnya, bukan semua orang perlu ada sistem autodownline ni. Setengah orang lebih selesa untuk buat bisnes ni cara konvensional. Edar fliers, buat sesi table talk, buat presentation di ofis dan sebagainya.

sistem_autodownline_toneexcel

Bila nak close deal, boleh buat pada waktu tu juga. Jika anda adalah terdiri daripada individu seperti ini, anda pasti perasan, dalam setiap proses yang dilalui untuk mendapatkan pelanggan (downline) yang baru, langsung tak memerlukan anda mempunyai sistem autodownline.

 

Ok… ok… anda tak perlu ada sistem autodownline. Bagaimana pula dengan downline anda di level 1? Just because anda tak perlu guna sistem autodownline untuk dapat pelanggan, tak bermakna level 1 anda dapat menduplikasi apa yang anda lakukan. Setuju?

 

Adakah saya dah dapatkan perhatian anda? Baik. Dalam perkongsian kali ini, saya nak share dengan anda semua, antara sistem-sistem autodownline yang terdapat di pasaran yang boleh bantu anda untuk dapatkan pelanggan dan mempromosikan peluang bisnes ni secara online.

 

Kalau anda langsung tak bercadang nak promosikan Tone Excel secara online, dan level 1 anda juga memang langsung tak minat nak buat bisnes secara online, saya kira lebih baik anda abaikan sahaja post saya ni. Anda boleh kembali memikirkan hal-hal seperti macam mana nak bayar hutang kad kredit anda atau fikirkan tentang apa menu makanan yang anda hendak makan malam nanti.

 

Saya akan kongsikan 3 sahaja sistem autodownline dalam post kali ini. Ketiga-tiga sistem autodownline ini telahpun saya uji sendiri dan ada antaranya yang memang berkesan.

 

(1) Sistem Autodownline 123

Laman web: http://autodownlineplus.com/te/

bisnes_tone_excel_free_downline

Sistem autodownline ini dibangunkan oleh Tuan Shamsudin Zakaria yang berpangkat branch dalam bisnes Tone Excel ni. Jadi, tak perlu risau lagi tentang stok simkad dan sebagainya.

 

Untuk pengetahuan anda, sistem autodownline ini adalah khusus untuk orang yang baru nak join Tone Excel. Untuk yang dah pernah join, sila teruskan perjuangan anda. Nampaknya anda dah terlepas peluang untuk memiliki senjata pemasaran yang begitu hebat seperti ini.

 

Seseorang pernah bertanya kepada saya

“Betul ke sistem ni bagus sangat? Nampak ringkas sangat, betul ke boleh dapat downline?”

 

Saya pun pernah fikir benda yang sama. Boleh ke sistem yang macam ni bantu kita dapatkan downline. Saya cukup malas nak main teka teki, lalu saya pun join menerusi sistem autodownline ni. Ini pula adalah screenshot akaun Tone Excel saya yang didaftar menerusi team Autodownline.

bukti_sistem_autodownline_berkesan

Setakat waktu catatan ni ditulis, jumlah subcriber (downline) yang saya perolehi setelah mengguna pakai sistem ini adalah seramai 7 orang. 4 orang di level 1 manakala 3 orang di level 2.

 

Kali terakhir saya terima bayaran komisyen adalah pada 5 Februari 2016 yang lalu

komisyen_toneexcel_feb2016

Lihat pada nombor IDP, jelas bukan ianya tercatat disitu 945115

 

Dah cukup yakin dengan sistem autodownline ni? Boleh klik sini untuk daftar kemudian upgrade. Dengan berbuat demikian anda akan berada dalam rangkaian saya, dan akan menerima sedikit sebanyak tempias daripada hasil usaha pemasaran saya kelak.

 

“Pernahkah anda terfikir, kenapa sistem seperti ini dinamakan sebagai sistem autodownline?”

Ada? Bagus. Saya harap anda bukanlah jenis orang yang suka terima bulat-bulat tanpa bertanya soalan. Baik, biar saya jelaskan.

 

Sistem ini dipanggil autodownline sebab

(1) Anda hanya perlu promosikan link url anda sahaja ketika buat promosi

(2) Sistem akan lakukan follow up menerusi emel secara automatik untuk anda

(3) Admin akan jawab sebarang soalan jika prospek anda yang berdaftar menerusi sistem ini ingin bertanya sesuatu

(4) Sebarang urusan pembelian dan penghantaran simkad, admin akan uruskan

(5) Pengaktifan simkad menggunakan IDP anda juga akan dilakukan oleh admin

(6) Cukup bulan anda hanya perlu semak akaun bank untuk melihat komisyen yang dibayar

 

Item (1) hingga (6) adalah bahagian pertama yang diautomasikan menerusi penggunaan sistem autodownline ini.

 

“Bolehkah saya dapat downline secara percuma apabila saya menggunakan sistem autodownline ini?”

Saya ada berita baik untuk anda. Jawapannya ialah, SUDAH TENTU BOLEH! Oh walaubagaimanapun, jangan bergembira terlalu awal wahai saudaraku, untuk anda layak mendapat downline secara percuma, ada beberapa perkara yang anda perlu buat terlebih dahulu.

(1) Anda perlu upgrade sebagai VIP member dan menjadi pengguna talian Tone Excel menerusi team autodownline

(2) Anda perlu pastikan yang anda join menerusi upline yang memang rajin buat promosi, atau setidak-tidaknya mempunyai sistem untuk buat promosi secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, selama-lamanya. (Ehem… saya tengah cakap pasal diri saya la ni ha ha)

(3) Downline anda juga perlu rajin buat pemasaran kerana anda juga boleh dapat downline daripada usaha promosi downline yang masih belum upgrade sebagai VIP member

 

Dalam sistem autodownline ini, anda akan memperoleh downline menerusi 3 cara, iaitu

(1) Dari usaha pemasaran anda sendiri

(2) Dari usaha pemasaran upline anda yang dah cukup kuota 10 orang downline di level 1

(3) Dari usaha pemasaran downline anda yang masih belum upgrade menjadi VIP member

 

Jadi, bila kita kumpulkan dalam satu tempat. Anda, upline anda dan downline anda. Masing-masing buat pemasaran dengan serius, hasilnya…. Boooom! Semua boleh dapat income. Dari segi konsep dan teori, sistem ni memang boleh bantu anda untuk ramaikan lagi downline.

 

Namun itu dari sudut teori dan konsep. Hakikatnya, ada-ada sahaja alasan untuk ahli tak buat kerja. Tak cukup masa la, tak sempat, malas, nak buat assignment, kena tidur awal dan macam-macam lagi. Maka akhirnya, tinggallah individu yang memang benar-benar nak berjaya yang akan terus komited dalam kerja-kerja pemasaran.

 

(2) Sistem Autodownline ToneXpress

Laman web: http://tonexpress.com/

review_laman_tonexpress

Semua yang dah jadi ahli Tone Excel ataupun yang masih belum join boleh menjadi pengguna sistem ini. Satu yang saya suka mengenai sistem ToneXpress ni ialah, selain kita dapat mempromosikan bisnes Tone Excel kita, kita juga dapat buat duit dengan memperkenalkan website ini kepada prospek kita.

 

Sebagai ahli VIP di laman web ToneXpress, jika anda mengesyorkan orang lain untuk jadi ahli VIP juga, anda akan menerima komisyen daripada admin laman web ini. Saya juga sudah beberapa kali menerima komisyen dari laman web ini, dan kali terakhir saya terima komisyen adalah pada bulan lepas.

Klik untuk baca: Komisyen ToneXpress Januari 2016

 

“Saya dah join ToneXpress, tapi sampai sekarang saya masih belum pernah dapat apa-apa hasil pun…”

 

Adakah anda berdepan dengan isu yang sama? Dah join ToneXpress tapi sampai sekarang masih tak pernah merasa sebarang komisyen, walaupun hanya RM10. Ada ke?

 

Ok… kalau anda ada masalah macam ni, selalunya satu je sebabnya. Anda kurang aktif dalam melakukan pemasaran, ataupun anda memang tak cukup buat pemasaran. Cuba anda login ke ruangan ahli akaun ToneXpress anda, dan lihat statistik klik terhadap link url anda yang berjaya anda hasilkan. Biar saya tunjukkan yang saya punya.

statistik_buat_duit_tonexpress

Setakat waktu catatan ini saha tulis, link url saya telah pun menerima klik atau kunjungan sebanyak 62, 523 kali. Dengan kunjungan sebanyak ini, ia telah pun convert kepada jumlah komisyen sebanyak RM690. Sudah tentu ini semua bukannya adalah hasil usaha pemasaran selama sehari ataupun seminggu.

 

Ia perlukan usaha pemasaran yang berterusan, tanpa mengira jemu. Kalau jumlah kunjungan melalui link anda masih lagi kurang daripada 100 kunjungan, kemudian anda mengatakan yang anda telah cuba segalanya… hmm… saya tak pasti, adakah itu boleh dikira sebagai usaha yang bersungguh-sungguh ataupun cuma saja-saja nak mencuba.

 

Jika anda menggunakan ToneXpress, anda hanya akan menerima limpahan downline daripada downline sedia ada anda sahaja. Setiap downline yang berjaya anda perolehi, akan menyumbangkan 2 orang lagi downline kepada anda. Anda tidak akan menerima sebarang downline daripada upline anda. Ia sedikit berbeza dengan sistem autodownline yang saya ceritakan mula-mula tadi.

 

(3) Sistem autodownline TE AutoNetwork

Laman web: http://teautonetwork.com/9178

sistem_autonetwork_toneexcel

Laman web sistem autodownline ini diasaskan oleh tuan Yazid Daud. Juga salah seorang yang berpangkat branch dalam bisnes Tone Excel ni. Rasanya tak perlu saya perkenalkan lagi siapa Yazid Daud, sebabnya sesiapa yang pernah join TE pasti pernah dengar nama ni.

 

Beliau merupakan pengasas kepada teknik Close Deal Tanpa Suara. Macam mana tu? Close deal secara online sahaja la.

 

Sistem autodownline ini terbuka kepada semua, tak kiralah sama ada orang tu dah ada IDP Tone Excel ataupun belum. Buat yang belum pernah join TE, dan ingin mencuba sertai bisnes ni juga amat digalakkan untuk sertai menerusi laman web ini.

 

Konsep laman web ini, dari sudut pemerhatian saya, ia menggabungkan konsep sistem autodownline123 dengan sistem autodownline ToneXpress.

 

Sebabnya? Anda bukan sahaja boleh gunakan laman web ini untuk mempromosikan simkad Tone Excel, malahan pada masa yang sama, jika anda mengajak rakan-rakan TE untuk jadi ahli VIP di laman web ini, anda juga berpeluang untuk buat duit tambahan. Lebih kurang macam ToneXpress.

kelebihan_teautonetwork

Jadi, dengan adanya ciri-ciri seperti ini, walaupun prospek anda tak join sebagai downline anda di Tone Excel, anda masih lagi berpeluang untuk buat duit dengan mengajak mereka jadi ahli VIP di laman web TE AutoNetwork. Setiap orang dihadkan hanya boleh kumpul 30 orang downline sahaja.

 

Screenshot diatas adalah simulasi unjuran pendapatan yang bakal anda perolehi sekiranya mengajak orang lain untuk jadi ahli VIP di laman web tersebut. Menarik, bukan? Ha… kalau rasa menarik, apa kata anda dapatkan akaun anda dengan mendaftar menjadi ahli VIP disini.

 

Apa langkah seterusnya?

Baiklah… ini cadangan saya. Sudah tentu anda bebas untuk ikut ataupun untuk abaikan. Setuju?

 

Jika anda belum pernah join TE langsung, dan memang masih baru, saya syorkan anda join menerusi laman web ini. Terus upgrade sebagai ahli VIP dan dapatkan simkad Tone Excel anda. Memandangkan itu adalah link saya, maka dari masa ke masa, anda juga akan menerima tempias dari aktiviti pemasaran yang saya lakukan.

 

Adakah anda dah join sebagai ahli TE menerusi link tersebut? Sila hubungi saya. Saya akan bantu anda sebaik mungkin, dan kita boleh cerita panjang lebar lagi tentang apa yang saya boleh bantu anda.

 

Jika anda dah pun join Tone Excel dan telah mempunyai IDP… baik untuk kes ini, anda boleh daftar akaun sama ada di ToneXpress, TE AutoNetwork atau kedua-duanya sekali. Luaskan capaian mesej pemasaran anda kepada seramai mungkin bakal pelanggan di luar sana.

 

In Shaa Allah, dengan usaha yang ikhlas dan berterusan, anda pasti akan nampak hasilnya yang positif. Baiklah, jika anda ada sebarang persoalan, boleh tanyakan dibahagian komen. Atau boleh juga hubungi saya menerusi emel ya. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

 

 

The post Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

$
0
0

Apakah cara TERBAIK untuk kita bina kekayaan? Adakah melalui jalan bisnes ataupun menerusi makan gaji?

 

Dua-dua boleh. Tak kira sama ada kita makan gaji ataupun kita jana pendapatan dengan cara menjalankan bisnes, melalui kedua-dua kaedah ini, kita berpeluang untuk bina kekayaan. Namun, disebalik persoalan ini, terdapat satu lagi persoalan yang lebih penting, iaitu

“Dari sumber pendapatan apakah patut kita gunakan untuk kumpul kekayaan?”

 

kaya-dgn-Rumah-shamsuddin-abdul-kadirJawapan bagi persoalan tersebut saya temui dalam buku berjudul Kaya Dengan Rumah ini.

 

Buku ini menyedarkan saya bahawa setiap apa yang kita usahakan, ianya belum tentu akan kekal lama dan memberi kita pulangan sampai bila-bila.

 

Tak kiralah sama ada kita adalah seorang yang buat duit dengan cara makan gaji, ataupun yang buat bisnes.

 

Jika kita adalah seseorang yang pendapatannya datang dari bisnes, pada bila-bila masa bisnes kita boleh jatuh. Setiap kali terjadi masalah ekonomi, bisnes yang dibina bukannya dalam kategori produk keperluan adalah antara yang terawal akan menuju kearah kehancuran.

 

Situasi mereka yang makan gaji juga tidaklah begitu baik. Bisnes majikan kita juga tak kalis kepada masalah-masalah ekonomi yang boleh mengakibatkan majikan kita gulung tikar. Situasinya lebih kurang begini, kalau majikan kita gulung tikar, kita juga akan kehilangan pekerjaan kita, tak kiralah walau sebesar mana pendapatan yang kita pernah nikmati sebelum ini.

 

Pendapatan pasif. Berapa ramai agaknya dari antara kita yang memberi penekanan yang lebih terhadap pendapatan pasif? Berapa ramai yang mengasingkan sebahagian daripada duit gaji ataupun duit keuntungan yang diperolehi menerusi jalan bisnes untuk mewujudkan pendapatan pasif?

 

Selama ini, saya cuma tahu, cara mudah untuk wujudkan pendapatan pasif adalah dengan menyertai program network marketing (Tone Excel) dan mula memperkenalkan simkad tersebut kepada kenalan dan ahli keluarga. Saya kira itu dah cukup mudah, hinggalah saya baca buku Kaya Dengan Rumah ini.

 

Rupa-rupanya, buat duit dan bina pendapatan pasif dengan cara menjadi pemilik rumah adalah lebih mudah berbanding lain-lain kaedah menjana pendapatan pasif!

 

Namun, satu masalah yang lazimnya akan dihadapi oleh setiap orang. Kita perlu modal yang besar untuk memiliki sebuah rumah untuk dijadikan rumah sewa atau rumah pelaburan.

 

Kita memerlukan modal sekurang-kurangnya 10% daripada harga rumah yang kita ingin miliki. Bakinya yang lagi 90% itu kita boleh dapatkan pinjaman dari pihak bank.

 

Buatlah pengiraan sendiri. Jika harga rumah ialah RM100, 000 maka kita perlu ada wang tunai sebanyak RM10, 000 untuk dijadikan downpayment untuk memiliki rumah tersebut. Sekarang ni, masih wujudkah rumah dengan harga serendah RM100,000 tu? Agak sukar untuk ditemui terutama sekali di kawasan-kawasan yang strategik seperti di pekan-pekan dan juga di bandar.

 

Baiklah, buku ini membincangkan topik mengenai pelaburan hartanah. Satu topik yang sepatutnya di berikan pendedahan kepada setiap orang. Ini adalah kerana pelaburan hartanah adalah salah satu pelaburan TERBAIK yang wujud di dunia ini, dan ianya juga rendah dari segi risiko, terutama sekali jika anda tahu, apa sebenarnya yang anda sedang lakukan.

 

Tahukah anda, hartanah yang bernilai ratusan ribu boleh dibeli dengan harga yang sangat murah?

 

Sebagai contoh, jika harga hartanah tersebut ialah RM100, 000, anda hanya perlu bayar dengan harga RM10,000 sahaja. Iaitu 10% sahaja daripada harga hartanah tersebut.

 

Ok… jadi siapa yang akan bayar bakinya? Bukankah sepatutnya masih ada lagi baki sebanyak RM90, 000 yang perlu dibayar?

 

Memang betul. Dalam pelaburan hartanah, anda hanya perlu tanggung kos sebanyak RM10, 000 itu sahaja. Bakinya, penyewa yang akan bayarkan bagi pihak anda. Sekarang, anda dah dapat gambaran ke belum, kenapa penulis buku ini kata yang kita boleh jadi kaya dengan menggunakan duit orang lain?

 

Buku ini di cetak buat pertama kalinya pada tahun 2008. Jadi, agak sukar untuk beli secara online. Kebanyakkan laman web yang menjual buk-buku secara online dah kehabisan stok. Laman web bookcafe juga kehabisan stok buku ini. Jadi, jika anda ingin baca buku ini, anda sama ada

(1) Cari di kedai-kedai buku yang mungkin masih menjual buku-buku lama seperti ini

(2) Pinjam di perpustakaan

(3) Baca versi ebook di laman web PTS ini

 

Baca buku ini, dan anda akan dapati konsep pelaburan hartanah sebenarnya tidaklah begitu rumit. Ianya tidak sesukar mana. Secara asas, anda akan dapat gambaran awal, bagaimana pelaburan hartanah dapat dilakukan dengan risiko yang paling minima.

 

Saya percaya, siapa yang pernah baca buku ini, pasti akan termotivasi untuk memiliki hartanah sendiri untuk dijadikan rumah sewa. Bukan satu atau dua rumah sahaja, mungkin ada yang akan berangan-angan untuk memiliki sehingga 100 rumah sewa sendiri!

 

Silakan… silakan. Lagipun, berangan-angan bukannya kena bayar. Siapa tahu, dengan usaha yang betul dan setimpal, akan ada antara kita yang mampu untuk merealisasikan angan-angan kita tu.

 

Baiklah, walaupun sekarang ni kita mungkin masih belum mampu untuk memiliki rumah sewa kita sendiri untuk dijadikan aset pelaburan, namun ini bukan penghalang untuk kita mendalami topik ini. Sementara masih belum mampu dari segi kewangan, gunakan masa ini untuk mantapkan dan tambahkan pengetahuan kita dalam bidang pelaburan ini.

 

Supaya nanti kita tak buat silap dan tersalah langkah ketika kita dah pun mempunyai kemampuan untuk melabur.

 

Apa pun, buku Kaya Dengan Rumah ini sememangnya sebuah buku yang bagus. Saya dah pun habis baca buku ini, dan saya rasa anda pun patut baca buku ini!

 

Ehem… Mungkinkah satu hari nanti, komisyen Tone Excel saya dapat bantu saya untuk beli beberapa buah rumah?

 

The post Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain appeared first on Blog Sabree Hussin.


Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

$
0
0

“Cuba anda imbas kembali memori masa lalu… Agak-agaknya, hingga ke saat ini, dah berapa kali agaknya anda terjumpa iklan berkenaan dengan Rumah Lelong?”

 

Pasti lebih dari sekali. Betul? Biasanya, iklan-iklan mengenai rumah lelong ni akan ditampal di tiang-tiang elektrik berdekatan dengan traffic light. Jadi, sambil-sambil tunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau, kita pasti akan terbaca iklan mengenai rumah lelong.

 

Apa pendapat anda tentang rumah lelong?

 

bijak-melabur-edisi-rumah-lelongJujurnya… saya langsung tak ada idea, apa benda sebenarnya rumah lelong ini. Bagaimana rupa bentuknya dan adakah ianya bagus untuk orang biasa seperti saya atau pun tidak.

 

Kalau ada yang bertanya pada saya tentang rumah lelong, bagus ke tak? Macam mana nak beli? Bahaya ke tak beli rumah lelong… lagilah saya akan blurr.

 

Namun, dalam pembacaan yang saya buat dalam topik pelaburan, (sebelum ni saya lebih banyak baca mengenai topik pelaburan emas) perkataan rumah lelong pasti akan muncul sekali dua. Ia seolah-olah mencadangkan supaya disamping melabur dalam logam berharga, kita juga perlu melabur dalam hartanah… dan salah satu hartanah yang sangat-sangat digalakkan ialah hartanah yang di lelong.

 

Maksudnya, melabur untuk dapatkan rumah lelong. Ia dijual dibawah market price dan boleh dijual semua mengikut market price. Ah… itu bila kita cerita secara ringkas. Sudah tentulah, kalau nak melabur dalam Rumah Lelong ni, kita masih lagi perlukan informasi, pengetahuan, strategi tambahan supaya duit yang kita keluarkan tak lebur.

 

Atas sebab itu juga la, bila saya nampak je buku ni, Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong, saya terus ambik dan baca.

 

Terdapat sekurang-kurangnya dua cara bagaimana nak buat duit dengan Rumah Lelong. Yang pertama, kita beli dengan harga diskaun (harga lelong) kemudian kita terus jual semula rumah tersebut mengikut harga pasaran. Sudah tentu, pada waktu ini kita perlu keluar belanja untuk mencantikkan dan membaik pulih mana-mana yang perlu.

 

Cara kedua pula adalah dengan menyewakan rumah tersebut.

 

“Saya biasa dengar, rumah lelong ni selalunya tak cantik, ada banyak kerosakkan dan perlu kos yang tinggi untuk baik pulih, betul ke?”

 

Kalau anda baca buku Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong ni, topik tersebut ada dibincangkan. Malahan, menurut penulis, sebagai pelabur baru, kita kena siap sedia untuk sebarang kos-kos berkaitan baik pulih yang perlu kita hadapi.

 

Sebab itu, sebelum kita bid untuk dapatkan sesebuah rumah lelong tu, lihat dulu rumah tersebut dan bawa bersama kontraktor atau individu yang berpengalaman untuk membuat pengiraan secara anggaran terhadap kos baik pulih yang mungkin perlu dikeluarkan.

 

Jika kos terlalu tinggi, maka boleh lepaskan sahaja rumah tersebut dan carilah rumah lain.

 

Bab 4 dalam buku ni ada menceritakan tentang Langkah-langkah pembelian rumah lelong. Jadi, buat bakal-bakal pembeli sekalian, bolehlah jadikan buku ini sebagai salah satu rujukan. Ringkasnya, ini yang anda perlu lakukan jika minat dengan rumah lelong.

 

(1) Lihat senarai rumah lelong

 

(2) Dapatkan dokumen POS (proclamation of sales) dan COS (condition of sales) dari pihak pelelong rumah tersebut.

 

(3) Buat lawatan tapak (site visit)

 

(4) Buat anggaran kos baik pulih terhadap rumah tersebut

 

(5) Semak hutang tertunggak

 

(6) Membuat carian di pejabat tanah

 

(7) Membuat keputusan setelah mengambil kira kos-kos berkaitan

 

(8) Tetapkan had bidaan

 

(9) Pegang teguh pada had bidaan

 

(10) Bawa duit yang cukup pada hari lelongan dijalankan (sebaik-baiknya bawa lebih)

 

(11) Tandatangan kontrak jualan (contract of sale)

 

(12) Memohon pinjaman perumahan

 

(13) Tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan

 

(14) Mula masuk ke rumah lelong yang berjaya dibeli

 

Nah… bila kita amati step by step ni, nampaknya ia bukannya sesukar mana, betul tak? Baiklah, namun jika anda minat untuk dalami ilmu pelaburan rumah lelong ni, anda mungkin perlukan rujukan yang lebih mendalam lagi disamping memerlukan bahan-bahan rujukan yang lebih up to date.

 

Untuk itu hanya belajar dari buku mungkin masih belum cukup. Jadi, apa kata anda baca juga ebook yang dikeluarkan oleh penulis yang sama. Ebook tersebut boleh di muat turun di sini.

 

Kelebihan ebook berbanding buku, dah tentu ebook akan selalu dikemaskinikan apabila perlu.

 

Baiklah, saya nak baca buku lain pulak berkaitan topik hartanah ni… and by the way, buku ni tak dijual di laman web bookcafe. Sayangnya. Anda kena cari ditempat lain.

 

 

The post Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong appeared first on Blog Sabree Hussin.

The Psychology of Selling – Psikologi Menjual

$
0
0

Sesiapa yang ingin bina karier dalam bidang jualan, mereka WAJIB baca buku berjudul The Psychology of Selling karya Brian Tracy ini.

 

Anda mungkin tidak akan jadi superstar dalam bidang jualan dalam masa 24 jam, namun dengan membaca buku ini, perjalanan anda dalam bidang jualan akan jadi lebih lancar dan teratur. Kenapa saya kata begitu?

 

Mudah. Saya juga adalah pembaca buku ini, dan saya akui ada banyak teknik-teknik dan strategi yang diajarkan dalam buku ini yang saya amalkan dalam setiap usaha jualan yang saya jalankan. Boleh dikatakan, setiap apa yang saya tahu tentang membuat jualan, tak kiralah sama ada buat jualan secara online, ataupun secara offline, asasnya saya banyak belajar dari buku ini.

 

the_psychology_of_sellingAdakah anda jana pendapatan dalam bidang jualan? 

 

Maka tak syak lagi. Buku ini sesuai untuk anda. Tak kira walau apa industri anda berada sekarang, jadikan buku ini sebagai salah satu rujukan anda.

 

Kalau boleh, saya nak WAJIBKAN setiap ahli Tone Excel yang berdaftar menerusi rangkaian saya untuk dapatkan buku ni dan baca. Bukan sekadar baca sepintas lalu, sebaliknya saya nak anda baca dengan sebenar-benar baca.

 

Baca dari mula sampai habis. Kemudian baca bab-bab tertentu yang anda sukai sahaja. Seterusnya buat nota dan catatan ringkas mengenai perkara-perkara penting yang anda perlu tahu dan perlu buat apabila melakukan usaha jualan.

 

Pernah tak anda terfikir…

 

“Kenapa orang lain boleh buat jualan (sales) yang banyak, sedangkan kita cuma boleh buat jualan untuk cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang sales kita sangat rendah dan langsung tak mencukupi untuk tampung perbelanjaan bulanan kita! Kenapa ini berlaku?!” 

 

Jika jualan yang berjaya anda hasilkan adalah terlalu rendah, boleh jadi ia berpunca daripada satu perkara ini, iaitu anda tidak mempunyai sasaran ataupun matlamat jualan yang ingin dicapai.

 

Memandangkan saya adalah salah seorang ahli Tone Excel, maka dalam contoh ini, saya nak ambil contoh bisnes Tone Excel juga.

 

Jika hari ini adalah hari pertama anda join Tone Excel, berapakah matlamat jualan yang anda ingin capai dalam masa setahun, sebulan, seminggu dan sehari?

 

Hanya dengan mempunyai matlamat dan sasaran jualan, barulah anda akan nampak kemana arah tuju perniagaan anda. Letakkan satu matlamat yang mencabar namun tidak mustahil untuk dicapai. Umpamanya

“Saya nak ada 10 orang downline di level 1 dalam masa setahun…”

 

Jelas bukan? Bila dah tau berapa ramai yang ingin dicapai, maka mudah sahaja. Kita buatlah anggaran, berapa ramai orang yang perlu kita jumpa untuk kita kongsikan peluang perniagaan bersama Tone Excel dalam masa sebulan? Berapa ramai yang perlu kita call.

 

Baiklah. Jika nak buat secara online. Perkara yang sama perlu dilakukan. Berapa banyak status update tentang Tone Excel yang anda perlu tulis dan siarkan di FB? Berapa banyak artikel promosi perlu ditulis? Berapa banyak emel perlu dihantar? Berapa banyak mesej perlu disampaikan… dan sebagainya.

 

Secara peribadi, dapatkan 10 orang downline sahaja di level 1 dalam masa setahun bukannya satu sasaran yang mustahil ataupun yang tak munasabah. Kuncinya ialah, nak buat atau tidak? Bidang jualan memang sangat berkait rapat dengan psikologi manusia, sebabnya kita pun menjual kepada manusia. Bukannya kepada mesin ataupun kepada robot.

 

Walau secanggih mana sekalipun perkembangan teknologi semasa, at the end of the day, kita tetap masih perlu berhubung dengan manusia. Manusia yang mempunyai sikap dan sifat yang pelbagai, namun berkongsi ciri-ciri psikologi yang hampir sama.

 

Sebelum ni, buku ni ada dijual di laman web Bookcafe.com.my. Namun akhir-akhir ni saya diberitahu, ianya sudah kehabisan stok dan sudah tidak dicetak lagi. Jadi, jika anda ingin dapatkan versi Bahasa Melayu, nampaknya anda perlu kunjungi beberapa kedai buku yang mungkin masih jual buku ini.

 

Kali terakhir saya perasan, buku yang versi Bahasa Inggeris ada di jual di kedai buku Chapter One di The Mines. Apa pun, percayalah, anda tidak akan menyesal baca buku ini. Dengan mengamalkan teknik-teknik yang diajarkan dalam buku ini, In Shaa Allah, anda tidak lagi teraba-raba dan sesat dalam bidang jualan ini.

 

Alright. Go sell something and makes money!

 

 

The post The Psychology of Selling – Psikologi Menjual appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan

$
0
0

Perolehi lebih banyak wang tanpa perlu bekerja lebih kuat! Ya, anda boleh jika anda seorang Tuan Rumah Jutawan. Menjadi Tuan Rumah Jutawan adalah satu cara untuk menjana kekayaan yang telah teruji sejak turun temurun. Ia menghasilkan pendapatan yang lumayan dan ramai yang telah menjadi kaya-raya melaluinya.

 

azizi_ali_tuan_rumah_jutawan Buku berjudul Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan ini adalah buku  tulisan Azizi Ali.

 

Beberapa hari kebelakang ini, saya sempat membaca dua buah buku dalam topik pelaburan hartanah. Antaranya buku berjudul

(1) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

(2) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

 

Nah… buku ini saya lihat sebagai buku yang sangat baik dan cantik untuk melengkapkan equation tentang bagaimana untuk menjadikan pelaburan dalam hartanah suatu pelaburan yang menguntungkan.

 

Sewakan rumah tersebut. Bukan cara tuan rumah amatur, tetapi sewakan mengikut cara, formula dan strategi seorang tuan rumah Jutawan. Menarik, kan?

 

Rumah adalah keperluan asas yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Mula-mula sekali, untuk hidup seseorang itu perlu makan dan minum. Kos untuk mendapatkan makanan ada yang mahal, ada yang murah. Namun, secara umumnya, mahal atau murah sesuatu makanan tu, tidaklah begitu penting. Asalkan ianya mengenyangkan dan boleh membantu meneruskan kelangsungan hidup sudah cukup baik.

 

Kedua, setiap manusia perlu ada rumah untuk mereka tinggal di dalamnya. Kita perlu ada dinding di kiri dan kanan kita. Kita perlu ada lantai untuk dijadikan tempat kita berpijak dan bumbung untuk kita berteduh di dalamnya. Semua orang WAJIB mempunyai rumah sebagai tempat berteduh dan tempat berlindung.

 

Tak kiralah sama ada rumah tersebut dibeli sendiri, disewa dari tuan rumah, ataupun ditumpang dari sesiapa yang sudi untuk menumpangkan rumah tersebut.

 

Membaca buku Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan dapat membuka minda kita untuk melihat pelaburan rumah sewa dari perspektif pemilik rumah ataupun tuan rumah. Nyatalah, mencari penyewa untuk mendiami rumah yang ingin disewakan tak jauh bezanya dengan ingin mencari seorang pekerja.

 

Penyewa tersebut mestilah seorang yang

(1) Mempunyai personaliti dan disiplin yang baik

(2) Mempunyai kemampuan untuk membayar rumah yang bakal disewa tersebut

(3) Ini juga bermakna penyewa tersebut perlu ada pekerjaan tetap supaya kita tahu dia tak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk membayar sewa

(4) Berkeupayaan untuk membayar dua bulan sewa sebagai cagaran sekuriti

(5) Mereka menyewa untuk diri mereka sahaja, bukannya untuk disewakan secara beramai-ramai

 

Banyaknya. Macam mana kita nak tau sama ada bakal penyewa akan mempunyai kriteria-kriteria seperti di atas? Jawapan yang diberi oleh Azizi mudah sahaja.

 

Lakukan sesi interview atau temuduga. Sama macam nak mengambil pekerja, kan? Dari proses tersebut, macam-macam perkara yang kita boleh tahu daripada bakal penyewa kita.

 

Malahan Azizi Ali juga mencadangkan supaya bakal penyewa mengisi borang permohonan sewa yang didalamnya bakal penyewa perlu memberikan maklumat-maklumat seperti

(1) Maklumat tempat kerja sekarang

(2) Maklumat tempat rumah sewa yang terdahulu

(3) Kenapa berpindah dari tempat sewa yang lalu

(4) Maklumat tuan rumah yang terdahulu sebagai rujukan

 

… dan ya, bila kita dah minta kesemua maklumat ini, kita perlu bertindak untuk melakukan proses verifikasi sebelum kita menerima seseorang itu untuk menyewa hartanah ataupun rumah kita.

 

Antara nilai tambah yang anda akan dapati apabila memiliki buku ini ialah

 

(1) Anda akan memperolehi salinan contoh perjanjian sewa (tenancy agreement) yang anda boleh guna pakai untuk urusan penyewaan rumah anda. 

Perjanjian sewa ini pastinya dapat melindungi hak-hak anda sebagai pemilik rumah sewa sekiranya berlaku apa-apa masalah di kemudian hari. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh tuan rumah ialah menggunakan perjanjian sewa yang terlalu umum. Akibatnya, jika berlaku sebarang isu di masa akan datang, dan perkara tersebut tidak tercatat pada perjanjian, ia bakal mengundang konflik.

 

(2) Anda akan memperolehi contoh senarai semak yang perlu diisi oleh bakal penyewa dan anda sebelum penyewa masuk ke rumah. Ini akan banyak memudahkan kerja-kerja anda ketika penyewa nak keluar dari rumah sewa

Antara senarai semak yang perlu di isi ialah senarai inventori, dan senarai kerosakkan

 

(3) Notis keluar rumah 

Ia memberi maklumat penuh kepada penyewa terhadap apa yang perlu dilakukan sebelum ingin keluar dari rumah. Sesetengah penyewa tak tau apa prosedur sebenar untuk keluar rumah apabila mereka ingin berpindah ke tempat lain. Notis keluar rumah ini pasti sangat membantu

 

(4) Borang permohonan sewa

Umpama borang permohonan kerja. Bakal penyewa perlu memberikan maklumat peribadi, maklumat tempat kerja, maklumat tempat atau rumah sewa terdahulu, dan memberi beberapa nama sebagai rujukan

 

Buku ini mengandungi 182 muka surat dan sarat dengan ilmu-ilmu yang anda perlu tahu sebelum ingin menjadi seorang tuan ramah yang buat duit dengan hasil duit sewa. Untuk memudahkan anda mendapatkan naskhah buku ini, saya cadangkan anda buat tempahan secara online sahaja di laman web Bookcafe. Boleh klik sini untuk buat tempahan.

 

Anda tak akan menyesal kerana mendapatkan buku ini. Buku ini memang bagus untuk dibaca. Baiklah, saya nak sambung baca buku lain pula dalam topik pelaburan hartanah ni. In Shaa Allah, nanti saya kongsikan buku-buku lain pula yang saya dah baca.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

The post Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Sistem Autodownline ToneXpress: Automasikan pemasaran Tone Excel anda!

$
0
0

Sistem Autodonwline ToneXpress. Jika anda ingin mempromosikan simkad Tone Excel secara online, anda tak seharusnya mengabaikan kewujudan sistem autodownline yang ditawarkan oleh laman web ToneXpress ini.

 

Semasa saya mula-mula menggunakan laman web ToneXpress untuk memperkenalkan bisnes Tone Excel saya, jumlah ahli VIP yang menggunakan laman web ini adalah sebanyak 395 orang sahaja. Namun pada hari ini, jika anda semak laman web utama ToneXpress, anda pasti terkejut melihat perubahannya!

 

Dari segi statistiknya, nampak sangat yang laman web ini antara laman web yang menjadi pilihan untuk digunakan bagi membantu memasarkan produk simkad Tone Excel. Nampaknya ada yang istimewa tentang laman web ini, setuju?

review_laman_tonexpress

Dalam catatan saya yang sebelum ini, yang berjudul Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda, saya sempat membuat screen captured untuk melihat berapa banyak bilangan pengunjung yang saya pernah bawa untuk melihat tawaran yang disedikan oleh pengendali laman web ini.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

Ini statistik lawatan pada waktu itu.

statistik_buat_duit_tonexpress_TE

Pada 11/02/2016, jumlah pengunjung yang telah mengunjungi laman web ToneXpress menerusi link referral saya adalah sebanyak 62, 523 pengunjung.

 

Hari ini, 14/02/2016, saya lihat jumlah pengunjung yang melawat laman web ini menerusi link saya telah bertambah sedikit. Lihat screen shot dibawah.

sistem-autodownline-tonexpress

Jumlahnya adalah 62, 677. Ini bermakna, dalam tempoh 3 hari yang berlalu, terdapat pertambahan seramai 154 orang yang telah mengunjungi laman web ToneXpress menerusi link referral saya.

 

Jika ada dari kalangan 154 orang pengunjung tersebut yang mendaftar sebagai ahli di laman web ToneXpress, seterusnya upgrade menjadi VIP member… oh bahagianya hidup. Senang betul nak buat duit. Komisyen untuk setiap ahli yang upgrade kepada VIP member adalah sebanyak RM10 untuk setiap pendaftaran.

 

Ini bermakna potensi pendapatan yang boleh diperolehi ialah

154 orang pengunjung X RM10 = RM1540

 

Boleh tahan juga, kan? Ah… ini semua hanya teori. Saya bercakap dari sudut “potensi pendapatan”. Itu sahaja. Tak lebih dari itu. Walaupun pada hakikatnya, memang ada yang upgrade daripada 154 pengunjung tu, namun jumlahnya tidaklah sebanyak itu.

 

Nantilah saya cerita di lain masa… bila saya rasa saya nak cash out komisyen yang terkumpul di laman web ToneXpress.

 

Perlu diingat, jika ada pengunjung yang mendaftar untuk menjadi ahli di laman web ToneXpress dan pengunjung tersebut pula belum pernah menjadi ahli Tone Excel, dia akan didaftarkan mengikut nombor IDP anda sebagai penajanya. Menarik, kan?

 

Maknanya, bila anda membuat pemasaran simkad Tone Excel sambil menggunakan laman web ToneXpress ini, anda boleh buat duit dengan dua cara. Pertama melalui penajaan simkad Tone Excel, dan kedua adalah dengan mengajak pengguna laman web ini untuk upgrade sebagai VIP member.

 

Baiklah, sudahkah anda mendapatkan akaun di laman web ToneXpress ni? Kalau masih belum, boleh klik sini dan buat pendaftaran sekarang.

 

 

The post Sistem Autodownline ToneXpress: Automasikan pemasaran Tone Excel anda! appeared first on Blog Sabree Hussin.

Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

$
0
0

“Team Autodownline merupakan aplikasi yang berfungsi meningkatkan jualan 10 kali lebih pantas berbanding Sistem Online Biasa seterusnya menjana pendapatan pasif secara berterusan.”

 

Ini penerangan paling ringkas yang diberikan oleh pengendali laman web team AutoDownline ini. Ada dua bahagian yang penting tentang laman web autodownline ini yang perlu anda beri perhatian, iaitu

(1) Ia akan membantu meningkatkan jualan 10 kali lebih pantas berbanding lain-lain sistem online yang biasa, dan

(2) Sistem ini akan bantu anda jana pendapatan pasif secara berterusan

bisnes_tone_excel_free_downline

Jika anda serius dengan bisnes Tone Excel anda, maka saya yakin anda pasti akan luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian saya ini. Anda tak perlu bayar apa-apa pun, jadi dari segi wang ringgit, anda tak akan rugi satu sen pun. Sebaliknya, saya akan dedahkan semua yang anda perlu tahu mengenai sistem ini.

 

Jika anda suka dengan apa yang anda baca, berminat dengan apa yang anda bakal lihat, maka saya syorkan anda joinlah bisnes ni menerusi team ini. Join menerusi link ini (link saya) untuk menikmati kelebihan-kelebihan yang mungkin tak terdapat pada lain-lain rangkaian.

 

Apa pun, take your time, relax dan ambil masa untuk fikir-fikirkan dan buat keputusan. Sekali lagi saya ulang, jika anda suka dengan apa yang bakal anda lihat, berminat dengan apa yang bakal anda saksikan, barulah join. Jika tak minat, tak perlu paksa diri. Saya tak kecil hati pun. Jom kita mulakan…

 

(1) Sistem autodownline ini akan meningkatkan jualan 10 kali lebih pantas berbanding sistem online biasa

Ok… sistem online biasa tu, macam mana? Memandangkan kaedah pemasaran secara online ini ada pelbagai, dari yang ringkas seringkas-ringkasnya hinggalah yang paling complicated, maka saya mengandaikan kaedah jualan menggunakan sistem online yang biasa ialah seperti ini

Peniaga menghasilkan status update di wall FB kemudian tunggu kawan-kawan dalam friendlist untuk hubungi kita untuk bertanya tentang produk dan seterusnya beli produk yang kita pasarkan

 

Kenapa FB? Sebab itulah kaedah paling biasa untuk mereka-mereka yang baru nak menceburkan diri dalam pemasaran online. Lagipun, itulah sistem yang paling mudah. Setiap orang ada akaun FB, kan? Jadi inilah kaedah pemasaran paling cepat dan paling biasa yang akan digunakan oleh semua orang.

 

Masalahnya… berapa ramai yang berjaya dengan cara ini? Bukannya tak ada langsung. Ada. Cuma mungkin tak berapa ramai. Tak perlu terus percaya apa yang saya kata, sebabnya anda boleh uji sendiri keberkesanannya. Buatlah status update tentang Tone Excel di wall FB anda, dan lihat apa yang berlaku seterusnya.

(1) Berapa ramai yang klik like

(2) Berapa ramai yang komen

(3) Berapa ramai yang tekan butang share

(4) Berapa ramai yang mesej anda, atau

(5) Perkara (1) hingga (4) langsung tak pernah berlaku.

 

Aha… nampaknya ada yang tak kena dengan strategi ni. Kita perlu improvise nampaknya. Namun, untuk mereka yang masih lagi kurang pengalaman buat pemasaran secara online, pusing-pusing macam mana sekalipun, ia akan berlegar di sekitar laman web media sosial Facebook juga.

 

Bezanya ialah, kali ini mereka memanfaatkan fungsi FB Group, FB Fanpage dan juga FB Ads.

 

Jadi Sabree, kaedah atau sistem online yang “luar biasa” tu bagaimana bentuknya? Bagus soalan tu. Nampaknya anda mula memberi perhatian dan nak perbaiki mana-mana yang kurang dalam kerja-kerja pemasaran anda.

 

Pada pendapat saya, kaedah pemasaran yang di luar kebiasaan ialah apabila anda menggunakan teknik-teknik pemasaran yang berbeza namun setiap teknik adalah bertujuan untuk memainkan peranan yang SAMA iaitu untuk

(1) Mengumpul senarai prospek yang berminat dengan Tone Excel

(2) Melakukan siri-siri follow up terhadap prospek yang berminat

(3) Closing the deal

(4) Ulang langkah (1) hingga (3) secara automatik

 

Sistem seperti ini tak mustahil untuk dihasilkan, namun ianya agak LECEH. Of course, ia memerlukan serba sedikit technical know how.

 

Dari segi kaedah pemasaran, anda perlu luaskan capaian mesej anda. Facebook adalah salah satu medium yang penting, namun ia bukan segalanya-galanya. Untuk mewujudkan sistem yang sebegini HEBAT, anda perlu tahu beberapa perkara antaranya

(1) Bagaimana nak tarik trafik (prospek) dari laman web FB secara berterusan dan automatik

(2) Bagaimana nak dapatkan prospek dari laman web Youtube

(3) Bagaimana cara nak menggunakan sistem autoresponder

(4) Bagaimana mendapatkan prospek dari laman web enjin carian terkemuka seperti google.com, yahoo.com dan Bing.com dengan teknik Search Engine Optimization

 

Jangan risau. Memang nampak banyak, namun semua ni boleh dipelajari dan boleh dikuasai. Selepas kita SELESAI pada bahagian pemasaran, masih ada lagi perkara-perkara berbangkit seperti urusan penghantaran produk (simkad), proses pengaktifan simkad, support pengguna yang ada masalah dan macam-macam lagi.

 

Jadi, bila kita perhatikan, rupa-rupanya banyak betul kerja yang kita kena buat. Ia tak semudah copy paste copy paste iklan kat FB untuk berjaya dalam bisnes ni. Pernah tak seseorang beri nasihat pada anda, anda perlu ada stok simkad dalam tangan sekurang-kurangnya 10 keping untuk berjaya dalam bisnes ni?

RM95.40 x 10 keping = RM954!

 

RM954 kena ada sebagai modal! Wah… biar betul?! Oh tidak-tidak. Saya gurau je. Sebenarnya simpan stok simkad sekeping dua sahaja dah cukup. Melainkan jika anda berhasrat untuk memasarkan produk ini kepada setiap orang yang anda jumpa, tak kira walau dimana anda berada dan kemana anda pergi, maka simpan banyak stok simkad adalah perkara yang baik.

 

(2) Sistem ini akan bantu anda jana pendapatan pasif secara berterusan

Dari mana sumber pendapatan tersebut? Jawapannya adalah dari simkad Tone Excel. Sistem Autodownline ini adalah bertujuan untuk memudahkan anda menjual simkad Tone Excel.

 

Sistem autodownline ini semata-mata tidak menghasilkan sebarang wang. Tetapi, apabila ia digandingkan dengan simkad Tone Excel, dari situlah sumber pendapatan yang bakal terjana. Jelas, ya?

 

Ini adalah laman web team AutoDownline –> http://autodownlineplus.com/te/

sistem-autodownline-strategi

Selepas anda log in, paparan seperti diatas akan kelihatan. Memandangkan saya dah pun upgrade sebagai VIP member, jadi mungkin paparan yang kelihatan adalah sedikit berbeza. Saya ada tandakan beberapa bahagian penting dengan anak panah pada gambar diatas.

ADL ID: 43375

Ini adalah ID unik saya selaku pengguna sistem autodownline ini. Jadi, apabila saya melakukan kerja-kerja pemasaran, saya akan mempromosikan link dengan ADL ID saya iaitu 43375

 

http://AutoDownLinePlus.com/te/?ref=43375

http://AutoDownLine123.com/?ref=43375

 

Ada dua link sebab sistem Facebook dah block link yang menggunakan alamat url autodownline123.com. Mungkin ada yang promosi terlalu agresif di Facebook sampai pihak FB detect link tersebut sebagai spam.

 

Status Akaun: 945115

Ini merujuk kepada nombor IDP Tone Excel saya. Selepas anda mengaktifkan simkad menerusi team AutoDownline ni nanti, anda juga akan dapat nombor IDP Tone Excel anda sendiri.

 

Berkesan ke buat promosi menggunakan strategi team AutoDownline ni?

Belum cuba belum tahu. Dah cuba, barulah boleh nampak sejauh mana keberkesanannya. Memandangkan saya dah guna sistem ini sejak dari bulan september 2015, jadi saya boleh share beberapa perkembangan yang tercapai daripada penggunaan sistem ini. Baiklah, sila lihat screenshot dibawah.

bagus-ke-autodownline-toneexcel

Setiap orang hanya diberi masa selama 30 hari sahaja untuk menggunakan sistem ini. Dalam tempoh 30 hari tersebut, anda boleh mula memperkenalkan produk Tone Excel ini, dan minta prospek untuk daftar akaun secara percuma sahaja.

 

Anda juga boleh join secara percuma. Namun, selepas 30 hari, jika anda masih tak upgrade sebagai VIP member, nama anda akan dibuang dari sistem dan tempat anda akan digantikan dengan orang lain yang berminat.

 

Seseorang pernah bertanya kepada saya

“Betul ke sistem ni bagus sangat? Nampak ringkas sangat, betul ke boleh dapat downline?”

 

Saya pun pernah fikir benda yang sama. Boleh ke sistem yang macam ni bantu kita dapatkan downline. Saya cukup malas nak main teka teki, lalu saya pun join menerusi team autodownline ni untuk dapatkan kepastian. Ini pula adalah screenshot akaun Tone Excel saya yang didaftar menerusi team Autodownline.

bukti_sistem_autodownline_berkesan

Setakat waktu catatan ni ditulis, jumlah subcriber (downline) yang saya perolehi setelah mengguna pakai sistem ini adalah seramai 7 orang. 4 orang di level 1 manakala 3 orang di level 2.

 

Kali terakhir saya terima bayaran komisyen adalah pada 5 Februari 2016 yang lalu. Berikut adalah komisyen yang dibayar ke akaun Maybank saya.

komisyen_toneexcel_feb2016

Lihat pada nombor IDP, jelas bukan ianya tercatat disitu 945115

 

Soalan seterusnya:

“Bolehkah saya dapat downline secara percuma apabila saya menggunakan sistem autodownline ini?”

 

Saya ada berita baik untuk anda. Jawapannya ialah, SUDAH TENTU BOLEH! Walaubagaimanapun, jangan bergembira terlalu awal wahai saudaraku, untuk anda layak mendapat downline secara percuma, ada beberapa perkara yang anda perlu buat terlebih dahulu.

(1) Anda perlu upgrade sebagai VIP member dan menjadi pengguna talian Tone Excel menerusi team autodownline

(2) Anda perlu pastikan yang anda join menerusi upline yang memang rajin buat promosi, atau setidak-tidaknya mempunyai sistem untuk buat promosi secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, selama-lamanya. (Ehem… saya tengah cakap pasal diri saya la ni ha ha)

(3) Downline anda juga perlu rajin buat pemasaran kerana anda juga boleh dapat downline daripada usaha promosi downline yang masih belum upgrade sebagai VIP member

 

Dalam sistem autodownline ini, anda akan memperoleh downline menerusi 3 cara, iaitu

(1) Dari usaha pemasaran anda sendiri

(2) Dari usaha pemasaran upline anda yang dah cukup kuota 10 orang downline di level 1

(3) Dari usaha pemasaran downline anda yang masih belum upgrade menjadi VIP member

 

Walaupun anda boleh dapat downline secara FREE, namun saya harap anda tak terlalu bergantung harap pada perkara ini. Buanglah mentaliti “semua benda nak senang” dan “semua benda nak free”. Benda yang baik dan bagus, memang berbaloi untuk kita usahakan bagi mendapatkan hasilnya.

 

Baiklah, setakat cakap “guna sistem autodownline ni anda boleh dapat downline FREE” saya rasa semua orang boleh kata benda macam ni. Tapi apa buktinya? Saya percaya, pembaca blog ni semuanya hebat-hebat orangnya dan tak akan terus percaya bulat-bulat.

 

Mesti kena ada BUKTI yang kukuh dan konkrit. Barulah boleh percaya. Ok jom saya tunjukkan bukti bahawa dengan sistem autodownline ini, anda boleh dapat downline WALAUPUN ANDA TAK BUAT PROMOSI LANGSUNG dan cuma duduk rumah goyang kaki je.

 

Dah sedia?

 

Bila kita tekan pada butang “Klik sini untuk melihat DownLine List & Genealogy Tree” anda boleh lihat senarai tajaan anda. Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan format File Folder ataupun menggunakan format Block.

sistem_autodownline_te_terbaik

Untuk memudahkan penerangan, saya akan menggunakan format Block. Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

 

sistem-autodownline-toneexcel

 

Ya… saya tahu. Gambar diatas adalah terlalu kecil. Yang saya tandakan dengan bulat-bulat, itu semua adalah ADL ID milik saya. Kalau tengok daripada gambar diatas, level 1 saya telah pun penuh dan dah cukup 10 orang. Maka, lain-lain prospek yang saya perolehi akan di letakkan secara automatik kepada downline yang berada di level 1 saya.

 

Saya berikan contoh berikut yang lebih jelas.

berkesan-ke-sistem-autodownline

Mohd Aminudin Mad Rejab adalah downline saya di Level 1. Nama beliau berwarna biru sebab beliau dah upgrade sebagai member VIP. Dengan menggunakan sistem autodownline ini, saya telahpun menghadiahkan kepada beliau dua orang downline.

Seorang downline di level 1 iaitu Al-Irbad

Seorang downline di level 2 iaitu Muhammad Idham bin Abdul Hamid

 

Contoh lain pula

bagus-ke-sistem-autodownline-toneexcel

Ada lagi dua orang downline yang saya perolehi di level 1, iaitu Asri Mohamed dan juga Yahya Kolay. Lihat gambar diatas

Saya telah menghadiahkan seorang downline bernama Zamri kepada Asri Mohamed di level 1.

Yahya pula menerima dua orang downline dari saya, iaitu Mahadi di level 1, dan Zafidi di level 2.

 

Contoh seterusnya supaya lebih jelas untuk anda.

bagaimana-sistem-autodownline-toneexcel

Dalam contoh ni, semua nama-nama yang tersenarai masih belum upgrade sebagai VIP member. Namun sistem autodownline telahpun bantu mendapatkan downline untuk mereka. Dah tentu, mereka dapat downline daripada kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan. (Ehem…) Nampak kan, ADL ID kat situ tertulis 43375.

 

Lihat nama Nurfiza Velnisa Paimin. Di bawah nama beliau ada dua orang downline. Seorang di level 1 dan seorang lagi di level 2.

 

Kalau anda perasan, nama Catherine muncul dua kali. Ini biasa berlaku kalau individu ini daftar dua kali menggunakan alamat emel yang berbeza. Tak perlu daftar banyak-banyak kali sebenarnya. Daftar sekali je dah cukup.

 

Dah nampak, kan? Dengan menyertai Tone Excel menerusi team Auto Downline ini, anda TERBUKTI AKAN DAPAT DOWNLINE SECARA PERCUMA.

 

Adakah saya berasa rugi sebab “menghadiahkan” downline kepada mereka ni? Hmm… hmmm… bila difikir-fikirkan semula, saya pun tak tau di mana kerugiannya?

 

Sebab semua proses ini berlaku secara automatik! Ok ok… mungkin semi automatik. Sebelum ini, saya dah pun melakukan beberapa setting khas untuk mewujudkan satu sistem pemasaran yang boleh berjalan sendiri walaupun ketika saya sedang sibuk buat benda lain.

 

Sistem pemasaran yang saya reka menggabungkan kaedah pemasaran Advertorial, Search Engine Optimization dan juga teknik pemasaran emel menggunakan Sistem Autoresponder. Awal-awal dulu, memang agak leceh nak sediakan semua ni, namun sekarang semuanya dah mula berjalan sendiri secara automatik.

 

Tak ada apa yang pelik dengan kaedah pemasaran yang saya gunakan. Tak ada apa yang ajaib pun. Anda juga boleh pelajarinya dan anda juga boleh kuasainya. Caranya adalah dengan mencari guru yang memang mengajar topik-topik ni, dan belajar dengan mereka. Itu pun kalau mereka terima pelajar.

 

Jujurnya, saya lebih sukakan kaedah pemasaran seperti ini. Ia lebih santai dan relax. Siapa yang tak pandai buat pemasaran secara online, juga masih berpeluang untuk dapatkan downline, secara percuma pulak tu, apabila menjadi sebahagian daripada team AutoDownline ini.

 

Baiklah, sekarang ni masa untuk anda buat keputusan. Masa berjalan, dan setiap masa yang berlalu adalah tak mungkin untuk diputarkan semula untuk kembali.

 

Buatlah keputusan yang sewajarnya. Saya amat mengesyorkan anda join Tone Excel menerusi link saya, supaya dengan demikian saya tahu, setiap kali saya buat marketing, anda akan dapat manfaatnya. Sementara anda belum pandai buat marketing, belajarlah dan siapa tahu, sambil-sambil anda belajar tu, anda dapat pula downline dari saya.

 

Oh… bukankah ini bagus untuk anda?

 

Baiklah, jika anda dah join TE dan tak sempat menggunakan sistem ini, jangan risau. Ini bukan pengakhiran untuk anda. Anda boleh sahaja join menggunakan nama ahli keluarga yang masih belum join TE. Atau join semula ketika simkad TE anda dah expired.

 

Sebagai alternatif, anda juga sebenarnya ada pilihan sistem autodownline yang lain.

Baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

Terima kasih kerana membaca, dan saya doakan semoga anda maju jaya dalam perniagaan ini. Sebelum anda tekan pangkah, apa kata anda daftar dulu sebagai ahli Team Autodownline disini.

 

The post Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine appeared first on Blog Sabree Hussin.

Viewing all 590 articles
Browse latest View live