Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all 595 articles
Browse latest View live

Seronoknya berbisnes apabila dibina atas dasar saling percaya

$
0
0

Bagaimana seseorang itu boleh jalankan bisnes dengan individu yang dia sendiri tak percaya atau tak percaya 100%? Kalau percaya pun sekadar 50-50 sahaja.

 

Bukannya tak boleh berlaku, sudah tentu boleh. Cuma saya berpendapat, bisnes seperti ini tak berapa syok. Seolah-olah kita buat bisnes, dan melakukan transaksi atas sebab terpaksa sahaja.

 

Alangkah seronoknya kalau kita boleh berada pada tahap kepercayaan 100%, dan pada masa yang sama masih lagi mengambil langkah berhati-hati dan langkah-langkah keselamatan yang lain, sebelum bersetuju untuk berurus niaga, tak kira dengan sesiapa pun.

 

Pada satu hari, saya ke Amcorp Mall Petaling Jaya.

apa-ada-di-amcorp-mall

Bagi yang tak biasa dengan tempat ini, kalau anda nak tahu, setiap hari Sabtu dan Ahad, dekat dalam bangunan Amcorp ini akan diadakan jualan pasar karat (flea market). Pada masa ini, anda boleh lihat ada ramai peniaga-peniaga yang menjual barang-barang seperti barangan antik, barang-barang terpakai, buku-buku murah, duit lama, duit luar negara, action figure dan macam-macam lagi.

 

Bila tengok barang-barang antik dan barang-barang lama yang dijual dekat sini, teringat pengalaman jalan-jalan di Muzium Time Tunnel Cameron Highland. Ada banyak juga barang-barang yang dijual di pasar karat ni memang sesuai kalau nak masukkan ke muzium Time Tunnel.

 

Dah puas pusing satu bangunan, saya singgah pula ke kedai yang menjual pelbagai jenis beg dan juga beg jenis bagasi.

jenama-bagasi-terbaik

Nama kedai ni Sunny Luggage dan ia terletak di aras 1.

 

Kebetulan kami memang perlukan beg bagasi seperti ini. Dengan adanya beg macam ni, dapat memudahkan pergerakkan kami ketika pergi travel. Sebelum ni, kalau nak pergi travel, kami akan bawa dua hingga 4 beg. Puncanya? Kami tak ada beg yang cukup besar, yang boleh masukkan semua barang.

 

Ini merupakan pengalaman pertama kami nak beli beg seperti ini.

 

Dekat luar sana, memang ada macam-macam design. Pernah dulu hampir-hampir terbeli di kedai Duty Free di Lapangan Terbang KLIA 2.

 

Kalau beli semata-mata sebab beg tu murah, saya rasa itu bukan cara paling bijak untuk jadi pelanggan. Boleh jadi harganya murah sebab barang tersebut ada isu dari segi ketahanan, tak ada waranti, material yang digunakan tak cukup baik, dan macam-macam lagi kemungkinan.

 

Alang-alang dah masuk ke kedai Sunny Luggage ni, saya ambil peluang untuk tanya semua perkara yang berkaitan dan saya kira penting tentang luggage.

 

Setiap soalan yang kami tanya, semua tu dijawab dengan tenang dan jelas. Saya kira, inilah proses dan cara yang paling baik untuk bina kepercayaan antara bakal pelanggan (kami) dan juga pemilik perniagaan tu.

 

Kalau ikutkan hati, beg dari jenama yang sama, boleh je beli di laman web Lazada. Lagipun semua maklumat tentang beg tu, kami dah dapatkan dari kedai ni. Tak kan barang dari jenama yang sama, tiba-tiba bila sampai ke tangan, kualiti jadi berbeza pulak kan?

 

Tapi kami tak buat macam tu.

 

Pada waktu kami datang ni, kami cakap terus terang yang kami memang nak beli beg ni, TAPI SEKARANG TAK ADA DUIT. Walaupun kami dah kata yang sekarang ni belum ada duit, kami tetap menerima layanan yang paling elok.

 

Sebulan selepas tu, kami datang balik ke kedai ni.

 

Dari segi harga, kami dapat harga seperti yang dipersetujui dalam sesi perbualan sebelum ini. Saya rasa, dia pun dah tak berapa ingat kami.

 

Tapi ayat terakhir dia, sebelum setuju nak jualkan beg tu kepada kami

“I dah tak berapa ingat sangat, tapi I percaya dekat you dua orang. If I dah janji nak bagi harga tu, then saya jual dengan harga tu la…”

 

Walaupun pada waktu kami datang kali kedua tu, beg tu sebenarnya dah naik sikit harganya. Kiranya sebelum ini, harga yang kami lihat, RM489 tu adalah harga promosi sahaja.

 

Dipendekkan cerita, akhirnya kami beli beg tu. Tak ada sebarang paksaan, sikit pun penjual ni tak push kami untuk beli dengan segera. Saya agak, kebanyakkan pelanggan yang dia dapat, mungkin semuanya adalah orang-orang yang memang puas hati dan yang telah mendapat kepercayaan dari sesi penerangan yang diberikan.

 

Kalau anda datang ke sini, dan anda minta uncle ni terangkan tentang luggage, besar kemungkinan nanti dia juga akan buat sedikit demo tentang cara-cara nak pilih luggage yang terbaik untuk anda.

 

 

The post Seronoknya berbisnes apabila dibina atas dasar saling percaya appeared first on Blog Sabree Hussin.


Rasa TAK PUAS HATI jadi pendorong kepada usaha bekerja sendiri dan berbisnes kecil-kecilan

$
0
0

Cuba tengok sekeliling anda. Ada tak benda yang buatkan anda rasa tak puas hati?

 

Mungkin keadaan dia begini. Pada satu hari, anda beli burger dari salah sebuah gerai burger yang terletak berhampiran dengan kawasan kediaman anda. Anda perhatikan cara penjual burger tu menggoreng burger yang anda pesan.

 

Dalam hati, anda berbisik sendiri… macam ni je ke skill tukang masak burger ni? Aku rasa aku boleh buat lebih baik dari ini. Anda berkata-kata sendiri dalam hati.

 

Bila sampai di rumah, sewaktu anda nak makan burger tu… anda rasa burger tersebut tak sesedap seperti yang anda bayangkan. Dagingnya overcook. Terlalu garing. Sos tak berapa banyak. Sayur kurang dan roti pun garing… Pendek kata, semuanya serba tak kena.

 

Oleh sebab anda tak puas hati dengan mutu masakan tersebut, maka anda pun belajar macam mana nak buat burger yang sebenar!

burger-bisnes-burger-coleslow-kentang-putar

Burger hasil tangan anda, mestilah lengkap serba serbi. Apa yang penting, bila orang makan, akan rasa puas hati. Kemudian anda teringat penjual burger sebelum ni.

 

Dia masih lagi meneruskan aktiviti jualan macam biasa, walaupun pelanggan tak berapa ramai. Mungkin semua yang pernah beli dengan penjual tu, ada yang rasa menyesal sebab beli burger yang tak berapa sedap. Anda nampak, dekat situ ada peluang, apa kata anda tawarkan burger yang lebih baik daripada yang ada di pasaran.

 

Ini bukan tentang membunuh bisnes orang atau sengaja mewujudkan persaingan, tetapi adalah untuk memberikan khidmat dan mutu produk yang lebih baik berbanding apa yang ada di pasaran. Pengguna patut diberi peluang untuk dapatkan mutu produk yang lebih baik. Secara tak langsung, lepas ni pengguna atau pelanggan akan ada pilihan untuk dapatkan burger yang lebih enak berbanding sedia ada.

 

Itu cerita tentang burger.

 

Bagaimana kalau sesuatu yang lebih dekat dengan diri kita sendiri. Cuba tanyakan pada diri sendiri, pernah tak dalam hidup ini, anda merasakan yang sebenarnya anda layak dan wajar dapat sesuatu yang lebih baik berbanding yang anda dapat sekarang ni, tapi ia seolah-olah dinafikan oleh orang-orang tertentu.

 

Orang-orang tertentu ni boleh jadi orang yang berada disekeliling anda. Mungkin orang atasan, supervisor, manager, bos, rakan sekerja dan sesiapa la.

 

Anda buat kerja dengan sehabis baik, tapi usaha anda itu seolah-olah tak dihargai. Setiap hasil kerja yang anda hasilkan, orang lain yang dapat nama. Nama jabatan anda yang naik. Bila nama jabatan yang naik, maknanya yang hebat adalah ketua jabatan, bukannya anda.

 

Macam-macam benda boleh buat kita rasa tak puas hati

Selagi kita hidup, selagi itu akan ada je benda yang buatkan kita rasa tak puas hati. Akan ada je benda-benda di sekeliling kita, yang buatkan kita rasa tak puas hati dan tak seronok.

 

Misalnya kalau kita masih lagi bekerja dengan orang, perkara-perkara berikut ni mungkin akan buatkan kita rasa tak puas hati dan tak seronok nak bekerja.

 

1. Tak ada Work-Life Balance

Setiap masa, kita sibuk memikirkan hal-hal kerja. Sedangkan, komitmen kita bukan semata-mata pada kerja sahaja. Ada banyak lagi yang kita perlu fikir, misalnya soal keluarga, ibadah, peribadi, percutian dan sebagainya. Tapi disebabkan jadual kerja yang padat, kita perlu tumpukan sepenuh fokus untuk bekerja sahaja.

 

2. Dapat bos yang lebih dungu dari kita 

Benda ni bukannya mustahil. Ada orang naik pangkat kerana dia lebih senior ataupun dia ada kenalan. Bila dia jadi bos baru kita, kita yang banyak kena terangkan pada dia tentang hal ehwal serta operasi syarikat. Bukan sebaliknya.

 

3. Gaji tak ada kenaikkan

Orang lain, elok je kerja ada naik gaji dan ada bonus, tapi kita punya kerja, dari mula kerja sampai sekarang, setakat itu je la gaji yang dibayar. Dari awal-awal lagi syarikat memang dah letak syarat, kalau nak kerja sini memang tak boleh demand gaji. Kenaikkan dan bonus memang tak ada.

Selalunya syarikat yang macam ni, kita kerja secara kontrak dan perlu perbaharui setiap tahun. Kalau kerja untuk cari pengalaman ok, tapi kalau nak bina kerjaya, memang agak mencabar.

 

4. Beban kerja makin bertambah

Benda ni saya pernah alami sendiri. Pernah satu ketika, tempat saya kerja, ada lebih 5 orang berhenti dalam satu-satu masa. Mereka ni berhenti sebab dapat tawaran belajar dan ada juga yang berhenti sebab dapat job offer yang lebih baik di tempat lain. Tapi masalahnya, majikan tak cari pekerja baru untuk tambah kekosongan yang ada. Akhirnya, pekerja yang masih tinggal dan setia dengan syarikat, terpaksa buat lebih banyak kerja.

seronoknya-bercuti-tepi-pantai

5. Susah nak dapat cuti

Peruntukkan untuk cuti tu bukannya tak ada, memang ada. Tapi susah nak approve. Kalau dapat cuti pun, orang pejabat akan selalu mesej atau call sebab nak tanya pasal kerja. Cuti pun macam tak cuti. Mungkin tak semua akan rasai pengalaman kerja yang macam ni, jadi bila baca apa yang saya tulis ni, akan ada yang anggap saya cuma buat cerita rekaan semata-mata.

 

Adakah hanya dengan merungut dapat merubah keadaan?

Biasanya TIDAK.

 

Tak ada apa yang akan berubah. Kalau cuma merungut, tak ada apa-apa yang akan berlaku, melainkan anda merungut dalam satu kumpulan yang besar.

 

Contohnya, jika dalam sesebuah syarikat, ada sesuatu perkara yang anda tak puas hati. Jika bilangan staf adalah 20 orang, cuba dapatkan sekurang-kurangnya separuh dari jumlah tersebut untuk sama-sama merungut terhadap perkara yang sama.

 

Misalnya, sama-sama merungut sebab tak ada kenaikkan gaji. Sebaliknya, kalau cuma seorang sahaja yang merungut, selebihnya yang 19 orang tu diam tak cakap apa-apa, ini boleh memberi gambaran bahawa hanya anda seorang sahaja yang bermasalah dalam syarikat. Faham?

 

Bahaya apabila berpaut dan mengharap pada satu sumber pendapatan sahaja

Saya nak cerita tentang konsep multiple sources of income.

 

Kalau selama ini, anda hanya mengharap pada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu hanya pada gaji bulanan semata-mata, tanpa ada sumber pendapatan lain, maka saya kira tak salah kalau saya katakan, anda sukar untuk buat keputusan-keputusan yang besar dalam hidup anda.

 

Silap-silap, hidup anda akan selalu diselubungi dengan ketakutan.

Takut kalau tak ada kenaikkan gaji

Takut kalau kena buang kerja

Takut kalau dikenakan tindakan tatatertib

Takut kalau kena VSS

 

Macam-macam ketakutan. Ketakutan ini dikhuatiri akan menjadikan anda seorang yang tak berprinsip atau YES MAN setiap masa. Apa yang bos anda kata, anda akan jawab Yes. Apa yang bos anda minta anda buat, semuanya anda terpaksa kata YES.

 

Even anda tahu, apa yang bos anda minta anda buat adalah sesuatu yang salah dan tak bermoral.

 

Selagi mana hidup masih lagi berpaut dan mengharap pada satu sumber pendapatan semata-mata, maka selagi itu anda TERPAKSA terima setiap dugaan yang berlaku.

 

Tapi kan, hidup ini tak perlu begitu. Hidup ini sepatutnya penuh dengan pilihan. Apa yang kita nak, cara hidup kita, bidang kerja kita, kepakaran kita, itu semua kita yang pilihnya. Janganlah sampai satu tahap, tiba-tiba kita letakkan diri kita untuk berada dalam situasi yang tak ada pilihan. Saya rasa itu bukan satu cara hidup yang baik.

 

Masa untuk ambil tindakan… walaupun hanya tindakan kecil

Walaupun anda mungkin tak berapa suka dengan kerja yang anda buat sekarang ini, saya tidaklah bermaksud untuk anda terus tukar kerja, atau terus berhenti, atau terus mulakan bisnes anda sendiri. Tidak…

 

Saya sendiri tak buat macam tu. Gila ke nak terus buat keputusan drastik, sedangkan pendapatan alternatif sebagai ganti gaji bulanan masih belum diwujudkan lagi… atau masih belum stabil lagi.

 

Saya bermula dengan sesuatu yang paling simple dan mudah (pada saya).

 

Apa yang saya buat, untuk cari alternatif yang dapat menggantikan pendapatan (gaji bulanan) saya adalah dengan hasilkan blog-blog dan buat duit dengan blog tersebut. Untuk hasilkan pendapatan dari blog ini, saya libatkan diri dalam program pengiklanan, jualan produk fizikal dan digital, jualan servis dan banyak lagi.

 

Satu blog yang betul-betul matang, boleh hasilkan pendapatan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan. RM500 ini saya letakkan nilai yang minima dan logik untuk dicapai. Ia mungkin datang dari pelbagai program dan jualan pelbagai jenis produk, namun apabila dikira-kira semula, nilainya boleh capai RM500 setiap bulan, minima.

 

Itu sebabnya, pada satu masa, saya agak “gila” menghasilkan blog-blog di internet. Tapi itu la… nak buat duit dengan cara ini, nak kata susah sangat sebenarnya tak begitu susah, cuma ia perlukan semangat, motivasi dan stamina yang tinggi.

 

Ada orang, dia menjadikan rasa tak puas hati sebagai pemangkin untuk dia berubah. Sampai bila asyik nak tak puas hati, sedangkan cara hidup dan usaha masih sama? Jadi, kalau ada yang baca perkongsian ni, dan rasa banyak betul benda yang dirasakan tak puas hati kat sekeliling tu… cepat-cepat jadikan ia pencetus atau trigger untuk anda usahakan sesuatu!

 

Bisnes sendiri maybe.

 

 

 

 

The post Rasa TAK PUAS HATI jadi pendorong kepada usaha bekerja sendiri dan berbisnes kecil-kecilan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Aktiviti yang saya teringin nak buat jika dapat peluang bercuti ke Melaka

$
0
0

Negeri Melaka ada keunikkannya yang tersendiri. Bila sebut tentang Melaka, ia terkenal dengan sejarahnya yang panjang dan bagaimana dari permulaan sejarah awal Kesultanan Melayu Melaka akhirnya membentuk negara kita Malaysia seperti yang kita dapat lihat sekarang.

 

Bagi yang meminati sejarah, ada banyak kesan tinggalan sejarah yang kita boleh saksikan di Melaka. Sesetengahnya masih dikekalkan hingga ke hari ini.

Walaupun keadaannya mungkin tak sesempurna dan tak sama dengan kali pertama ia dibina, namun dari runtuhan binaan yang masih tinggal, dan dikekalkan sampai sekarang ni, kita boleh dapat gambaran bahawa dulunya ia pernah berdiri megah dan menjadi benteng pertahanan yang melindungi penduduknya dari serangan pihak musuh.

 

Selain sebagai tempat yang kaya dengan cerita dan kisah, sebenarnya dekat Melaka ini juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang sesuai dijadikan destinasi pelancongan.

 

Di Melaka juga ada pantai peranginan yang sesuai dijadikan tempat pilihan untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Kalau mandi pantai bukan satu aktiviti kesukaan anda, mungkin boleh luangkan masa untuk berehat-rehat dan bersiar-siar di sekeliling pantai sahaja.

 

Sebelum ini, semasa saya pergi bercuti ke Melaka, walaupun saya ada singgah ke beberapa pantai, tapi tak semua tempat saya pergi mandi.

 

Pantai Klebang adalah salah satu pantai yang popular di Melaka. Lagi satu, ianya juga dekat dengan Pusat Bandar. Bagi pengunjung yang menginap di area Bandaraya Melaka, mungkin ini adalah pantai yang paling mudah untuk anda kunjungi.

pemandangan-pantai-klebang

Namun, pada waktu saya pergi dulu, saya dapati dekat pantai ini tak berapa sesuai kalau nak mandi manda. Tapi itu kisah bulan Februari tahun lepas.

 

Selepas setahun, mungkin ada banyak perubahan yang boleh disaksikan oleh para pengunjung yang ingin bercuti ke Melaka.

Untuk mereka yang menggemari aktiviti pantai, mungkin boleh terus ke Pengkalan Balak. Dekat sini, pantainya bersih dan air lautnya juga agak jernih. Kalau pergi ke sini, memang lazimnya anda akan nampak ada ramai pengunjung yang mandi manda disini.

 

Itu belum kira lagi dengan kehadiran pengunjung yang datang secara berkumpulan dan menjalankan aktiviti family day di Pantai Pengkalan Balak Melaka ini.

 

Aktiviti menarik yang saya teringin nak lakukan apabila bercuti ke Melaka

Negeri Melaka bukanlah satu tempat yang asing bagi saya.

 

Saya pernah tinggal di Melaka selama lebih kurang satu tahun, selepas habis tingkatan lima dulu. Waktu tu, saya merupakan salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Melaka.

 

Kemudian, bila dah mula bekerja, saya juga beberapa kali luangkan masa cuti untuk jalan-jalan di sekitar Melaka. Cuma yang peliknya, sampai ke hari ini, saya masih belum ada kesempatan untuk pusing satu melaka menaiki River Cruise.

 

Bila tengok kawan-kawan yang share gambar mereka menaiki Melaka River Cruise ni, timbul juga rasa nak lalui pengalaman ini.

apa-yang-menarik-di-melaka

Cruise ini akan membawa kita menyusuri sungai Melaka yang kaya dengan sejarahnya. Satu masa dulu, medium pengangkutan di Melaka adalah menerusi laluan sungai.

 

Jadi bila kita naik cruise ni, bolehlah kita throwback pengalaman yang dilalui oleh orang-orang pada masa dulu.

pengalaman-cuti-di-melaka

Cuma bezanya kali ini, instead of kita tengok pemandangan hutan hijau, kita dapat lihat pemandangan hutan batu. Serius, jika dapat peluang untuk pergi bercuti sekali lagi ke Melaka, tempat ini saya akan masukkan dalam itinerary percutian saya.

 

Setengah orang suka menikmati pengalaman river cruise ni pada waktu siang. Setengah orang pula suka waktu malam. Kalau saya? Saya nak cuba kedua-duanya.

 

Dari situ, saya boleh dapat nikmati pemandangan yang menarik dari waktu yang berbeza. Bila difikirkan balik, sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Melaka yang saya masih belum berkesempatan untuk saya kunjungi.

 

Selama ni, bila ke Melaka, saya lebih banyak habiskan masa untuk ke pantai peranginan. Sedangkan kalau bercuti dalam bandar Melaka tu sendiri, pastinya dapat memberikan pengalaman percutian yang berbeza.

 

Salah satu cara terbaik untuk pusing sekeliling bandar Melaka, adalah melalui river cruise ni. Kalau naik beca pun ok juga. Cuma kalau nak bandingkan dengan memandu sendiri, feeling dia tu kuranglah sikit. Kalau naik beca atau cruise macam ni, setidak-tidaknya bolehlah kita dengar apa kata tour guide yang bawa kita tu nanti.

 

Lagi satu, kalau disekitar bandar Melaka, saya rasa lebih baik kita jalan kaki sahaja. Bagi yang tak biasa dengan sistem jalan dekat situ, bimbang nanti akan tersalah ambil lorong untuk masuk ke highway pula.

 

Percutian satu malam di Melaka

Pemanduan dari Kuala Lumpur ke Melaka melalui lebuhraya Utara Selatan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Itupun bergantung kepada keadaan trafik.

 

Andaikan perjalanan tak berapa lancar, masa yang diperlukan untuk memandu dari KL ke Melaka, paling kurang perlukan 2 jam. Baru boleh memandu dengan tenang.

 

Dua jam pergi dan dua jam balik. Total dah habis 4 jam, hanya atas jalan. Jadi, walaupun duduk di KL, adalah tak berbaloi kalau nak balik hari. Setidak-tidaknya, perlu menginap satu malam di Melaka. Bila bermalam di Melaka, barulah kita boleh lihat suasana waktu malam di bandaraya bersejarah ini.

 

Tempat penginapan untuk bercuti di Bandar Melaka

Ya, sekarang ni memang ada banyak pilihan untuk kita buat tempahan tempat penginapan kalau nak bercuti di Melaka. Ada pilihan sama ada nak menginap di homestay, guesthouse, motel, hotel bajet ataupun hotel.

 

Tapi, kalau nak bercuti dalam kawasan bandar, lebih baik pilih hotel yang paling dekat dengan main attraction yang terdapat di Bandar Melaka tu. Ada beberapa nama hotel yang masuk dalam senarai pilihan saya, dan salah satunya adalah Novotel Melaka.

 

Novotel Melaka booking is easy.

Ya memang senang untuk buat tempahan hotel Novotel Melaka.

Ada banyak laman web yang boleh bantu memudahkan urusan kita untuk buat tempahan bilik penginapan apabila bercuti di Melaka nanti. Salah satunya ialah traveloka.

 

Kalau sebelum ini, anda masih belum pernah gunakan servis dari Traveloka untuk buat tempahan bilik hotel, mungkin boleh cuba kali ini. Tawaran yang diberikan oleh Traveloka juga tak kurang hebatnya!

 

Dari pembacaan pengalaman mereka yang pernah menginap disini, saya jadi tertarik dengan hotel ini sebab ia sangat dekat dengan tempat-tempat menarik di Melaka seperti Dataran Pahlawan, A Famosa, dan banyak lagi. Semuanya boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki sahaja.

 

 

The post Aktiviti yang saya teringin nak buat jika dapat peluang bercuti ke Melaka appeared first on Blog Sabree Hussin.

Konsep Program Homestay sebenar yang selalu disalahertikan

$
0
0

Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai ‘Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu’.

 

Homestay programme didefinisikan sebagai ‘Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan’.

 

Walaubagaimanapun, dalam penggunaan bahasa seharian kita, apabila kita kata, kita nak menginap di homestay, lazimnya kita tak maksudkan yang kita nak menginap disebuah rumah bersama-sama dengan pemilik rumah tersebut.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

 

Sebetulnya, kita nak sewa sebuah rumah, untuk jangka masa tertentu, mungkin 2 atau 3 malam, dan hanya kita dan tetamu kita sahaja yang akan tinggal dalam rumah tersebut. Konsep ini, lebih kepada konsep guest house ataupun rumah tamu.

 

Walaupun dari segi penggunaan, kita memang dah terbiasa dengan istilah homestay itu merujuk kepada guesthouse, namun saya berpendapat, apabila kita nak buat tempahan, lebih baik kita berhati-hati dan baca betul-betul description rumah penginapan yang bakal disewa tersebut.

ruang-depan-homestay-casa-indah-melaka

Anda mungkin akan dapati bahawa anda bakal tinggal satu bumbung dengan pemilik rumah tersebut. Anda hanya menyewa ruang bilik sahaja sebagai private space anda.

 

Pengalaman saya menginap di homestay Melaka di Bukit Katil, saya dan keluarga sewa seluruh rumah, dan bukannya tinggal bersama pemilik rumah tersebut.

 

Apa yang menariknya dengan program homestay?

Dalam program homestay, pengunjung atau pelancong akan melalui kehidupan yang sama, yang dilalui seharian oleh pemilik rumah tersebut.

 

Program homestay itu sendiri, diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat luar, bagaimana budaya dan cara hidup masyarakat setempat. Lazimnya dikawasan kampung.

 

Bagi mereka yang tak pernah merasai pengalaman tinggal di kampung, boleh jadi sebab memang lahir di bandar, maka program homestay adalah salah satu cara untuk melalui pengalaman hidup sebagai orang kampung.

 

Kita akan tinggal bersama dengan pemilik rumah. Kita akan makan bersama-sama dengan pemilik rumah dan jika ada aktiviti tertentu yang dianjurkan, kita juga akan turut serta.

 

Macam ada disesetengah tempat yang menjalankan program homestay, antara aktiviti yang diatur kepada para pelancong adalah seperti

  1. Lawatan ke kebun ataupun dusun buah-buahan
  2. Melihat demonstrasi pembuatan produk hasil tempatan
  3. Bermain permainan kampung
  4. Melihat persembahan seni masyarakat tempatan
  5. Gotong royong
  6. Majlis kenduri kahwin
  7. … dan sebagainya

 

Semuanya bergantung kepada kreativiti pemilik rumah tersebut. Kalau aktiviti yang disusun untuk para pengunjungnya, cukup menarik, ini memberi peluang dan ruang untuk pemilik homestay tersebut mendapat lebih ramai pengunjung dari serata pelusuk dunia.

 

Mungkin tak semua orang selesa untuk sertai program homestay macam ni.

Misalnya dalam sebuah keluarga, mungkin akan ada anak-anak yang tak berapa selesa kalau nak berkongsi rumah kediaman dengan orang yang tak dikenali. Bagi yang beragama Islam, bila kita dah mula terima pengunjung dari luar untuk menginap bersama, aurat perlu dijaga.

 

Rasa tak berapa selasa juga kan kalau setiap masa perlu menutup dan menjaga aurat.

 

Saya sendiri, tak pernah lagi ada pengalaman untuk sertai program seumpama ini. Biasanya, bila kita dah sertai program homestay, kita akan jadi anak angkat bagi pemilik rumah tersebut. Mana yang masih keep in touch, hubungan persaudaraan yang dijalinkan boleh jadi sangat rapat, ibarat darah daging sendiri.

 

Oleh sebab saya pun tak pernah rasa pengalaman macam ni, saya tak dapat nak cerita lebih-lebih. Lagi satu, biasanya kalau ada rezeki lebih, dan nak pergi bercuti, saya akan bawa mak dan ayah bersama. Misalnya masa saya percuti ke Cameron Highland sebelum ini. Dalam percutian tersebut, sempat juga saya singgah ke Ladang Teh Boh Sungei Palas di Cameron Highland.

bercuti-ke-cameron-highland

Bila bercuti ramai-ramai macam ni, dah tentu lebih sesuai kalau memilih untuk menginap di guest house berbanding homestay (yang merujuk kepada homestay program) .

 

Ah… harap tak ada yang pening. Saya ceritakan tentang dua konsep ini, sebab nak bagitahu, yang sebenarnya memang terdapat perbezaan konsep homestay yang biasa kita sebut-sebutkan dengan konsep program homestay yang sebetulnya.

 

Walaupun ada perbezaan, ia sebenarnya adalah satu ruang dan peluang untuk berikan individu seperti kita merasai pengalaman percutian yang berbeza. Jadi tak adalah setiap kali nak pergi bercuti, mesti kena duduk hotel, sedangkan kita ada je peluang untuk rasainya tempat dan konsep penginapan serta percutian yang berbeza.

 

Baiklah, bagi pengusaha bisnes homestay yang teringin nak melonjakkan lagi sales perniagaan anda, panduan ini mungkin dapat bantu anda.

Panduan ini ditulis oleh seorang pengusaha bisnes homestay yang telah berpengalaman luas dalam bidang ini. In Shaa Allah, dengan merujuk panduan ini, pasti ada banyak perkara yang boleh anda pelajari dari penulis ini. Anda boleh ke halaman ini untuk muat turun dan baca panduan ini.

 

 

 

 

 

The post Konsep Program Homestay sebenar yang selalu disalahertikan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?

$
0
0

Ada ke pembaca dan pelawat blog ni yang baru merancang nak jadi seorang penulis blog? Kalau ada yang baru nak jadi penulis blog, mungkin boleh luangkan sikit masa untuk baca perkongsian saya ini.

 

Kerja sebagai seorang penulis blog, atau blogger, tidaklah begitu popular. Cabaran yang paling besar, untuk jadi seorang penulis blog sepenuh masa, adalah untuk mengekalkan semangat, motivasi dan stamina untuk terus menulis dalam blognya.

Ya, menjadi penulis blog, memerlukan tenaga dan stamina yang banyak. Disebalik kejayaan sesebuah blog, ada banyak perkara yang perlu dikorbankan atau yang perlu dilakukan oleh pemiliknya. Jika blog tersebut merupakan blog personal, lagi besar cabarannya untuk bersaing dengan blog-blog yang ada di alam maya dan kekal relevan dengan selera pembaca.

 

Menjadi orang baru dalam industri, memang akan ada banyak perkara yang kita tak tau dan tak pasti. Macam mana saya boleh tahu benda ni? Simple… dulu pun saya pernah jadi orang baru. Saya buat apa yang saya rasa betul, dan tak semua yang saya buat tu menjadi.

 

Oleh sebab saya dah beberapa kali menerima pertanyaan daripada pembaca blog ni, yang juga minat nak jadi seorang blogger, jadi saya rasa ada baiknya saya hasilkan artikel ini sebagai rujukan. Jadi lepas ni, tak perlulah saya asyik nak jawab soalan yang sama berulang-ulang kali.

 

Sebenarnya saya ingatkan bila dah masuk tahun 2018 ni, dah tak ada orang yang minat nak jadi blogger. Maklumlah… sekarang ni kan zaman Instagram, FB, twitter dan lain-lain social media. Siapalah yang nak pandang pada blog?

 

Ternyata saya tersilap.

 

Apa sebenarnya bidang tugas seorang penulis blog?

Tugas utama seorang blogger, adalah menulis artikel.

 

Individu yang tak minat menulis, mungkin akan dapati kerja sebagai seorang blogger ni susah dan membosankan. Susah nak cari idea, susah nak update blog, susah nak beri komitmen kepada kerjanya.

 

Setakat hari ini, saya masih belum pernah jumpa lagi mana-mana syarikat, yang mengambil pekerja untuk jadi seorang blogger sepenuh masa di syarikatnya. Tetapi, kalau syarikat yang membayar upah kepada blogger sepenuh masa, untuk menulis tentang syarikat dan perniagaannya, itu biasa saya jumpa.

 

Kebanyakkan blogger yang saya kenal, adalah seorang freelancer, atau pekerja bebas. Mereka tidak terikat untuk bekerja hanya dengan sebuah syarikat sahaja. Oleh itu, kalau kita cerita dari aspek pendapatan, seseorang blogger tu boleh mempunyai pendapatan yang sangat lumayan, boleh juga langsung tidak ada sebarang pendapatan, ataupun berada di peringkat pertengahan. Ada pendapatan tapi tak terlalu banyak dan tidak juga terlalu sedikit.

 

(1) Menulis artikel

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, tugas hakiki seorang penulis blog adalah menulis artikel. Artikel tersebut, boleh jadi artikel yang panjang, sederhana atau pendek.

 

Kadangkala, dalam artikel boleh dimuatkan juga dengan penggunaan imej atau video. Ikutlah kepada kesesuaian dan matlamat artikel tersebut. Untuk tidak menjadikan blognya terlalu bosan, boleh pelbagaikan cara penyampaian.

 

Artikel ini pula ada pelbagai jenis.

 

Boleh jadi artikel dalam bentuk cerita. Artikel seperti ini mudah untuk dilakukan. Kita boleh bercerita tentang pengalaman kita, pengalaman kita menggunakan sesuatu produk atau servis, cerita tentang apa yang berlaku pada hari tertentu, ataupun kita bercerita tentang manusia yang kita kenali sama ada secara langsung atau tak langsung.

 

Artikel dalam bentuk berita. Kita menulis dengan gaya untuk melaporkan tentang sesuatu perkara yang terjadi. Rumah dimasukki ular. Berlaku banjir ditempat tertentu. Kemalangan jalan raya dan sebagainya.

 

Artikel berbentuk rencana. Artikel seperti ini, biasanya ditulis dengan pendekatan yang agak ilmiah. Untuk menghasilkan artikel seperti ini, biasanya blogger itu sendiri perlu mempunyai pengetahuan tentang topik tersebut.

 

Artikel fiksyen. Artikel jenis ini, lebih kepada artikel jenis cerita, namun ia adalah cerita rekaan semata-mata. Mungkin anda menulis tentang cerita-cerita seram, cerita ganas, thriller dan sebagainya.

 

Itu benda pertama yang kita kena buat. Menulis. Selagi kita tak mula menulis, selagi itu, apa yang ada dalam kepala kita, tak beri sebarang manfaat pada kita. Kadang-kadang saya pun ada masalah macam ni, ada terlalu banyak yang saya nak tulis, sampaikan saya jadi tak tau, nak tulis yang mana satu dulu.

 

Kalau perkara yang sama terjadi pada anda, saranan saya, tulislah one article at a time. In Shaa Allah lepas ni blog anda akan mempunyai banyak artikel.

 

(2) Membaca

Seorang blogger juga perlu jadi seorang yang suka membaca. Mereka perlu cakna dengan isu-isu yang berlaku disekitarnya.

 

Bacalah semua jenis bahan bacaan yang boleh diperolehi, sama ada buku, ebook, ataupun artikel-artikel yang terdapat diinternet. Semua ini, akan dapat dijadikan sumber dan cetusan idea untuk kita hasilkan artikel baru bagi dimuatkan dalam blog kita.

 

Andai kata pada satu hari nanti, anda mengalami sindrom Writer’s Block, boleh jadi ini berlaku disebabkan anda kurang membaca.

 

(3) Mendapatkan pembaca baru dan mengekalkan pembaca sedia ada

Apalah gunanya kita menulis, jika tak ada yang minat nak membaca hasil penulisan kita. Sudah tentu, bila kita menulis, kita mahukan hasil karya kita itu dibaca oleh golongan yang kita sasarkan.

 

Mungkin anda mempunyai idea yang sangat bernas yang membincangkan sesuatu topik, dan idea tersebut mampu mengubah nasib seseorang, dari yang tak berapa baik kepada yang lebih baik. Atau boleh jadi anda ada idea yang dapat membantu golongan tertentu menambahkan pendapatannya.

 

Artikel yang telah anda hasilkan, wajar ada pembacanya. Maka tugas seterusnya adalah untuk mendapatkan pembaca bagi membaca hasil tulisan anda. Disamping anda berusaha untuk mendapatkan pembaca yang baru, pada masa yang sama, anda juga perlu kekalkan pembaca sedia ada, supaya mereka menjadi pembaca setia blog anda.

 

Satu yang anda perlu tahu, dari kalangan pembaca dan pelawat yang masuk ke blog anda tu nanti, akan ada diantaranya yang

  1. Menekan klik pada iklan-iklan yang anda siarkan lalu memberi anda pendapatan
  2. Membeli produk yang anda promosikan lalu memberi anda komisen
  3. Melanggan servis yang anda tawarkan dan memberi anda job

 

Hargai setiap pembaca dan pelawat yang masuk ke blog kita tu ya.

 

(4) Membuat kerja-kerja promosi blog dan artikel

Kalau kita biar je blog kita, tanpa ada sebarang aktiviti promosi, biasanya memang susah untuk orang kenali blog kita. Setidak-tidaknya, kita mesti promosikan blog kita, walaupun hanya dengan menggunakan cara percuma.

 

Cara percuma yang saya maksudkan adalah seperti buat blogwalking (atau blog commenting), kongsi artikel di social media. Bagi memastikan trafik yang masuk ke blog kita sentiasa tinggi, maka kerja-kerja pemasaran ni jangan diabaikan.

 

(5) Menjual

Inilah sumber pendapatan bagi blog kita. Menulis blog tu memang seronok. Kita dapat mengekspresikan diri kita, berkongsi idea, meluahkan pendapat, dan bercerita tentang kisah-kisah menarik yang terjadi disekitar kita.

 

Tetapi, sekiranya anda ingin menjadikan blogging itu sebagai satu kerjaya, maka anda juga perlu memikarkan juga bagaimana anda ingin jadikan kerjaya ini satu kerjaya yang dapat memberikan anda pendapatan. Ada bil yang kena bayar, ada mulut yang perlu disuapkan dengan makanan, dan ada keperluan asas yang perlu disediakan.

 

Sambil kita buat apa yang kita suka dengan menjadi penulis blog, pada masa yang sama, kena fikirkan juga, bagaimana cara untuk menjana pendapatan dengan blog kita tu.

 

Saya sendiri, telah mencuba beberapa kaedah, antaranya menawarkan servis penulisan artikel, menjual produk fizikal dan digital sebagai ejen affiliate, serta menyertai program pengiklanan. Alhamdulillah, semua ini sememangnya telah menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

(6) Mendominasi muka surat pertama enjin carian google

Bagi memastikan, anda akan dapat jumlah pembaca yang sentiasa ramai, pendapatan dari kerja-kerja penulisan blog yang stabil, maka anda perlu pastikan yang artikel yang telah ditulis sebelum ini, berjaya masuk ke halaman pertama google bagi keyword tertentu yang anda sasarkan.

 

Contohnya, kalau blog yang anda tulis, adalah tentang bisnes homestay, maka anda perlu pastikan apabila ada pengguna internet yang mencari maklumat tentang bisnes homestay menerusi laman carian google, blog anda adalah antara blog yang akan tersenarai di muka surat pertama.

 

Walaupun ada sesetengah penulis blog yang tak begitu ambil pusing tentang aspek mendominasi enjin carian google, namun pada saya, ini juga adalah satu langkah yang penting. Saya percaya, anda pasti tak mahu asyik copy paste link url blog anda di social media setiap masa.

 

Apa kata anda dapatkan pelawat yang masuk ke blog anda secara organik! Ini boleh dicapai apabila anda menggunakan teknik pemasaran Search Engine Optimization untuk blog anda.

 

(7) Pergi ke event dan membuat liputan tentang peristiwa

Ini satu lagi perkara yang anda mungkin akan perlu lakukan di masa akan datang. Bila blog anda mula dikenali dan ada banyak syarikat diluar sana yang nampak potensi beriklan di blog anda, pada masa itu anda akan mula mendapat banyak jemputan untuk ke pelbagai acara.

 

Sama ada acara pelancaran produk baru, sambutan hari lahir, konsert dan sebagainya.

kek-harijadi-lazada

Program-program macam ni memang seronok kalau kita dapat join. Setidak-tidaknya, boleh dapat kenal dengan kawan-kawan baru, sometime kita dapat enjoy makan yang sedap-sedap, dan kita ada peluang untuk menulis sesuatu cerita dengan lebih baik, sebab kita berada ditempat ianya berlaku.

 

Walaubagaimanapun, sesetengah event, kita dijemput secara percuma sahaja, dan penganjur mengharapkan kita menulis tentang program mereka juga tanpa sebarang bayaran. Apabila berhadapan dengan keadaan seperti ini, anda sendiri tentukan, sama ada ingin sertai ataupun tidak.

 

Kalau rasa macam ianya tak berbaloi, maka tak perlulah buat. Tapi kalau rasa ianya akan memberi impak kepada kerja anda sebagai seorang blogger di masa akan datang, maka bolehlah join.

 

Pada asasnya, 7 perkara ini, adalah antara perkara yang perlu dilakukan oleh seorang blogger. Setiap hari. Dalam banyak-banyak ni, apa yang paling susah?

 

Saya rasa, yang paling susah adalah membaca. Bila saya sedang sibuk menulis, tiba-tiba saya rasa saya nak membaca, kemudian bila saya sedang khusyuk membaca, tiba-tiba saya rasa nak menulis sekarang juga. Ha… macam tu la.

 

Apa pun, setiap orang ada kaedah dan cara penulisan dia sendiri. Tujuh perkara yang saya sebutkan dalam ini, adalah perkara yang memang saya sendiri amalkan. Anda boleh ikuti cara saya ini, jika sesuai dengan anda. Jika anda rasa ianya kurang sesuai, tak perlu khuatir, sebaliknya anda carilah satu cara yang paling kena dengan jiwa anda!

 

 

The post Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana cara menghasilkan blog yang mempunyai ramai pengunjung dan trafik yang tinggi?

$
0
0

Bagi pemilik blog dan juga laman web, mempunyai trafik yang tinggi merupakan sesuatu yang SANGAT PENTING.

 

Anda nak buat duit dengan blog yang anda miliki? Maka perkara yang perlu anda ambil perhatian serius adalah tentang trafik. Berapa banyak trafik yang masuk ke laman blog anda dalam sehari? Dari trafik yang keluar masuk inilah, akan ada diantaranya yang akan menyumbangkan pendapatan kepada anda.

Kita tak boleh nampak trafik blog kita. Tapi, kita boleh gunakan sistem tracking untuk melihat sebanyak mana trafik yang masuk ke website kita. Kebiasaannya, platform blogging mempunyai sistem yang boleh dijadikan sistem tracking untuk kita tahu berapa banyak trafik blog kita.

 

Bagi pengguna wordpress, boleh pasang plugin Jetpack manakala pengguna blogspot, boleh semak traffik menerusi sistem statistik yang disediakan secara percuma sahaja.

 

Blog ini, pernah menerima limpahan trafik sekitar 3,000 – 5,000 pelawat setiap hari. Saya kata PERNAH, sebab ia berlaku satu ketika dulu. Saya cukup seronok ketika itu. Trafik yang banyak sepatutnya memberi rezeki yang banyak juga. Saya teringat kata-kata, tetamu (trafik) itu perlu diraikan sebabnya mereka ni bawa rezeki.

 

Itulah yang saya alami.

 

Walaubagaimanapun, trafik yang terlalu banyak menyebabkan blog ini kehabisan bandwidth lebih cepat. Saya beberapa kali terpaksa topup bandwidth, dan oleh kerana selalu sangat berlaku peningkatan trafik, saya terpaksa upgrade pakej hosting yang saya langgan dari Netkl.

 

Kemudian pada satu hari, seingat saya mungkin selepas beberapa bulan saya upgrade pakej hosting, saya dapati trafik blog ini jatuh dengan mendadak. Daripada 3,000++ jatuh terus kepada 1,000++ sahaja! Apa sudah jadi?

 

Saya menjangkakan trafik blog ini akan meningkat sehingga 5,000++ konsisten setiap hari… sampailah satu masa nanti, ia akan capai 10,000++ trafik dalam sehari. Rupanya sangkaan saya meleset! Trafik blog ni makin jatuh, aduhai…

 

Saya cuba dapatkan jawapan, apa sebenarnya yang berlaku, dan saya akhirnya come out with beberapa teori.

 

Teori pertama – Google ada update algorithma

Setiap kali google update algorithma, akan ada beberapa perubahan yang akan saya alami. Misalnya, artikel saya yang sebelum ni berada di muka surat pertama google, ada yang tercampak ke muka surat belakang. Ini menyebabkan saya kehilangan potential traffic.

 

Pengguna internet tak suka nak cari maklumat sampai ke muka surat ketiga, empat dan seterusnya.

 

Teori kedua – Ini adalah kesan pemasangan plugin security

Apabila blog ini makin berkembang, makin banyak trafik, saya makin risaukan bab keselamatan. Sebelum berlaku sebarang hal-hal yang tak diingini, lebih baik saya ambil langkah berjaga-jaga.

 

Saya juga telah menambah plugin khusus untuk meningkatkan tahap keselamatan blog ini. Menggunakan plugin Wordfence Security, saya telah block banyak IP address yang berasal dari luar negara dan IP adress yang saya rasa ianya mencurigakan. Kesannya, jika pengguna internet berada di lokasi yang telah saya blocked IP Adressnya, mereka tak akan dapat baca blog saya.

 

Memang saya akan kehilangan pelawat dari lokasi tersebut, tetapi saya rasa itu lebih baik, daripada saya biar mereka masuk ke blog saya dan seterusnya mereka buat komen spam banyak-banyak.

 

Teori ketiga – Topik yang saya pernah tulis sebelum ini sudah tak diminati

Dulu saya suka tulis tentang peluang perniagaan dalam bisnes simkad Tone Excel. Sasaran pembaca blog ini juga adalah mereka yang buat bisnes Tone Excel.

 

Oleh kerana sekarang ni, bisnes Tone Excel dah mula stagnant, ada juga ahli yang dah stop terus promosikan simkad ini, jadi secara tak langsung, pembaca saya yang terdiri dari penggiat bisnes ni juga akan terhenti. Jadi saya kehilangan pembaca disitu.

 

Itu sebab pemilihan topik juga merupakan satu aspek yang penting dalam pembangunan sesebuah blog. Anda boleh fokus untuk tulis

i. Topik Viral – Tapi viral ini sekejap sahaja. Lepas tu orang akan mula fokus kepada perkara viral yang lain.

ii. Topik Semasa – Setiap hari akan ada berita baru, dan berita semasa hari ini, akan jadi sejarah di hari esok.

iii. Topik Evergreen – Topik yang sentiasa ada pembaca. Mungkin pembacanya tak ramai, tetapi topik seperti ini akan sentiasa dicari-cari.

 

Anda pilihlah mana-mana satu topik yang menepati citarasa anda. Kalau trafik bukan satu perkara yang menjadi prioriti kepada anda, boleh tulis ikut suka. Eventually blog anda akan menerima pengunjung juga.

 

Jadi kat sini, saya nak kongsikan beberapa tips untuk anda perhatikan dan ambil tindakan jika perlu. In Shaa Allah tips disini dapat bantu anda hasilkan blog yang ada banyak trafik.

 

Tips 1 – Sentiasa alert dengan perubahan algorithma Google

Daripada ketiga-tiga teori yang saya sebutkan sebelum ini, saya rasa, yang menyebabkan blog ini kehilangan trafik yang banyak adalah disebabkan oleh google telah mengubah algorithma mereka.

 

Perubahan-perubahan yang google lakukan, kebiasaannya adalah bagi tujuan memastikan pengguna internet, yang selalu mencari maklumat menggunakan google search, akan mendapat hasil carian yang lebih baik.

google-serach-engine

Kalau sebelum ini, mungkin anda pernah buat carian maklumat di google, dan hasilnya anda asyik dapat senarai laman web yang entah apa-apa, mungkin sekarang ini, laman web yang dipaparkan oleh google lebih berguna.

 

Saya banyak main SEO sebelum ini. Artikel yang saya siarkan tu pula, kebanyakkannya adalah artikel khusus untuk jual barang atau promosi produk affiliate. Artikel jenis ini, tak begitu disukai oleh google. Google lebih suka kalau artikel yang dihasilkan penuh dengan informasi, dan bukannya semata-mata nak jual barang atau promosikan produk.

 

Jadi apa yang saya buat? Saya edit semula artikel-artikel lama yang ada dalam blog ni. Mana yang terlalu pendek, saya jadikan ia lebih panjang. Kalau sebelum ini artikel lama dalam blog ni cuma ada 300 patah perkataan, saya edit bagi jadi 2,000 – 3,000 patah perkataan.

 

Mana-mana artikel yang terlalu hard sell, saya jadikan ianya soft sell.

 

Dalam situasi ini, saya mementingkan aspek user experience. Saya nak pembaca atau pelawat blog ini, meluangkan masa yang lama dalam blog ini, untuk baca apa yang saya tulis. Kiranya, saya ingin jadikan blog ini sebagai blog yang informatif.

 

Apabila ini terjadi, secara tak langsung artikel-artikel lama, yang sebelum ini cukup susah nak masuk ke halaman pertama google, dapat masuk ke halaman pertama dengan lebih mudah.

 

Tips 2 – Teknik Search Engine Optimization

Kalau tak pandai SEO? Pergi belajar. Beli buku, ebook dan kalau perlu cari guru, pergi cari guru. Kita belajar teknik SEO, bukan semata-mata sebab nak pastikan artikel kita berjaya masuk ke page pertama google, sebaliknya kita nak buat sales, nak dapatkan komisen dan sebagainya.

 

Walaupun sekarang ni, kita juga boleh tarik trafik dari laman media social, namun teknik SEO juga masih lagi penting dan relevan. Selagi mana pengguna internet masih lagi menggunakan search engine untuk mencari maklumat di internet, maka selagi itu teknik SEO akan sentiasa berguna.

Baca juga: Panduan SEO untuk blog

 

Lagi satu, bila dah susah payah belajar SEO, susah payah dapatkan kedudukan yang bagus di halaman carian google, kena belajar juga teknik penulisan dan copywriting. Teknik copywriting ini, jika digunakan dengan betul, akan membuat pembaca lebih yakin untuk beli barang kita, percaya apa yang kita cerita, dan mendapatkan khidmat servis dari kita.

 

Tips 3 – Kajian kata kunci

Setiap kata kunci ada kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri. Terpulang pada kita untuk pilih dan kenalpasti, keyword apa yang kita nak sasarkan.

 

Setiap pengguna internet, akan menaip kata kunci (atau keyword) tertentu apabila mereka nak cari maklumat. Misalnya, kata kunci seperti dibawah.

 

Tutorial Sun Mobile Legends Bang Bang – Orang yang main game Mobile Legends, dan yang minat nak guna watak Sun adalah orang yang paling tinggi kemungkinannya akan guna keyword ini. Apakah keyword ini bakal beri keuntungan kepada anda?

 

Cara sembuhkan buasir dalam masa cepat – Orang yang ada buasir biasanya akan buat carian guna kata kunci ini. Kata kunci ini menunjukkan orang yang cari maklumat ini ada masalah dan dia mahukan penyelesaian yang pantas. Jika anda boleh tunjukkan apa penyelesaiannya, sama ada menggunakan ubat atau kaedah tradisional, maka potensi untuk buat duit itu memang ada.

 

Cakap tentang keyword, salah satu tools yang saya suka guna adalah Google Keyword Planner. Lihat screenshot dibawah.

Kata kunci “kerja dari rumah” ada carian purata sebanyak 6,600. Jika blog kita berjaya masuk ke page pertama Google untuk keyword tersebut, 6,600 itu adalah potensi trafik yang bakal masuk ke blog kita.

 

Mudah bukan konsep dia?

 

Apabila kita rujuk pada data yang disediakan oleh google, kita dah boleh anggarkan, berapa banyak pengunjung dan trafik blog yang bakal kita dapat dalam satu-satu masa. Tak perlu lagi nak berteka-teki sendiri, dan mengharap ada yang akan masuk ke blog kita secara automatik.

 

Boleh jadi, masalah blog yang tak ada trafik atau kurang trafik ni berpunca daripada penulis blog tu sendiri yang terlalu seronok menulis topik atau perkara-perkara yang pengguna internet tak berminat nak tahu.

 

Tips 4 – Blog commenting

Ini salah satu cara paling senang, tapi leceh, kalau nak dapatkan trafik ke blog kita. Pergi buat blog commenting. Masuk ke blog orang lain, tinggalkan komen yang menarik, bernas, unik, provokasi, dan selepas itu, tunggulah kunjungan balas dari pemilik blog tersebut.

 

Kalau nak buat kaedah ini, cuba anda buat satu senarai dulu. Kumpulkan sekurang-kurangnya 100 buah blog yang ada di Malaysia. Pastikan blog tersebut memang aktif, selalu dikemaskinikan dan ada ramai pembaca. Rajin-rajinkan diri anda untuk komen di blog tersebut.

 

Saya juga ada senarai lebih kurang 200 buah blog. Kalau ada masa, baru saya buat blog commenting, dan kalau tak ada masa, memang saya akan tinggalkan sahaja teknik ini. Teknik ini berkesan, namun ianya time consuming.

 

Bila nak komen dekat blog orang tu pun kena ada kaedahnya juga. Bukannya boleh komen yang merapu-rapu, atau setakat komen

Baguslah artikel ni…

Terima kasih kerana tulis artikel ni…

Saya setuju dengan semua hujah penulis…

 

Komen sedemikian, walaupun nampak memuji-muji, namun ia lebih kepada satu kaedah spam sahaja. Kalau nak komen tu biarlah bersesuaian dengan artikel yang dihasilkan. Macam mana? Kenalah baca dulu artikel yang ditulis oleh blogger tersebut, dan bila nak komen tu, komen something yang memberi nilai tambah, mungkin boleh bagi pendapat, ataupun menyatakan sama ada anda setuju atau tak setuju. Jika setuju kenapa, dan kalau tak setuju, kenapa?

 

Dari komen ini, barulah ianya akan dapat perhatian penulis blog tersebut dan juga pembaca setia blog itu.

 

Tips 5 – Jadi penulis jemputan di blog milik orang lain

Kaedah ini banyak diamalkan oleh penulis blog luar negara, terutamanya di US. Kalau di Malaysia, juga ada diamalkan, cuma ianya tak begitu meluas.

 

Mungkin sebab trend penulisan blog kat negara kita ni, pemilik blog kalau boleh nak kekalkan identiti blog miliknya. Lebih-lebih lagi kalau blog tu adalah blog personal. Kalau blog personal, tiba-tiba ada guestpost dari orang lain, dibimbangi ia akan menyebabkan suara atau identiti blog tersebut akan sedikit berubah.

 

Saya sebelum ini pernah juga aktif buat benda ni. Jadi penulis jemputan di blog milik orang lain. Ada artikel yang saya tulis, telah dipadam, dan ada juga artikel yang saya pernah tulis, telah di edit oleh pemilik blog tersebut. Pemilik blog tersebut tak beri kredit langsung, dengan mengatakan artikel tersebut ditulis oleh saya.

 

Awal-awal dulu, ada la juga diletakkan ayat kredit “… artikel ini ditulis oleh penulis jemputan saudara Sabree Hussin”. Sekarang ni, ayat tu dah kena buang dah. Seolah-olah macam artikel tersebut ditulis oleh pemilik blog tu.

 

Dari pengalaman saya yang lepas, kaedah guestpost ini memang beri impak untuk naikkan trafik, cuma kaedah ini saya dah tak amalkan sekarang ni. Dulu saya tak ada banyak blog macam sekarang ni, jadi bolehlah buat. Sekarang ni, saya ada beberapa blog yang saya perlu jaga, jadi macam tak cukup masa nak jadi penulis jemputan kat blog orang lain.

 

Tips 6 – FOKUS pada pembangunan satu blog dalam satu-satu masa

Bila kita cuma ada satu blog sahaja yang perlu dijaga, kita dapat berikan 100% tumpuan. Tetapi, kalau kita ada dua blog dan blog tersebut dalam niche yang berbeza, pada masa tu kita perlu bahagikan fokus kita, sama ada ikut nisbah 50-50, 60-40 atau mungkin 70-30.

 

Biasanya, kalau blog yang masih baru, kita tak akan berikan tumpuan sangat. Lebih baik bagi tumpuan yang lebih kepada blog yang lebih lama, dan lagi satu, blog yang lebih berusia selalunya akan berikan pulangan yang lebih baik.

 

Masalah sukar nak fokus ini juga berlaku kepada blogger yang lebih berpengalaman. Lagi banyak pengalaman dalam bidang ni, pada waktu tu, kita akan nampak betapa banyaknya ruang-ruang yang kita boleh masuk untuk hasilkan pendapatan.

Sedar-sedar, dalam satu-satu masa, kita ada lebih daripada 20 buah projek dengan 20 buah blog yang berbeza. Kalau kesemua 20 buah projek ini berjaya dan menyumbangkan pendapatan, ok la juga. Macam mana kalau dari 20 buah projek ni, cuma 2 atau 3 sahaja yang perform? Akhirnya projek-projek ini hanya mengambil masa kita, tanpa beri sebarang pulangan atau hasil.

 

Kalau anda nak buat banyak blog dalam satu masa juga tak ada masalah. Apa yang penting sekali ialah anda tahu bagaimana nak bahagikan kerja, dan kalau boleh cuba buat supaya setiap blog saling mempromosikan blog-blog yang anda ada.

 

Konsep ini dipanggil satellite blog.

Baca juga: Jika anda seorang Blogger, anda patut pernah dengar istilah “Satellite Blog”

 

Apa yang saya perasan, selepas saya menggunakan teknik satellite blog ni, bukan sahaja trafik blog saya yang makin bertambah, malahan pendapatan saya menerusi program affiliate juga menunjukkan adanya peningkatan. Kerjanya memang agak banyak, tapi hasilnya memang cukup menggembirakan.

 

Hasilkan konten sebanyak mungkin!

Konten atau pengisian blog adalah perkara yang akan dilihat oleh pembaca. Kita andaikan setiap satu artikel yang anda tulis, akan memberi seorang pembaca. Justeru, kalau anda mahukan ribu-ribu pembaca, berapa banyak artikel yang anda perlu hasilkan?

 

Jawapannya? Ribu-ribu artikel juga! Ini bukan formula sebenar. Saya saja reka-reka formula ini. Hakikatnya, selepas beberapa tahun menulis di blog, rupa-rupanya saya dah menerbitkan lebih 1,000 artikel di internet. Artikel tersebut saya siarkan dalam blog ini, dan juga di blog-blog lain yang saya miliki.

 

(ada juga blog saya, saya tidak menggunakan nama sebenar)

 

Sekiranya anda ada beribu-ribu artikel, sudah tentu, anda juga akan dapat beribu-ribu orang pembaca yang masuk ke blog anda.

 

Tips 7 – Sediakan TO-DO-LIST atau senarai perkara yang ingin dicapai

Tahukah anda, apa sebenarnya tugas seorang blogger? Saya pernah tulis tentang kerja seorang blogger dalam entri berjudul “Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?

 

Kerja UTAMA adalah untuk menulis. Selain daripada kerja-kerja utama ini, ada perkara-perkara lain juga yang perlu dilakukan. Saya dah tulis dengan agak panjang dalam artikel tersebut.

 

Selain menulis, blogger juga perlu lakukan kerja-kerja pemasaran dan kerja-kerja yang boleh membawa masuk pembaca atau trafik dalam blog. Misalnya buat blog commenting, update social media dan sebagainya. Benda ni sebenarnya adalah salah satu perkara rutin yang perlu dilakukan oleh penulis blog, kalau serius nak ada banyak trafik masuk dalam blog.

 

Oleh sebab ianya perkara rutin, kadang-kadang kita rasa malas nak buat. Kemudian kita mula bertangguh, dan satu hari kita terlupa terus nak buat perkara-perkara tu semua. Jadi, untuk elakkan jadi perkara macam ni, kita siapkan senarai to-do-list untuk kita buat setiap hari.

 

Mulakan dengan sikit, kemudian tambah setiap hari, dan konsisten pada satu angka. Setiap hari akan tinggalkan komen pada 20 buah blog. Esok tambah kepada 21, esoknya jadi 22, 25, dan seterusnya. Kalau rasa macam malas, pastikan tak kurang dari satu nombor. 15 buah blog adalah angka wajib buat. Itu contoh sahaja. Anda boleh tukar dan sesuaikan dengan cara anda sendiri.

 

Tips yang saya kongsikan ini, sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai bajet untuk tujuan pengiklanan. Akan tetapi, kalau anda ada bajet untuk tujuan iklan, dan tak kisah untuk berbelanja bagi tujuan iklan, guna sahaja teknik berbayar.

 

Youtube Ads, Google Ads, FBAds, dan sebagainya. Ada terlalu banyak yang anda boleh gunakan. Semua ini boleh berikan anda trafik dengan segera, namun kena pastikanlah setiap sen yang dibelanjakan tu berbaloi dan pulang modal.

 

Oleh sebab saya ni agak kedekut, jadi kerja-kerja tarik trafik, semua saya buat sendiri secara manual. Ya, ianya sangat mengambil masa, namun apa yang pasti, bila saya buat sendiri semua sekali, saya dapat belajar banyak benda dalam masa yang sama.

 

Selamat mencuba, dan In Shaa Allah, lepas ni blog anda pasti akan terima banyak trafik.

 

 

The post Bagaimana cara menghasilkan blog yang mempunyai ramai pengunjung dan trafik yang tinggi? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Hasilkan pendapatan pasif daripada hobi menulis blog

$
0
0

Ada ke pembaca dan pelawat blog ni yang ada hobi menulis? Kalau ada yang suka menulis, saya harap anda dapat manfaatkan hobi tersebut untuk dijadikan kaedah bagi menjana pendapatan pasif.

 

Sebelum nak bercerita panjang lebar, apa sebenarnya yang anda faham mengenai pendapatan pasif?

cara-hasilkan-pendapatan-pasif

Menurut laman web wikipedia, istilah pendapatan pasif itu bermaksud pendapatan yang diterima secara berkala tetap, dengan sedikit usaha yang diperlukan untuk mengekalkannya. Ia berkait rapat dengan konsep “Pendapatan belum diperolehi.”

 

Laman web yang sama juga turut menjelaskan mengenai istilah pendapatan pasif, sebagai satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja-kerja yang telah anda lakukan sebelumnya, namun pendapatan ini anda akan terus dapat walaupun anda telah berhenti melakukan kerja-kerja tersebut.

 

Ok. Clear?

 

Kalau dalam bahasa mudahnya, orang yang bekerja untuk hasilkan pendapatan pasif ini, hanya perlu lakukan pekerjaan tersebut sekali sahaja. Namun, hasilnya akan diperolehi berkali-kali. Namun demikian, dari masa ke masa, individu tersebut perlu juga pastikan kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilakukan bagi memastikan pendapatan pasif yang telah terhasil sebelum ini tak terjejas.

 

Tahukah anda, daripada hobi menulis ini juga, kita boleh hasilkan pendapatan pasif! Ini bukannya sekadar teori semata-mata, sebaliknya ia adalah satu fakta yang telahpun saya uji sendiri.

 

Misalnya sebelum ini, saya dah pernah hasilkan ebook sendiri.

Panduan dominasi FB Group

Ebook ini fokusnya adalah untuk membantu pembaca menjalankan kempen pemasaran yang berkesan menerusi FB Group. Pada waktu ni, salah satu teknik pemasaran yang memang berkesan menerusi FB, namun selalu diabaikan adalah pemasaran menggunakan FB Group.

 

Apa yang saya buat, saya kumpulkan beberapa teknik yang saya sendiri telah uji keberkesanannya, lalu saya jadikan dalam bentuk ebook. Bila siap ebook tu, saya bina sebuah website, mula tulis ayat jualan dan masukkan borang tempahan.

 

Alhamdulillah, saya dapat jual ebook ini rasanya lebih daripada 100 unit. Mungkin jumlahnya lebih banyak dari itu. Apa yang saya nak sampaikan, bukannya mengenai berapa banyak ebook saya yang terjual, sebaliknya saya nak cerita bahawa menerusi hobi menulis itu sendiri, ia memang mampu untuk hasilkan pendapatan pasif.

 

Ebook ini, saya tulis sekali sahaja. Lepas tu, saya jual berulang-ulang kali. Jika perlu, saya akan tambahkan kandungan ebook tersebut, bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.

 

Sekarang ni, saya nak fokus kepada kerja-kerja penulisan yang lebih santai sifatnya. Itu sebab saya lebih suka menulis di blog.

 

Apabila menulis di blog, saya boleh tulis apa yang saya suka. Saya tak perlu risau, sama ada ada orang nak beli apa yang saya tulis atau tak. Bukan itu sahaja, malahan saya tak perlu risau nak jual sebarang produk. Saya hanya menulis ikut apa yang saya rasa nak tulis ketika itu.

 

Walaupun begitu, saya masih lagi boleh hasilkan pendapatan pasif. Lihat buktinya dibawah.

bukti-pendapatan-pasif

Ini merupakan pendapatan yang terhasil daripada program affiliate Lazada yang saya sertai. Walaupun saya dah lama tak promosikan produk-produk yang dijual di laman web lazada, namun saya dapati, peluang untuk dapat komisen dari program ini masih ada.

 

Lagi satu, blog yang saya gunakan untuk mempromosikan produk lazada masih lagi menerima banyak trafik. Selagi masih ada banyak trafik, masih ada pembaca, peluang untuk hasilkan pendapatan secara pasif tu memang akan sentiasa terbuka.

 

Bukan mudah untuk hasilkan pendapatan pasif melalui blog

Blog bukanlah satu-satunya kaedah yang anda boleh cuba untuk hasilkan pendapatan pasif. Hakikatnya, kat luar sana mungkin ada lebih daripada 100 cara yang anda boleh cuba.

 

Namun, yang menjadi persoalan, bukannya berapa banyak cara yang boleh dilakukan, tetapi adakah kita mempunyai kekuatan dan pengetahuan untuk lakukannya?

 

Kalau buat bisnes homestay pun sebenarnya kita boleh dapat pendapatan pasif. Namun, untuk betul-betul berjaya dalam bisnes homestay ini, ada formula dan strateginya yang tersendiri.

 

Termasuk juga kalau anda nak mula menjana pendapatan pasif dengan blog. Dari segi teknikal, untuk memasang sebuah blog, menghasilkan artikel, meletakkan link affiliate dalam blog, bukannya satu benda yang susah untuk dilakukan.

 

Namun saya perhatikan, makin hari makin banyak blog yang ditutup dan pemiliknya mula meninggalkan blog miliknya. Kenapa ya? Mungkin ke sebab pemiliknya dah tawar hati nak ada blog sendiri? Sedangkan kalau usaha lebih sikit, blog yang awal-awalnya banyak consume tenaga dan masa kita tu, akan dapat berkhidmat kembali untuk kita, dan memberikan kita pendapatan pasif.

 

Oleh kerana anda dah tahu, blog telah menjadi salah satu sumber pendapatan yang memberikan pendapatan pasif kepada saya, saya harap satu hari nanti anda akan turut cuba wujudkan pendapatan pasif dengan mempunyai blog dan laman web anda sendiri.

 

In Shaa Allah, ia akan berguna kepada anda, saat anda benar-benar perlukan duit.

 

 

The post Hasilkan pendapatan pasif daripada hobi menulis blog appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bina kedai online berkonsepkan ecommerce atau blogshop untuk jana pendapatan tambahan

$
0
0

Memulakan perniagaan online anda sendiri bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Malahan tak salah kalau saya katakan, ianya sangat mudah.

 

Pada hari ini, terdapat banyak perisian-perisian yang boleh kita gunakan untuk membantu kita melancarkan perniagaan online kita. Ada yang mudah untuk dikendalikan dan ada juga yang agak sukar untuk diuruskan. Sesetengahnya memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang IT.

 

Pada hari ini, kalau kita perhatikan, rata-rata pengguna internet lebih selesa untuk melancarkan perniagaan mereka menggunakan laman media sosial sahaja. Apa yang mereka akan lakukan hanyalah memuat naik senarai produk atau barangan yang mereka ingin jual kepada pasaran.

 

Kenapa agaknya laman media sosial dipilih dan bukannya membina laman web berkonsepkan ecommerce?

perniagaan-online-untuk-wanita

Gambar diatas ini saya ambil dari album salah seorang rakan di FB yang menjual busana muslimah. Instead of guna ecommerce, dia hanya menggunakan Facebook sahaja. Kenapa ya?

 

Boleh jadi atas faktor trafik. Kalau berniaga di FB, kita memang sedia maklum, laman media sosial memang ada ramai penggunanya. Buktinya, kawan-kawan kita di FB memang selalu aktif update status.

 

Kalau kita update status tentang bisnes yang kita jalankan, sudah tentu akan ada antara rakan-rakan kita yang akan nampak apa yang kita tulis di wall kita. Jadi kat situ, kita tak perlu susah payah nak tarik trafik dari laman web lain. Lagi satu, dengan adanya fungsi tag, comment, like, share dan sebagainya, ianya sangat membantu untuk mendapatkan lebih banyak exposure terhadap bisnes yang kita jalankan tu.

 

Saya pula, tak berapa suka gunakan media sosial untuk jual barang. Kalau saya nak jual barang, saya akan bina laman web sendiri. Ada dua konsep laman web yang saya akan bina, sama ada konsep ecommerce ataupun konsep blogshop.

 

Jika perlu pilih, antara ecommerce dengan blogshop, saya rasa saya lebih cenderung untuk pilih blogshop. Lagi satu, saya dah jual agak banyak produk, dan juga servis menerusi konsep blogshop sebelum ini. Artikel terdahulu dalam blog ini, mungkin dapat berikan anda serba sedikit gambaran apa sebenarnya ecommerce dan apa pula blogshop.

Klik untuk baca >>

(1) Bisnes Ecommerce – Tips menjalankan perniagaan ecommerce berdasarkan pengalaman sebenar

(2) Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce

(3) Mudahnya Bisnes dengan BLOGSHOP

 

Apa yang membuatkan laman web ecommerce atau blogshop satu pilihan yang lebih baik berbanding hanya menjual di Facebook?

Inilah dia yang saya nak kongsikan dalam posting kali ini. Kalau sebelum ini, anda tak pernah bina bisnes ecommerce anda sendiri, mungkin kali ini anda boleh pertimbangkan untuk memulakan perniagaan anda sendiri.

 

Proses untuk membina kedai online sendiri, juga bukannya susah sangat.

 

(1) Website ecommerce atau blogshop boleh dibina menggunakan template yang disediakan dan seterusnya edit ikut kesesuaian

Dibawah ini adalah laman web BukuOnline2u yang dibina menggunakan konsep bisnes ecommerce.

laman_web_bukuonline2u

Laman web seperti ini boleh dibina menggunakan perisian opencart. Ada banyak juga template yang disediakan untuk anda pilih dan selepas itu, anda boleh edit serba sedikit supaya reka bentuknya nampak lebih kemas.

 

Apa yang penting, apabila pengunjung melayari laman web anda, ianya senang untuk dikendalikan dan tak berserabut.

 

(2) Anda boleh masukkan unlimited produk dalam website anda

Laman jenis ecommerce dan blogshop sangat sesuai digunakan apabila anda menjual lebih daripada satu produk. Andai kata anda ada 10 produk, juga sesuai untuk dijual menggunakan laman web ecommerce.

 

Andai kata anda ada 10 produk, anda tak perlu susah payah nak bina 10 laman web yang berbeza. Semua itu, anda boleh kumpulkan dalam laman web yang sama. Dengan ini, anda hanya fokus untuk tarik trafik untuk masuk ke satu laman web sahaja.

 

(3) Setiap produk boleh diasingkan mengikut kategori bagi memudahkan carian

Ini bahagian yang saya suka tentang blogshop dan juga ecommerce. Kita dah masukkan beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu produk dalam website kita tu.

Setiap produk tu, kita boleh asingkan mengikut kategori yang berbeza. Ini memudahkan kita untuk uruskan setiap produk dan dipihak bakal pelanggan juga, akan memudahkan mereka mencari produk yang berkaitan dan sesuai dengan apa yang mereka mahukan.

 

Kalau anda jual produk yang ada macam-macam rekabentuk dan design, seperti t-shirt, anda akan lebih mudah mengasingkan produk mengikut jenis kalau guna ecommerce website. Boleh asingkan ikut warna, kolar, lengan panjang atau pendek, lelaki atau wanita.

 

(4) Mudah untuk masukkan imej, video, copywriting dalam setiap halaman jualan

Bagi menjadikan produk yang dijual itu kelihatan menarik, adakalanya kita perlu masukkan imej, video dan juga ayat-ayat copywriting dalam setiap halaman jualan. Kalau laman jualan yang kita gunakan tu menggunakan konsep blogshop atau ecommece, senang nak masukkan gambar atau nak selitkan video dekat mana-mana bahagian yang sesuai.

 

Tapi kalau guna media sosial, agak susah nak letakkan video dalam satu halaman.

 

(5) Pelanggan boleh masukkan sendiri testimoni dan juga review tentang produk atau pengalaman pembelian yang lalu

Anda biasa atau pernah tak beli barang dari laman web Lazada? Kalau pernah, mungkin anda perasan adanya bahagian product review seperti dibawah ini.

cara-beri-testimoni

Testimoni dan review seperti ini, lebih menyakinkan kalau nak bandingkan dengan screenshot whatsapp atau testimoni yang ditaip sendiri oleh penjual. Bukan apa, sekarang ni kan kita boleh gunakan apps untuk reka-reka testimoni.

 

Tapi kalau ada sistem yang pelanggan sendiri boleh masukkan testimoni, macam yang digunakan oleh Lazada, ianya lebih menyakinkan bakal pembeli.

 

(6) Laman web ecommerce akan generate invois secara automatik

Pernah tak berlaku, apabila ada banyak sangat tempahan yang anda terima, anda sampai terlupa nak uruskan tempahan pelanggan. Mungkin kalau biasanya, anda cuma dapat 5 – 7 tempahan sahaja. Satu hari, dengan tak semena-mena, anda dapat sampai 50 tempahan.

 

Rupa-rupanya, dari 50 tempahan tu, ada satu yang anda terlepas pandang. Macam mana boleh jadi macam ni? Biasanya berlaku kalau kita kurang berhati-hati. Kadang-kadang bukan sepenuhnya salah kita, tapi disebabkan oleh nama pelanggan yang seakan-akan sama.

 

Namun jangan risau, jika guna sistem ecommerce, yang secara automatik boleh hasilkan invois, kes-kes terlepas pandang, atau tersilap hantar pesanan akan dapat dielakkan.

 

(7) Boleh juga cipta cash voucher dan kod diskauan

Fungsi ini bagus untuk mereka-mereka yang nak buat limited time discount. Ataupun kalau nak hadiahkan cash voucher kepada pelanggan yang bertuah. Boleh jadi ada antara pelanggan anda yang beli banyak, jadi sebagai satu tanda terima kasih kepada pelanggan tu, anda berikan dia cash vouce (dalam bentuk kod diskaun) untuk pembelian yang akan datang.

 

Ini secara tak langsung akan buatkan pelanggan itu tadi jadi lebih seronok nak beli barang dengan anda, dan di masa akan datang, oleh sebab dia ada voucher diskaun, dia pasti akan redeem voucher tu dengan membuat pembelian dengan anda.

 

Kalau tanpa sistem ecommerce, anda masih lagi boleh gunakan strategi yang sama, cuma ianya nampak kurang kemas, dan anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk track berapa ramai pelanggan yang buat pembelian menggunakan voucher.

 

(8) Boleh sokong sistem affiliate

Penting ke sistem affiliate ni? Kalau anda lebih selesa nak buat kerja seorang diri, buat pemasaran sendiri-sendiri, maka sistem affiliate ni tak begitu penting.

 

Tetapi, kalau anda ada terfikir untuk ambil pekerja untuk bantu mengembangkan perniagaan online anda, namun bajet belum ada lagi, mungkin boleh pertimbangkan untuk jalankan program affiliate. Ada perisian ecommerce yang memang support fungsi affiliate.

 

Anda boleh rekrut sebanyak mana ejen yang anda mahukan, dan apabila semua ejen-ejen ini berjaya bantu anda dapatkan sales, anda hanya perlu beri mereka sedikit komisen. Anda tak rugi apa-apa pun, sebabnya ejen ini akan buat pemasaran menggunakan masa, tenaga, kos dan kepakaran mereka sendiri.

 

Komisen yang anda perlu bayar tu pula, adalah sebahagian daripada keuntungan hasil jualan produk tersebut. Contohnya, kalau untung satu produk ialah RM30. Anda bagi komisen sebanyak RM20 kepada ejen. Baki lagi RM10 itu adalah untung anda. Dalam keadaan ini, kita boleh anggap anda sebenarnya dapat RM10 tanpa perlu bersusah payah.

 

Itulah kelebihan bila kita ada ejen yang bekerja untuk kita. Kita juga perlu ambil kira, keadaan dimana satu hari nanti kita mungkin terlalu sibuk nak uruskan bisnes kita, dan tak cukup masa nak buat pemasaran. Setidak-tidaknya dengan adanya peranan ejen affiliate, dia boleh bantu buat pemasaran untuk kita.

 

Baiklah, semoga perkongsian saya tentang konsep kedai online ecommerce dan blogshop ini bermanfaat untuk anda. Apa kata anda mulakan blogshop anda sendiri, hari ini juga! Manalah tahu, pagi ni lancarkan blogshop, malam nanti dah mula dapat pelanggan!

 

 

The post Bina kedai online berkonsepkan ecommerce atau blogshop untuk jana pendapatan tambahan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Bisnes Online yang popular yang banyak dijalankan oleh orang perempuan

$
0
0

Antara orang lelaki dengan perempuan, mana satu yang lagi aktif dan rajin buat bisnes online? Apabila saya melihat senarai kawan-kawan yang saya pernah add as a friend di Facebook, saya dapati kawan perempuan lebih ramai yang buat bisnes berbanding kawan lelaki.

 

Kalau kawan lelaki ni, posting mereka lebih menjurus kearah hobi, isu semasa, latest movie, perihal politik, exercise, dakwah dan sebagainya.

sukan-tinju-bagus-ke

Bila diperhatikan, posting daripada kawan-kawan perempuan, boleh dikatakan lebih meriah. Kita boleh lihat, bagi yang memang aktif di media sosial, mereka akan selalu post gambar sendiri, akan share gambar makanan, tempat-tempat menarik yang mereka pergi, dan sampai satu tahap tu, saya perhatikan, boleh dikatakan setiap orang sekurang-kurangnya mesti akan terlibat dengan satu atau dua jenis perniagaan online.

 

Ya, walaupun dari luaran, kita nampak kawan kita tu cuma up gambar dan letak ayat-ayat manis sikit, tapi sebenarnya apa yang dilakukan itu dah dikira sebagai tindakan untuk berbisnes.

 

Jangan pandang rendah pada posting yang tak ada like, tak ada komen, dan tak ada share. Kadang-kadang tu, kita tengok memang post tu macam sendu je, tapi yang kita tak tau, disebaliknya mungkin ada ramai yang mesej kawan kita tu.

 

Kita mana tau, apa yang berlaku di inbox milik kawan kita tu kan. Lagi satu, mungkin juga kawan kita tu, bukan setakat promosikan bisnes dia di wall sendiri semata-mata. Mungkin dia ada promosikan juga di fanpage, sama ada milik sendiri atau fanpage milik orang lain, dan juga di group yang berkenaan.

 

Dalam posting ini, saya ingin kongsikan, daripada ramai-ramai kawan yang saya ada di FB, apa dia jenis perniagaan yang popular yang menjadi pilihan mereka. Kalau sebelum ini anda masih tak tau, nak jual apa di FB, mungkin lepas ni boleh jadikan contoh dibawah ini sebagai pencetus idea untuk anda mula berbisnes.

 

(1) Bisnes Produk Kosmetik

bisnes-sesuai-untuk-wanita

Keinginan untuk nampak cerah, ramping, mempunyai susuk tubuh yang menawan, secara fitrahnya memang sangat diinginkan oleh kaum wanita. Bukanlah saya nak kata orang lelaki ni tak kisah sangat dalam bab-bab penampilan, tapi secara relatifnya, orang perempuan lebih peka dan sangat menjaga dalam bab penjagaan diri.

 

Maka tak hairanlah kalau dipasaran, ada banyak produk kecantikan dan penjagaan diri khusus untuk wanita berbanding untuk lelaki.

 

Ada ramai kawan-kawan dalam FB saya yang bergiat dalam bisnes produk kosmetik dan kecantikkan. Sebahagiannya menjual produk sebagai stokis, ejen dan ada juga yang bila dah sekian lama terlibat dalam bisnes ni, mereka mengeluarkan produk kosmetik sendiri. 

 

Sesetengah produk kosmetik, ia bukan sahaja menjanjikan penggunanya mendapatkan bentuk badan dan raut wajah yang menawan, malahan ada juga yang menawarkan peluang penjanaan pendapatan. Ada produk kosmetik yang saya lihat, dipasarkan menggunakan kaedah pemasaran Multi Level Marketing (MLM).

 

Pengguna produk tersebut, bukan sahaja boleh jaga kecantikkan malahan dalam masa yang sama, boleh buat duit yang banyak menerusi sistem pemasaran MLM.

 

(2) Bisnes Pakaian

perniagaan-online-untuk-wanita

Bisnes pakaian, seperti baju kurung, baju kebaya, dress dan sebagainya, juga menjadi bisnes pilihan. Bisnes seperti ini, ada target marketnya yang tersendiri.

 

Bagi mereka yang bekerja sebagai freelance yang bekerja dirumah seperti saya, mungkin kita tak perlu nak risau sangat tentang pakaian.

 

Tetapi, bagaimana pula untuk mereka yang kerjanya perlu selalu berjumpa dengan orang? Misalnya kerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kerajaan mahupun eksekutif di syarikat swasta. Mereka yang perlu selalu berjumpa dengan klien ini, lazimnya memang akan selalu beli pakaian baru.

 

Kalau rakan-rakan FB anda memang ada yang kerjanya perlu sentiasa jumpa orang, most likely dia akan jadi salah seorang pelanggan anda nanti.

 

(3) Bisnes produk bakeri dan makanan

biskut-raya-sedap

Bisnes berasaskan produk bakeri dan juga biskut ini, permintaannya akan berubah mengikut musim. Kebiasaannya kalau dimusim perayaan, permintaan terhadap produk ini akan mula meningkat.

 

Memandangkan tak lama lagi dah nak raya, jadi bolehlah mula dari sekarang kita mempromosikan produk-produk seperti biskut raya ini. Persiapan untuk promosi boleh dijalankan seawal mungkin, supaya kawan-kawan kita tahu, yang kita boleh bekalkan produk-produk ini.

 

Selain gunakan gambar-gambar yang diberikan oleh supplier, mungkin kita boleh gunakan gambar sebenar. Kalau anda yang akan buat sendiri produk-produk tersebut, bermula dari sekarang dah boleh edarkan sampel.

 

Tak ada idea nak buat promosi macam mana? Apa kata anda cerita tentang keistimewaan dan kelebihan produk bakeri yang anda hasilkan. Cerita tentang bahan-bahan yang digunakan dan sentuh serba sedikit mengenai khasiatnya.

 

Ataupun, kalau anda rajin sikit, boleh juga kongsikan resepi kuih raya anda. Kalau boleh siap dengan gambar-gambar sekali. Apabila anda buat macam ni, akan ada dua keadaan yang akan berlaku. Pertama, orang akan cuba buat. Dia akan rasa macam senang nak buat biskut raya macam yang anda buat.

 

Lepas dia buat, hasil akhirnya tak sama bentuk dengan yang anda buat. Ini biasa berlaku. Akhirnya, dia mungkin akan tempah je dari anda.

 

Kedua, bila dia tengok resepi, dia perhatikan betul-betul cara pembuatan, dia mungkin akan rasa, leceh rupanya nak buat sendiri biskut raya ni. Akhirnya, dia tempah je dari anda.

 

Bisnes tudung

panduan-bisnes-tudung

Saya rasa, bisnes tudung yang paling ramai orang buat.

 

Walaupun ramai yang jual tudung, tapi tudung yang dijual tu, semuanya lain-lain. Fesyen tudung tu memang ada macam-macam ya?

panduan-bisnes-tudung

Dekat luar sana tu, walaupun dah ramai yang jual tudung, itu tak menghalang anda untuk dapat jualan daripada bisnes yang sama. Lagi satu, yang saya perhatikan ni, orang perempuan yang bertudung, memang ada yang akan beli tudung baru setiap bulan.

 

Paling tidak, akan beli sehelai tudung. Beli sehelai tu pun sebab nak test sama ada kain tudung tu selesa ataupun tidak dengan diri dia. Bila dah rasa selesa, tempahan kali kedua terus borong banyak.

 

Orang yang baru pertama kali buat bisnes tudung ni, tak perlu pening-pening nak fikir tentang nak buka kedai atau nak bina kedai online berkonsepkan laman web ecommerce. Boleh mulakan hanya di media sosial sahaja.

 

Anda tak ada modal untuk dapatkan model? Tak perlu tu semua. Lagipun anda baru bermula kan. Boleh gunakan diri anda sendiri untuk jadi model ataupun letak je tudung yang nak dijual tu atas lantai dan ambil gambar tudung tu. Contohnya macam screenshot yang saya bagi kat atas tu.

 

Saya faham, anda mungkin nak jalankan bisnes tudung ini dengan lebih profesional dan anda tak nak kelihatan seperti orang yang baru buat bisnes kan… jadi apa kata anda teruskan pembacaan di laman web bisnes tudung ini.

 

(5) Bisnes kerongsang dan pin tudung

panduan-bisnes-online

Anda mungkin tak nak bersaing dengan kawan-kawan yang lain. Anda tengok kawan-kawan ramai sangat yang dah jual tudung. Kalau anda pun jual tudung, nanti anda jadi pesaing mereka pulak.

 

Jadi apa kata anda jual benda yang lain sikit. Fokus pada jual kerongsang dan juga pin tudung.

 

Ataupun, kalau masih lagi nak fokus pada jualan tudung, mungkin boleh selitkan sama jual kerongsang. Kerongsang ni, anda boleh jual secara berasingan, atau jual sekali bersama dengan tudung.

 

Baiklah, kat luar sana memang ada banyak lagi bisnes yang boleh diceburi oleh orang perempuan. Banyak juga bisnes-bisnes ni semua, yang boleh dijalankan hanya dari rumah, secara online dan pada masa terluang anda.

 

Manfaatkan dengan sebaik-baiknya dan siapa tahu, satu hari nanti, daripada bisnes sambilan ia berkembang jadi bisnes full time pula!

 

 

The post Bisnes Online yang popular yang banyak dijalankan oleh orang perempuan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bisnes kecil-kecilan yang ada potensi BESAR sepanjang bulan puasa

$
0
0

Memandangkan tak lama lagi, kita akan sambut bulan puasa, maka posting saya juga akan menjurus kearah perkongsian-perkongsian tentang bulan ramadhan.

 

Ketika ada banyak bisnes yang mula slow, dek kerana bulan puasa, dan diikuti dengan perubahan mood pengguna, rupa-rupanya ada bisnes lain yang makin rancak. Bisnes ini boleh dimulakan dengan modal yang minima.

 

Maka tak hairanlah, jika setiap kali bulan ramadhan, akan ada pemilik bisnes yang menghentikan operasi, ataupun memperlahankan business activity dan mereka akan fokus pada bisnes-bisnes ini.

perniagaan-kecil

Mungkin sebab bisnes utama agak slow, dan jika diteruskan, ini akan menjejaskan aliran wang masuk, maka sebagai pemilik bisnes, kenalah ada back up plan.

 

Bagi orang yang tak berada dalam bidang perniagaan, atau yang bekerja sendiri, mungkin bagi mereka 30 hari bulan puasa tu tidaklah begitu lama. Namun hakikatnya, kalau kita cerita dari segi perubahan mood, bukan bulan puasa sahaja yang akan memberi impak kepada pendapatan kita, malahan ia boleh berlarutan sampai ke hari raya.

 

Kalau masa bulan puasa, income dari perniagaan merosot, pasti ini akan beri cabaran yang dahsyat untuk persiapan menyambut hari raya nanti.

 

Memandangkan bisnes ini, adalah bersifat sementara, sebagai back up untuk menampung pendapatan dari perniagaan utama, jadi saya kira ini antara yang mungkin anda boleh pertimbangkan. Buat bisnes ini dalam bulan puasa sahaja dah memadai. Nanti bila dah habis puasa, boleh kembali fokus kepada perniagaan utama.

 

(1) Bisnes menjual air balang dan minuman di bazar ramadhan

Bisnes ini menduduki carta paling tinggi, dalam posting ni. Saya berpendapat, ini adalah bisnes yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghasilkan keuntungan yang lumayan.

 

Baru-baru ni, saya sempat ke pesta makanan Thailand (Thai Food Festival). Sebelum beli makanan yang dijual tu, saya pusing dulu semua gerai yang ada.

 

Pada saya, kebanyakkan makanan yang dijual tu, dari segi persembahan biasa-biasa je. Tapi, saya boleh kata, gerai yang menjual air paling terbaik!

resepi-air-balang

Bila penjual air tu buat susun atur macam ni… akhirnya saya beli air dulu sebelum beli makanan. Semua air yang dijual nampak sedap dan menyelerakan.

 

Waktu ini, bukannya bulan puasa. Cuba bayangkan kalau dekat bazar nanti, ada gerai yang menjual air balang macam ni. Saya pasti, mesti akan ada ramai yang beratur nak beli air balang tu nanti.

perniagaan-air-balang

Asalkan harganya berpatutan, persembahan dan susun atur nampak menarik, rasa air jus yang sedap, saya percaya sepanjang bulan Ramadhan tu nanti, gerai tersebut akan diserbu ramai pelanggan.

 

(2) Bisnes biskut raya dan bakeri

Memang sudah menjadi tradisi kita di Malaysia, bila hari raya, antara juadah yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang adalah biskut raya.

biskut-raya-sedap

Kalau bisnes air balang yang saya kata sebelum ni, anda mungkin terpaksa berniaga setiap hari. Bila nak keluar berniaga tu pula, kenalah cari lokasi tapak yang sesuai.

 

Tetapi, kalau bisnes jual biskut raya ni, anda mungkin hanya perlu kerja dalam satu minggu sahaja. Awal-awal tu, anda kumpul order dan bila dah ada jumlah tempahan yang mencukupi, baru mula buat biskut raya.

 

Biskut raya ni pula, boleh hantar kepada pembeli sama ada melalui pos atau hantar sendiri. Cuma risiko kalau hantar melalui pos, biskut raya tu mungkin akan hancur dan jadi serbuk pulak. Anda boleh muat turun panduan ini kalau nak mulakan bisnes kuih raya.

 

(3) Bisnes tudung

Bisnes tudung ni, mungkin apa yang boleh saya katakan, sebenarnya adalah bisnes sepanjang tahun.

koleksi-tudung-jenama-kekaboo

Permintaan terhadap tudung akan melonjak naik, disebabkan pada waktu ni, ramai kaum wanita yang shopping baju raya, dan setiap baju perlu dipadankan dengan tudung yang berbeza.

 

Kalau raya tahun ni, dia ada 3 pasang baju, maka dia juga akan perlukan 3 helai tudung yang berbeza. Itu sebabnya, masa bulan puasa dan bulan perayaan ni, bisnes tudung antara yang mendapat permintaan yang tinggi. Untunglah siapa yang buat bisnes tudung ni.

panduan-bisnes-tudung

 

(4) Bisnes pakaian hari raya

Bila sebut tentang pakaian hari raya, antara jenis-jenis busana yang menjadi pilihan adalah seperti baju kurung, baju kurung moden, baju kebaya, baju melayu, dan sebagainya. Permintaan terhadap jubah pun akan meningkat.

perniagaan-online-untuk-wanita

Berapa agaknya, untung kasar untuk setiap helai baju yang berjaya dijual? Mungkin tak kurang dari RM20, bergantung juga kepada dimana anda jual.

 

Kalau jual secara online sahaja, anda tak perlu fikir tentang sewa tapak, upah pekerja dan sebagainya. Tapi kalau jual di tapak pasar atau bazar, itu mungkin akan membuatkan margin keuntungan anda menurun sedikit.

 

(5) Bisnes produk import dari China

China memang terkenal dengan pelbagai jenis barang-barang yang kita boleh import dengan harga yang rendah. Bisnes produk dari China sebenarnya boleh dikategorikan sebagai bisnes sepanjang tahun.

 

Namun pemilihan produk itu yang akan menentukan sama ada, anda akan berjaya raih untung besar atau sebaliknya. Memandangkan kita akan fokus kepada bulan puasa, dan sambutan hari raya, mungkin kali ini anda boleh lebihkan untuk jual barangan seperti

  1. Kerongsang
  2. Kasut
  3. Butang baju melayu
  4. Bekas untuk letak biskut raya – Benda ni antara yang paling diperlukan
  5. Beg tangan sempena raya

 

List dia memang tak akan habis. Boleh dikatakan, semuanya yang diperlukan, anda boleh perolehi dari negara China. Anda tak perlulah susah payah sampai nak travel ke negara China.

ebook-rahsia-taobao

Stok produk ni boleh order secara online sahaja. Kalau anda perlukan bantuan, anda boleh muat turun dari halaman ini. Panduan lengkap dari mula sampai habis disediakan.

 

Anda ada cadangan lain, untuk mulakan bisnes kecil-kecilan sempena bulan puasa nanti? Boleh kongsikan di bahagian komen ya kalau ada. Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

The post Bisnes kecil-kecilan yang ada potensi BESAR sepanjang bulan puasa appeared first on Blog Sabree Hussin.

Coretan pengalaman sempena Pilihan Raya Umum ke 14

$
0
0

Negara kita, baru sahaja selesai melalui proses pilihan raya pada 9hb May 2018 yang lalu. Ini merupakan Pilihan Raya Umum yang ke 14 bagi negara kita.

 

Kali pertama saya mula mengundi dalam pilihanraya seperti ini, adalah pada tahun 2013. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia untuk saya lalui pengalaman mengundi kali kedua seperti sekarang ini.

 

Ada kawan-kawan yang ingat, PRU14 ni merupakan kali pertama saya mengundi.

voting-pilihan-raya

Belum sempat saya bagitahu, yang ini bukan pengalaman pertama saya, tanpa diminta, dia terus bagi tutorial dan penerangan, macam mana nak lalui proses undi. Tak apalah… mungkin dia pun excited.

 

Sebenarnya ini merupakan pengalaman kali kedua saya terlibat dalam proses pembuangan undi. Masa PRU13 sebelum ini, saya dah cukup umur untuk mengundi, jadi saya rasa terpanggil untuk terlibat sama dalam proses demokrasi negara kita.

 

Hingga ke hari ini, saya masih belum dapat jawapan, kenapa PRU14 dijalankan pada hari rabu? Walaupun saya bekerja sendiri, tapi saya tetap rasa ianya menyusahkan!

 

Hari rabu tu diumumkan sebagai cuti umum. Kemudian, dua hari berikutnya, iaitu Khamis dan Jumaat juga diumumkan sebagai cuti umum, berikutan kemenangan Pakatan Harapan membentuk kerajaan yang baru.

 

Bila sambung dengan Sabtu dan Ahad, fuh… banyaknya cuti bulan ni! 1hb hari tu kita dah sambut Hari Pekerja, manakala 29hb nanti, ada pula Hari Wesak. Saya bukannya tak suka ada banyak cuti, cuma cuti yang banyak macam ni, menyebabkan beberapa laman web saya terjejas dari segi trafik. Bila trafik jatuh, pendapatan dari laman web tersebut juga turut menurun.

 

Bila ada cuti yang panjang, saya ada dua perasaan. Satu perasaan gembira, satu lagi perasaan bimbang sebab pendapatan saya akan terjejas sedikit.

 

Selasa 8hb May 2018

Saya tidur agak lewat pada malam tu. Dalam hati, ada rasa teruja nak turun mengundi.

 

Sebenarnya, saya memang dah ada pilihan saya sendiri. Saya memang dah tahu, nak undi parti yang mana satu dalam pilihanraya kali ini. Walaupun pada waktu tu, masing-masing masih belum lagi mempersembahkan tawaran-tawaran mereka dalam bentuk manifesto yang akan dibentangkan.

parti-pakatan-harapan

Saya mengharapkan akan dapat lihat PERUBAHAN dalam landskap politik di Malaysia. Sebelum PRU14, ramai yang kata, Parti Barisan Nasional (BN) tak akan jatuh. Buktinya? Dah lebih 13 kali pilihanraya, tetap BN yang menang.

 

Sampai satu tahap, ada yang melihat parti ini memang tak akan kalah. Saya masih ingat lagi, ada yang pernah kata pada saya

“Tak payah buang masa pergi mengundi, BN mesti akan menang punya…”  

 

PRU14 adalah peluang TERBAIK untuk mengubah kerajaan sedia ada. Rehatkan barisan kepemimpinan yang lama dan gantikan dengan yang baru. Semoga dengan demikian, kita akan benar-benar melihat transformasi yang sebenarnya!

 

Kalau melihat senario di media sosial, terutamanya di twitter, memang cukup jelas menunjukkan yang BN akan kalah. Sepanjang tempoh berkempen, akaun twitter milik bekas perdana menteri, Najib Razak, dihujani dengan komen-komen yang negatif.

 

Tak kiralah apa sahaja tweet yang beliau tulis, semuanya pasti akan kena kondem dengan pengguna media sosial. Saya tak pernah tengok lagi, sampai macam tu sekali tahap kebencian netizen terhadap bekas perdana menteri. Seolah-olah rakyat Malaysia, majoritinya hilang kepercayaan kepada bekas perdana menteri ini.

 

Apapun, belajar dari pengalaman pilihan raya di US, kalau media sosial dijadikan ukuran, kemungkinan untuk Hillary Clinton menang dan seterusnya menjadi Presiden adalah hampir pasti! Namun, disaat-saat akhir, dia kalah dengan Donald Trump.

 

Malam tu, saya cuba lihat manifesto parti-parti politik yang bertanding. Manifesto dari BN, walaupun ada yang menarik, tapi pada saya masih belum cukup untuk saya berikan undi kepada parti mereka.

 

Saya cuba dapatkan manifesto Gagasan Sejahtera, sayangnya tak jumpa. Mungkin sebab saya tak banyak follow pemimpin politik dari Parti Pas.

 

Saya lebih suka kalau dapat baca komen dari netizen yang tak ada kaitan dan kepentingan politik bercerita tentang mana-mana parti politik beserta tawaran yang mereka bawa. Saya rasa, golongan macam ni, apabila menyuarakan pendapat, mereka tak bersikap berat sebelah. Walaupun begitu, saya tahu dan faham, setiap orang ada kecenderungan dan pilihan masing-masing.

 

Tempat mengundi

Saya dapat saluran 5.

saluran-tempat-mengundi

Saluran 5 ni kebanyakkan yang beratur dekat sini ialah orang muda. Sambil beratur tunggu giliran untuk buang undi tu, memang ramai juga kawan-kawan yang saya jumpa masa sekolah dulu.

 

Ramai yang dah kahwin. Yang perempuan, ada yang bawa anak ikut sama. Kawan-kawan yang lelaki, ramai juga yang dah boroi haha. Nasib baik, saya masih maintain lagi.

 

Kalau kat tempat saya mengundi, memang akan ada petugas yang akan bawa pengundi datang ke pusat mengundi. Petugas ini, bukan bekerja dengan SPR, tetapi mereka bertugas untuk parti politik masing-masing. Kalau nak bawa kenderaan sendiri, memang boleh, cuma susah nak cari parking dan jalan pun agak sesak.

 

Dakwat kekal pada PRU14 sangat berbeza dengan PRU13

Lepas buat semakan nama dengan pegawai SPR, pegawai tu minta saya tunjukkan jari. Saya jadi blur… kenapa nak tunjuk jari?

 

Baru saya teringat, tentang penggunaan dakwat kekal. Saya rasa, saya masih mengantuk dan blur sebab malam sebelumnya tidur lewat.

guna-dakwat-kekal

Gambar ni saya ambil selepas saya selesai membuang undi dengan caption “baru selesai menjalankan misi menyelamatkan negara”.

 

Saya pelik sebabnya dakwat kekal kali ini macam tak berapa gelap.

penipuan-dakwat-kekal

Gambar ni pula saya ambil pada waktu petang. Rupa-rupanya dakwat kali ini, makin lama makin hitam pekat. Saya ingat lagi, masa PRU13 sebelum ini, dakwat kekal yang digunakan cukup senang untuk ditanggalkan.

 

Basuh dengan pencuci pinggan dah boleh hilang. Hari yang sama dah boleh hilang kesannya. Tapi kali ini punya dakwat kekal memang tahan lama. Sekarang dah hari ke 6 dan kesan dakwat tu masih ada lagi dekat jari.

dakwat-kekal-pilihan-raya

Masih ada sedikit kesan. Dakwat yang dekat sekitar kulit, mula merekah dan boleh tanggal bila digosok. Sekarang tinggal kesan dekat kuku je. Oleh sebab calon yang saya undi, kedua-duanya menang, kali ni saya tak rasa begitu excited nak hilangkan kesan dakwat ni.

 

Kalau hilang lambat sikit pun tak apa. Tak ada isu.

 

Debat media sosial semasa musim pilihanraya

Kalau masa PRU13 dulu, saya agak aktif menyertai diskusi dan debat politik di media sosial. Pantang betul, kalau nampak ada kawan-kawan dalam friendlist yang up status pasal politik. Kalau saya rasa apa yang di kata tu tak betul, misleading, berbentuk fitnah, saya mesti akan cuba perbetulkan.

 

Daripada niat asal nak betulkan informasi yang silap, ia meleret jadi debat, dan akhirnya bergaduh. Saya tak faham, kenapa ada sesetengah orang, lebih suka pegang pada benda yang salah berbanding terima teguran.

 

Sekarang, bila saya makin matang, baru saya faham, mereka ni cuma ejen propaganda yang mewakili parti politik masing-masing. Fokus mereka cuma nak menangkan parti politik. Mereka ni langsung tak peduli, sama ada benda yang mereka kata, benda yang mereka sebarkan tu betul atau tidak.

 

Dalam PRU14 ni, saya langsung tak ambil bahagian dalam debat politik. Diam lebih baik kot. Banyak sangat cyber trooper dan macai maya berlegar kat social media. Mereka ni menyebarkan fitnah dan berhujah dengan hujah yang entah apa-apa. Saya syak, mereka ni hanya gunakan fake profile, sebab tu mereka berani.

 

Saya bukan pembakang, saya adalah pengundi

Saya tak pernah menyertai mana-mana parti politik. Kalau nama saya ada dalam UMNO, itu mungkin kerja abang ipar saya. Dulu dia beriya-iya nak suruh saya join politik dan sama-sama naikkan orang Melayu.

 

Tapi jiwa saya, bukan jiwa politik. Lagipun, saya tak berapa yakin dengan perjuangan seperti ini. Saya rasa, kalau nak naikkan mana-mana bangsa, lebih baik dilakukan menerusi jalan perniagaan. Itu yang saya rasalah.

 

Semasa PRU13 yang lalu, saya belajar istilah baru. Pengundi Atas Pagar. Saya rasa, itulah saya. Saya pengundi atas pagar. Saya akan undi calon dan parti politik yang saya yakin, mampu memberikan yang terbaik kepada sistem pentadbiran di Malaysia. Saya bukan jenis yang sokong membuta tuli, just because saya adalah ahli dalam parti tersebut.

 

Siapa yang nak join sebagai ahli, dalam mana-mana parti politik, silakanlah join. Itu pilihan masing-masing, mungkin dengan membuat pilihan tersebut, ia dapat beri kebaikkan kepada diri dan keluarga mereka.

 

Saya mengharapkan, akan ada perubahan yang positif dimasa akan datang. Perubahan itu, mungkin kita tak akan nampak dengan serta merta, cuma HARAPAN saya, kerajaan yang baru ini, tidak akan menghampakan rakyat Malaysia dengan mengulang kembali kesilapan-kesilapan pemimpin terdahulu, yang merugikan rakyat Malaysia.

 

Ok.

 

Masa untuk kembali bekerja dengan lebih serius. Ambik semangat Tun M yang masih gigih bekerja, pada usia 93 tahun! Kita yang masih muda ni, patut ambil contoh dan malu sikit.

 

 

The post Coretan pengalaman sempena Pilihan Raya Umum ke 14 appeared first on Blog Sabree Hussin.

Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha

$
0
0

Buku berjudul Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha ini saya pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia.

homestay-selangor

Kalau nak beli buku ni, saya tak pasti dekat mana ada dijual. Oleh sebab saya tak ada maklumat tersebut, jadi saya tak dapat nak kongsikan dalam blog ni.

 

Tapi kalau anda ke Perpustakaan Negara, mungkin boleh dapatkan buku ini dan pinjam sahaja.

 

Buku berjudul Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha ini ditulis oleh Norliza Aminudin dan Salamiah A. Jamal. Ia diterbitkan oleh Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM pada tahun 2006.

 

Usia buku ini memang dah agak lama, namun pengisian buku ini, ada banyak yang boleh para pengusaha bisnes homestay dapat pelajari dan amalkan untuk perniagaan masing-masing.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

Sekiranya anda ingin rujukan yang lebih terkini, berkaitan dengan perniagaan homestay, saya boleh syorkan panduan yang diberi nama Jutawan Homestay ini.

 

Berkenaan dengan buku berjudul Homestay Selangor ini, saya nak mulakan dengan berkongsi isi kandungan buku ini.

 

HOMESTAY DI MALAYSIA
Pengenalan
Sejarah Homestay
Perkembangan Homestay
Kebaikkan Homestay
Kemudahan-kemudahan yang disediakan
Agensi yang terlibat dalam Program Homestay
Pemasaran

 

HOMESTAY DI SELANGOR
Pengenalan dan Ringkasan Homestay Selangor

 

HOMESTAY AIR MANIS

HOMESTAY BANGHURIS

HOMESTAY BATU 23 SUNGAI NIBONG (BISTARI HOMESTAY)

HOMESTAY BATU LAUT

HOMESTAY BOUGAINVILLEA

HOMESTAY DORANI

HOMESTAY KAMPUNG KUNDANG

HOMESTAY KUALA LANGAT

HOMESTAY LANG TENGAH

HOMESTAY PAPITU SULEM

HOMESTAY SEPINTAS

HOMESTAY SUNGAI SIREH

HOMESTAY SUNGAI TENGI

SYARAT DAN PERATURAN

DIREKTORI

bisnes-homestay-jadi-pilihan

Apa yang kita boleh pelajari dari pembacaan buku Homestay Selangor ini?

Buku ini, bukan setakat mengetengahkan keunikkan yang terdapat pada homestay yang terdapat di Selangor, malahan yang menariknya, ia juga turut membongkarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh para pengusaha bisnes ini.

 

Kalau anda teliti, isi kandungan buku ini, dimuatkan senarai homestay yang terdapat di Selangor. Dalam setiap senaraian tersebut, turut dimuatkan pengalaman yang dilalui oleh pemiliknya.

 

Apa tawaran yang diberikan kepada pengunjung untuk menginap di homestay tertentu? 

Pengunjung yang datang menginap di homestay yang menyertai progam homestay ini datangnya dari dalam dan luar negara.

 

Apa yang membuatkan mereka ini, berminat untuk menginap di homestay ini? Dekat sini, kita boleh lihat, kreativiti penduduk tempatan yang menyertai program ini, yang cukup bijak mengatur strategi agar homestay mereka dipilih oleh pengunjung.

 

Ini dapat dilihat menerusi senaraian aktiviti yang disusun kepada pengunjung, misalnya

  1. Lawatan ke Ladang
  2. Aktiviti memancing di sawah
  3. Sight-seeing keindahan alam sekitar
  4. Aktiviti sukan kampung
  5. Aktiviti kebudayaan
  6. … dan macam-macam lagi

 

Pengalaman menerima tetamu dari dalam dan luar negara

Hebatnya pengalaman pengusaha bisnes homestay di Selangor ini ialah, mereka bukan sahaja menerima pengunjung dari dalam negara, malahan mereka turut mendapat pelancong dari luar negara.

 

Pelancong ini datangnya dari negara yang berbeza. Ada yang datang dari Jepun, Korea, US, dan macam-macam lagi negara.

 

Cuba bayangkan, orang kampung yang tak berapa baik penguasaan bahasa Inggerisnya, masih boleh memberikan khidmat yang terbaik untuk para pelancong ini. Ada tak kemungkinan, bagi anda yang power bahasa inggeris, dapat berikan servis yang lebih baik lagi?

 

Mungkin lepas ini, anda boleh pertimbangkan untuk menjadi pengusaha bisnes homestay juga.

 

Apa elemen yang perlu dititikberatkan dalam menjalankan perniagaan homestay?

Dari pembacaan buku ini, saya dapat simpulkan, kebanyakan pengusaha bisnes homestay ini menceritakan perkara yang sama.

 

i. Kebersihan

Kebersihan adalah perkara yang paling penting. Apabila pengusaha bisnes homestay mula buka pintu untuk menerima pelancong luar dan pengunjung dari dalam negara, sudah tentu faktor kebersihan perlu dititikberatkan. Kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, dalam bilik tidur. Semua itu perlu dipastikan bersih.

 

ii. Keselesaan tetamu

Dalam program homestay yang dibincangkan dalam buku ini, pelancong yang datang akan tinggal bersama dengan pemilik rumah kediaman tersebut. Ada pemilik kediaman yang melalukan ubahsuai pada rumah, menambahkan bilik tidur, membina bilik air dan tandas tambahan.

 

iii. Suasana keadaan persekitaran 

Kebanyakkan homestay yang diceritakan dalam buku ini, terdiri daripada kediaman yang terdapat dikampung-kampung, yang sama ada dikelilingi dengan sawah padi, ladang kelapa, ladang buah-buahan, perkampungan nelayan dan sebagainya.

 

Suasana persekitaran yang unik ini, menjadi daya penarik buat pelancong untuk melihat lebih dekat, bagaimana cara hidup masyarakat tempatan.

 

iv. Budaya masyarakat setempat

Faktor budaya juga menjadi sebab kenapa sesebuah homestay itu menjadi pilihan pengunjung. Ada pelancong yang berpeluang untuk mengikuti sambutan, perayaan dan majlis tertentu apabila tinggal di homestay terpilih. Misalnya, majlis persandingan mengikut istiadat Melayu, majlis cukur jambul dan sebagainya.

 

Bagi masyarakat tempatan, majlis seperti itu memang nampak biasa-biasa, tetapi bagi pengunjung dari luar negara, itu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Mereka dapat melihat dan merasai suasana tersebut dengan lebih dekat.

 

Belajar seni copywriting menerusi buku Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha

Saya secara peribadi, tertarik untuk baca buku ini, sebabnya penulis mempersembahkan kandungan buku ini dengan cara yang menarik. Salah satu tugas yang saya lakukan adalah menulis artikel copywriting bagi mempromosikan homestay dan guesthouse milik pelanggan saya.

 

Bila saya baca buku ini, saya dapat beberapa idea, untuk menghasilkan copywriting yang lebih baik untuk para pelanggan saya.

 

Jika anda juga menjalankan bisnes homestay, saya percaya, anda juga dapat belajar beberapa teknik copywriting, dengan mencontohi cara penulisan penulis buku ini. Saya dah beberapa kali terjumpa, laman web yang dimiliki oleh pengusaha bisnes homestay, mereka tidak menggunakan teknik copywriting yang baik.

 

Saya harap dengan pembacaan buku ini, pemilik homestay boleh hasilkan copywriting yang lebih baik dan seterusnya dapat menyakinkan bakal pelanggan untuk menginap di homestay milik mereka.

 

Sekiranya anda ada masa terluang, bolehlah cuba dapatkan buku ini dan baca ya. Selamat menambahkan ilmu.

 

 

The post Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha appeared first on Blog Sabree Hussin.

Apa yang menarik di Bazar Ramadhan Medan Selera Desa Tasik

$
0
0

Hari ni kita dah berada di hari ketiga dibulan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia dan beri kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa dan lain-lain ibadah dibulan ini.

 

Banyak kali saya dengar nasihat yang berbunyi, jadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai pesta ibadat dan bukannya pesta membeli belah.

 

Nasihat tu memang ada betulnya, dan ia merupakan satu nasihat yang baik. Dalam setahun, kita cuma akan lalui bulan Ramadhan ini selama 30 hari sahaja. Kalau dah terlepas bulan ini, kena tunggu tahun depan, itupun kalau masih diberi rezeki umur yang panjang.

 

Dua hari berturut-turut, saya ke bazar untuk beli juadah berbuka puasa.

berniaga-di-bazar-ramadhan

Macam inilah lebih kurang suasana bazar dekat tempat saya. Sekitar jam 5 petang. Masa ni, baru lepas hujan dan tengah gerimis. Permulaan puasa tahun ni, cuaca redup je. Petang-petang, biasanya hujan akan turun.

 

Jadi tak terasa panasnya. Bagi yang baru nak belajar puasa, harap dapat gunakan peluang ini untuk puasa penuh.

 

Dengan cuaca yang mendung, yang sesekali gerimis ni, sedikit sebanyak membuatkan pengunjung jadi agak kurang. Mungkin sebab masa ni masih terlalu awal agaknya, untuk orang datang beli juadah berbuka puasa.

 

Saya harap, mereka yang meniaga di bazar kali ini, dapatlah jana keuntungan, walaupun dengan cuaca yang tak begitu baik ni. Sebenarnya, bukan satu dua gerai sahaja yang tak begitu mendapat sambutan, tapi ada banyak gerai.

 

Termasuklah juga gerai yang menjual air balang dan air jus.

resepi-air-balang

Biasa orang kata, dalam suasana panas-panas ni memang seronok kalau dapat minum air jus yang sejuk. Tapi kalau cuaca mendung, keinginan nak menikmati kelazatan jus buah-buahan tu mungkin kuranglah sedikit.

 

Jadi, peniaga yang menjual air balang ni pun nampaknya agak slow juga jualan mereka.

perniagaan-air-balang

Tahun-tahun sebelumnya, memang saya biasa nampak, dekat bazar memang ada yang menjual burger. Kadang-kadang tu, saya rasa pelik juga, ada ke yang nak berbuka dengan burger?

 

Bila dibandingkan dengan harga nasi tomato, atau nasi ayam misalnya, harganya lebih kurang sama. Kalau saya, jika disuruh buat pilihan, sama ada nak makan burger, atau makan nasi, saya akan pilih makan nasi.

 

Tapi tu la… setiap orang kan selera dia lain-lain.

burger-bisnes-burger-coleslow-kentang-putar

Saya tertarik dengan gerai yang menjual burger, sebab dia jual burger termasuk dengan kentang, dan ada salad. Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ini. Bila tengok dari jauh, memang nampak menyelerakan.

 

Perut saya, perut orang Melayu. Macam manapun, mesti nak cari nasi jugak.

 

Bulan puasa ni, biasalah… mood pembeli memang agak lain. Kalau sebelum ni, kita boleh makan banyak, tapi bila masuk bulan puasa, makan sikit dah rasa kenyang. Masa tengah lapar tu, memanglah semua benda nampak sedap.

 

Kalau yang memang jenis poket tebal tu, rasanya kalau boleh semua benda nak beli. Semua benda nak rasa.

 

Cuma kalau saya, saya tak berani nak beli banyak-banyak. Pertama, saya nak elakkan berlaku pembaziran. Memanglah juadah buka puasa yang tak habis tu, boleh carry forward masa nak sahur nanti. Tapi pernah berlaku dalam tahun-tahun sebelum ni, even dah bawa ke waktu sahur, tetap tak boleh habiskan.

 

Sebab kedua, saya tak berani nak ambik risiko terbeli juadah yang tak sedap. Maklumlah, kita bukannya boleh rasa dulu, sebelum beli. Nampak macam sedap, tapi dari segi rasa sebenarnya, masa berbuka nanti baru kita akan tau.

 

Dan sebab ketiga, saya risau akan rasa jemu terlalu awal. Kita akan berpuasa sebulan. Kalau minggu pertama puasa, dah beli semua yang dijual di bazar, semua dah tau rasanya, silap-silap nanti dekat-dekat nak hujung, rasa jemu dengan makanan bazar dan kalau pergi bazar jadi tak tau nak makan apa pula.

 

Sokong perniagaan saudara seagama kita

Bila kita pusing satu bazar, mungkin akan perasan, ada kedai yang pelanggannya beratur sangat panjang. Ada gerai yang biasa-biasa, tapi masih ramai pengunjung. Pada masa yang sama, akan ada juga gerai yang memang lengang langsung tak ada orang.

 

Kenapa boleh tak ada orang? Wallahua’lam.

 

Saya rasa, sebagai pembeli, kita boleh bantu peniaga tu dengan berbelanja di gerai miliknya. Bukanlah nak suruh beli semua yang dia jual. Anggap macam ni je la, even kalau kita beli barang harga RM2 pun, sebenarnya dah menggembirakan peniaga tersebut.

 

Apa salahnya, kalau kita berkongsi kegembiraan dan berkongsi rezeki dengan orang lain kan? Kadang-kadang kita tengok, gerai tu langsung tak ada orang beli apa-apa. Kesian peniaga tu, duduk termenung sambil mengadap barang-barang jualan.

 

Lepas kita datang gerai tu, kita beli satu barang, dengan tak semena-mena, ada orang lain yang turut singgah dan beli something dari gerai yang awalnya tak ada orang tu.

 

Saya agaklah kan, mungkin sesetengah orang ni, dia takut nak beli dekat gerai yang tak ada orang langsung beli barang. Jadi, bila dia nampak ada orang lain beli, baru dia jadi yakin nak beli juga.

 

Terpulanglah. Ini masing-masing punya pandangan, kan. Sesetengah orang, dia lebih suka bersedekah duit apabila tiba bulan Ramadhan. Masukkan duit dalam tabung masjid atau mana-mana tabung yang dia rasa sesuai.

 

Saya pula berpendapat, kalau dapat sedekah makanan pun baik juga. Dekat sini, kita dah tolong peniaga yang jujur, yang menjual makanan, kemudian makanan tersebut, kita sedekahkan untuk menjamu orang-orang yang nak berbuka puasa.

 

Kalau kita bagi duit, kemudian duit tu orang yang terima terus guna untuk buat sendiri makanan untuk buka, pun baik. Cuma jumlah jiwa yang terkesan dan mendapat manfaat dari sumbangan kita tu, mungkin tak seramai kalau kita beli makanan dan sedekahkan makanan.

 

Apa pun, ramadhan ada 30 hari. Pelbagaikanlah cara sumbangan. Selepas habis bulan ramadhan, juga boleh lagi beri sumbangan. Teruskan, teruskan…

 

Kecewa dengan gerai yang menjual Roti John

Hari pertama dekat bazar, teringin nak makan roti john.

Peniaga tu tanya, nak mana satu? Ayam, daging atau cheese?

 

Saya pulak, dengan tak tanya apa-apa, terus mintak daging cheese. Ini memang kesilapan saya sendiri, sebab tak tanya dulu, berapa harganya.

 

Sekali barang dah bertukar tangan, dia sebut RM8! Wow, saya dah lama tak ikuti perkembangan harga Roti John, dan saya betul-betul tak sangka, harganya dah mencecah sebegitu mahal.

 

Serius, kalau saya tahu lebih awal, yang harganya mahal macam ni, memang sorrylah… tak beli.

 

Kesilapan saya, saya tak tanya dulu harga. Kesalahan peniaga tu, dia tak pamerkan harga makanan yang dia jual. Saya harap pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab untuk menyelia bazar ni, dapat ambil tindakan dan ingatkan peniaga tu untuk mempamerkan harga makanan, selain memastikan peniaga menjaga kualiti dan kebersihan makanan yang dijual.

 

Itu antara yang dapat saya kongsikan, semasa membeli belah di bazar kali ni. Saya doakan, semoga yang berniaga tu, dapatlah jana keuntungan. Bagi yang tak berniaga di bazar tu, mungkin boleh jalankan bisnes kecil-kecilan yang ada potensi besar di bulan puasa ini.

 

 

 

The post Apa yang menarik di Bazar Ramadhan Medan Selera Desa Tasik appeared first on Blog Sabree Hussin.

Senarai laman web yang boleh bantu anda buat duit online edisi 2018

$
0
0

Tahukah anda, yang sebenarnya terdapat banyak laman web yang boleh bantu anda jana pendapatan secara online.

 

Saya pernah tulis tentang laman web yang boleh buat duit dalam blog ini sebelum ini. Namun, bila saya semak semula, ada beberapa laman web yang telahpun menghentikan operasinya. Lalu menjadikan beberapa informasi didalam blogpost tersebut menjadi kurang relevan.

Artikel yang dimaksudkan

1. 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online

2. 10 Laman web yang anda mungkin TAK TAHU boleh bantu anda jana pendapatan tambahan

buat-duit-online

Untuk edisi 2018 ini, saya rasa baik kalau saya tulis semula, dan berikan anda beberapa laman web yang anda boleh fokus untuk buat duit. Artikel sebelum ini, saya tulis pada tahun 2014 dan ada yang saya tulis pada tahun 2015.

 

Jadi, dah tentu akan ada maklumat yang kongsikan disitu yang sudah tidak relevan. Sebahagian dari laman web yang saya nyatakan juga telah memberhentikan operasinya. Mari kita fokus kepada laman web lain, yang masih lagi beroperasi dan yang dapat berikan pendapatan kepada kita.

 

(1) Adhance.my

Saya mulakan dengan laman web Adhance.my sebabnya saya rasa dalam banyak-banyak laman web yang saya temui, program adhance paling senang nak buat duit. 

promosi-laman-web-maukerja

Daftar untuk join program ini menerusi pautan ini.

 

Menerusi program ini, kita akan mempromosikan laman web carian kerja yang diberi nama maukerja.my. Kita biasa baca sama ada dalam surat khabar, atau berita-berita yang disebarkan secara online, yang melaporkan tentang rakyat Malaysia yang dibuang dan diberhentikan kerja.

 

Untuk mereka ni, kita boleh suggest untuk mereka cari kerja dari laman web maukerja.my. Ada macam-macam kerja kosong yang ditawarkan dilaman web tersebut, yang saya percaya, pasti akan ada yang sesuai dengan citarasa dan kelayakkan individu yang sedang mencari kerja.

 

Dalam program adhance ini, anda akan dibayar apabila ada pengguna internet yang memohon kerja dari laman web maukerja.my menerusi link unik anda.

 

(2) Klikjer

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Program klikjer ini merupakan program paling lama yang saya sertai. Alhamdulillah, setakat ni memang setiap bulan dapat income dari program ini. Cuma jumlahnya je yang tak tetap.

 

Kadang-kadang dapat banyak, kadang-kadang dapat sikit sahaja. Jika anda minat nak daftar dalam program klikjer, boleh terus ke pautan ini.

 

Dalam program klikjer, anda akan dibayar apabila ada yang membeli ebook menerusi link unik anda.

 

(3) Nuffnang

buat-duit-dengan-nuffnang

Untuk menyertai program Nuffnang, anda perlu ada laman blog sendiri. Nuffnang adalah program pengiklanan melalui blog yang mengutamakan elemen komuniti. Setiap bulan, Nuffnang akan anjurkan program-program yang melibatkan pemilik blog dan jenama-jenama tertentu.

 

Kalau nak buat duit dengan program nuffnang anda perlu ada blog dan pada masa sama, anda juga perlu aktif dalam menulis blog. Biasanya, hanya blog yang aktif sahaja yang akan mempunyai jumlah trafik yang besar.

 

Untuk sertai program ini, anda boleh ke laman web rasmi mereka iaitu https://www.nuffnang.com.my/.

 

Dalam program ini, akan akan dibayar apabila ada orang klik pada iklan banner yang disiarkan dalam blog anda, ataupun apabila anda ditawarkan untuk menulis artikel berbayar.

 

(3) Google Adsense

Program google adsense lebih kurang sama dengan program pengiklanan Nuffnang. Sedikit perbezaannya mungkin dari segi matawang yang bakal anda terima apabila menyertai program ini. Dalam program Nuffnang, anda bakal menerima bayaran dalam matawang RM, manakala dalam program Google Adsense, anda dibayar menggunakan matawang USD.

 

Bagi mereka yang memang dah lama mengidamkan untuk ada pendapatan dalam matawang asing USD, maka ini adalah platform yang sangat baik untuk disertai. Anda tak perlu susah payah nak pergi ke US untuk jana pendapatan dalam USD.

panduan-lengkap-google-adsense

Hanya dengan bekerja dari rumah sahaja dah cukup untuk buat duit dalam matawang USD. Bagi yang nak mendalami ilmu buat duit dengan Google Adsense, anda boleh rujuk Panduan Raja Adsense Revive ini.

 

(4) Jobdirumah

jobdirumah-penipu

Laman web Jobdirumah ni menawarkan program latihan untuk memberi anda ilmu sebenar macam mana nak mula bekerja sebagai seorang freelancer atau pekerja bebas.

 

Anda akan belajar, secara langkah demi langkah, apa yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang freelancer. Bermula dengan mencari kerja, sampailah anda menerima bayaran untuk kerja pertama anda. Saya rasa tak perlulah nak tulis panjang-panjang tentang jobdirumah ni, sebabnya saya dah banyak tulis pasal jobdirumah dalam blog ni.

 

Bagi yang masih belum pernah daftar lagi, boleh sertai dengan menekan pautan ini.

 

(5) Churpchurp

buat duit dengan churp churp

Anda rasa anda adalah seorang social media influencer? Jika anda rasa anda adalah seorang social media influencer, bolehlah try join program ni.

 

Untuk join program ni, boleh ke laman web mereka iaitu https://my.churpchurp.com/

 

(6) 8coin.my

Program 8coin ini sebenarnya adalah program lama yang dijenamakan semula. Dulunya, ia dikenali dengan nama 8share, tapi sekarang ini, ia dikenali sebagai 8coin.

 

Lebih kurang sama macam program churpchurp juga. Kalau nak join, dan buat duit dengan 8coin, boleh daftar menerusi pautan ini.

 

(7) Bookcafe

 

Seterusnya adalah program affiliate yang dikendalikan oleh pihak Bookcafe. Para pencinta buku, atau usahawan yang minat nak menceburi bidang perniagaan buku, boleh cuba sertai program ini.

 

Link untuk daftar adalah https://bconline.com.my/friends/

Anda akan dibayar komisen setiap kali anda berjaya dapatkan jualan untuk buku yang dijual dilaman web utama mereka, iaitu bookcafe.com.my

 

(8) Involve Asia

program-affiliate-involve-asia

Program Involve Asia ini juga tak kurang menariknya. Bila kita sertai program ini, kita akan diberi akses untuk mempromosikan pelbagai jenama terkemuka yang ada diluar sana, misalnya seperti Lazada, Malaysia Airlines, dan banyak lagi.

 

Anda boleh sertai program ini dan terus buat duit menerusi halaman ini.

 

(9) Lazada Malaysia

Laman web lazada, juga ada menjalankan program affiliate mereka sendiri. Anda boleh daftar di pautan ini.

 

(10) Visondata

program-affiliate-visondata

Program visondata juga adalah satu program yang menarik untuk disertai. Apa yang saya suka dengan program ini ialah, mereka turut menawarkan komisen berperingkat.

 

Konsep komisen berperingkat ni, sama macam yang kita boleh jumpa dalam program jenis Multi Level Marketing. Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan untuk sertai program ini.

 

Tugas anda adalah menjalankan aktiviti pemasaran, dan sekiranya anda berjaya dapatkan jualan untuk produk mereka (sambungan internet wifi), anda akan dapat komisen. Sila ke laman web mereka untuk buat pendaftaran ya. Pilih opsyen Become an Affiliate.

 

Baiklah, rasanya 10 senarai laman web ini dah cukup kot untuk bantu anda buat duit secara online. Walaupun saya cuma bagi 10 sahaja, tapi kalau anda betul-betul rajin, anda boleh explore ada banyak lagi laman web yang boleh bantu anda buat duit online, terutama sekali lepas anda join program Involve Asia dengan program Klikjer.

 

Kalau tak boleh buat semua, fokuslah kepada satu atau dua program. In Shaa Allah, jika konsisten dan komited dengan kerja, anda pasti akan berjaya dapat hasilnya.

 

 

The post Senarai laman web yang boleh bantu anda buat duit online edisi 2018 appeared first on Blog Sabree Hussin.

Alternatif bagi Jutawan App untuk anda pertimbangkan

$
0
0

Apa perasaan anda, apabila kali pertama anda melihat iklan dan tawaran yang diberikan oleh program Jutawan App? Mesti rasa teruja, kan.

 

Bila saya buat carian di google, untuk kata kunci “jutawan app” saya temui banyak juga iklan berbayar, yang mempromosikan Jutawan App ini. Ini screenshot untuk anda lihat.

buat-duit-dengan-jutawan-app

Yang ada tulis “Ad” tu maksudnya ia adalah iklan berbayar menggunakan servis Google Adwords. Kenapa ya tak gunakan apps tu sendiri untuk promosikan Jutawan App? Kenapa mesti guna Google Adwords? 

 

Orang yang buat iklan tu, pasti ada alasannya sendiri.

 

Saya tahu, bagi yang baru pertama kali menjumpai laman web Jutawan App ni, pasti rasa teruja tu akan timbul. Apa taknya, dari penerangan yang diberikan, nampak senang betul nak buat duit dengan Jutawan App. Hanya perlu dapatkan Apps tersebut, pasang di smartphone dan biarkan ia berjalan sendiri.

boleh-percaya-ke-jutawan-app

Seterusnya, tunggu sahaja duit tu masuk sendiri!

 

Namun, nasihat saya, sebelum nak buat sebarang keputusan, sama ada YA ataupun TIDAK, bacalah dulu penerangan yang diberikan dalam laman web tersebut. Baca setiap patah perkataan yang dimuatkan dalam laman web mereka.

 

Baca ulang-ulang kali sampai anda betul-betul faham, apa sebenarnya yang anda bakal beli. Fahamkan bagaimana apps tersebut berfungsi. Lagi baik, kalau boleh dapatkan review daripada pengguna terdahulu. Cuba cari di google, review tentang Jutawan App ni dari mana-mana penulis blog, yang mungkin ada pengetahuan tentang applikasi ini.

 

Andai kata, selepas anda dapat kesemua maklumat tu, dan anda rasakan program ini memang sesuai untuk anda, lalu anda berhasrat nak turut serta, semoga berjaya saya ucapkan!

 

Namun, jika anda rasa was-was, tak yakin, tak berani dan sebagainya, tapi pada masa yang sama, anda masih ada cita-cita nak jana pendapatan secara online, maka sila teruskan pembacaan.

 

Di internet, masih ada banyak lagi alternatif dan program yang anda boleh sertai, yang saya percaya, sesuai untuk dijadikan alternatif bagi Jutawan App ini.

 

Itulah bagusnya program buat duit online ini. Anda tak suka dengan program A? Tak ada masalah, cari saja program lain, dan buat duit dengan program tersebut.

 

Risiko program buat duit secara online

Setiap program buat duit, yang ditawarkan di internet, ada risikonya yang tersendiri. Menjadi tanggungjawab anda untuk kumpulkan seberapa banyak maklumat, sebelum buat sebarang keputusan untuk sertai atau tidak, dan seterusnya bertindak.

 

Pastikan tindakan yang bakal anda lakukan, adalah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan sahih. Sentiasa rujuk pelbagai sumber, dan jangan terus percaya pada satu sumber semata-mata.

 

Dalam posting ini, saya nak perkenalkan kepada anda, kepada beberapa program yang mungkin sesuai untuk anda. Dari senarai program yang bakal saya kongsikan nanti, ada beberapa perkara yang saya ingin anda tahu.

 

(1) Jika anda RAJIN, anda pasti boleh buat duit

Program buat duit dalam talian ni, ada satu formula kejayaan yang memang menjadi pegangan setiap orang. Formula tersebut ialah formula RAJIN. Anda perlu rajin buat kerja-kerja pemasaran, rajin update status di facebook, rajin buat artikel di blog, rajin buat iklan, dan In Shaa Allah, jika anda konsisten rajin, pasti akan dapat hasilnya.

 

Kalau yang tak berapa berjaya tu biasanya sebab usaha yang diberikan masih belum cukup, dan dia lebih suka layan perasaan malas daripada jadi rajin.

 

(2) Tiada risiko kerugian atau kehilangan duit modal

Bukan semua program buat duit memerlukan anda untuk keluar modal. Ada yang boleh disertai secara PERCUMA sahaja. Anda tak akan rugi apa-apa kalau join program yang percuma. Kalau anda berjaya buat duit, duit tu semua milik anda. Tak payah fikir pasal modal.

 

(3) Kejayaan anda buat duit dalam program ini adalah HAMPIR PASTI

Ada program yang bakal saya kongsikan nanti, jika anda buat, kejayaan untuk anda buat duit adalah HAMPIR PASTI. Anda akan mempromosikan sesuatu yang memang dicari-cari dan diperlukan oleh rakyat Malaysia.

 

Mana satu lagi mudah? Anda promosikan benda yang memang orang nak dan perlu, atau anda promosikan benda yang orang tak nak? Sudah tentulah jawapannya lebih mudah apabila anda promosikan benda yang memang orang nak!

 

Justeru, tanpa membuang lagi banyak masa, saya kongsikan kepada anda, ini dia alternatif bagi Jutawan App yang anda boleh pertimbangkan!

 

(1) Program Adhance.my

promosi-laman-web-maukerja

Ini adalah pautan yang anda boleh gunakan untuk mengakses laman web Adhance ini.

 

Apabila saya katakan, kejayaan untuk buat duit dalam program buat duit online adalah HAMPIR PASTI, saya sebenarnya sedang bercerita mengenai program adhance ini.

 

Saya nak tanya anda satu soalan, mahukah anda mendapat pendapatan sebanyak RM2,500 – RM4,500 setiap bulan? Adakah anda ada kenal sesiapa dari kalangan kawan-kawan anda, yang mungkin mahukan pendapatan sebanyak RM2,500 – RM4,500 setiap bulan?

 

Saya rasa pasti ada. Adakah ianya mustahil?

 

Tunggu dulu, sebelum nak kata ianya mustahil untuk dicapai, lihat dulu iklan kerja kosong dibawah. Iklan ini saya ambil dari laman web maukerja.my

Tugas anda dalam program adhance ini ialah, anda tunjukkan iklan kerja kosong ini kepada kawan anda. Jika kawan anda tu apply kerja kosong ini, anda akan dibayar upah. Sama ada kawan anda itu nanti akan diterima bekerja ataupun tidak, itu bukan masalah anda.

 

Anda akan dibayar upah apabila kawan anda tu tadi apply kerja kosong tersebut, tak kira sama ada kawan anda tu nanti diterima bekerja ataupun tidak. Ya, kat Malaysia ni, memang masih ramai yang sedang cari kerja, atau sedang mempertimbangkan untuk bertukar karier dan kerjaya.

 

Bila mereka tahu, ada kerja kosong, dan sesuai pula dengan kelayakkan mereka, pasti tak ada masalah untuk mereka ni tukar kerja.

 

Sertai program Adhance ini sekarang dan mula jana pendapatan!

 

(2) Program Klikjer

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Program klikjer ini adalah antara program terbaik yang saya pernah sertai. Kalau anda baca artikel terdahulu blog ini, dulu saya memang kerap cerita tentang komisen yang saya berjaya perolehi dari program ini.

 

Lama kelamaan, saya rasa macam bosan pulak asyik nak tunjuk komisen yang saya pernah dapat. Jadi saya stop buat benda tu. Cukuplah yang saya dah buktikan selama ini, yang menerusi program ini, anda juga boleh buat duit!

 

Sila ke halaman ini untuk sertai program klikjer.

 

(3) Program Involve Asia

program-affiliate-involve-asia

Program Involve Asia ni pun menarik juga. Anda boleh ke halaman ini untuk pendaftaran.

 

Tiada sebarang bayaran untuk anda sertai program ini. Selepas anda menjadi ahli di Involve Asia, anda boleh bekerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Lazada, Zalora, Malaysia Airlines, Agoda, Senheng, dan banyak lagi.

 

Nanti, apabila pendaftaran anda telah disahkan, anda login ke ruangan ahli dan klik pada Browse Merchant untuk melihat senarai syarikat yang anda boleh promosikan. Ini yang saya sebutkan sebelum ini, kalau rajin, In Shaa Allah, pasti boleh dapat hasilkan pendapatan.

 

Mesti boleh buat duit punyalah.

 

Kenapa saya hanya kongsikan 3 sahaja? Sebenarnya saya nak kongsikan lebih banyak lagi. Kemudian, saya teringat yang sebelum ini, saya telahpun hasilkan satu senarai program ataupun laman web yang anda boleh gunakan untuk buat duit secara online pada tahun 2018.

Baca juga: Senarai laman web yang boleh jana pendapatan online edisi 2018

 

Jadi saya rasa, daripada saya ulang tulis, lebih baik saya syorkan anda baca artikel tersebut. Ada tambahan lagi 7 program yang anda boleh turut serta.

 

Kita andaikan dalam satu bulan, anda boleh dapat sekurang-kurangnya RM100 dari program-program tersebut, jika ada 10 program, bukankah RM1,000 dah ada dalam tangan?

 

Itu teori sahaja. Saya pun tak cukup rajin nak buat sekali 10 program dalam satu masa. Saya lebih senang kalau pilih dua tiga program yang saya suka, dan fokus pada program tersebut. Hasilnya, saya masih boleh dapat RM1,000++ dari program tersebut.

 

Apa pun, pilihan ditangan anda.

 

 

 

The post Alternatif bagi Jutawan App untuk anda pertimbangkan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Tiada paksaan untuk bekerja apabila menjadi seorang Freelancer

$
0
0

Adakah ini merupakan satu perkara yang baik, atau perkara yang buruk, apabila tak ada siapa yang akan menyelia kerja kita dan memaksa kita untuk bekerja?

 

Mungkin ia boleh jadi kedua-duanya sekali. Ia boleh jadi satu perkara yang baik, dan pada masa yang lain, ia boleh jadi satu mimpi ngeri. Mari kita lihat situasinya, apabila kita bekerja dengan orang lain.

perniagaan-kecil

Sebelum saya buat keputusan, untuk jadi seorang pekerja bebas, atau freelancer ni, saya juga pernah bekerja dengan majikan. Selepas beberapa tahun bekerja, saya dapatkan pengalaman akhirnya saya buat keputusan untuk berhenti dan uruskan bisnes saya sendiri.

 

Pada masa tu, saya sibuk uruskan bisnes kedai runcit yang saya buka secara kecil-kecilan di kampung. Sambil saya uruskan bisnes, saya juga belajar skil baru, dan lepas bisnes ni mula stabil dan boleh berjalan sendiri, tanpa perlu penglibatan saya secara aktif, saya mula fokus untuk jadi seorang freelancer.

 

Bidang yang saya pilih adalah sales and marketing, atau dalam bahasa Melayunya, dipanggil jualan dan pemasaran. Sepanjang bergelar freelancer ni, saya telah bekerjasama dengan beberapa syarikat dan menjalankan kempen pemasaran bagi pihak mereka.

 

Ada dua kaedah yang biasa saya gunakan sepanjang menjadi seorang freelancer. Iaitu, saya dibayar untuk melakukan sesuatu tugasan atau job dan yang satu lagi, saya dibayar apabila saya berjaya hasilkan jualan.

 

Untuk situasi yang kedua, iaitu dibayar setelah berjaya hasilkan jualan, ia menjadi keutamaan dan prioriti saya, sebabnya bila saya buat lebih, saya ada peluang untuk jana pendapatan yang lebih banyak.

 

Namun demikian, timbul satu masalah, iaitu MALAS. Saya rasa, perasaan malas ini adalah something yang normal, cuma ia jadi berbahaya apabila kerap sangat rasa malas. Malas yang diluar kawal, pasti akan memporak-perandakan kehidupan kita sebagai seorang freelance.

 

Ala… orang yang kerja makan gaji pun kadang-kadang akan datang rasa malas tu. Cuma bezanya, mereka ada penyelia, yang boleh bagi mereka warning, kalau nampaknya macam lama sangat tak buat kerja.

 

Kerja dengan orang atau kerja dengan majikan ni ada kebaikkannya. Dari situ kita boleh belajar tentang sistem pengurusan dan operasi sesebuah syarikat.

 

Kita akan didedahkan dengan konsep Standard Operating Procedure (SOP). Bila ada SOP, kita akan tahu hal-hal seperti

1. Macam mana cara nak menjalankan sesuatu perkara atau tugasan?

2. Bila perlu mula bekerja?

3. Bila boleh berhenti buat kerja?

4. Bila boleh ambil cuti?

5. Bagaimana cara menangani masalah jika berlaku hal-hal yang tak diingini?

 

Konsep SOP inilah yang akan menjadikan urusan sesuatu perniagaan itu jadi lebih lancar. Kita tak perlu berteka-teki, apa yang perlu dilakukan, jika berlaku sebarang isu. Untuk orang yang nak bina kerjaya sebagai seorang freelancer, saya kira, ada baiknya anda dapatkan dulu pengalaman bekerja dengan orang lain.

 

Walaupun jadi kuli, yang penting ilmu yang anda boleh pelajari dari organisasi tersebut. Niatkan satu tahun yang pertama berkhidmat dalam syarikat tu, adalah untuk belajar, bukannya semata-mata sebab duit.

 

Cuba bayangkan diri anda sedang bekerja dengan syarikat majikan. Sedang anda buat kerja, tiba-tiba rasa penat dan malas tu menjelma. Untuk hilangkan perasaan tersebut, anda rehat-rehat sejenak dan buka smartphone untuk lihat apa yang terkini di media sosial dan group whatsapp.

 

Semua tu anda buat curi-curi. Bimbang juga kalau-kalau dilihat oleh penyelia anda nanti.

 

Tapi, bila anda bekerja sendiri, semua tu tak perlu. Anda tak perlu curi-curi nak tengok FB. Tak perlu bimbang nak luangkan masa untuk baca whatsapp, layan media sosial, layan online movie dan sebagainya. Semua tu anda boleh lakukan dengan terang-terangan tanpa ada rasa bersalah.

 

Tak ada sesiapa yang nak marah dan tegur anda, sebab terlalu seronok layan movie online. Bahaya, kan?

 

Itulah sebabnya, bila bekerja sendiri sebagai freelancer ni, setidak-tidaknya anda perlu ada TARGET! Tetapkan dua jenis target.

Pertama, target income dan kedua, target kerja (projek) yang ingin disiapkan. Kedua-dua ini, sebenarnya saling berkaitan.

 

Saya sendiri misalnya. Jika saya target untuk siapkan sebuah projek website (webcopy) pada bulan tertentu, lazimnya pendapatan saya akan bertambah pada bulan tersebut. Ini bermakna, lagi banyak projek website yang mampu dan berjaya saya siapkan, ini menjadikan lagi banyak potential income yang bakal saya perolehi.

 

Tapi itulah… kadang-kadang, bila hilang fokus, target entah ke mana, projek pun tak jalan. Ada projek yang sentiasa work in progress.

 

Bagi mengekalkan fokus, benda yang saya akan buat ialah pecahkan target yang besar kepada tugasan-tugasan yang lebih kecil, supaya ia lagi mudah untuk dilakukan. Kemudian, masukkan ia dalam to do list.

 

Setiap hari, saya akan ada tugasan yang berbeza, yang perlu diselesaikan. Sedar-sedar bila dah cukup sebulan, rupa-rupanya saya dah hampir dengan target yang ditetapkan pada mula-mulanya. Rupa-rupanya, untuk berjaya dalam bidang ini, kita perlu sentiasa selesaikan tugasan-tugasan kecil sebelum sibuk nak beralih kepada projek lain.

 

Sampai satu tahap, saya berpandangan, biar tak banyak projek tapi berhasil, daripada ada banyak projek, tapi satu pun tak menjadi.

 

Isu dengan produktiviti

Benda ini, memang sangat penting untuk kita jaga. Alasannya? Ia sangat berkait rapat dengan berapa banyak pendapatan yang bakal dan mampu kita hasilkan pada sela masa tersebut.

 

Kalau produktiviti terlalu rendah, maka hasilnya juga rendah. Macam orang kerja kilang. Kalau kilang tersebut mampu hasilkan production yang banyak, maka banyak juga yang boleh dijual. Jika sebaliknya, production terlalu sedikit, tak banyak yang dapat dijual, maka hasilnya juga tak banyak.

 

Andainya anda bukan jenis orang yang boleh bekerja sendiri, tanpa disuruh-suruh, maka saya kira adalah lebih baik anda jauhkan diri dalam bidang ini.

 

Ada sesetengah orang, nak cuci kasut sendiri pun malas. Ada je alasan untuk tak nak buat. Tapi, kalau ada orang lain yang PAKSA dia untuk buat, dan orang tu pula akan sentiasa perhatikan geri-geri dia untuk pastikan yang dia buat kerja, barulah kerja dapat dijalankan dengan baik… ha… orang macam ini, kena hati-hati bila nak bekerja sendiri.

 

Bukan apa, bimbang nanti, anda lebih banyak berehat berbanding buat kerja. Kesudahannya, anda juga yang susah nanti, sebab income yang dihasilkan tak mencukupi.

 

Tapi kalau anda memang orang yang boleh urus diri sendiri, boleh urus masa, boleh urus perniagaan, mungkin… bidang ini, iaitu bermula dengan kerja sebagai freelancer adalah bidang yang paling sesuai dengan anda. Manalah tahu, satu hari nanti, akan ada beratus-ratus orang freelancer yang akan bekerja untuk anda pula!

 

 

The post Tiada paksaan untuk bekerja apabila menjadi seorang Freelancer appeared first on Blog Sabree Hussin.

3 Sebab untuk anda cuba pengalaman membuat tempahan tempat penginapan di Airbnb

$
0
0

Pernah tak anda menggunakan laman web Airbnb untuk membuat tempahan tempat penginapan semasa percutian anda?

cara-promosi-homestay

Kalau belum pernah lagi, mungkin lepas ini anda boleh cuba. Saya sendiri, dah beberapa kali menggunakan laman web Airbnb untuk membuat tempahan tempat penginapan jenis guesthouse dan juga chalet.

 

Masa mula-mula dulu, memang rasa agak kekok dan was-was nak gunakan laman web tempahan ini. Pada waktu itu, pilihan homestay dan guesthouse juga agak kurang, kalau dibandingkan dengan sekarang ini.

 

Tapi sekarang ni, semua itu dah berubah. Bila nak pergi bercuti, atau sekadar merancang untuk pergi bercuti, saya akan buka dulu laman web Airbnb. Kalau tempat yang saya nak pergi tu, ada guesthouse yang menarik, baru saya buat keputusan sama ada nak pergi atau tak.

 

Dekat sini, saya nak kongsikan, antara sebab kenapa saya pilih untuk gunakan Airbnb, bila buat tempahan tempat penginapan.

 

(1) Sistem Review yang dipraktikkan oleh Airbnb

Seronok juga bila gunakan perkhidmatan mereka ni. Lepas dah balik dari bercuti, kita selaku penyewa, boleh tinggalkan review di laman web Airbnb mengenai pengalaman kita bermalam ditempat tersebut.

 

Ini contoh review yang pernah saya berikan kepada salah sebuah guesthouse yang pernah saya sewa sebelum ini.

menginap-di-airbnb

Komen saya ini, boleh dibaca oleh orang lain, yang mungkin turut mempertimbangkan untuk menginap di guesthouse yang sama. Kalau tempat tu best, saya akan kata best, dan kalau tak berapa best, saya akan kata tak berapa best.

 

Bukan penyewa sahaja yang boleh tinggalkan review, sama ada positif atau negatif kepada tuan rumah, malahan tuan rumah juga boleh buat perkara yang sama.

 

Bawah ini pula adalah review tuan rumah kepada saya.

pengalaman-sewa-menggunakan-airbnb

Review ini berbentuk dua hala. Kita sebagai penyewa boleh beri review kepada tuan rumah, dan tuan rumah juga boleh berikan review kepada kita.

 

Pada masa yang sama, tuan rumah juga boleh memberikan recommendation kepada bakal tuan rumah yang lain, sebelum menerima seseorang tu menjadi penyewa di kediaman miliknya.

 

Di masa akan datang, tuan rumah yang lain akan tahu, apa komen tuan rumah sebelum ini. Adakah bakal penyewa tu seorang yang baik, jujur, menjaga harta atau penyamun? Itulah gunanya sistem review.

 

Ini secara tak langsung dapat membantu pengusaha bisnes homestay untuk berjaga-jaga, dan ada pilihan sama ada untuk menolak atau menerima bakal pelanggan untuk menyewa di homestay miliknya. Kalau dari review, tuan rumah dapat lihat yang bakal penyewa ada sejarah pernah merosakkan harta benda dalam rumah atau pernah mencuri barang dalam rumah, setidak-tidaknya di masa akan datang, tuan rumah yang baru boleh ambil langkah berhati-hati.

 

Itu cerita tentang REVIEW. Walaupun ia nampak remeh, tapi sebenarnya ia sangat membantu. Kalau kita booking terus rumah dari tuan rumah, tanpa melalui Airbnb, kita pun tak tau, pengalaman penyewa terdahulu. Melainkan, tuan rumah tu pernah iklankan homestay miliknya dan ada orang pernah tulis review dekat blog pasal homestay miliknya.

Contohnya untuk anda baca: Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200

Dalam contoh homestay di Tangkak ini, walaupun tuan rumah tak buat senaraian di Airbnb, namun pengguna internet, masih boleh tahu tentang kewujudan homestay tersebut dan boleh baca review yang saya tulis.

 

(2) Mudah berurusan dan fleksibel

Saya pernah menyewa guest house di Wangsa Maju menggunakan khidmat Airbnb.

guesthouse-wangsa-maju

Urusan untuk check in dan check out sangat mudah. Kita hanya perlu bagitahu, pukul berapa nak masuk rumah tersebut.

 

Urusan check in semuanya boleh buat sendiri. Tuan rumah menggunapakai konsep self check in. Kunci rumah boleh ambil dari pondok security bila nak masuk, dan bila nak keluar nanti, hanya perlu tinggalkan kunci di pondok security juga.

 

Jika sebelum ini, anda biasa sewa homestay, pernah tak anda terfikir tentang membatalkan tempahan? Jika anda cancel tempahan, mungkin atas sebab-sebab kesihatan atau lain-lain sebab yang tak dapat dielakkan, adakah anda boleh minta pulangan wang?

 

Atau duit anda akan dikira hangus?

 

Untuk pengetahuan anda, bila buat tempahan dengan Airbnb, ada pemilik guesthouse yang menawarkan full refund jika anda tak jadi nak menginap pada hari anda ingin pergi bercuti. Untuk ini, anda perlu lihat terma dan syarat yang ditetapkan dan juga refund policy.

 

(3) Kemudahan dan fasiliti yang disediakan setanding (atau mungkin lebih baik) hotel dengan harga yang lebih murah

Sekarang ini, boleh dikatakan ada banyak juga guesthouse yang terdapat di laman web Airbnb, adalah di kawasan kondo mewah.

 

Sebagai penyewa, kita boleh menikmati kesemua kemudahan yang disediakan tanpa ada sebarang sekatan.

Kalau di kondo tersebut, ada swimming pool, gym, dan sebagainya, itu semua kita boleh gunakan.

 

Mungkin untuk sesetengah orang, apa yang disediakan diluar rumah tidaklah begitu penting, kalau nak dibandingkan dengan apa yang bakal disediakan didalam rumah. Mereka yang nak menyewa tempat penginapan melalui Airbnb, ada pilihan untuk menyewa keseluruhan rumah (entire apartment) atau hanya sewa bilik sahaja (private room).

 

Kalau pergi bercuti dalam kumpulan yang ramai, dah tentu sewa entire apartment adalah pilihan yang paling tepat sekali. Anda tak perlu nak kongsi rumah tersebut dengan orang lain, mahupun kongsi dengan tuan rumah.

 

Cubalah bandingkan, jika anda sewa dengan hotel. Anda mungkin terpaksa bayar lebih mahal untuk dapatkan ruang yang lebih luas.

 

Sekarang ni, dah ramai pengusaha bisnes homestay ini yang dah bijak. Mereka sediakan macam-macam kemudahan untuk keselesaan para tetamu. Wifi, Astro, dan macam-macam lagi. Saya suka tentang wifi sebabnya kita tak perlu kongsi dengan penyewa lain. Kita dapat sambungan internet yang laju!

 

Macam tadi, saya ada sebutkan tentang “harga yang lebih murah”. Ini rahsia dia.

Sebelum anda buat tempahan tu, gunakan travel credit bernilai RM120 dari Airbnb, yang anda boleh dapatkan dari halaman ini. Memang jimat berganda bila guna travel credit ini.

 

Kewujudan laman web tempahan seperti Airbnb ini, bukan sahaja memberi manfaat kepada orang yang nak pergi bercuti macam saya ni, malahan ia juga membuka peluang untuk orang biasa macam kita menceburi perniagaan homestay.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

Belum pernah ada pengalaman menjalankan bisnes homestay? Tak apa, tak ada masalah.

 

Semua tu boleh belajar, dan kalau anda nak belajar dari orang yang memang buat bisnes ini, boleh baca pengalaman urus bisnes homestay di sini.

 

Bila dah pandai guna laman web Airbnb ni, nampak gayanya makin kerap saya menyewa homestay dan buat booking guna Airbnb. Kalau nak sewa hotel, saya gunakan Agoda pulak. Apa yang penting, semua tawaran yang disediakan memang sangat berbaloi.

 

 

The post 3 Sebab untuk anda cuba pengalaman membuat tempahan tempat penginapan di Airbnb appeared first on Blog Sabree Hussin.

Hilang kerja secara tiba-tiba – Apa yang kita sebagai orang biasa patut ambil pengajaran?

$
0
0

Saya mengikuti perkembangan berita tanah air, terutama sekali yang melibatkan penstrukturan semula penjawat awam. Ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bagi menjimatkan kos urus tadbir perkhidmatan awam.

penjawat-awam-lantikan-politik-hilang-pekerjaan

Dianggarkan, kira-kira 17,000 orang penjawat awam, yang dilantik untuk menjawat jawatan tertentu di sektor awam atas kapasiti politik, akan ditamatkan perkhidmatannya.

 

Ramai, kan? Kenapa sampai 17,000 orang jumlahnya? Mungkin sebab sebelum ini, kita tak pernah tengok berlaku peralihan kuasa dalam landskap politik negara kita, jadi kita tak pernah tahu pun sebenarnya ada seramai kira-kira 17,000 penjawat awam yang diterima bekerja dalam sektor awam tanpa melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

 

Mungkin, inilah dia yang selalu disebut-sebutkan sebagai dapat kerja pakai kabel tu… Wallahua’lam. Bila saya ikuti berita ini, dapatlah saya belajar beberapa perkara tentang employment. Antara istilah yang biasa kita dengar ialah permanent position (pekerja tetap) dengan contract basis (pekerja kontrak).

 

Saya pernah melalui pengalaman bekerja sebagai permanent staff dan juga sebagai pekerja kontrak. Cuma bukan dengan sektor awam, tetapi dengan sektor swasta.

 

Rupa-rupanya, dalam konteks pekerja kontrak ni, ia dipecahkan kepada dua jenis kontrak. Iaitu

1. Contract of service

2. Contract for service

Contract of service

Merujuk kepada perjanjian (kontrak) antara majikan dengan pekerja, yang mana seorang majikan itu bersetuju untuk mengambil seseorang itu sebagai pekerja dan pihak yang satu lagi pula bersetuju untuk berkhidmat dengan majikan sebagai seorang pekerja.

Under the Employment Act 1955 “Contract of service” is defined as:

“contract of service” means any agreement, whether oral or in writing and whether express or implied, whereby one person agrees to employ another as an employee and that the other agrees to serve his employer as his employee and includes an apprenticeship contract;

 

Contract for service

Ini pula merujuk kepada perjanjian antara syarikat, kerajaan, atau orang perseorangan untuk mengambil kontraktor atau vendor bagi menjalankan tugasan yang telah ditetapkan.

 

Sekarang ni, bila saya bekerja sendiri, saya banyak terlibat dengan contract for service untuk para pemilik perniagaan yang mahukan khidmat pemasaran dari saya. Siap je kerja, maka tamatlah kontrak, dan saya pun ambil upah yang dijanjikan.

 

Saya ada juga ikuti sidang media oleh CUEPACS dan mereka juga ada sebutkan bahawa kontrak bagi 17,000 penjawat awam yang bakal hilang kerja itu adalah dalam contract for service.

 

Ok, hopefully anda dapat belajar sesuatu disini. Saya harap penulisan ini tidak dilihat sebagai penulisan politik, tetapi penulisan ilmiah.

 

Tiada yang KEKAL di muka bumi ini

Ini hakikat yang perlu kita terima. Tak ada satu benda pun yang akan kekal dalam dunia ini. Tak kisahlah walau betapa kita suka dan sayang benda tu, satu hari nanti ia akan berakhir juga.

 

Anda ada kerja yang hebat dengan gaji yang besar? Percayalah, satu hari nanti semua tu akan berakhir. Sama ada anda berhenti kerja, dibuang kerja, atau bersara wajib. Yang pasti, ia akan berakhir, sama ada berakhir dengan baik atau sebaliknya.

 

Ataupun anda mungkin benci dengan kerja anda sekarang ni. Kerja banyak, gaji sikit, dan majikan pulak kedekut. Semua tu juga akan berakhir.

 

Sambil saya menulis artikel ini, saya teringat kisah Nabil Ahmad, yang dulunya merupakan seorang despatch, tapi kini beliau adalah seorang usahawan dan anak seni yang berjaya. Kehidupan seseorang itu memang boleh berubah! 

 

Pengalaman hilang kerja

Saya pernah ada kerja yang agak baik. Bagi orang lain, mungkin dia lihat kerja saya tu biasa-biasa je, tapi at least saya suka dengan kerja tu.

 

Gajinya sederhana tapi cukup untuk survive di Kuala Lumpur. Kerjanya senang (bagi saya) dan yang paling saya suka, dalam seminggu hanya perlu kerja 4 hari sahaja. Lagi baki 3 hari cuti.

 

Paling syok, bila ambik annual leave (AL). Susun jadual kerja elok-elok lepas tu boleh cuti panjang. Contohnya, saya hanya perlu ambil AL 4 hari sahaja dan saya boleh dapat bercuti selama 10 hari berturut-turut. Lama tu.

3 hari saya cuti.

4 hari bekerja berikutnya saya ambil AL.

3 hari lagi cuti.

 

Dalam masa cuti yang panjang tu, macam-macam benda boleh buat. Masa tu, memang senang nak uruskan bisnes online yang saya jalankan, sebab saya ada masa yang agak panjang.

 

Tapi semua tu, cuma bertahan selama 2 tahun sahaja. Pada satu hari, dengan tak semena-mena, semua staf dipanggil untuk datang mesyuarat bagi menjelaskan kedudukan syarikat. Disebabkan ada projek yang tutup, maka syarikat terpaksa kurangkan pekerja dan akan keluarkan redundancy letter.

 

Syarikat berikan pilihan, iaitu

(1) Syarikat benarkan pekerja untuk berhenti kerja 24 jam tanpa perlu bayar apa-apa denda

(2) Boleh teruskan bekerja, tapi syarikat akan hantar ke department yang berbeza. Akan ada perubahan gaji dan sistem kerja.

(3) Jika syarikat gagal dapatkan kerja yang sesuai dalam syarikat yang sama, staf akan diberhentikan

 

Daripada 3 opsyen tu, saya ambil pilihan pertama. Berhenti kerja dalam masa 24 jam. Saya habiskan baki AL yang masih tinggal dan terus berhenti kerja.

 

Sambil tunggu peluang kerja yang baru, saya buat kerja-kerja online dengan lebih aggresif dan pada waktu tu, saya memang ada join beberapa laman web yang memberikan pendapatan kepada saya.

 

Susah ke nak cari kerja di Malaysia?

Saya rasa, tak susah mana pun. Peluang kerja ada banyak. Cuma mungkin tak sama macam yang kita nak, tak berapa sesuai dengan tangga gaji yang kita harapkan. Kerja yang ditawarkan jauh pulak dengan tempat kita tinggal.

 

Dah nak kena fikir pasal tempat tinggal, pindah rumah, pengangkutan untuk pergi kerja dan sebagainya. Bagi yang mungkin kehilangan kerja, dan nak cari kerja yang baru, anda boleh pergi laman web Jobstreet ataupun boleh gunakan servis laman web maukerja.my

laman-web-maukerja

Dekat laman web ini pun ada banyak peluang kerja menanti anda.

 

Konsep Multiple Source of Income (MSI)

Saya merupakan seorang yang percaya dengan konsep pelbagai sumber pendapatan. Pada asalnya, saya juga bermula dengan satu sumber sahaja. Kemudian, bila dah ada pendapatan tetap, saya mula invest sedikit duit untuk wujudkan pendapatan dari sumber lain.

 

Awal-awal dulu, saya cuma ada sebuah laman web yang menghasilkan pendapatan kepada saya. Kemudian, dari pendapatan yang saya terima tu, saya wujudkan pula laman web yang kedua… dan seterusnya.

 

Bila dah mula bekerja, ada duit gaji, saya tambahkan lagi sumber pendapatan. Jumlahnya tidaklah besar mana, namun bila digabung dan dicampurkan, cukuplah kalau nak digunakan sebagai kelangsungan hidup. Cuma tak boleh nak bermewah-mewah la buat masa ni.

 

Zaman ini, pada tahun 2018 ini, memang cukup mudah untuk hasilkan pelbagai sumber pendapatan. Dengan blog orang boleh buat duit. Malahan, dengan media sosial seperti Facebook, Instagram dan twitter pun orang boleh buat duit.

 

Kalau tahun 90an dulu, atau awal tahun 2000 misalnya, itu lain keadaannya. Pada masa tu, peluang untuk buat duit sampingan memang agak terhad. Kalau nak buat duit online misalnya, kita kena masuk dalam pasaran US dan UK. Sekarang ni, kalau fokus pada pasaran Malaysia pun, In Shaa Allah masih boleh hidup.

 

Bertabahlah ye…

Untuk yang terlibat dengan pemberhentian kerja ini, saya doakan semoga anda kuat dan berjaya dapat pendapatan gantian secepat mungkin. Anda sahaja yang tahu, betapa besarnya cabaran yang bakal anda lalui dimasa akan datang .

 

Tapi, untuk yang baru nak mula bekerja tu…

 

Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran. Belajarlah dari pengalaman orang lain. Kalau boleh tu, janganlah cuma bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja untuk selama-lamanya. Cari peluang untuk buat bisnes sampingan atau wujudkan pendapatan sampingan, supaya apabila anda terpilih untuk merasai pengalaman kehilangan kerja secara tiba-tiba ini, sakitnya tak begitu parah.

 

 

The post Hilang kerja secara tiba-tiba – Apa yang kita sebagai orang biasa patut ambil pengajaran? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Apa kriteria yang perlu ada pada sesebuah blog bagi menghasilkan blog yang TERBAIK!

$
0
0

Perhatian buat mereka yang ingin memulakan sebuah blog, bagi tujuan menjana pendapatan secara online!

panduan-blog

Saya nak kongsikan kepada anda, beberapa perkara yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk implement ke dalam blog yang anda bakal hasilkan.

 

Jika anda ingin serius, membina sebuah blog yang mampu memberikan anda sumber pendapatan kedua, (selain gaji anda) maka saya rasa ada beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian. Sebahagian perkara yang saya bincangkan dalam artikel ini, mungkin adalah common sense.

 

Namun, saya dapati, masih terdapat banyak blog diluar sana, yang masih gagal menghasilkan sebarang income, dan bila diteliti, rupa-rupanya terdapat perkara-perkara yang pemiliknya terlepas pandang. Saya rasa agak rugi, apabila kita telah susah payah bangunkan sesebuah blog, dengan masa dan tenaga yang diperlukan, setidak-tidaknya biarlah blog tersebut memberikan hasil kepada kita.

 

(1) Bina blog menggunakan perisian WordPress Self Hosted

Perisian wordpress, adalah perisian TERBAIK untuk bina blog.

buat-blog-wordpress

Ianya sangat mudah untuk digunakan, dan yang paling best ialah, sistem wordpress support penggunaan plugin yang dapat meningkatkan keupayaan sesebuah blog.

 

Ada plugin bagi tujuan keselamatan, ada plugin untuk Search Engine Optimization, plugin untuk memudahkan kerja-kerja coding pun ada. Kalau guna platform selain dari wordpress self hosted, anda mungkin akan dapati, kerja-kerja SEO, kerja-kerja memasang sistem keselamatan dari diserang oleh hacker agak sukar dilakukan.

 

Untuk memasang blog wordpress self hosted, terlebih dahulu anda perlu dapatkan nama domain dan juga langgan pakej hosting. Saya biasa guna servis dari Syarikat NetKL dan setakat ini, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan.

 

(2) Pastikan blog anda ada ruangan “about me” ataupun “tentang saya”

Ruangan about me berperanan untuk memberi gambaran kepada pelawat tentang apa sebenarnya tujuan blog tersebut diwujudkan. Dekat luar sana, ada terlalu banyak blog, jadi dengan adanya ruangan about me ini, pelawat boleh tahu, apa yang membuatkan blog anda lebih istimewa berbanding ribu-ribu blog yang lain tu.

 

(3) Sila sediakan contact form

Fungsi contact form adalah untuk memudahkan pelawat blog anda menghubungi anda secara personal. Kita tak tahu, dari ramai-ramai pelawat yang masuk ke blog kita tu, mungkin akan ada individu yang berminat nak meletakkan iklan dalam blog kita.

 

Saya juga dah beberapa kali dihubungi oleh pelanggan, yang minat nak dapatkan perkhidmatan iklan dari saya, menerusi contact form ini. Jika anda tak pandai bina contact form sendiri, anda boleh gunakan plugin dari wordpress.

 

Kalau guna plugin pun masih tak berjaya, anda boleh wujudkan new page dan masukkan maklumat dan cara untuk menghubungi anda, sama ada menerusi emel, whatsapp, dan sebagainya.

 

(4) Sediakan juga borang langganan

Walaupun blog anda masih baru, ini bukan alasan untuk tidak menyediakan borang langganan. Anda mungkin tak perasan atau tak tahu, ada antara pengunjung blog anda, yang walaupun baru pertama kali masuk ke blog anda, mereka telah jatuh cinta dan ingin menjadi pengikut blog anda.

sistem_autoresponder_percuma

Saya menggunakan beberapa jenis borang langganan dan ia akan muncul di beberapa tempat yang berbeza. Pelawat berbeza juga mungkin akan lihat borang yang berbeza.

 

Setelah pelawat memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang disediakan, maklumat yang mereka berikan itu kemudiannya akan disimpan dalam sistem autoresponder emelmatik yang pernah saya langgan sebelum ini.

 

Menggunakan sistem autoresponder ini, saya boleh hubungi semula pelawat blog ini yang pernah berikan nama dan emel, untuk kembali baca blog saya.

 

(5) Wujudkan interaksi dan perbincangan dalam setiap artikel

Cuba pastikan, ada perbincangan yang sihat berlaku dalam setiap artikel yang telah anda terbitkan. Kalau boleh, bukalah ruangan komen dan galakkan pembaca untuk memberi input tambahan.

 

Sesekali, anda mungkin akan temui pembaca yang meninggalkan komen yang tak sepatutnya. Dalam keadaan ini, saya syorkan supaya setiap komen perlu mendapatkan kelulusan admin (anda) sebelum ia disiarkan secara automatik.

 

Secara tak langsung, ini dapat menapis komen-komen yang tak sepatutnya dari muncul di blog anda.

 

(6) Pilih konsep blog

Blog anda tentang apa? Ataupun biasa orang kata, blog anda bercerita tentang topik apa?

 

Katakanlah, pada waktu ini, anda bercadang untuk menyertai program adhance dan ingin mempromosikan peluang kerja kosong yang ada di laman web maukerja.

promosi-laman-web-maukerja

Konsep blog yang sesuai adalah blog tentang kerjaya.

 

Dalam blog tersebut, anda boleh tulis artikel yang berkaitan dengan bidang kerjaya, contohnya seperti panduan menghasilkan resume, kesilapan yang biasa dilakukan oleh para pencari kerja, tips temuduga, tips kerjaya dalam bidang tertentu.

 

Ada banyak yang boleh dimuatkan dalam satu blog. Sebaik-baiknya, jangan campur adukkan blog anda dengan topik-topik yang langsung tak ada kaitan antara satu sama lain, melainkan kalau anda memang nak buat blog personal.

 

(7) Beri tumpuan yang lebih pada isi kandungan (content) blog

Orang baca blog sebab nak tahu isi kandungan blog tersebut. Dari segi konten, ia mestilah

  1. Menarik
  2. Berinformasi
  3. Konten yang unik dan tak terdapat di mana-mana
  4. Seronok dibaca

 

Kalau blog anda, adalah jenis blog copy paste dari blog orang lain, atau sekadar siar semula artikel dari sumber portal berita, ia mungkin akan dikunjungi banyak pelawat, namun blog anda akan hilang keunikkannya.

 

(8) Banyakkan posting dalam blog

Berapa banyak posting? Seberapa banyak yang boleh! Kalau anda baru bermula, anda letakkan target yang boleh dicapai.

 

Misalnya,

10 artikel

100 artikel

200 artikel

1,000 artikel

 

Saya juga sedang usaha sebaik mungkin untuk capai 1,000 artikel dalam blog ini. Lagi banyak artikel yang anda telah terbitkan, lagi banyak trafik yang akan masuk ke dalam blog anda. Cuma kalau nak dapatkan 1,000 artikel dalam satu malam, mungkin ia agak mustahil.

 

Jadi, buatlah step by step. One task at a time. Lama kelamaan pasti blog anda akan capai angka 1,000 artikel. Sebagai permulaan, anda mungkin boleh cuba formula satu hari satu artikel. Tapi kalau anda ada masa terluang, cubalah hasilkan lebih daripada satu artikel.

 

Saya percaya, satu hari nanti, anda pasti akan dapati, anda sangat produktif dan mampu tulis 10 artikel dalam masa sehari.

 

Baiklah, itu dia antara kriteria yang anda perlu berikan perhatian, kalau nak bina blog yang berjaya. Ada tak kriteria tersebut? Kalau dah ada, BAGUS. Anda kini berada dalam landasan yang betul untuk berjaya.

 

Tetapi kalau ada antara kriteria yang saya sebutkan disini, masih belum cukup, bolehlah ambil tindakan yang sepatutnya ya. Sekian dulu, terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk baca.

 

Semoga ada manfaat.

 

The post Apa kriteria yang perlu ada pada sesebuah blog bagi menghasilkan blog yang TERBAIK! appeared first on Blog Sabree Hussin.

Buat duit dengan Program Affiliate – apa yang anda perlu tahu?

$
0
0

Anda dah cuba buat duit dengan Program Affiliate? Kalau masih belum cuba, boleh saya tahu, apa yang buatkan anda masih belum ambil sebarang tindakan ya?

jana-pendapatan-secara-online

Zaman sekarang ni, cukup banyak peluang tersedia untuk anda jana pendapatan secara online. Lebih-lebih lagi kalau nak buat duit menerusi program affiliate.

 

Boleh buat secara sepenuh masa, atau kalau nak buat secara part time pun boleh tak ada masalah. Yang jadi masalah, bila anda langsung tak buat. Anda sebenarnya sedang mensia-siakan peluang yang ada, dan saya boleh katakan, anda telah menutup terus pintu rezeki, yang mungkin sepatutnya boleh masuk menerusi program affiliate.

 

Kalau anda rajin buat pembacaan di internet, tentang cara-cara nak buat duit online, atau panduan untuk menjana pendapatan menerusi program affiliate, anda mungkin temui banyak laman web yang akan menyuruh anda beli produk, terutamanya ebook atau video tutorial.

 

Kewujudan produk informasi ini, adalah untuk mengajar anda cara-cara yang betul untuk lakukan kerja pemasaran, hinggalah anda berjaya hasilkan jualan yang pertama. Bila dah ada jualan, maka dari situ anda akan dibayar komisen jualan.

 

Masalah dengan orang yang tak biasa dengan program affiliate, dan yang tak berapa biasa dengan pemasaran online, mereka cenderung untuk mengatakan yang program affiliate ini adalah satu scam dan penipuan siber semata-mata.

 

Mungkin dia fikir, program affiliate ini adalah satu lagi cara mudah untuk buat duit online tanpa perlu sebarang usaha. Pendapat macam ni, sebenarnya silap. Lagi satu, anda masih belum berjaya dan tak akan berjaya buat duit, kalau setakat beli ebook.

 

Pendapatan dari program affiliate, hanya akan muncul apabila anda berjaya hasilkan jualan. Lazimnya, laman web yang menjual ebook Panduan Affiliate, turut membuka peluang buat duit dengan program ini, apabila anda mendaftar sebagai ejen (disebut juga ejen affiliate) dan mempromosikan laman web yang menjual ebook yang sama.

 

Logiknya begini, anda dah beli ebook panduan affiliate, lepas anda baca kini sampai masa untuk praktikkan. Kalau tak tau sangat nak promosikan produk apa… anda boleh mula dengan mempromosikan ebook yang anda baru baca.

 

Dengan cara ini, anda lebih mudah untuk dapat jualan. Rasionalnya, anda dah baca ebook tu, anda tahu dimana dan apa kelebihan ebook tersebut serta anda pasti lebih mudah untuk bercerita, apa perkara yang anda suka dengan ebook tersebut.

 

Gunakan kaedah penceritaan ini, sama ada dengan menulis di blog, facebook dan lain-lain platform online yang anda miliki. Kalau cerita yang anda tulis tu menarik, ia pastinya akan dibaca oleh rakan-rakan yang mengenali diri anda. Sekiranya mereka tertarik dengan produk (ebook yang anda beli) yang anda cerita lalu mereka buat pembelian, maka dari situ anda akan dapat komisen.

 

Ya, ia memang semudah itu.

 

Kalau anda nak pergi ke peringkat yang lebih advance, anda mungkin boleh cuba macam-macam lagi kaedah pemasaran, seperti menggunakan teknik pemasaran emel dengan menggunakan sistem autoresponder. Pengamal kaedah email marketing biasanya akan kata teknik pemasaran emel adalah teknik paling power, hebat dan berkesan.

 

Kemudian, ada juga yang lebih suka menggunakan media sosial. Biasanya akan guna FB. Mereka akan setup sebuah fanpage, masukkan konten yang relevan kemudian mereka akan keluarkan belanja untuk tujuan pengiklanan berbayar FBAds.

 

Jangan hanya tengok berapa income yang dihasilkan, sebaliknya tengok juga berapa kos yang telah dibelanjakan untuk dapatkan keseluruhan jualan. Tolakkan kos yang dikeluarkan dari komisen yang terhasil, maka dari situ anda akan tahu berapa sebenarnya untung kasar yang telah dihasilkan.

 

Dalam setiap kaedah pemasaran yang berbeza, ada game plan yang tersendiri.

 

Cuba fahamkan perbezaan, kekuatan dan kekurangan setiap kaedah pemasaran yang ada diluar sana. Kemudian, pilihlah salah satu atau lebih, kaedah-kaedah pemasaran yang sesuai dengan jiwa anda.

 

Walaupun saya tahu dan akui, kaedah FBAds, Google Adwords, dan juga emel marketing memang power dan terbukti boleh hasilkan komisen affiliate, namun saya kurang selesa gunakan kaedah-kaedah tersebut.

 

Dalam kes iklan berbayar, menggunakan FBAds dan Google Adwords, saya kurang selesa bila terpaksa sediakan sedikit modal bagi tujuan pengiklanan. Sebelum nak keluarkan sebarang belanja, kena pastikan ayat iklan yang kita sediakan tu betul-betul power. Copywriting pun kena bagus juga.

 

Kalau tak nanti, sia-sia bajet untuk iklan jadi hangus.

 

Manakala dalam situasi pemasaran emel, perkara yang buatkan saya jadi tak syok guna kaedah ni ialah

(1) Open rate yang rendah

Biasanya, awal-awal subcriber join mailing list kita, mereka ni memang semangat nak buka dan baca emel kita. Tapi lama kelamaan, akan ada antara mereka yang dah malas nak buka emel. Jadi, kalau nak guna kaedah ini, kena sentiasa cari subscriber yang baru untuk join mailing list kita.

 

(2) Tak ada idea nak tulis emel apa

Kadang muncul idea, tapi masalahnya idea tu tak berapa sesuai untuk dikongsikan dengan segmen list emel yang kita ada. Jadi, kita tangguh, tangguh dan sampai satu masa kita dah tak hantar emel apa-apa lagi.

 

(3) Bila habis tempoh kempen, tak sesuai nak promosikan produk lain

Dalam pemasaran emel, kita akan wujudkan beberapa kempen pemasaran. Katakanlah, kempen A adalah untuk promosikan software antivirus. Selepas habis emel pemasaran dihantar kepada list dalam kempen A, kurang sesuai kalau kita nak promosikan produk lain pula. Melainkan kalau produk lain tu masih lagi dikira relevan dan berkaitan dengan tujuan asal sesuatu kempen itu dimulakan.

 

(4) Emel yang terdahulu tidak boleh dibaca oleh mereka yang bukan dalam list

Mungkin dalam salah satu daripada siri emel yang anda telah hasilkan, ada emel yang cukup power hingga mampu membuatkan pembaca bertukar kepada pembeli. Tapi, oleh sebab orang yang boleh baca emel tu, hanya mereka yang dah join sebagai subscriber, maka orang lain tak dapat dijadikan pembeli macam subscriber anda tu tadi.

 

(5) Emel masuk dalam folder spam, kena blocked dan sebagainya

Ini juga boleh berlaku dan sudah tentu, bila emel yang kita hantar tak masuk terus ke folder inbox, akan menyebabkan open rate jadi rendah.

 

Kalau cerita dari sudut kos, saya rasa kos untuk jalankan pemasaran menerusi emel tidak terlalu tinggi. Lagipun, sebelum ini saya pernah dapatkan sistem autoresponder dari emelmatik.

sistem-autoresponder-percuma

Sistem autoresponder emelmatik ini menawarkan tempoh percubaan (trial) yang panjang dan satu lagi, sebelum ini saya pernah langgan pakej lifetime. Hanya bayar sekali sahaja, dan selepas itu saya boleh gunakan autoresponder ini sampai bila-bila.

Anda boleh dapatkan autoresponder anda disini.

 

Setelah saya mempertimbangkan macam-macam hal, yang mungkin akan melemahkan semangat saya untuk buat duit dengan program affiliate ni, maka saya buat keputusan untuk fokus sahaja pada satu kaedah.

 

Ya betul. Kaedah blogging.

 

Pada saya, guna teknik blogging ni lebih mudah. Just tulis je apa-apa yang kita nak tulis dalam blog. Orang nak baca atau tidak, itu terpulang kepada individu.

 

Alhamdulillah, bila kita faham, bagaimana laman web carian seperti google dan yahoo search tu berfungsi, kita faham apa kehendak pengguna internet, apa yang mereka cari bila mereka online, lalu kita sediakan artikel yang melengkapi keperluan mereka, lazimnya apa yang kita tulis tu pasti akan dibaca.

 

Cuma kalau boleh tu, bila menulis jangan mengarut banyak sangat. Straight to the point. Artikel panjang, kalau penuh dengan point, ia masih boleh diterima. Jangan pula anda hasilkan artikel yang panjang, tapi dalam tu langsung tak ada isi yang dapat bantu menyelesaikan masalah pembaca.

 

Mungkin ada terlintas di fikiran pembaca blog ni, adakah kaedah promosi menggunakan blog ini, betul-betul berkesan?

 

Lihat bukti dibawah.

Komisen ini datangnya dari laman web Visondata. Komisen yang terhasil ialah sebanyak RM15. Laman web visondata ini, dia jual produk wifi. Siapa yang nak travel ke luar negara, bolehlah langgan produk dari visondata kalau nak kekal berhubung dengan orang penting melalui internet.

 

Satu lagi perkara yang saya suka dengan program visondata ini, kita ada peluang untuk raih pendapatan pasif menerusi program ini. Saya pernah cerita dalam artikel sebelum ini.

Baca disini: Boleh ke jana pendapatan pasif seumur hidup menerusi Program Affiliate?

 

Mungkin komisen RM15 ini dilihat tak seberapa kan. Jadi saya bagi lagi satu bukti komisen dari program affiliate yang lain.

Komisen ini datangnya dari program affiliate klikjer. Klikjer ni, kalau kita rajin buat promosi, In Shaa Allah boleh dapat komisen. Ada produk dalam klikjer tu pulak, menawarkan komisen yang lumayan. Ada juga yang satu jualan, boleh dapat komisen sampai RM100 lebih.

 

Tak kan itu pun tak nak? Ada banyak lagi program affiliate yang anda boleh sertai. Lagi banyak program affiliate yang anda sertai, pastinya meningkatkan peluang untuk anda hasilkan lagi banyak komisen, kan. Jadi apa kata anda baca juga artikel saya sebelum ini, iaitu senarai laman web yang boleh bantu anda buat duit online di tahun 2018.

 

Menulis di blog ini, kadang-kadang ikut mood juga. Ada masanya, kita ada banyak idea dan rajin nak tulis banyak-banyak artikel. Ada masanya, blog memang tak ada masa nak update.

 

Tapi, asalkan kita ada blog, dan ada artikel kita yang dah tersenarai di muka surat pertama google, bagi kata kunci yang memang boleh buat duit, peluang untuk buat duit secara automatik itu memang ada.

 

Anda tak pernah tahu macam mana nak buat blog? Baca artikel saya sebelum ni yang tajuknya cara pemasangan blog menggunakan sistem wordpress.

 

Bila dah siap blog tu, anda pastikan dalam blog anda ada kriteria-kriteria yang saya dah senaraikan ini supaya blog anda jadi blog yang terbaik.

 

Lepas tu? Tulislah. Tulislah apa-apa yang relevan dengan produk yang bakal anda promosikan. Untuk ulas topik ini, In Shaa Allah, saya akan tulis artikel lain di masa akan datang.

 

 

The post Buat duit dengan Program Affiliate – apa yang anda perlu tahu? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Viewing all 595 articles
Browse latest View live


Latest Images