Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all 595 articles
Browse latest View live

Bagaimana menjalankan bisnes tudung dengan jenama anda sendiri?

$
0
0

Pernah tak terlintas di fikiran anda untuk melancarkan bisnes tudung dengan jenama anda sendiri?

 

Mungkin ada yang pernah menyimpan hasrat sedemikian. Biasanya, bagi mereka yang memang dah menceburi perniagaan jual tudung ini, pasti akan nampak potensi besar dalam bidang ini.

 

Sampai satu tahap, anda akan ada pelanggan tetap anda sendiri. Setiap bulan, mereka ini pasti akan beli tudung dengan anda. Kalau mereka tak beli setiap bulan sekalipun, akan ada antara pelanggan anda yang beli lebih daripada sekali.

 

Untuk menceburi perniagaan jual tudung ini, saya kira ianya tak sesukar mana. Terdapat beberapa kaedah atau konsep perniagaan yang anda boleh lakukan. Saya bagi contoh, antaranya

 

(1) Sebagai ejen dropship

Sesuai untuk mereka yang baru nak mencuba dan nak belajar tentang selok belok perniagaan tudung. Dalam konsep dropship ini, anda boleh fokus pada kerja-kerja pemasaran dan pada masa yang sama, boleh faham tentang trend dan kehendak pasaran.

Tak perlu keluar sebarang modal untuk simpan stok tudung. Namun jika ada modal lebih, boleh gunakan ia bagi tujuan pemasaran.

 

(2) Sebagai ejen affiliate

Ini saya buat. Saya juga mempromosikan tudung dari jenama Kekaboo dalam beberapa blog yang saya miliki.

koleksi-tudung-jenama-kekaboo

Promosi sebagai ejen affiliate ni senang sahaja. Saya hanya perlu promosikan link affiliate saya di mana-mana platform online. Bila ada jualan, saya akan dapat komisen. Komisen jual tudung yang saya perolehi ialah 14% daripada harga tudung tersebut.

Jika anda berminat nak dapatkan tudung jenama Kekaboo ini, bolehlah ke halaman ini.

 

(3) Sebagai stokis

Jenama-jenama besar macam Fareeda ada menggunakan sistem stokis atau pengedar. Untuk jadi stokis, kena ada modal yang agak besar, dan anda perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

 

(4) Ambil stok dengan harga murah dan jual semula lebih mahal

Cara ini juga boleh dilakukan. Biasanya orang yang baru nak bermula, sesuailah guna kaedah ini. Orang yang serius nak meniaga, perlu kreatif untuk pelbagaikan cara bagi memastikan pulangan yang bakal diperolehi berbaloi dengan usaha.

 

Dah sampai masa untuk lancarkan jenama tudung anda sendiri?

Ya, benda ini memang berisiko. Perniagaan itu sendiri memang ada risikonya.

 

Takkanlah hanya sebab perniagaan itu adalah sesuatu yang ada risiko, anda nak luputkan terus cita-cita untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Mustahil, kan. Tak kanlah anda jenis yang begitu lemah?

 

Kalau anda memang ada keinginan untuk berjaya dalam bisnes tudung, tapi masih ragu-ragu, atau ada sedikit rasa takut, mungkin anda boleh baca kisah kejayaan Puan Madihah Mustafha, yang mana beliau juga jalankan bisnes tudung.

 

Apa yang menariknya ialah, dia nak kongsikan rahsia bagaimana dia hasilkan pendapatan RM15,000 setiap bulan hanya dengan menjalankan bisnes tudung ini.

supplier-bisnes-tudung

Anda baca topik tentang panduan menghasilkan tudung jenama sendiri di laman web milik Puan Madihah ini nanti ya.

 

Melancarkan tudung dengan jenama sendiri memang bukan sesuatu yang mudah. Jenama baru, orang masih belum kenal. Cara pemasaran untuk produk baru juga agak berbeza. Walaupun sebagai seller, anda boleh gunakan platform jualan seperti Lazada Malaysia misalnya, namun untuk produk baru yang belum ada orang kenal, cara seperti itu mungkin kurang berkesan untuk dapatkan jualan.

 

Cara apa yang lebih berkesan?

 

Peringkat permulaan, sebaik-baiknya fokus kepada pembinaan jenama terlebih dahulu. Bagi orang kenal produk yang kita jual. Masa ini, usaha pemasaran lebih kepada bagi tujuan memperkenalkan produk, disamping mendapatkan jualan.

 

Kalau nak jimat dari segi kos pemasaran, atau anda mungkin tak nak keluarkan bajet yang baru, boleh gunakan tudung yang telah anda hasilkan itu nanti, sebagai imbuhan kepada wakil yang anda percaya, yang mampu berikan sales kepada anda.

 

Macam sekarang ini, anda mungkin pernah dengar istilah-istilah seperti social media influencer, instafamous dan sebagainya.

 

Kalau tak sanggup nak keluar bajet yang tinggi untuk upah mereka supaya promosikan produk anda, boleh cari individu yang sanggup bekerja dengan upah paling minima dan free tudung dari anda. Tak perlu nak cari jauh-jauh, atau nak cari individu yang tengah viral tu, anda mungkin hanya perlu tengok dalam famili anda sendiri.

 

Siapa sangka, ada dalam kalangan saudara anda sendiri, yang sebenarnya turut menawarkan servis review. Pakej promosi untuk famili sendiri, sometimes anda tak perlu bayar apa-apa pun.

 

Ye la, kalau kita tak tolong famili sendiri, siapa lagi yang nak tolong, betul tak?

 

Untuk membina perniagaan tudung yang lebih stabil, untuk jangka masa panjang, mempunyai jenama sendiri adalah satu langkah yang baik. Saya percaya, semua orang boleh cipta jenama atau brand sendiri. Namun, yang membezakan antara setiap jenama itu adalah reputasi dan cara ianya dibangunkan.

 

Sekiranya anda ingin belajar, macam mana nak bangunkan jenama tudung anda sendiri, sampai ia mampu berikan hasil yang membanggakan untuk diri anda, boleh belajar dari Puan Madihah nanti. Saya nak cerita lebih-lebih pun, macam tak syok juga, sebab kepakaran saya bukanlah dalam bidang pembangunan jenama tudung.

 

By the way, kalau anda baca ebook panduan menghasilkan tudung jenama sendiri ini nanti, anda juga akan didedahkan dengan senarai supplier yang boleh dipercayai untuk anda berurusan. Menariknya ialah, ini adalah supplier yang sama, yang Puan Madihah gunakan untuk bisnes tudung dia sendiri.

 

Anda tak payah susah payah nak cari supplier lain, tak perlu takut kena tipu dan sebagainya. Supplier yang beliau gunakan memang dah terbukti sangat profesional dalam menjalankan tugas-tugasnya.

 

Baiklah, itu saja yang saya nak kongsikan. Bagi mereka yang nak mencuba menjalankan bisnes tudung ini nanti, selamat berjaya saya ucapkan.

 

 

The post Bagaimana menjalankan bisnes tudung dengan jenama anda sendiri? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Cadangan tempat menarik untuk anda kunjungi apabila bercuti ke Cameron Highland

$
0
0

Best ke pergi bercuti ke Cameron Highland? Ada apa sebenarnya kat Cameron Highland tu?

 

Serius… bila sebut je Cameron Highland, benda pertama yang akan terbayang dalam kepala ni ialah ladang teh yang terbentang luas!

ladang-teh-boh-sungei-palas

Kalau kita pergi ke belah-belah utara, macam di Kedah, Perlis, dan beberapa kawasan di sekitar Selangor, pemandangan yang kita bakal saksikan adalah sawah padi. Tapi kalau di Cameron Highland, ada banyak ladang teh.

 

Setakat waktu entri ni saya catatkan, saya dah dua kali ke Cameron Highland.

 

Kali pertama datang bercuti ke Cameron Highland, saya cuma duduk satu malam sahaja. Bertolak dari Kuala Lumpur awal pagi sabtu, dan check out pada keesokkan harinya. Dari KL nak ke Cameron Highland ni boleh dikatakan jauh jugak.

 

Perjalanan ambik masa lebih kurang 3 jam lebih, itupun kalau jalan tak jammed. Kalau jalan jammed, boleh ambik masa lagi lama. Kali pertama pergi tu, bertolak sebelum pukul 5 pagi macam tu. Solat Subuh di RNR yang terdekat.

 

Rupa-rupanya, kalau nak pergi bercuti ke Cameron Highland, pada hari hujung minggu, atau pada waktu cuti sekolah, memang TAK SESUAI. Jalan sangat sesak di Cameron Highland. Lagi memburukkan keadaan kalau datang bercuti pada hujung minggu yang memang kebetulan pada waktu tu sekolah tengah cuti.

 

Kali kedua saya datang bercuti di Cameron Highland, saya dan keluarga pergi pada hari biasa. Walaupun bercuti hari biasa, dekat Cameron Highland tetap jam juga. Cuma ianya tak seteruk pada hari cuti.

 

Ok, bukan nak cerita tentang keadaan trafik di Cameron Highland, sebaliknya nak kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ini tentang beberapa tempat menarik, yang menjadi destinasi tumpuan mereka yang datang bercuti ke Cameron.

 

Kalau anda tak tahu nak pergi mana, boleh rujuk perkongsian saya ini, dan mula jelajah tempat-tempat yang saya senaraikan ini ya.

 

(1) Ladang Teh Boh Sungei Palas

Rasanya tak salah kalau saya katakan, ladang Teh milik syarikat Boh adalah ladang teh yang terbesar yang terdapat di Cameron Highland.

bercuti-ke-cameron-highland

Pengunjung yang datang ke sini, bukan setakat boleh jalan-jalan dalam ladang teh semata-mata, malahan boleh juga beli produk keluaran BOH disini. Anda mungkin akan temui ada beberapa produk yang dikeluarkan oleh syarikat Boh yang tak terdapat di mana-mana selain di sini.

Baca lagi: Melawat Ladang Teh Boh Sungei Palas Cameron Highland

 

(2) Taman Agroteknologi MARDI

Dekat Taman Agroteknologi MARDI ini adalah tempat terbaik untuk melihat semua jenis tumbuhan sama ada sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan.

taman-agroteknologi-mardi-cameron-highland

Anda boleh lihat, bagaimana cara penanaman sesuatu tumbuhan itu dilakukan, sama ada ianya dalam kategori tumbuhan herba, sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan perhiasan dan sebagainya.

 

Dekat sini juga anda boleh lihat pemandangan English Garden yang sangat cantik. Kalau anda memang pandai ambil gambar, dekat sini boleh nampak pemandangan seperti berada di luar negara.

Jom baca lagi: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

 

Kalau anda nak tahu, dekat MARDI ini juga ada ladang teh. Cuma ladang teh di MARDI tidaklah seluas ladang teh Boh. Di puncak bukit, terdapat menara tinjau yang mana anda boleh naik dan lihat pemandangan sekitar.

 

(3) Muzium Time Tunnel Terowong Masa

Kita imbas kembali pengalaman masa kecil-kecil dulu.

muzium-time-tunnel-cameron-highland

Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 60an, atau 70an, pasti anda akan dapat lihat ada banyak barangan yang dipamerkan dalam ini, adalah barang-barang yang anda sendiri pernah gunakan satu ketika dulu.

 

Konsep Muzium Time Tunnel di Cameron Highland ini adalah untuk menggamit atau mengenang semula pengalaman silam. Mungkin sebab itu, barang yang dipamerkan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu antik seperti kebanyakkan muzium lain.

Baca seterusnya: Time Tunnel – Terowong Masa Menggamit Kenangan Silam di Cameron Highland

 

(4) Cameron Valley Tea

Ini merupakan satu lagi ladang teh yang popular di Cameron Highland.

cameron-valley-tea

Ianya dimiliki oleh syarikat Bharat Tea. Saya suka tempat ini sebabnya ia sangat mudah untuk dikunjungi. Lokasinya hanya terletak di tepi jalan sahaja.

 

Disini, anda boleh jalan-jalan sekitar ladang teh, dan anda juga boleh sewa kenderaan ATV atau 4X4 jika ingin melihat ladang teh dari tempat yang lebih tinggi.

Baca lagi disini: Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh

 

(5) Cameron Lavender

Biasa tengok cerita hindustan, mesti ada adegan hero dan heroin menyanyi di taman bunga pelbagai warna. Bukan setakat nyanyi, tapi siap guling-guling lagi dekat taman bunga tu.

cameron-lavender-garden

Pemandangan yang lebih kurang sama, boleh dilihat di taman Lavender ini. Bunga lavender ni, bila disusun banyak-banyak, rupa-rupanya sangat cantik.

Baca lagi tentang Taman Lavender disini: Cameron Lavender – Destinasi wajib singgah untuk melihat taman lavender yang indah

 

(6) Cameron Rose Valley

bercuti-di-cameron-highland

Dekat sini ada macam-macam jenis bunga ros. Saya pun tak berapa reti sangat pasal bunga ros. Cuma yang pasti, bunga ros ni rupa-rupanya ada macam-macam warna.

 

(7) S’Corner Central Market

Kalau nak shopping, boleh ke sini.

Biasanya hari terakhir di Cameron Highland, baru saya akan singgah ke tempat ini. Dekat S’Corner ni pun ada macam-macam yang dijual. Tempat untuk lepak-lepak dan minum pun ada.

 

Dua kali datang ke Cameron, dua kali tu juga hujan lebat. Nasib baik tempat ni ada bumbung, jadi tak kisah sangat kalau hujan.

Sambung baca kat sini: S’Corner Central Market – Tempat shopping di Cameron Highland

 

(8) Restoran Taman Abang – Steambot and Grill

Ok ini tempat makan.

restoran-steambot-cameron-highland

Dua kali datang ke Cameron Highland, dua kali tu juga makan kat restoran ni. Kat sini boleh makan sampai kenyang. Makanan yang disajikan juga best dan harganya juga berpatutan.

Baca lagi tentang tempat ini disini: Restoran Taman Abang – Restoran Steamboat and Grill PILIHAN di Cameron Highland

 

(9) Pasar Malam Cameron Highland

Pasar malam Cameron Highland ini terletak di Golden Hills.

pasar-malam-golden-hills

Dekat pasar malam ini, macam biasalah, kita boleh dapatkan pelbagai produk-produk keluaran tempatan, seperti strawberi, sayur-sayuran, dan macam-macam lagi.

 

Kalau anda nak beli makanan pun ada dijual dekat sini. Pertama kali saya pergi kat sini, tempat ini diselubungi dengan kabus yang agak tebal.

Boleh baca lagi kat sini: Pasar Malam Cameron Highland – Apa yang menarik ada disini?

 

Apa yang saya kongsikan dalam posting ini, adalah tempat-tempat yang saya sendiri pernah kunjungi semasa pergi bercuti ke Cameron Highland. Mungkin ada banyak lagi tempat menarik di Cameron Highland yang saya tak masukkan dalam ni. Misalnya macam ladang strawberi di Taman Sedia.

 

Itu mungkin saya akan masukkan dalam artikel ini, bila saya dah sampai ke tempat tu. In Shaa Allah. Ada dalam perancangan, nak datang lagi ke sini.

 

Bagi yang telah luangkan masa untuk baca perkongsian saya ini, saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih. Sebagai menghargai masa anda, ni saya nak hadiahkan kepada anda Travel Credit bernilai RM120 untuk anda gunakan apabila menempah tempat penginapan di Cameron Highland melalui Airbnb.

Sila ke halaman ini untuk menebus travel credit ini.

 

Bila anda dah berjaya tebus travel credit ini, apa kata anda buat tempahan di homestay milik salah seorang pelanggan saya. Homestay beliau diberi nama SophiaRose Muslim House dan ia terletak di Tanah Rata.

Anda boleh baca tentang homestay tersebut disini: SophiaRose Muslim House – Homestay PREMIUM Mesra Keluarga di Tanah Rata Cameron Highland

 

Bagi mereka yang sebelum ni masih belum ada kesempatan nak pergi bercuti ke Cameron Highland ini, mungkin lepas ini boleh cari masa dan rehat-rehatlah di sini. Nikmati pemandangan dan suasana di tanah tinggi Cameron highland.

 

 

The post Cadangan tempat menarik untuk anda kunjungi apabila bercuti ke Cameron Highland appeared first on Blog Sabree Hussin.

Zakat Fitrah dan beberapa isu yang anda perlu tahu

$
0
0

Sudahkah anda membayar zakat fitrah untuk diri anda dan juga tanggungan?

 

Kalau masih belum bayar lagi, saya nak mengingatkan diri pembaca (dan juga saya sendiri) untuk bersegera menunaikan tanggungjawab ini. Sekarang tak susah untuk buat bayaran zakat fitrah.

 

Boleh buat secara dalam talian, dan kalau nak bayar secara offline juga boleh. Terdapat banyak kaunter zakat yang disediakan, seperti di masjid, shopping mall, stesen LRT dan mungkin ada banyak lagi. Saya perasan, dekat bazar ramadhan Desa Tasik pun ada disediakan kaunter bayar zakat.

 

Alhamdulillah, saya dah selesai berzakat.

kadar-bayaran-zakat-kuala-lumpur

Selesai solat Jumaat, saya terus ke kaunter zakat yang disediakan di masjid. Kadar bayaran zakat Fitrah di Kuala Lumpur adalah RM7.00 sahaja.

Satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras bernilai RM7.00

 

Saya ingin kongsikan sepotong hadis yang saya baca mengenai zakat fitrah. Hadis ini saya baca dari buku berjudul Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam An-Nawawi.

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata

Rasulullah telah memfardhukan zakat fitrah sebanyak satu gantang kurma atau satu gantang gandum, baik bagi hamba sahaya, orang merdeka, lelaki, wanita, anak kecil, mahupun orang dewasa daripada kalangan kaum Muslimin. Baginda juga memerintahkan agar zakat fitrah tersebut ditunaikan sebelum kaum Muslimin mengerjakan solat Aidilfitri.

(Riwayat al-Bukhari no.1432 dan Muslim no. 984)

 

Bilakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan zakat fitrah?

Mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya ramadhan adalah Harus. Ini boleh dilihat menerusi hadis daripada Ibn Umar r.a

 

Walaubagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Tsuri dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.

Manakala Abu Hanifah, Imam Laits dan Abu Tsaur pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar 1 Syawal.

 

Bagi memudahkan kita faham tentang waktu yang sesuai untuk berzakat, ulama fikah telah membuat pembahagian waktu seperti berikut, iaitu

HARUS – Sejak awal Ramadhan

WAJIB – Sebelum solat Aidilfitri

MAKRUH – Setelah menunaikan solat Aidilfitri

 

Biasanya sebelum solat sunat Aidilfitri, imam akan lewatkan sedikit bagi memberi peluang dan laluan kepada jemaah yang masih belum bayar zakat untuk selesaikan dulu berzakat.

 

Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari 1 Syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan pada waktu itu, ianya dianggap sebagai qada.

 

Isu kelahiran dan kematian serta kaitannya terhadap zakat fitrah

Mungkin ada antara kita, yang baru sahaja menimang cahaya mata pada bulan Ramadhan ini. Ataupun, menerima ahli keluarga baru tepat pada waktu Maghrib hari terakhir Ramadhan. Perlukah bayar zakat untuk bayi yang baru lahir ini?

 

Ataupun, ada yang kehilangan ahli keluarga. Si mati hidup sepanjang Ramadhan, namun telah meninggal dunia sejurus sebelum masuk Syawal. Bagaimana dengan zakat fitrahnya? Perlukah dibayar?

 

Jawapan bagi kedua-dua situasi ini, saya ambil dari buku Zakat Terapi Kekayaan yang ditulis oleh Hamizul Abdul Hamid.

 

Syarat bagi seseorang Islam itu untuk mengeluarkan zakat fitrah ialah, dia mestilah hidup pada Ramadhan sehingga masuk Syawal. Jika anak tersebut lahir setelah habis Ramadhan, maka tidak wajib zakat fitrah kepadanya. Ini kerana, Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih berkeadaan janin (dalam rahim ibu).

 

Manakala dalam situasi kematian, jika berlaku kematian pada hari terakhir Ramadhan, katakanlah sejurus sebelum masuk waktu Maghrib, maka orang itu hanya hidup pada Ramadhan dan tidak pada Syawal. Maka tidak wajib zakat fitrah keatas dirinya.

 

Zakat fitrah bagi orang miskin

Islam menetapkan jika seseorang itu mempunyai makanan yang cukup bagi dirinya pada malam hari raya sehingga ke siang hari raya, maka wajiblah zakat fitrah keatas dirinya.

 

Namun, bagi orang yang memang betul-betul miskin, yang memang tak mempunyai makanan langsung untuk dirinya, maka individu ini tidak jatuh berdosa jika tidak menunaikan zakat fitrah pada tahun berkenaan. Bahkan, dialah yang lebih utama untuk diberikan zakat fitrah kepadanya.

 

Perbahasan dan perbincangan tentang zakat fitrah dalam kalangan ulama memang sangat luas. Untuk cerita dengan panjang lebar dalam satu blogpost seperti ini memang hampir mustahil. Jadi, saya amat menggalakkan para pembaca sekalian untuk tambahkan lagi pembacaan, jika minat nak tahu lebih mendalam tentang topik zakat ini.

 

Apa yang saya kongsikan dalam ini adalah yang asas sahaja. Apa pun, jangan lupa untuk berzakat ya! Lagi awal lagi bagus. Senang nanti pusat zakat nak agih-agihkan zakat tersebut kepada yang memerlukan.

 

 

The post Zakat Fitrah dan beberapa isu yang anda perlu tahu appeared first on Blog Sabree Hussin.

Tahun 2018 baru nak mula blogging – Tak terlalu lewat ke?

$
0
0

Kebiasaannya, setiap tahun saya akan buat sekurang-kurangnya 5 – 10 blog yang baru. Itu minimum. Jumlah sebenar mungkin lebih.

 

Oleh sebab saya menggunakan servis percuma, untuk bina blog, sama ada menggunakan wordpress.com ataupun guna blogspot, jadi saya tak begitu terasa dari segi kos.

 

Tengok pada keadaan juga. Kalau tiba-tiba saya terjumpa satu niche yang nampaknya ada potensi untuk dikembangkan, boleh buat duit cepat, maka saya akan terus buat blog.

 

Kalau dulu, saya suka buat blog guna nama domain dan hosting sendiri. Kemudian, tak lama lepas tu, saya dapati, agak susah nak maintain, dan agak mahal kalau kena bayar yuran untuk renew setiap tahun, maka saya tukar pendekatan.

buat-blog-wordpress

Gunakan platform percuma sudah memadai. Kalau berbicara dari segi performance, sudah tentu blog yang menggunakan domain dan hosting sendiri lebih perform berbanding gunakan yang servis percuma. Bagi mereka yang baru nak mula berblog, saya amat sarankan mula dengan blog berbayar.

 

Bina betul-betul blog tersebut, dan buat sehabis baik untuk jadikan blog yang pertama tu sebagai “Super Blog”. Bila dah mencapai status super blog, dah biasa dapat komisen affiliate hasil kerja-kerja penulisan artikel pemasaran dekat blog tersebut, dan dah banyak kali dihubungi oleh advertiser untuk buat JV, bolehlah mula buka blog baru.

 

Blog baru tu pun, kalau boleh blog berbayar. Kalau pengisian lebih kurang sama dengan blog yang pertama, yang berstatus “Super Blog” itu pun tak ada masalah. Kita boleh anggap yang blog kedua ini adalah back up kepada blog yang pertama.

 

Just in case berlaku sesuatu yang tak diingini, at least anda tidak terputus terus pendapatan dari blog.

 

Lepas tu nanti, bila anda dah ada 2, 3, 5, atau 10 buah “Super Blog” masa tu anda boleh pertimbangkan untuk hasilkan blog-blog kecil yang menggunakan servis percuma. Biasanya blog-blog kecil ini, sesuai digunakan untuk tujuan short term project.

 

Teknik menggunakan blog dari servis percuma ini, saya panggil dengan nama teknik Satellite Blog. Saya tak taulah orang lain panggil teknik ni dengan nama apa… saya panggil dengan nama teknik Satellite.

 

Setiap Super Blog akan bekerjasama dengan blog-blog kecil dan setiap satu menyumbang trafik kepada satu sama lain. Ah… makin banyak blog, akan makin banyak kerja.

bukti-komisen-klikjer

Walaupun kerja makin bertambah, makin penat, tapi percayalah, once anda dapat emel macam kat atas ni, ia sedikit sebanyak akan buatkan anda tersenyum dan rasa setiap usaha yang dilakukan sangat-sangat berbaloi.

 

Blog adalah media sosial

Sesetengah orang berpandangan, laman blog juga sebenarnya adalah media sosial. Satu ketika dulu, semasa laman media sosial seperti myspace, friendster, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, masih belum popular, pengguna internet menggunakan laman blog sebagai medium untuk bersosial.

 

Anda sempat tak berada dalam zaman tu? Alhamdulillah, saya sempat melalui zaman tersebut, cuma apa yang saya ingat, ketika itu, peralihan masa berlaku begitu cepat.

 

Bila laman Facebook mula diterima secara meluas di Malaysia, lain-lain laman social media, seperti MySpace, Friendster mula ditinggalkan dan akhirnya… mati. Kedua-dua laman web ini, walaupun masih wujud, namun fungsinya telah jauh berbeza berbanding kali pertama ia diperkenalkan.

 

Dulu orang bersosial guna blog sahaja. Konsepnya tak jauh beza dengan cara yang anda lihat sekarang ini. Kalau guna FB, kita akan update status dekat wall, upload gambar, upload video dan sebagainya. Kemudian, kita akan komen apa yang orang lain upload di wall.

 

Sama je dengan blog. Benda yang sama juga yang orang pada waktu itu lakukan.

 

The best part dengan blog ni ialah, kita boleh claim yang blog tersebut kita punya. Terutama sekali bagi mereka yang memang bayar untuk guna domain dan hosting sendiri.

 

Kalau guna social media, kita tak boleh claim akaun tu kita punya 100%. Kita hanya pengguna perkhidmatan sahaja. Bila-bila masa, akaun kita tu boleh kena report, kena remove dan sebagainya.

 

Pemilik blog yang saya kenal pada hari ini, kebanyakkannya adalah orang-orang yang memang memiliki blog sendiri sekitar awal tahun 2000. Mereka telah bergiat dalam bidang ini, sejak dari awal tahun 2000 dan telah konsisten menulis hingga ke hari ini.

 

Blog mereka, mungkin telah beberapa kali bertukar, tetapi disebalik blog tersebut, tetap adalah orang yang sama. Mungkin saya boleh katakan, kena ada minat yang mendalam, baru boleh bertahan lama dalam bidang ini.

 

Those yang dulunya menulis sebab duit, menulis sebab nak kejar ganjaran dalam bentuk RM semata-mata, dah banyak yang mula meninggalkan bidang ini. Kenapa? Saya pun tak tahu. Kalau ikut logik, sepatutnya orang yang memang dah terbukti dulu berjaya buat duit dengan blog, akan terus bertahan sampai ke hari ini.

 

Tapi sebaliknya pula yang berlaku.

 

 

Siapa yang sesuai ada blog sendiri?

Pada saya, semua orang sesuai ada blog sendiri. Macam akaun sosial media, Facebook misalnya, ia tak terhad kepada individu dengan latar belakang tertentu sahaja. Siapa yang rasa dia nak ada blog sendiri, dia boleh buat.

 

Fungsi blog itu sendiri sentiasa berubah-ubah, mengikut individu yang mengelolakan blog itu sendiri.

 

Pada mulanya saya buat blog, sebab saya nak buat duit dengan google adsense. Tak lama lepas tu, dengan tak disangka-sangka, saya kena banned dari program google adsense. Ikut logik, sepatutnya saya boleh berhenti menulis blog.

 

Tapi mungkin sebab ada rasa minat dalam diri, saya tetap terus menulis. Cuma matlamat menulis dalam blog mula berubah. Pada waktu tu, saya masih lagi belajar di UiTM, dan fungsi blog pada ketika itu adalah sebagai alat bantu belajar.

 

Bila saya study satu topik yang baru, saya akan buat artikel mengenai topik tersebut dalam blog saya. Ini secara tak langsung, membantu saya mendapatkan kefahaman yang lebih baik mengenai sesuatu topik yang baru saya pelajari.

 

Kemudian, fungsi blog berubah sekali lagi, apabila saya dapati, apa yang saya tulis dalam blog, terbukti mampu menyumbangkan pendapatan tambahan, sama ada menerusi pemasaran affiliate mahupun penawaran servis penulisan.

 

Blog untuk pemilik perniagaan

Bagi mereka yang ada perniagaan dan syarikat sendiri, saya kira kalau anda ada blog sendiri, itu adalah sesuatu yang bagus. Blog tersebut boleh dijadikan sebagai saluran rasmi untuk anda menyampaikan perkembangan terbaru tentang tawaran serta perniagaan anda.

 

Mungkin di masa akan datang, anda bakal berpindah ofis, akan mengeluarkan rangkaian produk baru, buka peluang untuk orang ramai menyertai perniagaan anda sebagai stokis, dropship, affiliate dan sebagainya. Apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan anda, maklumatnya boleh diperolehi dengan mudah, jika pelanggan membaca blog anda.

 

 

Blog sebagai pelaburan jangka masa panjang

Saya pula, melihat blog sebagai satu cabang pelaburan, yang mana satu masa nanti, In Shaa Allah, akan memberikan anda sumber pendapatan tambahan. Betul ke blog boleh hasilkan duit? Ya, sudah tentu.

 

Saya dan ramai lagi rakan-rakan penulis blog dah laluinya. Ia mungkin tidak akan menghasilkan pendapatan kepada anda dalam serta merta, namun percayalah, jika anda konsisten menulis dalam blog anda, anda pasti akan dapat jana pendapatan dari blog.

Baca juga: Hasilkan pendapatan pasif daripada hobi menulis blog 

 

Jika blog anda tak menjana sebarang pendapatan sekarang, ia pasti akan menghasilkan pendapatan di masa akan datang.

 

Kalau masih tak generate sebarang income, itu kena lakukan audit pada blog. Kena tahu juga, setakat sekian sekian waktu

(1) Ada berapa banyak artikel yang anda telah terbitkan dalam blog anda? (blog ini dah ada lebih 900 artikel)

(2) Bagaimana style penulisan anda? (untuk hasilkan artikel yang mampu menjual, kena ada serba sedikit kemahiran copywriting)

(3) Berapa banyak jumlah pembaca yang anda berjaya perolehi?

(4) Berapa banyak trafik yang masuk ke laman blog anda.

 

Saya berpendapat, cepat atau lewat, itu subjektif. Apa yang penting, sejauh mana usaha yang anda berikan untuk bangunkan laman blog anda. Saya ada blog yang dah lama saya bina. Tapi, oleh kerana saya selalu tak cukup masa dan tak sempat nak bangunkan blog tu, ianya jadi agak terbengkalai.

 

Walaupun blog tu masih generate income, namun dari segi potensinya, ia tak seperti yang diharapkan. Kalau anda baru nak bermula tahun ini, 2018, asalkan anda usaha lebih baik, In Shaa Allah, anda mungkin akan lebih berjaya daripada orang lain yang dah mula lebih awal.

 

Wallahua’lam.

 

 

The post Tahun 2018 baru nak mula blogging – Tak terlalu lewat ke? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kemaskini link affiliate Lazada kepada Smart Link untuk elak kehilangan komisen!

$
0
0

Beberapa bulan kebelakangan ini, saya dapati pendapatan yang terhasil menerusi Program Affiliate Lazada agak kurang memuaskan.

 

Tahun 2017, saya menerima 7 kali bayaran dari pihak Lazada. Tapi kali ini, pada tahun 2018, walaupun dah berada di bulan 6, saya baru menerima bayaran sebanyak dua kali sahaja.

 

Dari apa yang saya perhatikan, ia mungkin berpunca daripada beberapa faktor, seperti

(1) Link asal yang telah rosak

Ini berlaku disebabkan produk asal telah habis dijual. Jadi, apabila pembaca klik link tersebut, ia tak membawa pembaca blog ini ke halaman jualan, sebaliknya pembaca dibawa ke halaman page rosak.

lazada-page-rosak

Atas ini adalah contoh page yang telah rosak. Dulu, saya selalu juga promosikan restoran Seoul Garden menerusi laman web Lazada. Tapi nampaknya sekarang ini, tawaran tersebut telah ditamatkan dan saya tak jumpa lagi produk Seoul Garden dijual melalui Lazada Malaysia.

 

Broken link seperti ini, yang akan menyebabkan pembaca rasa kecewa dan seterusnya melupakan hasrat untuk berbelanja di laman web Lazada.

 

(2) Saya target pembaca yang berbelanja menggunakan desktop sedangkan pembaca yang sama membeli guna apps 

Saya perlu akui, pengguna internet di Malaysia rata-rata menggunakan smartphone untuk melayari internet. Pengguna smartphone juga semakin meningkat saban tahun.

 

Oleh kerana link affiliate yang saya gunakan hanya boleh track sales, jika mereka buat pembelian menggunakan desktop, maka saya terlepas banyak peluang untuk dapatkan jualan dari kalangan mereka yang menggunakan smartphone untuk berbelanja.

 

Lazada Malaysia melancarkan Smart Link untuk para affiliate

Sebelum ini, pihak Lazada ada memaklumkan tentang penamatan penggunaan fungsi MY Deeplink Generator untuk mendapatkan link affiliate.

 

Saya ada cerita tentang MY Deeplink Generator dan cara penggunaannya menerusi posting saya yang berjudul macam mana cara nak buat duit dengan Lazada.

 

Ok… oleh kerana sekarang ni, dah tak boleh guna MY Deeplink Generator, maka kenalah kita gunakan applikasi baru iaitu App Deeplink Generator.

Memandangkan saya dah mula mempromosikan produk-produk Lazada, sejak dari tahun 2015 lagi, bermakna memang banyak link affiliate saya yang dah mati dan tak berfungsi.

 

Link tersebut masih menerima klik dari pelawat dan pembaca blog ini, cuma ia dah tak berfungsi dengan sepatutnya. Bila pelawat klik link tersebut, pelawat itu tadi masih lagi akan dibawa ke laman web Lazada, cuma bezanya, jika pelawat tersebut membuat pembelian, saya tak akan menerima sebarang komisen.

 

Dari apa yang saya tanyakan kepada Christine, tiada komisen yang akan di rekodkan jika masih belum update kepada Smart Link.

 

Bagusnya penggunaan Smart Link ini ialah, kita selaku affiliate, akan dapat komisen, tak kira orang yang klik pada link affiliate kita tu, menggunakan smartphone atau laptop sewaktu menekan klik pada link affiliate kita.

 

Tapi… yang tak berapa bagusnya ialah, saya kena update semua link-link Lazada yang ada di laman web ini, dan juga lain-lain link yang saya siarkan di lain-lain blog kepunyaan saya.

 

Bila saya semak satu per satu, ternyata memang ada link yang dah tak berfungsi, dan pelawat akan dibawa ke halaman error. At least, bila berlaku perubahan macam ni, saya boleh update artikel terdahulu dan kemaskini kepada link yang masih elok.

 

 

Ini paparan untuk dapat smartlink atau App Deeplink Generator.

Cara pakai App Deeplink Generator tak jauh beza dengan MY Deeplink Generator sebelum ini. Tak susah pun. Ringkasnya

1. Pilih negara Malaysia

2. Masukkan link produk yang nak dipromosikan dalam ruangan Product URL for desktop

3. Tekan butang search atau gambar kanta dekat sebelah tu

4. Bila dah jumpa produk, klik pula pada Copy Link to Clipboard

 

Itulah dia link yang baru, yang kita perlu promosikan. Link yang baru ini, berkali ganda lagi panjang dari link affiliate yang dulu. Ini contohnya.

http://ho.lazada.com.my/SHdE0Y?web_url=https%253A%252F%252Fwww.lazada.com.my%252Fproducts%252Fsokano-15m-adjustable-kids-safety-anti-lost-wrist-band-toddler-harness-leash-strap-blue-i105634332-s107072165.html&deeplink=lazada%3A%2F%2Fmy%2Fd%3Fps%3DSO416TBAAELK5ZANMY-30296554

 

Kali ini, saya perlu gunakan plugin pretty link untuk pendekkan setiap url yang terhasil supaya nampak lebih kemas. Bawah ini adalah link yang telah saya pendekkan menggunakan plugin pretty link

https://www.sabreehussin.com/anti-lost-wristband

 

Kedua-duanya akan membawa anda ke laman web yang sama. Setelah saya lakukan kerja-kerja update link affiliate lama kepada yang baru, Alhamdulillah sales mula masuk.

Kali ini, sales yang masuk akan ada nama MY Smart Link Product Page Generator pada bahagian OFFER.

 

Walaubagaimanapun, sales yang masuk tak begitu rancak. Boleh jadi sebab sekarang ni tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam yang merupakan pembaca majoriti blog ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau shopping sekarang ini pun, belum tentu akan dapat barang dalam masa yang cepat.

 

Maklumlah, syarikat kurier dah mula mengehadkan pergerakkan mereka. Tak apa, kita tunggu dan lihat hasilnya selepas raya nanti. Mudah-mudahan, ada perubahan dan jualan akan bertambah rancak. Baru semangat nak edit semula link-link lama yang mungkin dah tak berfungsi tu.

 

Baiklah, jika anda juga ada sertai program affiliate Lazada sebelum ini, dan anda juga menggunakan blog seperti saya sebagai medium pemasaran, saya sarankan anda cepat-cepat update link affiliate kepada Smart Link. Lagi lama anda tangguh, nanti lagi banyak sales yang anda akan kehilangan.

 

Buat pengguna servis url shortener seperti yang ditawarkan di bit.ly atau goo.gl mungkin anda perlu tukar semua sekali. Sebabnya, kalau tak silap saya, tak ada fungsi edit url disediakan. Ya, memang leceh tapi pasti usaha ini akan dirasakan berbaloi apabila ia mula memberikan sales kepada anda.

 

 

 

The post Kemaskini link affiliate Lazada kepada Smart Link untuk elak kehilangan komisen! appeared first on Blog Sabree Hussin.

Pengalaman kali pertama jadi seorang freelancer

$
0
0

Saya biasa dengar istilah orang kerja part time dan full time. Tapi, kerja sebagai seorang freelancer atau pekerja bebas, ia agak baru bagi saya.

 

Seingat saya, apa yang mendorong saya untuk dapatkan lebih banyak informasi tentang peluang kerja sebagai seorang freelancer ini apabila saya terbaca iklan bekerja dari rumah sebagai seorang data entry clerk atau dalam bahasa Melayu lebih dikenali dengan nama kerani kemasukkan data.

 

Apa sebenarnya bidang tugas seorang kerani data? Jom kita lihat iklan kerja data entry seperti yang dimuatkan dalam laman web carian kerja maukerja.my

kerja-data-entry

Gaji yang ditawarkan untuk kerja sebagai kerani kemasukan data adalah sebanyak RM800 – RM1,000 setiap bulan. Jika anda minat dengan kerja ini, boleh ke halaman ini untuk buat permohonan kerja.

 

Menurut laman web Maukerja, ini adalah perkara yang perlu ada pada calon yang minat untuk memohon pekerjaan ini

  • SPM/Diploma.
  • Candidates should have a good command of the English language
  • Good computer and Microsoft Office.
  • Good interpersonal skills and able to work independently
  • Preferable Malaysian candidates
  • Experience is not essential
  • Training will be provided
  • 4 Vacancies

 

Ini pula adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

  • Scanning the document and data entry
  • Keeping the information accurate in the system

 

 

Walaupun begitu, iklan kerja kosong dalam bidang data entry yang saya lihat satu masa dulu, potensi pendapatannya adalah berkali ganda lagi tinggi! Bukan itu sahaja, malahan dari segi cara kerja juga kelihatan lebih menarik.

 

Saya hanya perlu bekerja dari rumah, akan dibayar dalam matawang USD dan boleh kerja ikut keselesaan dan masa sendiri. Walaupun ianya nampak meragukan, namun disebabkan kurang pengalaman dan terpengaruh dengan pulangan yang nampak luar biasa lumayan, akhirnya saya buat keputusan untuk belajar dengan lebih mendalam tentang topik bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer ini.

 

Rupa-rupanya terdapat pelbagai bidang kerja sebagai seorang freelancer

Saya didedahkan dengan peluang kerja sebagai seorang kerani data. Kalau anda nak tahu, di internet ada terlalu banyak iklan-iklan kerja yang sebenarnya hanya merupakan satu penipuan, yang menggunakan nama data entry sebagai modus operandi.

 

Kerja sebagai kerani data ini digambarkan sebagai suatu kerja yang SENANG, mempunyai kekosongan kerja yang cukup banyak, dan anda akan dibayar dengan kadar upah yang cukup lumayan!

 

Tapi, betul ke boleh hidup mewah dengan bekerja sebagai kerani data entry? Rujuk balik iklan-iklan kerja kosong di portal seperti Jobstreet dan juga maukerja.my, dan anda akan dapati kerja sebagai kerani data ini, kadar upahnya hanya sekitar RM800 – RM1,500 sahaja.

 

Saya tak pernah lagi nampak kerani data yang dibayar lumayan sampai RM4,000 sebulan. Rasanya memang tak ada kot. Untuk menjadikan iklan kerja kosong sebagai data entry kelihatan LOGIK, biasanya si pengiklan akan kata, kerja tersebut berasal dari luar negara, seperti dari England, US, Canada dan sebagainya. Upah yang bakal kita terima akan lebih lumayan sebabnya kita dibayar dalam matawang asing.

 

Tak apalah… saya bukan nak cerita pasal kerja sebagai kerani data dalam posting ini. Itu mungkin saya akan cerita dilain waktu.

 

 

Bidang kerja sebagai freelance

Ada terlalu banyak dan saya rasa, ianya tak jauh beza dengan bidang kerja part time ataupun fulltime. Saya kira, apa yang membezakan antara freelancer dengan part timer atau full timer ini hanyalah dari segi cara kerja, tapi bukan bidang kerja.

 

Pada waktu saya mula-mula kenal bidang ini, antara kerja yang popular sebagai freelancer ini ialah kerja sebagai model, pelakon tambahan, pelakon iklan, jurufoto, penulis, dan macam-macam lagi.

 

Daripada senarai yang saya sebutkan tadi, saya percaya, ada individu yang buat kerja-kerja tu sama ada secara part time ataupun full time.

 

Dari apa yang saya faham, apa yang membezakan antara seorang freelancer dengan part timer ini ialah, sebagai freelancer kita boleh bekerja dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa yang kita suka. Kita tak terikat dengan satu individu atau syarikat semata-mata.

 

Kalau kita ambil contoh, orang yang bekerja secara part time. Orang yang kerja part time, melalui apa yang saya pernah lalui sendiri, kerja yang perlu dilakukan lebih kurang sama dengan orang yang kerja full time. Cuma bezanya, kita ada jadual kerja yang lebih fleksibel, namun perlu ikut jadual dan rutin yang telah ditetapkan.

 

Bagi orang yang kerja full time, dia akan kerja 5 atau 6 hari seminggu. Akan tetapi, orang yang kerja part time, dia mungkin hanya perlu kerja 3 hari sahaja dalam seminggu. Tiga hari yang dimaksudkan ini pula, adalah hari yang sama setiap minggu, misalnya Sabtu, Ahad dan Isnin sahaja.

 

Ketika orang yang kerja full time diberi cuti (off day), orang yang kerja part time ini akan masuk kerja dan menggantikan tempat mereka yang sedang cuti. Orang yang kerja part time ni, dia ada jadual kerja yang telah ditetapkan dan tak boleh suka-suka hati nak tukar kerana ia mungkin akan menjejaskan operasi perniagaan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, kerja part time di sebuah kedai baju di KL satu ketika dulu.

 

Bagaimana pula dengan orang yang kerja sebagai freelancer? Jadual kerja kami memang sangat fleksibel. Ikut suka hati, dalam seminggu nak kerja hari apa, bila waktunya, dan terpulang sama ada nak kerja atau tidak.

 

Sumber kerja adalah sama ada kita

  • Buat permohonan kerja dari laman web carian kerja
  • Cari sendiri klien
  • Klien yang menghubungi kita dan mereka tawarkan kerja

 

Pada peringkat permulaan, saya banyak mohon kerja di laman web carian kerja. Laman web yang saya gunakan adalah sama seperti laman web yang dicadangkan oleh pihak Jobdirumah (JDR). Oleh kerana saya menyertai program ini, sekitar tahun 2013 dulu, jadi saya ikut sahaja apa yang disarankan oleh pihak JDR.

jobdirumah-penipu

Laman web carian kerja, mempunyai persaingan yang agak tinggi dalam kalangan para pencari kerja dari seluruh dunia, sebabnya kalau anda nak tahu, dalam dunia ni, bukan anda seorang sahaja yang meluat dengan kerja, tengah perlukan kerja, nak cari duit tambahan dan sebagainya.

 

Kalau anda berminat nak buat kerja-kerja data entry, anda mungkin terpaksa bersaing dengan beratus-ratus orang pekerja freelancer yang turut memohon kerja yang sama. Ada pekerja dari Filipina, India, Indonesia dan lain-lain negara turut bersaing nak dapatkan kerja tersebut.

 

Kemudian, bila saya dah mula faham, bagaimana dan apa kerja yang ada potensi, saya ubah pendekatan. Kali ini, saya cari sendiri majikan atau klien yang sudi untuk tawarkan saya kerja. Pada waktu ini, kita kena ubah mind set, daripada seorang pekerja kepada seorang penjual. Dalam keadaan ini, kita akan jual perkhidmatan atau servis kita.

 

Kena bagitahulah, apa yang buatkan servis kita ini sangat bagus dan bagaimana bakal majikan boleh dapat manfaat dengan mendapatkan servis kita. Saya buat laman web sendiri, saya guna facebook, twitter, linkedIn dan macam-macam lagi.

 

Senang cerita macam ni la… segala platform yang saya boleh gunakan dan manfaatkan untuk beritahu kepada dunia, tentang perkhidmatan yang saya tawarkan, saya akan gunakan.

 

Peringkat seterusnya, saya mula dihubungi oleh bakal klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari saya. Bila sampai tahap ini, proses untuk dapatkan kerja jadi makin mudah. Pada satu ketika, tawaran kerja masuk dengan agak banyak, dan saya ada pilihan sama ada nak terima atau tolak.

 

Itu tiga peringkat yang saya sendiri lalui, apabila berkecimpung dalam bidang freelancing ini.

 

 

Apa bidang kerja yang menjadi pilihan hati?

Seperti orang lain, pada mulanya saya juga terdorong untuk buat kerja-kerja data entry. Saya fikir, kerja data entry sangat senang untuk dilakukan.

 

(1) Kerja freelance sebagai kerani data entry

Saya pernah berkenalan dengan beberapa orang kerani ditempat saya kerja dulu. Mereka juga buat kerja-kerja data entry. Saya sendiri pernah lihat cara mereka bekerja.

 

Ya, memang mudah. Cuma masukkan data, dari sumber ke dalam bentuk yang diingini. Kadang-kadang kita kena baca satu website, ambil data-data penting yang dimahukan contohnya seperti nama pemilik, nombor telefon yang boleh dihubungi, alamat emel kemudian masukkan dalam bentuk jadual atau spreadsheet.

 

Walaupun kerjanya mudah, tapi saya rasa ianya agak membosankan dan saya cepat rasa mengantuk bila kena buat kerja-kerja macam tu.

 

(2) Kerja freelance sebagai pereka laman web

Saya pernah beli software untuk bina laman web. Pada waktu saya baru nak bermula dulu, masih ramai kenalan saya yang tak tau macam mana nak bina laman web sendiri. Jadi, saya beli software bina laman web dan kemudian saya tawarkan servis bina laman web untuk mereka.

 

Kalau anda nak dapatkan software yang sama, juga boleh dapatkan disini.

 

Penggunaan software ini memang memudahkan kerja-kerja pembinaan laman web, namun saya dapati, untuk menghasilkan laman web yang benar-benar cantik, saya perlu ada skil design. Memandangkan saya tak mempunyai skil dan bakat tersebut, maka saya buat keputusan untuk berhenti tawarkan khidmat ini.

 

Kalau perlu, saya hanya akan buat untuk projek-projek personal sahaja. Untuk tawarkan khidmat kepada orang lain, saya dah tak buat.

 

(3) Kerja freelance sebagai penulis blog

Sekarang ini, kerja ini yang menjadi fokus utama saya. Baca juga artikel saya sebelum ini.

1. Bagaimana menjadi Freelance Writer yang menjana pendapatan RM1,000 sebulan?

2. Buat Duit Dengan Freelance Blogging

jana-pendapatan-secara-online

Saya rasa, kerja-kerja ini yang paling sesuai dan kena dengan jiwa saya. Saya boleh buat kerja-kerja ini, maksud saya kerja-kerja penulisan berjam-jam lamanya, tanpa rasa bosan. Kalau kena stay up sampai lewat malam pun tak ada masalah.

 

Cuma kadang-kadang tu, bila sampai masa, akan kena masalah writers’ block. Tapi itupun biasanya tak lama.

 

(4) Kerja-kerja berkaitan Search Engine Optimization

Kerja jenis ini pun saya ada buat. Kerja dia sangat senang, (tapi leceh) namun dari segi bayaran, ada majikan yang sanggup bayar upah yang sangat lumayan untuk buat kerja-kerja SEO ini.

 

Saya pernah dibayar RM200 hanya untuk meletakkan satu link (backlink) sahaja di blog saya. Kalau anda minat nak buat kerja-kerja seperti ini, saya syorkan anda banyakkan membaca tentang topik SEO.

 

 

(5) Kerja freelance sebagai ejen jualan dan pemasaran

Dalam sesebuah perniagaan, jurujual dan pegawai pemasaran adalah individu yang sangat penting, bagi memastikan perniagaan dapat berjalan dengan baik. Syarikat atau perniagaan yang SIHAT, adalah syarikat yang mempunyai tenaga kerja yang mampu untuk membawa masuk jualan (sales) kepada syarikat.

 

Perniagaan baru, yang mati dan gagal untuk bersaing di pasaran, kebiasaannya adalah perniagaan yang tak mampu membuat jualan. Tak kisahlah apa bisnes sekalipun, sama ada bisnes homestay, bisnes perkhidmatan, bisnes ecommerce dan sebagainya, kalau tak ada jualan, maka tak ada bisnes.

 

Apabila tiada jualan, lama kelamaan pasti bisnes tersebut akan ditutup dan gulung tikar. Penjual atau jurujual adalah individu yang sangat penting untuk kelangsungan bisnes anda.

 

Saya juga buat kerja-kerja freelance, sebagai ejen jualan, untuk syarikat seperti Lazada, Klikjer, Kliks Solution dan banyak lagi.

 

Baiklah, rasanya dah agak banyak yang saya kongsikan dalam satu artikel ini. Saya harapkan, semoga apa yang saya kongsikan dalam ini, bermanfaat dan dapat berikan anda serba sedikit panduan yang berguna untuk membantu anda buat keputusan sama ada kerja sebagai freelancer ini, adalah sesuai untuk anda atau sebaliknya.

 

Kerja sebagai seorang freelancer ini juga boleh buat banyak duit, cuma anda kena banyak bersabar dan ada banyak benda kena belajar sendiri. Manalah tahu, satu masa nanti, anda juga boleh jadikan pekerjaan ini sebagai karier dan kerjaya utama anda. Wallahua’lam.

 

 

 

The post Pengalaman kali pertama jadi seorang freelancer appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bina perniagaan online yang menguntungkan menerusi laman web ecommerce Shopee

$
0
0

Bila kali terakhir anda melakukan pembelian barangan secara online?

 

Adakah dalam minggu ini? Beberapa jam yang lalu? Ada buat pembelian secara online dalam bulan ini? Atau setidak-tidaknya, anda ada buat pembelian secara dalam talian sekurang-kurangnya sekali dalam tahun ini.

 

Dimana anda buat pembelian?

Adakah melalui instagram? Facebook? Atau lain-lain media sosial? Adakah anda baru sahaja buat pembelian di laman web kepunyaan penjual?

 

Membeli belah secara dalam talian adalah satu perkara yang biasa pada hari ini. Kalau dulu, mungkin orang agak takut untuk melakukan transaksi dan berurusan secara dalam talian. Tapi sekarang? Tidak lagi.

 

Pengguna lebih terbuka untuk berurusan secara online sahaja. Pembelian secara dalam talian, walaupun ia memudahkan urusan jual beli, namun ia ada risikonya yang tersendiri.

 

Orang macam saya, memang tak berapa yakin nak beli barang di Instagram, Facebook mahupun lain-lain media sosial. Tetapi kalau nak beli barang secara online menerusi laman web seperti Lazada, itu tak ada masalah.

laman-web-shoppe

Mungkin anda pernah dengar tentang laman web Shopee sebelum ini?

 

Pengguna seperti saya, bukan sahaja menggunakan laman web ecommerce seperti ini untuk shopping online semata-mata, malahan kami juga menggunakannya sebagai satu cara cepat untuk membuat perbandingan harga. Kadang-kadang saya akan bandingkan harga antara Shopee dengan Lazada. Kalau saya ada banyak masa, saya akan buat perbandingan antara semua ecommerce yang saya tahu, yang beroperasi di Malaysia.

 

Jadi sekarang ini, dengan wujudnya platform Shopee ini, pengguna ada lebih banyak pilihan untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Walaupun begitu, saya perasan, ada penjual di Shopee merupakan penjual yang sama, yang menggunakan laman web Lazada.

 

Nampaknya, bukan sahaja pengguna yang dapat manfaat dengan wujudnya laman web ecommerce seperti ini, malahan penjual juga akan dapat manfaat. Maka pada hari ini, kita tak lagi hanya tertumpu pada satu laman web semata-mata.

 

Bagi mereka yang menggunakan konsep import barang dari China secara pukal dengan harga murah, kemudian jual semula di pasaran tempatan dengan harga yang lebih tinggi, kini boleh jual barang-barang tersebut di laman web Shopee.

 

 

Shopee bersaing dengan Lazada?

Asalkan ia merupakan satu persaingan yang sihat, kita sebagai pengguna akan dapat manfaatnya.

 

Itu lebih baik, berbanding sistem monopoli, yang mana pengguna tersepit ditengah-tengah dan nak tak nak terpaksa terima apa yang ada. Sebaliknya, bila ada persaingan yang sihat antara laman web ecommerce, kita sebagai pengguna akan ada lebih banyak pilihan. Kalau rasa tak berapa suka dengan platform A, boleh pilih untuk berurus niaga di platform lain.

 

Dari segi harga juga, kita ada peluang untuk dapat harga yang lebih rendah, bergantung kepada apa promosi yang dijalankan pada satu-satu masa.

 

Cuma saya nak ingatkan kepada pengguna, agar berhati-hati dengan tawaran harga yang terlalu murah dan tak masuk akal. Anda mungkin dengan tak sengaja, akan terbeli barangan tiruan, yang turut dijual menerusi laman web ecommerce.

 

Namun, yang bagusnya dengan laman web ecommerce ni, kita diberikan jaminan jika tak puas hati dengan barang yang dibeli, boleh pulangkan semula barang dan ambil semula duit.

jaminan-shopee

Sila rujuk kepada terma dan syarat Shopee sebelum melakukan sebarang transaksi.

 

Penjual di Shopee, hanya akan dapat duit, apabila pembeli dah terima barang dan puas hati dengan barang yang ditempah. Sebenarnya, nak bagi pembeli ni puas hati, bukannya susah sangat.

(1) Pastikan barang yang diiklankan, sama dengan gambar yang digunakan

(2) Pastikan barang yang dihantar kepada pelanggan dibalut dengan elok supaya tak mudah rosak

(3) Pastikan barang sampai mengikut tempoh masa yang telah dijanjikan

(4) Bila ada soalan dari pembeli, JAWAB DENGAN SEGERA

 

 

Cuba bandingkan kalau beli dari laman social media. Silap-silap, lepas penjual tu dapat bayaran dari anda, dia akan block anda di social media, block whatsapp dan hilangkan diri.

 

Duit dah dapat, nak tunggu apa lagi? Larilah.

 

Saya bukan nak kata, penjual yang menggunakan social media tu tak jujur, tapi ini adalah risiko yang perlu anda tanggung. Melainkan anda memang kenal betul dengan si penjual. Saya juga ada ahli keluarga yang dah pernah kena tipu dengan penjual barang di social media.

 

Bila dah kena tipu ini, memang tak boleh buat apa. Urusan seterusnya juga agak leceh. Kena buat laporan polis, urusan dengan bank dan sebagainya. Saya pun tak berapa pasti, apa prosedur yang betul. Tapi dari apa yang saya lihat sendiri, kebanyakkan mangsa penipuan ini, pilih untuk berdiam diri, daripada laporkan kejadian.

 

Mungkin malas nak panjang-panjangkan isu.

 

Nak mula berniaga di Shopee namun tak pasti macam mana nak mula?

Sebelum anda buat keputusan, untuk bina sendiri laman web jualan menggunakan konsep ecommerce, mungkin anda patut pertimbangkan terlebih dulu, apa opsyen yang anda ada.

 

Opsyen pertama, anda bina sendiri laman web menggunakan perisian ecommerce.

Kedai online anda, akan menggunakan nama domain yang anda sendiri pilih. Memang nampak profesional, cuma anda perlu kerja lebih untuk bangunkan laman web anda. Ada banyak hal-hal teknikal yang perlu anda ambil kira, dan ini mungkin sedikit sebanyak akan memperlahankan urusan perniagaan anda nanti.

 

Opsyen kedua, anda bina perniagaan dengan menggunakan platform yang disediakan oleh Shopee

Apa kata anda guna sahaja platform Shopee.

berniaga-di-shopee

Anda rasa seperti anda perlukan bimbingan tentang cara nak menjadi peniaga di Shopee? Apa kata anda rujuk pada panduan yang disediakan oleh salah seorang penjual (internet marketer) yang turut menggunakan Shopee untuk buat sales 5 angka setiap bulan!

 

Panduan ini boleh dimuat turun di pautan ini.

 

Panduan tersebut disediakan khas untuk orang baru, yang memang belum pernah ada sebarang pengalaman berniaga menggunakan sebarang platform ecommerce. Anda bukan sahaja akan diberi panduan dalam bentuk video, malahan pada masa yang sama, anda juga akan dimasukkan ke dalam group support khas untuk para pembeli panduan tersebut.

 

Macam biasalah, dalam group tersebut, anda boleh tanya sebarang soalan yang anda rasa masih kurang jelas tentang selok belok perniagaan melalui platform Shopee ini nanti.

 

Kalau diikutkan, anda sebenarnya tak perlu beli panduan ini untuk mula berniaga di Shopee. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan khidmat pelanggan Shopee.

 

Apa pun, itu pilihan masing-masing. Setiap channel pembelajaran, ada kelebihannya yang tersendiri. Boleh belajar sendiri, ataupun boleh belajar menerusi Panduan Rahsia Teknik Shopee. Panduan ini, disediakan berdasarkan pengalaman sendiri, penjual yang berjaya dapat sales di Shopee.

 

Belajar dari pengalaman orang lain, sudah tentu ada perbezaan, berbanding hanya baca manual yang disediakan oleh pihak syarikat. Apapun, pilihan semua di tangan anda.

 

Pilihlah mana-mana satu yang kena dengan selera dan citarasa peribadi anda. Kalau anda memilih untuk tak nak buat sebarang pilihan juga tak ada masalah.

 

Manalah tahu, lepas anda baca perkongsian saya tentang berniaga di Shopee ni, anda rasa yang berniaga di Shopee bukan untuk anda dan tak sesuai dengan jiwa anda. Kaedah berniaga melalui ecommerce memang bukan untuk semua orang.

 

Itu lumrah. Saya sendiri, setelah mengetahui potensi pendapatan, apabila berniaga di Shopee, juga tak rasa berminat nak mencuba. Sebabnya, saya rasa ia tak sesuai dengan saya, dan saya lebih cenderung untuk buat benda lain secara online ini.

 

Benda yang baik, perlu dikongsikan kepada pembaca. Seterusnya, terpulang pada penilaian individu.

 

 

The post Bina perniagaan online yang menguntungkan menerusi laman web ecommerce Shopee appeared first on Blog Sabree Hussin.

Hutang dalam RM, cari pendapatan dalam USD

$
0
0

Hutang. Bab hutang ini adalah bab yang paling tak best.

 

Saya percaya, semua orang dah tahu, bila dah berhutang WAJIB bayar, walaupun si pemberi hutang itu tak membuat sebarang tuntutan.

 

Ya, dari masa ke masa, saya akan tulis tentang topik hutang dalam blog ini. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri, yang ada banyak hutang, dan perlu usaha dengan lebih gigih untuk selesaikan hutang-hutang tersebut, termasuklah hutang yang tak dituntut.

kad-kredit-bagus-ke

Zaman sekarang ni, memang cukup susah nak jumpa dengan orang yang tak ada hutang langsung. Walaupun orang yang pendapatannya puluhan ribu ringgit setiap bulan pun tetap ada hutang.

 

Mungkin individu tersebut, sengaja tak nak langsaikan terus semua hutangnya, supaya nampak setiap bulan ada tanggungan dan komitmen hutang dengan institusi kewangan. Apa yang saya faham, benda ni perlu untuk mengekalkan credit score yang baik dengan pihak bank.

 

Berhutang itu tak salah. Malahan, orang yang berhutang, at the first place, berbuat demikian untuk tujuan yang baik.

 

Misalnya, orang yang ambik hutang pendidikan PTPTN, berbuat demikian sebab nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kan mulia tu tujuannya.

Orang yang ambik hutang untuk beli rumah dan beli kereta, berbuat demikian untuk berikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang disayang.

Begitu juga orang yang ambik hutang kad kredit, bukan saja-saja nak buat hutang, tapi untuk kemudahan disaat kecemasan.

 

 

Berhutang tu tak ada masalah. Asalkan mampu bayar, dan masih lagi dalam ruang lingkup kemampuan individu tu sendiri. Ambillah hutang sampai berjuta-juta ringgit sekalipun, asalkan masih mampu untuk bayar balik, itu hak anda.

 

Dalam perkongsian ini, saya cuma nak cerita tentang bagaimana cara untuk habiskan hutang dengan kaedah yang lebih pantas dari biasa.

 

Tengok pada tajuk pun pasti anda dah boleh teka. Caranya adalah dengan cari income dalam matawang yang berbeza daripada matawang yang kita guna semasa nak berhutang tu. Kita pinjam duit dalam RM, tapi untuk bayar semula hutang-hutang tersebut, cuba dapatkan income dalam matawang USD.

 

Adakah benda ini mustahil?

 

Langsung tak mustahil dan tak pelik. Memang ada orang yang buat macam tu, untuk cepat-cepat langsaikan hutangnya. Saya ambil contoh, Encik Zul Ariffin ni.

 

(1) Bisnes online menerusi platform ebay

buat-bisnes-ebay

Dalam masa 3 minggu buat bisnes di ebay, menggunakan teknik dropship, beliau berjaya menyelesaikan masalah hutang kad kredit yang melebihi RM10,000.

 

Teknik dropship, bukanlah satu teknik yang baru. Bagi mereka yang dah biasa terlibat dalam bisnes ebay, kaedah dropship memang salah satu kaedah biasa yang digunakan. Inilah rahsia para usahawan ebay, menjual beratus-ratus item tanpa perlu simpan stok dan keluar modal.

 

Encik Zul ini juga adalah pengasas bagi teknik Ebay Intelligence dan kalau anda nak belajar teknik beliau, boleh terus ke laman web ini.

 

Kalau anda memang dah ada asas tentang teknik dropship, anda boleh terus buat sendiri. Cuma bila nak buat dropship ni, kena pandai cari supplier. Belajar dari En Zul, bukan sekadar nak ambil ilmu berniaga, pada masa sama, kita ambik juga senarai supplier yang boleh digunakan tanpa ragu-ragu.

 

Di laman web milik beliau, anda boleh lihat bukti-bukti pendapatan dari bisnes di ebay ini, yang kebanyakkannya adalah dalam matawang USD.

 

 

(2) Jadi ejen pemasaran melalui laman web clickbank

Laman web Clickbank lebih kurang sama macam laman web klikjer.

panduan-affiliate-clickbank

Kalau di klikjer, kita akan mempromosikan produk-produk keluaran usahawan digital tempatan. Tetapi, kalau clickbank, kita akan menceburi pasaran antarabangsa yang semestinya lebih luas.

 

Segala transaksi, juga dalam matawang USD. 

 

Ringkasnya, kalau nak buat duit menerusi clickbank ni, ini adalah langkah yang perlu anda lakukan.

  1. Join sebagai ejen affiliate
  2. Kenalpasti masalah atau permintaan terhadap sesuatu isu atau perkara
  3. Cari produk di clickbank yang boleh selesaikan masalah tersebut
  4. Dapatkan link affiliate
  5. Promosi

 

Kerja-kerja promosi ini, anda boleh pilih sama ada nak gunakan kaedah artikel, video, email, atau social media. Daripada banyak-banyak ini, mana satu teknik pemasaran paling berkesan untuk dapat duit dari Clickbank? 

 

Pada saya, setiap orang ada cara tersendiri. Orang yang pakar teknik video, akan kata pemasaran video paling bagus. Begitulah seterusnya.

 

Memandangkan saya pun tak pernah lagi tembusi pasaran global, walaupun dah banyak kali beli panduan buat duit dengan Clickbank, jadi saya rasa ada baiknya anda ke laman web ini jika nak belajar buat duit dalam matawang USD menerusi Clickbank.

 

Saya pernah cuba promosikan produk-produk clickbank sebelum ni, tapi disebabkan tak konsisten, sampai sekarang tak nampak hasilnya.

 

Tapi ini kaedah yang saya gunakan. Mungkin anda juga minat nak tiru.

 

(1) Article Marketing

Beli domain dan hosting yang berkaitan dengan masalah tertentu kemudian tulis artikel macam buat blog. Artikel saya tulis sendiri (dalam English) dan ada juga yang saya cuma spin menggunakan software article spinner. Artikel yang saya spin secara manual pun ada.

 

Kalau ada idea, saya tulis artikel sendiri, tapi kalau tak ada idea, saya ambik je artikel dari laman web ezine articles.

 

(2) Video marketing

Buat video guna software kemudian upload di Youtube, dan lain-lain laman web perkongsian video. Saya patah semangat buat teknik ni, sebab laptop yang saya guna ketika tu, tak cukup power untuk run software buat video.

 

Laptop saya jadi asyik crash dan hang. Akhirnya saya stop dan cari alternatif lain.

 

(3) Gabungan artikel dan video

Ini kalau ada duit lebih, anda boleh ke laman web seperti Fiverr dan mintak freelancer yang ada disitu untuk tuliskan artikel atau buatkan video untuk anda.

 

 

(3) Jadi freelancer dengan menjual kepakaran di laman web Fiverr

Siapa yang pernah join program Jobdirumah, pasti dah tak asing lagi dengan laman web Fiverr ini.

cara-buat-duit-di-fiverr

Anda boleh jual apa sahaja di laman web Fiverr. Maksud saya, anda boleh jual kemahiran anda disini. Sila ke laman web Fiverr di https://www.fiverr.com/ dan anda lihat sendiri contoh-contoh perkhidmatan yang dijual disitu.

 

Hanya sebagai contoh, dekat fiverr ada orang jual perkhidmatan

  1. Menulis artikel
  2. Design logo, ebook ecover, banner, t-shirt
  3. Pemasangan website
  4. Buat video
  5. Programming
  6. Khidmat penterjemahan

 

Ada macam-macam lagilah…

 

Urusan jual beli servis melalui fiverr ini juga dilakukan dalam USD. Kalau nak buat duit dalam USD, tanpa perlu bersusah payah nak pergi kerja dekat US sana tu, bolehlah jualkan kemahiran anda melalui laman web ini.

 

(4) Jadi ejen pemasaran untuk Lazada Malaysia

Sekiranya anda sertai team affiliate Lazada, anda juga akan dibayar komisen dalam USD. Ini contoh komisen affiliate Lazada.

Tapi nanti bila nak buat pembayaran ke akaun bank kita, Lazada akan convert siap-siap kepada matawang RM. Komisen yang saya tandakan dengan kotak warna merah tu, sebenarnya dalam USD ya. Nampak sikit, tapi bila convert kepada RM, jadi agak lumayan juga.

Baca lagi disini: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate Lazada

 

(5) Sertai program pengiklanan Google Adsense

Saya dah cerita tentang jual barang fizikal di ebay, promosikan produk-produk digital di Clickbank, kemudian jual kemahiran sebagai freelancer di fiverr, kali ini saya cerita tentang program pengiklanan pula.

 

Ada satu program yang ditawarkan oleh Google, yang diberi nama Google Adsense. Dalam program ini, peranan kita adalah sebagai penyiar iklan.

panduan-lengkap-google-adsense

Program ini sesuai disertai oleh mereka yang ada website/ blog sendiri ataupun ada Youtube Channel. Jika anda ada salah satu daripada yang saya sebutkan tu, anda dah layak untuk menyertai program pengiklanan ini.

 

Setelah pendapatan anda mencapai USD100, google akan terus bayar ke akaun bank anda. Tugas kita hanya perlu siarkan iklan-iklan dari Google di laman web kita, itu sahaja.

 

Ambik kod dari Google, masukkan dalam website kita, dan selepas itu, kita biarkan iklan tersebut berjalan dengan sendirinya. Pendapatan anda bergantung kepada berapa banyak trafik yang masuk ke laman web anda. Kalau anda ada laman web yang tinggi trafik, maka income dari adsense juga akan lebih tinggi.

 

Senang macam ni, anda download panduan ini dan study.

 

Saya juga beli panduan adsense, untuk bagi betul-betul faham macam mana nak buat duit dari program ini. Kalau anda serius nak belajar teknik yang betul, silalah dapatkan panduan.

 

Kalau anda jenis yang tak kisah, tak payah beli panduan pun tak ada masalah. Sertai program ini, dapatkan kod iklan, letakkan dalam blog/website anda dan teruskan kerja-kerja penulisan macam biasa. Asalkan anda konsisten menulis, dan blog anda sentiasa dikunjungi oleh pelawat, anda pasti akan tetap dapat income dari adsense.

 

Cuma bila ada panduan ini, anda akan belajar perkara-perkara seperti

  1. Kedudukan iklan yang paling sesuai untuk dapatkan lebih banyak income
  2. Dekat mana nak dapatkan sumber artikel kalau tak ada masa nak menulis
  3. Iklan jenis apa yang berikan pendapatan paling banyak

 

Saya percaya, selepas anda menyertai program ini, anda boleh dapat jawapan-jawapan tersebut melalui pengalaman dan sharing dari peserta program yang lain. Google je dan anda akan dapat jawapannya.

 

Tapi kalau nak short cut? Beli je la panduan.

 

 

Ini bukan program buat duit SEGERA atau skim cepat kaya

Apa yang saya ceritakan dalam ini, adalah kaedah-kaedah yang anda boleh lakukan untuk jana pendapatan tambahan, sama ada secara fulltime atau part time.

 

Saya berani jamin, kalau anda buat salah satu daripada apa yang saya senaraikan disini, anda PASTI AKAN DAPAT BUAT DUIT. Cuma perkara yang saya tak boleh nak jamin ialah, berapa banyak, dan berapa cepat.

 

Saya ambil contoh diri saya sendiri. Melalui program adsense yang saya dah tahu sejak dari tahun 2009 lagi. Bila saya join dulu, saya tak pernah rasa duit tersebut. Lebih malang lagi, saya kena banned dan tak boleh siarkan iklan google di laman web kepunyaan saya.

 

Alasannya? Saya ada langgar terma dan syarat.

 

Hujung tahun 2017 yang lepas, saya join sekali lagi menggunakan nama orang lain. Tahun 2018 ini, baru saya dapat income USD100 yang pertama dari program google. Selepas 9 tahun! Baru saya dapat rasa income dari adsense.

 

Mudah-mudahan, percubaan kali ini, rezekinya akan bertahan lebih lama. In Shaa Allah.

 

Hari ini beli panduan, esok terus jana pendapatan?

Benda ini juga tak akan berlaku. Sebelum anda kecewa selepas beli panduan, saya terpaksa beritahu lebih awal. Kalau anda mengharapkan income yang pertama, terus muncul pada hari kedua anda beli panduan, tak kiralah apa panduan sekalipun, juga anda akan kecewa.

 

Panduan yang ada, hanya dapat tunjukkan kepada anda, apa langkah-langkah yang perlu dilakukan. Seterusnya? Anda sendiri yang perlu melangkah dan buat sesuatu. Lepas lalui semua tu, baru akan dapat hasilnya.

 

Saya sekarang, tengah kumpul pendapatan dalam USD melalui Lazada dengan Adsense. Yang lain-lain tu, nampaknya kurang menjadi. Tapi kalau anda nak cuba, apa salahnya. Mungkin anda akan lebih berjaya dari saya.

 

Wallahua’lam.

 

Saya doakan anda juga dapat cepat-cepat langsaikan hutang.

 

The post Hutang dalam RM, cari pendapatan dalam USD appeared first on Blog Sabree Hussin.


Perkara perlu tahu apabila nak menjual barang di Laman Web Shopee

$
0
0

Bila baca tentang peluang buat duit dengan laman web Shopee, mula timbul rasa minat nak berniaga menerusi platform tersebut.

 

Bagi yang turut berminat nak menceburi perniagaan ini, nak cuba nasib jual barang melalui shopee, mungkin anda boleh muat turun panduan ini terlebih dahulu.

berniaga-di-shopee

Anggaplah panduan ini, seperti short cut untuk anda jadi seorang usahawan newbie di laman web shopee yang berjaya. Panduan ini bukan percuma ya. Ada pengeras yang perlu dikeluarkan untuk memiliki panduan ini.

 

Tapi kalau anda rasakan yang anda boleh survive tanpa rujuk panduan ini, juga tak ada masalah. Anda boleh terus ke laman web Shopee dan belajar apa yang perlu sebagai penjual di Shopee menerusi laman web mereka.

 

Pendaftaran sebagai ahli Shopee

Untuk mula menjadi penjual di Shopee, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah daftar sebagai ahli. Proses pendaftarannya mudah sahaja.

 

Anda boleh terus ke laman web Shopee dan klik pada butang Sign Up. Lihat paparan dibawah.

buat-duit-melalui-shopeeProses pendaftaran dia lebih kurang sama dengan mana-mana website. Anda akan diberikan satu borang untuk anda isikan maklumat tentang diri anda.

 

Isikan maklumat tersebut dengan selengkapnya. Bila dah siap isi, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Ini paparan yang anda akan lihat.

tips-meniaga-shopee

Dekat sini, ada beberapa ikon yang anda boleh klik, yang seterusnya akan bawa anda ke pautan yang berkaitan.

 

Jika anda klik pada pautan Shop Settings, anda akan dibawa ke halaman dimana anda boleh ubah nama kedai online anda, masukkan barang, ubah beberapa setting dan sebagainya.

 

Kalau kedai yang masih baru dan kosong, rupa dia macam ni.

contoh-kedai-shopee

Baru daftar, sekitar 8 minit yang lalu semasa artikel ini saya catatkan. Saya pun masih tengok-tengok setting yang terdapat pada kedai online shopee ini.

 

Saya juga masih belum masukkan sebarang produk dalam ini. Kalau anda perasan, shopee ini ada sistem following dan followers. Sistem ini, seakan-akan media sosial. Twitter pakai sistem macam ni.

 

Sambil berniaga di Shopee, boleh kumpul followers. Kalau kedai tu ada banyak followers, maksudnya, kedai online tersebut boleh dipercayai. Orang akan jadi lebih yakin nak berurusan di kedai tersebut.

 

 

Sistem runding harga

Ini satu benda yang agak baru bagi saya.

barang-murah-shopee

Kalau anda aktifkan fungsi “Allow Negotiations” ini, bakal pembeli boleh buat counter offer sekiranya mereka masih berbelah bahagi dengan tawaran harga yang anda paparkan.

 

Biasanya, dalam ramai-ramai pelawat yang tengok barang jualan anda, pasti ada yang nak beli, tapi disebabkan harga yang anda tawarkan diluar kemampuannya, dia akan minta pengurangan harga. Dekat sini, bakal pelanggan tu tadi, boleh buat tawaran harga yang dia mampu.

 

 

Buat iklan di laman web Shopee

Bagus ke buat iklan di laman web Shopee?

 

Saya berpendapat, ianya lebih bagus berbanding buat iklan di media sosial. Logiknya begini. Orang yang masuk ke web shopee ini, memang dah ada niat nak membeli. Cuma dia tak pasti lagi, nak beli dari siapa.

 

Sekiranya orang tersebut, dapat lihat iklan anda terlebih dulu, berbanding iklan milik orang lain, peluang untuk jualan itu pergi kepada anda, sangatlah tinggi.

 

Ini contoh iklan di Shopee.

contoh-iklan-di-shopee

Pada waktu ini, saya sedang cari jam tangan jenama G-Shock. Hasil carian yang tertinggi, menemukan saya kepada beberapa model jam tangan G-Shock, yang ditawarkan dengan harga yang cukup murah.

 

Lagi satu, saya tandakan dengan kotak berwarna merah, supaya anda dapat lihat, yang hasil carian tersebut adalah iklan berbayar. Kemungkinan untuk pemilik kedai tersebut dapat jualan adalah tinggi, sebabnya orang yang buat carian tentang jam tangan G-Shock biasanya memang nak beli jam tu.

 

Walaupun begitu, saya nasihatkan anda untuk berhati-hati dengan tawaran harga murah. Macam kat atas tu, jam tangan G-Shock dijual dengan harga murah, sebab ia bukan jam original. Ianya adalah barang tiruan, atau copy 1:1.

 

Melainkan anda memang tak kisah beli barang tiruan, maka terpulang pada anda. Bawah ni saya kongsikan hasil yang diperolehi oleh penjual yang gunakan ads.

Modal untuk buat iklan cuma RM10 tapi untung yang diperolehi dari iklan tu, boleh dapat balik RM80. Itupun sebab dia ikut panduan yang disediakan disini.

 

Dekat laman web Shopee ini, ada slot khas untuk seller, yang dikenali sebagai Shopee Seller Centre. Dari situ, anda boleh akses ke Seller Education Hub, untuk belajar sendiri perkara-perkara yang anda perlu tahu untuk jadi seller yang berjaya di Shopee.

 

Namun biasalah… kalau belajar sendiri dari website rasmi memang boring sikit. Lebih seronok dan excited kalau belajar dari panduan yang disediakan oleh orang lain. Nak tanya-tanya itu ini pun senang.

 

Jadi apa tunggu lagi? Muat turun je la panduan ini. At least, nanti tak perlu nak buat eksperimen sendiri, belajar dan baca apa yang tak perlu. Dengan panduan tu, boleh belajar terus dari seller shopee yang ada pengalaman.

 

Lagi senang.

 

Pertimbangkanlah ya…

 

Saya doakan semoga anda berjaya bina perniagaan online dengan shopee!

 

The post Perkara perlu tahu apabila nak menjual barang di Laman Web Shopee appeared first on Blog Sabree Hussin.

Soalan sensitif semasa pergi beraya – Apa nak jawab?

$
0
0

“Ko tak pergi raya ke?”

“Tak.”

“Kenapa?”

“MALAS. Penat la nak jawab soalan-soalan mak cik bawang nanti…

pakcik-bawang

Tak nak pergi beraya jumpa sanak-saudara, sebab tak tahan dengan “soalan-soalan yang sensitif”? Tapi, soalan yang sensitif tu, macam mana sebenarnya?

 

Apa yang sensitif pada kita, mungkin biasa-biasa pada orang lain. Malahan, sesetegah orang, dia tak tau pun, yang soalan yang ditanyakan itu adalah soalan yang kita anggap ia sebagai sensitif secara peribadi.

 

Saya kira, ini adalah contoh-contoh soalan sensitif, yang kita rasa cukup berat nak jawab.

(1) Dah kahwin ke belum?

(2) Kenapa tak kahwin lagi?

(3) Dah ada anak? Anak dah berapa orang sekarang? Bila nak tambah anak lagi?

(4) Kerja apa sekarang? Sekarang kerja kat mana?

(5) Kenapa masih tak kerja lagi?

(6) Periksa hari tu dapat nombor berapa?

 

Tak kira usia, sama ada tua atau muda, kita tak akan terlepas daripada ditanyakan soalan-soalan macam ni. Kita rasa, soalan tu sangat tak kena. Tapi entah kenapa, masa pergi ziarah raya, soalan itu yang ditanyakan.

 

Peliknya, bukan satu rumah yang tanya macam tu… hampir setiap rumah yang kita pergi, akan tanya soalan yang sama.

 

 

Kerja apa sekarang?

Soalan ini, paling susah nak jawab. Saya dah agak, mesti akan ada yang tanya saya, apa kerja yang saya buat sekarang ini.

 

Jadi saya dah standby dengan beberapa set jawapan.

Saya kerja dengan Lazada Malaysia. Kerja marketing.

 

Soalan tentang kerja ni, kadang-kadang orang yang bertanya tu nakal juga. Sibuk pulak dia nak tahu, berapa gaji yang boleh dapat bila kerja kat tempat macam tu.

 

Selalunya saya akan cakap, gaji tu private and confidential. Tapi Alhamdulillah, cukup untuk hidup, beli benda untuk makan, pakai dan tempat tinggal.

 

Sebelum dia nak panjangkan lagi topik ini, cepat-cepat tanya soalan balas pada dia. Kita ubah direction perbualan tu kepada benda lain. Misalnya, kita pula tanya pasal kucing dia ke, perhiasan dalam rumah dia, dan sebagainya.

 

Pegang benda ni.

“Ko tanya aku satu soalan, maknanya ko kena jawab satu soalan dari aku.”

 

Lakukan secara harmoni, In Shaa Allah tak ada rasa sakit hati.

 

Dia jadi soalan meleret-leret, sebab kita yang biarkan diri kita berada dalam posisi kena soal. Perbualan yang sihat, bersifat dua hala. Dia tanya, kita jawab. Kita dah jawab apa yang ditanya, kita tanya balik soalan kepada yang bertanya.

 

Tapi kalau lepas kita jawab, kita diam… ini akan buatkan tuan rumah rasa awkward. Sebagai tuan rumah, sudah tentu dia tak nak tetamu rasa tak selesa. Tiba-tiba ada silent moment. Benda jadi tak syok. Untuk mengisi kekosongan itu, dia akan tanya apa-apa soalan yang terlintas di fikiran, dan biasanya ia berlaku secara spontan.

 

Benda-benda spontan ini, kadang-kadang yang keluar dari mulut tu, benda yang elok, dan sadly… ada ketikanya yang keluar dari mulut adalah benda yang tak berapa best.

 

Jadi, wahai insan yang merasakan diri tu cerdik, lepas ni bila berkunjung ke rumah orang, kena siap sedia dengan apa-apa kemungkinan.

 

Bila kena soal, kita jawab. Lepas kita dah jawab, kita soal balik apa-apa perkara. Tolong jangan jadi manusia kurang ajar.  

 

Saya pernah baca di media sosial, boleh pulak ada orang ni ajar, nanti kalau ada yang tanya, “ko bila nak kahwin?” ko tanya la kat dia “makcik ni bila nak meninggal?”

Jodoh pertemuan itu urusan Allah.

Ajal maut juga urusan Allah.

Semua tu rahsia Allah.

Tak kan kita nak jadi tuhan atau kita boleh tahu apa yang diaturkan oleh tuhan kepada kita.

 

 

Walaupun jawapan tu ada betulnya, tapi saya rasa itu bukan cara yang baik. Hari raya, kita nak saling bermaafan, hubungkan semula ikatan silatur rahim, dan saling kenal-mengenali dengan saudara yang dah lama tak jumpa. Tak kan kita nak dikenali sebagai seorang manusia yang kurang ajar dan tak ada adab?

 

Lagi satu, bila kita datang beraya beramai-ramai ni, selalunya tuan rumah cuma akan tanya satu dua soalan je. Lepas tu, dia akan beralih kepada orang lain pulak. Ini bukan sesi soal siasat, yang mana anda kena jawab 20 soalan atau lebih dalam satu-satu masa. Tenang-tenang sahaja ya.

 

Tuan rumah buat bodoh langsung tak layan

“Assalamualaikum, kami datang nak beraya.”

“Waalaikumussalam, masuklah.”

 

Lepas tu tuan rumah sambung tengok tv. Sambil-sambil tengok tv, dia main handphone. Langsung tak pelawa untuk makan kuih-kuih raya yang dihidangkan. Suruh minum pun tak.

 

Kami terpinga-pinga. What should we do?

 

Kejadian ini memang betul-betul berlaku pada saya. Datang beraya rumah orang. Orang yang saya nak jumpa, tengah sibuk dengan satu urusan.

 

Tuan rumah yang jemput masuk, langsung tak layan kami. Jemput makan dan minum pun tak ada. Ko nak tuan rumah yang macam ni?

 

Ibarat macam kita ni datang rumah orang SEBAB LAPAR NAK MAKAN. Kalau dah habis makan, boleh berambus. Di mana semangat dan hikmah amalan kunjung mengunjung apabila berhari raya kalau begini?

 

 

Orang muda dengan akaun media sosialnya, orang tua ada apa?

Jangan kecil hati, dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh orang-orang tua. Mereka tak ada akaun media sosial kebanyakkannya. Mereka tak dapat nak ikuti perkembangan kita di facebook, instagram dan sebagainya.

 

Jadi, mereka terpaksa tanya sendiri pada kita.

 

Hakikatnya, walaupun yang muda-muda ni ada media sosial, berapa ramai yang terhegeh-hegeh nak ikuti perkembangan ko? Ko ingat ko siapa? Selebriti ke orang nak follow?

 

Orang muda pun tak ingin nak ambik tahu pasal ko di media sosial. Bersyukur la sikit, bila ada yang nak buka mulut, bertanya dan ambil berat pasal diri tu.

 

Apakah masalah masyarakat kita ini sebenarnya adalah terlalu cepat bersangka buruk?

 

Apa sebenarnya tujuan mereka bertanya?

Pernah tak kita fikir, apa sebenarnya tujuan mereka bertanya? 

 

Dalam salah satu rumah yang saya pergi, ada yang tanya, “kerja apa sekarang?” 

Pada masa tu, saya kata saya buat bisnes sendiri. Saya tawarkan servis.

 

Bila saya kata saya jual servis, dengan tak semena-mena, dia jadi sangat berminat nak tahu dengan lebih detail apa servis yang saya buat. Rupa-rupanya, sebab anak bongsu dia juga bekerja sendiri. Anak bongsu dia pula tawarkan servis maintenance aircond.

 

Mungkin dia fikir, kalau sama-sama buat bisnes, dan kebetulan bisnes tu sama, boleh gabung untuk bina perniagaan yang lebih besar dan stabil. Logiknya begini, untuk orang yang ada minat yang sama, jika bekerja bersama-sama, boleh pergi lebih jauh.

 

Kos operasi, risiko perniagaan juga dapat dikurangkan. Sama-sama sumbang tenaga dan kepakaran untuk matlamat yang satu. Dalam keadaan ini, ia lebih baik daripada ambik pekerja, yang mungkin matlamat akhir cuma nak makan gaji semata.

 

Mungkin, itulah agaknya yang difikirkan.

 

Tapi saya punya servis, mana sama dengan sevis anak dia. Saya ofer servis penulisan, servis advertorial dan sebagainya. Kalau nak saya uruskan bahagian pemasaran, itu bolehlah. Kalau nak saya buat kerja yang sama, macam apa yang anak dia buat, saya rasa itu mustahil. Saya tak ada kepakaran tu.

 

Bila kita tahu apa tujuan mereka…

Ya, kita rasa marah dengan soalan-soalan tu semua, sebab kita tak tahu dan tak nampak, apa tujuan mereka ni tanya.

 

Ini berlaku selalunya sebab kita tak betul-betul kenal orang yang bertanya tu.

 

Orang yang tanya kat kita, kerja apa sekarang ini? Mungkin sebab dia nak tolong bagi kita kerja, kalau kita masih belum ada kerja.

 

Anda yang baca perkongsian saya ni, dah ada kerja? Kerja ok tak? Nak cari kerja lain yang lebih baik? Tahu tak nak cari kat mana? Kalau tak tau, cuba layari laman web ini dan tengok-tengok peluang kerja kat situ.

 

Ada banyak orang yang begini. Niat dia baik. Cara dia mungkin tak berapa kena dengan kita. Akhirnya, kita rasa tak selesa dengan dia. Tapi kalau kita betul-betul kenal dia, kita tak akan ambik hati punyalah… melainkan kalau kita ni memang jenis hati tisu.

 

 

Seronoknya bila ada orang ambik berat hal kita…

Seronokkan, bila ada orang ambik berat hal kita? Atau anda lebih suka, orang langsung tak pedulikan kita.

 

Entahlah… lain orang lain pendapat, kan? Saya suka kalau pergi beraya rumah orang, tuan rumah tu ambik sedikit masa, untuk tanya kita soalan.

 

Tuan rumah, biasanya orang tua. Orang-orang tua di kampung saya, kebanyakkannya memang tak pergi beraya. Mereka ni lebih kepada duduk di rumah dan tunggu tetamu yang lebih muda untuk datang jenguk dia.

 

Tengah tuan rumah sibuk sembang-sembang dengan ahli keluarga kita yang lebih tua, misalnya sembang dengan ayah kita, mak kita, tiba-tiba dia pandang kita dan tanya soalan.

 

Dia punya feeling, fuh… rasa dihargai beb. Kiranya dia awknowledge kewujudan kita, dia anggap kita sebagai tetamu dia, dan dia sedang menyantuni kita sebagai tetamu. Dia yang tua, sanggup untuk turunkan ego dia, dan dia yang mulakan tegur kita.

 

Saya memang tak berapa pandai nak bersembang dengan orang yang lebih tua, nak mulakan perbualan pun tak reti sangat. Tapi kalau dah mula bersembang, memang lama baru berhenti.

 

Cuma berpesan-pesan…

Hari raya, kita ambil peluang ini eratkan semula hubungan yang terpisah. Tak perlu nak sentap-sentap bagai. Lagipun, kita bertemu dan bersua muka bukan selalu.

 

Tahun ni kita berjumpa, tahun depan tak tentu lagi. Bagi anak muda yang tinggal di perantauan, mungkin hanya akan pergi beraya dua atau tiga tahun sekali di kampung. Maklumlah, ada sistem penggiliran beraya di rumah keluarga sendiri dengan keluarga mertua.

 

Kalau yang ada lebih dari satu mertua macam mana? Sama la. Kena bergilir.

 

Kita saling berpesan-pesan dan sama-sama mengingatkan. Saya pun tulis semua ini, untuk menginsafi diri sendiri juga.

 

Memanglah saya akui, dalam kalangan keluarga kita, atau sanak saudara kita, bukan semuanya cerdik-cerdik belaka. Memang akan ada yang jenis sakit mental atau mulut puaka. Kita dah tahu memang tu sikap dia, nak ambik hati lagi buat apa? 

 

Maafkan dia, dan move on.

 

Ada banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih penting, dan orang-orang baik yang kita nak jumpa di hari raya kali ini. Siapa tahu, ini merupakan raya terakhir kita saling bermaaf-maafan!

 

 

The post Soalan sensitif semasa pergi beraya – Apa nak jawab? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Jual barang secara online jadi lebih mudah dengan Teknik Copywriting

$
0
0

Antara jual barang secara online dengan jual secara offline, ataupun face to face dengan bakal pelanggan, mana satu yang lebih mudah?

 

Kedua-duanya saya pernah buat. Saya rasa, seronok juga bila dapat bertentang mata dengan bakal pelanggan. Kita boleh lihat reaksi dia. Kita boleh baca bahasa tubuhnya, sama ada dia suka atau tidak dengan apa yang kita ceritakan tentang produk yang kita nak jual.

 

Saya rasa, bila kita dapat jumpa dengan bakal pelanggan, boleh face to face, kalau tak dapat nak jual barang sekalipun, kita masih ada peluang untuk jadi kawan. Dia tak beli hari ini? Tak apa, mungkin esok lusa, bila dia teringat pada kita, dia akan hubungi kita semula dan buat tempahan.

 

Cuma saya rasa, jual secara berdepan ni, agak memenatkan.

Bagaimana kedudukan yang paling sesuai untuk buat persembahan jualan?

  1. Adakah dengan gaya duduk bertentangan?
  2. Bagaimana kalau duduk bersebelahan?
  3. Patut atau tidak menggunakan kaedah presentation macam dalam kelas?
  4. Apa yang kita patut cakap kepada bakal pelanggan?
  5. Bila masa yang sesuai untuk set up appointment?
  6. Lokasi kat mana yang sesuai untuk berjumpa? Di ofis? Kedai makan?
  7. Jika jumpa di kedai makan, siapa yang nak bayar bil?

 

Eh macam-macam pulak nak kena fikir… Kadang-kadang tu, kita dah susah payah nak cari masa yang sesuai, yang mana kita sama-sama free dan boleh berjumpa. Tapi bila dah sampai masa yang dijanjikan, salah seorang tak muncul. Ataupun, datang lambat…

 

Macam-macamlah alasan… ada kemalangan atas jalan raya, ada roadblock dan macam-macam hal lain.

 

 

Nak menjual kepada 400 orang yang berbeza…

Ini merupakan satu cabaran yang agak besar.

 

Kalau anda merupakan jurujual yang berpengalaman, anda mungkin boleh gunakan style presentation dengan bantuan penggunaan slide PowerPoint dan sebagainya. Ala… sama macam yang sifu-sifu marketing gunakan untuk jual seminar tu.

 

Mula-mula dia tawarkan seminar percuma dalam topik tertentu. Bila ada peserta yang daftar, dan seminar percuma selama satu hari itu pun dijalankan, dia akan gunakan peluang ini untuk jual seminar berbayar dengan pakej-pakej tertentu.

 

Kalau yang hadir ke seminar percuma ada lebih 1,000 orang, dan daripada jumlah tersebut, ada 400 orang yang daftar untuk ke seminar lanjutan yang berbayar, maka kat sini, anda dah berjaya jual satu produk dengan hanya melakukan satu usaha persembahan jualan.

 

Tapi berapa ramai yang boleh dan mampu gunakan kaedah seperti ini? Saya percaya, tak ramai. Kebanyakkan kita (termasuk saya) kalau nak jual produk secara berdepan kepada 400 orang yang berbeza, saya mungkin terpaksa ulang persembahan jualan yang sama sebanyak 400 kali.

 

No wonder sesetengah salesman yang kita temui, cukup petah berkata-kata, dan sangat lancar melakukan persembahan jualan. Boleh jadi, sepanjang kariernya, dia dah ulang skrip dan dialog yang sama, sekurang-kurangnya 1,000 kali!

 

Saya rasa, saya tak ada energi sebanyak tu.

 

Sebab itu, saya lebih suka, kalau nak buat jualan, saya buat secara online sahaja. Tulis-tulis dalam blog, kemudian siarkan. 

 

Artikel yang dah siap tu, kemudiannya saya kongsikan di media sosial yang saya kendalikan. Saya akan cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1,000 views untuk artikel yang saya tulis khusus untuk jual barang.

 

Adakah ianya mustahil? Sudah tentu tak mustahil. Artikel ini, yang saya tulis khusus untuk jual perkhidmatan kereta sewa di Sabah dan homestay bajet telah memperolehi jumlah views sebanyak 7,000 lebih.

kereta-sewa-bajet-sabah

Artikel ini, saya tulis SEKALI SAHAJA.

 

Seterusnya, saya promosikan artikel tersebut menggunakan teknik-teknik pemasaran yang saya tahu. Saya cuba dapatkan seberapa banyak views atau trafik yang boleh, untuk masuk ke blog tersebut dan baca artikel yang saya tulis.

 

Saya diberitahu, oleh pemilik perniagaan homestay bajet dan kereta sewa di Sabah yang saya promosikan tu, sekurang-kurangnya dah ada 10 orang yang menjadi pelanggan dia, hasil daripada artikel yang saya tulis tu.

 

Jumlah sebenar mungkin lebih ramai, sebab dalam ramai-ramai pelanggan yang dia dapat tu, mungkin ada yang lupa, kali pertama dia dengar pasal perkhidmatan tersebut, adalah setelah dia baca blog saya. Tak apa, itu kita tinggalkan dulu.

 

 

Menjual secara online menggunakan perkataan

Saya berpendapat, adalah lebih mudah untuk menulis sekali dan seterusnya dapatkan 400 orang untuk baca apa yang saya dah tulis, berbanding cari 400 orang, dan cakap benda yang sama kepada 400 orang ini.

 

Kadang-kadang, saya juga pernah alami rasa seperti tak tahu nak tulis apa, apabila menghasilkan artikel jualan.

koleksi-ayat-power

Setiap kali saya alami benda tersebut, saya akan rujuk Kamus Copywriting yang mengandungi 1500++ frasa copywriting ini.

 

Ya, sampai sekarang ini, saya masih lagi rujuk kamus copywriting ini.

 

Orang yang menjual secara offline, kadang-kadang akan alami juga keadaan yang mana dia tak tau nak cakap apa. Begitu juga keadaan yang saya alami apabila jual secara online. Saya juga kerap kali berada dalam keadaan tak tau nak tulis apa.

 

Tahu tak, apa bahagian paling sukar apabila nak mula menjual menggunakan perkataan atau penulisan ini?

 

Lain orang, lain cabarannya. Pada saya, bahagian yang paling sukar adalah untuk menulis ayat pendahuluan. Ayat pendahuluan ini juga, adakalanya dipanggil sebagai ayat headline.

 

Kalau ayat headline langsung tak menarik, jangan harap pembaca akan beri perhatian terhadap apa yang kita tulis. Satu ketika dulu, semasa saya masih belum belajar tentang teknik copywriting ini, saya akan mulakan artikel dengan ayat-ayat seperti

Assalamualaikum dan salam hormat…

Bismillahirrahmanirrahim…

Pada suatu hari…

 

 

Jangan salah anggap ya, ayat-ayat tersebut tak ada masalah. Sebenarnya, memang bagus kalau mula menulis dengan memberi salam. Itu juga satu perkara yang baik disisi agama.

 

Tetapi, matlamat kita adalah untuk buat jualan. Dari segi copywriting, sebaiknya kita terus fokus kepada apa yang kita nak sampaikan.

 

Adalah lebih baik, kalau kita mulakan terus penulisan kita tu dengan bertanya soalan yang spesifik, yang kita tahu, kita ada penyelesaiannya.

 

Pada hari ini, saya lebih banyak membuat jualan secara online melalui artikel-artikel yang saya hasilkan. Alhamdulillah. Rasa macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.

 

Kalau anda rasa, saya ni tipu je dan tak boleh dipercayai, saya tak salahkan anda. Malahan, kalau saya yang pada hari ni, cakap benda yang sama kepada diri saya pada tahun 2009 dulu, iaitu ketika baru nak mula menceburkan diri dalam pemasaran online, saya juga mungkin tak akan percaya dengan apa yang saya baca atau dengari.

 

Selagi tak lalui sendiri pengalaman tersebut, memang susah untuk terus percaya. Mujurlah, satu ketika dulu, saya buat keputusan untuk pelajari teknik penulisan copywriting ini. In Shaa Allah, teknik penulisan ini, boleh digunakan untuk jual apa sahaja produk ataupun perkhidmatan dalam dunia ini.

 

Cuma… larat ke nak buat artikel banyak-banyak? ha ha

 

 

The post Jual barang secara online jadi lebih mudah dengan Teknik Copywriting appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kerja dari rumah yang memerlukan kemahiran menaip serta menulis

$
0
0

Tahukah anda, jika anda mempunyai kemahiran untuk menghasilkan artikel, dalam lingkungan 600-1,000 patah perkataan, anda sebenarnya sudah boleh mula untuk bekerja dari rumah dan jana pendapatan daripada kerja-kerja tersebut.

 

Kalau anda buat kerja-kerja ini dengan sepenuh hati, anda berkemungkinan akan dapat hasilkan kejayaan yang lebih baik, berbanding anda jual macam-macam produk di FB atau lain-lain media sosial. Misalnya jual tudunglah, jual pil kurus, set barangan kecantikkan dan lain-lain lagi.

 

Sebaliknya, dengan hanya menulis, anda boleh capai kejayaan yang lebih cemerlang.

Tetapi, bagaimanakah caranya? Macam mana nak buat duit dengan menulis artikel tu? Sila teruskan pembacaan, dan nilaikan sendiri apa yang bakal saya kongsikan dalam ni. Jika ianya masuk akal dan sesuai dengan anda, silalah praktikkan.

 

Apa yang saya cerita ini, sebahagiannya adalah daripada pengalaman saya sendiri, yang menggunakan skil menulis untuk cari rezeki di internet… Manalah tahu, kalau ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini, yang masih tak tau nak buat apa bagi menambahkan pendapatan, mungkin boleh ikuti apa yang saya telah lakukan sebelum ni.

 

Buat kerja-kerja penulisan dari rumah

Sebenarnya kalau nak menulis ni, kat mana-mana pun boleh. Ikut pada kesesuaian dan keselesaan. Ada orang, dia boleh fokus dan dapatkan mood nak menulis apabila berada ditempat yang sunyi, misalnya macam dekat library atau dalam bilik tidur.

 

Ada orang, dia lebih mudah mendapat idea serta ilham kalau berada ditengah-tengah masyarakat. Sambil memerhatikan gerak-geri orang yang lalu lalang, sambil itu idea datang melimpah. Orang macam ni, sesuailah kalau nak menulis di taman, di restoran dan sebagainya.

 

Tempat untuk anda menulis tu… saya serahkan pada anda. Idea ni boleh datang tiba-tiba dan boleh hilang entah ke mana. Jadi, kalau yang nak mula menulis tu, kalau boleh sentiasa siap sedia dengan peralatan untuk catit idea yang datang sepintas lalu.

 

Kadang-kadang tengah mandi, tiba-tiba datang idea untuk menulis. Ataupun semasa tengah memandu, datang ilham untuk menulis. Kalau keadaan tak sesuai, boleh minta tolong kawan untuk catatkan idea segar yang baru diperolehi. Bukan nak suruh buat artikel penuh, just catatkan keyword sahaja, yang penting kita tak terus lupa dan kehilangan idea tersebut.

 

Bagaimana cara nak dapatkan seseorang yang berminat untuk bayar kita untuk menulis?

Mungkin ini adalah antara soalan yang terlintas difikiran anda.

 

Dari mana duit tu akan datang? Kemahiran menulis tu memang dah ada. Lagipun saya percaya setiap orang yang bersekolah, pasti pernah belajar cara-cara untuk menulis. Cuma mungkin kurangnya pendedahan, jadi ramai yang tak tau, hasil penulisan kita tu sebenarnya ada nilai dan boleh dijual.

 

Jadi kat sini, saya nak ambil peluang ini untuk kongsikan beberapa perkara yang saya tahu, mampu bantu anda untuk buat duit sebagai penulis.

 

 

Dapatkan pelanggan yang inginkan khidmat penulisan anda dari laman web fiverr

Laman web Fiverr.com merupakan sebuah laman web jual beli perkhidmatan yang cukup popular didunia. Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang freelancer untuk melakukan kerja-kerja tertentu, anda boleh ke laman web ini dan pilihlah mana-mana freelancer yang anda rasakan sesuai dengan tugasan yang anda mahukan.

 

Menariknya di Fiverr ini ialah, setiap freelancer yang anda boleh pilih, mengenakan bayaran untuk kerja mereka dengan harga dari serendah USD5. Jika kerja tersebut mudah sahaja, maka jumlah yang perlu bayar ialah USD5 sahaja.

 

Jika kerjanya agak complicated, maka bayarannya juga akan jadi lebih mahal. Tetapi disini, ia bermula dengan caj serendah USD5.

 

Sekiranya anda ingin menjual hasil kerja penulisan anda di fiverr.com, ini adalah antara kategori penulisan yang anda boleh tawarkan.

kerja-dari-rumah

Ini antara jenis dan kategori kerja yang anda boleh pilih yang bersangkut paut dengan kerja menulis

  1. Resumes & Cover Letters
  2. Proofreading & Editing
  3. Translation
  4. Creative Writing
  5. Business Copywriting
  6. Research & Summaries
  7. Articles & Blog Posts
  8. Press Releases
  9. Transcription
  10. Legal Writing

 

 

Cabang bagi bidang penulisan ini memang begitu luas. Kalau kita jadikan fiverr sebagai contoh, ada sekurang-kurangnya 10 cabang penulisan yang boleh kita ceburi. Saya percaya sebenarnya ada banyak lagi.

 

Ini satu berita baik, sebabnya kalau anda tak begitu berjaya dalam menawarkan servis penulisan resume dan cover letter, setidak-tidaknya masih ada cabang lain yang boleh diterokai.

 

Hasilkan artikel dan jual

Untuk buat benda ni, ada dua kaedah yang saya boleh syorkan.

 

Pertama, tulis beberapa artikel berkenaan topik tertentu dan jual beserta dengan lesen jualan semula.

Kedua, tulis artikel yang berkesinambungan dan pakejkan ia dalam bentuk ebook lalu jual.

 

(1) Tulis artikel dan jual

Anda tulis dalam 20 buah artikel. Artikel tu pula dalam topik seperti insurans, kesihatan, kecantikkan dan sebagainya. Pilih apa-apa topik. Bila dah ada dalam 20 artikel tu, anda boleh cuba approach pemilik website yang menulis artikel dalam topik yang lebih kurang sama.

 

Berikan sampel artikel kepada pemilik website tersebut untuk dibuat penilaian. Jika dia suka dengan cara penulisan anda, dari segi kualiti, informasi, kekemasan, mudah untuk difahami, mereka pasti tak teragak-agak untuk beli artikel anda.

 

Artikel itu nanti berkemungkinan akan digunakan bulat-bulat, dan disiarkan diwebsite miliknya. Ataupun artikel akan diubah suai serba sedikit sebelum disiarkan dalam website miliknya.

 

Artikel yang sama, anda boleh jual kepada orang lain pula. 

 

(2) Tulis ebook dan jual

Kenalpasti masalah dan tulis ebook yang mampu selesaikan masalah tersebut. Lagi besar masalah yang anda ingin selesaikan, maka lagi tinggi nilai ebook tersebut. Namun kena pastikanlah cadangan penyelesaian yang anda syorkan dalam ebook tu memang betul-betul boleh selesaikan masalah. Bukan sekadar teori atau perkara-perkara umum semata.

 

Tulis artikel bagi pihak orang lain

Pada satu hari, saya terdengar kata-kata salah seorang kenalan saya. Kata dia “menulis tu senang je…”

 

Saya tak berapa setuju dengan kata-kata tersebut. Tapi, disebabkan saya tak berminat nak berbalah, jadi saya diamkan sahaja, dan biarlah dia pegang dengan kata-kata tersebut. Namun bagi saya, yang memang bekerja dalam bidang penulisan ini, saya merasakan menulis tidaklah begitu senang.

 

Memang ada masanya, kita ada banyak idea dan boleh menulis dengan sangat lancar. Tapi kadang-kadang, akan muncul satu hari yang kita langsung tak boleh menulis. Kalau dipaksa-paksa menulis juga, kemungkinan artikel yang bakal dihasilkan langsung tak ada kualiti.

 

Perkara ini berlaku kepada semua orang, sama ada kepada penulis yang berpengalaman ataupun kepada penulis baru. Bagaimana pula dengan penulis yang buat kerja secara sambilan? Kalau ada masa dia baru nak menulis… kalau tak ada masa, maka tak menulis.

 

Ini sebenarnya adalah peluang yang baik kepada anda.

 

Ghostwriter

Bukannya Ghost Rider lakonan Nicolas Cage tu. Maksud istilah ghostwriter ni ialah, anda menulis bagi pihak orang lain. Anda menggunakan identiti orang tersebut, anda menulis dengan gaya dan lenggok bahasa individu tersebut, namun bukan dia yang menulis.

 

Sesetengah penulis, dia ada terlalu banyak projek, sampaikan projek sedia ada terpaksa ditangguhkan. Misalnya penulis blog. Ada penulis blog yang mempunyai sampai 5 – 10 blog. Namun hanya 1 – 2 blog sahaja yang betul-betul aktif dan sering dikemaskinikan dengan artikel terbaru.

freelance_blogger

Anda boleh baca buku yang ditulis oleh Aqif Azizan dalam posting saya yang sebelum ini berjudul Buat Duit Dengan Freelance Blogging. Saya juga pernah ditawarkan tugasan untuk menulis di blog orang lain dengan bayaran tertentu. Namun saya terpaksa tolak. Saya sendiri ada banyak blog yang tak sempat nak update. Tiba-tiba nak update blog orang lain? Memang tak la…

 

Menjadi ghostwriter, tidak terhad semata-mata untuk menulis diblog sahaja. Ianya boleh diperluaskan lagi seperti menulis ebook, novel, research paper dan banyak lagi.

 

bekerja_dari_rumah

 

Menulis artikel yang boleh memberikan jualan kepada orang lain

Kalau anda dapat fokus untuk buat kerja-kerja penulisan bagi membantu syarikat tertentu untuk hasilkan jualan, saya boleh katakan dari pengalaman saya sendiri, kerjanya memang tak akan habis. 

 

Bagaimana anda akan dibayar? Mula-mula kita perlu sertai syarikat tersebut sebagai seorang ejen pemasaran atau ejen affiliate.

 

Apabila pendaftaran telah diterima, anda boleh mula menulis tentang produk yang dijual dilaman web milik syarikat tersebut. Saya nak ambil contoh syarikat Lazada Malaysia. Anda boleh sertai team affiliate Lazada dan mula buat duit bersama syarikat tersebut.

 

Anda tahu, ada berapa banyak produk yang dijual di laman web Lazada? Saya pun tak tahu. Mungkin ada lebih satu juta produk dalam tu. Kalau anda rajin, cubalah tulis artikel untuk setiap produk yang dijual di Lazada.

 

Artikel tersebut, anda boleh tulis dalam blog atau di FB. Tapi saya lebih suka kalau tulis di blog. Lepas dah tulis di blog, baru promosikan link artikel blog tu di FB.

 

Asalkan artikel yang kita tulis tu ada yang baca, pasti dalam ramai-ramai pembaca tu nanti akan ada yang tekan klik pada link promosi kita lalu buat pembelian. Kalau tak buat pembelian pada hari yang sama sekali pun, berkemungkinan dia akan beli kemudian.

 

Bila berlaku pembelian, maka kita juga yang akan dapat untung dalam bentuk komisen. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula fokus pada cabang ini.

 

Saya menulis untuk membantu syarikat yang saya percaya, untuk dapatkan jualan. Pada hari ini, artikel-artikel yang pernah saya tulis, menyumbangkan pendapatan kepada saya secara pasif. Walaupun saya tak buat apa-apa, artikel-artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, masih lagi menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

Saya percaya, bila kita nak buat duit dengan menulis ni, kita kena fikirkan tentang pendapatan kita juga. Bila cakap bab penjanaan pendapatan pula, ada dua jenis pendapatan yang perlu kita tahu, iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

 

Pendapatan aktif melalui penulisan ini akan kita perolehi apabila kita berjaya jual artikel-artikel yang pernah kita tulis atau jual servis penulisan tu sendiri.

Bagi pendapatan pasif pula, melalui cabang penulisan, ia boleh terhasil apabila artikel yang pernah kita tulis dan siarkan di laman web kepunyaan kita, berjaya membuatkan pembaca membuat pembelian secara online.

 

Jadi, tunggu apa? Go write something and make money!

 

 

The post Kerja dari rumah yang memerlukan kemahiran menaip serta menulis appeared first on Blog Sabree Hussin.

Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula

$
0
0

Apakah sebenarnya terdapat rahsia kejayaan dalam menjalankan bisnes homestay di Malaysia? Jika benar ada rahsia, apakah agaknya rahsia kejayaan tersebut?

 

Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup sukar untuk dapatkan penyewa, walaupun hanya untuk satu malam dalam sebulan.

iklan-terbaik-pernah-dihasilkan

Bagi orang yang dah lama menjalankan bisnes homestay, mungkin mereka akan dapati apa yang saya kongsikan dalam ini, adalah common sense sahaja. Itu sebabnya, saya nak tulis artikel ini, dan tujukan ia kepada mereka yang baru nak bermula. Kalau yang dah PAKAR tu, nak baca juga pun boleh, cuma jangan menyesal kalau apa yang saya share dalam ni cuma biasa-biasa je ya.

 

Orang yang baru nak mulakan perniagaan homestay, mungkin terdapat beberapa perkara yang mereka akan terlepas pandang. Maklumlah, bisnes homestay di Malaysia ini biasanya dikendalikan oleh orang perseorangan.

 

Dia yang kena fikir tentang macam mana nak dapatkan tetamu.

Dia kena fikir bab pemasaran.

Dia kena fikir tentang keselesaan.

Dia kena fikir aspek kewangan.

 

Bila semua tanggungjawab terletak pada bahu satu orang sahaja, maka tak hairan kalau ada perkara yang terlepas pandang. Bukannya tak tahu, tapi tak perasan.

 

Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian saya mengenai bisnes homestay ini. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya menginap di beberapa homestay di Malaysia dan sedikit sebanyak saya kongsikan juga beberapa input yang saya perolehi hasil daripada temubual yang saya lakukan terhadap beberapa pemilik homestay, yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini.

 

Anda tak perlu susah payah nak interview pemilik homestay lain, seperti yang pernah saya lakukan. Anda hanya perlu luangkan masa tak sampai lima minit dah cukup, dan cuba hadam apa yang saya kongsikan dalam posting ini.

 

Mana yang anda rasa berguna, sila ambil dan amalkan. Mana yang tak bagus atau anda tak setuju, ketahuilah bahawa saya juga ada kelemahan dan pandangan tersebut mungkin lahir daripada kelemahan yang ada pada diri saya sendiri.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa (untuk menaip), jadi saya akan terus kepada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan bagi memastikan kejayaan anda menjalankan bisnes homestay yang berjaya di Malaysia.

 

 

(1) Pemilihan lokasi homestay yang sesuai

Seperti kebanyakkan perniagaan yang ada di negara kita, faktor pemilihan lokasi adalah faktor yang SANGAT PENTING. Kita mahukan pelanggan kita keluar dari zon selesa mereka dan luangkan masa mereka untuk datang ke tempat kita.

 

Bukan senang nak buat orang lain keluar dari zon selesa mereka… melainkan kita boleh tawarkan satu zon yang lebih selesa, atau sekurang-kurangnya setara dengan zon selesa mereka.

Orang yang biasanya tinggal dalam banglo, agak susah untuk kita yakinkan mereka untuk tinggal dalam homestay yang kita bina dari rumah jenis apartment.

Orang yang memang tinggal di apartment, tak ada masalah untuk kita jemput mereka tinggal di homestay dari rumah kediaman jenis kondo.

 

Homestay kita WAJIB berada di kawasan yang STRATEGIK. Lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan orang ramai, sama ada tempat itu mesti akan dikunjungi oleh ramai orang setiap minggu atau setiap kali musim cuti, atau setidak-tidaknya setiap kali berlaku peristiwa tertentu.

 

(2) Reputasi yang boleh dimanfaatkan

Topik mengenai reputasi ini adalah sambungan bagi poin sebelum ini. Apakah reputasi tempat tersebut yang anda boleh manfaatkan? Saya bagi contoh ya.

 

(i) Kawasan tarikan pelancongan

Jika kawasan tertentu memang terkenal dengan aktiviti pelancongan, maka ini adalah satu sebab yang cukup kukuh untuk jalankan bisnes homestay disitu.

ladang-teh-boh-sungei-palas

Contohnya macam di Cameron Highland, kalau hujung minggu atau masa cuti, memang penuh sesak dengan pengunjung.

 

(ii) Kawasan tumpuan perniagaan

Adakah dikawasan anda ada tempat shopping yang popular? Kalau ada, maka orang boleh datang untuk shopping dari pagi sampai malam, menginap di homestay anda satu malam dan balik keesokkan harinya. Tak perlulah nak tergesa-gesa bila membeli-belah.

Ataupun mungkin kawasan anda terdapat syarikat-syarikat besar beroperasi disekitarnya. Orang dari luar yang datang untuk mesyuarat, atau urusan rasmi, boleh dijadikan sasaran untuk menjadi pelanggan anda.

 

(iii) Kawasan institusi pendidikan

Sesuai untuk kawasan yang berdekatan dengan tempat belajar, seperti ada universiti, kolej, sekolah berasrama dan sebagainya. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak-anak, boleh datang dan menginap di homestay anda.

 

(3) Jelas dengan sasaran pelanggan atau target market

Anda nak buat bisnes homestay ni, anda sebenarnya dah buat kajian ke? Siapa sebenarnya pelanggan sasaran yang anda mahukan? 

 

Apabila anda dah jelas dengan “siapa pelanggan yang anda target” maka setiap keputusan yang akan anda buat dimasa akan datang, pastinya akan berkait rapat dengan persoalan ini.

 

Bagi kelangsungan perniagaan, sudah tentu anda tak boleh hanya mensasarkan pelanggan yang ada disekeliling anda sahaja. Anda perlu luaskan lagi capaian pelanggan anda. Kalau sebelum ini, anda hanya bergantung kepada penggunaan kain rentang, fliers, dan papan tanda semata, maka untuk masa yang akan datang, anda perlu usaha lebih lagi.

 

Pemasaran kategori offline ini, hanya akan dapat dilihat oleh mereka yang berada disekitar anda sahaja. Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan, sudah tentu anda perlu lakukan pemasaran secara online.

 

Gunakan media sosial. Gunakan laman web, blog dan sebagainya, untuk mendapatkan pelanggan yang ingin menginap di homestay milik anda.

Bagi segmen media sosial, yang popular adalah seperti Facebook, Instagram dan twitter.

Wujudkan akaun khas untuk tujuan promosi bisnes homestay anda.


Bina laman web untuk perniagaan homestay anda

Jika masih belum ada modal untuk buat laman web yang profesional, boleh mulakan dengan yang percuma menggunakan servis dari blogger.com dan juga wordpress.com


Buat blog khusus untuk promosikan bisnes homestay anda

Anda boleh bina blog percuma juga menggunakan servis dari blogger.com dan juga wordpress.com. Sekiranya anda bimbang tak ada masa untuk selalu kemaskini blog anda, anda boleh minta bantuan blogger yang memang aktif menulis untuk bantu promosikan bisnes homestay anda.

Jika anda mahu, saya juga boleh bantu promosikan bisnes homestay anda di blog milik saya.

 

 

(4) Hiasan dalaman dan konsep homestay

Apabila terdapat terlalu banyak pilihan homestay mahupun tempat penginapan dikawasan tertentu, bagaimana agaknya cara bakal pelanggan buat keputusan?

Saya nak ambil contoh tempat penginapan di Port Dickson. Screenshot tersebut saya ambil dari laman web Airbnb. Pada waktu screenshot tersebut diambil, terdapat lebih 800++ pilihan tempat penginapan yang boleh disewa oleh pengunjung.

 

Kalau saya, sebagai pengunjung, bila ada terlalu banyak pilihan, saya akan pilih homestay atau tempat penginapan yang paling cantik dan unik. Bukan setakat yang biasa-biasa, atau yang pada pengamatan saya, lebih kurang sama macam hiasan dalaman dan susun atur dirumah saya sendiri.

 

Kalau hiasan dalaman dan susun atur dia cantik, saya akan pilih tempat tu. Sudah tentu, homestay yang ada hiasan dalaman yang cantik, harganya juga akan lebih mahal. Jika ia berbaloi, saya tak ada masalah untuk bayar lebih (melainkan kalau waktu tu saya memang tengah tak ada duit ha3)

 

(5) Hiasan luaran menampilkan keunikkan homestay

Faktor luaran juga penting, bagi memastikan homestay anda menjadi pilihan pengunjung.

DKEBUN-najibah-chalet

Gambar ini saya ambil semasa menginap di D’Kebun Najibah Chalet & Homestay. Pemilik tempat ini, menjalankan bisnes chalet dan juga homestay dikawasan yang sama.

 

Dekat kawasan sekitar halaman, ada ditanam pokok-pokok buah dan sayur-sayuran. Kalau kebetulan waktu tu, pokok dah berbuah, pengunjung boleh petik dan makan tanpa perlu minta izin dari tuan rumah. Semua itu memang disediakan untuk tetamu yang menginap disini.

 

Ini satu keunikkan yang agak sukar ditemui di lain-lain homestay. Ada juga homestay yang dibina di kawasan dusun. Kalau tiba musim buah, tetamu akan dijamu buah-buahan yang ada dalam dusun tersebut. Kalau setakat nak makan, boleh makan tanpa perlu bayar apa-apa. Tapi kalau nak bawa balik, kenalah beli dari tuan rumah.

 

(6) Susun atur perabot dan perkakasan dalam kediaman

Kebelakangan ini, saya lebih suka kalau dapat menginap di homestay yang menyediakan tiga buah bilik berbanding homestay yang cuma ada dua buah bilik. Kalau homestay tu ada tiga buah bilik, bermakna saya boleh ajak lebih ramai orang untuk ikut saya pergi bercuti.

 

Dari segi susun atur perabot pula, saya suka lihat bagaimana cara tuan rumah menyusun katil bagi kegunaan para tetamu yang bermalam dirumahnya.

cara-bisnes-homestay

Saya lebih cenderung untuk pilih homestay yang menyediakan tiga buah katil besar dalam setiap bilik, berbanding katil jenis single atau double decker. Sebelum ini memang biasa ambil homestay yang sediakan dua buah katil single, namun bila kita dah check in, orang yang akan guna bilik tu tetap akan rapatkan katil.

 

Saya berpendapat, kalau nak sediakan dua katil single, cuba cari yang senang untuk kita rapatkan, dan bila kita dah rapatkan, ia jadi rata dan elok. Kesannya lebih kurang sama macam sediakan sebuah katil besar dalam bilik tersebut.

 

 

(7) Kelengkapan yang disediakan untuk tetamu yang menginap

Setiap kali saya bawa keluarga pergi bercuti dan menginap di homestay, inilah dia soalan yang akan ditanyakan oleh emak saya.

  1. Ada kuali tak? Periuk? Besar mana?
  2. Barang-barang untuk masak ada disediakan?

 

Saya pernah tulis artikel khas tentang kelengkapan dalam homestay sebelum ini. Jemput baca disitu. Saya ada kongsikan antara cadangan kelengkapan yang anda boleh sediakan untuk homestay anda.

Baca disini: Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris

 

Macam keluarga saya sendiri, kami suka pilih homestay sebab boleh sediakan makanan sendiri. Senang nak basuh baju, ruang lebih luas dan sebagainya. Apalah gunanya sewa homestay, kalau dari segi kelengkapan dalam rumah, banyak yang tak cukup.

 

Kalau macam tu, lebih baik kami sewa hotel sahaja. Sudah tentu hotel ini, cuma sesuai untuk kita jadikan tempat untuk bermalam sahaja. Saya harap, anda dapat sediakan kelengkapan yang secukupnya untuk homestay anda nanti.

 

(8) Homestay anda “work friendly“?

Istilah work friendly mula menarik perhatian saya, apabila laman web Airbnb mengelaskan homestay yang tersenarai dilaman web mereka sebagai work friendly ataupun tidak.

 

Biasanya, homestay yang work friendly ini

  1. Ada sediakan wifi
  2. Ada meja dan kerusi yang sesuai untuk buat kerja
  3. Aircond diruang tamu dan setiap bilik

 

Sekiranya homestay anda work friendly, anda boleh sasarkan tetamu yang pergi ke sesuatu tempat atas urusan rasmi dan urusan kerja.

 

(9) Homestay anda sesuai untuk acara dan sambutan tertentu

Siapa kata homestay hanya untuk tempat orang menginap dan tidur sahaja? Sebenarnya TAK! Fungsinya lebih besar dari itu, jika anda tahu bagaimana caranya.

 

Semasa saya pergi majlis kenduri kahwin di Kelantan, pihak keluarga pengantin sewa homestay dan buat majlis di homestay tersebut. Boleh jadi rumah sendiri tak berapa sesuai untuk terima tetamu, jadi dia buat majlis tu di homestay.

 

Biasa yang saya lihat, orang sewa homestay semasa majlis kahwin sebab nak bagi saudara mara yang datang dari jauh untuk duduk disitu, tapi kali ini, sewa homestay sebab nak buat majlis dekat situ.

 

Baru-baru ini, saya diberitahu oleh pemilik homestay di Wangsa Maju ini, yang homestay miliknya disewa oleh syarikat produksi bagi tujuan penggambaran drama. 

 

Sebenarnya, kalau nak perhalusi lagi, mungkin macam-macam idea boleh keluar. Sambutan hari lahir, majlis doa selamat, dan sebagainya. Tonjolkan keunikkan homestay anda, bukan semata-mata untuk dijadikan tempat tidur sahaja, sebaliknya ia juga sesuai untuk diadakan pelbagai acara.

 

Cuma kalau nak buat acara tertentu tu, kenalah letak harga yang berbeza. Bila buat majlis, homestay anda akan terdedah kepada risiko seperti barang rosak, hilang, dialihkan, lebih kotor dan sebagainya. Caj tambahan ini adalah bagi menampung kos-kos tersebut.

 

 

(10) Proses dan prosedur untuk daftar masuk (check in)

Kebanyakkan tempat penginapan yang pernah saya kunjungi menetapkan masa untuk daftar masuk adalah sekitar jam 1.00 tengahari ke 4.00 petang.

 

Saya tak berapa suka dengan tempat yang meletakkan waktu check in pada jam 4.00 petang, kalau standard check out masih tetap jam 12.00 tengahari. Terasa rugi.

 

Walaupun dah tahu, waktu untuk check in adalah pada sekian sekian waktu, selalunya saya akan cuba minta izin kepada tuan rumah untuk masuk rumah lebih awal. Ada yang bagi, ada yang tak bagi.

 

Kalau yang tak bagi ni, biasanya disebabkan rumah tu masih ada tetamu dari hari sebelumnya, dan belum bersedia untuk terima tetamu yang baru. Tuan rumah perlukan masa untuk kerja-kerja pembersihan dan proses menukar cadar serta sarung bantal.

 

Ada juga setengah tempat, yang tak boleh bagi masuk awal sebab tuan rumah tak free untuk serahkan kunci rumah kepada tetamu yang nak masuk. Rumah tu memang tak ada orang, tapi disebabkan tak ada sesiapa yang boleh sambut tetamu masuk dan serah kunci, maka tuan rumah tak boleh benarkan masuk lebih awal.

 

Penyelesaian dia sebenarnya tak begitu susah. Gunakan proses “self check in”.

 

Tetamu yang nak masuk awal, boleh ambil kunci dekat mana-mana lokasi yang selamat. Misalnya ambil di pejabat pengurusan, ambil di pondok pengawal dan sebagainya.

Ataupun cara yang lebih bagus lagi ialah gunakan mangga kunci bernombor. Setiap kali dapat tetamu, tukar nombor kunci tersebut. Dengan ini, tetamu boleh check in pada bila-bila masa tanpa perlu ganggu tuan rumah.

 

Begitu juga bila tetamu nak check out pada hari seterusnya. Boleh kunci sahaja rumah dan tinggalkan ia. Guna cara self check in ini, tetamu tak perlu jumpa dengan tuan rumah pun tak ada masalah.

 

(11) Faktor barisan hadapan dan penyambut tetamu

Siapakah yang akan jadi “first responder” atau “front liner” yang akan menyambut tetamu anda nanti?

 

Saya bukan sekadar maksudkan orang yang akan sambut tetamu pada hari ketibaan, tetapi bermula dari hari pertama tetamu menghubungi anda untuk bertanya tentang homestay anda tu nanti.

 

Benda ni sangat PENTING. Kali pertama bakal pelanggan hubungi anda, sama ada melalui whatsapp, FB messaging, dan sebarang medium komunikasi, apakah dia kata-kata aluan yang digunakan bagi menghargai bakal pelanggan tersebut?

 

Saya bagi contoh

Tetamu: Salam, saya nak tanya pasal homestay

Tuan rumah: Wasalam, terima kasih kerana berminat dengan Homestay Memori Terindah kami. Nama saya Sabree, dan saya adalah pengurus tempat ini. Silakan tanya apa-apa soalan tentang homestay ini.

 

Itu contoh sahaja. Apa yang penting, bila orang tanya, balas dengan cepat dan mesra. Orang yang bertanggungjawab untuk memberi respon kepada setiap pertanyaan perlu menunjukkan yang dia benar-benar seronok untuk menerima tetamu dan balas setiap mesej yang diterima secepat mungkin. Mungkin boleh buat SOP, setiap mesej perlu dibalas dalam masa kurang 1 minit.

 

Pelanggan ini, ada ketikanya dia ingin rasa seperti dihargai. Barulah dia seronok untuk berurusan dengan penjual tersebut.

 

Kalau waktu permulaan komunikasi,

  1. Respon terlalu lambat (bagi saya setengah jam itu juga dah kira lambat sangat)
  2. Balasan kurang mesra dan ayat pendek-pendek
  3. Acuh tak acuh bila jawab pertanyaan

 

Tiga perkara ini dah cukup untuk buatkan saya kurang selesa dan kurang yakin untuk menginap di tempat tersebut. Bimbanglah nanti lepas kita dah bayar, bila dah sampai hari nak pergi bercuti, tuan rumah buat hal dan kita susah nak hubungi dia semula.

 

Acuh tak acuh bila jawab pertanyaan tu macam mana? Bila kita tanya sesuatu, dia suka bagi kita link untuk baca. Dia suruh kita baca website, baca iklan, copy paste iklan sebelum ini. Entah apa-apa. Anda letakkan diri anda dalam situasi bakal penyewa.

 

Tetamu: Kat rumah ni ada disediakan barang dapur apa ya?

Anda: (Copy paste ayat iklan sebelum ini…)

Anda mencari homestay di sekitar Kota Kinabalu? Syarikat kami ada menyediakan homestay yang selesa, berdekatan dengan tempat makan dan lokasi yang strategik. Selain itu bla bla bla bla….

 

Ini pemalas tahap apa entah.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

 

(12) Adakah anda benar-benar bersedia nak buat bisnes ni?

Kenapa anda nak buat bisnes homestay?

 

Jawapannya ada pelbagai. Saya tanya soalan yang sama kepada pengusaha bisnes homestay yang berbeza, jawapan yang saya terima juga berlainan. Ini antara jawapan yang saya pernah terima.

  1. Rumah ni dah lama kosong, daripada tak buat apa-apa, lebih baik sewakan. Dapatlah juga income dari situ.
  2. Saya nak buat investment, supaya ada cash flow yang cantik.
  3. Saya biasa travel, dalam dan luar negara, jadi bila sampai satu tahap, saya jadi minat nak ceburi bidang yang sama (hospitality) dan nak berikan sesuatu pengalaman yang menarik kepada tetamu.
  4. Saya sayang nak jadikan rumah ni rumah sewa, sebab dah keluar duit banyak untuk cantikkan rumah ni, jadi saya buat homestay.
  5. Saya nak buat duit.

 

Dari apa yang saya perhatikan, kalau pemilik homestay tu, adalah orang yang biasa travel, suka melihat tempat orang, dia akan pastikan homestay miliknya mempunyai standard yang tinggi.

  1. Homestay dengan konsep tertentu.
  2. Pemilihan perabot yang berkualiti dan moden.
  3. Peralatan dan perkakas dalam rumah yang terbaik.

 

Dia memang serius dengan bisnes dia. Boleh jadi dia pegang kepada falsafah “treat others as you want to be treated”.

 

Bila kita nak sewa tempat orang, sudah tentu kita nak segala kemudahan yang disediakan untuk kita berada dalam keadaan paling sempurna. Kemudian bila kita buat bisnes yang sama, kita juga akan sediakan perkhidmatan yang terbaik juga. Bukan sebaliknya.

 

(13) Aktiviti pemasaran, promosi dan pengiklanan yang berterusan

Pemasaran, promosi dan pengiklanan. Ini adalah perkara yang perlu dilakukan secara berterusan. Saya andaikan yang homestay anda dah cukup sempurna dan bersedia untuk menerima tetamu pada bila-bila masa.

 

Namun, tetamu yang diharapkan tetap tak kunjung tiba. Kenapa agaknya ya? Adakah mungkin disebabkan bakal tetamu anda tak nampak iklan tentang homestay anda?

 

Ini salah satu contoh iklan homestay berbayar melalui Google Adwords.

cara-tulis-iklan-homestay

Iklan ini pernah muncul di blog saya sebelum ini. Jadi nampak kat sini, usaha pemilik perniagaan ini untuk dapatkan pelanggan. Iklannya tak pernah berhenti. Malahan dengan menggunakan teknik pengiklanan berbayar seperti ini, kerja-kerja promosi dapat dilakukan secara automatik.

 

Mungkin kalau nak buat iklan secara manual setiap masa, ianya agak menyusahkan. Sebagai alternatif bolehlah gunakan pendekatan yang perlukan sedikit modal.

 

Untuk pengetahuan anda, saya juga ada hasilkan sebuah laman web yang khusus untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia. Anda boleh ke sini untuk lihat laman web saya. Sekiranya anda mahu saya promosikan bisnes homestay anda di laman web tersebut, boleh hubungi saya dan In Shaa Allah kita boleh bincangkan apa yang saya boleh lakukan untuk bantu kembangkan lagi perniagaan anda.

 

Dekat luar sana, memang terdapat banyak lagi bahan bacaan yang anda boleh dapatkan dan baca, bagi memantapkan lagi ilmu pengurusan bisnes homestay. Ada yang dalam bentuk buku, dan ada juga yang didatangkan dalam bentuk ebook.

 

Kalau yang bentuk ebook, salah satunya adalah ebook berjudul Jutawan Homestay ini.

Ebook ini merupakan perkongsian pengalaman dari pemilik bisnes homestay juga. Kalau anda rasa ianya berguna kepada anda, boleh cuba dapatkan dan pelajari lebih banyak rahsia-rahsia kejayaan dalam menjalankan bisnes homestay ini.

 

Saya harap, dari perkongsian saya ini, ianya sedikit sebanyak dapat berikan anda sedikit input yang berguna. Terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk baca perkongsian saya ini. Saya doakan semoga perniagaan homestay anda semakin berjaya!

 

 

The post Panduan Bisnes Homestay bagi orang yang baru nak bermula appeared first on Blog Sabree Hussin.

Iklan berbayar untuk kerja dari rumah tanpa modal 2018

$
0
0

Apakah hasil carian yang bakal ditemui, sekiranya kita buat kajian kata kunci untuk frasa “kerja dari rumah tanpa modal 2018” di laman web carian google?

 

Saya menjangkakan, kita akan temui macam-macam iklan program buat duit, sama ada yang betul-betul boleh dipercayai, termasuk juga yang boleh diragui. Saya tak sangka, yang saya akan terjumpa iklan ini.

program-kerja-dari-rumah-tanpa-modal

Rupa-rupanya, google juga menggunakan iklan berbayar, Google Adsense untuk mempromosikan program pengiklanan Google Adsense milik mereka.

 

Ya, “Google gunakan Google Adsense untuk mempromosikan Google Adsense”.

 

Siapa yang ada keinginan nak buat duit, tanpa perlu keluar modal, bolehlah cuba sertai program pengiklanan ini. Program ini, sesuai disertai oleh mereka yang mempunyai laman web atau laman blog sendiri.

 

Tugas yang perlu dilakukan juga tak begitu susah. Anda hanya perlu siarkan iklan-iklan dari Google dalam blog anda. Setiap kali iklan anda menerima klik dari pelawat yang mengunjungi laman web anda, pihak Google akan bayar anda sejumlah wang.

 

Setiap klik nilainya hanya sen sen sahaja. Walaupun hanya sen, ianya adalah dalam matawang USD. Setelah jumlah terkumpul mencapai angka USD100, nilai tersebut akan dibayar terus kepada anda mengikut cara bayaran yang telah anda tetapkan, sama ada melalui kiriman cek, wire transfer ataupun western union.

 

Bagaimana? Adakah anda mula berminat nak buat duit dengan cara ini? Mungkin anda ada banyak pertanyaan dan perkara yang nak tahu tentang program pengiklanan ini, kan?

panduan-lengkap-google-adsense

Kalau begitu, apa kata anda muat turun panduan Google Adsense ini menerusi laman web ini. Panduan ini akan mengajar anda, macam mana caranya untuk anda juga dapat buat duit dari program adsense.

 

Jika anda buat dengan betul, tak mustahil untuk anda dapat sekurang-kurangnya USD100 setiap bulan. Untuk dapatkan USD100 setiap bulan, anda hanya perlu pastikan pendapatan anda sehari dari program ini adalah sebanyak USD3.40 sekurang-kurangnya.

 

USD100 itu mungkin tak begitu besar bagi sesetengah orang. Namun, saya kira, memandangkan program ini adalah percuma, dan lagi satu ianya sangat mudah untuk dilakukan. Kita hanya perlu siarkan iklan Google dalam laman web kepunyaan kita, saya kira ianya lebih baik berbanding langsung tak ada pendapatan.

 

USD100 kalau ikut kadar tukaran matawang pada waktu catatan ini saya tulis, nilainya adalah bersamaan dengan RM406.12

 

RM406.12 ini, setidak-tidaknya kita boleh ambil sedikit untuk tujuan bayar hutang belajar PTPTN. Kalau nak gunakan semua untuk buat bayar hutang pun bagus juga, In Shaa Allah hutang akan cepat habis.

 

 

Ah… kenapa nak limitkan dengan hutang belajar semata-mata? Boleh jadi anda ada hutang lain yang perlu diselesaikan, misalnya hutang motosikal, hutang kereta, nak bayar sewa rumah… semua beban itu akan jadi lebih ringan apabila duit dari Adsense mula masuk ke akaun anda setiap bulan dengan konsisten.

 

Program adsense ini, juga boleh disertai oleh mereka yang nak buat duit melalui penggunaan video. Saya faham, bukan semua orang minat dan ada masa nak menulis.

 

Kadang-kadang, rakam video itu lebih mudah berbanding menulis. Video yang anda bakal upload di Youtube itu nanti, boleh juga dimasukkan dengan iklan-iklan dari adsense. Kalau anda sudah mempunyai Youtube Channel, boleh jadi anda sebenarnya telah bersedia untuk buat duit tanpa had melalui program ini.

 

Apa pun, cubalah dulu. Selagi tak cuba, anda tak akan tahu. Macam biasalah, peringkat permulaan memang agak perlahan income tu. Tapi, lama kelamaan, apabila channel anda telah berkembang, dan bagi pemilik blog pula, apabila blog anda mempunyai lebih ramai trafik, masa itu pendapatan anda juga akan turut berkembang.

 

Mulakanlah langkah pertama dengan menyertai program ini.

 

 

 

The post Iklan berbayar untuk kerja dari rumah tanpa modal 2018 appeared first on Blog Sabree Hussin.

Bagaimana majikan boleh ambil seseorang yang tak berkualiti sebagai pekerjanya?

$
0
0

Bagaimana majikan boleh mengambil seorang pekerja yang langsung tak bagus untuk bekerja dengan syarikat dan menguruskan perniagaan miliknya?

 

Ini satu misteri yang saya sendiri tak ada jawapannya.

 

Pernah tak terjadi kepada anda, pada waktu tu, anda pergi ke mana-mana premis perniagaan, kemudian anda cuba untuk minta bantuan atau khidmat nasihat dari pekerja kedai tersebut, lalu anda menerima jawapan seperti

  1. Saya pun tak pastilah…
  2. Saya tak tau…
  3. Entah…
  4. Jawab… Tapi salah.

 

Pengalaman di Kedai En DIY

Saya perlukan pembalut plastik untuk balut beberapa barangan perabot yang bakal saya pindahkan. Saya pun tak pasti apa nama sebenar dia, jadi saya panggil ia dengan nama plastik pembalut sahaja.

plastik-film-cover

Iklan untuk produk ini memang saya dah nampak di laman web rasmi sebelum ini. Harganya juga saya dah tahu. Cuma satu perkara yang buatkan saya tak jadi nak beli online. Saya tak pasti bagaimana ukurannya, dan saya nak tengok secara fizikal supaya saya boleh agak berapa gulung yang diperlukan untuk balut semua perabot yang saya ada nanti.

 

Bila pergi ke kedai, cari-cari dalam kedai tu… tak jumpa.

 

Bila tak jumpa apa yang dicari, mestilah kita nak minta bantuan pekerja situ. Sepatutnya dia lebih tahu, kat mana sesuatu barang itu diletakkan. Bila kita sebut nak plastic wrapping, pekerja tu buat muka blurr…

 

Lepas tu dia tanya, “untuk balut hadiah?”

“bukan… ini untuk balut kotak, perabot dan lain-lain barang…”

 

Mungkin dia cuma dapat tangkap perkataan kotak sahaja. Lepas tu dia tunjuk dekat rak yang ada kotak-kotak. Lepas tu dia cakap tak ada dan beredar.

 

Ya, ini pekerja BANGLA!

 

Memang silap besar la. Kalau tanya dekat bangla, memang jawapan macam ini lah yang selalu saya akan dapat. Orang lain saya tak tahu. Saya kata ini pun berdasarkan pengalaman saya sendiri. Setiap orang kan ada pengalaman masing-masing.

 

Saya tak puas hati dengan jawapan pekerja bangla tersebut. Tak mungkin benda tu habis, atau tak jual. Saya cuba cari tapi masih tak jumpa. Akhirnya saya cuba tanya dengan pekerja lain, kali ini berbangsa Melayu. Saya tanya “ada tak plastik pembalut yang kita boleh guna balut kotak, perabot dan sebagainya…”

 

Masa ini, saya dah berjaya jumpa produk tersebut dekat website rasmi dan terus tunjuk pada dia. Masa tanya kat bangla tu, saya tak ada gambar produk yang saya nak tu.

 

Alhamdulillah, pekerja Melayu ni lebih cekap dan sekejap je dia bagi jawapan… “benda ni ada dekat rak sekian… dekat bahagian bawah, dekat belakang tu je…”

 

Ok dah. Barang yang saya nak, saya berjaya jumpa, dan barang tu pun saya dah beli.

 

Pengajaran yang saya dapat, kalau nak tanya bangla, atau pekerja asing, lebih baik siap sedia dengan gambar produk yang kita nak. Berkemungkinan faktor bahasa akan membuatkan komunikasi jadi terbatas, jadi lebih baik siap sedia.

 

Pengalaman makan dekat kedai Raja Burger

Saya bukan peminat burger, tapi kadang-kadang tu tekak ni mengada nak makan burger. Satu hari kedai ni buat promosi yang pada saya sangat murah. Bila tengok harga yang murah, secara automatik tekak ni mengada-ngada mintak burger.

 

Dalam set yang saya order, sepatutnya akan dapat 1 Whopper Burger, 1 Fries dan 2 Ketul ayam. Apa yang buatkan saya terkejut ialah, bila ambik tempahan tu, staf tersebut beri saya 3 ketul ayam, sementara yang lain-lain masih sama! 

burger-bisnes-burger-coleslow-kentang-putar

Saya tanya dia, eh encik salah bagi ni. Kalau tengok dalam iklan, patutnya cuma dua ketul ayam sahaja. Tapi encik bagi 3 ketul ini.

 

Dia jawab dengan tenang… “tak apa, saya bagi 3 sebab ayam dia kecik.”

 

Well done! Tindakan ini secara tak langsung berjaya buatkan saya jadi peminat outlet tersebut dan saya pasti akan datang lagi, dan lagi ke outlet tersebut, walaupun tempatnya agak jauh dari rumah saya.

 

Pada situasi yang lain, berlaku di outlet yang lain, tapi masih lagi kedai raja burger tu, berlaku satu hal yang amat menjengkelkan.

Kedai ni, kalau kita nak ambil sos, kita kena guna piring plastik yang kecik-kecik tu. Ada disediakan dekat sebelah sos station. Saya ni pula, jenis yang suka makan banyak sos. Jadi saya minta dekat cashier, “boleh bagi saya paper plate”.

 

Mula-mula dia nak bagi saya paper bag. Saya kata, “saya bukan nak paper bag, saya nak paper plate.”

 

Dia terus kata, “oh paper plate tak ada.”

 

“Macam mana boleh tak ada? Saya tengok dekat atas dulang tu ada paper plate.” Kebetulan seorang pekerja yang membersihkan meja lalu sebelah saya. (Dalam hati terlintas… dia ni cuba nak tipu aku ke?)

 

“Kita memang tak sediakan…”

 

Wow… saya terus berlalu pergi dari kaunter dengan perasaan yang marah.

 

Saya pun pelik, kenapa saya tak gaduh dengan staf tu pada masa tu. Kalau mengikut kebiasaan, saya memang tak akan mengalah dengan penolakkan macam tu. Bila saya kata saya nak, maksudnya kamu kena bagi.

 

Saya agak, mungkin dia, atau saya, dilindungi daripada melakukan perkara-perkara luar batasan.

 

Paper plate satu keping pun tak sanggup nak bagi? Walhal saya pergi ke outlet lain, untuk jenama burger yang sama, staf tu siap bagi ayam goreng extra.

 

Kalau nak suruh bayar untuk paper plate tu, bagitau je la berapa harganya. Saya boleh bayar. Tapi bukak resit la, so that saya boleh bawa perkara ini ke peringkat pengurusan. Paper plate pun kena bayar?

 

Kedekut punya restoran. Saya doakan bisnes dia tak lama kat situ, sama macam bisnes-bisnes kedai makan yang lain, yang beroperasi sebelumnya. Sebelum raja burger ni buka cawangan dekat lokasi tersebut, tempat tu asalnya adalah kedai makan Restoran Vanggey.

 

Kalau servis macam ni, berkira, menipu… dan bila saya berjaya buktikan yang benda yang saya mintak tu memang wujud, dia terus bagi jawapan “kita memang tak sediakan” dengan cara paling menyakitkan hati… kesudahan yang lebih baik adalah kedai tu tutup je la.

 

Lebih malang lagi buat majikan, kalau staf yang sama ni, berkelakuan sama dengan pelanggan lain. Saya ingatkan bila kedai ni buka satu outlet yang dekat dengan rumah saya, ia merupakan satu rahmat. Rupanya layanan dia setakat macam tu je… Buat rosak jenama dan nama baik outlet lain sahaja.

 

Tak tahu tapi buat-buat pandai

Ini satu lagi sikap yang saya benci dengan pekerja kedai.

 

Pengalaman di kedai ubat di Pulau Langkawi

Dalam percutian saya ke Pulau Langkawi pada tahun-tahun yang lalu, saya pernah kunjungi kedai ubat. Saya tertarik dengan ubat resdung kalau tak silap.

 

Saya ambik ubat tu, dan baca label. Dalam label biasanya memang maklumat tak cukup. Label pun bukannya besar, untuk tulis semua benda dekat situ.

 

Saya tanya pada pekerjanya, “macam mana ubat ni berfungsi?”

 

Dia pun ambil ubat yang sama dekat display, tengok label, dan lepas tu baca dengan kuat. Apa benda ni? Kalau setakat baca label, aku pun boleh buat. In fact, aku tanya lepas aku baca label.

 

Bila saya tanya pasal ubat tu, saya mahukan maklumat yang lebih dalam tentang ubat tersebut. Maklumat yang tak ada dalam label tu. Misalnya kesan dia, berapa lama nampak perubahan, apa yang buatkan ia berkesan dan sebagainya.

 

Kalau setakat baca label, aku pun reti baca.

 

Tak tahu, tapi berlagak serba tahu

Ini pun satu lagi sikap yang saya tak berapa suka, kalau saya jumpa ada pada pekerja sesuatu tempat. Dia tak tau pasal barang yang dia jual, tapi bila kita tanya, dia jawab “saya pun tak berapa tahu, tapi saya rasa lah kan… benda ni bla bla bla…”

 

“Hang cakap hang tak tau, tapi hang explain panjang-panjang ni hang tengah goreng apa?”

 

Kita bertanya sebab kita nak dapatkan maklumat yang betul lagi sahih tentang produk tersebut. Kita bukannya nak tau pendapat, ataupun perkara-perkara yang dia cuma rasakan tentang produk tu.

 

Tak boleh ke, kalau tak tahu tu, cakap sahaja yang awak tak tahu, tapi tunggu sekejap ya, saya akan…

  1. Cari maklumat produk ini dulu
  2. Saya akan tanya senior dulu

 

Ya saya tahu, kedai serbaneka, kedai ubat-ubatan dan jamu, memang jual pelbagai barang. Tak mungkin akan tahu semua benda. Tapi kalau tak tahu, cubalah belajar pasal barang yang dijual, dan kalau betul tak tahu, rujuk pada orang yang boleh bantu, bukan cuba selesaikan sendiri dan kesudahannya, bagi maklumat salah.

 

Dia tak apalah, bagi maklumat tak betul, cukup bulan still dapat gaji. Ini yang pembeli macam mana pula? Akibat maklumat tak betul, pembeli salah beli barang. Akibat maklumat yang diberikan salah, majikan kehilangan pembeli yang dah hilang kepercayaan kepada perniagaan tersebut.

 

Pekerja yang berkualiti adalah EMAS

Pekerja yang berkualiti, yang memang betul-betul komited dengan kerja, memang sukar dicari. Pekerja yang berkualiti, adakalanya bekerja bukan semata-mata sebab duit, tetapi sebab dia sedar, kerja itu satu ibadah.

 

Untuk tak nak rosakkan ibadah, kerja itu dilakukan dengan sepenuh hati, dan buat betul-betul. Supaya bila terjadi sebarang situasi, semua pihak boleh menang.

 

Pelanggan puas hati.

Majikan akan dapat repeat customer.

Sebagai pekerja, juga akan rasa seronok bekerja sebab berjaya bantu pelanggan.

 

Tapi itulah, teori tak sama dengan praktikal. Secara teorinya, kita mahukan pekerja yang memang benar-benar kompeten untuk bekerja dengan kita, tapi tak semestinya itu yang akan kita dapat. Akan sentiasa ada faktor luaran, yang menjadi penyumbang kepada kelakuan dan tindakan pekerja kita.

 

Masalah rumah tangga, tekanan emosi, masalah hutang, sikap, latar belakang pendidikan dan segala macam perkara, yang mungkin sebagai majikan, tak akan tahu semua ini, dalam proses temuduga yang begitu singkat.

 

Patut atau tidak majikan tersebut, buang sahaja pekerja yang tak berkualiti ini?

 

 

The post Bagaimana majikan boleh ambil seseorang yang tak berkualiti sebagai pekerjanya? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Perkara perlu dilakukan bagi menjadikan bidang penulisan satu kerjaya

$
0
0

Adakah kerjaya dalam bidang penulisan mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berikan pendapatan yang stabil?

 

Dua atau tiga tahun kebelakangan ini, saya mula berikan perhatian yang serius dalam bidang penulisan yang saya ceburi. Pada mulanya, saya beranggapan bahawa bidang penulisan ini hanya sesuai untuk bantu saya hasilkan pendapatan tambahan apabila ada masa terluang sahaja.

 

Namun begitu, saya dapati pendapatan yang berjaya saya raih, hasil daripada menghasilkan karya-karya penulisan, semakin meningkat dengan bertambahnya hasil penulisan saya.

panduan-blog

Formula mudahnya ialah, semakin banyak artikel dan karya penulisan yang saya hasilkan, semakin bertambah pendapatan saya. Walaupun pertambahan dari segi pendapatan itu tidaklah berlaku secara langsung, namun saya dapati, dengan bertambahnya hasil karya yang saya terbitkan di internet, ia memang menyumbangkan kepada pertambahan pendapatan saya.

 

Memanglah, kadang-kadang tu rasa malas nak menulis. Terlintas juga persoalan sama ada, ada ke yang baca apa yang saya dah tulis sebelum ini? Sejauh mana karya penulisan yang telah saya hasilkan, berjaya memberi manfaat kepada pembaca dan golongan sasaran yang saya mahukan?

 

Sampai satu tahap, saya rasakan terlalu banyak persoalan yang mula timbul hingga menyebabkan saya jadi ragu-ragu untuk terus menulis. Akhirnya saya buat keputusan untuk tidak melayan persoalan-persoalan seperti itu, dan terus fokus untuk menulis.

 

Bagus atau tidak, itu belakang kira. Kalau serius tak bagus, nanti-nanti boleh betulkan dan upgrade apabila ada bahan terbaru yang ingin dikongsikan.

 

Jadi kat sini, saya ingin berkongsi serba sedikit kisah, bagaimana anda juga sebenarnya boleh cipta sumber pendapatan yang baru, melalui bidang penulisan.

buat-duit-menulis

Sama ada, anda nak jadikan bidang ini sebagai satu kerjaya, atau sekadar hobi bagi memenuhi masa terluang, semuanya terpulang pada anda. Kadang-kadang benda yang kita mulakan sebagai hobi itulah, yang satu masa nanti jadi sumber pendapatan kita.

 

Masih baca lagi? So ada rasa minat nak jadikan bidang penulisan sebagai satu lagi punca pendapatan? Jom teruskan baca.

 

Market research

Kita tak mungkin akan mampu hasilkan karya penulisan yang dapat memuaskan hati semua orang. Baru-baru ini, saya ada baca sebuah buku berjudul Henshin 2 – From Jahilliah To Jannah yang ditulis oleh Aiman Banna dan Hani Nabila.

 

Bila ada kesempatan, saya akan baca, tak kira apa jenis buku yang ada didepan saya. Buku berjudul Henshin 2 ini pada saya ok sahaja. Tak ada apa-apa kritikan yang saya nak berikan.

 

Cuma saya rasa kandungan dan cara penyampaiannya tak berapa kena dengan saya. Saya dapati, saya agak struggle nak baca buku tu, berbanding buku-buku lain yang lebih berat persembahan dan cara penyampaianya.

 

Kenapa ini berlaku? Saya berpendapat, ianya disebabkan buku tersebut ditulis bukannya untuk golongan pembaca seperti saya.

 

Pembaca sebenar yang disasarkan oleh penulis ini mungkin akan dapati buku tersebut sangat menarik. Dengan bahasa yang santai, dicampur adukkan dengan penggunaan bahasa Melayu perbualan dan bahasa Inggeris, muka surat yang berwarna-warni, serta tulisan yang menggunakan pelbagai warna, ia mungkin menepati selera golongan tertentu.

 

Tapi bagi saya, yang dah terbiasa baca buku teks, saya jadi agak janggal bila nak baca dan hadam isi kandungan buku tersebut.

 

Ini yang saya cuba sampaikan melalui subtopik market research. Apabila anda tahu, siapa sebenarnya golongan pembaca sasaran anda, anda tak perlu risau tentang kritikan mahupun komen pedas daripada kelompok pembaca yang memang anda tak harapkan. Kita memang tak akan mampu puaskan hati semua orang, sampai bila-bila.

 

Adalah lebih baik, kita cuba kenali siapa sebenarnya golongan yang kita mahu sasarkan, dan seterusnya deliver hasil kerja kita dengan sebaiknya. Apa yang patut kita jadikan fokus adalah supaya golongan tersebut puas hati dengan kita. Yang bukan dalam target kita tu, kita abaikan sahaja.

 

Kebolehpasaran

Pernah tak anda cuba jual hasil penulisan anda? Apa yang berlaku bila anda cuba untuk jual hasil penulisan anda tersebut? Ada tak orang yang nak beli?

 

Peringkat permulaan, kita mungkin banyak hasilkan karya-karya penulisan tanpa sebarang bayaran. Kita menulis, bukan sebab kita nak jual hasil penulisan kita tu, sebaliknya kita menulis sebab kita memang minat menulis. Itu memang passion kita.

 

Tapi sampai satu tahap, kita perlu terima hakikat bahawa masa yang kita gunakan untuk menulis itu, baik digunakan bagi menghasilkan sesuatu kerja yang boleh memberikan pulangan.

 

Jika penulisan yang kita hasilkan itu mampu untuk memberikan pulangan dalam wang ringgit, mahupun dalam USD, kenapa tidak diusahakan dengan lebih serius? Ini merupakan satu bonus, dimana kita boleh buat apa yang kita suka, dan pada masa yang sama, kita dibayar pula untuk buat benda yang kita suka.

 

Baca karya hasil penulis lain

Apa yang anda rasa, apabila baca karya yang dihasilkan oleh penulis lain?

 

Mesti ada macam-macam rasa. Ada rasa suka, kagum, rasa bosan dan sebagainya. Itu adalah reaksi normal. Saya juga begitu.

 

Ada penulisan yang ditulis oleh penulis tertentu, yang berjaya buatkan saya rasa seperti nak dapatkan semua karya penulisan yang dia pernah hasilkan. Salah satunya adalah HM Tuah Iskandar.

 

Ada juga keadaan dimana saya langsung tak mampu nak habis baca buku yang ditulis oleh penulis tertentu. Baru baca beberapa helai mukasurat, saya dah mula rasa bosan dan rasa terseksa nak baca sampai habis.

 

Karya orang lain, boleh dijadikan satu penanda aras, dan kita patut tanyakan pada diri kita sendiri, sama ada

  1. Adakah saya mampu untuk hasilkan penulisan yang sebegini bagus?
  2. Adakah saya mampu untuk terbitkan karya yang lebih baik?
  3. Boleh kah saya hasilkan sebuah karya sebagai respons kepada karya asal?
  4. Atau mampukah saya hasilkan satu lagi karya sebagai penambahbaikkan daripada karya penulis sebelum ini?

 

Pemilihan genre penulisan

Agak sukar untuk jadi penulis, apabila kita tak mempunyai genre atau topik yang khusus. Kita cenderung untuk tulis semua benda, belajar semua perkara dan akhirnya sukar untuk jadi popular ataupun seorang yang pakar dalam genre tertentu.

 

Saya meminati penulisan Ramlee Awang Murshid sebab pada saya, beliau adalah seorang yang pakar dalam menulis novel thriller. Pada hari ini, kalau saya jumpa novel beliau di kedai, saya tahu, buku tersebut pasti bagus dan seronok dibaca.

 

Namun saya tak dapat bayangkan, macam mana agaknya kalau beliau menulis dalam topik atau genre kewangan, pemasaran, pelaburan dan sebagainya?

 

Apabila kita fokus pada satu-satu genre, kita ada peluang untuk bina jenama dan mudah dikenali. Penulis ini adalah pakar dalam menghasilkan buku atau karya penulisan dalam genre sekian-sekian. Bayangkan perkara ini yang bakal anda lalui. Pembaca kenal anda, melalui penulisan yang anda hasilkan dalam genre tertentu.

 

Cuma mungkin kita akan mula rasa bosan dengan sesuatu genre, apabila kita asyik tulis tentang perkara yang lebih kurang sama berulang kali. Apa yang membezakan, hanyalah cara penyampaian sahaja. Hakikatnya, kita rasa bosan, namun pembaca dan peminat kita, belum tentu akan rasa perkara yang sama.

 

Begitu juga sebaliknya. Kita cuba nak tukar genre, sebab nak cuba sesuatu yang baru. Namun belum tentu perubahan yang kita cuba bawakan, akan diterima dengan baik oleh peminat kita.

 

Platform penulisan

Anda nak jadi penulis apa?

  1. Surat khabar?
  2. Majalah?
  3. Media sosial?
  4. Blog?
  5. Ebook?

 

Perasan tak, sekarang ini, kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk jadi seorang penulis. Tak perlu lagi kita ternanti-nanti peluang untuk mana-mana syarikat akhbar mahupun majalah untuk perasan kewujudan kita, nak menawarkan peluang untuk menulis disyarikat milik mereka.

 

Anda ada sesuatu yang nak dikongsikan? Tulis sahaja di media sosial. Tulis sahaja di blog. Kemudian, mula dapatkan pembaca setia, yang seronok follow hasil tulisan anda nanti.

 

Ataupun mungkin anda masih belum jumpa, mana-mana syarikat penerbitan yang sudi untuk terbitkan karya ada? Tak ada masalah. Jual sahaja dalam bentuk digital. Sekarang ini, rakyat Malaysia dah ramai yang mula menjadi pembaca ebook.

 

Ebook ataupun buku fizikal, bukannya satu halangan untuk hasilkan karya penulisan untuk para peminat dan bakal peminat diluar sana. Apa yang lebih penting, karya penulisan anda berjaya sampai ke mata peminat anda. Satu kerisauan yang biasa dilalui ialah apabila kita dah terbitkan buku dalam bentuk fizikal beribu unit, namun akhirnya tiada yang sudi beli.

 

Itu berlaku disebabkan tak ada siapa yang kenal siapa diri kita. Kalau nak kurangkan risiko kerugian seperti ini, mungkin boleh buat begini. Karya awal itu, terbitkan sahaja dalam bentuk digital. Ini juga sebagai satu usaha untuk test market dan uji kebolehpasaran.

 

Menulis di media sosial

Menulis di media sosial itu percuma. Pembaca bebas untuk baca, ceduk perkongsian yang kita hasilkan dan seterusnya mereka bebas sama ada nak kongsi dengan menekan share mahupun copy paste. Ianya berlaku diluar kawalan kita.

 

Aspek copyright atau hak cipta, seringkali tidak diendahkan oleh pembaca di Malaysia. Tapi itu bukan perkara yang saya nak bincangkan.

 

Cuba anda hasilkan satu artikel atau cerita dalam bentuk siri. Contohnya ada 10 siri. Anda terbitkan 3 siri. Selebihnya, anda terbitkan dalam group khas. Letakkan satu syarat, jika ada pembaca yang minat nak baca kesudahan cerita ini, sila buat bayaran sejumlah RM sekian sekian ke nombor akaun sekian sekian.

 

Kalau ada pembaca yang sanggup untuk bayar dan sertai group semata-mata nak tahu kesudahan cerita, ini boleh dijadikan satu signal bahawa penulisan anda sudah mula mendapat perhatian dan memang ada nilainya yang tersendiri.

 

Walaupun bidang ini, sememangnya boleh memberikan pendapatan kepada individu yang menceburinya, namun untuk bina kekayaan menerusi bidang ini, mungkin merupakan satu cabaran yang sangat besar. Pemainnya sangatlah ramai, dan setiap penulis, menawarkan sesuatu yang unik.

 

Tetapi saya percaya, kalau kita buat sesuatu kerja, kerana kita betul-betul minat kerja tersebut, dan bukan semata-mata sebab duit, saya pasti kejayaan itu pasti akan datang juga.

 

 

 

The post Perkara perlu dilakukan bagi menjadikan bidang penulisan satu kerjaya appeared first on Blog Sabree Hussin.

Buat bisnes kedai dobi layan diri di kawasan perumahan dan apartment

$
0
0

Pada satu malam, sewaktu sedang tunggu lif, saya terserempak dengan satu pasangan bangsa cina, yang membawa dua buah bungkusan plastik besar dalam tangan. Beg plastik ni besarnya lebih kurang macam beg ikea.

 

Dalam tu terdapat kain baju yang masih belum dicuci.

 

“Nak pergi cuci baju ke uncle?” Saya saja tanya, untuk bertegur sapa dengan jiran. Pasangan ini tinggal hanya selang beberapa pintu dari rumah saya.

 

“Ha… ya ya, mau pigi cuci.” Jawab uncle tu sambil senyum.

 

“Banyak ya baju uncle nak bawa pergi cuci…” Saya lanjutkan perbualan. Kebetulan waktu tu, lif masih belum sampai.

 

“Kirja… tak ada masa mau hantar baju pergi cuci…”

bisnes-dobi

Berdekatan dengan tempat saya tinggal, ada 3 buah kedai dobi. Pada awalnya dulu, cuma ada satu kedai dobi sahaja. Mungkin disebabkan ada permintaan, ataupun usahawan ini sedar ada potensi untuk jalankan bisnes kedai dobi dekat sini, sekarang dah ada tiga buah kedai.

 

Dari tiga buah kedai dobi yang ada, dua buah kedai menggunakan konsep kedai dobi layan diri. Dengan konsep layan diri macam ini, kedai ini memang buka 24 jam. Pelanggan yang nak cuci baju, boleh datang ke sini pada bila-bila masa.

 

Selang beberapa langkah dari kedai dobi ini, ada dua kedai mamak yang sudah tentu buka 24 jam juga. Jadi pelanggan yang datang nak cuci baju, boleh pergi minum-minum sambil tunggu pakaian siap dicuci.

 

Bila ada kedai lain, yang turut dibuka 24jam, misalnya seperti KK Supermart, 7-Eleven, kedai mamak dan sebagainya, setidak-tidaknya kawasan tersebut tidak begitu sunyi dan sentiasa ada orang. Pelanggan yang nak keluar waktu malam sebab nak cuci baju di kedai dobi pun tak ada rasa takut sangat.

 

Sebelum saya berpisah dengan uncle tu, dia ada sebut, “kalau kedai satu ramai orang, pergi kedai yang satu lagi…”

 

Nampaknya kat situ, kalau dekat satu-satu kawasan tu memang dah ada kedai dobi, belum tentu kita akan gagal kalau buka satu lagi bisnes kedai dobi di kawasan berhampiran. Patutlah, ada beberapa kawasan yang saya pernah tengok, kedai dobi layan diri ni memang ada dua tiga buah.

 

Terlintas juga difikiran pada waktu tu… “mereka ni tak takut ke dengan persaingan antara bisnes dekat situ?”

 

Kenapa kedai dobi layan diri sentiasa penuh orang?

Pakaian yang kita pakai, mesti kena basuh. Melainkan kalau anda jenis yang memang sangat kaya, mungkin boleh amalkan konsep pakai buang. Dah pakai baju, masuk dalam bekas lepas tu buang. Pakai baju baru yang lain pula.

 

Tapi kita cerita tentang average penduduk di negara kita. Kita memang akan basuh baju, sebab baju yang sama kita akan pakai lagi dilain masa.

 

Saya pernah baca di media sosial sebelum ini. Ada yang pertikaikan, kenapa ada pelanggan yang bila dia pergi kedai dobi layan diri, dia akan gunakan dua atau tiga mesin dalam masa yang sama? Tindakan pelanggan yang guna sampai dua buah mesin, seolah-olah tak bertimbang rasa terhadap pelanggan lain.

 

Saya pun pelik.

 

Salah ke kalau nak guna dua buah mesin basuh? Ataupun ia jadi kesalahan dimata orang yang merungut itu, sebab dia kena menunggu? 

 

Kalau tak suka menunggu, pergilah ke kedai dobi yang lain, ataupun belilah mesin basuh dan basuh baju dekat rumah je.

buat-bisnes-dobi

Apa masalahnya kalau seorang pelanggan tu guna lebih dari satu mesin dalam satu-satu masa?

Ada ke peraturan yang ditetapkan, misalnya seperti “seorang pelanggan hanya dibenarkan menggunakan sebuah mesin basuh sahaja dalam satu masa.”

 

Saya tak pernah nampak peraturan seperti itu.

 

Kalau peraturan macam tu betul-betul wujud, pada saya ia langsung tak munasabah. Saya ambil contoh uncle yang saya jumpa masa tengah tunggu lif tu. Kalau tengok daripada kain baju yang dia bawak tu, satu mesin memang tak cukup. Sekurang-kurangnya kena guna dua buah mesin basuh sekali jalan. Kalau tak ada mesin basuh bersaiz besar, mungkin kena guna sampai tiga buah mesin.

 

Cuci baju ni bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Ia juga agak makan masa yang panjang. Paling kurang dalam 1 – 2 jam. Mungkin ini sebabnya kenapa sesetengah orang akan kumpul baju sampai dah betul-betul banyak, baru pergi cuci kat kedai dobi.

 

Kalau baju ada banyak, memang tak mungkin kalau cuma nak guna satu mesin basuh sahaja. Tak kan nak guna satu sahaja, sedangkan masih ada mesin yang kosong, tapi sebab kononnya nak bertimbang rasa terhadap pelanggan lain, (yang tak pasti akan datang atau tidak) maka kita kena tunggu satu mesin tu siap baru sambung untuk buat cucian yang lain. Walhal masa datang tu, masih banyak mesin yang kosong.

 

Ataupun, nak paksa sumbat dekat satu mesin?

 

Saya kira, isu sebenar dia bukanlah tentang satu pelanggan guna dua mesin serentak, tetapi yang menjadi masalah apabila pelanggan yang guna lebih dari satu mesin, lepas tu dia biarkan pakaian dia dalam mesin basuh tu agak lama. Sedangkan waktu tu mesin tersebut dah lama berhenti tetapi tak ada siapa yang datang untuk ambik pakaian dekat dalam tu.

 

Kenapa bisnes kedai dobi layan diri ada potensi yang bagus?

Seperti lain-lain perniagaan, kejayaan bisnes kedai dobi ini turut disumbangkan oleh faktor pemilihan lokasi yang betul.

 

Adakah kedai dobi ini dibuka dikawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan atau projek perumahan rakyat?

Baca juga: Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

 

Tahukah anda, berapa harga mesin basuh sekarang ini? Kalau nak semak harga mesin basuh, boleh buat semakan menerusi laman web ini. Bukan semua orang akan beli mesin basuh untuk rumah kediaman mereka.

 

Setengah orang, memang tak akan beli. Terutama sekali, kalau penghuni rumah itu sebenarnya hanya sewa bilik semata-mata. Begitu juga golongan pelajar. Mereka ini juga berkemungkinan tak akan beli mesin basuh. Pilihan yang lebih baik untuk mereka sama ada cuci sendiri guna tangan, atau hantar ke dobi. Ataupun bila balik rumah famili nanti, bawa sekali baju-baju kotor untuk dicuci.

 

Bagi contoh rumah dalam kawasan projek perumahan rakyat misalnya, saya dapati ruang dalam rumah memang agak terhad. Ruang yang ada, daripada digunakan untuk letak mesin basuh, lebih baik guna untuk simpan barang lain.

 

Mungkin kalau nak mulakan bisnes kedai dobi layan diri, faktor seperti saiz dan luas rumah yang ada disesuatu kawasan boleh diambil kira. Anda cubalah buat survei. Mana tahu, dari survei itu nanti, anda akan nampak yang dekat kawasan tersebut, penduduk disitu memang tak membeli mesin basuh.

 

Ini satu petanda dan berita baik, yang mungkin akan menyumbang kepada kejayaan perniagaan anda nanti.

 

Anda nak buat bisnes kedai dobi? Cuba baca laman web ini dulu.

Anda nak kertas kerja perniagaan kedai dobi? Boleh download disini.

 

 

The post Buat bisnes kedai dobi layan diri di kawasan perumahan dan apartment appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kerja menerusi konsep Gig – Kenapa ia makin popular dan jadi pilihan pekerja di dunia?

$
0
0

Zaman sekaran ini, kerja makin mencabar. Adakalanya expectation dari majikan, melebihi daripada apa yang kita mampu berikan.

 

Kita dah berikan, apa yang pihak majikan inginkan. Kemudian bermula tahun hadapan, majikan akan mula tetapkan goal atau sasaran yang baru.

 

Kalau ini merupakan perlawanan bola sepak, nampaknya setiap kali kita berjaya menang satu perlawanan, dalam perlawanan seterusnya kita kena sentiasa tambah bilangan gol. Menang dengan jaringan 1 berbalas 0 dilihat belum cukup untuk memuaskan hati pihak majikan.

 

Bagaimana kalau kita dapat kembali kepada satu sistem, dimana kita hanya perlu buat satu perkara, kerja atau tugasan sahaja?

 

Maksudnya? Kalau kerja sebagai cashier, kita hanya perlu buat kerja cashier.

Kalau kita kerja sebagai customer service, kita hanya buat customer service sahaja.

Kalau kerja kita sebagai graphic designer, itu sahaja kerja yang kita kena buat.

tugasan-yang-perlu-siap

Bukan memang macam tu ke?

 

Not necessary. Ada masanya, kita kena buat benda-benda yang tak termasuk dalam bidang tugas atau job description kita.

 

Berbalik kepada tiga contoh tadi. Siapa yang jadi cashier, kadang-kadang kena layan customer dan kena buat kerja-kerja book keeping dan stock check.

 

Yang kerja sebagai customer service pulak, sepatutnya cuma kena jawab pertanyaan pelanggan sahaja, tapi kadang-kadang dapat tugasan untuk buat cross sell dan buat panggilan keluar untuk bercakap dengan pelanggan. Sambil tolong pelanggan yang ada masalah, sambil cuba buat jualan.

 

Kalau memang ada keperluan, untuk kita rekemen pelanggan beli produk tertentu, sebab pada peringkat awal mungkin pelanggan tak tahu yang dia patut beli produk tu, maka saya kira itu tak menjadi masalah. Tetapi kalau sampai satu tahap, setiap kali berurusan dengan pelanggan, mesti kena rekemen something, itu dah jadi satu beban.

 

Lagi memburukkan keadaan, apabila syarikat letakkan SOP baru, customer service mesti kena sumbangkan sales sekurang-kurangnya sekian sekian nilai. Alasannya? Sebab bahagian customer service adalah bahagian yang paling kerap handle pertanyaan dan menyelesaikan masalah pelanggan. Ini dah tentu membebankan customer service.

 

Manakala yang kerja sebagai designer, kena bantu kerja-kerja pengurusan, bantu sediakan proposal atau kertas kerja, bila tak ada projek yang perlukan khidmat design.

 

Nampaknya, situasi sekarang ini, majikan mencari pekerja yang boleh buat semua benda. Istilah yang biasa digunakan adalah ada kemahiran untuk multitasking.

 

Syarat utama untuk diterima bekerja, pekerja perlu ada kemahiran untuk lakukan kerja-kerja yang termaktub dalam job description. Syarat kedua, kena multitasking.

 

Saya nampak benda ni lebih kepada satu tindakan licik pihak majikan untuk jimatkan kos pengurusan, jadi dia “paksa” pekerja untuk multitasking. Bukankah lebih baik kalau majikan lantik satu orang pekerja baru, khusus untuk buat kerja-kerja tersebut?

 

Oh… dari segi kos, ianya tak berapa baik untuk majikan. Jadi yang nak bekerja tu, kena terima sahaja, syarat kena multitasking tersebut. (of course kita ada pilihan, kalau tak suka dengan kerja tu, boleh pilih kerja lain).

 

Stress free working environment

Stress free working environment.

Work-life balance.

 

Itu antara perkara yang dicanangkan oleh syarikat. Ironinya, benda yang dikempenkan tak sama dengan benda yang kita terpaksa hadap.

 

Kerja tu memanglah stress. Tapi lagi stress kalau kita asyik ditugaskan untuk buat kerja-kerja yang diluar kemampuan kita. Apabila kita tak ada kemahiran dan kemampuan untuk buat kerja tersebut, kita kena belajar.

 

Syarikat akan hantar kita pergi training. Buat on job training (OJT) supaya kita mahir dengan skil yang baru kita perolehi. Akhirnya, tugasan kita makin bertambah. Adakah gaji turut bertambah dengan pertambahan beban kerja? Mungkin akan ada kenaikkan gaji, tapi itu kena tunggu selepas KPI review.

 

Pada saya, stress free work environment itu, adalah apabila kita bekerja, kita buat benda yang memang kita minat. Bila kita dapat buat apa yang memang kita betul-betul minat, kita tak risau tentang gaji, tentang hasil kerja, tentang pemantauan dan sebagainya. Kita sendiri tahu, yang kita pasti akan berikan hasil kerja yang terbaik.

 

Satu lagi perkara yang saya tak berapa suka, adalah apabila kita kena buat kerja-kerja yang berbentuk ad hoc. Tiba-tiba satu pagi bila kita masuk pejabat, kita dapat satu tugasan yang kita sendiri tak tau macam mana nak selesaikan, tiba-tiba tugasan tu diserahkan pada kita, dan bos cuma nak tahu result dia sahaja!

 

Itu belum ambil kira tugasan yang sebenarnya adalah tugasan personal untuk bos dan bukannya untuk syarikat.

 

Kerja dengan menggunakan konsep Gig

Dari pembacaan yang saya buat, saya menemui beberapa konsep dan istilah yang saya kira agak menarik untuk saya cerita dalam blog ini.

 

Konsep tersebut ialah Gig Economy atau gig sahaja. Kali pertama saya dengar perkataan gig ini, adalah dari laman web fiverr.com

 

Setiap halaman yang menceritakan tentang servis yang ditawarkan oleh pekerja bebas (freelancer) yang ada disitu, dikenali dengan nama gig. Lihat contoh dibawah.

contoh-gig

Screenshot gig dari laman web fiverr.

 

Dalam gig ini, setiap orang akan nyatakan apakah kerja yang mereka sanggup untuk lakukan, bagaimana cara mereka bekerja, berapa lama masa yang diperlukan untuk siapkan sesuatu kerja, serta kadar bayaran yang mereka tetapkan.

 

Dalam konteks fiverr ini, pihak pekerja yang akan tetapkan berapa kadar bayaran yang mereka mahukan, bukan sebaliknya.

 

Bukan semua pekerja adalah sama dan berfikiran serupa

Dulu saya pernah fikir begini. Lepas habis belajar, nak masuk dalam dunia korporat, dan seterusnya bina karier dan kerjaya sampailah ke peringkat yang paling tinggi. Mula dengan seorang eksekutif, naik jadi assistant manager, manager dan mungkin hingga ke tahap CEO.

 

Munasabah ke cita-cita tu?

 

Eh kenapa tidak? Asalkan ada kelayakkan, ada kemahuan, semuanya pasti boleh. Kalau tak boleh jadi CEO untuk syarikat orang lain dan ternama, kita boleh jadi CEO bagi syarikat kita sendiri, kan.

 

Tapi tak semua orang ada cita-cita begitu. Ada orang, dia cuma fikir untuk dapat gaji semata-mata. Datang kerja, buat kerja, siapkan kerja, ambil gaji. Itu sahaja.

 

Langsung tak ada niat dan cita-cita untuk bina karier, climb the corporate ladder and so on. Orang macam ni, tolonglah jangan bebankan dia dengan kerja-kerja tambahan. Dia tak minat pun nak buat kerja extra, jadi multitasking dan sebagainya. Dia cuma nak buat kerja dan ambil gaji yang sepatutnya. Itu sahaja.

 

Kerja berdasarkan Gig jadi pilihan

Mungkin atas sebab inilah, kerja menerusi gig atau kerja menggunakan konsep gig jadi satu pilihan. Dekat Malaysia ni, mungkin ia masih belum begitu popular, tetapi bagi mereka yang biasa dengan laman web seperti fiverr, kerja seperti ini bukan sesuatu yang baru.

 

Oleh sebab bidang saya juga adalah dalam penulisan, saya bagi lagi contoh gig yang sama, dalam bidang penulisan.

kerja-dari-rumah-dengan-fiverr

Kalau anda layari laman web fiverr, anda boleh lihat sendiri pelbagai variasi gig yang dihasilkan oleh pengguna laman web ini. Setiap gig akan dimulakan dengan ayat seperti “I will…. (disambung dengan kerja yang anda sanggup lakukan)

 

Benda ini, kita boleh aplikasikan juga untuk diri kita sendiri. Contohnya,

  1. Saya akan tulis sebuah artikel pemasaran tentang jenama anda.
  2. Saya akan potong rumput dekat rumah anda.
  3. Saya akan ajar subjek matematik untuk anda.
  4. Saya akan kemas rumah anda.
  5. Saya akan buat hiasan dalaman untuk kediaman anda.
  6. Saya akan buatkan sangkar kucing untuk anda
  7. Saya akan buatkan kertas kerja untuk perniagaan anda.

 

Letakkan harga yang munasabah. Tunjukkan testimoni daripada pelanggan terdahulu, dan sertakan juga gambar-gambar hasil kerja anda yang sebelum ini.

 

Macam di laman web fiverr, mereka meletakkan harga asas sebanyak USD5 atau lebih kurang RM20 untuk satu tugasan. Sekiranya ada pihak yang minat nak dapatkan perkhidmatan tersebut, dia perlu bayar USD5 itu tadi.

 

Katakanlah, orang tu memerlukan extra service daripada pemilik gig, maka dia boleh request extra service tersebut dan pihak pemilik gig akan tetapkan berapa harganya.

 

Kerja remeh macam ni boleh hidup senang ke?

Bayaran yang diterima oleh para pemilik gig, adalah berdasarkan berapa banyak tempahan yang diterima. Satu tempahan bersamaan dengan satu tugasan.

 

Kalau dalam sehari dia menerima banyak tempahan, maka banyaklah pendapatan yang bakal dihasilkan. Anda boleh wujudkan banyak gig asalkan anda tahu, yang anda boleh selesaikan setiap tugasan yang diterima itu tadi.

 

Untuk pengetahuan anda juga, gig yang dibina ini, bukan semuanya memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Bagi yang memang dah pakar dalam bidang itu, dia mungkin boleh siapkan tugasan dalam masa kurang 10 minit.

 

Saya percaya, orang yang bekerja menggunakan konsep gig ini, mereka bukannya bergantung 100% pada sumber pendapatan itu sahaja. Mungkin dibelakang, mereka ada projek lain yang lebih besar, berbanding servis yang mereka tawarkan melalui gig ini.

 

Contohnya macam ni. Dia sebenarnya ada bisnes. Oleh sebab bisnes dalam peringkat permulaan, jadi pendapatan dari bisnes juga tak berapa stabil. Peringkat permulaan, bisnes perlukan tumpuan yang lebih sebelum wujud satu sistem sokongan yang boleh buatkan bisnes bergerak sendiri.

 

Kalau dia kerja di syarikat, dia mungkin tak akan mampu untuk buat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Ingat lagi konsep multitasking yang saya sebut-sebut sebelum ini?

 

Dulu masa saya kerja dengan syarikat di KL, setiap hari bila balik kerja, memang saya sangat penat. Tenaga banyak dihabiskan di tempat kerja, untuk pergi dan balik. Bila dah sampai rumah, rasa sangat exhausted. saya nak siapkan satu artikel pun rasa penat. Memang sangat berat.

 

Saya pernah cuba untuk buat bisnes ebay dan blogging semasa saya kerja dulu. Tapi sayangnya, bila dah habis kerja, balik rumah sangat penat. Ada satu masa, bos sengaja bagi masalah yang tak mungkin selesai semasa waktu kerja. Masalah tersebut terpaksa dibawa balik untuk difikirkan apa penyelesaiannya.

 

Bila ini berlaku, memang mustahil untuk bina perniagaan sambil bekerja. Pendapatan dari bisnes dan blog jadi terjejas, dan saya terpaksa harap pendapatan dari gaji semata-mata. Kalau dibiarkan situasi ini berlarutan, sampai bila-bila saya tak akan ada bisnes sendiri, dan sampai sekarang saya masih belum ada multiple source of income.

 

Tapi dengan bekerja menerusi konsep gig ini sedikit berbeza. Kita tawarkan kerja yang senang-senang. Selepas kita berjaya siapkan tempahan dari pelanggan, kita masih ada banyak tenaga untuk fikir pasal bisnes kita sendiri.

 

Saya tak kata yang kerja melalui gig ini PERFECT. Tetapi, ia bagus untuk sesetengah individu. Malahan, saya kira ianya lebih bagus berbanding kita buat kerja part time dekat mana-mana syarikat.

 

 

The post Kerja menerusi konsep Gig – Kenapa ia makin popular dan jadi pilihan pekerja di dunia? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Jana pendapatan berterusan melalui bisnes Homestay

$
0
0

Pada satu petang, saya berjalan tanpa arah tuju di Sunway Pyramid.

 

Sambil jalan, saya lihat kedai-kedai yang ada dalam shopping mall. Saya tak perasan, rupa-rupanya saya lalu kat depan kiosk yang mempromosikan hartanah di Cheras.

 

“Boss marilah sini tengok property kat Cheras…” Suara ejen hartanah dengan pelat cina menyapa saya.

 

Not in the mood untuk beli rumah sekarang ini. Saya hanya cakap “Saya baru saja beli rumah…”

pelaburan-bisnes-homestay

“Tak apa. Beli satu lagi untuk investment. Sini location sangat bagus tau…”

 

“Ha ha tak apa lah. Loan rumah masih banyak lagi. Tak plan nak tambah komitmen. Terima kasih ya…” Saya cepat-cepat tinggalkan tempat tu. Saya rasa, makin lama saya berhenti, nanti makin susah pulak nak angkat kaki.

 

Beli rumah bagi tujuan pelaburan

Ada beza antara beli rumah bagi tujuan pelaburan dengan beli rumah bagi tujuan kediaman.

 

Apabila kita beli rumah bagi tujuan pelaburan, kita nak tahu hal-hal seperti

  1. Berapa banyak potensi keuntungan yang boleh kita hasilkan?
  2. Dari mana datangnya keuntungan?
  3. Adakah dari sewaan?
  4. Atau adakah dari kenaikkan nilai hartanah?
  5. Jika melalui sewa, siapakah yang bakal duduk menyewa dirumah pelaburan tersebut?

 

Jika kata kunci “sewa” yang dicadangkan oleh property agent, maka kita perlu buat penilaian sama ada rumah pelaburan itu nanti dapat berikan positive cash flow kepada kita atau tidak.

 

Duit sewa yang akan dibayar oleh bakal penyewa nanti, bila ditolak dengan jumlah bayaran balik loan bank, kena ada satu nilai yang postif. Selagi mana rumah tu ada penyewa, maka tak perlu risau tentang bayaran balik hutang pinjaman dengan bank.

 

Saya pernah tanya soalan kepada pemilik homestay di Tangkak ini. Macam mana kalau dalam sebulan langsung tak ada penyewa. Adakah ini akan menjejaskan bisnes homestay yang tuan jalankan dan kedudukan kewangan tuan nanti?”

“Tak ada masalah. Ada penyewa atau tak ada, memang dah ada bahagian untuk bayar hutang dekat bank…Itu jawapan beliau.

 

Itu memang terbaik. Setidak-tidaknya, saya selaku salah seorang team pemasaran untuk homestay beliau, tak rasa begitu stress kalau khidmat yang saya berikan ini, tidak berjaya berikan sales kepada beliau.

 

Walaubagaimanapun, dari semakan yang saya buat, artikel promosi yang saya pernah tulis untuk bisnes homestay beliau dah berjaya masuk ke halaman pertama google.com bagi kata kunci “homestay di Tangkak”.

homestay-murah-di-tangkak

Dari pengalaman saya, sesebuah artikel iklan kalau dah berjaya masuk ke page pertama Google, adalah hampir mustahil kalau langsung tak dapat sales. Apa pun, saya doakan semoga perniagaan pelanggan saya ini terus sukses, In Shaa Allah.

 

Rumah untuk tujuan pelaburan, kita akan nilai ia mengikut timbangan untung rugi. Kalau ada potensi untuk buat untung, maka ia merupakan satu pelaburan yang baik untuk kita.

 

Kita tak perlu suka pada hartanah yang dibeli, kita tak semestinya perlu jatuh cinta dengan rumah tersebut, sebab yang lebih penting, ia mestilah menepati kriteria yang dimahukan oleh bakal penyewa kita.

 

Berbeza halnya dengan rumah untuk tujuan kediaman sendiri. Oleh sebab kita sendiri yang akan tinggal dirumah tu, jadi kita akan lebih cerewet. Bilik mesti ada sekurang-kurangnya 4 buah. Ruang parking dalam anjung boleh muat dua buah kereta dan dibahagian luar boleh muat lagi dua buah kereta untuk tetamu.

 

Kalau boleh kena ada halaman yang luas. Kawasan kejiranan semuanya atau majoriti orang Melayu Islam dan sebagainya.

 

Buat bisnes rumah sewa atau bisnes rumah percutian?

Rumah yang dibeli bagi tujuan pelaburan, dan kita nak buat duit menerusi duit sewa, mana satu yang lebih menguntungkan? Adakah buat rumah sewa atau rumah percutian?

 

Oleh kerana pelaburan hartanah, melibatkan kos yang sangat tinggi, saya percaya mereka yang terlibat dalam bidang ini, sudahpun buat kajian yang sewajarnya. Tetapi bagi mereka yang baru nak bermula, atau sekadar nak dengar idea dan pandangan kedua, mungkin ada beberapa poin dalam penulisan ini yang bakal beri manfaat kepada anda.

 

Lokasi dan impak kepada pendapatan dari sewa

Secara purata, pada waktu penulisan ini saya tulis, kos untuk sewa rumah teres tiga bilik di sekitar Jitra adalah dalam lingkungan RM400 – RM500 sebulan. Itupun dah dikira MAHAL. 

 

Kalau letak harga RM500 sebulan untuk rumah sewa, risikonya ialah anda mungkin tak berjaya dapat penyewa yang sanggup tinggal dalam rumah tersebut. Apa pun silalah semak kadar purata sewa terkini disesuatu kawasan. Info yang saya selitkan ini mungkin tidak begitu relevan dengan kawasan yang anda sasarkan.

 

Oleh sebab sewa bulanan yang rendah, maka boleh pertimbangkan untuk buat pilihan yang satu lagi, iaitu jadikan rumah sebagai homestay. Kita andaikan, anda letak harga RM150 untuk sewa satu malam. Dalam sebulan, kalau cuma dapat sewa selama 6 malam sahaja pun, dah boleh dapat sekurang-kurangnya RM900.

 

Memang betullah, dalam pelaburan hartanah, terutamanya bagi tujuan sewa, faktor lokasi adalah faktor yang sangat penting. Bukan semua hartanah, sesuai untuk dijadikan rumah sewa, atau homestay. Sebagai pemilik, memanglah kebebasan itu sepenuhnya pada anda, nak uruskan dan nak jadikan rumah anda sebagai rumah sewa atau homestay.

 

Tetapi sebagai penyewa, mereka juga ada kebebasan untuk tak memilih hartanah anda untuk disewa.

 

Kenali bakal penyewa anda

Adakah setiap rumah yang anda beli, anda akan terus dapat penyewa sebaik sahaja anda dapat kunci? Tak semestinya.

 

Ada keadaan dimana pemilik hartanah terpaksa menunggu berbulan-bulan, dan mungkin kena tunggu sampai bertahun, barulah rumah tersebut ada yang minat nak sewa.

 

Rumah sewa dekat sebelah saya, kosong selama hampir setahun. Sebaik sahaja penyewa asal keluar, nampaknya tuan rumah tak berjaya dapatkan pengganti dengan segera. Dalam tempoh menunggu penyewa yang baru tu, saya kira macam-macam juga tuan rumah buat.

 

Mungkin dia ada buat

  1. Sentiasa kemaskini kadar sewa
  2. Gunakan khidmat broker atau agent untuk dapatkan penyewa
  3. Renovate bahagian rumah yang nampak usang dan yang kerap menerima kritikan bakal penyewa

 

Saya berpandangan, bisnes homestay ada masa depan yang cerah kalau hartanah tersebut terletak dikawasan tumpuan aktiviti pelancongan ataupun dikawasan berdekatan dengan institusi pendidikan.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

Kalau tak berjaya temui hartanah di kawasan yang menepati dua ciri tersebut, mungkin boleh pertimbangkan kawasan bandar yang memang jadi tumpuan serta yang ramai penduduk.

 

Satu lagi perkara yang sepatutnya tidak diambil ringan, adalah berkenaan dengan kelengkapan yang disediakan dalam rumah. Kita sedia maklum, orang yang pilih homestay berbanding hotel ni adalah sebab mereka pergi bercuti dalam kumpulan yang agak ramai.

 

Kalau sewa homestay, lebih jimat. Kebiasaannya, dalam sebuah homestay ada 3 buah bilik lagi. Cuma yang biasa saya lihat, dekat dalam Airbnb pun sama, adalah tentang bilangan aircond yang sangat terhad.

 

Dekat homestay memang ada aircond, cuma ia hanya ada di masterbedroom sahaja. Dekat bilik nombor dua dan tiga, dan dekat ruang tamu tak ada aircond. Hal macam ini pun boleh dijadikan sebab kenapa bakal pelanggan pilih untuk sewa homestay lain berbanding homestay milik anda.

 

Syabas buat pemilik bisnes homestay yang sediakan aircond satu rumah. Patut kena nyatakan dengan jelas, rumah dilengkapi dengan penghawa dingin. Setiap bilik dan ruang tamu ada aircond. 

 

Nak bina pendapatan berterusan dengan bisnes homestay?

Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, sudah tentu kita mengharapkan pendapatan yang diperolehi itu nanti, akan berterusan dan berpanjangan.

 

Begitulah juga dengan bisnes homestay ini kan. Dengan memahami siapa sebenarnya pelanggan sasaran anda, dan dicampur dengan faktor pemilihan lokasi yang tepat, saya percaya anda juga boleh jana pendapatan berterusan melalui perniagaan homestay ini.

 

 

 

 

The post Jana pendapatan berterusan melalui bisnes Homestay appeared first on Blog Sabree Hussin.

Belajar ilmu penggunaan kad kredit dari tauke kedai perabot

$
0
0

Dekat sekitar kawasan Sungai Besi, ada beberapa kedai menjual perabot. Saya juga pernah beli perabot dari beberapa kedai disini pada waktu saya baru mula-mula berpindah ke Cheras.

 

Kebanyakkan kedai perabot, style dan cara menjual lebih kurang sama. Dalam premis perniagaan, ada diletakkan beberapa jenis perabot, seperti set meja makan, set bilik tidur, rak buku dan sebagainya. Itupun tak banyak.

Kalau pelanggan nak tengok rekaan yang berbeza, kena tengok dalam katalog. Perabot yang diletakkan dalam kedai, sama ada perabot yang sudah ditempah oleh pelanggan, hanya tinggal hantar, ataupun stok lama yang dikategorikan sebagai clearance stock.

 

Cara perniagaan seperti ini, nampaknya lebih kurang sama dengan kaedah dropship. Bila pelanggan dah buat bayaran, barulah pemilik kedai akan order perabot dari kilang, untuk dihantar kepada pelanggan.

 

Saya perasan, kedai-kedai perabot yang saya kunjungi di area Sungai Besi, kebanyakkannya yang kerja disitu adalah orang Pakistan. Sampai satu tahap, saya pun tak pasti, sama ada orang Pakistan ini adalah pekerja sahaja ataupun perniagaan itu memang mereka yang jalankan.

 

Kalau dulu, mereka berniaga karpet. Sekarang ini, banyak geng-geng Pakistan dah mula masuk ke perniagaan perabot.

 

Tahu tak macam mana nak bezakan antara orang Pakistan dengan Bangladesh? Saya tak berapa tahu. Tapi kalau mereka pakai baju macam jubah labuh ni, tahulah saya yang mereka adalah orang Pakistan.

orang-pakistan-jual-perabot

Satu hari, masa tengah tengok-tengok kedai perabot di Sungai Besi, saya perasan ada satu kedai tu, tauke dia orang cina! Saya ingatkan kedai perabot kat Sungai Besi ini, semuanya dah didominasi oleh orang Pakistan sahaja.

 

Kadang-kadang saya rasa macam agak leceh nak berurusan dengan orang asing. Kalau nak buat transaksi, semuanya CASH ONLY. Bila nak buat bayaran, terpaksa pergi keluar duit dulu, lepas tu bawak cash ke kedai.

 

Tapi kalau berurusan dengan peniaga tempatan, tauke cina la biasanya, kita ada pilihan untuk bayar guna kad kredit.

kad-kredit-bagus-ke

Saya tak kata guna kad kredit untuk bayar perabot itu bagus, tetapi setidak-tidaknya dengan adanya kemudahan ini, pelanggan macam saya ada pilihan yang lebih banyak untuk buat bayaran.

 

Dalam senarai, saya nak beli

  1. Rak pinggan
  2. Ampaian
  3. Wardrobe
  4. Rak buku
  5. Kerusi untuk meja makan 6 unit
  6. Meja tulis

 

Semua sekali, bila kira jumlahnya lebih kurang RM1,500. Oleh sebab kebanyakkan barang yang saya nak, semuanya hanya boleh lihat dalam katalog, tauke kedai ni kata kalau serius nak kena order dulu. 

 

Kalau nak order, kena bayar 40% deposit dulu, atau bersamaan dengan RM600. Bakinya boleh bayar dekat rumah, masa barang dah sampai.

 

“Boleh tak i nak tengok barang tu dulu, then bila saya dah puas hati, saya bayar 100%?”

 

“Tak boleh. Semua barang kena order dulu. Bila dah order, baru boleh tengok barang. Barang semua sama macam dalam katalog…” 

 

Entahlah… saya rasa macam susah nak berurusan dengan cara macam tu. Kalau boleh saya nak tengok-tengok dulu barangan yang saya nak beli. Itu sebab saya pergi ke kedai perabot pada waktu tu.

 

Kalau pergi ke kedai perabot, tapi lepas tu, cuma boleh tengok katalog dan buat tempahan, samalah macam saya order secara online.

 

Sekarang ni kalau nak beli perabot, boleh je beli dekat Ikea secara online. Tapi kalau saya dah walk in ke kedai perabot, sudah tentu saya nak tengok dulu kualiti barang yang nak dibeli tu.

 

Jangan bayar lump sum, guna Easy Payment

Saya berbelah bahagi untuk beli perabot dalam kedai tu. Waktu tengah silent moment tu, tauke kedai tu kata kat saya, “u nak bayar pakai kad kredit ke?”

 

Saya kata ya. Jawab sekadar jawab, dan bukannya saya betul-betul maksudkannya.

 

Masa inilah tauke kedai tu, sampaikan satu ilmu penggunaan kad kredit yang cukup bagus untuk saya. Benda ini, sebenarnya dah wujud lama, dan saya juga pernah tengok benda ni. Tapi itulah, disebabkan tak begitu ambik perhatian, jadi saya tak berapa perasan.

 

Kata tauke tu,

 

“U kalau nak pakai kad kredit, guna easy payment. Jangan bayar one shot. Kalau guna easy payment, boleh pecah-pecah amount dari RM1,500 kepada 10 kali bayar. Interest free pula…”

 

Untuk rekod, sebelum ini memang pernah beli barang yang harganya lebih kurang RM2,000 guna kad kredit. Tapi, bayaran dibuat secara ansuran (installment) selama 12 bulan kalau tak silap. Selepas mengambil kira caj-caj yang saya pun tak ingat, apa cajnya, setiap bulan, kad kredit yang digunakan kena caj sekitar RM170 setiap bulan.

 

Pada mulanya, credit limit masih ada lagi RM2,300 lebih kurang. Tetapi selepas buat pelan installment macam ni, credit limit terus kena potong RM2,000 dan hanya tinggalkan RM300 sahaja.

 

Rupanya benda ini, adalah easy payment. Dulu tak berapa ambik tahu, apa nama dia.

 

Easy Payment Plan with CIMB Credit Card

Oleh sebab saya pengguna kad kredit dari CIMB, jadi saya rujuk maklumat yang lebih SAHIH terus dari laman web CIMB.

 

Untuk lain-lain kad kredit, misalnya kad kredit HSBC, Bank Islam, Maybank dan sebagainya, cubalah rujuk dengan pihak bank masing-masing. Mungkin bank anda juga ada tawarkan easy payment.

 

Kata tauke cina tu,

“Nanti masa nak buat payment, u call bank on the spot, dan bagitahu pada customer service yang u nak convert payment yang baru buat tu sebagai easy payment. Kena buat on the spot, untuk convert terus jadi easy payment. Ada kena caj bank tapi tak tau berapa…”

 

Maklumat ini saya bandingkan dengan maklumat yang termaktub dalam terma dan syarat CIMB Easy Payment

“EP is only applicable for purchases made by Cardholders using the Card (“EP Purchases”) at selected approved participating merchants by CIMB Bank, also known as “EP Merchants”. For the avoidance of doubt, EP Purchases may be subject to the terms and conditions governing the products and services offered by EP Merchants. EP is not available for cash advance, quasi cash and transactions with cash rebates or double Bonus Points, payment of instalment under other instalment payment facility provided by the Bank or any other banks or financial institutions, and settlement of any annual fee, outstanding balances or charges imposed by the Bank under and/or pursuant to the terms of CIMB Bank’s Cardholder Terms and Conditions.”

 

Ayat yang penting ialah

… at selected approved participating merchants by CIMB Bank, also known as “EP Merchants”.

 

Justeru, kalau nama kedai perabot tu, tak termasuk dalam senarai approved participating merchants by CIMB Bank, besar kemungkinan transaksi yang bakal dilakukan tu pasti tak boleh jadi installment plan. Sebaik-baiknya, sebelum nak buat sebarang transaksi, semak dulu dengan pihak bank dan dapatkan confirmation dulu, bukannya terus pandai-pandai buat keputusan.

 

Tambahan lagi, untuk melayakkan sesuatu transaksi itu boleh dimasukkan dalam installment plan dibawah Easy Payment, ada minimum payment yang perlu kita penuhi.

“Subject to any variation or changes as may be determined by the Bank from time to time by giving adequate prior notice to the Cardholder, the Cardholder must meet the minimum spending amount charged to the Card to qualify for EP. The minimum spending required per purchase transaction depends on the Bank’s arrangement with the EP Merchants.”

 

Kalau minimum payment ialah RM2,000 dan kita punya transaksi ialah RM1,900… kita masih tetap tak layak untuk dapat kemudahan ini.

 

Dan satu lagi maklumat yang tak kurang pentingnya ialah, sebelum nak buat easy payment ni, kena pastikan baki kredit atau credit limit kita mencukupi.

EP Purchases will be considered a utilization of the Cardholder’s Card available credit limit under the Cardholder’s MasterCard and/or Visa Card Account. The Cardholder’s Card credit limit will be reduced by the amount of the EP Purchase and as each instalment under EP is paid by the Cardholder, the amount equivalent to such instalment paid will in turn, be restored to the Cardholder’s credit limit.”

 

Kalau credit limit pada kad kredit kita hanya tinggal RM3,000 dan barang yang kita nak beli tu, harganya RM3,500 kita tak layak untuk gunakan kemudahan ini.

 

Tetapi, saya tak pasti, kalau-kalau pihak merchant atau penjual boleh buat sedikit adjustment pada transaksi. Kita bayar sebahagian guna cash, dan sebahagian lagi guna kad kredit, sebab nak pakai Easy Payment. Sepanjang pengalaman saya guna kad kredit, sebenarnya tak ada masalah untuk campur-campur buat bayaran.

 

Sebahagian guna kad, sebahagian lain guna cash. Ataupun pernah juga saya buat, dalam satu transaksi, saya guna dua kad yang berbeza. Kalau cuma guna satu kad sahaja, credit limit tak mencukupi.

Baca juga: Bayar hutang kad kredit bernilai RM10 ribu melalui pendapatan dari bisnes ebay

 

Apa pun, walaupun ilmu penggunaan kad kredit yang diajarkan oleh tauke kedai tu mungkin tak berapa tepat, at least saya dapat belajar something. Lepas ini, untuk transaksi yang agak mahal, saya akan tanya dulu merchant tu, sama ada boleh guna Easy Payment atau tidak.

 

Kalau boleh guna, saya akan pakai kemudahan tersebut.

 

 

The post Belajar ilmu penggunaan kad kredit dari tauke kedai perabot appeared first on Blog Sabree Hussin.

Viewing all 595 articles
Browse latest View live