Ada beberapa soalan yang kerap ditanyakan kepada saya. Salah satunya adalah soalan tentang kerja dari rumah untuk pelajar lepasan SPM.
Kebiasaannya, saya akan jawab tak ada. Ye la, kalau nak cari kerja part time, sementara menunggu result SPM ataupun tunggu tawaran sambung belajar, anda sebenarnya boleh kerja part time sama ada di panggung wayang, restoran makanan segera, dan banyak lagi.
Dekat laman web ini, ada banyak iklan kerja kosong, sama ada untuk part time atau fulltime yang anda boleh mohon.
Tapi soalan yang saya terima ini, lebih spesifik. Dia nak kerja part time, tapi dengan syarat kerja tu mestilah boleh dibuat dari rumah.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bijak si penanya soalan ini. Boleh jadi, dia memilih untuk kerja dari rumah sahaja sebab nak berjimat dari segi
(1) Tak perlu keluar belanja untuk pengangkutan
Boleh jadi dia tak ada kenderaan sendiri, dan kalau kena kerja dekat tempat yang agak jauh dari rumah, dia perlu minta tolong adik beradik, mak atau ayah untuk hantar dan jemput dia balik kerja. Kalau tak ada sesiapa yang boleh tolong, dia kena keluar duit belanja untuk kos pergi dan balik kerja. Tak kan nak beli kenderaan?
(2) Kalau tempat kerja jauh, tak perlu nak sewa rumah atau bilik
Cara lain kalau nak berjimat dari segi pengangkutan ialah pilih kerja yang dekat dengan rumah. Kalau tak ada? Cuba cari tempat tinggal yang dekat dengan tempat kerja. Sama ada anda sewa rumah, sewa bilik ataupun menumpang di rumah saudara.
(3) Boleh jimat belanja untuk makan. Kalau lapar just makan apa yang mak masak.
Setiap hari kita memang kena makan. Kos untuk makan tengahari, boleh mencecah sehingga RM8 – RM12 dalam sehari.
(4) Tak perlu risau nak kena beli baju lawa-lawa untuk pakai semasa kerja
Sesetengah tempat kerja tidak menyediakan pakaian uniform. Jadi anda perlu ada pakaian yang sesuai untuk ke tempat kerja. Tak kan nak pakai pakaian sekolah pulak kan untuk ke tempat kerja?
(5) Boleh pilih nak bekerja pada waktu mana dan bila-bila masa
Ini merupakan kriteria yang saya suka tentang kerja dari rumah. Saya boleh kerja ikut masa saya, dan saya boleh kerja pada bila-bila masa yang saya suka. Namun saya perlu ingatkan, bukan semua kerja dari rumah boleh ikut waktu kita. Bergantung pada jenis kerja yang anda buat, ada juga kerja yang anda kena ikut masa orang lain.
Ada ke kerja kosong yang boleh dilakukan hanya dari rumah untuk pelajar lepasan SPM?
Carilah mana-mana portal atau laman web yang menyiarkan iklan kerja kosong, sama ada di Jobstreet, atau di Maukerja, memang kita susah nak jumpa kerja kosong yang boleh dilakukan hanya dari rumah.
Kebanyakkan kerja yang diiklankan adalah iklan untuk mencari pekerja part time ataupun full time sahaja. Kalau nak cari iklan kerja dari rumah, memang susah nak jumpa.
Tapi adakah ini bermakna, kerja dari rumah memang tak wujud?
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ok macam ini. Sebelum anda teruskan pembacaan, saya nak anda ubah sedikit mindset dan cara berfikir.
Kalau anda mencari kerja kosong, yang mana anda minta kerja dari majikan, kemudian majikan beri anda kerja, seterusnya anda buat kerja tersebut dari rumah, bila dah siap anda hantar kerja yang telah disiapkan tu lalu anda dapat gaji…
Kerja macam tu memang susah nak dapat. Tahap susah tu, lebih menjurus kearah tak akan dapat. Anggap sahaja kerja seumpama tu tak ada, dan belum lagi wujud.
Saya percaya, satu hari nanti akan wujud banyak peluang kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah, tapi sekarang belum masanya.
Tapi kalau anda mahu, anda boleh buat seperti mana yang saya buat, untuk hasilkan pendapatan. Saya buat kerja-kerja ini semua hanya dari rumah.
Apa kerja yang saya buat?
Kerja saya ni ada macam-macam nama. Antaranya
(1) Blogger @ Penulis Blog
(2) Copywriter
(3) Content Marketer
(4) Web Developer
Tak kisahlah walau apa nama yang diberikan, namun cara kerjanya sama sahaja.
(1) Mula-mula saya akan install blog pada domain dan hosting menggunakan sistem WordPress
(2) Seterusnya selepas dah install blog, saya akan mula menulis dan menghasilkan konten bagi blog tersebut.
Bila nak hasilkan konten bagi blog, kena ada strategi. Bukan sekadar tulis dan mengarut ikut suka hati. Kena tahu, apakah niche atau topik yang memang proven boleh hasilkan duit.
Bagaimana cara nak hasilkan pendapatan kalau jadi penulis blog?
Orang lain yang kerja dengan majikan, setiap bulan dia akan dapat gaji. Tetapi, untuk individu yang bekerja sendiri seperti saya, dan menghasilkan konten untuk website, kita tak ada gaji tetap, sebaliknya kita perlu bekerja untuk dapatkan jualan dan komisen.
Program Affiliate
Cara paling mudah untuk buat duit dengan blog adalah menerusi program affiliate. Saya pernah senaraikan ada macam-macam program affiliate yang boleh disertai.
Bawah ini pula adalah bukti bayaran komisen yang saya pernah terima dari program Affiliate Klikjer.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ogos 2019 – RM320.40
September 2019 – RM444.00
Oktober 2019 – RM556.20
November 2019 – RM588.00
Disember 2019 – RM210.00
Seperti yang anda boleh lihat, income dari program affiliate ini ada naik dan ada turunnya. Ibarat macam kita buat bisnes, ada bulan-bulan tertentu jumlah jualan kita banyak, ada bulan-bulan tertentu kita tak dapat banyak pelanggan.
Apa yang pasti, bila kita nak buat duit dengan program affiliate ini, kita janganlah malas. Kena join banyak-banyak program, cuba promosikan banyak-banyak produk, dan kalau ditakdirkan income kita dari satu program tak berapa banyak, at least kita masih ada lagi income dari program lain.
Saya tunjuk bukti income dari program affiliate klikjer, tapi sebenarnya saya masih ada lagi income dari program affiliate Lazada, Involve Asia, Visondata dan sebagainya.
Program pengiklanan untuk para penulis blog
Program pengiklanan ini namanya program Google Adsense.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ini merupakan program pengiklanan yang dianjurkan oleh Google.
Bawah ini adalah bayaran yang saya terima melalui program ini untuk 7 hari.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Hari 1 USD3.56 ~ RM14.56
Hari 2 USD2.84 ~ RM11.62
Hari 3 USD2.88 ~ RM11.78
Hari 4 USD3.33 ~ RM13.62
Hari 5 USD3.49 ~ RM14.28
Hari 6 USD3.93 ~ RM16.08
Hari 7 USD6.62 ~ RM27.08
Melalui program pengiklanan Google Adsense ini, kita kena kumpul pendapatan ini sampai mencecah USD100, dan selepas itu pihak Google akan transfer duit tersebut terus ke akaun bank kita. Biasanya bayaran akan kita terima pada 21 – 25hb setiap bulan.
Bila kita dah ada income dari Adsense, kita tak update blog pun tak ada masalah. Income tersebut kita akan dapat setiap hari, asalkan blog kita ada trafik. Saya malas nak cerita panjang-panjang pasal adsense, sebab dah banyak kali saya cerita dalam blog ni.
Kesimpulannya, nak kata buat duit dari rumah sebagai penulis blog ni boleh jadi kaya tu, mungkin agak susah, tapi kalau setakat nak buat duit dalam sekitar RM1,000 – RM3000 setiap bulan, In Shaa Allah boleh.
Cuma peringkat permulaan, memang agak susah nak nampak duitnya. Cabaran yang paling getir sekali ialah nak hasilkan RM100 yang pertama melalui blog. Tapi bila kita dah mula dapat hasilnya, pendapatan tersebut akan terus kita perolehi.
Sebab tu sampai sekarang, saya masih lagi menulis blog. Benda boleh buat duit, kenapa nak berhenti pulak, kan?
Sebut sahaja jenama G-Shock, pasti ramai orang yang kenal jenama ini.
Kalau kita lihat laman web rasmi G-Shock, ataupun laman web online marketplace seperti Lazada ataupun Shopee, kita boleh lihat ada beratus-ratus jenis dan model yang telah dikeluarkan oleh G-Shock.
Bagi mereka yang sukakan jenama ini, mungkin mereka tak ada masalah untuk buat keputusan membeli jam tangan jenama ini. Sebaliknya, bagi mereka yang baru kali pertama nak cuba-cuba jadi pengguna G-Shock, mungkin agak keliru dan tak pasti model yang mana satu yang patut dijadikan pilihan.
Kali ini saya akan berikan serba sedikit idea dan input bagi membantu anda buat keputusan yang betul sebelum terus beli jam tangan jenama G-Shock ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dekat pasaran, ada jam G-Shock yang Original, dan ada juga yang dilabel sebagai copy ori 1:1, gred A, gred AA dan juga gred AAA. Terus terang saya kata, saya tak suka barang yang tak original.
Saya lebih rela pakai jam tangan yang murah tapi original daripada pakai jam yang berjenama tapi hakikatnya tak original. Memanglah orang lain tak tahu, yang kita pakai barangan tiruan, tapikan kita pakai ini untuk kepuasan diri kita sendiri. Biarpun orang lain tak tahu, tapi kita tahu. Bagi saya, ia macam menipu diri sendiri. Faham ke maksud saya?
Apapun, itu cuma pandangan saya sahaja. Kalau anda jenis tak kisah, ori tak ori, terpulang pada andalah ya. (Saya cukup benci bila ada seller yang tipu pelanggan. Jual barang tiruan tapi kata barang tu ori.)
Macam yang saya sebutkan sebelum tadi, Casio G-Shock ini ada terlalu banyak model. Justeru, perkara pertama yang anda perlu buat ialah, kenalpasti apakah model jam tangan yang berkenan dihati anda.
Setiap model yang dikeluarkan oleh G-Shock sebenarnya ada golongan sasaran yang sesuai untuknya. Tapi sebelum itu, untuk sekadar untuk pengetahuan anda, bagi model G-Shock yang basic, ia mempunyai ciri-ciri yang mampu untuk
Menunjukkan waktu (of course la kan… dah nama pun jam)
Tarikh
Stopwatch
Countdown timer
Lampu
Ciri kalis air sama ada 50m, 100m atau 200m
Itu kalau model yang asas (basic).
Kemudian selain ciri-ciri yang asas ini, ada juga ciri-ciri tambahan yang direka khas bagi menepati selera golongan sasaran.
Katakanlah anda merupakan seorang yang suka melakukan aktiviti lasak dan suka masuk hutan. Model G-Shock yang mungkin anda berkenan adalah GW9400 Rangeman.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bagi model ini, ia didatangkan dengan fungsi barometer, altimeter dan juga kompas. Kesemua fungsi-fungsi ini adalah sangat berguna untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Selain itu, model ini juga didatangkan bersamanya fungsi termometer, bagi memudahkan pemakainya mengetahui berapa suhu pada waktu-waktu tertentu.
Kalau tolak tepi dari segi fungsi, saya boleh katakan dari segi design, model G-Shock GW9400 ini juga sangat garang dan menarik. Ya, ini juga merupakan salah satu model yang ada dalam wishlist saya.
Bila kita dah tahu, mana satu model yang kita berkenan, langkah seterusnya adalah kita buat sedikit carian maklumat untuk mengetahui, berapa harga untuk model yang kita inginkan.
Saya gunakan model GW9400 ini sebagai contoh.
Kalau kita rujuk pada laman web gshock.com, kita akan dapati harga untuk model ini ialah sebanyak USD300.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau kita convert kepada matawang kita jadilah RM1,248 lebih kurang.
Saya pernah tulis satu artikel berkenaan dengan penjual yang menjual jam tangan jenama G-Shock sebelum ini.
Dengan merujuk kepada senarai seller yang ada disitu, saya dapati untuk model jam yang sama, kita boleh dapat dengan harga yang paling murah ialah serendah RM840. Harga ini ditawarkan oleh seller bernama C&H Movement.
Bila kita dah ada maklumat ini, kita boleh letakkan anggaran harga yang munasabah untuk model yang kita mahukan. Dalam contoh ini, kita boleh katakan untuk model G-Shock Rangeman GW9400 ini harga yang kita boleh dapat adalah dalam range harga RM839 – RM1,300.
Kalau anda jumpa harga yang lebih murah, yang mana saya percaya anda pasti akan jumpa, saya cuma boleh katakan, berhati-hatilah. Ia mungkin produk tiruan.
Sekarang ni anda dah tahu model yang anda nak beli, dan anda dah tahu range harga dia berapa. Jangan beli dulu, sebaliknya tengok dulu review dari pengguna sebelum ini.
Dekat Youtube, ada banyak video-video yang dihasilkan oleh para peminat jenama G-Shock. Dari situ anda boleh faham, apa kemampuan sebenar model jam yang anda pilih.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Cuma tengok dari jauh, tengok gambar dan sekadar menonton video, memang tak akan sama dengan anda sendiri melihat dari jarak dekat dan memegang jam tangan tersebut. Cuba cari masa untuk pergi ke kedai jam berhampiran anda, dan lihat dari jarak dekat model jam yang anda berkenan.
Boleh jadi kita lihat gambar produk tu cantik, tapi bila kita pakai, dia tak berapa sesuai. Tak sesuai tu sebab saiznya yang agak besar. Kalau tangan jenis kecil, memang nampak tak berapa cantik kalau pakai jam tangan G-Shock yang agak besar.
Tujuan kita ke kedai jam, adalah untuk dapatkan gambaran sebenar dari segi saiz dan rupa bentuknya secara dekat. Andai kata tak sesuai dengan saiz tangan anda, at least tak menyesal selepas dah beli.
Pada tahap ini, terpulanglah pada anda, sama ada nak terus beli atau beli je secara online. Kebiasaannya, harga di kedai memang lebih mahal kalau nak bandingkan dengan harga di internet. Bila saya kata harga di internet, saya sebenarnya rekemen anda beli di Shopee ataupun di Lazada.
Tujuan saya rekemen beli secara online ni ialah kita boleh dapat harga yang menarik. Lebih murah berbanding beli dari kedai. Tapi kalau anda tak berani nak beli online, dan lebih selesa beli di kedai, itu juga terpulang pada anda. Saya tak ada apa-apa isu ataupun halangan.
Khusus untuk mereka yang nak beli secara online ya, ingat balik apa maklumat yang telah kita perolehi sebelum ini.
(1) Kita dah tahu apa model yang kita mahukan
(2) Kita dah tahu range harga yang munasabah
(3) Kita dah tahu kemampuan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada jam G-Shock yang kita nak beli
(4) Kita juga dah tahu saiz, warna, dan rekabentuk jam yang kita nak bila kita pergi ke kedai jam
Gunakan maklumat-maklumat yang kita dah tahu ini untuk pilih online seller yang kita boleh percayai. Carilah seller yang dah jual banyak jam sebelum ini dan ada banyak review dari pembeli terdahulu.
Contohnya macam kat bawah ni.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Macam dekat Lazada, pembeli sebelum ini ada yang rajin upload gambar-gambar produk yang diterima. Cuba bandingkan gambar produk sebenar yang diterima dengan maklumat yang kita dah ada.
Kalau semua setuju yang produk yang mereka terima adalah original, ada kotak besi, ada tag, waranti dan sebagainya, jadi apa lagi yang buat anda rasa kurang yakin untuk beli sahaja secara online?
Ya, saya tahu cara ini mungkin tak cukup sempurna untuk anda. Anda boleh hubungi seller untuk dapatkan info lebih lanjut seperti dekat mana mereka berada. Ada seller di Lazada yang turut mempunyai kedai fizikal. Jadi anda boleh terus ke kedai mereka dan boleh beli disana. Saya difahamkan harganya sama sahaja, sama ada beli online mahupun beli di kedai mereka.
Saya tertarik untuk jadi pengguna jam jenama G-Shock ini sebabnya mereka mengeluarkan model jam tangan mengikut keperluan sesuatu golongan.
Contohnya untuk mereka yang buat aktiviti lasak, selalu bekerja dalam keadaan yang kotor dan berlumpur, model jenis Mudmaster sesuai untuk golongan seperti ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Untuk juruterbang atau individu yang bekerja di kedudukan altitud yang tinggi, model jenis Gravity Master direka khas untuk orang seperti mereka.
Bagi mereka yang kerap keluar masuk hutan, sukakan cabaran dan aktiviti survival, Rangeman adalah pilihan yang tepat.
Para pelayar, kelasi dan mereka yang menghabiskan masa di lautan, ada satu model khas yang diberi nama Gulf Master yang sesuai dengan anda.
Para penyelam, atau individu yang kerap bekerja di dasar lautan, model Frogman direka khas untuk memastikan jam anda berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Jam tangan jenama G-Shock juga kebanyakkannya didatangkan dengan rekabentuk yang sangat menarik. Kalau yang memang minat dengan jenama ini, mereka tak ada masalah untuk beli apa edition sekalipun, asalkan ianya G-Shock dan ia original.
Lagi banyak fungsi, lagi mahal harga yang anda perlu bayar. Jika bajet menjadi halangan, maka cubalah perhatikan dulu, sama ada jam yang anda nak beli tu anda perlu atau tidak fungsi-fungsinya.
Kalau tak perlu, mungkin boleh mula dengan model yang basic dulu.
Baiklah, mudah-mudahan sedikit perkongsian saya disini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin dapatkan jam tangan G-Shock Original dengan harga yang lebih rendah dari harga kedai, boleh semak tawaran oleh seller berikut ya.
Bisnes freelance? Apa benda tu ye? Selalunya saya cuma bercerita tentang kerja sebagai seorang freelancer, tapi kali ini saya nak sentuh sedikit topik mengenai bisnes freelance.
Kalau ada yang masih belum tahu, apa itu bisnes freelance dan mungkin minat nak tahu, bolehlah luangkan sikit masa untuk ikuti perkongsian saya ini ya.
Freelance ini merujuk kepada seseorang yang bekerja untuk dirinya sendiri. Dia tidak terikat dengan mana-mana majikan mahupun syarikat, atau dengan kata lainnya, dia adalah seorang pekerja bebas.
Zaman sekarang ini, kerja sebagai seorang freelance (atau freelancer) adalah sesuatu yang dianggap biasa. Ada orang bekerja sebagai freelance hanya sekadar separuh masa, dan ada juga yang kerja freelance full time. Macam saya sendiri, saya kerja freelance full time.
Dulu waktu masih bekerja, saya buat kerja-kerja yang saya buat sekarang ni juga secara part time. Memandangkan sekarang saya dah tak terikat dengan mana-mana majikan, bolehlah fokus dengan kerja yang saya buat ini secara sepenuh masa.
Kerja freelance ini memang best. Ada kerja adalah bayarannya. Andaikata nilai sesuatu tugasan itu ialah RM1,000 maka kesemua itu akan jadi milik kita. Kita tak perlu nak kongsikan dengan sesiapa, especially dengan insan bernama majikan (atau boss).
Image may be NSFW. Clik here to view.
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang pernah ada pengalaman sebelum ini. Bersusah payah dapatkan projek untuk syarikat, buat persediaan, pembentangan dan siapkan kerja, tapi akhirnya anda hanya dibayar gaji. Sedangkan anda tahu, nilai projek tersebut sangat besar, mungkin mencecah puluhan ribu ataupun ratusan ribu nilainya.
Namun disebabkan anda hanyalah seorang pekerja, anda hanya layak menerima gaji bulanan sahaja. Kalau syarikat anda beri anda bonus setiap tahun, at least seronoklah sikit. Justeru, individu yang yakin dengan kebolehan diri, yang mempunyai skil yang tinggi, selalunya ada kecenderungan untuk mulakan kerjaya sebagai freelancer secara sambilan.
Boleh jadi, ia didorong oleh rasa tak adil. Almaklumlah, kita yang bersusah-payah dapatkan projek, pastikan projek berjaya, namun habuannya semua dinikmati oleh majikan. Orang yang hanya duduk goyang kaki dipejabat, yang tak perlu tahu susah-payah kita menyiapkan kerja, dia tu yang paling banyak dapat manfaat. Hanya sebab dia adalah bos, dan kita adalah kuli.
So why not, kalau kita cuba buat benda yang berbeza. Kita gunakan kemahiran dan segala skil yang kita ada untuk mula jadi seorang freelancer.
Ada freelancer yang selesa buat kerja-kerja dia dan tak bercadang untuk kembangkan apa yang dia ada sebagai satu perniagaan. Namun, ada juga freelancer yang berpandangan jauh, dan mula mengorak langkah dan mengatur strategi agar kerja-kerja yang dia lakukan sekarang ini, boleh ditukar kepada satu perniagaan yang lebih besar dan berdaya saing dimasa akan datang.
Ada beza ke kalau fokus kerja sebagai freelancer, dengan bina bisnes berdasarkan kerjaya freelancer yang kita lakukan? Jawapannya? Sudah tentulah ada bezanya.
Kita ambil contoh seorang yang bekerja sebagai seorang jurufoto secara bebas. Kalau dia tak pernah bercadang untuk bina bisnes, maka dia akan fokus buat kerja-kerja dia sahaja.
Sebaliknya, kalau seseorang itu ada merancang untuk jadikan kerjaya dia sekarang sebagai satu bisnes, maka dari awal lagi dia akan mula daftarkan syarikat, bina jenama, dan dari masa ke masa, mula mencari partner yang boleh bekerjasama untuk bangunkan perniagaan atau sekurang-kurangnya dapatkan pekerja part time untuk jalankan operasi perniagaan.
Kenapa perlu jadi freelancer? Kenapa tidak fokus sahaja dengan kerja hakiki
Umumnya, kerja pertama yang kita dapat bukanlah kerja yang betul-betul menepati minat dan kehendak kita. Bukan semua orang bernasib baik, dapat kerja yang betul-betul dia seronok nak buat.
Ada orang yang tidak mempunyai pilihan. Dia terpaksa ambil sahaja apa-apa kerja yang ditawarkan (setelah melalui proses temuduga) dan bila dah diterima kerja tersebut, dia perlu belajar dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Walaupun dia bagus dalam melakukan kerja, tapi kena lihat juga sama ada dia gembira dengan kerja tersebut atau tidak?
Maka jalan keluarnya adalah dengan melakukan apa yang diminati secara part time atau freelance. Katakanlah, minat individu tersebut adalah dalam bidang fotografi, maka diwaktu terluang, misalnya pada waktu cuti, bolehlah dia buat kerja-kerja fotografi.
Lazimnya, orang akan mulakan kerjaya freelance mengikut bidang yang dia minati. Bila kita buat sesuatu yang kita minat, kita tak rasa seperti terpaksa buat atau rasa kecewa bila tak dapat bayaran.
Macam saya sendiri, saya suka menulis. Jadi saya pilih jadi freelancer dalam bidang penulisan. Awal-awal pembabitan saya dalam bidang penulisan ni, haram satu sen pun tak dapat. Tapi lama kelamaan bila saya mula dapat rentak, dah tahu strategi dan corak permainan yang betul, maka dari situ saya mula berjaya hasilkan pendapatan.
Kini saya lebih menghargai kehidupan saya sebagai seorang freelancer, sebabnya dari sini saya dapat nikmati lebih fleksibiliti dari segi jadual dan cara hidup. Rasa nikmat sungguh bila kita sedar, tak ada boss yang akan push dan bising-bising bila kita tak buat seperti yang dia mahukan.
Ada ke peluang kerja kalau jadi freelancer?
Sudah tentu ada.
Cuma peluang kerja itu mungkin datang melalui cara yang anda sendiri tak sangka-sangka. Macam saya sendiri, kebanyakkan kerja saya perolehi melalui emel. Well boleh jadi klien ini pada awalnya baca blog saya, lepas tu berminat dengan apa yang saya mampu tawarkan lepas tu dia tawarkan saya kerja.
Seterusnya terpulang pada saya sama ada nak terima ataupun tidak. Bergantung pada jenis kerja. Ada juga kerja-kerja penulisan yang saya tak minat nak buat, jadi saya tolak cara baik, ataupun saya terus tak balas emel tersebut.
Bagi pemilik perniagaan, mengambil freelancer untuk bekerja dengan mereka adalah satu perkara yang biasa. Dari segi kos, kadar upah yang perlu dibayar kepada freelancer adalah lebih murah berbanding kalau ambil pekerja tetap sepenuh masa. At least, freelancer ni majikan tak perlu nak carum KWSP dan juga SOCSO.
Tak perlu juga sediakan program latihan kepada pekerja baru. Isu dengan memberi latihan kepada pekerja ini ialah, bila sudah mahir, pekerja itu tadi akan berhenti kerja dan bekerja dengan syarikat lain, dek kerana tawaran gaji yang lebih lumayan. Walhal, pada awal-awal dulu pekerja ini mendapat latihan ditempat lain.
Justeru, dengan mengambil freelancer untuk menjalankan tugas tertentu, majikan boleh tapis siap-siap dengan mengambil khidmat dari individu yang memang betul-betul pakar dalam bidangnya.
Kebiasaannya freelancer ini akan bekerja mengikut projek. Siap sesuatu projek, maka khidmatnya sudah tak diperlukan lagi. Berbeza dengan mengambil pekerja sepenuh masa, yang mana majikan tak boleh sesuka hati buang pekerja tanpa berikan sebarang bentuk pampasan.
Andai kata ada dalam kalangan pembaca diluar sana yang bercadang untuk menjadikan kerjaya sebagai freelancer sebagai kerjaya utama, percayalah, ianya memang boleh dilaksanakan.
Cuma kita kena berpijak dibumi yang nyata. Ianya tidak akan berlaku dalam masa yang pantas atau sekejap. Membina kerjaya sebagai seorang freelancer ini umpama kita membina bisnes kita sendiri. Ia mengambil masa untuk orang ramai sedar kewujudan kita dan khidmat yang kita tawarkan.
Itulah sebabnya, lebih baik kita bermula awal, dan kalau mula berjinak-jinak dalam bidang freelance ketika masih bekerja, itu lebih baik. Setidak-tidaknya kita mempunyai sumber pendapatan tetap, sementara menunggu bisnes freelance kita jadi lebih kukuh dan mampu menggantikan pendapatan tetap kita.
Sepanjang membina kerjaya ini juga, akan ada banyak perkara yang kita perlu belajar. Pada masa ini, kita kena tahu sedikit sebanyak tentang pemasaran, pengiklanan, pengurusan wang syarikat (atau bisnes), aspek percukaian, perundangan dan sebagainya.
Pada peringkat ini juga, anda boleh sentiasa bereksperimen, kerja freelance yang bagaimana yang sebenarnya betul-betul menepati citarasa dan jiwa anda. Ingat, anda mungkin akan buat kerja ini seumur hidup anda, jadi adalah lebih baik kita pilih satu pekerjaan yang memang kita betul-betul minat dan seronok untuk lakukan.
Adakah anda nak ceburi bidang penulisan? Lakonan, design, fotografi, programming, pendidikan atau apa-apa sahaja yang mungkin terlintas difikiran anda.
Saya pernah menerima pertanyaan menerusi emel, katanya dia tak tahu, apa bidang yang patut dia ceburi kalau nak jadi freelancer? Pada saya soalan ini jawapannya mudah sahaja. Anda boleh layari laman web Fiverr untuk mendapatkan idea, apa contoh-contoh kerja freelance yang ditawarkan oleh individu seperti anda dari seluruh dunia.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Anda boleh dapatkan idea, apakah contoh-contoh kerja freelance yang mungkin sesuai dengan anda. Kalau anda nak tawarkan khidmat freelance anda melalui laman web Fiverr juga tak ada masalah.
Memandangkan kita nak bina kerjaya freelance hingga menjadi satu perniagaan ketika masih bekerja tetap, maka suka atau tidak, faktor pengurusan masa perlu dititikberatkan. Buatlah sebarang kerja berkaitan dengan urusan freelance anda itu ketika waktu rehat, sebelum masuk kerja, selepas habis kerja pada waktu malam dan ketika waktu cuti sahaja.
Waktu tengah bekerja, jangan mencuri masa untuk uruskan hal peribadi. Anda dibayar oleh majikan untuk bekerja dengan dia dan uruskan hal-hal berkaitan dengan kerja, bukannya untuk uruskan hal peribadi.
Setelah membicarakan mukadimah yang begitu panjang lebar, saya kira ada baiknya kita teruskan dengan tujuan asal posting ini saya tulis, iaitu bagi memberi anda idea, bagaimana untuk membina bisnes freelance walaupun pada waktu ini anda masih lagi mempunyai kerja tetap.
[1] Tetapkan Matlamat
Menetapkan matlamat dan menyediakan misi dan objektif adalah perkara yang nampak remeh dan klise, namun hakikatnya ia sangat penting dan akan menjadi asas kepada perniagaan anda.
Bila kita kata yang kita nak bina kerjaya sampingan sebagai seorang freelance, apa matlamat sebenar kita? Adakah
i. Anda sekadar ingin menjana pendapatan tambahan (side-income) sekitar RM200 – RM600 sebulan?
ii. Anda nak buat freelance sebab anda bosan? Waktu cuti selalu tak ada aktiviti menarik untuk dilakukan misalnya.
iii. Atau anda mungkin berhasrat untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada dengan pendapatan dari kerja-kerja freelance?
iv. Anda mahu tahu bagaimana rasanya menjadi boss untuk diri sendiri (be your own boss)
v. Anda ingin jadikan kerjaya freelance ini sebagai batu loncatan untuk bina perniagaan anda sendiri
Pada peringkat awalnya, mungkin anda perlu tahu, apakah bidang yang bakal anda ceburi untuk memulakan kerjaya anda sebagai seorang freelancer? Adakah dalam bidang penulisan, fotografi, design, programming dan sebagainya?
Kemudian bila dah tahu apa bidang yang anda ingin ceburi, ambil sedikit masa untuk buat kajian sama ada bidang yang bakal dipilih itu nanti mampu atau tidak untuk pergi lebih jauh? Adakah anda boleh bina sebuah perniagaan melalui bidang yang anda pilih itu nanti.
[2] Cari niche yang menguntungkan dan mempunyai demand
Tak kira apa bidang yang menjadi pilihan anda sekalipun, pasti akan ada individu, freelancer ataupun syarikat yang telah lama bertapak dalam bidang tersebut. Mereka bolehlah dianggap sebagai orang lama, orang yang dah berpengalaman dalam bidang anda.
Ini boleh kita anggap sebagai satu perkara yang baik, sebabnya kita boleh kaji latar belakang mereka. Berapa lama mereka telah berada dalam bidang ini, dan apakah tahap mereka sekarang? Adakah mereka kini berada dalam satu tahap yang cukup membanggakan sehingga anda juga mahu berjaya seperti mereka?
Cuba bayangkan, kalau bidang yang anda pilih tu, tiada seorangpun pemainnya yang benar-benar terkenal dan berjaya. Kalau ada orang-orang lama dalam bidang tersebut sekalipun, kejayaan yang mereka berjaya capai hanya sekadar suam-suam kuku. Awas. Itu mungkin berlaku pada anda.
Ini satu petanda, bahawa niche tersebut, walaupun boleh buat duit, ia mungkin tak begitu besar, dan permintaan terhadap khidmat freelance dalam bidang tersebut tidak besar.
[3] Target jenis klien
Siapakah yang anda akan sasarkan sebagai pelanggan anda. Ataupun, siapakah individu yang memerlukan perkhidmatan dari anda? Obviously, kalau anda memilih untuk jadi seorang jurugambar untuk majlis perkahwinan, sudah tentu orang yang akan menghubungi anda adalah pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Ataupun boleh jadi juga, pemilik butik dan andaman yang ingin menawarkan servis tambahan seperti pakej fotografi kepada pasangan yang ingin mendapatkan khidmat mereka.
Setiap klien yang anda pernah berurusan, akan membantu anda membuka pintu syarikat lain untuk peluang kerjasama yang lebih besar dimasa akan datang.
Kalau anda pernah ada pengalaman bekerjasama dengan pemilik bisnes homestay misalnya, suatu masa nanti, anda juga akan ada peluang untuk bekerjasama dengan pemilik bisnes hotel pula. Pengalaman bekerjasama dengan klien sebelum ini boleh digunakan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik dimasa akan datang.
Semakin bertambah pengalaman, kepakaran anda juga akan bertambah. Waktu itu, jenis pelanggan atau klien yang bakal anda berurusan juga akan jadi makin besar.
Satu perkara yang saya belajar, apabila bekerjasama dengan pelbagai pemilik bisnes adalah, mengenai persoalan “Adakah bisnes yang mereka jalankan mampu untuk bayar khidmat yang kita tawarkan?”
Saya tahu dan yakin, khidmat yang saya bakal tawarkan mampu untuk membantu pemilik bisnes mengembangkan bisnes miliknya. Tapi pada masa yang sama, saya dapati mereka tak berani untuk ambil khidmat dari saya. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga, kenapa perkara ini boleh terjadi?
Akhirnya saya temui jawapan. Rupa-rupanya bisnes yang dia jalankan, tak mampu untuk bayar kadar upah yang saya tetapkan. Kalau anda baca betul-betul, saya tak kata pemilik bisnes tu tak mampu, tetapi saya katakan BISNES YANG DIA JALANKAN itu yang tak mampu untuk bayar saya.
Untuk mengetahui sama ada bisnes individu tersebut mampu atau tak membayar khidmat kita, cuba kita buat kira-kira mudah. Untuk setiap jualan yang terhasil, berapakah margin keuntungan yang dia bakal perolehi?
Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan pengusaha bisnes homestay. Untuk setiap sales yang terhasil, keuntungan adalah sekitar RM200 – RM400, sebabnya kadar untuk bermalam satu malam agak mahal. Saya hanya perlu dapatkan satu atau dua sales bagi pihak pemilik bisnes ini, dan dari situ dia dah boleh cover kos dan buat untung.
Berbeza dengan pemilik bisnes yang produk jualannya hanya berikan keuntungan bawah RM10 per jualan. Ia akan ambil masa yang lama dan perlu jual lebih banyak untuk cover semula kos. Jika produk yang dijual memang ada kekuatan, dalam sehari mungkin boleh dapat banyak sales.
Tapi untuk produk yang baru, yang kurang dikenali, dan perlukan masa yang lama untuk educate pengguna tentang kebaikkan menggunakan produk, keputusan untuk mengambil freelancer untuk bantu kembangkan bisnes mungkin dilihat kurang efektif dari segi kos.
[4] Tetapkan harga
Harga yang terlalu murah, akan mempengaruhi kualiti servis yang bakal kita berikan. Pada peringkat awal pembabitan saya dalam kerja-kerja freelance, saya pernah menawarkan harga yang agak murah. Tujuannya adalah supaya saya dapat pengalaman dan boleh belajar macam mana bekerja dengan pemilik bisnes.
Saya dapati, kos untuk menyiapkan sesuatu projek, boleh jadi lebih mahal berbanding kadar upah. Terutama sekali apabila untuk menyiapkan sesuatu projek tu, saya perlu travel ke destinasi tertentu, menggunakan peralatan tertentu dan juga perlu guna software berbayar. Ya, semua ini bukan masalah klien dan jarang ada klien yang fikir hal-hal ini semua.
Bagi mereka, setelah mereka setuju dengan kadar bayaran, semuanya terpulang pada kita untuk menyiapkan hasil kerja yang sama seperti yang dipersetujui. Oleh itu dalam penetapan harga, tak boleh terlalu murah, dan kalau mahal sangat, orang tak berani pula nak berikan job.
Tipsnya disini, tak perlu terikut-ikut dengan nilai pasaran, atau anda tiru kadar bayaran seperti yang dikenakan oleh freelancer lain. Kalau anda meniru harga, atau lebih buruk lagi letakkan harga lebih murah, anda membuka pintu persaingan dari segi harga, sedangkan harga yang patut anda letakkan perlulah mengambil kira berapa nilai yang anda bakal bawa masuk dalam perniagaan tersebut.
[5] Wujudkan portfolio yang mudah dilihat oleh bakal klien
Portfolio ini apa benda? Ia sebenarnya adalah BUKTI yang menunjukkan anda benar-benar pakar dan bagus seperti mana yang anda war-warkan dalam proposal anda.
Portfolio yang bakal anda hasilkan seharusnya
i. Mampu untuk mengetengahkan kepakaran dan contoh hasil kerja terdahulu
ii. Ada maklumat perhubungan dan memaparkan personaliti unik untuk setiap hasil kerja anda.
iii. Highlight juga skil lain yang relevan, tahap pendidikan dan pencapaian sebelum ini
iv. Ada testimoni dari pelanggan dan klien terdahulu
v. Anda sentiasa kemaskini portfolio tersebut
Bila bercakap tentang portfolio ini, tak perlulah anda bayangkan ianya dalam bentuk dokumen atau fail-fail besar berkulit tebal tu. Portfolio kita ni boleh jadi dalam bentuk laman web, blog ataupun akaun social media yang kita setup khas untuk memperagakan hasil kerja kita yang terdahulu.
[6] Buktikan bahawa skill anda memang berguna
Buktikan bahawa skill yang anda miliki memang berguna, dan ia bukan sekadar teori semata-mata.
Apakah perkara yang paling penting bagi pemilik perniagaan? Saya kata, yang penting bagi mereka adalah sales atau keuntungan. Setiap tindakan dan keputusan yang mereka ambil, mereka perlu ambil kira sama ada ianya akan memberikan pulangan dalam bentuk jualan atau tidak.
Termasuklah keputusan untuk ambil anda bekerja dengan mereka sebagai seorang freelancer.
Sekiranya anda menyatakan yang skil yang anda miliki mampu untuk bantu pemilik perniagaan dapatkan lebih banyak jualan, anda perlu buktikan pernyataan tersebut. Sebaik-baiknya anda uji sendiri teori tersebut untuk diri anda.
Ini yang saya sendiri lakukan. Dalam usaha untuk yakinkan bakal klien bahawa servis penulisan yang saya tawarkan mampu untuk menyumbangkan jualan, saya buktikan sendiri dengan menggunakan kemahiran yang saya ada untuk hasilkan jualan menerusi program-program affiliate yang banyak terdapat di internet.
Andai kata saya tak ditawarkan sebarang kerja juga tak ada masalah, sebabnya saya masih ada pendapatan dari jualan yang terhasil melalui program-program affiliate. Jadi kat sini, saya nak tambah, kalau anda nak pilih bidang untuk jadi freelancer, pilihlah something yang kita tak perlu nak sentiasa bergantung kepada orang lain untuk cari makan.
[7] Kenalpasti jenis klien
Ya saya rasa macam tak boleh move on bila bercerita soal memilih klien. Ada klien yang kita akan rasa seronok untuk bekerjasama, dan ada klien yang kita sendiri akan rasa menyampah nak jalinkan usahasama.
Begitu juga bila kita bercerita soal bayaran. Ada yang leceh dan ada yang mudah dalam soal bayaran. Ada klien yang hanya akan bayar setelah kerja disiapkan, tapi ikut pengalaman saya sendiri, ada banyak juga klien yang saya pernah berurusan yang tak kisah untuk bayar full payment sebelum kerja dijalankan.
Boleh jadi mereka ini sedia maklum, untuk siapkan tugasan saya perlukan modal, dan dia pun bayar saya siap-siap. Satu lagi, ikut pengalaman terdahulu, biasanya syarikat yang akan ambil khidmat dari freelancer adalah syarikat jenis start-up.
Syarikat start-up adalah syarikat-syarikat yang baru memulakan operasi. Mereka mungkin tak mempunyai modal yang besar untuk mendapatkan pekerja sepenuh masa. Justeru, jika anda tahu mana-mana syarikat start-up, bolehlah approach mereka untuk anda tawarkan khidmat anda sebagai freelancer.
Bagi syarikat besar yang dah terkenal, mereka jarang ambil freelancer untuk bekerja dengan mereka, sebab mereka sudah mempunyai struktur organisasi dan pengurusan yang mantap.
[8] Tawarkan servis anda melalui online marketplace
Macam sebelum ni saya ada sebut tentang laman web semisal Fiverr. Ini adalah contoh online marketplace. Anda boleh gunakan laman web seperti ini untuk memasarkan khidmat anda, bagi tujuan mendapatkan pengalaman dan dapatkan feedback serta testimoni dari pelanggan.
Lagi banyak testimoni positif yang pernah anda perolehi, lagi tinggi keyakinan bakal klien untuk dapatkan khidmat anda.
Apabila anda menawarkan khidmat freelance melalui laman web online marketplace, pelanggan yang pernah dapatkan khidmat dari anda boleh meninggalkan komen dan feedback. Contohnya seperti dibawah ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Anda buat kerja dengan baik, maka baiklah review yang bakal anda terima.
[9] Belajar dengan lebih baik skill menjual
Kemahiran atau skil menjual adalah skil yang kita perlu kuasai apabila nak jadi seorang freelancer. Ya, kita memang tak jual produk, tapi kita jual kepakaran kita.
Kaedah membuat jualan ini ada pelbagai. Luangkan masa untuk baca buku-buku berkaitan dengan bidang jualan, dan saya percaya anda pasti akan temui cara menjual yang kena dengan jiwa anda.
[10] Jangan keliru mana satu yang perlu jadi prioriti
Pada pandangan saya, kalau anda nak serius dalam bidang freelance, dan mungkin nak jadikan ia sebagai satu perniagaan, anda tak perlu nak kejar semua jenis kerja. Cukup fokus pada satu atau dua kerja sahaja, dan kalau boleh dua kerja tu biarlah berkaitan antara satu sama lain.
Contohnya, dalam bidang penulisan copywriting dan juga fotografi. Kedua-dua kemahiran ini boleh dijual bersama bagi menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan berkualiti.
Pilih bidang. Fokus pada bidang tersebut sehingga anda menjadi seorang pakar dan orang ramai mula recognize hasil kerja anda. Sampai satu tahap, anda tak perlu risau untuk cari klien baru setiap masa, sebabnya anda bakal memperoleh pelanggan tetap, yang setia mendapatkan khidmat dari anda untuk projek-projek yang bakal mereka lancarkan.
Baiklah, saya kira cukup panjang perkongsian saya kali ini. Saya doakan semoga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda, dan semoga hasrat anda untuk membina bisnes freelance akhirnya berjaya!
Penipuan yang melibatkan jual beli di media sosial bukanlah satu benda baru. Ia melibatkan amaun kerugian dari sekecil-kecil nilai hinggalah jumlah transaksi yang mencecah ribuan ringgit.
Hari ini kita mungkin terselamat daripada penipuan si scammer yang berselindung disebalik fake account yang dibina di platform social media, namun adakah anda boleh jamin bahawa ahli keluarga, saudara mara mahupun kenalan anda boleh terselamat seperti anda?
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ya, belum tentu.
Artikel ini saya tulis untuk memberi peringatan kepada anda, para pengguna social media diluar sana agar tidak menjadi mangsa penipuan. Mudah-mudahan selepas ini, anda boleh jadi lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh individu yang berniat jahat.
Kenali ciri-ciri yang biasa terdapat pada akaun media sosial si penipu atau scammer
1. Akaun tersebut baru didaftarkan
Ini satu petanda untuk anda berhati-hati. Akaun yang digunakan khas untuk menipu lazimnya adalah akaun-akaun yang baru didaftarkan. Selepas berjaya dapat mangsa, akaun tersebut akan dipadamkan dan si scammer akan buka akaun lain pula.
2. Menggunakan nama samaran
Bila kita baca nama pemilik akaun tu, dari situ kita boleh agak, ia bukan nama sebenar. Nama samaran ini, kadang-kadang ia nampak terlalu obvious, dengan cara ejaan yang pelik, dan ada masanya nama tersebut terlalu moden ala-ala nama seperti dalam novel.
3. Nama pada akaun bank untuk tujuan bayaran tak sama dengan nama orang yang kita deal
Dia akan gunakan akaun bank milik orang lain. Alasannya, ini akaun isteri, kakak, adik, abang dan sebagainya. Yang pasti dia tak akan gunakan akaun bank sendiri dengan alasan dah kena sekat sebab terlalu banyak transaksi dan apa-apa alasan.
4. Setiap posting yang dibuat tak ada komen dari user lain
Postingnya senyap sepi. Seperti tak ada siapa yang berminat dengan apa yang dia tawarkan.
5. Kalau ada komen sekalipun, admin tak layan komen tersebut
Kenapa ya? Boleh jadi sebab orang yang komen tu sebenarnya adalah fake account yang digunakan oleh admin tu sendiri. Jadi tak ada keperluan untuk balas komen tersebut.
6. Tak ada gambar si penjual
Sekali lagi, dia cuba bersembunyi disebalik akaun media sosial. Kalau ada gambar sekalipun, belum tentu itu gambar sebenar penjual.
7. Page tersebut tak ada review atau feedback dari pengguna lain
Sebab page tersebut adalah page baru, dan memang sebelum ini tak ada siapa yang pernah berurusan dengan page atau profil tersebut.
8. Tidak berdaftar dengan SSM
Kalau nak buat bisnes, kena daftar dengan SSM. Kalau tak nak daftar SSM atas sebab yang tak munasabah, ini petanda bahawa akaun tersebut mungkin akaun penipu.
Adakah saya nak kata yang kita jangan buat jual beli langsung di social media?
Eh tak bukan begitu.
Kadang-kadang kita perlu juga buat pembelian melalui social media. Bila saya kata social media ini, termasuklah Facebook, Twitter, Insta dan sebagainya ya.
Cuma apa yang saya nak ingatkan, berhati-hatilah selalu. Kalau memang betul-betul ada keperluan, untuk kita buat pembelian dari pengguna akaun social media yang lain, mungkin anda boleh ambil langkah berhati-hati seperti berikut.
1. Pastikan anda memang kenal identiti si penjual
Mungkin individu tersebut adalah kenalan anda.
2. Anda memang tahu individu tersebut memang buat bisnes
Orang yang memang buat bisnes, biasanya dia akan berikan khidmat yang terbaik, sebab itu memang punca rezeki dan punca pendapatan dia. Kalau dia nak menipu para pelanggan dia, ibarat dia tabur pasir dalam periuk nasi dia sendiri.
3. Anda dah follow lama
Dari sini kita tahu, akaun tersebut bukan akaun yang baru, dan orang yang kita dah lama follow ini, memang kita nampak dengan jelas mereka memang serius dengan bisnes yang dia jalankan.
4. Jumlah transaksi tidak melibatkan satu amaun yang terlalu besar
Ataupun satu amaun yang anda kurang selesa. Senang cerita jumlah tersebut, kalau anda kena tipu sekalipun, anda tak terasa terlalu sakit atau sampai menjejaskan kedudukan kewangan anda.
Dalam jual beli secara online melalui media sosial, kebiasaannya risiko paling tinggi ditanggung oleh pembeli. Pihak penjual hanya akan hantar barang setelah dapat bayaran dari pembeli.
Sekarang cuba anda bayangkan, setelah anda buat bayaran, penjual tersebut melarikan diri. Dalam situasi ini, sudah tentu kedudukan anda sebagai pembeli mempunyai risiko yang sangat tinggi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, disini saya lihat ada keperluan untuk anda libatkan pihak ketiga, yang mana peranannya adalah untuk memastikan anda sebagai pembeli tidak ditipu oleh pihak penjual. Penipuan yang lazimnya berlaku adalah penjual melarikan diri setelah bayaran dibuat ataupun penjual menghantar barang yang tak sama seperti yang ditempah oleh pembeli.
Apa solusinya?
Macam yang saya dah sebutkan tadi, dalam transaksi online, kita perlu libatkan pihak ketiga yang dapat memastikan ruang untuk berlaku penipuan tertutup rapat.
Kalau anda nak beli sesuatu di media sosial, dan pada masa yang sama anda berasa ragu terhadap kredibiliti si penjual, minta si penjual itu tadi untuk membuat jualan melalui Shopee ataupun Lazada.
Proses untuk menjual melalui Shopee sebenarnya sangat mudah.
Sebagai penjual, anda hanya perlu daftar akaun sebagai penjual. Bila pendaftaran anda telah diterima, anda hanya perlu masukkan gambar produk yang hendak dijual, letakkan sedikit maklumat dan keterangan produk (yang ini boleh copy paste sahaja seperti yang anda iklankan di media sosial), masukkan harga produk.
Pembeli yang nak beli produk tersebut, akan buat pembelian melalui Shopee dan bayaran akan dibuat ke akaun Shopee.
Seterusnya, setelah bayaran diterima, penjual akan dapat notifikasi yang memaklumkan bahawa terdapat tempahan yang perlu diuruskan. Tugas penjual adalah memastikan barang yang ditempah oleh pembeli diuruskan dan dihantar ke alamat pembeli. Setelah pembeli menerima produk tersebut dan telahpun berpuas hati, barulah pihak Shopee akan membuat bayaran kepada penjual.
Dalam situasi ini, penjual akan dapat pembeli yang memang betul-betul sudah buat bayaran. Tiada percubaan menipu seperti edit resit online banking.
Pihak pembeli pula mendapat jaminan, bahawa produk yang bakal diperolehi adalah sama seperti yang diiklankan oleh penjual. Semua pihak dilindungi daripada cubaan penipuan.
Mungkin anda masih kurang percaya, sebab belum pernah kena barangkali, bahawa dekat luar sana memang ada individu yang buat duit dengan cara menipu. Kes-kes penipuan memang kerap berlaku, dan tak mustahil jika anda bakal jadi sasaran seterusnya.
Kat sini saya nak kongsikan kepada anda, salah satu kes penipuan yang saya temui baru-baru ni.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kisahnya, dia beli helmet tapi lepas dah buat bayaran, barang yang sampai cuma batu-batu. Sama ada ini kisah betul atau sekadar rekaan, wallahua’lam. Apa yang pasti, kejadian ini kita boleh jadikan iktibar, dan tak mustahil untuk ia berlaku pada kita.
Beli barang lain, bila kotak dah sampai isinya lain. At least si penjual ada effort untuk pos something kepada pembeli. Sedangkan lebih banyak yang berlaku, lepas dapat duit si penjual ini hilang terus tanpa dapat dikesan.
Usaha untuk menjual melalui Shopee tidak memerlukan tenaga dan masa yang terlalu banyak. Ianya sangat mudah untuk dilakukan. Kalau barang yang kita nak beli tu harganya agak mahal, hampir mencecah ribuan ringgit, apa salahnya kalau kita minta si penjual tu jual melalui Shopee.
Kalau dia tak sanggup nak jual melalui Shopee, sebab malas, leceh atau apa-apa sebab, saya sarankan anda lupakan sahaja untuk beli dari penjual tersebut.
Janganlah sebab harga yang murah, yang tak masuk akal, anda jadi kurang rasional. Kena ingat, risikonya ialah, anda mungkin akan jadi mangsa penipuan. Sanggup ke ambil risiko kena tipu, semata-mata sebab nak dapatkan harga yang murah?
Anda mungkin merasakan penerangan saya tentang cara nak mula jadi penjual di Shopee terlalu ringkas, justeru kalau anda inginkan penerangan step by step yang lebih details, anda boleh belajar dari laman web ini.
Setakat hari ini, saya memang tak membuat sebarang urusan jual beli melalui laman media sosial. Saya lebih selesa beli melalui Shopee ataupun Lazada.
At least saya tahu, kalau ada sesuatu yang tak kena, atau rasa tak puas hati, saya boleh komplen dengan Lazada atau Shopee. Tapi kalau tak puas hati dengan penjual di media sosial, kita nak komplen pada siapa nanti?
Tahukah anda yang sebenarnya terdapat dua cara untuk kita buat duit melalui laman web Shopee?
Ya, dua cara tersebut yang saya maksudkan adalah dengan menjadi seller dan juga menjadi ejen affiliate (atau ejen pemasaran). Tak kira sama ada anda memilih untuk jadi seller mahupun ingin jadi ejen sahaja, kedua-duanya ada potensi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.
Setiap kaedah ada kelebihannya. Kedua-duanya boleh buat duit.
Namun, jika anda lebih minat shopping, beli barang untuk kegunaan sendiri, maka dalam situasi ini, anda lebih cenderung untuk habis duit berbanding buat duit. Baiklah, kali ini saya nak cerita secara santai, apa dia kelebihan kalau kita jadi seller di Shopee. Saya juga akan sentuh kelebihan seandainya anda nak cuba jadi ejen affiliate untuk Shopee.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita terus pergi ke topik yang ingin saya bincangkan pada kali ini.
Kelebihan kalau jadi seller di Shopee
1. Boleh jual apa-apa jenis produk
Saya andaikan, anda masih belum ada sebarang idea, nak jual apa dekat Shopee. Untuk situasi seperti ini, saya syorkan anda masuk ke website tersebut dan cuba lihat apakah barang-barang yang dijual disitu.
Anda akan dapati, macam-macam produk ada dijual disitu. Dari produk yang paling murah berharga RM1 (atau kurang) hinggalah yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Asalkan produk tersebut tak menyalahi undang-undang, anda boleh jual di Shopee.
Mari saya tunjukkan antara produk yang mungkin anda tak percaya ada jual di Shopee.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ya betul wahai pembaca sekalian. Petai pun ada yang jual dekat Shopee. Tengoklah seller dari Kelantan tu, dah berjaya jual sebanyak 507 unit. Letak je apa-apa produk, dan jika pembeli rasakan apa yang anda tawarkan tu menarik, mereka pasti akan beli.
2. Pihak Shopee akan bantu iklankan produk yang kita jual
Kalau anda malas nak buat iklan, malas nak buat promosi untuk produk yang anda sendiri jual, maka sangatlah sesuai untuk anda gunakan Shopee. Hal ini kerana pihak Shopee akan jalankan kerja-kerja marketing dan akan pastikan ada pelawat yang masuk ke web jualan mereka. Jika pelawat tersebut berkenan untuk beli produk yang anda jual, maka anda juga akan dapat keuntungannya.
Satu lagi kalau anda nak tahu, ada juga jualan yang terhasil daripada kerja marketing yang dijalankan oleh para affiliate Shopee. Walaupun anda cuma upload produk, anda masih ada peluang untuk buat duit sebagai seller di Shopee.
Mana saya tahu semua ini? Sebab saya juga adalah seorang affiliate yang mempromosikan produk-produk di Shopee. Jadi saya sendiri kerap mempromosikan laman web ini dan juga produk-produk di Shopee secara rawak.
3. Kita boleh beli servis iklan dari Shopee untuk hasil yang lebih baik
Untuk mereka yang berjiwa usahawan, sudah tentu mereka tak akan duduk diam dan mengharap sales masuk dengan sendirinya. Betul tak?
Individu seperti ini boleh pilih untuk bayar sejumlah wang untuk buat iklan berbayar di web Shopee. Iklan berbayar ini akan muncul paling atas untuk setiap carian yang dibuat oleh pelawat, dan ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk pelawat itu tadi beli produk anda.
4. Kita sendiri tetapkan berapa kadar keuntungan dan berapa banyak income yang kita mahukan
Setiap orang, akan dapat hasil yang berbeza-beza. Ada banyak penyebab, contohnya dari segi usaha, ilmu, apa produk yang dijual dan macam-macam lagi.
Bab pemilihan produk ini juga ada kaitan dengan personaliti kita. Kalau kita suka fesyen, mungkin kita tak ada masalah untuk jual produk-produk berkaitan dengan fesyen.
5. Yuran untuk berniaga yang rendah iaitu sekitar 2% sahaja
Setiap tempahan yang berjaya dilakukan melalui Shopee, pihak Shopee akan kenakan yuran sebanyak 2% sahaja. Anggaplah ini sebagai kos untuk berniaga. Yuran ini dikenakan bagi memastikan pihak Shopee boleh terus maintain platform mereka dan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada para seller.
6. Anda boleh buat dropship, pre-order, pre-love atau jual produk yang memang ada dalam tangan
Tak ada produk dalam tangan? Tak ada masalah, sebab anda boleh buat dropship. Cara ini lebih selamat dan kurang risiko. Anda hanya order stok produk apabila ada tempahan dari pelanggan. Perlu diingatkan, anda perlu ada duit modal sendiri untuk buat cara ini.
Buat dropship di Shopee tak sama macam anda guna FB atau media sosial. Pembeli akan bayar kepada Shopee dan bukannya kepada anda. Justeru, anda tak boleh gunakan duit pelanggan untuk beli stok dari pembekal.
Anda juga boleh jual produk menggunakan konsep pre-order. Anda perlu nyatakan secara jelas yang produk tersebut adalah pre-order kepada pelanggan anda. Produk seperti ini lazimnya akan ambil masa yang lebih panjang untuk sampai ke tangan pelanggan. Kalau pelanggan tu tak sanggup tunggu, lebih baik jangan berurusan dengan pelanggan tersebut.
Produk pre-love ataupun produk terpakai. Baju bundle, baju-baju yang anda dah tak pakai, koleksi peribadi yang anda dah tak perlukan, semua ini boleh dijual.
Daripada anda biarkan sahaja barang-barang lama terbiar dan berhabuk, mungkin boleh pertimbangkan untuk jual sahaja barangan tersebut.
7. Jumlah pelawat yang sangat ramai dari seluruh Malaysia
Dianggarkan dalam sebulan jumlah pelawat yang melayari web Shopee adalah lebih kurang 21.13 juta pelawat.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Jumlah ini tersangatlah besar, dan tak akan mampu ditandingi oleh mana-mana shopping mall yang ada di Malaysia ini.
8. Setiap pelawat adalah potential buyer
Ini adalah satu hakikat yang tak dapat kita sangkal lagi. Setiap pelawat yang masuk ke laman web Shopee, kebanyakkannya berhajat untuk membeli sesuatu. Ya, mungkin dia tak membeli hari ini, sebab dia baru nak survey harga, baru nak cari seller yang boleh dipercayai dan sebagainya, namun yang pasti niat untuk membeli itu memang dah ada.
Berbeza halnya dengan kita cuba untuk buat jualan melalui media sosial. Pengguna media sosial lazimnya menggunakan platform tersebut bagi tujuan untuk bersosial, dan bukannya untuk membeli.
Lagi satu, sekarang ini dah banyak buat cara ini untuk shopping online. Kalau mereka berkenan dengan sesuatu produk yang diiklankan di media sosial, mereka akan cek dulu sama ada di Shopee atau Lazada untuk melihat kalau-kalau ada produk yang sama yang dijual dengan harga yang lebih murah.
Selain nak cari harga yang lebih murah, mereka ini lebih selesa beli melalui shopee sebab nak elak kena tipu dengan scammer.
9. Persekitaran jual beli yang selamat daripada scammer
Saya akan cerita secara ringkas bagaimana proses jual beli di Shopee adalah lebih selamat daripada ditipu oleh scammer.
Pembeli akan lihat produk yang dia minat nak beli. Seterusnya dia akan buat tempahan dan bayaran akan dibuat ke akaun Shopee.
Penjual akan terima notifikasi tempahan produk dan dia perlu pastikan produk yang ditempah sampai ke tangan pembeli.
Hanya apabila pembeli berpuas hati dengan produk yang dibeli, barulah Shopee akan serahkan bayaran yang telah dibuat oleh pembeli itu tadi kepada penjual.
Jual beli melalui Shopee (atau Lazada) dapat elakkan berlaku penipuan seperti pembeli tipu resit online transfer ataupun penjual tipu dengan menghantar produk yang salah atau langsung tak hantar produk.
10. Boleh terima pelbagai kaedah pembayaran
Ini juga merupakan satu kelebihan bila kita berniaga di Shopee.
Pelanggan yang minat nak beli produk kita, boleh buat bayaran melalui pelbagai kaedah antaranya online banking, kad debit, kad kredit ataupun boleh juga nak bayar cash melalui Seven Eleven.
Berbeza halnya kalau kita berniaga di media sosial atau di laman web sendiri. Bagi yang baru nak bermula, anda mungkin hanya mampu untuk terima bayaran melalui online banking sahaja. Kalau ada pelanggan yang nak bayar menggunakan kad kredit atau bayar cash, anda terpaksa tolak pelanggan seperti ini.
Kelebihan kalau jadi ejen affiliate di Shopee
Sebelum saya nak bercerita tentang apa kelebihan kita jadi ejen affiliate bagi Shopee, biar saya beritahu bagaimana caranya nak daftar jadi ejen affiliate Shopee.
Sekarang ini, setakat yang saya tahu ada dua cara untuk daftar jadi ejen affiliate Shopee. Cara yang pertama adalah melalui laman web Involve Asia. [sila daftar disini]
Image may be NSFW. Clik here to view.
Oleh sebab sebelum ini saya dah pernah cerita cara-cara untuk join affiliate Shopee melalui Involve Asia, jadi saya tak akan ulang sekali lagi.
Satu lagi cara untuk anda daftar untuk sertai program affiliate Shopee adalah menerusi laman web Access Trade Malaysia. [Sila daftar disini]
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya pun baru sedar kewujudan laman web ini beberapa hari lepas dan masih baru dengan program kendalian mereka. Jadi buat masa ini saya masih belum dapat tunjukkan sebarang bukti pendapatan kepada para pembaca blog ini.
Walaubagaimanapun saya dah daftar, dan In Shaa Allah, saya akan lakukan yang terbaik untuk buat duit melalui platform mereka. Anda yang minat nak jadi affiliate untuk Shopee, bolehlah pertimbangkan untuk daftar melalui website tersebut ya.
Baiklah, sekarang kita lihat pula apa dia kelebihan menjadi affiliate bagi laman web Shopee.
(1) Boleh terus mula buat duit dengan serta merta
Kita hanya perlu daftar sebagai ejen, seterusnya setelah pendaftaran kita berjaya, kita dah boleh mula buat kerja-kerja promosi. Dekat laman web Shopee tu sendiri ada beribu-ribu produk dan kalau kita tak sure nak promosikan produk apa, saya syorkan anda mulakan dengan mempromosikan produk yang sedang trending atau yang popular di Shopee.
Lihat screenshot dibawah ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Anda hanya perlu dapatkan link affiliate untuk setiap produk dan mulakan share sama ada di media sosial, tulis artikel dalam blog, ataupun buat video dan siarkan di youtube.
Selain mempromosikan produk dalam kategori tertentu dan produk yang spesifik, anda juga masih boleh dapat komisen apabila promosikan homepage sahaja.
Dengan syarat, ada orang yang klik pada link affiliate anda dan lepas tu orang tersebut buat pembelian.
Saya nak highlight sekali lagi, dalam program affiliate ini, kena ada berlaku pembelian, barulah anda akan dapat bayaran komisen. Kalau tak ada pembelian, maka tak ada komisen.
2. Potensi pendapatan yang tiada hadnya
Anda boleh hasilkan seberapa banyak komisen yang anda mahukan. Asalkan kena rajin. Rajin buat promosi dan rajin bercerita tentang produk-produk yang ada dijual di Shopee.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dari segi kadar keuntungan, ianya tak sebesar apabila kita jadi seller. Boleh tengok contoh diatas ini.
Untuk jualan bernilai RM50.90, komisen saya cuma RM1.07 sahaja. Ya, sangat sedikit. Tapi sebagai seller, tak mustahil yang dia sebenarnya ambik untung RM10 – RM20 untuk produk yang dia jual.
Kalau nak untung yang banyak, jadi seller. Kalau nak buat kerja senang, jadilah affiliate macam saya. Saya kata affiliate ni kerjanya senang sebab saya sendiri tak tau apa produknya, siapa pelanggannya, dan yang saya tahu hasil usaha pemasaran yang saya lakukan telah memberikan hasil.
3. Anda tak perlu urus pelanggan
Tugas kita sebagai ejen affiliate hanyalah membawa masuk trafik atau bakal pelanggan ke laman web shopee. Seterusnya terpulang pada individu tersebut sama ada nak buat pembelian atau tidak.
Dalam keadaan ini, kita tak perlu fikir pasal nak jual produk apa, tak perlu nak jawab sebarang soalan dari bakal pelanggan, tak perlu nak balut produk dan juga post barang. Kita langsung tak perlu nak berinteraksi dengan pelanggan.
4. Tugas kita hanyalah buat promosi
Adakah kerja promosi ni kerja yang mudah? Erm.. tak juga. Tapi kalau sebelum ini anda pernah ada basic tentang marketing, ianya sangat membantu.
Bila nak buat marketing secara online ini, anda gunalah apa-apa kaedah yang sesuai dengan anda. Sama ada nak fokus gunakan akaun media sosial, blog, youtube dan lain-lain lagi. Kalau ada bajet, boleh juga gunakan kaedah pengiklanan berbayar.
5. Tiada had produk yang kita boleh promosikan
Semua produk yang ada di Shopee kita boleh promosikan. Kalau jadi seller, kita hanya akan dapat untung kalau dapat jual produk yang kita jual sahaja.
Buat kerja sebagai affiliate, kita tak perlu bimbang tentang persaingan harga. Tak kisah mana-mana satu produk yang dibeli oleh pelanggan, kita tetap akan dapat komisen. Yang penting pelanggan tersebut kita yang refer ke website Shopee.
Salah satu cara yang sangat berkesan untuk buat duit adalah dengan membuat perbandingan harga. Biasanya untuk produk yang sama dan kualiti juga sama, pelanggan akan pilih untuk beli dari seller yang mampu tawarkan harga yang murah. Kita sebagai affiliate, tak kisah pun dia nak beli dari seller mana satu.
Kalau pelanggan beli dari seller yang tawarkan harga mahal, kita akan dapat komisen. Kalau pelanggan beli dari seller yang tawarkan harga murah, kita juga masih tetap dapat komisen.
6. Tak perlu nak risau tentang nak urus produk dan inventori
Kalau anda pernah buat bisnes online, pasti anda biasa berdepan dengan masalah seperti kehabisan stok. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila bukan anda seorang sahaja yang kehabisan stok, malahan pembekal anda juga tak ada stok. Pening-pening. Macam mana nak buat jualan kalau produk yang nak dijual dah kehabisan stok, betul tak?
7. Tak perlu khuatir untuk perang harga
Kenapa orang pilih untuk beli online? Saya berpendapat faktor harga adalah penyebab kenapa orang pilih untuk beli secara online. Apa yang boleh saya katakan, kebiasaannya harga yang kita boleh dapat kalau beli online adalah lebih murah berbanding beli di kedai.
Anda boleh buat perbandingan, berapa harga jam tangan G-Shock dekat kedai jam berbanding dengan harga di Lazada atau Shopee. Untuk model tertentu, anda pasti terkejut apabila mengetahui perbezaan harga boleh mencecah ratusan ringgit.
So faktor harga sangat memainkan peranan untuk berjaya dalam bisnes ini. Biasanya hanya mereka yang ada modal yang besar, yang mampu untuk beli stok produk dalam kuantiti yang besar sahaja yang mampu tawarkan harga murah. Bagi yang modal kecil, tak mampu nak berbuat demikian.
Tapi itu semua bukan masalah kita. Sebagai ejen affiliate, kita tak perlu nak fikir hal-hal tersebut.
Baiklah, saya rasa cukup panjang perkongsian kali ni. Tadi saya plan nak cerita secara ringkas sahaja. Tak sangka pula jadi panjang artikel ini.
Apa pun, tak kira sama ada anda nak pilih untuk jadi seller ataupun affiliate, saya doakan semoga anda dimurahkan rezeki dan berjaya dalam bidang ini.
Saya tahu ada ramai individu yang mencari pendapatan tambahan di internet. Anda mungkin salah seorang daripadanya. Saya harap, sepanjang usaha pencarian anda itu nanti, anda tak terpesona dengan program-program yang scam.
Jika saya ditanyakan soalan tentang apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk buat duit online, sudah semestinya nama program affiliate akan saya masukkan dalam senarai.
Ya, kalau anda serius nak buat duit di internet, cubalah sertai program affiliate. Saya percaya, dengan usaha dan teknik yang betul, anda juga pasti mampu untuk hasilkan pendapatan.
Menerusi posting kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk hasilkan pendapatan di internet melalui program affiliate.
Siapa saya dan adakah saya ini pakar affiliate marketing?
Eh eh mestilah tak.
Saya bukan pakar, tapi saya adalah sedikit pengalaman buat duit menerusi program affiliate ini.
Dekat luar sana, ada terlalu banyak program affiliate yang kita boleh sertai. Program ini pula silih berganti. Ada yang cuma bertahan dua atau tiga tahun, dan ada juga yang cemerlang dan bertahan lama.
Salah satu program yang saya sertai, telah memberikan saya komisen sebanyak RM13 ribu. Ini buktinya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bukan saya dapat RM13 ribu setiap bulan. Tapi jumlah keseluruhan yang saya dah pernah dapat adalah RM13 ribu.
Saya ada buat beberapa akaun dengan program ini. Sudah tentu guna nama yang berbeza. Selain program diatas, saya juga banyak sertai program-program affiliate yang lain.
Ok cukup rasanya saya bercerita tentang diri saya. Saya bukan nak jual apa-apa barang, ebook ataupun program latihan. Saya hanya nak kongsikan beberapa langkah yang anda boleh tiru, dan seterusnya boleh buat duit tambahan menerusi program affiliate juga.
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia yang anda perlu lakukan.
Langkah demi langkah untuk hasilkan pendapatan melalui program affiliate di Malaysia
Topik mengenai pemasaran affiliate bukanlah satu perkara baru dalam kalangan penduduk di Malaysia. Boleh jadi anda sendiri pernah cuba sertai program affiliate dan sedang selesa menjana pendapatan melalui kaedah ini.
Atau boleh jadi juga anda tidak begitu bernasib baik dan kurang berjaya nak buat dengan kaedah ini. Tapi jangan risau, sebabnya saya akan kongsikan kepada anda perkara yang anda perlu lakukan untuk membantu anda buat duit dengan program affiliate.
Ringkasnya, ini adalah antara perkara-perkara yang anda perlu lakukan.
(1) Pilih niche
(2) Pilih platform pemasaran
(3) Kenalpasti produk untuk anda promosikan
(4) Hasilkan konten yang berguna dan berkualiti yang berkaitan dengan niche pilihan anda
(5) Kerja keras, konsisten dan sentiasa ikut strategi yang telah anda rancang
(6) Dari masa ke masa, sentiasa perbaiki usaha pemasaran dan edit mana-mana yang perlu
(7) Follow individu lain yang telah berjaya sebagai inspirasi
Kalau anda tak ada masa nak baca keseluruhan artikel ini, saya kira ringkasan poin yang telah saya gariskan diatas itu sudah cukup untuk memberi idea, apa yang perlu dilakukan untuk berjaya buat duit dalam affiliate marketing. Tapi kalau anda inginkan penjelasan yang lebih panjang, maka luangkanlah sedikit masa untuk baca perkongsian ini ya.
Saya akan kupas satu per satu. Ok jom.
(1) Pilih niche
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum nak hasilkan pendapatan ribu-ribu ringgit menerusi program affiliate adalah, pilih niche untuk anda fokus.
Jika ini merupakan percubaan kali pertama untuk anda buat duit online menerusi program affiliate, saya percaya nasihat ini mungkin agak janggal bagi anda. Namun percayalah, ini adalah langkah yang sangat penting dan akan menentukan sama ada anda bakal mencapai kejayaan ataupun sebaliknya dimasa akan datang.
Namun, kalau sebelum ini anda dah pernah ada pengalaman buat duit melalui affiliate program, saya percaya anda telahpun mendengar nasihat seperti ini beberapa kali.
Sekiranya anda masih blur dan tak tau nak pilih niche apa, saya sarankan anda bermula dengan niche yang anda sendiri mempunyai minat yang mendalam.
Macam mana nak tahu, sama ada kita minat sesuatu niche tersebut atau tidak? Mudah sahaja.
(1) Bila kita baca sesuatu artikel di internet, apakah topik yang paling kita suka?
(2) Kalau ada video di Yotube, apakah video yang kita suka untuk tonton?
(3) Apakah rancangan TV yang paling anda gemari?
(4) Siapa individu yang anda follow dan apakah kepakaran beliau?
Setiap orang ada minat yang berbeza. Ada orang suka topik tentang kewangan, pendidikan, keagamaan, politik, hiburan dan sebagainya. Justeru, mari kita mulakan dari situ.
Katakanlah dalam banyak-banyak topik (atau niche) anda paling suka topik tentang pelaburan, maka saya syorkan anda bermula dari situ. Logiknya ialah, kalau anda suka dan minat topik ini, sudah pasti ada banyak perkara yang berkaitan dengan topik ini yang anda tahu. Boleh jadi dengan pengetahuan yang anda miliki, anda sebenarnya layak untuk digelar sebagai seorang yang pakar atau sifu!
Kita lihat pula langkah seterusnya.
(2) Pilih platform pemasaran
Ada berbagai-bagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk buat pemasaran affiliate. Apa yang penting, link affiliate anda itu nanti ada orang yang akan klik dan seterusnya individu tersebut buat pembelian. Terpulang pada anda sama ada nak gunakan salah satu daripada cara dibawah, atau nak guna semua sekali.
Saya berpendapat, pilih satu atau dua platform sudah memadai. Kalau banyak sangat, nanti bimbang tak terbuat pula.
i. Guna laman blog
Kalau anda pilih blog sebagai platform pemasaran, maknanya kita sama! Ya, saya juga guna blog untuk tujuan pemasaran.
Bila guna blog ini, kita perlu “motivasikan” diri untuk menulis. Lebih banyak kita hasilkan karya penulisan di blog lagi bagus. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu sedikit sebanyak peraturan tentang Search Engine Optimization atau lebih dikenali dengan istilah SEO. Tujuannya adalah untuk memastikan artikel yang kita tulis dan siarkan di blog kita dapat masuk ke halaman pertama Google untuk kata kunci tertentu.
Setelah artikel blog kita berjaya masuk ke halaman pertama Google, blog kita akan mula dikunjungi oleh para pelawat secara automatik tanpa perlu kita susah payah untuk buat kerja-kerja pemasaran setiap hari.
Untuk makluman anda, kebanyakkan sales affiliate yang berjaya saya hasilkan adalah menerusi teknik SEO. Alhamdulillah, saya boleh dapatkan sales setiap hari (walaupun ada hari-hari tertentu nilai komisen saya tak banyak) tanpa saya perlu saya menulis artikel baru setiap hari.
Jujur saya katakan, kadang-kadang saya rasa agak jemu juga untuk menulis di blog. Mujurlah ada artikel-artikel lama yang cukup kuat, yang masih mampu menyumbangkan sales untuk saya.
ii. Buat video dan siarkan di Youtube
Kalau anda tak berapa minat menulis, tetapi anda selesa beraksi dihadapan kamera, maka anda boleh pertimbangkan untuk memulakan channel Youtube anda sendiri. Ya, orang kata jadi Youtuber.
Saya juga ada channel Youtube, cuma tak rajin nak buat video. Mungkin nanti-nantilah. Sebenarnya ada banyak teknik untuk buat video. Salah satu teknik yang saya rasa agak mudah untuk dilakukan ialah, anda rakam suara kemudian baru anda masukkan gambar-gambar yang sesuai atau klip video yang berkaitan dengan topik yang anda bincangkan.
Untuk gambar-gambar ni, anda boleh tangkap sendiri menggunakan smartphone anda. Manakala untuk klip video yang percuma, boleh diperolehi menerusi laman web seperti pexels.com ataupun dari pixabay.com.
Bagi tujuan merakam suara, saya syorkan anda dapatkan microphone yang berkualiti. Saya syorkan microphone dari jenama Blue Microphone.
iii. Guna media sosial
Zaman sekarang ini, saya percaya kebanyakkan dari kita ada akaun media sosial. Tak kiralah sama ada Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan sebagainya. Ada sesetengah orang, dia mempunyai akaun dekat semua media sosial yang ada di internet. Boleh jadi sebab dia tak nak ketinggalan.
Apa yang penting ialah, guna media sosial pun boleh buat duit dengan affiliate. Cuma biasalah, kena ada follower dan fans yang ramai. Setiap kali kita post sesuatu di timeline, ada ramai yang akan datang tekan butang like, komen, atau ada yang suka share status kita.
Sekiranya anda mempunyai peminat yang ramai, maka bolehlah pertimbangkan untuk gunakan media sosial. Bagi saya sendiri, saya sedar yang saya tak ada follower yang ramai, jadi saya tak menggunakan strategi media sosial untuk dapatkan sales affiliate.
iv. Pemasaran emel
Pemasaran emel adalah salah satu kaedah pemasaran yang cukup berkesan dan sangat popular satu ketika dulu. Pada hari ini, saya dapati kaedah ini mula ditinggalkan, dan orang mula beralih kepada strategi pemasaran menggunakan Youtube dan juga sosial media.
Walaupun begitu, bagi orang lama yang telah mempunyai senarai emel pelanggan dan prospek yang sangat banyak, (mungkin sudah mengumpul emel pelanggan sebanyak ratusan ribu) mereka masih lagi menggunakan kaedah ini.
Apa yang diperlukan untuk mula menggunakan kaedah pemasaran emel? Ok anda perlukan sistem Autoresponder dan juga hadiah percuma untuk diberikan kepada bakal prospek. Hadiah percuma ni biasanya dalam bentuk ebook, rakaman video, audio, kupon diskaun dan sebagainya.
Bakal pelanggan anda perlu memberikan nama dan alamat emel terlebih dahulu kepada anda, sebelum anda hantarkan hadiah percuma ini kepada mereka. Selepas itu, anda boleh mula menghantar emel kepada mereka ini secara berkala atau hanya hantar emel jika anda ingin jual sesuatu. Kandungan emel perlulah dipelbagaikan supaya subscriber anda (mereka yang telah memberikan emel kepada anda) tak merasa bosan.
Suka untuk saya highlight disini, kaedah pemasaran emel ada seninya yang tersendiri. Jika dilakukan dengan betul, anda mampu untuk membina persahabatan yang baik dengan subscriber anda. Namun, jika dilakukan tanpa teknik yang betul, mereka akan ignore emel yang anda hantar dan hanya melihat anda sebagai seorang yang terdesak perlukan duit semata-mata.
v. Pengiklanan berbayar Pay Per Click (PPC) menerusi Google Adwords, FBAds, dan sebagainya
Ini merupakan kaedah pengiklanan berbayar dan anda perlukan modal untuk jalankan kaedah pengiklanan seperti ini. Sebaik-baiknya, anda perlu ada ilmu dalam bidang pengiklanan, kalau tak nak duit anda hangus terbakar begitu sahaja.
Jangan nanti, modal untuk iklan habis beribu ringgit, tapi sales langsung tak ada.
(3) Kenalpasti produk untuk anda promosikan
Produk yang bakal anda pilih untuk dipromosikan nanti perlu menepati satu syarat. Syaratnya ialah produk tersebut mesti berada dalam niche yang sama dengan niche pilihan anda.
Saya rasa step ini tak terlalu sukar.
Kalau tadi saya ada sentuh tentang pemilihan niche yang mengikut minat anda, (dan kita pilih niche berkaitan pelaburan) maka kali ini kita cuba kenalpasti apa produk yang sesuai untuk kita promosikan.
Anda boleh ke laman web klikjer.com jika anda minat untuk mempromosikan ebook yang mereka terbitkan. Untuk niche yang berkaitan dengan pelaburan, ebook berikut mungkin sesuai untuk anda promosikan.
Kalau anda minat nak promosikan ebook yang ada kaitan dengan niche pelaburan dan kewangan, sekurang-kurangnya ada 5 ebook yang anda boleh promosikan.
Macam mana nak promosikan kesemua ebook ini? Susah ke tak? Tak susah pun sebenarnya. Itu yang saya akan bincangkan dalam langkah yang keempat.
(4) Hasilkan konten yang berkualiti yang berkaitan dengan niche pilihan anda
Saya tak pasti sama ada anda dah tahu ataupun belum. Saya tetap nak bagitahu juga.
Dalam pemasaran affiliate, kita tak perlu bersusah payah nak menjual! Kebiasaannya, kerja-kerja menjual dan meyakinkan bakal pembeli, akan dilakukan oleh pemilik laman jualan tu sendiri.
Tugas kita sebagai ejen affiliate hanyalah membawa masuk trafik ke laman jualan, itu sahaja. Persoalannya, bagaimana cara yang tepat untuk bawa masuk trafik yang tepat ke halaman jualan?
Mudah sahaja. Caranya adalah dengan menghasilkan konten yang relevan dengan produk yang kita promosikan.
Saya bagi contoh. Katakanlah anda sedang bercerita tentang kelebihan pelaburan saham berbanding pelaburan unit trust. Dalam artikel tersebut, anda hanya perlu fokus kepada dua instrumen pelaburan itu sahaja. Apa yang anda perlu lakukan hanya selitkan beberapa ayat seperti “… jika anda minat nak baca dengan lebih mendalam tentang pelaburan saham, bolehlah baca ebook sistem saham”.
Itu sahaja.
Kita tak perlu nak paksa-paksa atau menyuruh-nyuruh pembaca kita untuk tekan pada link affiliate kita. Cukup kita bagitahu apa kelebihan kalau dia tekan link affiliate kita dan seterusnya terpulang pada pembaca tersebut untuk bertindak atau tidak.
(5) Kerja keras, konsisten dan sentiasa ikut strategi yang telah anda rancang
Tak ada short cut untuk berjaya. Suka atau pun tidak, anda memang kena kerja keras. Well, kalau anda tak nak kerja keras, mungkin anda boleh keluarkan sedikit duit untuk upah mana-mana freelancer untuk buat kerja-kerja yang anda malas nak buat bagi pihak anda.
Kerja-kerja menulis artikel, kerja menghasilkan video, design infografik, semua ini sebenarnya anda boleh outsource kepada freelancer. Kalau anda ada modal, its ok. Keluarkanlah sedikit belanja untuk dapatkan “pekerja”. Tapi kalau anda sama seperti saya, maka semua benda kenalah buat sendiri.
Kesemua kerja-kerja ini mestilah dilakukan secara berterusan.
Satu lagi yang anda patut berikan perhatian yang lebih adalah dari segi strategi. Buat apa pun, mesti kena ada strategi.
Andaikata anda nak gunakan teknik menulis blog. Menerusi teknik ini, anda perlu fokus membuat artikel baru sehingga artikel utama anda berjaya masuk ke halaman utama google untuk kata kunci yang anda sasarkan. Selagi artikel anda tak berjaya masuk ke halaman pertama, jangan berhenti menulis dan jangan mengalah.
Sekiranya anda ingin gunakan Youtube, strateginya adalah untuk dapatkan seberapa banyak subscriber dan jumlah tontonan. Kalau guna pemasaran emel, kena pastikan anda berjaya kumpul sampai 10,000 emel yang aktif dalam masa dua bulan contohnya. Selagi tak dapat, jangan berhenti berusaha.
(6) Dari masa ke masa, sentiasa perbaiki usaha pemasaran dan edit mana-mana yang perlu
Nasihat ini lebih sesuai untuk mereka yang menggunakan kaedah pemasaran yang sama seperti yang saya sendiri gunakan, iaitu menggunakan medium blog.
Pada kali pertama artikel anda diterbitkan, mungkin ianya kurang sempurna. Anda mungkin mengejar masa untuk publish artikel tersebut. Kemudian pada satu hari, anda memperolehi maklumat baru yang relevan dengan artikel yang anda pernah tulis sebelum ini.
Jadi, apa yang kita patut buat dengan maklumat yang baru kita perolehi tu? Cari balik artikel lama yang pernah anda tulis dan kemaskini artikel tersebut.
Pastikan konten artikel tersebut sentiasa up to date, walaupun ianya diterbitkan pada kali pertama pada tahun 2010 mungkin. Anda boleh nyatakan bila kali terakhir anda kemaskini artikel tersebut.
Artikel blog kita boleh edit pada bila-bila masa jika perlu. Kita bukannya menulis atas batu, jadi jika perlu edit sahaja artikel lama untuk jadikan artikel tersebut lebih berkualiti.
(7) Follow individu lain yang telah berjaya sebagai inspirasi
Baiklah, step ini adalah optional.
Ia terpulang pada anda, sama ada nak buat ataupun tidak. Namun pada saya, saya dapati ianya sangat membantu apabila kita ada someone yang kita boleh follow secara senyap-senyap atau terbuka dan dapatkan inspirasi daripada kejayaan dia.
Kadang-kadang saya sendiri rasa macam penat dengan kerja-kerja online. Saya rasa macam writer’s block dan pada masa tu, nak buat apa pun rasa tak seronok. Tapi bila kita ada follow someone, kita boleh berehat sekejap, ikuti perkembangan mentor kita, dan dari situ mula datang semangat untuk kembali bekerja.
Apa lagi alasan anda untuk tidak mencuba program affiliate?
Saya rasa, dah cukup panjang perkongsian kali ini.
Kalau anda sedang mencuba dan memang sedang buat duit setiap bulan menerusi program affiliate, tak kiralah dari apa program sekalipun, tahniah saya ucapkan.
Namun, kalau anda masih belum pernah cuba dan tak pernah mulakan, boleh saya tahu apa yang menghalang anda untuk berbuat demikian? Atau adakah anda perlu bantuan? Jika perlu bantuan, cuba beritahu saya, apa jenis bantuan yang anda perlukan, manalah tahu kalau-kalau saya boleh tolong.
Saya nak sambung sedikit perbincangan terdahulu mengenai topik buat duit dengan program affiliate. Kali ini saya nak sentuh mengenai kelebihan yang terdapat pada program affiliate yang mungkin tak tak terdapat pada model bisnes yang lain.
Anda mungkin masih belum yakin untuk mula ceburkan diri dalam bidang ini. Jadi perbincangan kali ini saya nak highlight mengenai kelebihan yang ada pada bisnes yang dibina berkonsepkan affiliate marketing.
Ada orang anggap affiliate marketing hanyalah satu kaedah untuk buat duit online. Pada saya pula, affiliate marketing ini adalah suatu bisnes. Apabila dibuat dengan mindset yang betul, income yang terhasil mampu untuk memberikan kita kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia kelebihan yang terdapat pada bisnes berkonsepkan pemasaran affiliate.
1. Disini terdapat peluang bisnes yang sangat menguntungkan
Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit turut menawarkan program affiliate. Kenapa agaknya ya?
Kita tengok perniagaan yang dimiliki oleh Lazada dan juga Shopee. Laman web mereka (dan juga applikasi mobile) menerima kunjungan dari pengguna sebanyak puluhan juta kunjungan dalam masa sebulan. Orang yang sama mungkin mengunjungi laman web mereka berulang kali dalam masa satu bulan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Mereka ini sudah popular dan sudah mempunyai reputasi yang baik, namun masih tetap tawarkan program affiliate. Adakah sebab ejen affiliate merupakan antara penyumbang kepada jualan jutaan ringgit yang terhasil? Boleh jadi juga.
Pihak syarikat yang offer program affiliate sebenarnya tak rugi apa-apa. Mereka hanya perlu bayar komisen kepada affiliate hanya apabila ada jualan terhasil. Kalau tak ada jualan terhasil, mereka masih dapat benefit melalui free marketing yang dilakukan oleh pihak ejen.
Sedangkan kalau tanpa affiliate, syarikat perlu bayar sejumlah kos untuk tujuan pemasaran. So its a free marketing dan hanya perlu bayar bila ada jualan. Itu dipihak penganjur program.
Bagi kita selaku ejen, kita boleh tumpang reputasi, jenama dan nama baik yang telah dimiliki oleh syarikat untuk buat duit. Ok, mana satu anda lebih yakin.
Beli dari laman web Lazada.com.my atau beli dari laman web WaTaraTipuLaAnjirrrr.com.my?
2. Peluang perniagaan yang memerlukan kos permulaan yang rendah
Pernah tak anda ditawarkan untuk menyertai suatu peluang perniagaan? Saya rasa pasti jawapan anda pernah.
Anda telah pun mengikuti sesi pembentangan mengenai bisnes yang bakal dilakukan. Anda dengar dengan penuh minat dan mula ambil perhatian mengenai risiko, peluang, strategi dan teknik-teknik yang bakal digunakan bagi menjalankan bisnes tersebut.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kini tibalah masanya untuk anda lancarkan bisnes tersebut. The moment of truth! Muncul pula persoalan yang perlu dijawab oleh setiap bakal usahawan. Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes tersebut?
Terdapat banyak idea bisnes yang hanya kekal diatas kertas disebabkan oleh pemilik idea tersebut tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memulakan bisnes tersebut. Berbeza dengan perniagaan berkonsepkan affiliate marketing.
Anda boleh mula ceburkan diri dalam bidang ini, tak kira berapa modal yang anda miliki sekarang.
Anda langsung tak ada duit? Tak ada masalah. Sebabnya anda boleh mula join program affiliate tanpa sebarang yuran dan boleh terus mula melakukan kerja pemasaran tanpa perlu keluarkan sebarang kos.
Bagaimana caranya? Anda ada akaun Facebook? Ada akaun twitter? Ada whatsapp? Ada wechat? Ya, semua ini anda boleh gunakan untuk tujuan kerja-kerja promosi (atau pemasaran). Tak perlu ada modal langsung pun tak ada masalah.
Namun begitu, jika anda ada bajet, gunakan bajet tersebut bagi tujuan pemasaran. Duit tersebut boleh digunakan bagi tujuan berikut
1. Membuat langganan pakej domain dan hosting bagi tujuan membina laman web promosi
2. Melanggan perkhidmatan sistem autoresponder
3. Membuat iklan berbayar sama ada di Google (google adwords) mahupun FB Ads
Satu lagi perkara yang saya suka dengan bisnes berkonsepkan affiliate marketing ini ialah, kita boleh mula sedikit demi sedikit. Contohnya pada bulan pertama (atau pada tahun pertama kalau anda betul-betul tak ada duit) anda fokus untuk bina laman web terlebih dahulu. Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM60 sahaja setahun.
RM60 bukanlah tinggi sangat, sebabnya kalau anda bina laman web (berkonsepkan blog) dengan teknik yang betul, dalam masa kurang dari setahun anda sudah boleh hasilkan pulangan yang berkali ganda lebih besar daripada RM60 yang anda laburkan buat pertama kali.
3. Anda tak perlu tunggu jadi PAKAR untuk bermula
Ini satu alasan kenapa banyak orang masih tak mula menceburkan diri dalam bidang pemasaran affiliate ini. Mereka kata, “saya tak ada kepakaran”.
“Bab-bab komputer saya tak pandai…”
Hakikatnya, semua ini cuma alasan. Apa yang anda tak pandai pada hari ini, jika anda luangkan masa at least satu jam setiap hari selama setahun untuk belajar perkara tersebut, cukup setahun anda boleh jadi pakar dalam perkara tersebut. Well… kalau tak pakar sekalipun, anda masih boleh jadi seseorang yang lebih berpengetahuan berbanding sebelumnya.
Saya perhatikan alasan “tak pandai”, “tak reti”, “tak pakar” dan sebagainya digunakan terlalu berleluasa. Akhirnya mereka sendiri yang rugi. Sedangkan kalau mereka buang ego dan mulakan untuk belajar affiliate marketing hari ini juga, dalam masa tak sampai setahun mereka akan berjaya hasilkan pendapatan melalui affiliate.
…dan kalau anda memilih untuk buat affiliate style blogger seperti saya, In Shaa Allah anda juga akan alami pengalaman dapat duit walaupun tak buat apa-apa. Actually bukanlah tak buat apa-apa langsung, sebenarnya saya sedang mengutip hasil daripada artikel-artikel lama yang pernah saya tulis dalam blog dan masih dibaca hingga ke hari ini.
Artikel lama yang saya pernah tulis tu, bolehlah dikatakan sebagai artikel yang evergreen (malar segar). Selagi mana ada orang baca artikel tersebut, dan pembaca ada klik pada link affiliate yang saya paparkan pada artikel tu lalu dia buat pembelian, maka selagi itulah saya akan terus menerima komisen.
Jujur saya katakan, apa yang saya “pandai sikit” hanyalah dalam bab-bab menulis sahaja. Bercakap tentang menulis, saya percaya jika anda pernah masuk sekolah rendah, kemudian sambung ke sekolah menengah… bermakna anda juga mempunyai ilmu penulisan yang lebih kurang sama dengan apa yang saya ada.
Dari segi bab teknikal, saya memang tak pandai langsung. Malahan, setiap kali blog saya ada masalah, saya akan cepat-cepat hubungi pihak hosting saya (saya langgan servis dari NetKL) untuk bantu selesaikan.
Apa yang saya nak sampaikan ialah, tak perlu nak tunggu jadi pakar baru nak mula. Mulakan je sekarang, kemudian dari masa ke masa, boleh tambahkan pengetahuan.
4. Pendapatan tambahan
Adakah saya dah cakap sebelum ini, yang menerusi program affiliate ini, saya berjaya tambahkan pendapatan saya? (oh saya percaya dah banyak kali saya cakap benda yang sama)
Tahun demi tahun, program affiliate makin berkembang. Sebabnya? Ada banyak syarikat yang mula tawarkan program affiliate dan ini membuka peluang kepada kita untuk jana pendapatan tambahan.
Satu ketika dulu, bila bercakap mengenai program affiliate, opsyen yang ada hanyalah program affiliate yang mempromosikan produk-produk seperti ebook sahaja. Tapi sekarang, situasinya sudah mula berbeza.
Saya berikan anda beberapa contoh.
Kalau anda minat travel dan pergi bercuti, anda boleh promosikan bilik hotel yang pernah anda menginap, homestay, guesthouse dan sebagainya. Ini boleh dilakukan menerusi program affiliate yang ditawarkan oleh Agoda, booking.com, hotels.com, airbnb dan banyak lagi.
Sekiranya anda lebih suka idea menjual beribu-ribu produk, (walaupun jualan setiap produk mungkin cuma mampu berikan sedikit sahaja komisen) anda boleh mula mempromosikan laman web e-commerce yang popular seperti Lazada, Shopee dan banyak lagi.
Image may be NSFW. Clik here to view.
List dia sangat panjang dan kalau anda minat nak lihat list penuh, boleh daftar sebagai affiliate melalui Involve Asia disini.
Ataupun mungkin pada satu hari anda membaca di portal berita tentang keadaan ekonomi semasa dan trend pengangguran yang semakin membimbangkan. Anda nak bantu mereka yang kehilangan kerja dengan cara memberitahu mereka bahawa terdapat syarikat yang sedang mencari pekerja.
Orang yang tak bekerja dan masih menganggur ni, kadang-kadang jadi macam tu sebab dia tak tahu dekat luar sana ada majikan yang sedang mencari pekerja.
5. Konsep perniagaan yang sangat fleksibel dan tak perlu berikan tumpuan setiap masa
Saya suka dengan konsep perniagaan berasaskan affiliate sebab ianya lebih kepada set and forget. Kita setup sekali lepas tu kita boleh tinggalkan ianya berjalan sendiri. Nak lupakan (sekejap) pun boleh. Cuma janganlah sampai hilang ingatan.
Pernah satu ketika, saya cek akaun bank saya. Tiba-tiba ada pertambahan duit. Tak adalah banyak sangat adalah dalam RM300 lebih kurang macam tu. Saya pun tak tahu dari mana datangnya duit ini. Bila saya semak nama orang yang buat pembayaran, baru saya tahu rupa-rupanya ia datang dari program affiliate yang pernah saya sertai sebelum ini. Saya pun dah tak ingat pernah join. Tau-tau (lepas sekian lama) dapat pula komisen dari program tersebut.
Program affiliate ini tak mengganggu lifestyle saya. Saya hanya perlu berikan tumpuan hanya untuk beberapa ketika sahaja. Mungkin anda kurang jelas. Baiklah ini yang saya maksudkan.
Katakanlah, saya minat nak promosikan sebuah ebook berjudul Bisnes Shopee. [sila ke halaman ini]
Image may be NSFW. Clik here to view.
Apa yang saya akan buat ialah, saya buat satu target. Misalnya saya nak tulis 10, 20, 50 atau 100 artikel yang berkaitan dengan topik Shopee. Perlu saya ingatkan, untuk kaedah pemasaran seperti yang saya gunakan, lagi banyak artikel yang pernah ditulis, lagi cerah peluang untuk hasilkan lebih banyak duit.
Katakanlah saya target 50 artikel. Bila dah ada target yang jelas, maka saya pun mula menulis. Akhirnya target tercapai dan saya telah ada 50 artikel yang mempromosikan produk ini. Saya dah boleh stop buat artikel dan mula move on kepada projek lain.
Ikut pengalaman saya sebelum-sebelum ini, bila kita dah ada banyak artikel promosi, lazimnya sales akan terhasil dengan sendirinya. Masa tu, kita boleh buat projek lain, dan kalau tak nak buat apa-apa projek sebab nak rileks sahaja pun tak ada masalah.
Selagi mana artikel tersebut masih dibaca, selagi mana pembaca klik pada link affiliate lalu buat pembelian, selagi itulah kita akan terus menerus dapat komisen melalui artikel promosi tersebut. Best, kan?
6. Bahan promosi disediakan oleh penganjur program
Saya tak kata semua penganjur program affiliate akan menyediakan bahan promosi. Namun, kebanyakkan penganjur program akan menyediakan bahan promosi ini untuk anda.
Bahan promosi yang saya maksudkan ialah dalam bentuk
i. Video ataupun montaj bagi tujuan pemasaran melalui video
ii. Template email yang anda boleh copy paste untuk anda forward kepada prospek anda
iii. Ayat-ayat yang sesuai untuk anda post di FB sebagai post update
iv. Artikel ringkas yang menerangkan tentang kelebihan produk atau yang berkaitan dengan produk
v. Gambar-gambar produk yang menarik
vi. Banner bagi tujuan pemasaran
Penganjur program ini menyediakan semua ini bagi memudahkan kerja-kerja anda. Kalau anda gunakan material yang disediakan dan anda berjaya dapatkan jualan, anda akan dapat komisen manakala penganjur akan dapat untung melalui jualan. Ianya suatu perkara yang boleh kita sifatkan sebagai win-win situation.
Jadi, apa lagi alasan anda untuk tak mahu bermula?
7. Ada pelbagai teknik pemasaran yang boleh digunakan
Walaupun saya lebih gemar menggunakan teknik penulisan artikel (dipanggil juga article marketing atau content marketing) sebenarnya ada banyak lagi teknik pemasaran yang boleh digunakan.
Anda boleh guna social media.
Boleh guna Youtube dan buat video.
Boleh guna sistem autoresponder dan mulakan kempen pemasaran emel.
Boleh guna kaedah iklan berbayar, dan iklankan melalui Google Adwords, FBAds dan sebagainya.
Boleh guna khidmat freelancer, dan pandai-pandailah suruh freelancer tu buat marketing bagi pihak anda.
8. Boleh mulakan bisnes anda sendiri serta-merta!
Konsep bisnes affiliate ini adalah semudah 1, 2 dan 3.
Nombor 1, anda daftar sebagai ejen affiliate.
Nombor 2, anda pilih produk yang anda nak promosikan.
Nombor 3, anda buat kerja-kerja pemasaran (atau promosi)
Itu sahaja. Sebaik sahaja pendaftaran anda untuk menyertai program affiliate telah diterima, anda sebenarnya sudah mempunyai bisnes anda sendiri. Anda dah boleh mula buat pemasaran.
Tak perlu nak tunggu-tunggu.
Kalau anda ada blog, anda sudah boleh mula menulis tentang produk yang anda nak promosikan.
Kalau anda ada akaun social media (FB, twitter dan sebagainya) anda sudah boleh mula bercerita tentang produk tersebut.
Anda tak perlu pening-pening kepala nak fikir untuk hasilkan produk apa. Perlu diingat, bukan semua produk akan berjaya dan diterima oleh masyarakat. Cuba bayangkan, kalau anda jadi founder produk. Anda telah habiskan ribuan ringgit untuk keluarkan produk.
Kemudian anda perkenalkan produk anda dipasaran, dan akhirnya anda dikejutkan dengan hakikat bahawa produk yang anda keluarkan tidak diterima!
Tetapi kalau melalui affiliate, kita boleh pilih untuk promosikan produk yang best seller sahaja atau yang sedang viral.
9. Anda boleh tawarkan pelbagai jenis produk dalam satu masa
Mana lebih baik? Jual satu produk sahaja, atau jual 10,000 produk dalam satu-satu masa?
Orang yang kata fokus jual satu produk sahaja lebih baik, ada hujahnya.
Manakala orang yang kata jual 10,000 produk dalam satu-satu masa adalah lebih baik, juga ada hujahnya.
Persoalan yang saya timbulkan ini bukanlah untuk memilih mana jawapan terbaik. Sebaliknya ia terpulang kepada personaliti anda. Anda lebih cenderung untuk suka yang mana?
Saya suka kalau boleh fokus jual satu barang sahaja. Tak pening kepala, dan tak perlu serabut nak kaji tentang produk lain.
Walaubagaimanapun, setelah Corona Virus melanda Malaysia, saya jadi lebih bersyukur sebab sebelum ini saya pernah menjual lebih dari 100 produk! Sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikeluarkan, jualan untuk produk yang berkaitan dengan percutian (bilik hotel, pakej wifi, tiket bas, tiket kapal terbang, pakej aktiviti, tiket masuk dan sebagainya) LANGSUNG TAK ADA!
Saya tak dapat bayangkan, kalau sebelum ini saya cuma bergantung harap pada jualan produk-produk dalam niche tersebut semata-mata… saya ingat mungkin saya juga akan jadi antara individu yang terkesan teruk dari segi ekonomi disebabkan oleh hanya fokus pada satu produk atau perkhidmatan sahaja.
10. Pengiraan komisen dan pembayaran adalah secara automatik
Last but not least, proses pengiraan komisen dan pembayaran semuanya adalah automatik.
Program affiliate klikjer biasanya akan bayar komisen pada minggu pertama setiap bulan.
Program affiliate Lazada akan bayar komisen pada minggu terakhir.
Program affiliate Involve Asia, kita boleh request komisen pada bila-bila masa dengan syarat dah cukup jumlah komisen terkumpul.
Program affiliate Adhance, biasanya akan bayar komisen pada 21hb – 23hb.
Adsense juga akan mula bayar pada 21hb lebih kurang.
Jika dibuat dengan strategi yang betul dan dengan bersungguh-sungguh, boleh dikatakan setiap minggu akan ada payment yang akan masuk. Menerima bayaran dari program affiliate adalah moment terindah buat para penggiat bisnes ini. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.
Alaaa lebih kurang macam dapat gaji.
Cuma bezanya, sebab kita join macam-macam program affiliate, so kita bolehlah tengok yang kita dapat banyak kali payment dalam sebulan, berbanding hanya sekali sahaja payment yang masuk kalau kerja makan gaji.
Pada saya, saya tak kira berapa nilai komisen yang masuk. Walaupun cuma masuk RM100 sahaja sekalipun, saya tetap rasa syukur dan seronok! Now, can u imagine, kalau kita join 10 program affiliate, dan setiap program tu pula bayar kita minimum RM1,000!
Saya rasa waktu tu anda juga akan pilih untuk berhenti kerja dan fokus kepada affiliate marketing sahaja hahaha.
Baiklah saya harap 10 kelebihan yang datang bersama dengan program affiliate ini cukup untuk meyakinkan anda untuk mula buat duit dengan program affiliate. Percayalah, setiap orang boleh berjaya. Kalau setakat nak hasilkan komisen sebanyak RM100 (sebagai permulaan) ianya tak begitu susah.
Buktinya?
Ini screeenshot dari program Accesstrade yang saya sertai.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya cuma promote “main-main” je kat FB, dah boleh dapat RM122.
Saya kata nak buat duit dengan program affiliate ini tak susah untuk saya, sebab saya dah pernah ada pengalaman. In fact salah satu sumber pendapatan saya adalah dari program affiliate.
Kalau anda masih baru, dan tak pernah tahu apa tu affiliate sebelum ini, mungkin anda akan rasa lebih susah. Itu normal. Saya pun pernah berada dalam situasi tersebut. Cuma janganlah cepat mengalah.
Teruskan usaha. Asalkan anda tahu, apa yang anda buat tu betul. Strategi yang digunakan, juga betul. Maka teruskan buat promosi. Nanti bila anda dah ada pengalaman, percayalah cakap saya, anda juga akan rasa… ala setakat nak hasilkan RM100 dalam masa sebulan tu senang jer. Walaupun tak berapa serius buat marketing pun tetap boleh dapat.
Kadang-kadang ada yang hantar emel dan hubungi saya menerusi FB sebab nak belajar dengan lebih mendalam cara nak buat duit menerusi program affiliate dengan saya.
Maaf sebab terpaksa mengecewakan anda. Saya bukan tak nak ajar, tapi anda kena faham, saya bukannya cikgu dan saya tak pernah buka slot untuk buat kelas, personal coaching dan sebagainya. Saya tak ada masa dan komitmen kearah itu.
Namun, saya bukanlah kedekut ilmu. Saya dah curahkan apa yang saya tahu tentang selok belok buat duit online dalam blog saya. Rajin-rajinkanlah diri untuk baca artikel terdahulu yang saya pernah tulis sebelum ini. Dekat sana ada banyak yang saya dah kongsikan.
Baca, fahamkan dan cuba praktikkan. Kalau betul-betul tak faham, boleh hubungi saya dan tanyalah soalan yang spesifik. Apa masalah anda dan dekat mana yang tak faham.
Kalau setakat tanya “cam mana yer nak buat affiliate ni?” dan anda minta saya terangkan melalui whatsapp… anda fikir saya ada masa untuk semua tu? Letakkan diri anda dalam situasi saya, dan anda fikirlah wajarkah saya melayan pertanyaan tersebut sedangkan jawapan dah ada dalam blog saya.
Akhir kata, kalau anda nak jadi seorang super affiliate dan hasilkan komisen sampai ratusan ribu ringgit, bolehlah belajar dari tiga individu ini.
Setiap kali saya terjumpa pertanyaan seperti “ada tak siapa-siapa yang tahu kalau-kalau ada peluang nak bekerja dari rumah“ atau pertanyaan berbunyi “ada sesiapa yang boleh suggest peluang untuk buat bisnes dari rumah“ selalunya saya akan cadangkan si penanya tu tadi untuk buat affiliate marketing.
Setiap orang boleh sertai program affiliate dan boleh buat duit menerusi program ini.
Anda tak perlu jadi blogger untuk buat duit dengan affiliate program. Seperti yang pernah saya sebutkan dalam artikel-artikel terdahulu, ada macam-macam cara yang kita boleh gunakan untuk hasilkan pendapatan menerusi program affiliate.
Selain guna blog bagi tujuan promosi, anda juga boleh
1. Guna akaun media sosial
Sama ada Facebook, twitter, linkedIn dan sebagainya. Jarang orang sekarang ni tak ada akaun media sosial.
2. Boleh buat video kemudian upload di youtube
Tak ada sebarang bayaran untuk upload video ke Youtube. Cuma perlu ada peralatan yang sesuai dan sedikit keyakinan, untuk hasilkan video.
3. Boleh guna kaedah pemasaran melalui emel
Anda perlu langgan servis sistem autoresponder. Antara yang popular ialah Aweber, Getresponse dan juga Traffic Wave. Lazimnya kos langganan untuk menggunakan sistem autoresponder akan jadi makin mahal dengan pertambahan jumlah emel atau subscriber yang berjaya anda kumpulkan.
4. Boleh guna iklan berbayar
Buat iklan berbayar menerusi Google Adwords, Facebook Ads dan lain-lain. Anda akan dikenakan caj mengikut berapa banyak jumlah klik atau tontonan pada iklan anda.
Image may be NSFW. Clik here to view.
5. Cari freelancer yang tawarkan khidmat pemasaran dan bayar mereka upah supaya bekerja untuk anda
Ini satu lagi cara yang anda boleh lakukan, iaitu upah orang untuk buat kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda. Golongan student, suri rumah, dan orang yang memang kerjanya sebagai freelancer pasti bersedia untuk lakukan kerja promosi bagi pihak anda.
Baik cukup setakat itu dulu.
Apabila saya cadangkan buat bisnes affiliate, terkadang tu ada juga yang tanya, buat affiliate ini tak ada risiko ke? Maklumlah, dia mungkin tak biasa dengan konsep affiliate marketing, jadi bila kita ajak dia untuk join dan buat kerja-kerja pemasaran, dia jadi kurang selesa dan kalau boleh nak tahu semua perkara yang berkaitan dengan bidang ini.
Termasuklah persoalan mengenai risiko buat affiliate marketing.
Ya, affiliate marketing ini juga ada risikonya, dan kalau anda benar-benar minat nak tahu, apa risiko yang berkaitan dengan affiliate marketing bolehlah teruskan pembacaan. Saya senaraikan 10 risiko yang anda perlu tahu kalau nak buat duit dengan affiliate marketing.
1. Bukan semua program affiliate yang anda sertai akan berikan anda wang yang banyak
Kalau ada yang kata, melalui affiliate marketing ini, kita boleh hasilkan komisen sehingga ratusan ribu ringgit, dia betul.
Kalau ada yang kata, satu sen pun susah nak dapat atau tak pernah rasa dari affiliate marketing, itupun betul juga.
Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, bukan semua orang yang join program affiliate, akan berjaya dapat komisen. Ada beberapa sebab kenapa boleh jadi begitu. Antaranya
i. Anda salah pilih produk
ii. Anda salah pilih syarikat
iii. Salah anda sendiri sebab anda langsung tak ada ilmu (dan malas nak belajar pulak tu)
Buat duit dengan program affiliate, tidaklah semudah join sebagai ejen, dapatkan link affiliate (atau kod banner untuk promosi produk) dan kemudian copy paste dekat FB atau laman web anda.
Tidak semudah itu.
Anda perlu buat research (kajian) apakah produk yang betul-betul menepati kemahuan golongan sasaran anda. Kalau anda mempunyai FB Fanpage dan bercadang untuk buat duit dengan menggunakan FB Fanpage tersebut, maka anda perlu tahu apakah produk yang menepati kriteria para followers anda.
Sekiranya fanpage anda adalah tentang kucing, maka sudah tentulah produk yang sesuai untuk dipromosikan di fanpage anda adalah produk berkaitan kucing juga.
Kalaulah buat duit menerusi program affiliate ini semudah join, dapatkan kod iklan untuk banner (atau link affiliate) dan sales terus masuk, saya kira pasti dah ramai yang jadi kaya raya menerusi program affiliate ini. Malahan kalau situasi ini benar, sudah pasti saya akan rekemen anda untuk join program affiliate sebanyak-banyaknya lalu siarkan banyak-banyak iklan.
2. Banyak jumlah views, impressions, dan klik TAPI tiada yang convert kepada jualan!
Ini juga perkara yang biasa berlaku dalam program affiliate.
Kita selaku ejen telah menjalankan kerja pemasaran dengan sehabis baik. Daripada kerja-kerja pemasaran yang kita lakukan, kita boleh semak dibahagian statistik bahawa terdapat banyak jumlah views dan juga klik terhasil pada link affiliate kita.
Namun demikian, timbul persoalan… dimana salesnya? Berpunca daripada kerja pemasaran yang kita jalankan, ada banyak orang yang mula tahu kewujudan produk tersebut.
Tapi satu sales pun tak berjaya dihasilkan. Pada pihak kita sendiri selaku ejen, kita seperti telah melakukan kerja yang sia-sia. Namun berbeza pada pemilik produk, mereka masih dapat manfaat iaitu kita telah lakukan kerja pemasaran bagi pihak mereka secara percuma.
3. Affiliate marketing juga memerlukan kita untuk memiliki skill menjual
Banyak klik dan jumlah view tapi langsung tak ada sales? Jawapannya ada disini. Sebenarnya dalam pemasaran affiliate, anda juga perlu ada kemahiran untuk membuat jualan.
Bermakna, anda juga perlu belajar skil menjual.
Walaupun anda hanya buat affiliate marketing, anda juga perlu tahu cara untuk meletakkan produk yang betul kepada audience yang betul juga. Contohnya macam yang saya sebutkan tadi. Jika anda mempunyai page tentang kucing dan mempunyai jumlah pengikut 5 juta orang, tak bermakna kalau anda promosikan produk berkaitan forex, anda akan dapat banyak sales.
Ya, anda mungkin akan dapat banyak klik, tapi mereka ini belum tentu akan beli, sebab mereka lebih minat perihal tentang kucing, bukannya minat tentang pelaburan.
Saya cadangkan anda hasilkan konten seperti berikut jika anda ingin dapatkan lagi banyak jualan menerusi fanpage ataupun laman blog yang anda hasilkan.
i. Konten jenis review
ii. Konten yang menyenaraikan manfaat sesuatu produk
iii. Konten yang membincangkan kebaikkan dan kelemahan sesuatu perkara
iv. Konten jenis perkongsian pengalaman
4. Risiko tidak dibayar setelah berjaya hasilkan jualan
Orang lama yang pernah join macam-macam program affiliate, mesti pernah ada pengalaman tak dapat bayaran bila buat affiliate marketing.
Kita dah susah payah buat kerja-kerja marketing, dan bila sampai masa untuk kita minta bayaran, pihak yang menganjurkan program affiliate tersebut buat senyap jer. Bila kita hubungi melalui email, whatsapp dan sebagainya, mereka langsung tak balas dan akhirnya laman web jualan mereka juga mula hilang dari radar.
Saya juga pernah ada beberapa pengalaman tak dapat bayaran dari program affiliate.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Pengalaman kali pertama, penganjur tu sendiri minta maaf dan mengaku yang dia ada masalah kewangan. Tapi dia akan cuba bayar secara beransur-ansur mana-mana yang dia masih belum dapat jelaskan. Tapi saya rasa dah lebih 5 tahun berlalu, tak ada pun sebarang usaha dari dia untuk bayar. Jadi saya anggap duit tu dah hilang je la.
Pengalaman kali kedua agak menjengkelkan. Pihak penganjur bukan sahaja tak nak bayar, malahan pada masa yang sama dia menipu. Saya minta bayaran komisen tapi dia menipu dengan mengatakan yang dia dah bayar. Bila saya minta bukti pembayaran dia tetap berdegil dan berkeras dengan jawapan yang dia dah bayar.
Masalahnya, kalau dah bayar mestilah ada rekod. Dalam rekod akaun maybank saya, langsung tak ada transaksi. Akhirnya saya malas nak panjang-panjangkan cerita, sebab saya dah boleh agak dia ni memang tak nak dan tak akan bayar. Tak sangka rupa-rupanya saya dah tolong buat marketing untuk seorang scammer.
Biasanya orang macam ni memang tak akan lama dalam bidang ini. Sekali dia menipu, lepas tu memang dah tak akan berani nak anjurkan lagi program affiliate.
Maka dekat sini, saya perlu ingatkan untuk anda berhati-hati apabila menggunakan kaedah pengiklanan berbayar. Bukan apa, saya cuma bimbang kalau-kalau anda telah habiskan ratusan malahan ribuan ringgit untuk buat iklan, akhirnya bila dah dapat banyak komisen, penganjur jadi gelap mata terus dia tak nak buat bayaran. Dalam situasi ini, kita selaku ejen affiliate yang tanggung semua kerugian.
5. Anda kena banned dari program affiliate dan semua komisen anda tidak dibayar
Bila join program affiliate, anda kena baca terma dan syarat yang telah ditetapkan. Kalau anda melanggar terma dan syarat, seperti melakukan pemasaran mengikut kaedah yang tak dibenarkan oleh pihak penganjur, anda berisiko untuk kena banned dari terus menjadi ejen.
Kalau anda dah kena banned, maknanya semua komisen terkumpul yang anda telah hasilkan akan kena reject dan tak akan dibayar.
6. Komisen yang berjaya anda hasilkan pada satu-satu masa bukanlah jumlah yang confirm
Satu lagi perkara yang saya nak ingatkan ialah, setiap jumlah yang berjaya anda hasilkan, ianya masih belum confirm lagi. Setiap komisen yang terhasil perlu melalui fasa seperti pending, approved atau confirmed dan juga paid. Kalau komisen anda masih lagi berstatus pending, janganlah pandai-pandai nak buat plan yang bukan-bukan.
Misalnya anda mula rancang nak beli jam tangan G-Shock yang baru. Jumlah ini boleh berubah atas beberapa sebab misalnya, pembeli tak jadi beli barang, tempahan dibatalkan, pembeli minta refund, tempahan tersebut berstatus fraud (palsu) ataupun penjual itu sendiri yang cancel tempahan.
7. Struktur komisen boleh diubah pada bila-bila masa mengikut keperluan penganjur
Struktur komisen yang anda perolehi sekarang ini juga boleh berubah pada bila-bila masa. Kalau sebelum ini, anda dapat komisen 70% dari harga produk, pihak penganjur ada hak untuk tukar struktur komisen kepada 50% sahaja.
Saya masih ingat lagi, program affiliate klikjer menawarkan komisen sehingga 70%. Tapi sekarang, struktur komisen diubah kepada 50% sahaja, demi untuk kelangsungan perniagaan yang mereka jalankan.
8. Pendapatan anda boleh terhenti secara tiba-tiba
Program atau syarikat yang menganjurkan program affiliate boleh dihentikan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Kalau sebelum ini, anda banyak dapat sales hasil daripada jualan produk jam tangan G-Shock misalnya, komisen anda boleh terhenti secara tiba-tiba jika produk tersebut ditamatkan jualannya.
Maka sebagai langkah keselamatan, pastikan anda promosi lebih dari satu produk. Jika produk yang anda promosikan salah satunya ditamatkan jualan, anda masih ada produk lain yang boleh menyumbangkan komisen.
Image may be NSFW. Clik here to view.
9. Cookies tracker tidak berjaya merekod sebarang komisen
Program affiliate ini menggunakan sistem cookies bagi tujuan merekod jualan dan untuk kenal pasti siapa yang layak untuk dapat komisen. Namun begitu, ada keadaan dimana dalam satu-satu transaksi, sistem ini tidak berjaya untuk merekod sebarang komisen.
Biasanya keadaan ini berlaku kalau pembeli menggunakan dua peranti yang berbeza untuk melakukan transaksi. Contohnya, kali pertama dia melihat iklan produk, dia menggunakan komputer di pejabat. Dia tekan link affiliate dan seterusnya dibawa ke halaman jualan. Dalam situasi ini sistem cookies telah ada rekod link affiliate anda.
Namun dia tak buat pembelian.
Kemudian, bila dia balik rumah dan pada sebelah malam baru dia teringat produk yang dia lihat semasa dipejabat. Disebabkan dia masih ingat laman web produk, maka dia pun terus taip link url laman jualan dibrowser. Kemudian dia terus buat pembelian.
Dalam situasi ini, tiada sebarang rekod affiliate.
10. Berhenti terlalu awal
Ini juga satu lagi punca kenapa gagal dapat komisen dari program affiliate. Bukannya sebab program tu tak laku, atau sebab program tu menipu. Tapi lebih kepada faktor diri sendiri.
Usaha pemasaran masih belum cukup tapi kita dah give up. Sedangkan kalau kita lihat prestasi ejen-ejen lain, mereka boleh hasilkan komisen ribuan ringgit setiap bulan. Kita pula… nak dapatkan walaupun RM50 terasa cukup sengsara.
Selagi masih ada masa, usahalah. In Shaa Allah pasti usaha kita akan membuahkan hasil. Biasanya yang berhenti terlalu awal ini, memang tak ada harapan untuk dapat komisen.
Baiklah, saya rasa ini sahaja dari saya. Saya percaya, selepas membaca artikel ini, anda kini lebih jelas tentang apa dia risiko kalau nak buat duit dengan affiliate. Walaupun begitu, saya percaya risiko yang datang bersama dengan program affiliate ini sebenarnya tidaklah terlalu besar.
Zaman sekarang memang agak sukar kalau nak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Sejak Covid-19 mula menyerang negara kita, dari situ ramai yang mula sedar bahawa kita tak boleh hanya berharap pada satu sumber income semata.
Ada banyak premis perniagaan yang diarahkan tutup. Ada ramai pekerja yang hilang pekerjaan dan para peniaga kecil yang tak dibenarkan untuk berniaga. Sudah pasti, pendapatan mereka terjejas dengan begitu teruk.
Saya juga terkesan dengan Covid-19. Salah satu sumber pendapatan saya yang datangnya dari sektor pelancongan terputus terus. Langsung tiada income dapat dijana dari situ.
Mujurlah saya masih ada lagi income lain, seperti income dari program affiliate, program pengiklanan dan juga bisnes ecommerce. Walaubagaimanapun saya tetap merasakan kedudukan kewangan saya masih belum betul-betul stabil dan saya masih perlu dapatkan lagi sumber pendapatan lain, atau mulakan bisnes lain.
Tiba-tiba dengan tak disangka-sangka, peluang yang saya cari muncul didepan mata. Pada satu hari, saudara Afyan telah memperkenalkan syarikat yang beliau sertai dan dari situ bermula perjalanan saya dalam bisnes ini.
Perkongsian ini adalah mengenai peluang bisnes bersama syarikat Atomy. Atomy ini pula adalah syarikat yang mengamalkan konsep pemasaran berbilang peringkat atau Multi Level Marketing. Kalau anda alergik dengar perkataan MLM, boleh tinggalkan sahaja halaman ini.
Namun, jika anda adalah seorang yang rasional, dan tak menolak sekiranya dibentangkan peluang bisnes yang SAH, maka bolehlah teruskan pembacaan dengan minda yang terbuka. Untuk permulaan, saya nak share kenapa saya pilih untuk join syarikat ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
[1] Penyertaan ke dalam bisnes Atomy adalah percuma
Ya, tiada sebarang bayaran untuk sertai perniagaan ini.
Bagi mereka yang sama seperti saya, selalu mencari-cari peluang perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar modal, disini tempatnya.
Syarat untuk jadi ahli di Atomy sangat mudah. Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan mempunyai kad pengenalan yang sah.
Seterusnya anda perlu berikan maklumat berikut, iaitu
Dengan memberikan maklumat tersebut, anda sudah boleh sertai perniagaan ini. Anda tak boleh daftar sendiri kalau masih belum jadi ahli, sebaliknya anda perlu hubungi mana-mana individu yang dah pernah jadi ahli untuk bantu anda daftar ke dalam bisnes ini.
Kenapa pentingnya pendaftaran PERCUMA ini?
Untuk pengetahuan anda, individu yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda tidak menerima sebarang komisen daripada penyertaan anda.
Kalau kita lihat, pada syarikat MLM lain yang ada diluar sana, mereka akan kenakan bayaran yuran penyertaan untuk mereka yang minat nak jadi ahli.
Daripada bayaran penyertaan itu pula, ahli yang baru join akan dapat beberapa produk, starter pack, katalog, pamplet dan sebagainya. Individu yang memperkenalkan bisnes tersebut pula akan dapat komisen daripada penyertaan ahli baru.
Walaubagaimanapun, konsep seperti ini ada beberapa kelemahan, antaranya
i. Yuran penyertaan mungkin agak mahal dan ahli baru tak mampu nak bayar
Upline akan menerima sedikit share daripada duit yang dibayar oleh ahli baru. Ini sebagai insentif bagi menggalakkan upline atau leader-leader untuk terus berkongsi peluang perniagaan. Almaklumlah, lagi banyak yang join, lagi banyak income boleh dihasilkan.
ii. Prospek tak jadi join sebab tak mampu untuk bayar yuran keahlian
Setelah kita menerangkan tentang marketing plan, strategi pemasaran dan sebagainya, tiba masa untuk kita ajak prospek untuk join team kita. Namun, ada satu lagi halangan, iaitu bayaran untuk jadi ahli. Dekat sini, ada tiga kerja yang kita perlu lakukan.
Pertama, yakinkan prospek bahawa sistem pemasaran syarikat adalah sangat baik. Kedua, kita tunjukkan betapa pelan pemasaran adalah terbaik, dan akhir sekali iaitu ketiga, yakinkan prospek bahawa bayaran yang perlu dilakukan adalah berbaloi-baloi.
Namun kalau prospek kita tu tadi memang tak mampu, semua penerangan yang kita lakukan akan jadi sia-sia sahaja.
iii. Ahli akan dapat produk yang dia sendiri belum tentu akan gunakan
Alright, kita andaikan yang prospek tu tadi bersetuju untuk join. Dia akan dapat starter pack. Apa yang terkandung dalam starter pack? Biasanya ada beberapa produk keluaran syarikat. Persoalannya ialah, adakah produk tersebut dia akan gunakan atau dia akan simpan dalam almari sahaja sampai tamat tempoh?
Maklumlah, produk yang dia dapat (dalam starter pack) adalah produk yang dia sendiri tak perlukan. Tak ada keperluan untuk dia guna produk tersebut, walau macam mana hebat sekali penerangan yang diberikan dalam sesi preview.
Berbeza dengan Atomy, tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Anda boleh join secara percuma sahaja. Setelah menjadi ahli, anda boleh lihat senarai produk yang terdapat pada shopping mall, dan boleh pilih nak beli mana-mana satu produk yang anda rasa berkenan dihati.
Langsung tak ada sebarang paksaan untuk anda beli. Masa saya join, juga tak ada siapa yang paksa saya untuk beli produk Atomy. Rangkaian produk Atomy adalah terdiri daripada produk dalam kategori kesihatan, kosmetik, keperluan harian dan banyak lagi.
Memandangkan ubat gigi dirumah saya dah nak habis, jadi untuk belian pertama, saya pilih untuk beli ubat gigi dahulu.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Atomy ada juga jual berus gigi. Tapi disebabkan berus gigi yang saya gunakan masih elok (dan baru tukar) jadi saya fikir next time baru beli berus gigi pula.
Dekat bisnes ni, saya hanya perlu beli produk harian yang memang saya perlukan. Tidak seperti lain-lain bisnes, kalau saya join, mungkin saya terpaksa beli produk yang belum tentu saya akan guna. Tapi disebabkan nak buat bisnes punya pasal, terpaksalah terima juga.
iv. Buat bisnes tanpa perlu keluar modal!
Susah nak jumpa peluang bisnes yang kita boleh lakukan tanpa keluarkan sebarang modal. Lazimnya memang begitu, kalau nak buat bisnes mesti kena keluar modal. Tapi untuk sertai bisnes ini, tak payah bayar apa-apa. Kalau nak beli barang, nanti baru bayar untuk harga barang tersebut.
Bila sertai bisnes yang perlu keluar modal ini, kita mesti akan terfikir-fikir sendiri… bilalah agaknya akan balik modal? Boleh ke pulang modal nanti ini?
Sedar tak sedar, rupa-rupanya bukan sahaja lambat untuk balik modal, malahan kita kena keluar duit lebih banyak tanpa kita sedar. Tapi bisnes Atomy ini, uniknya kita tak perlu keluar modal. Boleh dilakukan secara santai-santai sahaja. No pressure.
Kita hanya perlu ubah tabiat dan kelaziman kita. Perlahan-lahan, kita ubah cara kita shopping, dengan bertukar kepada produk keluaran Atomy dan sambil-sambil tu kita bercerita kepada kenalan kita tentang peluang buat duit yang ada dalam bisnes ini. Itu sahaja. Saya akan cerita dengan lebih mendalam tentang buat duit dengan Atomy ini nanti, sila teruskan baca ya.
[2] Anda tak diwajibkan beli barang
Selepas join, tiada sebarang paksaan untuk anda beli barang.
Kenapa boleh berlaku, lepas dah join tak beli barang langsung? Sebenarnya bukan tak nak beli, tetapi sebab barang keperluan harian masih banyak lagi. Contohnya macam sabun mandi, shampoo, sabun pencuci, ubat gigi dan lain-lain lagi.
Kalau barang-barang kegunaan harian tersebut masih banyak lagi, maka tak ada keperluan untuk anda terus buat pembelian. Dekat Atomy, kita shopping bila ada keperluan sahaja. Contohnya, ubat gigi dah nak habis, so bolehlah beli ubat gigi sahaja.
[3] Tak perlu jual barang
Sebagai ahli, anda tidak dibenarkan untuk jual barang!
Pada mulanya saya pun macam tak percaya. Biar betul? Tak payah jual barang, habis tu macam mana nak dapatkan income?
Bila baca berulang-ulang kali, ikuti penerangan yang dibuat oleh team leader, baru saya faham apa yang dimaksudkan dengan tak boleh jual barang.
Atomy ini nak mudahkan kerja kita sebagai ahli. Apa yang kita buat adalah kita bercerita tentang produk dan kelebihan produk. Mungkin kita boleh cerita tentang manfaat yang kita sendiri rasai apabila guna produk Atomy. Kita tak perlu nak ambil order, minta duit dari pelanggan dan sebagainya.
Jika ada yang minat untuk jadi pengguna sama macam kita, kita cuma bagitahu pada dia untuk beli terus dari website Atomy ataupun install sahaja Apps Atomy.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Apps Atomy Official ini boleh diperolehi dari Google Playstore dan juga Apps Store.
Orang yang belum pernah jadi ahli, tak boleh buat sebarang pembelian kalau masih belum daftar. Jadi tugas anda adalah bantu untuk daftarkan mereka ini untuk jadi ahli dalam group atau rangkaian anda. Setiap kali dia beli produk, anda akan dapat Group Point Value (GPV).
Penerangan tentang GPV ini saya akan berikan nanti. Teruskan pembacaan ya.
Apabila anda membeli terus dari laman web atau apps Atomy, dekat situ pembelian anda dilindungi dengan pelbagai jaminan. Ada jaminan tukaran produk, jaminan pulangan duit pun ada kalau anda tak puas hati dengan produk.
Setelah anda jadi ahli, anda juga tak wajib kekalkan pembelian setiap bulan. Saya difahamkan, ada syarikat MLM yang mewajibkan ahli untuk maintain pembelian kalau nak dapat komisen pada bulan seterusnya. Kalau nilai belian tak cukup, maka tak layak dapat komisen.
Dekat Atomy, no such thing. Anda hanya berbelanja apabila ada keperluan sahaja.
[4] Peluang untuk dapatkan pelanggan sepanjang hayat
Ini salah satu bahagian yang saya suka dengan bisnes ini. Ia sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan lain-lain bisnes yang saya pernah join sebelum ini.
Ingat lagi ahli baru yang kita daftarkan sebelum ini? Untuk pengetahuan anda, dekat Atomy selagi mana ahli tersebut buat pembelian, selagi itulah anda berpeluang untuk dapat jana pendapatan hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh ahli tersebut.
Walaupun, ahli tersebut hanya beli ubat gigi sahaja dalam setahun. Selagi mana dia membeli di Atomy, selagi itu dia akan menyumbangkan pendapatan kepada anda.
Adakah ahli baru hanya akan beli ubat gigi sahaja dalam setahun? Ia bergantung kepada individu. Kalau individu tersebut sangat berpuas hati dengan produk Atomy, tak mustahil untuk dia beli macam-macam produk. Formulanya mudah sahaja, dimana ada keperluan disitu akan ada pembelian.
[5] Boleh buat bisnes ini secara online secara santai
Ya ini point yang pada saya sangat penting. Saya diperkenalkan dengan bisnes ini ketika Perintah Kawalan Pergerakkan atau MCO masih dijalankan. Walaupun sekarang ini dalam fasa pemulihan, namun kita perlu terima hakikat bahawa sekarang ini masih lagi dibawah perintah kawalan pergerakkan.
Ini bermakna, kita
i. Tak perlu pergi ke sesi preview
ii. Tak perlu nak jumpa-jumpa orang
iii. Tak perlu nak lukis-lukis atas kertas untuk buat penerangan
Sebaik sahaja saya join sebagai ahli, saya terus subcribe Youtube Channel Atomy Malaysia Official.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Melalui Youtube Channel Official ini, kita boleh dapat maklumat yang betul dan lengkap tentang bisnes ini. Senang nak faham. Sambil-sambil nak lelapkan mata, boleh layankan dulu perkongsian yang terdapat di channel ini.
Memandangkan bisnes ini boleh dijalankan secara online sahaja, bermakna kita boleh jadikan bisnes ini sebagai bisnes part time kita. Tak perlu berhenti kerja, tak perlu nak ubah jadual harian kita. Hanya luangkan beberapa minit atau jam untuk buat bisnes ini dah cukup.
[6] Boleh rekemen sistem buat duit yang power ini dan bantu bina rangkaian!
Kalau ada pembaca blog ini yang pernah baca perkongsian yang saya dah pernah tulis dalam blog ini, anda mungkin perasan saya banyak rekemen program-program buat duit yang ada diluar sana.
Sama ada program tersebut adalah program pengiklanan, program affiliate, kerja sebagai freelancer, penulis bebas dan sebagainya. Dalam program-program tersebut, saya hanya mampu rekemen sahaja, seterusnya anda kena buat sendiri!
Ye la, bila saya syorkan anda untuk buat affiliate marketing misalnya, anda kenalah buat marketing sendiri. Tak kan saya kena buatkan kerja-kerja marketing untuk anda pula? Sudah tentulah tidak.
Walaubagaimanapun, melalui Atomy ini, bagi yang berminat nak buat bisnes ini bersama-sama saya, In Shaa Allah saya akan bantu dan bersama-sama kembangkan rangkaian kita.
Saya ini sebenarnya sertai Atomy menerusi kumpulan Saudara Afyan Mat Rawi. Beliau pula diperkenalkan oleh Dr Tengku Asmadi.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Sekiranya anda minat nak dengar pembentangan tentang Bisnes Atomy, boleh tonton video dari Dr Asmadi berikut.
Dalam group ini, beliau ada perkenalkan tentang konsep 313. Penerangan tentang cara susunan 313 ini saya akan berikan hanya kepada mereka yang join melalui rangkaian saya. Memandangkan perkara ini lebih kepada strategi perniagaan khusus untuk kumpulan ini, saya rasa tak perlulah saya nak terangkan panjang lebar disini.
Cuma apa yang saya boleh katakan, strategi 313 ini memang sangat power. Dari pengalaman saya sendiri, sebab berada dalam group ini, saya baru join tak sampai 3 hari dah ada 10 orang berada dalam rangkaian saya. Sekarang ini jumlah ini sudah makin berkembang.
Siapa yang letakkan? Sudah tentulah upline saya yang letakkan susunan tersebut.
[7] Bisnes Atomy menggunakan susunan sistem binary
Bisnes Atomy adalah bisnes Multi Level Marketing, atau MLM.
Ini adalah maklumat syarikat ini
Atomy Malaysia Sdn. Bhd. (1119724-A) AJL 932143 GST Reg. No. : 000912142336
Address : Level 18, Menara UMW, Jalan Puncak off Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Atas-atas Atomy, ada beberapa nama syarikat yang mungkin anda juga sudah biasa dengar seperti Amway, Avon, Herbalife, Coway, Tupperware, Young Living dan banyak lagi. Boleh lihat senarai penuh disini. Kemudian ditangga ke 20 baru ada nama Atomy.
Ini adalah satu syarikat dan perniagaan MLM yang memang SAH! Nama Atomy masih belum betul-betul popular dan meletup dekat Malaysia. Kalau kita tengok dekat media sosial pun, tak banyak yang bercerita tentang syarikat ini. Ini menunjukkan pasarannya masih agak baru dan peluang masih terbuka luas!
Kiranya sekarang ini masih diperingkat yang agak awal untuk join bisnes ini dan mempelopori pasaran.
Dalam mana-mana bisnes MLM, mesti akan ada konsep upline, downline, rangkaian dan sebagainya. Begitulah juga di Atomy.
Walaubagaimanapun, suka untuk saya beritahu kepada anda, di Atomy, kita menggunakan sistem binary ataupun sistem dua kaki sahaja. Setiap orang hanya boleh letakkan 2 orang sahaja untuk setiap level.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Maksudnya? Apabila saya dapat downline, downline pertama saya perlu letakkan di sebelah kiri, manakala downline kedua saya perlu letakkan disebelah kanan. Sampai situ sahaja.
Jika saya dapat downline ketiga, saya perlu letakkan dia dibawah downline pertama ataupun downline kedua saya. Apabila ini berlaku, bermakna downline yang saya dapat itu tadi, akan dapat manfaat limpahan downline walaupun beliau belum mula sebarang usaha pemasaran.
Disini ada elemen dimana upline akan bantu carikan pelanggan bagi pihak kita. Kita yang baru join pun mula rasa seronok dan semangat bila cek dekat sistem, kita dah ada downline, sedangkan kita masih belum mula buat sebarang kerja pemasaran. Ini yang saya sendiri lalui apabila join bisnes ini.
Tapi perlu diingatkan, dah ada downline, belum bermakna anda akan dapat income. Tunggu dulu. Bagi masa untuk para downline anda itu nanti buat pembelian dan dari situ anda akan mula dapat PV dari pembelian downline anda. PV ini yang nanti kita boleh tukar kepada income.
Pengalaman peribadi join MLM sebelum ini.
Saya pernah ada beberapa pengalaman buat MLM sebelum ini. Saya nak cerita mengenai MLM yang tidak amalkan sistem binary, atau dua kaki ini.
Dalam perniagaan tersebut, (syarikat lama yang saya join dulu) setiap ahli bebas untuk dapatkan seberapa banyak ahli ikut kemampuan masing-masing. Oleh kerana saya berjaya dapat agak ramai ahli, maka saya ibarat leader kecil dalam program tersebut.
Namun saya dapati, bukan semua orang mampu untuk dapatkan ahli baru. Ada beberapa kekurangan yang saya dapati dengan sistem tersebut.
i. Walaupun latihan diberikan, tunjuk ajar dan sebagainya. At the end of the day, akhirnya orang baru akan lebih terpikat untuk jadi direct downline kepada individu yang lebih terkenal, selebriti, individu yang dah berjaya dan sebagainya.
ii. Kata sahaja bekerja dalam satu pasukan, tapi hakikatnya upline kita akan jadi pesaing kita dalam mencari ahli baru.
Bila upline dapat orang baru, dia akan daftarkan ahli tersebut dibawah diri dia sendiri. Lagi ramai ahli baru dia boleh dapat, maka lagi ramai direct downline yang dia boleh dapat. Ini secara tak langsung akan dapat tingkatkan pendapatan dia.
Akan ada kemungkinan, super-upline kita akan ter-close family member downlinenya sendiri. Maklumlah, kita ni kadang-kadang nak bercerita dengan saudara mara, adik beradik, kita segan (dan tak pandai). Tapi bila orang lain yang cerita, senang pula nak close deal.
Inilah yang saya maksudkan, upline kita boleh jadi pesaing kita sendiri.
Dekat Atomy, since setiap orang cuma boleh letakkan dua orang sahaja di kiri dan kanan, maka nak tak nak, untuk ahli seterusnya, memang kena letakkan dibawah mana-mana ahli yang masih ada kekosongan dan yang masih belum ada downline.
Saya faham bukan semua orang mampu untuk dapatkan downline. Setiap orang ada kesusahan dan cabaran masing-masing. Malahan kejayaan itu juga bergantung kepada strategi, teknik, dan pengalaman individu tersebut.
Orang yang memang ada pengalaman dalam bisnes MLM, atau biasa dalam bidang sales, memang tak ada masalah untuk buat bisnes ini. Setakat nak dapatkan 2 orang pelanggan, untuk diletakkan dikiri dan kanan, pasti bukan satu benda yang mustahil.
Ianya boleh dilakukan. Kalau tak dapat dalam masa seminggu, target sebulan, 5 bulan, setahun, 2 tahun, 10 tahun dan sebagainya. Itu situasi bagi mereka yang kurang pengalaman.
Namun, bagi yang memang business minded, dalam kepala memang banyak strategi boleh guna, setakat nak dapat 2 orang itu sangat mudah. Saya difahamkan, group Prof Muhaya boleh dapat 1,000 orang untuk join dalam masa kurang seminggu!
Image may be NSFW. Clik here to view.
Untuk orang yang memang terkenal, ada pengikut, memang sekejap je boleh dapat ramai downline. Berita baiknya ialah, menerusi sistem binary ini, ahli baru kena didaftarkan dibawah ahli lain yang masih belum ada downline. Tak boleh semua jadi direct downline kita.
Dalam sistem binary, setiap orang cuma boleh ada 2 orang direct downline sahaja. Selebihnya perlu di pass kebawah.
Walaupun bukan jadi direct downline, kita masih boleh dapat manfaat menerusi Group PV apabila new member itu tadi buat pembelian. Group PV ini nanti yang akan kita tukarkan kepada pendapatan pasif.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, ada berapa level boleh pergi di Atomy? Bila saya rujuk di sistem My Office (sistem ahli) level boleh pergi hingga ke 100 level kebawah. Kita bukan makan duit ahli, sebaliknya kita dapat kumpul PV dari pembelian ahli dibawah kita. Ada beza disitu ya.
Setelah kita berjaya capai PV tertentu, syarikat akan bayar kita hasil dari keuntungan perniagaan yang mereka jalankan. Bukannya duit orang bawah, passing sampai ke atas.
[8] Sistem kumpul Point Value
Sebagai member di Atomy, kita akan dapat kumpul Point Value (PV) setiap kali kita beli barang. Konsep kumpul mata ganjaran ini kita sedia maklum memang telah banyak dipraktikkan oleh pasaraya besar dan lain-lain perniagaan diluar sana. In fact, stesen minyak juga ada sistem collect point.
Cuma bezanya ialah, PV terkumpul itu nanti, apa yang kita boleh tebus? Kalau saya boleh bawakan contoh, salah satu pasaraya berdekatan dengan tempat saya juga ada amalkan konsep kumpul mata ganjaran. Setelah cukup 10,000 point boleh tukar dengan hadiah. Hadiah dia pun murah-murah sahaja.
Belanja RM2 baru dapat 1 mata ganjaran.
Konsep PV yang ada dalam bisnes Atomy ini, kita boleh tukarkan ia dengan duit tunai. Ya, syarikat akan bank in duit tersebut terus ke akaun ahli apabila cukup syarat.
Setiap ahli yang berbelanja di shopping mall Atomy, akan dapat kumpul PV. PV ini tiada expiry date dan ianya terkumpul selagi mana kita masih lagi aktif sebagai ahli.
Bagaimana cara untuk kekal aktif sebagai ahli? Mudah sahaja. Kita kena buat pembelian at least satu barang dalam masa satu tahun. Selagi kita ada buat belian, selagi itu keahlian kita masih lagi aktif.
[9] Buat duit bersama-sama dengan Atomy
Pada asasnya, saya join peluang bisnes ini sebab nak buat duit. Itu sahaja.
Setelah saya baca latar belakang syarikat, saya fahami marketing plan, tonton video-video di Youtube, saya terus berkenan dan yakin, In Shaa Allah dekat sini pun kita boleh buat duit.
Untuk buat duit, saya hanya perlu lakukan beberapa perubahan yang sangat minima dalam kehidupan saya.
Pertama, join sebagai ahli. Anda boleh hubungi saya disini jika minat nak join.
Kedua, mula menjadi pengguna produk Atomy.
Ketiga, mula berkongsi manfaat dan faedah yang diperolehi hasil daripada menjadi ahli dan menggunakan produk Atomy.
Ya, itu sahaja. Semudah 1, 2, 3.
Tak perlu nak jual barang.
Tak perlu nak simpan stok.
Tak perlu nak uruskan tempahan.
Tak perlu nak kena keluarkan modal.
Apabila ada orang yang minat nak jadi pengguna, dan minat nak buat juga bisnes ini, peranan saya hanyalah bantu daftarkan individu tersebut. Alahai.. senang sangat kerjanya.
Ini salah satu video yang saya dah tonton di Youtube dari channel official juga.
Dalam video itu pun ada diterangkan tentang pelan pemasaran. Kalau join melalui group DTA313 nanti, anda juga boleh tonton banyak video dari team leader yang terangkan marketing plan.
Kalau tengok berulang kali, saya pasti anda juga boleh hafal.
[10] Bina rangkaian seluruh Malaysia hingga ke peringkat global dengan sekali daftar
Bisnes Atomy adalah bisnes Global.
Hanya dengan satu member id yang anda akan perolehi setelah daftar sebagai ahli, anda boleh mula daftarkan pengguna lain yang berada di negara luar. Atomy mula diasaskan pada tahun 2009, dan sehingga kini mereka telah bertapak di negara-negara seperti USA pada tahun 2010, dan seterusnya mula memasuki pasaran Jepun, Kanada, Taiwan, Singapore, Cambodia, Phillipines, Malaysia, Mexico, dan Thailand.
Atomy juga merancang untuk membuka pasaran baru di Australia, Vietnam, dan Indonesia pada tahun 2018 dan seterusnya masuk ke pasaran China pada tahun 2019. Ini maklumat yang anda juga boleh baca di laman web utama Atomy.
Oleh kerana bisnes ini adalah global, bermakna pasaran anda tak terhad kepada Malaysia sahaja. Cuba bayangkan kalau anda berjaya bina rangkaian di Vietnam misalnya. Pengguna di Vietnam gosok gigi dengan ubat gigi Atomy, anda di Malaysia turut boleh dapat jana pendapatan.
Tak perlu nak keluarkan modal besar-besar, tak perlu nak pecahkan tabung, buat pinjaman bank dan sebagainya. Sertai rangkaian pengedar Atomy, dengan pendaftaran percuma, anda dah boleh mula jalankan bisnes ini.
Baiklah.
Saya faham, konsep bisnes seperti ini, iaitu direct selling atau Multi Level Marketing, atau Network Marketing ini memang akan dapat reaksi yang pelbagai. Ada macam-macam cerita yang tak berapa enak dikongsikan oleh individu yang khabarnya pernah “terkena” dengan bisnes seumpama ini.
Satu saya nak kata, business Model Atomy ini ada kelainannya. Sebarang pengalaman buruk dimasa lalu, itu semua kita tak boleh nak ubah. Gunakan pengalaman yang ada untuk buat keputusan dengan lebih baik.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya percaya, setelah anda fahami bisnes Atomy yang saya join ini, anda pasti nampak bahawa syarikat ini memang ada produk yang berguna, ada marketing plan yang adil dan bermanfaat untuk semua ahli dan paling penting disini ada peluang untuk anda jana pendapatan.
Memandangkan perkongsian saya ini dah agak panjang, saya kira baik saya berhenti disini dulu. Saya sambung dalam perkongsian seterusnya. Mana-mana penerangan yang terkurang tu, saya akan cerita dengan lebih terperinci dalam artikel seterusnya.
Tahukah anda, terdapat perbezaan yang begitu ketara jika kita buat perbandingan diantara bisnes berkonsepkan multi level marketing (MLM) dengan skim piramid.
Bisnes MLM turut dikenali dengan beberapa nama. Antaranya
i. Bisnes networking
ii. Network Marketing
iii. Direct selling atau jualan langsung
Manakala bagi skim piramid, ia juga adakalanya dikenali dengan gelaran skim cepat kaya.
Jika dilihat dari struktur organisasi, kedua-dua bisnes MLM dan skim piramid turut menghasilkan bentuk seakan-akan piramid. Namun itu bukanlah kaedah perbandingan yang tepat kalau sekadar membuat penilaian berdasarkan bentuk piramid.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Sedangkan diluar sana, hampir semua syarikat mempunyai sistem atau struktur organisasi yang sama bentuknya, iaitu berbentuk piramid. Orang yang berada di tingkat paling atas memberi arahan kepada yang dibawah. Pada masa yang sama, yang diatas lazimnya menerima bayaran lebih tinggi berbanding orang dibawahnya.
Oleh itu, boleh kita katakan, sesuatu sistem piramid dikatakan sebagai sistem piramid bukanlah disebabkan bentuk piramid yang membentuk struktur organisasi mereka, sebaliknya kita perlu fokus kepada persoalan bagaimana syarikat atau perniagaan tersebut beroperasi.
Kali ini, saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk ikuti perbincangan mengenai kaedah untuk mengenalpasti, sama ada sesuatu peluang bisnes itu adalah perniagaan MLM yang sah atau sebenarnya ia merupakan skim cepat kaya.
Tanpa membuang lebih banyak masa, jom kita terus kepada point saya yang pertama.
[1] Ada lesen yang sah dan beroperasi mengikut undang-undang yang ditetapkan
Bisnes berkonsepkan Multi Level Marketing (MLM) adalah satu jenis perniagaan yang sah di Malaysia asalkan perniagaan tersebut dilesenkan dan berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Di Malaysia, perniagaan yang menggunakan konsep MLM dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP). Selagi mana perniagaan MLM tersebut didaftar dan dilesenkan oleh KPDNHEP, maka perniagaan MLM tersebut adalah SAH mengikut lunas undang-undang.
Bagaimana pula dengan perniagaan berbentuk skim piramid? Harap anda jelas, yang sebenarnya perniagaan berbentuk skim piramid adalah salah di sisi undang-undang, manakala perniagaan berbentuk MLM adalah sah selagimana ia dilesenkan dan berdaftar dengan KPDNHEP.
Bagaimana pula caranya untuk mengetahui sama ada sesebuah perniagaan MLM didaftarkan atau berlesen dengan KPDNHEP atau tidak? Kita sebenarnya boleh menyemak status syarikat jualan langsung yang berlesen dengan KPDNHEP melalui laman sesawang kementerian tersebut. Layari laman web KPDNHEP di alamat berikut https://www.kpdnhep.gov.my/ms/
Sebagai contoh, saya nak lihat status lesen syarikat Atomy. Berikut adalah hasil carian tersebut.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kita hanya perlu masukkan nama syarikat yang kita nak semak dan seterusnya buat carian. Jika syarikat tersebut merupakan syarikat MLM yang sah, maklumat mereka pasti akan dipaparkan disini.
Untuk makluman anda juga, di laman sesawang ini, KPDNHEP telah menyenaraikan nama-nama syarikat jualan langsung yang berlesen serta tempoh kesahan lesen mereka. Malah, turut disenaraikan adalah nama-nama syarikat jualan langsung yang telah dibatalkan lesen mereka oleh KPDNHEP.
Sebelum menyertai mana-mana perniagaan atau syarikat yang mengamalkan sistem pemasaran MLM, orang awam digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu status syarikat jualan langsung tersebut. Ini bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan, malah berkemungkinan menyebabkan orang lain turut menjadi mangsa kepada penipuan skim piramid.
Untuk mengatakan bahawa semua bisnes MLM adalah satu bentuk penipuan ataupun salah di sisi undang-undang adalah satu kenyataan yang tidak tepat. Hakikatnya, jika syarikat tersebut dilesenkan dan mematuhi akta yang ditetapkan, ia sebenarnya beroperasi secara sah mengikut peruntukkan undang-undang.
[2] Perniagaan tersebut mempunyai produk untuk diniagakan
Matlamat sesebuah syarikat ditubuhkan adalah untuk menjalankan perniagaan menjual produk ataupun perkhidmatan (servis) lalu mendapat keuntungan daripada aktiviti jualan tersebut.
Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai kaedah pemasaran digunakan, dan salah satunya adalah kaedah pemasaran berbilang peringkat atau lebih sinonim dengan nama Multi Level Marketing. Kaedah pemasaran ini digunakan bertujuan untuk memastikan produk keluaran syarikat dapat sampai ke tangan pengguna dengan lebih efisien dan jimat dari segi kos.
Sekiranya anda terjumpa satu peluang perniagaan yang kononnya tak memerlukan anda menjual produk, atas alasan produk bukanlah suatu perkara yang penting dalam bisnes mereka, atau ada alasan lain misalnya mereka sebenarnya sedang menjual sistem untuk jadi jutawan, bukannya fokus pada produk, maka berhati-hatilah. Itu satu petanda bahawa syarikat tersebut sebenarnya sedang memperkenalkan skim cepat kaya, iaitu nama lain bagi skim piramid.
Dalam skim piramid, lazimnya mereka tak ada produk sendiri ataupun kalau ada produk sekalipun, ianya sebagai cukupkan syarat sahaja.
Apabila kita menceburkan diri dalam perniagaan MLM yang sah, suka ataupun tidak, kita WAJIB tahu apakah produk yang dikeluarkan oleh syarikat.
Sebabnya, selain bercerita mengenai pelan pemasaran (marketing plan) kita juga perlu bercerita mengenai produk. Ya, kita perlu tahu, produk yang kita bakal jual nanti sebenarnya menyelesaikan masalah apa?
Apabila kita bercerita kepada kawan-kawan tentang bisnes yang kita sertai, kita juga perlu tahu sedikit sebanyak, apakah masalah yang sedang dihadapi oleh kenalan kita tu, dan apakah manfaat yang bakal mereka perolehi hasil daripada menggunakan produk yang kita jual.
Saya berpandangan, sesuatu produk itu seharusnya dibeli hanya apabila produk tersebut ada fungsi, kegunaan dan manfaat kepada penggunanya. Bukannya beli produk sebab kita boleh dapat sistem buat duit, boleh jadi kaya, boleh jadi jutawan dan sebagainya.
Sekiranya produk dibeli hanya semata-mata sebab “nanti boleh buat duit”, lazimnya ia hanya akan dibeli sekali sahaja. Tiada belian ulangan atau repeat sales akan berlaku. Pembeli akan rasa serik dan rasa seperti tertipu apabila dia dapati setelah beli produk, dia tak jadi semakin kaya, pendapatan tak bertambah, tetapi kini dia terikat dengan komitmen kena cari orang yang nak beli produk yang sama dia pernah beli sebelum ini.
Kalau skim cepat kaya atau skim piramid, biasanya begitulah keadaannya. Produk tersebut dipromosikan seolah-olah ianya sangat ajaib, dan mampu untuk ubah kehidupan pembelinya. Tak kan sekadar membeli satu unit penapis air, kita dah boleh jadi kaya? Sudah tentulah tidak.
Jika difikirkan secara logik, sudah tentu dengan membeli satu produk ia tak mampu untuk menjadikan kita kaya. Namun begitulah common practice bagi skim piramid.
Pengamal skim tersebut memang cukup bijak bermain kata-kata dan memperdayakan kita untuk menyertai skim mereka. Umpan yang digunakan lazimnya adalah seperti gaya hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, boleh melancong ke serata dunia dan sebagainya.
Maka berhati-hatilah. Jika penerangan lebih menjurus kearah gaya hidup mewah, tanpa memberi penjelasan mengenai produk, itu satu petanda bahawa orang yang memperkenalkan bisnes tersebut sebenarnya mengamalkan skim piramid.
[3] Pendapatan terhasil apabila berlaku jualan produk dan bukannya sekadar penyertaan ahli baru
Ini satu lagi elemen penting yang perlu diberi perhatian serius.
Iaitu persoalan mengenai bagaimana cara untuk menghasilkan pendapatan apabila kita bersetuju untuk sertai sebagai ahli. Dalam bahasa yang lebih mudah, “duit tu datang dari mana?”
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bagi perniagaan MLM yang SAH, pendapatan terhasil apabila kita berjaya membuat jualan produk. Ataupun apabila ada ahli dalam rangkaian kita membuat pembelian produk bagi kegunaan sendiri.
Bagaimana pula situasinya dengan skim piramid? Fokus mereka adalah untuk tarik orang jadi ahli. Itu sahaja.
Bagi menarik orang ramai untuk sertai mereka dan menjadi ahli, pengamal skim piramid sanggup untuk menjanjikan bulan dan bintang, hanya untuk meyakinkan ahli baru untuk masuk ke dalam sistem.
[4] Mempunyai polisi pemulangan barangan atau refund
Pernah tak anda terfikir untuk dapatkan balik duit anda setelah membuat bayaran atau membeli barang, jika ada perkara yang kita tak puas hati? Pasti pernah, kan.
Syarikat yang menjalankan bisnes melalui kaedah pemasaran berbilang peringkat pasti akan mempunyai polisi pemulangan barang atau pemulangan duit jika pelanggan tidak berpuas hati terhadap pembelian yang dilakukan.
Bukan itu sahaja, malahan syarikat juga akan memberikan tempoh bertenang kepada pelanggan baru, seandainya dia ingin membatalkan penyertaan atau berubah fikiran.
Satu lagi saya nak tambah ialah konsep after sales service, ataupun khidmat pelanggan setelah beli barang. Setelah kita beli barang, kita boleh beri feedback, tanya soalan jika ada yang tak pasti mengenai produk.
Perkara yang sama sudah tentu tidak berlaku dalam skim piramid. Malahan tidak mustahil kalau berlaku keadaan dimana setelah kita jadi ahli, upline terus senyap dan hilangkan diri.
[5] Produk yang dijual mempunyai nilai yang munasabah di pasaran
Apa-apa produk yang diperlukan oleh manusia, semuanya sudah ada dipasaran.
Syarikat MLM juga tidak menjual atau memperkenalkan produk baru, sebaliknya mereka menjual produk-produk yang sudah ada dipasaran.
Apa yang membezakan antara produk yang mereka jual dengan produk sedia ada, hanyalah dari segi jenama, kandungan produk, pembungkusan, siapa penjualnya.
Kalau kita buat sedikit kajian terhadap syarikat MLM ternama, kita akan nampak dengan lebih jelas, produk mereka bukanlah unik dan dipasaran sudah ada produk yang sama, dengan fungsi yang lebih kurang sama.
Saya ambil contoh ubat gigi. Dekat pasaran ada macam-macam jenama ubat gigi.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Maka disini, secara semulajadi pengguna akan buat perbandingan sebelum membuat pembelian, sama ada perbandingan dari segi harga, kuantiti, kandungan dan juga manfaat lain.
Penolakkan seperti “dari aku bayar mahal-mahal untuk beli produk ni, baik aku beli je dekat kedai runcit, lagi murah” adalah sesuatu yang biasa berlaku.
Ayat seperti itu biasanya datang dari individu yang mementingkan aspek nilai terhadap belian. Kenapa perlu bayar mahal untuk produk yang sama, yang boleh diperolehi dengan harga lebih murah?
Adakah perbezaan harga yang begitu ketara itu sebenarnya bertujuan untuk bayar komisen kepada para upline?
Maka disini perlunya pengguna nampak bahawa harga yang perlu dibayar adalah munasabah. Ianya tak jauh beza dengan harga produk dari jenama lain, dan jika ada perbezaan harga, ianya disebabkan oleh manfaat tambahan yang datang bersama produk tersebut.
Jika harga munasabah, dan tak jauh beza, maka tak mustahil untuk pengguna bertukar jenama dan mana tahu satu hari nanti, dia akan jadi pengguna setia bagi jenama tersebut.
[6] Ada sebab yang kuat untuk pelanggan membeli produk dari syarikat
Kenapa kita membeli sesuatu produk?
Setiap individu adalah unik. Mereka ada sebab yang pelbagai, kenapa mereka membuat keputusan pembelian.
Boleh jadi seseorang itu membeli sebab
i. Dia ada masalah dan produk tersebut adalah penyelesaian kepada masalah tersebut
ii. Membeli-belah ibarat satu terapi buat dirinya
iii. Dia ingin mencuba pengalaman baru
Sesuatu produk itu sepatutnya mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mampu untuk memuaskan keperluan dan kehendak pembelinya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kita beli ubat gigi untuk membersihkan gigi, menanggalkan plak dan menghilangkan nafas berbau.
Kita beli sabun pencuci untuk basuh baju supaya baju lebih bersih, berbau harum dan fabrik tahan lebih lama.
Kita beli sabun pencuci pinggan supaya mudah untuk menanggalkan kesan minyak, memudahkan cucian dan sabun tidak menyebabkan kulit pada tangan menggelupas.
Apabila produk itu sendiri mampu untuk selesaikan masalah penggunanya, dari situ pasti produk boleh terjual. Atau at least akan buatkan orang ramai berminat untuk mencuba.
Tapi sebaliknya, kalau produk tersebut hanya mempunyai satu kelebihan sahaja, iaitu ia mampu untuk berikan anda duit, boleh ubah nasib, boleh jadi jutawan dan sebagainya, maka disini produk tersebut sudah tidak penting.
Boleh sahaja kalau nak ganti produk tersebut dengan apa-apa sahaja barang. Mungkin kayu dan batu?
Hakikatnya bukan semua orang yang join bisnes, akan berjaya buat duit. Bukan semua orang yang beli ubat gigi atau sabun pencuci berbuat demikian sebab nak buat bisnes. Mereka mungkin sekadar nak support bisnes kawan-kawan.
Tapi kalau bisnes tersebut memang jelas adalah skim cepat kaya, yang ini memang tak sepatutnya disokong.
[7] Tiada sebarang unsur paksaan atau desakkan untuk membuat jualan, membeli produk atau mendaftarkan orang baru
Bisnes MLM lazimnya akan menarik golongan seperti suri rumah, pelajar, orang yang kurang berpengalaman dalam bisnes, part timer dan sebagainya untuk mencuba bisnes ini.
Maka disebabkan itu, biasa berlaku satu keadaan dimana selepas join bisnes, mereka seperti tak tahu apa nak buat seterusnya?
Image may be NSFW. Clik here to view.
Sebagai upline, jika anda memaksa mereka untuk membuat jualan, semata-mata sebab ada komisen dan insentif lain yang bakal diperolehi, hanya akan buatkan mereka makin menjauhkan diri dengan bisnes ini.
Selain itu, memaksa mereka untuk merekrut ahli keluarga, saudara mara dan sebagainya juga bukanlah satu tindakan yang baik. Ini akan membuatkan mereka berada dalam kedudukan yang agak janggal apabila bersama keluarga terdekat, apabila telah wujud persepsi tak baik seperti, “orang ini tak boleh rapat sangat sebab nanti dia akan pujuk, paksa dan tarik masuk dalam bisnes MLM”.
Niat untuk menjalankan bisnes perlu datang dari hati. Bukannya sebab disuruh atau dipaksa-paksa. Kalau seseorang itu memang tak ada hati dalam bidang perniagaan, pasti bisnes yang dijalankan itu nanti tak akan menjadi.
Sebarang bentuk paksaan dan desakkan tidak memberi kebaikkan dalam bisnes seperti MLM ini. Termasuklah memaksa downline kita untuk membuat pembelian peribadi dalam satu kuantiti tertentu.
Apa kata kita jangan memandai-mandai nak ubah ataupun manipulasi sistem pemasaran dan pelan imbuhan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Dengan adanya individu yang tamak, yang cuba memanipulasi pelan pemasaran syarikat, impaknya syarikat MLM yang menjalankan perniagaan yang sah juga boleh dilihat sama seperti program cepat kaya.
Saya kira ada baiknya jika kita jangan ubah apa-apa atau cuba memandai-mandai memanipulasi sistem.
Sebaliknya kita sekadar menggalakkan downline atau rangkaian kita berbelanja sekadar yang perlu. Tak perlu sampai nak mengubah shopping pattern orang di dalam rangkaian kita.
Kalau sebelum ini dia hanya beli sabun basuh dua botol sahaja setiap bulan berdasarkan kepada pengunaannya, maka cukup sekadar itu. Tak perlu sampai nak pujuk atau paksa dia beli banyak dan buat stok, semata-mata nak suruh dia dapat PV (atau point value) yang lebih besar dan melayakkan dia dapat naik ke posisi yang lebih tinggi.
Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya orang-orang yang masih baru dalam bisnes, suri rumah atau golongan pelajar senang tertarik dengan bisnes seperti ini?
Kenapa tidak mereka sasarkan golongan yang memang business minded?
Saya ada terfikir hal yang sama. Boleh jadi sebab golongan yang memang business minded ini biasanya terlalu sibuk.
Sibuk dengan apa? Sudah tentulah sibuk dengan bisnes sendiri. Dia terlalu sibuk buat duit melalui bisnes yang sedang dia jalankan hingga tak ada masa nak tengok bisnes lain.
Sebaliknya mereka yang masih mencari peluang untuk buat duit sampingan mereka masih belum ada satu bisnes yang benar-benar dapat berikan income kepada mereka. Sebab itu mereka lebih terbuka untuk mencuba, berbanding mereka yang kita lihat mempunyai potensi untuk berjaya dalam bisnes sebab mereka sudah ada bisnes mereka sendiri.
Setelah menyedari hakikat ini, barulah saya faham kenapa selama ini, bila kita cuba ajak kenalan kita yang ada potensi untuk berjaya, mereka cenderung untuk menolak. Mungkin sebab mereka tak nak hilang fokus dengan bisnes yang sedang dijalankan. Daripada mereka terpaksa mula dari kosong untuk join bisnes MLM yang kita ajak, lebih baik dia fokus pada bisnes sedia ada, yang memang dah terbukti memberi hasil.
===
Saya dah agak lama mencari satu syarikat MLM yang sesuai dan kena dengan jiwa saya.
Sepanjang hidup saya, saya pernah beberapa kali sertai syarikat MLM, namun sayangnya saya tak dapat nak pergi jauh. Kelemahan itu terdapat pada diri saya sendiri dan syarikat yang saya pilih.
Syarikat-syarikat MLM yang pernah saya sertai sebelum ini, tidak mempunyai fasiliti dan teknologi seperti yang terdapat pada bisnes MLM terbaru yang saya join, iaitu Atomy.
Saya ada cerita dengan lebih details, kenapa saya pilih untuk join Bisnes Atomy. Saya pun masih baru dalam bisnes ini, dan masih banyak lagi yang saya sedang pelajari.
Cuma harapan saya, semoga rezeki saya ada disini. Syarikat dapat bertahan lama, dan saya sebagai salah seorang yang telah daftar sebagai distributor, dapatlah hasilkan income disini.
Baiklah, saya harap semoga anda dapat manfaat dari penulisan kali ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai bisnes ini, bolehlah hubungi saya menerusi whatsapp menerusi pautan ini https://minatbisnesdarirumah.wasap.my/ atau 011-5689 0863
Bisnes network marketing adalah satu bentuk perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran yang memerlukan ahlinya membina rangkaian pelanggan, bagi tujuan menembusi pasaran pengguna (consumer market) tanpa menggunakan kaedah pemasaran tradisional serta mengeluarkan belanja pengiklanan yang mahal di media utama.
Dalam bisnes ini, ahli akan bertindak sebagai pasukan pemasaran dan mereka akan menyebarkan maklumat seperti kelebihan dan manfaat apabila menggunakan produk.
Bagi menghargai usaha tersebut, syarikat akan memperkenalkan sistem imbuhan yang dikenali dengan nama panggilan seperti marketing plan atau compensation plan. Selagi mana ahli mengikuti plan yang ditetapkan oleh syarikat dan telah cukup syarat, maka syarikat akan membuat bayaran.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dalam bisnes network marketing ini, setiap ahli adalah pelanggan bagi syarikat. Pada masa yang sama, ahli juga boleh bertindak sebagai wakil syarikat untuk memasarkan produk syarikat kepada orang ramai dan mendapatkan pelanggan baru.
Sama ada sedar ataupun tidak, diluar sana terdapat banyak perniagaan yang dipasarkan menggunakan kaedah networking seperti ini. Sesetengah peluang bisnes tersebut adalah bisnes yang sah dan beroperasi mengikut lunas undang-undang di Malaysia. Sebahagiannya lagi hanyalah sekadar skim cepat kaya, skim piramid atau money game yang diwujudkan sekadar untuk mengaut duit dari poket orang ramai.
Perbincangan kali ini adalah tentang bagaimana cara memilih syarikat network marketing yang betul untuk kita jadikan ia sebagai bisnes kita. Tak kiralah sama ada nak buat bisnes part time, atau full time.
Kalau tersalah pilih bisnes, kita bukan sahaja akan membuang masa kita, malahan kita juga mungkin kerugian dari segi wang ringgit, usaha pemasaran dan sedikit sebanyak mencalarkan nama baik kita.
Mari kita teruskan kepada apa dia kriteria yang perlu kita lihat dalam memilih bisnes yang sesuai untuk kita.
Bagaimana anda mengetahui tentang peluang untuk buat bisnes ini?
Mungkin ada beberapa cara
i. Seseorang yang anda kenali membawa anda ke sesi preview
ii. Anda baca mengenai peluang bisnes melalui website promosi, laman blog ataupun perkongsian ahli lain di media sosial
iii. Anda terbaca fliers yang diselitkan di kereta anda lalu anda menghubungi nombor telefon yang disertakan
iv. Seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan memperkenalkan bisnes tersebut kepada anda
Sewaktu saya masih belajar di universiti dulu, saya pernah dibawa oleh salah seorang senior ke sebuah rumah di Subang Jaya yang digunakan bagi tujuan bisnes networking.
Dirumah tersebut kami disambut oleh seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya dengan nama Nizam. Selama lebih kurang satu jam, Nizam akan membuat pembentangan mengenai syarikat, pelan pemasaran dan juga produk.
Dia juga akan menjawab segala soalan dan juga sebarang bantahan sekiranya ada. Selesai pembentangan, dia juga yang akan meyakinkan para prospek yang hadir bahawa itu adalah peluang yang sangat baik untuk hasilkan income tambahan. Kita yang bawa prospek ini, tak dibenarkan untuk buka mulut. Diam dan perhatikan sahaja.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya join bisnes tersebut untuk dapatkan pengalaman bisnes networking saya yang pertama. Dalam bisnes tersebut, peranan saya hanya membawa kenalan yang sesuai untuk dijadikan prospek ke rumah tersebut.
Bila dah sampai dirumah tersebut Nizam akan mainkan peranan dengan membuat pembentangan. Dia yang akan handle semuanya.
Ok… Pada masa dulu, saya rasa itu adalah kaedah yang terbaik dan mudah untuk buat bisnes. Saya hanya perlu bawa orang untuk berjumpa dengan Nizam, dan selepas itu dia yang akan uruskan semua.
Lama kelamaan saya mula merasakan kaedah ini tidak begitu efisien. Kos perjalanan dari segi masa, petrol, tol, makan dan minum membuatkan saya merasakan kaedah promosi seperti ini hanya membuatkan saya habis duit lebih banyak berbanding dapat buat duit.
Akhirnya saya tinggalkan bisnes tersebut apabila sudah mula sibuk dengan assignment, test dan aktiviti di universiti.
Kemudian selang beberapa bulan, saya sudah tidak dengar berita tentang syarikat tersebut. Senior yang merangkap upline saya pun nampaknya sudah tidak lagi mencari orang untuk dibawa bertemu Nizam.
Katanya dia juga dah mula sibuk dengan belajar. Setiap kali topik ini dibuka, jelas tergambar di wajah senior tu, seolah-olah dia juga kecewa dengan bisnes yang beliau perkenalkan. Bila difikirkan semula, saya rasa mungkin sebab kenpa senior saya tu stop buat bisnes tu sebab dah balik modal ataupun dah dapat untung dari bisnes tersebut.
Sepanjang tempoh saya belajar dulu, saya rasa ada banyak juga bisnes seumpama ini muncul. Ada iklan yang saya lihat menerusi edaran fliers. Saya pernah hubungi nombor telefon di fliers tersebut dan membuat temujanji.
Kesudahannya sama sahaja. Kali ini saya sudah ada pengalaman dan memilih untuk mendengar penerangan sahaja.
Sekarang ini bila diingat balik, saya rasa kebanyakkan so called bisnes networking yang saya pernah jumpa dulu, lebih mirip kepada sistem piramid sahaja.
Dalam sesi penerangan memang penuh dengan unsur-unsur hype, sengaja nak buatkan pendengar rasa teruja untuk segera join. Kalau boleh kena join hari ini juga. Kalau lambat join, peserta akan rugi besar.
Sebenarnya, kalau real business, tak kisah pun sama ada nak join hari ini atau bulan depan, peluangnya patut sama sahaja.
Kalau join awal bolehlah mulakan kerja-kerja pemasaran lebih awal berbanding orang yang masuk lewat. Katakanlah anda join hari ini, bermakna hari ini juga anda sudah boleh mula merancang dan memulakan gerak kerja.
Itu kelebihan paling utama bagi mereka yang join lebih awal. Dalam bisnes, tak ada istilah masuk awal, boleh jadi kaya lebih awal. Banyak perkara perlu diambil kira untuk berjaya dalam bisnes, selain kena masuk awal berbanding orang lain.
Kalau masuk awal, tapi tak mampu nak bina rangkaian, tak mampu nak yakinkan orang untuk cuba produk syarikat, tetap tak akan berjaya dan tak akan jadi kaya.
(2) Lihat sejarah syarikat dan berapa lama telah beroperasi
Syarikat yang masih baru sering kali mengatakan siapa yang join awal, akan ada peluang yang lebih cerah untuk jadi kaya.
Maka tak hairanlah kalau ada yang biasa dengar pujukan seperti jadilah yang terawal.
Tapi sebenarnya join pada peringkat awal, atau ketika syarikat masih lagi berstatus start up ada banyak risikonya.
Pada waktu ini, ada banyak perkara yang masih belum teruji. Untuk syarikat yang sangat baru, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
i. Adakah produk yang dikeluarkan oleh syarikat betul-betul bagus dan tidak mempunyai sebarang side effect?
Pihak syarikat atau wakilnya boleh claim macam-macam dan boleh kata betapa ajaibnya produk yang mereka keluarkan. Namun akhirnya kita hanya akan tahu setakat mana keberkesanan produk mereka setelah ada individu yang mula menggunakan produk mereka.
ii. Bagaimana pula dengan pengurusan syarikat? Adakah mereka mempunyai CEO yang cekap atau mungkin CEO akan lari apabila syarikat ada masalah
Saya pernah sertai bisnes network marketing yang masih dalam peringkat start up. Bisnes tak dapat bertahan walaupun satu tahun. Saya cuma tahu bisnes ada masalah dari leader yang memperkenalkan bisnes tersebut kepada saya. Seterusnya saya dapat berita, CEO telah menghilangkan diri dan dah mula mengelak panggilan telefon. Akhirnya bisnes terkubur begitu sahaja tanpa berjaya masuk ke tahun pertama.
iii. Bagaimana pula dengan persaingan? Adakah produk syarikat begitu unik atau banyak saingan.
Biasa pada peringkat permulaan memang bisnes nampak hebat sebab persaingan masih agak kurang. Tapi selepas wujud syarikat lain masuk pasaran dan memberi persaingan, bagaimana syarikat berhadapan dengan situasi tersebut? Adakah syarikat boleh bertahan dengan kewujudan pesaing dan upgrade produk sedia ada, atau akhirnya akan kalah dalam persaingan.
iv. Adakah terdapat pelanggan yang berpuas hati terhadap produk yang dibeli
Ini kita perlu lihat dari segi testimoni pengguna. Bukan testimoni yang dibuat-buat atau semata-mata sebab nak tarik orang lain jadi ahli, sebaliknya dari pengalaman sebenar menggunakan produk syarikat.
v. Ada atau tidak ahli ataupun peserta yang telah berjaya buat duit melalui pelan pemasaran syarikat
Jika ini adalah matlamat anda menyertai syarikat network marketing, maka anda perlu tahu maklumat ini. Berapa ramai yang berjaya buat duit setelah bekerja keras mempromosikan syarikat tersebut.
Mungkin anda biasa jumpa, ada banyak bisnes yang tak mampu untuk bertahan hingga tahun yang kelima. Pada masa ini ada macam-macam isu mula timbul hingga akhirnya membuatkan pihak pengurusan terpaksa menghentikan operasi syarikat.
Kalau saya secara peribadi, saya lebih cenderung untuk pilih syarikat yang ada visi untuk beroperasi sehingga 100 tahun. Syarikat seperti ini mempunyai cita-cita yang besar dan sudah tentu kita sebagai ahli ada peluang untuk menikmati pendapatan dari syarikat hingga ke beberapa generasi.
(3) Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang syarikat
Kalau syarikat telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu, bermakna sudah ada banyak orang yang pernah jadi ahli. Cuba kenalpasti mana-mana individu yang pernah jadi ahli dan dapatkan maklumat dari mereka.
Bukan susah nak cari individu yang pernah jadi ahli. Kita boleh lihat aktiviti mereka di media sosial. Selalunya pasti mereka akan gunakan media sosial bagi tujuan pemasaran dan memperkenalkan bisnes kepada orang ramai.
Kalau kita buat carian di google juga boleh temui beberapa perkongsian, artikel dan sebagainya dari mereka yang pernah jadi ahli.
Bagaimana pengalaman peribadi mereka bersama syarikat. Adakah bagus, neutral atau sangat buruk. Sesetengah orang sangat malu nak mengaku yang dia pernah join mana-mana syarikat network marketing disebabkan pengalaman buruk yang pernah dilalui.
Manakala mereka yang mempunyai pengalaman yang agak neutral atau baik, kebiasaannya mereka lebih terbuka untuk berkongsi maklumat serta pengalaman. Setelah baca pengalaman mereka, apa yang anda rasa? Kalau masih rasa itu adalah syarikat yang bagus, maka teruskanlah buat pendaftaran.
(4) Siasat sama ada syarikat mempunyai lesen yang berkaitan
Bagi situasi di Malaysia, syarikat yang mengamalkan kaedah pemasaran berbilang peringkat atau multi level marketing perlulah didaftarkan di suruhanjaya syarikat Malaysia dan mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan dan dikawal selia oleh KPDNHEP.
Kalau sesebuah bisnes itu tak memiliki lesen yang diperlukan, ia memberi kita satu gambaran bahawa
i. Mereka tidak serius dengan bisnes yang dijalankan
ii. Mereka mungkin akan lari bersama dengan duit-duit para pelanggannya
iii. Mereka sebenarnya menjalankan skim piramid yang sememangnya salah disisi undang-undang
(5) Buat kajian mengenai produk yang dijual oleh syarikat
Anda perlu berikan perhatian yang lebih dalam bab ini. Anda perlu tahu apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tanya soalan pada diri anda
i. Adakah anda akan menggunakan produk tersebut sekiranya anda beli produk tu.
ii. Adakah ada orang lain yang akan beli produk tersebut
iii. Sekiranya tiada elemen “peluang buat duit” apabila menggunakan produk syarikat, adakah orang ramai tetap akan beli produk tersebut
iv. Adakah terdapat produk lain yang menjadi alternatif bagi produk tersebut
v. Adakah produk dijual dengan harga yang munasabah
vi. Adakah isteri anda akan menggunakan produk tersebut
(6) Fahami struktur marketing plan atau compensation plan
Ini berkaitan dengan persoalan bagaimana dan berapa banyak pendapatan yang bakal anda hasilkan menerusi bisnes ini. Orang yang join sesebuah syarikat sebab nak buat duit kena faham betul-betul bab mengenai pelan pemasaran.
Oleh sebab saya pernah ada pengalaman sertai beberapa syarikat network marketing dengan struktur compensation plan yang berbeza, kini saya mula berpandangan sistem binary adalah lebih baik berbanding sistem yang membenarkan anda untuk daftarkan seberapa ramai yang boleh di level 1.
Dalam sistem binary, setiap orang hanya boleh daftarkan 2 orang sahaja di level 1. Jika ada orang ketiga, dia perlu didaftarkan di level 2.
Sistem binary dapat mengelakkan individu yang hebat dalam bidang sales bolot semua prospek dan letakkan semua di level satu dia sahaja.
Bisnes network marketing bukan semata-mata tentang kemahiran membuat jualan sahaja. Ia lebih kepada kemahiran membina networking (rangkaian) yang mana setiap orang mempunyai matlamat yang sama.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dalam bisnes ini perlu ada satu semangat untuk saling membantu antara satu sama lain. Untuk berjaya, upline perlu pastikan downline dalam rangkaiannya berjaya.
Upline yang hebat dalam bidang jualan boleh bantu downline dengan meletakkan downline baru dalam rangkaian dibawahnya. Bukannya semua orang diletakkan dilevel 1 dia semata.
Kalau dia mampu dapatkan 100 orang, dia tak boleh letak atau susun semua di level 1 dia sahaja. Sebaliknya dia perlu bahagi-bahagikan 100 orang ini ikut susunan yang sesuai. Dengan ini lebih ramai ahli berpeluang untuk buat duit dalan bisnes ini.
Ataupun mungkin upline boleh bantu dengan membuat persembahan jualan, atau handle sesi preview bagi pihak downline, pada peringkat awal. Macam sekarang ini, kita dah ada teknologi. Kalau upline boleh hasilkan video pembentangan tentang peluang perniagaan pun dah kira cukup baik. Downline yang tak pandai nak buat penerangan boleh bagi sahaja prospek untuk tonton video.
Satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian adalah persoalan mengenai,
Apakah terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi sebelum melayakkan diri ahli untuk mendapat komisen pada bulan tertentu? Misalnya ahli wajib buat pembelian peribadi sebanyak sekian sekian jumlah baru layak menerima bayaran.
Saya dapati, ada syarikat MLM yang mengenakan syarat sedemikian rupa kepada para ahlinya. Kalau bulan ni nak dapat komisen, kena buat pembelian sekian sekian jumlah.
Perkara ini ibarat satu komitmen kewangan. Nak masuk jadi ahli kena bayar yuran pendaftaran. Kemudian bila dah jadi ahli, kena maintain pembelian pula. Hal seumpama ini pasti akan menyusahkan ahli yang niat join sebab nak buat duit, alih-alih dia pulak yang kena banyak keluar duit.
Mujurlah bisnes yang saya join ini, tak perlu nak bayar apa-apa bila jadi ahli, dan tak perlu nak maintain pembelian. Just beli bila ada keperluan sahaja.
(7) Beri tumpuan terhadap terma dan syarat, peraturan pemasaran serta etika
Ini bahagian yang paling biasa orang terlepas pandang.
Bila join bisnes networking kita akan diminta untuk bersetuju dengan terma dan syarat terlebih dahulu.
Berapa ramai sebenarnya yang baca keseluruhan konten terma dan syarat sebelum menekan butang setuju. Mungkin ada baca tapi tak faham atau baca sepintas lalu.
Syarikat mempunyai imej, identiti dan nama baik yang perlu dipelihara. Justeru mereka tak benarkan ada ahlinya yang berbuat sesuka hati bagi mendapatkan ahli baru.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tindakan-tindakan seperti over claim, menggunakan maklumat palsu, memaksa orang untuk jadi ahli, memperdayakan orang ramai untuk join, menggunakan kaedah pemasaran yang mencemarkan nama baik syarikat dan banyak lagi.
Semua ini bakal menyebabkan anda dikenakan tindakan disiplin dan jika kesalahan yang serius boleh menyebabkan anda dikeluarkan dari program.
(8) Sistem pembelajaran dan sokongan kepada ahli
Bagi memastikan setiap ahli dalam bisnes network marketing mampu untuk jalankan bisnes, maka pihak syarikat perlu mula memikirkan kaedah bagaimana untuk melatih para ahli supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan.
Kelas-kelas pembelajaran berkenaan dengan produk, pelan pemasaran dan juga teknik-teknik pemasaran serta jualan yang berkesan perlu diadakan.
Sekiranya anda masih belum pernah join mana-mana bisnes network marketing, ini boleh dijadikan penanda aras bagi menilai sama ada sesebuah syarikat itu berbaloi ataupun tidak untuk disertai.
Kebiasaannya kita sebagai downline cenderung untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh upline kita.
Jika upline adalah seseorang yang pandai berkata-kata terutama dalam sesi pembentangan one on one, kita juga akan mula ikut dan hafal apa-apa yang dituturkan oleh upline kita.
Andai kata upline adalah seseorang yang mahir membina rangkaian melalui penulisan, maka downline juga akan tiru skill tersebut.
Dalam bisnes networking ini, kedua-dua pihak iaitu downline dan juga upline perlu main peranan dan perlu komited.
Kalau cuma upline yang beriya nak turunkan ilmu, tapi downline asyik bagi alasan terlalu sibuk dengan urusan lain, maka bisnes pasti tak menjadi. Begitulah juga sebaliknya. Upline juga perlu luangkan masa untuk downline apabila mereka bersemangat nak belajar.
Baiklah ini merupakan 8 kriteria yang perlu diberikan perhatian apabila hendak memilih bisnes yang sesuai. Anda rasa saya ada tertinggal sesuatu? Apa kata anda kongsikan dibahagian komen sekiranya saya ada tertinggal atau terlepas pandang poin yang penting.
Tahukah anda, sebenarnya bisnes multi level marketing ada banyak kelebihan!
Simple.
Kalau bisnes ini tak ada kelebihan, sudah tentu tak ada siapa yang berminat nak join syarikat yang membuka peluang kepada orang ramai untuk jadi pengedar menerusi sistem MLM.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tapi mungkin sebab nama MLM itu sering dicemari oleh skim piramid atau skim cepat kaya, menyebabkan ada sebilangan orang yang mula anti, menyampah, dan meluat dengan bisnes yang dipromosikan secara MLM.
Itu belum lagi kita ambil kira gelagat segolongan individu yang berkelakuan pelik, suka menunjuk-nunjuk kemewahan, menipu dan sebagainya. Semua ini memberi impak yang kurang baik terhadap industri MLM.
Sebenarnya, jika sesebuah perniagaan itu memang betul-betul beroperasi menerusi syarikat yang sah, mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan oleh KPDNHEP, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Direct Selling Association Of Malaysia (DSAM), benda-benda aneh seperti bermewah-mewah dalam kerja pemasaran, menjanjikan bulan bintang dan sebagainya tidak akan berlaku.
Sebaliknya bisnes tersebut akan lebih berfokus kepada memastikan kumpulan pengguna sasaran dapat menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Ia lebih menjurus kepada memastikan produk syarikat dapat sampai kepada pengguna sasaran.
Jadi kali ini, saya akan senaraikan antara kebaikkan yang ada pada bisnes yang menggunakan model pemasaran jenis MLM. Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan yang ada pada model bisnes jenis ini, barulah saya lebih terbuka untuk sertai perniagaan tersebut. Baiklah tanpa melengahkan masa, ini dia antara kebaikkan bisnes MLM yang anda perlu tahu.
[1] Bisnes MLM adalah perniagaan yang rendah risiko
Dalam apa jua perniagaan, kita tak dapat lari daripada berhadapan dengan risiko. Kita tak mungkin dapat hapuskan risiko atau bebas dari sebarang risiko 100%, sebaliknya dengan ilmu yang betul, kita mampu untuk mengurangkan risiko.
Ada banyak orang yang mempunyai impian untuk memiliki bisnes sendiri tak sanggup untuk mulakan bisnes mereka atas faktor modal. Buat bisnes memang memerlukan modal yang besar. Ambil contoh bisnes kedai runcit misalnya, sebab saya pernah buat bisnes ni. Kalau ada modal RM20 ribu sekalipun masih belum cukup untuk penuhkan kedai.
Ini setelah ambil kira kos untuk beli rak, peti sejuk, chiller, ubah suai kedai, sewa dan sebagainya. Sebaliknya bisnes MLM ini kita boleh mulakan dengan modal yang minima.
Ya, dengan modal permulaan yang rendah, anda sudah boleh mempunyai bisnes anda sendiri. In fact, jika anda sertai syarikat yang sama yang saya sertai, anda sudah boleh bermula tanpa perlu keluar sebarang modal.
Untuk daftar sebagai ahli, tak perlu buat sebarang bayaran apa-apa. Pendaftaran adalah percuma sahaja.
Setelah dapat nombor keahlian, anda sudah boleh mula jalankan bisnes ini. Ya, anda sudah boleh mula buat kerja-kerja pemasaran dan daftarkan orang lain untuk join bisnes ini. Senang cerita, bila dah dapat nombor keahlian, anda sudah boleh mula membina rangkaian.
Anda tak diwajibkan untuk beli produk seperti mana yang ditetapkan oleh syarikat lain. Manalah tahu untuk peringkat permulaan, anda cuma nak cuba-cuba sahaja. Nak fahamkan sistem dan minat nak tahu tentang produk. Bila dah yakin, barulah buat pembelian dan mula mempromosikan produk keluaran syarikat.
Cuma satu saya nak ingatkan, syarikat yang saya join tu menetapkan masa selama setahun sahaja kepada ahli yang tak pernah buat sebarang pembelian. Cukup setahun dari masa daftar dan masih tak beli apa-apa, keahlian akan digugurkan dengan sendirinya. Kiranya anda dianggap tak minat dengan produk dan juga tak minat nak buat bisnes.
Pembelian pertama yang saya lakukan adalah ubat gigi, sabun cuci pinggan dan juga sun block stick. Produk-produk ini memang saya akan beli setiap bulan sebab ia memang barang keperluan.
Oleh sebab company yang saya sertai ini turut menjual produk tersebut, maka saya pilih untuk beli dari syarikat ini. Sokong syarikat ini bererti saya sokong bisnes sendiri. Jadi, instead of beli produk dari jenama lain di pasaraya, baik saya beli produk company.
[2] Produk yang bagus dan berkualiti pastinya mempunyai permintaan yang tinggi
Bagi memastikan syarikat dapat bertahan lama, mereka perlu memastikan produk yang mereka jual adalah berkualiti tinggi. Syarikat tak boleh mengharapkan kepada sistem pemasaran atau compensation plan semata-mata untuk kekal relevan dan diterima.
Hanya produk yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan mendapat tempat dihati pengguna. Pengguna yang berpuas hati dengan produk, barulah akan buat pembelian untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Hingga sampai satu masa, pengguna itu tadi menjadi pengguna setia.
Dari pengguna setia, yang puas hati dengan produk maka lahirlah keinginan untuk jadi pengedar. Pengedar (distributor) yang juga merupakan seorang pengguna, biasanya mampu untuk pergi lebih jauh berbanding mereka yang sekadar join sebab nak cuba-cuba buat duit.
Jadi dekat sini, saya nak betulkan persepsi yang salah, bahawa barangan yang dikeluarkan oleh syarikat MLM sebenarnya tak bagus. Hakikatnya, produk MLM banyak yang bagus-bagus. Kalau tidak, tak kan company MLM banyak yang bertahan begitu lama sampai sekarang. Antaranya
Avon – Bermula sejak tahun 1886
Tupperware – Sejak tahun 1948
Shaklee – Sejak 1956
Herbalife – Sejak 1980
Atomy – sejak 2009 di Korea Selatan
Produk MLM memang terbukti berkualiti, dan ada permintaan dari pengguna. Jika kita lepaskan peluang untuk buat bisnes ini, maka kita sendiri yang akan terlepas peluang untuk buat duit menerusi bisnes ini.
[3] Hasilkan pendapatan berulang kali dari pelanggan yang sama
Apabila kita berjaya dapat seorang pelanggan untuk sertai rangkaian kita, individu tersebut akan menyumbangkan pendapatan berulang-ulang kali, selagi mana dia masih lagi menjadi pengguna kepada produk yang syarikat hasilkan.
Ini biasa berlaku terutama sekali apabila produk yang dijual adalah produk dari jenis yang selalu digunakan atau produk keperluan pengguna.
Contohnya macam produk penjagaan kebersihan, produk kosmetik, makanan tambahan, supplement, dan sebagainya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bila produk habis diguna, pelanggan akan beli lagi dan lagi. Kalau bisnes tradisional, contohnya seperti bisnes secara runcit atau kedai serbaneka, kita sebagai pemilik bisnes hanya akan dapat untung kalau pelanggan itu tadi berbelanja dikedai kita sahaja.
Tapi kalau bisnes MLM, selagi mana pelanggan beli melalui saluran yang sah, selagi itu komisen akan direkodkan dalam sistem keahlian kita.
[4] Potensi pendapatan yang lumayan
Bagi mendapatkan pendapatan menerusi syarikat MLM yang anda sertai, anda perlu memahami bagaimana compensation plan syarikat berfungsi.
Namun pada asasnya, dalam bisnes MLM anda perlu lakukan perkara berikut
i. Mempunyai pengetahuan dan maklumat yang betul tentang latar belakang syarikat, pelan pemasaran dan juga produk
ii. Bina rangkaian pengguna
iii. Beri sokongan terhadap pengguna yang minat untuk jadi pengedar
iv. Dapatkan lebih ramai pelanggan untuk jadi sebahagian dari rangkaian pengguna
Pendapatan anda berkait rapat dengan berapa banyak usaha yang anda lakukan. Andai kata anda memang rajin buat marketing, selalu daftarkan pengguna baru, sentiasa menyokong gerak kerja pengedar dibawah anda, maka pada waktu itu tak mustahil untuk anda memiliki pendapatan yang lumayan.
Walaupun perbandingan yang bakal saya buat ini mungkin tidak tepat, tapi saya tetap akan buat perbandingan tersebut dengan harapan anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan.
Saya nak bawa perbandingan kalau kita bekerja dengan majikan. Bila kita kerja dengan orang, pendapatan kita telah ditetapkan dalam kontrak. Hanya apabila ada appraisal barulah pihak majikan akan tentukan sama ada kita layak untuk dinaikkan gaji ataupun tidak. Ada juga kerja yang gaji langsung tak naik, walaupun dah bertahun buat kerja. Walau macam mana kuat kita bekerja, kalau dalam kontrak kata gaji kita sekian-sekian, maka itu sahajalah yang akan kita dapat.
Biasanya income kita tergantung kepada pengalaman, kelayakkan dan sebagainya.
Tapi kalau kita buat bisnes, semuanya terpulang pada kita. Kalau serius nak income yang lumayan, usaha pun kena sama serius juga.
[5] Bisnes ini tak memerlukan anda mencari pekerja
Sanggupkah anda nak bekerja untuk perniagaan anda sendiri selama 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa tutup kedai.
Bisnes adalah satu komitmen.
Orang yang buat bisnes online, especially yang meniaga di media sosial dan yang menggunakan platform ecommerce seperti Lazada dan juga Shopee juga perlukan cuti, dan akan tutup kedai.
Cuba bayangkan situasi pemilik bisnes yang ada premis perniagaan sendiri. Boleh atau tidak dia pastikan kedainya sentiasa dibuka setiap hari sepanjang tahun? Memang agak susah.
Kalau jawapan dia ialah boleh, soalan seterusnya adalah mampukah dia kekalkan komitmen tersebut untuk 2, 3, 5 atau 10 tahun akan datang?
Bagaimana kalau ada hari yang dia jatuh sakit?
Bagaimana kalau tiba-tiba berlaku kecemasan atau ada urusan lain?
Maka sudah tentu dia akan perlu pembantu. Bila nak ambil pekerja, kena fikir soal gaji, caruman KWSP, Socso, kebajikan dan macam-macam lagi. Bukan senang nak buat bisnes sebenarnya. Ada banyak benda perlu difikir.
Sekiranya anda nak buat bisnes, tapi inginkan bisnes yang boleh dijalankan secara santai, maka pilihlah sama ada buat bisnes online ataupun buat bisnes MLM. Yang penting, bisnes tersebut sah di sisi undang-undang dan berikan pendapatan yang halal.
[6] Tak memerlukan anda untuk simpan stok produk
Ini satu lagi kelebihan yang ada pada bisnes jenis MLM. Kita tak perlu nak keluar belanja yang besar bagi tujuan menyimpan stok.
Bisnes MLM pada ketika ini sudah menggunakan teknologi. Kita sebagai ahli sudah tidak perlu lagi membeli stok produk.
Jika ada pelanggan yang minat untuk membuat tempahan produk, boleh dibeli sama ada melalui laman web syarikat ataupun melalui apps.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Asalkan pembelian dilakukan menerusi channel yang betul, company boleh mengesan rekod pembelian bagi tujuan memberi imbuhan dan insentif kepada yang layak.
[7] Kos untuk menguruskan bisnes yang rendah
Dari segi wang ringgit, bisnes MLM ni memang tak perlukan belanja yang banyak. Sebaliknya, untuk jalankan bisnes ni, kos yang paling penting sekali ialah rajin.
Kena rajin bercerita mengenai produk dan juga perjalanan bisnes kepada prospek yang berminat.
Kena rajin berkongsi pengalaman menggunakan produk.
Kena rajin share bukti-bukti bahawa produk memang berkesan, berkualiti dan terbaik seperti mana yang diiklankan.
Sebab itu ada sesetengah orang kata, bisnes MLM ini modal dia air liur je. Asalkan kita rajin, ringankan mulut untuk bercerita, atau menulis di media sosial, In Shaa Allah pasti akan ada yang berkenan untuk cuba.
[8] Leverage
Konsep leverage ini adalah seperti ini.
Bila kita buat kerja kita, kita dapat hasil.
Bila kita berjaya bina rangkaian, dan orang didalam rangkaian kita tu buat kerja dia, kita juga akan dapat hasil.
Kebiasaannya, dalam bisnes MLM pasti akan ada sistem pembinaan rangkaian, dimana kita akan jadi upline kepada seseorang dan pada masa yang sama, kita adalah downline kepada orang lain.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kita fokus sahaja dengan kerja-kerja kita, namun pada masa yang sama orang yang diatas akan dapat sedikit manfaat. Kalau MLM yang kita sertai adalah MLM yang amalkan sistem binari, iaitu setiap orang cuma boleh dapatkan dua orang sahaja di level 1, dan kita pula mampu tarik beratus orang, disini kita telah membantu orang dibawah kita yang kurang cekap dalam bisnes.
Disebabkan kita tak boleh nak bolot semua pelanggan dan masukkan dalam level 1, kita boleh aturkan supaya pelanggan baru yang kita perolehi nanti masuk ke rangkaian downline kita. Nampak macam kita buat kerja untuk orang lain (downline kita) tapi sebenarnya kita juga beroleh manfaat.
Itu kelebihan bisnes MLM. Kita dapat manfaat daripada kerja orang lain, sedangkan orang itu hanya perlu buat kerja yang memang dia perlu buat. Dan bila kita buat kerja kita, orang lain juga akan dapat manfaat.
Satu lagi mengenai sistem binari, kita sebenarnya telah membantu downline kita untuk bina rangkaian. Kalau dia cuma mampu tarik seorang, kita bantu dengan meletakkan orang baru di kaki yang kedua. Kiranya cara kerja kita ini hampir menyamai konsep saling bekerjasama untuk kebaikkan bersama.
[9] Bisnes anda tidak terhad hanya di satu lokasi
Seperti yang saya sebut sebelum ini, saya pernah buat bisnes kedai runcit. Setiap hari kedai saya tu memang akan dikunjungi oleh pelanggan. Itu satu perkara yang bagus.
Walaupun begitu, saya tak boleh nak menjual kepada pelanggan yang berada diluar kawasan. Saya tidak mempunyai sistem tempahan online dan penghantaran dibuat oleh rider.
Saya pernah fikir untuk buka cawangan kedai runcit dibeberapa tempat, namun sudah tentu ia memerlukan modal yang sangat besar.
Kemudian kita lihat pula model perniagaan yang menggunakan sistem pemasaran berbilang peringkat atau MLM. Apabila saya buat bisnes ini, dengan bantuan internet dan social media saya dapat buat bisnes dengan pelanggan di seluruh Malaysia.
Bila saya dapat downline di Perlis misalnya, dan dia juga mempunyai minat yang sama dengan saya, seolah-olah saya telah membuka cawangan disana.
[10] Capai kebebasan kewangan
Jika anda pernah ikuti mana-mana sesi perjumpaan atau preview bisnes MLM, anda pasti akan dapat temui beberapa individu yang telah mencapai satu kedudukan tertentu dalam syarikat. Individu ini juga telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan, hinggakan boleh kita katakan, kalau dia dah tak perlu buat sebarang kerja sekalipun, pendapatan dari bisnes tetap akan masuk juga.
Itulah ultimate goal yang patut kita fokus untuk capai dalam bisnes ini. Kita capai satu tahap kebebasan kewangan, dan tak perlu lagi risau tentang kerja.
Kita buat sesuatu perkara sebab kita minat. Kita terus berkongsi, sebab kita minat. Kita minat dan betul-betul serius nak bantu orang lain yang masih belum capai kejayaan yang sama. Dengan berbuat demikian, dengan melakukan perkara yang kita minat, kita tetap mendapat imbuhan daripada pelan pemasaran syarikat.
Dalam bisnes MLM, ianya tak mustahil untuk berlaku. Cuma janganlah fikir ianya sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ia mungkin ambil masa, dan setiap orang ada laluan perniagaan yang berbeza.
[11] Boleh buat secara part time
Setakat hari ini saya masih belum pernah jumpa mana-mana individu yang bila diajak untuk join bisnes MLM, dia akan terus buat fulltime.
Biasanya dia akan mula secara part time, atau buat bila ada masa lapang sahaja. Ada setengah orang, hanya buat bila ada mood atau bila dia rasakan dia ada peluang untuk close deal.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bila bisnes ini dibuat secara part time, maka pendapatan yang bakal dihasilkan juga tak boleh disamakan dengan mereka yang betul-betul push untuk buat bisnes ni fulltime.
Lagipun, bukan semua yang join bisnes ini join sebab nak jadi jutawan. Ada sebahagiannya, join sekadar nak dapatkan sedikit duit tambahan. Kalau boleh hasilkan extra RM500 – RM1,000 apa salahnya kan?
[12] Hanya perlu luangkan beberapa jam sahaja dalam satu hari
Saya tahu anda sibuk. Anda ada banyak kerja dan urusan.
Saya faham anda penat.
Namun sekadar mengatakan “saya sibuk” atau “saya penat” ia langsung tidak akan mengubah apa-apa. Esok, rutin yang sama perlu diulang.
Jadi kenapa masih nak beri alasan sibuk dan penat, bila tawaran untuk sama-sama buat duit menerusi bisnes dihidangkan kepada anda. Jika dengan izin Allah satu hari nanti, bisnes tersebut berjaya, anda sendiri yang untung.
Memanglah bisnes ni tak menjanjikan anda kaya, atau menjamin yang anda pasti akan beroleh income yang lumayan.
Namun bukankah lebih baik kita lakukan beberapa ikhtiar pada hari ini dan usahakan dengan buat satu bisnes. Saya rasa bila kita berusaha untuk ubah kehidupan melalui jalan bisnes, ia lebih baik berbanding kita sekadar mengharapkan keajaiban untuk berlaku ataupun meminta-minta bantuan dari mana-mana pihak.
Baiklah, saya rasa agak panjang sudah perkongsian kali ini. Apa yang saya senaraikan disini adalah antara kebaikkan yang ada pada bisnes jenis MLM. Jadi sekiranya anda ingin cuba ceburkan diri dalam bidang ini, dan minat nak sertai pasukan pemasaran saya, bolehlah hubungi saya.
Setelah anda buat keputusan untuk menyertai syarikat yang menjalankan bisnes MLM sebagai pengedar (distributor), mungkin mula timbul persoalan, “apa seterusnya yang perlu dilakukan?”
Kalau ini merupakan bisnes pertama yang anda sertai, mungkin anda rasa agak janggal untuk terus mula buat kerja-kerja pemasaran. Itu memang perkara biasa.
Jangan terus membandingkan diri anda yang masih baru dalam bidang perniagaan dengan individu lain yang sudah ada banyak pengalaman.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Biar kita naik slow-slow, usaha sedikit demi sedikit asalkan ada progres. Jadi dekat sini, saya nak cerita antara tindakan-tindakan yang boleh kita lakukan sebaik sahaja menyertai bisnes ini.
Dalam posting ini, saya nak cerita tentang apa yang saya sendiri buat setelah join bisnes MLM bersama Atomy.
Tahniah
Pertama sekali saya ucapkan tahniah sebab anda berani keluar dari zon selesa dan sanggup untuk buat keputusan untuk menjalankan bisnes ini. Bukan semua orang memiliki keberanian seperti anda.
Bisnes ini tak jauh beza dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. Ia perlukan masa untuk berkembang dan menampakkan hasil.
Menarik tentang bisnes ini ialah ia boleh dijalankan mengikut masa kerja yang fleksibel, boleh dilakukan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja asalkan ada internet, dan pada masa yang sama ia mampu membuka peluang untuk kita hasilkan pendapatan yang sangat lumayan.
Semuanya bermula dengan langkah pertama, iaitu dengan membuat keputusan untuk menyertai bisnes ini, jadi pengguna dan sebarkan kebaikkan dan manfaat yang diperolehi dengan menggunakan produk keluaran syarikat.
Tetapkan satu matlamat dan jangka masa yang munasabah. Contohnya, “saya akan buat bisnes ni dengan bersungguh-sungguh selama 3 tahun” dan lihatlah bagaimana hasilnya.
Siapa tahu, dengan izin Allah, tiga tahun dari sekarang anda akan mula memperolehi pendapatan pasif dari bisnes ini.
Join channel telegram
Ada beberapa channel telegram yang anda boleh sertai. Kalau anda masih belum ada apps ini silalah muat turun dan pasang di smartphone anda.
Saya akan berikan anda akses kepada beberapa group telegram untuk anda sertai, antaranya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kelebihan channel telegram ni ialah anda akan dapat update terkini berhubung aktiviti dan program yang telah disusun oleh leader yang ada dalam pasukan kita.
Join fb group support
Dekat sini kita boleh saling berkenalan dengan ahli Atomy yang lain. Kalau anda lebih selesa berinteraksi menerusi FB sebab boleh tengok gambar pemilik akaun fb tersebut, maka kena join group support kita.
Dalam group support ni ada ramai ahli yang suka berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk dari syarikat.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Maklum sahajalah kadang kita ni sebagai ahli baru, kita tak berapa familiar dengan produk. Tapi dalam group ni kita boleh tanya kepada ahli lain yang pernah beli produk.
Satu lagi yang bagus mengenai group ni ialah ada banyak ahli yang share testimoni setelah guna produk. Boleh mintak izin pada ahli tersebut untuk share testimoni, terutama sekali bagi produk yang kita belum pernah beli.
Kadang ada juga ahli yang akan minta pendapat dengan ahli-ahli lain sebelum beli sesuatu produk di shopping mall Atomy. So mana-mana ahli yang dah pernah beli atau dah pernah pakai, bolehlah bagi pendapat sama ada sesuatu produk tu bagus atau tidak.
Subscribe official channel youtube
Atomy Malaysia ada mempunyai channel youtube oficial mereka. Menerusi channel youtube tersebut, ada banyak maklumat-maklumat penting yang dapat kita perolehi.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Konten dalam channel official ini juga ada banyak yang bermanfaat.
Video dalam channel ini ada tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin. Tapi jangan risau sebab ada subtitles untuk memudahkan pemahaman.
Join sesi zoom
Group yang saya sertai adalah group 313DTA. Dalam group ini kerap diadakan sesi perkongsian dan juga preview kepada ahli baru.
Saya tak pernah ikuti group lain jadi saya tak boleh nak komen sama ada group lain sama aktif atau tidak seperti group ini.
Macam biasa bila dah join sesi preview melalui zoom, diakhir sesi tu nanti akan diadakan sesi soal jawab. Boleh tanya apa sahaja soalan. Ini masa yang sangat tepat untuk betul-betul faham tentang bisnes ini.
Kalau tak sempat nak tengok sesi live zoom, boleh tengok rakaman sahaja. Ada dikongsikan di group FB kita.
Tukar status dari consumer kepada distributor
Untuk menyertai Atomy, pendaftaran adalah percuma sahaja. Anda boleh pilih sama ada nak daftar sebagai consumer ataupun distributor.
Kalau anda minat nak jadi distributor, untuk pendaftaran kali pertama, anda tetap akan didaftarkan sebagai consumer. Sebabnya anda akan dapat member id serta merta.
Sekiranya anda terus daftar sebagai distributor prosesnya akan ambil masa 3-5 hari bekerja. Pada waktu daftar juga anda perlu berikan sesalinan kad pengenalan.
Maka cara yang lebih mudah adalah daftar sebagai consumer dulu. On the spot dah boleh dapat member id, dah boleh akses sistem member area, boleh akses shopping mall kalau nak buat pembelian dan sudah terus boleh bina rangkaian.
Kemudian anda perlu buat permohonan kepada HQ untuk menukar status kepada distributor.
Beli produk syarikat dan mula jadi pengguna
Mula jadi pengguna untuk dapatkan pengalaman menggunakan produk Atomy. Setiap pembelian yang kita lakukan, kita bukan sahaja akan menerima produk berkualiti, malahan kita juga akan dapat point value atau PV.
Belian untuk diri sendiri kita akan dapat Personal PV.
Personal PV tak boleh ditukar jadi duit. Ia hanya akan jadi pra-syarat bagi menentukan berapa pendapatan yang layak kita perolehi setelah kita jadi distributor dan mula mengumpul Group PV dari rangkaian pengguna dibawah kita.
Setelah Personal PV kita mencapai 10,000 PV barulah kita layak untuk mula buat duit dengan bisnes ini.
Hanya apabila kita telah mempunyai 10ribu Personal PV barulah kita boleh mengumpul satu lagi PV yang dipanggil Group PV.
Group PV ini yang akan dikira menjadi pendapatan.
Dalam bisnes ini, kita akan mempunyai dua kaki iaitu sebelah kiri dan kanan. Apabila kaki kiri cukup 300ribu Group PV, dan kaki kanan juga terkumpul 300 ribu Group PV, maka pada hari tersebut anda layak untuk dapat income sama ada sebanyak RM80, RM250, RM500 bergantung pada berapa Personal PV yang anda ada.
Andai kata setiap hari berlaku pairing, iaitu hari-hari anda dapat 300 ribu Group PV dikiri dan kanan, maka hari-harilah anda akan dapat income.
Untuk dapat 10 ribu PV juga sangat mudah. Anda hanya perlu beli barang di Atomy sekitar RM100 sahaja. Saya cadangkan anda mulakan dengan membeli produk keperluan seperti sabun pencuci pinggan, ubat gigi, sabun mandi, syampu dan sebagainya.
Perlahan-lahan kita tukar kepada jenama Atomy.
Anda boleh tonton video ini untuk ikuti penerangan tentang compensation plan. Mesti anda nak tahu dengan lebih details berapa banyak boleh hasilkan apabila join bisnes ni kan.
Beli nombor telefon khas untuk bisnes
Langkah ini adalah optional. Saya beli nombor telefon baru khusus untuk bisnes sebab saya tak nak campur talian untuk personal dengan bisnes.
Lagi satu saya tak naklah nanti bila tengah main game Mobile Legend, tiba-tiba ada call atau mesej yang masuk. Ya, saya suka main game ha3
Beli simkad baru kosnya baru RM10. Bukan mahal sangat seperti kena sewa premis perniagaan.
Belajar tentang syarikat dan pelan pemasaran
Maklumat ini semua ada di website rasmi Atomy. Kalau dah baca tapi masih kurang jelas, boleh rujuk video-video yang ada di channel Youtube Official.
Saya ada jumpa beberapa video pembentangan bisnes ini dari CEO Atomy itu sendiri, dan saya kongsikan dibawah ini.
Dalam sesi preview melalui applikasi zoom dan di fb group juga ada pembentangan tentang syarikat dan juga pelan pemasaran.
Dengar banyak kali pun tak ada masalah. Lagi banyak kita dengar, lagi senang kita ingat dan lagi mudah kita nak bercerita mengenai produk dan bisnes ini.
Belajar tentang produk
Syarikat ada banyak produk.
Jadi kita kena luangkan sedikit masa untuk belajar tentang produk. Bila ada masa, bukalah apps Atomy atau layari laman web rasmi dan klik ke shopping mall. Boleh baca tentang produk di situ.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dekat group FB kita pun ada ramai yang bercerita tentang pengalaman guna produk. Luangkan sikit masa untuk baca perkongsian ahli-ahli lain ya.
Dekat channel youtube official ada banyak video yang cerita tentang produk. Boleh tonton video dan ikuti penerangan. Ini salah satu video yang saya boleh recommend.
Mula kongsi cerita mengenai produk
Jadikan satu rutin untuk mula bercerita mengenai produk yang kita pernah guna. Kita lebih senang nak bercerita pasal produk bila kita sendiri pernah guna.
Beri sample kepada ahli keluarga dan orang yang rapat
Bila kita beli ubat gigi yang harganya RM20, kita akan dapat satu kotak yang dalamnya ada 4 tiub.
Mula-mula dapat tu saya rasa agak janggal juga sebab dapat tiub yang kecil-kecil. Tapi lepas tu, bila saya fikirkan semula bagus juga company buat macam ni. Senang nak bagi kat orang lain untuk cuba.
Satu lagi yang saya beli adalah sabun cuci pinggan. Ia datang dalam bentuk satu botol.
Ini pun sama, untuk senangkan guna saya masukkan dalam botol sabun yang boleh refill.
Saya ada jumpa di Lazada dan Shopee, ada seller jual botol kecil-kecil, yang biasa orang guna untuk travel. Boleh refill dalam tu dan bagi orang lain cuba. Boleh klik sini kalau nak order online.
Ya bisnes ni kita kena selalu berkongsi. Zaman sekarang ni kan boleh dikatakan semua orang ada akaun social media, jadi cara yang paling mudah adalah share cerita di situ.
Bila kita guna produk Atomy kita share.
Bila kita order produk baru kita share.
Senang cerita apa sahaja berkaitan dengan produk, kita share je.
Buat business plan yang sesuai dengan jadual kerja anda
Walaupun anda cuma join company MLM, ini tak bermakna anda tak perlu buat business plan anda sendiri.
Set satu masa untuk anda fokus pada bisnes ini. Mungkin 30 minit sahaja dalam sehari untuk buat posting di media sosial. Selesai satu posting boleh tutup dan hanya balas komen atau mesej kalau ada rakan yang bertanya tentang bisnes.
Kemudian kalau ada yang minat nak join boleh daftarkan. Proses pendaftaran pun tak sampai 10 minit, bergantung kepada berapa cepat anda menaip.
Keep in touch dengan upline yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda
Percayalah, upline anda pasti mahu anda berjaya dalam bisnes ini.
Justeru, jangan malu-malu untuk selalu berhubung dengan upline anda. Just because upline anda senyap, tak bermakna dia juga tak minat nak buat bisnes ni.
Kadang dia pun serba salah. Bukan apa… takut disalah ertikan. Kalau ada downline yang rasa seperti upline tu macam nak push pula.
Bisnes MLM ini anda perlu bekerja bersama-sama dengan rangkaian anda untuk dapatkan hasil yang terbaik. Andai kata anda rasa stuck, rasa macam tak tau nak buat apa, jangan pendam seorang diri.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tak perlu malu untuk minta nasihat, dan selepas itu ambil tindakan berdasarkan kepada nasihat yang diperolehi tu.
Pada peringkat awal memang kita akan rasa seolah-olah ada terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Namun percayalah sebaik sahaja anda faham bagaimana perjalanan bisnes, anda akan nampak yang bisnes ini terlalu mudah.
Ringkasnya,
1. Kita join sebagai pengguna (consumer)
2. Isi borang untuk tukar status kepada pengedar (distributor)
3. Mula beli produk keluaran syarikat, seperti sabun pencuci, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain barang keperluan
4. Mula cerita dan kongsi pengalaman guna produk
5. Bila ada yang minat nak jadi ahli seperti anda, anda bantu daftarkan.
Ya, tak susah langsung, kan?
Kalau anda tak sertai syarikat ini, anda juga akan tetap guna produk-produk keperluan harian seperti biasa. Cuma bezanya bila bersama syarikat ini, kita akan ada peluang untuk mengumpul PV dan mula menjana pendapatan.
Terdapat pelbagai cara untuk hasilkan pendapatan di internet.
Cara yang popular dan mudah untuk jana pendapatan online adalah menerusi program Affiliate dan juga menyiarkan iklan-iklan berbayar melalui program pengiklanan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dari segi cara kerja, antara affiliate dengan adsense, ianya mempunyai banyak persamaan. Malahan, jika anda memilih untuk menggunakan laman web atau blog bagi tujuan pemasaran, anda akan dapati, untuk buat duit melalui kedua-dua kaedah ini tak banyak beza.
Ia boleh dijalankan serentak, dan anda boleh buat duit melalui kedua-dua kaedah ini.
Mana satu yang lebih baik? Program pengiklanan (Adsense) atau program Affiliate?
Andai kata kena pilih hanya satu, antara Adsense dengan Affiliate, saya akan kata… Adsense lebih baik!
Nak tahu kenapa?
Program pengiklanan Google Adsense sebenarnya adalah satu bentuk program affiliate juga. Dalam situasi ini, kita menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat pengiklanan (Google Inc) dan kita setuju untuk siarkan iklan-iklan milik klien Google di laman web yang kita miliki.
Sebagai imbuhan, kita akan dapat bayaran apabila ada pengunjung laman web kita yang menekan klik atau melihat iklan milik Google Adsense yang kita siarkan.
Posting ini saya tidak bercadang untuk bercerita dari sudut definisi, sebaliknya saya nak bincangkan dari segi cara kerja.
Saya akan mulakan dengan bercerita secara ringkas pro dan kontra bagi program affiliate dan kemudian diikuti pula dengan program pengiklanan Google Adsense.
Program Affiliate
Saya mula diperkenalkan dengan program affiliate sekitar tahun 2009. Tahun itu merupakan permulaan saya mula berkecimpung dalam bidang pemasaran dan penulisan di internet.
Kali pertama saya dengar tentang Affiliate Marketing, saya merasakan ianya kurang menarik dan agak susah. Maklumlah, income kita bergantung kepada kemahiran kita untuk buat jualan. Kalau pandai buat jualan, maka bolehlah dapat income.
Waktu tu saya rasa membuat jualan di internet sangat susah. Hinggalah pada satu hari, saya mula mendapat komisen dari salah satu program affiliate yang saya sertai. Saya cuma perlu tulis artikel macam biasa, dan dalam artikel tersebut, saya hanya masukkan ayat seperti “… jika anda minat nak belajar dengan lebih mendalam, sila muat turun panduan sekian sekian sekian”.
Bila masuk komisen yang pertama tu, baru saya nampak rupa-rupanya buat duit dengan affiliate ni senang sahaja. Saya nak mula cerita secara ringkas mengenai kelebihan atau pro bagi program affiliate.
Penyertaan percuma
Kebanyakan program affiliate tidak meletakkan sebarang yuran untuk kita sertai. Ya, pendaftaran adalah percuma sahaja.
Dalam satu-satu masa kita boleh join seberapa banyak program yang kita mahukan.
Setelah join program, kena bijak urus waktu bagi tujuan pemasaran. Memang seronok bila kita join 10 company yang berbeza, kemudian kesemua 10 company tu pula menghasilkan income.
Sesuai untuk laman web yang rendah dari segi trafik
Untuk laman web yang usianya masih baru biasanya jumlah trafik yang keluar masuk ke laman web tersebut juga sangat rendah. Kalau pasang iklan adsense dekat website yang masih baru, kadang-kadang nak dapatkan income USD0.01 sehari pun agak payah.
Ini yang saya sendiri pernah lalui sebelum ini. Saya ada beberapa laman web yang trafiknya sangat rendah, dan tak menyumbang pendapatan yang tinggi melalui penyiaran iklan.
Walaubagaimanapun dengan jumlah trafik yang rendah, saya masih dapat hasilkan income sekitar RM50 – RM100++ setiap bulan menerusi program affiliate.
Boleh buat duit walaupun tidak memiliki laman web sendiri
Link affiliate kita boleh dipromosikan hampir di mana-mana sahaja. Sama ada nak promosikan melalui emel, blog, social media dan sebagainya.
Kalau anda belum mempunyai laman web sendiri, anda masih ada peluang untuk buat duit online melalui program affiliate. Malahan satu masa dulu, ada ramai yang promosi produk affiliate menggunakan akaun FB sahaja.
Apa yang dilakukan adalah bina fanpage, masukkan konten, buat posting baru kemudian guna FBAds untuk dapatkan audience.
Ada program affiliate yang menawarkan komisen berulang
Jual produk sekali sahaja, namun kita sebagai affiliate boleh dapat komisen berulang-ulang kali selagi mana pelanggan masih lagi guna produk tersebut.
Kebiasaannya ia hanya terpakai untuk produk yang memerlukan pelanggannya membuat bayaran langganan setiap bulan. Sebagai contoh produk software, keahlian dilaman web tertentu, penggunaan produk telco dan sebagainya.
Ada juga program affiliate yang offer komisen berperingkat
Bila kita berjaya buat sales, pelanggan tersebut secara automatik akan ditawarkan peluang untuk buat duit sebagai affiliate. Kalau dia setuju untuk jadi ejen, dia akan dikira sebagai sub-affiliate kita.
Nanti bila dia juga berjaya buat sales, kita akan dapat overriding komisen daripada jualan yang dia hasilkan.
Ada juga konsep yang mana kita boleh terus rekrut orang lain untuk daftar sebagai affiliate. Orang tu tak perlu jadi pelanggan pun tak apa.
Sekiranya anda minat kepada konsep komisen dua level atau lebih, boleh join sebagai affiliate untuk syarikat dibawah ini.
Visondata
Ini adalah syarikat yang menjual perkhidmatan wifi khusus untuk mereka yang ingin melancong ke luar negara.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Komisen yang ditawarkan adalah sehingga tiga level, seperti berikut
Level 1 – 15%
Level 2 – 2%
Level 3 – 0.5%
Andai kata anda minat nak jadi affiliate bagi Visondata, boleh terus ke laman web mereka dan buat pendaftaran. Sebagai alternatif anda boleh juga klik pada pautan ini.
Indo Leads – Premium Affiliate Network
Syarikat ini merupakan sebuah affiliate network. Setelah kita join program ini, kita akan memperolehi akses kepada banyak lagi syarikat yang bekerjasama dengan affiliate network ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kita boleh ajak orang lain untuk jadi affiliate, dan kita akan dapat 3% daripada setiap affiliate yang kita ajak untuk sertai program ini, dengan syarat affiliate tersebut juga berjaya buat sales.
Melalui program adhance, kita akan mempromosikan laman carian kerja maukerja.my
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kita akan dapat 15% daripada komisen yang berjaya dihasilkan oleh setiap affiliate yang kita ajak untuk sertai program ini. So macam mana? Berkenan nak mencuba?
Anda perlu tahu kemahiran penulisan artikel copywriting
Matlamat utama artikel ditulis adalah untuk hasilkan jualan. Kalau ada jualan, barulah anda layak untuk terima komisen.
Masalahnya ialah artikel yang ditulis semata-mata sebab nak jual produk, kebiasaannya agak membosankan dan tak seronok untuk dibaca.
Maka disini, sebagai penulis anda perlu jadi lebih kreatif untuk menyembunyikan niat anda untuk menjual. Anda perlu pastikan bahawa artikel yang anda tulis atas tujuan nak jual barang tidak kelihatan seperti ingin menjual.
Bagaimana untuk menulis artikel untuk menjual yang tak kelihatan seperti ingin menjual?
Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan secara ringkas, iaitu
i. Tulis artikel menggunakan gaya bahasa seperti membuat review
ii. Tulis dalam bentuk penceritaan dan perkongsian pengalaman
iii. Tulis seolah-olah anda sedang memberi pendapat berhubung isu berkaitan dengan produk yang dipromosikan
iv. Tulis mengenai fakta, sejarah atau berita terkini yang terkait dengan produk
Perubahan struktur komisen
Anda akan terkesan apabila berlaku sebarang perubahan terhadap struktur komisen.
Ada produk yang telah menyumbangkan pendapatan secara konsisten pada setiap bulan. Tiba-tiba pemilik produk merasakan sudah sampai masa untuk mereka menghentikan jualan.
Maka dari keadaan tersebut, saya telah hilang sumber pendapatan. Ibarat seperti kehilangan pekerjaan, cuma bezanya pendapatan yang terjejas hanyalah dari satu program tersebut sahaja.
Kemudian ada juga situasi yang mana pihak syarikat menamatkan program affiliate, namun jualan masih diteruskan seperti biasa. Saya pula dah tulis banyak artikel promosi untuk syarikat tersebut. Rasa macam tak adil, sebabnya syarikat tersebut masih dapat manfaat dari penulisan yang telah saya lakukan, tapi saya dah tak boleh dapat komisen.
Hilang mood dan minat menghasilkan konten tentang produk
Kadang-kadang itu yang saya rasakan, bila terlalu kerap menulis artikel tentang produk.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Artikel promosi mempunyai gaya penceritaan dan formatnya yang tersendiri. Ingat lagi kan, saya ada sentuh sedikit mengenai copywriting.
Baiklah selepas saya bercerita mengenai program affiliate kali ini saya nak sentuh mengenai program pengiklanan pula.
Program Pengiklanan Google Adsense
Dekat luar sana sebenarnya ada banyak juga program pengiklanan yang kita boleh sertai. Bagi kita yang berada di Malaysia, program pengiklanan yang popular adalah Google Adsense.
Untuk perkongsian kali ini, saya akan jadikan Adsense sebagai contoh ya. Berikut pula adalah kelebihan yang ada pada program pengiklanan kalau nak dijadikan sebagai kaedah buat duit di internet.
Boleh tulis tentang apa sahaja topik untuk buat duit
Kita ada kebebasan untuk hasilkan apa-apa konten, asalkan ianya tidak melanggar terma dan syarat.
Dalam mana-mana ads network pasti akan ada terma dan syarat yang mana iklan mereka tak dibenarkan untuk disiarkan dilaman web yang mengandungi bahan seperti pornografi, dadah, kekejaman dan banyak lagi. Sila beri perhatian kepada terma dan syarat syarikat pengiklanan bagi mengelakkan akaun anda kena sekat atau banned ya.
Tak perlu risau tentang buat jualan
Program pengiklanan bukan tentang membuat jualan. Justeru anda tak perlu risau kalau anda tiada skil menjual.
Asalkan ada trafik, itu sudah cukup untuk melayakkan anda menghasilkan pendapatan. Sudah tentu, kalau anda nak income yang banyak, anda perlukan trafik yang tinggi juga. Saya pernah cerita tentang strategi untuk dapatkan trafik blog yang tinggi sebelum ini.
Pendapatan anda berjalan secara automatik walaupun tiada konten baru dihasilkan
Asalkan laman web anda sudah mempunyai trafik yang konsisten, anda sudah tak perlu bimbang tentang pendapatan.
Ia akan berjalan dengan automatik.
Saya sendiri ada beberapa laman web yang dah agak lama tak dikemaskinikan, namun laman web tersebut masih menghasilkan income kepada saya. Untuk capai tahap ini, anda perlu tahu apakah topik atau niche yang evergreen dan orang akan selalu cari.
Itu dari segi kelebihan program pengiklanan. Kali ini kita lihat pula, apa yang kurang best dengan program pengiklanan pula.
Syarat yang ketat untuk join Ads Network
Sesetengah syarikat pengiklanan meletakkan syarat tertentu sebelum kita diterima masuk dalam program mereka.
Biasanya syarat yang diperlukan adalah dari segi jumlah trafik. Laman web anda perlu mencapai jumlah trafik tertentu. Salah satu program pengiklanan yang saya dah lama nak join tapi sampai sekarang masih belum layak ialah innity.
Program ini meletakkan syarat yang agak ketat (dan agak susah nak capai), iaitu
minimum of 200,000 page views or a minimum of 40,000 unique visitors per month
Cara yang slow untuk buat duit
Saya kata cara ini perlahan terutama sekali diperingkat awal. Pada masa itu, biasanya laman web kita masih belum ada banyak konten.
Anda perlu banyak bersabar, terutama sekali kalau waktu tu pendapatan harian yang berjaya dihasilkan adalah sekitar USD0.01 ke USD0.10 sahaja.
Tapi jangan risau sebabnya pendapatan kita akan bertambah seiring dengan bertambahnya jumlah konten laman web kita. Ketika baru bermula mungkin kita cuma mampu dapat USD0.01 – USD0.10 sahaja, tapi tunggulah ketika anda sudah ada beratus-ratus atau beribu-ribu artikel.
Cuba bayangkan, satu hari nanti website anda mempunyai 10,000 artikel! Boleh bayangkan tak, agaknya pada masa tu berapa agaknya income yang anda bakal perolehi setiap bulan ya.
Risiko kena banned dari terus menjadi publisher
Ini yang tak best dengan program pengiklanan, sebabnya ada risiko kena banned. Setakat ini, saya pernah ada pengalaman kena banned dengan Adsense dan juga Bidvertiser.
Kedua-dua program ni, banned saya tanpa beri peluang untuk saya buat rayuan. Tau-tau dapat emel yang mengatakan saya kena banned, dan terpaksa terima sahaja hakikat tersebut.
Memang kejam betul!
Kewujudan iklan mengganggu pengunjung laman web
Ini hakikat yang perlu saya terima. Iklan-iklan yang muncul di blog sememangnya mengganggu pembaca blog dan adakalanya menutup konten blog.
Kadang-kadang kita berada dalam dilema juga, sebabnya kalau tak pasang iklan, nanti tak ada pula pendapatan.
Konten iklan memberi impak negatif kepada income dari affiliate
Khusus buat mereka yang berhasrat untuk buat duit melalui kedua-dua cara, iaitu melalui program affiliate dan juga program pengiklanan.
Anda perlu pastikan kedua-dua program ini tidak saling mengganggu antara satu sama lain.
Kita boleh filter, jenis dan kandungan iklan yang hendak dipaparkan di laman web milik kita.
Saya adalah salah seorang ejen affiliate bagi Lazada. Justeru, saya akan pastikan iklan Lazada tak muncul diblog saya untuk mengelakkan cookies saya kena override dengan cookies pemilik iklan.
Ataupun kalau saya promosikan produk-produk keluaran klikjer, saya kena pastikan iklan yang berkaitan atau lebih kurang sama tak muncul diblog saya.
Perlu ke kita pilih satu sahaja, antara Adsense dengan Affiliate?
Sebenarnya bergantung kepada pilihan dan citarasa individu tu tadi.
Saya pernah berada dalam situasi dimana saya tak boleh buat pilihan. Saya kena banned dari menyertai program pengiklanan. Jadi suka atau tidak, saya perlu survive dengan income dari program affiliate sahaja.
Manakala untuk mereka yang boleh join kedua-dua sekali, boleh jadi anda ada sebab tersendiri kenapa nak fokus pada salah satu sahaja.
Sebagai contoh, anda mungkin baru sahaja buat website. Pada masa ini konten belum banyak dan trafik juga masih rendah.
Jadi anda tak mahu nak serabutkan website anda dengan macam-macam iklan dan memberi first impressions yang kurang baik kepada pelawat.
Macam saya sebutkan sebelum ini, kalau trafik masih rendah, income dari website tersebut mungkin sekadar sekitar USD0.01 ke USD0.10 sahaja. Pada masa ni, saya berpendapat yang kita tak perlu tergesa-gesa nak letakkan macam-macam iklan dalam laman web kita.
Sebaik-baiknya, kita fokus sahaja kepada pembangunan konten laman web, dan bila laman web kita betul-betul dah bersedia, barulah kita masukkan iklan-iklan yang bakal menyumbangkan income kepada kita.
Baiklah, mungkin ada dalam kalangan pembaca yang minat nak explore dengan lebih details topik mengenai buat duit dengan Adsense. Untuk itu, saya cadangkan anda muat turun dan belajar dari panduan ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Panduan ini disediakan dalam bahasa Melayu dan penerangan secara langkah demi langkah. Memang sesuai dijadikan rujukan kepada mereka yang baru nak mula ceburkan diri dalam bidang ini.
Akhir kata dari saya, siapa yang ada akaun adsense tu, jagalah ia dengan sebaik-baiknya, ibarat menatang minyak yang penuh. Jika dibuat dengan betul, income dari Adsense boleh guna untuk bayar loan rumah!
Disamping itu, jangan lupa buat kerja-kerja pemasaran untuk program-program affiliate yang kalian sertai. Kesemua ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, In Shaa Allah boleh gantikan income dari kerja hakiki anda. Kalau nak bersara awal, dan fokus kepada buat duit online juga tak ada masalah.
Baru-baru ini, Lazada Malaysia telah mengadakan promosi jualan murah bersempena dengan tarikh istimewa, iaitu 8.8
Promosi Mega Sale 8.8 ini juga turut dijalankan oleh beberapa online shopping yang lain, seperti Shopee, Watson dan lain-lain.
Mana-mana usahawan online yang turut menggunakan platform e-commerce Lazada dan juga Shopee, anda juga mungkin menerima tempias dalam bentuk pertambahan jualan pada hari tersebut.
Saya menjangkakan pada hari tersebut, jumlah trafik yang masuk ke laman web dan juga apps Lazada dan Shopee meningkat berkali ganda berbanding kebiasaan.
Kalau selama ini anda hanya bergantung kepada platform media sosial untuk buat jualan di internet, mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan untuk menjual di Shopee dan juga Lazada.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya telahpun membaca panduan menjadi seller di Shopee dan saya boleh katakan cara untuk mula menjadi seller disitu mudah sahaja.
Saya tak bercadang untuk bercerita mengenai platform Shopee, sebabnya dalam Promosi Mega Sale 8.8 kali ini saya hanya beli barang menerusi Lazada.
Sebelum buat pembelian tu saya telahpun lakukan beberapa langkah yang biasa diambil oleh pengguna yang bijak.
Ya, saya telah lakukan perbandingan harga. Setelah membuat perbandingan harga di Shopee dan juga Lazada, dan meneliti semua seller yang menjual produk yang saya mahukan, akhirnya saya pilih untuk shopping di Lazada sahaja. (lagipun saya ada jumpa voucher bernilai RM566 dan RM633 di Lazada)
Promosi mega sale kali ini agak istimewa, sebabnya beberapa hari sebelumnya saya ada menerima kredit tunai dari e-PENJANA sebanyak RM50. Kredit ini saya tebus melalui akaun e-wallet Touch n Go.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kredit ini akan expired pada 30 September 2020. Kalau tak pakai, atau tak habis pakai ia akan burn begitu sahaja. Sebelum ini, masa zaman Pakatan Harapan memerintah, saya pernah dapat kredit seperti ini dari Kerajaan Malaysia, dan ada baki yang saya tak sempat guna. Kali ini saya berazam untuk habiskan semua.
Baiklah, jadi saya pun nak ambik peluang ini untuk beli jam tangan G-Shock yang baru. Kebiasaannya, sebelum saya buat keputusan untuk beli, saya akan buat perbandingan harga antara beberapa seller dibawah ini.
Memandangkan kesemua seller ini jual jam G-Shock Original, jadi saya akan pilih mana-mana satu yang boleh berikan harga paling menjimatkan.
By the way, selain pilih seller yang mampu bagi harga paling murah, saya juga akan lihat review dan komen-komen dari pembeli terdahulu juga. Kemudian saya akan chat dulu dengan seller untuk minta mereka hantarkan beberapa keping gambar produk (real picture) untuk saya buat penilaian seterusnya. Bila dah yakin baru buat tempahan dan bayar.
Tahukah anda, selain menunggu Lazada buat Mega Sale, masih terdapat beberapa lagi cara untuk dapatkan lebih penjimatan apabila membeli belah di platform tersebut.
Bagaimana caranya? Biar saya kongsikan kepada anda.
Dapatkan voucher Free Shipping
Harga yang anda lihat pada listing kebiasaannya bukan harga akhir yang perlu dibayar. Ia masih belum campur dengan caj penghantaran.
Ada barang yang caj penghantarannya agak mahal, dan ada yang murah. Kadang-kadang caj penghantaran ini memang boleh buatkan kita jadi hilang minat untuk terus buat pembelian.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau nak jimat duit bila membeli-belah di Lazada, pastikan anda tebus terlebih dahulu voucher untuk penghantaran percuma. Voucher ini agak limited, jadi kena selalu cek untuk tengok sama ada masih ada lagi atau tidak.
Tebus voucher kedai
Seterusnya adalah tebus voucher promosi yang dikeluarkan oleh seller tersebut. Anda kena follow beberapa kedai sebab bukan semua akan berikan promosi tambahan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Apabila anda klik pada tab voucher, dekat situ ada macam-macam seller yang tawarkan voucher diskaun. Boleh scroll down sampai anda jumpa seller yang anda rasa berkenan, atau kalau nak ambil semua pun boleh.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tahu kan cara nak collect voucher ni semua? Ya betul. Tekan sahaja pada butang collect tersebut.
Pilih kaedah bayaran yang memberikan cash back tambahan
Dalam contoh ini saya nak tunjuk tentang cash back yang bakal anda terima apabila bayar melalui e-wallet touch n go. Sila lihat dibawah ini ya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dengan pembelian minima sebanyak RM15 anda layak untuk memperolehi cash back sebanyak RM3.
Voucher Lazada bernilai RM566 dan RM633!
Biasalah masa tu saya tengah tak buat apa-apa. Sambil-sambil tunggu masuk jam 12 malam, untuk Promosi Mega Sale 8.8, saya pun browse through senarai voucher yang ada.
Ini first time saya jumpa ada seller yang gila, yang bagi voucher sebegitu banyak.
Voucher ini dikeluarkan oleh kedai bernama Benkeshop dan Yuemutshop. Kedua-dua seller ini adalah seller dari luar negara.
Benkeshop – RM566
Yuemutshop- RM633
Memandangkan pada waktu tu, saya ada masa terluang, maka saya pun lakukan beberapa eksperimen.
Saya nak tahu, dengan voucher sebanyak RM566 berapa banyak jam tangan jenama G-Shock yang saya boleh beli.
Bawah ini adalah hasilnya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Seingat saya, saya ambil masa hampir satu jam untuk lihat senarai produk yang seller ini jual dan buat process mix and match bagi mengetahui berapa banyak penjimatan yang boleh saya terima.
Jumlah yang perlu dibayar adalah RM61.20
Dengan RM61.20 saya boleh dapat 4 buah jam tangan G-Shock dibawah. Hanya 3 buah jam yang perlu dibayar, satu lagi dapat percuma.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Untung sangat ni! Kan? Ada model Mud Master, G-Squad pun ada. Wow!
Kalaulah jam yang kedai ni jual adalah original, saya pasti tak teragak-agak untuk buat bayaran.
Ingat lagi kan, saya ada kata sebelum ni yang saya ada e-penjana sebanyak RM50. Kalau saya pilih untuk bayar menggunakan e-wallet Touch n Go, saya sebenarnya hanya perlu tambah duit sendiri sebanyak RM11.20 sahaja.
Seolah-olah seperti saya bayar RM11.20 untuk beli 4 jam tangan jenama G-Shock.
Saya ada buat pembacaan terhadap listing kedai ini, namun tak ada indikasi yang menunjukkan kedai atau seller ini jual produk original. Saya juga kurang yakin dengan seller ini, atas beberapa sebab. Antaranya
Nama Produk
Nama produk dieja dengan ejaan yang salah.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya tak rasa ini adalah kesilapan menaip, tapi lebih kepada memang sengaja ditulis sedemikian rupa.
Casio dieja dengan ejaan Casioss
G-Shock ditulis sebagai G-Shockss
Jelas nama produk itu ditulis menggunakan perisian penterjemahan seperti Google Translate. Sebab tu ada perkataan “solar yang sukar” untuk merujuk kepada istilah Tough Solar.
Tiada gambar sebenar produk
Seller hanya tunjuk gambar mock up yang biasa digunakan bagi tujuan promosi. Kalau semata-mata guna gambar seperti ini, kita tak boleh buat penilaian langsung.
Tiada review
Buat masa ini belum ada sesiapa yang beli dari seller tersebut. Itu sebabnya tak ada sebarang review untuk seller ini. Ada ke sesiapa yang berani ambil risiko untuk beli dari seller ini?
Ship from overseas
Barang ini dihantar dari luar negara. Saya kena tunggu hampir sebulan untuk dapat jam ini kalau saya beli. Selepas hampir sebulan, saya pasti mula hilang rasa teruja nak dapatkan jam tersebut.
Product description yang meragukan
Seller tak sebut tentang fungsi-fungsi lain yang terdapat pada jam tangan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Untuk brand atau jenama jam, hanya diletakkan istilah OEM atau merujuk kepada Original Equipment Manufacturer. Kalau produk Original, seller akan terus letak jenama sebagai Casio G-Shock.
Harga murah luar biasa
Kita boleh rujuk di laman web rasmi untuk mengetahui berapakah harga yang dicadangkan bagi jam model tersebut. Kalau lebih murah sekalipun, ia tak seharusnya terlalu jauh beza.
Oleh yang demikian, jangan terlalu cepat teruja apabila dihidangkan dengan tawaran harga yang murah. Melainkan anda jenis yang tak kisah kalau dapat barang yang tak ada kualiti dan palsu.
Ada ke orang akan beli tanpa guna voucher?
Saya mula merasakan yang seller ini sengaja berikan voucher yang tinggi sebab ini merupakan strategi mereka untuk jual lebih dari satu jam kepada seorang pelanggan.
RM61.20 boleh dapat 4 buah jam tangan.
Bermakna satu jam harganya jatuh kepada RM15.30 sahaja.
Lebih kurang macam harga jam di pasar malam sahaja, kan?
Bagaimana kalau ada pelanggan yang tak tahu atau tak perasan tentang voucher?
Saya rasa perkara ini hampir tak mungkin berlaku, tapi sekadar untuk sembang kosong, dan kalau ada yang terus bayar harga jam, bermakna seller ini dapat untung yang sangat banyak menjual barangan yang belum tentu original!
Oleh sebab itu, sebagai pengguna, kenalah berhati-hati dan sentiasa baca penerangan. Beli sesuatu barangan dengan ilmu, dan kalau nak reject barangan tersebut juga, kena dengan ilmu.
Kesudahannya? Saya pun tak beli jam tersebut. Item masih lagi ada dalam shopping cart bagi memudahkan saya monitor pergerakkan harga jam tersebut.
Saya nak tengok, adakah satu hari nanti seller ini akan turunkan harga setiap jam yang dijual atau dia akan maintain dengan strategi bagi voucher diskaun melampau tinggi tak masuk akal. Saya tak pernah lagi jumpa strategi menjual seperti ini sebelum ini, dan saya rasakan ianya agak menarik untuk saya kongsikan disini.
Most likely, saya akan biar sahaja voucher yang saya collect ini expired dengan sendirinya. (ha3)
Kerjaya sebagai penulis adalah kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Tiada sebarang halangan atau syarat yang ketat untuk anda mulakan karier anda sebagai penulis.
Kenapa saya kata semua orang boleh jadi penulis? Simple. Kemahiran menulis ini telah diajarkan kepada kita sejak kita dibangku sekolah lagi. Ilmu asas-asas menulis ini sepatutnya sudah ada dalam diri setiap orang.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Jika anda sudah berada dalam bidang ini, tahniah saya ucapkan dan semoga anda akan terus sukses dan memberi sumbangan kepada masyarakat melalui penulisan yang telah anda hasilkan.
Namun, kalau anda masih belum pernah masuk bidang ini, anda mungkin tak perasan yang sebenarnya anda mempunyai bakat yang besar dan mampu untuk pergi jauh menerusi bidang ini.
Kali ini saya akan senaraikan beberapa petanda, yang mungkin ada pada anda, yang boleh dijadikan penanda aras bahawa sebenarnya anda mampu jadi seorang penulis yang bagus.
Menulis ini sebenarnya adalah satu kemahiran yang kita boleh perbaiki dari masa ke masa. Lagi banyak karya penulisan yang anda telah hasilkan, maka anda akan jadi semakin mahir. Tak ada orang yang terus jadi bagus pada percubaan kali pertama.
Justeru, kita tak perlu rasa rendah diri dan tertekan kalau karya kita yang pertama tak cukup baik. Jika anda menulis di blog misalnya, anda boleh upgrade penulisan tersebut dari masa ke masa, sekiranya anda mempunyai info baru untuk ditambah pada artikel.
Khas buat mereka yang baru nak masuk dalam bidang ini, atau yang masih tak sure sama ada nak jadi penulis atau tidak, cuba perhatikan point dibawah. Jika ada pada anda, saya kira anda telah mensia-siakan bakat terpendam yang ada pada anda, kalau sampai sekarang anda masih belum mula menulis.
Tak rugi jadi penulis ni tau. Sebabnya kalau dibuat dengan betul, ia juga boleh dijadikan punca pendapatan dan satu hari nanti anda boleh bersara dan fokus sahaja kepada kerja-kerja menulis.
Tanpa membuang lebih banyak masa, mari saya tunjukkan antara petanda yang anda sebenarnya adalah seorang penulis yang bagus!
1. Anda seorang yang celik tatabahasa
Pertama sekali, saya nak mula bercerita mengenai aspek tatabahasa. Seorang penulis yang bagus memahami peraturan tatabahasa, tahu membina struktur ayat yang betul dan cara untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan penggunaan perkataan yang sesuai.
Pada masa yang sama, dia juga tahu bagaimana untuk langgar kesemua peraturan ini tanpa merosakkan mesej sebenar yang ingin disampaikan.
Ada masa kita perlu ikut peraturan tatabahasa dan ada masanya kita perlu langgar. Bergantung kepada keperluan dan jenis penulisan yang bakal dihasilkan. Selain itu, kita juga perlu ambil kira, siapakan target audience bagi hasil karya yang kita hasilkan.
Jika penulisan ini adalah untuk pembaca di media sosial, kebiasaannya penggunaan ayat dan bahasa yang lebih santai akan digunakan. Apa yang penting, mesej yang hendak disampaikan itu sampai kepada target audience.
2. Anda mempunyai banyak idea tentang sesuatu isu
Apabila masyarakat digemparkan dengan sesuatu isu, anda adalah antara individu yang mampu untuk beri pendapat dan pandangan yang berbeza berbanding majoriti.
Anda mempunyai cara fikir yang tersendiri dan kesannya anda mampu untuk beri ulasan yang berbeza.
Bukan itu sahaja, anda juga adalah seorang yang gemar melontarkan idea-idea bagi memberi solusi kepada sesuatu masalah. Ketika orang lain terlalu fokus terhadap masalah yang sedang berlaku, anda lebih terkehadapan apabila sudah mula melontarkan idea-idea bernas.
Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang begini, iaitu orang yang mempunyai banyak idea, saya percaya anda akan mampu hasilkan penulisan yang berkualiti tinggi.
3. Anda seorang yang suka membaca
Seorang penulis yang bagus juga adalah seorang pembaca yang bagus.
Orang yang banyak membaca sudah tentu mampu untuk membezakan antara karya hasil penulis yang bagus dengan penulis yang biasa-biasa. Kalau hasil karya penulis yang bagus, kita boleh baca karyanya dengan lancar.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tapi kalau penulis yang biasa-biasa, kadang-kadang kita rasa susah nak faham apa yang dia cuba sampaikan. Penulis tersebut cenderung untuk gunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit, sedangkan mesejnya boleh disampaikan melalui bahasa yang lebih ringkas.
Oleh itu, jika anda banyak membaca dan mampu untuk membezakan antara karya bagus dengan yang kurang bagus, bermakna anda juga mampu untuk jadi penulis yang bagus.
Ketika menulis nanti, elakkan daripada menghasilkan penulisan yang hampir sama dengan karya penulis yang tak berapa bagus yang anda pernah baca sebelum ini. Jangan ulang kesilapan penulis tersebut.
4. Ada orang suka minta anda betulkan atau buatkan ayat
Perkara ini mungkin selalu terjadi kepada anda terutama sekali ditempat kerja.
Ada rakan sekerja yang akan minta anda untuk semak terlebih dahulu apa-apa surat ataupun emel sebelum dihantar kepada penerima. Mereka akan rasa lebih yakin, dengan ayat-ayat yang anda betulkan berbanding ayat mereka sendiri.
Mungkin juga ada rakan pejabat yang puji, “guna ayat awak lebih sedap.”
5. Ada orang minta anda menulis tentang apa sahaja
Pernah tak anda dihubungi oleh seseorang yang meminta anda menulis tentang sesuatu perkara.
Boleh jadi dia nak minta anda menulis tentang produk yang dia jual, bisnes homestay yang dia sedang jalankan atau apa sahaja. Kalau sampai tahap ada orang minta anda menulis tentang sesuatu, bermakna anda sudah berada dalam satu tahap yang baik dalam bidang penulisan.
Sekiranya anda berada dalam bidang ini agak lama, satu masa nanti anda juga akan mula mendapat tawaran-tawaran untuk menulis di majalah, surat khabar atau laman web. Oh sudah tentu, tawaran seperti ini akan datang bersama dengan bayaran.
6. Anda mampu menulis dengan pantas
Bukan semua orang mampu untuk menulis dengan pantas. Ada sesetengah orang, nak tulis perenggan pertama pun ambil masa sampai berhari-hari.
Kemudian bila dah terlalu lama tangguh kerja, sebab tersangkut pada fasa untuk menulis perenggan pertama, akhirnya dia mula melupakan hasrat untuk menulis.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Tapi anda tak begitu.
Untuk hasilkan satu artikel yang mengandungi 2,000 patah perkataan, yang lengkap dengan fakta dan hasil kajian, anda cuma perlukan 2-3 jam sahaja. Itu sangat cepat, dan anda berada di landasan yang betul untuk jadi seorang penulis yang bagus.
Bila saya kata tentang kemampuan menulis dengan pantas, saya bukan merujuk kepada kepantasan anda menaip semata-mata.
Orang yang mampu menaip dengan pantas, belum tentu dia mampu untuk menghasilkan karya penulisan dengan pantas juga.
7. Orang suka membaca apa yang anda tulis
Anda bukan syok sendiri apabila menulis.
Pembaca yang membaca hasil karya anda ada ramai yang mengucapkan terima kasih kerana anda sudi berkongsi maklumat dan informasi melalui penulisan anda.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Untuk artikel yang diterbitkan di media sosial, anda sendiri boleh lihat betapa ramainya yang menekan butang like.
8. Orang kongsi artikel anda dan ada juga yang quote ayat yang anda hasilkan
Perkara ini lebih mudah untuk kita perhatikan terutama sekali apabila kita menulis di media sosial.
Setiap kali anda publish satu penulisan yang baru, cuba perhatikan berapa ramai yang akan share, like, komen dan sebagainya.
Bila kita sudah ada peminat, pada masa itu kita tak perlu risau lagi mengenai reach yang rendah, kalau-kalau kita ada letak link dalam posting.
Waktu ini orang ramai, iaitu follower anda sendiri yang akan cari anda, buka profile anda semata-mata sebab nak baca karya terkini yang anda hasilkan.
Adakalanya, orang akan quote apa yang anda pernah tulis dan akan menjadikan kata-kata anda sebagai hujah.
9. Anda suka menulis
Memang susah nak jadi penulis yang bagus kalau orang tersebut benci menulis.
Hanya orang yang suka dengan bidang penulisan sahaja yang akan jadi penulis yang bagus.
Dia tak rasa seperti dipaksa-paksa untuk menulis.
Dia tetap menulis walaupun tak ada siapa yang baca apa yang dia tulis.
Dia terus menulis walaupun tiada bayaran diterima.
Kalau anda seorang yang suka menulis, maka perbanyakkanlah karya penulisan anda. Satu lagi, janganlah simpan karya tersebut hanya untuk bacaan anda secara peribadi. Kongsikan kepada orang ramai, supaya orang lain juga boleh dapat manfaat.
Mulakan dengan niat untuk memberi manfaat kepada orang ramai, dan seterusnya In Shaa Allah melalui karya yang pernah anda hasilkan, anda pula akan dapat manfaat. Biasanya dalam bentuk duit, kenalan baru dan lain-lain.
10. Orang sanggup bayar untuk baca penulisan anda
Anda boleh tahu sejauh mana orang suka dengan penulisan anda, dengan melihat sama ada mereka sanggup bayar atau tidak untuk baca karya anda.
Cubalah tulis buku dan jual. Lihat berapa ramai yang ingin membeli.
Ataupun kalau anda tak berani ambil risiko kerugian yang terlalu besar, boleh mulakan dengan menerbitkan ebook. Kos untuk terbitkan ebook adalah percuma sahaja.
Anda hanya perlu menulis seperti biasa menggunakan microsoft word, kemudian bila dah siap, boleh convert kepada format pdf. Untuk platform jualan, anda boleh gunakan laman web Shopee.
Sila lihat contoh dibawah, dimana ada seller di Shopee yang menjual ebook.
11. Mampu untuk menerima kritikan dan perbaiki diri
Tiada individu yang tidak melakukan kesilapan. Termasuklah penulis.
Bila dah buat silap, dan kena kritik, akui kesilapan dan perbaiki diri. Tak perlu nak pertahankan perkara yang salah, sebab ia hanya menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang ego.
Bergantung kepada jenis kesilapan juga. Kalau memang kita betul-betul tersilap, kita tak perlu panjang-panjangkan isu. Minta maaf dan perbaiki kesilapan itu sudah cukup. Masa untuk move on.
Tapi kalau orang yang mengkritik tu sebenarnya adalah orang yang benci kepada anda, sengaja cari pasal, maka individu seperti ini kita boleh abaikan sahaja.
Ya, jangan tak tahu, satu masa nanti bila anda sudah makin popular, anda juga akan dapat haters. Tapi itu bukanlah satu topik yang penting sangat.
Baiklah, saya harap dengan perkongsian kali ini, dapat menjawab persoalan yang ada dalam diri anda, sama ada anda bakal jadi seorang penulis yang bagus atau tidak.
Pernah tak anda terfikir, kenapa bisnes multi level marketing sering dipandang negatif oleh masyarakat kita?
Pada mulanya, saya menjangkakan persepsi negatif terhadap bisnes MLM ini hanya ada dalam kalangan penduduk di Malaysia sahaja, rupa-rupanya bila saya buat lebih banyak pembacaan, boleh dikatakan satu dunia mempunyai rasa kurang senang dengan model perniagaan seperti ini.
Ya, bukan kat Malaysia je yang anti dengan bisnes seperti ini.
Satu masa dulu saya juga berpandangan sedemikian. Kalau dah namanya bisnes MLM, lebih baik jauhkan diri. Saya juga pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap bisnes ini.
Kemudian saya mula membaca lebih banyak buku-buku dan artikel di internet yang membicarakan tentang bisnes MLM. Mereka yang tak suka bisnes MLM ada hujahnya, manakala mereka yang meminati bisnes seperti ini juga mempunyai hujah.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau sekadar berhujah, saya kira ianya tak memberikan sebarang kebaikkan kepada saya. Jadi, pada satu hari saya mula memberanikan diri untuk sertai bisnes MLM. Saya ingin dapatkan pengalaman secara first hand, apa itu sebenarnya bisnes MLM.
Sekarang ini, bila diingatkan semula, saya rasa bisnes yang saya join dulu tu sebenarnya adalah skim piramid sahaja.
Syarikat tersebut juga dah tak wujud sekarang ini. Pada tahun tersebut, memang banyak program-program seperti ini diwujudkan dan targetnya adalah kelompok pelajar universiti.
Banyak juga yang saya dengar pengalaman tersungkur disebabkan skim cepat kaya dalam kalangan pelajar. Akhirnya, bisnes tak ke mana, belajar tak habis dan diri sendiri menanggung hutang yang banyak.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya terpanggil untuk menulis tentang bisnes ini. Kalau boleh saya nak salurkan ilmu dan fakta yang tepat mengenai bisnes ini.
Diluar sana terdapat individu yang gemar menggunakan nama bisnes MLM dengan cara yang salah. Bisnes yang betul juga boleh jadi tunggang terbalik, apabila ada percubaan untuk memanipulasi sistem pemasaran. In Shaa Allah bila ada ilmu, kita tak mudah dipengarui dan tertipu dengan sebarang muslihat, yang akhirnya akan menyusahkan kita kembali.
Satu lagi yang saya nak anda tahu, bisnes MLM ini juga ada yang bagus. Janganlah kerana kebencian anda terhadap para penipu yang mencemarkan nama MLM, membuatkan anda terlepas peluang yang baik yang ada didepan mata.
Memetik kata-kata salah seorang leader dalam bisnes MLM yang saya sertai, Dr Tengku Asmadi, “… kita tolak sesuatu peluang bisnes biar dengan ILMU, dan kalau kita nak buat sesuatu bisnes itu juga biar dengan ILMU.”
Pada kesempatan kali ini, saya nak kongsikan antara salah faham yang sering berlaku apabila kita membicarakan soal menjana pendapatan menerusi bisnes berkonsepkan Multi Level Marketing.
1. Bisnes MLM adalah sama dengan skim piramid
Apakah terdapat persamaan antara bisnes MLM dengan skim piramid? Ya memang ada, dan persamaan tersebut adalah pada bentuk piramid yang membentuk struktur organisasi.
Bentuk piramid ini sebenarnya boleh dilihat dalam banyak organisasi, dan ia tidak terhad hanya pada bisnes MLM semata-mata.
Kalau dalam syarikat swasta, kita boleh lihat dalam carta organisasi ada CEO atau Managing Director berada pada level paling atas. Kemudian diikuti oleh barisan pegawai, manager, supervisor dan sebagainya. Orang yang dibawah akan bekerja mengikut job scope masing-masing, namun dari segi hasil, orang yang diatas akan dapat bayaran paling tinggi.
Kita lihat dalam institusi kerajaan pula, yang mana kita ada Perdana Menteri diatas. Kemudian dibawahnya adalah barisan kabinet yang terdiri daripada menteri dan timbalan menteri.
Kalau yang menjadi isu adalah semata-mata pada bentuk piramid yang membentuk sistem organisasi, ketahuilah bahawa bentuk dan struktur sedemikian ada dimana-mana.
Justeru, tak perlulah anda terlalu takut dengan bentuk piramid.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Berbalik kepada bisnes MLM. Dalam bisnes ini, setiap orang ada peluang untuk mencapai jawatan dan pangkat yang paling tinggi. Saya kata “ada peluang” dan bukannya dijamin tau. Untuk capai tahap paling tinggi, ia tidak bergantung semata-mata kepada berapa lama telah berkhidmat, hubungan yang baik dengan orang yang lebih senior (guna kabel) dan paling penting tak perlu nak main politik.
Anda buat kerja dengan tekun, terus berkongsi tentang bisnes, anda akan capai tahap tertinggi yang boleh dicapai dalam bisnes tersebut.
Katakanlah dalam bisnes tersebut tahap paling tinggi dikenali dengan nama Imperial Master. Asalkan anda dah cukup syarat, anda boleh capai posisi tersebut, tak kiralah berapa lama sekalipun masa yang anda perlukan.
2. Bisnes MLM adalah satu penipuan
Bisnes MLM adalah satu bentuk perniagaan yang sah. Kalau di Malaysia, bisnes ini dilesenkan dan dikawalselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau singkatannya KPDNHEP.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Untuk pengetahuan anda, orang ramai boleh layari laman web KPDNHEP untuk buat semakan status sesebuah syarikat yang beroperasi menggunakan strategi pemasaran berbilang peringkat. Sebagai contoh lihat pada screenshot diatas. Anda boleh layari pautan berikut https://www.kpdnhep.gov.my/ms/
Jika syarikat yang anda ingin sertai tidak tersenarai disitu, maka sila ambil langkah berhati-hati. Besar kemungkinan, ia mungkin satu penipuan.
Syarikat MLM yang sah mempunyai produk yang berkualiti tinggi untuk dipasarkan. Hanya produk yang berkualiti tinggi sahaja yang mampu memastikan bisnes dapat bertahan lama dan mampu pergi ke peringkat global. Syarikat tak akan dapat bertahan kalau sekadar bergantung harap kepada pelan pemasaran yang menawarkan pulangan yang lumayan.
Kena ingat, pengguna bukan bodoh. Kalau sekali dia beli produk, dan dia dapati produk tersebut langsung tak berguna, dia tak akan buat pembelian ulangan.
Syarikat MLM yang SAH juga tidak teragak-agak untuk mendedahkan siapakah yang bertanggungjawab menghasilkan produk mereka. Misalnya maklumat seperti siapa yang buat kajian produk, kilang yang mana satu yang hasilkan produk dan sebagainya.
Kemudian, jika anda rajin, anda juga boleh baca hasil-hasil kajian dan jurnal berkaitan dengan produk keluaran syarikat. Kesemua maklumat ini mudah diperolehi, hanya dengan membuat carian di Google.
Apa yang penting, jika syarikat mengeluarkan produk kosmetik, ia tak sama kualiti seperti produk timbang kilo yang diperkenalkan oleh founder produk, yang banyak jual di media sosial.
3. Bisnes MLM kena cari orang
Kebiasaannya, orang yang sebut pasal “kena cari orang ke?” adalah orang yang baru pertama kali lakukan bisnes. Boleh jadi, selama ini dalam seumur hidupnya, dia tak pernah lagi buat sebarang bisnes.
Saya ada satu rahsia nak kongsikan kepada anda. Rahsia ini, hanya orang-orang yang berbisnes, atau yang ada pengalaman buat bisnes sahaja yang tahu. Nak tahu apa dia?
Rahsia kejayaan sesebuah perniagaan adalah “jualan”. Daripada jualan, kita boleh lihat berapa sebenarnya keuntungan yang berjaya dihasilkan, setelah kita ambil kira segala kos-kos yang terlibat dalam membuat jualan.
Kalau anda rasakan bisnes MLM ini tak menarik, sebab kena cari-cari orang (actually kena buat jualan), maka untuk pengetahuan anda, semua bisnes di luar sana kena cari pelanggan dan kena buat jualan.
Kalau anda masih belum bersedia nak buat sebarang bisnes, sebab kena buat jualan, its okay. Tak perlu tergesa-gesa nak terus terjun dalam bidang ini. Take your time, as much as you want, untuk persiapkan diri anda dengan pengetahuan dan ilmu perniagaan.
4. Bisnes akan runtuh apabila pasaran telah tepu
Satu lagi perkara yang sering membuatkan orang ramai risau untuk sertai bisnes network marketing adalah isu tentang pasaran akan tepu.
Apabila semua orang dah join, maka lepas ini dah tak ada sesiapa lagi yang akan sertai bisnes ini.
Katakanlah, dalam bisnes ini setiap orang hanya perlu cari dua orang sahaja. Setiap dua orang yang kita dapat itu pula akan buat perkara yang sama, maka dari segi matematik, perkembangan rangkaian kita akan kelihatan seperti berikut.
2
4
8
16
32
64
128
Jumlah ini kalau kita teruskan, (terus darab dengan 2) ia akan mencapai jumlah jutaan manusia.
Cara fikir seperti ini ada benarnya, namun hakikatnya ia tak semestinya akan berlaku sedemikian rupa. Orang yang tak pernah buat bisnes cenderung untuk menganggap ini adalah satu-satunya kebenaran yang perlu dipegang oleh setiap orang.
Biar saya jelaskan, kenapa pemikiran seperti ini sebenarnya tidak begitu tepat.
i. Walaubagaimana hebat dan bagus sesuatu produk, pasti ada individu yang tak akan menggunakannya
Orang tersebut memang tak akan jadi pengguna produk tersebut. Kita katalah macam mana bagus sekalipun dia tetap tak akan jadi pengguna. Nak contoh? How about kita cuba jual cincin kepada orang yang kudung kedua-dua belah tangannya.
ii. Bukan semua orang yang join syarikat MLM sebagai member akan berminat untuk buat bisnes
Saya dah jumpa banyak orang yang minat nak join sebab nak jadi consumer sahaja. Dia tak minat pun nak buat bisnes.
iii. Ada individu yang hangat-hangat tahi ayam
Anda ingat bila join network marketing, rangkaian anda pasti akan berkembang seperti dalam teori? Sudah tentulah tidak, sebab ada kebarangkalian, orang yang join tu cuma semangat pada peringkat awal sahaja. Bila dia sedar, dalam bisnes ini dia kena buat kerja, dia jadi malas dan terus tinggalkan bisnes ini.
Ataupun sebab dia ada peluang lain yang lebih menarik, mungkin dia sakit, meninggal dunia dan sebagainya. Ada banyak kemungkinan yang menyebabkan rangkaian tak berkembang dengan sihat.
iv. Tiada siapa yang betul-betul tahu berapakah jumlah sebenar manusia di dunia ini
Setiap hari akan ada kelahiran baru.
Setiap hari juga akan ada seseorang yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-18.
Jangka hayat manusia juga kita tak boleh ramal akan berakhir pada usia berapa.
Kita cuma boleh buat anggaran, ok.. penduduk Malaysia ini ada 30 juta orang misalnya. Tapi saban tahun, jumlah ini makin bertambah, disebabkan kadar kelahiran yang makin bertambah dan tahap kesihatan yang semakin baik. Melainkan kalau berlaku satu wabak yang menyebabkan ramai orang meninggal dunia dalam satu-satu masa. (nauzubillah hi min zalik)
v. Anda tak tau ke ada syarikat MLM yang dah wujud sejak tahun 1886 (Avon) dan sampai ke hari ini, pasaran masih tetap belum tepu dengan produk mereka
Apa dah jadi dengan hujah pasaran akan tepu? Ketika anda berpegang pada hujah pasaran akan tepu, diluar sana ada individu yang gigih berusaha membangunkan bisnes ini.
Sebenarnya, formula setiap orang hanya perlu cari dua orang, hanyalah bagi tujuan memudahkan pemahaman ahli baru dan menunjukkan bahawa bisnes ini tidak begitu sukar untuk dijalankan. Ketika membuat penerangan, kita cuma minta anda buat perkara yang sangat minima, iaitu dapatkan dua orang pelanggan (atau downline) sahaja.
Cuba bayangkan situasi ini. Anda buat satu bisnes, dan anda cuma perlu dapatkan dua orang pelanggan sahaja. Let say, bisnes ini anda bakal jalankan selama 10 tahun, dan dalam masa 10 tahun itu anda hanya perlu dapat dua orang pelanggan sahaja.
Susah ke senang?
Saya takkan kata bisnes ini senang, sebab setiap orang lain cabarannya. Apa yang saya boleh katakan, kalau sekadar dapatkan dua orang, ianya tak mustahil untuk dilakukan. Cepat atau lambat, asalkan berusaha, In Shaa Allah boleh dapat. Itupun kalau anda benar-benar serius dengan bisnes ini.
Walaupun anda cuma dapatkan dua pelanggan, anda masih tetap ada bisnes dan bisnes anda boleh berjalan seperti biasa.
Bandingkan dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. Cukupkah sekadar dapatkan dua orang pelanggan? Sudah tentulah jawapannya tak cukup.
Menariknya dengan bisnes MLM ini, dari dua pelanggan yang anda perolehi, ia berkembang menjadi 4, 8,16 dan pelanggan seterusnya.
For the sake of arguments, katakanlah satu hari nanti semua orang dah join bisnes ini. Kita dah tak jumpa lagi walaupun seorang yang masih belum sertai syarikat.
Pada waktu itu, adakah bisnes ini akan runtuh? Besar kemungkinan TIDAK runtuh, selagi mana pengguna masih yakin dan berpuas hati dengan produk.
Ingat lagi kan, saya ada sebut bukan semua orang yang daftar sebagai ahli akan jadi distributor. Ada juga yang hanya nak jadi pengguna, sebab dia berpuas hati terhadap produk yang digunakan. Mereka ini akan terus guna produk, menyokong syarikat, dan menghasilkan pendapatan yang berterusan kepada perniagaan kita.
Ini merupaka satu ciri yang membezakan antara bisnes MLM dengan skim piramid. Kalau skim piramid, ia cuma target duit dari penyertaan individu tersebut. Sebaliknya, dengan bisnes MLM yang sah kita mensasarkan untuk bina hubungan perniagaan yang berterusan. Kita mahu orang ramai terus menerus menjadi pengguna setia produk syarikat.
5. Bila join bisnes MLM kawan-kawan dan saudara mara akan menjauhkan diri
Ini satu lagi ketakutan dan salah faham yang sering bermain difikiran.
Lepas saudara mara atau kawan-kawan tahu yang kita buat MLM, kita akan terus kena pulau. Mereka bimbang, kalau-kalau kita akan paksa mereka untuk join juga.
Saya berpendapat, ini semua berpunca daripada kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang lama yang terlebih dahulu join bisnes ini.
Boleh jadi mereka terlebih excited nak buat duit sebanyak yang mungkin hingga sanggup buat apa sahaja untuk penuhkan orang dalam rangkaiannya. Termasuklah menjadikan ahli keluarga, saudara mara, jiran-jiran dan orang terdekat sebagai sasaran.
Mungkin ada seseorang yang menyuruh anda buat perkara seperti ini. Senaraikan 100 nama yang anda kenal untuk dijadikan prospek.
Kemudian hubungi mereka, untuk kita ceritakan tentang peluang bisnes ini. Selepas dah hubungi, cari cara untuk bawa mereka ke sesi preview, sama ada mereka tahu atau tidak, dan seterusnya follow up dan pujuk mereka sampai mereka setuju untuk join.
Ini adalah resipi untuk gagal dalam bisnes. In fact, bukan sahaja bisnes ini, malahan tak kira apa bisnes sekalipun, jika anda mencari prospek dengan kaedah ini, bisnes anda pasti akan gagal.
Siapakah yang layak untuk kita jadikan sebagai prospek? Kalau ada yang kata kepada anda, semua orang adalah prospek, ketahuilah bahawa anda sebenarnya sedang mendengar nasihat tak berguna dari individu yang sebenarnya tak tahu apa yang dia katakan.
Bukan semua orang adalah prospek. Ya, kita boleh bercerita kepada semua orang, jika diizinkan, namun untuk mengatakan semua orang adalah prospek adalah kurang tepat.
Prospek yang bagus adalah seseorang yang mempunyai masalah tertentu.
Prospek yang bagus juga adalah individu yang mempunyai keperluan (needs) dan kemahuan (wants) yang boleh kita penuhi.
Itu baru dinamakan prospek. Kalau orang tu memang sedang mencari peluang bisnes, haa… individu macam ini memang sangat sesuai kita jadikan prospek.
Tapi kalau orang yang memang dah kaya raya, macam taikun besar dekat Malaysia ni, tak kan mereka pun kita nak anggap sebagai prospek. Well good luck.
6. Bisnes ini hanya akan mengkayakan orang atas
Dalam bisnes MLM akan ada konsep membina rangkaian dan juga upline downline.
Bila kita baru pertama kali join, kita akan jadi downline kepada orang yang memperkenalkan kita dengan bisnes ini.
Kemudian bila kita mula mempromosikan bisnes ini, dan seseorang minat untuk join, waktu itu kita pula yang akan jadi upline.
Begitulah resmi bisnes ini. Kita bermula dari bawah, tanpa ada seorang pun downline, kemudian selepas kita berusaha, kita akan mula dapat pelanggan yang minat dengan produk dan juga bisnes kita. Orang itu pula akan jadi downline kita.
Sesetengah orang, dia tak nak join sebab tak nak mengkayakan orang yang diatas.
Perkara ini agak klise, sebabnya saya boleh katakan, setiap hari apabila kita berbelanja, kita memang sedang mengkayakan seseorang yang berada diatas.
Kita beli burger di restoran fast food, seseorang yang berada diatas akan jadi semakin kaya.
Kita beli barang dapur dan keperluan peribadi dekat pasaraya besar dan farmasi terkemuka. Setiap bulan kita habis sehingga RM2,000 sedar tak sedar kita juga sedang mengkayakan orang atas.
Setiap hari kita bekerja dengan majikan. Kita juga sebenarnya sedang mengkayakan orang atas.
Tiba-tiba pada satu hari, ada seseorang yang anda kenal, yang hidupnya biasa-biasa dan sedang berusaha memperbaiki kehidupan, nak keluar dari masalah kewangan, dan dia mengajak anda untuk join bisnes ini, anda tolak mentah-mentah dengan memberi alasan “tak nak mengkayakan orang atas”.
Wow…
Ini memang hak anda untuk menolak dan berkata tidak. Tapi bukankah lebih manis dan cantik jika penolakkan itu sebab
i. Anda tak memerlukan produk yang dijual
ii. Produk yang anda sedang guna lebih baik berbanding produk yang dipromosikan kepada anda
iii. Produk yang anda guna lebih menjimatkan.
iv. Anda tak minat nak sertai skim cepat kaya atau skim piramid, jika betul kawan anda tu mempromosikan skim tersebut
Tapi… Anda tak nak join sebab hujah “tak nak kayakan orang atas”. Lebih kejam lagi, anda langsung tak beri peluang kepada kawan anda itu untuk menjelaskan bagaimana setiap orang boleh dapat manfaat menerusi compensation plan syarikat dengan hanya menukar beberapa jenama produk yang biasa digunakan setiap bulan.
Saya secara peribadi tak melihat bisnes ini sebagai mengkayakan orang atas, tapi lebih kepada rasa syukur sebab dari perbelanjaan kita, saya dapat bantu upline-upline yang saya kenal menjana pendapatan dan mengubah kehidupan mereka jadi lebih baik.
Upline saya orangnya baik-baik belaka. Saya tahu, mereka juga akan lakukan perkara-perkara yang baik, dari pendapatan yang dihasilkan. Lagipun, ketika saya beli barang, saya bukannya bayar lebih mahal semata-mata nak kayakan orang atas tu. Saya tetap bayar dengan harga yang sama.
Kalau upline saya boleh jadi lebih kaya, apa salahnya? At least saya kenal siapa mereka.
7. Orang yang buat MLM semata-mata sebab nak kaya cepat
Memang betul, dalam bisnes MLM memang ada orang yang jadi kaya. Orang seperti ini biasanya sudah bersama syarikat untuk satu tempoh masa yang agak lama.
Sepanjang tempoh tersebut, dia juga sudah membuat perkongsian tentang bisnes kepada ramai orang.
Jika ada kesempatan, cubalah anda slow talk dengan individu tersebut dan minta dia tunjukkan bukti pendapatan yang dia pernah hasilkan, bagi tujuan inspirasi.
Dr Tengku Asmadi pernah tunjuk bukti income yang beliau perolehi dari bisnes Atomy dalam salah satu pembentangan. Bukan sebab nak menunjuk, tapi untuk beri semangat dan meyakinkan orang, bahawa bisnes ini memang boleh buat duit.
Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, dalam bisnes ini memang kita ada peluang untuk jadi kaya. Bila cakap pasal kaya, setiap orang ada pandangan sendiri.
Ada orang, bagi dia kalau boleh dapat income RM250 setiap hari, itu dah dikira kaya.
Orang lain mungkin anggap, RM250 sehari sikit sangat, kena dapat RM1,000 sehari baru boleh dianggap kaya
Kalau yang memang biasa dapat income RM1,000 setiap hari pula, dia rasa jumlah tu biasa-biasa sahaja, dan kalau boleh dia nak income RM5,000 setiap hari
Perkara ini berkaitan dengan motif atau matlamat individu tersebut menjalankan sesuatu bisnes. Benarkah semua orang yang buat bisnes, niatnya semata-mata untuk jadi kaya.
Rasanya ia kurang tepat kalau nak pukul rata motif setiap orang.
Tapi anda juga kena tahu, buat bisnes memang boleh jadi kaya. Pada masa yang sama, buat bisnes juga boleh jadikan kita miskin papa kedana. Terutama sekali apabila bisnes kita gagal, kita dibebani dengan hutang yang bertimbun, dan macam-macam lagi komimen kewangan.
Berita baiknya ialah, untuk buat bisnes MLM modal yang diperlukan sangatlah rendah. Malahan, kalau anda sertai syarikat ini bersama saya, anda tak perlu bayar apa-apa untuk join. Dengan risiko yang begitu rendah, anda boleh mulakan bisnes… dan siapa tahu, in future anda benar-benar jadi kaya. Salah ke?
Jadi… Apa masalahnya?
Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Apa yang saya boleh katakan, ada beberapa masalah yang ada pada diri sesetengah masyarakat kita.
i. Kurang ilmu
Orang yang kurang ilmu, memang susah nak faham perkara-perkara yang diluar daripada kotak pemikiran dia. Kita terangkan macam mana sekalipun, dia tetap tak boleh nak faham. Bukan salah dia seratus peratus. Dia cuma kurang ilmu, itu sahaja. Tunggu dia belajar, cari ilmu, In Shaa Allah satu hari nanti kefahaman tu akan sampai pada dia.
ii. Malas
Spoiler alert! Bisnes ini (dan kebanyakkan bisnes diluar sana) memang tak sesuai untuk orang malas. Mereka akan cari sebab untuk tak buat dan cipta pelbagai alasan kenapa bisnes ini mustahil dan tak akan berjaya.
iii. Cemburu melihat kejayaan orang lain
Ada sesetengah orang, dia tak boleh terima bila orang lain yang ajak dia buat bisnes. Dia rasa diri dia terlebih mulia untuk jadi downline orang yang ajak dia sertai bisnes tersebut. Tapi kalau situasinya berubah, iaitu dia yang masuk dulu, mungkin dia tak ada masalah pun nak join.
Itulah misteri rezeki. Kita jumpa peluang lebih lambat berbanding kawan kita, tapi tak bermakna kita ditakdirkan untuk gagal, hanya sebab kita tahu lambat. Boleh jadi kita akan lebih berjaya, ataupun sama-sama berjaya dengan kawan yang mula-mula ajak kita join tu.
Asalkan buang la sikap cemburu dan ego tu dulu.
iv. Lebih suka mengkritik dan mengutuk
Saya ok je kalau orang nak kritik. Kalau kritikkan tu betul dan membina, apa salahnya kita terima dan perbaiki diri. Tapi ada ketikanya kita patut abaikan sahaja kritikkan yang langsung tak memberi kebaikkan ini.
Memang wujud orang yang macam ni. Bagi dia, semua tak bagus. MLM tak bagus. Affiliate marketing, jangan buat. Bisnes dropship, elakkan. Jangan main Google Adsense, income dia sikit sangat. Ye la.. semua benda bagi dia tak bagus.
Kalau kita layan orang macam ni, kita sendiri jadi pening. Bagi dia semua tak bagus. Bila tanya apa yang bagus? Apa alternatif? Tak ada cadangan pula. Maka dari situ kita boleh tahu, dia ni cuma bagus dalam bab mengkritik sahaja. Kita yang dengar kritikkan dia rasa syok la juga, tapi rupa-rupanya kita tak kemana-mana.
Oleh yang demikian, buatlah keputusan yang sewajarnya. Saya harap semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
Jika anda ingin sertai bisnes MLM tapi masih tak sure nak join syarikat mana, saya ingin mengajak anda untuk sertai bisnes yang saya join.
Baru-baru ini, Lazada telah mengadakan Promosi Mega Sale 8.8.
Pada hari promosi tersebut diadakan, ada banyak seller yang turut serta dalam kempen promosi tersebut dan menawarkan diskaun tambahan bagi produk-produk terpilih yang mereka jual.
Kalau pada hari biasa, mereka sudah tawarkan harga yang agak rendah untuk produk-produk yang mereka jual, namun pada hari tersebut, ada antara mereka yang kurangkan lagi harga.
Memandangkan pada kali ini, saya ada simpan kredit e-wallet Touch n Go yang saya claim dari e-penjana sebanyak RM50, maka saya cadang nak gunakan duit tersebut pada hari ini.
Kalau dalam posting yang lalu, saya ada kongsikan maklumat beberapa orang seller yang menjual jam G-Shock Original, antaranya
Tapi kali ini, saya memilih untuk beli dari satu seller yang baru saya jumpa. Saya jumpa seller ni secara tak sengaja semasa saya sedang buat perbandingan harga untuk model jam yang saya berkenan nak beli. Seller yang saya maksudkan ialah G People Store.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kalau anda belum pernah dengar nama seller ini, boleh teruskan pembacaan ya.
Biasanya dalam proses membuat perbandingan sebelum buat pembelian, saya akan lihat beberapa perkara
i. Adakah seller mudah dihubungi melalui sistem chat
Sebaik-baiknya kita beli dari seller yang responsif dengan sebarang pertanyaan, tak kiralah betapa remehnya soalan yang kita nak tanya.
ii. Adakah seller boleh beri kerjasama dengan memberikan gambar produk sebenar
Kebiasaannya online seller akan gunakan gambar yang sama seperti yang dikeluarkan oleh syarikat asal atau pemilik brand. Boleh jadi sebab utama kenapa mereka tak mahu guna gambar sebenar adalah
a. Mereka tidak mempunyai gambar sebenar sebab mereka ejen dropship
b. Mereka ingin elakkan seller lain curi gambar
c. Mereka jual produk tiruan dan produk sebenar tak sama seperti dalam gambar
Kalau bab nak beli jam tangan jenama G-Shock ini saya lebih suka highlight seller yang jual produk original sahaja.
Personally saya rasa agak membazir kalau beli G-Shock copy ori, tak kiralah walaupun ianya kelihatan sangat sama.
Sebabnya satu hari nanti saya akan mula rasa tak puas hati dan pasti akan beli yang original juga.
iii. Feedback dan review dari pelanggan terdahulu
Memang rasa cuak juga bila nak beli dari seller yang baru kita kenali. Saya pun tak cukup berani untuk ambil risiko. Bimbang juga la kalau terbeli dari scammer.
Bila tengok review, komen-komen semua nampak bagus, barulah berani beli.
iv. Lokasi penjual dan dari mana produk akan dihantar
Faktor lokasi produk ini akan menentukan berapa lama masa yang diperlukan untuk produk yang ditempah sampai kepada anda. Kalau seller berada di negeri yang sama dengan anda, besar kemungkinan ia hanya ambil masa 1-2 hari bekerja sahaja.
Untuk makluman anda, jam yang saya beli dari seller ini rupa-rupanya pos dari Langkawi. Anda boleh lihat alamat kat bawah ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Jam ini juga perlu melalui proses clearances dari Kastam. Mungkin sebab tu, ia ambil masa yang agak lambat untuk sampai ke tangan saya. Pada hari yang sama, saya ada beli dua jam G-Shock dari seller yang berlainan.
Jam yang beli dari All In One Hub ambil masa 3 hari bekerja sahaja untuk sampai.
Tapi dari seller ini, ambil masa 5 hari bekerja.
Mungkin atas faktor lokasi dan perlukan pelepasan dari kastam. Kalau anda juga jenis yang tak suka menunggu lama, maka kena take into consideration dimana lokasi penjual. Elakkan beli dari penjual dari luar negara, sebab ia pasti akan makan masa lebih panjang. Kena tunggu dekat sebulan pula nanti.
Tak kisahlah apa pun. Apa yang penting, jam dah selamat sampai ke tangan saya.
v. Harga yang perlu dibayar
Memang seronok kalau jam yang kita idam-idamkan boleh diperolehi dengan harga yang murah. Tapi kena berhati-hati juga sebabnya kalau harga terlalu murah, anda mungkin dapat produk tiruan.
Seller ini memberi jaminan yang mereka hanya menjual produk yang original sahaja. Kalau anda buat perbandingan harga, anda akan nampak harga yang ditawarkan adalah antara yang paling murah.
vi. Profile penjual
Dekat sini juga ada maklumat penting yang perlu diambil perhatian. Kalau seller yang dah lama berniaga dan mempunyai rating yang bagus, selalunya mereka akan beri servis yang terbaik untuk kekalkan rating tersebut.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Rupa-rupanya, penjual ini telah berada di Lazada lebih kurang 4 tahun dan telah mempunyai rating 98%. Bukan itu sahaja, seller ini juga mempunyai beribu-ribu reviews dari pelanggan yang berbeza.
Hasil carian lain, saya dapati seller yang sama juga ada menjual menggunakan platform Shopee. Boleh lihat di pautan ini untuk ke kedai Shopee.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Maklumat dekat Shopee menunjukkan seller ini juga telah berniaga lebih 4 tahun disana, dan disini juga mereka ada rating yang bagus.
Kiranya boleh dikatakan ini adalah trusted seller.
Saya kongsikan beberapa gambar jam yang saya beli dari seller ini.
Macam biasalah, produk ini datang dalam satu kotak warna coklat sebagai pembungkusan luar. At least, tak nampak obvious sangat yang isi dalamnya ialah jam tangan.
Dalam kotak tu, baru ada kotak jam G-Shock yang sebenar.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Seller tu ada wrap kotak tersebut dengan plastik pembalut. Bagus juga bila buat macam ini.
At least kotak jam tak ada kesan calar, kemik dan sebagainya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Andai kata nak jual balik jam ni dekat orang lain, at least kotak luar dia masih cantik.
Ok cukup la kot cerita pasal kotak. Kita tengok isi dalam dia pulak.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bukak kotak (kotak lagi…) ada bekas G-Shock yang dalam tin tu.
Sebelum tengok jam, kita tengok dulu apa lagi yang datang bersama produk ini. Antaranya ada
Buku manual
Image may be NSFW. Clik here to view.
Buku manual ini didatangkan dengan 6 bahasa. Sebab tu tebal!
Jam yang saya beli ini ada pelbagai function, jadi kalau nak maksimumkan penggunaan jam, kena tahu macam mana jam tersebut berfungsi. Kenalah rajin-rajin buka buku manual.
Ini pula kad warranty.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Just in case kalau ada sebarang masalah, boleh contact seller.
Ini pula kad International Warranty.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya harap jam ini tak akan beri saya sebarang masalah. Jadi tak perlulah saya bersusah payah nak claim warranty nanti.
Ok seterusnya, ini dia jam yang saya beli.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ini adalah model G-Shock Rangeman GW-9400-1B
Saya tertarik dengan model ini sebab model ini tergolong dalam kategori jam yang tahan lasak. Amat sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti luar seperti hiking, trekking dan sebagainya.
Selain itu, jam ini juga ada fungsi tambahan iaitu
i. Altimeter
Untuk tahu altitud dari paras tertentu.
ii. Barometer
Berfungsi untuk mengetahui tekanan udara.
iii. Compass
Kalau duduk dalam hutan dan tak tahu arah, boleh guna jam ini untuk cari arah sebab ada kompas.
iv. Termometer
Boleh guna jam ini untuk tahu berapa suhu.
v. Tough Solar
Bateri jam ini boleh dicas sendiri menggunakan tenaga solar. Selagi mana ada cahaya matahari, selagi itu bateri jam ini akan terus berfungsi. Andai kata tak ada cahaya matahari, cahaya dari lampu pun boleh digunakan untuk cas bateri.
vi. Kalis air hingga 200 meter
Ok fine, mungkin saya tak akan gunakan kesemua fungsi jam ini. Saya beli jam ini lebih kepada sebab saya berkenan, saya minat, dan saya suka jam dari G-Shock.
Baiklah, saya dah beli dari seller ini dan Alhamdulillah semuanya ok dan tak ada masalah. Jam yang saya dapat juga original. Saya dah beli, so anda juga boleh beli tanpa perlu risau ya.
Jika anda minat nak beli dari seller ini, boleh ke pautan berikut.
Setengah orang kata, main game Mobile Legend ini cuma membuang masa.
Mungkin ada betulnya. Lebih-lebih lagi, bila kita dah habiskan lebih 20 minit dalam satu perlawanan, dan berkesudahan dengan pasukan kita menerima kekalahan.
Kalah menang, itu adat dalam pertandingan. Pasukan yang kuat, biasanya pasti akan mengalahkan yang lemah. Pada saya, kalau kekalahan itu berlaku sebab pasukan lawan bermain dengan lebih cantik, mereka memang mempunyai teknik dan strategi yang lebih baik, saya tak ada masalah untuk terima kekalahan tersebut.
Image may be NSFW. Clik here to view.
In fact, saya mungkin akan rasa puas hati walaupun kalah.
Tapi ada juga keadaan yang mana saya ada masalah untuk terima hakikat yang team saya kalah. Kita kalah bukan sebab team lawan kuat sangat, tapi disebabkan dalam team sendiri ada pemain yang berkelakuan pelik! Mereka ini menjadi beban kepada pasukan, dan akhirnya… kita kalah.
Kebiasaannya kalau ada perangai pelik ini dalam pasukan, perlawanan tersebut akan berakhir dengan kekalahan. Melainkan kalau tiba-tiba berlaku satu keajaiban.
Mana lah tahu, tiba-tiba timbul kesedaran lalu masing-masing mula insaf dan nak berubah jadi lebih baik. Dalam posting ini saya nak highlight perangai pelik yang ada dalam game mobile legends ini. Kalau ada perangai macam ni, siap sedia untuk hadapi kekalahan je la ya.
1. Team member yang perangai toxic
Perangai toxic ini memang akan spoil mood perlawanan. Orang yang toxic ini kadang-kadang awal lagi, iaitu semasa pemilihan hero, dah tunjuk perangai sebenar.
Orang toxic ini
i. Akan hina negara
ii. Ada yang hina bangsa
iii. Ada juga yang hina agama
Sepanjang match berlangsung, kerja dia asyik maki hamun orang lain, sampai kita sendiri susah nak fokus.
Bila ada yang layan, dia makin menjadi-jadi.
2. Player tank hanya untuk marksman (mm)
Sebenarnya apa fungsi player tank? Ya… Untuk tank damage atau take damage, sambil player lain yang merupakan damage dealer membunuh pihak musuh.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kiranya tank adalah hero yang sanggup korbankan dirinya, untuk melindungi team member.
Tapi kadang-kadang ada tank yang perangai dia pelik sikit. Dari mula sampai ke pertengahan match, asyik follow dan back up marksman je.
Habis tu, player lain macam mana? Tak perlu ada tank ke, especially hero assassin dengan mage. Mereka ini juga mempunyai damage yang tinggi dan mampu untuk bunuh musuh. Tapi kalau tak ada bantuan dari tank, agak susah mereka nak perform.
3. Marksman yang manja
Memang tak dinafikan, peranan marksman memang besar, dan kalau orang tu ada skill permainan yang tinggi, dia boleh jadi carry yang membawa team untuk menang.
Tapi ada juga marksman yang acah-acah hebat, tapi selalu buat silap. Akhirnya asyik mati sebab tak jaga posisi bila kena target dengan team lawan.
Masa tu mulalah bagi alasan bodoh, sebab tak ada siapa yang jaga dia kononnya.
4. Jenis player yang tak ada map awareness
Penat bila dapat team yang tak pandai tengok dan baca mini map. Padahal dekat mini map ada banyak maklumat penting yang dapat bantu kita memenangi sesuatu perlawanan.
Dari map tu kita boleh buat prediction (jangkaan) dimana sebenarnya kedudukan musuh. Kadang-kadang kita tak nampak musuh sebab masing-masing sedang sembunyi dalam semak.
Mobile Legends adalah merupakan perlawanan antara dua pasukan yang mengandungi lima orang dalam satu pasukan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Andai kata berlaku situasi satu lawan satu, dan belum sempat diketahui siapa yang lebih kuat tiba-tiba datang ahli pasukan lain beri bantuan, ia tak dikira sebagai 1vs 3 atau 1vs 5 sebaliknya game ini tetap dikira 5 vs 5.
Siapa yang bijak baca peta dan cepat beri bantuan, itu adalah team yang bijak.
5. Jenis tak tahu prioriti
Mana satu lebih penting?
Jaga tower atau bunuh creep?
Ambil buff atau beri bantuan kepada team member yang kena ambush?
Push tower atau cari musuh untuk dibunuh?
Jawapannya? Of course bergantung kepada situasi.
Antara bunuh creep dengan jaga tower, sudah tentu jaga tower lebih penting. Kalau tower kena serang dan pada waktu tu tak ada siapa yang defend, kenalah tinggalkan apa yang kita buat dan protect tower.
Tentang buff dengan tolong team mate, itu kena tengok pada keadaan. Kalau kita bantu hanya akan menambahkan bilangan kill pihak lawan lebih baik jangan masuk.
Setiap kali ada peluang, lebih baik push untuk robohkan tower pihak musuh.
6. Berebut buff
Ini pun satu kejadian yang menjengkelkan. Setiap orang berebut buff, seolah-olah bila tak dapat buff, terus tak boleh lawan dengan normal. Masalah ini biasa berlaku, kalau pada peringkat awal lagi komposisi pasukan tak dibina dengan betul.
Kalau dalam pasukan ada dua assassin, kemudian ada marksman juga, ini yang akan jadi masalah. Salah seorang akan jadi lemah sebab tak ada buff yang mencukupi.
7. Tak ada siapa yang ambil buff
Satu lagi situasi yang agak pelik. Rupa-rupanya dalam ramai-ramai, tak ada seorang pun yang ambil buff. Saya biasa guna hero fighter atau tank/fighter jadi memang kadang-kadang tu tak perlu sibuk nak fikirkan pasal buff.
Bila jumpa musuh, terkejut juga sebab mereka level dah tinggi-tinggi belaka. Rupa-rupanya team musuh dah curi buff kita.
8. Pilih hero sebab hero tersebut overpowered
Saya tak ada masalah dengan team yang pilih hero yang overpowered ini. Apa yang buat saya rasa nak marah bila dia pilih hero tu tapi tak reti guna.
Lebih baik dia pilih hero yang dia biasa guna, daripada ambil yang OP tapi lepas tu asyik mati.
9. Banyak bersembang semasa perlawanan berlangsung
Kalau anda dah pernah main game ni beribu-ribu kali, pasti akan jumpa player jenis ni.
Memang menyampah betul dengan player macam ni. Kalau dalam mini map kita dapat perhatikan yang player ini banyak berhenti tak buat apa-apa.
Dia tak defend tower.
Dia tak cuba bunuh creep untuk naikkan level dia.
Kerjanya asyik menaip je. Ada je yang dia rasa tak kena. Bagi dia semua salah, dan semua orang perlu dikritik. Tapi diri dia? Langsung tak beri kerjasama.
10. Tak faham peranan
Saya kurang pasti sama ada player tersebut betul-betul tak faham peranan, ataupun dia memang sengaja.
Kadang kita tengok, kelas hero yang dia pilih tapi main tak menggambarkan yang dia faham peranan.
Kita ambil contoh kelas marksman. Sepatutnya dia berada di barisan belakang, dan patut tunggu tank atau fighter untuk buka map. Kalau semua selamat baru dia maju, tapi sebaliknya yang berlaku. Dia pula yang beriya nak ke depan dan buka map. Akhirnya dalam perlawanan, dia yang paling awal meninggal.
Ada juga beberapa keadaan lain, yang agak menyakitkan hati, misalnya
Tank gerak solo dan tak bantu team member
Mage main macam support
Fighter berlagak seperti tank
Bila berlaku kejadian seperti ini, selain berharap mereka sedar diri… kita juga berharap pasukan lawan akan buat silap.
11. Tak faham ulti sendiri dan team member
Ini satu masalah yang merugikan pasukan, bila team member sendiri tak faham dengan ulti sendiri, dan juga rakan pasukan. Sedar tak sedar, ada ulti yang saling cancel each other.
Saya bagi contoh, Oddete dengan Chow.
Oddete tengah lancarkan skil Ultimate kepada musuh menggunakan Swan Song. Tiba-tiba datang Chow, dia pergi tendang pula musuh keluar dari kawasan damage.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, walaupun kita ada skil yang boleh digunakan, tapi kena tengok juga sebelum kita lancarkan skil. Bimbang kalau skil yang kita lancarkan, akan cancel skil team member kita.
12. Cuma tahu main satu kelas hero sahaja
Biasanya pemain newbie ada masalah ini. Pertama kali main game ni, dia mungkin bermula dengan hero marksman sahaja.
Maklumlah marksman ni kan boleh serang dari jauh. Lagi satu, idea yang mana kita boleh bunuh musuh dari jarak jauh, sebenarnya agak cool.
13. Berebut nak pilih kelas yang sama
Satu team yang compact, perlu ada kelas-kelas hero dari kalangan tank, fighter, mage, marksman dan juga assassin. Masalah akan berlaku bila ada yang nak ambik dua mage, atau dua marksman.
Entahlah.. saya jarang menang kalau dalam team ada dua mm atau dua mage. Tapi kalau ada dua tank, atau dua fighter, peluang menang lebih tinggi.
14. Jenis pentingkan diri sendiri dan tak ambil tahu hal orang lain
Perangai pentingkan diri sendiri ini, langsung tak cool!
Dalam game ini, ada masa kita kena pentingkan diri sendiri, dan ada masa kita kena utamakan team members. Cuma saya cukup geram kalau berlaku keadaan yang mana, bila kita tengah serang musuh, kita punyalah beriya-iya serang dan duduk di barisan hadapan, tiba-tiba baru kita perasan team kita semua dah lari.
La… kena tinggal rupa-rupanya. Kita lawan sorang-sorang, mati pun sendirian. Lagi menyakitkan hati, bila kita dah mati, tiba-tiba team kita semua ikut mati jugak… kena wipe out! Padahal tadi kalau sama-sama lawan, tak tinggalkan team member, ada peluang untuk menang.
15. Jenis suka mengajar-ajar orang lain
Kadang-kadang memang serabut bila dapat team macam ni. Dia ni jenis suka nak ajar-ajar orang, apa yang patut dilakukan.
Mula-mula dia akan suruh kita tukar spell yang patut kita gunakan. Kemudian bila match dah mula, dia akan suruh-suruh kita beli equipment seperti mana yang dia suruh.
Bila kita tak ikut, dia mulalah jadi toxic. Dia kata kita anjing la, dan macam-macam lagi makian dihamburkan.
Agaknya dia ni tak sedar, yang orang lain pun ada gameplay dan strategi tersendiri. Tak kan la semua nak kena ikut cakap dia. Lainlah kalau kita memang satu skuad, dan semua orang acknowledge dia sebagai ketua pasukan. Masa tu, nampak ok la kalau nak ikut cakap dia.
Hilang rasa seronok, bila ada orang macam ni dalam pasukan.
16. Suka bagi alasan lag
Saya agak prejudis dengan player yang bagi alasan lag, especially kalau dalam match tersebut ada musuh-musuh seperti Hylos, Eudora, Hanabi, Estes, Popol and Kupa dan beberapa lagi hero yang ada skill untuk slow atau stun pihak lawan.
Bila dia bagi alasan lag, nampak lebih kepada dia yang tak berhati-hati sebab terkena skill pihak lawan. Biasalah, tak kan nak mengaku yang diri tu lemah. Paling mudah, bagi sahaja alasan lag.
Tak ada siapa yang boleh sahkan, sama ada betul-betul lag, atau cuma alasan.
17. Tak pandai improvise corak permainan
Perkara ini biasa berlaku dalam kalangan pemain yang masih baru. Pemain seperti ini selalunya cuma pegang pada satu corak permainan sahaja.
Dari awal hingga pertengahan, dia akan farming sahaja. Bila dah betul-betul kuat, barulah dia akan buat mission. Benda ini adalah satu strategi yang bagus, tetapi janganlah sampai tak mempedulikan apa yang berlaku pada keadaan sekitar.
Kalau nampak team member nak main fast game, nak push, nak curi buff pihak lawan, ikut la sama. Bagi bantuan. Bila sama-sama main agresif, peluang nak menang lebih cerah.
18. Pemain yang suka troll
Pemain jenis ni, dia main game bukan sebab nak menang. Bagi dia, kedudukan (ranking) dan juga star bukan perkara penting. Dia sekadar main untuk hilangkan bosan. Kadang-kadang dia bukan bersungguh nak lawan pun, tapi sekadar nak kacau orang lain.
19. Pemain yang AFK
AFK singkatan bagi Away From Keyboard/Keypad. Ini sebenarnya satu bentuk violation dalam peraturan permainan Mobile Legend.
20. Pemain yang feeder
Feeder juga tak kurang celakanya dengan kelakuan AFK. Saya rasa, feeder ni lebih teruk, sebab bila dia asyik mati, ia menyumbangkan gold kepada pihak musuh. Musuh jadi semakin kaya, naik level lebih cepat dan akhirnya mereka jadi lebih kuat. Memang susah nak buat come back kalau ada team yang feeder.
Fuh… perkongsian ni lebih kepada lepas geram sebenarnya. Kadang tertanya-tanya juga, kenapalah wujud player yang macam ni dalam game. Kemudian diri ini tersedar, bukan dalam game sahaja ada player macam ni… dalam dunia sebenar pun sama je.
Anda berada disini sebab anda adalah seorang yang rajin berusaha dan gemar melakukan sesuatu yang baru. Pada ketika ini, anda sedang ikhtiar untuk tambahkan pendapatan. Betul tak?
Ketika orang lain memilih untuk buat kerja part time, sama ada sebagai pemandu kereta atau penghantar makanan, anda mempunyai pandangan yang berbeza.
Ya, anda lebih tertarik untuk buat duit online.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Dalam pencarian anda mencari mana satu kaedah terbaik untuk menjana pendapatan, anda mungkin pernah mendengar mengenai dua konsep menjalankan bisnes, iaitu affiliate marketing dan juga network marketing.
Kedua-dua jenis bisnes ini boleh dijalankan secara online. Apa pentingnya untuk kita pilih bisnes yang boleh dibuat secara online?
Ada banyak kelebihannya. Kita boleh jalankan bisnes dimana-mana sahaja, boleh buat tanpa mengira masa, dan ada potensi untuk dapat lebih banyak pelanggan.
Dalam posting ini, saya tidak bercadang untuk mencari mana satu yang terbaik, atau cuba untuk mempengaruhi anda untuk bersetuju dengan saya, bahawa salah satu daripada konsep bisnes ini adalah yang terbaik.
Sebaliknya saya sekadar ingin menunjukkan kepada anda bahawa kedua-dua konsep bisnes ini ada kelebihan dan keistimewaannya. Apabila anda benar-benar sudah faham, bagaimana setiap konsep ini berfungsi, sudah pasti ini akan memudahkan anda membuat keputusan.
Akhirnya, terpulang pada anda untuk buat keputusan mana satu yang paling sesuai untuk anda. Jika anda merasakan yang anda mampu untuk jalankan kedua-duanya, ia juga terpulang pada anda.
Kita hanya sekadar berusaha dan lakukan hanya yang terbaik, dan mudah-mudahan ada rezeki buat kita.
Perkongsian ini saya tulis berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri menceburi perniagaan yang dibincangkan, sama ada yang berkonsepkan affiliate mahupun networking.
Selain pengalaman sendiri, terdapat juga beberapa idea yang saya ketengahkan yang bersumberkan kepada pembacaan. Anda tak perlu terima semua secara bulat-bulat, namun jika anda rasakan apa yang saya kongsikan disini baik untuk anda, silalah ambil manfaatnya.
Tanpa membazirkan lebih banyak masa, mari kita lihat perbandingan antara affiliate marketing dengan network marketing.
1. Kos memulakan atau menyertai bisnes
i. Affiliate marketing
Kebiasaannya, tiada sebarang kos atau yuran diperlukan untuk menyertai program affiliate. Ya, penyertaan adalah percuma.
Namun, ada juga keadaan dimana pihak penganjur meletakkan syarat tertentu, sebelum menerima orang untuk jadi ejen. Antaranya,
i. Program affiliate hanya dibuka kepada pelanggan sahaja
ii. Pemohon perlu mempunyai laman web sendiri
iii. Laman web perlu ada jumlah trafik yang besar
iv. Pemohon perlu tunjukkan bukti bahawa dia ada kemampuan untuk dapatkan sales, seperti ada follower media sosial yang ramai, memiliki senarai emel yang besar dan sebagainya
Syarat seumpama ini dapat kita lihat, sekiranya kita ingin mempromosikan sesuatu program affiliate menerusi Affiliate Network. Affiliate Network ini merujuk kepada satu platform atau laman web yang membolehkan kita untuk mempromosikan banyak merchant hanya dengan mendaftar satu akaun sahaja.
Kelebihan menjalankan program affiliate menerusi Affiliate Network ini ialah kita tak perlu nak daftar akaun satu per satu dengan merchant yang berbeza.
Selain itu, hasil jualan juga akan disatukan dalam satu akaun.
Ok tapi kenapa nak letak syarat yang macam-macam hingga menyukarkan sesetengah orang untuk jadi affiliate?
Saya percaya yang mereka ada sebab tersendiri. Boleh jadi sebab mereka ada imej yang perlu dijaga.
Bila mereka letakkan syarat yang agak ketat dan membuka ruang kepada individu yang ada kemampuan untuk buat sales sahaja, mereka bolehlah kata nanti dalam laporan atau media statement bahawa “secara purata affiliate kami mampu hasilkan pendapatan RM500 minima setiap bulan”.
Ini memberi gambaran bahawa setiap ejen affiliate yang berdaftar dengan affiliate network tersebut, semuanya mempunyai skil menjual yang hebat. Kesannya? Merchant lain yang sebelum ini tak pernah gunakan khidmat affiliate network akan mula berminat untuk buat joint venture dengan affiliate network tersebut.
ii. Network marketing
Hal ini agak berbeza dengan bisnes network marketing. Lazimnya, untuk join program perlu buat pembelian terlebih dahulu. Kos boleh mencecah sekitar RM100 – RM1,000 bergantung kepada pakej yang dipilih.
Bila join dengan pakej yang paling mahal sepatutnya peserta akan dapat benefit yang lebih baik berbanding join pakej paling murah.
Selain itu, bagi memastikan keahlian masih berjalan dan layak untuk terus dapat komisen, ahli perlu maintain buat pembelian pada sekian jumlah.
Sebelum buat keputusan untuk join company MLM, ada baiknya anda dapatkan maklumat sepenuhnya. Adakah terdapat syarat seperti anda perlu maintain buat pembelian setiap bulan, ataupun anda wajib buat sales pada sekian jumlah tertentu pada setiap bulan.
Kalau ada syarat tersebut, yang dikenali dengan istilah autoship, atau maintain belian bulanan, maka anda perlu ambil kira ia sebagai kos untuk jalankan bisnes.
Saranan saya, jika anda nak buat bisnes MLM yang mewajibkan anda untuk maintain pembelian bulanan semata-mata untuk melayakkan anda dapat komisen atau kekal berada dalam program, maka pilihlah syarikat yang mengeluarkan produk yang memang anda akan guna secara berkala setiap bulan.
Produk yang memang anda akan guna setiap bulan, selalunya anda pasti akan beli, tak kiralah sama ada produk tersebut mahal atau murah, memberikan anda komisen ataupun tidak.
Sebagai alternatif, saya juga nak mengajak anda sertai bisnes MLM yang tak mewajibkan anda untuk buat belian secara bulanan. Bukan tak perlu beli langsung, tetap kena beli barang, tetapi beli hanya apabila ada keperluan sahaja. Ada satu syarikat yang saya tahu, iaitu syarikat dari Korea Selatan yang tak letakkan syarat wajib untuk beli setiap bulan.
Saya telahpun sertai syarikat tersebut, sebab tu saya tahu. Anda boleh baca disini, sebab kenapa saya pilih untuk sokong bisnes mereka.
2. Pilihan produk untuk dipromosikan
i. Affiliate marketing
Dari segi pilihan produk untuk dipromosikan, saya nampak affiliate marketing menawarkan lebih banyak pilihan.
Tidak kira apa niche yang anda pilih, pasti akan ada program affiliate dan produk yang sesuai untuk dipromosikan.
Anda minat niche atau bidang berkaitan pelancongan dan percutian?
Anda boleh promosikan produk-produk dari Agoda, booking.com, Airbnb, tiket penerbangan, tiket bas, tiket masuk ke tempat menarik dan sebagainya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Anda minat nak buat duit dalam niche haiwan kesayangan?
Boleh promosikan produk-produk yang terdapat di Lazada. Ada macam-macam produk, dan saya percaya pasti ada yang sesuai untuk anda promosikan.
Anda cenderung kepada niche kewangan, pelaburan dan yang berkaitan dengannya?
Tak perlu gusar, sebabnya memang ada program affiliate yang sesuai untuk niche seperti ini. Anda boleh jadi ejen affiliate yang mempromosikan produk kewangan seperti kad kredit, pakej loan, pelan insurans dan takaful, pelan pelaburan serta banyak lagi.
Berikut adalah antara syarikat atau merchant yang berkaitan dengan bidang kewangan yang anda boleh promosikan apabila join Involve Asia.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Saya menjangkakan di masa akan datang akan ada banyak lagi produk kewangan yang boleh dipromosikan oleh affiliate.
Lagi satu, saya tak pernah lagi jumpa program affiliate yang letakkan syarat seperti “jika anda mempromosikan syarikat pesaing, keahlian anda sebagai ejen affiliate akan dibatalkan”.
Contohnya, kalau anda dah jadi ejen affiliate Lazada, anda tak boleh promosikan produk dari syarikat pesaing, misalnya Shopee.
Malahan sepanjang saya terlibat dengan affiliate marketing, saya tak pernah ambil kisah langsung, sama ada mereka bersaing atau tidak. Apa yang penting adalah pelanggan. Pelanggan wajib dapat maklumat yang lengkap dan tawaran terbaik untuk buat keputusan pembelian.
Namun berbeza dengan network marketing. Saya sudah beberapa kali mendapat maklumat, bahawa syarikat tak suka kalau ada ahlinya yang buat dua program atau lebih dalam satu masa. Kalau syarikat saling merupakan pesaing antara satu sama lain, orang tu hanya boleh pilih salah satu sahaja.
ii. Network marketing
Sesetengah program network marketing hanya mempunyai satu atau dua produk sahaja. Kalau ada banyak produk sekalipun, ia mungkin diolah dari produk utama.
Katakanlah, produk utama sebenarnya adalah susu kambing. Kalau ada lain-lain produk yang dijual, ia mungkin susu kambing perisa coklat, susu kambing perisa kurma, kopi susu kambing, sabun susu kambing.
Apabila produknya limited, kita pun tak mempunyai lebih banyak pilihan untuk buat pemasaran.
3. Struktur komisen
i. Affiliate marketing
Dalam program affiliate, struktur pembayaran komisen sangat mudah difahami sebab ianya begitu straight forward.
Sekiranya pihak penganjur program telah menetapkan, kadar komisen kita sebagai 50% dari harga jualan produk, maka itulah yang bakal kita perolehi.
Sebagai contoh, harga produk ialah RM100. Bermakna setiap kali kita berjaya buat jualan, kita punya bahagian komisen adalah sebanyak RM50.
Sekiranya pihak merchant menjual pelbagai jenis produk menggunakan platform e-commerce, kebiasaannya kadar komisen yang ditawarkan akan jadi berbeza mengikut kategori produk.
Untuk memudahkan penerangan, saya tunjukkan kepada anda contoh kadar komisen yang bakal diperolehi oleh para ejen affiliate lazada.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Sejak kebelakangan ini, telah mula muncul beberapa program affiliate yang mula menawarkan komisen berbilang peringkat seperti mana yang biasa terlihat di dalam bisnes MLM.
Antara yang saya tahu dan yang dapat saya kongsikan disini adalah seperti berikut
Walaupun program affiliate ada yang tawarkan komisen berbilang peringkat, namun matlamat kita adalah tetap sama, iaitu nak jual produk dan dapatkan sales.
Cuma bila ada komisen lebih dari satu level, kita ada lebih fleksibiliti dalam kegiatan pemasaran. Selain fokus buat sale, boleh juga tambah aktiviti untuk rekrut affiliate.
Jadi disini kita ada peluang untuk hasilkan pendapatan yang lebih besar, iaitu pendapatan daripada jualan yang kita sendiri hasilkan dan juga dari affiliate bawah kita.
ii. Network marketing
Struktur komisen dalam bisnes MLM mungkin agak complicated kalau dibandingkan dengan affiliate program.
Dalam bisnes ini, mungkin tak menggunakan sistem peratus komisen, sebaliknya menggunakan konsep Point Value atau lebih kerap dipanggil sistem PV.
Setiap pembelian (atau jualan) yang berlaku dalam rangkaian akan menghasilkan nilai PV dalam jumlah tertentu. Setiap produk memiliki nilai PV yang tersendiri.
Soalan yang agak mudah seperti “bro, kalau aku beli sabun cuci pinggan ni, berapa komisen ko akan dapat?” tak dapat dijawab dengan mudah seperti mana di program affiliate.
Hal ini kerana kita bukan dapat komisen dalam bentuk peratusan komisen, sebaliknya kita hanya dapat kumpul PV. Kemudian untuk melayakkan PV tersebut jadi nilai duit, kita kena ambil kira juga berapa PV yang ada di kaki kiri dan juga di kanan. Jika berlaku pairing, maka dapatlah komisen.
Agak complicated bukan bila nak cerita tentang bab duit. At least untuk orang yang masih baru dengan konsep network marketing, mereka mungkin perlukan masa untuk betul-betul faham dengan cara pengiraan komisen.
4. Sistem pengesahan dan pengesanan komisen
i. Affiliate marketing
Menggunakan sistem cookies.
Bila prospek klik pada link affiliate kita, cookies akan ditanam di browser yang digunakan. Jika berlaku jualan, pihak pengendali program akan lihat maklumat yang terdapat pada cookies pembeli untuk mengetahui terdapat affiliate id milik ejen yang mana satu.
ii. Network marketing
Menggunakan member id. Setiap kali pembelian dilakukan melalui saluran yang sah, sistem akan merekod transaksi tersebut dan upline yang berada dalam rangkaian akan dapat manfaat, dalam bentuk PV.
Dalam hal ini, ahli perlu ikut arahan syarikat untuk buat pembelian dari saluran yang telah diumumkan sahaja.
5. Adakah boleh jana pendapatan pasif
Ada ke dalam kalangan pembaca yang suka dengan konsep pendapatan pasif? Kalau ada, maka bolehlah bagi perhatian yang lebih untuk topik ini.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Pada pemerhatian saya, anda boleh hasilkan pendapatan pasif, tak kira sama ada melalui program affiliate mahupun bisnes MLM. Mari saya ceritakan dengan lebih mendalam.
i. Affiliate marketing
Macam mana nak hasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate?
Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan sebenarnya.
Pertama, jalankan kerja pemasaran menggunakan laman web dan dapatkan trafik menerusi teknik search engine optimization (SEO).
Apabila laman web promosi yang anda gunakan telah berjaya masuk ke halaman pertama google bagi kata kunci yang anda sasarkan, pada waktu itu anda akan dapat jana income secara automatik… atau pasif.
Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang bagaimana laman search engine seperti google berfungsi dan anda juga perlu tahu teknik penulisan copywriting.
Cara kedua adalah dengan memberi fokus kepada program affiliate yang menawarkan komisen berbilang peringkat. Asalkan affiliate dibawah kita masih aktif buat sales, selagi itu kita akan dapat komisen secara pasif.
Walaubagaimanapun, saya kurang selesa dengan cara ini sebab seolah-olah kita perlu bergantung dengan orang lain untuk memperolehi pendapatan.
Cara ketiga adalah dengan mempromosikan produk yang memerlukan pembeli membuat bayaran secara berkala. Biasanya produk yang mempunyai unsur langganan, seperti software, laman keahlian dan sebagainya.
Kiranya selagi mana pembeli itu tadi masih membuat bayaran, selagi itu komisen kita akan terus berjalan.
ii. Network marketing
Sepatutnya boleh.
Saya menggunakan istilah sepatutnya sebab saya sedia maklum, bukan semua yang join MLM company akan berjaya bina networking.
Kalau anda berjaya bina rangkaian, dan rangkaian anda berkembang secara sihat, iaitu setiap downline mampu untuk bergerak sendiri untuk kembangkan lagi rangkaian, maka anda berada dilandasan yang betul untuk memperolehi pendapatan pasif.
Sekiranya anda join dan gagal membina rangkaian downline maka sampai disitu sahajalah perjalanan anda dalam bisnes ini.
7. Target jualan minima (sales target)
Saya merujuk kepada adakah wujud pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum layak untuk terima sebarang komisen.
Sebelum itu, saya nak tegaskan disini, bahawa kedua-dua jenis bisnes sama ada affiliate mahupun network marketing memerlukan kita untuk buat jualan.
No such thing as kita join, duduk diam then dapat duit.
Hanya apabila kita berjaya buat jualan, maka dari situ barulah kita layak untuk dapat komisen. Saya akan sentuh sedikit lagi tentang topik ini.
i. Affiliate marketing
Anda akan dibayar apabila berjaya buat jualan.
Ada program affiliate yang meletakkan syarat misalnya anda hanya akan dibayar apabila komisen terkumpul mencecah jumlah tertentu.
Program affiliate Lazada menetapkan komisen minimum sebanyak RM90 untuk layak dapat payment.
Involve Asia pula menetapkan RM80.
Saya kurang pasti, kenapa perlu ada jumlah minimum seperti ini, tapi saya boleh fikirkan beberapa sebab,
Mereka ada banyak affiliate. Kalau tak diletakkan amaun minimum, ejen yang cuma berjaya dapat komisen RM1 pun kena bayar. Ini akan menyebabkan mereka perlu urus jumlah transaksi yang sangat banyak.
Oleh yang demikian, mereka letakkan syarat, tunggu cukup jumlah minimum, lepas tu baru buat bayaran.
ii. Network marketing
Kebiasaannya ada syarat untuk mewajibkan ahli untuk buat pembelian pada kadar tertentu. Kalau tak cukup nilai belian, ahli tersebut akan dianggap tak layak untuk menerima bayaran pada bulan tersebut.
Sebagai contoh, kena maintain buat pembelian sebanyak RM100 setiap bulan.
Pada bulan tersebut pula jumlah komisen yang terkumpul dan layak diperolehi adalah sebanyak RM120.
Tapi disebabkan kena maintain pembelian RM100, ibaratnya seperti dia cuma dapat komisen RM20 sahaja.
Atau boleh juga kita lihat menerusi sisi pandang begini. Bulan tersebut dapat barang-barang syarikat bernilai RM100 secara percuma dan dapat komisen sebanyak RM20.
Cuma isu dengan wajib buat pembelian ini ialah akan ada individu yang memilih untuk tak beli apa-apa selagi masih belum layak terima komisen.
Syarat yang mewajibkan kena maintain pembelian, walaupun kita sebenarnya tak perlukan produk tersebut, membuatkan saya kurang minat untuk join syarikat sedemikian.
Saya pula secara peribadi lebih suka untuk join company ini sebab mereka tak letakkan syarat kena maintain belian setiap bulan.
8. Kaedah teknik pemasaran
i. Affiliate marketing
Dijalankan 100% online. As simple as that.
ii. Network marketing
Ada yang boleh dijalankan secara online dan ada juga yang agak mustahil untuk dibuat secara online.
Sesetengah syarikat menggunakan kaedah bisnes preview untuk buat jualan. Bakal ahli hanya akan mengetahui mengenai produk dan bisnes hanya apabila sudah sampai di sesi preview.
Secara jujur, saya sarankan anda tak payah bazirkan masa dengan company seperti ini. Kalau bisnes mereka tak boleh atau hampir mustahil untuk dilakukan secara online, anda lupakan sahaja company tersebut dan cari saja peluang lain.
9. Kaedah menjual
i. Affiliate marketing
Proses menjual dalam program affiliate sangatlah mudah. Kita ni sebagai ejen affiliate sebenarnya fungsi kita adalah bawa masuk trafik sahaja.
Laman jualan itu yang akan main peranan untuk menjual.
Kadang-kadang saya tak rasa pun macam tengah buat jualan. Sebelum ini, saya pernah kongsi cerita tentang bagaimana saya selesaikan masalah kutu pada kucing yang saya bela.
Saya ceritakan semula pengalaman saya, langkah-langkah yang saya ambil dan jenis ubat yang saya beli. Dalam penceritaan tersebut, saya ada selitkan beberapa link affiliate yang menjual ubat kutu, serta beberapa produk yang ada kaitan dengan kucing.
Selang beberapa hari, saya perasan saya mula dapat banyak sale.
Satu lagi yang saya nak highlight disini ialah, bila kita buat affiliate marketing, kita boleh gunakan sama ada teknik soft selling ataupun hard selling. Kedua-dua teknik ini memang mujarab untuk convert kepada jualan.
ii. Network marketing
Proses untuk mendapatkan jualan agak panjang, bila melibatkan bisnes networking.
Kalau kita cuma nak dapatkan pengguna, kita hanya akan dapat income dari penggunaan produk sahaja. Kalau banyak yang dibeli, maka banyaklah income.
Tapi bagaimana kalau dia cuma beli ubat gigi sahaja? Sudah tentulah income yang dapat dijana juga sikit sahaja.
Ada tak cara untuk kita dapatkan lebih banyak income dari seorang pelanggan yang kita bawa masuk ke syarikat MLM?
Sudah tentulah ada cara.
Cara yang saya maksudkan ialah kita educate pelanggan itu dengan beberapa ilmu, antaranya
a. Ilmu berkaitan produk lain yang dikeluarkan oleh syarikat
Kalau selama ini cuma beli ubat gigi, kita tunjuk pula kelebihan produk lain. Perlahan-lahan kita jadikan dia pengguna setia dan tukar semua jenama kepada jenama syarikat.
b. Ilmu berkaitan compensation plan.
Ini kita cerita macam mana dengan mengajak orang lain untuk jadi pengguna sama macam kita, syarikat akan bayar kita sedikit imbuhan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
c. Ilmu berkaitan industri network marketing
Banyak orang masih ada kefahaman yang salah mengenai industri network marketing. Mereka mungkin masih kabur dan tak mampu nak membezakan antara bisnes yang sah dengan scam.
Disini kita perlu main peranan untuk berikan ilmu yang betul kepada orang ramai dan mereka yang dekat dengan kita. Bisnes network marketing bukan sekadar tentang nak buat duit, nak kaya cepat atau nak hidup senang.
Its a real business.
Ada syarikat yang sah, yang menjalankan perniagaan mengikut lunas undang-undang negara dan mereka mempunyai produk yang sangat bagus yang dijual dengan harga pasaran yang sama atau lebih murah.
Dengan ilmu yang betul, kita mampu untuk buat keputusan betul apabila kita pilih sama ada nak menerima atau menolak.
Maka selepas ini, orang kita akan ada lebih banyak pilihan apabila nak menceburi dunia perniagaan.
i. Boleh turun ke tepi-tepi jalan untuk buka gerai menjual burger, air dalam balang, nasi berlauk dan sebagainya.
ii. Boleh masuk ke shopping mall besar untuk buka outlet menjual barangan serbaneka
iii. Jalankan bisnes secara dalam talian sama ada menerusi sistem ecommerce, marketplace, affiliate marketing dan sebagainya
iv. Lakukan bisnes berkonsepkan multi level marketing
d. Ilmu buat bisnes
Ini merangkumi ilmu pemasaran, pengiklanan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
Ada kalanya, produk network marketing dijual dengan pendekatan yang agak pelik.
Kenapa saya kata pelik? Sebab potential buyer atau prospek akan dibawa ke sesi preview (atau Business Opportunity Presentation) dan dalam sesi tersebut pihak pembentang kurang bercerita pasal produk.
Sebaliknya dia lebih menekankan konsep kebebasan kewangan, jadi kaya, dan sebagainya. Kalau ini yang berlaku didepan mata anda, awas!
Ini lebih mirip kepada sistem piramid berbanding bisnes MLM itu sendiri.
10. Customer support
i. Affiliate marketing
Ini yang paling menarik mengenai program affiliate. Peranan kita hanyalah membawa trafik atau potential buyer untuk masuk ke halaman jualan.
Sekiranya berlaku jualan, maka kita dapat komisen. Jika tiada jualan berlaku, kita fokus untuk bawa lebih banyak trafik.
Kita tak perlu susah payah nak berikan khidmat sokongan kepada pembeli. Menyediakan customer support adalah tanggungjawab merchant.
Image may be NSFW. Clik here to view.
ii. Network marketing
Pelanggan kita tu tadi juga adalah downline kita. Kita perlu beri support jika diperlukan. Kalau boleh sentiasa keep in touch sebabnya kita mahu dia buat belian ulangan.
Kalau dia jadi pengguna setia untuk seumur hidup, maka dia akan menyumbangkan atau menjadi sebab kita terus dapat komisen dari pihak syarikat.
11. Business and marketing support
i. Affiliate marketing
Tidak perlu berikan sebarang sokongan ataupun kongsikan ilmu buat bisnes online dan teknik-teknik pemasaran.
Malahan dalam banyak keadaan, pembeli tak tahupun yang dari pembelian yang dia lakukan, ada pihak yang dibayar upah selaku ejen affiliate.
ii. Network marketing
Orang yang kita promosikan produk syarikat dan yang telah setuju nak beli, dia bukan sekadar pelanggan, tapi dia juga adalah downline kita.
Downline ni pula ada dua jenis. Pertama, jenis yang nak jadi pengguna sahaja. Mereka tak minat nak ambil tahu tentang compensation plan dan bagaimana cara nak buat duit.
Asalkan produk bagus, berkesan dan berfungsi seperti yang diiklankan, itu dah cukup.
Jenis yang kedua, adalah yang memang nak buat bisnes. Setelah menggunakan produk, dia dah mula yakin lepas tu barulah jadi distributor.
Untuk downline yang kedua ini, kita kenalah bagi sokongan, ajarkan dengan ilmu-ilmu yang diperlukan. Maklumlah, kita ni kan upline yang bagus dan bertanggungjawab.
Kalau dia tak nak belajar dari kita, jangan paksa. In fact kita fokus sahaja dengan kerja kita dan tak perlu susah payah nak mengajar orang yang tak ada keinginan untuk belajar.
12. Cara jana pendapatan tambahan
i. Affiliate marketing
Kita bebas untuk lakukan cross promote kepada prospek yang sama bagi tujuan menjana pendapatan tambahan, walaupun dengan berbuat demikian kita akan recommend lebih daripada seorang seller.
Malahan, salah satu teknik yang cukup berkesan untuk dapatkan sales adalah dengan membuat perbandingan antara seller, perbandingan produk dan juga perbandingan antara jenama.
Selain itu, bagi mereka yang menggunakan laman web sendiri bagi tujuan pemasaran, kita juga boleh gabungkan program affiliate bersama dengan program pengiklanan. Sebagai contoh, sambil kita promosi produk, kita juga siarkan iklan-iklan dari pihak Google Adsense.
Kalau anda nak gabungkan promosi produk affiliate dengan menjual produk sendiri juga ok tak ada masalah.
ii. Network marketing
Apa yang saya pernah lihat sendiri dari pengalaman lepas, untuk buat pendapatan tambahan melalui bisnes network marketing ini, ada leader yang menjual training courses dan marketing material kepada ahli yang minat.
Leader yang dah berjaya hasilkan income 5 – 6 angka sebulan akan buat kursus (berbayar) kepada ahli baru. Saya pun tak tahu, apakah yang diajar dalam kursus seperti ini.
Adakah modul pembelajaran merangkumi kaedah menulis business plan, teknik pemasaran online/offline, kemahiran penulisan online, copywriting, pengiklanan online dan sebagainya.
Saya sendiri tak pernah hadir ke sesi seperti itu. Kalaulah modul dan pengisian hanya semata-mata bab motivasi, ubah mindset and so on, kemudian disusuli dengan kisah masuk bakul angkat sendiri sang leader yang anjurkan kursus, saya kira ia hanya memberi sedikit sahaja impak kepada para peserta.
Cuma ada semangat, tapi teknik tak ada, tetap tak akan berjaya. Ibarat nak pergi berperang, jeneral hanya mampu naikkan semangat dan motivasi para pejuang semata. Walhal teknik berlawan, cara guna senjata, cara mempertahankan diri langsung tak diajar.
Rasa-rasa boleh ke menang peperangan tersebut?
Jadi kat sini, saya nak selitkan sedikit pesanan. Kalau nak belajar, belajarlah sesuatu skil yang kita boleh gunakan selama bertahun-tahun lamanya.
Just to name a few, antaranya
a. Content marketing
Strategi menghasilkan konten yang dapat memikat prospek untuk membaca dan jatuh hati dengan bisnes yang kita jalankan.
b. Video marketing
Ini juga sejenis content marketing, cuma ia dalam bentuk video. Kalau video kita tak mampu untuk buat sales, at least dengan ilmu ini kita boleh manfaatkan untuk jadi Youtuber.
If tak begitu berjaya sebagai network marketer, masih boleh jadi youtuber.
c. Paid advertising
Sama ada Google Adwords atau Facebook Advertising (FBAds). Boleh cover topik mengenai jenis-jenis iklan dan iklan dalam format yang bagaimana yang sesuai untuk tujuan apa.
Zaman sekarang ini tak perlu la buang duit nak print fliers, banner dan sebagainya. Kita susah nak track sejauh mana keberkesanan iklan kita.
Berbanding dengan online advertising, kita akan dapat laporan penuh, merangkumi data-data seperti berapa ramai yang tengok (views) iklan, berapa yang klik pada link.
Kesemua data ini sangat berguna untuk bantu kita buat keputusan seterusnya, sama ada nak teruskan iklan atau hentikan.
Boleh dah ucapkan selamat tinggal kepada kerja yang memenatkan seperti berdiri tengah panas edar fliers, jalan jauh rumah ke rumah, selit pamphlet kereta ke kereta.
Dengan iklan melalui FB, semua yang ada akaun boleh nampak iklan kita. Kalau nak target iklan di kawasan kejiranan kita sahaja pun tak ada masalah.
d. Copywriting
Ini pula teknik menggunakan perkataan yang tepat dan power untuk memujuk pembaca ikut cakap kita.
e. Teknik Search Engine Optimization
Khusus untuk yang ada laman web sendiri, dan ingin memastikan laman web miliknya berada di kedudukan yang bagus di search engine.
f. Story selling
Idea dibelakang konsep ini ialah, kita menulis satu cerita yang membuatkan orang suka baca. Justeru, bagaimana cara untuk kita bercerita sambil selitkan idea untuk mengajak pembaca membeli sesuatu.
13. Siapa bos?
Biasa tak dengar istilah seperti “be your own boss”? Kerap kali berlaku, untuk menggalakkan orang ramai menceburi bidang perniagaan, lifestyle seorang boss dijadikan sebagai modal.
Mari kita lihat dari sudut pandang tersebut. Dalam bisnes ini, adakah kita bos atau sebenarnya kita hanya kuli-kuli sahaja.
i. Affiliate marketing
Pada asasnya, kita hanyalah berperanan sebagai seorang ejen yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja pemasaran.
Tapi ia boleh jadi satu bisnes, apabila kita sertai lebih dari satu program dan kita faham kaedah untuk hasilkan pendapatan yang lebih besar.
Cuba buat begini.
Anda bina satu pasukan, dan bekerjasama untuk jalankan kerja pemasaran. Hasilnya pasti akan dapat lebih besar, dan selepas itu pandai-pandailah anda agihkan hasil mengikut kadar yang telah dipersetujui.
Ataupun, anda boleh ambil pekerja freelance, (atau kalau nak ambil pekerja sepenuh masa pun boleh) untuk bantu anda buat kerja pemasaran.
Saya sendiri pernah bekerja secara freelance untuk bantu ejen affiliate lain untuk buat duit dengan affiliate. Ejen tersebut upah saya untuk hasilkan artikel pemasaran dan buatkan kerja-kerja SEO untuk dia.
Artikel tersebut juga masih lagi saya siarkan sampai ke hari ini. In Shaa Allah, selagi mana artikel tersebut masih wujud, selagi itu ejen tersebut masih ada peluang untuk jana pendapatan.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, bila anda join program affiliate, anda bebas untuk buat kerja pemasaran selagi mana tidak melanggar terma dan syarat. Malahan, kalau anda nak upah orang lain untuk jadi pekerja juga boleh, tak ada masalah.
Sekarang anda sudah ada pekerja, so layaklah anda dipanggil sebagai bos, setuju?
ii. Network marketing
Bila kita join, kita akan jadi downline kepada seseorang. Biasanya kita akan jadi downline orang yang ajak kita join tu.
Kemudian, bila kita dah mula berjaya rekrut downline, waktu tu kita pula yang jadi upline. Persoalannya, bolehkah kita anggap diri kita sebagai boss, sebab dah berjaya dapat downline?
Kena ingat. Downline kita tu join mungkin sebab dia dah terbeli dengan idea nak jadi boss dalam bisnes ini. Tiba-tiba anda nak arah-arah dia buat itu ini. Boleh ke seorang boss arah-arah orang yang turut bercita-cita untuk jadi boss jugak?
Macam tak berapa kena. Silap-silap nanti merajuk pula downline kita tu, dan terus tak nak buat bisnes ni. Anda mungkin ada pendapat sendiri, namun bagi saya, amatlah tak sesuai untuk kita lihat hubungan upline – downline seperti boss – pekerja. Lebih sesuai kita anggap ia seperti hubungan partner – partner. Iaitu hubungan yang sama taraf.
Bila anda dah lama dalam bisnes ini, dan mula menempah kejayaan, anda akan sedar, company tersebut tetap bukan milik anda.
Baiklah, saya kira cukup dulu perkongsian saya pada kali ini. Saya telah cuba memberikan pandangan yang tidak bias kepada mana-mana pihak.
Tak kira mana satu yang anda pilih, saya doakan semoga anda berjaya! Saya harap anda juga sudi doakan kejayaan saya dalam affiliate marketing dan juga dalam bisnes MLM yang saya sertai ya.
Jika anda ada pendapat lain untuk dikongsikan, boleh share dibahagian komen. Jika ada salah dan silap harap anda dapat kongsikan input untuk saya perbetulkan.