Quantcast
Channel: Blog Sabree Hussin
Viewing all 590 articles
Browse latest View live

Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

$
0
0

Adakah anda sedang mencari pendapatan tambahan? Jika jawapan anda adalah YA, saya ada proposal untuk anda pertimbangkan.

 

Sebelum itu, saya harap anda ikuti penerangan yang bakal saya berikan dengan fikiran dan minda yang terbuka. Sebabnya apa yang bakal saya kongsikan disini, In Shaa Allah mampu untuk membantu mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

Ya saya tahu, memang ada banyak individu diluar sana yang menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Tapi akhirnya, habuk pun tarak. Orang tersebut menjanjikan kekayaan buat anda, tapi akhirnya anda habis duit sebab termakan janji-janji tersebut.

 

Saya bukan orang seperti itu. Malahan anda tak perlu risau bab duit, sebabnya anda tak perlu keluar duit walau satu sen pun. Saya ulang sekali lagi, saya tak nak pun duit anda. Sebaliknya saya disini nak bantu anda buat duit.

 

Kalau anda teruskan baca, saya akan explain kepada anda macam mana cara yang saya akan buat untuk bantu anda.

 

Anda mungkin ada banyak persoalan, dan In Shaa Allah saya akan jawab satu per satu supaya anda faham. Bila dah betul-betul faham, lepas tu barulah anda buat keputusan.

 

Tak kiralah walau apa pun keputusan anda, saya harap ianya dibuat berdasarkan ilmu dan kefahaman yang jelas.

 

Adakah tawaran ini merupakan jemputan untuk buat bisnes, invest duit atau apa?

Saya cakap straight to the point. Ini adalah jemputan untuk mengajak anda buat bisnes bersama-sama team saya.

 

Ini bukan pelaburan. Kalau pelaburan, anda kena letak duit dan selepas satu tempoh masa baru anda akan tahu berapa pulangan yang bakal anda perolehi.

 

Tapi kan tadi saya dah cakap, saya tak mahu duit anda. Jadi, anda boleh simpan duit anda untuk beli barangan keperluan.

 

Apa bisnes yang saya maksudkan?

Sebelum saya bercerita panjang lebar, biarlah saya berterus-terang kepada anda.

 

Bisnes yang saya maksudkan ialah bisnes Network Marketing. Kadangkala bisnes ini juga dikenali dengan nama panggilan bisnes MLM.

 

Mungkin ada yang kata, “ahhhh… Aku tak minat la nak buat MLM, join bisnes cari-cari orang ni…”

 

Sabarlah dulu.

 

Kan tadi saya ada kata, dengarkan dulu penjelasan yang saya nak berikan dan bagi peluang kepada diri anda sendiri untuk dapatkan maklumat yang secukupnya.

 

Saya nampak, bisnes ini ada potensi yang sangat besar. Sebab tu saya begitu yakin, untuk mempromosikan bisnes ini. Saya cuma minta anda baca sampai habis sebelum reject peluang yang ada depan mata.

 

Percayalah. Ada sebab kenapa anda dipertemukan dengan halaman saya ini. (mungkin ini cara tuhan sampaikan rezeki kepada anda Wallahu’alam)

 

Bagaimana dengan potensi pendapatan?

Dalam bisnes ini, setiap hari anda bakal memperolehi pendapatan. Jumlahnya adalah bergantung kepada apakah pangkat anda didalam syarikat dan berapa besar saiz rangkaian anda.

 

Anda boleh hasilkan pendapatan harian sama ada sebanyak

i. RM80 sehari

ii. RM240 sehari

iii. RM480 sehari

iv. RM960 sehari

v. RM1,440 sehari

vi. RM2,400 sehari

vii. RM4,000 sehari

viii. RM5,000 sehari

 

Jumlah ini mungkin agak besar dan agak tidak masuk akal bagi sesetengah orang.

 

Jika anda juga merasakan begitu, anda betul. Tapi anda kena ingat, saya bukan kata hari ini anda join, esok lusa dah boleh hasilkan income ribu-ribu ringgit.

 

Kenalah bagi masa. Ini satu peluang perniagaan. Its a real business. Kita bukan tengah bercerita tentang skim cepat kaya.

 

Satu lagi kalau anda nak tahu, diluar sana ada banyak bisnes yang dimulakan dengan modal permulaan ribuan, ratusan dan jutaan ringgit. Pun begitu, bisnes tersebut tidak menjanjikan keuntungan harian yang konsisten dalam masa yang cepat.

 

Bisnes yang saya nak ajak anda sertai ini boleh dimulakan tanpa modal. Kalau anda dalam kategori

i. Orang yang susah dari segi ekonomi

ii. Tiada pendapatan tetap

iii. Baru kehilangan kerja dan hilang mata pencarian

iv. Belum bekerja atau tidak bekerja

v. Nak tambah pendapatan

vi. Sekadar nak isi masa lapang dengan aktiviti yang boleh buat duit

 

Nah… Bagi peluang kepada diri anda sendiri untuk lakukan sesuatu yang bermanfaat dan pada masa yang sama, buat duit seberapa banyak yang boleh.

 

The sky is the limit.

 

Sebenarnya pendapatan sedemikian memang boleh dicapai. Ia tidak akan berlaku dengan serta merta, tapi ia akan berlaku kepada anda, seperti mana ia sedang terjadi kepada member yang lain.

 

Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama, dan mula dari bawah.

 

Bisnes ini sesuai disertai oleh semua golongan. Ada ramai para doktor, profesor, pesara kerajaan yang telah sertai bisnes ini. Mereka semua telah nampak peluang dan lebih awal telah mula menjalankan bisnes ini. Kini mereka sudah mula nampak hasilnya.

 

Berbalik kepada cerita bisnes.

 

Syarikat yang saya ingin ajak sertai ini menggunakan sistem binary dalam mengesan ahli yang layak untuk dibayar komisyen.

 

Tahukah anda, apakah kelebihan yang terdapat pada sistem binary?

Untuk mereka yang memang dah biasa dengan bisnes network marketing, (atau bisnes MLM) rasanya memang dah tak perlu untuk saya terangkan dengan panjang lebar.

 

Tapi bagi mereka yang tak biasa dengan sistem ini, biar saya jelaskan apakah kelebihannya.

 

Dalam sistem binary, setiap orang hanya dibenarkan untuk mempunyai 2 orang direct downline sahaja.

 

Jika seseorang itu mampu untuk dapatkan lebih daripada dua orang downline, contohnya dia berjaya dapat ahli ketiga, ahli tersebut perlu “diserahkan” kepada downline yang masih belum ada sesiapa dibawahnya.

 

Lihat contoh dibawah.

Perkara yang sama yang terjadi kepada saya.

 

Saya bertuah sebab berada dalam kumpulan yang aktif. Masa saya join bisnes ni dulu, saya belum buat apa-apa lagi, tengok-tengok dah dapat downline!

 

Siapa pulak yang letakkan downline dibawah saya ni? Sedangkan saya satu apa pun masih tak buat lagi!

 

Kemudian baru saya tahu, rupa-rupanya upline saya yang tolong. Ya, dalam bisnes ini, upline akan tolong dapatkan downline untuk kita.

Setiap orang cuma perlu dapatkan dua downline. Satu downline upline akan tolong carikan. Kita tinggal cari seorang sahaja. Dalam kata lain, kerja yang kita perlu buat hanya tinggal 50% sahaja.

 

Sekarang ni giliran saya berbuat demikian. Alhamdulillah, kaedah marketing yang saya gunakan dah mula menampakkan hasil, dan kini saya dah bantu rakan-rakan dalam rangkaian saya untuk dapatkan downline.

 

Itu kelebihan yang terdapat dalam bisnes ini. Ini mungkin satu-satunya bisnes yang bagus, yang mana upline akan bantu carikan downline! Anda mungkin tak akan temui tawaran seperti ini di syarikat lain. 

 

Saya bantu anda dapatkan seorang downline untuk letak dikaki kiri.

Anda hanya perlu dapatkan seorang je lagi sebagai downline di kaki kanan.

 

Saya tak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Justeru, mari kita sentuh sedikit bab risiko.

 

Buat bisnes adalah sesuatu yang ada risiko.

 

Lazimnya, kita akan dengar istilah-istilah seperti “high risk high return” atau dalam kata lain, lagi besar risiko, lagi tinggi potensi pendapatan.

 

Risiko paling utama adalah dari segi modal. Risiko bakal kehilangan modal apabila bisnes gagal itu pasti akan ada.

 

Cuba anda bayangkan. Anda buat bisnes dengan modal permulaan sebanyak RM10,000 kemudian dengan tak semena-mena berlaku sesuatu yang diluar jangka.

 

Bisnes tersebut gagal dan anda terpaksa gulung tikar. Anda terpaksa menanggung kerugian dan habis lesap duit modal.

 

Tapi anda jangan risaulah…

 

Hal ini tak akan berlaku kepada anda. Sebab itu saya berani dan yakin untuk ajak anda.

 

Mungkin anda tertanya-tanya, berapa modal permulaan yang diperlukan untuk join bisnes ini?

Jawapannya ialah, tiada sebarang modal diperlukan.

 

Penyertaan adalah percuma. Ya, FREE registration.

Adakah terdapat syarat untuk maintain buat pembelian bulanan?

Jawapannya ialah, tak perlu maintain buat pembelian.

 

Namun, ini bukanlah bermaksud anda tak perlu keluar duit langsung. Tidak, bukan begitu.

 

Anda masih perlu berbelanja, dan beli produk syarikat, cuma anda disyorkan untuk beli apabila perlu sahaja.

 

“Tapi saya tak pandai nak cari-cari orang… Boleh ke saya berjaya nanti?”

Apa yang nak dirisaukan? Itu semua boleh belajar.

 

Bagi peluang kepada diri anda untuk belajar.

First we learn, then we earn.

 

Dalam bisnes ini, anda boleh ambik masa selama mana yang anda perlukan untuk belajar. Dengan belajar, ia akan memperbaiki kehidupan anda.

 

Tentang persoalan nak kena cari-cari orang tu, secara jujurnya saya juga kurang berminat nak cari-cari orang walaupun saya tahu kaedahnya.

 

Sekarang, cuba jawab soalan saya. Macam mana anda boleh tiba di halaman ini? Adakah disebabkan saya cari anda, ataupun anda sendiri yang jumpa halaman ini?

 

Baiklah. Saya nak berterus-terang dengan anda. Saya sebenarnya tahu teknik pemasaran yang tak memerlukan saya untuk cari-cari orang.

 

Setakat ini, orang yang jumpa saya (seperti yang sedang berlaku kepada anda) dan mereka yang akan minta untuk join bisnes ini, bersama saya.

 

Saya tidaklah jamin setiap orang yang baca perkongsian saya ini, semua akan join bisnes ini. Tak. Saya juga perlu berpijak dibumi yang nyata.

 

Tapi satu perkara yang saya boleh jamin kepada anda. Ya, anda yang sedang baca ni.

 

Ini jaminan saya.

 

Orang seterusnya yang baca entri ini, dan minat nak join bisnes yang saya buat ini, dia akan jadi downline anda.

 

Yes. Saya akan daftarkan dia supaya jadi downline dibawah rangkaian anda.

 

Proses ini akan berlaku secara automatik. Anda join sekarang, dan selepas ini saya akan bantu bina rangkaian anda secara automatik.

 

Kerja anda akan jadi lebih senang. Anda tak perlu pening kepala atau perlu buat kerja seorang diri, sebab saya akan bantu bina rangkaian untuk anda di kaki kiri. Anda hanya perlu bina rangkaian di kaki sebelah kanan sahaja.

 

Kalau anda join company lain, anda kena buat kerja seorang diri dan jangan harap anda akan dapat limpahan (spill) downline dari upline anda

 

Baiklah, setakat ini saya dah cerita tentang

i. Potensi pendapatan yang bakal anda perolehi

Anda boleh dapat income sehingga RM5,000 sehari maksimum. RM5,000 sehari adalah income maksimum paling tinggi yang boleh dicapai. Tapi kalau tak capai jumlah tu, dapat duit tepi RM80 sehari masih ok, kan?

 

Cuba bayangkan, dalam masa setahun dari sekarang, anda akan dapat income tambahan sebanyak RM2,400 sebulan. Ok kan?

RM80 pendapatan sehari X 30 hari = RM2,400 sebulan

 

ii. Kelebihan sistem binary yang digunakan

Ya, anda akan dapat limpahan downline dari upline anda walaupun masih belum mula buat marketing.

 

Saya ulang sekali lagi. Orang seterusnya yang baca sharing ini, akan saya daftarkan dia jadi downline anda.

 

iii. Risiko yang bakal anda hadapi

Bisnes ini boleh dijalankan tanpa modal. Tiada sebarang modal diperlukan untuk mulakan bisnes ini. Jadi anda tak rugi apa-apa.

 

Andai kata selepas join, anda rasa bisnes ini tak sesuai untuk anda, atau anda dapat peluang yang lebih baik, atau mungkin sebab anda dah selesa dengan whatever kedudukan anda sekarang, anda boleh tingalkan bisnes ini tanpa rasa rugi.

 

No such thing as modal hangus bila join.

 

Persoalannya, adakah anda dah sedia nak take action?

 

Saya tak berniat untuk panjang-panjangkan cerita. Jadi saya akan stop sampai disini dahulu.

 

Kalau anda baca perkongsian saya ini sampai ke perenggan ini, tahniah saya ucapkan.

 

Ini bukan satu pengakhiran.

 

Sebaliknya ia baru satu permulaan. Selepas ini kita akan bersama-sama harungi dunia perniagaan (dalam satu pasukan) dan In Shaa Allah kita akan berjaya sama-sama.

 

Itupun kalau anda take action dan buat keputusan untuk join pasukan saya.

 

Sebabnya saya tahu, dari ramai-ramai yang baca, akan ada pelbagai respon yang bakal saya terima.

 

Ada yang lepas baca, dia terus tutup halaman ini dan kata dalam hati, ah… Bohong je semua ini.

 

Its fine.

 

Namun saya percaya, jauh disegenap hati, anda percaya apa yang saya tawarkan ini ada benarnya.

 

Kemudian ada juga pembaca yang memilih untuk tak buat apa-apa. Dia kembali kepada kehidupan dia yang biasa.

 

Sesekali dia akan teringat apa yang telah dibaca disini. Hari berganti hari, berganti minggu, berganti bulan dan akhirnya berganti tahun.

 

Ketika itu, makin ramai yang dah mula join.

 

“Kalaulah aku join waktu kali pertama aku dengar pasal bisnes ni, mesti sekarang aku dah ada ramai downline kat bawah aku…”

 

Saya agak, itulah dia yang bakal anda katakan pada diri anda sendiri nanti… Itupun setelah setahun, atau dua tahun berlalu.

 

Saya tahu sedikit sebanyak, anda minat nak join. At least anda rasa, tak rugi untuk mencuba. Saya pun rasa benda yang sama, waktu baru pertama kali dengar tawaran seperti ini.

 

Belum pernah lagi saya jumpa bisnes yang seperti ini.

 

Nak join tak perlu keluar modal.

Tak ada unsur paksaan untuk beli produk.

Boleh dibuat secara part time dan santai.

Upline siap tolong dapatkan downline pula!

 

Sekarang keputusan ditangan anda. Tak ada sesiapa yang paksa anda untuk join atau halang anda untuk join.

 

Apa yang boleh saya katakan, bagi peluang kepada diri anda untuk berjaya.

 

Bisnes ini, memang tak boleh paksa-paksa. Ia kena terbit dari hati, keinginan untuk hasilkan income tambahan, kemahuan untuk berusaha dan berjaya.

 

Sekarang ni, anda mungkin ada banyak soalan. Saya faham.

 

Ini nombor telefon saya.

011 5689 0863

Anda boleh whatsapp dan tanyakan saya sebarang soalan.

 

Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/

 

Tanyalah soalan yang susah-susah pun tak ada masalah. Bila dah betul-betul puas hati, then kita buat bisnes ni sama-sama.

 

Saya tunggu pertanyaan anda.

 

 

The post Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan appeared first on Blog Sabree Hussin.


11 Personaliti dan Karekter individu yang menyertai Bisnes Network Marketing

$
0
0

Ada macam-macam karekter dan personaliti orang yang join bisnes network marketing yang kita boleh lihat.

 

Apa yang saya kongsikan disini, bukanlah bertujuan untuk kita judge seseorang itu, sama ada dia baik, atau kurang baik.

 

Sebaliknya, perkongsian disini lebih kepada untuk membantu anda lebih faham bagaimana sikap seseorang yang menyertai rangkaian dan juga bisnes kita. Apabila kita mampu untuk mengenali mereka, kita lebih bersedia dan tahu bagaimana cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan mereka.

Selain itu, bila kita kenali sikap, perangai, dan personaliti yang ada pada ahli dalam rangkaian kita, kita juga akan lebih mudah untuk membuat pertimbangan, sama ada perlu atau tidak untuk kita habiskan masa fikir tentang dirinya.

 

Kadang-kadang, kita ni sangat serius nak berjaya dalam bisnes ini. Kita pun anggap orang lain yang berada dalam rangkaian kita juga serius nak berjaya. Setiap masa kita asyik fikir, apa yang aku boleh buat untuk bantu mereka. Tapi rupa-rupanya, orang yang kita fikirkan tu dah tak kisah pun tentang bisnes. Mereka lebih bahagia kembali kepada keadaan asal tanpa gangguan kita.

 

Andai kata satu masa nanti, ada antara ahli dalam rangkaian kita, tiba-tiba buat perangai, kitapun tak terkejut sangat, sebab semua tu kita boleh jangka. Didalam ini adalah antara sikap dan personaliti yang bakal anda saksikan apabila berkecimpung dalam bisnes network marketing.

 

Sekali lagi saya ulang, perkongsian ini bukan bertujuan untuk judge, mahupun downgrade mana-mana individu. Ianya untuk tujuan education sahaja.

 

Buat apa saya nak judge atau downgrade orang lain, sebab saya sendiri pernah berada dalam kalangan kategori yang saya bincangkan dalam artikel ini. Ianya adalah lumrah dalam perjalanan kehidupan. Seseorang itu boleh berubah, dan perubahan itu memerlukan usaha dan pengorbanan. Itupun kalau dia mahu.

 

Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, saya kongsikan beberapa kumpulan, kategori atau personaliti individu yang bergiat dalam bisnes network marketing.

 

1. Amatur atau newbie

Golongan ini adalah yang paling ramai tertarik untuk menyertai bisnes network marketing.

 

Mereka mempunyai personaliti dan latarbelakang yang hampir serupa, antaranya seperti

i. Tidak pernah ada pengalaman dan latihan dalam bidang perniagaan dan jualan

ii. Tidak mempunyai skil yang diperlukan untuk menjalankan bisnes, sebagai contoh skil pemasaran, pengiklanan, membuat jualan, memberi khidmat sokongan selepas jualan.

iii. Tidak memiliki mindset yang betul sebagai seorang usahawan

iv. Kadangkala ada masalah dari segi sikap, seperti agak malas, lambat atau tiada tindakan, banyak beralasan dan banyak lagi

v. Manja, cepat sentap dan mudah putus asa apabila kena reject bila ajak orang lain untuk join bisnes

 

Mereka ini tertarik untuk join network marketing mungkin sebab teruja apabila mendengar penerangan tentang compensation plan dan potential income yang bakal dicapai apabila menjalankan bisnes ini.

 

Sedangkan untuk capai sesuatu tangga pendapatan, sebenarnya ada real work yang perlu dilakukan dan bukannya sekadar join, duduk diam dan tak buat apa-apa, lepas tu hanya menunggu dapat income. Ini suatu mindset yang salah yang tak sepatutnya ada.

 

Kumpulan amatur ini tidak begitu serius dalam bisnes. Mereka anggap bisnes ini sekadar aktiviti yang cuma dilakukan ketika waktu lapang, ketika ada masa atau tunggu ada mood.

 

Disebabkan ini adalah percubaan kali pertama untuk belajar-belajar berbisnes, jadi dia tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bagi mereka, kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada pun tak apa.

 

Sama ada secara sedar atau tidak, mereka akan cari alasan untuk tak buat sebarang aktiviti berkaitan dengan bisnes. Any excuse will do. Sama ada sebab

i. Anak tak sihat

ii. Ada famili mertua datang rumah

iii. Nak keluar shopping beli barang keperluan

iv. Tak faham bisnes

 

Alasan tak faham bisnes ini agak kerap digunakan. Mereka kata, tak faham pelan pemasaran syarikat, tak faham compensation plan, tak faham kenapa kena buat marketing. Kalau dia boleh spesifikkan, apa yang dia tak faham, kita boleh bantu. Tapi kalau sekadar kata tak faham, kita pun pening, nak tolong macam mana pun tak tau.

 

Ada juga kemungkinan dimana mereka ini sebenarnya malu nak mengaku yang mereka dah join bisnes network marketing. Maklum sahajalah, diluar sana terdapat banyak bisnes MLM yang dipromosikan dengan cara dan pendekatan yang salah, hinggakan bisnes yang genuine dan sah pun terkena kesannya.

 

Kalau peringkat amatur, yang masih baru dalam bisnes ini, mereka mungkin tak pandai nak berhujah, bagi menerangkan bahawa bisnes yang kita buat ini adalah betul dan tak sama langsung dengan skim piramid ataupun skim cepat kaya yang ada diluar sana.

Baca juga: Perbandingan antara Bisnes MLM dengan Skim Cepat Kaya (Skim Piramid)

 

Kemudian setelah satu tempoh masa, mereka akan kata bisnes network marketing ini tak bagus. Bisnes ini langsung tak membantu untuk buat duit.

 

Dialog seperti dibawah ini adalah sesuatu yang tak pelik untuk didengari

“Aku dah join MLM lama, dekat 3 tahun tapi apa pun tak ada hasil”

Memanglah dah join 3 tahun, tapi dari 3 tahun join tu, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk fokus pada bisnes? Dalam satu tahun, ada lebih kurang 8,760 jam. Bermakna kalau dah 3 tahun, jumlah jam keseluruhan yang telah berlalu ialah sebanyak 26,280 jam.

Daripada jumlah tersebut, berapa jam yang betul-betul diperuntukkan untuk fokus pada bisnes?

“Bisnes MLM ni sesuai untuk orang yang ada banyak follower je”

Boleh jadi dia fikir, orang yang banyak follower ini lahir-lahir terus berebut orang lain nak follow. Dia tak pula cuba untuk lihat apa usaha yang dilakukan hinggakan ada ramai yang minat nak follow.

 

“Menyesal join bisnes MLM ni, dapat upline pun bukannya upline nak bantu…”

Kalau upline memang tak bantu langsung, itu memang patut kita salahkan upline tersebut. Tapi saya perhatikan ada sesetengah orang ni dia seperti mengharapkan upline boleh baca apa yang ada dalam fikiran dia. Dia join, tapi lepas tu dia senyap.

Selama ini dia banyak diamkan diri, mesej dari upline langsung tak pernah reply, dia setakat bluetick kan je, alih-alih semua salah upline.

 

“Bisnes direct selling ini susah…”

Saya tak nafikan, bisnes direct selling, bisnes MLM atau bisnes Network Marketing ini, tak kiralah apa nama yang anda gelarkan sekalipun, ia memang susah! Kalau senang buat duit, mesti dah ramai yang join dan jadi kaya raya.

Selain buat network marketing, saya juga buat affiliate marketing. Walaupun saya biasa dapat income dari affiliate marketing, namun saya tak pernah kata buat duit dengan affiliate tu senang. Cuma bila dah ada pengalaman, dah biasa buat, ia jadi lebih mudah berbanding kali pertama mencuba.

 

Kita semua bermula sebagai seorang amatur. Saya percaya, bukan semua terus jadi hebat apabila ingin bermula dalam bisnes, tak kiralah apa jenis bisnes sekalipun.

 

Orang yang masih amatur, dia ada kategorinya yang tersendiri.

i. Kategori yang nak belajar dan boleh diajar

ii. Kategori yang ego dan sombong

 

Kategori yang nak belajar dan boleh diajar

Harapan masih ada bagi kategori ini.

 

Orang yang masih amatur, kebarangkalian untuk berjaya dalam bisnes memang agak rendah. Kalau dia berjaya hasilkan beberapa ratus atau beberapa ribu itupun sudah dikira satu pencapaian yang baik.

 

Dalam bisnes ini, seseorang itu perlu lalui beberapa peringkat transformasi. Dari seorang yang tak tau apa, kepada seorang profesional hingga menjadi seorang leader.

 

Kita boleh nampak, usaha yang dibuat oleh orang yang bersungguh-sungguh nak berjaya. Dia sanggup untuk belajar. Dia boleh cari masa untuk kembangkan rangkaian bisnes.

 

Paling penting, dia boleh jadi seorang yang fleksibel. Apabila dia merasakan apa yang dia buat tak berkesan langsung, dia akan bincang dengan upline dan member dalam rangkaian untuk dapatkan idea pemasaran yang boleh dilakukan bagi menghadapi situasi tersebut.

 

Jenis ego dan sombong

Of course kategori ini memang ada.

 

Sebelum tu, bila saya kata golongan yang amatur dalam bisnes network marketing, ia bukan sekadar merujuk kepada seseorang yang masih muda usianya atau rendah tahap pendidikannya semata-mata.

 

Konteks amatur yang saya maksudkan disini hanya merujuk kepada tahap dia dalam bisnes network marketing atau dalam bisnes secara umumnya. Dia mungkin dianggap sebagai amatur dalam bisnes yang diceburi, namun ini tak bermakna dia juga amatur dalam kehidupan, kerjaya dan sebagainya.

 

Kalau seseorang itu tak pernah ada pengalaman bisnes, belum mempunyai skil dan kemahiran yang diperlukan, maka dia menepati profil seorang yang masih amatur.

 

Tak kiralah walau dia sudah berusia 40an, ada kerjaya yang bagus, ada gelaran tertentu, atau apa sahaja. Dia cuma tahap amatur dalam bisnes, dan bukan menjadi satu penghinaan apabila berada ditahap amatur.

 

Mungkin sebab ego, dia melihat orang lain lebih rendah berbanding dirinya. Pada pandangan dia, dengan kedudukan, usia dan pangkat yang dia ada, orang lain sebenarnya tak layak untuk ajar dan beri coaching kepada dia.

 

Padahal kita cuma nak membantu. Kita nak dia juga berjaya dalam bisnes. Akhirnya orang seperti ini, kita terpaksa lepaskan dia pergi sebab kita tahu, tak ada apa yang kita boleh bantu.

 

Saya berpendapat, jika anda masih seorang amatur, dapatkan ilmu sebanyak mungkin tak kiralah dari mana-mana sumber sekalipun agar anda dapat grow dalam bisnes ini.

 

Bagi upline pula, memang besar tanggungjawab bila ada golongan yang amatur dalam rangkaian kita. Kita kena beri ilmu, tunjuk ajar dan segala apa yang perlu… itupun kalau si amatur tu sedar diri, nak belajar dan boleh diajar.

 

2. Pengkaji (researchers)

Orang jenis ini ada sikap yang menarik.

 

Dia jenis suka mengkaji. Dia akan terus mengkaji, sampai la dia betul-betul rasa puas hati.

 

Dia akan kaji marketing plan.

Dia akan kaji kegunaan produk.

Dia akan kaji serba-serbi mengenai syarikat.

Dia akan kaji setiap ingredients yang digunakan dalam menghasilkan produk.

Dia akan kaji latar belakang kilang yang menghasilkan produk bagi syarikat.

 

Kebiasaannya jenis pengkaji ini memang akan tanya macam-macam soalan. Paling penat, kalau ada individu yang berjiwa pengkaji tapi pemalas.

 

Macam mana tu? Maksud saya begini. Orang ini dia memang minat nak ambil tahu serba serbi mengenai industri network marketing, mengenai syarikat, pelan pemasaran, sijil-sijil dan lesen berkaitan, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk, TETAPI…

 

Semua maklumat tu dia malas nak cari sendiri, tapi senang-senang je dia minta dari kita.

 

“Bagi saya marketing plan”.

“Saya nak company profile”.

“Forward dekat saya semua sijil-sijil yang company ada”.

“Bro, boleh send senarai jenama popular bertaraf dunia yang guna kilang yang sama yang company guna tak? Saya nak ye, TQ”.

 

Awal-awal tu tak apalah, kita layankan sikap dia. Kita rasa yang dia ni  betul-betul serius dengan bisnes dan ada azam nak pergi jauh. Ye la, bukan semua orang minat nak tahu maklumat-maklumat ini semua.

 

Disebabkan kita nak jadi seorang upline yang baik dan bertanggungjawab, kita pun sangguplah luangkan masa untuk cari maklumat tu semua dan beri pada dia.

 

Tapi lama-kelamaan, kita mula sedar satu perkara. Dia cuma minat nak jadi pengkaji. Segala ilmu dan info yang kita sampaikan, tak tau apa yang dia buat.

 

Kita tengok rangkaian dia langsung tak bergerak. Dia sendiri pun masih tak beli barang. Nampaknya segala maklumat yang kita salurkan tak berjaya diterjemah dalam bentuk jualan atau pembinaan rangkaian.

 

Waktu tu kita sendiri mula mempersoalkan diri sendiri, wajarkah kita terus melayan kerenah individu ini yang banyak bertanya, tapi langsung tak produce sebarang hasil.

 

Nanti dulu. Jangan give up lagi dengan si pengkaji. Mereka ini sudah mempunyai banyak info tentang syarikat. Boleh jadi dia tahu lagi banyak berbanding mana-mana upline yang ada dalam syarikat.

 

Individu pengkaji perlu diajarkan teknik jualan yang sesuai dengan jiwa mereka. Sekali lagi, sebelum kita sibuk nak ajar-ajar teknik jualan (selling skill) kepada dia, kita juga perlu tahu, adakah dia minat nak belajar? Susah nak ajar orang yang tak nak belajar ni. Kita penat, masa terbuang, tetapi hasil langsung tak ada.

 

3. Pemimpin (Leader)

Mempunyai leader dalam rangkaian umpama memenangi hadiah paling besar dalam sesi cabutan bertuah.

 

Seorang leader secara semulajadi mempunyai egonya yang tersendiri. Namun mereka mampu untuk merendahkan ego dan bersikap terbuka.

 

Mereka boleh mendengar arahan, sanggup untuk belajar dan selepas itu, mereka boleh bawa diri.

perniagaan-kecil

Anda tak perlu nak follow up.

Tak perlu beri sebarang bantuan pun tak ada masalah.

 

Seorang leader mempunyai formula kejayaan yang tersendiri. Individu seperti ini mampu untuk membina rangkaian dalam masa yang pantas.

 

Tak perlu terkejut, kalau satu hari nanti pendapatan yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding pendapatan upline yang memperkenalkan bisnes.

 

Mempunyai leader dalam rangkaian adalah idaman hampir semua orang yang berkecimpung dalam bisnes network marketing. Maklumlah, sikap seorang leader yang independent dan boleh bawa diri.

 

Kita sebagai upline akan turut mendapat tempias sebabnya rangkaian kita dapat berkembang dengan sihat dan memudahkan kita mencapai matlamat kewangan kita.

 

Leader ini boleh muncul dalam kalangan amatur. Ia merupakan satu karekter yang boleh dipupuk dan dibentuk. Inilah antara keistimewaan bisnes network marketing.

 

Ia bukan sekadar tentang buat duit, sebaliknya ia juga melatih individu tersebut menggilap ciri seorang pemimpin yang ada pada dirinya.

 

4. Sosial dan easy going

Individu seperti ini sangat menghargai sesuatu perhubungan dalam sesebuah rangkaian.

 

Dia ada effort untuk cuba berkenalan dengan semua orang yang ada dalam rangkaian termasuk ahli yang berada dalam rangkaian lain.

 

Bagi dia, bisnes ini bukan tentang persaingan. Oleh sebab sikapnya yang baik, dia mudah mendapat kawan dan orang yang berlainan rangkaian juga selesa apabila bekerjasama. Dia cepat mesra dengan team lain.

 

Orang yang sosial seperti ini dia faham, bahawa rezeki itu bukan semata-mata datang dari syarikat yang dia wakili. Dia dapat berkenalan dan berkawan dengan ahli lain itupun satu rezeki.

 

Dia juga faham, dengan bertambahnya kenalan, maka lebih banyak peluang untuk dia jana pendapatan. Dalam bisnes network marketing, kita boleh lihat ada juga golongan professional yang menjadi ahli.

 

Ada doktor, perunding kewangan, pelabur saham dan banyak lagi. Kalau sebelum ini, kita tak ada sebab nak berkenal-kenalan dengan mereka semua.

 

Tapi disebabkan adanya bisnes ini, kita mula mempunyai common ground dan common interest. Bolehlah gunakan bisnes ini sebagai platform untuk tambahkan kawan dari pelbagai latar belakang.

 

Malahan kita juga boleh belajar banyak ilmu baru dari kawan-kawan baru yang turut join bisnes network marketing ini.

 

5. Product lover

Dia ni join sebab dia suka dengan produk yang syarikat keluarkan.

 

Mungkin pada satu hari dia ada lihat product demonstration dekat mana-mana dan dari situ dia mula jatuh hati dengan produk.

 

Mula-mula dia mungkin cuma beli sabun pencuci pinggan dengan scrubber sahaja. Maklumlah dekat rumah dia ada banyak periuk, cerek dan kuali lama yang dah hitam.

 

Sebelum ini pernah cuba macam-macam jenama tapi kesan jelaga tu tetap tak nak hilang. Tapi bila guna produk yang syarikat hasilkan, periuk yang dah agak lama kembali berkilat seakan-akan baru.

 

Bermula dari situ, dia pun mula beli lain-lain produk, antaranya ubat gigi, berus gigi, vitamin C, skin care, produk penjagaan kebersihan dan macam-macam lagi.

Individu seperti ini kurang minat untuk buat bisnes, ajak orang lain menyertai rangkaian dan sebagainya. Tapi dia adalah pengguna setia dan setiap bulan without missed, pasti akan beli sesuatu.

 

Kita perlu hargai individu seperti ini, sebabnya mereka ini menyumbangkan pendapatan kepada kita. Mungkin boleh consider untuk bantu dia bina rangkaian. Maksud saya, kita bantu daftarkan beberapa orang untuk jadi downline dia. Itupun jika ada kemampuan.

 

Oleh sebab dia ada pengalaman beli macam-macam produk, kita boleh jadikan dia sebagai rujukan atau testimoni sebelum kita sendiri nak beli produk syarikat yang kita belum pernah cuba.

 

6. Part timers atau usahawan separuh masa

Dia ni ada kerjaya atau kehidupan lain, selain buat bisnes network marketing.

 

Saya rasa, dalam syarikat MLM yang saya join kebanyakkannya buat bisnes ni secara part time sahaja.

 

Ada yang bekerja sebagai guru, doktor, pensyarah dan macam-macam latarbelakang.

 

Mereka join company dan buat bisnes MLM bukan sebab mereka terdesak nak pakai duit, tapi sekadar nak cari pendapatan tambahan.

 

Dengan adanya extra income, ada banyak perkara yang boleh dicapai seperti

i. Beli rumah

ii. Settle kan hutang, sama ada hutang belajar, kereta, kad kredit dan sebagainya

iii. Bantu ahli keluarga yang memerlukan pertolongan

 

Orang yang jadikan bisnes MLM sebagai bisnes part time, kita pun faham yang mereka mempunyai masa yang terhad. Dalam satu hari, mungkin dia cuma mampu buat status update di media sosial dan pada hari cuti baru ada masa.

 

Kalau bisnes ni dibuat secara part time, sebaik-baiknya discus dengan upline untuk buat plan yang sesuai. Mungkin upline boleh bantu rangka strategi pemasaran yang tak memerlukan terlalu banyak masa, tapi masih efektif.

 

Benda boleh bincang. Tapi kalau masing-masing diam, alamatnya tak ada sebarang progress la.

 

7. Kaki MLM hardcore

Saya tak berapa pasti, sama ada nak suka atau benci dengan individu yang memang kaki MLM.

 

Semasa dia join team kita, dia sebenarnya dah join syarikat MLM lain. Malahan boleh jadi dia sebenarnya dah jadi ahli dengan 5 – 10 syarikat yang berbeza.

 

Ini bermaksud, dia ada pengalaman dalam industri MLM. Ada pengalaman berjaya, ada pengalaman handle prospek, dan mungkin juga ada pengalaman tergolek dalam bisnes ini. Boleh jadi juga dia pernah ada rangkaian dalam bisnes MLM lain yang dia sertai. (kita pun mula membayangkan yang dia akan bawa semua network dia masuk dalam bisnes kita ha3)

 

Tapi ada beberapa keadaan yang kurang menyenangkan. Kadang-kadang kita boleh nampak dia seakan-akan cuba memancing member dalam kalangan rangkaian kita untuk join bisnes yang dia buat.

 

Benda ni tak berapa bagus, sebabnya ia akan mengganggu fokus rangkaian kita untuk berjaya dan terus maju ke depan.

 

Sepatutnya kita fokus untuk bina rangkaian yang lebih besar, tapi sebaliknya dia buat sesama ahli berbincang perkara yang tak penting, seperti membuat perbandingan antara company A dengan company B, mana satu lagi best?

 

Bila dah mula timbul persoalan dan tak ada siapa yang mampu jawab, lalu dia pun tawarkan diri untuk jadi hero. Maklumlah dia ada pengalaman dalam beberapa syarikat yang berbeza.

 

Ia tak terhenti setakat disitu. Individu ini boleh bertindak lebih agresif dengan mula mengajak ahli dalam rangkaian kita untuk lompat kapal. Ya, masuk dalam bisnes yang dia join pula.

 

8. Pekerja atau the employee

Kumpulan ini sebenarnya masih belum betul-betul bersedia nak jadi seorang ahli perniagaan, atau usahawan atau businessman / business women.

 

Kesedaran untuk mula jalankan bisnes sendiri tu memang dah ada, cuma dari segi mentaliti dan cara fikir, masih lagi seperti seorang pekerja. Dia sentiasa menunggu arahan dari pihak atasan, apa yang perlu dilakukan seterusnya. Walhal dalam bisnes, kita tiada orang atasan.

 

Kelompok ini juga seorang yang perfectionist. Ini menjadikan dia lambat bertindak sedangkan timing itu adalah sesuatu yang sangat penting.

 

Orang minda bisnes, kita tak ada masalah untuk terus bertindak dan mulakan sesuatu usaha dengan apa sahaja yang sudah ada dalam tangan.

 

Tapi kelompok pekerja tak seperti itu. Dia perlu tunggu semua dah lengkap. Dia perlu mempunyai semua slide presentation, perlu ada sample product dalam tangan just in case diperlukan.

 

Pendek kata, dia perlu bersedia dari semua segi sebelum boleh betul-betul pergi full speed dalam bisnes ini. Maklumlah, kalau di tempat kerja, dia akan kena marah dengan bos kalau nampak seperti tak bersedia atau buat salah semasa menjalankan tugas.

 

Dia tak nak perkara yang sama berlaku pada dia, ketika dia sedang jalankan bisnes ini.

 

Kita lihat dia langsung tak perform dalam bisnes ini. Dia tak mampu bina rangkaian, namun jangan salah anggap yang dia ini adalah pekerja yang lemah.

 

Boleh jadi dia sebenarnya adalah seorang top performer atau best staff ditempat kerja.

 

Memandangkan cara kerja seorang usahawan dengan pekerja memerlukan mindset dan corak pemikiran yang berbeza, ini membuatkan dia tak begitu perform dalam bisnes.

 

9. Kaki manipulasi

Saya pernah jumpa orang yang macam ini dalam beberapa sesi preview bisnes networking yang saya pernah sertai dulu.

 

Sebagai wakil syarikat, dia akan recommend kita untuk join dan buat pembelian produk dalam kuantiti tertentu. Jumlah yang dia suruh beli tu pula, bukannya sikit tapi mencecah ribu-ribu ringgit.

 

Kalau dirujuk pada marketing plan yang dikeluarkan oleh syarikat, mungkin kita tak akan jumpa langsung syarat wajib untuk buat pembelian sampai ribu-ribu ringgit.

 

Orang seperti ini hanya berminat dengan wang besar yang boleh dihasilkan dari bisnes ini. Kalau boleh dia nak cepat kaya. Memanglah seronok kalau boleh jadi kaya dalam masa yang singkat.

 

Tapi kalau sampai memangsakan orang lain, apa yang seronoknya. Pelan pemasaran yang elok, boleh jadi rosak bila dimanipulasi oleh individu seperti ini.

 

Mereka akan suruh kita beli produk dalam kuantiti yang banyak supaya cepat naik pangkat dan cepat dapat income. Sedangkan syarikat hanya menggalakkan ahli untuk buat pembelian hanya apabila ada keperluan sahaja.

 

10. Jenis suka guna hype marketing

Fungsi hype marketing adalah untuk buat orang rasa teruja. Bila prospek dengar, dia akan rasa seperti ini merupakan peluang yang sangat baik dan tak seharusnya dilepaskan.

 

Dia akan bercerita tentang impian-impian besar yang bakal dicapai apabila join bisnes.

 

Ya, beli rumah besar, kereta mewah, melancong seluruh dunia dan banyak lagi.

 

Tak salah mempunyai impian besar. Impian boleh dijadikan motivasi untuk kita terus berusaha tanpa jemu. Cuma jangan melampau la.

 

Ini juga saya anggap sebagai teknik manipulasi. Esok-esok selepas prospek tadi mula bertenang, dah boleh berfikir dengan rasional dan keterujaan itu pun dah berlalu, akhirnya individu ini akan meninggalkan syarikat.

 

Teknik hype ini biasanya digabungkan dengan teknik manipulasi. Pengguna teknik ini mungkin cuma nak buat bisnes sekali sahaja dengan orang yang dijadikan sasaran.

 

Sedangkan kalau kita buat bisnes network marketing yang betul, kita nak orang tu jadi product lover dan terus beli produk syarikat sampai bila-bila.

 

11. Professional Network Marketer

Saya mulakan penulisan artikel ini dengan bercerita tentang seorang amatur, dan saya kira ada baiknya saya sudahi dengan memperkenalkan personaliti seorang network marketer yang layak digelar sebagai seorang professional.

 

Pada asasnya, karekter seorang professional ini adalah sangat berlawanan dengan seorang amatur.

 

Orang seperti ini memiliki etika kerja dan pertimbangan yang tersendiri. Jika dia merasakan, setelah dia mengkaji latar belakang syarikat dan selok belok perniagaan yang bakal dijalankan, lalu dia dapati ada sesuatu yang tak betul, dia akan suarakan.

 

Jika semuanya baik, dia akan lakukan bisnes dengan sehabis baik juga.

 

Dia buat sesuatu bukan semata-mata sebab duit.

 

Dia tahu dengan jelas, apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam profesion yang diceburi. Kalau kena ambil kelas untuk belajar skil baru, dia tak ada masalah untuk berbuat demikian.

 

Dia faham, setiap kejayaan ada pengorbanan. Biasa orang terlalu fokus dengan kejayaan tanpa melihat, berapa banyak yang telah dikorbankan untuk capai kejayaan tersebut.

 

Dia sedar, sekadar berkata itu susah, ini tak pandai, yang itu mustahil, tidak memberi sebarang kebaikkan kepada dirinya.

 

Adalah lebih baik, untuk dia terima hakikat bahawa setiap orang pasti ada kelemahan dan kekurangan, termasuk dirinya sendiri.

 

Seorang yang professional dia tak perlu nak guna trik, atau muslihat untuk jalankan bisnes ini. Dia ambil pendekatan mendidik dan memberi kesedaran, apakah kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi dari bisnes yang dilakukan.

 

Kalau orang lain tetap tak minat, its okay. Tiada paksaan dalam berbisnes, kan? Asalkan orang yang kita share peluang itu dah dapat segala maklumat yang perlu.

 

Anda rasa, anda termasuk dalam kelompok yang mana satu?

 

Saya percaya hidup ini bukanlah satu perjalanan yang sifatnya sentiasa statik atau mendatar. Setiap orang akan melalui fasa-fasa yang berbeza.

 

Hari ini kita bermula sebagai amatur, namun ini tak bermakna kita perlu selamanya berada disitu. Biasa kita dengar kata bidalan, hidup ini umpama roda, ada masa kita dibawah dan ada ketika kita diatas.

 

Sebaliknya, jika kita sendiri memilih untuk kekal dibawah, maka itu semua terpulanglah pada kita.

 

Walaupun saya pecahkan kepada beberapa golongan atau kelompok, namun ini tidak bermakna sikap tersebut hanya exclusive kepada kelompok itu sahaja.

 

Boleh juga berlaku, seseorang itu adalah amatur tapi memiliki ciri dan kualiti seorang leader. Ataupun dia seorang leader namun cenderung untuk manipulasi sistem.

 

Perbezaan ini bukanlah bertujuan untuk jadi penentu baik atau tidak seseorang itu, sebaliknya bila kita memahami perbezaan dan karekter seseorang, ia sepatutnya dapat memudahkan kita untuk berinteraksi dan bekerjasama.

 

Apa yang saya kongsikan disini, adalah dari pengalaman dan juga sedikit pembacaan yang saya lakukan. Jika ada manfaatnya, maka ambillah.

 

Namun jika ada kesalahan, teguran dan feedback dari anda saya amat hargai.

 

Akhir kata, jika anda minat untuk cuba bina karier dalam bisnes network marketing, saya alu-alukan anda untuk sertai syarikat yang saya juga sertai. Boleh baca sedikit intro mengenai bisnes tersebut disini.

 

Kalau rasa bisnes tersebut menarik, anda tahu siapa yang perlu anda hubungi!

 

Anda ada sebarang soalan berkaitan dengan bisnes network marketing?

Ini nombor telefon saya.

011 5689 0863

Anda boleh whatsapp dan tanyakan saya sebarang soalan.

 

Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/

 

 

 

The post 11 Personaliti dan Karekter individu yang menyertai Bisnes Network Marketing appeared first on Blog Sabree Hussin.

5 Tanggapan yang kurang tepat mengenai Bisnes Network Marketing

$
0
0

Sejak saya mula sertai bisnes network marketing, saya mula mendisiplinkan diri untuk baca sharing mengenai pengalaman mereka yang pernah sertai bisnes ini.

 

Ada pengalaman yang baik dan tak kurang juga pengalaman yang buruk. Semua itu saya akan baca dan saya ambil pengajaran dari pengalaman tersebut.

 

Bercerita mengenai bisnes network marketing atau bisnes multi level marketing ini, memang kita akan jumpa pelbagai pandangan dan pendapat.

bisnes-mlm-bisnes-teamwork

Akhirnya terpulang pada kita sama ada nak terima pendapat tersebut atau sebaliknya. Lazimnya, seseorang itu akan bagi sesuatu pendapat berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dia ada.

 

Kalau orang tu memang pernah mengaji dan mengkaji sesuatu ilmu, atau mungkin pernah ada pengalaman dalam sesuatu bidang, maka saya kira agak sedap untuk kita dengar dan ambil pendapatnya.

 

Tapi diluar sana terdapat juga individu yang ilmu tak seberapa dan pengalaman pun tak pernah ada, tapi galak memberi pendapat, komen dan ulasan dalam sesuatu perkara.

 

Bila kita tanya dengan lebih mendalam, macam mana dia boleh keluarkan pendapat sedemikian, barulah kita tahu… Rupanya dia ni seorang yang suka ceduk situ sikit sana sikit, kemudian dirangkumkan menjadi satu pendapat yang kononnya original dari dia sendiri.

 

Mujurlah kita ni diajar untuk lihat apa yang disampaikan, dan bukannya siapa yang menyampaikan. Mungkin apa yang dia sampaikan itu, ada baiknya untuk kita.

 

Ya, semua orang bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita hidup dalam negara demokrasi.

 

Namun demikian, seseorang itu tidak boleh memaksa orang lain untuk terima pendapatnya, dan kita boleh berbeza pendapat dalam sesuatu perkara.

 

Dalam mengeluarkan sesuatu pendapat, kita juga perlu melihat apakah hujah yang menyokong pendapat tersebut. Pendapat tanpa hujah, ia hanya sembang kosong, sekadar untuk mengisi masa.

 

Berbalik kepada konteks perbincangan mengenai bisnes MLM ini, saya dapati ada banyak juga pendapat dan pandangan yang dilontarkan. Ada yang kita boleh dengar dan ada juga yang langsung tak boleh pakai.

 

Satu lagi yang penting yang saya nak highlight disini, bukan semua syarikat MLM itu sama. Sesuatu pandangan atau pendapat itu mungkin hanya terpakai untuk satu syarikat, tapi tak terpakai pada syarikat yang lain.

 

Ini kerana terdapat perbezaan dari segi marketing plan dan juga etika perniagaan. Tapi disebabkan perkara ini tidak dijelaskan dengan baik, membuatkan ramai orang salah sangka, bahawa sesuatu pandangan yang terkait dengan bisnes MLM, tak kira sama ada yang negatif atau positif, terpakai untuk semua syarikat.

 

Kita tak seharusnya amalkan konsep pukul rata.

monspace-denda-9juta

Just because kita baca berita mengenai syarikat yang buat bisnes secara MLM, melakukan salah laku dan dikenakan denda hingga RM9 juta ringgit, kita terus beranggapan semua yang asalkan MLM pasti ada buat salah dan hanya tunggu masa sahaja untuk dikenakan denda.

 

Gaya pemikiran seperti ini adalah kurang tepat, dan saya rasa ianya agak merugikan sebab diluar sana memang ada banyak syarikat MLM yang betul ikhlas dan jujur nak membantu para distributor dan consumer untuk berjaya bersama mereka.

 

Disini saya akan bincangkan 5 pandangan yang kurang tepat, yang biasa akan kita dengari yang terkait dengan bisnes MLM. Apa pandangan tersebut? Jom sama-sama kita lihat.

 

1. Orang yang join awal paling untung

Kenyataan ini ada benarnya. Tapi ia bukanlah satu kenyataan yang langsung tak boleh dicabar.

 

Saya pun pernah rasa hal yang sama. Kenapalah saya baru tahu tentang bisnes ini pada tahun 2020. Kalaulah saya tau pasal bisnes ni sejak tahun 2016 iaitu ketika ia baru masuk pasaran Malaysia, ataupun tahu pada tahun 2017 kan bagus.

 

Kalau saya tahu lebih awal sudah tentu saya juga akan join lebih awal.

 

Kalau join lebih awal, bermakna saya boleh buat kerja-kerja pemasaran lebih awal. Cuba bayangkan, 3 tahun punya hasil kerja, sepatutnya sekarang dah mula menampakkan hasilnya.

 

Tapi sebab tahun 2020 baru nak mula kerja-kerja marketing, maknanya saya perlu tunggu 2022 atau 2023 baru akan nampak hasilnya! Kan lambat tu.

 

Biasanya dalam sebarang bisnes yang saya lakukan atau sertai (sama ada bisnes affiliate mahupun bisnes network marketing) saya akan meletakkan tempoh masa sekitar 3 tahun untuk benar-benar nampak hasilnya. Pada saya, tiga tahun ini adalah tempoh yang realistik untuk melihat sejauh mana sesuatu bisnes itu dapat berkembang.

 

Berbalik kepada argument asal, iaitu “orang yang join lebih awal adalah lebih untung” tidaklah begitu tepat.

 

Sebabnya? Ada banyak orang yang join lebih awal, tapi dia tetap tak dapat nak menunjukkan sebarang pencapaian yang membanggakan.

 

Kenapa boleh jadi macam tu? Boleh jadi sebab dia tak buat sebarang usaha pemasaran. Dia tak cuba atau berusaha mengembangkan rangkaian pengguna didalam bisnes yang dilakukan.

 

Kalau sekadar join awal tapi tak buat sebarang usaha, atau cuma nak mengharap spill over effect, atau hanya mengharap upline carikan downline, atau mengharap downline membina rangkaian sedangkan diri sendiri tak buat apa-apa, dah tentu bisnes dia tak akan berkembang dengan baik.

 

Walaubagaimanapun, saya juga tidak menolak kebarangkalian faktor join lebih awal sebagai salah satu faktor kejayaan dalam bisnes network marketing.

 

Ya, anda boleh berjaya sebab join awal berbanding orang lain, dengan syarat

i. Anda betul-betul serius dengan bisnes

ii. Anda buat kerja-kerja pemasaran dengan konsisten supaya orang kenal syarikat dan produk-produk yang ditawarkan.

iii. Anda berjaya yakinkan target market untuk jadi pengguna dan mendaftar sebagai pengguna dalam rangkaian anda

 

Ha nampak, kan? Semata-mata join lebih awal, tidak menjamin akan berjaya dan kaya. Sebaliknya, ia perlu disertakan dengan usaha yang konsisten, dan In Shaa Allah anda juga akan berjaya.

 

Lagi awal anda join, bermakna lagi awal anda boleh mula berbisnes dan buat kerja-kerja pemasaran.

 

2. Orang yang banyak follower senang nak cari orang

Ada individu memang lebih popular berbanding individu yang lain. Sebagai contoh, penyanyi, pelakon, selebriti, ahli politik, dan sebagainya.

 

Kalau kita bandingkan diri kita, yang sememangnya biasa-biasa dengan artis, sudah tentu kita akan kalah dari segi populariti.

 

Baik sekarang kita cuba bandingkan, antara artis dengan artis. Saya ambil contoh kita buat perbandingan antara Siti Nurhaliza dengan Siti Sarah. Antara dua artis ini, siapa lebih banyak follower dan siapa lebih popular?

 

Katakanlah, kedua-dua mereka ini join syarikat MLM dan buat bisnes. Siapa agaknya yang akan lebih berjaya? Adakah yang lebih banyak follower itu akan lebih berjaya?

 

Nanti dulu.

 

Sebelum kita terus beranggapan yang tahap populariti itu merupakan faktor yang sangat penting untuk menyumbang kepada kejayaan, kita perlu tahu satu perkara.

 

Apakah yang menyebabkan seseorang itu popular?

 

Dalam contoh artis yang saya bawakan, apa yang saya boleh katakan ialah mereka popular sebab

i. Bakat nyanyian

ii. Mempunyai lagu-lagu yang malar segar

iii. Suara yang sedap dan menghiburkan

iv. Persembahan yang memukau dalam nyanyian

 

Populariti mereka langsung tak ada kena mengena dengan bidang perniagaan.

 

Of course, mempunyai populariti dan dikenali sangat membantu dalam perniagaan. Prospek lebih selesa untuk berurus niaga dengan seseorang yang mereka kenali berbanding dengan complete stranger.

 

Paling penting, binalah populariti dari perspektif yang betul. Macam contoh dua artis yang saya bawakan, mereka popular dalam bidang hiburan.

 

Peminat dan pengikut mereka, mungkin hanya akan ikut mereka setakat dalam bidang tersebut sahaja. Sebaliknya, jika mereka cuba untuk ceburi bidang yang tak ada kena mengena dengan hiburan, belum tentu semua pengikut atau follower yang dia miliki akan ikut serta.

 

Ini berbeza dengan individu yang popular dalam bidang yang ada kaitan dengan perniagaan yang bakal dijalankan. Kalau individu tersebut memang dah popular dalam bidang tersebut, kemudian dia buat pula bisnes yang berkaitan dengan bidang yang dia sudah popular, maka kesannya adalah lebih baik berbanding popular sebab dia selebriti mahupun sebab dia artis.

 

Jadi, apa yang saya dapat sarankan ialah, tak perlu gusar kalau tak popular. Binalah populariti dan kredibiliti dari sebarang kedudukan yang anda berada sekarang, dan naikkan sedikit demi sedikit.

 

3. Kena keluar modal besar untuk buat duit dalam bisnes network marketing

Saya sendiri kerap dengar kisah orang-orang yang diajak untuk join bisnes, tapi kena keluar modal sampai ribu-ribu ringgit. Maka bermulalah drama pujuk memujuk untuk yakinkan orang tu untuk cari juga duit sebagai modal.

 

Persoalan saya, apa tujuan keluar duit tu? Kenapa perlu keluar duit sampai beribu-ribu untuk buat duit dalam bisnes network marketing ini? Kalau ada pilihan bisnes, yang tak perlu keluar modal, nak tak?

Network marketing biasa vs network marketing luar biasa

(saya pilih yang luar biasa tu kalau anda nak tahu)

 

Saya tak nafikan, kalau bisnes network marketing yang biasa-biasa, syarikat memang akan tetapkan syarat untuk ahli baru yang minat nak join untuk bayar sejumlah wang penyertaan.

 

Bayaran penyertaan ini pula boleh jadi bermula dengan RM50 hingga mencecah ribuan ringgit. Setelah buat bayaran, peserta akan dapat starter pack yang mengandungi katalog, dan beberapa produk syarikat.

 

Mungkin kita boleh kata, bayaran tersebut sebenarnya adalah untuk beli produk syarikat. Kalau yang modal sampai ribu-ribu tu, kena check balik, kenapa mahal sangat? Mana tahu ada unsur-unsur manipulasi dalam sistem.

Baca juga: Jenis-jenis orang yang buat bisnes MLM

 

Saya berpendapat, kalau barang yang kita beli tu, merupakan barang yang memang kita perlukan, maka ianya tak jadi isu besar. If let say bisnes tak menjadi, kita sendiri boleh pakai barang-barang tersebut.

 

Namun begitu, jika barang yang wajib beli itu adalah barang yang kita tak perlukan dan kita wajib beli semata-mata sebab nak join bisnes, maka kat situ ada beberapa perkara yang kita boleh pertikaikan.

 

Cuba bayangkan kalau bisnes tersebut tak berjaya nanti? Apa akan jadi dengan barang-barang yang tak terjual tu nanti?

 

Baiklah sekarang saya nak cerita mengenai sistem luar biasa yang digunakan oleh syarikat MLM yang saya join.

 

Pertama sekali, anda tak dikenakan sebarang yuran untuk jadi ahli. Pendaftaran adalah percuma sahaja.

 

Selepas jadi ahli, anda tidak diwajibkan untuk beli barang atau beli starter pack, katalog dan sebagainya.

 

Jangan salah faham. Ini bukan bermaksud anda tak perlu beli apa-apa. Anda masih perlu beli sesuatu, cuma pembelian tersebut hanya dilakukan jika ada keperluan.

 

Ingat keyword ini.

Beli apabila perlu sahaja.

 

Dalam bisnes network marketing luar biasa ini, duit yang anda belanjakan untuk beli produk dari syarikat bukanlah modal untuk mula bisnes.

 

Sebaliknya ia merupakan satu perbelanjaan wajib yang perlu dikeluarkan oleh setiap orang.

 

Apa dia perbelanjaan wajib yang saya maksudkan disini? Ini antara contoh-contoh perbelanjaan wajib yang relevan dengan konteks perbincangan disini.

 

i. Setiap orang pasti akan keluar duit bagi tujuan penjagaan kebersihan gigi

Kita akan beli ubat gigi dan juga berus gigi untuk memastikan gigi kita kekal bersih, sihat dan mulut berbau harum. Kalau selama ini beli ubat dan berus gigi di kedai runcit atau di shopping mall, kali ini kita tukar kedai dan beli dengan syarikat.

 

Tiada sebarang perbelanjaan tambahan. Kita hanya tukar tempat shopping sahaja.

 

ii. Selepas makan atau masak, kita akan cuci pinggan, mangkuk, periuk dan kuali

Ada ke orang yang pakai pinggan dan mangkuk pakai buang setiap hari, sebab malas nak cuci? Mungkin memang ada. Tapi adakah mereka juga akan guna periuk, kuali dan cerek pakai buang?

 

Besar kemungkinan jawapannya adalah tidak. Mereka akan guna berulang kali sebab boleh dicuci.

 

Syarikat yang saya join ni, juga turut mengeluarkan produk sabun cuci pinggan. Bila bahan pencuci yang saya gunakan tu dah habis saya tetap kena beli baru.

 

Kali ini saya pakai produk dari syarikat. Bajet yang sama, cuma perlu tukar penjual sahaja.

 

Syarikat ada macam-macam produk yang kita boleh gunakan secara harian. Ada lebih kurang 130 produk, tak kan tak ada satu pun yang boleh anda beli dan guna?

 

Setakat ini, saya sendiri dah membeli ubat gigi, berus gigi, sabun pencuci pinggan, penyental periuk, span basuh pinggan dan juga sun block.

 

In future saya akan beli vitamin C, kopi, sabun mandi dan banyak lagi. Saya tak beli secara lump sum sebab barang lama masih ada dan banyak lagi. Lagi satu, kesemua barang ini saya beli untuk kegunaan sendiri, dan bukannya untuk dijual semula.

 

4. Kena pandai menjual, mulut kena manis baru boleh berjaya

Part kena pandai menjual tu, saya setuju. Part kena mulut manis tu, macam kurang tepat. Biasanya mulut manis ni, kita merujuk kepada seseorang yang pandai berkata-kata. Bila dia bercakap, kita jadi terpesona dengan bahasa dan keindahan tutur katanya.

 

Sayangnya, saya tidak memiliki kelebihan seperti itu. Saya tak pandai berkata-kata.

 

Tapi saya tahu menulis. Saya ada pengalaman menulis, dan saya ada sedikit pengalaman membuat jualan menerusi jalan penulisan.

buat-duit-menulis

 

Justeru, daripada saya asyik fikirkan kelemahan yang ada pada saya, which is tak pandai nak berkata manis, lebih baik saya fokus kepada kekuatan yang ada pada saya.

 

Menulislah. Jangan pandang rendah kepada kuasa penulisan tau. Saya sendiri membina rangkaian dan memperkenalkan syarikat yang saya sertai ini menerusi jalan penulisan.

 

In Shaa Allah, kita usaha setakat mana yang boleh. Cepat atau lambat dapat hasil, itu bukan urusan kita. Yang penting, kita terus buat perkongsian. Bukankah itu lebih baik, berbanding langsung tak buat apa-apa?

 

Untuk rangkaian saya, saya amat galakkan anda kuasai ilmu membuat jualan menerusi penulisan. Ilmu menjual melalui penulisan ini, juga dikenali dengan nama teknik copywriting.

 

Sekarang ini, ada terlalu banyak laman web, sama ada dari dalam mahupun luar negara yang mengajar tentang kemahiran copywriting. Kita je yang kena rajin untuk baca, fahamkan kemudian terus praktikkan.

 

Ala… biasalah kalau first time menulis (menggunakan teknik copywriting) hasilnya macam tak berapa memberangsangkan. Itu bukan alasan untuk kita stop. Sebaliknya, kita kena terus menulis, dan In Shaa Allah, semakin hari kesannya akan jadi semakin baik.

 

Berita baik untuk anda. Kalau anda nak tahu, dengan teknik copywriting ini juga, anda bukan sahaja boleh mempromosikan bisnes MLM yang anda sertai, malahan pada masa yang sama, anda juga boleh gunakan ilmu yang sama untuk buat duit mempromosikan lain-lain produk di internet.

 

Macam saya sendiri, saya juga ada mempromosikan produk-produk yang dijual di lazada sebagai ejen Affiliate Lazada. Ini komisen yang telah saya hasilkan setakat entri ini saya hasilkan.

jualan-guna-teknik-copywriting

Boleh nampak ke screenshot kat atas ni? Setakat ini dah ada 3 sale berjaya dihasilkan, dan kesemua sales ini berlaku secara automatik, berpunca dari artikel-artikel yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

 

Kemahiran menjual itu memang penting. Namun style atau teknik membuat jualan itu, ada pelbagai. Pelajarilah dan kuasailah teknik menjual yang anda rasa selesa.

 

i. Ada orang menjual dengan cara jumpa face to face dengan klien

ii. Ada orang mampu menjual dengan cara ala-ala buat sesi pembentangan

iii. Ada orang menjual dengan menggunakan video rakaman

iv. Ada yang menjual menggunakan FB Live

v. Ada yang selesa menjual menggunakan penulisan sama ada di blog, media sosial dan sebagainya

 

Pilih mana-mana satu teknik yang anda rasa sesuai. Pelajari dan kuasainya. Janganlah disebabkan anda rasa macam nak pitam bila tengok orang lain yang menggunakan style jualan menerusi pentas dan bercakap dihadapan ribuan penonton, anda terus kata bidang jualan ini bukan untuk anda.

 

Sepatutnya anda cuba terokai teknik-teknik jualan yang ada pelbagai tu, dan pilihlah mana satu yang sesuai dengan jiwa dan personaliti anda.

 

Saya nak sambung sikit lagi mengenai membuat jualan. Sebenarnya, kalau anda join company yang saya join ni, anda tak dibenarkan untuk buat jualan.

 

Ada beza tau, antara buat jualan dengan membuat recommendation. Dalam bisnes ni, penekanan diberikan untuk jadi pengguna dan beli produk untuk kegunaan sendiri.

 

Selepas itu, share kebaikkan produk kepada orang lain. Bila ada yang minat nak jadi pengguna, kita bantu dia dengan mendaftarkan dia sebagai ahli.

 

Peranan kita adalah membuat pengesyoran atau recommendation sahaja. Tak boleh dan tak perlu menjual.

 

5. Buat bisnes MLM ni susah sebab kena jumpa orang tengah-tengah malam tak mengira masa

Kalau sampai ada prospek yang ajak jumpa tu, maknanya bisnes anda sedang berkembang dengan elok.

 

Cuma sebelum jumpa tu, kenalah pastikan dulu apa sebenarnya matlamat asal dia nak ajak jumpa tu. Bimbang juga kalau orang yang ajak jumpa tu sebenarnya ada niat lain.

 

Pengalaman saya sendiri, saya tak pernah pun jumpa sesiapa sebab nak terangkan perjalanan bisnes yang saya buat.

 

Penerangan mengenai bisnes boleh dibuat melalui whatsapp, FB dan sebagainya. Kalau masih kurang faham, boleh call. Sekarang ni kalau nak buat video call pun boleh.

 

Teknologi itu kan dah ada. Gunakanlah untuk buat bisnes. Untuk tingkatkan ekonomi kita.

 

Kenapa ya masih nak berfikir seperti zaman awal 2000 dulu. Sedarlah sedikit, kita sekarang sudah berada di tahun 2020.

 

Teknologi dihujung jari dan kita boleh merentas negeri dengan mudah dengan bantuan gadget dan peranti yang kita miliki. Kalau nak dapatkan pelanggan dari seluruh Malaysia, memang boleh sangat. Tak perlulah nak jumpa-jumpa ni. Lagi-lagi sekarang ni, kita masih belum betul-betul bebas dari covid.

 

Saya tahu ada banyak lagi pandangan yang kurang tepat yang berlegar-legar di internet. In Shaa Allah saya akan ulas di lain masa. Buat masa ni, saya ulas yang 5 perkara ini dahulu pun sudah memadai.

 

Anda ada sebarang soalan berkaitan dengan bisnes network marketing?

Ini nombor telefon saya.

011 5689 0863

Anda boleh whatsapp dan tanyakan saya sebarang soalan.

 

Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/

 

 

The post 5 Tanggapan yang kurang tepat mengenai Bisnes Network Marketing appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kenapa orang jatuh miskin – Dari pengalaman sertai Program Kebajikan

$
0
0

Saya pernah ada pengalaman ikut serta dalam program kebajikan ziarah rumah ke rumah untuk menyantuni keluarga yang kurang berkemampuan. Atau dengan kata lain, keluarga orang miskin.

 

Program kebajikan seumpama ini, kalau nak mudah dijalankan, kita kena dapatkan kerjasama dari ketua atau penghulu kampung terlebih dahulu. Itu kalau program kita berbentuk ziarah rumah orang-orang kampung.

 

Kalau dibandar, maka kenalah berhubung dengan pengerusi atau ketua blok.

Lazimnya ketua kampung ini lebih kenal dan lebih tahu, siapa dalam kalangan penduduk kampung yang hidup susah dan layak untuk diberikan bantuan.

 

Bila kita dah kenalpasti, dengan siapa yang kita nak berurusan, seterusnya kita minta mereka cadangkan senarai nama yang dirasakan layak untuk menerima bantuan.

 

Kebiasaannya juga, dari senarai nama yang diberikan tu, penama adalah orang yang dapat bantuan dari zakat dan juga jabatan kebajikan masyarakat.

 

Ada yang dapat bantuan dari kedua-dua institusi, dapat salah satu, dan ada juga yang langsung tak dapat bantuan. Mereka yang tak dapat bantuan ini kadang-kadang disebabkan oleh masalah dokumen. Bila buat permohonan, mereka perlu berikan supporting document terlebih dahulu.

 

Ya la, kadang mereka segan nak turun naik pejabat zakat atau pusat kebajikan untuk minta bantuan. Jadi, mereka pilih untuk usaha sendiri daripada bergantung kepada bantuan. Bila terlibat dengan aktiviti seperti ini, baru saya tahu memang ada orang susah yang tak suka nak minta-minta bantuan.

 

Bagi mereka, selagi mereka boleh usaha, selagi itu mereka akan usaha sendiri. Biarlah orang yang lebih layak, lebih susah dari mereka yang minta dan dapatkan bantuan.

 

Semasa sesi ziarah dijalankan tu, kita akan ziarah bersama dengan ketua kampung atau wakilnya. Ya la, saya dan ahli kelab ni kan orang luar. Kalau terus ketuk rumah ke rumah jadi kurang manis. Bila ada muka orang yang dikenali, maka tuan rumah lebih terbuka untuk terima kehadiran kami.

 

Bila kita ikuti program seumpama ini, kita akan rasa insaf. Kita rasa yang diri kita ini susah, tapi rupanya diluar sana, dikawasan ceruk kampung, dipinggir bandar, dan disebalik bangunan apartment yang bertingkat-tingkat, ada ramai lagi yang lebih susah dari kita.

 

Beberapa hari sebelum program ziarah dilakukan, biasanya setiap keluarga akan diberitahu terlebih dahulu hajat kami untuk datang ziarah. Ini tugas wakil kampung tersebut. Pada tarikh sekian-sekian nanti, akan ada orang nak datang ziarah. Orang dari kelab kebajikan. Mungkin itulah yang biasa diberitahu.

 

Tujuan kita bagitahu hasrat kita nak datang ziarah adalah supaya pihak keluarga dapat bersedia menerima kehadiran kita. Jadi pada hari itu, dia boleh lapangkan jadual dan jangan keluar kemana-mana, misalnya keluar bekerja.

 

Dalam kalangan peserta program ziarah, ada juga yang kurang setuju untuk kita bagitahu terlebih dahulu hasrat nak datang. Katanya, lebih baik datang secara spontan, sebab waktu itu tuan rumah “lebih jujur”.

 

Masa itu, tuan rumah memang tak sempat nak kemas rumah, nak sorokkan apa-apa yang perlu disembunyikan, misalnya nak sembunyikan tv baru, piring astro, motosikal baru, kereta dan sebagainya. Ah… Tu cuma contoh je.

 

Niat kita cuma nak membantu. Kita nak meringankan beban dan pada masa sama kita cuma nak sampaikan hajat kawan-kawan yang dah sedekahkan duit untuk disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan. Bukannya nak menilai setakat mana tahap kejujuran seseorang itu.

 

Biasanya dalam sesi ziarah ini, kita akan beramah-mesra dengan tuan rumah. Biasalah, kita akan interview sikit, dan dalam sesi tersebut kita cuba kenal pasti, apa lagi bentuk bantuan yang kita boleh salurkan.

 

Niat asal, kita nak sampaikan sumbangan dalam bentuk bekalan makanan dan barang-barang dapur. Tapi ada sesetengah keluarga yang perlukan bantuan lain yang lebih mendesak.

 

Misalnya perlu ganti atap zink yang baru, perlukan pampers dewasa, bantuan katil untuk orang sakit, kerusi roda, susu untuk orang dewasa yang sakit dan sebagainya.

 

Bila kita tanya perkara-perkara ni, barulah kita dapat tahu apa lagi bantuan yang kita boleh hulurkan.

 

Kadang-kadang saya rasa pelik, kenapa hidup mereka ni boleh jadi begitu susah? Apa sebenarnya peristiwa yang berlaku dan dimana silapnya?

 

Jika betul ada kesilapan, kita nak tahu apa silapnya? Mudah-mudahan dapat dijadikan pengajaran. Barulah ziarah ini ada sesuatu pengajaran dan pelajaran yang dapat dibawa pulang.

 

Jadi tak adalah sekadar datang ziarah, sampaikan barang sumbangan lepas tu balik. Pernah juga dalam beberapa sesi ziarah, dalam kumpulan kami ada seorang yang alim dan mampu untuk beri tazkirah ringkas.

 

Kita yang hadir sama ni pun boleh tumpang mendengar, dan timbul keinsafan. Ada beberapa pesanan yang disampaikan dan salah satu yang saya masih ingat lagi, ialah

 

Yang miskin, jangan sampai putus asa dan putus harapan dengan rahmat Allah

Hari ini kita diuji dengan kemiskinan, tapi itu bukan alasan untuk putus asa dengan rahmat Allah. Sepatutnya lagi kita susah, lagi kita berusaha untuk dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kita banyakkan berdoa, disamping berusaha untuk cari rezeki.

 

Janganlah sampai kita jadi orang yang miskin didunia, dan miskin diakhirat. Percayalah, Allah mendengar setiap rintihan dan doa kita. Malahan, kedatangan kami hari ini membawa sedikit buah tangan, adalah hasil daripada doa tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

 

Manakala bagi yang diberikan rezeki yang lebih, yang diuji dengan kesenangan, jangan sampai lupa bahawa diluar sana ada ramai lagi yang hidup susah. Nasihat ini untuk kami juga, para peserta program.

 

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan dan pengalaman untuk bertemu pelbagai latar belakang orang yang susah. Ada banyak perkara yang dapat saya jadikan pengajaran, misalnya

 

Ada orang yang jadi miskin disebabkan penyakit dan kemalangan

Betullah kata orang, malang tak berbau. Elok-elok sihat dengan tak disangka-sangka, kemalangan. Kalau dari kemalangan tersebut, terus meninggal dunia, selesailah masalah, tapi bagaimana kalau masih panjang umur tapi hilang keupayaan untuk bekerja?

 

Kalau sebelum ini pernah buat caruman insurans atau takaful, In Shaa Allah dapatlah ringankan beban. Tapi kalau tak ada? Insaf sekejap.

 

Kata-kata ejen insurans (dan ejen takaful) walaupun kita tak suka, ye la seolah-olah dia mengharapkan kita ditimpa nasib malang bila nak mempromosikan produk mereka, hakikatnya ada benarnya.

 

Perlindungan insurans ini adalah perlu jika berlaku musibah. Kalau tak mampu beli pakej yang mahal, ambil yang paling murah pun tak apa. Itu lebih baik berbanding langsung tak ada.

 

Nanti bila kedudukan kewangan dah mula stabil, mungkin ada kenaikkan gaji, ada pendapatan lebih dari bisnes, boleh upgrade kepada pelan perlindungan yang lebih komprehensif atau yang lebih baik.

 

Ada yang hidup susah kerana anak ramai

Bahagian ini mungkin akan ada yang tak berapa setuju. Maklumlah, ada ramai juga yang berpegang kepada pendapat “anak-anak itu rezeki dan setiap anak itu ada rezekinya masing-masing”.

 

Saya bukanlah nak menentang pendapat tersebut atau nak kata pendapat tersebut salah. Benda berlaku depan mata, jadi saya kongsilah apa yang saya nampak.

 

Ada keluarga yang kami ziarah, memang anak ramai. Semuanya masih kecik-kecik. Jumlah sebenar saya dah tak berapa ingat, tapi kalau tak silap mungkin ada dalam 6 orang.

 

Si ayah kerja kampung manakala ibu suri rumah sepenuh masa. Anak ada 6 orang dan dalam kandungan yang on the way nak keluar ada lagi seorang.

 

Saya pun tak faham, macam mana agaknya dia nak manage keluarga? Dia tak pernah dengar ke istilah family planning?

 

Katanya anak ramai tu rezeki.

 

Tapi anak-anak tak cukup makan.

Kadang-kadang sehari cuma makan sekali sahaja. Jiran-jiran yang faham, ada yang masak lebih untuk diberikan sedikit kepada keluarga. Kadang-kadang jiran sendiri rasa tak sampai hati tengok budak-budak ni menahan lapar. Cuma kalau nak sedekahkan makanan setiap hari, jiran-jiran juga ada keluarga yang perlu dijaga.

 

Keperluan dan kelengkapan sekolah tak dapat disediakan dengan sempurna sebab tak mampu.

Selain ziarah, kami juga ada buat program untuk bawa anak-anak yang terpilih untuk shopping keperluan sekolah. Harapan kami, anak-anak yang terpilih ini nanti dapat rasa semangat dan seronok nak ke sekolah sebab ada baju baru dan kelengkapan sekolah yang lainnya.

 

Ini juga buat saya fikir. Kalau situasi yang sama berlaku pada saya. Ada anak yang ramai, macam mana saya nak pastikan yang setiap anak dapat pendidikan yang terbaik?

 

Ada keluarga yang anak-anaknya terpaksa kongsi baju uniform sekolah. Pada waktu pagi kakak yang akan pakai, manakala sebelah petang giliran adik pula yang pakai.

 

Kalau baju kotor, salah seorang terpaksa ponteng sekolah sebab baju uniform yang perlu dicuci masih belum kering.

 

Ada ke masa untuk beri perhatian dan didikan kepada anak-anak

Kita tinggalkan dulu soal persekolahan. Bagaimana pula dengan aspek didikan dari ibu dan ayah. Mampu ke nak mendidik setiap anak supaya jadi anak yang baik, sentiasa bersyukur, hormat kepada orang lain, berdisiplin dan sebagainya.

 

Maklumlah budak-budak ni bila kurang diberi perhatian, dia akan mula cari perhatian ditempat yang tak sepatutnya. Ah… saya bukan nak mempersoalkan kemampuan para ibu-bapa anak ramai yang saya jumpa, cuma apa yang saya lihat membuat saya insaf dan refleksi diri.

 

Kalau mampu serba-serbi, go on. Buatlah anak banyak-banyak. Ataupun kalau dah tahu tak mampu dari sudut kewangan, tetap nak buat anak banyak-banyak, pun silakan. Saya harap anak-anak tu nanti dapat membesar dengan makanan yang cukup, pendidikan yang baik, dan tiada yang perlu berkorban sebab mak ayah gagal merancang kewangan.

 

Ada yang hidup susah kerana tak berpelajaran

Bukan sebab zaman dia masih kecik dulu sekolah belum dibina, tapi waktu tu, dia sendiri yang nakal.

 

Waktu sekolah, dia ponteng. Baru tingkatan 4 dah berhenti sekolah, atas alasan nak cari duit bantu keluarga, ataupun sebab tak boleh bawa subjek yang dia ambil.

 

Macam mana nak faham topik yang dipelajari, kalau dalam seminggu cuma 2 atau 3 kali datang sekolah. Bila tak faham, salahkan cikgu. Semua salah cikgu. Cikgu pilih kasih, cikgu suara perlahan sangat, cikgu ajar macam nak tak nak.

 

Ya… Mana boleh nak mengaku kesalahan diri sendiri. Selagi boleh salahkan orang lain, salahkan orang tu dulu.

 

Ada yang hidup susah kerana tak bekerja

Saya boleh faham, kalau tak bekerja kerana hilang kemampuan untuk bekerja, misalnya sebab kemalangan, penyakit dan sebagainya.

 

Tapi tahukah anda, ada juga manusia jenis yang tak bekerja sebab… Tak nak kerja.

 

Kalau dapat tawaran kerja sekalipun, dia cuma akan kerja paling lama satu minggu je, lepas tu dia akan berhenti.

bengkel kereta murah

Biasalah, pasti akan ada sebab (atau mungkin sebenarnya cuma alasan) diberikan kenapa berhenti kerja.

i. Tempat kerja jauh

ii. Tak tahan panas

iii. Penat

iv. Sakit badan

v. Malam tak boleh tidur, bila pagi susah nak bangun

 

Nak minta kerja di pejabat dalam suasana berhawa dingin, tak layak pula.

 

Bila tak kerja, apa yang dia buat? Tak ada buat apa-apa. Cuma duduk dirumah, dengan alasan boleh jaga dan boleh tengok-tengokkan keluarga.

 

Kalau ada makanan, dia makan. Waktu petang-petang nanti, jalan-jalan ronda kampung dan lepak dengan kawan-kawan sampai hampir subuh. Lepas tu bila balik rumah tidur sepanjang hari.

 

Bila dah bangun ulang balik aktiviti yang sama macam semalam. Sesetengah orang dia memang rasa bahagia hidup dengan rutin macam tu.

 

Lama kelamaan bila dah terbiasa, sikap macam ni terbawa-bawa sampai ke usia tua. Orang yang macam ni, macam mana kita nak bantu dia?

 

Ada yang miskin sebab sikap sendiri

Kategori yang macam ini memang ada. Tapi orang yang ada masalah sikap ini, mana nak mengaku setiap yang terjadi adalah disebabkan oleh salah sendiri.

 

Hidup dia dah terbiasa dengan bantuan. Dapat bantuan zakat, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Segala jenis bantuan, dia antara yang paling awal kedepan.

 

Hilang dah rasa malu dalam diri dia agaknya. Saya masih ingat lagi, satu hari tu masa kami buat program agihan barangan dapur, dengan tiba-tiba muncul seorang individu marah-marah dan cuba buat kecoh.

 

Dekat tangan individu tersebut ada kad pengenalan. Antara ayat dia yang saya ingat

“Kenapa saya tak dipilih untuk jadi penerima? Awak ambik IC saya ni awak check sekarang, saya ini orang yang layak terima sumbangan! Ambik IC saya ni, check lekas.”

 

Macam yang saya katakan, biasanya nama penerima sumbangan ini dicadangkan oleh ketua kampung atau wakil penduduk di sesuatu kawasan.

 

Mereka ini pula akan cadangkan nama mengikut kriteria yang kita mahukan, misalnya

i. Orang susah yang anak ramai

ii. Orang yang susah sebab ada penyakit atau jaga famili sakit

iii. Orang yang susah sebab pendapatan yang rendah tapi tanggungan yang ramai

 

Kalau nama seseorang tu memang tak ada dalam senarai penerima yang kami ada, maka tak layaklah. Kalau sebelum ini memang biasa dapat bantuan, bersyukurlah. Bukannya memaksa-maksa orang lain yang buat program, untuk sekali lagi bagi bantuan kepada dia.

 

Saya pun terkejut juga bila jumpa secara berdepan orang macam ni. Dia rasa selesa agaknya hidup atas bantuan orang lain. Bila tengok orang lain dapat bantuan tapi dia tak terpilih, mula rasa tak senang duduk.

 

Terus rasa gelisah dan mungkin dia fikir ada mana-mana pihak yang terlepas pandang, sampaikan nama dia tak terpilih.

 

Bagaimana cara untuk keluar dari belenggu kemiskinan?

Apabila saya ikuti program kebajikan seperti ini, saya mula sedar bahawa apa yang kami lakukan hanya sekadar mampu untuk meringankan sedikit beban dan membawa kegembiraan kepada keluarga penerima.

 

Namun semua itu hanya sementara.

 

Apabila bantuan telah habis, mereka akan kembali kepada keadaan yang asal.

 

Jika ada rezeki lebih, mungkin kami akan datang sekali lagi berkunjung dan menyampaikan sumbangan, ataupun mungkin kerja-kerja ini disambung pula oleh NGO atau kelab yang lain.

 

Kita juga sedar, dengan hanya beri bantuan bekalan makanan, ia tak akan mampu untuk mengeluarkan keluarga tersebut dari kemiskinan. Setakat memastikan rumah ada benda untuk dimakan dalam masa sebulan dua tu bolehlah.

 

Malahan, kita juga risau kalau-kalau apa yang kita buat ini mungkin mendatangkan side effect seperti melahirkan corak pemikiran yang salah, contohnya “biarlah aku hidup susah, sebab bila hidup susah ini mesti akan ada ramai NGO akan datang bantu beri bantuan. Nanti bila dah senang, aku dah tak layak terima bantuan.”

 

Saya amat menghormati NGO yang mampu untuk beri bantuan bukan sekadar wang ringgit dan barangan bekalan makanan, tapi mampu untuk wujudkan juga peluang pekerjaan.

 

Kemudian untuk anak-anak yang masih bersekolah, disediakan juga bantuan kelas tambahan percuma. Keluarga mereka mungkin tak mampu untuk sediakan yuran untuk hantar anak-anak ke kelas tusyen.

 

Untuk mengubah nasib keluarga, dan mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan adalah dengan memberi ilmu dan juga pendidikan. Siapa tahu, dari kalangan keluarga yang menerima bantuan ini, ada antara anak-anak mereka yang berjaya jadi seorang doktor, jurutera, lawyer dan lain-lain kerja dalam bidang profesional, kan?

 

Selain beri ilmu, ada jalan lain ke untuk bantu mereka? Maksud saya, ada jalan lain ke untuk kita bantu seseorang itu untuk keluar dari kemiskinan?

tips-bisnes-shopee

Ilmu itu pula tak semestinya merujuk kepada ilmu-ilmu yang kita pelajari di sekolah, kolej mahupun universiti. Ia boleh juga ilmu yang kita pelajari dijalanan, hasil personal coaching dan sebagainya.

 

Untuk anak-anak yang masih kecil, belum terlewat untuk kita pupuk minat dan galakkan dia untuk menimba dan mencintai ilmu.

Cabaran yang besar bila berhadapan dengan mereka yang telah dewasa dan yang ada pemikiran sendiri.

 

Kalau jenis berfikiran terbuka dan matang, itu tak ada masalah. Mereka sedia untuk mendengar dan menerima nasihat. Tapi kebanyakkannya tak begitu. Sebab itu mereka berada dalam keadaan mereka berada sekarang.

 

Pemikiran sempit dan tak matang. Bila kita cadangkan sesuatu, asyik dengan kalimah … ah susahlah… tak pandailah… tengoklah dulu… Kalau begitu, macam mana nak berubah?

 

Sepatutnya pada usia muda dulu, umur belasan tahun dulu, patut di suapkan dengan ilmu pelajaran. Tapi sayang, dia pilih untuk lari dari sekolah dan lepak dengan kawan-kawan.

 

Maka tak hairanlah, kalau kita jumpa sosok tubuh seorang yang berusia 40an, tapi tahap pemikiran seperti umur belasan tahun.

 

Penulisan disini bukanlah untuk menghina sesiapa. Malahan saya juga tak sebut mana-mana batang tubuh secara spesifik.

 

Mesej yang saya cuba sampaikan adalah ilmu itu penting. Mungkin kita dah terlepas peluang untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya. Namun jangan biarkan ahli keluarga dan orang terdekat dengan kita lakukan kesilapan yang sama.

 

Kalau dulu kita malas belajar, janganlah dibiarkan anak-anak kita juga malas belajar. Kalau macam tu, ia hanya akan membiarkan kitaran hidup itu terus berputar disekitar jalan kemiskinan yang sama.

 

Semoga apa yang saya lalui dan kongsikan disini, dapatlah dijadikan pengajaran dan iktibar.

 

 

The post Kenapa orang jatuh miskin – Dari pengalaman sertai Program Kebajikan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Rahsia Terbongkar! 28 keperluan sebenar yang pelanggan rahsiakan dari anda

$
0
0

Pernah tak anda terfikir, bagaimana kalau anda mampu untuk membaca apa sebenarnya yang difikirkan oleh bakal pelanggan anda.

 

Walaupun anda baru pertama kali berinteraksi dengan pelanggan tersebut, anda sudah boleh tahu, apakah sebenarnya keperluan yang ada pada dirinya.

Dapat tak anda bayangkan yang pada waktu itu anda mampu untuk jual apa sahaja kepada pelanggan tersebut.

 

Lagi banyak yang anda mampu jual, maka lebih banyak pendapatan yang dapat anda hasilkan. Hidup anda pasti akan berubah 360 darjah, kerana anda mampu untuk jual apa sahaja dan sentiasa mampu memenuhi keperluan pelanggan anda.

 

Bagaimana kita nak jadi hebat dalam menjual kalau kita sendiri tak faham dan tak tahu bagaimana cara pelanggan kita berfikir. Bila kita tak faham cara pemikiran mereka, maka agak sukar untuk tahu apa sebenarnya keperluan dan kehendak mereka.

 

Tahukah anda, sebenarnya sudah ada kajian dilakukan yang dapat mengenalpasti, apa sebenarnya yang pelanggan perlukan. Saya tidak akan menulis secara detail mengenai kajian yang telah dilakukan, sebaliknya saya akan terus fokus kepada matlamat utama, iaitu untuk kongsi apa dia sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan.

 

Namun jika anda minat nak mengetahui tentang kajian tersebut, ia sebenarnya berdasarkan kepada teori psikologi Abraham Maslow Hierarchy of Needs. Walaupun teori ini mungkin bukannya 100% tepat, namun saya dapati ada beberapa poin yang boleh dijadikan rujukan. Dari segi kelakuan, seseorang itu akan memenuhi keperluan yang paling asas terlebih dahulu, sebelum dia cuba untuk memenuhi keperluan lain.

 

Misalnya, selepas selesai keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, barulah dia akan fikir untuk penuhi keperluan berkaitan dengan emosi, contohnya untuk ketenangan minda, sebagai terapi, kekal sihat dan sebagainya. Ini akan saya ulas lagi dalam artikel ini.

 

Bila kita benar-benar tahu, apa yang pelanggan perlu, lebih mudah proses untuk kita yakinkan pelanggan tersebut bahawa keputusan untuk beli sesuatu produk yang kita jual adalah keputusan yang sangat tepat. Bukan semua pelanggan akan beri kerjasama dan bagitahu, apa sebenarnya yang dia perlukan. Maka disini, terpulang kepada kemahiran kita untuk cuba dapatkan maklumat, apa sebenarnya yang mereka perlu.

 

In Shaa Allah maklumat yang saya kongsikan disini akan dapat membantu anda.

 

Apa yang saya ceritakan dalam posting ini adalah berkenaan dengan apa yang pelanggan perlukan (needs), dan bukannya persoalan tentang apa yang pelanggan mahu (wants).

 

Bagi yang baru pertama kali dengar perbincangan tentang keperluan dan kemahuan, mungkin ada yang kurang jelas, apakah terdapat perbezaan antara keduanya?

 

Jawapannya sudah tentu ada. Berikut adalah perbezaan antara keperluan dengan kehendak atau kemahuan.

 

Keperluan

i. Merujuk kepada perkara asas yang diperlukan bagi membantu survival seseorang.

ii. Sesuatu yang WAJIB ada

iii. Jika tak dipenuhi boleh menyebabkan kerugian, kesakitan dan boleh menyebabkan kematian

iv. Keperluan seseorang tidak berubah sepanjang hayatnya

 

Kemahuan

i. Barang atau perkhidmatan yang diingini oleh seseorang, bagi memuaskan hati dan nafsunya

ii. Sesuatu yang dia HARAP boleh jadi miliknya, sama ada sekarang atau di masa akan datang

iii. Jika tak dipenuhi, ia sekadar menyebabkan rasa kecewa

v. Kemahuan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh beberapa faktor

 

Pada perkongsian kali ini, kita akan bincangkan apakah dia keperluan-keperluan yang mungkin ada pada pelanggan anda. Setelah kita tahu, apa sebenarnya yang mereka perlu, maka lebih mudah untuk kita berinteraksi dengan mereka dan memberikan khidmat yang terbaik.

 

Pelanggan kita pun akan jadi suka pada kita, sebab dia merasakan yang kita benar-benar faham dia. Baiklah, tanpa buang lebih banyak masa, mari kita lihat apakah keperluan yang ada pada setiap pelanggan.

 

Keperluan dari sudut Fungsi

Keperluan yang paling asas adalah keperluan untuk dapatkan sesuatu produk dari segi fungsi produk tersebut. Mereka sanggup untuk bayar tak kira berapa harganya, asalkan ianya munasabah dan mampu memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

 

1. Boleh hasilkan lebih banyak duit

Pelanggan anda perlukan duit. Tak percaya? Cubalah anda buat survey, dan tanyakan soalan seperti “adakah anda perlukan cara untuk buat lebih banyak duit atau jana pendapatan tambahan?”

 

Most likely, jawapan yang anda bakal terima adalah, Ya… Atau setidak-tidaknya pelanggan anda akan rasa tertarik dan minat untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.

 

Dia perlukan cara atau kaedah yang sesuai dengan dirinya untuk dia hasilkan lebih banyak duit.

 

Apa produk yang dijual kepada pelanggan, yang tujuannya adalah untuk membolehkan pelanggan tersebut buat lebih banyak duit?

 

Jawapannya ialah produk yang berkaitan dengan instrumen pelaburan, dan juga produk yang nilainya makin bertambah dikemudian hari.

Jika pelanggan beli produk tersebut, dia akan buat lebih banyak duit berbanding jumlah asal yang dibelanjakan semasa beli.

 

Untuk jual produk seperti ini, kita perlu nyatakan secara jelas, berapa banyak duit yang pelanggan tersebut bakal diperolehi dan berapa lama masa yang diperlukan untuk dapat hasil tersebut. Contohnya duit akan bertambah sebanyak 12% dalam masa setahun.

 

Selain itu, kita juga perlu yakinkan pelanggan dengan memberi bukti dan data-data yang boleh dipercayai bahawa produk tersebut akan bertambah dari segi nilainya atau dapat menggandakan duit pelanggan kepada berapa peratus.

 

2. Mampu menjimatkan masa

Tanpa menggunakan produk anda, pelanggan perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

 

Disebabkan tugasan tersebut mengambil masa yang sangat lama, biasanya orang akan elak atau tangguhkan aktiviti tersebut ke satu masa yang lain, bagi memberi laluan kepada tugasan lain yang lebih penting.

 

Tugasan tersebut mestilah cukup penting, dan nak tak nak, mesti dilakukan.

 

Contohnya aktiviti mencuci pakaian. Ia adalah aktiviti yang penting dan perlu dilakukan tapi disebabkan terlalu memakan masa, biasanya kita akan tangguhkan dulu.

 

Mencuci pakaian boleh mengambil masa 30 – 40 minit.

Kemudian mengeringkan pakaian menggunakan mesin dryer, perlukan lagi 30 minit.

Kesemua sekali perlukan lebih kurang 1 jam atau lebih.

 

Kalau produk anda berupaya untuk menjimatkan masa, ini adalah satu selling point yang sangat bagus. Anda hanya perlu tunjukkan atau terangkan bagaimana produk anda berfungsi untuk menjimatkan masa.

 

Antara produk lain yang dijual dengan menekankan kelebihan menjimatkan masa adalah seperti mi segera, kopi 3 in 1, frozen food dan banyak lagi.

 

Setiap orang ada 24 jam setiap hari. Bagi mereka yang sentiasa sibuk, ada macam-macam projek yang hendak dijalankan, masa yang ada ini dirasakan begitu suntuk.

 

Jika anda mempunyai produk yang mampu membantu pelanggan jimatkan masa, agar dia ada masa untuk buat projek lain, ianya pasti akan menarik perhatian pelanggan anda.

 

3. Mengurangkan risiko

Ada banyak aktiviti atau pekerjaan yang datang dengan risikonya yang tersendiri.

 

Menjalankan bisnes adalah sesuatu yang berisiko. Namun, seseorang itu boleh mengurangkan risiko kerugian dengan melakukan beberapa perkara

i. Dapatkan khidmat konsultan untuk beri nasihat mengenai perjalanan bisnes

ii. Dapatkan juga khidmat akauntan profesional untuk menyediakan buku kira-kira dan memfailkan lhdn

iii. Beli buku panduan, masuk kelas dan datang seminar sebelum terus terjun dalam sesuatu perniagaan

iv. Jalankan bisnes menerusi kaedah yang rendah risiko seperti menjadi ejen dropship, hanya guna konsep pre-order, dan affiliate marketing

 

Produk seperti perlindungan insurans dan juga takaful juga sesuai dipromosikan menggunakan pendekatan untuk membantu pelanggan mengurangkan risiko.

 

Selain itu, peralatan atau aksesori berkaitan keselamatan juga boleh dipersembahkan dengan tujuan mengurangkan risiko.

 

Handphone casing dan screen protector untuk elakkan smartphone anda rosak teruk jika terjatuh.

Kamera cctv untuk jaga keselamatan bangunan kediaman, kamera untuk kereta juga boleh.

 

4. Produk lebih berkualiti

Saya percaya, setiap orang pernah ada pengalaman terbeli produk yang murah semata-mata sebab tertarik dengan harganya yang lebih rendah. Namun akhirnya terpaksa beli lagi dan lagi sebab produk yang murah cepat rosak dan tak tahan lama.

 

Ada pelanggan yang sebenarnya tak ada masalah untuk bayar lebih asalkan produk yang dibeli tahan lama.

 

Kita juga sedia maklum, produk yang bagus kualitinya kebiasaannya agak mahal harganya. Kalau nak produk yang berkualiti, jangan mengharap harganya murah. Kalau nak produk yang murah, jangan terlalu berharap produk tersebut berkualiti tinggi.

 

Jika anda menjual produk yang agak mahal harganya berbanding produk lain yang hampir sama fungsinya, maka fokuskan kepada kualiti produk tersebut.

 

5. Produk lebih murah atau jimatkan kos

Kali ini adalah kontra kepada produk yang berkualiti. Ada ketikanya, pelanggan perlukan produk yang murah atau yang dapat menjimatkan kos.

 

Ciri produk yang menepati keperluan ini adalah produk yang kita hanya akan pakai sekali sahaja. Produk tersebut tiada keperluan untuk digunakan secara berulang-ulang kali.

 

Walaupun harganya murah dan pelanggan dapat jimat dari segi kos, tapi bukanlah bermakna kualiti boleh dikompromi. Apa yang penting produk dapat berfungsi dengan sepatutnya pada kali pertama ia digunakan.

 

Ketika kedudukan kewangan dan ekonomi berada dalam kedudukan yang kurang baik, dapat beli barang yang murah harganya sudah cukup memadai. Namun setelah kewangan mula stabil dan jadi lebih baik, kebiasaannya pelanggan akan pilih produk yang berkualiti berbanding yang murah.

 

Jika produk anda murah dan berkualiti tinggi, itu lebih baik.

 

6. Menjadikan kehidupan dan urusan kerja lebih teratur

Tidak dinafikan ada antara kita yang kurang pandai dalam bab-bab mengatur dan menyusun, tak kiralah sama ada menyusun barang-barang peribadi, jadual kerja dan sebagainya.

 

Bagi individu seperti ini, memang ada keperluan untuk dia membeli produk atau perkhidmatan yang mampu untuk membantu dirinya jadi orang yang lebih teratur.

 

7. Ada pelbagai pilihan variasi

Sesuai untuk mereka yang jenis sukakan kepelbagaian, tak kira sama ada dari segi warna, corak ataupun reka bentuk. Orang macam ini, dia akan rasa teruja apabila produk yang dia suka tu mempunyai pelbagai pilihan warna ataupun corak.

 

Bagi sesetengah orang, memang ada yang tak kisah dengan kepelbagaian warna, corak dan sebagainya asalkan produk dapat berfungsi seperti yang diharapkan.

 

Namun jangan dilupakan golongan yang cukup seronok kalau ada pelbagai design.

 

Boleh juga lihat individu seperti guru, pensyarah, atau executive yang memilih untuk mempunyai kepelbagaian dalam pemakaian, pemilihan perfume dan aksesori.

 

8. Menepati citarasa atau custom made

Cuba bayangkan, kalau anda berada dalam satu situasi dimana anda cukup sukar untuk mendapatkan sesuatu barangan yang betul-betul padan dengan keperluan anda.

 

Kalau shopping pakaian, tak ada satu pun butik yang mempunyai saiz yang betul-betul padan dengan bentuk badan anda.

 

Penyelesaiannya? Kena dapatkan produk yang ditempah khas, atau custom made khas untuk anda sahaja.

 

9. Memudahkan kerja yang selama ini sukar untuk dilakukan

Ada sesuatu kerja yang selama ini sangat sukar untuk dilakukan, tapi dengan adanya produk yang anda jual, ia dapat memudahkan urusan kerja.

 

Dari pengalaman saya sendiri, ada beberapa produk yang saya beli bagi memudahkan kerja. Tanpa produk tersebut, saya tak akan mampu untuk hasilkan hasil kerja sama seperti yang saya harapkan.

 

Untuk produk dalam kategori yang dianggap memudahkan kerja adalah seperti software. Saya sendiri pernah beli software untuk membantu saya bina laman web dan juga software untuk menghasilkan design.

 

10. Mengelakkan masalah

Masalah tersebut masih belum berlaku, tapi ada kemungkinan akan berlaku. Bertepatan dengan peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

 

Sebelum sesuatu yang tak diingini betul-betul terjadi, ada baiknya kita buat sesuatu terlebih dahulu sebagai persiapan.

 

Andai kata masalah tersebut betul-betul berlaku, at least kita telah mempunyai back up plan.

 

Apakah produk yang menepati kriteria seperti ini? Produk ini dibeli sebab kita nak elakkan berlaku sebarang masalah yang lebih besar.

 

Saya terfikirkan produk-produk seperti jaket keselamatan, pelampung, airbag dan sebagainya.

 

11. Mendapatkan informasi

Ada individu yang kerjanya sangat bergantung kepada keupayaan untuk memperolehi informasi yang terkini dan tepat.

 

Mereka perlu buat keputusan yang betul berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh mereka yang terlibat dalam bidang jual beli saham.

 

Cuba bayangkan kalau mereka membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat atau berita yang tidak tepat. Sudah tentu ini bakal mengakibatkan kerugian yang sangat besar.

 

12. Sensory appeal atau kelihatan menarik dari segi deria

Saya pasti anda biasa dengar istilah berpewatakan menarik. Bagaimana agaknya seseorang itu dikatakan sebagai berpewatakan menarik?

 

Adakah dari segi percakapan, perbuatan, pakaian atau ada perkara lain. Bukan setakat pelanggan kita, kita sendiri pasti mahu dilihat menarik pada pandangan orang lain.

 

Tak semestinya perlu jadi kacak atau cantik jelita, untuk menepati keperluan ini.

 

Produk kosmetik, perunding imej, mereka boleh perform dengan baik apabila mereka faham dengan jelas bahawa pelanggan anda mahu kelihatan menarik.

 

Keperluan dari sudut Emosi

Dalam 12 poin sebelum ini, perbincangan kita menyentuh kepada elemen yang diperlukan oleh pelanggan dari sudut fungsi. Pelanggan membuat keputusan untuk membeli kerana mereka mahukan fungsi yang terdapat pada produk.

 

Walaubagaimanapun, terdapat produk yang dibeli bukan semata-mata sebab fungsi produk tersebut, sebaliknya produk tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap emosi pelanggan. Apabila emosi pelanggan tersentuh, setelah mereka mula faham tentang produk tersebut, maka dia pun buat keputusan pembelian.

 

Sekarang kita akan lihat beberapa keperluan dari sudut emosi pula.

 

13. Ketenangan minda

Pelanggan buat pembelian, bukan semata-mata sebab dia perlukan produk tersebut, tapi sebab untuk dapatkan ketenangan minda.

 

Produk yang menepati ciri ini ada beberapa, antaranya pelan insurans, sistem keselamatan, alat pencegah kebakaran dan sebagainya.

 

Orang yang merancang untuk pergi bercuti keluar negara, akan disyorkan untuk beli pakej travel insurance, bagi memastikan dia tidak alami kerugian sekiranya berlaku perkara yang tak diingini semasa bercuti.

 

Perkara yang tak diingini termasuklah terlepas penerbangan, kehilangan bagasi, kemalangan, jatuh sakit dan banyak lagi. Tiada siapa yang mahukan perkara-perkara tersebut untuk berlaku semasa bercuti.

aeroplane

Namun jika tetap berlaku, pelanggan boleh bertenang sebab semua itu telah di cover oleh syarikat insurans.

 

Kita buatkan pelanggan nampak, apa dia worst case scenario yang boleh berlaku pada dirinya. Boleh kemukakan kepada dia antara contoh-contoh kes dan peristiwa yang pernah berlaku kepada pelanggan yang terdahulu.

 

Kemudian kita tunjukkan, apakah tindakan kecil yang boleh dilakukan bagi memastikan tiada kerugian berlaku. Sudah tentu, tindakan kecil yang dimaksudkan disini merujuk kepada membeli produk atau servis yang anda tawarkan.

 

14. Kesihatan yang berpanjangan

Sesetengah orang, dia tidak benar-benar menghargai nikmat memiliki tubuh badan dan kesihatan yang baik, melainkan setelah dia jatuh sakit.

 

Namun demikian, ada ramai juga orang yang sangat mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan. Individu seperti ini tidak kisah berbelanja lebih untuk memastikan dirinya kekal sihat.

 

Ya, dia perlu sentiasa sihat kerana dia sedar ada ramai insan lain yang bergantung harap pada dirinya untuk hidup. Jadi apakah produk yang anda jual mampu untuk memastikan individu tersebut kekal sihat atau mampu memperbaiki tahap kesihatan bakal pelanggan?

 

Kita bercerita mengenai pelanggan yang masih sihat dan dia ingin kekal sihat.

 

15. Ganjaran atau hadiah percuma

Mungkin anda juga pernah berada dalam situasi yang mana anda membuat sesuatu pembelian bukannya sebab anda betul-betul perlukan produk tersebut, tapi anda lebih perlukan mata ganjaran, PV, ataupun hadiah percuma yang bakal anda dapat dari pembelian tersebut.

 

Setiap pembelian yang dilakukan, anda bakal menikmati ganjaran tambahan yang lebih besar nilainya. Lebih banyak anda membeli, maka lebih banyak ganjaran yang bakal anda perolehi.

 

Saya percaya, anda pasti sudah biasa melihat kempen-kempen seperti “beli dan menang” dan juga kempen “lebih banyak anda berbelanja lebih cerah peluang anda untuk menang hadiah”.

 

Boleh jadi penganjur bagi kempen seperti ini sedar bahawa sifat manusia yang perlukan ganjaran (keperluan untuk rasa seperti pemenang atau dihargai) , lalu mengeksploitasi keperluan tersebut bagi membuat lebih banyak jualan.

 

16. Mengimbau kenangan atau nostalgia

Ini berkaitan dengan memori indah dimasa silam atau ketika zaman kanak-kanak, remaja atau pada mana-mana peringkat usia.

 

Pada peringkat usia seperti ini, kita belum lagi dibebankan dengan tanggungjawab yang besar dan hutang piutang. Kita dapat menikmati masa tersebut dan membesar tanpa sebarang masalah. Jika boleh kembali ke zaman remaja pasti ramai yang mahukannya.

 

Tapi kita sedia maklum, teknologi time travel mungkin hanya sekadar fiksyen. Kita tak boleh kembali ke masa lampau, namun kita boleh kembalikan nostalgia yang lalu.

 

Katakanlah semasa zaman remaja, seseorang itu membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan seperti West Life, Backstreet Boys dan sebagainya. Bila sudah dewasa, tak pelik kalau dia sanggup bayar mahal untuk beli tiket konsert, jika artis tersebut buat konsert reunion secara live.

 

Pengumpul barangan antik atau barangan lama juga berbuat demikian kerana ada nostalgia dan memori indah yang berkait rapat dengan barang tersebut.

 

17. Hiburan / Pengalaman berharga

Setiap orang perlukan hiburan, dan sudah tentu lain orang maka lainlah caranya untuk dia berhibur.

 

Ada orang yang menghiburkan dirinya dengan cara pergi bercuti.

Ada orang menjadikan kunjungan ke restoran mewah sebagai satu bentuk hiburan.

 

Apa yang penting ialah, kita dapat tunjukkan kepada golongan sasaran bahawa dengan melakukan sesuatu aktiviti, atau membeli produk yang anda jual dapat memberikan keseronokkan dan pengalaman yang sangat menarik.

 

Pengalaman yang menarik atau hiburan itu, tak semestinya untuk diri pelanggan tersebut semata-mata. Ia boleh juga untuk orang lain.

 

18. Meningkatkan daya tarikan pada diri

Keperluan untuk kelihatan menarik pada pandangan orang lain, juga ada dalam diri manusia.

 

Walaupun seseorang itu akan kata, aku pakai barangan berjenama, kenderaan mewah, barangan kemas dan sebagainya hanyalah untuk kepuasan diri sendiri, hakikatnya dia juga mahu dilihat dan diperhatikan.

 

Keperluan  untuk menarik perhatian orang lain, atau dilihat menarik pada pandangan orang lain, tidaklah dalam konteks sehingga dapat meletakkan diri individu tersebut dalam bahaya.

 

19. Keunikkan reka bentuk

Kita nak beli dan memiliki sesuatu, tetapi kita tak mahu barang yang kita beli tersebut sama seperti yang orang lain beli.

 

Mungkin kita nak beli baju, handbag atau mungkin jam tangan, tapi kita tak suka kalau ada orang lain yang pakai design yang sama dengan yang kita pakai.

 

Sesetengah orang akan rasa malu apabila terjumpa orang lain yang pakai pakaian yang exactly sama macam yang dia pakai.

 

Maka dia akan pilih untuk beli something yang limited edition, designer product, asalkan dia nampak berbeza berbanding orang lain.

 

20. Mendapat Akses bagi apa sahaja tujuan

Akses disini mestilah sesuatu yang eksklusif. Pembelian yang dilakukan oleh bakal pelanggan akan melayakkan dia untuk berjumpa dengan artis kegemaran, tokoh politik, pakar dalam bidang tertentu atau apa sahaja.

 

21. Tanda penghormatan

Seseorang itu dianggap sebagai bukan sesiapa, atau nobody, sehinggalah dia berjaya mendapatkan gelaran-gelaran tertentu pada namanya.

 

Gelaran, pangkat, jawatan semua ini dapat memudahkan diri seseorang itu mencapai matlamat organisasi ataupun matlamat peribadi.

 

22. Terapi

Terapi merujuk kepada satu bentuk rawatan bagi memulihkan atau mengatasi masalah-masalah berkaitan fizikal, mental (emosi) atau sosial seseorang tanpa perlu bergantung kepada sebarang ubat-ubatan.

 

Sesi rawatan dan urutan di spa dapat melegakan sakit-sakit badan dan merehatkan otot-otot badan yang selama ini bekerja kuat, tanpa perlu makan ubat tahan sakit.

 

Percutian ke tempat percutian tertentu, sebagai short vacay dapat memberikan ketenangan minda tanpa perlu bergantung kepada ubat anti depression.

 

Keperluan yang berkaitan dengan mengubah kehidupan

Kehidupan kita ini akan melalui beberapa fasa. Fasa semasa masih bayi, kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Ianya tak statik dan benarlah kata bidalan, hidup ini umpama roda, ada ketika kita dibawah, dan ada ketika kita diatas.

 

Pelanggan yang ada kesedaran untuk mengubah dirinya, jadi lebih baik of course, maka keperluan-keperluan seperti dibawah ini akan terlihat pada diri mereka.

 

23. Meningkatkan motivasi diri

Jangan rasa pelik, kenapa ada sesetengah orang sanggup bayar mahal-mahal sebab nak datang ke seminar untuk meningkatkan motivasi diri. Kalau kena bayar sampai ribuan ringgit pun dia sanggup.

 

Kita yang tengok pun jadi pelik. Kenapa ya? Bukankah lagi baik, daripada dia habiskan duit pergi seminar, dia beli je buku-buku motivasi ataupun beli benda lain yang lebih penting.

Sebenarnya, apa yang sedang berlaku? Kita menilai tindakan orang lain, berdasarkan kepada apa yang kita sendiri rasa dan perlu.

 

Sedangkan, orang yang sanggup berbelanja besar (bagi tujuan yang kita rasa suatu pembaziran) mereka sudah mempunyai keperluan asas yang mencukupi. Keperluan untuk melengkapkan sesuatu fungsi dan juga keperluan dari segi emosi.

 

Apa yang masih belum cukup, bagi dirinya dan perkara tersebut adalah perkara yang dia sangat perlukan adalah untuk meningkatkan motivasi diri.

 

Bagaimana untuk jadikan diri mereka lebih bermotivasi dan semangat agar dapat menghasilkan produktiviti yang lebih baik.

 

Of course, bagi individu yang keperluan-keperluan paling asas juga masih belum dapat dipenuhi dengan sempurna tak akan nampak hakikat ini. Mereka akan merasakan, keluar duit untuk pergi seminar adalah satu pembaziran.

 

Manusia ini, pada satu tahap dalam hidupnya akan perlukan motivasi.

 

24. Mewarisi pusaka keluarga

Menjadi pewaris bagi harta tinggalan keluarga, juga adalah salah satu perkara yang diperlukan oleh seseorang.

 

Maka disebabkan itu kita dapat lihat ada sesetengah orang yang sanggup buat apa sahaja untuk menjadi pewaris kepada harta yang ditinggalkan.

 

Menjadi pewaris dapat merubah nasib dan kehidupan seseorang, terutama sekali jika harta yang diwarisi itu nanti sangat banyak atau besar nilainya.

 

Adakah anda mempunyai produk yang mampu membantu pelanggan anda mewarisi harta keluarganya? Erm… kalau anda seorang lawyer, mungkin anda boleh bantu.

 

25. Memberi harapan

Pernah tengok tak, ada individu yang beriya-iya ingin menjadi role-model kepada individu yang lain? Boleh jadi individu ini berkelakuan seperti itu kerana dia merasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa pada dirinya yang dapat memberi harapan serta mampu membawa perubahan kepada hidup orang lain.

 

Kenapa ada orang yang sangat minat untuk jadi penceramah motivasi? Adakah sebab dia seorang yang sangat tinggi tahap motivasinya?

 

Adakah sebab berceramah tentang motivasi tu senang? Kalau betul senang, cubalah anda buktikannya.

 

Atau mungkin dia nak buat semua itu sebab nak popular dan inginkan bayaran (sebab duit) semata-mata.

 

Tunggu dulu. Kita ni cukup mudah judge orang lain, dengan sangkaan-sangkaan yang kurang tepat dan lebih bersifat negatif.

 

Susah sangat ke untuk kita terima hakikat bahawa disana memang ada individu yang dengan ikhlas ingin memotivasikan orang lain, kerana bagi dia inilah perjuangan yang dia ingin lakukan.

 

Diluar sana ada ramai orang yang nampak kuat diluar tapi didalam hatinya hancur berkecai.

 

Maka para motivator, tak kiralah sama ada yang berbayar ataupun yang sukarela ini tampil memberikan khidmat, agar dapat memberi harapan kepada orang lain.

 

Dapat melihat orang lain kembali senyum dan dapat mengumpul semula kekuatan, itulah kegembiraan paling besar bagi dirinya.

 

26. Self-actualization

Saya sebenarnya kurang pasti, apakah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi istilah self actualization ini. Hasil terjemahan menggunakan Google Translate memberikan jawapan aktualisasi diri.

 

Saya pun rasa seperti terjemahan tersebut kurang membantu.

 

Setelah saya membuat pembacaan dari beberapa sumber, yang membincangkan tentang makna self actualization, apa yang saya fahami maksudnya ialah kita mengenal potensi sebenar diri kita sendiri.

 

Ia merupakan satu proses atau keadaan dimana kita belajar untuk mengenal diri sendiri.

 

Pada keadaan ini, kita belajar untuk menerima kelemahan diri, memanfaatkan dengan sebaiknya kelebihan yang ada pada diri, tanpa ada rasa benci pada diri.

 

Rupanya, masih ramai lagi yang tak kenal siapa dirinya, dan masih lagi tercari-cari identiti dirinya. Mudah-mudahan, anda mampu untuk bantu pelanggan anda mengenali siapa dirinya.

 

27. Menjadi sebahagian dari organisasi, kelab atau pertubuhan

Secara fitrah, manusia adalah makhluk yang suka bersosial. Kita tak suka hidup seorang diri dan sebolehnya kita ingin jadi sebahagian daripada satu kumpulan yang besar.

 

Kita mahu dikenali sebagai anak melayu, orang Islam, pakar kewangan dan sebagainya.

 

Jika diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli kelab atau pertubuhan yang berprestij, pasti kita akan rebut peluang tersebut. Walaupun perlu bayar.

 

“Jika tuan/puan beli produk ini, tuan akan dimasukkan dalam group khas untuk ahli VIP kami dan bakal dapat layanan first class.”

 

Walaubagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan setiap orang ada tanggapan yang berbeza, sama ada keanggotaan dalam sesebuah kelab itu dianggap sebagai sesuatu yang istimewa atau sebaliknya.

 

Keperluan dari segi memberi impak kepada masyarakat

Ini adalah peringkat yang paling tinggi. Apabila semua keperluannya telah dipenuhi, dia mempunyai satu lagi keperluan yang paling tinggi, iaitu ingin memberi impak kepada masyarakat.

 

Sama ada dari segi idea pemikiran (ideologi), ataupun tindakan.

 

28. Self transcendence

Peringkat ini adalah yang paling atas dalam hieraki keperluan seorang manusia atau pelanggan.

 

Pada ketika ini, dia telah memiliki segala-galanya yang diperlukan. Cuba anda bayangkan, jika seseorang itu sudah memiliki segala-galanya, apa lagi yang dia perlukan seterusnya?

 

Macam dah tak ada benda kan.

 

Pada ketika ini, mereka merasakan sudah sampai masa untuk mereka memberi sesuatu kembali kepada masyarakat. Mereka pun mula melakukan beberapam inisiatif yang dapat memberi impak kepada masyarakat, seperti mewujudkan tabung kemanusiaan, biasiswa, dan banyak lagi perkara kepada masyarakat.

 

Nama mereka akan makin dikenali dan semakin disebut-sebut sama ada di media massa ataupun media alternatif. Dengan menyumbang kekayaan kembali kepada masyarakat tidak pula menjadikan dia miskin, sebaliknya semakin kaya.

 

Sekarang ini, kita telahpun mengetahui, apakah dia perkara-perkara yang diperlukan oleh pelanggan kita. Ya, kita mungkin tak akan dapat ingat semua poin yang disenaraikan disini. Saya juga begitu.

 

Atau mungkin kita tak berpeluang untuk jumpa pelanggan yang mewakili setiap poin yang telah saya huraikan dalam artikel ini.

 

Saya sendiri, lebih banyak jumpa jenis pelanggan yang ada keperluan untuk buat lebih banyak duit, mahu memudahkan urusan.

 

Boleh jadi sebab niche yang saya pilih ini, pelanggannya mempunyai kriteria dan keperluan yang spesifik.

 

Sekiranya saya ingin menceburi niche berkaitan dengan percutian, maka saya tahu bakal pelanggan yang bakal saya hadapi, adalah mereka yang ada keperluan seperti mahu

1. Menjimatkan masa perjalanan

2. Mengelakkan risiko tertentu apabila berkunjung ke sesuatu kawasan

3. Kaedah yang boleh jimatkan kos tempat penginapan, pakej aktiviti

4. Itinerary untuk perjalanan percutian yang teratur

5. Pilihan destinasi pelancongan

6. Cara untuk elak sebarang masalah apabila bercuti

7. Travel insurans dan lain-lain perkhidmatan untuk ketenangan minda

8. Dapatkan pengalaman berharga bersama insan yang tersayang

9. Terapi minda untuk menghilangkan stress

 

Kesimpulan

Saya harap anda dapat nampak dan boleh memahami mesej yang saya cuba sampaikan. Pengetahuan mengenai rahsia disebalik apa yang diperlukan oleh pelanggan, dapat membantu kita untuk membuat jualan (sales) dengan lebih baik.

 

Sebagai orang yang berada dalam bidang jualan, kita perlu peka apakah keperluan sebenar pelanggan kita, agar kita tidak tersalah memberi cadangan.

 

Sekali lagi saya ambil contoh, dalam bisnes berkaitan dengan percutian. Katakanlah pelanggan kita sebenarnya lebih perlukan satu aktiviti percutian yang dapat memberikan pengalaman indah dan berharga (point nombor 17).

 

Kalau kita benar-benar faham keperluan pelanggan kita, bolehlah kita fokuskan penerangan kita tentang aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.

 

Tak perlulah nak sentuh poin tentang bagaimana percutian itu nanti boleh jadi satu terapi (point nombor 22) dan boleh release tension serta stress.

 

Pelanggan tu nak something yang happy-happy, entertaining dan memberi pengalaman berharga, tapi anda cerita pasal terapi pula.

 

Silap-silap pelanggan tu tak jadi nak booking dengan anda, sebab dia merasakan perkhidmatan yang anda sediakan kurang relevan dengan apa yang dia perlukan.

 

Sekarang cuba anda letakkan diri anda dalam situasi orang yang buat bisnes dalam niche kesihatan dan kecantikan pula. Dari senarai yang anda baca disini, boleh tak anda buat senaraian, apa agaknya keperluan yang ada pada bakal pelanggan anda?

 

Jika anda merasakan apa yang saya kongsikan disini ada manfaatnya, boleh tak bantu saya dengan kongsikan link artikel ini di media sosial milik anda?

 

Saya tulis artikel ini dengan harapan ianya dibaca dan dapat membantu mereka yang masih baru dalam bidang jualan untuk jadi lebih mahir. Tapi kalau mereka tak pernah tahu kewujudan laman web saya, amatlah sayang sekali, sebab saya tak dapat nak sampaikan pengetahuan ini kepada mereka.

 

Jika anda sudi bantu kongsikan link artikel ini, In Shaa Allah pengetahuan ini dapat tersebar dan mudah-mudahan yang baca artikel ini akan berjaya buat lagi banyak jualan selepas ini.

 

Setelah anda benar-benar faham keperluan bakal pelanggan anda, waktu itu akan lagi mudah untuk anda bina ayat-ayat promosi dan juga ayat copywriting untuk menjual lebih banyak produk.

 

 

The post Rahsia Terbongkar! 28 keperluan sebenar yang pelanggan rahsiakan dari anda appeared first on Blog Sabree Hussin.

10 Kaedah Pemasaran Digital yang anda patut cuba untuk hasilkan jualan

$
0
0

Pada ketika ini, hampir semua orang bergantung kepada Internet. Kita memerlukan capaian internet  bagi melakukan kerja-kerja harian ataupun bagi tujuan kekal berhubung dengan yang tersayang.

 

Sama ada mereka ini menggunakan Google untuk mencari maklumat, login ke akaun Facebook bagi mengetahui perkembangan semasa ataupun menonton video di Youtube untuk hiburan.

 

Bagaimana pula dengan media cetak?

Sama ada kita sedar ataupun tidak, kita sebenarnya mula menolak sebarang bentuk media cetak. Rasionalnya? Media cetak memerlukan terlalu banyak ruang untuk simpanan, manakala dari segi konten kita sukar untuk memilih apakah konten yang benar-benar relevan dengan kita.

 

Saya ambil contoh konten dalam majalah misalnya. Mungkin dalam 200 muka surat, kita hanya mahukan konten yang berada dalam halaman ke 100 hingga 105 sahaja. Selebihnya, kita tak perlukan. Tapi disebabkan ianya dijual dalam bentuk satu naskhah, kita terpaksa juga beli. Akhirnya, kita perlukan ruang khas untuk menyimpan majalah lama.

 

Sewaktu zaman media cetak mendominasi pasaran lagi, usahawan telah mula menggunakan medium-medium tersebut untuk tujuan pemasaran. Namun, sekarang ini diera segalanya dalam bentuk digital, kita mula beralih kepada kaedah pemasaran secara online. Pemasaran online ini juga adakalanya dipanggil dengan istilah pemasaran digital.

 

Berita baiknya ialah, semua orang boleh menggunakan kaedah pemasaran digital. Pemasaran digital ini, ada yang percuma, ada yang memerlukan modal namun dalam kadar yang minima dan ada juga yang memerlukan modal yang besar.

pemasaran-online-terbaik

Ia terpulang kepada individu usahawan tersebut. Jika ada modal yang besar, bolehlah gunakan kaedah yang lebih mahal. Jika belum ada modal, boleh gunakan kaedah yang tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi.

 

Posting kali ini, saya ingin bincangkan mengenai beberapa kaedah pemasaran digital yang biasa dilakukan oleh usahawan online. Kalau ada antara kaedah disini yang anda sudah tahu, anggaplah ini sebagai satu sesi ulangkaji, sebaliknya jika ada yang belum tahu, saya harap perkongsian ini dapat beri manfaat buat pembaca sekalian.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita terus kepada topik kita, iaitu bentuk-bentuk pemasaran online yang biasa dilakukan oleh usahawan online.

 

(1) Search Engine Optimization (SEO)

Ini merupakan kaedah pemasaran yang cukup penting bagi mereka yang mempunyai laman web sendiri. Sebagai pemilik laman web, sudah pasti kita mahu laman web kita masuk ke halaman pertama enjin carian bagi kata kunci (keywords) yang relevan dengan bisnes yang kita jalankan.

 

Teknik atau kaedah SEO ini merupakan suatu kaedah pemasaran yang matlamat utamanya adalah untuk memastikan laman web perniagaan kita berjaya masuk ke halaman google.

 

Jika anda ingin menggunakan teknik SEO, anda perlu mempunyai laman web anda sendiri dan perlu ada senarai kata kunci yang anda ingin sasarkan. Senarai kata kunci ini pula perlulah relevan dengan perniagaan yang sedang anda jalankan.

kereta-sewa-kota-kinabalu

Kita sedia maklum, bahawa penggunaan enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing dapat memudahkan pengguna internet mencari maklumat yang mereka perlukan dengan pantas.

 

Apabila kita sudah tahu, apa sebenarnya yang mereka cari, maka dari situ kita perlu bijak membangunkan laman web kita supaya hasil carian tersebut akan membuatkan mereka menemui laman web milik kita.

 

Kedudukan paling bagus adalah dimuka surat pertama Google dibarisan paling atas. Jika belum berjaya masuk ke kedudukan pertama, cuba usahakan untuk masuk ke halaman pertama dulu. Setelah laman web kita berjaya masuk ke page pertama untuk kata kunci yang dicari oleh pengguna, maka pada waktu itu kita akan mempunyai prospek secara automatik.

 

Sekiranya tawaran kita cukup menarik, pasti prospek itu tadi akan bertindak dan menjadi pelanggan.

 

Adakah terdapat sebarang bayaran untuk menggunakan kaedah pemasaran digital yang dikenali sebagai SEO ini?

Jawapannya ialah tiada sebarang kos.

 

Kejayaan menggunakan teknik ini adalah berkait rapat dengan kefahaman kita terhadap bagaimana search engine berfungsi. Walaupun diluar sana terdapat beberapa laman web search engine, namun biasanya kita akan fokus kepada google sahaja.

 

Boleh dapat trafik dari google sahaja pun dah cukup memadai.

 

(2) Search Engine Marketing (SEM)

Kaedah ini mempunyai sedikit persamaan dengan teknik SEO, cuma bezanya ialah dalam teknik ini, kita akan membayar kos tertentu untuk iklankan laman web kita di halaman enjin carian.

 

Ini merupakan cara yang lebih pantas berbanding teknik search engine optimization, untuk memastikan iklan anda dapat masuk ke halaman pertama bagi mana-mana enjin carian pilihan anda.

Ini merupakan kaedah pengiklanan berbayar. Jika anda sedia untuk menyediakan bajet bagi tujuan pengiklanan, maka bolehlah gunakan kaedah iklan seperti ini. Lazimnya, anda akan dikenakan bayaran mengikut jumlah klik yang anda mahukan.

 

Contohkan, satu klik mungkin akan dikenakan caj sebanyak RM0.30 – RM1.00 (boleh jadi lebih tinggi dari nilai ini) bergantung kepada persaingan bagi sesuatu kata kunci.

 

(3) Content Marketing

Setiap orang yang melayari internet, pasti akan mencari sesuatu. Sama ada mereka ini sedang mencari maklumat, hiburan, mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah atau sekadar untuk mengisi masa terluang.

 

Kita ambil contoh jika seseorang itu mencari maklumat berkaitan dengan cara menangani masalah kutu pada kucing peliharaannya.

 

Individu ini akan menggunakan laman carian seperti google dan mula menaip kata kunci seperti “bagaimana menyelesaikan masalah kutu kucing?”

masalah-kutu-kucing

Pada peringkat ini, individu tersebut masih belum buat keputusan untuk membuat sebarang pembelian. Boleh jadi pada peringkat ini, dia sebenarnya sedang mencari info sama ada terdapat kaedah percuma untuk selesaikan masalah yang dia hadapi.

 

Jika anda memiliki maklumat tersebut, atau mampu untuk memberikan jawapan yang dicari oleh individu tersebut, maka anda akan jadi salah satu tempat rujukan.

 

Persoalannya ialah, bagaimanakah cara untuk anda persembahkan maklumat tersebut kepada pengguna internet tersebut supaya individu ini dapat jadi bakal pelanggan anda? Disini ada 4 kaedah untuk anda praktikkan.

 

3.1 Artikel

Kalau pada saya, saya akan kata konten dalam bentuk artikel adalah yang paling mudah untuk dihasilkan. Lagipun kemahiran membuat karangan ini adalah suatu kemahiran yang telahpun kita pelajari sejak dari bangku sekolah lagi.

 

Konten dalam bentuk artikel juga cukup mudah untuk kita lakukan penambahbaikkan sekiranya dimasa akan datang nanti, anda dapati ada maklumat baru yang anda ingin kongsikan.

 

Artikel yang telah anda hasilkan, boleh diterbitkan dimana-mana platform yang mungkin anda rasakan sesuai.

 

Kalau anda tak mempunyai idea, bagaimana nak gunakan kaedah ini, boleh ikuti cadangan saya.

 

Untuk artikel yang lengkap dan padat dengan maklumat, anda siarkan di laman blog milik anda. Anda boleh tulis sekitar 2,000 ke 5,000 patah perkataan.

 

Pada kali pertama anda menulis di blog, mungkin artikel tersebut hanya mempunyai 700 – 1,000 patah perkataan sahaja. Tapi setelah anda kemaskini berulang kali dengan memuatkan maklumat baru, tak mustahil artikel tersebut akan menjadi beribu-ribu perkataan.

 

Jadi sekarang ini, anda sudah mempunyai sebuah artikel yang panjang dan padat dengan maklumat yang berguna untuk target audience anda.

 

Cuba buat ringkasan bagi artikel tersebut, dan terbitkan ringkasan tersebut di media sosial milik anda. Nyatakan ayat seperti, “jika anda minat nak ikuti perbincangan penuh, sila baca di link berikut…”

 

Andai kata posting anda mengandungi 10 point yang menarik, boleh buat 10 posting ringkas yang menyentuh setiap point tersebut. Sama juga strateginya, iaitu kita akan mengajak pembaca di media sosial untuk baca artikel penuh di blog kita.

 

3.2 Audio

Alternatif bagi penggunaan artikel sebagai konten pemasaran adalah menggunakan audio atau rakaman suara. Kalau diluar negara, konsep podcast sememangnya agak popular.

 

Tapi kalau di negara kita, saya kurang pasti. Konsep menggunakan audio ini lebih kurang seperti kita mendengar ceramah agama. Satu ketika dulu, ada banyak rakaman ceramah agama boleh kita muat turun dan dengar di smartphone ataupun mp3 player.

 

Dalam rakaman suara tersebut, kita akan bercerita mengenai sesuatu topik. Topik tersebut mestilah mempunyai fokus untuk memberi jawapan kepada sesuatu isu, memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah dan sebagainya. Dalam perbincangan tersebut boleh diselitkan dengan sedikit iklan mengenai bisnes yang anda lakukan.

 

3.3 Video

Sesetengah individu lebih sukakan konten dalam bentuk video berbanding artikel mahupun audio semata.

 

Kalau konten dalam bentuk video, biasanya penerangan lebih jelas, penonton boleh lihat apa yang cuba disampaikan dan pada masa yang sama, penonton boleh buat dua kerja dalam satu masa.

 

Mungkin sambil makan boleh tonton video yang kita hasilkan.

 

3.4 Info-Grafik

Ini merupakan satu pendekatan bagi menyampaikan maklumat dalam bentuk imej beserta dengan sedikit teks dalam bentuk yang ringkas namun interaktif.

 

(4) Social Media Marketing

Sebahagian dari hidup kita, dihabiskan untuk menghadap akaun media sosial. Setiap orang menggunakan media sosial bagi tujuan yang pelbagai.

 

Ada yang menggunakan ia bagi tujuan

1. Mendapatkan update terkini mengenai berita dan isu semasa

2. Kekal berhubung dengan ahli keluarga, saudara mara dan kenalan

3. Menambah kenalan baru untuk sebarang tujuan

 

Oleh sebab hampir setiap orang mempunyai akaun media sosial, maka disitu ada potensi untuk memperkenal dan mempromosikan bisnes yang kita jalankan melalui platform tersebut.

 

Antara media sosial yang popular dan banyak penggunanya adalah seperti berikut

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. LinkedIn

buat-duit-dengan-fanpage

Pemasaran online menggunakan media sosial juga memerlukan strategi yang tersusun. Anda juga perlu pertimbangkan, sama ada perlu ataupun tidak untuk menggunakan semua akaun media sosial untuk kerja pemasaran.

 

Boleh jadi, walaupun anda menggunakan pelbagai platform, namun orang yang betul-betul nak follow anda sebenarnya adalah orang yang sama sahaja.

 

Dalam pemasaran media sosial ini juga, ada beberapa tools yang anda boleh gunakan bagi memudahkan kerja-kerja pemasaran. Ada fungsi fanpage, group, ecommerce dan banyak lagi.

 

(5) Email Marketing

Kaedah pemasaran menggunakan emel adalah satu lagi kaedah pemasaran yang cukup berkesan.

 

Syarikat-syarikat besar juga banyak yang menggunakan kaedah pemasaran emel untuk terus kekal berhubung dengan para pelanggannya.

 

Antara pihak penyedia servis sistem autoresponder yang memiliki reputasi yang baik adalah seperti

1. Aweber

2. Getresponse

3. Traffic Wave

4. Constant Contact

5. Mail Chimp

6. Kirim Email

 

Peringkat permulaan kita mula dengan melanggan servis dari syarikat penyedia sistem autoresponder.

 

Kemudian, kita mula membina kempen pemasaran emel dengan menyediakan hadiah untuk diberikan kepada bakal pelanggan. Hadiah ini biasanya dalam bentuk digital, sebab ianya mudah dihasilkan dan tidak memerlukan kos yang banyak.

 

Hadiah ini boleh jadi dalam bentuk ebook, rakaman video, kod diskaun dan sebagainya. Untuk menebus hadiah ini, bakal pelanggan perlulah berikan nama dan alamat emel mereka.

sistem_autoresponder_percuma

Kebanyakkan sistem autoresponder mampu untuk hasilkan borang seperti diatas. Prospek perlu berikan nama dan emel dan seterusnya barulah prospek itu tadi akan dapat hadiah yang dijanjikan.

 

Setelah anda mempunyai senarai emel, anda boleh hantar emel kepada prospek ini tadi secara berkala. Emel yang dihantar boleh jadi dalam bentuk pemberitahuan atau sekadar untuk bertanya khabar dan kekal berhubung.

 

Dalam pemasaran emel ini juga, ada masanya anda perlu gunakan strategi hard selling dan ada ketikanya perlu banyak buat soft selling.

 

(6) Pay Per Click Advertising

Konsep Pay Per Click Advertising ini sangat mudah. Anda akan dikenakan bayaran bagi setiap klik yang terhasil bagi iklan yang anda siarkan.

 

Katakanlah setiap satu klik anda dikenakan bayaran 10 sen, maka jika anda memerlukan 1,000 klik, anda perlu sediakan bajet sebanyak RM100 sekurang-kurangnya.

 

Iklan jenis pay per click ini boleh disiarkan sama ada di laman web google, laman blog dan juga di platform media sosial.

 

(7) Affiliate Marketing

Bagaimana menggunakan strategi affiliate marketing bagi tujuan menghasilkan lebih banyak jualan untuk syarikat dan juga perniagaan anda?

 

Lazimnya kalau kita sebut tentang affiliate marketing, perbincangannya lebih menjurus kearah bagaimana kita boleh buat duit dengan menjadi seorang ejen affiliate.

 

Tapi kalau anda sebagai pemilik perniagaan yang ingin tingkatkan jualan dan mengiklankan bisnes anda dengan kos yang lebih jimat, boleh pertimbangkan untuk lancarkan program affiliate anda sendiri.

 

Apabila anda sudah mempunyai ejen affiliate yang aktif membuat kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda, pada masa itu anda sudah tidak perlu risau lagi untuk sediakan bajet bagi tujuan pengiklanan.

 

Anda hanya perlu bayar ejen affiliate setelah mereka berjaya hasilkan jualan. Bayaran itu pun lazimnya diambil daripada sebahagian keuntungan yang dihasilkan daripada jualan produk.

 

Sebagai contoh, jika keuntungan adalah RM40, anda berikan RM20 kepada ejen affiliate sebagai komisen, manakala bakinya sebanyak RM20 lagi adalah untuk anda.

 

Ada juga penganjur program affiliate yang berikan komisen yang lebih tinggi kepada ejen berbanding untuk dirinya. Mengambil contoh keuntungan sebanyak RM40, penganjur mungkin cuma ambil RM5 – RM10 sebagai keuntungan bisnesnya manakala selebihnya diberikan kepada ejen sebagai komisen.

 

Satu lagi strategi yang lebih ekstrem ialah dimana anda berikan 100% keuntungan kepada affiliate. Anda langsung tak ambil untung. Strategi ini sesuai jika bisnes anda ada menggunakan kaedah upsell.

 

Sebaik sahaja pelanggan beli produk yang pertama, selang beberapa hari, pelanggan ini akan ditawarkan beli produk yang berkaitan pula. Produk kedua sebagai upsell ini, anda ambil keuntungan 100%.

 

Bagaimana nak jadikan strategi affiliate marketing ini sebagai sebahagian daripada strategi bisnes kita?

Baiklah, sebenarnya ada dua cara untuk anda lakukan. Pertama, anda lancarkan sendiri program affiliate dan cara kedua adalah anda bekerjasama dengan affiliate network.

 

Lancarkan program affiliate sendiri

Anda perlu mempunyai laman web khas untuk buat jualan, dan laman tersebut perlu mempunyai ciri-ciri berikut.

1. Boleh menerima pendaftaran pengguna internet untuk jadi ejen

2. Mampu untuk merekod transaksi dan kenalpasti siapakah ejen yang bertanggungjawab membawa masuk trafik

 

Sekiranya anda tidak mempunyai kepakaran untuk bina laman web yang dilengkapi dengan sistem affiliate marketing, saya boleh syorkan untuk anda dapatkan khidmat dari kedaionlinez.

 

Boleh minta mereka binakan laman web yang dilengkapi sistem affiliate mimevo.

 

Jika anda nak bina sendiri laman web anda dengan berpandukan tutorial, servis yang disediakan oleh pihak-pihak berikut mungkin boleh bantu anda.

1. Order Sini

2. Onpay

 

Kelebihan melancarkan program affiliate sendiri

Anda mempunyai kawalan penuh terhadap program affiliate yang dijalankan.

 

Anda mudah untuk mengubah, menambah, mengurangkan atau membatalkan sebarang komisen yang dijana.

 

Sekiranya anda dapati ada ejen yang menjalankan kerja pemasaran menggunakan kaedah yang tidak beretika, anda boleh ambil tindakan serta-merta dan batalkan keahlian ejen tersebut.

 

Anda tak perlu sediakan modal sebagai jaminan untuk bayar komisen kepada ejen.

 

Hal ini berbeza dengan menggunakan khidmat affiliate network. Anda perlu sediakan sejumlah wang terlebih dahulu, sebagai jaminan bahawa anda akan bayar komisen setelah affiliate berjaya buat jualan.

 

Kekurangan apabila melancarkan program affiliate sendiri

Anda perlu ada kepakaran untuk membina laman web jualan yang mempunyai sistem affiliate. Tapi ini bukan isu besar sebab anda boleh dapatkan khidmat dari kedaionlinez untuk buatkan laman web untuk anda.

 

Anda perlukan masa untuk mengawalselia perjalanan program affiliate. Biasanya pasti akan ada individu yang guna kaedah yang tak beretika untuk dapatkan sales. Jadi anda perlu pantau dan pastikan individu tersebut tidak terus memberi masalah.

 

Anda perlu sediakan latihan dan juga bahan promosi untuk mereka yang masih baru dengan affiliate marketing

 

Lancarkan program affiliate melalui platform affiliate network

Diluar sana terdapat beberapa laman web affiliate network yang anda boleh pilih untuk jalinkan kerjasama. Walaubagaimanapun, syarat untuk anda diterima mungkin agak ketat.

 

Untuk terma dan syarat, sila berhubung terus dengan platform affiliate network yang anda berminat untuk jalinkan kerjasama.

 

Kelebihan menggunakan khidmat affiliate network

Kebiasaannya, affiliate network sudah mempunyai sejumlah ejen affiliate yang terlatih. Mereka ini memang sudah biasa dengan selok-belok affiliate marketing dan sudah biasa hasilkan jualan.

 

Andai kata semua affiliate ini mempromosikan produk anda, anda akan dapat peningkatan sales dalam masa yang singkat.

 

Kekurangan menggunakan affiliate network

Jika nama perniagaan dan jenama anda kurang dikenali, ia mungkin tidak berjaya menarik perhatian ejen affiliate berpengalaman untuk mempromosikan produk anda.

 

Anda perlu sediakan modal sebagai jaminan bahawa anda akan bayar komisen kepada affiliate yang berjaya buat sales.

 

(8) Dropship Marketing

Konsep dropship marketing hampir sama dengan affiliate marketing. Sebagai pemilik bisnes, anda tawarkan program dropship anda sendiri dan cuba dapatkan seberapa banyak ejen untuk bekerja untuk anda.

 

Kaedah dropship ini lebih sesuai dijalankan terutama sekali jika produknya ialah dalam kategori produk fizikal.

 

Walaubagaimanapun, saya berpendapat sekiranya anda ingin gunakan kaedah ini, anda perlu menetapkan peraturan yang tegas.

 

Andai kata harga jualan dipasaran ialah RM70.

Harga ejen dropship ialah RM50.

Untung untuk ejen dropship ialah RM20.

 

Anda perlu menetapkan peraturan supaya setiap orang tak boleh jual dibawah harga RM70. Jika ada ejen yang ingin berikan hadiah tambahan itu tak menjadi masalah.

 

Tapi kalau ada yang sampai jual dengan harga RM55, RM60 atau sebarang harga yang lebih rendah dari RM70, ini akan merosakkan pasaran.

 

Dengan adanya bantuan dari ejen, ini akan memudahkan anda untuk menjalankan kerja-kerja promosi secara online.

 

Jika anda mempunyai modal yang agak besar, boleh laburkan sedikit untuk mendapatkan sistem yang lebih tersusun bagi memudahkan ejen dropship dibawah anda. Boleh lihat contoh yang digunakan oleh syarikat PTS Bookcafe dalam menguruskan para ejen dropship mereka.

 

(9) Gunakan khidmat freelancer atau influencer untuk jalankan kerja pemasaran

Menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh freelancer juga adalah satu lagi strategi pemasaran digital yang boleh anda terokai.

 

Kebiasaannya pemilik bisnes yang mendapatkan khidmat dari freelancer adalah mereka yang memang betul-betul faham, apa sebenarnya yang dia perlukan.

 

Kalau nak buat sendiri, mungkin dia tak ada masa ataupun tidak memiliki kepakaran.

 

Contohnya, kalau pemilik bisnes itu ingin menjadikan kaedah pemasaran search engine optimization, sebagai salah satu kaedah untuk dia dapatkan pelanggan.

 

Ini merupakan kaedah pemasaran jangka panjang. Apabila laman web telah berjaya masuk ke halaman pertama Google, pada masa itu akan dapat pelanggan walaupun sudah tidak buat sebarang promosi.

 

SEO ini mengambil masa yang agak lama untuk nampak hasilnya. Kalau anda nak buat sendiri, mungkin perlu tunggu 3 ke 6 bulan baru akan nampak hasilnya.

 

Justeru, lebih baik dapatkan khidmat dari freelancer. Selepas satu tempoh masa, apabila kempen anda telah berjaya, masa tu nanti anda akan dapat pulangan yang berkali ganda dari kerja-kerja SEO.

 

Alternatif bagi mendapatkan khidmat freelancer adalah social media influencer. Mereka ini adalah individu yang aktif di media sosial dan mempunyai jumlah pengikut aktif yang ramai.

Kata kunci untuk anda beri tumpuan adalah influencer tersebut perlu mempunyai pengikut aktif yang ramai, dan bukan sekadar memiliki banyak pengikut.

 

(10) Listing di Online Marketplace

Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang mampu untuk memberikan hasil yang bagus apabila dilakukan dengan betul.

 

Antara online marketplace yang anda boleh gunakan adalah seperti

1. Lazada

2. Shopee

3. PG Mall

4. Ebay

5. Lelong.my

 

Kesemua laman web ini sudah mempunyai pelawat dan pelanggannya yang tersendiri. Anda hanya perlu “tumpangkan” atau buat listing produk yang anda ingin jual.

 

Pemilik laman web marketplace ini juga aktif membuat kerja pemasaran dan mendapatkan pelanggan untuk berbelanja dengan mereka. Jika anda ada menyenaraikan produk anda di platform milik mereka, anda juga boleh dapat jualan.

 

Setakat waktu artikel ini ditulis, ada ramai usahawan yang berjaya dapat jualan apabila mula menjual produk mereka di platform Shopee.

tips-bisnes-shopee

Ini tidak menghairankan sebabnya diluar sana terdapat terlalu banyak panduan yang anda boleh jadikan rujukan untuk mula menjual di Shopee. Jumlah pelawat di Shopee memang sangat ramai, dan jika anda menggunakan strategi dan teknik yang betul, adalah hampir mustahil untuk anda gagal hasilkan jualan.

 

Kesimpulan

Bila kita bercerita tentang pemasaran online atau internet marketing atau digital marketing, kita sebenarnya mempunyai banyak pilihan dan pendekatan yang boleh digunakan.

 

Kadang-kadang saya pernah terdengar juga rungutan individu yang kononnya dah buat macam-macam untuk dapatkan jualan, tapi langsung tak nampak hasilnya.

 

Kita yang mendengar rungutan tersebut pun rasa kasihan. Kasihan bercampur pelik. Pelik sebab kalau dah buat macam-macam, tak kan tak ada satu pun yang mengena?

 

Rupa-rupanya yang dikatakan sebagai dah buat macam-macam tu sebenarnya cuma setakat buat online marketing menggunakan media sosial. Itupun cuma guna personal profile.

 

Bila update status, tak ada siapa yang layan. Tak ada yang like dan tak ada siapa yang sudi nak komen. Lama kelamaan dia sendiri putus asa, dan terus kata, “aku dah buat macam-macam, tapi satu apa pun tak ada hasil…”

 

Kalau pemasaran di media sosial kurang memberangsangkan, cubalah kaedah marketing yang lain. Misalnya cuba SEO ataupun buat sahaja kaedah iklan berbayar.

 

Setakat artikel ini ditulis, 10 kaedah yang saya senaraikan diatas adalah kaedah pemasaran online yang terbukti mampu untuk hasilkan jualan.

 

Dari 10 kaedah ini, saya sendiri lebih cenderung untuk gunakan kaedah content marketing. Anda pula, pilih yang mana?

 

 

The post 10 Kaedah Pemasaran Digital yang anda patut cuba untuk hasilkan jualan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe

$
0
0

Semasa saya sedang asyik membaca status update kenalan saya di facebook, pandangan saya tertumpu pada satu iklan dari pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd yang agak menarik perhatian saya.

 

Iklan yang saya maksudkan adalah iklan mengenai peluang untuk bina pendapatan sampingan sebagai ejen dropship yang mempromosikan dan menjual buku-buku yang diterbitkan oleh pihak PTS Bookcafe.

dropship-buuku-PTS-Bookcafe

Bagi mereka yang minat membaca, sukakan buku, dan ada rasa keinginan nak mencuba bina perniagaan berdasarkan kepada minat kepada buku yang ada pada diri anda tu, mungkin bolehlah pertimbangkan untuk sertai program dropship ini.

 

Saya menjangkakan, tawaran sebagai ejen dropship ini tidak akan dibuka selama-lamanya. Sampai satu masa, pihak syarikat pasti akan menutup pendaftaran dan hanya mereka yang sempat daftar sebagai ejen dalam tempoh masa tertentu sahaja yang akan layak meneruskan program ini.

 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekiranya anda berminat menyertai program ini, ada bayaran yuran yang perlu dijelaskan. Tapi tak perlu bimbang, sebabnya bayarannya sangatlah minima. Saya percaya buat anda yang mungkin minat nak join program ini, pasti mampu untuk menyediakan bayaran tersebut.

 

Setakat ini, ada dua pakej yang ditawarkan. Maklumat adalah seperti pada screenshot dibawah.

pts-bookcafe-dropship

Pakej Basic bayarannya adalah RM20 manakala kalau pilih Pakej Advance, kita cuma perlu tambah RM10 sahaja lagi. Saya syorkan anda pilih pakej advance untuk lebih manfaat yang ditawarkan oleh syarikat.

 

Untuk buat pendaftaran sebagai ejen dropship, boleh terus ke halaman ini.

 

Saya yakin, anda pasti tidak akan menyesal menyertai program dropship ini sebabnya pihak PTS Bookcafe ini menyediakan banyak judul buku yang anda boleh promosikan.

 

Saya tertarik dengan sistem dropship yang disediakan oleh pihak syarikat kepada para ejennya. Sistem yang disediakan memang sangat teratur, dan kita sebagai ejen dropship boleh lihat sendiri, berapakah stok buku yang masih berbaki sebelum kita nak mula mempromosikan sesuatu buku.

 

Mari saya tunjukkan contoh sistem yang anda bakal perolehi setelah daftar sebagai ejen dropship nanti.

 

Dalam contoh ini, saya akan gunakan contoh produk yang dijual oleh pihak PTS iaitu Tafsir Al Azhar Set Lengkap 30 juzuk.

tafsir-alazhar-hamka

Menerusi sistem ejen yang kita perolehi tu, kita boleh mengetahui maklumat berikut tanpa perlu susah payah nak bertanya kepada pihak penyedia program dropship.

 

Kita boleh tahu,

(1) Berapa stok produk yang masih tinggal (12 unit)

(2) Berapa jumlah berat bagi menentukan kos penghantaran yang perlu dikenakan kepada pembeli (13.71KG)

(3) Berapa harga pasaran untuk produk ini. (Jawapannya RM750.00)

 

Sistem yang sangat bagus seperti ini memudahkan kita sebagai ejen dan juga kepada penyedia program. Saya tahu, ada banyak juga program dropship diluar sana yang mana penganjurnya tak mampu nak sediakan sistem seumpama ini. Mungkin sebab tak nampak keperluan, ataupun mungkin sebab tiada kepakaran.

 

Sebenarnya kalau tak ada kepakaran, benda ni boleh outsource kepada programmer atau web developer untuk bantu. Programmer seperti Kedai Onlinez juga boleh bantu anda untuk sediakan sistem seumpama ini. Anda hanya perlu sediakan bajet sahaja.

 

Ok sambung mengenai program dropship Bookcafe ini. Apabila kita sebagai ejen, dibekalkan dengan sistem seumpama ini, ia memudahkan kita untuk membuat kerja-kerja jualan dan promosi. Kita tak perlu nak terlalu bergantung kepada penyedia program, semata-mata untuk cek stok.

 

Dalam situasi buku koleksi tafsir Al Azhar ni, kita sedia maklum, stoknya hanya ada 12 unit sahaja, jadi berpada-padalah dalam kerja pemasaran. Melainkan kalau stok ada beribu-ribu lagi.

 

Sesetengah pengendali program dropship, sudahlah tak menyediakan sistem yang profesional, malahan pada masa yang sama, lambat menjawab pertanyaan bila kita tanya pasal stok. Ini sangat menyusahkan dan kita sebagai ejen dropship, ada kemungkinan untuk kehilangan sales sebab lambat menjawab pertanyaan dari bakal pelanggan.

 

Sistem tempahan juga sangat senang digunakan.

 

Kita hanya perlu buat pembelian seperti kita yang nak beli produk ini, dan untuk alamat penghantaran, kita hanya perlu masukkan alamat pelanggan kita. Seterusnya buat bayaran. Pihak Bookcafe akan uruskan dari segi pembungkusan dan juga penghantaran produk.

 

Dibawah ini adalah penerangan dalam bentuk bergambar bagi program dropship.

Mungkin anda rasa… erm… nantilah dulu. Nak tengok-tengok dulu, apa istimewanya kalau join sebagai ejen dropship. Anda mungkin nak tengok-tengok dulu, senarai buku yang boleh dipromosikan kelak apabila join program dropship ini.

 

Untuk itu, anda boleh terus ke halaman berikut >> https://bco.com.my

 

Bagi mereka yang belum menjadi ahli, atau ejen dropship, anda hanya akan dapat lihat harga pasaran atau harga biasa sahaja. Ini contohnya

Lihat pada paparan diatas. Kalau anda belum jadi ejen, harga yang anda bakal lihat ialah harga biasa, iaitu RM750. Anda juga boleh terus buat pembelian, cuma harganya agak mahal.

 

Bandingkan dengan harga ejen, iaitu RM525 sahaja. Anda boleh jimat RM225 atau buat untung RM225 jika berjaya jual dengan harga pasaran seperti yang dicadangkan.

 

Jadi, berbaloi ke tidak daftar jadi ejen dropship ni? Kalau anda rasa berbaloi dan nampak potensi, daftar je terus disini. Kalau tak berjaya jual buku sekalipun, at least anda boleh beli buku untuk kegunaan sendiri dan famili dengan harga diskaun. In Shaa Allah pasti ada kegunaan nanti dimasa akan datang.

 

Sebelum ini saya lebih aktif mempromosikan produk-produk keluaran PTS Bookcafe sebagai ejen affiliate. Kemudian pada satu hari, saya dapati pihak Bookcafe membuat perubahan pada program affiliate dan menangguhkan program ini kepada satu masa yang akan diberitahu kelak. Saya juga kurang pasti, sampai bila agaknya.

 

Saya rasa agak frust juga, maklumlah salah satu sumber komisen saya adalah dari program Bookcafe. Saya juga beberapa kali menulis review buku dalam blog saya, dan mempromosikan buku-buku keluaran mereka.

 

Tapi walaupun mereka tangguhkan dulu program affiliate, saya masih lagi dapat mempromosikan produk mereka melalui Lazada dan juga Shopee.

 

Bookcafe juga ada membuka kedai online di platform Lazada dan Shopee.

Ini kedai online yang Bookcafe buka melalui platform Lazada. Boleh klik pada pautan ini.

Manakala dibawah ini pula adalah kedai online yang bookcafe buka menerusi platform Shopee.

Syarikat buku yang besar seperti Bookcafe ini juga mempelbagaikan channel untuk tujuan mendapatkan jualan. Ini satu contoh baik yang pada saya patut kita tiru!

 

Secara peribadi saya sebenarnya lebih suka untuk buat duit sebagai ejen affiliate berbanding sebagai ejen dropship. Pada saya, jadi ejen affiliate ini lebih mudah dan lebih fleksibel. Saya hanya perlu hasilkan beberapa artikel promosi, dan seterusnya saya cuma perlu tunggu sahaja sales berlaku dengan sendirinya.

 

Cukup haribulan, tunggu sahaja pihak bookcafe ini buat bayaran komisen. Tapi itu saya cerita pasal diri saya sendiri. Saya tak kata yang program dropship ini tak bagus. Ia juga bagus. Kalau anda minat, patut ambillah peluang ini untuk jadi ejen ya. Peluang seperti ini agak jarang dibuka.

 

Saya nak sambung sikit lagi perkara yang agak teknikal mengenai program dropship buku dari Bookcafe ini. Kali ini saya nak sentuh mengenai caj penghantaran.

 

Wajar ataupun tidak, kita berikan penghantaran percuma kepada pelanggan yang beli buku dari kita? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu rujuk kepada jadual caj penghantaran yang dibekalkan oleh pihak syarikat.

 

Bagi produk seperti buku, lagi banyak jumlah buku yang dibeli, maka makin berat buku tersebut. Ini akan membuatkan kos penghantaran akan jadi semakin mahal.

 

Sekali lagi saya ambil contoh, set lengkap Tafsir Al Azhar, yang beratnya 13.71KG. Berikut adalah caj penghantaran yang bakal dikenakan kepada anda.

Ninja Van – RM19

J&T – RM19

KTMD – RM15

Pos Laju Sabah/Sarawak – RM137 (WOW sangat MAHAL)

 

Jika dengan menyerap kos penghantaran, menjadikan produk tersebut tiada untung, saya rasa lebih baik anda buat pendekatan seperti serap separuh sahaja kos penghantaran, ataupun ikut sahaja kebiasaan, iaitu anda beritahu secara jelas kepada pelanggan bahawa mereka kena bayar caj penghantaran.

 

Sesetengah pelanggan memang tak suka apabila kena bayar caj penghantaran. Tapi kalau kita fikir secara logik, kalau kita beli sendiri buku dekat kedai buku, kita tetap akan perlu bayar kos-kos sampingan.

 

Antara kos sampingan yang boleh muncul ialah seperti

(1) Petrol

(2) Tol

(3) Parking

(4) Kos untuk makan kalau tiba-tiba rasa lapar masa shopping

(5) Kos luar jangka seperti shopping benda lain yang tak perlu

 

Kesemua ini, jika dicampurkan, ia mungkin lebih mahal berbanding dengan kos RM19 untuk penghantaran. (ini dengan andaian pelanggan tadi beli buku seberat 13KG. Kalau setakat 1kg, cajnya hanya RM7 sahaja)

 

Bagaimana cara menghasilkan jualan apabila menyertai program dropship buku?

Sebagai ejen dropship, tugas kita sebenarnya tidaklah begitu sukar. Kita hanya perlu fokuskan kepada kerja-kerja pemasaran dan tempahan sahaja.

 

Apabila ada pelanggan yang minat untuk membuat belian, kita perlu bersedia untuk menerima bayaran dari pelanggan tersebut dan terus buat tempahan dilaman web Bookcafe menggunakan harga ejen. Perbezaan harga itu nanti adalah keuntungan yang bakal kita simpan.

 

Saya akan sentuh sedikit mengenai strategi untuk hasilkan jualan disini. Ada beberapa kaedah yang saya boleh syorkan, antaranya ialah

 

Menggunakan laman blog peribadi

Strategi yang sesuai digunakan jika menggunakan blog peribadi adalah dengan menghasilkan artikel review. Ya, ini bermakna, anda perlu baca buku yang hendak dipromosikan tersebut. Selepas dah habis baca, barulah senang nak hasilkan artikel jenis review.

 

Kalau anda memang minat buku, saya rasa ini bukan satu masalah yang besar, untuk baca buku. Untung orang yang suka baca buku ni. Boleh dapat ilmu baru, dan boleh dapat idea macam mana nak hasilkan review yang lebih berkesan.

 

Kemudian apabila ada pembaca yang membaca review yang anda hasilkan dan minat untuk beli, dia boleh terus hubungi anda untuk buat tempahan.

 

Menggunakan akaun sosial media

Strategi yang lebih kurang sama dengan strategi menggunakan blog boleh digunapakai untuk kempen disosial media. Anda kongsikan review dan komen anda mengenai konten buku yang hendak anda dapatkan jualan.

 

Satu yang bagus dengan pemasaran di social media ialah, anda mampu untuk dapatkan perhatian dari bakal pelanggan anda dengan pantas. Ya, anda perlu alert dengan peristiwa dan isu yang sedang viral.

 

Andai kata pada satu-satu masa, isu mengenai perebutan harta pusaka sedang hangat diperkatakan, anda boleh gunakan peluang ini untuk mempromosikan buku berkaitan dengan faraid.

Kalau dari hasil review yang anda buat tu, ada 10 ribu orang yang baca, tak kan tak ada seorang pun yang akan beli buku ini dari anda? Lagipun bukan mahal sangat pun harga buku ini. Setakat RM18 – RM30 sahaja.

 

Buat jualan melalui Shopee

Berita baik untuk anda, anda juga dibenarkan untuk menggunakan Shopee untuk dapatkan jualan. Pihak PTS tidak melarang anda untuk buat jualan menggunakan Shopee.

tips-bisnes-shopee

Cuma ada beberapa buku yang pihak PTS sarankan untuk anda tidak menggunakan Shopee. Buku yang dimaksudkan adalah buku-buku yang tidak mempunyai stok yang banyak.

 

Kalau anda sudah mempunyai Shopee Store anda sendiri, boleh tambahkan list barang yang dijual dengan memasukkan buku-buku yang ditawarkan melalui program dropship ini.

 

Tapi kalau anda belum ada shopee store anda sendiri, boleh daftar sekarang dengan mengikuti panduan yang ada disini.

 

Sebaik-baiknya, janganlah hadkan medium atau platform jualan anda. Luaskan lagi platform jualan supaya anda dapat peluang yang lebih besar untuk dapatkan lebih ramai pelanggan yang membeli buku-buku anda.

 

Laman web e-commerce

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah memiliki laman web ecommerce anda sendiri. Apa kata anda tambahkan juga kategori baru di laman web ecommerce milik anda, iaitu kategori buku.

 

Itupun kalau sesuai. Kalau kurang sesuai, saya kira lebih baik anda kekalkan kepada konsep bisnes ecommerce sedia ada anda.

 

Baiklah, saya harap peluang yang jarang ada seperti ini, anda dapat ambil dan boleh dapat manfaat darinya. Saya juga sebenarnya dah join sebagai ejen, cuma belum pernah buat sales lagi.

 

Saya pun tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk buat jualan. Sebaliknya saya berpandangan, satu hari nanti saya akan beli buku-buku yang dijual disini untuk kegunaan sendiri. Selepas itu saya akan buat review, dan kalau dari review yang saya buat tu nanti, ada yang minat nak beli, saya akan belikan untuk mereka.

 

Dari situ bolehlah dapat sedikit keuntungan.

Oleh yang demikian, kalau anda rasa minat nak jadi ejen seperti saya, bolehlah daftar di halaman berikut ya.

 

 

The post Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe appeared first on Blog Sabree Hussin.

7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan

$
0
0

Apa yang menghalang seseorang itu daripada memulakan bisnes sendiri? Mungkin ada macam-macam faktor, tapi kalau kita ringkaskan, antara faktor yang popular sekali ialah sebab takut ambil risiko, modal memulakan bisnes yang besar dan sebab tak ada ilmu menjalankan bisnes tersebut.

 

Baik ada tiga faktor. Risiko, modal dan juga susah dilakukan.

 

Bagaimana kalau saya katakan, diluar sana sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 7 jenis model perniagaan yang mudah untuk dilakukan, tak memerlukan modal yang besar untuk dijalankan (sesetengahnya tak perlu keluar modal) dan dari segi risiko ianya sangat minima.

 

Bila sebut tentang bisnes, memang bohong kalau kata bisnes tersebut tiada risiko. Tapi, kalau kata risiko rendah atau minima, itu memang tak mustahil. Dalam kesempatan kali ini, saya ingin kongsikan kepada pembaca, 7 jenis bisnes yang menepati ciri tersebut.

Jika bisnes ini dilakukan dengan betul, In Shaa Allah ia juga mampu untuk hasilkan pendapatan yang sangat lumayan. In fact tak mustahil income yang bakal diperolehi boleh jadi setanding dengan bisnes yang nampak lebih gah dan tinggi risikonya.

 

Justeru, tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita lihat apakah model-model bisnes yang saya maksudkan.

 

1. Bisnes menggunakan konsep Affiliate Marketing

Nama lain bagi affiliate marketing adalah referral marketing. Jika anda membuat pembacaan dilaman web lain, dan menemui istilah referral marketing, sebenarnya ia merujuk kepada konsep yang sama dengan affiliate marketing.

 

Dalam affiliate marketing kita bertindak sebagai seseorang yang membuat pengesyoran dan mengajak orang lain untuk menjadi pengguna atau pelanggan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Kita membuat recommendation tanpa perlu memaksa-maksa orang ramai untuk jadi pengguna.

 

Apabila bercerita mengenai affiliate marketing ini, lazimnya ada tiga kategori manusia yang menceburi bidang ini. Kategori tersebut adalah beginner, advance dan juga profesional. Mari kita lihat apakah perbezaan yang terdapat pada ketiga-tiga jenis kategori ini.

 

Kategori beginner

Boleh juga kita panggil sebagai kategori amatur. Individu dalam kategori ini adalah mereka yang baru mengetahui tentang selok belok perniagaan menggunakan kaedah affiliate marketing. Dia mungkin pernah baca topik mengenai affiliate marketing dari mana-mana sumber atau mungkin pernah beli panduan buat duit dengan affiliate marketing.

 

Individu dalam kategori amatur ini lazimnya akan join program affiliate sama ada

(1) Klikjer

(2) JV Warrior

(3) Involve Asia

(4) Access Trade

(5) Lazada

 

Apa yang dia buat setelah dia join? Sudah tentu dia akan mula buat kerja pemasaran. Cuma yang menjadi pertikaian dia ialah, kerja pemasaran yang dia lakukan lebih mirip kepada aktiviti spamming. Dia sebarkan link affiliate dengan cara yang agak semberono. Asalkan tempat tu boleh letak link dia akan letak link dia, termasuklah di FB personal, twitter, blast dekat twitter, promosi dari group ke group dan sebagainya.

 

Ya, cara ini juga boleh hasilkan jualan, cuma untuk jangka masa panjang, ianya agak memenatkan. Apabila kita berhenti buat kerja-kerja promosi seperti ini, lazimnya income kita juga akan terhenti.

 

Sekarang kita lihat pula cara yang dilakukan oleh mereka yang bertaraf advance.

 

Kategori Advance

Individu yang berada pada tahap advance selalunya sudah mempunyai strategi pemasaran yang lebih tersusun berbanding mereka yang masih amatur.

 

Kategori advance ini mempunyai platform pemasaran mereka sendiri sama ada platform laman blog sendiri, laman web berita ataupun halaman fanpage yang aktif dan mempunyai banyak follower. Apa yang perlu anda faham disini ialah, kategori advance mempunyai kawalan penuh terhadap platform pemasaran yang bakal digunakan.

 

Cara mereka membina ayat iklan juga agak berbeza. Sesetengahnya akan menggunakan strategi content marketing dan menghasilkan artikel yang memberi manfaat kepada pembacanya.

 

Kadang-kadang kita sendiri tak perasan bahawa penulis artikel sebenarnya sedang mempromosikan produk dalam artikel atau konten yang dihasilkan. Semuanya kelihatan smooth sekali apabila kita membacanya, namun apa yang pasti selepas kita baca keseluruhan cerita si pemilik artikel, kita mula rasa teruja dan ada keinginan untuk dapatkan maklumat tambahan mengenai produk atau servis yang disebutkan.

 

Itu keistimewaan teknik content marketing. Untuk makluman anda, strategi content marketing juga merupakan salah satu kaedah pemasaran digital yang berkesan untuk membantu anda hasilkan jualan untuk apa jua jenis produk.

 

Kalau ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang konsep pemasaran content marketing, mungkin anda rasa agak janggal. Namun percayalah, teknik pemasaran tersebut sebenarnya sangat mudah dan boleh dipelajari dalam masa yang singkat!

 

Kategori Professional atau Pro

Mindset mereka yang dalam kategori ini memang cukup berbeza. Matlamat mereka bukan semata-mata nak dapatkan jualan tetapi mereka ingin berikan khidmat yang terbaik melalui produk dan servis yang dipromosikan.

 

Dalam kempen pemasaran yang dijalankan, individu yang pro ini akan mula dengan membina database pelanggan. Semasa proses pembinaan ini, dia akan tanya kepada para prospek apakah masalah yang mereka hadapi yang mereka ingin selesaikan.

 

Sepanjang tempoh tersebut, orang yang pro ini akan terus keep in touch dengan prospek dan akan selalu memainkan peranan yang aktif hinggalah masalah prospek dapat diselesaikan.

 

Bagaimana cara dia menyelesaikan masalah prospek itu tadi?

Sudah tentu dengan mengajak prospek untuk beli produk yang dipromosikan dan yakinkan mereka bahawa produk tersebut sangat bagus bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Peranan seorang affiliate marketer yang berada pada tahap pro tidak terhenti setakat meyakinkan prospek untuk beli produk yang dipromosikan.

 

Sebaliknya dia akan terus keep in touch dan terus membina perhubungan yang baik. Dari masa ke masa, dia akan bertanya khabar dan bertanya jika ada masalah lain yang boleh dibantu. Cuba teka, bagaimana cara dia nak bantu selesaikan masalah prospek? Ya, sudah tentu, dengan cara mencadangkan produk lain yang relevan. Dari prospek yang sama, dia mungkin boleh hasilkan jualan secara berulang-ulang kali.

bayaran-komisen-affiliate

Bisnes berkonsepkan affiliate marketing ini memang ada banyak kelebihannya. Saya pernah menulis satu artikel yang membincangkan tentang kelebihan menjalankan bisnes menggunakan konsep affiliate marketing disini sebelum ini. Kalau anda minat nak ikuti perbincangan yang lebih panjang boleh baca disitu.

 

Cuma dekat sini, saya nak tekankan secara ringkas, bahawa program affiliate ini sememangnya ada banyak kelebihan. Saya boleh katakan, apabila anda sertai program ini, anda akan dapati ada terlalu banyak produk dan juga servis yang anda boleh promosikan. Sebagai contoh,

i. Jika anda ingin mempromosikan produk digital sama ada ebook, rakaman video dan sebagainya, boleh sertai program affiliate dari Klikjer, JV Warrior, On Pay Solutions, Order Sini dan banyak lagi.

ii. Kalau anda nak mempromosikan beribu-ribu produk dari macam-macam kategori, jangan lepaskan peluang untuk sertai program affiliate Lazada, Shopee dan banyak lagi platform e-commerce

iii. Jika anda cenderung kepada produk kewangan, ada program affiliate yang memasarkan perkhidmatan kad kredit, personal loan, dan sebagainya. Boleh join melalui Involve Asia dan lihat sendiri syarikat dalam bidang kewangan yang menawarkan peluang.

iv. Jika anda suka bidang berkaitan percutian dan pelancongan, boleh mempromosikan produk-produk seperti pakej aktiviti, bilik hotel dan sebagainya. Syarikat seperti Agoda juga membuka peluang untuk orang ramai menyertai mereka sebagai affiliate.

 

Bisnes berkonsepkan affiliate adalah satu contoh bisnes yang mudah untuk dijalankan. Lazimnya tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mula jadi affiliate. Justeru, tiada risiko anda akan alami kerugian dari segi wang ringgit. Kalau berlaku kerugian juga, mungkin sebab anda mengeluarkan belanja untuk pengiklanan tapi iklan anda langsung tak convert kepada jualan.

 

Kita lihat pula contoh model bisnes lain yang juga rendah risiko dan mudah untuk dijalankan.

 

2. Bisnes menggunakan kaedah Dropship

Buat bisnes yang menggunakan sistem dropship adalah satu lagi jenis bisnes yang rendah risiko dan mudah untuk dilakukan. Semua orang boleh lakukannya, asalkan ada kemahuan dan ada kerajinan. Strategi untuk berjaya dalam bisnes dropship sebenarnya ada pelbagai. Apa yang penting peranan kita adalah fokus kepada kerja pemasaran dan membuat jualan.

 

Dropship ini sebenarnya adalah satu kaedah bagaimana sesuatu produk dapat diedarkan, dari pihak pengeluar sampailah kepada pengguna akhir.

 

Sebelum kaedah dropship mula popular, kebanyakkan usahawan yang ingin mula berniaga, terpaksa mengeluarkan modal yang besar bagi mendapatkan stok produk yang hendak dijual. Kemudian muncul kaedah jualan menggunakan katalog sahaja sebagai alat bantuan membuat jualan. Kaedah ini popular dalam kalangan syarikat jualan langsung.

 

Jurujual sudah tak perlu lagi keluar modal untuk membeli stok barang. Sebaliknya hanya dengan menggunakan katalog sahaja sudah memadai untuk menerangkan kepada bakal pelanggan, apakah ciri-ciri produk yang dijual dan beberapa maklumat yang berkaitan bagi memudahkan pembelian dilakukan.

 

Apabila kaedah pemasaran online ataupun pemasaran digital mula popular, kaedah yang lebih kurang sama terus dipraktikkan. Cuma kali ini, ia lebih popular dengan nama program dropship. Dalam program dropship, kita hanya perlu menggunakan gambar-gambar produk beserta dengan deskripsi produk bagi membuat jualan.

 

Saya juga sudah beberapa kali bercerita mengenai program dropship, dan terbaru saya tulis adalah mengenai program dropship menjual buku bersama syarikat PTS Bookcafe Sdn Bhd.

Peranan kita sebagai ejen dropship adalah membuat kerja-kerja pemasaran. Kemudian, apabila ada pelanggan yang minat untuk membuat pembelian, pelanggan tersebut akan menghubungi anda dan buat bayaran kepada anda.

 

Seterusnya, dengan duit yang dibayar oleh pelanggan, anda gunakan duit tersebut untuk membuat tempahan dengan syarikat yang menyediakan program dropship. Pelanggan akan membayar harga pasaran, manakala anda pula hanya perlu bayar harga ejen kepada syarikat dropship. Perbezaan harga itulah yang akan jadi keuntungan anda.

 

Selepas anda buat pembayaran kepada syarikat, penghantaran produk akan dilakukan. Anda boleh terus follow up dengan pelanggan ini, bagi memastikan dia betul-betul puas hati dengan pembelian yang dilakukan. Di masa akan datang, anda juga boleh terus follow up, manalah tahu pelanggan yang sama minat nak beli barang yang lain pula.

 

Sebenarnya bahagian yang paling mencabar mengenai bisnes dropship ini, bukanlah tentang cara untuk memahamkan bagaimana bisnes ini beroperasi, sebaliknya yang mencabar adalah bagaimana untuk membuat kerja-kerja pemasaran yang berkesan dan mendapatkan tempahan.

 

Sudah tentu, kalau nak berjaya dan pergi jauh, kenalah tahu macam mana nak buat pemasaran online dan perlu belajar kemahiran membuat jualan.

 

3. Bisnes berkonsepkan laman web atau apps e-commerce

Apa reaksi dan pandangan anda, apabila dengar tentang konsep bisnes e-commerce? Adakah anda rasa ianya senang, atau susah untuk dijalankan?

 

Ok sebelum anda terus kata bisnes jenis ini mustahil atau sukar untuk dilakukan, dengarlah dulu penjelasan saya ini. Sebenarnya, bisnes e-commerce adalah salah satu contoh bisnes yang agak mudah dan simple.

 

Bahagian yang agak mencabar mungkin pada bahagian untuk menyediakan sistem laman web e-commerce. Ianya mencabar kalau anda tidak mempunyai kemahiran untuk membina laman web e-commerce.

 

Bagi mereka yang minat nak cuba bina sendiri, ada beberapa perisian yang anda boleh gunakan, misalnya menggunakan

i. Woo Commerce

ii. Open Cart

bisnes-ecommerce

Jika anda lihat pada screenshot diatas, itu merupakan antara perisian yang anda boleh gunakan bagi tujuan membangunkan laman web berkonsepkan e-commerce. Anda hanya perlu pilih, nak guna sistem yang mana satu, dalam contoh diatas saya pilih Open Cart dan seterusnya klik next, next, next dan ikut arahan seterusnya.

 

Proses pemasangan boleh dilakuan dengan mudah menggunakan software Softaculous yang anda akan dapat percuma apabila menjadi pelangggan bagi perkhidmatan hosting dari NetKL Network.

 

Sekiranya anda kurang yakin untuk buat sendiri, dan mungkin anda risau laman web ecommerce anda nanti ada masalah, boleh minta bantuan dari pihak Kedai Onlinez untuk binakan laman web jenis e-commerce untuk anda.

 

Pada peringkat permulaan, lazimnya programmer yang anda upah akan bantu anda memasukkan maklumat produk dalam laman web e-commerce milik anda. Namun, pada masa yang sama anda juga perlu belajar cara untuk masukkan produk dalam laman web.

 

Tak perlu khuatir sebabnya proses untuk masukkan produk sangatlah mudah. (Pihak programmer akan berikan tutorial bagaimana cara nak masukkan produk)

 

Satu kelebihan apabila anda mempunyai laman web ecommerce anda sendiri ialah, anda boleh masukkan apa juga jenis produk ke laman web anda itu tadi. Tak kiralah sama ada produk tersebut adalah

i. Produk yang anda hasilkan sendiri (mungkin anda adalah founder produk)

ii. Produk yang anda ada simpan stoknya

iii. Produk yang memang ada dijual di kedai fizikal milik anda

iv. Produk dropship

v. Produk affiliate

vi. Produk pre-order

 

Cabaran yang paling besar, pada pandangan saya untuk berjaya dalam bisnes jenis e-commerce ini ialah bagi mendapatkan pelawat untuk masuk ke laman web milik kita lalu membuat tempahan.

 

Kalau berjaya tarik pelawat untuk masuk ke laman web e-commerce milik kita itu baru satu kejayaan. Seterusnya kena pastikan mereka cukup yakin untuk menjadi pelanggan.

 

Untuk bab-bab tarik pelawat ini, boleh gunakan kaedah iklan berbayar, ataupun guna sahaja mana-mana teknik pemasaran online seperti yang saya ceritakan disini. Ada 10 teknik yang saya bincangkan disitu, pilihlah mana-mana satu yang sesuai untuk anda gunakan.

 

Andai kata anda rasa macam susah nak bina laman web ecommerce anda sendiri, rasa susah nak tarik trafik, anda masih boleh berjaya buat bisnes berkonsepkan e-commerce dengan menumpang platform yang disediakan oleh Shopee dan juga Lazada. Dua panduan berikut boleh anda jadikan rujukan kalau anda memang zero tentang buat bisnes online menggunakan Shopee dan Lazada.

tips-bisnes-shopee

Laman web e-commerce seperti Lazada dan juga Shopee sememangnya sudah dikenali dan dipercayai. Jika anda meletakkan bisnes anda dilaman web tersebut, anda juga bakal mendapat tempias daripada kepercayaan dan populariti yang ada pada kedua-dua laman web tersebut.

 

4. Bisnes jenis memberi perkhidmatan kepada para pelanggan

Dalam konteks memberi perkhidmatan ini, kita akan buat sesuatu untuk pelanggan berdasarkan kepada kemahiran dan kepakaran yang kita miliki.

 

Jika anda mahir dan pandai memasak, boleh ambil upah memasak. Mungkin memasak ketika sambutan perayaan atau jamuan tertentu sahaja.

 

Jika anda mahir menulis, boleh tawarkan servis penulisan dan ambil upah untuk menulis artikel bagi pihak klien anda. Bidang penulisan ini sebenarnya sangat luas, dan ia tidaklah terhad semata-mata menulis artikel sahaja. Boleh diperluaskan lagi dengan menulis kerta kerja perniagaan, kertas proposal, teks ucapan, skrip lakonan, penulisan puisi, lirik lagu dan banyak lagi.

 

Boleh jadi juga, anda mempunyai peralatan tertentu yang orang lain tak miliki. Sebagai contoh anda mempunyai alat untuk memotong rumput. Jadi, anda boleh tawarkan khidmat memotong rumput kepada jiran-jiran dan sesiapa yang perlukan khidmat memotong rumput dari anda.

 

Ada banyak bisnes, yang boleh tergolong kepada bisnes jenis memberi perkhidmatan. Saya kongsikan beberapa lagi, antaranya perkhidmatan menjaga budak (baby sit) perkhidmatan menghantar barang, menghantar penumpang, perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan dan banyak lagi.

 

Untuk menjalankan bisnes jenis perkhidmatan, kita perlukan

i. Kemahiran atau kepakaran

ii. Masa kita

iii. Peralatan tertentu jika perkhidmatan tersebut perlu ada peralatan tertentu

 

Saya masukkan bisnes jenis ini sebagai bisnes yang mudah dan rendah risiko sebabnya anda boleh lakukan bisnes ini jika anda rasa anda perlukan duit pada satu-satu masa. Maksud saya, anda boleh jalankan bisnes-bisnes ini bila perlu sahaja dan anda tak terikat dengan komitmen untuk perlu jalankan bisnes ini setiap masa.

 

5. Bisnes mengajar atau memberi latihan

Ada antara kita yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu, yang tidak dimiliki oleh orang lain. Orang lain yang tak mempunyai pengalaman dan kepakaran kita, sebenarnya ada yang minat nak belajar dari kita.

 

Contoh yang biasa saya tampilkan dalam blog ini ialah, ilmu untuk menghasilkan pendapatan di internet tanpa perlu susah payah nak cari kerja diluar sana. Anda mungkin ada ilmu bagaimana nak buat duit di internet dan selama ini memang anda mampu hidup selesa dengan pendapatan yang dihasilkan.

 

Apabila kita katakan pendapatan yang selesa, berapa sebenarnya pendapatan tersebut? Setiap orang sudah tentu ada gaya hidup yang tersendiri. Pada sesetengah orang, boleh dapat RM2,000 sebulan hanya dengan berbisnes di internet, itu dah cukup selesa. Pada orang lain yang menjalankan gaya hidup yang lebih mewah, mungkin jumlah tersebut tidak mencukupi.

 

Baiklah perbincangan disini bukannya nak menyentuh mengenai berapa banyak pendapatan yang baru dikatakan sebagai selesa, sebaliknya saya nak fokus kepada pembinaan sesebuah perniagaan dengan konsep mengajar orang lain untuk berjaya mencapai kejayaan seperti mana yang kita berjaya capai.

 

Kita namakan ia sebagai bisnes coaching. Bisnes coaching ini sebenarnya memang sangat banyak dipraktikkan diluar sana. Jika anda ada kemahiran tertentu, dan mampu untuk mengajar dan menyampaikan ilmu tersebut, bolehlah pertimbangkan untuk mulakan bisnes jenis ini.

 

Dalam bisnes coaching, ada yang

i. Mengajar subjek dan matapelajaran untuk peperiksaan

ii. Mengajar cara untuk buat bisnes

iii. Mengajar cara untuk melakukan pelaburan saham

iv. Mengajar untuk membuat senaman bagi mendapatkan bentuk badan ideal

 

Persoalan yang mungkin akan terlintas di fikiran ialah, ada ke orang yang nak ambil sesi personal coaching kalau anda tawarkan kelak?

 

Jawapannya, pasti ada. Cuma jangan la mengharap anda akan dapat pelanggan dengan mudah. Anda masih tetap perlu buat kerja-kerja pemasaran, bina profile anda dan yakinkan bakal pelanggan bahawa anda adalah orang yang sangat layak untuk mengajar.

 

Sebenarnya apa yang penting dalam minda bakal pelanggan adalah, adakah anda mampu untuk bantu diri mereka dapat result seperti yang mereka mahu capai. Jika jawapan anda adalah ya, maka tak syak lagi, andalah orang yang diperlukan oleh pelanggan anda.

 

6. Bisnes menyampaikan maklumat dan informasi

Model bisnes jenis ini tidak begitu sukar untuk dilakukan. Peranan anda jika minat nak jalankan bisnes menggunakan konsep ini, adalah menjadi antara yang terawal untuk menyampaikan dan menyalurkan sesuatu maklumat.

 

Jika tak mampu untuk jadi yang terawal, setidak-tidaknya anda cuba untuk jadi antara sumber berita atau rujukan yang boleh dipercayai. Orang yang membaca sumber berita dari anda, tidak ada masalah untuk mempercayai apa yang anda laporkan.

 

Ini bermakna, dalam setiap perkongsian yang anda berikan, anda berikan juga sumber rujukan, kajian dan sebagainya. Bukanlah sekadar berita yang direka-reka.

 

Konsep bisnes seperti ini yang kita boleh jadikan contoh adalah bisnes majalah, surat khabar, tabloid dan sebagainya. Memandangkan kita tidak mempunyai wartawan yang akan bekerja untuk kita, maka apa yang saya boleh cadangkan ialah kita bekerja dengan cara memetik berita dari sumber yang boleh dipercayai.

 

Biasanya kita akan petik dari sumber berita nasional, dan lain-lain laman berita. Sebagai nilai tambah, kita masukkan juga sedikit ulasan dan informasi tambahan yang mungkin relevan dengan berita tersebut.

 

Bagaimana untuk hasilkan pendapatan jika menjalankan bisnes menggunakan konsep seperti ini? Pendapatan kita akan datang melalui penyiaran iklan-iklan berbayar seperti iklan Google Adsense, program affiliate dan jualan produk.

 

7. Bisnes menggunakan konsep Multi Level Marketing (MLM)

Last but not least, buat bisnes yang dijalankan menggunakan konsep pemasaran Multi Level Marketing atau MLM. Sengaja saya masukkan konsep bisnes ini diakhir sekali, sebabnya saya faham ada ramai diluar sana yang agak anti dengan bisnes MLM. Well… mungkin sebab dia ada pengalaman yang kurang baik atau pernah terjebak dengan bisnes yang sebenarnya bukan MLM, tapi skim piramid.

 

Perihal sistem piramid, saya dah pernah sentuh dalam blog ini sebelum ini, jadi saya tak nak sentuh disini. Bila saya kata bisnes MLM, saya merujuk kepada bisnes yang

i. Mempunyai lesen AJL yang dikeluarkan oleh KPDNHEP

ii. Mempunyai produk

iii. Mempunyai sijil-sijil yang diperlukan untuk beroperasi secara sah

iv. Mempunyai pengiktirafan dari badan-badan yang berkaitan seperti KKM, Jakim dan sebagainya

 

Kalau nak cerita mengenai bisnes yang menyeleweng, menipu dan sebagainya, saya kira ia tak memberi sebarang nilai tambah dalam hidup kita. Lebih baik kita fokus kepada bisnes MLM yang memang betul-betul menjalankan bisnesnya mengikut etika sebenar. Ya, saya lebih berminat untuk bercerita mengenai syarikat MLM yang genuine, yang sah dan memang betul-betul fokus untuk memberikan perkhidmatan dan produk terbaik kepada para pelanggannya.

 

Saya berani bercerita dan mencadangkan bisnes MLM, sebabnya saya sendiri telah beberapa kali menyertai syarikat yang beroperasi menggunakan sistem MLM. Ada yang saya berjaya jana pendapatan, ada yang tak bertahan lama disebabkan oleh masalah pihak pengurusan.

 

Diluar sana terdapat banyak syarikat yang menjalankan bisnes berkonsepkan MLM. Terpulang pada anda, untuk pilih yang mana satu. Cuma kenalah pastikan anda tidak tersilap memilih syarikat yang mengamalkan skim piramid.

 

Syarikat MLM yang berbeza mempunyai pelan pemasaran yang berbeza. Saya tak mampu nak cerita semua pelan pemasaran yang dipraktikkan oleh syarikat yang berbeza. Namun, saya boleh sentuh sedikit pelan pemasaran yang digunapakai oleh syarikat MLM yang saya sertai.

 

Ini antara ciri-ciri syarikat MLM yang saya sertai, yang membuatkan saya minat untuk sertai

1. Pendaftaran adalah percuma.

Tiada sebarang yuran dikenakan untuk jadi ahli.

 

2. Tidak diwajibkan untuk beli produk setelah join.

Ahli ada masa 6 bulan untuk buat keputusan, apa produk syarikat MLM yang ingin dibeli. Tiada sesiapa yang akan memaksa anda untuk buat pembelian. Gunakanlah masa selama 6 bulan itu dengan sebaik-baiknya, untuk mengkaji, memahami produk atau apa sahaja yang anda rasakan perlu. Jika dalam masa 6 bulan selepas daftar itu, anda rasa tiada produk yang anda minat untuk beli, boleh tinggalkan sahaja bisnes.

 

Katakanlah selepas anda beli produk yang rasa tak puas hati dengan produk, syarikat ada tawarkan jaminan pulangan wang. Ya, boleh minta refund ya. Kalau skim piramid, mana ada jaminan dapat balik duit.

 

3. Tiada komitmen belian wajib setiap bulan.

Sesetengah bisnes MLM mewajibkan ahlinya untuk beli produk dalam nilai tertentu setiap bulan. Jika tak beli, keahlian akan digantung ataupun hilang kelayakkan menerima komisen.

 

4. Selepas daftar percuma, boleh terus mula buat bisnes

Bila dah dapat nombor keahlian, boleh terus buat kerja pemasaran dan mula daftarkan ahli baru sebagai downline.

 

5. Produk yang dijual adalah produk keperluan harian

Syarikat mengeluarkan produk keperluan seperti sabun basuh, produk kosmetik, produk penjagaan kebersihan, vitamin dan sebagainya. Kalau sebelum ini kita beli dari jenama lain yang tak beri kita peluang untuk bina perniagaan, kali ini kita tukar jenama sahaja.

 

6. Ada potensi untuk pelanggan membuat belian ulangan

Oleh sebab barangan yang dijual adalah barangan keperluan, jika downline kita puas hati dengan kualiti produk, dia pasti akan beli lagi jika sudah habis. Ini salah satu perkara yang membezakan antara produk skim piramid dengan produk dari syarikat MLM yang genuine.

Syarikat MLM selalunya akan mengeluarkan produk yang memang ada kualiti supaya pengguna akan jadi seseorang yang suka pada produk dan akan terus buat pembelian. Ya, kualiti produk perlulah sangat bagus supaya downline terus beli, walaupun dia masih belum berjaya bina rangkaian.

Kita beli sesuatu produk bukan semata-mata sebab kita nak dapatkan komisen, tetapi pada masa yang sama sebab kita puas hati dengan kualiti produk.

 

Apa yang kita perlu lakukan dalam bisnes MLM sebenarnya?

Ok.. dalam bisnes MLM lazimnya ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan.

 

Pertama, kita perlu jadi ahli. Hanya ahli sahaja yang layak untuk menerima sebarang imbuhan yang bakal diberikan oleh pihak syarikat. Sesetengah orang tak suka nak jadi ahli, dia cuma nak beli produk sahaja. Untuk individu seperti ini, dia boleh beli produk tapi dia tak bolehlah bina rangkaian downline dan bina bisnes.

 

Saya percaya anda pasti biasa nampak ada banyak juga produk keluaran syarikat MLM yang dijual dipasaran bebas atau di outlet. Orang yang belum jadi ahli, boleh buat pembelian cuma dari pembelian tersebut tak ada sebarang elemen kumpul mata ganjaran (Point Value) dan sebagainya.

 

Kedua, setelah jadi ahli, kita perlu bina rangkaian downline yang memenuhi kriteria seperti berikut

i. Downline tersebut berminat untuk jadi pengguna

ii. Downline tersebut juga berminat untuk buat bisnes dan lakukan perkara yang sama seperti mana yang kita lakukan iaitu membina rangkaian

 

Dalam bisnes MLM, matlamat ataupun motif sebenar sesebuah syarikat menggunakan kaedah pemasaran seperti ini adalah bagi memastikan produk keluaran mereka dapat sampai kepada pengguna akhir. Dalam proses tersebut, syarikat membuka peluang kepada orang ramai yang minat untuk bersama-sama syarikat dan menjana pendapatan tambahan.

 

Ya, setiap yang join bisnes MLM ini, pendapatan yang bakal diperolehi tak akan sama. Ada yang mampu hasilkan sampai puluhan ribu ringgit dalam sebulan, dan ada juga yang tak berjaya buat duit langsung. Ada banyak faktorlah yang akan menyumbang kepada kejayaan seseorang itu dalam bisnes ini.

 

Hanya sebab seseorang itu tak berjaya dalam bisnes MLM, tak bermakna bisnes ini tipu. Pada saya, itu berlaku sebab individu tersebut yang tak ada skil dan kemahiran untuk buat bisnes. Sepatutnya dia belajar dan tambah ilmu macam mana untuk lebih berjaya dalam bisnes ini, bukannya buang masa mengeluh dan terus kata bisnes ini tak bagus.

 

Dalam bisnes MLM, ilmu membuat jualan, ilmu pemasaran, ilmu membuat rundingan, ilmu membuat persembahan jualan juga sangat penting dan mampu untuk membantu anda berjaya dalam bisnes.

 

Cuma dari apa yang saya perhatikan, kebanyakkan yang join bisnes MLM ini ialah mereka yang boleh dikatakan sebagai beginner atau amatur. Mereka ini langsung tak pernah ada pengalaman buat bisnes atau mereka yang baru nak mencuba. Bila mereka minat nak cuba berbisnes itu dah dikira cukup bagus.

 

Tapi masalahnya, ada antara mereka yang tak mahu upgrade diri, tak mahu tambah ilmu tapi mengharapkan bulan akan jatuh ke riba. Adakah mereka menganggap dengan sekadar join, nasib mereka akan terus berubah tanpa perlu buat apa-apa?

Baca juga: 11 Personaliti dan karekter individu yang menyertai bisnes MLM

 

Konsep bisnes MLM sebenarnya sangat ringkas. Kita hanya perlu berkongsi apa yang kita tahu, apa yang kita telah perolehi dan apa yang kita alami setelah berada dalam bisnes ini.

Apa yang kita tahu?

Tentang syarikat, tentang produk, tentang amalan pengilangan yang baik, tentang industri dan sebagainya.

 

Apa yang kita telah perolehi?

Hasil penggunaan produk-produk keluaran syarikat, sebarang pendapatan dari menjalankan bisnes.

 

Apa yang kita alami?

Perubahan dari segi tahap kesihatan, peningkatan pendapatan, pengalaman berkenalan dengan ramai orang dan sebagainya.

 

Kesemua ini kita akan lalui jika kita benar-benar aktif dan serius dalam bisnes. Apa yang kita tahu, perolehi dan alami itu kita kongsikan kepada orang ramai, yang mungkin minat untuk lalui apa yang kita lalui.

 

Kalau yang tak minat tu, tak apalah. Kita move on sahaja kepada orang lain. Eh panjang pula saya ulas tentang bisnes MLM, apapun kalau anda minat nak tahu lebih lanjut, baca posting saya yang sebelum ini ya.

Baca disini: Mesej Khas untuk mereka yang cari pendapatan sampingan!

 

Kesimpulan

Saya doakan agar anda tak mudah putus asa apabila diuji dengan kesempitan hidup dan kekurangan dari segi wang ringgit. Ya, saya faham, memang susah nak hidup selesa apabila kita berada dalam serba kekurangan.

 

Mudah-mudahan, beberapa kaedah bisnes yang saya telah kongsikan disini dapat membuka minda anda dan dapat menggerakkan hati anda untuk mencubanya, dan mudah-mudahan anda berjaya jana pendapatan.

 

Kita mula dari bawah, kita mula dari sekarang, kita mula dari what ever status kita sekarang dan In Shaa Allah, satu masa nanti kehidupan kita juga pasti akan berubah kepada yang lebih baik. Yang penting ada usaha dan mulakan langkah yang pertama.

 

 

The post 7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing

$
0
0

Bagaimana cara untuk kita boleh survive dalam bisnes Multi Level Marketing (MLM) atau Bisnes Network Marketing ini?

 

Ini merupakan topik yang saya nak bincangkan dalam posting pada kali ini. Pertama sekali, survival guide ini saya tulis khusus buat mereka yang masih baru dalam bisnes jenis MLM. Kalau yang dah pakar, dah berjaya, mungkin apa yang saya kongsikan disini anda sudah tahu kesemuanya. Saya juga percaya yang anda pastinya sudah mempunyai strategi dan game plan anda sendiri dan tak memerlukan survival guide ini.

 

Justeru, bagi mereka yang masih baru dan kurang pengalaman, perkongsian ini saya tulis untuk anda. Mana-mana yang baik, sila jadikan ia panduan dan yang kurang baik, sila tinggalkan.

 

Boleh jadi akan ada mana-mana point yang saya highlight disini yang anda kurang setuju. Its okay. Anda tak perlu setuju dengan semua perkara yang saya kongsikan disini, dan sekiranya anda mempunyai pandangan dan pendapat lain yang lebih baik, anda bebas untuk ikut pandangan tersebut.

Bagi leader MLM yang mempunyai rangkaian yang cukup besar namun tak ada masa untuk hasilkan panduan seumpama ini, saya alu-alukan kesudian anda untuk berkongsi link artikel blog ini kepada rangkaian anda. Ye la… manalah tahu selepas anda baca keseluruhan posting saya ini, anda merasakan ianya “make sense” dan ahli dibawah rangkaian anda boleh mendapatkan serba sedikit manfaat dari perkongsian ini.

 

Baiklah, sebelum saya bercerita dengan lebih panjang, saya juga ingin tegaskan disini, bahawa bisnes MLM bukanlah satu bisnes yang PERFECT serba-serbi dan langsung tiada kelemahan. Sudah tentu bisnes ini juga ada kelemahan dan kekurangannya. Ya, sama seperti lain-lain jenis dan model perniagaan diluar sana, sudah tentu ada kelemahannya.

 

Saya ingin ambil contoh beberapa jenis bisnes yang ada diluar sana.

i. Bisnes makanan ataupun bisnes restoran

Memang betul, setiap hari orang perlu makan. Tapi adakah setiap hari orang yang sama akan makan ditempat anda? Belum tentu. Malahan dewasa ini, kita sebagai pelanggan ada terlalu banyak pilihan dalam bab makan. Ada banyak restoran yang kita boleh kunjungi dan bukan itu sahaja malahan dengan adanya applikasi Grab Food, Food Panda dan sebagainya memudahkan kita untuk memesan makanan tanpa perlu susah payah untuk keluar rumah.

 

Ada beberapa lagi faktor yang bakal membuatkan bisnes makanan yang kita lakukan kurang mendapat sambutan, misalnya rasa makanan yang kurang sedap, rasa yang tak konsisten, tidak menepati selera pelanggan, premis perniagaan sukar untuk dapat parking, ada Perintah Kawalan Pergerakkan yang menghalang pelanggan untuk datang makan dan sebagainya.

Adakah ini bermaksud bisnes kedai makan tu tak bagus? Tidak. Bukan begitu. Itu hanya memberikan gambaran bahawa bisnes ini ada cabarannya, dan terpulang pada kita untuk mengambil langkah proaktif untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

 

Kita tengok contoh bisnes lain. Bisnes kedai runcit misalnya. Untuk memulakan bisnes kedai runcit, kita memerlukan modal yang agak besar untuk membeli stok barangan secara borong. Namun begitu keuntungan yang bakal diperolehi hasil jualan secara runcit, hanyalah sekadar beberapa sen atau beberapa ringgit sahaja. Tiada sebarang jaminan bahawa anda akan pulang modal atau menjana keuntungan pada tahun pertama perniagaan dijalankan.

 

Saya ingin sentuh juga tentang bisnes homestay. Satu ketika dulu, bisnes homestay adalah satu jenis bisnes yang sedang meningkat naik dan permintaan sangat menggalakkan. Kewujudan homestay milik persendirian mampu menggugat bisnes yang dijalankan oleh hotel. Namun sejak wabak Covid-19 mula melanda, kita semua dapat lihat permintaan terhadap bisnes ini jatuh merudum dan orang ramai sudah tak berani pergi bercuti.

 

Jatuh bangun sesebuah perniagaan adalah satu lumrah. Kalau ada yang kata, banyak orang gagal dalam bisnes MLM, hakikatnya dalam bisnes lain pun ada orang yang gagal. Bukan sekadar di dalam industri MLM sahaja.

 

Satu isu yang agak serius dalam kalangan mereka yang tertarik dengan peluang bisnes dalam industri MLM adalah mereka mempunyai jangkaan yang kurang realistik. Ya, unrealistic expectation.

 

Terdapat segelintir individu yang menganggap (atau berharap) dengan menyertai perniagaan MLM, mereka akan dapat kaya cepat. Bisnes MLM bukan skim cepat kaya, walaupun terbukti ada ramai yang berjaya jadi kaya melalui bisnes ini.

 

Kebiasaannya dalam sesi penerangan, kita memang tak akan cerita semua sekali hakikat sebenar mengenai bisnes MLM. Kita akan bercerita sekadar yang perlu. Tak lebih dan tak kurang, seterusnya terpulang kepada individu yang mendengar untuk bertanya soalan, membuat kajian sendiri dan bertanya kepada orang lain, sama ada peluang ini adalah sesuatu yang baik ataupun tidak.

 

Dari penerangan yang ringkas itu, boleh jadi ada antara mereka yang menganggap bisnes ini sangat senang. Anda hanya perlu join dan daftar sebagai pengedar (distributor). Kemudian dapatkan dua orang untuk jadi pengedar di kumpulan sebelah kiri dan kanan, seterusnya anda sudah boleh relax dan tak perlu buat apa-apa lagi.

 

Ya, mungkin gaya pemikiran seperti ini ada benarnya. Itupun kalau dua orang yang anda daftarkan itu adalah seseorang yang kita boleh katakan ia sebagai Super-Ejen, iaitu mereka yang mampu bergerak sendiri tanpa perlu campur tangan dari anda. Bayangkan, dua orang itu adalah Prof Muhaya dan seorang lagi adalah Dr Tengku Asmadi.

 

Ini cuma sekadar gambaran. Hakikatnya, kebanyakkan yang nak join bisnes MLM ini adalah individu yang biasa-biasa. Ya, orang seperti saya. Saya tak kenal mana-mana selebriti untuk saya bawa masuk dalam bisnes ini. Justeru, saya perlu berpijak di bumi nyata dan perlu merangka satu strategi pemasaran yang lebih masuk akal, berbanding terus mengharap akan ada selebriti yang akan join saya dalam rangkaian.

 

Masalah dengan unrealistic expectation ini juga membuatkan seseorang itu melakukan sesuatu tindakan yang kurang munasabah namun mereka ini tetap berharap bahawa satu hari nanti mereka akan berjaya bina rangkaian yang besar dalam bisnes ini.

 

Apakah perkara yang kurang munasabah yang saya maksudkan disini?

Mereka bersungguh-sungguh untuk join bisnes, namun selepas join mereka seolah-olah tak tahu nak buat apa, dan kesudahannya mereka betul-betul tak buat apa-apa.

 

Cuba kali ini anda bayangkan pula, pengusaha bisnes restoran atau pemilik bisnes runcit, setelah mereka mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk memulakan bisnes, kemudian selepas itu langsung tak buat apa-apa untuk mengembangkan dan mengusahakan bisnesnya.

 

Boleh ke buat macam tu?

 

Boleh jadi, bisnes MLM ini adalah satu-satunya bisnes, yang mana orang yang join bisnes ini, setelah mereka join mereka langsung tak anggap ini adalah satu bisnes.

 

Saya sudah beberapa kali jumpa orang seperti ini. Selepas mereka join

1. Mereka langsung tak beli barang

2. Mereka langsung tak pernah buat marketing

3. Langsung tak pernah cuba untuk cerita tentang bisnes kepada orang lain

4. Bila kita whatsapp, langsung tak delivered (dah kena block?)

5. Kalau mesej delivered sekalipun, cuma sekadar bluetick sahaja.

 

Setidak-tidaknya, kalau kita nak bandingkan antara orang yang join bisnes ini dengan orang yang ada hobi mengumpul setem, orang yang hobinya mengumpul setem itu lebih serius terhadap hobinya berbanding orang yang buat bisnes ini.

 

Misteri ini hanya mereka yang berkaitan sahaja yang tahu jawapannya. Persoalan, kenapa tak buat bisnes ini dengan serius, dengan sepenuh hati… anda sahaja yang ada jawapannya.

 

Bagi mereka yang masih belum pernah join sebarang bisnes MLM, namun ada mempertimbangkan untuk join bisnes ini melalui rangkaian saya, sudah tentu saya juga mahu anda berjaya dan mampu untuk survive dalam bisnes ini. Jika anda berjaya, sama ada dengan bantuan saya atau tanpa bantuan dari saya, saya juga akan dapat tempiasnya.

 

Walaubagaimanapun, jika anda memilih untuk tak buat apa-apa, memilih untuk tak berjaya, In Shaa Allah perkara tersebut tidak akan melemahkan semangat saya, dan saya akan terus usahakan bisnes ini. Saya akan terus buat bisnes ini, mempromosi dan memberi penerangan dengan sebaiknya mengenai peluang bisnes ini kepada orang ramai.

 

Persoalan yang bermain difikiran saya, kenapa anda tak mahu berjaya bersama-sama saya? Apa sebenarnya yang menjadi penghalang buat diri anda?

 

1. Bidang Keusahawanan – Adakah sesuai untuk anda?

Nampaknya kita perlu terima hakikat, bahawa bidang ini bukan untuk semua orang. Ada orang yang memang langsung tak ada minat untuk jadi bos dan bersaing dalam bidang perniagaan.

 

Jika kita tanyakan soalan yang cukup mudah contohnya seperti

“Kau tak minat nak jadi bos?”

“Tak minat.”

 

Satu jawapan yang cukup yakin dan tuntas.

 

Dia lebih berasa senang dan selesa dengan apa yang dia ada sekarang. Ingat senang ke nak jadi usahawan? Seorang usahawan, kena fikir tentang strategi perniagaan, strategi pemasaran dan banyak aspek lagi.

 

Sedangkan apabila kita kerja makan gaji, kita hanya perlu menjalankan tugas yang spesifik. Sesetengah pekerjaan, tak perlukan kita untuk jadi seorang yang multitasking.

 

Its fine.

 

Itulah yang kita namakan sebagai kepelbagaian. Kalau semua orang nak jadi bos, siapa pula yang nak jadi pekerja? Untuk individu yang langsung tak minat dengan bisnes, tak perlu kita nak paksa-paksa, tak perlu kita sampai beriya-iya nak memujuk hingga kita nampak seperti sangat terdesak.

big-bad-boss

Adakalanya kita kena terima kenyataan, bahawa no itu bermaksud tidak. Tak nak, tak mahu, tak minat dan jangan ganggu saya lagi.

 

Kalau dia tak minat nak join, tak minat nak cuba produk, hormati pendirian mereka dan ucap sahaja terima kasih kerana sudi mendengar.

 

Anda tak perlu rasa susah hati, tak perlu susah-payah nak fikirkan apakah hujah paling mantap atau ayat yang paling power yang anda boleh berikan kepada individu tersebut bagi mengubah pendirian mereka.

 

Sudah tentu, saya juga pernah jadi seorang pekerja. Saya pernah jadi seorang yang langsung tak minat bidang keusahawanan. Saya lebih selesa jika dapat buat kerja saya tanpa gangguan dan bila cukup bulan, dapat gaji seperti yang dijanjikan dalam kontrak pengambilan kerja.

 

Kemudian pada satu hari, saya berada dalam satu persimpangan dilema. Saya mula merasakan kerja makan gaji sudah tidak lagi mampu untuk memberi saya satu kepuasan dan kerap kali saya merasakan usaha yang selama ini saya berikan dalam melakukan kerja tidak diberikan imbuhan dengan setimpal.

 

Pada saat itu, saya mula menerokai beberapa peluang-peluang perniagaan yang ada dihadapan saya. Jika anda juga berada dalam situasi yang sama atau hampir sama dengan apa yang saya rasai, maka saya boleh katakan menceburi bidang perniagaan Multi Level Marketing adalah satu tindakan yang selamat dan bijak.

 

Ada beberapa sebab kenapa saya katakan tindakan menyertai bisnes network marketing adalah satu tindakan yang bijak, antaranya sebab

1. Bisnes ini boleh disertai dengan modal yang rendah atau tanpa modal langsung.

Bisnes MLM yang saya join langsung tak perlu modal untuk disertai. Tiada sebarang bayaran untuk yuran pendaftaran. Anda hanya akan dikenakan bayaran apabila anda beli produk bagi kegunaan sendiri.

 

2. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM ada pelbagai

Saya syorkan anda join syarikat yang produknya ada pelbagai. Dari 100 lebih produk, pasti ada satu atau dua produk yang anda boleh guna untuk diri sendiri. Produk yang banyak ini juga memberikan lebih pilihan kepada prospek anda untuk jadi pengguna.

 

3. Masa yang fleksibel

Bisnes ini anda sendiri yang tentukan, bila anda nak buat. Ingat ini, anda yang kena tetapkan masa untuk buat bisnes ini.

 

4. Anda boleh belajar strategi pemasaran dan memahami kehendak pasaran

 

5. Peluang bina perniagaan yang pendapatannya semakin hari semakin berkembang

Pendapatan anda berkait rapat dengan berapa besar rangkaian pengguna dan downline yang anda boleh dapatkan. Nak pendapatan yang besar? Maka kenalah besarkan saiz rangkaian.

 

2. Bisnes MLM adalah bisnes Part Time

Benda yang biasa kita dengar adalah kerja part time, tapi tahukah anda, lebih mudah untuk kita memulakan bisnes part time berbanding dapatkan kerja part time.

 

Kerja part time ini, ada macam-macam kerenah dan syarat yang kita perlu penuhi.

1. Kena tunggu ada majikan yang offer kerja kosong

Itupun kalau ada. Biasanya kalau ada tawaran kerja sekalipun, kekosongan adalah terhad dan anda perlu bersaing dengan pemohon lain.

 

2. Jarang ada majikan yang tawarkan peluang kerja kosong dengan masa kerja yang fleksibel

Ya, memang jarang. Bukan bermaksud tiada langsung.

 

3. Kebiasaannya anda perlu datang ke pejabat, premis perniagaan atau suatu lokasi khas

Terpulang pada majikan kita, nak minta kita bekerja dari mana. Lazimnya kerja part time ini kita kena berada dilokasi yang ditetapkan oleh majikan kita. Kita tak boleh pandai-pandai nak kata pada majikan, kita nak kerja tu tapi kita nak buat kerja dari rumah.

 

Berbeza halnya dengan bisnes. Pada bila-bila masa anda boleh mulakan bisnes anda sendiri. In fact, anda boleh mula sekarang juga. Peluang itu sentiasa terbuka dan terpulang pada anda untuk bertindak atau tidak.

 

Bisnes MLM lazimnya dilakukan secara part time. Macam baru-baru ini saya ada baca perkongsian daripada salah seorang ahli yang menyertai bisnes MLM.

Kata beliau, setiap hari dia akan peruntukkan dalam dua jam sahaja untuk buat bisnes ini. Dalam pukul 8 hingga pukul 10 malam sahaja. Sambil-sambil tengok tv, layan anak-anak, dia akan mula membuat posting di Facebook dan seterusnya copy paste sahaja di lain-lain media sosial miliknya.

 

Bila ada yang bertanya tentang bisnes, dia akan terangkan itupun sekadar copy paste skrip jawapan yang telah dia sediakan sebelum ini. Maklumlah, lazimnya orang yang bertanya ini akan tanya soalan yang sama sahaja. Jadi, daripada susah payah nak taip satu per satu, kan lebih mudah kalau kita siap sedia dengan skrip jawapan.

 

Kalau prospek tanya, kita terus copy paste jawapan yang telah kita sediakan.

 

Dia cuma buat benda yang sama setiap hari. Konsisten itu adalah kuncinya.

 

Kaedah yang dia gunakan, lebih kurang sama sahaja dengan apa yang saya sendiri lakukan. Cuma bezanya dia membuat posting di media sosial, manakala saya pula buat posting di blog.

 

Tak kiralah nak buat posting dekat mana, asalkan ada buat. Apa yang penting konsisten buat benda yang sama. Lama kelamaan jumlah orang yang bertanya akan makin ramai dan dalam ramai-ramai tu pasti akan ada yang sertai rangkaian kita.

 

Berbalik kepada fokus asal kita iaitu bisnes MLM ini adalah bisnes yang kita akan lakukan secara part time pada peringkat permulaan. Buat masa ini, saya tak pernah lagi jumpa individu yang terus berhenti kerja, dan buat bisnes ini full time.

 

Kalau ada yang buat full time sekalipun sebab dia adalah seorang yang memang bekerja sendiri, atau orang yang sudah bersara. Selain dari itu, ada juga yang memilih untuk buat bisnes ini fulltime sebabnya income yang dia hasilkan berkali ganda lagi besar berbanding gaji bulanan.

 

Pada saya, kalau kerja hakiki dan bisnes tidak saling mengganggu, apa salahnya buat kedua-duanya sekali. Melainkan anda ada merancang untuk buka ofis dan bergerak lebih agresif dalam bisnes ini.

 

Bisnes MLM bukanlah satu bentuk bisnes yang susah sangat. Cuma saya merasakan sesetengah dari kita ini terlalu over thinking. Dia membuatkan bisnes yang senang jadi rumit.

 

Konsep bisnes MLM sebenarnya sangat ringkas. Kita hanya perlu berkongsi apa yang kita tahu, apa yang kita telah perolehi dan apa yang kita alami setelah berada dalam bisnes ini.

Apa yang kita tahu?

Tentang syarikat, tentang produk, tentang amalan pengilangan yang baik, tentang industri dan sebagainya.

 

Apa yang kita telah perolehi?

Hasil penggunaan produk-produk keluaran syarikat, sebarang pendapatan dari menjalankan bisnes, sebarang bentuk latihan dan ilmu dari kelas-kelas yang dijalankan

 

Apa yang kita alami?

Perubahan dari segi tahap kesihatan, peningkatan pendapatan, pengalaman berkenalan dengan ramai orang dan sebagainya.

 

Kesemua ini kita akan lalui jika kita benar-benar aktif dan serius dalam bisnes. Apa yang kita tahu, perolehi dan alami itu kita kongsikan kepada orang ramai, yang mungkin minat untuk lalui apa yang kita lalui.

 

Sudah tentu, dalam waktu kita cuba menyampaikan apa yang kita tahu, apa yang kita perolehi dan apa yang kita alami, akan ada tentangan dan bantahan daripada mereka yang belum bersedia untuk menerima apa yang kita bawa. Itu normal. Sebaik-baiknya, kita tak perlu nak terlalu ambil hati, dan lebih baik kita move on.

 

3. Tahun pertama dalam Bisnes MLM

Awal-awal tadi saya ada sebutkan, satu masalah yang lazimnya ada pada mereka yang join MLM ini ialah, mereka mempunyai jangkaan yang kurang realistik (unrealistic expectation).

 

Mungkin anda ada terjumpa orang lain yang nampak sangat mudah untuk bina rangkaian, senang dapat sales, cepat dapat income, lalu anda pun menjangkakan yang anda akan lalui perkara yang sama. Tiba-tiba anda dapati hal yang sama tidak berlaku pada anda.

 

Rangkaian anda tak berkembang. Tiada ahli dibawah anda yang membuat pembelian. In fact, anda juga tak pernah buat pembelian, namun anda mengharapkan keajaiban akan berlaku tanpa anda memberikan usaha yang setimpal.

 

Saya kira masalah ini timbul sebab kita terlalu fokus kepada hasil yang orang lain perolehi. Kita nampak, wahhh senangnya dia dapat downline… senangnya dia dapat komisen… tapi yang kita tak nampak, betapa susahnya dia membuat penerangan kepada prospek, betapa susahnya dia meyakinkan prospek untuk terima tawaran yang diberikan dan sebagainya.

 

Justeru saya nak mengajak anda untuk ketepikan sejenak segala jangkaan yang kurang realistik yang mungkin ada pada diri anda, sebaliknya kita berpijak dibumi yang nyata.

 

Dalam bisnes, lazimnya pada tahun pertama kita tak akan dapat merasa sebarang keuntungan. Fahamkan betul-betul ya. Saya katakan pada tahun pertama, lazimnya kita tak akan merasa sebarang keuntungan, bukannya langsung tak ada sebarang jualan.

 

Jualan itu ada (dan ianya berlaku) cuma jualan itu tak mampu untuk cover segala kos yang kita peruntukkan pada peringkat permulaan apabila memulakan bisnes.

 

Begitulah yang saya sendiri lalui semasa saya mulakan bisnes kedai runcit. Jualan memang setiap hari ada, dan pelanggan masuk seperti biasa. Cuma bila diperhalusi, saya dapati bisnes tersebut mampu survive tapi belum mampu untuk buat untung.

 

Ahaaa… ini yang saya cuba sampaikan. Tahun pertama adalah fasa untuk survive.

Kebanyakkan usahawan memang akan lalui fasa yang sama. Tahun pertama, cuma untuk survive dan belajar seberapa banyak yang boleh mengenai bisnes yang dilakukan.

 

Sudah tentu kalau nak pertikaikan apa yang saya kata ini, pasti boleh. Bukan semua usahawan akan lalui fasa survival ini. Memang ada usahawan yang terus kaut untung puluhan ribu pada tahun pertama dan bisnes sangat baik. Mungkin sebab dia jual barang yang viral? Atau diri usahawan itu sendiri adalah seseorang yang ada pengaruh dalam masyarakat? Artis?

 

Ah… maaflah. Posting saya ini, saya bercerita tentang orang kebanyakkan seperti saya. Orang yang bermula dengan tiada apa-apa, namun ada semangat yang kental untuk majukan diri.

 

Kalau nak cerita tentang orang yang dah terkenal, selebriti, artis dan sebagainya, mereka ini mempunyai formula yang berbeza, yang orang-orang kebanyakkan seperti saya ini tak boleh nak pakai.

 

Nak berbisnes dengan follower dan peminat setia? Ha… follower dan peminat setia pun kita tak ada.

 

4. Penerimaan oleh keluarga dan orang paling rapat dengan kita

Minggu pertama saya join MLM ini, saya akui memang saya rasa sangat excited.

 

Kalau boleh saya nak bawa masuk semua orang yang saya kenal, especially ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan untuk masuk dalam sistem buat duit yang cukup luar biasa ini. Maklumlah, sebelum ini saya dah pernah sertai dan kaji beberapa syarikat MLM dan pelan pemasaran yang mereka gunakan.

 

Saya boleh katakan, MLM yang saya join kali ini berkali ganda lebih baik dan ada potensi yang sangat besar untuk mengubah kehidupan. Satu lagi yang buatkan saya begitu yakin ialah sebab saya kini lebih matang dan lebih berpengalaman berbanding percubaan sebelum ini.

 

Cuma sayangnya, kebanyakkan yang saya ajak tidak berminat untuk join syarikat dan buat apa yang saya buat. Saya rasa agak kecewa sebab mereka tak berpandangan jauh dan tak nampak apa yang saya nampak. Tak kira walau apa yang saya kata, mereka tetap tidak mengubah pendirian dan seolah-olah mereka sudah ada jawapan skema dan akan terus berkata tidak pada setiap tawaran yang ada perkataan MLM didalamnya.

 

Ok fine.

 

Ini juga berpunca dari kelemahan saya sendiri dalam membuat penerangan. Mungkin cara saya buat penerangan tidak cukup baik dan belum mampu untuk membuka hati mereka untuk terima bisnes ini. Tunggu satu hari nanti, saya tunjukkan ini bukti income yang saya terima dan waktu tu boleh saya guna pendekatan “kalau kamu join saya, saya akan latih kamu semua untuk berjaya buat sama seperti yang saya buat…” 

 

Sebenarnya ini adalah situasi biasa, yang akan dialami oleh kebanyakkan orang yang sertai bisnes MLM. Kalau boleh mereka memang nak bawa ahli keluarga dan insan tersayang untuk join sama. Alasannya ialah, apabila bisnes ini berjaya kelak, mereka akan dapat sebahagian manfaatnya kerana mereka turut berada dalam rangkaian yang kita turut sama-sama aktif membinanya.

 

Berkenaan dengan ahli keluarga dan insan yang rapat dengan kita tu, kita sebenarnya perlu mempunyai persediaan dari segi mental. Kebiasaannya situasi begini yang akan terjadi. Mereka tak akan support mahupun join anda dalam bisnes anda. 

 

Kalau ada yang support sekalipun, itulah ada special case. Sebaliknya kita lebih cenderung untuk menerima nasihat-nasihat negatif seperti

Jangan join lah…

Benda ni tipu je, kau tak akan berjaya buat duit…

Aku dah lebih dulu makan garam dari kau, bisnes macam ini cuma orang-orang tertentu je boleh pergi jauh…

 

Nasihat-nasihat yang kurang membina ini tidak akan terhenti setakat itu. Mereka bukan sengaja nak melemahkan semangat anda atau tak mahu anda berjaya.

 

Cuma mereka tak yakin dengan kemampuan anda.

Mereka tak mahu anda kecewa kalau gagal kelak.

 

Mereka berikan nasihat sedemikian rupa kerana mereka tak nampak yang anda akan berjaya.

 

Macam mana mereka nak yakin, kalau mereka sendiri tak pernah membuat kajian tentang bisnes MLM, tak pernah ada pengalaman dalam bidang keusahawanan dan tak minat untuk buat sesuatu yang berbeza berbanding apa yang mereka buat selama ini.

 

Tiba-tiba, anda nak ambil nasihat dari orang yang seperti itu?

 

Dengan ahli keluarga, kita tak perlu nak terlalu berharap yang mereka akan join. Namun tak bermaksud kita perlu abaikan dan tinggalkan mereka.

 

Teruskan berkongsi, cuma atas tujuan yang berbeza. Memandangkan mereka ini adalah orang yang paling dekat dengan kita, jadi kita boleh minta bantuan mereka untuk sekadar mendengar supaya kita boleh berlatih membuat pembentangan jualan. Anggap macam mereka ini adalah prospek, dan kita minta mereka mendengar dan tanya soalan. Kalau boleh tanya soalan yang susah-susah lagi bagus.

 

Ini akan sangat membantu kita untuk lebih memahami bisnes kita sendiri kelak.

 

Dulu saya pernah ada satu pendapat yang begini. Saya nak ajak family members saya untuk join MLM, tapi mereka tak perlu nak susah payah buat marketing pun tak ada masalah. Biar saya sahaja yang buat marketing, dan bantu susun downline dibawah mereka.

 

Pada masa itu, saya rasa itu adalah idea yang sangat bijak dan sudah tentu mereka ini akan berterima kasih pada saya apabila saya berjaya bantu mereka dapat komisen yang pertama nanti.

 

Kemudian selepas saya mula menimba pengalaman dalam bisnes ini, saya mula mempertikaikan pendapat saya sendiri yang dahulu. Saya rasa itu bukan cara terbaik untuk bantu keluarga saya sendiri.

 

Satu perkara yang anda mungkin akan lalui jika buat seperti ini ialah, anda akan dapat lihat ahli tersebut tidak akan ada sebarang progress sepanjang berada dalam syarikat.

 

Dia tak pernah membeli, tak ada usaha untuk bercerita tentang produk, dan langsung tak pernah buat marketing. Nothing. Jika anda ingin melihat rangkaian dibawahnya berkembang, suka ataupun tidak, anda terpaksa buatkan kerja-kerja pemasaran dan mencari downline untuk orang tersebut.

 

Dalam bisnes MLM, setiap orang hanya bertanggungjawab untuk mengembangkan bisnesnya dan rangkaiannya sahaja. Tapi disebabkan idea untuk bantu famili, anda kini terpaksa fikir untuk bantu kembangkan dua rangkaian.

 

Sudahnya anda terpaksa buat kerja untuk orang lain sama. Dalam konteks ini, anda perlu buat kerja untuk bina rangkaian bagi pihak orang lain.

 

Orang tersebut pula langsung tak peduli dengan apa yang anda lakukan untuknya. Ini yang kita namakan, membantu seseorang yang tak memerlukan bantuan kita.

 

Kita ibarat membuat kerja yang sia-sia.

 

Ada dua kemungkinan yang bakal berlaku dimasa akan datang setelah anda berusaha dan berhempas pulas mengembangkan rangkaian selama setahun atau dua tahun.

 

Kemungkinan yang pertama, anda berjaya bantu individu tersebut buat duit. Penghargaan tertinggi yang anda bakal terima, hanyalah sekadar ucapan terima kasih. Itu pun kalau ada.

 

Kemungkinan kedua, anda gagal kembangkan bisnes ini. Most likely, anda akan dapat respon seperti “aku dah kata dah… benda ni tak akan berjaya. Sekarang tengok apa dah jadi, betul kan apa yang aku nasihat dulu. Sia-sia je usaha ko selama ni…”

 

Walaupun dalam keluarga, kita kena lihat juga sama ada orang itu benar-benar worth it untuk kita bantu sehingga sebegini rupa. Pada saya la kan, kalau anda memang serius nak bantu ahli keluarga, bentuk bantuan seperti ini dah memadai

1. Kongsi peluang dengan mereka. Kalau mereka kata tak minat, that’s it la. Tak perlu sampai anda nak buat kerja bagi pihak dia.

2. Kalau anda ada rezeki lebih, boleh beli extra produk dan bagi famili anda guna.

3. Let say, lepas 3 atau 4 tahun anda buat bisnes, kemudian pendapatan anda semakin baik maka bantulah mereka sama ada dari segi kewangan atau apa-apa yang perlu

 

5. Bina aset, bukan sekadar untung runcit atau pendapatan one off

Sama ada anda sedar ataupun tidak, dalam bisnes MLM kita sebenarnya sedang membina aset. Rangkaian yang kita bina dibawah kita itu adalah aset yang akan menyumbangkan aliran wang masuk yang konsisten dimasa akan datang.

 

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Kita sebagai upline akan menerima imbuhan dalam bentuk Point Value, atau sesetengah syarikat MLM menggunakan konsep peratusan komisen setiap kali ahli dalam rangkaian kita membuat pembelian untuk kegunaan peribadi.

 

Saya tak akan cerita MLM lain, sebaliknya saya akan lebih fokus kepada compensation plan yang diamalkan oleh syarikat MLM yang saya join sahaja.

 

Ini satu kriteria yang membezakan antara bisnes MLM dengan lain-lain bisnes yang ada diluar sana. Dalam bisnes ini, kita akan memperoleh manfaat daripada rangkaian yang kita bina.

 

Sebab itu dalam bisnes ini, kita tidak seharusnya sekadar fokus kepada untung runcit semata-mata. Usaha pemasaran kita juga perlu fokus untuk membina rangkaian.

 

Setiap kali anda bertemu dengan prospek ataupun menerangkan tentang konsep bisnes MLM, perlu juga kita perjelaskan pada mereka apakah kelebihan yang bakal diperolehi apabila berjaya membina rangkaian perniagaan.

 

Saya faham diluar sana memang ada ramai anti-MLM yang akan kata, dalam bisnes MLM ini kita seperti makan duit orang bawah, orang bawah sekadar mengkayakan orang yang diatas dan macam-macam lagi kata-kata yang kurang sedap untuk didengari.

 

Pada saya, kalau anda tak minat dengan konsep bisnes ini, its okay. Rasanya tak perlu sampai nak hamburkan kata-kata yang begitu negatif, sampai down orang yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda. Mereka bukannya berniat jahat nak menipu, atau nak mencuri duit anda. Sedangkan orang yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda sekadar ingin berkongsi manfaat dan jika tak minat, boleh saja kata tak minat.

 

Dari pemerhatian saya, tak timbul isu orang atas makan duit orang bawah mahupun isu orang bawah hanya sekadar mengkayakan yang diatas. Saya kata sedemikian sebabnya

1. Apabila rangkaian membuat pembelian, kita sebagai upline hanya akan dapat ganjaran dalam bentuk Group PV.

Hanya apabila group PV ini mencapai satu jumlah tertentu, barulah kita akan dapat bayaran komisen dari syarikat. Downline kita tu pula tidak sama sekali dipaksa untuk membuat pembelian, sebaliknya kita hanya mengalakkan mereka buat belian jika produk tersebut dah habis dan benar-benar diperlukan. Contohnya sabun basuh dah habis, jadi beli la sabun basuh.

 

Harga yang dia perlu bayar juga adalah sama untuk setiap orang. Tak ada istilah harga ejen, harga stokis, harga branch dan sebagainya. Semua orang membeli dalam satu harga. Syarikat memberikan kita (upline) ganjaran dalam bentuk PV kerana menghargai usaha kita membantu syarikat membuat pemasaran dan membina jaringan pengguna. Faham ke?

 

2. Komisen tersebut puncanya adalah daripada keuntungan yang dijana oleh pihak syarikat.

Duit yang bakal kita perolehi adalah hasil daripada keuntungan syarikat. Bukannya diambil sedikit dari nilai belian yang dibuat oleh pengguna. Mungkin ada yang kurang jelas dan tak setuju.

 

Ini yang saya cuba sampaikan.

Downline buat pembelian terus menerusi website atau apps syarikat.

Dari pembelian tersebut, downline tu akan dapat personal PV, manakala upline akan dapat group PV.

Syarikat dapat apa? Syarikat akan beroleh keuntungan.

Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat ini seterusnya dikongsikan pula kepada ahli-ahli yang layak dan cukup syarat dalam bentuk komisen. Komisen yang diterima oleh upline pula bergantung kepada berapa jumlah group PV yang dia miliki.

Tiada istilah, beli produk A maka komisen telah fix untuk upline sebanyak sekian peratus.

 

Dikesempatan ini, saya ingin mengesyorkan pembaca untuk membuat lebih banyak pembacaan tentang topik network marketing dan MLM.

 

Sifat bisnes MLM itu memang kita sebagai ahli (distributor) memang ada peluang untuk bina pendapatan (aset) melalui rangkaian kita. Jika anda tak suka dengan konsep ini, iaitu memperolehi pendapatan melalui rangkaian, maka anda tak perlu berada dalam bisnes ini.

 

Ada banyak lagi bisnes lain yang anda boleh cuba, dan saya pernah cerita 7 model bisnes yang mempunyai risiko rendah, modal rendah dan mudah untuk dilakukan.

 

Kalau kita dah berada dalam bisnes MLM, maka kita perlu suka dan bersedia untuk membina rangkaian, dan menggalakkan ahli dalam rangkaian kita untuk membuat pembelian.

 

Bagaimana cara untuk memastikan kita mampu untuk jana income dari rangkaian yang kita bina?

1. Jadi product lover

Ala.. jadi seseorang yang sukakan produk keluaran syarikat. Syarikat ada beratus-ratus produk. Tak perlu suka semua pun tak apa. Sekadar jadi pengguna untuk satu dua jenis produk pun dah cukup kalau anda risau ia akan jadi satu bebanan.

 

2. Komited untuk tukar jenama produk sebelum ini kepada jenama syarikat

Ya, selama ini beli sabun jenama XY. Kali ini kita tukar kepada jenama syarikat. Itu yang saya sendiri buat dan saya mengajak ahli dalam rangkaian saya untuk buat benda yang sama. Kalau tak mahu tukar semua, tukar satu dua produk sahaja.

 

3. Galakkan downline kita untuk buat benda yang sama

Ya, buat benda yang sama seperti kita. Jadi product lover, tukar jenama produk lain kepada jenama syarikat dan bina rangkaian pengguna seperti yang kita buat.

 

6. Berkongsi kepada seberapa banyak orang yang boleh

Bisnes MLM ini adalah tentang berkongsi peluang.

 

Bila berada dalam bisnes ini, kita perlu berkongsi peluang kepada seberapa banyak orang yang boleh. Terpulanglah pada anda nak bercerita menggunakan pendekatan apa.

 

Sama ada

1. Face to face

2. Whatsapp

3. Media sosial

4. Blog

5. Email

 

Semuanya terpulang pada anda.

 

Kalau dulu, setiap kali saya memulakan satu bisnes baru, saya pasti akan buat satu laman web khas (blog) bagi tujuan mempromosikan bisnes tersebut. Tapi lama kelamaan saya mula rasa kaedah tersebut agak memenatkan sebab saya terpaksa update banyak laman web dalam satu-satu masa.

 

Sekarang ini, saya hanya guna laman web sedia ada sahaja. Jika anda masih belum ada laman web atau blog untuk tujuan pemasaran, bolehlah mulakan laman web anda. In Shaa Allah saya akan guide anda jika anda memerlukan.

 

Untuk install atau memasang laman blog sangatlah mudah.

netkl official

Anda boleh dapatkan perkhidmatan domain dan hosting dari laman web NetKL. Kemudian untuk memasang laman blog, anda boleh rujuk posting yang saya pernah tulis sebelum ini bertajuk panduan memasang sistem blog wordpress.

 

Apabila laman blog anda telah siap dipasang, seterusnya anda perlu menulis artikel yang berkaitan dengan bisnes anda. Selepas itu, link artikel tersebut bolehlah anda sebarkan di media sosial dan mana-mana platform yang sesuai.

 

Jika ada yang bertanya pasal bisnes kepada anda, dan anda tak ada masa untuk menerangkan dengan panjang lebar, boleh berikan sahaja link artikel blog anda untuk dia baca.

 

Menulis artikel dengan kerap juga mampu untuk membuatkan anda jadi lebih mahir dan memahami selok belok perniagaan. Sambil kita menulis pasal bisnes, kita akan jadi lebih memahami bisnes tersebut.

 

Walaubagaimanapun, saya ingin menarik perhatian anda untuk berhati-hati dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. Jika syarikat tidak membenarkan anda menggunakan laman web sebagai medium pemasaran, atau tidak membenarkan anda menyebut nama syarikat, maka anda perlu elakkan berbuat demikian.

 

7. Sentiasa Alert dengan berita-berita dan isu semasa

Ada banyak berita-berita yang sebenarnya relevan dan boleh kita kaitkan dengan bisnes MLM yang kita buat. Cuma terpulang pada kita untuk olah berita tersebut, supaya ianya boleh disesuaikan dengan bisnes kita.

 

Kurang jelas, ok tak apa biar saya berikan contoh situasi.

Sebelum bulan Mac 2020, mungkin kita tak mampu untuk gambarkan, bagaimana rupa dan keadaan yang akan berlaku apabila Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan.

 

Tapi sejak wabak Covid-19 melanda negara, kita mula melalui fasa tersebut. Kita telah pun melalui fasa PKP dan kita sedia maklum betapa sukarnya kehidupan kita pada waktu itu. In fact, pada waktu catatan ini saya tulis, kita juga sebenarnya sedang melalui fasa PKP, cuma di tempat saya kini sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat.

 

Sepanjang PKP ini ada banyak aktiviti yang terjejas.

Kita tak dibenarkan untuk keluar rumah untuk riadah.

Mereka yang bekerja, diminta untuk bercuti ataupun bekerja dari rumah.

Mereka yang berniaga sendiri, diarahkan untuk menutup perniagaan.

 

Tapi tahukah anda, bisnes MLM beroperasi seperti biasa dalam fasa PKP ini? Saya sendiri join bisnes MLM ini pada ketika PKP dijalankan. Semuanya dibuat secara online.

 

Saya berhubung dengan upline saya secara online.

Saya ikuti kelas teknikal secara online.

Daftar pun online.

Kemudian saya membuat pesanan produk secara online.

Untuk pemasaran? Sudah tentu saya buat secara online.

 

Apabila ada prospek yang bertanya, penerangan juga saya lakukan secara online. Bisnes ini sudah cukup senang. Anda mungkin tak akan jumpa bisnes sebegini senang ditempat lain.

 

Itu sebabnya saya kata, selalu alert dengan sebarang isu yang menggusarkan hati dan menimbulkan rasa kurang tenteram pada orang awam. Kemudian, kita cuba ulas isu tersebut dan kita beri cadangan bagaimana menghadapi situasi getir tersebut dengan menyertai bisnes ini.

 

Ya saya akui, ia tidak menyelesaikan masalah. Namun setidak-tidaknya ia memberi kita harapan dan mengalih fokus kita kepada asyik berfikir tentang masalah, kepada berfikir bagaimana untuk menambahkan pendapatan.

 

Isu-isu seperti PKP, darurat, penyebaran virus covid dan sebagainya… itu memang satu isu yang penting, namun ia tidak memberi nilai tambah dalam hidup kita. Sebaliknya ia hanya membuatkan kita rasa lebih stress.

 

Justeru, elakkan asyik memikirkan tentang isu yang kita tak boleh nak selesaikan, sebaliknya kita fokus untuk lakukan satu usaha yang In Shaa Allah satu hari nanti kita juga yang akan dapat manfaatnya.

 

8. Baca buku

Memandangkan kita berada dalam bisnes MLM, maka bacalah buku-buku yang berkaitan dengan MLM. Ada banyak buku-buku yang telah ditulis yang membincangkan topik ini.

 

Saya syorkan anda untuk luangkan sedikit masa untuk baca buku dan upgrade ilmu. Benda ini memang nampak remeh dan leceh. Banyak kali dah saya dengar orang bagi alasan, tak suka baca buku, mengantuk bila baca buku dan macam-macam lagi.

Tapi percayalah, anda tak akan tahu apa yang anda tidak tahu selagi mana anda tak bertindak untuk baca buku. Dulu saya pun selalu fikir saya dah tahu semua benda berkaitan dengan bisnes MLM, tapi setiap kali saya baca buku mengenai MLM, baru saya tahu, ada banyak lagi yang saya belum tahu.

 

Idea-idea yang dimuatkan dalam buku-buku yang saya baca juga kerap saya gunakan untuk kerja-kerja pemasaran yang saya buat. Alhamdulillah, berhasil!

 

9. Kejayaan dalam bisnes MLM adalah berdasarkan kepada prestasi anda

Sebarang imbuhan mahupun ganjaran yang dijanjikan kepada anda, hanya akan anda perolehi apabila berjaya menepati syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.

 

Kalau syarikat kata, kena tunggu dapatkan pairing 300,000 PV dikiri dan kanan, maka kenalah tunggu capai nilai tersebut. Bagaimana cara untuk capai jumlah tersebut?

 

Formulanya ialah, rajin. Kena rajin buat perkongsian, buat pembentangan peluang perniagaan, dan yakinkan orang lain untuk jadi pelanggan dan menyertai rangkaian anda.

 

Ingat ini, kita yakinkan orang untuk join dengan cara kita tunjukkan benefit yang bakal mereka perolehi. Kita kongsikan maklumat produk dan cerita mengenai kualiti produk.

 

Tak ada isu untuk yakinkan orang lain, asalkan apa yang kita kongsikan itu adalah benda yang betul, dan bukannya over claim. Selalunya yang jadi masalah dan orang tak suka ialah kita menipu dan cuba memperdayakan orang lain dengan jaminan dan dakwaan yang tak masuk akal untuk join.

 

10. Anda perlu tetapkan komitmen setakat mana yang anda sanggup buat

Join sebagai ahli baru satu langkah.

 

Ada banyak lagi langkah yang perlu anda ambil jika serius nak berjaya dalam bisnes ini. Istimewanya bisnes ini ialah, anda sendiri tetapkan, berapa banyak langkah dan sekuat mana kerja yang anda sanggup buat. Ini bermakna, anda perlu tetapkan matlamat dan komited dengan matlamat tersebut.

 

Sekadar untuk memberikan anda sedikit idea,

1. Anda bertekad untuk luangkan at least 2 jam setiap hari untuk jalankan bisnes ini

2. Anda akan luangkan sekurang-kurangnya 2 jam, setiap hari selasa, khamis dan sabtu untuk buat bisnes ini.

3. Anda akan luangkan masa 2 jam dalam satu minggu.

4. Anda akan luangkan 2 jam pada minggu pertama dan minggu ketiga pada setiap bulan.

5. Anda akan luangkan masa 2 jam dalam satu bulan untuk mempromosikan bisnes ini.

 

Untuk terus survive dalam bisnes ini, anda kena terus berkongsi kepada seberapa ramai yang boleh. Walaupun pada masa tersebut anda rasa macam tak ada mood, tak ada idea dan sebagainya. Kalau anda memang betul-betul tak ada idea dan tak ada tenaga untuk buat semua ini, tak apa boleh berehat sejenak dan sambung kemudian.

 

Cuma janganlah berehat terlalu lama dan bertangguh. Apa yang penting, kena ada pergerakkan, kena ada langkah yang diambil, walaupun ia hanya satu langkah yang kecil.

 

Mana tahu, hanya dengan anda kongsikan artikel yang saya tulis ini juga sudah mampu untuk membuka minda orang lain untuk menerima bisnes ini. Wallahua’lam.

 

11. Teruskan menjadi pengguna walaupun hanya beli satu produk dalam setahun

Saya nampak ini kelebihan yang ada pada bisnes MLM yang saya join ini. Saya tak pasti, sama ada orang lain akan nampak ia sebagai satu kelebihan atau sebaliknya.

 

Mungkin pada peringkat permulaan atau pada tahun pertama anda join, anda masih belum berjaya dapat sebarang hasil. Anda masih belum mampu bina downline dan belum ada sebarang income dihasilkan.

 

Saranan saya, teruskan buat kerja-kerja pemasaran.

 

Tapi, kalau the reason kenapa anda tak berjaya bina rangkaian sebab anda tak pernah buat kerja pemasaran langsung, please la.. buatlah dulu kerja pemasaran. Tak kan anda nak mengharapkan orang lain buat kerja untuk anda?

 

Kalau betul-betul tak ada masa, boleh ambil pekerja untuk bantu anda buat marketing. Namun begitu, anda perlu sediakan bayaran upah kepada pekerja bebas tersebut.

 

Tujuan saya menyarankan anda untuk terus beli produk adalah bagi memastikan keahlian anda tidak ditamatkan. At least dalam setahun belilah satu produk.

 

Setakat hari ini, produk paling murah yang dijual oleh syarikat ialah penyental periuk yang harganya RM12. At least dalam setahun belilah produk tersebut bagi terus menyambung keahlian.

 

Tak kan RM12 pun tak mampu sediakan?

Kita buat pengiraan mudah. Dalam setahun ada 12 bulan. Memandangkan harga produk ini RM12 sahaja, tak kan tak boleh nak simpan RM1 setiap bulan untuk beli produk ini?

 

Teruk sangat tu kalau tak mampu kumpul. Kalau anda berada dalam rangkaian saya dan anda betul-betul tak mampu nak beli produk RM12 untuk memastikan keahlian anda terus aktif, tak apa. Anda hubungi saya, dan saya akan bantu anda.

 

Saya akan bantu buat pembelian menggunakan akaun anda. Anda akan dapat PV dan keahlian anda akan terus disambung, manakala produk tersebut saya akan pos ke rumah saya (sebab saya yang beli, bezanya cuma saya beli menggunakan akaun anda).

 

Kesimpulan

Jika anda ikuti survival guide yang saya kongsikan disini, saya percaya anda pasti boleh pergi jauh dan tak mustahil anda juga mampu capai kejayaan dalam bisnes ini.

 

Ya saya tahu, apa yang saya tulis disini mungkin masih belum betul-betul lengkap. Boleh jadi anda masih mempunyai banyak persoalan dan pertanyaan. Jika anda ingin berhubung terus dengan saya, dan ingin bertanya mengenai peluang dalam bisnes MLM yang saya ceburi, boleh hubungi saya menerusi whatsapp ditalian berikut 011 5689 0863.

 

Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/

(talian ini saya buka khusus untuk menjawab pertanyaan mengenai bisnes network marketing atau MLM sahaja)

 

 

 

The post Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing appeared first on Blog Sabree Hussin.

Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing?

$
0
0

Apa sebenarnya yang mendorong seseorang itu menyertai sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan mereka menerusi konsep pemasaran Network Marketing (atau Multi Level Marketing) sama ada sebagai ahli biasa ataupun sebagai ahli yang menyandang pangkat tertentu?

 

Adakah disebabkan oleh sifat tamak?

 

Memetik definisi tamak seperti yang diberikan oleh laman web Dewan Bahasa Dan Pustaka, tamak itu bermaksud …ingin memperoleh sesuatu dengan banyaknya.

 

Kalau dalam konteks bisnes network marketing atau bisnes Multi Level Marketing ni, apakah sebenarnya yang ingin diperolehi?

 

Kali ini saya nak membincangkan serba sedikit mengenai apakah matlamat sebenar apabila seseorang itu memilih untuk sertai bisnes ini? Kadang-kadang saya jadi agak bingung dengan sikap segelintir individu yang beriya-iya nak join bisnes ini, tapi selepas itu senyap dan menghilangkan diri.

 

Boleh tak kalau kita katakan individu seperti ini sebenarnya adalah mereka yang ada sifat tamak. Mereka nak join sebab mereka berpandangan bahawa mereka boleh memperolehi pendapatan yang sangat banyak melalui bisnes ini.

 

Tapi selepas itu, apabila mereka dapati bahawa untuk berjaya dalam bisnes ini, mereka perlu berusaha, perlu kembangkan rangkaian dan dapatkan downline, terus mereka ubah fikiran dan hilang minat.

 

Seolah-olah mereka ini adalah individu yang tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Kalau orang tanya pada saya, apa matlamat saya join dan buat bisnes network marketing? Saya akan kata, saya join sebab saya nak jana pendapatan.

 

Tak kisahlah walau besar ataupun kecil pendapatan yang bakal dihasilkan. Sama ada cuma mampu untuk hasilkan RM100 setiap bulan mahupun RM10,000 setiap bulan sekalipun. Asalkan matlamat asal iaitu untuk jana pendapatan boleh tercapai.

 

Bila kita dah jelas dengan matlamat yang ingin kita capai, maka seterusnya kita perlulah buat apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam bisnes ini.

 

Kebiasaannya dalam bisnes berkonsepkan network marketing, setiap orang perlu buat perkara-perkara berikut

(1) Join sebagai ahli

Selalunya cuma ahli sahaja yang boleh beli produk dari syarikat. Konsep dia sama macam kita beli barang di Shopee, Lazada dan sebagainya. Sebelum boleh beli barang, kita kena daftar akaun terlebih dahulu.

 

Bagi mereka yang masih belum daftar sebagai ahli, mereka tak boleh buat sebarang pembelian.

 

(2) Buat pembelian produk

Ini juga merupakan satu syarat yang biasa ada dalam mana-mana syarikat network marketing. Sebagai ahli, kita juga perlu beli produk syarikat. Jarang ada syarikat MLM yang tidak meletakkan syarat supaya ahli wajib buat pembelian.

 

Cuma yang membezakan antara satu syarikat network marketing dengan syarikat yang lainnya ialah, sama ada ahli perlu buat pembelian ulangan setiap bulan atau tidak.

 

(3) Bina rangkaian pengguna

Satu lagi perkara yang wajib buat jika nak jana pendapatan melalui bisnes networking. Anda kena bina rangkaian pengguna atau downline dibawah anda. Formulanya, lagi ramai downline lagi bagus, dan In Shaa Allah lagi besar potensi pendapatan yang boleh dihasilkan.

 

Bagaimana cara nak dapatkan downline? Jawapannya ialah, kena banyak berkongsi dan bercerita mengenai bisnes yang kita lakukan. Cerita dekat seberapa ramai yang boleh. Zaman sekarang ini, dimana kita telah berada di zaman teknologi dan media sosial, proses penceritaan dah jadi sangat mudah.

 

Gunakan kemudahan media sosial dengan sebaiknya. Gunalah facebook, twitter, instagram, tiktok, youtube, blog dan sebagainya untuk bercerita. Dalam 1,000 orang yang memberi perhatian terhadap cerita yang kita sampaikan, takkanlah tak ada seorang pun yang minat nak join dengan kita?

 

Pasti ada.

 

Hanya orang yang tak pernah bercerita sahaja yang biasanya tak akan berjaya dapat downline. Oh ada pengecualian. Andai kata anda sertai bisnes MLM yang menggunakan sistem binary, anda masih ada peluang untuk dapat downline, itupun hasil daripada kerja promosi yang dilakukan oleh upline anda.

 

Sepatutnya bila anda dapat downline, bukan daripada hasil usaha anda, anda berterima kasih dan hargai. Balas jasa upline anda dengan anda sendiri lakukan bisnes ini dengan sungguh-sungguh, bukannya sekadar duduk diam tak buat apa-apa dan masih lagi mengharap upline anda akan buat semua kerja untuk anda.

 

(4) Ajar downline untuk ulang benda yang sama

Saya berpandangan, adalah lebih baik jika kita hanya mempunyai 10 orang downline, dan setiap 10 orang downline yang kita perolehi itu mampu untuk belajar dari kita dan seterusnya mampu untuk buat perkara yang sama kita buat.

 

Kita mampu dapatkan 10 downline.

Kemudian kesemua 10 downline ini belajar dari kita dan mereka juga akhirnya mampu untuk bawa masuk 10 orang downline yang baru setiap satu.

Seterusnya setiap 10 orang yang kita ajak ini melatih pula 10 orang yang mereka bawa masuk.

 

Situasi diatas ini berganda lebih baik, berbanding dengan situasi dimana kita mampu dapatkan 100 orang downline, tapi setiap 100 orang downline itu tidak menunjukkan sebarang progres. Mereka daftar kemudian jadi ahli senyap. Mungkin sebab mereka dah kaya.

 

Matlamat join company network marketing adalah untuk jana pendapatan!

Ya, saya tahu yang saya dah sebut perkara ini. Tapi saya tetap nak ulang kenyataan yang sama.

 

Sebetul dan sepatutnya, the reason why kenapa kita join adalah untuk hasilkan extra income. Kalau tak ada langsung terniat atau terlintas dalam fikiran untuk buat duit tambahan, maka pada pendapat saya anda patut abaikan sahaja sebarang tawaran ataupun ajakkan mana-mana individu yang ingin menjemput anda untuk join company MLM.

 

Ianya hanya membuang masa anda, dan membuang masa rakan atau kenalan yang ajak anda join tu.

 

Saya sendiri pernah ada pengalaman, ajak kenalan untuk join bisnes network marketing. Dia join tanpa banyak soal, tapi selepas join dia senyap dan tak buat apa-apa.

 

Dia tak beli barang, dan dia juga tak mengembangkan rangkaian.

 

Sedangkan dia tahu, keahlian dia akan terluput setelah 6 bulan. Maka dari situ, saya faham, bahawa dia sebenarnya join sekadar untuk jaga hati saya sahaja.

 

Padahal bagi saya, dia patut terus terang dari awal dan kata sahaja yang dia tak nak dan tak minat nak join. Itu lebih baik daripada dia join tapi tak buat apa-apa.

 

Tahukah anda, kenapa saya katakan, kalau anda tak berniat nak buat duit, anda patut abaikan sahaja offer dari syarikat seumpama ini?

Sebenarnya kalau kita perhatikan, syarikat yang menjalankan bisnes network marketing ini mengeluarkan produk-produk yang biasa kita gunakan saban hari.

 

Produk mereka biasa sahaja, dan dengan mudah kita boleh dapatkan alternatif bagi produk mereka dipasaran. Saya akan bawakan beberapa contoh syarikat yang pada saya agak popular dan diketahui umum.

 

carta-ranking-dunia-syarikat-direct-selling

Amway merupakan syarikat network marketing yang mengungguli carta 100 syarikat direct selling paling popular dengan kutipan hasil jualan sebanyak USD8.4 bilion pada tahun 2019.

 

Syarikat yang berasal dari Amerika dan beribu pejabat di Ada, Michigan ini mula ditubuhkan pada tahun 1959.

 

Apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh Amway?

Mereka mengeluarkan produk peralatan rumah, kosmetik, makanan dan minuman, produk penjagaan rumah, perhiasan rumah, barangan dapur, produk penjagaan diri, dan produk kesihatan.

 

Pada kedudukan yang kedua adalah syarikat Herbalife Nutrition dengan kutipan jualan sebanyak USD4.9 bilion pada tahun 2019. Syarikat ini berpengkalan di Los Angeles, California dan mempunyai matlamat untuk menjadikan masyarakat dunia lebih sihat dan gembira. Herbalife mula diperkenalkan pada tahun 1980.

 

Produk keluaran Herbalife adalah seperti kosmetik, makanan dan minuman, produk penjagaan kebersihan diri dan juga produk kesihatan.

 

Manakala kedudukan ketiga adalah Avon Products Inc dengan kutipan jualan sebanyak USD4.76 bilion. Syarikat Avon mula diasaskan pada tahun 1886.

 

Ibu pejabat Avon terletak di Northamptonshire, England dan mereka mengeluarkan rangkaian produk dalam kategori penjagaan diri dan juga kosmetik.

 

Adakah sebelum terwujudnya syarikat network marketing dan direct selling ini, tidak wujud rangkaian produk dalam kategori penjagaan diri, kosmetik, makanan dan minuman tambahan, produk kesihatan dan sebagainya?

 

Sudah tentulah jawapannya sudah ada.

 

Cuma yang membezakan antara produk keluaran syarikat seumpama ini adalah ianya memberi peluang kepada penggunanya untuk jana pendapatan tambahan dengan menjadi sebahagian daripada pasukan pemasaran, manakala produk dari jenama dan keluaran syarikat lain, dijual melalui shopping mall, pasaraya, farmasi dan sebagainya.

 

Sebab tu saya kata, kalau anda tak ada keperluan atau tak minat nak jana pendapatan, maka tak perlulah buang masa dengan melibatkan diri dengan syarikat MLM.

 

Baik beli sahaja produk yang anda perlukan itu tadi, sama ada di shopping mall, pasaraya, farmasi, atau di laman e-commerce popular seperti di Lazada mahupun di Shopee.

 

Bila kita sebut mengenai syarikat network marketing ini, kita perlu tahu yang dekat luar sana, ada dua jenis syarikat. Pertama, yang memang betul-betul boleh dipercayai dan menjalankan bisnes mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

 

Syarikat yang berada dalam kategori ini biasanya mengeluarkan produk yang biasa-biasa, produk keperluan dan kegunaan harian yang kita boleh dapati dipasaraya. Cuma yang membezakan biasanya dari segi kualiti, research & design yang dijalankan, dan bahan tambahan yang dicampurkan.

 

Satu lagi syarikat adalah yang jenis penipu. Mereka masuk pasaran seolah-olah mereka menjalankan bisnes MLM yang sah. Namun, dari segi operasi hinggalah kepada produk, ada terlalu banyak perkara yang agak meragukan. Produk mereka sangat ajaib, dan jika ianya produk kesihatan, ianya dipromosikan seolah-olah ianya sejenis ubat yang mampu merawat 1,001 penyakit.

 

Mereka juga akan memperkenalkan pakej-pakej harga yang agak keras, dan matlamat utama adalah untuk menjadikan peserta atau ahlinya kaya raya dalam masa singkat. Ini sebenarnya adalah sebuah syarikat yang amalkan sistem piramid. Justeru, anda kena tahu bezakan mana satu yang sistem piramid dan mana satu yang betul-betul boleh dipercayai.

 

Anehnya, terdapat segelintir individu yang langsung tak teragak-agak untuk sertai syarikat yang amalkan sistem piramid dan yang perlu mengeluarkan modal yang sangat besar, tetapi bila kita ajak sertai syarikat yang real dan genuine, terlalu banyak soalan dan alasan diberikan, walhal pendaftaran adalah percuma.

 

Saya tidak akan sesekali menggalakkan atau mengesyorkan anda untuk sertai skim piramid dan bukan itu tujuannya saya menulis dalam blog ini. Sebolehnya, saya akan menulis dan berkongsi tentang peluang buat duit yang betul-betul boleh dipercayai dan tidak melanggar undang-undang negara kita sahaja.

 

Ciri-ciri bonus yang terdapat pada bisnes berkonsepkan MLM

Adakah wujud satu pelan bisnes MLM yang TERBAIK?

Pada saya, tiada istilah syarikat MLM dan pelan pemasaran terbaik.

 

Jika kita perhalusi, pasti akan ada satu atau dua perkara yang kita kurang setuju atau kurang berminat. Tapi, kalau nak tunggu ada satu syarikat yang mampu membuatkan kita rasa puas hati 100%, itu mungkin mustahil.

 

Lebih baik anda bina sendiri syarikat dan perniagaan berkonsepkan MLM anda sendiri dan selepas itu anda rekalah pelan pemasaran yang betul-betul membuatkan anda rasa puas hati. Saya rasa cara ini lebih cepat berbanding anda mengharap ada syarikat lain yang boleh membuatkan anda rasa puas hati.

 

Sebaliknya, jika anda tidak merancang untuk bina perniagaan anda sendiri, apa yang boleh disarankan adalah, anda pilih salah satu daripada syarikat yang ada diluar sana, yang mana dalam ciri-ciri pelan pemasaran yang ada pada mereka, ada banyak yang anda dan orang seperti anda akan suka, berbanding syarikat yang lain.

 

(1) Produk yang bagus dan berkualiti

Sebenarnya ini adalah perkara paling asas. Produk yang dikeluarkan mestilah produk yang bagus dan berkualiti tinggi. Lagipun inilah sebab kenapa pelanggan membeli sesuatu produk.

 

(2) Produk yang anda boleh gunakan

Selain faktor produk yang berkualiti, kita perlu lihat juga sama ada produk-produk syarikat tu nanti ada atau tidak yang kita sendiri boleh gunakan.

 

Avon banyak mengeluarkan produk-produk untuk wanita, jadi kalau yang lelaki tu macam kurang sesuai untuk join. Kalau join sekalipun, tak banyak produk yang sesuai untuk dia sendiri gunakan.

 

(3) Harga yang mampu milik

Harga tak semestinya murah. Syarikat MLM jarang mengeluarkan produk yang murah, dan mereka bukan meletakkan matlamat untuk jadi pengeluar produk murah.

 

(4) Tiada paksaan untuk membuat pembelian

Paksaan dekat sini bukanlah bermaksud akan ada seseorang yang datang kepada anda, atau call anda untuk suruh anda buat pembelian. Tak.. bukan macam tu. Paksaan yang saya maksudkan adalah dari segi terma dan syarat. Boleh jadi syarikat meletakkan syarat, bahawa anda kena buat pembelian pada hari yang sama anda join, jika tidak keahlian anda tidak akan diterima.

 

(5) Tiada paksaan untuk mengekalkan belian (maintain purchase)

Ini juga merupakan satu ciri yang perlu anda perhatikan. Ada banyak juga syarikat MLM yang meletakkan syarat seumpama ini, yang mana ahli perlu buat pembelian setiap bulan jika ingin mengekalkan bonus peribadi, mata ganjaran dan sebagainya.

 

(6) Tidak memerlukan yuran yang tinggi atau sebaik-baiknya tak perlu sebarang yuran

Ini merupakan bayaran permulaan yang dikeluarkan apabila nak daftar sebagai ahli. Kebiasaannya syarikat MLM memang akan menetapkan bayaran untuk join sebagai ahli, namun ada juga syarikat seperti Atomy yang tidak meletakkan sebarang bayaran untuk penyertaan.

 

(7) Sistem yang digunakan dalam pelan pemasaran

Sistem atau pelan pemasaran ini ada macam-macam jenis. Ada sistem binari, matrix, hybrid, unilevel dan sebagainya. Dalam banyak-banyak sistem ini, mana satu yang terbaik?

 

Sama juga seperti sebelum ini, tiada istilah terbaik. Semuanya bergantung kepada citarasa anda. Macam saya, saya rasa sistem binari itu bagus sebab ia menggalakkan elemen kerjasama antara ahli dalam mengembangkan rangkaian. Namun, ada juga keadaan yang mana, ada ahli tu bila dia melihat rangkaian dia berkembang tanpa dia buat sebarang usaha, dia jadi pemalas dan tak buat apa-apa.

 

Kesimpulan

Akhir kata, buat mereka yang ingin menjadikan bisnes MLM sebagai alat untuk jana pendapatan, anggap dan layanlah peluang ini sebagai peluang bisnes yang sebenar.

 

Bukan sekadar hobi ataupun anggap ia sebagai satu perjudian dan jalan pintas untuk jana kekayaan. Bukan seperti itu.

 

Bila kita sebut istilah bisnes MLM, atau bisnes network marketing, maknanya ia memang sebuah perniagaan yang mana kita sebagai ahli perlu mengusahakannya hingga ada kejayaan.

 

Suatu perniagaan, untuk berjaya, anda sekurang-kurangnya perlukan

(1) Pelan perniagaan

(2) Strategi pemasaran

(3) Teknik menjual

(4) Kemahiran berkomunikasi

 

Tak ada masalah kalau anda tidak mempunyai kesemua skil ini pada peringkat awal anda sertai mana-mana bisnes networking. Kenapa saya kata macam tu? Semua ini adalah satu kemahiran dan ianya boleh dipelajari.

 

Apabila ianya boleh dipelajari, maka ianya juga boleh dikuasai apabila anda selalu praktis dan praktik.

 

Dalam apa juga bisnes, kita tak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Walau sehebat mana dan sebagus mana produk mahupun servis yang kita tawarkan. Apabila orang kata NO, kita fokus kepada NEXT.

 

Sampai satu masa, kita pasti akan temui individu yang tepat dan yang suka dengan apa yang kita tawarkan. In Shaa Allah.

 

 

 

The post Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

$
0
0

Adakah anda sedang mencari pendapatan tambahan? Jika jawapan anda adalah YA, saya ada proposal untuk anda pertimbangkan.

 

Sebelum itu, saya harap anda ikuti penerangan yang bakal saya berikan dengan fikiran dan minda yang terbuka. Sebabnya apa yang bakal saya kongsikan disini, In Shaa Allah mampu untuk membantu mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

Ya saya tahu, memang ada banyak individu diluar sana yang menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Tapi akhirnya, habuk pun tarak. Orang tersebut menjanjikan kekayaan buat anda, tapi akhirnya anda habis duit sebab termakan janji-janji tersebut.

 

Saya bukan orang seperti itu. Malahan anda tak perlu risau bab duit, sebabnya anda tak perlu keluar duit walau satu sen pun. Saya ulang sekali lagi, saya tak nak pun duit anda. Sebaliknya saya disini nak bantu anda buat duit.

 

Kalau anda teruskan baca, saya akan explain kepada anda macam mana cara yang saya akan buat untuk bantu anda.

 

Anda mungkin ada banyak persoalan, dan In Shaa Allah saya akan jawab satu per satu supaya anda faham. Bila dah betul-betul faham, lepas tu barulah anda buat keputusan.

 

Tak kiralah walau apa pun keputusan anda, saya harap ianya dibuat berdasarkan ilmu dan kefahaman yang jelas.

 

Adakah tawaran ini merupakan jemputan untuk buat bisnes, invest duit atau apa?

Saya cakap straight to the point. Ini adalah jemputan untuk mengajak anda buat bisnes bersama-sama team saya.

 

Ini bukan pelaburan. Kalau pelaburan, anda kena letak duit dan selepas satu tempoh masa baru anda akan tahu berapa pulangan yang bakal anda perolehi.

 

Tapi kan tadi saya dah cakap, saya tak mahu duit anda. Jadi, anda boleh simpan duit anda untuk beli barangan keperluan.

 

Apa bisnes yang saya maksudkan?

Sebelum saya bercerita panjang lebar, biarlah saya berterus-terang kepada anda.

 

Bisnes yang saya maksudkan ialah bisnes berkonsepkan referral. Kadangkala bisnes ini juga dikenali dengan nama panggilan affiliate marketing.

 

Mungkin ada yang pernah dengar tentang konsep affiliate marketing, dan mungkin juga ada yang baru pertama kali dengar. Kalau anda lihat pada arkib blog ini, anda juga boleh lihat beberapa perkongsian yang saya pernah coretkan dalam blog ini dan lihat sendiri bahawa saya memang biasa buat duit dengan cara affiliate marketing.

 

Saya tahu anda dah tak sabar nak tahu apa peluang buat duit yang saya nak kongsikan disini, kan? Apapun, sila sabar dulu dan dengarkan dulu penjelasan yang saya nak berikan. Bagi peluang kepada diri anda sendiri untuk dapatkan maklumat yang secukupnya.

 

Saya nampak, bisnes ini ada potensi yang sangat besar. Sebab tu saya begitu yakin, untuk mempromosikan bisnes ini. Saya cuma minta anda baca sampai habis sebelum reject peluang yang ada depan mata.

 

Percayalah. Ada sebab kenapa anda dipertemukan dengan halaman saya ini. (mungkin ini cara tuhan sampaikan rezeki kepada anda Wallahu’alam)

 

Bagaimana dengan potensi pendapatan?

Dalam bisnes ini, anda berpeluang untuk hasilkan income setiap hari. Jumlahnya adalah bergantung kepada tahap kerajinan anda menjalankan kerja-kerja pemasaran dan mengembangkan empayar bisnes anda.

 

Kalau anda join pada hari ini, tidaklah bermaksud bermula esok hari anda sudah akan jana pendapatan yang pertama, tidak. Bukan begitu. Ini bukannya skim join hari ini terus goyang kaki dan duit masuk dengan mencurah-curah.

 

Ini adalah real business.

 

Hari ini anda join.

Daftar sebagai ahli.

Selepas dah daftar dan anda dah dapat link referral, terus buat kerja-kerja pemasaran.

Kemudian sampai satu masa, anda pun berjaya daftarkan beberapa orang pelanggan baru.

Pelanggan tersebut buat pembelian, maka bermula saat itu, anda akan dapat income (dalam bentuk komisen).

Selagi mana pelanggan tersebut buat pembelian, maka selagi itulah anda akan dapat komisen.

 

Berapa banyak income yang boleh dihasilkan melalui kaedah bisnes ini?

Saya tahu, anda pasti teruja dan minat nak tahu, berapa banyak sebenarnya income yang boleh dihasilkan melalui bisnes referral yang saya maksudkan ini.

 

Ya, saya juga seperti anda. Bila dihidangkan dengan peluang untuk buat bisnes, peluang untuk tambah pendapatan, memang saya terus rasa semangat!

 

Almaklumlah, musim-musim PKP ni, memang sumber pendapatan agak terjejas. Kalau ada peluang untuk buat duit, dan kerjanya tidaklah sesukar mana, apa salahnya untuk dicuba, setuju?

 

Sebelum itu, saya ingin tekankan disini, kejayaan anda dalam bisnes akan berkait rapat dengan faktor seperti

i. Berapa ramai individu yang anda telah daftarkan untuk jadi pelanggan

ii. Tahap kerajinan anda membuat kerja-kerja pemasaran

iii. Berapa kerap dan berapa banyak jumlah yang pelanggan tersebut belanjakan diplatform tersebut.

 

Kat bawah ini adalah antara bukti income oleh ahli yang lebih awal mempromosikan program ini berbanding saya.

Jumlah ini mungkin agak besar dan agak tidak masuk akal bagi sesetengah orang.

 

Jika anda juga merasakan begitu, anda betul. Tapi anda kena ingat, saya bukan kata hari ini anda join, esok lusa dah boleh hasilkan income ribu-ribu ringgit.

 

Kenalah bagi masa. Ini satu peluang perniagaan. Its a real business. Kita bukan tengah bercerita tentang skim cepat kaya.

 

Satu lagi kalau anda nak tahu, diluar sana ada banyak bisnes yang dimulakan dengan modal permulaan ribuan, ratusan dan jutaan ringgit. Pun begitu, bisnes tersebut tidak menjanjikan keuntungan harian yang konsisten dalam masa yang cepat.

 

By the way, kalau boleh saya memang nak berikan bukti income dari hasil yang saya sendiri perolehi, tapi apakan daya, saya pun baru join, jadi tak dapatlah saya nak bagi bukti income seperti lain-lain komisen yang pernah saya perolehi sebelum ini.

 

Bisnes yang saya nak ajak anda sertai ini boleh dimulakan tanpa modal. Kalau anda dalam kategori

i. Orang yang susah dari segi ekonomi

ii. Tiada pendapatan tetap

iii. Baru kehilangan kerja dan hilang mata pencarian

iv. Belum bekerja atau tidak bekerja

v. Nak tambah pendapatan

vi. Sekadar nak isi masa lapang dengan aktiviti yang boleh buat duit

 

Nah… Bagi peluang kepada diri anda sendiri untuk lakukan sesuatu yang bermanfaat dan pada masa yang sama, buat duit seberapa banyak yang boleh.

 

The sky is the limit.

 

Sebenarnya pendapatan sedemikian memang boleh dicapai. Ia tidak akan berlaku dengan serta merta, tapi ia akan berlaku kepada anda, seperti mana ia sedang terjadi kepada member yang lain.

 

Semuanya perlu bermula dengan langkah pertama, dan mula dari bawah.

 

Bisnes ini sesuai disertai oleh semua golongan. Ada ramai para doktor, profesor, pesara kerajaan yang telah sertai bisnes ini. Mereka semua telah nampak peluang dan lebih awal telah mula menjalankan bisnes ini. Kini mereka sudah mula nampak hasilnya.

 

Berbalik kepada cerita bisnes.

 

Syarikat yang saya ingin ajak sertai ini menjalankan bisnes menggunakan kaedah dan sistem e-commerce. Kalau anda biasa dengan nama-nama besar seperti Shopee, Lazada dan sebagainya, dan pernah ada pengalaman membeli dilaman web e-commerce seperti itu maka konsep bisnes ini adalah lebih kurang sama.

 

Tahukah anda, apakah kelebihan yang terdapat pada kaedah perniagaan berkonsepkan e-commerce?

Dalam sebuah laman web e-commerce lazimnya mempunyai bukan hanya satu atau dua produk, sebaliknya jumlah produk yang terdapat didalamnya boleh menjangkau sehingga ribuan hingga ratusan ribu produk!

 

Kebiasaannya pula, jumlah produk yang dijual melalui e-commerce akan ditambah dari masa ke masa. Semakin hari, apabila jumlah penjual yang masuk ke portal e-commerce makin bertambah, maka potensi pendapatan yang bakal kita perolehi juga akan makin bertambah.

 

Mungkin ada yang tertanya, apakah produk yang dijual di laman web e-commerce ini? Adakah produk yang popular, atau produk dari jenama yang kita tak pernah dengar, kan.

 

Ok jangan risau, saya tunjukkan kepada anda antara senarai produk yang dijual dilaman web ini. Antaranya ialah

 

(i) Produk jenama Nestle

Boleh dikatakan, hampir semua produk jenama nestle ada dijual dilaman web ini. Harganya lebih kurang sahaja dengan harga yang anda perlu bayar kalau beli dekat luar.

 

(ii) Supplement jenama Blackmores

Jenama Blackmores ini adalah jenama yang biasa terdapat di farmasi, watson, guardian dan sebagainya. Mungkin anda antara pengguna jenama ini.

 

Saya cadangkan, lepas ini beli sahaja dari platform ini ya.

 

(iii) Smartphone

Ya, smartphone juga ada dijual diplatform ini. Ada jenama Vivo.

Jenama lain juga ada dijual diplatform ini.

 

Saya ada ternampak jenama Huawei juga dijual disini.

Saya percaya, pada masa akan datang, jumlah produk yang bakal dijual disini akan terus bertambah. Tak mustahil, satu masa nanti jumlah produk yang dijual disini akan setanding dengan jumlah produk yang dijual di Lazada dan Shopee.

 

Kalau satu masa nanti, platform ini berkembang sama besar macam Lazada dan Shopee, In Shaa Allah waktu itu anda juga akan untung sebab telah jadi sebahagian dari perniagaan mereka sejak dari awal lagi.

 

Apakah kelebihan menjadi ahli atau ejen affiliate bagi platform ini?

Jom kita cerita sedikit apakah kelebihan yang bakal anda perolehi apabila jadi ahli dalam platform ini.

 

i. Anda akan dapat cash-back bagi setiap pembelian peribadi

Apa maksud cash-back? Cash-back ni maksudnya anda akan dapat wang balik apabila anda berbelanja barang-barang keperluan anda sendiri.

 

Saya ambil contoh, andaikata satu hari nanti anda nak beli smartphone baru. Dalam banyak-banyak jenama yang ada diluar sana, anda nak guna Huawei P30 Pro.

Huawei P30 Pro ini memang berbaloi beli, sebabnya kualiti gambar sangat cantik dan setanding dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera jenis dslr. Sejak saya gunakan phone model ini, saya dah tak perlu lagi susah payah nak bawa kamera dslr bila pergi bercuti. Guna kamera phone sahaja dah cukup memadai.

 

Katakanlah anda nak beli phone jenis ini dan bayar harga RM2,999.00

 

Dari pembelian ini, anda akan dapat cash-back (wang balik) sebanyak 0.5% daripada pembelian tersebut.

Bermakna, anda akan dapat balik duit sebanyak RM14.99 

 

Duit ini akan dimasukkan semula ke akaun khas anda (akaun e-wallet).

Ada dua kebarangkalian yang akan berlaku disini.

 

Jika dalam satu bulan, cash-back terkumpul yang anda terima adalah kurang dari RM100, duit ini akan di transfer masuk ke akaun e-wallet anda.

Namun, jika jumlah cash-back terkumpul yang anda berjaya hasilkan adalah lebih RM100, duit tersebut akan terus di bank-in masuk ke akaun bank pilihan milik anda seperti contoh dibawah ini.

Dalam contoh dekat atas ini, disebabkan nilai cash back yang dia perolehi adalah lebih dari RM100, maka pihak syarikat terus bayar ke akaun bank.

Anda nak terus join? Boleh buat pendaftaran disini.

 

Alah… tak payah pelik la.

 

Saya sendiri pun dah selalu dapat bayaran macam ni, hasil mempromosikan produk-produk yang dijual oleh Lazada. Ini saya punya sendiri komisen yang saya terima bulan lepas.

Jumlahnya memanglah tak banyak sangat, tapi ok la daripada langsung tak ada, kan.

 

Saya buat kerja promosi secara santai-santai sahaja, dan In Shaa Allah kalau ada yang minat nak belajar, saya boleh ajarkan.

 

ii. Anda dapat cash-back dari pembelian pelanggan yang anda rujuk

Ingat lagi kan apa yang saya kata. Ini adalah program referral.

 

Setiap pelanggan yang mendaftar melalui link referral anda, anda juga layak untuk terima cash-back dari pembelian pelanggan tersebut.

 

Kenapa syarikat ini sanggup nak buat macam ni? Sebabnya syarikat nak kongsi keuntungan dengan para ejen dan pelanggan yang sudi berbelanja diplatform milik mereka.

 

Berapa banyak cash-back yang anda boleh perolehi? Jumlahnya sama, iaitu 0.5% juga.

 

Jujur saya katakan, kali pertama saya dengar tentang sistem cash-back ini, saya rasa ianya juga macam kurang menarik. Yela… setakat 0.5% sahaja sedangkan di Lazada, mereka boleh beri saya komisen sehingga 10%!

 

10% lawan 0.5% sudah tentu yang 10% lebih menarik, betul tak?

 

Rupa-rupanya, ada satu kekuatan yang ada pada program ini yang tak dapat saya nak sangkal lagi. Apa itu?

 

Program ini menawarkan pelan forever cash back! 

 

Apa maksudnya dengan forever cash back ini?

Maksudnya, selagi mana pelanggan yang kita perkenalkan di platform ini membuat pembelian, selagi itulah kita akan dapat cash-back dari pembelian yang dia lakukan.

 

Katakanlah, pelanggan yang kita perkenalkan tu, menjadi pelanggan setia syarikat dan membeli belah diplatform tersebut selama 30 tahun. Bermakna selama 30 tahun tu juga kita akan dapat cash back dari pembelian pelanggan tersebut!

 

Cuma yang menjadi persoalan, adakah pelanggan itu tadi nak berbelanja diplatform yang kita perkenalkan ini?

 

Hmm kenapa tidak? Sedangkan dia boleh dapat balik duit dia sendiri apabila dia berbelanja diplatform tersebut.

Kalau dia juga mula ajak orang lain untuk sama-sama berbelanja diplatform tersebut, dia juga akan dapat kumpul cash back.

 

Setakat ini, tak ada lagi laman web ecommerce mahupun lain-lain portal e-dagang yang mampu bagi tawaran seumpama ini! Anda kira bertuah sebab diperkenalkan dengan peluang seperti ini.

Konsep cash-back yang diperkenalkan oleh syarikat ini sebenarnya berlandaskan kepada semangat perkongsian keuntungan.

 

Bila anda beli barang di platform tersebut, syarikat akan dapat untung.

Anda pula akan dapat cash-back 0.5%.

Jika anda ajak orang lain untuk berbelanja di platform tersebut, anda juga akan dapat cash-back 0.5% dari perbelanjaan kawan anda.

Kawan anda tu juga akan dapat kumpul cash-back sebanyak 0.5%.

 

Nak tau apa yang lagi best? Ini dia.

Rujuk kepada diagram diatas, anda sebenarnya boleh kumpul cash-back sehingga 2 level ke bawah. Eh dah macam program network marketing pula, kan.

 

Tapi jangan risau, ini bukannya network marketing atau MLM. Ini hanya program referral atau affiliate program sahaja. Cuma bestnya program affiliate ini, kita boleh kumpul komisen hingga dua level.

 

Anda tak perlu risau dan pening-pening nak fikir pasal level dua, sebab ia akan datang dengan sendiri.

 

Saya tak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Justeru, mari kita sentuh sedikit bab risiko.

 

Buat bisnes adalah sesuatu yang ada risiko.

 

Lazimnya, kita akan dengar istilah-istilah seperti “high risk high return” atau dalam kata lain, lagi besar risiko, lagi tinggi potensi pendapatan.

 

Risiko paling utama adalah dari segi modal. Risiko bakal kehilangan modal apabila bisnes gagal itu pasti akan ada.

 

Cuba anda bayangkan. Anda buat bisnes dengan modal permulaan sebanyak RM10,000 kemudian dengan tak semena-mena berlaku sesuatu yang diluar jangka.

 

Bisnes tersebut gagal dan anda terpaksa gulung tikar. Anda terpaksa menanggung kerugian dan habis lesap duit modal.

 

Tapi anda jangan risaulah…

 

Hal ini tak akan berlaku kepada anda. Sebab itu saya berani dan yakin untuk ajak anda.

 

Mungkin anda tertanya-tanya, berapa modal permulaan yang diperlukan untuk join bisnes ini?

Jawapannya ialah, tiada sebarang modal diperlukan.

 

Penyertaan adalah percuma. Ya, FREE registration.

Adakah terdapat syarat untuk maintain buat pembelian bulanan?

Jawapannya ialah, tak perlu maintain buat pembelian.

 

Mungkin anda terkeliru dengan konsep bisnes network marketing atau MLM. Dalam bisnes MLM memang kita kena maintain pembelian dan sebagainya untuk memastikan keahlian kita sentiasa aktif. Tapi itu kalau MLM.

 

Ini konsep simple referral marketing. Kalau anda tak nak beli apa-apa pun tak ada masalah. Just ajak orang daftar dan jadi pelanggan.

 

Namun sebaik-baiknya, anda juga jadi pembeli. At least nanti anda tahu bagaimana sistem e-commerce ini berfungsi.

 

Lagi satu, barang-barang yang dijual dilaman web ini adalah sama je dengan jenama-jenama yang ada di pasaraya dan shopping mall. Cuma bezanya, anda tukar tempat beli barang, itu sahaja.

 

Beli dekat luar, anda sekadar dapat barang. Tapi kalau beli melalui online shopping mall ini nanti, anda dapat balik duit anda sebanyak 0.5%. Lagi kerap anda berbelanja, lagi banyak cash back yang anda boleh kumpul kelak.

 

Kalau anda turut ajak orang lain jadi pelanggan, maka In Shaa Allah lagi banyak dan lagi laju anda boleh kumpul cash-back.

 

“Tapi saya tak pandai nak cari-cari orang… Boleh ke saya berjaya nanti?”

Apa yang nak dirisaukan? Itu semua boleh belajar.

 

In fact saya sendiri tak suka nak cari-cari orang. Apa yang saya buat, saya menulis di blog dan juga kongsi artikel di social media. Itu sahaja. Bila ada orang nak daftar, kita bantu.

 

Bagi peluang kepada diri anda untuk belajar. Kalau nak belajar dari saya pun boleh.

First we learn, then we earn.

 

Dalam bisnes ini, anda boleh ambik masa selama mana yang anda perlukan untuk belajar. Dengan belajar, ia akan memperbaiki kehidupan anda.

 

Tentang persoalan nak kena cari-cari orang tu, secara jujurnya saya juga kurang berminat nak cari-cari orang walaupun saya tahu kaedahnya.

 

Sekarang, cuba jawab soalan saya. Macam mana anda boleh tiba di halaman ini? Adakah disebabkan saya cari anda, ataupun anda sendiri yang jumpa halaman ini?

 

Baiklah. Saya nak berterus-terang dengan anda. Saya sebenarnya tahu teknik pemasaran yang tak memerlukan saya untuk cari-cari orang.

 

Setakat ini, orang yang jumpa saya (seperti yang sedang berlaku kepada anda) dan mereka yang akan minta untuk join bisnes ini, bersama saya.

 

Saya tidaklah jamin setiap orang yang baca perkongsian saya ini, semua akan join bisnes ini. Tak. Saya juga perlu berpijak dibumi yang nyata.

 

Tapi satu perkara yang saya boleh jamin kepada anda. Ya, anda yang sedang baca ni.

 

Ini jaminan saya.

 

Kalau anda serius nak belajar, saya juga tak keberatan untuk luangkan masa mengajar anda.

 

Yes. Saya akan jawab setiap soalan anda dan akan guide anda sampai anda boleh buat bisnes ini sendiri. Whatsapp saja saya anytime jika anda rasa perlu.

 

Saya juga tak keberatan untuk pinjamkan blog-blog saya, untuk anda gunakan sebagai medium pemasaran. Saya faham, bukan senang nak buat blog baru dan nak maintain blog baru.

 

Jadi apa yang saya boleh bantu ialah, anda hasilkan artikel pemasaran dan saya akan bantu siarkan dan promosikan di blog saya. In Shaa Allah dari artikel yang anda tulis itu nanti, anda akan dapat pelanggan secara automatik.

 

Baiklah, setakat ini saya dah cerita tentang

i. Potensi pendapatan yang bakal anda perolehi

Anda boleh dapat income bermula dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit setiap bulan. Bukti pun saya dah tunjukkan diatas tadi.

 

ii. Kelebihan sistem e-commerce yang digunakan

Ya, anda akan dapat komisen dari pelbagai produk yang terjual melalui sistem e-commerce.

 

iii. Risiko yang bakal anda hadapi

Bisnes ini boleh dijalankan tanpa modal. Tiada sebarang modal diperlukan untuk mulakan bisnes ini. Jadi anda tak rugi apa-apa.

 

Andai kata selepas join, anda rasa bisnes ini tak sesuai untuk anda, atau anda dapat peluang yang lebih baik, atau mungkin sebab anda dah selesa dengan whatever kedudukan anda sekarang, anda boleh tingalkan bisnes ini tanpa rasa rugi.

 

No such thing as modal hangus bila join.

 

Persoalannya, adakah anda dah sedia nak take action?

 

Saya tak berniat untuk panjang-panjangkan cerita. Jadi saya akan stop sampai disini dahulu.

 

Kalau anda baca perkongsian saya ini sampai ke perenggan ini, tahniah saya ucapkan.

 

Ini bukan satu pengakhiran.

 

Sebaliknya ia baru satu permulaan. Selepas ini kita akan bersama-sama harungi dunia perniagaan (dalam satu pasukan) dan In Shaa Allah kita akan berjaya sama-sama.

 

Itupun kalau anda take action dan buat keputusan untuk join pasukan saya.

 

Sebabnya saya tahu, dari ramai-ramai yang baca, akan ada pelbagai respon yang bakal saya terima.

 

Ada yang lepas baca, dia terus tutup halaman ini dan kata dalam hati, ah… Bohong je semua ini.

 

Its fine.

 

Namun saya percaya, jauh disegenap hati, anda percaya apa yang saya tawarkan ini ada benarnya.

 

Kemudian ada juga pembaca yang memilih untuk tak buat apa-apa. Dia kembali kepada kehidupan dia yang biasa.

 

Sesekali dia akan teringat apa yang telah dibaca disini. Hari berganti hari, berganti minggu, berganti bulan dan akhirnya berganti tahun.

 

Ketika itu, makin ramai yang dah mula join.

 

“Kalaulah aku join waktu kali pertama aku dengar pasal bisnes ni, mesti sekarang aku dah ada ramai pelanggan kat bawah aku…”

 

Saya agak, itulah dia yang bakal anda katakan pada diri anda sendiri nanti… Itupun setelah setahun, atau dua tahun berlalu.

 

Saya tahu sedikit sebanyak, anda minat nak join. At least anda rasa, tak rugi untuk mencuba. Saya pun rasa benda yang sama, waktu baru pertama kali dengar tawaran seperti ini.

 

Belum pernah lagi saya jumpa bisnes yang seperti ini.

 

Nak join tak perlu keluar modal.

Tak ada unsur paksaan untuk beli produk.

Boleh dibuat secara part time dan santai.

Jenama produk yang dijual adalah dari jenama popular dan terkemuka.

 

Sekarang keputusan ditangan anda. Tak ada sesiapa yang paksa anda untuk join atau halang anda untuk join.

 

Apa yang boleh saya katakan, bagi peluang kepada diri anda untuk berjaya.

 

Bisnes ini, memang tak boleh paksa-paksa. Ia kena terbit dari hati, keinginan untuk hasilkan income tambahan, kemahuan untuk berusaha dan berjaya.

 

Sekarang ni, anda mungkin ada banyak soalan. Saya faham.

 

Ini nombor telefon saya.

011 5689 0863

Anda boleh whatsapp dan tanyakan saya sebarang soalan.

 

Kalau nak senang, klik je link ni dan akan terus bukak whatsapp https://naktanyapasalbisnes.wasap.my/

 

Tanyalah soalan yang susah-susah pun tak ada masalah. Bila dah betul-betul puas hati, then kita buat bisnes ni sama-sama.

 

Saya tunggu pertanyaan anda.

 

Saya nak terus daftar, macam mana caranya?

Ok kalau anda nak terus daftar, tanpa nak buang masa hantar whatsapp dan sebagainya, anda juga boleh terus berbuat demikian. Tak ada masalah.

 

Anda boleh daftar akaun anda menerusi pautan ini.

 

Jika anda mendaftar menggunakan smartphone, anda akan dibawa ke pautan Google Playstore dan akan diminta untuk muat turun apps PG Mall. Muat turun seperti biasa dan pasang apps tersebut.

 

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran, bolehlah whatsapp saya.

 

 

The post Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan appeared first on Blog Sabree Hussin.

Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?

$
0
0

PG Mall adalah sebuah platfrom online shopping mall yang beroperasi menggunakan konsep e-commerce.

 

Ia mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikendalikan oleh syarikat PG Mall Sdn. Bhd.(836625-K). Syarikat ini disokong oleh sebuah syarikat jual beli emas yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Nama-nama seperti Lazada dan Shopee mungkin sudah tak asing lagi bagi para pembaca dan pelawat blog ini. Namun tahukah kalian, yang kedua-dua syarikat ini sebenarnya bukanlah syarikat tempatan?

 

Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group yang merupakan syarikat dari China manakala Shopee pula dimiliki oleh Sea Group yang merupakan syarikat dari Singapore.

 

Malaysia juga ada banyak laman web dan juga platfrom e-commerce, namun kalau yang berpotensi untuk menjadi pesaing bagi platform seperti Lazada dan juga Shopee ini, mungkin tak salah kalau saya katakan PG Mall ada potensi untuk berbuat demikian.

 

Kita merujuk data daripada laman web i-price insight yang mana mereka telah menyenaraikan platform PG Mall dikedudukan ketiga, berdasarkan kepada kriteria seperti jumlah trafik, kedudukan apps di appstore dan juga jumlah followers di media sosial.

Dari carta tersebut kita boleh dapati PG Mall mempunyai jumlah trafik yang agak besar iaitu sebanyak 4,540,800 kunjungan dalam sebulan.

 

Namun demikian, jumlah trafik ini masih lagi agak jauh dibelakang jika dibandingkan dengan Shopee dengan 37,943,800 kunjungan manakala Lazada ditempat kedua dengan 13,814,900 kunjungan.

 

Apakah agaknya faktor yang menyebabkan terdapat perbezaan yang begitu ketara antara tempat pertama, kedua dan ketiga ini, dan mampukah platform e-commerce PG Mall ini nanti memberi saingan kepada platform yang lebih popular seperti Lazada dan Shopee?

 

Pada pendapat saya, ada beberapa faktor yang mempengaruhi kedudukan PG Mall pada hari ini, antaranya

 

i. Usia platfrom e-commerce

PG Mall mula dilancarkan pada tahun 2017.

 

Manakala Shopee sudah mula beroperasi sejak tahun 2015 dan Lazada pula sudah membuka pasaran di Malaysia lebih awal dari itu lagi, iaitu sejak 2012.

 

Jadi kalau melihat dari segi usia, PG Mall ini masih lagi muda dan ada banyak lagi ruang-ruang untuk mereka membesar dan mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia.

 

ii. Jumlah seller di setiap platform

Daripada tinjauan yang saya buat, saya dapati jumlah penjual yang terdapat di PG Mall juga masih belum cukup banyak. Apa maknanya?

 

Ini sebenarnya adalah satu berita baik, buat para peniaga online. Anda boleh memanfaatkan peluang ini dan mula membuka online store anda di platform PG Mall pula.

 

Buat para seller yang terkesan dengan persaingan yang sangat ganas dan melampau yang terdapat di Shopee, kali ini apa kata anda buka cawangan online store melalui PG Mall juga. Disini juga ada ramai pembeli yang bersedia untuk beli produk-produk yang anda jual.

tips-bisnes-shopee

Kalau anda boleh berikan tawaran harga yang sangat menarik di platform lain, why not buat tawaran yang sama di PG Mall juga. Saya pasti, pelanggan sedia ada PG Mall akan sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran anda disini.

 

iii. Promosi dan kerja pemasaran yang dijalankan

Ini juga merupakan salah satu faktor juga, kenapa sesebuah portal shopping mall itu kurang popular. Ianya berkait rapat juga dengan faktor promosi dan pemasaran yang dijalankan.

 

Apabila kerja pemasaran yang dijalankan agak kurang, maka tak pelik kalau ramai orang belum tahu tentang kewujudan laman web tersebut dan orang ramai masih tak nampak apa kelebihan berbelanja di portal tersebut.

 

iv. Modal

PG Mall disokong oleh Public Gold. Kalau dari segi saiz modal, saya percaya modal yang disuntik oleh syarikat ini tidak sebesar modal yang mampu disediakan oleh SEA Group dan juga Ali Baba Group. Namun PG Mall tetap ada kekuatannya yang tersendiri. Para pelanggan PG Mall sendiri akan bantu mempromosi dan memperkenalkan PG Mall kepada lebih ramai pengguna.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan PG Mall?

Baiklah saya rasa ada baiknya saya terus bercerita tentang topik utama yang ingin saya bincangkan. Ya, kaedah untuk jana pendapatan dengan PG Mall.

 

Setakat apa yang saya tahu, terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untuk anda jana pendapatan dengan PG Mall.

 

Apa cara-cara tersebut? Sila teruskan pembacaan kalau minat nak tahu dan minat nak mencuba ya. Manalah tahu, dari sekadar mencuba, dengan tak disangka-sangka akhirnya PG Mall ini jadi salah satu sumber pendapatan baru buat anda pula.

 

Tiga cara yang saya maksudkan adalah

i. Menerusi referral program PG Mall yang dikenali dengan istilah ConsuMerchant

ii. Program Dropship PG Mall

iii. Jadi penjual di platform PG Mall

 

Saya akan terangkan satu per satu, supaya anda lebih faham dengan jelas, bagaimana sebenarnya kaedah nak hasilkan income di PG Mall. Bila dah faham, anda akan nampak ianya sebenarnya sangatlah mudah.

 

Anda hanya perlu tukar tempat shopping sahaja. Kalau sebelum ini anda shopping di pasaraya, shopping mall, atau di platform shopping yang berbeza, kali ini setelah anda mengetahui tentang kewujudan PG Mall, anda hanya perlu tukar tempat shopping.

 

Kalau rasa belum yakin nak membeli belah di PG Mall, saya boleh sarankan untuk anda mula membeli item yang murah-murah sahaja dulu. Nanti bila rasa dah yakin dan mula rasa selesa dengan platform ini, bolehlah beli benda lain yang lebih mahal.

 

i. Program Affiliate PG Mall

Program affiliate atau referral program yang dikendalikan oleh PG Mall dinamakan dengan istilah ConsuMerchant. Perkataan consumerchant ini merupakan gabungan dua perkataan iaitu consumer dan juga merchant.

pgmall-consumerchant

Pihak PG Mall menggunakan konsep perkongsian keuntungan (profit-sharing) kepada para pelanggan yang sudi untuk berbelanja di PG Mall. Bukan itu sahaja, jika ada pelanggan PG Mall yang sudi untuk mempromosikan platform PG Mall dengan merekemen platform ini kepada kenalan, pelanggan itu tadi juga akan menerima ganjaran tambahan yang diberikan oleh PG Mall sebagai tanda terima kasih kerana membawa masuk pelanggan baru.

 

Pelanggan baru, bermaksud bisnes baru. Lebih banyak pelanggan, lebih banyak bisnes maka platform akan makin berkembang.

 

Sebagai pelanggan di PG Mall, anda bukan sahaja akan dianggap sebagai pelanggan biasa, sebaliknya anda juga adalah seorang partner dalam perniagaan PG Mall.

 

PG Mall menghargai usaha anda bercerita dan mengajak orang lain untuk turut berbelanja di PG Mall menerusi program referral yang mereka anjurkan.

 

Sebenarnya kalau diikutkan kita memang selalu lakukan kerja-kerja pemasaran sama ada secara kita sedar ataupun tidak. Misalnya, kita beli barang secara online, kemudian kita tangkap gambar produk tersebut dan kita letak caption seperti

“Alhamdulillah, barang yang dinanti-nanti dah selamat sampai…”

 

Kemudian ada pula kawan kita yang tanya soalan-soalan seperti

“Beli kat mana? Berapa harga? Boleh dapat diskaun ke?”

 

Lalu kita pun jawab, yang kita beli di laman web sekian sekian.

 

Kalau kawan kita tu betul-betul minat dengan produk yang kita beli, dia pun akan ikut beli juga. Tapi persoalannya, apa yang kita akan dapat lepas tu?

 

Kita telah reccomend kawan kita untuk beli diplatform yang sama yang kita beli barang, dari seller yang sama kita beli, dan platform tersebut berjaya dapat jualan. Ya, sudah tentu platform tersebut akan dapat untung.

 

Apa yang kita dapat? Adakah kita akan dapat sebahagian atau sedikit dari keuntungan hasil pembelian kawan kita tu? Jangan harap.

 

Bukan sahaja kita tak akan dapat sedikit perkongsian keuntungan, malahan ucapan terima kasih pun belum tentu kita akan terima.

 

Berbeza dengan PG Mall, jika kita menyertai program referral yang mereka anjurkan, dan kita mula rekemen orang lain untuk jadi pelanggan PG Mall, kita akan dapat sedikit perkongsian keuntungan, hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh orang yang kita ajak untuk jadi pelanggan PG Mall.

 

Bagaimana cara nak daftar jadi salah seorang ejen PG Mall?

Senang sahaja.

 

Sila ke halaman ini dan buat pendaftaran.

 

Jika anda membaca posting ini melalui laptop atau komputer, anda akan terus dibawa ke halaman PG Mall. Seterusnya anda hanya perlu klik pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna biru seperti dibawah.

 

Selepas anda klik pada ikon tersebut, akan ada dua pilihan untuk anda, sama ada Login ataupun Sign Up. Buat pelanggan baru yang tak pernah ada akaun dengan PG Mall, pilih tab Sign Up.

cara-daftar-pgmall

Borang pendaftaran seperti pada paparan diatas ini akan kelihatan. Anda hanya perlu isikan sahaja borang tersebut dengan selengkapnya.

 

Jika anda menekan klik pada pautan ini menerusi smartphone, anda akan terus dibawa ke halaman Playstore ataupun Appstore. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah muat turun apps PG Mall dari situ dan buat pendaftaran.

 

Setelah pendaftaran anda siap, anda akan jadi pelanggan PG Mall dan pada masa yang sama layak untuk menyertai program ConsuMerchant PG Mall.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan apabila anda tekan butang profile.

Pilih Business Center untuk melihat perkembangan dan prestasi anda. Disini juga adalah tempat untuk anda dapatkan link referral milik anda.

 

Klik pada bahagian Expand Your Empire.

Kemudian klik pada copy link.

 

Contoh link milik saya adalah seperti berikut

https://pgmall.my/register?referralPgCode=mohamadsabree@gmail.com

 

Link tersebut yang anda perlu promosikan dan ajak kenalan anda atau sesiapa sahaja untuk daftar akaun PG Mall melalui link anda.

 

Kalau anda menggunakan smartphone, cara untuk dapatkan referral link adalah lebih mudah. Lihat pada screenshot dibawah.

Hanya perlu klik pada bahagian Invite Your Friends dan dekat situ anda boleh dapatkan link referral milik anda.

 

Potensi pendapatan apabila mempromosikan platform PG Mall

Setakat ini saya dah cerita mengenai cara nak daftar program consumerchant PG Mall dan juga cara untuk dapatkan link affiliate. Seterusnya saya nak sentuh sedikit mengenai potensi pendapatan yang boleh kita perolehi melalui program ini.

 

Daripada pembacaan yang saya lakukan, buat masa ini memang sudah ada individu yang berjaya hasilkan income yang sangat lumayan menerusi program referral PG Mall. Ini buktinya.

Income dari PG Mall yang beliau perolehi ini sudah tentu berkali ganda lebih besar berbanding income dari Lazada yang biasa saya terima.

 

Walaupun peratus komisen yang ditawarkan tidaklah begitu besar, iaitu sekitar (0.5% – 2.0%) namun rupa-rupanya jika kita konsisten mempromosikan platform PG Mall, kita berupaya untuk hasilkan pendapatan sehingga belasan ribu ringgit!

 

Apa yang membuatkan program affiliate PG Mall berbeza berbanding lain-lain platform e-commerce?

Dekat sini saya nampak ada beberapa point yang membuatkan program affiliate PG Mall ini sedikit berbeza dan agak unik.

 

i. Terdapat ranking berbeza untuk setiap shopper

Bermula dengan level Shopper biasa, kemudian boleh naik kepada Super Shopper, Premium Shopper dan akhir sekali Elite Shopper. Apa yang membezakan antara setiap kategori shopper ini?

 

Jawapannya adalah pada diagram dibawah ini.

Ketika anda berada pada ranking seorang shopper, anda akan menerima cash back sebanyak 0.5% bagi setiap pembelian yang anda lakukan di portal PG Mall. Ya, untuk pembelian peribadi akan dapat cash back.

 

Katakanlah anda beli barang berharga RM100 di PG Mall, nanti pihak PG Mall akan bagi anda cash back sebanyak RM0.50 atau bersamaan dengan 0.5%

 

Andai kata anda ada ajak orang lain untuk jadi pelanggan PG Mall, anda juga akan dapat cash back sebanyak 0.5% dari pembelian yang dilakukan oleh orang yang anda ajak tu tadi.

 

Ada syarat untuk anda naik, dari ranking seorang shopper kepada ranking seterusnya. Syarat tersebut ialah, anda perlu perkenalkan PG Mall kepada lebih ramai pelanggan dan jumlah jualan dalam kumpulan anda perlu capai target tertentu. Maklumat lanjut ada di halaman PG Mall.

 

Sengaja saya tak kongsikan disini, sebabnya ia mungkin akan berubah mengikut kesesuaian dan promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat.

 

ii. Forever Cash Back

Kalau dalam program affiliate lain, komisen anda dikenali sebagai … komisen.

 

Tapi di PG Mall, konsep yang digunapakai adalah cash back, dan uniknya di PG Mall menggunakan konsep forever cash back.

program-affiliate-pgmall

Sekali kita bawa masuk orang tu sebagai pelanggan PG Mall, sampai bila-bila kita akan dapat cash back dari pembelian orang yang kita perkenalkan dengan platform PG Mall.

 

Kalau lain-lain program affiliate, pelanggan tersebut wajib klik link affiliate kita dulu sebelum melayakkan kita untuk terima komisen. Namun dengan PG Mall, cukup sekali kita daftarkan dia, kita sudah layak untuk terima cash back dari dia sampai bila-bila.

 

iii. Komisen sehingga tiga level kebawah

Satu lagi ciri yang saya anggap sangat bagus adalah komisen yang ditawarkan adalah sehingga tiga level kebawah. Konsepnya hampir sama seperti program Multi Level Marketing atau Network Marketing, namun ini bukannya MLM, sebaliknya ini hanya program referral yang biasa.

 

Persamaannya hanyalah dari segi tingkat komisen yang sehingga 3 level kebawah.

 

Namun jika anda ingin jalankan bisnes mengikut kaedah bisnes MLM, dan jika ia lebih berkesan buat anda, apa salahnya untuk cuba. Pada peringkat permulaan, ketika anda baru bermula mungkin pendapatan anda sangat sedikit.

 

Tapi janganlah putus asa, sebabnya bila anda sudah mula ada pelanggan di level 1, dan kemudian pelanggan ini juga aktif membuat kerja promosi seperti anda, waktu tu anda boleh lihat income anda di PG Mall akan meningkat dengan berkali ganda. Masa tu, kalau anda dah tak buat kerja promosi pun tak ada masalah, sebab income anda di PG Mall dah boleh bergerak dengan sendirinya.

 

Ini betul-betul pasif income.

 

(2) Program dropship PG Mall

Para peminat bisnes dropship, disini ada berita baik untuk anda. Pihak PG Mall juga mengalu-alukan anda semua untuk menggunakan platform PG Mall ini sebagai salah satu supplier untuk bisnes dropship anda.

 

Sekiranya anda menjalankan bisnes online, menggunakan kaedah dropship, bolehlah pertimbangkan untuk memilih mana-mana seller yang ada di platform ini sebagai pembekal anda.

pgmall-seller

Anda hanya perlu muat turun gambar-gambar produk yang ada di PG Mall atau anda guna gambar anda sendiri. Kemudian, bila ada tempahan dari pelanggan, anda buat tempahan di PG Mall.

 

Seterusnya PG Mall akan uruskan hal penghantaran mengikut maklumat pelanggan yang anda berikan. Dengan cara ini, anda akan dapat untung dropship dan juga untung cash back.

 

Sebagai contoh, anda ada mempromosikan supplement jenama Blackmores Vitamin B + Vitamin C 30 tablets ini.

Harga dekat PG Mall ialah RM19.85 dan mungkin anda nak mark up kepada RM21 supaya ada untung sedikit. Kemudian anda jual kepada pelanggan anda dengan harga RM21 + caj penghantaran.

 

Tempahan semua dibuat di PG Mall sahaja. Mudah sahaja.

 

(3) Jadi penjual di PG Mall

Ini merupakan cara ketiga untuk buat duit di PG Mall. Ya, jadi seller disini.

 

Kalau sebelum ini anda sudah pernah menjual sama ada di Shopee, Lazada, mudah.my ataupun lain-lain online platform, kali ini apa kata anda buka juga cawangan baru, iaitu di PG Mall.

 

Hari demi hari pengguna platform ini makin bertambah, dan dari segi jumlah trafik juga akan makin meningkat. Saya percaya, di masa akan datang, jumlah individu (seperti saya) yang akan mula memperkenal dan mempromosikan platform ini juga akan makin bertambah.

 

Apakah produk yang boleh dibeli melalui platform PG Mall?

Ada banyak produk yang boleh dibeli melalui PG Mall. Terlalu banyak, cuma jumlahnya buat masa ini masih lagi tak sebanyak jumlah produk yang ada dijual di Lazada mahupun di Shopee.

 

Pada awalnya, platform ini lebih popular dalam kalangan pelabur dan penyimpan emas yang membeli emas melalui Public Gold. Ada banyak produk-produk keluaran Public Gold dan juga entiti-entiti lain dibawah Public Group yang kita boleh perolehi melalui PG Mall.

 

Namun kini PG Mall mula berevolusi dan berkembang kepada sebuah sistem marketplace yang menjual pelbagai jenis produk. Anda boleh layari sendiri laman web PG Mall dan lihat apakah produk-produk yang boleh dibeli.

 

Dekat sini saya nak kongsikan beberapa produk yang ada di PG Mall.

 

i. Produk keluaran Nestle

Nestle adalah antara jenama yang terdapat di PG Mall. Selain Nestle, ada banyak lagi jenama terkenal yang sudah berada di PG Mall. Kalau sebelum ini, anda merupakan pengguna bagi jenama ini, apa kata selepas ini anda tukar tempat membeli.

 

Kalau sebelum ini, beli maggi dekat pasaraya, kali ini apa salahnya beli dekat PG Mall.

 

ii. Makanan tambahan keluaran Blackmores

Jenama Blackmores ini adalah salah satu jenama yang popular dan banyak dijual di pasaraya dan farmasi.

Kalau pergi ke farmasi, watson, atau guardian anda boleh lihat jenama ini.

 

iii. Buku dan bahan bacaan

Saya dapati buku-buku yang dijual di platform ini masih tak begitu banyak.

Buku-buku hasil terbitan syarikat PTS misalnya masih agak kurang. Jika anda merupakan seorang usahawan buku, bolehlah jadi yang terawal untuk menjual buku di platform ini.

 

Jika anda minat nak jual buku, tapi tak tahu kat mana nak dapatkan stok buku, boleh sertai program dropship PTS Bookcafe. Saya pernah tulis mengenai peluang jadi usahawan buku sebelum ini disini.

 

Akhir kata

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, ada ketikanya kita tak sepatutnya terlalu memilih apabila dihidangkan dengan peluang untuk jana pendapatan, terutama sekali kalau peluang yang diberikan itu adalah peluang yang memang betul-betul boleh dipercayai.

 

PG Mall adalah salah satu platform e-commerce yang menawarkan peluang untuk anda jana pendapatan. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk anda mula mengorak langkah dalam bisnes ini.

 

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat di halaman ini.

 

Sudah ada bukti jelas dan telah muncul individu yang berjaya buat duit menerusi PG Mall. Anda juga boleh jadi individu seterusnya, asalkan anda sanggup meluangkan masa untuk lakukan kerja-kerja promosi dan pemasaran.

 

 

The post Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

$
0
0

Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara dan seluruh dunia, ramai diantara kita yang telah kehilangan sumber pendapatan. Sama ada hilang sepenuhnya akibat diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan bisnes seperti biasa, ataupun hilang sebahagian sahaja, disebabkan syarikat tempat bekerja terpaksa memendekkan waktu operasi.

 

Sejak dari tahun 2020 lagi, kita semua sudah melalui pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), dari fasa kawalan pergerakkan yang begitu ketat, hinggalah ke fasa kawalan pergerakkan yang agak longgar.

 

Bagi mereka yang terkesan dari segi ekonomi, saya doakan semoga anda tabah dan cepat-cepat bangkit untuk kembali kepada kedudukan kewangan yang sebelumnya.

 

Ya, mungkin agak sukar untuk anda dapatkan pekerjaan yang sama, atau jalankan perniagaan yang sama, yang mampu untuk hasilkan income seperti mana yang anda nikmati sebelum covid dulu.

 

Disini, saya ingin kongsikan kepada anda beberapa jenis pekerjaan yang diklasifikasikan dalam kategori ekonomi gig, yang anda boleh mulakan pada hari ini juga bagi menampung pendapatan anda yang terjejas.

 

Ketika ada industri yang diarahkan tutup operasi bagi mengekang penularan virus Covid-19, ada beberapa industri yang dibenarkan beroperasi seperti biasa.

 

Mungkin buat sementara waktu, anda boleh pertimbangkan untuk buat dulu kerja-kerja seperti dibawah ini. Buanglah sekejap rasa malu dan fokus untuk perbaiki kedudukan kewangan pada ketika ini.

 

(1) Kerja dalam bidang penghantaran

Kerja yang dimaksudkan adalah kerja sebagai penghantar makanan, penumpang, atau barang-barang yang ditempah oleh pelanggan melalui apps atau laman web. Ada pelbagai pilihan syarikat yang anda boleh cuba, antaranya

kerja-semasa-covid

Grab

Driver – https://www.grab.com/my/driver/transport/

Rider – https://www.grab.com/my/driver/delivery-partner/

 

Foodpanda

https://rider.foodpanda.my

 

Deliver Eat

https://jom.delivereat.my/join-delivery-crew

 

Lala Move

https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/driver

 

Mat Despatch

https://matdespatch.com/my/rider-driver/

 

LEL Express

https://lex.com.my/

 

Ninja Van

https://www.ninjavan.co/en-my/careers

 

Bungkus It

https://bungkusit.com.my/become-a-rider/

 

My Car

https://www.mycarasia.com/

 

Riding Pink

https://ridingpink.com/driver/

 

Tapau Je

https://tapauje.my/

 

Tapau

https://tapaw.com/

 

Taxi Maxim

https://taximaxim.com/my/en/driver/

 

Moov By

https://www.moovby.com/#host

 

Mula

https://mula2u.com/deliver-with-mula/

 

The Lorry

https://thelorry.com/my#partnerWithUs

 

(2) Kerja Freelance sebagai tutor

Sekarang ini antara topik yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah topik mengenai sistem pembelajaran online yang tak begitu efisien dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Bagi para ibu bapa yang mempunyai kemampuan, mereka pasti tak keberatan untuk mendapatkan khidmat tutor bagi mengajar anak-anak kesayangan mereka.

bisnes-tusyen-dari-rumah

Kalau anda minat untuk menceburi bidang ini, ada beberapa platform yang anda boleh cuba.

 

Sifu Tutor

https://sifututor.my/en/tutor-recruitment/

 

Snap Ask

https://snapask.com/en-my/become-a-tutor

 

Konsep Snap Ask ini agak unik. Pelajar yang ada masalah untuk siapkan kerja sekolah atau nak memahamkan sesuatu masalah dalam matapelajaran, akan snap gambar dan anda akan bantu pelajar tersebut menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan kepada gambar yang di upload oleh pelajar itu tadi.

 

(3) Kerja sebagai freelancer yang menawarkan khidmat dan kepakaran

Anda mungkin seorang yang memiliki kepakaran tertentu. Mahukah anda menawarkan khidmat dan kepakaran anda kepada pelanggan dan dibayar untuk berbuat demikian.

 

Kaedah menjana pendapatan seperti ini mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sebabnya kita dibayar untuk melakukan kerja-kerja yang memang kita minat. Jom lihat contoh-contoh yang anda boleh terokai.

 

Jom Paw

https://www.jompaw.com/become_a_sitter

 

Servis Hero

https://servishero.com/my/en

 

Go Get

https://goget.my/

 

Happy Fresh

https://www.happyfresh.my/

 

Bateri Ku

Jadi technician – https://partners.bateriku.com/web_views/motecs/signup

Jadi affiliate – https://partners.bateriku.com/store/sign_up?type=personal

 

Kaodim

https://www.kaodim.com/service-providers/welcome

 

Mak Cik Travels

https://makciktravels.com/

 

Favser

https://www.favser.com/

 

Fiverr

https://www.fiverr.com/

 

Freelancer

https://www.freelancer.com/

 

Upwork

https://www.upwork.com/

 

(4) Jual gambar dan video

Boleh jadi anda seorang yang suka ambil gambar dan juga merakam video. Almaklumlah sekarang ini, ramai yang menggunakan smartphone dengan spesifikasi kamera yang sangat bagus.

 

Anda mungkin biasa ambil gambar yang sangat cantik, unik dan lain dari yang lain. Terutama sekali apabila anda pergi bercuti satu masa dulu. Kalau anda masih belum tahu, gambar-gambar yang pernah ambil sebelum ini, ada harganya dan memang ada pihak yang akan membeli gambar-gambar tersebut.

 

Dibawah ini beberapa laman web yang anda boleh kunjungi

 

iStock Photo

https://www.istockphoto.com/

 

123rf

https://www.123rf.com/contributors/

 

(5) Jadi peniaga online menerusi platform e-commerce

Adakah anda seorang yang suka meniaga dan mempunyai banyak stok barang yang belum habis terjual disebabkan kedai anda tak boleh dibuka?

 

Untuk peniaga yang sebelum ini tak pernah menjual menggunakan media sosial, saya syorkan anda menjual menggunakan platform e-commerce yang memang telah popular. Disana sudah ada ramai pelawat yang bersedia untuk membeli produk-produk anda.

 

Untuk menjual di platform e-commerce ini, anda boleh menjual produk sendiri, menjual produk orang lain menggunakan kaedah dropship, dan anda juga sebenarnya boleh jual produk-produk pre-love milik anda.

 

Disini ada beberapa laman web atau platform e-commerce yang sesuai untuk anda.

 

Lazada Seller

https://sellercenter.lazada.com.my

 

Shopee Seller

https://seller.shopee.com.my/

tips-bisnes-shopee

 

PG Mall seller

https://seller.pgmall.my/

 

Lelong

https://www.lelong.com.my/

 

(6) Affiliate Program

Alright affiliate program ini merupakan salah satu kaedah buat duit yang paling saya suka.

 

Kenapa saya suka buat duit dengan affiliate?

Sebab buat duit dengan affiliate ini sangatlah mudah.

 

Sebagai seorang ejen affiliate, saya hanya perlu fokus untuk buat kerja-kerja promosi dan pemasaran sahaja. Saya hanya perlu dapatkan pelawat atau trafik untuk masuk ke halaman jualan, itu sahaja. Selebihnya, pemilik laman web itu yang akan uruskan.

 

Katakanlah dari trafik yang saya bawa masuk tu, ada yang jadi pelanggan, saya akan dapat komisen secara automatik. Cukup masa, komisen akan dibayar terus ke akaun bank saya.

 

Klikjer

https://klikjer.com/

Alhamdulillah setakat ini saya dah terima bayaran melebihi RM16 ribu dari pihak Klikjer.

komisen-klikjer

Klikjer merupakan platform yang menjual ebook yang mengajar pelbagai jenis kemahiran untuk buat duit di internet.

 

JV Warrior

https://www.jvwarrior.com/affiliate/

Konsep lebih kurang sama macam klikjer.

 

OnPay Solutions

https://onpay.my/marketplace

 

Ordersini

https://www.ordersini.com/

 

Lazada

https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/

 

PG Mall

https://pgmall.my/

 

Program affiliate PG Mall ini menawarkan komisen affiliate sehingga tiga level. Baru-baru ni saya ada temui bukti pendapatan dari salah seorang affiliate PG Mall yang berjaya hasilkan komisen sehingga RM13 ribu!

Saya pernah tulis lebih lanjut mengenai program ini dan cara nak buat duit dengan PG Mall disini.

 

Zalora

https://www.zalora.com.my/partner/

 

Involve Asia

https://app.involve.asia/

 

Access Trade

https://accesstrade.global/my/

 

Indo Leads

https://indoleads.com/

 

(7) Program Dropship

Ini juga merupakan satu kaedah yang popular untuk buat duit online semasa musim pandemik. Ya, joinlah mana-mana program dropship dan mula mempromosikan produk milik para peniaga.

 

PTS Bookcafe

https://usahawanbuku.com/

 

Kumoten

https://www.kumoten.com/

 

(8) Program Pengiklanan

Satu lagi peluang buat duit yang ada disekitar anda yang anda patut cuba adalah program pengiklanan.

 

Jika anda merupakan seorang pemilik laman web, blog atau mempunyai channel Youtube anda sendiri, bolehlah manfaatkan dengan menyertai program pengiklanan.

 

Google Adsense

https://www.google.com/adsense

Apabila income Adsense anda sudah mencapai USD100, pihak adsense akan terus buat bayaran ke akaun bank anda.

 

Kalau anda masih belum ada laman web sendiri dan masih belum ada blog, sebenarnya masih belum terlambat untuk mula hari ini. Gunakan kesempatan yang ada sekarang ini untuk mula bina blog anda sendiri dan mula menyiarkan iklan-iklan dari Google Adsense.

 

Income dari Adsense akan berjalan dengan sendirinya selagi mana blog atau laman web anda masih mempunyai pelawat.

income-adsense-blog

Kalau sehari boleh dapat USD3 – USD6 secara automatik pun kira not bad juga, kan? Anda boleh muat turun panduan ini untuk belajar lebih lanjut tentang Program Google Adsense.

 

My Bumb Media

https://mybump.my

Ini pun program pengiklanan cuma bezanya kita akan pasang stiker pada kereta milik kita dan akan menerima bayaran.

 

Semoga apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda semua, dan jika anda ada cadangan tambahan, boleh hubungi saya untuk saya tambahkan senarai yang ada disini ataupun boleh kongsikan dibahagian komen.

 

 

 

 

The post Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) appeared first on Blog Sabree Hussin.

Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

$
0
0

Pernah tak anda shopping di laman web atau melalui apps PG Mall? 

 

Kalau anda belum pernah ada pengalaman shopping online di platfrom ini, jemputlah baca perkongsian pengalaman saya shopping di PG Mall ini.

Bermula tahun ini, saya plan nak beli at least satu produk setiap bulan di PG Mall. Tak kiralah sama ada produk tu murah, ataupun mahal.

 

Kebiasaannya kalau nak beli barang secara online, saya memang akan beli sama ada dari Shopee ataupun dari Lazada. Tapi semenjak saya mula ceburkan diri dalam bidang pelaburan dan simpanan emas, dan mula jadi dealer untuk Public Gold, saya kira apa salahnya kalau saya mula berbelanja di PG Mall pula.

 

Mana-mana barang yang boleh beli di PG Mall, saya beli di situ. Bukan apa, semua ini saya buat atas dasar untuk menyokong perniagaan milik jenama tempatan. Seperti yang saya pernah cerita sebelum ini, Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group, iaitu sebuah syarikat dari China manakala Shopee itu pula dimiliki oleh SEA Group, iaitu syarikat yang berpengkalan di Singapura.

 

Kalau nak support local business, maka pilihlah PG Mall.

 

Dalam posting saya yang terdahulu, saya juga ada cerita tentang platform PG Mall ini yang ada membuka peluang untuk individu seperti kita jana pendapatan. Sama ada anda nak buat banyak income atau sikit melalui PG Mall, semua itu bergantung kepada setakat mana anda sanggup untuk berusaha.

Baca disini: Cara buat duit dengan PG Mall

Basically, untuk buat duit dengan PG Mall, anda hanya perlu daftar akaun sebagai ahli PG Mall. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk jadi ahli di PG Mall, dan seterusnya setelah anda mempunyai akaun keahlian, anda sudah boleh mempromosikan program ConsuMerchant yang diperkenalkan oleh PG Mall.

 

Program consumerchant PG Mall ni lebih kurang sama sahaja dengan lain-lain program affiliate yang ada diluar sana, cuma ia ada beberapa ciri-ciri yang agak menarik pada pemerhatian saya iaitu

i. Ahli yang berdaftar melalui link affiliate kita akan jadi pelanggan kita sepanjang hayat

ii. Pelanggan akan dapat cash back bagi setiap pembelian di PG Mall

iii. Kita boleh kumpul cash back dari pembelian peribadi dan juga dari pembelian yang dilakukan oleh pelanggan yang kita perkenalkan

iv. Cash back yang bakal diperolehi adalah sehingga tiga level kebawah

v. Jumlah cash back yang bakal kita perolehi adalah sekitar 0.5% – 2.5% bergantung kepada ranking kita di PG Mall.

pgmall-consumerchant

Untuk bercerita tentang PG Mall, saya berpendapat ada baiknya untuk saya sentuh sedikit mengenai peluang-peluang untuk jana pendapatan yang turut ditawarkan oleh PG Mall.

 

Sebabnya saya percaya masih ramai yang belum tahu tentang keunikkan dan keistimewaan yang ada di PG Mall. Kalau kita tak cerita, nanti orang tak tahu. Bila orang tak tahu, dia akan ingat PG Mall ni sama je dengan lain-lain platform e-commerce yang ada diluar sana.

 

Apabila dia sudah anggap yang PG Mall ni sama sahaja dengan platform e-commerce lain, maka dia akan anggap tak ada apa yang istimewa dengan PG Mall, lalu dia akan buat keputusan membeli semata-mata berdasarkan kepada platform mana yang mampu tawarkan harga paling murah.

 

Mengenai aspek tawaran harga, memang tak dinafikan platform seperti Shopee dan Lazada mampu untuk berikan tawaran harga yang lebih rendah. Agaknya sebab apa?

 

Boleh jadi sebab disana sudah ada terlalu ramai penjual yang menjual produk yang sama. Maka persaingan disitu agak sengit dan ada penjual yang menggunakan strategi buang harga, bertujuan untuk dapatkan jualan.

 

Namun tak mustahil satu hari nanti apabila penjual disana sudah ramai yang mula membuka kedai di PG Mall, masa tu PG Mall juga mampu untuk tawarkan pelbagai produk dengan harga yang begitu kompetitif.

 

Cara-cara membuat pembelian di PG Mall

Kalau anda masih belum ada akaun PG Mall, boleh buat pendaftaran dulu sebagai ahli disini. Jika anda menekan link tersebut melalui smartphone, anda akan terus dibawa ke apps store. Muat turun apps tersebut dan install.

 

Bagi yang sudah mempunyai apps tersebut, boleh terus lancarkan apps.

Dekat bahagian “search PG Mall” tu anda boleh taip sama ada nama produk, jenama atau apa-apa kata kunci yang berkaitan dengan produk yang anda nak beli.

 

Masa ini saya sebenarnya plan nak beli buku berkaitan dengan pelaburan emas. Ada dua buku yang saya beli, iaitu

i. Emas & Syariah – Ilmu Tersurat dan Tersirat [order disini]

ii. Kaya dengan Emas

 

Saya pilih buku yang saya nak dan selepas tu tekan pada butang check out.

isu-syariah-berkaitan-emas

Masa saya buat pembelian ni, kebetulan tengah ada promosi. Kalau anda perasan, harga asal dia yang dipotong memang lebih tinggi, berbanding harga promosi yang saya bayar.

 

Seterusnya masukkan alamat untuk penghantaran produk tersebut.

Dekat bahagian alamat ini sebenarnya kita boleh tukar alamat kepada sesiapa sahaja yang kita suka.

 

Kalau nak jadikan PG Mall ni sebagai pembekal untuk bisnes dropship yang anda buat, boleh masukkan nama dan alamat pelanggan anda disini.

 

Kita pergi ke step yang seterusnya.

Lihat dekat bahagian kotak yang berwarna merah.

 

Ada bahagian C-Wallet dan juga Coupon Code.

 

Saya akan terangkan satu per satu.

 

PG Mall mempunyai sistem e-wallet mereka sendiri, yang dikenali dengan nama C-Wallet. Duit dari c-wallet ini kita boleh gunakan untuk beli sebarang produk yang dijual di PG Mall.

 

Untuk makluman anda, kita boleh tambah nilai (top up) nilai duit yang ada di akaun c-wallet kita.

 

Selain dari itu, anda juga boleh sertai acara Shake The World yang dianjurkan dua kali setiap hari untuk kumpul duit di akaun c-wallet.

Ikut pada nasib, kadang-kadang akan dapat duit dan kadang-kadang anda akan dapat voucher. Kalau dapat duit pun, nilainya tak adalah begitu besar. Biasanya saya dapat 10 sen.

Kalau hari-hari buat, dari sekecil-kecil nilai ini, ia akan jadi semakin besar juga.

 

Bagi setiap pembelian yang kita buat di PG Mall, kita akan dapat cash back sebanyak 0.5%. Duit cash back ini juga akan dimasukkan dalam akaun c-wallet kita.

 

Namun, jika jumlah cash back yang kita layak perolehi melebihi RM100, maka pada waktu tu, cash back tersebut akan terus dimasukkan dalam akaun bank kita. Kalau nak dapat cash back hingga beratus-ratus ringgit, maka kenalah rajin mempromosikan platform e-commerce PG Mall ini.

 

Kita berbalik kepada penggunaan c-wallet. Jika anda mempunyai kredit dalam akaun c-wallet, sama ada sebab anda pernah topup, dapat free sebab join acara Shake The World atau pernah dapat insentif PG Mall sebelum ini, maka anda boleh gunakan kredit tersebut semasa buat pembelian.

 

Lihat contoh dibawah.

shopping-pg-mall

Apabila saya tekan butang apply c-wallet, secara automatik jumlah yang saya perlu bayar kepada PG Mall berkurang mengikut berapa baki yang saya ada di akaun c-wallet. Menarik, bukan?

 

Jadi anda pun kenalah daftar akaun PG Mall hari ini dan selepas ini kena rajinkan diri kumpul duit melalui c-wallet.

 

Seterusnya kita lihat pula pada bahagian Claimed Coupon. Klik pada butang tersebut untuk melihat apakah kupon yang relevan dengan transaksi yang bakal kita jalankan.

free-shipping-pgmall

Dalam banyak-banyak kupon yang tersenarai ini, saya layak untuk gunakan kupon diskaun Free Shipping sebabnya saya telahpun menjadi dealer untuk Public Gold.

 

Apabila membeli belah di PG Mall, saya dapat diskaun untuk kos penghantaran, dengan syarat pembelian itu nanti mestilah bernilai RM30 dan keatas.

 

Lihat buktinya dibawah.

Kos penghantaran adalah RM4, namun disebabkan saya menggunakan kod free shipping untuk dealer, saya dapat lagi pengurangan harga sebanyak RM4.

 

Jumlah yang saya perlu bayar sebenarnya adalah sebanyak RM46.

Bila dah ditolak dengan diskaun, kini jumlah yang perlu dibayar ialah RM42 sahaja.

 

Untuk kaedah pembayaran di PG Mall, ada banyak pilihan tersedia untuk kita. Lihat dibawah ini.

Kita boleh buat bayaran guna online banking, kad kredit/debit, dan lain-lain e-wallet seperti Grab Pay, Touch N Go dan sebagainya.

 

Saya pilih untuk buat bayaran guna kad debit, sebab pada saya ianya lebih mudah. Hanya perlu masukkan nombor kad, dan nombor keselamatan untuk buat pembayaran.

 

Tunggu pembayaran kita diproses.

Apabila semuanya dah selesai, kita akan dapat pengesahan melalui emel seperti dibawah.

Langkah seterusnya?

 

Kita tunggu sahaja produk yang ditempah ni sampai dirumah kita.

 

Pada hari ini, mungkin platform PG Mall ni masih belum betul-betul meriah macam platform e-commerce milik pesaing. Tapi tak mustahil, dengan adanya individu seperti kita, yang berbelanja di PG Mall, walaupun hanya beli satu dua barang, tak mustahil satu masa nanti platform ini akan turut berkembang.

 

Jadi for the time being, bolehlah kita daftar akaun keahlian, dan buat sedikit sebanyak usaha pemasaran untuk perkenalkan lagi platform PG Mall ini. Sebagai ahli PG Mall, kita juga sebenarnya dianggap sebagai Public Gold Business Owner atau ringkasan dia PGBO.

 

Itu sebabnya kita akan terus diberikan ganjaran dalam bentuk cash back, untuk setiap pelanggan yang kita perkenalkan dan bawa masuk dalam platform ini.

 

Adakah usaha ini akan memberi pulangan yang berbaloi? Wallahua’lam.

 

Kita usaha sahaja, dan selebihnya kita serahkan pada yang memberi rezeki ya.

 

 

The post Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall appeared first on Blog Sabree Hussin.

Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP

$
0
0

Baru-baru ni saya ada buat pembelian emas melalui kaedah Gold Accumulation Program (GAP) dari syarikat Public Gold. Konsep pembelian emas menerusi akaun emas GAP ini sebenarnya adalah membeli emas dalam kuantiti berat sedikit demi sedikit.

 

Sebagai ahli Public Gold, kita boleh beli emas bermula dengan harga RM100.

 

Kalau beli emas dengan harga RM100, berapa berat emas yang kita boleh dapat? 

Ini saya merujuk kepada harga emas pada hari saya buat pembelian. Dengan RM100, kita akan dapat emas Public Gold seberat 0.3788 gram.

emas-public-gold

Sebenarnya kaedah beli dan kumpul emas melalui program GAP Public Gold ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kekangan dari segi bajet. Mungkin kalau nak beli terus 1 gram, modal tak cukup. Jadi daripada tak beli dan simpan emas langsung, apa salahnya menabung sedikit demi sedikit. In Shaa Allah, lama kelamaan kita akan ada banyak emas dalam simpanan kita.

 

Emas ni, kalau mampu beli banyak, belilah banyak. Tak rugi pun kalau beli dan simpan emas.

Kalau dalam sebulan, mampu beli 1 gram untuk simpanan, belilah 1 gram.

 

Kalau kurang berkemampuan, atau belum mampu, boleh target untuk beli 0.5 gram setiap bulan.

emas-public-gold

Kalau 0.5 gram, harganya baru RM132. Sekali lagi saya tegaskan, harga ini saya ikut pada hari saya buat pembelian iaitu 1 Feb 2021.

 

Kalau nak buat cara simpanan setiap bulan RM100 pun boleh, tak ada masalah. Ini adalah syarat minimum kalau nak beli emas di Public Gold melalui akaun simpanan emas GAP. Cuma pada saya, berat emas yang bakal kita perolehi tu tak berapa cantik, sebab ada 4 titik perpuluhan.

 

Apa salahnya, daripada kita hanya simpan RM100, kita tambah sedikit lagi iaitu RM32 sahaja, untuk kita dapatkan 0.5 gram emas.

 

Apa pun, semua ini terpulang pada pilihan dan citarasa anda. Pilihlah, nak simpan emas bernilai RM100 atau RM132? Nak emas seberat 0.3788 gram atau 0.5 gram? 

 

Perbandingan beli emas 1 gram Public Gold melalui GAP dengan beli terus di laman web Public Gold

Perbandingan ini saya buat hanya bagi tujuan memberi informasi sahaja.

 

Daripada pemerhatian yang saya buat, saya dapati kalau beli emas melalui akaun GAP, kita lebih untung. Emas yang kita beli tu juga dapat diperolehi dengan harga yang lebih rendah.

 

Untuk perbandingan ini, saya hanya buat perbandingan untuk emas dengan berat 1 gram sahaja.

 

Mula-mula sekali, mari saya tunjukkan berapa harga emas 1 gram jika beli melalui program Gold Accumulation Program GAP

emas-public-gold

Harganya ialah RM264 untuk 1 gram.

 

Berikut pula adalah harga emas 1 gram jika kita beli terus dari Public Gold.

Harga emas di Public Gold akan dikemaskini setiap 20 minit, bagi mengikuti perubahan harga emas dunia. Baiklah, kalau beli emas 1 gram dalam bentuk ini, harganya ialah RM350.

 

Bandingkan dengan kita beli melalui GAP. Harganya lebih mahal, kan? Kenapa agaknya begitu ya? Tak apa, nanti saya cerita.

 

Untuk pengetahuan pembaca, selain beli emas Public Gold melalui akaun GAP dan laman web rasmi Public Gold, kita juga boleh beli emas public Gold menerusi laman web PG Mall.

 

Ini antara contoh emas 1 gram yang ada dijual di PG Mall yang kita boleh beli.

 

Ini design yang lebih kurang sama dengan yang kita boleh beli dari laman web Public Gold. Harganya RM307.

public-gold-pgmall

 

Ini pula design gambar kucing dengan tulisan Happy Birthday. Kalau nak jadikan emas ni sebagai hadiah hari jadi, sangatlah sesuai. Menarik juga kan, kita hadiahkan emas kepada orang yang kita sayang dan hargai.

 

Harganya RM308

 

Seterusnya ada design wau bulan dan setem 50 sen.

 

Untuk design ini harganya agak tinggi iaitu RM345.

public-gold-pgmall

 

Ini pula dengan design batik sogan. Batik sogan ini membawa maksud yang tersendiri, dan jika ada yang berminat untuk beli emas 1 gram dari PG Mall untuk design ini, harganya ialah RM350.

emas-pgmall

(Harga emas di Public Gold dan juga di PG Mall mungkin sudah tak sama, ketika anda baca posting ini.)

 

Seperti yang anda boleh lihat, untuk emas 1 gram keluaran Public Gold, harganya semua berbeza-beza. Kalau beli menerusi PG Mall juga begitu. Ada harga yang berbeza, dan harga ini nampaknya berbeza disebabkan

i. Design emas

ii. Edisi keluaran sama ada limited edition atau tidak

iii. Workmanship atau upah pembuatan

iv. Platform dimana anda buat pembelian

 

Beli emas secara GAP

Apabila kita beli emas menerusi program GAP Public Gold, kita sebenarnya membeli emas dalam gram tanpa kita tentukan apakah hasil akhir, atau produk akhir yang bakal kita perolehi nanti.

 

Kita ada 1 gram emas dalam akaun GAP namun kita masih belum buat keputusan sama ada nak keluarkan emas tu dalam bentuk apa kelak. Adakah dalam bentuk gold bar, syiling emas dan berapa beratnya kelak.

 

Nanti bila kita dah buat keputusan untuk bawa keluar emas fizikal dari akaun GAP, masa tu kita akan dikenakan Gold Premium, bergantung kepada apa jenis emas yang kita nak keluarkan.

 

Macam saya sendiri, secara peribadi untuk permulaan saya target nak bawa keluar emas dalam bentuk gold bar 20 gram. Kalau nak beli terus emas 20 gram pun boleh, cuma harganya agak tinggi dan buat masa ni saya tak ada duit sebanyak tu untuk buat pembelian secara lump sum.

harga-emas-public-gold

Seperti yang anda boleh lihat pada jadual diatas, harga emas 20 gram Public Gold adalah RM5,296

 

Kalau nak tunggu ada duit sebanyak tu, memang tak terbeli gamaknya. Jadi, lebih baik beli sikit-sikit. Sebulan beli 1 gram, dan In Shaa Allah masuk bulan yang ke 20 nanti dah boleh bawa keluar jongkong emas seberat 20 gram.

 

Susah ke cara nak beli emas menerusi kaedah akaun emas GAP Public Gold?

Cara nak beli emas menerusi kaedah GAP sangat mudah. Saya akan tunjukkan langkahnya satu per satu.

 

Sebagai permulaan, anda perlu daftar akaun Public Gold terlebih dahulu. Untuk jadi ahli, anda perlukan seorang introducer atau anda boleh walk in ke mana-mana cawangan.

 

Saya juga adalah seorang dealer Public Gold, dan jika anda ingin jadi ahli Public Gold dan mula mengumpul dan menyimpan emas Public Gold, boleh hubungi saya untuk daftar sebagai ahli.

 

Setelah jadi ahli, anda tak perlu beli emas dari saya. Untuk urusan pembelian, semuanya hanya perlu berurusan dengan Public Gold. Namun jika anda ada sebarang soalan dan pertanyaan, masa tu boleh tanya pada saya bila-bila masa apa-apa soalan berkaitan emas.

 

Langkah demi langkah cara beli emas melalui GAP

Mula-mula sekali, anda layari laman web Public Gold.

https://publicgold.com.my/

laman-utama-public-gold

Dekat laman utama ini ada butang Login.

 

Klik pada butang login dan masukkan maklumat username dan password anda. Username adalah kod PG (PG Code) yang diberikan kepada setiap ahli berdaftar Public Gold.

Sekali lagi, kalau anda masih belum ada kod keahlian dan minat nak daftar sebagai ahli, boleh hubungi saya untuk saya bantu anda jadi penyimpan emas.

 

Bila dah berjaya login, terus klik pada bahagian bertulis MYGAP.

 

Bila anda dah klik MY GAP, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Klik sahaja pada Go To New Site.

 

Berikut adalah paparan member area.

emas-public-gold-gap

Saya pun baru mula menyimpan emas dengan Public Gold melalui program GAP ini. Buat masa ini, baru ada 1 gram emas dalam simpanan. In Shaa Allah ada rezeki, saya akan tambahkan lagi simpanan.

 

Untuk beli emas, klik sahaja pada butang Buy GAP Now.

emas-public-gold

 

Kita akan dibawa ke halaman untuk kita pilih nak beli berapa gram emas.

Pembelian minimum ialah sebanyak RM100. Kita akan dapat 0.3788 gram.

Pada saya, angka tersebut tak berapa cantik, jadi apa kata tambah sikit duit untuk cukupkan 0.5 gram. Harganya baru RM132.

 

Dalam contoh ini, saya tunjuk yang saya beli 1 gram emas sahaja. Jumlah yang perlu saya bayar ialah RM264.

 

Untuk pembayaran, boleh gunakan online banking (FPX) dan seterusnya tekan butang Place Order.

 

Saya buat bayaran menggunakan akaun Maybank.

Anda boleh pilih apa-apa akaun bank yang tersenarai nanti.

 

Login akaun bank dan teruskan dengan proses pembayaran.

Setelah pembayaran kita berjaya, kita akan dapat notifikasi seperti diatas.

 

Selepas itu kita boleh kembali ke akaun kita untuk lihat, apakah status pembelian kita. Biasanya kena tunggu beberapa minit untuk sistem mengemaskini tempahan kita.

emas-gap-patuh-syariah

Macam dekat atas ini, status tempahan saya masih lagi processing.

 

Tapi benda ni sekejap je. Tak lama lepas tu, sistem pun dikemaskinikan dan pembelian saya telahpun disahkan.

Jadi sekarang ni, saya sudah mempunyai 2 gram emas dalam akaun GAP.

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, konsep GAP ini lebih kurang macam menabung. Kita beli emas sedikit demi sedikit. Nanti bila dah capai jumlah berat yang kita nak, barulah kita buat pengeluaran emas fizikal.

 

Misalnya kalau anda nak kumpul sampai cukup 100 gram, masa tu boleh keluarkan jongkong emas seberat 100 gram macam dibawah ini.

emas-public-gold-100gram

Kalau ada duit boleh je beli terus. Tak perlu melalui GAP. Saya semak harganya pada waktu tu ialah RM26,237.

 

Pada saya mungkin mahal, tapi pada anda, jumlah ini mungkin biasa sahaja.

 

Emas dan aura kekayaan

Orang yang pernah dan biasa simpan emas, pasti akan perasan perkara ini. Emas ini mempunyai aura tertentu yang membuatkan kita nak beli emas dan kumpul emas banyak-banyak.

 

Kita tengok orang perempuan. Sesetengahnya ada hobi beli barang kemas. Selang beberapa bulan mesti akan beli barang kemas. Kemudian bila dapat bonus, pun akan beli emas dulu.

 

Dia sentiasa upgrade dan tambah emas dalam simpanan dia.

 

Adakah rugi menyimpan emas ni? Jawapannya sudah tentu tidak. Tak rugi simpan emas. Malahan emas tu sendiri adalah barangan berharga. Andai kata satu hari nanti, si pembeli emas ni perlu duit, pada bila-bila masa dia boleh bawa barang kemas yang ada dalam simpanannya untuk dipajak dan dapatkan duit tunai.

 

Macam saya sendiri, kali pertama beli emas, saya pun mula rasa termotivasi untuk beli lagi dan lagi. Rasa seronok bila tengok berat emas dalam simpanan kita makin bertambah. Biarlah walau cuma bertambah 1 gram sahaja setiap bulan. Yang penting bertambah!

 

Ini berbeza dengan apabila kita simpan duit tunai (cash).

 

Bila kita simpan cash, masa tu akal kita mula berfikir, apa nak beli dengan duit cash yang ada dalam akaun bank. Bila rasa ada keinginan nak beli sesuatu, dan kita ada cash yang berlebihan, masa tu cukup mudah untuk buat pembelian.

 

Salah ke?

 

Tak salah. Cuma dalam keadaan saya sendiri, selalu terjadi, lepas beli barang terus rasa menyesal. Menyesal sebab beli, padahal barang yang dibeli tu bukanlah penting sangat.

 

Ini berbeza dengan beli emas.

 

Bila dah beli emas, terus rasa nak beli lagi dan lagi. Tapi sebaik-baiknya beli emas ikut keperluan dan kemampuan dulu. Almaklumlah, kita juga perlu duit tunai untuk kelangsungan hidup.

 

Masalahnya saya tak mampu beli emas

Saya juga pernah mempunyai pemikiran yang sama.

 

Nak beli emas? Mana mampu. Kemudian saya terus lupakan idea untuk beli emas.

 

Anehnya, disaat saya kata saya tak mampu nak beli emas, saya masih mampu beli baju baru (harga sekitar RM20 – RM30), kereta mainan hot wheel (RM10 – RM20), beli makanan overprice, beli diamond dalam game, dan sebagainya.

 

Kesemua tu adalah satu perbelanjaan yang tak perlu, tapi saya lakukan sebab saya ada kemahuan. Jumlahnya, jika dikira-kira, mungkin hampir menyamai RM200 – RM300. Dengan pembaziran sebanyak ini, saya sebenarnya boleh beli at least 0.5 gram – 1 gram emas.

 

Beli emas, tak ada duit.

Belanja untuk barang yang tak perlu dan tak ada nilai, boleh tak ada masalah.

 

Saya faham, situasi kita sudah tentu tak sama. Mungkin anda benar-benar susah dan tak mampu beli emas, tak apa. Itu saya akan beri cadangan kemudian ya.

 

Sekarang ini, saya nak ajak mereka yang lifestyle lebih kurang macam saya, yang sebelum ini banyak membeli barang-barang yang tak perlu, untuk utamakan beli emas dulu.

 

Tak perlu mula dalam jumlah yang besar.

 

Saya syorkan, mula dalam kuantiti yang kecil, misalnya start dengan 0.5 gram dulu melalui akaun GAP. Nanti bila dah rasa selesa, dah mula dapat rentak, barulah naikkan jumlah simpanan tersebut.

 

In Shaa Allah, kita menabung sedikit demi sedikit, lama-lama pasti emas kita akan bertambah.

 

Bagaimana dengan orang yang tak mampu beli emas?

Kalau anda masih belum mampu beli emas, ketahuilah bahawa dunia ini masih belum berakhir.

 

Kalau dengan pendapatan yang anda hasilkan sekarang tak mampu untuk beli emas, jawapannya adalah wujudkan pendapatan baru, dan khaskan pendapatan yang baru itu nanti hanya untuk beli emas sahaja. Bukan untuk beli benda lain.

 

Tak tau macam mana nak wujudkan income baru?

Senang sahaja.

 

Baca posting saya berjudul 50 kerja boleh dilakukan ketika pandemik. Dekat situ ada macam-macam kerja yang anda boleh pilih dan buat. Daripada 50 tu, takkan tak ada satu pun yang anda boleh buat?

 

Kemudian, baca juga posting saya tentang cara buat duit dengan PG Mall. Saya recommend PG Mall sebab ia ada potensi untuk berikan anda pendapatan pasif, jika anda lakukan dengan betul.

 

Bila dah dapat income tu nanti, belilah emas.

 

Setakat mana anda nak usaha, terpulang pada anda. Usaha lebih, dapat lebih. Usaha kurang, komplen banyak, dapatlah seperti mana yang anda dapat sekarang.

 

Baiklah, sekian dulu perkongsian saya mengenai cara untuk membeli dan menyimpan emas menerusi akaun emas GAP Public Gold. Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau ingin mula menyimpan emas seperti saya, bolehlah hubungi saya.

 

Whatsapp > https://publicgoldsh.wasap.my/ @ 011-5689 0863

 

 

 

The post Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP appeared first on Blog Sabree Hussin.


Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog

$
0
0

Apakah dia langkah pertama yang perlu diambil, bagi mereka yang berminat untuk memulakan projek blog sendiri dan menjana pendapatan dari blog tersebut?

 

Ya, saya percaya setiap orang akan ada pandangan dan pendapat masing-masing. Mereka membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang tepat pada keadaan dan situasi mereka.

 

Dari soalan mudah ini, mungkin akan terbit beberapa cadangan jawapan, misalnya, langkah pertama yang perlu diambil kalau nak buat blog sendiri, adalah dapatkan nama domain dan hosting, atau mungkin akan ada yang bagi jawapan untuk daftar akaun dengan blogspot dan sebagainya.

 

Jawapan tersebut ada benarnya, cuma pada saya, ada perkara lain yang lebih penting berbanding dapatkan nama domain dan hosting, atau daftar akaun blogspot. Anda nak tahu apa langkah tersebut? Langkah yang saya maksudkan adalah memilih topik yang sesuai untuk projek blog tersebut.

buat-duit-online

Dari pengalaman saya sebelum ini, apabila saya buat keputusan sama ada nak lancarkan satu lagi projek blog baru atau tidak, saya akan sediakan dulu cadangan senarai topik yang saya kira “berbaloi” untuk diwujudkan dalam bentuk blog.

 

Seterusnya, saya akan buat brainstorming bertitik tolak daripada cadangan senarai topik tersebut. Katakanlah, saya berkenan dengan topik “travel” atau percutian. Saya akan tanyakan soalan pada diri saya dulu, adakah ini merupakan satu topik yang bagus untuk diterokai?

 

By the way ada ke pembaca blog ini yang suka pergi bercuti? Kalau anda juga suka bercuti, besar kemungkinan, anda juga mampu untuk hasilkan blog tentang percutian yang hebat satu hari nanti.

 

Apabila kita dah tahu apa topik yang kita bakal tulis, maka langkah seterusnya adalah kenalpasti apa-apa cabaran yang perlu kita hadapi untuk bangunkan sebuah blog berdasarkan topik tersebut.

 

Nak bangunkan sesebuah blog, sudah tentu ada cabarannya. Anggap macam kita nak mula tulis sebuah buku, pasti buku tersebut tak akan mampu disiapkan dalam masa satu hari. Kita perlu ada sumber rujukan, jika topik tersebut bukannya topik yang kita betul-betul mahir.

 

Jika blog tersebut adalah tentang perkongsian pengalaman, sudah tentu kita perlu ada pengalaman melalui sesuatu peristiwa terlebih dahulu. Topik ini, saya akan ulas dengan lebih mendalam kemudian.

 

Sekali lagi, saya ambil contoh topik mengenai percutian. Kalau nak bercerita tentang bercuti, perkara-perkara berikut sesuai untuk dimuatkan sebagai konten blog.

(1) Tempat-tempat percutian dan lokasi tarikan pelancong yang menarik untuk dikunjungi

Katakanlah kita nak tulis satu artikel mengenai percutian ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi itu sendiri merupakan satu destinasi percutian yang agak luas, dan disana terdapat banyak lagi lokasi-lokasi tertentu yang menjadi tumpuan pengunjung.

 

(2) Tempat penginapan yang unik dan menarik

Tempat percutian begitu sinonim dengan tempat penginapan. Kalau sesuatu destinasi percutian itu memiliki banyak pilihan tempat untuk menginap itu sangat bagus, sebabnya kita bakal mempunyai banyak peluang untuk membuat review dan ulasan tempat penginapan yang berlainan.

 

(3) Senarai tempat makan

Biasa kalau kita pergi bercuti dekat tempat yang baru pertama kali kita sampai, kita akan ada masalah untuk memilih tempat makan atau restoran yang menarik. Saya sendiri akan bergantung pada google untuk dapatkan maklumat, tempat makan yang mana yang sedap dan sesuai untuk dikunjungi.

 

Sekarang ini, bila saya dah ada blog sendiri tentang percutian, saya akan kongsikan antara tempat-tempat makan yang saya pernah kunjungi. Ini secara tak langsung dapat membantu mereka yang nak pergi bercuti dan dapat membantu pemilik restoran memperkenalkan restoran mereka kepada orang luar.

 

(4) Budaya dan adat sesebuah masyarakat

Ini juga merupakan satu keunikkan yang hanya terdapat pada masyarakat setempat. Elemen budaya ini dapat dilihat dari segi cara pemakaian, cara percakapan, seni bina, makanan dan sebagainya.

 

(5) Peristiwa bersejarah yang berkaitan

Jika anda meminati topik sejarah, saya pasti anda akan rasa seronok untuk berkunjung ke tempat-tempat seperti muzium apabila bercuti di sesebuah tempat percutian.

 

Kalau bercuti di Melaka memang banyak muzium yang kita boleh kunjungi dan dari situ banyak maklumat dan peristiwa sejarah yang kita boleh pelajari. Bagi penulis blog seperti saya, ini semua sesuai untuk dijadikan sebagai konten.

 

(6) Kelengkapan yang diperlukan untuk bercuti disesuatu tempat

Tahukah anda, apakah pakaian yang sesuai untuk dibawa apabila bercuti di Kundasang, Sabah?

Tahukah anda, apakah pakaian dan peralatan yang perlu ada jika ingin melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Payar Marine Park, Langkawi?

 

Kalau mereka yang dah ada pengalaman mungkin ini bukan satu masalah besar. Sebaliknya bagi yang baru pertama kali, sudah pasti mereka ingin siap sedia dengan segala kelengkapan supaya aktiviti yang bakal mereka lakukan nanti dapat berjalan dengan lancar.

 

(7) Persediaan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bercuti

Topik mengenai persediaan ini juga sebenarnya adalah satu topik yang penting. Misalnya nak siap sedia dengan perlindungan insurans, gadget, pakaian, dokumen dan sebagainya.

 

(8) Peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi semasa bercuti

Bila kita pergi bercuti, kita rasa sangat excited dan seronok nak beli macam-macam barang. Kalau boleh banyak barang kita nak borong! Tapi awas, kena tahu apa undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

Bimbang nanti, kita akan dikenakan denda, bayaran tambahan untuk duti dan sebagainya. Ada juga barang yang tak dibenarkan untuk bawa keluar dari tempat percutian, melainkan dengan bayaran yang mahal pada pihak kastam.

 

(9) Aktiviti yang boleh dilakukan

Ada sesetengah orang, dia sangat excited bila boleh pergi bercuti. Tapi bila dah sampai di destinasi percutian, dia tak tahu apa aktiviti yang dia boleh buat. Jadi sepanjang dia berada disana, masanya hanya dihabiskan untuk buat aktiviti sight seeing sahaja.

 

Kemudian pada hari-hari terakhir, baru dia tahu, ada banyak aktiviti menarik yang dia boleh lakukan. Tapi itu semua dah terlambat. Masa yang tinggal dah tak banyak.

 

Ataupun ada juga sesetengah keadaan yang mana, mereka ini salah dalam menyusun jadual aktiviti lalu menyebabkan mereka tak sempat mengunjungi banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada disitu.

 

(10) Kereta sewa dan sebagainya

Percutian ke Langkawi, atau ke Kota Kinabalu misalnya, memang memerlukan kita untuk mendapatkan khidmat kereta sewa. Kalau kita ada pengalaman menyewa kenderaan semasa bercuti, bolehlah kita syorkan beberapa syarikat yang pada pendapat kita mampu untuk tawarkan servis yang baik.

 

Pemilihan sesuatu topik ini perlu diberikan perhatian yang serius. Sebaik-baiknya, kita pilih satu topik yang ada banyak perkara yang kita boleh tulis nanti.

 

Bagi menghasilkan sebuah artikel yang baik, adakalanya kita perlu merasai pengalaman tersebut dan berada disesuatu tempat itu. Contohnya, kalau kita nak bercerita tentang pengalaman hiking di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kalau kita tak pernah ada pengalaman dan tak pernah sampai ke tempat itu, bukan mudah nak hasilkan artikel sedemikian.

 

Dalam keadaan yang ideal, kita sepatutnya pilih satu topik (atau lebih) yang kita rasa suka dan teruja untuk bincangkan dalam blog kita tu. Selalunya, topik yang kita betul-betul minat dan suka, kita akan lebih excited untuk terus menulis walaupun pada peringkat awalnya, tak ramai yang baca blog kita.

 

Kenapa perlu beri keutamaan pada pemilihan topik?

Topik yang bakal kita tulis dalam blog kita itu nanti, ibarat satu road map, atau peta jalan yang akan menjadi panduan kemana arah tuju blog kita dimasa akan datang.

 

Lagi satu, ini untuk elakkan anda berada dalam satu situasi, yang mana anda sendiri tak tahu, apa nak dilakukan dengan blog yang baru anda hasilkan.

 

“Saya dah ada blog, boleh tak tolong bagi cadangan apa yang patut saya tulis dalam blog saya?” 

Saya beberapa kali ditanya soalan seperti ini.

 

Si penanya ini mungkin terlebih excited masa mula-mula tahu yang dari blog boleh hasilkan pendapatan. Lalu dia terus daftar nama domain, sewa hosting dan mula memasang blog dengan sistem wordpress.

 

Selepas semua hal-hal teknikal telah siap, baru dia terfikir, apa yang dia patut tulis dalam blog yang baru dihasilkan? Pada saya ini adalah satu langkah yang silap. Sepatutnya dia bersedia dengan topik yang ingin ditulis terlebih dahulu, kemudian barulah dia mula lancarkan blog.

 

Cadangan topik atau niche untuk projek buat duit dengan blog

Blogging ini akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan bila kita memilih untuk menulis topik-topik yang kita minat.

 

Selain memilih topik yang kita betul-betul minat, kita juga boleh pilih apa-apa topik yang sifatnya sentiasa malar segar.

 

Satu perkara yang saya ingin tekankan ialah, ketika kita memilih sesuatu topik atau niche, pilihlah satu topik yang kita tahu ada orang minat dengan topik tersebut. Itu lebih mudah berbanding kita main tulis sebarang topik, kemudian kita mengharap akan ada orang yang minat dengan topik yang kita tulis.

 

Disini saya ingin kongsikan beberapa beberapa contoh topik untuk anda pilih. Semoga apa yang bakal saya kongsikan disini dapat menjana idea untuk projek anda kelak.

 

Ini dia topik-topik yang anda boleh pertimbangkan untuk tulis dalam blog anda.

 

(1) Topik tentang duit

Ya, duit. Ada ke orang yang tak suka duit? Saya rasa tak salah untuk saya katakan, semua orang suka duit.

 

Bila bercakap mengenai duit, ada beberapa topik yang kita boleh kembangkan lagi, sebagai contoh

i. Cara untuk hasilkan duit

Anda mungkin ada info atau tahu macam mana cara untuk hasilkan duit melalui kaedah-kaedah tertentu, misalnya cara buat duit dengan blog, cara buat duit melalui saham, cara buat duit sebagai freelancer, cara hasilkan pendapatan online dan sebagainya.

 

ii. Cara untuk hasilkan lebih banyak duit dengan pelaburan

Topik pelaburan ini adalah satu topik yang bukan semua orang tahu. Masih ramai lagi orang kita yang belum betul-betul faham cara melabur di pasaran saham, cara betul membuat pelaburan hartanah, cara melabur dalam logam emas dan perak dan banyak lagi.

 

iii. Cara untuk jimatkan duit

Teknik-teknik untuk jimatkan duit. Anda mungkin tahu beberapa cara untuk jimatkan duit apabila berbelanja, betul tak? Sebagai contoh, sebelum nak buat sebarang pembelian, buat dulu perbandingan harga, dan anda boleh kongsikan laman web yang menyediakan servis perbandingan harga.

 

iv. Cara untuk uruskan duit

Dekat sini boleh sentuh sikit topik mengenai perlindungan insurans, takaful, wasiat, pengurusan harta pusaka dan banyak lagi.

 

Topik yang bersangkutan dengan duit ini memang sangat luas dan ada banyak benda yang kita boleh tulis.

 

(2) Topik tentang kesihatan

Anda mungkin mempunyai latar belakang atau pernah ikuti latihan berkaitan dengan bidang kesihatan. Apa kata anda menulis satu blog berkenaan dengan kesihatan. Ada macam-macam juga benda yang boleh dimuatkan dalam blog berkaitan dengan kesihatan, misalnya

 

i. Tips pemakanan sihat dan seimbang serta diet

ii. Teknik senaman untuk mendapatkan bentuk badan ideal

iii. Tips mengenai makanan tambahan

iv. Tips pemilihan produk untuk penjagaan diri

v. Petua tradisional

vi. Pembongkaran mitos dan salah faham mengenai kesihatan dan sebagainya

 

Niche kesihatan ini juga merupakan satu niche yang ada sangat banyak perkara yang kita boleh tulis. Namun awas, jika anda tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu yang betul, sebaik-baiknya anda jangan menulis tentang topik ini. Bimbang nanti nasihat yang anda berikan lebih mendatangkan impak negatif berbanding positif.

 

(3) Topik tentang famili dan kekeluargaan

Setiap hari, akan ada pasangan yang menimang cahaya mata. Mereka ini, ada yang memerlukan rujukan dan jawapan untuk masalah yang mereka hadapi. Sesetengah individu agak segan kalau nak bertanya kepada individu yang mereka kenali tentang masalah yang mereka sedang hadapi. Jadi, untuk jawapan segera, mereka akan cari jawapan menerusi pembacaan di internet dengan bantuan google.

 

Manalah tahu, satu hari nanti blog anda akan dijadikan rujukan, untuk masalah yang mereka hadapi.

 

Antara beberapa perkara yang boleh dan sesuai dimuatkan jika anda memilih untuk buat blog dalam niche ini ialah perkara-perkara seperti

i. Cara langkah demi langkah untuk mendaftar perkahwinan bagi pasangan baru

ii. Tips rumah tangga bahagia

iii. Nasihat berkaitan dengan hubungan suami isteri

iv. Cara mendidik anak-anak mengikut peringkat yang berbeza

v. Cara mendidik isteri

vi. Cara menjadi suami yang mithali

vii. Cara memujuk isteri/suami yang merajuk

viii. Cara untuk dapatkan semula bekas kekasih/tunang/isteri/suami

 

Ya, banyak benda yang boleh ditulis, kan? Cuma secara peribadi saya tak berapa minat topik atau niche ni, jadi saya tak pernah tulis apa-apa artikel berkaitan dengan topik seumpama ini.

 

(4) Topik tentang kerjaya

Dalam topik tentang kerjaya ini, juga ada banyak benda yang kita boleh kembangkan.

 

i. Kita boleh cerita tentang tips kerjaya dalam bidang atau industri tertentu

ii. Tips menghasilkan resume

iii. Persediaan dalam menghadapi soalan temuduga

iv. Perkongsian pengalaman kerja dalam industri yang berbeza

v. Sesi temubual dengan wakil mana-mana syarikat

 

Cuba bayangkan satu situasi ini. Ada satu keluarga ini, dia mungkin mengharapkan akan ada dalam kalangan anak-anaknya yang bakal jadi seorang doktor. Tapi ada satu masalah. Dia tak tahu, apakah perjalanan pendidikan yang perlu dilalui untuk seseorang itu dapat merealisasikan impiannya untuk jadi doktor.

 

Mungkin anda boleh hasilkan sebuah blog, yang memberi langkah demi langkah untuk jadi seorang doktor.

 

Apa sekolah yang dia perlu masuk untuk jadi doktor.

Mana universiti yang dia patut pilih untuk lanjutkan pelajaran.

 

(5) Topik berkaitan dengan hobi

Hobi ini ada pelbagai, dari hobi yang boleh dikatakan sebagai low cost, hinggalah kepada hobi yang sangat tinggi kos nya.

 

Hobi mengumpul set action figure, hobi bermain kereta control dan macam-macam lagi jenis hobi.

 

(6) Topik berkaitan dengan sukan dan aktiviti luar (outdoor) 

Saya ada kawan yang cukup minat dengan sukan bola sepak. Bila dia ulas tentang satu perlawanan bola sepak, memang boleh tercengang saya dibuatnya.

 

Saya rasa, kalau dia jadi penulis blog dan kongsikan ulasan sukan yang dia buat, mesti dia boleh pergi jauh! Tapi tula… biasanya orang yang minat sukan, minat buat ulasan tentang sesuatu perlawanan, tak minat nak jadi penulis blog pula.

 

Untuk blog berkaitan sukan ini, biasanya pemilik blog akan fokus pada satu jenis sukan sahaja. Misalnya sukan bola sepak, bola keranjang atau baseball sahaja. Tapi kalau dia ada kemampuan, nak tulis tentang banyak-banyak sukan dalam satu blog juga tak ada masalah.

 

Andai kata anda minat nak tulis blog berkenaan dengan aktiviti sukan dan outdoor tapi tak ada idea nak tulis pasal apa, apa kata anda dapatkan idea daripada senarai produk berkaitan sukan yang dijual di Decathlon ini.

 

(7) Topik keagamaan, motivasi dan inspirasi

Bagi mereka yang gemar membaca buku-buku motivasi atau buku-buku dalam kategori self-help, anda mungkin cenderung untuk menulis dalam topik motivasi.

 

Biasanya orang yang minat topik ini juga selalu kongsikan kata-kata nasihat, kata-kata hikmah dan mutiara kata di media sosial miliknya. Cuma selama ini asyik kongsikan kata-kata orang lain, jadi kali ini dia berhasrat untuk hasilkan sendiri mutiara kata hasil tangan sendiri.

 

Apabila saya banyak membaca buku motivasi, tak kiralah sama ada buku tersebut ditulis oleh penulis tempatan atau luar negara, saya dapati penulisan buku motivasi selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan si penulis.

 

Jika penulis adalah seorang Muslim, maka kata-kata motivasinya adalah bersandarkan kepada kalam Allah dan juga hadith Nabi.

Jika penulis adalah seorang kristian, maka kata-kata motivasi yang dilontarkan adalah berdasarkan kepada potongan ayat bible.

Manakala jika penulis adalah seorang Atheis, maka kata-kata motivasi yang dimuatkan adalah berdasarkan kata-kata seorang ahli sejarah, tokoh pemikir, saintis, alam sekitar, perilaku haiwan dan sebagainya.

 

Saya berpendapat, topik motivasi ini dekat dengan kepercayaan seseorang itu. Kalau nak hasilkan blog berkaitan motivasi, sebaik-baiknya kita dalami juga ilmu agama. Bukan apa, bimbang nanti kata-kata motivasi yang kita lontarkan nanti bertentangan pula dengan nas Al-Quran dan sunnah Nabi. Nasihat ini untuk penulis beragama Islam.

 

(8) Topik hiburan

Blog hiburan adalah antara jenis blog buat duit yang banyak orang buat. Cuma itulah, kadang-kadang posting yang dihasilkan agak mengarut, remeh temeh dan sebagainya. Tapi kalau dah memang itu yang dicari oleh peminat, apa salahnya, kan.

 

Dalam blog hiburan ini, kita boleh tulis perkara-perkara seperti

i. Perkembangan artis

ii. Latar belakang dan biodata artis

iii. Gosip

iv. Fashion

 

Pada asasnya, apa-apa yang bermotifkan hiburan, sesuai untuk dimuatkan dalam blog yang bakal kita hasilkan kelak, jika kita mensasarkan untuk menulis dalam topik hiburan.

 

(9) Topik automatif

Blog tentang kereta dan jentera juga merupakan satu lagi jenis blog yang bagus untuk dimulakan. Itupun kalau anda mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang ini.

 

Antara perkara yang boleh dimuatkan adalah seperti

i. Model-model kenderaan

ii. Cara penjagaan enjin

iii. Review model terbaru

iv. Aksesori

 

(10) Masakan dan makanan

Blog dalam niche ini biasanya diminati oleh golongan wanita. Dalam blog yang sama ini, kita boleh masukkan konten berbentuk

i. Resipi masakan

ii. Kongsi restoran dan tempat makan yang menarik

iii. Makanan tradisi yang unik

 

Blog dalam niche ini sangat sesuai digabungkan dengan channel Youtube. Maksud saya, disamping buat konten dalam bentuk artikel, buat juga konten dalam bentuk video.

 

(11) Buku

Buat blog semata-mata nak membincangkan tentang buku! Ada ke yang sanggup nak buat macam ni?

 

Saya ada plan nak buat blog dalam niche ini. Satu blog khas yang bercerita mengenai buku-buku yang saya pernah baca sebelum ini. Tapi memandangkan saya dah ada banyak blog, dan risau juga kalau blog baru tu nanti tak terurus, jadi saya tangguhkan dulu hasrat tersebut.

 

Blog yang berkaitan dengan buku ini sesuai digabungkan dengan program dropship Usahawan Buku. Sambil kita bercerita tentang buku yang kita baca, kita boleh ambil order terus dari pembaca yang mungkin minat nak beli buku yang sama yang kita cerita.

Ada beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu buku yang ada dipasaran, dan kalau anda memilih untuk menulis tentang buku-buku yang pernah diterbitkan, saya pasti anda tak akan kehabisan topik untuk ditulis.

 

(12) Haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan ini juga ada macam-macam, jadi anda bolehlah tulis blog ikut jenis haiwan peliharaan yang anda suka, sama ada nak tulis pasal kucing, anjing, hamster, ular dan sebagainya.

 

Kalau dekat negara kita ini, agak sukar nak jumpa blog yang fokus menulis tentang haiwan eksotik yang dijadikan haiwan peliharaan.

 

(13) Politik dan kajian sains sosial

Bila kita tulis blog berkaitan dengan politik, bukanlah bermaksud kita perlu jadi macai atau walaun parti tertentu. Sebaliknya kita melihat sesuatu isu politik dalam konteks yang lebih meluas.

 

Kalau dekat universiti ada jurusan Sains Politik, dan mungkin pengkaji dan juga pelajar dalam bidang ini dapat memperbetulkan konsep politik yang sebenar. Saya pasti, politik itu luas dan tidak terhad pada isu bangsa, kaum dan agama semata-mata.

 

(14) Topik tentang komputer, gadget dan teknologi

Kalau saya merupakan seorang yang tech savvy, saya pasti akan buat blog dalam niche ini. Tapi sayang, saya tak berapa mahir dalam bidang ini. Maka tak dapatlah saya menulis dan menghasilkan blog berkaitan dengan niche ini.

 

Pada saat ini, saya masih lagi blur bila baca maklumat spesifikasi gadget, komputer dan sebagainya. Nampak sangat saya tak sesuai menulis bab ini.

 

Tapi kalau anda adalah seorang yang mahir dalam bab ini, ini merupakan satu peluang untuk anda menghasilkan blog yang bagus berkaitan dengan topik ini.

 

(15) Game

Sekarang ini dah semakin ramai anak muda yang jadi streamer sambil berkongsi skrin dia bermain game. Konsep ini memang agak asing beberapa tahun kebelakang, tapi sekarang ini, ia dah mula diterima dan mendapat tempat.

 

Sekarang ini pun ada macam-macam game yang kita boleh main. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Senang cerita, kita tak akan kehabisan topik kalau nak menulis mengenai topik game ini.

 

(16) Fotografi

Apa nak tulis kalau nak buat blog mengenai fotografi? Ada macam-macam yang boleh kita tulis, misalnya

i. Tips ambil gambar

ii. Tips menghasilkan video

iii. Servis fotografi

iv. Cara buat duit dengan fotografi dan macam-macam lagi

 

(17) Komik

Kalau kat luar negara, niche komik ini adalah salah satu niche yang agak kuat dan ada banyak pengikut. Kalau kita lihat dalam forum-forum dan laman web seperti quora, berlaku perbincangan yang sangat sihat dan aktif bila bercerita tentang komik.

 

Komik yang saya maksudkan ini adalah sama ada komik manga jepun, komik hong kong, marvel mahupun DC.

 

(18) Filem, tele-filem, drama dan anime

Pada awalnya saya ingin himpunkan topik filem ini dalam satu tempat yang sama, iaitu hiburan. Tapi saya rasa kalau anda nak buat blog berkenaan dengan filem sahaja, lebih baik buat satu blog khas yang tak bercampur aduk dengan topik hiburan.

 

Blog tersebut fokus pada filem, drama dan anime sahaja. Itupun sebenarnya ada banyak yang boleh ditulis.

 

(19) Bisnes

Blog berkaitan dengan bisnes, cara menjalankan bisnes, strategi, teknik pemasaran dan sebagainya. Blog jenis ini juga sebenarnya ada peminatnya yang tersendiri.

 

Dekat luar sana, ada ramai usahawan yang menjalankan bisnes secara hentam keromo sahaja. Bila ada blog berkaitan bisnes, setidak-tidaknya boleh dijadikan panduan dan orang yang buat bisnes tapi tak ada pengalaman dan tak ada latar belakang bisnes juga boleh belajar sesuatu.

 

Dalam topik bisnes ini juga kita boleh perkenalkan pelbagai jenis bisnes kepada pembaca. Ada sesetengah orang ini, dia nak buat bisnes tapi tak tahu nak pilih bisnes apa. Mungkin daripada senarai bisnes yang anda bakal cadangkan nanti, pembaca tersebut akan dapat idea.

 

(20) Berita

Blog berkaitan dengan berita ini akan mengupas dan mengulas berita-berita yang pernah berlaku atau isu semasa. Kalau nak buat blog jenis ini, anda kena jadi antara yang terawal mengupas dan menulis sesuatu isu, barulah blog anda itu nanti akan ada ramai pembaca.

 

Saya masih tak tahu nak pilih topik apa untuk blog saya… Apa patut saya buat?

Ada ketikanya, tidak memilih sebarang topik yang spesifik untuk projek blog anda, juga adalah satu strategi yang baik.

 

Apa-apa strategi, walaupun nampak lemah, masih lagi lebih baik kalau nak dibandingkan dengan langsung tak ada strategi.

 

Pada tahun-tahun pertama saya mula bergiat dalam bidang penulisan blog, saya juga tidak mempunyai sebarang topik yang spesifik untuk ditulis dalam blog saya. Saya tulis apa yang saya rasa nak tulis, dan apa-apa topik yang saya rasa selesa dan setidak-tidaknya ada pengetahuan mengenai topik tersebut.

 

Blog saya, adalah blog personal. Jadi, saya menggunakan blog tersebut sebagai satu medium untuk mengekspresikan segala perkara yang terlintas dalam fikiran saya.

 

Kalau pada sekian waktu, saya rasa nak bercerita tentang topik pengurusan kewangan, maka saya akan tulis topik tersebut.

Kalau saya rasa, saya nak beramal, dan sebarkan ilmu yang bermanfaat, saya akan curahkan segala yang saya tahu dalam satu blogpost.

Ataupun, kalau saya tergerak untuk melakukan kerja-kerja dakwah, maka saya akan kongsikan sedikit pengetahuan agama yang saya tahu dalam blog saya.

 

Dalam salah satu blog yang saya pernah tulis dulu, antara topik yang saya tulis adalah topik yang sama yang saya sedang belajar di universiti. Sambil saya menulis di blog, sambil tu saya dapat mengulangkaji apa yang saya pelajari semasa berada di dalam dewan kuliah.

 

Kalau memang serius tak tahu nak tulis topik apa, tulis je apa-apa topik yang anda rasa anda mampu untuk tulis. Pada peringkat awal, fokus untuk dapatkan seberapa banyak artikel yang boleh, untuk diterbitkan dalam blog tersebut.

panduan-memilih-topik-blog

Hakikatnya, blog personal juga boleh pergi jauh.

 

Blog personal ini lebih santai dan tak terikat pada sebarang niche atau disiplin ilmu tertentu. Kita agak bebas untuk menulis sebarang topik yang kita rasa sesuai. Cuma bila kita sebut blog personal ni, kalau boleh janganlah tulis sesuatu yang terlalu bersifat peribadi.

 

Contoh yang bersifat terlalu peribadi adalah seperti apa menu sarapan pagi, menu lunch, aktiviti semasa rehat dan sebagainya.

 

Saya syorkan kalau nak tulis blog dalam niche personal, kita masih lagi perlu menulis dalam kombinasi topik-topik yang telah saya kongsikan dari nombor 1 hingga 20 tadi.

 

Topik yang saya nak pilih dah terlalu banyak orang tulis

Ini boleh jadi satu petanda yang baik. Malahan, ia mungkin satu rahmat bagi kita.

 

Salah satu topik yang saya minat nak tulis, tetapi dekat pasaran dah ada terlalu banyak penulis yang dah tulis topik tersebut adalah topik mengenai pelaburan emas. Kalau pergi ke kedai buku dan perpustakaan, juga kita boleh jumpa banyak buku yang membincangkan topik ini.

 

Antara buku tentang emas yang saya pernah jumpa dan saya pernah baca

  1. PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi
  2. Masa Untuk Emas
  3. Magnet Emas Magnet Kekayaan
  4. Emas & Syariah – Ilmu Tersurat dan Tersirat [order disini]

 

Bagi tujuan projek blogging, saya berpendapat, kalau sesuatu topik itu, ada ramai yang tulis, ini bermakna topik tersebut adalah satu topik yang panas dan ia ada potensi untuk beri keuntungan kepada kita. Kita bandingkan dengan topik yang tak ramai orang nak tulis. Kenapa agaknya ia berlaku? Mungkin sebab topik tersebut tidak begitu menguntungkan.

 

Antara topik yang banyak orang tulis dengan yang tak ramai orang tulis, saya sebenarnya lebih suka tulis topik yang popular. Ia lebih menyenangkan kerja-kerja saya.

 

Saya tak perlu nak susah payah fikir dari mula sampai habis apa yang perlu ditulis dalam blog saya dikemudian hari. Saya hanya perlu ambil mana-mana satu buku yang membincangkan topik yang sama yang saya ingin tulis. Kemudian saya tulis semula artikel dalam blog saya berpandukan kepada buku tersebut, dengan membuat beberapa penambahbaikkan yang sesuai.

 

Matlamat saya adalah untuk menulis satu artikel baru yang lebih baik, berbanding artikel-artikel yang sudah diterbitkan sebelum ini.

 

Topik yang dipilih mempunyai kaitan atau boleh dikaitkan dengan sesuatu produk atau servis

Tak kira walau apa topik yang bakal anda pilih nanti, kalau boleh kita pastikan ada sesuatu produk atau servis yang sesuai untuk kita promosikan.

 

Apabila kita nak bina blog tentang percutian, kita boleh promosikan tempat penginapan, bilik hotel dan sebagainya. Kita sertai dulu program affiliate, seperti program affiliate Involve Asia, Indo Leads, atau Access Trade dan promosikan bilik hotel yang ada disenaraikan di laman web Agoda.

 

Bila ada yang baca blog kita, dan dia rasa berminat nak menginap di hotel yang kita promosikan, kita akan dapat komisen apabila mereka buat tempahan melalui link affiliate yang kita sertakan dalam artikel blog yang kita hasilkan.

Baca juga: Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia? 

 

Wujudnya persaingan antara laman web yang ingin mendominasi topik yang sama

Sesuatu topik yang berpotensi untuk beri keuntungan yang lumayan, lazimnya memang akan ada banyak laman web lain yang akan menjadi pesaing kita.

 

Kita akan bersaing dengan laman web yang sedia ada, ataupun kita akan bersaing dengan laman web baru, yang akan diwujudkan dimasa akan datang.

 

Anggap itu sebagai satu cabaran. Asalkan ia merupakan satu persaingan yang sihat, jadi apa masalahnya? Lainlah kalau dalam persaingan tersebut ada unsur-unsur sabotaj… ha… yang tu jadi tak seronoklah kalau nak bersaing.

 

Sebagai pemilik blog, kita fokus untuk bangunkan sebuah blog yang lebih baik atau yang lebih unik berbanding pesaing kita. Seterusnya, kita serahkan kepada pembaca untuk tentukan, blog mana satu yang lebih menepati selera dan kehendak mereka.

 

Kesimpulan

Bidang penulisan blog ini sangatlah luas. Kita ada macam-macam pilihan topik untuk ditulis. Semuanya terpulang pada kita untuk buat pemilihan.

 

Cuma pesanan ikhlas dari saya, untuk menulis sesuatu topik, perlulah ada ilmu. Bukan main tulis sahaja. Ya, anda mungkin boleh buat duit walaupun anda tak ada ilmu dalam satu-satu topik, almaklumlah anda hanya copy paste daripada artikel orang lain, tapi apa yang anda buat mungkin mendatangkan bahaya kepada orang lain.

 

Anda tak ada ilmu dalam bidang perubatan, tapi anda menulis artikel berkaitan nasihat perubatan. Orang yang baca blog anda pula percaya apa yang anda tulis hingga mereka mengikut segala nasihat yang anda berikan. Jika berlaku sebarang perkara yang tak diingini, sanggupkah anda menanggung akibatnya?

 

Akhir kata, siap sedia dulu dengan topik dan mungkin cadangan tajuk-tajuk artikel yang bakal ditulis terlebih dahulu, kemudian barulah mula daftar blog anda.

 

Baiklah, saya berhenti dulu sampai sini, dan In Shaa Allah saya saya doakan semoga anda juga akan berjaya dalam bidang penulisan ini.

 

 

The post Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog appeared first on Blog Sabree Hussin.

Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti

$
0
0

Adakah anda baru habis peperiksaan SPM?

 

Mungkin anda baru selesai menduduki peperiksaan, atau mungkin telah beberapa tahun berlalu sejak anda menduduki peperiksaan ini, dan hingga ke hari ini, anda masih belum dapat sebarang kerja.

 

Atau adakah anda baru selesai menamatkan pengajian sama ada di peringkat Universiti mahupun kolej? Pada ketika ini anda mungkin sedang mempertimbangkan untuk memulakan kerjaya anda.

 

Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini, proses untuk mencari kerja mungkin agak mengelirukan.

kejayaan-seorang-ejen-affiliate

Ada banyak kerja yang anda boleh mohon tapi tahukah anda apakah kerja tersebut sesuai dengan anda? Jangan nanti anda tersilap memilih kerja yang tidak sesuai dengan diri anda, atau tersilap pilih kerja yang tak selari dengan matlamat jangka masa panjang anda.

 

Di sini saya ingin memberikan anda cadangan kerja yang popular yang sering dijadikan pilihan oleh mereka yang baru lepasan SPM atau yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat universiti.

 

Kerja-kerja ini dipilih bagi tujuan mendapatkan pengalaman kerja, supaya di masa akan datang, anda boleh meletakkan pengalaman yang dilalui semasa bekerja dalam resume anda.

 

Satu lagi yang saya ingin tekankan disini, pendapatan atau gaji yang ditawarkan mungkin tidak begitu besar. Saya harap anda tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Lagipun, kerja pertama selalunya lebih kepada untuk menimba pengalaman, dan bukannya untuk dijadikan kerja sepanjang hayat.

 

Walaubagaimanapun, jika anda rasa serasi dengan kerja tersebut dan ingin meneruskan karier anda dalam bidang itu, ianya juga tidak salah. Sesetengah syarikat ada menawarkan peluang untuk pekerjanya membina karier dan meningkatkan potensi diri dalam syarikat tersebut.

 

Bermula dengan pekerja bawahan, boleh naik sehingga menjadi pegawai kelas atasan. Mereka menyediakan peluang untuk sambung belajar, latihan dan sebagainya. Kalau anda berpeluang untuk bekerja dengan syarikat yang menawarkan kelebihan seumpama ini, hargailah kerja tersebut.

 

Kerja yang saya cadangkan ini memerlukan anda mempunyai keputusan SPM sekurang-kurangnya.

 

Ini bermakna individu yang baru lepasan SPM atau yang baru menamatkan pengajian memang sesuai memohon kerja-kerja disini. Terpulanglah kepada anda sama ada ingin bekerja untuk sementara waktu, kerja secara sambilan (part time) atau ingin terus kerja full time.

 

Tanpa membuang masa jom kita lihat senarainya.

 

(1) Kerja sebagai seorang tutor atau cikgu tuisyen

Pendapatan yang boleh dihasilkan melalui kerja ini adalah sekitar RM1500 ke RM3000 sebulan.

kerja-sebagai-cikgu-tuisyen

Untuk memohon kerja seperti ini anda perlulah mempunyai ciri-ciri seperti seorang yang suka mengajar, boleh bersabar dengan kerenah para pelajar, sentiasa berfikiran positif dan boleh memotivasikan orang lain untuk belajar.

 

Ketika kita cuba untuk memotivasikan orang lain sebenarnya pada masa yang sama kita turut memotivasikan diri kita sendiri.

 

Melalui kerja sebagai seorang cikgu tuisyen anda boleh belajar cara berhadapan dengan ibu bapa yang mementingkan pendidikan yang baik untuk anak-anaknya. Mereka meletakkan harapan yang tinggi pada Pusat Tuisyen agar mampu membantu anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam.

 

Sedikit sebanyak  anda juga bakal belajar cara-cara untuk mengendalikan Pusat Tuisyen. Mungkin satu masa nanti apabila anda ada modal, anda boleh buka Pusat Tuisyen anda sendiri.

[Sila ke halaman ini untuk melihat kekosongan kerja sebagai cikgu tuisyen]

 

Anda boleh memohon kerja sebagai seorang guru tuisyen melalui pautan yang saya kongsikan diatas.

 

Selain bekerja dengan pusat tuisyen, anda juga boleh bergerak sendiri dan menetapkan sendiri berapa kadar upah yang anda mahukan.

bisnes-tusyen-dari-rumah

Ini bermakna anda perlu cari sendiri pelajar yang mungkin minat nak dapatkan kelas bimbingan tuisyen bersama dengan anda. Sekiranya anda minat nak belajar bagaimana cara untuk dapatkan pelajar, boleh lanjutkan pembacaan menerusi laman web ini.

 

Anda mahukan lebih banyak pilihan dan peluang untuk bekerja sebagai seorang tutor? Apa kata anda layari pautan-pautan berikut ya.

 

Sifu Tutor

https://sifututor.my/en/tutor-recruitment/

 

Snap Ask

https://snapask.com/en-my/become-a-tutor

 

Tuition On The Go 

https://tuitiononthego.com/become-a-tutor/

 

My private tutor

https://www.myprivatetutor.my/

 

Tuition Hero

https://tuitionhero.my/get-tuition-jobs

 

Sebelum buat sebarang permohonan kerja sebagai seorang tutor, sila baca dan fahamkan terlebih dahulu, apakah requirement yang diperlukan.

 

(2) Kerja di panggung wayang

Satu lagi tempat yang popular untuk memulakan kerjaya apabila melangkah ke alam pekerjaan adalah bekerja di panggung wayang.

 

Satu kelebihan apabila bekerja di panggung wayang ini adalah anda boleh menonton mana-mana cerita yang baru secara percuma sahaja jika pada waktu itu anda sudah habis bertugas dan ada kerusi yang kosong.

 

Anda boleh masuk dan duduk sambil menikmati cerita tersebut tanpa perlu bayar apa-apa. Cuma tolong jangan bagi spoiler dekat orang lain yang belum tengok ya.

 

Antara tanggungjawab yang perlu dilakukan apabila kerja sebagai crew di panggung wayang adalah menjaga kaunter tiket, menjaga pintu masuk ke bilik tayangan, dan juga bekerja sebagai barista yang menyediakan makanan dan minuman untuk para penonton.

kerja-di-panggung-wayang

Gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM900 ke RM1500 sebulan.

[Lihat senarai kerja kosong di panggung wayang disini]

 

Jika anda mempunyai kelulusan yang lebih tinggi anda berupaya untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

 

(3) Kerja sebagai pembantu khidmat pelanggan ataupun customer service

Bagi pelajar lepasan SPM ataupun yang baru habis belajar di Universiti boleh juga mempertimbangkan untuk memulakan kerjaya sebagai pegawai khidmat pelanggan.

 

Pendapatan yang boleh diraih menerusi pekerjaan ini adalah sekitar RM2500 sebulan.

gaji-kerja-customer-service

Dalam bidang kerja ini anda perlu berinteraksi sama ada dengan pelanggan baru yang ingin berurusan dengan pihak syarikat atau pelanggan sedia ada.

 

Pelanggan akan datang kepada anda membawa pelbagai isu sama ada ingin mengajukan pertanyaan, membuat pembayaran, melakukan tempahan ataupun untuk menyelesaikan masalah.

 

Pelanggan yang akan anda temui terdiri daripada pelbagai latar belakang.

 

Bukan semua pelanggan yang anda akan temui merupakan seorang yang berbudi bahasa dan jika tidak bernasib baik anda mungkin akan terpaksa menguruskan pelanggan yang sedang marah, panik atau yang dilanda masalah.

 

Apa yang bagus dengan kerja ini ialah ia dapat melatih anda membina peribadi yang bagus, dan  anda juga dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang profesional.

[Lihat senarai kerja kosong customer service disini]

 

(4) Kerja di pusat panggilan atau call centre

Saya ada pengalaman bekerja di call center selama lebih kurang 2 tahun. Selepas itu saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan bekerja sebagai eksekutif di syarikat lain. Satu lagi sebab kenapa saya tinggalkan kerja ini adalah kerana tawaran kerja baru yang saya dapat adalah lebih baik dan pakej imbuhan juga lebih menarik.

 

Kerja di pusat panggilan atau call center boleh dapat gaji sekitar RM1300 ke RM2500.

pengalaman-kerja-call-center

[Lihat senarai kerja kosong di Call Center disini]

 

Kerja di pusat panggilan ini lebih kurang sama dengan kerja sebagai customer service cuma bezanya kita hanya perlu bercakap melalui telefon sahaja. Para pekerja lazimnya akan dibekalkan dengan sebuah komputer dan juga headset yang disambung ke sistem telefon.

 

Kita perlu bercakap dengan pelanggan melalui telefon dan cuba selesaikan masalah mereka yang membuat panggilan telefon.

 

Sama seperti kerja customer service kadang-kadang kita akan dapat panggilan daripada pelanggan yang marah-marah.

 

Adakalanya pelanggan agak segan untuk marah-marah apabila pergi ke kaunter kerana di situ terdapat orang lain yang akan memerhatikan gelagat dirinya tetapi apabila melalui panggilan telefon dia tidak malu untuk marah, mengherdik dan menggunakan kata-kata kesat, sebab dia merasakan tiada siapa yang akan tahu apa yang berlaku dalam perbualan tersebut.

 

Walaubagaimanapun kebiasaannya setiap panggilan telefon adalah dirakam bagi tujuan rekod dan juga latihan staff.

 

Jika anda dapat panggilan telefon dari mereka yang sedang marah anda perlu bertenang dan cuba kendalikan situasi dengan sebaik mungkin.

 

Kita tak perlu takut dengan orang yang marah-marah melalui telefon, sebabnya dia tidak boleh apa-apa kan kita. Cuma kita perlu bersifat empati dan cuba memahami situasi pelanggan tersebut dan cubalah yakinkan pelanggan itu bahawa kita di sini ingin membantu sebaik mungkin.

 

Kalau pelanggan itu tetap terus marah dan asyik menggunakan kata-kata kesat, kita boleh beritahu dia yang kita mungkin tidak mampu membantu dengan baik dan jika berterusan begitu, kita ada hak untuk memutuskan panggilan telefon.

 

Kerja kita adalah bantu dia selesaikan masalah, bukannya dengar kata-kata cacian dan makian dari dia.

 

(5) Kerja sebagai pembantu penghantaran atau dispatch

Kerja ini memerlukan seseorang yang benar-benar mahir selok-belok jalan di sesuatu kawasan.  Anda juga perlu mempunyai kenderaan sendiri. Kebiasaannya anda perlu ada motosikal anda sendiri untuk dapatkan kerja ini.

 

Bergantung kepada apa syarikat yang anda minta kerja, boleh jadi anda akan disuruh untuk membuat penghantaran dokumen, barangan keluaran syarikat, ataupun mungkin makanan. Sekarang ini banyak juga restoran yang sudah mula menawarkan servis penghantaran makanan ke tempat pelanggan.

 

Jika kerja perlu dilakukan pada waktu puncak biasanya jalan memang agak sesak, justeru anda perlu tahu laluan alternatif untuk pergi ke sesuatu kawasan supaya barang dapat dihantar tepat pada masanya.

 

Secara peribadi saya berpendapat kerja ini agak bahaya kerana masa anda banyak dihabiskan atas jalan raya. Anda terdedah kepada kemalangan jika tidak berhati-hati atau kurang bernasib baik.

 

Walaubagaimanapun ini adalah salah satu contoh kerja yang banyak diiklankan dan majikan sentiasa perlukan pekerja. Melalui kerja ini anda boleh faham bagaimana sistem kerja yang melibatkan penghantaran.

 

Dari segi kadar upah, anda boleh dapat bayaran sekitar RM1500 ke RM2000 sebulan.

gaji-kerja-despatch

[Jom lihat senarai kerja kosong sebagai despatch disini]

 

Anda mungkin tak begitu berminat untuk bekerja dengan satu majikan dan perlu mempunyai komitmen kerja yang tetap. Anda mungkin lebih selesa bekerja mengikut masa dan ketetapan anda sendiri.

 

Untuk itu, saya syorkan anda memohon kerja sebagai rider. Sekarang ini ada sangat banyak pilihan untuk anda. Ini antaranya

kerja-semasa-covid

Grab Rider

https://www.grab.com/my/driver/delivery-partner/

 

Foodpanda

https://rider.foodpanda.my

 

Deliver Eat

https://jom.delivereat.my/join-delivery-crew

 

Lala Move

https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/driver

 

LEL Express

https://lex.com.my/

 

Ninja Van

https://www.ninjavan.co/en-my/careers

 

Riding Pink

https://ridingpink.com/driver/

 

Tapau Je

https://tapauje.my/

 

Tapau

https://tapaw.com/

 

Mula

https://mula2u.com/deliver-with-mula/

 

Mat Despatch

https://matdespatch.com/my/rider-driver/

 

The Lorry

https://thelorry.com

 

(6) Kerja dalam bidang perhotelan

Hotel adalah salah satu tempat yang anda boleh jadikan tempat untuk mencari rezeki. Dalam sesebuah hotel terdapat pelbagai kerja yang anda boleh lakukan.

 

Ada kerja dalam bidang customer service, kerja sebagai tukang pembersihan, kerja menyambut tetamu ataupun kerja sebagai kerani.

 

Anda boleh lihat pada halaman ini untuk mengetahui apa lagi kerja-kerja yang ditawarkan dalam bidang perhotelan.

kerja-kosong-hotel

Kerja dalam bidang perhotelan ada macam-macam jenis. Gajinya juga tidak sama antara satu sama lain.

 

Namun begitu anda boleh dapat pendapatan sekitar RM1500 ke RM2000 apabila bekerja di hotel.

 

(7) Kerja pembantu jualan atau Sales Assistant

Adakalanya kerja ini juga dipanggil sebagai promoter ataupun tukang promosi. Terdapat dua tugas utama yang anda perlu lakukan apabila kerja sebagai pembantu jualan.

 

Pertama anda perlu bantu syarikat menjual barang-barang yang dijual dipremis perniagaan. Kedua anda perlu bantu pelanggan untuk dapatkan barang yang diperlukan dan bantu pelanggan membuat keputusan yang betul.

 

Kalau anda bekerja sebagai seorang pembantu jualan di kedai yang menjual perabot, anda perlu bantu pelanggan untuk dapatkan perabot seperti mana yang dia inginkan dengan rekaan dan warna yang dimahukan.

kerja-sales-assistant

Setengah syarikat bukan sahaja membayar anda gaji tetapi ada juga syarikat yang menawarkan komisyen tambahan apabila anda berjaya membuat banyak jualan.

 

Kadar gaji yang boleh diperolehi daripada pekerjaan ini adalah sekitar RM1000 ke RM3000.

[Sila lihat senarai kerja kosong sebagai sales assistant disini]

 

Gaji yang anda bakal perolehi boleh jadi lagi tinggi sekiranya syarikat memberi anda komisyen atas jualan yang anda hasilkan

 

Pelanggan yang walk-in ke galeri jualan atau premis perniagaan lazimnya memang sudah mempunyai niat untuk membuat pembelian. Jika anda boleh layan dengan baik dan memberi bantuan yang sepatutnya kebarangkalian untuk anda berjaya menjual adalah sangat tinggi.

 

(8) Kerja sebagai seorang telemarketer

Dalam kerja ini anda perlu membuat jualan kepada para pelanggan sedia ada atau pelanggan baru. Jika anda segan untuk berdepan dengan orang yang tidak dikenali, di sini ada berita baik untuk anda.

 

Anda tidak perlu berjumpa dengan individu tersebut secara bersemuka, sebaliknya anda hanya perlu berkomunikasi melalui panggilan telefon sahaja.

 

Kerja ini hampir sama dengan kerja di pusat panggilan, cuma bezanya ialah apabila anda kerja sebagai telemarketer, anda yang perlu membuat panggilan kepada pelanggan bukan sebaliknya.

 

Kerja sebagai telemarketer anda akan dibayar gaji basic berserta dengan komisen. Pendapatan sebagai telemarketer adalah sekitar RM1 ribu ke RM 2200 sebulan.

gaji-kerja-telemarketer

Jumlah ini akan jadi lagi banyak jika majikan membayar anda komisyen atas jualan yang berjaya dihasilkan

[Semak senarai kerja kosong sebagai telemarketer disini]

 

Kedua-dua kerja sebagai telemarketer atau pun kerja di pusat panggilan (call center) dapat melatih seseorang itu menguasai sesuatu bahasa dan dapat berkomunikasi dengan baik. Anggaplah ini sebagai satu peluang untuk anda menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kerana dalam kerja ini anda perlu berkomunikasi menggunakan dua bahasa ini dengan agak kerap.

 

Bagi mereka yang tak minat bekerja dalam bidang jualan, lebih baik elakkan untuk kerja sebagai telemarketer. Kerja telemarketer ini, hati kena kering.

 

Almaklumlah, kadang-kadang orang yang kita call tu sedang sibuk dan belum sempat kita perkenalkan diri, kita pula yang dimaki dan ditengking.

 

(9) Kerja di restoran

Kerja di restoran atau kerja di  kedai makan adalah satu lagi tempat popular untuk memulakan karier dan kerjaya.

 

Di Malaysia terdapat pelbagai konsep restoran yang boleh kita lihat. Ada restoran makanan segera, restoran skala pertengahan dan restoran skala atasan.

 

Kalau nak cerita dari segi yang popular biasanya restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald adalah tempat yang menjadi pilihan untuk mereka yang baru habis belajar memulakan kerjaya.

[Mohon kerja kosong dengan McDonald Malaysia disini]

Kerja sebagai crew restoran  boleh memberikan anda pendapatan sekitar RM1200 ke RM1500 setiap bulan.

Kerja sebagai crew restoran ini memang agak memenatkan terutama sekali pada waktu puncak dan ketika ramai pelanggan. Anda perlu bertindak pantas kerana anda berurusan dengan pelanggan yang sedang lapar. Kalau service terlalu lambat pelanggan akan lari dan makan ditempat lain pada masa akan datang.

 

Kerja di restoran bukan sahaja akan dibayar gaji malahan anda juga akan dapat makan secara percuma. Disini anda sudah jimat dalam bab belanja makan.

[Lihat senarai kerja kosong restoran disini]

 

(10) Kerja sebagai pengurus media sosial

Pada satu ketika dulu kerja yang melibatkan media sosial memang tidak wujud. Mungkin pada waktu itu kebanyakan syarikat hanya melihat media sosial sebagai tempat untuk bersosial semata-mata.

 

Namun pada hari ini persepsi tersebut telah pun berubah. Ada banyak syarikat yang mula mendekati pelanggan mereka melalui akaun media sosial. Para pelanggan juga mudah untuk berhubung dengan syarikat jika mereka ada sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah.

 

Apabila menggunakan media sosial kebanyakkan pelanggan mengharapkan pihak syarikat akan membalas dengan pantas terhadap sebarang pertanyaan yang diajukan.

 

Justeru syarikat perlu mengambil pekerja yang dapat melayan pelanggan melalui media sosial. Selain melayan pelanggan, pengurus media sosial juga perlu membuat kerja pemasaran dan membuat jualan melalui akaun media sosial.

 

Gaji yang boleh diperolehi melalui pekerjaan ini boleh tahan lumayannya. Anda boleh hasilkan pendapatan sekitar RM2500 ke RM 4000 sebulan.

[Boleh cuba mohon kerja sebagai pengurus social media disini]

 

(11) Kerja sebagai Online Marketer

Berapa pendapatan yang boleh dihasilkan oleh seorang Internet Marketer?

Jawapannya ialah, bergantung kepada tahap usaha individu tersebut. 

 

Kalau individu tersebut merupakan seorang yang rajin, produktif dan boleh bekerja sendiri tanpa perlu pengawasan, maka pendapatan yang boleh dihasilkan juga banyak.

 

Kerja sebagai online marketer yang saya maksudkan disini ialah, anda bekerja sebagai ejen pemasaran dan dibayar komisen mengikut jualan yang anda berjaya hasilkan. Ini bermakna, jika anda berjaya buat banyak jualan, maka komisen anda juga akan jadi sangat lumayan.

 

Namun jika anda langsung tak mampu buat jualan, maka tiadalah sebarang income untuk anda.

 

Kerja ini sesuai untuk mereka yang lebih selesa bekerja sendiri, dan mengikut masa sendiri. Saya pecahkan kepada beberapa kategori, iaitu

 

Laman web e-commerce

Kelebihan mempromosikan laman web e-commerce ini antaranya ialah kita boleh dapat komisen dari beribu-ribu produk yang terjual di platform tersebut. Kita tak perlu fokus pada satu produk untuk melayakkan diri dibayar komisen.

 

Kadang-kadang kita promosikan tudung yang dijual di platform tersebut, tapi pelanggan beli buku. Selagi mana pelanggan itu tadi ada menekan klik pada link affiliate kita, kita akan tetap dibayar komisen, walaupun pada awal-awalnya kita bukannya mempromosikan buku.

 

Dibawah ini antara yang anda patut sertai

i. Lazada

ii. Shopee

iii. PG Mall

iv. Zalora

tips-bisnes-shopee

 

Pelbagai jenama popular

Dibawah ini merupakan antara affiliate network yang anda boleh sertai. Konsep affiliate network ini ialah, kita daftar bersama dengan mereka, seterusnya kita akan berpeluang untuk mempromosikan pelbagai jenama dan syarikat popular misalnya seperti Adidas, Nike, MAS dan banyak lagi.

 

Ini antara yang anda boleh daftar dan sertai

i. Access Trade

ii. Involve Asia

iii. Indo Leads

 

e-book 

Produk ebook sebenarnya adalah antara produk yang mampu memberikan komisen yang agak tinggi. Sesetengah ebook dijual dengan harga RM100, dan komisen yang ditawarkan pula adalah sebanyak 50%!

 

Kalau minat nak jadi promoter ebook, sila daftar melalui syarikat berikut

i. Klikjer

ii. JV Warrior

 

Pelbagai produk

i. Order Sini

ii. On Pay Solutions

 

Kebanyakan peluang kerja yang saya cadangkan di sini sesuai untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang pengurusan perniagaan atau yang ingin menimba pengalaman sebagai pemilik bisnes satu hari nanti. Bagi individu yang mempunyai latar belakang sebagai seorang jurutera anda boleh lihat banyak lagi peluang kerja yang bersesuaian dengan kelulusan anda di laman web ini.

 

Saya doakan semoga anda dapat kerja yang dipilih. Jika ditakdirkan anda tak diterima bekerja, tak perlu risau tak perlu khuatir sebabnya saya juga ada sediakan alternatif kepada anda.

 

Kerja sebagai internet marketer misalnya, semua orang boleh lakukan, semua orang boleh join dan tak perlu tunggu dipanggil interview. Anda boleh mula hari ini juga.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

The post Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti appeared first on Blog Sabree Hussin.

Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?

$
0
0

PG Mall adalah sebuah platfrom online shopping mall yang beroperasi menggunakan konsep e-commerce.

 

Ia mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikendalikan oleh syarikat PG Mall Sdn. Bhd.(836625-K). Syarikat ini disokong oleh sebuah syarikat jual beli emas yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Nama-nama seperti Lazada dan Shopee mungkin sudah tak asing lagi bagi para pembaca dan pelawat blog ini. Namun tahukah kalian, yang kedua-dua syarikat ini sebenarnya bukanlah syarikat tempatan?

 

Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group yang merupakan syarikat dari China manakala Shopee pula dimiliki oleh Sea Group yang merupakan syarikat dari Singapore.

 

Malaysia juga ada banyak laman web dan juga platfrom e-commerce, namun kalau yang berpotensi untuk menjadi pesaing bagi platform seperti Lazada dan juga Shopee ini, mungkin tak salah kalau saya katakan PG Mall ada potensi untuk berbuat demikian.

 

Kita merujuk data daripada laman web i-price insight yang mana mereka telah menyenaraikan platform PG Mall dikedudukan ketiga, berdasarkan kepada kriteria seperti jumlah trafik, kedudukan apps di appstore dan juga jumlah followers di media sosial.

Dari carta tersebut kita boleh dapati PG Mall mempunyai jumlah trafik yang agak besar iaitu sebanyak 4,540,800 kunjungan dalam sebulan.

 

Namun demikian, jumlah trafik ini masih lagi agak jauh dibelakang jika dibandingkan dengan Shopee dengan 37,943,800 kunjungan manakala Lazada ditempat kedua dengan 13,814,900 kunjungan.

 

Apakah agaknya faktor yang menyebabkan terdapat perbezaan yang begitu ketara antara tempat pertama, kedua dan ketiga ini, dan mampukah platform e-commerce PG Mall ini nanti memberi saingan kepada platform yang lebih popular seperti Lazada dan Shopee?

 

Pada pendapat saya, ada beberapa faktor yang mempengaruhi kedudukan PG Mall pada hari ini, antaranya

 

i. Usia platfrom e-commerce

PG Mall mula dilancarkan pada tahun 2017.

 

Manakala Shopee sudah mula beroperasi sejak tahun 2015 dan Lazada pula sudah membuka pasaran di Malaysia lebih awal dari itu lagi, iaitu sejak 2012.

 

Jadi kalau melihat dari segi usia, PG Mall ini masih lagi muda dan ada banyak lagi ruang-ruang untuk mereka membesar dan mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia.

 

ii. Jumlah seller di setiap platform

Daripada tinjauan yang saya buat, saya dapati jumlah penjual yang terdapat di PG Mall juga masih belum cukup banyak. Apa maknanya?

 

Ini sebenarnya adalah satu berita baik, buat para peniaga online. Anda boleh memanfaatkan peluang ini dan mula membuka online store anda di platform PG Mall pula.

 

Buat para seller yang terkesan dengan persaingan yang sangat ganas dan melampau yang terdapat di Shopee, kali ini apa kata anda buka cawangan online store melalui PG Mall juga. Disini juga ada ramai pembeli yang bersedia untuk beli produk-produk yang anda jual.

tips-bisnes-shopee

Kalau anda boleh berikan tawaran harga yang sangat menarik di platform lain, why not buat tawaran yang sama di PG Mall juga. Saya pasti, pelanggan sedia ada PG Mall akan sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran anda disini.

 

iii. Promosi dan kerja pemasaran yang dijalankan

Ini juga merupakan salah satu faktor juga, kenapa sesebuah portal shopping mall itu kurang popular. Ianya berkait rapat juga dengan faktor promosi dan pemasaran yang dijalankan.

 

Apabila kerja pemasaran yang dijalankan agak kurang, maka tak pelik kalau ramai orang belum tahu tentang kewujudan laman web tersebut dan orang ramai masih tak nampak apa kelebihan berbelanja di portal tersebut.

 

iv. Modal

PG Mall disokong oleh Public Gold. Kalau dari segi saiz modal, saya percaya modal yang disuntik oleh syarikat ini tidak sebesar modal yang mampu disediakan oleh SEA Group dan juga Ali Baba Group. Namun PG Mall tetap ada kekuatannya yang tersendiri. Para pelanggan PG Mall sendiri akan bantu mempromosi dan memperkenalkan PG Mall kepada lebih ramai pengguna.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan PG Mall?

Baiklah saya rasa ada baiknya saya terus bercerita tentang topik utama yang ingin saya bincangkan. Ya, kaedah untuk jana pendapatan dengan PG Mall.

 

Setakat apa yang saya tahu, terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untuk anda jana pendapatan dengan PG Mall.

 

Apa cara-cara tersebut? Sila teruskan pembacaan kalau minat nak tahu dan minat nak mencuba ya. Manalah tahu, dari sekadar mencuba, dengan tak disangka-sangka akhirnya PG Mall ini jadi salah satu sumber pendapatan baru buat anda pula.

 

Tiga cara yang saya maksudkan adalah

i. Menerusi referral program PG Mall yang dikenali dengan istilah ConsuMerchant

ii. Program Dropship PG Mall

iii. Jadi penjual di platform PG Mall

iv. Sertai acara Shake The World (setiap hari)

v. Sertai acara Whats in the box (setiap hari)

 

Saya akan terangkan satu per satu, supaya anda lebih faham dengan jelas, bagaimana sebenarnya kaedah nak hasilkan income di PG Mall. Bila dah faham, anda akan nampak ianya sebenarnya sangatlah mudah.

 

Anda hanya perlu tukar tempat shopping sahaja. Kalau sebelum ini anda shopping di pasaraya, shopping mall, atau di platform shopping yang berbeza, kali ini setelah anda mengetahui tentang kewujudan PG Mall, anda hanya perlu tukar tempat shopping.

 

Kalau rasa belum yakin nak membeli belah di PG Mall, saya boleh sarankan untuk anda mula membeli item yang murah-murah sahaja dulu. Nanti bila rasa dah yakin dan mula rasa selesa dengan platform ini, bolehlah beli benda lain yang lebih mahal.

 

i. Program Affiliate PG Mall

Program affiliate atau referral program yang dikendalikan oleh PG Mall dinamakan dengan istilah ConsuMerchant. Perkataan consumerchant ini merupakan gabungan dua perkataan iaitu consumer dan juga merchant.

pgmall-consumerchant

Pihak PG Mall menggunakan konsep perkongsian keuntungan (profit-sharing) kepada para pelanggan yang sudi untuk berbelanja di PG Mall. Bukan itu sahaja, jika ada pelanggan PG Mall yang sudi untuk mempromosikan platform PG Mall dengan merekemen platform ini kepada kenalan, pelanggan itu tadi juga akan menerima ganjaran tambahan yang diberikan oleh PG Mall sebagai tanda terima kasih kerana membawa masuk pelanggan baru.

 

Pelanggan baru, bermaksud bisnes baru. Lebih banyak pelanggan, lebih banyak bisnes maka platform akan makin berkembang.

 

Sebagai pelanggan di PG Mall, anda bukan sahaja akan dianggap sebagai pelanggan biasa, sebaliknya anda juga adalah seorang partner dalam perniagaan PG Mall.

 

PG Mall menghargai usaha anda bercerita dan mengajak orang lain untuk turut berbelanja di PG Mall menerusi program referral yang mereka anjurkan.

 

Sebenarnya kalau diikutkan kita memang selalu lakukan kerja-kerja pemasaran sama ada secara kita sedar ataupun tidak. Misalnya, kita beli barang secara online, kemudian kita tangkap gambar produk tersebut dan kita letak caption seperti

“Alhamdulillah, barang yang dinanti-nanti dah selamat sampai…”

 

Kemudian ada pula kawan kita yang tanya soalan-soalan seperti

“Beli kat mana? Berapa harga? Boleh dapat diskaun ke?”

 

Lalu kita pun jawab, yang kita beli di laman web sekian sekian.

 

Kalau kawan kita tu betul-betul minat dengan produk yang kita beli, dia pun akan ikut beli juga. Tapi persoalannya, apa yang kita akan dapat lepas tu?

 

Kita telah reccomend kawan kita untuk beli diplatform yang sama yang kita beli barang, dari seller yang sama kita beli, dan platform tersebut berjaya dapat jualan. Ya, sudah tentu platform tersebut akan dapat untung.

 

Apa yang kita dapat? Adakah kita akan dapat sebahagian atau sedikit dari keuntungan hasil pembelian kawan kita tu? Jangan harap.

 

Bukan sahaja kita tak akan dapat sedikit perkongsian keuntungan, malahan ucapan terima kasih pun belum tentu kita akan terima.

 

Berbeza dengan PG Mall, jika kita menyertai program referral yang mereka anjurkan, dan kita mula rekemen orang lain untuk jadi pelanggan PG Mall, kita akan dapat sedikit perkongsian keuntungan, hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh orang yang kita ajak untuk jadi pelanggan PG Mall.

 

Bagaimana cara nak daftar jadi salah seorang ejen PG Mall?

Senang sahaja.

 

Sila ke halaman ini dan buat pendaftaran.

 

Jika anda membaca posting ini melalui laptop atau komputer, anda akan terus dibawa ke halaman PG Mall. Seterusnya anda hanya perlu klik pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna biru seperti dibawah.

 

Selepas anda klik pada ikon tersebut, akan ada dua pilihan untuk anda, sama ada Login ataupun Sign Up. Buat pelanggan baru yang tak pernah ada akaun dengan PG Mall, pilih tab Sign Up.

cara-daftar-pgmall

Borang pendaftaran seperti pada paparan diatas ini akan kelihatan. Anda hanya perlu isikan sahaja borang tersebut dengan selengkapnya.

 

Jika anda menekan klik pada pautan ini menerusi smartphone, anda akan terus dibawa ke halaman Playstore ataupun Appstore. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah muat turun apps PG Mall dari situ dan buat pendaftaran.

 

Setelah pendaftaran anda siap, anda akan jadi pelanggan PG Mall dan pada masa yang sama layak untuk menyertai program ConsuMerchant PG Mall.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan apabila anda tekan butang profile.

Pilih Business Center untuk melihat perkembangan dan prestasi anda. Disini juga adalah tempat untuk anda dapatkan link referral milik anda.

 

Klik pada bahagian Expand Your Empire.

Kemudian klik pada copy link.

 

Contoh link milik saya adalah seperti berikut

https://pgmall.my/register?referralPgCode=mohamadsabree@gmail.com

 

Link tersebut yang anda perlu promosikan dan ajak kenalan anda atau sesiapa sahaja untuk daftar akaun PG Mall melalui link anda.

 

Kalau anda menggunakan smartphone, cara untuk dapatkan referral link adalah lebih mudah. Lihat pada screenshot dibawah.

Hanya perlu klik pada bahagian Invite Your Friends dan dekat situ anda boleh dapatkan link referral milik anda.

 

Potensi pendapatan apabila mempromosikan platform PG Mall

Setakat ini saya dah cerita mengenai cara nak daftar program consumerchant PG Mall dan juga cara untuk dapatkan link affiliate. Seterusnya saya nak sentuh sedikit mengenai potensi pendapatan yang boleh kita perolehi melalui program ini.

 

Daripada pembacaan yang saya lakukan, buat masa ini memang sudah ada individu yang berjaya hasilkan income yang sangat lumayan menerusi program referral PG Mall. Ini buktinya.

Income dari PG Mall yang beliau perolehi ini sudah tentu berkali ganda lebih besar berbanding income dari Lazada yang biasa saya terima.

 

Walaupun peratus komisen yang ditawarkan tidaklah begitu besar, iaitu sekitar (0.5% – 2.0%) namun rupa-rupanya jika kita konsisten mempromosikan platform PG Mall, kita berupaya untuk hasilkan pendapatan sehingga belasan ribu ringgit!

 

Apa yang membuatkan program affiliate PG Mall berbeza berbanding lain-lain platform e-commerce?

Dekat sini saya nampak ada beberapa point yang membuatkan program affiliate PG Mall ini sedikit berbeza dan agak unik.

 

i. Terdapat ranking berbeza untuk setiap shopper

Bermula dengan level Shopper biasa, kemudian boleh naik kepada Super Shopper, Premium Shopper dan akhir sekali Elite Shopper. Apa yang membezakan antara setiap kategori shopper ini?

 

Jawapannya adalah pada diagram dibawah ini.

Ketika anda berada pada ranking seorang shopper, anda akan menerima cash back sebanyak 0.5% bagi setiap pembelian yang anda lakukan di portal PG Mall. Ya, untuk pembelian peribadi akan dapat cash back.

 

Katakanlah anda beli barang berharga RM100 di PG Mall, nanti pihak PG Mall akan bagi anda cash back sebanyak RM0.50 atau bersamaan dengan 0.5%

 

Andai kata anda ada ajak orang lain untuk jadi pelanggan PG Mall, anda juga akan dapat cash back sebanyak 0.5% dari pembelian yang dilakukan oleh orang yang anda ajak tu tadi.

 

Ada syarat untuk anda naik, dari ranking seorang shopper kepada ranking seterusnya. Syarat tersebut ialah, anda perlu perkenalkan PG Mall kepada lebih ramai pelanggan dan jumlah jualan dalam kumpulan anda perlu capai target tertentu. Maklumat lanjut ada di halaman PG Mall.

 

Sengaja saya tak kongsikan disini, sebabnya ia mungkin akan berubah mengikut kesesuaian dan promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat.

 

ii. Forever Cash Back

Kalau dalam program affiliate lain, komisen anda dikenali sebagai … komisen.

 

Tapi di PG Mall, konsep yang digunapakai adalah cash back, dan uniknya di PG Mall menggunakan konsep forever cash back.

program-affiliate-pgmall

Sekali kita bawa masuk orang tu sebagai pelanggan PG Mall, sampai bila-bila kita akan dapat cash back dari pembelian orang yang kita perkenalkan dengan platform PG Mall.

 

Kalau lain-lain program affiliate, pelanggan tersebut wajib klik link affiliate kita dulu sebelum melayakkan kita untuk terima komisen. Namun dengan PG Mall, cukup sekali kita daftarkan dia, kita sudah layak untuk terima cash back dari dia sampai bila-bila.

 

iii. Komisen sehingga tiga level kebawah

Satu lagi ciri yang saya anggap sangat bagus adalah komisen yang ditawarkan adalah sehingga tiga level kebawah. Konsepnya hampir sama seperti program Multi Level Marketing atau Network Marketing, namun ini bukannya MLM, sebaliknya ini hanya program referral yang biasa.

 

Persamaannya hanyalah dari segi tingkat komisen yang sehingga 3 level kebawah.

 

Namun jika anda ingin jalankan bisnes mengikut kaedah bisnes MLM, dan jika ia lebih berkesan buat anda, apa salahnya untuk cuba. Pada peringkat permulaan, ketika anda baru bermula mungkin pendapatan anda sangat sedikit.

 

Tapi janganlah putus asa, sebabnya bila anda sudah mula ada pelanggan di level 1, dan kemudian pelanggan ini juga aktif membuat kerja promosi seperti anda, waktu tu anda boleh lihat income anda di PG Mall akan meningkat dengan berkali ganda. Masa tu, kalau anda dah tak buat kerja promosi pun tak ada masalah, sebab income anda di PG Mall dah boleh bergerak dengan sendirinya.

 

Ini betul-betul pasif income.

 

(2) Program dropship PG Mall

Para peminat bisnes dropship, disini ada berita baik untuk anda. Pihak PG Mall juga mengalu-alukan anda semua untuk menggunakan platform PG Mall ini sebagai salah satu supplier untuk bisnes dropship anda.

 

Sekiranya anda menjalankan bisnes online, menggunakan kaedah dropship, bolehlah pertimbangkan untuk memilih mana-mana seller yang ada di platform ini sebagai pembekal anda.

pgmall-seller

Anda hanya perlu muat turun gambar-gambar produk yang ada di PG Mall atau anda guna gambar anda sendiri. Kemudian, bila ada tempahan dari pelanggan, anda buat tempahan di PG Mall.

 

Seterusnya PG Mall akan uruskan hal penghantaran mengikut maklumat pelanggan yang anda berikan. Dengan cara ini, anda akan dapat untung dropship dan juga untung cash back.

 

Sebagai contoh, anda ada mempromosikan supplement jenama Blackmores Vitamin B + Vitamin C 30 tablets ini.

Harga dekat PG Mall ialah RM19.85 dan mungkin anda nak mark up kepada RM21 supaya ada untung sedikit. Kemudian anda jual kepada pelanggan anda dengan harga RM21 + caj penghantaran.

 

Tempahan semua dibuat di PG Mall sahaja. Mudah sahaja.

 

(3) Jadi penjual di PG Mall

Ini merupakan cara ketiga untuk buat duit di PG Mall. Ya, jadi seller disini.

 

Kalau sebelum ini anda sudah pernah menjual sama ada di Shopee, Lazada, mudah.my ataupun lain-lain online platform, kali ini apa kata anda buka juga cawangan baru, iaitu di PG Mall.

 

Hari demi hari pengguna platform ini makin bertambah, dan dari segi jumlah trafik juga akan makin meningkat. Saya percaya, di masa akan datang, jumlah individu (seperti saya) yang akan mula memperkenal dan mempromosikan platform ini juga akan makin bertambah.

 

(4) Acara Shake The World

Melalui apps PGMall yang anda install di smartphone, anda boleh sertai satu acara yang dikenali dengan nama Shake The World. Pada setiap hari semua orang boleh ikuti acara ini sebanyak dua kali.

Sekali diwaktu pagi dan sekali pada waktu malam.

 

Untuk makluman anda, PG Group ini mempunyai sistem e-wallet mereka sendiri yang dikenali dengan nama C-Wallet.

 

Melalui acara Shake The World ini, anda juga boleh menghasilkan income dengan PG Mall. Ini antara yang saya telah hasilkan.

Ada hari yang saya terima RM0.10

 

Ada hari lain saya dapat RM0.30

Pernah juga saya tak dapat sebarang duit, tapi dapat voucher potongan harga untuk beli produk yang dijual di PG Mall.

 

 

Duit-duit yang diperolehi melalui Shake The World akan dimasukkan dalam akaun C-Wallet dan kita boleh gunakan duit tu untuk beli barang di PG Mall. Kalau rajin kumpul, satu hari nanti bolehlah beli produk di PG Mall tanpa perlu bayar apa-apa.

 

v. Sertai acara Whats in the Box PG Mall

Ini merupakan satu lagi cara yang sangat senang untuk buat duit dengan PG Mall. Melalui acara ini, anda berpeluang untuk buat duit dengan mudah melalui PG Mall setiap hari, sama seperti acara shake the world.

 

Apa bezanya? Apa yang membezakan antara Shake the World dengan Whats in the box ini ialah cara untuk anda sertai acara ini.

 

Shake the world disertai melalui apps PG Mall. Anda perlu buka apps PG Mall dan pilih icon gambar bumi dan mula menggoncang phone anda.

 

Manakala acara Whats in the box ini, hanya boleh disertai melalui browser internet. Kalau anda menggunakan laptop atau komputer, anda perlu layari laman web PG Mall, di alamat url https://pgmall.my dan cari icon kotak seperti dibawah ini.

Klik pada gambar kotak seperti diatas dan anda akan dibawa ke halaman berikut.

make-money-pgmall

Nampak kan butang Click here to open box seperti pada screenshot diatas tu kan?

 

Klik je disitu, dan tunggu beberapa saat. Anda akan tahu, apa yang anda bakal menangi. Sama ada anda menerima duit ataupun akan dapat voucher.

 

Ini contoh paparan yang bakal anda lihat, sekiranya anda berjaya dapat duit dari PG Mall.

Saya berjaya dapat RM0.10 dan duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun C-Wallet.

 

Sama macam shake the world, benda ini kena buat setiap hari, dan ya, kena rajin. Kumpul la duit tu, dan mana tahu, jika anda buat benda ini setiap hari, nanti anda boleh gunakan duit percuma yang anda perolehi ini nanti untuk beli emas di PG Mall tanpa perlu menggunakan duit anda sendiri.

 

Apa bukti benda ini boleh buat duit?

Saya baru join program ini sejak bulan Januari yang lepas. Saya buat secara santai dan buat masa ini, income saya masih belum betul-betul lumayan lagi. Tapi saya percaya, program ini jika dibuat secara berterusan, satu hari nanti pasti akan memberikan pendapatan yang menakjubkan.

 

Sama seperti yang saya kongsikan di awal-awal tadi. Itu pun sebenarnya adalah hasil kerja beberapa tahun, baru boleh dapat pendapatan yang sedemikian.

 

Baik ini pendapatan yang saya dah hasilkan setakat ini.

Lihat bahagian yang saya tandakan dengan kotak yang berwarna merah. Itu merupakan insentif yang saya terima dari PG Mall melalui konsep consumerchant. Kalau nak dapat bayaran yang lebih tinggi, saya perlu

i. Ajak lebih ramai orang untuk join PG Mall

ii. Galakkan orang yang saya ajak tu untuk berbelanja di PG Mall

 

Kalau yang RM0.10 tu semua saya dapat melalui acara Shake the World dan juga Whats in the Box. Kumpul setiap hari, lama-kelamaan jadi banyak.

 

Apakah produk yang boleh dibeli melalui platform PG Mall?

Ada banyak produk yang boleh dibeli melalui PG Mall. Terlalu banyak, cuma jumlahnya buat masa ini masih lagi tak sebanyak jumlah produk yang ada dijual di Lazada mahupun di Shopee.

 

Pada awalnya, platform ini lebih popular dalam kalangan pelabur dan penyimpan emas yang membeli emas melalui Public Gold. Ada banyak produk-produk keluaran Public Gold dan juga entiti-entiti lain dibawah Public Group yang kita boleh perolehi melalui PG Mall.

 

Namun kini PG Mall mula berevolusi dan berkembang kepada sebuah sistem marketplace yang menjual pelbagai jenis produk. Anda boleh layari sendiri laman web PG Mall dan lihat apakah produk-produk yang boleh dibeli.

 

Dekat sini saya nak kongsikan beberapa produk yang ada di PG Mall.

 

i. Produk keluaran Nestle

Nestle adalah antara jenama yang terdapat di PG Mall. Selain Nestle, ada banyak lagi jenama terkenal yang sudah berada di PG Mall. Kalau sebelum ini, anda merupakan pengguna bagi jenama ini, apa kata selepas ini anda tukar tempat membeli.

 

Kalau sebelum ini, beli maggi dekat pasaraya, kali ini apa salahnya beli dekat PG Mall.

 

ii. Makanan tambahan keluaran Blackmores

Jenama Blackmores ini adalah salah satu jenama yang popular dan banyak dijual di pasaraya dan farmasi.

Kalau pergi ke farmasi, watson, atau guardian anda boleh lihat jenama ini.

 

iii. Buku dan bahan bacaan

Saya dapati buku-buku yang dijual di platform ini masih tak begitu banyak.

Buku-buku hasil terbitan syarikat PTS misalnya masih agak kurang. Jika anda merupakan seorang usahawan buku, bolehlah jadi yang terawal untuk menjual buku di platform ini.

 

Jika anda minat nak jual buku, tapi tak tahu kat mana nak dapatkan stok buku, boleh sertai program dropship PTS Bookcafe. Saya pernah tulis mengenai peluang jadi usahawan buku sebelum ini disini.

 

Akhir kata

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, ada ketikanya kita tak sepatutnya terlalu memilih apabila dihidangkan dengan peluang untuk jana pendapatan, terutama sekali kalau peluang yang diberikan itu adalah peluang yang memang betul-betul boleh dipercayai.

 

PG Mall adalah salah satu platform e-commerce yang menawarkan peluang untuk anda jana pendapatan. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk anda mula mengorak langkah dalam bisnes ini.

 

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat di halaman ini.

 

Sudah ada bukti jelas dan telah muncul individu yang berjaya buat duit menerusi PG Mall. Anda juga boleh jadi individu seterusnya, asalkan anda sanggup meluangkan masa untuk lakukan kerja-kerja promosi dan pemasaran.

 

Jika anda tak biasa membeli belah di laman web e-commerce, boleh baca tutorial membeli belah di laman web PG Mall disini.

 

 

The post Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu? appeared first on Blog Sabree Hussin.

Simpanan atau pelaburan? Perbezaan yang anda perlu tahu

$
0
0

Kalau diberi hanya dua pilihan, sama ada nak fokus kepada simpanan (saving) atau pelaburan (investment) mana satu kaedah yang anda akan pilih, untuk mengembangkan lagi duit milik anda?

 

Saving dan investment adalah dua cara yang popular bagaimana seseorang itu menguruskan wang miliknya.

 

Simpanan dan pelaburan ini adakalanya nampak seperti kita melakukan benda yang sama. Saya juga perasan, kedua-dua terma ini kadang-kadang digunakan secara bersama, terutama sekali oleh mereka yang mempromosikan pelan-pelan pelaburan atau produk berkaitan instrumen kewangan.

 

Ayat yang kerap kita boleh perhatikan adalah seperti mulakan simpanan dan pelaburan anda seawal mungkin untuk masa depan anda yang lebih cerah.

menabung

Adakah simpanan dan pelaburan ini benda yang sama?

Adakah orang yang membuat saving secara automatik, telah membuat investment?

Adakah orang yang membuat investment sudah dikira mempunyai simpanan?

Pernah dengar orang hilang duit sebab buat investment?

 

Walaupun membuat simpanan dan membuat pelaburan seakan-akan sama, namun ia sebenarnya ada perbezaan yang agak banyak. Posting kali ini, saya akan membincangkan tentang perbezaan antara membuat simpanan dan juga pelaburan. Mudah-mudahan selepas anda membaca perkongsian ini, anda akan lebih jelas, sama ada perbuatan yang anda lakukan selama ini termasuk dalam membuat simpanan atau sebenarnya membuat pelaburan.

 

Objektif

Kita mulakan dengan objektif atau tujuan kenapa seseorang itu melakukan perkara tersebut.

 

Simpanan atau saving

Simpanan adalah satu perbuatan dimana anda mengasingkan atau memperuntukkan sejumlah wang yang ada pada anda untuk disimpan dan hanya akan digunakan jika keadaan betul-betul memerlukan sahaja dimasa akan datang.

 

Duit tersebut akan disimpan di tempat yang selamat, kebiasaannya dalam akaun bank, dan ia hanya akan digunakan apabila anda betul-betul memerlukannya dimasa akan datang.

Tujuan kita membuat simpanan adalah supaya kita mempunyai duit apabila ingin digunakan dimasa akan datang. Antara sebab popular kenapa seseorang itu membuat simpanan adalah untuk

i. Persediaan jika berlaku kecemasan

Setiap orang mempunyai takrifan yang berbeza mengenai istilah kecemasan.

 

Lazimnya bila bercakap mengenai kecemasan, kita merujukan kepada hal-hal seperti

i. Kemalangan

ii. Penyakit

iii. Hilang pekerjaan

iv. Bencana alam

 

Sekurang-kurangnya bila kita ada duit simpanan, kita tak perlu meminta-minta dan meminjam dari orang lain jika berlaku kecemasan.

 

ii. Untuk membeli sesuatu yang agak mahal harganya dimasa akan datang.

Boleh jadi seseorang itu berhasrat untuk membeli rumah, kereta ataupun ingin mendirikan rumah tangga. Sudah tentu semua ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika dia mempunyai pendapatan yang besar, dia mungkin boleh perolehi itu semua sekarang, sebaliknya jika pendapatan yang dimiliki tidak begitu besar, maka dia perlu membuat simpanan sedikit demi sedikit hinggalah cukup, atau setidak-tidaknya cukup untuk membuat downpayment.

 

Pelaburan

Pelaburan pula merupakan satu perbuatan yang mana kita akan menggunakan duit yang kita miliki untuk membuat pembelian sesuatu aset atau barangan tertentu yang kita percaya dan yakin bahawa ia akan memberi kita aliran masuk duit, (sama ada dalam bentuk sewa, dividen atau interest), atau ia akan meningkat dari segi nilainya.

 

Seseorang itu membuat pelaburan kerana dia percaya

i. Barang yang dibeli akan memberikan aliran tunai mengikut sela masa tertentu

ii. Barang yang dibeli akan meningkat nilainya dan boleh dijual semula dengan satu harga yang lebih mahal

 

Antara contoh-contoh aset yang menjadi pilihan bagi tujuan pelaburan adalah seperti

i. Saham

ii. Logam berharga seperti emas dan perak

iii. Unit Trust

iv. Tanah

v. Hartanah

vi. Digital Aset atau cryptocurrency

 

Kebiasaannya kita memilih untuk membuat pelaburan sebab kita nak menggandakan lagi jumlah wang yang ada dalam tangan. Bagi tujuan tersebut, kita sanggup dan bersedia untuk ambil sedikit risiko dengan harapan duit kita akan bertambah lebih banyak.

 

Pertambahan dari segi nilai

Simpanan

Duit yang anda simpan, lazimnya hanya akan bertambah, apabila anda membuat simpanan tambahan. Jika anda hanya membuat simpanan sekali sahaja dalam seumur hidup anda, itupun sebanyak RM1,000 sahaja, nilai simpanan tersebut tidak akan bertambah.

 

Walaubagaimanapun, jika anda membuat simpanan di tempat yang memberi anda pulangan dalam bentuk interest atau hibah, duit dalam simpanan anda masih akan bertambah itupun dalam satu kadar yang rendah, sekitar 1% – 3% sahaja setahun.

 

Sesetengah orang yang faham dengan konsep inflasi, mungkin akan bertindak sedikit berbeza. Mereka akan tukarkan duit tunai dengan emas, sama ada syiling emas ataupun jongkong emas. Kenaikkan harga emas selalunya lebih tinggi berbanding inflasi. Justeru, nilai duit dalam pegangan dapat diselamatkan daripada dimakan oleh faktor inflasi.

 

Saya juga ada membuat simpanan dalam bentuk emas. Sekiranya anda juga minat nak simpan emas, boleh mula buat simpanan emas melalui akaun emas GAP – Public Gold.

 

Pelaburan

Nilai pelaburan anda akan bertambah dan mungkin akan berkurang dari masa ke masa. Pertambahan dari segi nilai ini sama ada datang dalam bentuk sewa, dividen, ataupun interest.

 

Ada ketikanya nilai aset anda juga bertambah dari segi nilainya, dan anda ada pilihan sama ada nak terus jual aset yang anda pegang atau nak terus simpan.

 

Dalam pelaburan, ada masanya kita terdedah dengan kemungkinan dan kebarangkalian untuk duit kita bertambah dan boleh jadi juga duit kita akan berkurang.

 

Risiko

Simpanan

Jika anda membuat simpanan dalam bank, pihak bank akan memberikan anda sedikit faedah, atau interest atau hibah. Namun demikian jumlah yang diberikan tidaklah begitu besar.

 

Membuat simpanan adalah lebih rendah risikonya kalau nak dibandingkan dengan membuat pelaburan. Walaubagaimanapun, kita perlulah pastikan bahawa tempat yang kita pilih untuk menyimpan duit kita itu mempunyai ciri keselamatan yang bagus. Malahan jika kita membuat simpanan melalui akaun simpanan di bank, simpanan kita itu nanti akan dilindungi oleh PIDM atau singkatan bagi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

 

PIDM akan melindungi simpanan kita sehingga RM250,000 jika berlaku sebarang perkara yang tak diingini terhadap simpanan yang kita lakukan.

 

Pelaburan

Ya, pelaburan ada risikonya! Ini hakikat yang perlu kita terima.

 

Antara ungkapan yang popular, berkaitan dengan pelaburan adalah “High Risk High Return“.

 

Walaubagaimanapun, secara peribadi saya tidak begitu setuju dengan ungkapan tersebut. Saya rasa lebih tepat kalau kita katakan “High Knowledge High Return“.

 

Pelaburan yang berisiko tinggi tak semestinya memberi pulangan yang besar. Boleh jadi ia akan mengakibatkan anda rugi besar, atau mungkin akan menyebabkan anda kehilangan semua modal yang ada.

 

Tetapi In Shaa Allah, jika anda mempunyai ilmu pengetahuan (knowledge) yang tinggi, tak kiralah sama ada pelaburan tersebut tinggi atau rendah dari segi risikonya, anda tetap mampu untuk hasilkan wang yang banyak.

 

Pelaburan itu sifatnya memang mempunyai risiko. Anda pula melabur tanpa mempunyai ilmu yang mencukupi, akibatnya perbuatan ini hanya menambahkan lagi risiko pelaburan sehingga berkali ganda.

 

Sebaik-baiknya dalam pelaburan, kita belajar untuk kenal risiko, dan seterusnya kita cuba untuk kawal risiko tersebut.

 

Saya pernah dengar satu nasihat berkaitan dengan pelaburan yang berbunyi seperti berikut

“Dalam pelaburan, perkara pertama dan UTAMA yang perlu kita lakukan adalah mengawal risiko. Bukan fokus kepada buat untung (profit). Apabila kita bijak mengawal risiko, keuntungan pasti akan datang dengan sendirinya.”

 

Walau sehebat mana seseorang itu dalam membuat pelaburan pasti dia akan alami kerugian. Jika dia bijak mengawal risiko, kerugian yang bakal ditanggung pasti tidak begitu tinggi, dan profit seterusnya pasti boleh cover semula kerugian yang telah dialami.

 

Kadang-kadang kita akan dengar soalan berkaitan dengan pelaburan yang sifatnya agak simplistik. Misalnya

“Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk melabur dalam hartanah?”

“Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk beli emas?”

“Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk melabur dalam Bitcoin?”

 

Jawapan bagi soalan-soalan ini sebenarnya berbeza-beza, bergantung kepada siapa yang menjawabnya dan apakah matlamat atau motif disebalik jawapan yang diberikan. Jika anda tanya soalan bila masa yang sesuai untuk beli emas, kepada ejen yang mempromosikan produk pelaburan emas, sudah tentu jawapan dia akan bias kepada, sekarang adalah masa yang sesuai untuk beli emas.

 

Sebenarnya jawapan untuk soalan berkaitan pelaburan, adalah lebih mudah untuk dijawab jika kita boleh merujuk kepada graf berkaitan dengan pelaburan tersebut.

 

Saya nak bawakan contoh soalan berkaitan dengan bila masa yang sesuai untuk beli bitcoin.

bitcoin-graf

Graf ini saya ambil dari laman web Trading View dan ini merupakan graf BTCUSDT.

 

Secara keseluruhannya, kita boleh lihat pada graf diatas bahawa nilai bitcoin semakin meningkat naik. Namun, adakah nilai bitcoin terus naik dan menaik setiap masa?

 

Sudah tentu jawapannya tidak. Sebaliknya kita boleh lihat dengan jelas pada graf, bahawa nilai bitcoin ada naik dan turun. Pergerakkan harga bitcoin secara umumnya menunjukkan trend menaik. Namun kenaikkan yang berlaku bukanlah secara terus menerus, sebaliknya ia menunjukkan trend menaik, menurun, kemudian naik lebih tinggi, dan seterusnya turun semula.

 

Kalau kita hanya bergantung kepada info yang diperolehi di media masa, mungkin akan ada antara kita yang beranggapan bahawa bitcoin akan terus naik dan tak turun-turun langsung!

 

Ini adalah kefahaman yang silap. Setakat entri ini ditulis, nilai tertinggi yang dicatatkan oleh bitcoin ialah kira-kira sebanyak USD68,854 iaitu pada 14 April 2021.

 

Setelah mencapai harga tertinggi tersebut, nilai bitcoin mula jatuh dan setakat screenshot tersebut diambil, nilainya adalah kira-kira USD56,939. Nilai bitcoin turun atau jatuh sehingga USD11,915 dalam masa 5 hari sahaja.

 

Sebenarnya kalau bercerita dari segi risiko pelaburan dalam dunia crypto, nilai pelaburan anda boleh jatuh mendadak (atau naik mendadak) sebaik sahaja anda membeli matawang crypto tersebut. Ya, tak perlu tunggu sampai berhari-hari pun.

 

Pada pendapat saya, pelaburan crypto ini adalah pelaburan yang sangat tinggi risikonya, kerana pasarannya sangat volatile (tidak menentu). Namun, adakah apabila kita melabur dalam crypto, secara automatik kita akan mampu hasilkan pulangan yang besar?

 

Sudah tentu jawapannya adalah tidak semestinya. Maka ungkapan seperti high risk high return perlu dipertimbangkan sekali lagi.

 

Bagi mendapatkan pulangan yang tinggi dalam mana-mana pelaburan, kita perlu faham instrumen pelaburan tersebut. Kita kena tahu apakah risiko yang bakal kita hadapi.

 

Risiko sesuatu pelaburan itu bergantung kepada sejauh mana anda mempunyai ilmu pada instrumen pelaburan tersebut. By the way, pada pendapat anda, adakah bagus melabur dalam bitcoin?

Adakah anda akan pilih bitcoin sebagai salah satu aset dalam portfolio pelaburan anda? Boleh komen sikit?

 

Tahap kecairan

Tahap kecairan atau liquidity ini saya merujuk kepada berapa mudah untuk anda dapatkan semula duit yang anda asingkan, setelah anda memperuntukkan duit tersebut bagi tujuan simpanan ataupun pelaburan.

 

Simpanan

Kalau duit yang kita simpan dalam akaun saving, biasanya sangat mudah untuk kita dapatkan balik sebahagian atau semua duit yang kita ada. Pergi sahaja ke mesin ATM dan kita boleh keluarkan semua duit kita.

 

Ataupun kalau anda malas nak pegang duit cash yang banyak, sebarang transaksi boleh dilakukan secara online banking sahaja. Maka tak dipertikaikan lagi, tahap kecairan bagi duit simpanan adalah sangat tinggi dan kita sangat mudah untuk dapatkan semula duit kita.

 

Kad debit yang datang bersama dengan akaun simpanan juga mudah untuk digunakan bagi tujuan membuat pembayaran.

 

Pelaburan

Bagaimana pula dengan pelaburan?

 

Setiap pelaburan yang berbeza mempunyai tahap kecairan yang berbeza juga. Seperti yang saya sebutkan awal-awal tadi, dalam pelaburan, ia melibatkan satu perbuatan dimana kita membeli sesebuah aset, dengan andaian bahawa aset tersebut akan memberikan pulangan secara bulanan atau akan naik harga supaya kita boleh jual aset tersebut dan mendapat pertambahan nilai.

 

Kita ambil contoh pelaburan hartanah.

Kita akan dapat semula duit kita, apabila hartanah tersebut sudah mula mendapat penyewa dan kita dapat duit melalui sewaan. Namun, jika kita mahukan semua duit kita, kita perlulah jual hartanah tersebut.

 

Biasanya kita akan jual hartanah tersebut mengikut harga pasaran. Sekiranya ada pembeli yang mampu untuk membayar harga tersebut, maka hartanah kita bolehlah dijual mengikut harga tersebut. Harga pasaran ini juga ada naik dan turun. Jika harga pasaran sedang jatuh dan menjadikan ianya lebih rendah berbanding ketika kita beli hartanah tersebut, maka kita terpaksa menjual hartanah tersebut dalam keadaan kita sedang rugi.

 

Sanggup ke?

 

Kita ambil contoh lain, iaitu pelaburan saham di Bursa Malaysia.

 

Andai kata kita merupakan pemegang saham bagi syarikat tertentu, dan kita memerlukan duit dengan kadar segera. Apa yang kita boleh lakukan ialah, kita jual semua pegangan yang berada dalam portfolio kita.

 

Sekiranya pada waktu itu, harga saham semasa adalah lebih tinggi berbanding ketika kita beli pada awal-awal dulu, bermakna kita sudah pun untung. Tapi kalau pada waktu itu, harga saham lebih rendah berbanding ketika kita beli, kita juga sebenarnya terpaksa menjual dalam keadaan kita sedang rugi.

 

Setelah jualan berjaya dilakukan, selalunya kita perlu tunggu lagi satu atau dua hari, untuk duit hasil jualan diproses dan masuk dalam akaun bank kita. Justeru, adalah sangat tak sesuai untuk kita letakkan semua duit yang kita ada dalam akaun pelaburan. Jika ada kecemasan dan kita perlukan wang segera, kita terpaksa menunggu berhari-hari untuk dapatkan semula duit kita.

 

Ini bermakna kita perlu berfikir panjang sebelum nak buat sebarang keputusan untuk cairkan pelaburan yang kita miliki. Ini kerana pelaburan kita itu berkait rapat dengan harga pasaran atau harga semasa.

 

Oleh itu kita perlu tanamkan dalam minda, yang mana kita hanya laburkan duit yang kita sanggup untuk hilang sahaja. Jika kita terdesak perlu duit, at least kita tak berada dalam keadaan yang sangat teruk sehingga terpaksa merayu-rayu dan meminta bantuan orang lain.

 

Tempoh masa

Ini merujuk kepada berapa lama masa yang diperlukan supaya apa yang kita buat betul-betul menampakkan hasilnya.

 

Simpanan

Tiada tempoh masa tertentu. Kita boleh simpan duit kita dalam akaun simpanan sama ada untuk jangka masa pendek, sederhana mahupun jangka masa panjang.

 

Lebih lama kita biarkan duit kita dalam akaun simpanan, maka lebih banyak pulangan dalam bentuk interest atau hibah yang bakal kita perolehi.

 

Pelaburan

Kebiasaannya ada tempoh matang. Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun untuk kita dapat hasil yang memberangsangkan. Pada peringkat awal kita membuat pelaburan, ada kebarangkalian yang kita langsung tak membuat sebarang keuntungan atau menerima pulangan.

 

Pada waktu ini, anda tak boleh buat apa-apa selain terus menunggu. Kalau nak bawa keluar juga duit anda, anda mungkin akan dikenakan denda ataupun terpaksa terima nilai pelaburan yang lebih rendah berbanding yang sepatutnya.

 

Namun jika anda jenis yang tak sabar, dan tak sanggup untuk tunggu lama untuk mula nampak hasil, sama ada rugi atau untung, bolehlah pertimbangkan untuk melabur dalam pasaran saham dan juga pasaran cryptocurrency.

 

Kesimpulan

Nak buat yang mana satu? Simpanan atau pelaburan?

Kebanyakkan buku-buku yang ditulis oleh pakar kewangan menasihatkan supaya kita hanya membuat pelaburan apabila kita mempunyai duit lebihan sahaja.

 

Kita melabur duit yang kita ada lebih dan kena set pada minda, kita tak akan terkesan jika duit tersebut kita hilang sepenuhnya. Almaklumlah dalam pelaburan, ada risiko, dan kita ada potensi untuk buat untung yang banyak dan boleh juga alami rugi yang banyak juga.

 

Memandangkan pelaburan yang berbeza mempunyai risiko yang berbeza, maka pilihlah pelaburan yang sesuai dengan diri anda. Kalau anda jenis yang tak sanggup ambil risiko yang besar, bolehlah pilih pelaburan yang agak rendah risiko seperti ASB, Unit Trust dan juga pelaburan emas.

 

Tapi kalau anda berani ambil risiko boleh pilih pelaburan yang risikonya lebih tinggi seperti pelaburan saham dan juga pelaburan cryptocurrency.

 

Dari pengalaman sendiri, saya pun pernah alami rugi yang agak banyak dalam masa yang agak pantas apabila melabur. Apapun itu semua adalah lumrah dalam pelaburan dan jadikan kita lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

 

Apa yang saya kongsikan disini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman saya sendiri dan juga dari pembacaan yang saya lakukan. Sekiranya anda memerlukan nasihat berkaitan kewangan yang lebih spesifik, sila dapatkan khidmat penasihat kewangan bertauliah.

 

 

 

The post Simpanan atau pelaburan? Perbezaan yang anda perlu tahu appeared first on Blog Sabree Hussin.

15 contoh perkara bodoh yang dilakukan oleh pengguna Internet

$
0
0

Pernah tak pada satu hari, anda terbaca tentang satu berita yang agak buruk, tapi setelah anda baca berita tersebut anda bukannya rasa kasihan, sebaliknya respon anda adalah “bodohnya orang tu…”

 

Sama ada sedar atau pun tidak, ada ramai diantara kita yang gemar melakukan perkara-perkara bodoh. Ya, kadang-kadang diri saya sendiri tak terkecuali.

Ada perkara bodoh yang kita lakukan, hanya kita seorang sahaja yang tahu. Saya kira itu masih okay lagi. Tapi ada juga segolongan manusia, yang suka semua orang lihat kebodohannya. Tanpa diminta atau dipaksa, dia sendiri akan mempamerkan kebodohannya untuk tatapan semua orang.

 

Mereka ini gemar kongsikan detik-detik kebodohan mereka, sama ada dalam bentuk video, perkongsian gambar, stories dan sebagainya.

 

Dalam perbincangan disini, saya hanya ingin fokuskan kepada perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh sebahagian dari kita diinternet. Saya harap, tiada dalam pembaca yang turut melakukan perkara-perkara ini.

 

(1) Bercerita semua perkara tentang diri

Anda mungkin pernah ada kenalan yang seperti ini. Dia cukup suka update setiap perkara yang dia buat, kemana dia pergi, apa yang dia makan, apa yang dia rasa, dan pendek kata, semua benda dia nak cerita.

 

Wall media sosial miliknya memang cukup meriah. Ada macam-macam yang dia nak update.

 

Kalau kita follow akaun dia, kadang-kadang kita rasa seolah-olah kita tahu semua pasal diri dia. Kita tahu dekat mana dia tinggal, kita tahu semua pasal keluarga dia. Serba-serbi pasal diri dia, kita tahu. Seolah-olah kita macam dah lama kenal.

 

Mungkin pada dia, apa yang dia buat ini tak bahaya. Tapi, kalaulah ditakdirkan ada seseorang yang berniat tak baik, pada diri dia, pada keluarga dia, atau pada harta benda dia, dengan mudah inidividu ini boleh membuat perancangan, sebabnya semua maklumat yang diperlukan sudah ada dalam tangan.

 

(2) Klik pada link yang ada virus

Saya percaya dah berulang kali kita diingatkan, kalau dapat apa-apa link sama ada menerusi email, whatsapp atau dari media sosial, dan kita tak pasti dari mana asal usul link tersebut, jangan klik!

 

Kebiasaannya link tersebut mengandungi virus, atau akan membawa anda ke sebuah laman web, apps atau apa-apa sistem yang akan menyebabkan peranti yang anda gunakan diserang virus. Jika di media sosial, link seperti ini berpotensi menyebabkan akaun anda di godam dan macam-macam lagi.

 

Kadang-kadang disebabkan seseorang itu pernah terklik pada satu link yang mengandungi virus, secara automatik, akaun sosial media mereka mula menerbitkan posting yang bukan dari pemiliknya. Seolah-olah ada orang lain yang sedang mengawal akaun sosial media tersebut.

 

Jadi, tolonglah…

Tolong jangan klik pada apa-apa link yang anda sendiri tak tau siapa penghantarnya. Ia mungkin adalah link yang mengandungi virus.

 

(3) Muat turun software percuma dari sumber yang diragui

Software ini fungsinya adalah untuk memudahkan kita. Dekat luar sana, ada banyak software yang boleh kita download secara percuma. Namun, janganlah disebabkan software tersebut percuma, kita pun terus download dan install di laptop, pc atau apa-apa peranti yang kita gunakan.

 

Tindakan ini juga sangat bahaya, dan… agak bodoh.

 

Software percuma yang kita tak tahu dari mana asal-usulnya juga boleh diragui dari segi keselamatan. Ia juga mungkin mengandungi virus yang akan merosakkan peranti yang kita gunakan.

 

(4) Ajak semua orang dalam senarai kenalan untuk main game

Saya percaya, kita semua mesti ada kawan, atau pernah ada kawan di sosial media yang cukup suka invite kita untuk main game yang sama yang dia main.

 

Kadang-kadang dia ni macam tak faham bahasa, bila kita tak layan tu, maknanya kita tak berminat nak main game. Maklumlah, kita pun sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan kerja, keluarga, dan macam-macam lagi. Tiba-tiba dia ajak kita main game pula.

Dalam sehari tu, kadang-kadang sampai 10 kali hantar invitation untuk main 10 games yang berbeza, dan perkara ini berulang tiap-tiap hari.

Baca juga: Buat duit sambil main game

 

(5) Add kawan-kawan dalam friend list ke group iklan

Walaupun perkara ini dah agak kurang berlaku, berbanding satu masa dulu, tapi saya kira ini juga merupakan satu lagi perkara bodoh yang dilakukan oleh pengguna akaun media sosial, terutamanya pengguna akaun Facebook.

 

Biasanya orang yang suka add kawan-kawan masuk dalam group ini sebab dia berniaga di facebook. Kita bukan nak salahkan dia berniaga, cuma kalau boleh tu, nak niaga tak payah la menyusahkan orang lain sampai nak add masuk dalam group iklan.

 

Tak pasal-pasal timeline kita penuh dengan posting iklan sahaja.

 

(6) Sesuka hati tag kawan-kawan untuk perkara yang tak penting

Perkara tersebut mungkin penting bagi diri anda, namun tak bermakna ia juga penting bagi orang lain. Satu ketika dulu, saya perhatikan ada banyak juga kontes yang dianjurkan di facebook.

 

Syarat penyertaan kontes tersebut adalah, setiap peserta yang minat nak sertai mestilah tag 3 orang rakan, barulah layak menyertai kontes tersebut. Apa yang menjadi masalah ialah, tiga orang kawan yang kita tag itu tadi, mungkin tak tahu menahu pun tentang kontes ini, dan mereka mungkin langsung tak berminat.

 

Perbuatan anda tag rakan anda itu hanyalah satu bentuk gangguan dan selepas ini kawan anda itu tadi akan diganggu oleh komen notifikasi dari orang lain pula.

 

(7) Dedahkan maklumat peribadi diplatform sosial media

Maklumat peribadi yang saya maksudkan disini adalah seperti

i. Alamat email

ii. Alamat rumah

iii. Nombor plate kereta

iv. Nombor telefon

v. Maklumat saudara mara

 

Dekat akaun sosial media tu memang ada bahagian yang meminta kita isi maklumat-maklumat ini. Namun tak bermaksud kita perlu isi. Langkah lebih selamat ialah abaikan sahaja. Tak perlu nak dedahkan kepada umum maklumat tersebut.

 

Biarkan maklumat peribadi kekal sebagai rahsia peribadi anda.

 

(8) Approve friend request dari semua orang

Sesetengah orang memang ada satu tabiat yang mana dia ni suka untuk approve friend request dari semua orang. Mungkin dia rasa bangga, bila dia ada ramai kawan di social media, atau dia rasa dirinya popular sebab ada ramai orang yang ingin berkenalan dengan dirinya.

 

Saya berpendapat tindakan ini agak bahaya. Kalau saya secara peribadi, lebih selesa untuk add ataupun approve friend request dari individu yang saya betul-betul kenal sahaja.

 

Anda mungkin tak tahu, dari ramai-ramai yang add anda, mungkin ada antaranya adalah fake account yang sengaja add anda untuk ikuti pergerakkan anda.

 

(9) Bergosip tentang semua perkara

Perbuatan suka bergosip ini juga merupakan satu perkara yang kurang cerdik, yang dilakukan oleh sesetengah orang. Dia bergosip mengenai macam-macam perkara, dan kadang-kadang bercakap tentang tempat kerja, majikan, produk tertentu, penjual, saudara mara, dan apa sahaja.

 

Gosip ini pula tak semestinya betul. Saya pernah kenal bekas rakan sekerja yang suka bergosip mengenai syarikat di wall media sosial miliknya. Akhirnya pada satu hari, ada orang telah screeenshot posting dia, dan perkara tersebut dipanjangkan ke bahagian Human Resource.

 

Saya dapat tahu, rakan sekerja saya tu dikenakan tindakan tatatertib.

 

(10) Share berita yang belum tentu kebenarannya

Jangan terlalu cepat share dan sebarkan berita atau apa-apa maklumat yang kita baru dengar. Kemungkinannya, maklumat tersebut mungkin salah dari segi fakta atau memang berita palsu.

 

Sebab itu ada ungkapan, “tak pasti, jangan kongsi…”

 

(11) Percaya pada semua benda yang dikongsikan oleh pengguna internet yang lain

Bukan semua perkara yang kita baca diinternet adalah betul dan boleh dipercayai.

 

Sebagai pengguna internet, kita perlu ada kemahiran untuk mengenalpasti, sama ada sesuatu berita atau info yang disiarkan di internet adalah benar, atau sekadar satu penipuan.

 

Lazimnya, individu yang mudah percaya, kerap menjadi mangsa skim penipuan terancang.

Ada banyak laman web yang menjanjikan pulangan lumayan dan kekayaan jika kita menyertai program yang mereka anjurkan ataupun membeli produk software yang mereka jual. Kata mereka, mereka ada software buat duit yang memang betul-betul berkesan.

 

Sebagai pengguna software ciptaan mereka, kita hanya perlu install software tersebut dan biarkan software itu berjalan dengan sendirinya. Duit akan masuk secara automatik tanpa kita perlu bersusah-payah.

 

Bagaimana cara nak dapatkan software terhebat ciptaan mereka ini? Jawapannya kena beli dululah.

 

Harga software itu pula boleh mencecah sehingga RM199, RM299 dan lebih lagi. Actually, software tersebut langsung tak berguna, dan perbuatan anda membeli software tersebut sebenarnya hanyalah menjadikan si penjual itu lebih kaya.

 

Kalaulah anda ambil sedikit masa untuk membuat kajian, bertanya pendapat orang lain, pasti anda tak akan tertipu dengan tawaran sedemikian.

 

(12) Bergaduh dengan orang lain yang kita tak kenal

Perkara ini memang selalu saya nampak bila baca posting berkaitan dengan politik. Setiap orang sudah tentu ada pandangan dan pendapat tersendiri, parti politik yang mana satu yang paling bagus untuk mentadbir kerajaan Malaysia.

 

Kalau kita mempunyai pandangan politik yang berbeza, sudah tentu kita akan menyokong dan memenangkan parti yang kita suka. Cuma kadang-kadang tu, kita boleh perhatikan, penyokong parti politik ini agak lebih-lebih. Sangguplah bergaduh dalam komen, hingga mencarut-carut, memaki hamun macam orang tak ada akhlak.

 

Walhal dia bukan kenal pun, dengan siapa dia sedang berbalas-balas komen. Sesetengah orang, dia ada rasa seperti bertanggungjawab untuk memperbetulkan pandangan orang lain yang dilihat salah, atau tak selari dengan pandangan dia. Lalu dia pun cuba memperbetulkan pandangan orang tersebut, dengan diberikan fakta, cerita, berita dan sebagainya.

 

Tapi sebenarnya, anda tak kenal dengan siapa anda sedang berdebat. Boleh jadi anda sebenarnya sedang berdebat dengan fake account yang dicipta semata-mata untuk menyebarkan propaganda dan fahaman politik yang salah. Fake account ni cukup suka kalau ada orang yang suka nak berdebat dengan dia. Salah satu sebabnya ialah dia dibayar untuk berbuat demikian.

 

Saranan saya, kalau jumpa fake account, tak payah layan. Kalau nak layan juga, tekan butang report dan pilih fake account. Lepas tu block. Percayalah, hidup anda akan lebih aman dan anda tak perlu pening-pening kepala nak berdebat dan berbalah dengan orang yang anda langsung tak kenal pun sebenarnya.

 

Its not worth it.

 

(13) Sanggup buat apa sahaja untuk jadi popular

Ada individu yang terlalu mengejar populariti. Dia ingin jadi terkenal, suka apabila posting yang dia hasilkan berjaya dapat likes, share dan views yang tinggi.

 

Adakah perkara ini salah?

 

Pada saya, ianya tak salah. Saya sendiri akan rasa seronok kalau posting yang saya hasilkan mendapat share, likes dan views yang banyak. Sebab dari situ, akan bertambah banyak jugak income yang bakal saya hasilkan.

 

Namun, apa yang menjadi kurang baik adalah apabila seseorang itu sanggup buat apa sahaja, termasuk melakukan perkara-perkara yang kurang baik dan memberikan akibat yang buruk, semata-mata nak dapatkan populariti.

 

(14) Berlakon jadi orang yang bukan diri sendiri

Saya selalu terbaca, ada sesetengah orang yang cukup gemar menggunakan ayat “dunia tipu-tipu”.

 

Kita perlu waspada, memang ada individu yang sebenarnya hanya berlakon dan berpura-pura seperti dia seorang yang pakar dalam sesuatu perkara. Tapi sebenarnya dia tak pakar mana pun.

 

Dia menggunakan gelaran Dr pada namanya, walhal dia tak ada PhD pun.

Dia menghasilkan posting yang nampak hebat, tapi sebenarnya posting tersebut hanyalah terjemahan bagi artikel orang lain yang pada awalnya ditulis dalam bahasa lain.

Dia kata dia ada PhD, tapi sebenarnya sijil palsu yang dikeluarkan oleh universiti yang kita sendiri tak pernah dengar.

 

Senang kata, dia ni sebenarnya berlakon menjadi seorang professor serba tahu. Sampai satu tahap, dia mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan orang menyangkakan yang dia memang seorang yang betul-betul ada kredibiliti. Padahal ianya bukan begitu.

 

Berhati-hati dengan individu seperti ini. Jika mereka memberi nasihat, ianya mungkin sangat bahaya untuk diikuti. Lebih banyak mendatangkan akibat buruk daripada perkara baik.

 

Semoga satu hari nanti, akan ada yang tahu, yang dia sebenarnya hanya seorang yang memandai-mandai sahaja.

 

(15) Menggunakan password yang sama atau yang mudah diteka dalam pelbagai akaun

Zaman sekarang ini, ada banyak laman web yang mewajibkan kita untuk buka akaun, sebelum kita boleh berurusan dengan mereka.

 

Apa contohnya?

i. Akaun perbankan internet

ii. Akaun media sosial

iii. Akaun email

iv. Akaun online shopping

…dan banyak lagi.

 

Masalahnya ialah, bila terlalu banyak akaun perlu dibuka, kita akan ada masalah untuk mengingati maklumat username dan juga kata laluan. Jadi apa yang kita cenderung untuk lakukan?

 

Kita akan gunakan username yang sama dan kata laluan pun sama atau lebih kurang sama untuk setiap akaun yang perlu kita buka. Ini adalah satu tindakan yang bahaya sebabnya kalau maklumat tersebut bocor, orang yang berjaya dapatkan maklumat tersebut akan dapat akses kepada semua akaun milik anda.

 

Sudah tentu, anda tak mahu perkara ini terjadi, bukan?

 

Justeru, janganlah gunakan username dan kata laluan yang sama untuk setiap akaun.

 

 

 

 

The post 15 contoh perkara bodoh yang dilakukan oleh pengguna Internet appeared first on Blog Sabree Hussin.

Viewing all 590 articles
Browse latest View live